SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 15
Nama : Nurul Intan Balqish bt. Salim


           Kelas : 1 Ixora




                 1
Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia




Koleksi Cerita Rakyat Pelbagai Kaum Di
              Malaysia




                  2
Setinggi tinggi penhargaan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak
menyumbangkan idea kepada saya sepanjang saya membuat folio ini. Tidak lupa
juga, kepada rakan-rakan saya dan guru Pendidikan Sivik saya iaitu Cikgu Nurul
                 Natasha. Ribuan terima kasih saya ucapkan.




                                      3
Cerita rakyat kini kurang diminati. Ini kerana murid banyak meluangkan masa
      dengan ilmu teknologi. Ibu bapa perlu mengambil masa yang ada untuk
menceritakan cerita rakyat kepada anak-anak mereka supaya pengajaran dan nilai
murni dapat dipupuk di dalam jiwa mereka. Cerita rakyat adalah hasil sastera rakyat
yang menjadi kebanggaan masyarakat di negara ini.Berikut merupakan antara ciri-
                             ciri sesuatu cerita rakyat:
           a) cerita yang berdasarkan kehidupan masyarakat setempat.
           b) biasanya diceritakan dan disampaikan dari mulut ke mulut.
      c) selalunya mempamerkan kesenian dan kebudayaan sesuatu masyar
   d) penekanan selalunya diberikan pada nilai-nilai murni dan pengajaran yang
                          terkandung dalam cerita tersebut.
 e) pada waktu dahulu, kisah-kisah ini diceritakan pada masa terluang contohnya
                                       pada
               waktu malam setelah penat bekerja pada waktu siang.
   f) disampaikan oleh penglipurlara. Lebih menarik lagi si penglipurlara ini akan
                    menyanyi dan bermain muzik ketika bercerita.




                                         4
Nombor       Isi Kandungan         Muka Surat

  1          Tema dan Tajuk

  2           Penghargaan

  3            Pengenalan

  4           Isi Kandungan

  5              Objektif

  6           Pendahuluan

  7      Kandungan Cerita Rakyat

  8             Penutup




                   5
Tujuan cerita rakyat ini disampaikan supaya cerita rakyat ini dapat diwarisi oleh
generasi akan datang. Selain itu, dapat mengelakkan daripada cerita rakyat menjadi
pupus. Setiap pengajaran dan nilai murni yang disampaikan mestilah dibawa iktibar
                          dan tanamkan dalam jiwa pelajar.




                                        6
Cerita rakyat ialah sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat melalui bahasa
tutur yang berhubung langsung dengan berbagai aspek budaya, seperti agama
dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan, dan
                    susunan nilai sosial masyarakat tersebut.

     TERDAPAT BEBERAPA JENIS CERITA RAKYAT. ANTARANYA :-
                       a) Cerita asal usul
                        b) Cerita jenaka
                       c) Cerita Legenda
                    d) Cerita Kepahlawanan
                       e) Cerita Binatang
                         f) Cerita Mitos

                      Tujuan cerita rakyat disampaikan:


  a)Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan cerita rakyat pelbagai kaum

            b)Sebagai teladan dan nasihat kepada generasi muda

            c)Sebagai warisan budaya yang amat membanggakan

             d)Memupuk semangat bangga dengan cerita rakyat




                                    7
Bahagian A

                                 Kaum Melayu
                           SI TANGGANG

 Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang.
Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk
menjadi kaya dan terkenal.

  Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara
sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan
Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu
terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan
bekerja.

 Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si
Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si
Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.

  Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda.
Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun
diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang
dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.


  Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia
dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin
dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di
merata negeri.

  Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-
usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun
memberitahu kepada orang tuanya.

  “ Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang.
“ Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “ kata
Deruma dengan gembira.
  Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal
Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu
pisang salai.
Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika

                                       8
kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya.

  “ Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya.
“ Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu.
“ Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ?” tanya isteri Si Tanggang.
Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan
dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif
sekali.

  “ Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan
ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal !” herdik Si
Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah.
“ Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai
kegemaranmu, nak “ kata Si Deruma.
“ Pergi! “ tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada
bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.

  Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak
disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi.
Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat
kedua-dua belah tangan dia berseru “ Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si
Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”

  Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu
terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah
memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah
menderhaka.

  “ Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!'
teriak Si Tanggang.
Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan
kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal
juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu.




                                        9
Pengajaran:
1. Kita hendaklah hormat-menghormati orang yang lebih tua daripada kita.
2. Kita janganlah jadi seperti kacang melupakan kulit.

Nilai:
1. Baik hati
2. Tolong menolong




                                       10
Bahagian B
         Kisah Enam Orang Buta Melihat Gajah (Cerita Rakyat India)


 Dahulu kala hiduplah enam orang buta. Mereka sering mendengar tentang gajah.
Namun karena mereka semua belum pernah melihatnya, mereka ingin sekali tahu
    seperti apa gajah itu. Maka mereka beramai-ramai pergi melihat gajah.

 Orang buta pertama mendekati gajah. Ia tersandung dan ketika terjatuh, ia jatuh di
 sisi tubuh gajah yang kukuh. “Oh, sekarang aku tahu!” katanya, “Gajah itu seperti
                                     tembok.”

   Orang buta kedua meraba gading gajah. “Mari kita lihat...,” katanya, “Gajah ini
        bulat, licin dan tajam. Jelaslah gajah lebih mirip sebuah tombak.”

  Yang ketiga kebetulan memegang belalai gajah yang bergerak menggeliat-geliat.
                 “Kalian salah!” jeritnya, “Gajah ini seperti ular!”

 Berikutnya, orang buta keempat melompat penuh semangat dan jatuh ke atas lutut
gajah. “Ah!” katanya, “Bagaimana kalian ini, sudah jelas binatang ini mirip sebatang
                                     pohon.”

   Yang kelima memegang telinga gajah. “Kipas!” teriaknya, “Bahkan orang yang
                 paling buta pun tahu, gajah itu mirip kipas.”

 Orang buta keenam, segera mendekati sang gajah, ia menggapai dan memegang
 ekor gajah yang berayun-ayun. “Aku tahu, kalian semua salah.” Katanya. Gajah
                             mirip dengan tali.”

    Demikianlah keenam orang buta itu bertengkar. Masing-masing tidak mahu
  mengalah. Semua tetap dengan pendapatnya sendiri, yang sebahagian benar,
namun semuanya salah. Mereka semua hanya meraba bahagian tubuh gajah yang
     berlainan, mereka tidak melihat keseluruhan haiwan gajah itu sendiri.




                                       11
Pengajaran:
        1.Kita haruslah menerima pendapat orang lain dengan terbuka.
2. Kita mestilah mempunyai sikap ingin tahu supaya dapat menambahkan ilmu
                                  pengetahuan.
                       3. Kita janganlah sikap sombong.

                                   Nilai:
                           1. Tolong-menolong
                              2. Ingin Tahu
                               3. Peramah




                                  12
Bahagian C
                             Kisah-kisah Kaum Bajau

                               Lagenda Batu Bajau

   Pada suatu masa dahulu tinggal seorang manusia yang sangat tinggi orangnya di
kampung Kampung Solibog,Tambunan. Orang ini dinamakan Bajau kerana dia
berasal daripada kaum Bajau. Isterinya juga mempunyai ketinggian yang sama
dengan Bajau.

   Walaubagaimanapun tiada sesiapa pun yang dapat memberitahu setinggi mana
Bajau hingga kini. Cerita ini menyatakan bahawa Bajau memiliki saiz badan yang
sangat besar. Tapak kaki Bajau juga sangat besar sehinggakan apabila dia
menyeberangi sungai ramai orang kampung yang akan mengekorinya. Ini kerana
mereka ingin mengambil ikan-ikan yang mati dipijak Bajau. Oleh itu, orang-orang
kampung mendapat faedah daripada Bajau terutamanya dari segi makanan. Apabila
orang-orang kampung hendak menangkap ikan, maka Bajau akan diminta untuk
berbaring di dasar sungai Pegalan. Orang-orang kampung akan mengumpul ikan-
ikan yang mati itu pada bahagian kering tempat Bajau berbaring.

