SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 3
PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG SEKOLAH MENGIKUT
PERATURAN 4 DAN 8 PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN
( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959
1. Tujuan
1.1 Tujuan kertas ini ialah untuk menjelaskan tatacara gantung dan buang sekolah
mengikut Peraturan 4 dan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah ) 1959
yang diwartakan sebagai LN 61/59, bertarikh 20.2.1959, Ordinan Pelajaran 1957.
2. Latar Belakang
2.1 Banyak Pengetua dan Guru Besar yang kurang jelas mengenai perlaksanaan
tatacara tindakan disiplin sekolah dengan hukuman berat terhadap murid mengikut
peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang.
3. Peruntukan Undang-Undang
3.1 Undang - Undang yang berkaitan bagi mengendalikan kes-kes perlanggaran
disiplin di sekolah-sekolah ialan Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah )
1959, yang telah diwartakan sebagai LN 61/59 bertarikh 20.2.1959. Mengikut
peraturan tersebut, Kerajaan telah memperuntukkan melalui Peraturan 4, bahawa
pihak berkuasa disiplin di sekolah ialah Guru Besar / Pengetua. Peraturan 4 yang
berbunyi seperti di bawah ini menegaskan kuasa disiplin tersebut adalah di tangan
Guru Besar / Pengetua.“4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab
atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-
guru dan murid-murid sekolah itu.”
3.2 Kerajaan juga memberi kuasa menggantung dan membuang murid dari sekolah
kepada Guru Besar / Pengetua. Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin
Sekolah ) 1959 seperti di bawah ini menjelaskan peruntukan tersebut. “8. Pada bila-
bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah :
a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di
mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya ataupun
dibuang sekolah;
4. Implikasi Peruntukan Undang-Undang Mengikut Peraturan 4 dan Peraturan
8.
4.1 Adalah jelas dari kedua-dua peraturan ini, iaitu Peraturan 4 dan 8 Peraturan-
Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, bahawa pihak berkuasa disiplin ke atas
murid ialah Guru Besar / Pengetua. Tegasnya hanya Guru Besar / Pengetua sahaja di
bawah peraturan tersebut yang diberi kuasa menggantung atau membuang murid dari
sekolah apabila beliau berpuas hati bahawa demi untuk mengekalkan disiplin dan
ketenteraman di sekolah seseorang murid itu patut menerima hukuman sedemikian.
Ini bermakna tidak ada kuasa lain selain Guru Besar / Pengetua di sesebuah sekolah
dari segi menjatuhkan hukuman menggantung dan membuang murid dari sekolah.
4.2 Adalah di luar kuasa undang-undang jika penggantungan atau pembuangan pelajar
dari sekolah diputuskan oleh Lembaga Disiplin ataupun Jawatankuasa Tatatertib
Sekolah. Peraturan 4 dan 8 tidak memperuntukkan mengenai kewujudan Lembaga
Disiplin Sekolah. Maka itu Guru Besar / Pengetua hendaklah tidak terikat dengan
pandangan atau nasihat Lembaga Disiplin sekolah. Dengan perkataan lain keputusan
menggantung atau membuang pelajar dari sekolah hendaklah keputusan Guru Besar /
Pengetua sendiri.
4.3 Jika keputusan menggantung atau membuang murid adalah merupakan keputusan
hasil nasihat dari Lembaga Disiplin Sekolah maka keputusan yang dibuat itu `void
and of no legal effect.’ Sebarang keputusan penggantungan atau pembuangan pelajar
tersebut jika dicabar di mahkamah maka ianya tidak boleh dipertahankan.
4.4 Secara tegas juga Peraturan 4 dan 8 berkehendakkan surat-surat tindakan tatatertib
gantung atau buang sekolah ditandatangani sendiri oleh Pengetua / Guru Besar.
4.5 Keperluan-keperluan “teknikal” yang lahir dari peruntukan undang-undang
berdasarkan Peraturan 4 dan 8 perlu diberi perhatian sewajarnya dan begitu juga bagi
setiap prosedur dan surat-surat tatatertib yang dikeluarkan kepada tertuduh. Jika
prosedur dan tatacara yang sepatutnya tidak dipatuhi, keputusan hukuman jika dicabar
di mahkamah , ianya sukar dipertahankan.
5. Perkara-Perkara “Teknikal” yang perlu diberi perhatian dalam
melaksanakan Peraturan 4 dan 8.
5.1 Setiap aspek teknikal hendaklah diberi perhatian sewajarnya semasa
melaksanakan tindakan disiplin gantung dan buang sekolah.
5.1.1 Gantung sekolah mengikut Peraturan 8 membawa maksud sebagai hukuman
disiplin ataupun sebagai membolehkan siasatan lanjut sesuatu kes dibuat sebelum
keputusan hukuman disiplin dijatuhkan.
5.1.2 Bagi kedua-dua keadaan ini prosedur yang berlainan hendaklah dipatuhi.
5.1.3 Tindakan disiplin buang sekolah pula adalah langkah terakhir setelah kegagalan
langkah-langkah tatatertib terdahulu, termasuk sesi kaunseling yang kesemuanya
sepatutnya mempunyai dokumentasi lengkap dan teratur.
