SlideShare a Scribd company logo
1 of 64
Etika Idalam Sains dan 
Teknologi Islam
B
IV.I   Pengenalan etika Islam
IV.2   Kepentingan etika Islam dalam sains dan teknologi
II.3   Isu-isu etika dalam dains dan teknologi moden.




Moderator
HJ FADZLULLAH HJ SHUIB
CITU
UITM KAMPUS KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN
KONSEP
ETIKA
 Individu    atau  komuniti  yang  beretika 
  cemerlang akan mendapat faedah dari sistem 
  etika  yang  dianuti  dan  diamalkannya 
  itu.Reputasi      dirinya   akan     menjamin 
  kejayaannya       dalam     menempuh      arus 
  kehidupan  yang  deras  ini.Tegasnya  orang 
  yang  berakhlak  adalah  seseorang  yang 
  berpakaian  sempurna  yang  menutupi 
  auratnya.Adapun  orang  yang  tidak  beretika 
  diibaratkan  seorang  bertelanjang  yang 
  terdedah        kepada       kehinaan      dan 
  keaiban.Sehubungan  ini  perbahasan  etika 
  memiliki  relavansi  dengan  sains  dan 
  teknologi      Islam     yang     menampilkan 
  keunikannya jika dibandingkan dengan krisis 
  etika  dan  moral  dalam  sains  dan  teknologi 
  Moden yang semakin tenat.
Objektif  etika  Islam  dalam  sains  dan 
 teknologi
i   Proses pembinaan syakhsiyyah
 ( jatidiri ) sesebuah bangsa / ummah
 dapat         dilaksanakan     dengan
 sempurna.
ii Kod etika yang luhur berupaya
 menangani persoalan keruntuhan
 moral       yang     sedang   melanda
 masyarakat kontemporari.
iiiKehidupan seharian boleh
 dilaksanakan    dengan    lancar
 apabila adanya suatu kod etika
 yang standard dan seimbang.
iv Sistem  etika yang mantap
 mampu        menyelami       dan
 menanggapi     fenomena     etika
 semasa        yang      memiliki
 kepelbagaian dan dinamik.
04/08/13                         5
v  Dalam perbahasan etika kita perlu
 mendalami dan menghalusi teori-teori
 etika yang relevan dengan keperluan
 masyarakat.
vi Sehubungan ini perlunya kajian
 perbandingan serta mensintesiskan
 berbagai teori etika yang bersifat
 sejagat     untuk    digubal    dan
 diketengahkan dalam masyarakat
 global.
04/08/13                                6
Interaksi Etika dengan Falsafah
            dan Teologi
   Aristotle membahagikan falsafah kepada :
   Logik
   Etika
   Estetika
   Psikologi
   Politik
   Fizik
   Metafizik
04/08/13                                       7
Klasifikasi Falsafah al-Ghazzali
   Matematik
   Logik
   Fizik
   Metafizik
   Etika
   Politik


04/08/13                            8
Falsafah Etika
   Etika : Ia juga disebut aksiologi
    atau teori nilai.Falsafah etika
    merupakan       cabang     utama
    aksiologi.Etika     ialah    pola
    umum tentang cara hidup serta
    set      peraturan        tentang
    perlakuan.
04/08/13                            9
5.2 Kepentingan Etika Islam dalam
        Sains dan Teknologi
    Islam     merupakan    sistem  hidup
    ciptaan Ilahi yang tidak bercampur-
    aduk sama sekali dengan pemikiran
    manusia.Justeru itu,kriteria utama
    sistem      Islam     ialah    fitrah
    ( suci ),sempurna,teguh,menyeluruh,s
    ediakala dan abadi iaitu sifat-sifat
    yang merujuk kepada penciptaNya.



04/08/13                                10
Islam tetap memberi ruang dan
    tempat kepada kegiatan akal manusia
    dengan batas-batas yang tertentu
    menurut     keupayaan     akal    itu
    sendiri.Dalam hal ini panduan dan
    penjelasan wahyu amat diperlukan
    oleh    manusia   dalam    persoalan
    metafizik ( alam ghaib ) yang diluar
    jangkauan akal dan pancaindera
    manusia.Walhal metafizik itu menjadi
    asas kepada kewujudan alam fizik




04/08/13                                11
Kepentingan falsafah dan etika
 Islam kepada sains dan teknologi
i Sains dan teknologi yang berteraskan
  falsafah      Islam     akan     berpaksikan
  pentafsiran       metafizik    iaitu    yang
  berlandaskan         tauhid.Sains       yang
  berteraskan falsafah Islam mempunyai
  sifat-sifat kerohanian yang tersendiri yang
  dikembangkan        oleh     para    sarjana
  Islam.Falsafah Islam akan menjadikan
  alam tabi’i ini mempunyai postulate yang
  bersifat                           metafizik.

04/08/13                                     12
   ii Falsafah Islam telah meletakkan sains
    dalam kerangka epistemologi ( teori ilmu )
    yang betul,saksama dan sah.Umpamanya
    dilihat dari aspek hierarki ilmu bahawa
    ilmu syari’ah adalah ilmu fardu ‘ain dan
    sains dalam berbagai bidang adalah ilmu
    fardu kifayah.
   iii Falsafah dan etika Islam mensejajarkan
    sains dengan syari’ah.Setiap kegiatan
    sains perlu dipertimbangkan dengan
    hukum-hukum dan etika-etika syari’ah.
   iv Falsafah    dan    etika   Islam   telah
    menggalurkan       sains     yang    dapat
    direalisasikan demi keperluan ummah.
04/08/13                                      13
   v Etika merupakan satu bidang falsafah
    yg membicarakan tentang tingkahlaku
    manusia     dari   aspek2    lahiriah   dan
    batiniahnya.Dalam      hubungan      dengan
    sains,etika adalah satu bidang ilmu yang
    mengkaji soal kebaikan dan keburukan
    dalam aplikasi sains serta berhubung
    dengan tatacara untuk mempraktiskan
    kebaikan dan menolak keburukan dalam
    amalan dan penggunaan sains dan
    teknologi.
        Justeru itu benar sekali ungkapan yg
    ditegaskan oleh Einstein bahawa
 Science        without     philosophy      is
04/08/13                                      14
    blind,and philosophy without science
5.3 ISU-ISU ETIKA SAINS DAN
       TEKNOLOGI MODEN SERTA
       CABARAN KONTEMPORARI
   Sains Barat Moden didakwa sebagai ilmu
    terunggul merentasi segala budaya dan
    bebas nilai.
   Faham etnosentrik memuja sains Barat
    dan tidak mengiktiraf sumbangan dunia di
    luar komuniti Barat.
   Tamadun      klasikal  seperti tamadun
    Cina,India,Islam,Yunani,Mesir      telah
    memberi sumbangan yang besar kepada
    kelahiran peradaban moden.
04/08/13                                   15
Isu-isu Etika dalam Sains dan
               Teknologi Moden
   Pensekularan Sains Moden : Pemisahan
    persoalan agama & dunia.
   Krisis Sains Moden : Implikasi ke atas
    alam sekeliling hasil kemajuan sains dan
    kesan kepada aspek falsafah.
   Isu moral dan etika dalam budaya sains
    Moden yang diklasifikasikan kepada tujuh
    segmen :
   i Moral sains dari perspektif Budaya
    Barat terhadap alam dan sains.
   ii Moral agama dan tradisi dalam Sains
    Moden.

04/08/13                                   16
   iii Moral     sosial    dari    perspektif
    kemusnahan oleh Sains Moden.
   iv Kedudukan nilai dari perspektif Sains
    Barat
   v Moral pengajaran dalam pendidikan
    Sains Moden
   vi Moral sains dalam konteks pengkajian
    kontemporari mengenai sains di Malaysia.
   vii Moral dan etika dalam bioteknologi dan
    kejuruteraan genetik.




04/08/13                                     17
Sains Moden Barat memiliki citra sebagai ilmu
    yg unggul & sejagat merentasi semua bentuk
    budaya & tidak terikat dengan sebarang
    nilai.Pandangan tersebut dikritik hebat oleh
    para saintis & failasuf Barat & Timur tetapi
    pandangan etnosentrik tentang keunggulan
    sains Moden Barat masih berakar umbi di
    seluruh dunia sehingga kini.Berikutnya sains
    yang di luar dunia barat dipandang rendah dan
    dianggap tidak saintifik.Sains klasikal spt sains
    Islam,Cina,Mesir & India tidak diiktiraf oleh
    komuniti sains antarabangsa yg ditunggangi
    oleh kuasa2 Barat.
04/08/13                                            18
   Pada hakikatnya sains yg tumbuh & berkembang
    di luar daripada tradisi Barat mempunyai konsep2
    asas dan epistemologi yg tersendiri spt sains
    Islam,Cina & India.Justeru itu perbahasan
    tentang sains yg berkembang di luar drp sains
    Barat adalah sah.
   Demikian halnya apabila kita memperkatakan
    sains Barat Moden.Ia mempunyai kosmologi sosial
    yg sama.Ia tidak berkembang secara kebetulan
    atau     sebagai     hasil     akumulatif   ilmu2
    moden.Tegasnya,sains moden adalah ilmu yg
    berkembang dalam situasi & suasana yg bersifat
    bebas nilai,& dilatari oleh falsafah & fahaman yg
    serasi dengan doktrin Barat.Misalnya ilmu biologi
    moden amat dipengaruhi oleh teori evolusi Darwin
    yg amat bercanggah dengan perspektif sains Islam
    dan pelbagai sains klasikal yg lain.


04/08/13                                           19
Tidak     tepat     andainya  kita
    menyatakan bahawa sebelum sains
    Islam,Barat     tidak    mempunyai
    sains.Apa yang benar ialah sains
    Barat amat merosot di Eropah pada
    lingkungan jangkamasa 400-1100
    M.Alasan sebenar mengapa sains
    Barat tidak berkembang dalam
    tempoh tersebut ialah :



04/08/13                             20
   ketidaksetabilan politik di Eropah
   ketiadaan unsur         patronage
    ( naungan politik terhadap para
    saintis failasuf )
   sikap gereja Kristian yang tidak
    menggalakkan       mempelajari   ilmu
    daripada orang bukan Kristian




04/08/13                                21
   Institusi gereja mempunyai tanggapan bahawa ilmu yang
    berasal daripada peradaban yang bukan Kristian adalah
    ilmu yang sesat lantaran tidak berpandukan kitab
    Injil.Mereka juga menolak semua ilmu yang berasal daripada
    Tamadun         Yunani       yang      dihasilkan      oleh
    Plato,Aristotle,Socrates,Thales dan lain-lain kerana sains
    Yunani didakwa bercanggah dengan ajaran Kristian.

   Seyyed Hossein Nasr menegaskan bahawa sains Barat
    berkembang berdasarkan ilmu sains yang dikembangkan dan
    disintesiskan oleh saintis-failasuf dalam peradaban Islam
    yang diwakili oleh Khawarizmi,Jabir bin Hayyan,Ibn
    Sina,Ibn Haytham,al-Kindi,Banu Musa,Umar Khayyam,Ibn
    Firnas,al-Idrisi dan ramai lagi.Sains dalam peradaban Islam
    telah berkembang dengan gemilang dari tahun 900 M hingga
    1400 M dalam pelbagai bidang.Dalam lapangan logik dan
    perubatan perkembangan mengunjur hingga 1750 M.