   Pada masa itu, permusuhan antara kumpulan-kumpulan kaum etnik juga berlaku.
Orang-orang kampung Solibog sangat dibenci oleh orang-orang Tapasang yang
tinggal di bukit. Permusuhan ini berlaku kerana orang-orang Tapasang mencemburui
kehadiran Bajau yang memberikan banyak faedah kepada orang-orang kampung
Solibog. Oleh itu, orang-orang Tapasang mencuba untuk membunuh Bajau agar
orang-orang Solibog tidak mendapat faedah lagi. Mereka telah bersedia untuk
membunuh Bajau menggunakan penyumpit yang telah dimasukkan sumpit beracun.
Namun demikian usaha yang mereka lakukan semasa menyerang Bajau cumalah
sia-sia sahaja kerana dia hanya terasa seperti digigit nyamuk sahaja.

   Penghormatan yang diberikan kepada Bajau bukan sahaja kerana sumbangannya
dari segi penangkapan ikan tetapi juga kerana suatu peristiwa. Peristiwa ini seperti
yang dinyatakan ialah Bajau telah mengangkat satu batu besar ke tempat di mana
dia hendak dikebumikan. Ramai orang telah mencuba untuk mengangkat batu besar
tersebut yang dibawa Bajau di bawah ketiaknya ke suatu tempat yang dipanggil Batu
Bajau. Sehingga ke hari ini, batu besar itu masih dapat dilihat dan dinamakan Batu
Bajau.

    Batu Bajau adalah setinggi dua kaki dan juga dua kaki lebar. Batu ini secara
semulajadinya mempunyai makna tersendiri kepada orang ramai. Batu ini dikatakan
  dijaga atau dihuni oleh roh-roh jahat yang akan mendatangkan penyakit kepada
    orang-orang yang datang mengganggu. Tidak lama dahulu, roh-roh jahat ini
 dikatakan menjadi sangat ganas di mana orang yang melaluinya akan sakit serta-
   merta atau menemui ajal. Sesiapa sahaja yang melalui kawasan batu ini yang
      memakai baju lama akan jatuh sakit. Terdapat orang ramai yang sangat
   mempercayai mitos ini sehinggakan mereka sanggup memakai baju baru atau
  mengelak daripada melalui kawasan tersebut bagi memastikan roh-roh itu tidak
                                     diganggu.



                                       13
Pengajaran:
       1. Kita hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain.
     2. Kita mestilah menghargai jasa pengorbanan orang terhadap kita.
3. Kita haruslah rajin kerana ia akan membawa faedah kepada kita akhirnya.

                                   Nilai:
                               1. Baik Hati
                           2. Tolong-menolong
                                 3. Rajin




                                  14
FAEDAH MENGHAYATI CERITA RAKYAT
           a) Mengetahui cerita rakyat pelbagai kaum
         b) Memahami budaya masyarakat zaman dahulu
           c) Memberikan hiburan kepada pendengar
d) Dapat mengambil iktibar dan pengajran daripada cerita tersebut
     e) Dapat mengekalkan warisan budaya bangsa Malaysia
         f)memupuk minat pelajar terhadap cerita rakyat

              g)Supaya warisan budaya tidak dipinggirkan

      h)Supaya generasi sekarang dapat menghargai cerita rakyat

 i)Memperoleh pengajaran dan mengambil iktibar yang terkandung dalam
                             cerita rakyat

j)Mengapresiasikan cerita rakyat pelbagai kaum dalam kehidupan seharian




                              15

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt? (7)

Simpulan bahasa(observe 26.02.2014)
Simpulan bahasa(observe 26.02.2014)Simpulan bahasa(observe 26.02.2014)
Simpulan bahasa(observe 26.02.2014)
 
Kata mereka Wais.docx
Kata mereka Wais.docxKata mereka Wais.docx
Kata mereka Wais.docx
 
