SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
Downloaden Sie, um offline zu lesen
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
644
KESESUAIAN PEMAKAIAN KONTRAK AL-QARD AL-HASAN DALAM
SKIM PEMBIAYAAN KREDIT MIKRO AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
(AIM)
Raziah Binti Md Tahir1
Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS)
Kolej Perniagaan
Universiti Utara Malaysia
E-mel:raziah@uum.edu.my Tel: 019-5584535
Abstrak
Penawaran skim pembiayaan kredit mikro Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bertujuan
untuk membantu golongan wanita miskin di Malaysia meningkatkan sumber
pendapatan keluarga melalui pelbagai projek perniagaan. Menurut pihak pengurusan
AIM, kontrak al-qard al-hasan diaplikasikan dalam skim pembiayaan kredit mikro
bermula dari tahun 1987. Pihak AIM juga telah memperkenalkan kontak pembiayaan
murabahah dalam skim kredit mikro AIM mulai tahun 2012. AIM mengenakan caj
pengurusan sebanyak 10 peratus setahun daripada jumlah pembiayaan di bawah
kontrak al-qard al-hasan dan kontrak murabahah. Menurut perspektif Islam, al-qard
al-hasan merupakan satu kontrak pinjaman Islam yang pada asasnya tiada bayaran
tambahan dalam jumlah pinjaman asal kecuali kos sebenar yang terlibat dalam
urusan pinjaman tersebut. Manakala pembiayaan Islam pula merupakan satu bentuk
pembiayaan yang boleh dikenakan kadar caj tertentu berasaskan keuntungan yang
diinginkan oleh pihak yang menawarkan pembiayaan berlandaskan syarak.
Persoalannya, sejauhmanakah kesesuaian penetapan caj pengurusan dalam skim
kredit mikro di bawah kontrak al-qard al-hasan? Apakah pula kontrak alternatif
yang boleh diaplikasikan dalam skim kredit mikro AIM? Kertas kerja ini cuba
mengenal pasti dua perkara utama kajian. Pertama, mengenal pasti kaedah penetapan
caj pengurusan ke atas skim kredit mikro AIM di bawah kontrak al-qard al-hasan.
Kedua, mengenal pasti kontrak alternatif yang paling sesuai digunapakai dalam skim
kredit mikro AIM. Metodologi kajian merangkumi analisis kandungan berpandukan
kepada data dan maklumat yang diperolehi daripada temu bual bersama pihak
pengurusan AIM, responden pakar dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Hasil
kajian dalam kertas kerja ini diharap dapat menambahbaik kontrak pembiayaan skim
kredit mikro AIM yang sedia ada dalam usaha membantu pihak AIM menawarkan
produk pembiayaan yang selari dengan kehendak syarak.
Kata kunci: al-qard al-hasan, pembiayaan kredit mikro dan Amanah Ikhtiar
Malaysia
1
Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
645
PENDAHULUAN
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memainkan peranan yang penting dalam
penyediaan pinjaman bagi golongan miskin untuk memulakan perniagaan secara
kecil-kecilan terutamanya di kawasan luar bandar (Chan, 2005). Melalui skim kredit
mikro AIM, kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar juga dapat
dikurangkan melalui peningkatan asas pendapatan purata isi rumah yang
menceburkan diri dalam bidang perniagaan (Md. Shahid Hasan, 1996). Bayaran balik
hutang pembiayaan kredit mikro dilakukan dalam mesyuarat pusat setiap minggu
berdasarkan kontrak yang dipilih oleh peserta AIM sama ada al-qard al-hasan atau
murabahah dengan kadar caj pengurusan sebanyak 10 peratus setahun.