04/08/13                                                      22
Budaya sains Barat menjelang tahun 1100 – 1400
M semakin kurang permusuhan dengan ilmu asing
terutama     yang    dimajukan    oleh     saintis
Muslim.Tempuh      ini   disebut   sebagai    era
pertembungan Barat dan Islam.Pope Sylvester II (
999 – 1003 M ) memainkan peranan
mendekatkan jurang di antara orang-orang
Kristian dengan budaya ilmu Islam.Beliau telah
mengarahkan penterjemahan karya-karya sains
berbahasa Arab ke bahasa Latin.Pope tersebut
mendapati sains Islam lebih dekat dengan ajaran
Kristian   jika   dibandingkan   dengan     sains
Yunani.Pengetahuan sains Islam juga boleh
digunakan untuk meneroka mengenai astrolabe
dan abacus.
   Rentetan dari perkembangan itu menjelang
    pertengahan        abad     kesepuluh       Masihi
    penterjemahan karya sains Islam ke bahasa
    Eropah telah berjalan pesat di Sepanyol terutama
    di Biara Santa Maria.Kebanyakan karya tersebut
    di sekitar ilmu astronomi dan geometri.Kegiatan
    penterjemahan tersebut berjalan dengan lebih
    pesat selepas kejatuhan kerajaan Islam di
    Sepanyol.Para penterjemah tersebut terdiri
    dsaripada     Plato   dari   Trivoli,Gerard   dari
    Cremona,Adelard dari Bath,Robert dari Chester
    dan Dominicus Gondisalvo.Manakala saintis
    failasuf Muslim yang menjadi idola mereka ialah
    Ibn Sina yang mana 276 karyanya diterjemahkan
    ke pelbagai bahasa Eropah.Tidak keterlaluan
    andainya dirumuskan bahawa pemikiran yang
    terdapat dalam buku-buku karya Ibn Sina dan Ibn
    Rushd yang bertanggungjawab menanamkan
    benih-benih Renaisans yang pada awalnya tercetus
    di Itali dan akhirnya merebak ke seluruh Eropah.
   Sungguhpun       sumbangan       sains    moden
    menatijahkan kemudahan dan kesempurnaan
    hidup kepada manusia,namun tidak boleh
    disangkal   sama    sekali   bahawa    ia  telah
    mengakibatkan krisis nilai dan konflik pemikiran
    yang penuh tragis.Faktor utama yang mencetuskan
    fenomena itu ialah penyingkiran dan peminggiran
    agama dan aspek-aspek metafizik dalam budaya
    sains moden.
   Pertumbuhan dan perkembangan sains moden
    telah   mengakibatkan     dua   dampak    dalam
    kehidupan manusia kontemporari.
   Pertama : Dampak terhadap alam natijah daripada
    kemajuan dan perkembangan sains
   Kedua : Dampak kepada aspek falsafah.
   Alam misalnya telah menderita akibat pencabulan
    dan manipulasi dahsyat yang dilakukan oleh
    manusia        yang     bersenjatakan      sains
    moden.Kerakusan      manusia      mengakibatkan
    berlaku kerosakan alam sekitar dan system
    ekologinya.Ini semua diakibatkan manusia terlalu
    mengkagumi kebolehan sains.Antara kedurjanaan
    yang melimpah boleh diteliti daripada isu
    pengklonan,ponografik,perlumbaan      senjata,isu
    nuclear dan seumpamanya.
   Implikasi lain yang menonjol dalam perkembangan
    sains moden ialah perubahan dalam aspek
    falsafah,baik      ditinjau      daripada    aspek
    metafizik,epistemologi dan etika.Dalam bidang
    metafizik,peranan Tuhan disangkal sehingga
    mewujudkan       fahaman      eteisme.Begitu   juga
    perubahan dalam epistemology akibat fahaman
    rasionalisme yang didakwa oleh sains moden
    sebagai satu-satunya cara yang sah untuk
    mendapat ilmu pengetahuan membawa kepada
    penolakan wahyu dan juga ilham sebagai sumber
    ilmu.Akibat daripada perubahan ini sains moden
    berjaya meminggirkan agama daripada arena ilmu
    lantaran     agama      dianggap    sebagai   tidak
    rasional.Dalam bidang etika pula, nilai yang
    tertinggi bagi pendokong sains moden ialah nilai
    gunaan seperti yang ditayangkan oleh fahaman
    utilitarianisme.Semua pengadilan nilai dianggap
    sebagai cirri kuno dan lantaran itu sains dianggap
    neutral atau bebas nilai.Dengan perkataan lain
    sains didakwa tidak mempunyai pertimbangan
    nilai yang menyebelahi mana-mana pihak.
KRISIS SAINS MODEN
  Antara bidang yang perlu dianalisis secara kritis
   tentang hal ini ialah :
1. Moral sains daripada perspektif budaya Barat
   terhadap alam dan sains
2. Moral agama dan tradisi dalam sains moden
3. Moral sains daripada perspektif kemusnahan
   alam oleh sains moden
4. Kedudukan nilai dalam perspektif sains Barat
5. Moral pengajaran dalam pendidikan sains moden
6. Moral    sains     dalam  konteks     pengkajian
   kontemporari mengenai sains di Malaysia
7. Moral dan etika dalam bioteknologi dan
   kejuruteraan genetik.
Falsafah      sains      Barat       berlandaskan
rasionalisme.Sungguhpun komuniti sains moden
Barat mengakui adanya Tuhan tetapi mereka
menafikan peranan Tuhan dalam menentukan
segala kejadian yang berkaitan dengan manusia
dan alam semesta.Salah seorang tokoh saintis
Barat yang bernama George Leclerc ( 1707 –
1788 ) menyatakan bahawa Tuhan memberi daya
( a force of impulsion ) kepada planet-planet
sewaktu menciptakannya dengan alam ghaib
kerana sebab-sebab yang menasabah yang boleh
diterangkan         melalui        hukum-hukum
mekanik.Sebaliknya beliau mendakwa bahawa
Tuhan tidak terbabit di dalam kejadian tersebut.
Manakala Albercht Von Haller ( md 1740 ), saintis
daripada Swiss telah menegaskan bahawa jirim
memiliki keupayaan sendiri untuk bergerak.Hujah
beliau bersandarkan kenyataan bahawa magnet
bertindak menarik besi.Demikian juga Abraham
Trembley,seorang     biologis  telah     membuat
penemuan yang mendapati hidra,sejenis haiwan
mampu membiak walaupun dikerat kepada
beberapa     kepingan.Penemuan       ini    telah
menyebabkan orang ramai percaya bahawa jisim
boleh menerbitkan dirinya sendiri,iaitu bebas
tanpa pertolongan Tuhan.Pendapat Trembley
disokong oleh paderi John Turbeville ( md 1745 )
yang menemui hidupan-hidupan halus daripada
sayuran yang telah mati.
Tokoh2     saintis   yang   disebut  tadi   telah
menimbulkan keraguan terhadap peranan Tuhan
ke atas alam dan manusia,disana terdapat tokoh-
tokoh saintis dan failasuf moden yang lebih hebat
pengaruhnya dalam menyingkirkan pengaruh
keagamaan dalam kehidupan manusia.Antaranya
ialah              Francis           Bacon,Rene
Descartes,Galileo,Kepler dan Newton yang telah
membangunkan sains moden tulen di dalam
lapangan     matematik     dan   mekanik.Mereka
menganggap dunia seperti sebuah mesin yang
canggih dengan segala kegiatan yang memerlukan
matematik       dan     mekanik     di     dalam
berinteraksi.Antara    peranan    mereka    dapat
dirumuskan seperti berikut :
   i Nicholas Copernicus ( 1473 – 1543 )
    telah memulakan revolusi sains moden
    dengan menggagalkan teori Ptolemy dan
    Bible tentang pusat bumi yang telah
    diterima lebih beratus tahun yang lalu.
   ii James Kepler ( 1571 – 1630 ) menurut
    jejak    langkah     Copernicus      dengan
    menghasilkan      undang-undang     formula
    empiric tentang pergerakan bintang-
    bintang ( planet ).
   iii Galileo Galilie ( 1571 - 1642 ) merupakan
    tokoh saintis Barat yang benar-benar berjaya
    mengubah paradigma sains.Kejayaan beliau
    mencipta teleskop iaitu alat cerapan bintang telah
    memperkecilkan fakta kosmologi kuno dan
    mengiktiraf hipotesis Copernicus yang muncul
    sebagai teori sains unggul.
   iv Rene Descartes pula merupakan failasuf
    saintis yang lebih tersohor dalam lapangan
    matematik.Pandangan          dan       penerokaan
    falsafahnya amat dipengaruhi oleh fizik moden dan
    astronomi.Beliau     tidak   menerima    sebarang
    pengetahuan tradisi,tetapi berjaya menegakkan
    sistem pemikiran baru,beliau menyatakan :
   " All science is certain evident knowledge.We
    reject all knowledge which is merely robable
    and judge that only those things should be
    believed which are perfectly known and about
    which there can be no doubt "
       ( Garber,1978, Science in certainly in
    Descartes,      in     Hooker,Michael      ed.
    Descartes,Baltimore : John Hopkins Unly.
    Press ).
Bagi pendokong Cartesian,matematik merupakan
penentu bagi dunia yang nyata.Descartes percaya
bahawa struktur matematik adalah kunci kepada
alam semesta dan sains pula merupakan sinonim
dengan matematik.Beliau membentuk kaedah baru
dalam    penulisan    sains    semulajadi   yang
lengkap.Descartes menganggap bahawa bahan2
yang terdapat di dunia ini adalah mesin.Ini
bermaksud tiada keazaman,tiada kehidupan ataupun
tiada semangat dalam hal ini.Semua perbuatan
manusia terikat dengan hukum mekanik dan setiap
bahan dapat dijelaskan pergerakannya berdasarkan
hukum ini.Beliau menggariskan pemikiran saintifik
secara kerangka umum bagi pandangan semulajadi
seperti  mesin   yang   sempurna,diperintah  oleh
undang2mekanik untuk organisasi hidup.
2   Moral Agama dan Tradisi
     dalam Sains Moden
Semua agama berusaha mencari doktrin tersendiri tentang
sains.Apa jua penemuan dan teori sains yang bercanggah
dengan ajaran agama akan ditentang.Contohnya teori
evolusi Darwinisme disanggah sekeras2nya oleh para
ilmuan Islam.Walaupun teori itu dianggap hebat oleh
sesetengah saintis dan rasional,namun ia ternyata tidak
dapat menyelesaikan hakikat sebenar kejadian dan
perkembangan hidup manusia.Teori tersebut tidak dapat
memberi jawapan tentang asl usul manusia yang pertama
kali.Sehubungan ini apakah manusia harus menerima
kembali teori generasi spontan yang telah terlanjur ketika
itu,ataukah terpaksa menerima ajaran agama wahyu yang
menyatakan bahawa kehidupan manusia dan seluruk
makhluk adalah ciptaan Tuhan.Konsep makhluk yang
diciptakan dianggap tidak ada keterangan yang jelas
mengenai bagaimana cara menciptakannya.Justeru itu ia
disifatkan mengganggu pengertian tentang alam sains
( fizikal dan teknologi).
Ilmu    pengetahuan      atau  sains,secara
ringkasnya dinisbahkan sebagai himpunan
pengetahuan manusia yang dikumpulkan
melalui suatyu proses pengajian dan yang
dapat diterima oleh rasional.Sains yang
dihasilkan oleh ajaran agama seperti sains
Islam telah menyumbangkan budaya dan
tamadun            intelektual         yang
mantap.Pemangkin kepada sains Islam ialah
agama dan tradisi.Sebaliknya sains moden
Barat menghadapi dilemma dalam hal
ini.Timbul pertanyaan yang bertali arus
apakah sains Barat benar-benar ilmu atau
hanya sekadar maklumat yang belum pasti
benarnya.
3  MORAL SOSIAL DARI
    PERSPEKTIF KEMUSNAHAN OLEH
           SAINS MODEN
   Akibat agama dan tradisi tidak menunjangi sains
    moden maka fenomena berikut telah menjadi lumrah
    di dunia kontemporari,antaranya :
   i   Pencemaran Alam Sekitar
   Pencemaran alam sekitar menjadi fenomena lazim
    natijah daripada perkembangan dan kemajuan hidup
    yang ditaja oleh sains dan teknologi.Pencemaran
    alam sekitar meliputi kumbahan kimia yang
    mencemarkan               air,udara            dan
    persekitaran.Pencemaran nuklear,penggunaan bahan
    kimia    sebagai   baja    dan    racun,pencemaran
    bioteknologi dalam penyelidikan menyusun semula
    DNA dan kejuruteraan genetik ( baka ).Ia bukan
    sekadar mendatangkan masalah kepada manusia
    sejagat tetapi juga menjatuhkan imej sains itu
    sendiri.
   Pembakaran      arang    batu    merupakan
    pencemaran yang paling merbahaya ke atas
    alam sekitar.Di samping itu pencemaran
    alam sekitar yang berpunca daripada
    asap,debu,gas,sesetengah bahan organic
    telah dikategorikan sebagai punca yang
    menghasilkan toksik atau karsigonik.Punca
    apencemaran alam sekitar yang lain ialah
    sulfur dioksida yang boleh membawa
    penyakit kanser paru-paru.Demikian juga
    nitrogen oksida yang disebabkan oleh
    penggunaan      bahan     berjentera   juga
    mengakibatkan pencemaran alam sekitar.Ia
    akan menyebabkan berlakunya hujan asid
    iaitu sebagai satu tindakbalas 02 dengan air
    meruap yang akan membentuk SO2NO2.
ii Pencemaran nuklear
 Pengajian   tentang nuklear telah menjadi
   agenda utama kritikal evolusi hasil daripada
   kemajuan sains dan teknologi.Kebanyakan
   negara    maju    berlumba-lumba       untuk
   memajukan senjata nuklear dan ada juga
   yang     mendapat       bekalan       tenaga
   nuklear.Senjata dan reaktor nuklear tidak
   dapat   dipisahkan.Jika   berlaku    perang
   nuklear seluruh muka bumi dan sega isi
   kandungannya        akan        menghadapi
   kemusnahan.
4    Kedudukan Nilai Daripada
      Perspektif Sains Moden
Sains adalah pengetahuan mengenai dunia
fizikal,manusia      dan     masyarakat.Ia
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sains
tulen,sains      sosial     dan      sains