5.2 Surat tatatertib apabila dikeluarkan hendaklah mengandungi nama tertuduh yang
rasmi mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan ( atau jika tiada kad
pengenalan, memadai nombor surat beranak ) dan kelas beliau belajar, agar surat itu
tidak dipertikaikan kesahihannya. Maklumat-maklumat ini seharusnya sama seperti
dalam jadual kedatangan sekolah.
5.3 Setiap surat tatatertib hendaklah jelas dan tepat dari segi waktu kejadian, tarikh
kejadian tempat berlaku dan mereka yang terlibat dengan saksi-saksi yang boleh
dipertanggungjawabkan. ( Dalam perkara ini Pengetua / Guru Besar sewajarnya
mendapatkan laporan bertulis yang lengkap mengenai kejadian tersebut sebelum
keputusan diambil ).
5.4 Peraturan sekolah yang bertulis yang dilanggar hendaklah dinyatakan dengan jelas
mengikut bab atau seksyen yang berkenaan. ( Ini bermakna semua Pengetuan / Guru
Besar harus melaksanakan saranan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 yang
bertarikh 4.11.1975 mengenai perkara ini ).
5.5 Peruntukkan undang-undang mengikut peraturan 4 dan 8 Peraturan- Peraturan
Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 hendaklah dirujuk bagi setiap kes.
5.6 Oleh kerana hanya Pengetua atau Guru Besar sahaja yang boleh menggantung
atau membuang murid dari sekolah maka surat-surat tatatertib berkaitan hendaklah
ditandantangani oleh Guru Besar / Pengetua.
5.7 Setiap surat tatatertib hendaklah disalinkan kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah,
Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan dan ibu bapa / penjaga tertuduh.
5.8 Peruntukkan undang-undang bagi ibu bapa / penjaga untuk membuat rayuan di
atas hukuman tatatertib yang dikenakan terhadap anak / jagaan hendaklah
dimaklumkan dengan jelas.
5.9 Setiap surat tatatertib hendaklah diakui terima oleh tertuduh dengan dua orang
saksi. Salinan surat kepada ibu bapa atau penjaga hendaklah mengikut prosedur yang
sama.
5.10 Setiap murid yang akan dihukum hendaklah diberi peluang didengar dan
membela diri bagi setiap pertuduhan. Hukuman tidak boleh dilaksanakan tanpa murid
itu diberi peluang memberi pembelaan dirinya. Tempoh beliau menjawab pertuduhan
hendaklah tidak kurang daripada 14 hari.
5.11 Sesuatu kesalahan disiplin apabila telah dijatuhkan hukuman, murid itu tidak
boleh dihukum sekali lagi atas kesalahan yang sama. Contohnya seorang murid telah
dihukum rotan oleh guru disiplin atas kesalahan mencuri. Pengetua / Guru Besar tidak
boleh pula menggantung atau membuang murid tersebut atas kesalahan yang sama.
6. Keperluan menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Kementerian Pendidikan Dalam Setiap Kes Gantung dan Buang
Sekolah.
6.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil. 4 Tahun 1991 bertarikh
19.5.1991, menegaskah supaya Pengetua / Guru Besar atau Penolong Kanan
dikehendaki dengan serta-merta melapor segala kejadian yang tidak diingini seperti
perlanggaran disiplin pelajar yang berat. Kes gantung dan buang sekolah sering
menjadi berita dalam surat khabar. Oleh itu selepas pihak-pihak berkenaan dihubungi
dengan telefon, laporan bertulis hendaklah menyusul kemudian dengan segera.
7. Contoh -contoh surat tindakan tatatertib dan carta aliran prosedur tatatertib
dengan hukuman berat :
Untuk dijadikan panduan yang lebih jelas, dan supaya tidak berlaku kesilapan-
kesilapan teknikal semasa mengambil tindakan disiplin gantung dan buang sekolah
dokumen-dokumen berikut perlu disertakan dan diteliti :
7.1 Lampiran A : Ordinan Pelajaran 1957,Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin
Sekolah) 1959.
7.2 Lampiran B : Contoh surat pertuduhan gantung sekolah sebagai hukuman
tatatertib.
7.3 Lampiran C : Contoh surat keputusan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertib.
7.4 Lampiran D :Contoh surat gantung sekolah utk tujuan siasatan hingga tindakan
disiplin selesai.
7.5 Lampiran E : Contoh surat pertuduhan dengan tujuan buang sekolah sebagai
hukuman.
7.6 Lampiran F : Contoh surat keputusan tindakan tatatertib buang sekolah mengikut
peraturan 8
7.7 Lampiran G : Carta aliran prosedur tindakan gantung sekolah sebagai hukuman.
7.8 Lampiran H : Carta aliran prosedur tindakan disiplin gantung pelajar utk tujuan
buang sekolah.
7.9 Lampiran I : Carta aliran prosedur tindakan disiplin buang sekolah.
7.10 Lampiran J : Contoh Surat Akuan Terima.
8. Penutup
Adalah diharapkan Pengetua dan Guru Besar selepas ini akan dapat menguruskan
tindakan disiplin gantung dan buang sekolah dengan lebih kemas dan teratur.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruFailmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruIrene Linda Lawan
 