Menurut perspektif Islam, caj pengurusan kontrak al-qard al-hasan hanya boleh
diaplikasikan dengan syarat ianya adalah kos sebenar yang terlibat. Manakala caj
pengurusan dalam kontrak murabahah dibenarkan berasaskan konsep tambah untung
dalam kontrak pembiayaan. Kertas kerja ini cuba meneliti kesesuaian penetapan caj
pengurusan dalam skim kredit mikro di bawah kontrak al-qard al-hasan dan kontrak
alternatif yang boleh diaplikasikan dalam skim kredit mikro AIM. Untuk itu,
perbincangan dalam kertas kerja ini dibahagikan kepada empat bahagian
merangkumi kaedah penetapan caj pengurusan kredit mikro di bawah kontrak al-
qard al-hasan, kesesuaian kontrak al-qard al-hasan dalam skim kredit mikro AIM,
kontrak alternatif dalam skim kredit mikro dan kesimpulan.
KAEDAH PENETAPAN CAJ PENGURUSAN KREDIT MIKRO AIM DI
BAWAH KONTRAK AL-QARD AL-HASAN
Berdasarkan kepada temu bual bersama pihak pengurusan AIM di ibu pejabat dan
pejabat cawangan AIM di Kubang Pasu dan Kota Setar, penetapan jumlah caj
pengurusan adalah berdasarkan kepada kadar caj sebanyak 10 peratus setahun ke atas
jumlah pembiayaan yang dipohon bagi semua jenis produk pembiayaan AIM.
Sekiranya sahabat memilih tempoh bayaran balik selama 2 tahun, kadar caj
pengurusan adalah sebanyak 20 peratus. Namun, bagi sahabat yang memilih tempoh
bayaran balik selama 6 bulan, kadar caj pengurusan adalah sebanyak 5 peratus. Ini
bermakna, kadar caj pengurusan yang dikenakan adalah bergantung kepada tempoh
mingguan bayaran balik pembiayaan yang dipilih oleh sahabat. Kadar caj ini
diperolehi daripada kajian dokumen ke atas fail peribadi 100 orang sahabat AIM di
Cawangan Kubang Pasu Kedah sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
646
Jadual 1: Penetapan Kadar dan Jumlah Caj Pengurusan Pembiayaan Sahabat
AIM, Cawangan Kubang Pasu, Kedah.
Jumlah
Pembiayaan
dipohon
(RM)
Tempoh
Bayaran
Balik
(Mingguan)
Bayaran
Ansuran
Mingguan
(RM)
Kadar caj
Pengurusan
(Peratusan)
Jumlah caj
pengurusan
(RM)
Bilangan
Sahabat
(n=100)
Peratus
Sahabat
(%)
2,000 25 84 5 100 2 2.0
2,000 50 44 10 200 1 1.0
3,000 25 126 5 150 3 3.0
3,000 50 66 10 300 3 3.0
4,000 50 88 10 400 2 2.0
4,000 100 48 20 800 5 5.0
5,000 50 110 10 500 6 6.0
5,000 75 76 15 750 4 4.0
5,000 100 60 20 1,000 4 4.0
6,000 50 132 10 600 5 5.0
6,000 75 92 15 900 5 5.0
6,000 100 72 20 1,200 4 4.0
7,000 50 154 10 700 3 3.0
7,000 75 107 15 1,050 3 3.0
7,000 100 84 20 1,400 2 2.0
8,000 50 176 10 800 1 1.0
8,000 100 96 20 1,600 2 2.0
9,000 50 198 10 900 1 1.0
9,000 100 108 20 1,800 2 2.0
10,000 50 220 10 1,000 5 5.0
10,000 75 153 15 1,500 4 4.0
10,000 100 120 20 2,000 4 4.0
15,000 75 230 15 2,250 5 5.0
15,000 100 180 20 3,000 4 4.0
20,000 50 440 10 2,000 2 2.0
20,000 75 306 15 3,000 3 3.0
20,000 100 240 20 4,000 3 3.0
25,000 75 383 15 3,750 2 2.0
25,000 100 300 20 5,000 3 3.0
30,000 75 460 15 4,500 1 1.0
30,000 100 360 20 6,000 3 3.0
35,000 100 420 20 7,000 1 1.0
40,000 100 480 20 8,000 1 1.0
50,000 100 600 20 10,000 1 1.0
Sumber: Maklumat diperolehi daripada fail peribadi sahabat AIM, Cawangan Kubang
Pasu, Kedah (2010)
Jadual 1 menggambarkan kadar dan jumlah caj pengurusan adalah bergantung
kepada tempoh bayaran balik mingguan yang dipilih oleh sahabat ketika memohon
pembiayaan. Kadar caj pengurusan ke atas jumlah pembiayaan masing-masing
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
647
adalah sebanyak 5 peratus, 10 peratus, 15 peratus dan 20 peratus bagi tempoh
bayaran balik selama 25 minggu, 50 minggu, 75 minggu dan 100 minggu. Ini
merupakan garis panduan AIM yang telah ditetapkan bagi membolehkan sahabat
membuat pilihan sendiri berdasarkan kemampuan untuk membayar balik
pembiayaan kredit mikro.