gunaan.Sehubungan ini sains gunaan
merupakan teknologi yang membolehkan
manusia mencipta alat atau perkakas dan
rekaan-rekaan     lain   bagi   membantu
manusia memenuhi hukum alam tabii.Ia
juga boleh dilihat sebagaimana kenyataan
J.Brronowski : " Sains merupakan rekaan
konsep dan fakta yang berlandaskan
kebenaran."
Nilai akan wujud apabila dibandingkan
sesuatu benda atau tindakan atau kualiti
sesuatu bahan dengan pandangan atau
pendapat    golongan     lain.Sistem  nilai
dipengaruhi oleh keprcayaan,tamadun dan
amalan manusia dan ia berbeza mengikut
kaum,agama        dan         masa.Menurut
J.Bronowski     lagi,nilai    etika  tidak
mempunyai sempadan yang jelas,ia wujud
di kalangan ahli sains,para artis.ahli
teologis dan kelompok-kelompok manusia
yang lain.
   Period sebelum Masihi,kebanyakan para failasuf
    bersetuju bahawa tanpa kewujudan unsure-unsur
    etika dalam sains,sudah tentunya falsafah Aristotle
    dan Plato tidak dapat memenuhi keperluan
    masyarakat Greek purba.Kenyataan ini menjadi benar
    apabila diperhatikan kehidupan masyarakat Grek
    purba berlandaskan kepada pengamatan deria dan
    logik.Apabila ditinjau pandangan Plato dan
    Aristotle,didapati karya falsafah mereka amat sarat
    dengan unsur-unsur etika.
Period sebelum Masihi,kebanyakan para
failasuf bersetuju bahawa tanpa kewujudan
unsure-unsur etika dalam sains,sudah
tentunya falsafah Aristotle dan Plato tidak
dapat memenuhi keperluan masyarakat
Greek purba.Kenyataan ini menjadi benar
apabila        diperhatikan      kehidupan
masyarakat Grek purba berlandaskan
kepada pengamatan deria dan logik.Apabila
ditinjau      pandangan      Plato      dan
Aristotle,didapati karya falsafah mereka
amat sarat dengan unsur-unsur etika.
Sains merupakan satu konsep yang mempunyai skop yang
luas meliputi manusia,kosmos dan masyarakat. Sebaliknya
nilai dan etika pula merupakan suatu pengukuran terhadap
sesuatu     dengan    membuat     perbandingan     terhadap
benda,pandangan manusia atau masyarakat.Apabila sesuatu
rekaan sains tercipta misalnya pancaran radioaktif
diperkenalkan kepada orang ramai ,penilaian terhadap
rekaan sains ini akan timbul samada dari segi
moral,kegunaan atau aplikasinya.Mungkin ada pihak
menyatakan bahawa pancaran radioaktif itu membahayakan
manusia.Tetapi     pihak   lain    pula    mempertahankan
penggunaannya        demi     membantu        perkembangan
sosioekonomi negara.Di sinilah timbulnya konflik mengenai
nilai tentang sesuatu penemuan atau teori sains.
   Meskipun demikian,tidak boleh disangkal lagi
    bahawa rekaan sains atau ciptaan teknologi adalah
    penting bagi sesebuah negara yang sedang memacu
    perkembangan       yang   pesat   dalam    sektor
    perindustrian.Pada masa yang sama semua pihak
    perlu memikirkan tentang aspek nilai yang berkait
    dengan rekaan sains atau teknologi itu.Kerajaan
    dan para saintis usahlah memikirkan keuntungan
    material dan kegunaan sesuatu rekaan sains tanpa
    mempertimbangkan keselamatan nyawa,harta
    benda      masyarakat,negara     dan     manusia
    sejagat.Unsur etika patut diletakkan di tempat
    yang tinggi seiringan dengan inovasi sains dan
    teknologi.Ini disebabkan pembangunan sosial yang
    menyeluruh tidak akan tercapai seandainya
    penekanan hanya diberikan kepada rekaan sains
    dan bukan kedua-dua aspek tersebut secara
    serentak.
   Revolusi sains abad ke 17 Masihi mencetuskan
    suatu pembaharuan atau reformasi sains yang
    ditanggapi oleh Thomas S.Kuhn ( 1970 ),di dalam
    bukunya      The     Structure    of    Scientific
    Revolution,sebagai satu kumpulan pernyataan
    yang         telah        mencapai        puncak
    kegemilangannya.Sains klasikal telah mengalami
    anjakan       secara     revolusi    ke      sains
    moden.Sehubungan ini para saintis seperti
    Kepler,Galileo,Francis    Bacon,Descartes      dan
    Newton telah melakukan pelbagai spekulasi dan
    ujikaji yang menghasilkan implikasi besar dalam
    dunia sains,falsafah dan pemikiran..Menjelang
    berakhirnya     abad   ke    20    muncul     pula
    perkembangan sains yang lebih radikal seperti
    bercambahnya        penciptaan     computer,robot
    kerdikan buatan ( artificial intelligence ) dan
    penyelidikan serta penerokaan angkasa lepas.
Meskipun sains telah berkembang secara drastik
sejak era revolusi sains tetapi fungsi unsur-unsur
etika dan nilai tidak berkembang pesat seiringan
dengannya,malah telah merudum jatuh.Apa yang
berubah ialah penilaian manusia terhadap etika
itu sendiri.Pada dasawarsa mutakhir ini manusia
lebih cenderung kepada fahaman dan aliran
kebendaan.Dalam        konteks      ini    mereka
mementingkan keuntungan dan status bukannya
rekaan sains itu sendiri.Malah timbul soalan-
soalan yang bercelaru dalam pemikiran para
peninjau sains moden.
Antaranya apakah unsur-unsur kemanusiaan
masih ada tempat di hati sanubari komuniti sains
kontemporari ? Sejauhmanakah aspek-aspek
kemanusiaan dan moral dihayati oleh para saintis
dan failasuf moden baik di Timur mahupun di
Barat ? Dengan kata-kata lain boleh ditegaskan
bahawa sains Barat moden berterusan mendokong
nilai            materialisme               dan
konsumerismenya.Selanjutnya saintisme Barat
masih menguasai etika ilmiah dan khidmat.Barat
telah   menjadikan    sains   sebagai   ideologi
tunggangannya.
Moral Pengajaran Dalam
Pendidikan Sains Moden
Pada hakikatnya sains dan teknologi adalah disiplin ilmu
yang    menjadikan      alam    dan    manusia     sebagai
objeknya.Justeru itu ia wajar dikembangkan dan
dibudayakan dalam persekitaran dan lingkungan umat Islam
dengan menjadikan sistem pendidikan Islam sebagai
pemangkin yang membangunkannya.Sebaliknya sistem
pendidikan global di negara-negara umat Islam masih
berorientasikansistem     pendidikan    kebaratan     yang
mempunyai kebarangkalian yang tinggi menjerumuskan
umat Islam kea rah krisis akidah dan nilai.Lebih-lebih lagi
aliran rasionalisme masih menguasai pemikiran sains
kontemporari        yang      memencilkan        pegangan
keagamaan.Malah       proses   pencernaan    sains    yang
membuahkan teknologi juga masih berlandaskan dimensi
dualisme dan sekularisme.
Daripada perspektif saintisme Barat,sistem
pengajaran     mutakhir     tidak   menjejaskan
pengajaran sains.Sebaliknya sistem yang sama
amat mencabar kewibawaan serta keunggulan
sistem      kepercayaan      dan    kebudayaan
Islaqm.Situasi ini timbul disebabkan pengajaran
sains moden menafikan pandangan semesta yang
berpaksikan agama.Pendokong sains moden
berhasrat menjadikan disiplin sains bersifat
objektif   dengan    memutuskannya     daripada
sebarang nilai dan kepercayaan atau pegangan
agama.
   Segelintir saintis dan pemikir sains moden turut
    mengkritik metodologi sains moden.Misalnya
    Wellington ( 1989 ) di dalam tulisannya " Skill and
    Process in Science Education,A Critical Analysis,
    menyatakan bahawa pengajaran sains moden
    berkecenderungan menjadi 'over specific" dan "
    restrictive'. Manakala C.R.Benge ( 1972 ), di dalam
    bukunya,Communication             and        Identity,
    menggariskan :
   " The manace of scientism that is largely
    psychological,not that of the scientific process.'
6       Moral Sains Dalam Konteks Pengkajian
            Kontemporari Mengenai
                  Sains di Malaysia
    Sebenarnya permasalahan mekanikalisme dalam
    sains bukan lagi satu fenomena ketokohan Si Isaac
    Newton, akan tetapi teori deterministik Newton
    yang merujuk kepada fizik semata-mata telah
    dicabar oleh para saintis Barat sendiri misalnya
    Heisenberge       dengan    teori    relativitinya
    ( Heisenberge's Uncertainty Principle ) yang
    dibentangkan pada tahun 1927.Heisenberge
    sebagai pendokong dan pengasas fizik kuantum
    telah membuktikan dakwaan bahawa ketiaan
    Tuhan oleh sains moden adalah sudah ketinggalan
    zaman.Malah kuasa Tuhan sentiasa wujud dalam
    semua aspek kehidupan manusia dan alam,akan
    tetapi bahasa sains sudah tentu berbeza dengan
    stail bahasa agama.
Tokoh2 saintis Barat sendiri seperti Einstein dan
De Broglie mendekati kebenaran Tuhan dalam
pentafsiran dan tentangan mereka terhadap
fenomena sementara yang belum diketahui
manusia,walhal ia berkemungkinan bersifat
deterministik.Sebenarnya teori hidden variables
yang dikemukakan oleh Einstein dan para saintis
Barat bukanlah sesuatu yang asing dalam konsep
ketuhanan      Islam.Angkubah-angkubah       atau
variables yang dianggap tersembunyi ( hidden ) itu
adalah persoalan-persoalan ghaybiyyat dan
sam'iyyat ( metafizika ) seperti Zat Allah
SWT,para malaikat,alam ruh,alam akhirat dan
lain-lain seumpamanya.
7   Moral dan Etika Dalam
       Bioteknologi dan Kejuruteraan
                  Genetik
   Isu teknologi gabungan DNA ( asid nokliek
    Deoksiribosa ) dan kejuruteraan genetik turut
    diperdebatkan oleh para ilmuan Islam yang
    menghasilkan    beberapa    rumusan     tentang
    keabsahannya menurut syariah Islam.Islam
    menggariskan prinsip-prinsip tertentu dalam
    melaksanakan proses kejuruteraan baka atau lebih
    khusus lagi disebut pengklonan.Misalnya Islam
    menolak pengklonan manusia dengan alasan :
   a Manusia adalah ciptaan Allah.Justeru itu
    pihak lain tidak berhak campurtangan dalam
    urusan penciptaanNya
   b pembikinan       klon   manusia     akan
    mendatangkan kemusnahan kepada alam
    ciptaan Allah
   c pengklonan       manusia    pula    akan
    merosakkan system kekeluargaan
   d pengklonan menyanggahi sunnah Allah
    yang menciptakan manusia dengan hikmah-
    hikmah yang tertentu dan unik
   e pengklonan manusia melalui proses
    yang diluar batas hukum syarak atau di luar
    institusi perkahwinan Islam yang mantap
   Apa yang terjadi di kalangan saintis Barat yang
    melakukan kegiatan genetic engineering untuk
    kepentingan kebendaan dan keangkuhan ilmu
    untuk mencabar kuasa Tuhan Yang Maha
    Pencipta.Akibat daripada kerakusan saintisme
    Barat akan menimbulkan krisis nilai dalam
    kehidupan manusia.Masalah sosial akan terus
    meningkat berikutan hubungan suci manusia
    melalui ikatan perkahwinan dan kekeluargaan
    telah dihakis dan dimusnahkan.Apabila situasi itu
    terjadi para saintis tidak lagi dapat dikawal oleh
    undang-undang kerana dunia sains semakin
    eksklusif dan memiliki imuniti tersendiri.
Prof Azizan Baharuddin di dalam bukunya
Science and Belief Discources on New
Perceptions      telah membahaskan persoalan
biologi kontemporari yang berdepan dengan
beberapa pertimbangan nilai dan etika tentang
sehingga sejauhmanakah teknologi-teknologi yang
berkaitan    mengancam       keadaan   berahsia
(                    privacy                  )
,kebebasan,kesihatan,keamanan,malah kewujudan
manusia,keseimbangan pelbagai ekosistem serta
futuristic  planet    bumi.Beliau  menampilkan
polemik antara golongan yang memegang prinsip
hormic dengan golongan yang mendokong konsep
pure chance tentang menjelaskan mekanisme
kehidupan yang mempunyai implikasi besar
terhadap etika.Antaranya :
   a Kesan-kesan bahaya molekul-molekul
    DNA menghasilkan perbincangan tentang
    keselamatan manusia
   b campurtangan manusia dalam proses
    kehidupan asas tentang bentuk dan aturan
    struktur genetik
   c tentang     pengawalan   ekspresi  gen
    ( control of gene expressions )
   d tentang proses pembezaan sel
Semua proses tersebut memerlukan
satu     disiplin dan     etika   yang
tinggi.Para penyelidik saintifik mesti
memahami bagaimana sesuatu itu
berlaku       dan    bagaimana       ia
berfungsi.Mereka       tidak     boleh
mengabaikan juga persoalan kenapa
sesuatu itu berlaku.Ini membabitkan
persoalan yang melepasi dimensi
fizikal semata-mata.
PENGEMBALIAN SAINS
 KE PANGKUAN ISLAM
   Usaha terpenting umat Islam pada masa
    kini ialah bagaimana amengembalikan
    semula sains kepada paksinya yang satu
    iaitu   agama.Antara      rumusan   untuk
    melaksanakan usaha-usaha murni kea rah
    pengIslaman sains ini ialah :
   a Keharmonian agama dan sains,tiada
    pertentangan di antara kedua-duanya
   b Terdapat proses pertumbuhan yang
    selari di antara agama dan sains di dalam
    sejarah dan dalil-dalil menunjukkan agama
    mencetuskan kegiatan sains
 c Fakta        yang       relevan
  mengisyaratkan bahawa sains
  telah memantapkan lagi ajaran
  agama    dan     demikian    juga
  sebaliknya
 d Penampilan sains adalah dari

