SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
Download to read offline
Apakah yang di maksudkan dengan Fonetik dan
 Fonologi? Dengan memberikan contoh-contoh
  yang sesuai bunyi-bunyi vokal dan konsonan
               Bahasa Melayu?




               vokal

                        Nota Ini Dimuat turun Oleh
                        Cikgu Md HAsrul Bin JA’afar
                                                      1
1.0 Pengenalan fonetik dan fonologi



Sebelum kita dapat memberikan pengertian tentang fonetik dan
  fonologi bahasa Melayu, kita perlu terlebih dahulu melihat
                     pengertian istilah


                   fonetik dan fonologi

  daripada kamus, ensiklopedia dan juga pendapat-pendapat
    beberapa pakar bahasa. Selepas itu barulah kita boleh
  membincangkan aplikasinya dalam konteks bahasa Melayu.




                                                               2
Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah
ilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambing
yang menunjukkan sebutannya.Manakala mengikut Merriam Webster’s
Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the
system of speech sounds of a language or group of languages”.Kamus Oxford
Advanced Learner’s Dictionanry of current English (1992:671) fonetik
merupakan “the study of speech sounds and their production”. Mengikut
kamus The World Book of Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetik
sebagai “the science dealing with sounds made in speech and the art of
pronunciation….concerned with the production of these speech sounds by the
articulating organs of the speaker, the sound waves in which they result, and
the auditory effect they produce on the hearer”.




                                                                              3
Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) pula menjelaskan
fonetik sebagai “the science that deals with pronunciation and the
representation of the sounds of speech.”Mengikut Kamus Linguistik
(Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai “ilmu
yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi
bahasa.”Akan tetepi mengikut Encyclopedia Americana (1994:955)
mendefinisikan fonetik sebagai “ the science that investigates the sounds
made by the speech organs, seeking to describe them, account for their
production, and classify them.”




                                                                              4
Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopedia
beberapa pandangan dan pengertian ten tang fonetik oleh beberapa orang
sarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetik
tersebut.Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar Lingustik
Umum yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in Ge neral Linguistics
 menyatakan “ fonetik merupakan bahagian yang asas dalam ilmu bahasa,
manakala fonologi…hanya satu disiplin Bantu dan terangkum ke dalam
pertuturan (1993:37).Mengikut Adrian Akmajian et. Al.            dalam buku
Linguistik: Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi dan
Azizah Hussein daripada buku Linguistik :An Introduction to Language and
Communication menyatakan: “ Fonetik ialah bidang yang memperkatakan
bagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidang
kajian yang dikenali se bagai fonetik artikulasi, dan juga sifat fizikal
gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yang
dikenali sebagai fonetik akustik).Sementara istilah fonetik          biasanya
bermasud kajian tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi. (1995:61).


                                                                                5
Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikan definisi fonetik
adalah seperti yang berikut: “Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidiki
bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi itu sebagai pembeda makna dalam
suatu bahasa” (1986:1”).J.W.M Verhaar dalam bukunya Pengantar Linguistik
memberikan pengertian fonetik seperti berikut: “Fonetik atau ilmu bunyi
menyelidiki bunyi sebagaimana terdapat dalam parole” (1983:8). Manakala
Abdullah Hassan dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa
Malaysia memberikan definisi fonetik seperti yang berikut: “Fonetik mengkaji
bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya…Fonetik
amnya ialah pengkajian terhadap unsure-unsur bahasa dalam bentuk bunyi.
(1993:40) Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik dan Fonologi:
Suatu Tinjuan menyatakan: “Fonetik ialah kajian saintifik mengenai bunyi
bahasa dan rumus yang melibatkan pengelurannya.”(1992:2) Mengikut Arbak
Othman menghuraikan fonetik sebagai: “ Fonetik merupakan bidang yang
dipelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat
pertuturan manusia) dan memberikan symbol fonetik untuk masing-masing
bunyi itu….Bunyi-bunyi bahasa boleh dikaji dari beberapa segi.