Ini bermakna semakin lama tempoh mingguan bayaran balik yang dipilih, semakin
tinggi kadar dan jumlah caj pengurusan yang dikenakan ke atas pinjaman sahabat.
Contohnya, jika pembiayaan yang dipohon adalah RM5,000 dengan tempoh
mingguan bayaran balik selama 50 minggu, jumlah caj pengurusannya adalah
sebanyak RM500 (kadar caj adalah 10 peratus). Tetapi jika sahabat memilih tempoh
mingguan selama 75 minggu bagi jumlah pembiayaan yang sama, jumlah caj
pengurusannya adalah sebanyak RM750 (kadar caj adalah 15 peratus). Manakala
bagi tempoh mingguan selama 100 minggu untuk jumlah pembiayaan yang serupa,
jumlah caj pengurusannya terus meningkat kepada RM1000 (kadar caj adalah 20
peratus). Bayaran ansuran mingguan pula adalah berdasarkan pengiraan hasil bahagi
di antara kedua-dua jumlah pembiayaan dipohon dan jumlah caj pengurusan dengan
tempoh bayaran balik mingguan.
Garis panduan yang diguna pakai dalam menentukan caj pengurusan sebanyak 10
peratus setahun ini adalah berdasarkan nisbah jumlah kos per modal pembiayaan
yang secara puratanya adalah sekitar 10 sen atau 0.10 sahaja. Nisbah ini dijadikan
asas penetapan caj pengurusan sebanyak 10 peratus setahun oleh pihak AIM.
Menurut pandangan responden pakar, kaedah penetapan caj pengurusan sebegini
adalah tidak tepat mengikut syarak. Caj pengurusan berdasarkan peratusan daripada
jumlah pinjaman adalah tidak dibenarkan dalam Islam kerana ia tidak
menggambarkan kos sebenar yang terlibat. Peningkatan kadar caj pengurusan akibat
penambahan tempoh bayaran ansuran yang dipilih oleh sahabat tersebut tidak
dibenarkan dalam Islam. Ia boleh dikategorikan sebagai riba al-qard kerana kadar caj
tersebut ditetapkan di awal kontrak pinjaman.
KESESUAIAN KONTRAK AL-QARD AL-HASAN DALAM SKIM KREDIT
MIKRO AIM
Menurut perspektif Islam, pinjaman al-qard al-hasan merupakan satu-satunya
pinjaman Islam yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dan
berasaskan konsep kebajikan semata-mata. Konsep kebajikan ini diukur melalui
kaedah pelaksanaannya yang tidak membebankan peminjam kerana ia diberikan
kepada mereka dengan bayaran balik tanpa faedah (riba). Hal ini dibincangkan oleh
Osman Sabran (2001) yang menyatakan bahawa pinjaman al-qard al-hasan
merupakan suatu sistem berasaskan hukum qard itu sendiri iaitu menguruskan segala
bentuk pinjaman atau hutang tanpa faedah. Menurut beliau, sistem pinjaman tanpa
riba ini boleh membentuk sebuah institusi kewangan yang tersendiri seperti bank al-
qard, koperasi pinjaman secara Islam, gadaian secara Islam (Ar-Rahn) dan beberapa
institusi lain.