Memori seorangtua
Memori seorangtuaMemori seorangtua
Memori seorangtua
 
Dongeng
DongengDongeng
Dongeng
 
Kuiz peribahasa
Kuiz peribahasaKuiz peribahasa
Kuiz peribahasa
 
Celine and the gang
Celine and the gangCeline and the gang
Celine and the gang
 
Kartini
KartiniKartini
Kartini
 

Andere mochten auch

Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3
Amir Zul
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11
zahorien
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
ku d pulau Mahsuri
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
Joan Ang
 
Natasya ungu violet
Natasya ungu violetNatasya ungu violet
Natasya ungu violet
mrfuji
 
104432657 refleksi
104432657 refleksi104432657 refleksi
104432657 refleksi
Na Shafrina
 
677 lampiran contoh papan cerita
677 lampiran contoh papan cerita677 lampiran contoh papan cerita
677 lampiran contoh papan cerita
Hashim Omar
 
Petikan teks si tanggang
Petikan teks si tanggangPetikan teks si tanggang
Petikan teks si tanggang
cekodok Pisang
 
Sivik dan kewarganegaraan
Sivik dan kewarganegaraanSivik dan kewarganegaraan
Sivik dan kewarganegaraan
Jahir Korotok
 

Andere mochten auch (20)

Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3
 
Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11Skrip cerita tahap 11
Skrip cerita tahap 11
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Bahasa inggeris
Bahasa inggerisBahasa inggeris
Bahasa inggeris
 
Natasya ungu violet
Natasya ungu violetNatasya ungu violet
Natasya ungu violet
 
Sivik Tahun 5 : Sayangi keluarga - Tanggungjawab Keluarga Dikongsi Bersama
Sivik Tahun 5 : Sayangi keluarga - Tanggungjawab Keluarga Dikongsi BersamaSivik Tahun 5 : Sayangi keluarga - Tanggungjawab Keluarga Dikongsi Bersama
Sivik Tahun 5 : Sayangi keluarga - Tanggungjawab Keluarga Dikongsi Bersama
 
PSK TINGKATAN 1 BAB 5
PSK TINGKATAN 1 BAB 5 PSK TINGKATAN 1 BAB 5
PSK TINGKATAN 1 BAB 5
 
104432657 refleksi
104432657 refleksi104432657 refleksi
104432657 refleksi
 
Contoh refleksi subjek PJM3112
Contoh refleksi subjek PJM3112Contoh refleksi subjek PJM3112
Contoh refleksi subjek PJM3112
 
677 lampiran contoh papan cerita
677 lampiran contoh papan cerita677 lampiran contoh papan cerita
677 lampiran contoh papan cerita
 
Tema 1 & 2
Tema 1 & 2Tema 1 & 2
Tema 1 & 2
 
Petikan teks si tanggang
Petikan teks si tanggangPetikan teks si tanggang
Petikan teks si tanggang
 
Folio anis pjpk
Folio anis pjpkFolio anis pjpk
Folio anis pjpk
 
Gambar perayaan pelbagai kaum
Gambar perayaan pelbagai kaumGambar perayaan pelbagai kaum
Gambar perayaan pelbagai kaum
 
Kajian Tempatan tahun 4
Kajian Tempatan tahun 4Kajian Tempatan tahun 4
Kajian Tempatan tahun 4
 
Folio sivik
Folio sivikFolio sivik
Folio sivik
 
Teks cerita bm sang kacil dan tali pinggang sakti
Teks cerita bm sang kacil dan tali pinggang saktiTeks cerita bm sang kacil dan tali pinggang sakti
Teks cerita bm sang kacil dan tali pinggang sakti
 
Sivik dan kewarganegaraan
Sivik dan kewarganegaraanSivik dan kewarganegaraan
Sivik dan kewarganegaraan
 

Ähnlich wie Sivik b4 d5e1

Kisi - kisi bahasa Indonesia UN SMA
Kisi - kisi bahasa Indonesia UN SMA Kisi - kisi bahasa Indonesia UN SMA
Kisi - kisi bahasa Indonesia UN SMA
Dewi Setyowati
 
Dondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantunDondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantun
Sheila Baskaran
 
Cerita rakyat (b. indonesia)2
Cerita rakyat (b. indonesia)2Cerita rakyat (b. indonesia)2
Cerita rakyat (b. indonesia)2
Qurrotayunin
 