Senarai semak fail rmt
Senarai semak fail rmtSenarai semak fail rmt
Senarai semak fail rmtummainacosy
 
Contoh keberhasilan pk hal ehwal murid (hem)
Contoh keberhasilan pk hal ehwal murid (hem)Contoh keberhasilan pk hal ehwal murid (hem)
Contoh keberhasilan pk hal ehwal murid (hem)jaidee abang
 
Manual i KePs 2018-2019
Manual i KePs 2018-2019Manual i KePs 2018-2019
Manual i KePs 2018-2019Chon Seong Hoo
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hiburSham Razak
 
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxPENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxNHazaarifaAinS
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppHairu Nizam
 
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptx
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptxSlot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptx
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptxALSAFII
 
Borang pajsk kp
Borang pajsk kp Borang pajsk kp
Borang pajsk kp Sheila Choo
 
FAIL PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH B2K1.ppt
FAIL PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH B2K1.pptFAIL PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH B2K1.ppt
FAIL PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH B2K1.pptZUHRIYAHBINTIABHAMID
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahNorhayati Ismail
 
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).docKERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).docNorhasnizaAbdulHamid
 
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...Fadzliaton Zainudin
 
Sistem fail sekolah
Sistem fail sekolahSistem fail sekolah
Sistem fail sekolahilhafiz
 
Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012wan_mazri
 
Kertas kerja program motivasi tahap 2
Kertas kerja program motivasi tahap 2Kertas kerja program motivasi tahap 2
Kertas kerja program motivasi tahap 2soulmoon
 
eModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptxeModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptxHanisIbrahim
 

Was ist angesagt? (20)

Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaruFailmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
Failmeja3k(kebersihan, kesihatan dan keselamatan) terbaru
 
OPPM 2022.docx
OPPM 2022.docxOPPM 2022.docx
OPPM 2022.docx
 
Senarai semak fail rmt
Senarai semak fail rmtSenarai semak fail rmt
Senarai semak fail rmt
 
Borang dg44
Borang dg44Borang dg44
Borang dg44
 
Contoh keberhasilan pk hal ehwal murid (hem)
Contoh keberhasilan pk hal ehwal murid (hem)Contoh keberhasilan pk hal ehwal murid (hem)
Contoh keberhasilan pk hal ehwal murid (hem)
 
Manual i KePs 2018-2019
Manual i KePs 2018-2019Manual i KePs 2018-2019
Manual i KePs 2018-2019
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur
 
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxPENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
 
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbpppContoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
Contoh pengiraan-skor-keberhasilan-pbppp
 
Perlembagaan pibg
Perlembagaan pibgPerlembagaan pibg
Perlembagaan pibg
 
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptx
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptxSlot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptx
Slot 2 - Implementasi 4DX Dalam DP.pptx
 
Borang pajsk kp
Borang pajsk kp Borang pajsk kp
Borang pajsk kp
 
FAIL PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH B2K1.ppt
FAIL PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH B2K1.pptFAIL PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH B2K1.ppt
FAIL PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH B2K1.ppt
 
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
 
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).docKERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
 
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
 
Sistem fail sekolah
Sistem fail sekolahSistem fail sekolah
Sistem fail sekolah
 
Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012Buku tatacara kws_2012
Buku tatacara kws_2012
 