Ini menggambarkan bahawa pinjaman al-qard al-hasan merupakan satu kaedah
pinjaman wang yang diberikan untuk maksud kebajikan sesama manusia. Ia
dilakukan dengan cara bayaran balik pinjaman tidak mengandungi sebarang bayaran
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
648
tambahan dan tempoh masa bayaran tersebut dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak. Istilah pinjaman al-qard al-hasan ini juga telah dijelaskan oleh firman Allah
SWT dalam surah al-Baqarah (2 : 245).
Pinjaman tanpa riba ini juga dijelaskan oleh Ab. Mumin Ab. Ghani (1999) yang
mengaitkan pinjaman tersebut mempunyai tujuan kebaikan. Sifat kebaikan ini diukur
melalui sifat budi bicara peminjam yang secara sukarela memberi hadiah kepada
pemberi pinjaman sebagai tanda penghargaan. Ia juga diukur dengan kerelaan
pemberi pinjaman membantu peminjam yang benar-benar memerlukan bantuan. Sifat
kebaikan dan bantu-membantu ini juga merupakan satu prinsip keadilan sosial dan
ekonomi yang amat digalakkan dalam Islam.
Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad (2009) pula melihat istilah Qard (hutang)
daripada sudut bahasa yang bererti al-Qat’ (potong). Definisi ini adalah berpadanan
dengan maksudnya pada bahasa kerana kebiasaannya hutang itu diambil daripada
sejumlah harta pemberi pinjaman. Ini bermaksud telah berlaku sedikit pemotongan
harta tersebut atas sebab ia diberikan kepada peminjam.
Jika dilihat dari sudut istilah pula Qard ialah pemberian sejumlah harta kepada
seseorang sebagai hutang yang perlu dijelaskan bayaran balik hutang tersebut dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun Wahbat al-Zuhaili (1984:719)
memberikan definisi yang lebih mudah bagi pinjaman al-qard al-hasan ini iaitu
kontrak khusus yang melibatkan penyerahan harta mithliy2
kepada individu tertentu.
Dalam tempoh masa tertentu, individu tersebut akan memulangkan semula harta
mithliy yang sama tanpa sebarang tambahan dalam harta mithliy tersebut.
Pandangan Wahbat al-Zuhaili ini disokong oleh penulisan Zaharuddin Abd. Rahman
(2010b: 89). Beliau juga mengaitkan Qard dengan harta yang dinyatakannya sebagai
hak milik aset. Secara lebih khusus, beliau menyatakan bahawa pinjaman Qard ini
melibatkan penukaran atau pemindahan hak milik aset ataupun wang daripada
pemilik asal kepada pihak lain. Syarat utama konsep pinjaman ini adalah
memulangkan aset ataupun wang yang dipinjam tersebut pada kadar nilai yang sama.
Beliau turut menegaskan bahawa tiada sebarang keuntungan boleh diraih oleh
pemberi pinjaman melalui aktiviti Qard al-Hasan ini. Ini adalah bersesuaian dengan
maksud al-qard al-hasan itu sendiri iaitu satu bentuk pinjaman yang baik, dilakukan
secara sukarela dan atas dasar bantu membantu.