Prediksi soal-bahasa-indonesia-uasbn-sd-mi-2011-paket1
Prediksi soal-bahasa-indonesia-uasbn-sd-mi-2011-paket1Prediksi soal-bahasa-indonesia-uasbn-sd-mi-2011-paket1
Prediksi soal-bahasa-indonesia-uasbn-sd-mi-2011-paket1
Zaenuddin Chanafie
 
soal-un-bahasa-indonesia-sd-2012
 soal-un-bahasa-indonesia-sd-2012 soal-un-bahasa-indonesia-sd-2012
soal-un-bahasa-indonesia-sd-2012
Edi Topan
 
karya sastra minangkabau
karya sastra minangkabaukarya sastra minangkabau
karya sastra minangkabau
Oktari Aneliya
 
Analisis materi sastra pada Kompetensi Dasar kelas 4 SD
Analisis materi sastra pada Kompetensi Dasar kelas 4 SDAnalisis materi sastra pada Kompetensi Dasar kelas 4 SD
Analisis materi sastra pada Kompetensi Dasar kelas 4 SD
Yunita Siswanti
 
B. Indonesia - KD 7.1 Unsur Intrisik & Ekstrinsik Hikayat
B. Indonesia - KD 7.1 Unsur Intrisik & Ekstrinsik HikayatB. Indonesia - KD 7.1 Unsur Intrisik & Ekstrinsik Hikayat
B. Indonesia - KD 7.1 Unsur Intrisik & Ekstrinsik Hikayat
Ramadhani Sardiman
 
Menyibak Tabir Uga Prabu Siliwangi
Menyibak Tabir Uga Prabu SiliwangiMenyibak Tabir Uga Prabu Siliwangi
Menyibak Tabir Uga Prabu Siliwangi
Hulu Kujang
 

Ähnlich wie Sivik b4 d5e1 (20)

Bank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdf
Bank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdfBank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdf
Bank-Soal-SMA-MA-SMK-Kelas-10-Bahasa-Indonesia-Hindayani.com_.pdf
 
1
11
1
 
Imbasan komsas tingkatan 4
Imbasan komsas tingkatan 4Imbasan komsas tingkatan 4
Imbasan komsas tingkatan 4
 
Kisi - kisi bahasa Indonesia UN SMA
Kisi - kisi bahasa Indonesia UN SMA Kisi - kisi bahasa Indonesia UN SMA
Kisi - kisi bahasa Indonesia UN SMA
 
PP Budaya Sunda 12 ER 2022.pptx
PP Budaya Sunda 12  ER 2022.pptxPP Budaya Sunda 12  ER 2022.pptx
PP Budaya Sunda 12 ER 2022.pptx
 
Dondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantunDondang sayang dan pantun
Dondang sayang dan pantun
 
Bahan sastera
Bahan sasteraBahan sastera
Bahan sastera
 
soalan akhir tahun sejarah tahun 4 kssr
soalan akhir tahun sejarah tahun 4 kssrsoalan akhir tahun sejarah tahun 4 kssr
soalan akhir tahun sejarah tahun 4 kssr
 
Pelajaran 2
Pelajaran 2Pelajaran 2
Pelajaran 2
 
Pelajaran 2
Pelajaran 2Pelajaran 2
Pelajaran 2
 
Cerita rakyat (b. indonesia)2
Cerita rakyat (b. indonesia)2Cerita rakyat (b. indonesia)2
Cerita rakyat (b. indonesia)2
 
Prediksi soal-bahasa-indonesia-uasbn-sd-mi-2011-paket1
Prediksi soal-bahasa-indonesia-uasbn-sd-mi-2011-paket1Prediksi soal-bahasa-indonesia-uasbn-sd-mi-2011-paket1
Prediksi soal-bahasa-indonesia-uasbn-sd-mi-2011-paket1
 
soal-un-bahasa-indonesia-sd-2012
 soal-un-bahasa-indonesia-sd-2012 soal-un-bahasa-indonesia-sd-2012
soal-un-bahasa-indonesia-sd-2012
 