Kertas kerja program motivasi tahap 2
Kertas kerja program motivasi tahap 2Kertas kerja program motivasi tahap 2
Kertas kerja program motivasi tahap 2
 
eModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptxeModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptx
 

Andere mochten auch

Contoh surat pertuduhan untuk tujuan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertib
Contoh surat pertuduhan untuk tujuan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertibContoh surat pertuduhan untuk tujuan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertib
Contoh surat pertuduhan untuk tujuan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertibpackia letchumy
 
Contoh surat amaran ponteng
Contoh surat amaran pontengContoh surat amaran ponteng
Contoh surat amaran pontengDydy Diaz
 
Surat pekeliling ikhtisas bil. 7.2004
Surat pekeliling ikhtisas bil. 7.2004Surat pekeliling ikhtisas bil. 7.2004
Surat pekeliling ikhtisas bil. 7.2004Hafiz Yahya
 
Pearturan sekolah dan hukuman yang boleh dikenakan
Pearturan sekolah dan hukuman yang boleh dikenakanPearturan sekolah dan hukuman yang boleh dikenakan
Pearturan sekolah dan hukuman yang boleh dikenakanSMK TAMAN INDAH, TAMPIN, NS
 
Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996hazrinimam
 
Waktu persekolahan bulan ramadan
Waktu persekolahan bulan ramadanWaktu persekolahan bulan ramadan
Waktu persekolahan bulan ramadanCikgu Syahidon
 
1. taklimat hem versi pk hem en ikhwan
1. taklimat hem versi pk hem en ikhwan1. taklimat hem versi pk hem en ikhwan
1. taklimat hem versi pk hem en ikhwansitibadrul
 
Kadar denda & hukuman (pindaan 2012)
Kadar denda & hukuman (pindaan 2012)Kadar denda & hukuman (pindaan 2012)
Kadar denda & hukuman (pindaan 2012)Profil Modal Uniti
 
Buku peraturan sekolah
Buku peraturan sekolahBuku peraturan sekolah
Buku peraturan sekolahsmekses
 
Pengurangan dan Pembagian Bilangan Cacah
Pengurangan dan Pembagian Bilangan CacahPengurangan dan Pembagian Bilangan Cacah
Pengurangan dan Pembagian Bilangan CacahDesy Aryanti
 
Contoh surat iringan ppd
Contoh surat iringan   ppdContoh surat iringan   ppd
Contoh surat iringan ppdMogan Boss
 
Contoh surat iringan
Contoh surat iringanContoh surat iringan
Contoh surat iringanAmirah_Ahmad
 
Akta pendidikan 1996 dan peraturan peraturan
Akta pendidikan 1996 dan peraturan peraturanAkta pendidikan 1996 dan peraturan peraturan
Akta pendidikan 1996 dan peraturan peraturanAmie Accord
 
Fail meja-hem
Fail meja-hemFail meja-hem
Fail meja-hemAki Ntol
 
Surat pekeliling ikhtisas bil.92000 panduan keselamatan diri pelajar
Surat pekeliling ikhtisas bil.92000 panduan keselamatan diri pelajarSurat pekeliling ikhtisas bil.92000 panduan keselamatan diri pelajar
Surat pekeliling ikhtisas bil.92000 panduan keselamatan diri pelajarJimmy Siow
 

Andere mochten auch (20)

Contoh surat pertuduhan untuk tujuan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertib
Contoh surat pertuduhan untuk tujuan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertibContoh surat pertuduhan untuk tujuan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertib
Contoh surat pertuduhan untuk tujuan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertib
 
Contoh surat amaran ponteng
Contoh surat amaran pontengContoh surat amaran ponteng
Contoh surat amaran ponteng
 
Surat pekeliling ikhtisas bil. 7.2004
Surat pekeliling ikhtisas bil. 7.2004Surat pekeliling ikhtisas bil. 7.2004
Surat pekeliling ikhtisas bil. 7.2004
 
Pearturan sekolah dan hukuman yang boleh dikenakan
Pearturan sekolah dan hukuman yang boleh dikenakanPearturan sekolah dan hukuman yang boleh dikenakan
Pearturan sekolah dan hukuman yang boleh dikenakan
 
Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996Akta pendidikan 1996
Akta pendidikan 1996
 
Waktu persekolahan bulan ramadan
Waktu persekolahan bulan ramadanWaktu persekolahan bulan ramadan
Waktu persekolahan bulan ramadan
 
1. taklimat hem versi pk hem en ikhwan
1. taklimat hem versi pk hem en ikhwan1. taklimat hem versi pk hem en ikhwan
1. taklimat hem versi pk hem en ikhwan
 