Menurut pandangan pakar, pemakaian kontrak al-qard al-hasan dalam skim kredit
mikro AIM adalah sesuai dengan syarat ia tidak melibatkan sebarang tambahan kos
bayaran balik yang berlebihan sebaliknya hanya melibatkan kos sebenar yang terlibat
dalam urusan pembiayaan. Ia mesti berasaskan kepada definisi asal kontrak al-qard
al-hasan menurut pandangan syarak kerana kontrak tersebut merupakan pinjaman
2
Harta mithliy ialah harta yang homogen (sama jenis) di pasar tanpa ada perbezaan besar dari sudut
juzuk atau unitnya. Ia terbahagi kepada empat bahagian. Pertama, al-makilat (barang-barang yang
disukat) seperti gandum, dan padi. Kedua, mawzunat (barang-barang yang ditimbang) seperti kapas
dan besi. Ketiga, ‘adadiyyat (barang-barang yang dibilang), iaitu barang yang dibilang mempunyai
bentuk yang hampir sama seperti kepala dan telur. Keempat, sebahagian daripada jenis-jenis al-
dhar‘iyyat (barang yang diukur) iaitu barang yang dijual secara ukuran seperti ela, meter dan
sebagainya. Barang-barang ini ialah barang yang sama semua bahagiannya, tanpa ada perbezaan yang
diambil kira seperti kain bulu, kain kapas, kain sutera, botol-botol kaca yang sama bentuk dan saiz dan
kayu (papan) yang baharu (Wahbat al-Zuhaili, 1996:49-50).
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
649
kebajikan yang tidak mengandungi unsur riba dan tidak boleh mendatangkan
sebarang keuntungan kepada pihak yang menawarkan pinjaman. Pemakaian istilah
yang lebih sesuai untuk kontrak al-qard al-hasan adalah pinjaman dan bukannya
pembiayaan. Satu-satunya pinjaman yang wujud dalam kontrak pinjaman Islam
adalah kontrak al-qard al-hasan. Istilah pembiayaan hanya sesuai digunakan untuk
kontrak pembiayaan Islam seperti kontrak al-Mudarabah, al-Murabahah, al-
Musyarakah, al-Musyarakah al-Mutanaqisah, Bay’ Bi Thaman Ajil, al-Ijarah, Bay’
al-Salam, Bay’ al-Istisna’, Bay’ al-Istijrar, Bay’ al-Musawamah, Bay’ al-Dayn, al-
Kafalah, al-Wakalah, al-Hibah dan al-Ibra’ (Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad,
2009: 194).
Sehubungan dengan itu, hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada penggubal
dasar dan pihak pelaksana mengenal pasti kaedah yang benar-benar menurut
kehendak syarak dalam menawarkan pelbagai jenis pinjaman atau pembiayaan.
Pemakaian kontrak pinjaman dan pembiayaan yang bersesuaian menjamin keselarian
pendekatan konsep kontrak dan caj pengurusan yang diaplikasikan oleh sesebuah
institusi kewangan. Apa yang penting dalam sesuatu urusan pinjaman atau
pembiayaan yang ditawarkan ialah bebas daripada unsur riba yang diharamkan
dalam Islam.
Oleh itu, hasil kajian ini boleh dijadikan asas penilaian terhadap kaedah penetapan
caj pengurusan di bawah kontrak al-qard al-hasan bukan sahaja oleh pihak AIM
tetapi juga oleh lain-lain institusi kewangan yang turut menawarkan skim
pembiayaan yang sama. AIM boleh mengenakan caj pengurusan ke atas kontrak al-
qard al-hasan dengan syarat yang telah ditetapkan syarak. Antaranya syarat
penetapan caj pengurusan bukan dalam bentuk peratusan daripada jumlah
pembiayaan. Dalam kes ini, pihak AIM boleh menetapkan jumlah caj pengurusan
yang tetap bagi selang tertentu dalam jumlah pembiayaan sahabat. Contohnya,
meletakkan jumlah caj pengurusan sebanyak RM100 bagi selang pembiayaan antara
RM2,000 hingga RM5000. Seterusnya meletakkan jumlah caj pengurusan sebanyak
RM200 bagi selang pembiayaan antara RM5001 hingga RM10,000. Kaedah ini
dibenarkan asalkan ia merupakan kos sebenar yang terlibat dalam urusan
pembiayaan tersebut.