                                                                                6
Seseorang boleh melakukan kajianya dengan melihat sifat-sifat fizik bunyi-
bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi itu dipindahkan
melaui udara, mengatur jumlah tenaga gelombang menurut gejala-gejala serta
bagaimana sifat-sifat ini berubah dalam proses penghasilannya….(1986:52-53).
Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd.Dain memberikan pengertian fonetik sebagai
berikut “ Fonetik mengandungi teori-teori mengenai bunyi bahasa. Dalam fonetik
akan terdapat konsep-konsep mengenai bunyi bahasa, kriteria-kriteria
pengklasan bunyi-bunyi bahasa, teknik menghuraikan pengeluaran bunyi
bahasa dan lain-lain seumpamanya.” (1982:40



                                                                            7
Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus
dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu
bahasa.(1996:354) Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth
edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech
sounds including, especially the history and theory of sound changes in a
language or in two or more related languages.Mengikut Kamus Linguistik
(Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi se bagai
bidang dalam linguistic yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut
fungsinya.Kamus oxford Advanced Learner’s Dictionanry of Current
English (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai “the study of the
systems of speech sounds,especially in a particular language.Manakala
kamus Chamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan fonologi
sebagai “ the study of system of sounds in language and of the history of
their changes



                                                                            8
.”Dalam Collins Shorter English Dictionary (1993:858) fonologi dikatakan
“the study of the sound system of a language or of language in general.”The
World Book Dictionary (1981:1567) menerangkan fonologi sebagai “ the
system of sound used in language”.Dalam Ensyclpedia Amerikana
(1994:959) fonologi diberi pengertian sebagai “the branch of linguistics or of
grammar that deals with speech sound as they enter into the structure of
language.”




                                                                                 9
Di samping itu juga definisi dan maksud fonologi juga didapati dan dipetik
daripada pendapat beberapa orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajian
et al dalam bukunya Linguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasi
terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertian
tentang fonologi seperti yang berikut: “ Fonologi ialah subbidang linguistic yang
mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia.Istilah
fonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa
tertentu dan rumus yang maengawal penyebaran bunyi tersebut.




                                                                               10
Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentang
bahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universal
sistem bunyi semula jadi…”(1995:112) Manakala Frank parker dalam
Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan: “Fonologi
merupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-
rumus yang menentukan sebutan.” (1974:112).Manakala menurut
J.W.M. Verhaar ,Fonologi (phonology) sebagai bidang khusus dalam
linguistik itu mengamati bunyi-bunyi sesuatu bahasa tertentu menurut
fungsinya untuk membedakan makna leksikal dalam bahasa.(1983:86)
Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru
Bahasa Malaysia menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi
yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.”(1993:40)




                                                                       11
2.0 Bunyi-bunyi Bahasa
          Melayu
 Berdasarkan   vokal kardinal dan
 bunyi-bunyi dibuat oleh Daniel Jones,
 kita dapat mengenal pasti bunyi-
 bunyi vokal dan konsonan dalam
 bahasa Melayu.Dalam mendeskripsi
 bunyi-bunyi bahasa Melayu ini juga
 diklasifikasi kepada bunyi vokal dan
 konsonan.

                                     12
Bunyi-bunyi Vokal Melayu
             Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal
              dalam bahasa Melayu.Ini diterapkan dalam rajah berikut.
                                     Vokal Melayu
             Ada empat vokal depan dalam bahasa Melayu.[i],[e],[ ] dan [a];tiga
 vokal belakang,[u],[o] dan[] dan satu vokal tengah, iaitu [ ].Memang vokal-vokal
ini tidak betul-betul menyerupai vikal kardinal sepenuhnya.Walau bagaimanapun,
  vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal
                                      kardinal.




                                                                              13
Diftong Melayu
                 Diftong sebenarnya terbentuk daripada bunyi vokal yang
  menggeluncur. Maksudya, sebutan sebuah vokal itu digabungkan dengan
  sebuah vokal lain.Ini dapat dilihat dalam contoh diftong [ai].Bunyi vokal itu
   bermula dengan vokal [a] dan sebutannya diteruskan menggeluncurkan
   kepada vokal [i], menyebabkan vokal [a] dan [i] bergabung menjadi [ai]
  sebagai satu bunyi. Ini ialah diftong. Dalam bahasa Melayu ada tiga buah
 diftong, iaitu [ai],[au] dan [oi]. Diftong ini adalah berbeza daripada rentetan
vokal. Diftong membentuk satu suku kata sperti dalam perkataan pandai [pan-
dai], tetapi rentetan vokal membentuk suku kata yang berlainan seperti dalam
                             perkataan sukai [su-ka-i].
       Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai bunyi-bunyi vokal dan
                            konsonan Bahasa Melayu.