Kadar denda & hukuman (pindaan 2012)
Kadar denda & hukuman (pindaan 2012)Kadar denda & hukuman (pindaan 2012)
Kadar denda & hukuman (pindaan 2012)
 
Buku peraturan sekolah
Buku peraturan sekolahBuku peraturan sekolah
Buku peraturan sekolah
 
Pengurangan dan Pembagian Bilangan Cacah
Pengurangan dan Pembagian Bilangan CacahPengurangan dan Pembagian Bilangan Cacah
Pengurangan dan Pembagian Bilangan Cacah
 
Contoh surat iringan ppd
Contoh surat iringan   ppdContoh surat iringan   ppd
Contoh surat iringan ppd
 
Contoh surat iringan
Contoh surat iringanContoh surat iringan
Contoh surat iringan
 
Pelaksanaan modul peningkatan disiplin
Pelaksanaan modul peningkatan disiplinPelaksanaan modul peningkatan disiplin
Pelaksanaan modul peningkatan disiplin
 
Akta pendidikan 1996 dan peraturan peraturan
Akta pendidikan 1996 dan peraturan peraturanAkta pendidikan 1996 dan peraturan peraturan
Akta pendidikan 1996 dan peraturan peraturan
 
Setitik nila
Setitik nilaSetitik nila
Setitik nila
 
disiplin
disiplindisiplin
disiplin
 
ISU MORAL
ISU MORALISU MORAL
ISU MORAL
 
Fail meja-hem
Fail meja-hemFail meja-hem
Fail meja-hem
 
Marzano's Taksonomi
Marzano's TaksonomiMarzano's Taksonomi
Marzano's Taksonomi
 
Surat pekeliling ikhtisas bil.92000 panduan keselamatan diri pelajar
Surat pekeliling ikhtisas bil.92000 panduan keselamatan diri pelajarSurat pekeliling ikhtisas bil.92000 panduan keselamatan diri pelajar
Surat pekeliling ikhtisas bil.92000 panduan keselamatan diri pelajar
 

Ähnlich wie Prosedur gantung dan buang sekolah mengikut peraturan 4 dan 8 peraturan

2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx
2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx
2 Prosedur Buang dan Gantung.pptxmuhamadyani12
 
Dasar pengurusan hem smkadg 2013
Dasar pengurusan hem smkadg 2013Dasar pengurusan hem smkadg 2013
Dasar pengurusan hem smkadg 2013Aliff Hafiz
 
334525019 ketetapan-dasar-unit-hem
334525019 ketetapan-dasar-unit-hem334525019 ketetapan-dasar-unit-hem
334525019 ketetapan-dasar-unit-hemooiweiting
 
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptxSLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptxmandina
 
Fail meja disiplin
Fail meja disiplinFail meja disiplin
Fail meja disiplinMazlan Samat
 
Garis panduantusyen
Garis panduantusyenGaris panduantusyen
Garis panduantusyenhafidzanazmi
 
Borang Lawatan Pelancongan.docx
Borang Lawatan Pelancongan.docxBorang Lawatan Pelancongan.docx
Borang Lawatan Pelancongan.docxtharani85802
 
Contoh fail meja
Contoh fail mejaContoh fail meja
Contoh fail mejanur dasima
 
Garis panduan perlaksanaan tatatertib pelajar 2012
Garis panduan perlaksanaan tatatertib pelajar 2012 Garis panduan perlaksanaan tatatertib pelajar 2012
Garis panduan perlaksanaan tatatertib pelajar 2012 rahmat mukhtar
 
Surat penurunan kuasa merotan (contoh)
Surat penurunan kuasa merotan (contoh)Surat penurunan kuasa merotan (contoh)
Surat penurunan kuasa merotan (contoh)FADHILATUNJAMIE
 
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01Asrulsani Abdul Rahman
 
Fail meja pengurusan kelas
Fail meja pengurusan kelasFail meja pengurusan kelas
Fail meja pengurusan kelasMoli SA
 
Fail meja pengurusan kelas
Fail meja pengurusan kelasFail meja pengurusan kelas
Fail meja pengurusan kelasMar Jusoh
 
Documents.tips senarai tugas-guru-kelas
Documents.tips senarai tugas-guru-kelasDocuments.tips senarai tugas-guru-kelas
Documents.tips senarai tugas-guru-kelasFrancis Jessius
 
isu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdf
isu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdfisu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdf
isu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdfMUHAMADIHTISHAMNASIR1
 
2016 program disiplin
2016 program disiplin2016 program disiplin
2016 program disiplinAzhar Abu
 