KONTRAK ALTERNATIF DALAM SKIM KREDIT MIKRO AIM
Pihak pelaksana boleh memikirkan kaedah-kaedah lain yang lebih sesuai dan
mencadangkan kontrak pembiayaan Islam lain yang boleh menggantikan kontrak
pembiayaan yang sedia ada. Ia bertujuan untuk mengelak daripada wujudnya unsur
riba dalam pembiayaan. Dalam hal ini, pakar agama Islam (Mufti) memberikan
cadangan seperti berikut:
“Memandangkan sahabat AIM boleh menjalankan pelbagai jenis
perniagaan, kontrak al-Mudarabah dalam pembiayaan aset sesuai
diaplikasikan dalam pembiayaan kredit mikro AIM selain kontrak al-
qard al-hasan ”
Menurut Wahbat al-Zuhaili (1995), al-Mudarabah ialah pemilik harta (rabb al-mal)
yang memberi kepada mudarib (orang yang bekerja dan pengusaha) suatu harta
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
650
supaya diperniagakannya dan keuntungan dikongsikan antara mereka berdua
mengikut syarat yang dipersetujui secara bersama. Kerugian ditanggung oleh pemilik
harta sedangkan mudarib hanya menanggung kerugian tenaga kerja. Ini bermaksud
al-Mudarabah merupakan suatu kontrak pembekalan modal oleh pihak yang
memiliki lebihan harta kepada pihak yang tidak mempunyai modal. Pihak yang tiada
modal ini pula mempunyai keupayaan dan kepakaran untuk melakukan sesuatu
aktiviti ekonomi yang boleh mendatangkan keuntungan kepada kedua belah pihak
(Yusof Ramli, 2008). Perkongsian keuntungan menurut nisbah yang disepakati
merupakan tujuan asas kontrak al-mudarabah (Engku Rabiah Adawiah Engku Ali,
2010: 52)
Pihak AIM boleh berperanan seperti sebuah bank yang menawarkan pembiayaan al-
mudarabah kepada peserta AIM (sahabat). Katakan seorang sahabat memerlukan
modal berjumlah RM2 juta untuk membeli kilang bagi memulakan perusahaan
makanan. Dalam hal ini, pihak AIM menjadi pemodal dalam pembelian kilang
manakala sahabat yang menerima modal menjadi pengusaha kilang. Keuntungan
yang diperolehi daripada perusahaan ini dibahagikan mengikut kadar yang
dipersetujui bersama di antara pihak AIM dan sahabat AIM.