                                                                               14
Bunyi-bunyi vokal
   Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika
menghasilkannya udara
                 dari paru-paru keluar berterusan
  melaui rongga tekak dan rongga mulut tanpa
mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan
 kata lain, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara
  keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau
                                geseran.




                                                                            15
Manakala penghasilah bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh
beberapa ciri tertentu iaitu keadaan bibir > sama ada dihmparkan
atau dibundarkan, bahagian lidaah yang terlibat > sama ada depan
lidah atau belakang lidah, turun naik lidah > sama ada dinaikkan
setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan
lelangit lembut,> sama ada dinaikkan dan udara dari paru-paru
keluar melaui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi
vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara
dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan juga rongga hidung
( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaujan) dan keadaan
glotis > glotis dirapaatkan dan semasa udara keluar dari pru-paru
pita suara bergetar.
Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal
rangkap.




                                                                    16
Depan           Tengah       Belakang


sempit         i                                        u

Separuh sempit
                       e                            o
                                            ə
Separuh luas
                           ɛ                    ‫כ‬

 Luas
                               a




                                                            17
Separuh vokal
            Bunyi separuh Vokal mempunyai cirri-ciri bunyi vokal , tetapi tidak
  merupakan vokal sepenuhnya. Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi separuh
 vokal, alat-alat artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu kedudukan,
 kemudian dengan segera beubah kepada kedudukan vokal lain yang berlaku
 secara geluncuran. Oleh sebab itu, separuh vokal tidak digolongkan ke dalam
golongan vokal tetapi sebagai konsonan. Contoh separuh vokal ialah /w/ dan /y/.




                                                                               18
Diftong
           Diftong ialah urutan yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh
      dan lainya geluncuran. Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu
    hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Bunyi
diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal misalnya /ai/, /ou/ dan /au/.


Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pasa masa mula-mula hendak
                        menyebut diftong dan

    vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada ahkir sebutan diftong.




                                                                           19
Vokal rangkap
       Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh, dan tiap-tiap vokal
merupakan vokal penuh yang tersendiri. Misalnya daun dan lain. Dalam
daun, misalnya a dan u ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri
               daripada dua suku kata iaitu da dan un.

   Dalam perkataan lain 2 vokal berturut-turut dalam satu perkataan




                                                                         20
Cara menghasilkan bunyi-bunyi vokal.
              Vokal [i](depan sempit)
      Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan sempit. Untuk
  menghasilkannya, hujung lidah diletakkan paling tinggi di hadapan
     mulut tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir
 dihamparkan/leper. Glotis dirapatkan, lelangit lembut dinaikkan, udara
ditekan keluar dari paru-paru pada pita suara bergetar. Contoh kehadiran
                              dalam perkataan:

                              Pelita    jahitan
                              Ikan      hasil
                              Tidur     pahit


                                                                           21
Vokal [e](depan separuh sempit)
           Untuk menghasilkannya, hujung lidah diturunkan kira-kira 1/3
 daripada kedudukannya semasa menghasikan vokal depan sempit [i]
        dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. 2 Bibir
  dihamparkan/leperkan dan glotis dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan.
Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar, contoh kehadiran
                              dalam perkataan:
                                             Ekor     tauge
                                              Petak geser
                                             Mereka selesa




                                                                           22
Vokal [ɛ](depan separuh luas/lapang)
            Untuk menghasikannya, hujung lidah diturunkn kira-kira 1/3
   dari kedudukan depan separuh sempit (e) dan lidah tidak menyekat
  arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan/leper, glotis dirapatkan dan
lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara
 bergetar. Vokal ini hadir dalam beberapa dialek. Dalam bahasa baku, vokal
              ini merupakan kelainan bagi vokal [e], misalnya:


                                          [ɛ]   untuk   [elo?]




                                                                                23
Vokal [a](vokal depan luas)
         Untuk menghasilkannya, depan lidah diturunkan serendah-
   rendahnya dalam rongga mulut dan udara dari paru-paru lalu tnpa
sekatan. Bibir dihamparkan/leper , glotis dirpatkan dan lelangit lembut
 dinaikkan. Udara ditekan keluar dari pru-paru dn pita suara bergetar.
                  Contoh kehadiran dalam perkataan:
                                           Atur      dia
                                          Pagi     usang
                                   Pelangi peluang




                                                                          24
Vokal [u](belakang sempit)
 Untuk menghasilkannya, belakang lidah dinaikan setinggi-tinggi
  mungkin, tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir
dibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan.
Udara ditekan keluar dai paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh
                   penggunaan dalam perkataan:
                                      Ular          haru
                                      Gunting        tikus
                                     Beruang      beliung