  cetusan agama malah prinsip-
  prinsip dan fakta-fakta sains
  terdapat    di     dalam     teks
  keagamaan
e Terdapat stimuli dan stigma dari
  falsafah ketuhanan yang menjadi
  mekanisme      kepada   eksperimen
  sains.Justeru itu agama membentuk
  pemangkin kepada sains dengan
  rujukan kepada suruhan dan ajaran
  Tuhan
f Hubungan sains dan agama dari segi
  fungsinya   adalah  untuk mencapai
  kebahagiaan manusia
SEKIAN. TERIMA KASIH
           ‫والسلم‬


04/08/13               64

More Related Content

What's hot

KAITAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM
KAITAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS,  TEKNOLOGI  DAN  KEJURUTERAAN ISLAMKAITAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS,  TEKNOLOGI  DAN  KEJURUTERAAN ISLAM
KAITAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAMIrdina Syazreena
 
Pernyataan masalah
Pernyataan masalahPernyataan masalah
Pernyataan masalahwmkfirdaus
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis datamohdkhamdani
 
Perundangan Islam pada zaman penjajahan barat
Perundangan Islam pada zaman penjajahan baratPerundangan Islam pada zaman penjajahan barat
Perundangan Islam pada zaman penjajahan baratathirahsb
 
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)Abdul Khaliq
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahKathal Paiya
 
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanBab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanVince Here
 
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...NickyAng45
 
Masalah kajian Dr. Kamarul Shukri
Masalah kajian Dr. Kamarul ShukriMasalah kajian Dr. Kamarul Shukri
Masalah kajian Dr. Kamarul Shukriwmkfirdaus
 
Syura vs demokrasi
Syura vs demokrasiSyura vs demokrasi
Syura vs demokrasiHariz Jaafar
 
Tinjauan literatur
Tinjauan literaturTinjauan literatur
Tinjauan literaturbrabah
 
Sekularisme - Teori dan Isu Semasa
Sekularisme - Teori dan Isu SemasaSekularisme - Teori dan Isu Semasa
Sekularisme - Teori dan Isu SemasaAmirul Fitri
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanHayatuNMustapHa
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeSiti Zulaikha
 
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamApakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamelya95
 

What's hot (20)

KAITAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM
KAITAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS,  TEKNOLOGI  DAN  KEJURUTERAAN ISLAMKAITAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS,  TEKNOLOGI  DAN  KEJURUTERAAN ISLAM
KAITAN ETIKA ISLAM DALAM SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM
 
Pernyataan masalah
Pernyataan masalahPernyataan masalah
Pernyataan masalah
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
 
Perundangan Islam pada zaman penjajahan barat
Perundangan Islam pada zaman penjajahan baratPerundangan Islam pada zaman penjajahan barat
Perundangan Islam pada zaman penjajahan barat
 
psikologi pendidikan
psikologi pendidikanpsikologi pendidikan
psikologi pendidikan
 
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
UICI 2022 - Bab 04 teknologi dalam islam (nota)
 
Cabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafahCabang cabang falsafah
Cabang cabang falsafah
 
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikanBab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
Bab 4 Konsep asas falsafah pendidikan
 
Tajuk 7 Ideologi Semasa
Tajuk 7 Ideologi SemasaTajuk 7 Ideologi Semasa
Tajuk 7 Ideologi Semasa
 
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
 
Masalah kajian Dr. Kamarul Shukri
Masalah kajian Dr. Kamarul ShukriMasalah kajian Dr. Kamarul Shukri
Masalah kajian Dr. Kamarul Shukri
 
Syura vs demokrasi
Syura vs demokrasiSyura vs demokrasi
Syura vs demokrasi
 
Tinjauan literatur
Tinjauan literaturTinjauan literatur
Tinjauan literatur
 
Sekularisme - Teori dan Isu Semasa
Sekularisme - Teori dan Isu SemasaSekularisme - Teori dan Isu Semasa
Sekularisme - Teori dan Isu Semasa
 
Tajuk 6 Epistemologi
Tajuk 6 EpistemologiTajuk 6 Epistemologi
Tajuk 6 Epistemologi
 
Tajuk 4 Konsep Insan
Tajuk 4 Konsep InsanTajuk 4 Konsep Insan
Tajuk 4 Konsep Insan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Falsafah pragmatisme
Falsafah pragmatismeFalsafah pragmatisme
Falsafah pragmatisme
 