Ähnlich wie Prosedur gantung dan buang sekolah mengikut peraturan 4 dan 8 peraturan (20)

2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx
2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx
2 Prosedur Buang dan Gantung.pptx
 
Dasar pengurusan hem smkadg 2013
Dasar pengurusan hem smkadg 2013Dasar pengurusan hem smkadg 2013
Dasar pengurusan hem smkadg 2013
 
334525019 ketetapan-dasar-unit-hem
334525019 ketetapan-dasar-unit-hem334525019 ketetapan-dasar-unit-hem
334525019 ketetapan-dasar-unit-hem
 
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptxSLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
SLOT 2 PERANAN HEM DAN UNIT DISIPLIN.pptx
 
D.pengurusankeskhas
D.pengurusankeskhasD.pengurusankeskhas
D.pengurusankeskhas
 
Fail meja disiplin
Fail meja disiplinFail meja disiplin
Fail meja disiplin
 
Garis panduantusyen
Garis panduantusyenGaris panduantusyen
Garis panduantusyen
 
Borang Lawatan Pelancongan.docx
Borang Lawatan Pelancongan.docxBorang Lawatan Pelancongan.docx
Borang Lawatan Pelancongan.docx
 
Badan disiplin
Badan disiplinBadan disiplin
Badan disiplin
 
Contoh fail meja
Contoh fail mejaContoh fail meja
Contoh fail meja
 
Garis panduan perlaksanaan tatatertib pelajar 2012
Garis panduan perlaksanaan tatatertib pelajar 2012 Garis panduan perlaksanaan tatatertib pelajar 2012
Garis panduan perlaksanaan tatatertib pelajar 2012
 
Akta 174
Akta 174Akta 174
Akta 174
 
Surat penurunan kuasa merotan (contoh)
Surat penurunan kuasa merotan (contoh)Surat penurunan kuasa merotan (contoh)
Surat penurunan kuasa merotan (contoh)
 
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01
Failmejapengurusankelas 130214105644-phpapp01
 
Fail meja pengurusan kelas
Fail meja pengurusan kelasFail meja pengurusan kelas
Fail meja pengurusan kelas
 
Fail meja pengurusan kelas
Fail meja pengurusan kelasFail meja pengurusan kelas
Fail meja pengurusan kelas
 
Documents.tips senarai tugas-guru-kelas
Documents.tips senarai tugas-guru-kelasDocuments.tips senarai tugas-guru-kelas
Documents.tips senarai tugas-guru-kelas
 
isu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdf
isu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdfisu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdf
isu-isu-dlm-pelaksanaan-kokurikulum-pdf.pdf
 
Pafa
Pafa Pafa
Pafa
 
2016 program disiplin
2016 program disiplin2016 program disiplin
2016 program disiplin
 

Kürzlich hochgeladen

Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.gs69955
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaLUKTZECHINMoe
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1nurulaidahashim1
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxFarid Salleh
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanErnaKasran1
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxkedekut1
 

Kürzlich hochgeladen (6)

Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
Mesyuarat kokurikulum sjk t bukit darah.
 
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysiaSlaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
Slaid Taklimat Program NILAM 2021 malaysia
 
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
Group Project (1).pdf pendidikan moral tingkatan 1
 
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptxBab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
Bab 2 Sebatian Karbon new copy kimi.pptx
 
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaanBab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
Bab 1 : Tujuan Perniagaan dan pemilikan perniagaan
 
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptxBahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
Bahaya vape dan rokok (Seminar Remaja Kebangsaan)-1.pptx
 