Krakteristik balai pustaka
Krakteristik balai pustakaKrakteristik balai pustaka
Krakteristik balai pustaka
 
karya sastra minangkabau
karya sastra minangkabaukarya sastra minangkabau
karya sastra minangkabau
 
Cerita rakyat, dang gedunai
Cerita rakyat, dang gedunaiCerita rakyat, dang gedunai
Cerita rakyat, dang gedunai
 
Analisis materi sastra pada Kompetensi Dasar kelas 4 SD
Analisis materi sastra pada Kompetensi Dasar kelas 4 SDAnalisis materi sastra pada Kompetensi Dasar kelas 4 SD
Analisis materi sastra pada Kompetensi Dasar kelas 4 SD
 
B. Indonesia - KD 7.1 Unsur Intrisik & Ekstrinsik Hikayat
B. Indonesia - KD 7.1 Unsur Intrisik & Ekstrinsik HikayatB. Indonesia - KD 7.1 Unsur Intrisik & Ekstrinsik Hikayat
B. Indonesia - KD 7.1 Unsur Intrisik & Ekstrinsik Hikayat
 
Menyibak Tabir Uga Prabu Siliwangi
Menyibak Tabir Uga Prabu SiliwangiMenyibak Tabir Uga Prabu Siliwangi
Menyibak Tabir Uga Prabu Siliwangi
 