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamApakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
 
Konsep Ekonomi Islam
Konsep Ekonomi IslamKonsep Ekonomi Islam
Konsep Ekonomi Islam
 

Similar to ETIKA ISLAM DALAM SAINS

Makalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmuMakalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmuAbuy Thea
 
Kedudukan filsafat ilmu dalam islamisasi ilmu pengetahuan dan kontribusinya d...
Kedudukan filsafat ilmu dalam islamisasi ilmu pengetahuan dan kontribusinya d...Kedudukan filsafat ilmu dalam islamisasi ilmu pengetahuan dan kontribusinya d...
Kedudukan filsafat ilmu dalam islamisasi ilmu pengetahuan dan kontribusinya d...Zayyin YinLa
 
Tantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuTantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuayu Naoman
 
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkPeran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkDesiPermataSari16
 
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdfFKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdfWahyuThoha
 
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docxFKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docxEkoSulastri
 
KUMPULAN PPT PENGANTAR FILSAFAT ILMU KELOMPOK 2
KUMPULAN PPT PENGANTAR FILSAFAT ILMU KELOMPOK 2KUMPULAN PPT PENGANTAR FILSAFAT ILMU KELOMPOK 2
KUMPULAN PPT PENGANTAR FILSAFAT ILMU KELOMPOK 2Amas Imania Fadlie
 
Falsafah pendidikan amran talib
Falsafah pendidikan   amran talibFalsafah pendidikan   amran talib
Falsafah pendidikan amran talibSha Amran
 
Tugas Pengantar Filsafat Ilmu Kelompok Anita
Tugas Pengantar Filsafat Ilmu Kelompok AnitaTugas Pengantar Filsafat Ilmu Kelompok Anita
Tugas Pengantar Filsafat Ilmu Kelompok AnitaAnitaAnita60
 
Tugas Filsafat Ilmu
Tugas Filsafat IlmuTugas Filsafat Ilmu
Tugas Filsafat IlmuKristinaMala
 
Tugas Filsafat dalam kehidupan!!!!!.pptx
Tugas Filsafat dalam kehidupan!!!!!.pptxTugas Filsafat dalam kehidupan!!!!!.pptx
Tugas Filsafat dalam kehidupan!!!!!.pptxziloglow
 
Pembahasan makalah pancasila
Pembahasan makalah pancasilaPembahasan makalah pancasila
Pembahasan makalah pancasilafedereth
 
Soal dan jawaban filsafat ilmu dari semua materi.docx alwi
Soal dan jawaban filsafat ilmu dari semua materi.docx alwiSoal dan jawaban filsafat ilmu dari semua materi.docx alwi
Soal dan jawaban filsafat ilmu dari semua materi.docx alwiAlwiAssegaf
 
PPT Sejarah perspektif barat 2.pptx
PPT Sejarah perspektif barat 2.pptxPPT Sejarah perspektif barat 2.pptx
PPT Sejarah perspektif barat 2.pptxBrowNiesParlay
 
Tugas filsafat ilmu
Tugas filsafat ilmu Tugas filsafat ilmu
Tugas filsafat ilmu OrisManane
 
Kumpulan materi filsafat ilmu
Kumpulan materi filsafat ilmuKumpulan materi filsafat ilmu
Kumpulan materi filsafat ilmuFiqiahKirana
 

Similar to ETIKA ISLAM DALAM SAINS (20)

Makalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmuMakalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmu
 
UTS Filsafat Ilmu.pdf
UTS Filsafat Ilmu.pdfUTS Filsafat Ilmu.pdf
UTS Filsafat Ilmu.pdf
 
Bab 1 ctu 211
Bab 1 ctu 211Bab 1 ctu 211
Bab 1 ctu 211
 
Kedudukan filsafat ilmu dalam islamisasi ilmu pengetahuan dan kontribusinya d...
Kedudukan filsafat ilmu dalam islamisasi ilmu pengetahuan dan kontribusinya d...Kedudukan filsafat ilmu dalam islamisasi ilmu pengetahuan dan kontribusinya d...
Kedudukan filsafat ilmu dalam islamisasi ilmu pengetahuan dan kontribusinya d...
 
Tantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmuTantangan dan masa depan ilmu
Tantangan dan masa depan ilmu
 
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkPeran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
 
Makalah filsafat ilmu
Makalah filsafat ilmuMakalah filsafat ilmu
Makalah filsafat ilmu
 
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdfFKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
FKI Wahyu Thoha Ichsan(2205056042).pdf
 
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docxFKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
 
KUMPULAN PPT PENGANTAR FILSAFAT ILMU KELOMPOK 2
KUMPULAN PPT PENGANTAR FILSAFAT ILMU KELOMPOK 2KUMPULAN PPT PENGANTAR FILSAFAT ILMU KELOMPOK 2
KUMPULAN PPT PENGANTAR FILSAFAT ILMU KELOMPOK 2
 
Falsafah pendidikan amran talib
Falsafah pendidikan   amran talibFalsafah pendidikan   amran talib
Falsafah pendidikan amran talib
 
Tugas Pengantar Filsafat Ilmu Kelompok Anita
Tugas Pengantar Filsafat Ilmu Kelompok AnitaTugas Pengantar Filsafat Ilmu Kelompok Anita
Tugas Pengantar Filsafat Ilmu Kelompok Anita
 
Tugas Filsafat Ilmu
Tugas Filsafat IlmuTugas Filsafat Ilmu
Tugas Filsafat Ilmu
 
Tugas Filsafat dalam kehidupan!!!!!.pptx
Tugas Filsafat dalam kehidupan!!!!!.pptxTugas Filsafat dalam kehidupan!!!!!.pptx
Tugas Filsafat dalam kehidupan!!!!!.pptx
 
Pembahasan makalah pancasila
Pembahasan makalah pancasilaPembahasan makalah pancasila
Pembahasan makalah pancasila
 
Soal dan jawaban filsafat ilmu dari semua materi.docx alwi
Soal dan jawaban filsafat ilmu dari semua materi.docx alwiSoal dan jawaban filsafat ilmu dari semua materi.docx alwi
Soal dan jawaban filsafat ilmu dari semua materi.docx alwi
 
PPT Sejarah perspektif barat 2.pptx
PPT Sejarah perspektif barat 2.pptxPPT Sejarah perspektif barat 2.pptx
PPT Sejarah perspektif barat 2.pptx
 
Tugas filsafat ilmu
Tugas filsafat ilmu Tugas filsafat ilmu
Tugas filsafat ilmu
 
5313 11601-1-sm
5313 11601-1-sm5313 11601-1-sm
5313 11601-1-sm
 
Kumpulan materi filsafat ilmu
Kumpulan materi filsafat ilmuKumpulan materi filsafat ilmu
Kumpulan materi filsafat ilmu
 