                                                                       25
Vokal [o](belakang separuh sempit)
   Untuk menghasilkanya, belakang lidah diturunkan kira-kira satu pertiga
daripada kedudukan semasa menghasilkan bunyi vokal belakang sempit
       [o], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir
 dibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan .Udara
   ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran
                               dalam perkataan:
                                             Oleh     pidato
                                              Boleh    kuno
                                             Celoteh pleno




                                                                          26
Vokal [‫] כ‬belakang separuh luas
 Untuk menghasilkannya, belakang lidah diturunkan dua pertiga daripada
     kedudukannya semasa menghasilkan vokal [u], dan lidah tidak
    menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat, glotis
dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru
dan pita suara bergetar. Seperti vokal [ɛ], vokal [‫ כ‬hadir dalam dialek-dialek [
  dan dalam bahasa baku merupakan kelainan bagi vokal [o], misalnya [ ]
                                 untuk [oleh].




                                                                                   27

More Related Content

What's hot (18)

Fonologi
FonologiFonologi
Fonologi
 
Fonologi
FonologiFonologi
Fonologi
 
Fonetik
FonetikFonetik
Fonetik
 
Kajian Fonologi
Kajian FonologiKajian Fonologi
Kajian Fonologi
 
Materi fonologi bahasa indonesia
Materi fonologi bahasa indonesiaMateri fonologi bahasa indonesia
Materi fonologi bahasa indonesia
 
Linguistik fonologi
Linguistik fonologi Linguistik fonologi
Linguistik fonologi
 
Fonologi
FonologiFonologi
Fonologi
 
Makalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa Indonesia
Makalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa IndonesiaMakalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa Indonesia
Makalah Fonologi dan Morfologi dalam Bahasa Indonesia
 
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasiBab 6  artikulasi sertaan dan nasalisasi
Bab 6 artikulasi sertaan dan nasalisasi
 
TATA BUNYI UJARAN
TATA BUNYI UJARANTATA BUNYI UJARAN
TATA BUNYI UJARAN
 
Dila
DilaDila
Dila
 
Fonologi
FonologiFonologi
Fonologi
 
Bahasa indonesia - pengucapan dan artikulasi huruf
Bahasa indonesia - pengucapan dan artikulasi hurufBahasa indonesia - pengucapan dan artikulasi huruf
Bahasa indonesia - pengucapan dan artikulasi huruf
 
Ppt m1 kb1 WIDYA SWARA
Ppt m1 kb1 WIDYA SWARAPpt m1 kb1 WIDYA SWARA
Ppt m1 kb1 WIDYA SWARA
 
TATA BUNYI UJARAN
TATA BUNYI UJARANTATA BUNYI UJARAN
TATA BUNYI UJARAN
 
Bunyi bahasa dan tata bunyi
Bunyi bahasa dan tata bunyiBunyi bahasa dan tata bunyi
Bunyi bahasa dan tata bunyi
 
Tugasan+h bhs melayul1203
Tugasan+h bhs melayul1203Tugasan+h bhs melayul1203
Tugasan+h bhs melayul1203
 
Nurmila ardianti 5 c
Nurmila ardianti 5 cNurmila ardianti 5 c
Nurmila ardianti 5 c
 

Similar to 13416756 fonetik-dan-fonologi-vokal

ENNIE 2101201021 Linguistik Morofologi.docx
ENNIE 2101201021 Linguistik Morofologi.docxENNIE 2101201021 Linguistik Morofologi.docx
ENNIE 2101201021 Linguistik Morofologi.docx
ssuserc83cb6
 
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docx
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docxFonologi, Morfologi dan Sintaksis.docx
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docx
kamilazhary
 
Pengantar linguistik umum
Pengantar linguistik umumPengantar linguistik umum
Pengantar linguistik umum
Imam Suwandi
 
Tugasan individu
Tugasan individuTugasan individu
Tugasan individu
tinie eva
 
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
Watak Bulat
 
Definisi linguistik
Definisi linguistikDefinisi linguistik
Definisi linguistik
myraabdraof
 
Bab 1modul pjj
Bab 1modul pjjBab 1modul pjj
Bab 1modul pjj
shamrina85
 

Similar to 13416756 fonetik-dan-fonologi-vokal (20)