Makalah dongeng
Makalah dongengMakalah dongeng
Makalah dongeng
 

Sivik b4 d5e1

  • 1. Nama : Nurul Intan Balqish bt. Salim Kelas : 1 Ixora 1
  • 2. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia Koleksi Cerita Rakyat Pelbagai Kaum Di Malaysia 2
  • 3. Setinggi tinggi penhargaan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang banyak menyumbangkan idea kepada saya sepanjang saya membuat folio ini. Tidak lupa juga, kepada rakan-rakan saya dan guru Pendidikan Sivik saya iaitu Cikgu Nurul Natasha. Ribuan terima kasih saya ucapkan. 3
  • 4. Cerita rakyat kini kurang diminati. Ini kerana murid banyak meluangkan masa dengan ilmu teknologi. Ibu bapa perlu mengambil masa yang ada untuk menceritakan cerita rakyat kepada anak-anak mereka supaya pengajaran dan nilai murni dapat dipupuk di dalam jiwa mereka. Cerita rakyat adalah hasil sastera rakyat yang menjadi kebanggaan masyarakat di negara ini.Berikut merupakan antara ciri- ciri sesuatu cerita rakyat: a) cerita yang berdasarkan kehidupan masyarakat setempat. b) biasanya diceritakan dan disampaikan dari mulut ke mulut. c) selalunya mempamerkan kesenian dan kebudayaan sesuatu masyar d) penekanan selalunya diberikan pada nilai-nilai murni dan pengajaran yang terkandung dalam cerita tersebut. e) pada waktu dahulu, kisah-kisah ini diceritakan pada masa terluang contohnya pada waktu malam setelah penat bekerja pada waktu siang. f) disampaikan oleh penglipurlara. Lebih menarik lagi si penglipurlara ini akan menyanyi dan bermain muzik ketika bercerita. 4
  • 5. Nombor Isi Kandungan Muka Surat 1 Tema dan Tajuk 2 Penghargaan 3 Pengenalan 4 Isi Kandungan 5 Objektif 6 Pendahuluan 7 Kandungan Cerita Rakyat 8 Penutup 5
  • 6. Tujuan cerita rakyat ini disampaikan supaya cerita rakyat ini dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Selain itu, dapat mengelakkan daripada cerita rakyat menjadi pupus. Setiap pengajaran dan nilai murni yang disampaikan mestilah dibawa iktibar dan tanamkan dalam jiwa pelajar. 6
  • 7. Cerita rakyat ialah sebagai ekspresi budaya suatu masyarakat melalui bahasa tutur yang berhubung langsung dengan berbagai aspek budaya, seperti agama dan kepercayaan, undang-undang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan, dan susunan nilai sosial masyarakat tersebut. TERDAPAT BEBERAPA JENIS CERITA RAKYAT. ANTARANYA :- a) Cerita asal usul b) Cerita jenaka c) Cerita Legenda d) Cerita Kepahlawanan e) Cerita Binatang f) Cerita Mitos Tujuan cerita rakyat disampaikan: a)Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan cerita rakyat pelbagai kaum b)Sebagai teladan dan nasihat kepada generasi muda c)Sebagai warisan budaya yang amat membanggakan d)Memupuk semangat bangga dengan cerita rakyat 7
  • 8. Bahagian A Kaum Melayu SI TANGGANG Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja. Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya. Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang. Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri. Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal- usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya. “ Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang. “ Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “ kata Deruma dengan gembira. Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang, iaitu pisang salai. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika 8
  • 9. kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. “ Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak kapalnya. “ Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu. “ Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ?” tanya isteri Si Tanggang. Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya. Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu uzur dan daif sekali. “ Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal !” herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah. “ Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai kegemaranmu, nak “ kata Si Deruma. “ Pergi! “ tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut. Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke tepi. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru “ Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.” Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. “ Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang. Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang. Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu. Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut menjadi batu. 9
  • 10. Pengajaran: 1. Kita hendaklah hormat-menghormati orang yang lebih tua daripada kita. 2. Kita janganlah jadi seperti kacang melupakan kulit. Nilai: 1. Baik hati 2. Tolong menolong 10