ETIKA ISLAM DALAM SAINS

  • 1. Etika Idalam Sains dan  Teknologi Islam B IV.I Pengenalan etika Islam IV.2 Kepentingan etika Islam dalam sains dan teknologi II.3 Isu-isu etika dalam dains dan teknologi moden. Moderator HJ FADZLULLAH HJ SHUIB CITU UITM KAMPUS KUALA PILAH NEGERI SEMBILAN
  • 3.  Individu  atau  komuniti  yang  beretika  cemerlang akan mendapat faedah dari sistem  etika  yang  dianuti  dan  diamalkannya  itu.Reputasi  dirinya  akan  menjamin  kejayaannya  dalam  menempuh  arus  kehidupan  yang  deras  ini.Tegasnya  orang  yang  berakhlak  adalah  seseorang  yang  berpakaian  sempurna  yang  menutupi  auratnya.Adapun  orang  yang  tidak  beretika  diibaratkan  seorang  bertelanjang  yang  terdedah  kepada  kehinaan  dan  keaiban.Sehubungan  ini  perbahasan  etika  memiliki  relavansi  dengan  sains  dan  teknologi  Islam  yang  menampilkan  keunikannya jika dibandingkan dengan krisis  etika  dan  moral  dalam  sains  dan  teknologi  Moden yang semakin tenat.
  • 4. Objektif  etika  Islam  dalam  sains  dan  teknologi i Proses pembinaan syakhsiyyah ( jatidiri ) sesebuah bangsa / ummah dapat dilaksanakan dengan sempurna. ii Kod etika yang luhur berupaya menangani persoalan keruntuhan moral yang sedang melanda masyarakat kontemporari.
  • 5. iiiKehidupan seharian boleh dilaksanakan dengan lancar apabila adanya suatu kod etika yang standard dan seimbang. iv Sistem etika yang mantap mampu menyelami dan menanggapi fenomena etika semasa yang memiliki kepelbagaian dan dinamik. 04/08/13 5
  • 6. v Dalam perbahasan etika kita perlu mendalami dan menghalusi teori-teori etika yang relevan dengan keperluan masyarakat. vi Sehubungan ini perlunya kajian perbandingan serta mensintesiskan berbagai teori etika yang bersifat sejagat untuk digubal dan diketengahkan dalam masyarakat global. 04/08/13 6
  • 7. Interaksi Etika dengan Falsafah dan Teologi  Aristotle membahagikan falsafah kepada :  Logik  Etika  Estetika  Psikologi  Politik  Fizik  Metafizik 04/08/13 7
  • 8. Klasifikasi Falsafah al-Ghazzali  Matematik  Logik  Fizik  Metafizik  Etika  Politik 04/08/13 8
  • 9. Falsafah Etika  Etika : Ia juga disebut aksiologi atau teori nilai.Falsafah etika merupakan cabang utama aksiologi.Etika ialah pola umum tentang cara hidup serta set peraturan tentang perlakuan. 04/08/13 9
  • 10. 5.2 Kepentingan Etika Islam dalam Sains dan Teknologi Islam merupakan sistem hidup ciptaan Ilahi yang tidak bercampur- aduk sama sekali dengan pemikiran manusia.Justeru itu,kriteria utama sistem Islam ialah fitrah ( suci ),sempurna,teguh,menyeluruh,s ediakala dan abadi iaitu sifat-sifat yang merujuk kepada penciptaNya. 04/08/13 10
  • 11. Islam tetap memberi ruang dan tempat kepada kegiatan akal manusia dengan batas-batas yang tertentu menurut keupayaan akal itu sendiri.Dalam hal ini panduan dan penjelasan wahyu amat diperlukan oleh manusia dalam persoalan metafizik ( alam ghaib ) yang diluar jangkauan akal dan pancaindera manusia.Walhal metafizik itu menjadi asas kepada kewujudan alam fizik 04/08/13 11
  • 12. Kepentingan falsafah dan etika Islam kepada sains dan teknologi i Sains dan teknologi yang berteraskan falsafah Islam akan berpaksikan pentafsiran metafizik iaitu yang berlandaskan tauhid.Sains yang berteraskan falsafah Islam mempunyai sifat-sifat kerohanian yang tersendiri yang dikembangkan oleh para sarjana Islam.Falsafah Islam akan menjadikan alam tabi’i ini mempunyai postulate yang bersifat metafizik. 04/08/13 12
  • 13. ii Falsafah Islam telah meletakkan sains dalam kerangka epistemologi ( teori ilmu ) yang betul,saksama dan sah.Umpamanya dilihat dari aspek hierarki ilmu bahawa ilmu syari’ah adalah ilmu fardu ‘ain dan sains dalam berbagai bidang adalah ilmu fardu kifayah.  iii Falsafah dan etika Islam mensejajarkan sains dengan syari’ah.Setiap kegiatan sains perlu dipertimbangkan dengan hukum-hukum dan etika-etika syari’ah.  iv Falsafah dan etika Islam telah menggalurkan sains yang dapat direalisasikan demi keperluan ummah. 04/08/13 13
  • 14. v Etika merupakan satu bidang falsafah yg membicarakan tentang tingkahlaku manusia dari aspek2 lahiriah dan batiniahnya.Dalam hubungan dengan sains,etika adalah satu bidang ilmu yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan dalam aplikasi sains serta berhubung dengan tatacara untuk mempraktiskan kebaikan dan menolak keburukan dalam amalan dan penggunaan sains dan teknologi.  Justeru itu benar sekali ungkapan yg ditegaskan oleh Einstein bahawa  Science without philosophy is 04/08/13 14 blind,and philosophy without science
  • 15. 5.3 ISU-ISU ETIKA SAINS DAN TEKNOLOGI MODEN SERTA CABARAN KONTEMPORARI  Sains Barat Moden didakwa sebagai ilmu terunggul merentasi segala budaya dan bebas nilai.  Faham etnosentrik memuja sains Barat dan tidak mengiktiraf sumbangan dunia di luar komuniti Barat.  Tamadun klasikal seperti tamadun Cina,India,Islam,Yunani,Mesir telah memberi sumbangan yang besar kepada kelahiran peradaban moden. 04/08/13 15
  • 16. Isu-isu Etika dalam Sains dan Teknologi Moden  Pensekularan Sains Moden : Pemisahan persoalan agama & dunia.  Krisis Sains Moden : Implikasi ke atas alam sekeliling hasil kemajuan sains dan kesan kepada aspek falsafah.  Isu moral dan etika dalam budaya sains Moden yang diklasifikasikan kepada tujuh segmen :  i Moral sains dari perspektif Budaya Barat terhadap alam dan sains.  ii Moral agama dan tradisi dalam Sains Moden. 04/08/13 16
  • 17. iii Moral sosial dari perspektif kemusnahan oleh Sains Moden.  iv Kedudukan nilai dari perspektif Sains Barat  v Moral pengajaran dalam pendidikan Sains Moden  vi Moral sains dalam konteks pengkajian kontemporari mengenai sains di Malaysia.  vii Moral dan etika dalam bioteknologi dan kejuruteraan genetik. 04/08/13 17
  • 18. Sains Moden Barat memiliki citra sebagai ilmu yg unggul & sejagat merentasi semua bentuk budaya & tidak terikat dengan sebarang nilai.Pandangan tersebut dikritik hebat oleh para saintis & failasuf Barat & Timur tetapi pandangan etnosentrik tentang keunggulan sains Moden Barat masih berakar umbi di seluruh dunia sehingga kini.Berikutnya sains yang di luar dunia barat dipandang rendah dan dianggap tidak saintifik.Sains klasikal spt sains Islam,Cina,Mesir & India tidak diiktiraf oleh komuniti sains antarabangsa yg ditunggangi oleh kuasa2 Barat. 04/08/13 18
  • 19. Pada hakikatnya sains yg tumbuh & berkembang di luar daripada tradisi Barat mempunyai konsep2 asas dan epistemologi yg tersendiri spt sains Islam,Cina & India.Justeru itu perbahasan tentang sains yg berkembang di luar drp sains Barat adalah sah.  Demikian halnya apabila kita memperkatakan sains Barat Moden.Ia mempunyai kosmologi sosial yg sama.Ia tidak berkembang secara kebetulan atau sebagai hasil akumulatif ilmu2 moden.Tegasnya,sains moden adalah ilmu yg berkembang dalam situasi & suasana yg bersifat bebas nilai,& dilatari oleh falsafah & fahaman yg serasi dengan doktrin Barat.Misalnya ilmu biologi moden amat dipengaruhi oleh teori evolusi Darwin yg amat bercanggah dengan perspektif sains Islam dan pelbagai sains klasikal yg lain. 04/08/13 19
  • 20. Tidak tepat andainya kita menyatakan bahawa sebelum sains Islam,Barat tidak mempunyai sains.Apa yang benar ialah sains Barat amat merosot di Eropah pada lingkungan jangkamasa 400-1100 M.Alasan sebenar mengapa sains Barat tidak berkembang dalam tempoh tersebut ialah : 04/08/13 20
  • 21. ketidaksetabilan politik di Eropah  ketiadaan unsur patronage ( naungan politik terhadap para saintis failasuf )  sikap gereja Kristian yang tidak menggalakkan mempelajari ilmu daripada orang bukan Kristian 04/08/13 21
  • 22. Institusi gereja mempunyai tanggapan bahawa ilmu yang berasal daripada peradaban yang bukan Kristian adalah ilmu yang sesat lantaran tidak berpandukan kitab Injil.Mereka juga menolak semua ilmu yang berasal daripada Tamadun Yunani yang dihasilkan oleh Plato,Aristotle,Socrates,Thales dan lain-lain kerana sains Yunani didakwa bercanggah dengan ajaran Kristian.  Seyyed Hossein Nasr menegaskan bahawa sains Barat berkembang berdasarkan ilmu sains yang dikembangkan dan disintesiskan oleh saintis-failasuf dalam peradaban Islam yang diwakili oleh Khawarizmi,Jabir bin Hayyan,Ibn Sina,Ibn Haytham,al-Kindi,Banu Musa,Umar Khayyam,Ibn Firnas,al-Idrisi dan ramai lagi.Sains dalam peradaban Islam telah berkembang dengan gemilang dari tahun 900 M hingga 1400 M dalam pelbagai bidang.Dalam lapangan logik dan perubatan perkembangan mengunjur hingga 1750 M. 04/08/13 22
  • 23. Budaya sains Barat menjelang tahun 1100 – 1400 M semakin kurang permusuhan dengan ilmu asing terutama yang dimajukan oleh saintis Muslim.Tempuh ini disebut sebagai era pertembungan Barat dan Islam.Pope Sylvester II ( 999 – 1003 M ) memainkan peranan mendekatkan jurang di antara orang-orang Kristian dengan budaya ilmu Islam.Beliau telah mengarahkan penterjemahan karya-karya sains berbahasa Arab ke bahasa Latin.Pope tersebut mendapati sains Islam lebih dekat dengan ajaran Kristian jika dibandingkan dengan sains Yunani.Pengetahuan sains Islam juga boleh digunakan untuk meneroka mengenai astrolabe dan abacus.
  • 24. Rentetan dari perkembangan itu menjelang pertengahan abad kesepuluh Masihi penterjemahan karya sains Islam ke bahasa Eropah telah berjalan pesat di Sepanyol terutama di Biara Santa Maria.Kebanyakan karya tersebut di sekitar ilmu astronomi dan geometri.Kegiatan penterjemahan tersebut berjalan dengan lebih pesat selepas kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.Para penterjemah tersebut terdiri dsaripada Plato dari Trivoli,Gerard dari Cremona,Adelard dari Bath,Robert dari Chester dan Dominicus Gondisalvo.Manakala saintis failasuf Muslim yang menjadi idola mereka ialah Ibn Sina yang mana 276 karyanya diterjemahkan ke pelbagai bahasa Eropah.Tidak keterlaluan andainya dirumuskan bahawa pemikiran yang terdapat dalam buku-buku karya Ibn Sina dan Ibn Rushd yang bertanggungjawab menanamkan benih-benih Renaisans yang pada awalnya tercetus di Itali dan akhirnya merebak ke seluruh Eropah.
  • 25. Sungguhpun sumbangan sains moden menatijahkan kemudahan dan kesempurnaan hidup kepada manusia,namun tidak boleh disangkal sama sekali bahawa ia telah mengakibatkan krisis nilai dan konflik pemikiran yang penuh tragis.Faktor utama yang mencetuskan fenomena itu ialah penyingkiran dan peminggiran agama dan aspek-aspek metafizik dalam budaya sains moden.  Pertumbuhan dan perkembangan sains moden telah mengakibatkan dua dampak dalam kehidupan manusia kontemporari.