Fonem dan Grafem.docx
Fonem dan Grafem.docxFonem dan Grafem.docx
Fonem dan Grafem.docx
 
Fonem dan Grafem.pdf
Fonem dan Grafem.pdfFonem dan Grafem.pdf
Fonem dan Grafem.pdf
 
Linguistik
LinguistikLinguistik
Linguistik
 
KELOMPOK FONOLOGII PPT 111ppp.pptx
KELOMPOK FONOLOGII PPT 111ppp.pptxKELOMPOK FONOLOGII PPT 111ppp.pptx
KELOMPOK FONOLOGII PPT 111ppp.pptx
 
ENNIE 2101201021 Linguistik Morofologi.docx
ENNIE 2101201021 Linguistik Morofologi.docxENNIE 2101201021 Linguistik Morofologi.docx
ENNIE 2101201021 Linguistik Morofologi.docx
 
Makalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdf
Makalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdfMakalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdf
Makalah Bahasa Indonesia Kelompok 2 A8.pdf
 
Makalah Fonologi Fonetik dan Fonemik
Makalah Fonologi Fonetik dan FonemikMakalah Fonologi Fonetik dan Fonemik
Makalah Fonologi Fonetik dan Fonemik
 
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docx
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docxFonologi, Morfologi dan Sintaksis.docx
Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.docx
 
MAKALAH TATA BUNYI UJARAN
MAKALAH TATA BUNYI UJARANMAKALAH TATA BUNYI UJARAN
MAKALAH TATA BUNYI UJARAN
 
Pengantar linguistik umum
Pengantar linguistik umumPengantar linguistik umum
Pengantar linguistik umum
 
Linguistik fonologi
Linguistik fonologi Linguistik fonologi
Linguistik fonologi
 
Struktur Fonologi Fix.pptx
Struktur Fonologi Fix.pptxStruktur Fonologi Fix.pptx
Struktur Fonologi Fix.pptx
 
Tugasan individu
Tugasan individuTugasan individu
Tugasan individu
 
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
Definisi bahasa dan linguistik (atikah md noor)
 
Definisi linguistik
Definisi linguistikDefinisi linguistik
Definisi linguistik
 
Makalah struktur fonologi bahasa indonesia
Makalah struktur fonologi bahasa indonesiaMakalah struktur fonologi bahasa indonesia
Makalah struktur fonologi bahasa indonesia
 
Proposal
ProposalProposal
Proposal
 
VARIASI FONOLOGI BAHASA MELAYU DIALEK PONTIANAK YANG DIGUNAKAN MASYARAKAT SIA...
VARIASI FONOLOGI BAHASA MELAYU DIALEK PONTIANAK YANG DIGUNAKAN MASYARAKAT SIA...VARIASI FONOLOGI BAHASA MELAYU DIALEK PONTIANAK YANG DIGUNAKAN MASYARAKAT SIA...
VARIASI FONOLOGI BAHASA MELAYU DIALEK PONTIANAK YANG DIGUNAKAN MASYARAKAT SIA...
 
Bab 1modul pjj
Bab 1modul pjjBab 1modul pjj
Bab 1modul pjj
 
Interkom 3
Interkom 3Interkom 3
Interkom 3
 

Recently uploaded

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
JarzaniIsmail
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
novibernadina
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 

Recently uploaded (20)

Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptxPelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
Pelaksana Lapangan Pekerjaan Jalan .pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
7.PPT TENTANG TUGAS Keseimbangan-AD-AS .pptx
 