Prosedur gantung dan buang sekolah mengikut peraturan 4 dan 8 peraturan

  • 1. PROSEDUR GANTUNG DAN BUANG SEKOLAH MENGIKUT PERATURAN 4 DAN 8 PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959 1. Tujuan 1.1 Tujuan kertas ini ialah untuk menjelaskan tatacara gantung dan buang sekolah mengikut Peraturan 4 dan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran Disiplin Sekolah ) 1959 yang diwartakan sebagai LN 61/59, bertarikh 20.2.1959, Ordinan Pelajaran 1957. 2. Latar Belakang 2.1 Banyak Pengetua dan Guru Besar yang kurang jelas mengenai perlaksanaan tatacara tindakan disiplin sekolah dengan hukuman berat terhadap murid mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang. 3. Peruntukan Undang-Undang 3.1 Undang - Undang yang berkaitan bagi mengendalikan kes-kes perlanggaran disiplin di sekolah-sekolah ialan Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, yang telah diwartakan sebagai LN 61/59 bertarikh 20.2.1959. Mengikut peraturan tersebut, Kerajaan telah memperuntukkan melalui Peraturan 4, bahawa pihak berkuasa disiplin di sekolah ialah Guru Besar / Pengetua. Peraturan 4 yang berbunyi seperti di bawah ini menegaskan kuasa disiplin tersebut adalah di tangan Guru Besar / Pengetua.“4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru- guru dan murid-murid sekolah itu.” 3.2 Kerajaan juga memberi kuasa menggantung dan membuang murid dari sekolah kepada Guru Besar / Pengetua. Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 seperti di bawah ini menjelaskan peruntukan tersebut. “8. Pada bila- bila masa sahaja didapati dengan memuaskan hati Guru Besar sesebuah sekolah : a. sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya ataupun dibuang sekolah; 4. Implikasi Peruntukan Undang-Undang Mengikut Peraturan 4 dan Peraturan 8. 4.1 Adalah jelas dari kedua-dua peraturan ini, iaitu Peraturan 4 dan 8 Peraturan- Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, bahawa pihak berkuasa disiplin ke atas murid ialah Guru Besar / Pengetua. Tegasnya hanya Guru Besar / Pengetua sahaja di bawah peraturan tersebut yang diberi kuasa menggantung atau membuang murid dari sekolah apabila beliau berpuas hati bahawa demi untuk mengekalkan disiplin dan ketenteraman di sekolah seseorang murid itu patut menerima hukuman sedemikian. Ini bermakna tidak ada kuasa lain selain Guru Besar / Pengetua di sesebuah sekolah dari segi menjatuhkan hukuman menggantung dan membuang murid dari sekolah. 4.2 Adalah di luar kuasa undang-undang jika penggantungan atau pembuangan pelajar dari sekolah diputuskan oleh Lembaga Disiplin ataupun Jawatankuasa Tatatertib Sekolah. Peraturan 4 dan 8 tidak memperuntukkan mengenai kewujudan Lembaga Disiplin Sekolah. Maka itu Guru Besar / Pengetua hendaklah tidak terikat dengan pandangan atau nasihat Lembaga Disiplin sekolah. Dengan perkataan lain keputusan menggantung atau membuang pelajar dari sekolah hendaklah keputusan Guru Besar / Pengetua sendiri.
  • 2. 4.3 Jika keputusan menggantung atau membuang murid adalah merupakan keputusan hasil nasihat dari Lembaga Disiplin Sekolah maka keputusan yang dibuat itu `void and of no legal effect.’ Sebarang keputusan penggantungan atau pembuangan pelajar tersebut jika dicabar di mahkamah maka ianya tidak boleh dipertahankan. 4.4 Secara tegas juga Peraturan 4 dan 8 berkehendakkan surat-surat tindakan tatatertib gantung atau buang sekolah ditandatangani sendiri oleh Pengetua / Guru Besar. 4.5 Keperluan-keperluan “teknikal” yang lahir dari peruntukan undang-undang berdasarkan Peraturan 4 dan 8 perlu diberi perhatian sewajarnya dan begitu juga bagi setiap prosedur dan surat-surat tatatertib yang dikeluarkan kepada tertuduh. Jika prosedur dan tatacara yang sepatutnya tidak dipatuhi, keputusan hukuman jika dicabar di mahkamah , ianya sukar dipertahankan. 5. Perkara-Perkara “Teknikal” yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan Peraturan 4 dan 8. 5.1 Setiap aspek teknikal hendaklah diberi perhatian sewajarnya semasa melaksanakan tindakan disiplin gantung dan buang sekolah. 5.1.1 Gantung sekolah mengikut Peraturan 8 membawa maksud sebagai hukuman disiplin ataupun sebagai membolehkan siasatan lanjut sesuatu kes dibuat sebelum keputusan hukuman disiplin dijatuhkan. 5.1.2 Bagi kedua-dua keadaan ini prosedur yang berlainan hendaklah dipatuhi. 5.1.3 Tindakan disiplin buang sekolah pula adalah langkah terakhir setelah kegagalan langkah-langkah tatatertib terdahulu, termasuk sesi kaunseling yang kesemuanya sepatutnya mempunyai dokumentasi lengkap dan teratur. 