  • 26. Pertama : Dampak terhadap alam natijah daripada kemajuan dan perkembangan sains  Kedua : Dampak kepada aspek falsafah.  Alam misalnya telah menderita akibat pencabulan dan manipulasi dahsyat yang dilakukan oleh manusia yang bersenjatakan sains moden.Kerakusan manusia mengakibatkan berlaku kerosakan alam sekitar dan system ekologinya.Ini semua diakibatkan manusia terlalu mengkagumi kebolehan sains.Antara kedurjanaan yang melimpah boleh diteliti daripada isu pengklonan,ponografik,perlumbaan senjata,isu nuclear dan seumpamanya.
  • 27. Implikasi lain yang menonjol dalam perkembangan sains moden ialah perubahan dalam aspek falsafah,baik ditinjau daripada aspek metafizik,epistemologi dan etika.Dalam bidang metafizik,peranan Tuhan disangkal sehingga mewujudkan fahaman eteisme.Begitu juga perubahan dalam epistemology akibat fahaman rasionalisme yang didakwa oleh sains moden sebagai satu-satunya cara yang sah untuk mendapat ilmu pengetahuan membawa kepada penolakan wahyu dan juga ilham sebagai sumber ilmu.Akibat daripada perubahan ini sains moden berjaya meminggirkan agama daripada arena ilmu lantaran agama dianggap sebagai tidak rasional.Dalam bidang etika pula, nilai yang tertinggi bagi pendokong sains moden ialah nilai gunaan seperti yang ditayangkan oleh fahaman utilitarianisme.Semua pengadilan nilai dianggap sebagai cirri kuno dan lantaran itu sains dianggap neutral atau bebas nilai.Dengan perkataan lain sains didakwa tidak mempunyai pertimbangan nilai yang menyebelahi mana-mana pihak.
  • 28. KRISIS SAINS MODEN  Antara bidang yang perlu dianalisis secara kritis tentang hal ini ialah : 1. Moral sains daripada perspektif budaya Barat terhadap alam dan sains 2. Moral agama dan tradisi dalam sains moden 3. Moral sains daripada perspektif kemusnahan alam oleh sains moden 4. Kedudukan nilai dalam perspektif sains Barat 5. Moral pengajaran dalam pendidikan sains moden 6. Moral sains dalam konteks pengkajian kontemporari mengenai sains di Malaysia 7. Moral dan etika dalam bioteknologi dan kejuruteraan genetik.
  • 29. Falsafah sains Barat berlandaskan rasionalisme.Sungguhpun komuniti sains moden Barat mengakui adanya Tuhan tetapi mereka menafikan peranan Tuhan dalam menentukan segala kejadian yang berkaitan dengan manusia dan alam semesta.Salah seorang tokoh saintis Barat yang bernama George Leclerc ( 1707 – 1788 ) menyatakan bahawa Tuhan memberi daya ( a force of impulsion ) kepada planet-planet sewaktu menciptakannya dengan alam ghaib kerana sebab-sebab yang menasabah yang boleh diterangkan melalui hukum-hukum mekanik.Sebaliknya beliau mendakwa bahawa Tuhan tidak terbabit di dalam kejadian tersebut.
  • 30. Manakala Albercht Von Haller ( md 1740 ), saintis daripada Swiss telah menegaskan bahawa jirim memiliki keupayaan sendiri untuk bergerak.Hujah beliau bersandarkan kenyataan bahawa magnet bertindak menarik besi.Demikian juga Abraham Trembley,seorang biologis telah membuat penemuan yang mendapati hidra,sejenis haiwan mampu membiak walaupun dikerat kepada beberapa kepingan.Penemuan ini telah menyebabkan orang ramai percaya bahawa jisim boleh menerbitkan dirinya sendiri,iaitu bebas tanpa pertolongan Tuhan.Pendapat Trembley disokong oleh paderi John Turbeville ( md 1745 ) yang menemui hidupan-hidupan halus daripada sayuran yang telah mati.
  • 31. Tokoh2 saintis yang disebut tadi telah menimbulkan keraguan terhadap peranan Tuhan ke atas alam dan manusia,disana terdapat tokoh- tokoh saintis dan failasuf moden yang lebih hebat pengaruhnya dalam menyingkirkan pengaruh keagamaan dalam kehidupan manusia.Antaranya ialah Francis Bacon,Rene Descartes,Galileo,Kepler dan Newton yang telah membangunkan sains moden tulen di dalam lapangan matematik dan mekanik.Mereka menganggap dunia seperti sebuah mesin yang canggih dengan segala kegiatan yang memerlukan matematik dan mekanik di dalam berinteraksi.Antara peranan mereka dapat dirumuskan seperti berikut :
  • 32. i Nicholas Copernicus ( 1473 – 1543 ) telah memulakan revolusi sains moden dengan menggagalkan teori Ptolemy dan Bible tentang pusat bumi yang telah diterima lebih beratus tahun yang lalu.  ii James Kepler ( 1571 – 1630 ) menurut jejak langkah Copernicus dengan menghasilkan undang-undang formula empiric tentang pergerakan bintang- bintang ( planet ).
  • 33. iii Galileo Galilie ( 1571 - 1642 ) merupakan tokoh saintis Barat yang benar-benar berjaya mengubah paradigma sains.Kejayaan beliau mencipta teleskop iaitu alat cerapan bintang telah memperkecilkan fakta kosmologi kuno dan mengiktiraf hipotesis Copernicus yang muncul sebagai teori sains unggul.  iv Rene Descartes pula merupakan failasuf saintis yang lebih tersohor dalam lapangan matematik.Pandangan dan penerokaan falsafahnya amat dipengaruhi oleh fizik moden dan astronomi.Beliau tidak menerima sebarang pengetahuan tradisi,tetapi berjaya menegakkan sistem pemikiran baru,beliau menyatakan :
  • 34. " All science is certain evident knowledge.We reject all knowledge which is merely robable and judge that only those things should be believed which are perfectly known and about which there can be no doubt "  ( Garber,1978, Science in certainly in Descartes, in Hooker,Michael ed. Descartes,Baltimore : John Hopkins Unly. Press ).
  • 35. Bagi pendokong Cartesian,matematik merupakan penentu bagi dunia yang nyata.Descartes percaya bahawa struktur matematik adalah kunci kepada alam semesta dan sains pula merupakan sinonim dengan matematik.Beliau membentuk kaedah baru dalam penulisan sains semulajadi yang lengkap.Descartes menganggap bahawa bahan2 yang terdapat di dunia ini adalah mesin.Ini bermaksud tiada keazaman,tiada kehidupan ataupun tiada semangat dalam hal ini.Semua perbuatan manusia terikat dengan hukum mekanik dan setiap bahan dapat dijelaskan pergerakannya berdasarkan hukum ini.Beliau menggariskan pemikiran saintifik secara kerangka umum bagi pandangan semulajadi seperti mesin yang sempurna,diperintah oleh undang2mekanik untuk organisasi hidup.
  • 36. 2 Moral Agama dan Tradisi dalam Sains Moden Semua agama berusaha mencari doktrin tersendiri tentang sains.Apa jua penemuan dan teori sains yang bercanggah dengan ajaran agama akan ditentang.Contohnya teori evolusi Darwinisme disanggah sekeras2nya oleh para ilmuan Islam.Walaupun teori itu dianggap hebat oleh sesetengah saintis dan rasional,namun ia ternyata tidak dapat menyelesaikan hakikat sebenar kejadian dan perkembangan hidup manusia.Teori tersebut tidak dapat memberi jawapan tentang asl usul manusia yang pertama kali.Sehubungan ini apakah manusia harus menerima kembali teori generasi spontan yang telah terlanjur ketika itu,ataukah terpaksa menerima ajaran agama wahyu yang menyatakan bahawa kehidupan manusia dan seluruk makhluk adalah ciptaan Tuhan.Konsep makhluk yang diciptakan dianggap tidak ada keterangan yang jelas mengenai bagaimana cara menciptakannya.Justeru itu ia disifatkan mengganggu pengertian tentang alam sains ( fizikal dan teknologi).
  • 37. Ilmu pengetahuan atau sains,secara ringkasnya dinisbahkan sebagai himpunan pengetahuan manusia yang dikumpulkan melalui suatyu proses pengajian dan yang dapat diterima oleh rasional.Sains yang dihasilkan oleh ajaran agama seperti sains Islam telah menyumbangkan budaya dan tamadun intelektual yang mantap.Pemangkin kepada sains Islam ialah agama dan tradisi.Sebaliknya sains moden Barat menghadapi dilemma dalam hal ini.Timbul pertanyaan yang bertali arus apakah sains Barat benar-benar ilmu atau hanya sekadar maklumat yang belum pasti benarnya.
  • 38. 3 MORAL SOSIAL DARI PERSPEKTIF KEMUSNAHAN OLEH SAINS MODEN  Akibat agama dan tradisi tidak menunjangi sains moden maka fenomena berikut telah menjadi lumrah di dunia kontemporari,antaranya :  i Pencemaran Alam Sekitar  Pencemaran alam sekitar menjadi fenomena lazim natijah daripada perkembangan dan kemajuan hidup yang ditaja oleh sains dan teknologi.Pencemaran alam sekitar meliputi kumbahan kimia yang mencemarkan air,udara dan persekitaran.Pencemaran nuklear,penggunaan bahan kimia sebagai baja dan racun,pencemaran bioteknologi dalam penyelidikan menyusun semula DNA dan kejuruteraan genetik ( baka ).Ia bukan sekadar mendatangkan masalah kepada manusia sejagat tetapi juga menjatuhkan imej sains itu sendiri.
  • 39. Pembakaran arang batu merupakan pencemaran yang paling merbahaya ke atas alam sekitar.Di samping itu pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada asap,debu,gas,sesetengah bahan organic telah dikategorikan sebagai punca yang menghasilkan toksik atau karsigonik.Punca apencemaran alam sekitar yang lain ialah sulfur dioksida yang boleh membawa penyakit kanser paru-paru.Demikian juga nitrogen oksida yang disebabkan oleh penggunaan bahan berjentera juga mengakibatkan pencemaran alam sekitar.Ia akan menyebabkan berlakunya hujan asid iaitu sebagai satu tindakbalas 02 dengan air meruap yang akan membentuk SO2NO2.
  • 40. ii Pencemaran nuklear  Pengajian tentang nuklear telah menjadi agenda utama kritikal evolusi hasil daripada kemajuan sains dan teknologi.Kebanyakan negara maju berlumba-lumba untuk memajukan senjata nuklear dan ada juga yang mendapat bekalan tenaga nuklear.Senjata dan reaktor nuklear tidak dapat dipisahkan.Jika berlaku perang nuklear seluruh muka bumi dan sega isi kandungannya akan menghadapi kemusnahan.
  • 41. 4 Kedudukan Nilai Daripada Perspektif Sains Moden Sains adalah pengetahuan mengenai dunia fizikal,manusia dan masyarakat.Ia terbahagi kepada tiga bahagian iaitu sains tulen,sains sosial dan sains gunaan.Sehubungan ini sains gunaan merupakan teknologi yang membolehkan manusia mencipta alat atau perkakas dan rekaan-rekaan lain bagi membantu manusia memenuhi hukum alam tabii.Ia juga boleh dilihat sebagaimana kenyataan J.Brronowski : " Sains merupakan rekaan konsep dan fakta yang berlandaskan kebenaran."
  • 42. Nilai akan wujud apabila dibandingkan sesuatu benda atau tindakan atau kualiti sesuatu bahan dengan pandangan atau pendapat golongan lain.Sistem nilai dipengaruhi oleh keprcayaan,tamadun dan amalan manusia dan ia berbeza mengikut kaum,agama dan masa.Menurut J.Bronowski lagi,nilai etika tidak mempunyai sempadan yang jelas,ia wujud di kalangan ahli sains,para artis.ahli teologis dan kelompok-kelompok manusia yang lain.
  • 43. Period sebelum Masihi,kebanyakan para failasuf bersetuju bahawa tanpa kewujudan unsure-unsur etika dalam sains,sudah tentunya falsafah Aristotle dan Plato tidak dapat memenuhi keperluan masyarakat Greek purba.Kenyataan ini menjadi benar apabila diperhatikan kehidupan masyarakat Grek purba berlandaskan kepada pengamatan deria dan logik.Apabila ditinjau pandangan Plato dan Aristotle,didapati karya falsafah mereka amat sarat dengan unsur-unsur etika.