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 

13416756 fonetik-dan-fonologi-vokal

  • 1. Apakah yang di maksudkan dengan Fonetik dan Fonologi? Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai bunyi-bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu? vokal Nota Ini Dimuat turun Oleh Cikgu Md HAsrul Bin JA’afar 1
  • 2. 1.0 Pengenalan fonetik dan fonologi Sebelum kita dapat memberikan pengertian tentang fonetik dan fonologi bahasa Melayu, kita perlu terlebih dahulu melihat pengertian istilah fonetik dan fonologi daripada kamus, ensiklopedia dan juga pendapat-pendapat beberapa pakar bahasa. Selepas itu barulah kita boleh membincangkan aplikasinya dalam konteks bahasa Melayu. 2
  • 3. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (llinguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambing yang menunjukkan sebutannya.Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”.Kamus Oxford Advanced Learner’s Dictionanry of current English (1992:671) fonetik merupakan “the study of speech sounds and their production”. Mengikut kamus The World Book of Dictionanry (1981:1566) menyatakan fonetik sebagai “the science dealing with sounds made in speech and the art of pronunciation….concerned with the production of these speech sounds by the articulating organs of the speaker, the sound waves in which they result, and the auditory effect they produce on the hearer”. 3
  • 4. Kamus Collins Shorter English Dictionary (1990:858) pula menjelaskan fonetik sebagai “the science that deals with pronunciation and the representation of the sounds of speech.”Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) memberikan definisi fonetik sebagai “ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa.”Akan tetepi mengikut Encyclopedia Americana (1994:955) mendefinisikan fonetik sebagai “ the science that investigates the sounds made by the speech organs, seeking to describe them, account for their production, and classify them.” 4
  • 5. Selain definisi-definisi yang diberikan dalam kamus dan ensiklopedia beberapa pandangan dan pengertian ten tang fonetik oleh beberapa orang sarjana bahasa juga disertakan di sini bagi menjelaskan konsep fonetik tersebut.Mengikut Ferdinand de Saussure dalam buku Pengantar Lingustik Umum yang diterjemahkan oleh Ajid Che Kob Course in Ge neral Linguistics menyatakan “ fonetik merupakan bahagian yang asas dalam ilmu bahasa, manakala fonologi…hanya satu disiplin Bantu dan terangkum ke dalam pertuturan (1993:37).Mengikut Adrian Akmajian et. Al. dalam buku Linguistik: Pengantar bahasa dan Komunikasi terjemahan Aishah Mahdi dan Azizah Hussein daripada buku Linguistik :An Introduction to Language and Communication menyatakan: “ Fonetik ialah bidang yang memperkatakan bagaimana bunyi bahasa dihasilkan (dituturkan) dalam saluran suara bidang kajian yang dikenali se bagai fonetik artikulasi, dan juga sifat fizikal gelombang bunyi bahasa yang dihasilkan oleh saluran suara (bidang yang dikenali sebagai fonetik akustik).Sementara istilah fonetik biasanya bermasud kajian tentang sifat artikulasi dan akustik bunyi. (1995:61). 5
  • 6. Manakala Marsono dalam bukunya fonetik memberikan definisi fonetik adalah seperti yang berikut: “Fonetik (phonetics) ialah ilmu yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa tanpa melihat fungsi itu sebagai pembeda makna dalam suatu bahasa” (1986:1”).J.W.M Verhaar dalam bukunya Pengantar Linguistik memberikan pengertian fonetik seperti berikut: “Fonetik atau ilmu bunyi menyelidiki bunyi sebagaimana terdapat dalam parole” (1983:8). Manakala Abdullah Hassan dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia memberikan definisi fonetik seperti yang berikut: “Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya…Fonetik amnya ialah pengkajian terhadap unsure-unsur bahasa dalam bentuk bunyi. (1993:40) Alias Mohamad Yatim, dalam bukunya Fonetik dan Fonologi: Suatu Tinjuan menyatakan: “Fonetik ialah kajian saintifik mengenai bunyi bahasa dan rumus yang melibatkan pengelurannya.”(1992:2) Mengikut Arbak Othman menghuraikan fonetik sebagai: “ Fonetik merupakan bidang yang dipelajari segala bunyi bahasa (bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia) dan memberikan symbol fonetik untuk masing-masing bunyi itu….Bunyi-bunyi bahasa boleh dikaji dari beberapa segi. 6