  • 11. Bahagian B Kisah Enam Orang Buta Melihat Gajah (Cerita Rakyat India) Dahulu kala hiduplah enam orang buta. Mereka sering mendengar tentang gajah. Namun karena mereka semua belum pernah melihatnya, mereka ingin sekali tahu seperti apa gajah itu. Maka mereka beramai-ramai pergi melihat gajah. Orang buta pertama mendekati gajah. Ia tersandung dan ketika terjatuh, ia jatuh di sisi tubuh gajah yang kukuh. “Oh, sekarang aku tahu!” katanya, “Gajah itu seperti tembok.” Orang buta kedua meraba gading gajah. “Mari kita lihat...,” katanya, “Gajah ini bulat, licin dan tajam. Jelaslah gajah lebih mirip sebuah tombak.” Yang ketiga kebetulan memegang belalai gajah yang bergerak menggeliat-geliat. “Kalian salah!” jeritnya, “Gajah ini seperti ular!” Berikutnya, orang buta keempat melompat penuh semangat dan jatuh ke atas lutut gajah. “Ah!” katanya, “Bagaimana kalian ini, sudah jelas binatang ini mirip sebatang pohon.” Yang kelima memegang telinga gajah. “Kipas!” teriaknya, “Bahkan orang yang paling buta pun tahu, gajah itu mirip kipas.” Orang buta keenam, segera mendekati sang gajah, ia menggapai dan memegang ekor gajah yang berayun-ayun. “Aku tahu, kalian semua salah.” Katanya. Gajah mirip dengan tali.” Demikianlah keenam orang buta itu bertengkar. Masing-masing tidak mahu mengalah. Semua tetap dengan pendapatnya sendiri, yang sebahagian benar, namun semuanya salah. Mereka semua hanya meraba bahagian tubuh gajah yang berlainan, mereka tidak melihat keseluruhan haiwan gajah itu sendiri. 11
  • 12. Pengajaran: 1.Kita haruslah menerima pendapat orang lain dengan terbuka. 2. Kita mestilah mempunyai sikap ingin tahu supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan. 3. Kita janganlah sikap sombong. Nilai: 1. Tolong-menolong 2. Ingin Tahu 3. Peramah 12
  • 13. Bahagian C Kisah-kisah Kaum Bajau Lagenda Batu Bajau Pada suatu masa dahulu tinggal seorang manusia yang sangat tinggi orangnya di kampung Kampung Solibog,Tambunan. Orang ini dinamakan Bajau kerana dia berasal daripada kaum Bajau. Isterinya juga mempunyai ketinggian yang sama dengan Bajau. Walaubagaimanapun tiada sesiapa pun yang dapat memberitahu setinggi mana Bajau hingga kini. Cerita ini menyatakan bahawa Bajau memiliki saiz badan yang sangat besar. Tapak kaki Bajau juga sangat besar sehinggakan apabila dia menyeberangi sungai ramai orang kampung yang akan mengekorinya. Ini kerana mereka ingin mengambil ikan-ikan yang mati dipijak Bajau. Oleh itu, orang-orang kampung mendapat faedah daripada Bajau terutamanya dari segi makanan. Apabila orang-orang kampung hendak menangkap ikan, maka Bajau akan diminta untuk berbaring di dasar sungai Pegalan. Orang-orang kampung akan mengumpul ikan- ikan yang mati itu pada bahagian kering tempat Bajau berbaring. Pada masa itu, permusuhan antara kumpulan-kumpulan kaum etnik juga berlaku. Orang-orang kampung Solibog sangat dibenci oleh orang-orang Tapasang yang tinggal di bukit. Permusuhan ini berlaku kerana orang-orang Tapasang mencemburui kehadiran Bajau yang memberikan banyak faedah kepada orang-orang kampung Solibog. Oleh itu, orang-orang Tapasang mencuba untuk membunuh Bajau agar orang-orang Solibog tidak mendapat faedah lagi. Mereka telah bersedia untuk membunuh Bajau menggunakan penyumpit yang telah dimasukkan sumpit beracun. Namun demikian usaha yang mereka lakukan semasa menyerang Bajau cumalah sia-sia sahaja kerana dia hanya terasa seperti digigit nyamuk sahaja. Penghormatan yang diberikan kepada Bajau bukan sahaja kerana sumbangannya dari segi penangkapan ikan tetapi juga kerana suatu peristiwa. Peristiwa ini seperti yang dinyatakan ialah Bajau telah mengangkat satu batu besar ke tempat di mana dia hendak dikebumikan. Ramai orang telah mencuba untuk mengangkat batu besar tersebut yang dibawa Bajau di bawah ketiaknya ke suatu tempat yang dipanggil Batu Bajau. Sehingga ke hari ini, batu besar itu masih dapat dilihat dan dinamakan Batu Bajau. Batu Bajau adalah setinggi dua kaki dan juga dua kaki lebar. Batu ini secara semulajadinya mempunyai makna tersendiri kepada orang ramai. Batu ini dikatakan dijaga atau dihuni oleh roh-roh jahat yang akan mendatangkan penyakit kepada orang-orang yang datang mengganggu. Tidak lama dahulu, roh-roh jahat ini dikatakan menjadi sangat ganas di mana orang yang melaluinya akan sakit serta- merta atau menemui ajal. Sesiapa sahaja yang melalui kawasan batu ini yang memakai baju lama akan jatuh sakit. Terdapat orang ramai yang sangat mempercayai mitos ini sehinggakan mereka sanggup memakai baju baru atau mengelak daripada melalui kawasan tersebut bagi memastikan roh-roh itu tidak diganggu. 13
  • 14. Pengajaran: 1. Kita hendaklah saling tolong menolong antara satu sama lain. 2. Kita mestilah menghargai jasa pengorbanan orang terhadap kita. 3. Kita haruslah rajin kerana ia akan membawa faedah kepada kita akhirnya. Nilai: 1. Baik Hati 2. Tolong-menolong 3. Rajin 14
  • 15. FAEDAH MENGHAYATI CERITA RAKYAT a) Mengetahui cerita rakyat pelbagai kaum b) Memahami budaya masyarakat zaman dahulu c) Memberikan hiburan kepada pendengar d) Dapat mengambil iktibar dan pengajran daripada cerita tersebut e) Dapat mengekalkan warisan budaya bangsa Malaysia f)memupuk minat pelajar terhadap cerita rakyat g)Supaya warisan budaya tidak dipinggirkan h)Supaya generasi sekarang dapat menghargai cerita rakyat i)Memperoleh pengajaran dan mengambil iktibar yang terkandung dalam cerita rakyat j)Mengapresiasikan cerita rakyat pelbagai kaum dalam kehidupan seharian 15