  • 44. Period sebelum Masihi,kebanyakan para failasuf bersetuju bahawa tanpa kewujudan unsure-unsur etika dalam sains,sudah tentunya falsafah Aristotle dan Plato tidak dapat memenuhi keperluan masyarakat Greek purba.Kenyataan ini menjadi benar apabila diperhatikan kehidupan masyarakat Grek purba berlandaskan kepada pengamatan deria dan logik.Apabila ditinjau pandangan Plato dan Aristotle,didapati karya falsafah mereka amat sarat dengan unsur-unsur etika.
  • 45. Sains merupakan satu konsep yang mempunyai skop yang luas meliputi manusia,kosmos dan masyarakat. Sebaliknya nilai dan etika pula merupakan suatu pengukuran terhadap sesuatu dengan membuat perbandingan terhadap benda,pandangan manusia atau masyarakat.Apabila sesuatu rekaan sains tercipta misalnya pancaran radioaktif diperkenalkan kepada orang ramai ,penilaian terhadap rekaan sains ini akan timbul samada dari segi moral,kegunaan atau aplikasinya.Mungkin ada pihak menyatakan bahawa pancaran radioaktif itu membahayakan manusia.Tetapi pihak lain pula mempertahankan penggunaannya demi membantu perkembangan sosioekonomi negara.Di sinilah timbulnya konflik mengenai nilai tentang sesuatu penemuan atau teori sains.
  • 46. Meskipun demikian,tidak boleh disangkal lagi bahawa rekaan sains atau ciptaan teknologi adalah penting bagi sesebuah negara yang sedang memacu perkembangan yang pesat dalam sektor perindustrian.Pada masa yang sama semua pihak perlu memikirkan tentang aspek nilai yang berkait dengan rekaan sains atau teknologi itu.Kerajaan dan para saintis usahlah memikirkan keuntungan material dan kegunaan sesuatu rekaan sains tanpa mempertimbangkan keselamatan nyawa,harta benda masyarakat,negara dan manusia sejagat.Unsur etika patut diletakkan di tempat yang tinggi seiringan dengan inovasi sains dan teknologi.Ini disebabkan pembangunan sosial yang menyeluruh tidak akan tercapai seandainya penekanan hanya diberikan kepada rekaan sains dan bukan kedua-dua aspek tersebut secara serentak.
  • 47. Revolusi sains abad ke 17 Masihi mencetuskan suatu pembaharuan atau reformasi sains yang ditanggapi oleh Thomas S.Kuhn ( 1970 ),di dalam bukunya The Structure of Scientific Revolution,sebagai satu kumpulan pernyataan yang telah mencapai puncak kegemilangannya.Sains klasikal telah mengalami anjakan secara revolusi ke sains moden.Sehubungan ini para saintis seperti Kepler,Galileo,Francis Bacon,Descartes dan Newton telah melakukan pelbagai spekulasi dan ujikaji yang menghasilkan implikasi besar dalam dunia sains,falsafah dan pemikiran..Menjelang berakhirnya abad ke 20 muncul pula perkembangan sains yang lebih radikal seperti bercambahnya penciptaan computer,robot kerdikan buatan ( artificial intelligence ) dan penyelidikan serta penerokaan angkasa lepas.
  • 48. Meskipun sains telah berkembang secara drastik sejak era revolusi sains tetapi fungsi unsur-unsur etika dan nilai tidak berkembang pesat seiringan dengannya,malah telah merudum jatuh.Apa yang berubah ialah penilaian manusia terhadap etika itu sendiri.Pada dasawarsa mutakhir ini manusia lebih cenderung kepada fahaman dan aliran kebendaan.Dalam konteks ini mereka mementingkan keuntungan dan status bukannya rekaan sains itu sendiri.Malah timbul soalan- soalan yang bercelaru dalam pemikiran para peninjau sains moden.
  • 49. Antaranya apakah unsur-unsur kemanusiaan masih ada tempat di hati sanubari komuniti sains kontemporari ? Sejauhmanakah aspek-aspek kemanusiaan dan moral dihayati oleh para saintis dan failasuf moden baik di Timur mahupun di Barat ? Dengan kata-kata lain boleh ditegaskan bahawa sains Barat moden berterusan mendokong nilai materialisme dan konsumerismenya.Selanjutnya saintisme Barat masih menguasai etika ilmiah dan khidmat.Barat telah menjadikan sains sebagai ideologi tunggangannya.
  • 50. Moral Pengajaran Dalam Pendidikan Sains Moden Pada hakikatnya sains dan teknologi adalah disiplin ilmu yang menjadikan alam dan manusia sebagai objeknya.Justeru itu ia wajar dikembangkan dan dibudayakan dalam persekitaran dan lingkungan umat Islam dengan menjadikan sistem pendidikan Islam sebagai pemangkin yang membangunkannya.Sebaliknya sistem pendidikan global di negara-negara umat Islam masih berorientasikansistem pendidikan kebaratan yang mempunyai kebarangkalian yang tinggi menjerumuskan umat Islam kea rah krisis akidah dan nilai.Lebih-lebih lagi aliran rasionalisme masih menguasai pemikiran sains kontemporari yang memencilkan pegangan keagamaan.Malah proses pencernaan sains yang membuahkan teknologi juga masih berlandaskan dimensi dualisme dan sekularisme.
  • 51. Daripada perspektif saintisme Barat,sistem pengajaran mutakhir tidak menjejaskan pengajaran sains.Sebaliknya sistem yang sama amat mencabar kewibawaan serta keunggulan sistem kepercayaan dan kebudayaan Islaqm.Situasi ini timbul disebabkan pengajaran sains moden menafikan pandangan semesta yang berpaksikan agama.Pendokong sains moden berhasrat menjadikan disiplin sains bersifat objektif dengan memutuskannya daripada sebarang nilai dan kepercayaan atau pegangan agama.
  • 52. Segelintir saintis dan pemikir sains moden turut mengkritik metodologi sains moden.Misalnya Wellington ( 1989 ) di dalam tulisannya " Skill and Process in Science Education,A Critical Analysis, menyatakan bahawa pengajaran sains moden berkecenderungan menjadi 'over specific" dan " restrictive'. Manakala C.R.Benge ( 1972 ), di dalam bukunya,Communication and Identity, menggariskan :  " The manace of scientism that is largely psychological,not that of the scientific process.'
  • 53. 6 Moral Sains Dalam Konteks Pengkajian Kontemporari Mengenai Sains di Malaysia Sebenarnya permasalahan mekanikalisme dalam sains bukan lagi satu fenomena ketokohan Si Isaac Newton, akan tetapi teori deterministik Newton yang merujuk kepada fizik semata-mata telah dicabar oleh para saintis Barat sendiri misalnya Heisenberge dengan teori relativitinya ( Heisenberge's Uncertainty Principle ) yang dibentangkan pada tahun 1927.Heisenberge sebagai pendokong dan pengasas fizik kuantum telah membuktikan dakwaan bahawa ketiaan Tuhan oleh sains moden adalah sudah ketinggalan zaman.Malah kuasa Tuhan sentiasa wujud dalam semua aspek kehidupan manusia dan alam,akan tetapi bahasa sains sudah tentu berbeza dengan stail bahasa agama.
  • 54. Tokoh2 saintis Barat sendiri seperti Einstein dan De Broglie mendekati kebenaran Tuhan dalam pentafsiran dan tentangan mereka terhadap fenomena sementara yang belum diketahui manusia,walhal ia berkemungkinan bersifat deterministik.Sebenarnya teori hidden variables yang dikemukakan oleh Einstein dan para saintis Barat bukanlah sesuatu yang asing dalam konsep ketuhanan Islam.Angkubah-angkubah atau variables yang dianggap tersembunyi ( hidden ) itu adalah persoalan-persoalan ghaybiyyat dan sam'iyyat ( metafizika ) seperti Zat Allah SWT,para malaikat,alam ruh,alam akhirat dan lain-lain seumpamanya.
  • 55. 7 Moral dan Etika Dalam Bioteknologi dan Kejuruteraan Genetik  Isu teknologi gabungan DNA ( asid nokliek Deoksiribosa ) dan kejuruteraan genetik turut diperdebatkan oleh para ilmuan Islam yang menghasilkan beberapa rumusan tentang keabsahannya menurut syariah Islam.Islam menggariskan prinsip-prinsip tertentu dalam melaksanakan proses kejuruteraan baka atau lebih khusus lagi disebut pengklonan.Misalnya Islam menolak pengklonan manusia dengan alasan :  a Manusia adalah ciptaan Allah.Justeru itu pihak lain tidak berhak campurtangan dalam urusan penciptaanNya
  • 56. b pembikinan klon manusia akan mendatangkan kemusnahan kepada alam ciptaan Allah  c pengklonan manusia pula akan merosakkan system kekeluargaan  d pengklonan menyanggahi sunnah Allah yang menciptakan manusia dengan hikmah- hikmah yang tertentu dan unik  e pengklonan manusia melalui proses yang diluar batas hukum syarak atau di luar institusi perkahwinan Islam yang mantap
  • 57. Apa yang terjadi di kalangan saintis Barat yang melakukan kegiatan genetic engineering untuk kepentingan kebendaan dan keangkuhan ilmu untuk mencabar kuasa Tuhan Yang Maha Pencipta.Akibat daripada kerakusan saintisme Barat akan menimbulkan krisis nilai dalam kehidupan manusia.Masalah sosial akan terus meningkat berikutan hubungan suci manusia melalui ikatan perkahwinan dan kekeluargaan telah dihakis dan dimusnahkan.Apabila situasi itu terjadi para saintis tidak lagi dapat dikawal oleh undang-undang kerana dunia sains semakin eksklusif dan memiliki imuniti tersendiri.
  • 58. Prof Azizan Baharuddin di dalam bukunya Science and Belief Discources on New Perceptions telah membahaskan persoalan biologi kontemporari yang berdepan dengan beberapa pertimbangan nilai dan etika tentang sehingga sejauhmanakah teknologi-teknologi yang berkaitan mengancam keadaan berahsia ( privacy ) ,kebebasan,kesihatan,keamanan,malah kewujudan manusia,keseimbangan pelbagai ekosistem serta futuristic planet bumi.Beliau menampilkan polemik antara golongan yang memegang prinsip hormic dengan golongan yang mendokong konsep pure chance tentang menjelaskan mekanisme kehidupan yang mempunyai implikasi besar terhadap etika.Antaranya :
  • 59. a Kesan-kesan bahaya molekul-molekul DNA menghasilkan perbincangan tentang keselamatan manusia  b campurtangan manusia dalam proses kehidupan asas tentang bentuk dan aturan struktur genetik  c tentang pengawalan ekspresi gen ( control of gene expressions )  d tentang proses pembezaan sel
  • 60. Semua proses tersebut memerlukan satu disiplin dan etika yang tinggi.Para penyelidik saintifik mesti memahami bagaimana sesuatu itu berlaku dan bagaimana ia berfungsi.Mereka tidak boleh mengabaikan juga persoalan kenapa sesuatu itu berlaku.Ini membabitkan persoalan yang melepasi dimensi fizikal semata-mata.
  • 61. PENGEMBALIAN SAINS KE PANGKUAN ISLAM  Usaha terpenting umat Islam pada masa kini ialah bagaimana amengembalikan semula sains kepada paksinya yang satu iaitu agama.Antara rumusan untuk melaksanakan usaha-usaha murni kea rah pengIslaman sains ini ialah :  a Keharmonian agama dan sains,tiada pertentangan di antara kedua-duanya  b Terdapat proses pertumbuhan yang selari di antara agama dan sains di dalam sejarah dan dalil-dalil menunjukkan agama mencetuskan kegiatan sains
  • 62.  c Fakta yang relevan mengisyaratkan bahawa sains telah memantapkan lagi ajaran agama dan demikian juga sebaliknya  d Penampilan sains adalah dari cetusan agama malah prinsip- prinsip dan fakta-fakta sains terdapat di dalam teks keagamaan
  • 63. e Terdapat stimuli dan stigma dari falsafah ketuhanan yang menjadi mekanisme kepada eksperimen sains.Justeru itu agama membentuk pemangkin kepada sains dengan rujukan kepada suruhan dan ajaran Tuhan f Hubungan sains dan agama dari segi fungsinya adalah untuk mencapai kebahagiaan manusia
  • 64. SEKIAN. TERIMA KASIH ‫والسلم‬ 04/08/13 64