  • 7. Seseorang boleh melakukan kajianya dengan melihat sifat-sifat fizik bunyi- bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi bahasa ketika bunyi-bunyi itu dipindahkan melaui udara, mengatur jumlah tenaga gelombang menurut gejala-gejala serta bagaimana sifat-sifat ini berubah dalam proses penghasilannya….(1986:52-53). Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd.Dain memberikan pengertian fonetik sebagai berikut “ Fonetik mengandungi teori-teori mengenai bunyi bahasa. Dalam fonetik akan terdapat konsep-konsep mengenai bunyi bahasa, kriteria-kriteria pengklasan bunyi-bunyi bahasa, teknik menghuraikan pengeluaran bunyi bahasa dan lain-lain seumpamanya.” (1982:40 7
  • 8. Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa.(1996:354) Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages.Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi se bagai bidang dalam linguistic yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.Kamus oxford Advanced Learner’s Dictionanry of Current English (1992:671) memberi pengertian fonologi sebagai “the study of the systems of speech sounds,especially in a particular language.Manakala kamus Chamber Family Dictionary (1990:572) menghuraikan fonologi sebagai “ the study of system of sounds in language and of the history of their changes 8
  • 9. .”Dalam Collins Shorter English Dictionary (1993:858) fonologi dikatakan “the study of the sound system of a language or of language in general.”The World Book Dictionary (1981:1567) menerangkan fonologi sebagai “ the system of sound used in language”.Dalam Ensyclpedia Amerikana (1994:959) fonologi diberi pengertian sebagai “the branch of linguistics or of grammar that deals with speech sound as they enter into the structure of language.” 9
  • 10. Di samping itu juga definisi dan maksud fonologi juga didapati dan dipetik daripada pendapat beberapa orang sarjana bahasa. Mengikut Adrian Akmajian et al dalam bukunya Linguistik:Pengantar Bahasa dan Komunikasi terjemahan oleh Aishah Mahdi dan Azizah Hussien memberi pengertian tentang fonologi seperti yang berikut: “ Fonologi ialah subbidang linguistic yang mengkaji struktur dan pemolaan sistematik bunyi dalam bahasa manusia.Istilah fonologi digunakan dalam dua cara. Dari satu segi, fonologi sesuatu bahasa tertentu dan rumus yang maengawal penyebaran bunyi tersebut. 10
  • 11. Dari segi yang lain pula, fonologi merujuk bahagian teori tentang bahasa manusia yang umum yang berkaitan dengan sifat universal sistem bunyi semula jadi…”(1995:112) Manakala Frank parker dalam Linguistik untuk Bukan Ahli Linguistik menjelaskan: “Fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus- rumus yang menentukan sebutan.” (1974:112).Manakala menurut J.W.M. Verhaar ,Fonologi (phonology) sebagai bidang khusus dalam linguistik itu mengamati bunyi-bunyi sesuatu bahasa tertentu menurut fungsinya untuk membedakan makna leksikal dalam bahasa.(1983:86) Abdullah Hassan pula dalam bukunya Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia menyatakan bahawa fonologi mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu.”(1993:40) 11
  • 12. 2.0 Bunyi-bunyi Bahasa Melayu  Berdasarkan vokal kardinal dan bunyi-bunyi dibuat oleh Daniel Jones, kita dapat mengenal pasti bunyi- bunyi vokal dan konsonan dalam bahasa Melayu.Dalam mendeskripsi bunyi-bunyi bahasa Melayu ini juga diklasifikasi kepada bunyi vokal dan konsonan. 12
  • 13. Bunyi-bunyi Vokal Melayu Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal dalam bahasa Melayu.Ini diterapkan dalam rajah berikut. Vokal Melayu Ada empat vokal depan dalam bahasa Melayu.[i],[e],[ ] dan [a];tiga vokal belakang,[u],[o] dan[] dan satu vokal tengah, iaitu [ ].Memang vokal-vokal ini tidak betul-betul menyerupai vikal kardinal sepenuhnya.Walau bagaimanapun, vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal kardinal. 13
  • 14. Diftong Melayu Diftong sebenarnya terbentuk daripada bunyi vokal yang menggeluncur. Maksudya, sebutan sebuah vokal itu digabungkan dengan sebuah vokal lain.Ini dapat dilihat dalam contoh diftong [ai].Bunyi vokal itu bermula dengan vokal [a] dan sebutannya diteruskan menggeluncurkan kepada vokal [i], menyebabkan vokal [a] dan [i] bergabung menjadi [ai] sebagai satu bunyi. Ini ialah diftong. Dalam bahasa Melayu ada tiga buah diftong, iaitu [ai],[au] dan [oi]. Diftong ini adalah berbeza daripada rentetan vokal. Diftong membentuk satu suku kata sperti dalam perkataan pandai [pan- dai], tetapi rentetan vokal membentuk suku kata yang berlainan seperti dalam perkataan sukai [su-ka-i]. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai bunyi-bunyi vokal dan konsonan Bahasa Melayu. 14
  • 15. Bunyi-bunyi vokal Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melaui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran. 15