5.2 Surat tatatertib apabila dikeluarkan hendaklah mengandungi nama tertuduh yang rasmi mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan ( atau jika tiada kad pengenalan, memadai nombor surat beranak ) dan kelas beliau belajar, agar surat itu tidak dipertikaikan kesahihannya. Maklumat-maklumat ini seharusnya sama seperti dalam jadual kedatangan sekolah. 5.3 Setiap surat tatatertib hendaklah jelas dan tepat dari segi waktu kejadian, tarikh kejadian tempat berlaku dan mereka yang terlibat dengan saksi-saksi yang boleh dipertanggungjawabkan. ( Dalam perkara ini Pengetua / Guru Besar sewajarnya mendapatkan laporan bertulis yang lengkap mengenai kejadian tersebut sebelum keputusan diambil ). 5.4 Peraturan sekolah yang bertulis yang dilanggar hendaklah dinyatakan dengan jelas mengikut bab atau seksyen yang berkenaan. ( Ini bermakna semua Pengetuan / Guru Besar harus melaksanakan saranan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 yang bertarikh 4.11.1975 mengenai perkara ini ). 5.5 Peruntukkan undang-undang mengikut peraturan 4 dan 8 Peraturan- Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 hendaklah dirujuk bagi setiap kes. 5.6 Oleh kerana hanya Pengetua atau Guru Besar sahaja yang boleh menggantung atau membuang murid dari sekolah maka surat-surat tatatertib berkaitan hendaklah ditandantangani oleh Guru Besar / Pengetua. 5.7 Setiap surat tatatertib hendaklah disalinkan kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan dan ibu bapa / penjaga tertuduh. 5.8 Peruntukkan undang-undang bagi ibu bapa / penjaga untuk membuat rayuan di atas hukuman tatatertib yang dikenakan terhadap anak / jagaan hendaklah dimaklumkan dengan jelas. 5.9 Setiap surat tatatertib hendaklah diakui terima oleh tertuduh dengan dua orang saksi. Salinan surat kepada ibu bapa atau penjaga hendaklah mengikut prosedur yang
  • 3. sama. 5.10 Setiap murid yang akan dihukum hendaklah diberi peluang didengar dan membela diri bagi setiap pertuduhan. Hukuman tidak boleh dilaksanakan tanpa murid itu diberi peluang memberi pembelaan dirinya. Tempoh beliau menjawab pertuduhan hendaklah tidak kurang daripada 14 hari. 5.11 Sesuatu kesalahan disiplin apabila telah dijatuhkan hukuman, murid itu tidak boleh dihukum sekali lagi atas kesalahan yang sama. Contohnya seorang murid telah dihukum rotan oleh guru disiplin atas kesalahan mencuri. Pengetua / Guru Besar tidak boleh pula menggantung atau membuang murid tersebut atas kesalahan yang sama. 6. Keperluan menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Dalam Setiap Kes Gantung dan Buang Sekolah. 6.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil. 4 Tahun 1991 bertarikh 19.5.1991, menegaskah supaya Pengetua / Guru Besar atau Penolong Kanan dikehendaki dengan serta-merta melapor segala kejadian yang tidak diingini seperti perlanggaran disiplin pelajar yang berat. Kes gantung dan buang sekolah sering menjadi berita dalam surat khabar. Oleh itu selepas pihak-pihak berkenaan dihubungi dengan telefon, laporan bertulis hendaklah menyusul kemudian dengan segera. 7. Contoh -contoh surat tindakan tatatertib dan carta aliran prosedur tatatertib dengan hukuman berat : Untuk dijadikan panduan yang lebih jelas, dan supaya tidak berlaku kesilapan- kesilapan teknikal semasa mengambil tindakan disiplin gantung dan buang sekolah dokumen-dokumen berikut perlu disertakan dan diteliti : 7.1 Lampiran A : Ordinan Pelajaran 1957,Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959. 7.2 Lampiran B : Contoh surat pertuduhan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertib. 7.3 Lampiran C : Contoh surat keputusan gantung sekolah sebagai hukuman tatatertib. 7.4 Lampiran D :Contoh surat gantung sekolah utk tujuan siasatan hingga tindakan disiplin selesai. 7.5 Lampiran E : Contoh surat pertuduhan dengan tujuan buang sekolah sebagai hukuman. 7.6 Lampiran F : Contoh surat keputusan tindakan tatatertib buang sekolah mengikut peraturan 8 7.7 Lampiran G : Carta aliran prosedur tindakan gantung sekolah sebagai hukuman. 7.8 Lampiran H : Carta aliran prosedur tindakan disiplin gantung pelajar utk tujuan buang sekolah. 7.9 Lampiran I : Carta aliran prosedur tindakan disiplin buang sekolah. 7.10 Lampiran J : Contoh Surat Akuan Terima. 8. Penutup Adalah diharapkan Pengetua dan Guru Besar selepas ini akan dapat menguruskan tindakan disiplin gantung dan buang sekolah dengan lebih kemas dan teratur.