  • 16. Manakala penghasilah bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu keadaan bibir > sama ada dihmparkan atau dibundarkan, bahagian lidaah yang terlibat > sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah > sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut,> sama ada dinaikkan dan udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melaui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaujan) dan keadaan glotis > glotis dirapaatkan dan semasa udara keluar dari pru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap. 16
  • 17. Depan Tengah Belakang sempit i u Separuh sempit e o ə Separuh luas ɛ ‫כ‬ Luas a 17
  • 18. Separuh vokal Bunyi separuh Vokal mempunyai cirri-ciri bunyi vokal , tetapi tidak merupakan vokal sepenuhnya. Sewaktu menghasilkan bunyi-bunyi separuh vokal, alat-alat artikulasi, iaitu lidah dan bibir, berada pada suatu kedudukan, kemudian dengan segera beubah kepada kedudukan vokal lain yang berlaku secara geluncuran. Oleh sebab itu, separuh vokal tidak digolongkan ke dalam golongan vokal tetapi sebagai konsonan. Contoh separuh vokal ialah /w/ dan /y/. 18
  • 19. Diftong Diftong ialah urutan yang salah satunya terdiri daripada vokal penuh dan lainya geluncuran. Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu hembusan nafas sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Bunyi diftong dilambangkan dengan dua lambang vokal misalnya /ai/, /ou/ dan /au/. Vokal pertama menunjukkan keadaan lidah pasa masa mula-mula hendak menyebut diftong dan vokal kedua menunjukkan keadaan lidah pada ahkir sebutan diftong. 19
  • 20. Vokal rangkap Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh, dan tiap-tiap vokal merupakan vokal penuh yang tersendiri. Misalnya daun dan lain. Dalam daun, misalnya a dan u ialah dua vokal penuh dan perkataan ini terdiri daripada dua suku kata iaitu da dan un. Dalam perkataan lain 2 vokal berturut-turut dalam satu perkataan 20
  • 21. Cara menghasilkan bunyi-bunyi vokal. Vokal [i](depan sempit) Vokal ini dikenali juga sebagai vokal depan sempit. Untuk menghasilkannya, hujung lidah diletakkan paling tinggi di hadapan mulut tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan/leper. Glotis dirapatkan, lelangit lembut dinaikkan, udara ditekan keluar dari paru-paru pada pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: Pelita jahitan Ikan hasil Tidur pahit 21
  • 22. Vokal [e](depan separuh sempit) Untuk menghasilkannya, hujung lidah diturunkan kira-kira 1/3 daripada kedudukannya semasa menghasikan vokal depan sempit [i] dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. 2 Bibir dihamparkan/leperkan dan glotis dirapatkan. Lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar, contoh kehadiran dalam perkataan: Ekor tauge Petak geser Mereka selesa 22
  • 23. Vokal [ɛ](depan separuh luas/lapang) Untuk menghasikannya, hujung lidah diturunkn kira-kira 1/3 dari kedudukan depan separuh sempit (e) dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dihamparkan/leper, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Vokal ini hadir dalam beberapa dialek. Dalam bahasa baku, vokal ini merupakan kelainan bagi vokal [e], misalnya: [ɛ] untuk [elo?] 23
  • 24. Vokal [a](vokal depan luas) Untuk menghasilkannya, depan lidah diturunkan serendah- rendahnya dalam rongga mulut dan udara dari paru-paru lalu tnpa sekatan. Bibir dihamparkan/leper , glotis dirpatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari pru-paru dn pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: Atur dia Pagi usang Pelangi peluang 24
  • 25. Vokal [u](belakang sempit) Untuk menghasilkannya, belakang lidah dinaikan setinggi-tinggi mungkin, tetapi tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dai paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh penggunaan dalam perkataan: Ular haru Gunting tikus Beruang beliung 25
  • 26. Vokal [o](belakang separuh sempit) Untuk menghasilkanya, belakang lidah diturunkan kira-kira satu pertiga daripada kedudukan semasa menghasilkan bunyi vokal belakang sempit [o], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat , glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan .Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Contoh kehadiran dalam perkataan: Oleh pidato Boleh kuno Celoteh pleno 26
  • 27. Vokal [‫] כ‬belakang separuh luas Untuk menghasilkannya, belakang lidah diturunkan dua pertiga daripada kedudukannya semasa menghasilkan vokal [u], dan lidah tidak menyekat arus udara dari paru-paru. Bibir dibundarkan/bulat, glotis dirapatkan dan lelangit lembut dinaikkan. Udara ditekan keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Seperti vokal [ɛ], vokal [‫ כ‬hadir dalam dialek-dialek [ dan dalam bahasa baku merupakan kelainan bagi vokal [o], misalnya [ ] untuk [oleh]. 27