Selain kontrak al-mudarabah, pihak AIM juga boleh menawarkan kontrak al-
murabahah3
dalam pembiayaan kredit mikro AIM. Menurut Hailani Muji Tahir dan
Sanep Ahmad (2009), al-murabahah bermaksud tambah untung. Ia boleh
diaplikasikan dalam pembiayaan perdagangan untuk pembiayaan pembelian aset
(komoditi). Asas kontrak ini ialah bank melakukan transaksi jual beli secara hutang
dengan pelanggan. Katakan seorang pelanggan memerlukan modal untuk membeli
sebuah bangunan kilang untuk memulakan perusahaan. Jumlah modal yang
diperlukan adalah RM3 juta. Oleh itu, dengan menggunakan konsep jual beli maka
bank akan terlebih dahulu membeli aset yang dikehendaki oleh pelanggan dan
kemudian menjualkannya semula kepada pelanggan. Pelanggan akan membeli sama
ada secara tunai atau hutang menggunakan konsep tambah untung dalam jual beli
tersebut. Dalam hal ini, AIM boleh membeli terlebih dahulu aset atau komoditi yang
diperlukan oleh sahabat bagi memulakan perniagaan mereka. Seterusnya pihak AIM
boleh menjualkannya semula kepada sahabat dengan tambahan untung mengikut
kadar yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Di samping itu, pembiayaan kredit mikro AIM ini juga boleh dilaksanakan
menggunakan kontrak bay‘ al-‘inah yang mengenakan caj pengurusan tertentu
berlandaskan konsep keuntungan sepertimana pembiayaan peribadi yang ditawarkan
oleh institusi perbankan antaranya Bank Rakyat, Bank Islam, Bank Simpanan
Nasional dan sebagainya. Contohnya, Bank Rakyat ada menawarkan skim
pembiayaan peribadi dengan mengaplikasikan kontrak bay‘ al-‘inah. Perkataan bay‘
al-‘inah (jual dan beli semula) dari sudut bahasa bermaksud hutang iaitu jual beli
produk dilakukan secara bertangguh masa atau penjualan barang yang harganya
ditangguhkan kemudian barangan tersebut dibeli semula dengan tunai yang harganya
jauh lebih rendah. Imam Syafi‘i menerima jual beli ini sebagai jual beli yang sah di
sisi syarak walaupun ada sebilangan ‘ulama’ tidak mengharuskan jual beli jenis ini
(Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad, 2009).
3
Kontrak al-murabahah mula diperkenalkan oleh pihak AIM dalam skim pembiayaan kredit mikro
pada tahun 2012. Ia dikenali sebagai kontrak pembiayaan murabahah komoditi.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
651
Lazimnya di Malaysia akad yang dipraktikkan untuk pembiayaan peribadi ialah bay‘
al-‘inah dan tawarruq. Sebagai contoh, seorang pelanggan ingin mendapatkan
pembiayaan peribadi bay‘ al-‘inah sebanyak RM20,000. Di bawah prinsip bay‘ al-
‘inah, bank akan menjual asetnya dengan harga RM25,000 kepada pelanggan secara
harga tangguh untuk tempoh lima tahun. Bank membeli semula aset tersebut dari
pelanggan dengan harga RM20,000 secara tunai. Hasilnya pelanggan memperolehi
wang tunai RM20,000 dan berhutang dengan bank sebanyak RM25,000. Hutang
tersebut akan dijelaskan secara ansuran oleh pelanggan dalam tempoh lima tahun.
Bank pula mendapat keuntungan sebanyak RM5,000 berdasarkan perbezaan harga
tunai dan harga tangguh. Dalam hal ini, aset yang dijual oleh bank adalah aset yang
benar-benar milik bank seperti bangunan milik bank iaitu bahagian bangunan tidak
alih yang telah dikenalpasti seperti tingkat, blok atau lot bangunan; atau komputer
yang lengkap dengan aksesorinya; atau Sijil Saham Amanah Raya Development
(ARD) (Azizi, 2009).
Para fuqaha’ khususnya di Malaysia menerima pakai bay‘ al-‘inah atas sebab
keperluan bagi memantapkan lagi perjalanan kewangan Islam di Malaysia
berbanding sistem kewangan konvensional. Bagi memastikan Ia menepati kehendak
syarak, kontrak tersebut perlu mematuhi tiga syarat. Pertama, melaksanakan dua
kontrak berasingan iaitu kontrak jualan pihak bank kepada pelanggan dengan
bayaran secara bertangguh dan kontrak pembelian semula pihak bank daripada pihak
pelanggan dengan bayaran secara tunai. Kedua, barangan atau aset bukan barangan
ribawi dalam kategori alat pertukaran seperti emas, perak atau mata wang kerana
pembayaran bagi setiap pembelian mestilah dengan wang. Syarat ketiga pula ialah
setiap dua kontrak tersebut mestilah mempunyai elemen-elemen asas dan setiap
elemen tersebut mestilah memenuhi syarat yang diperlukan dalam berkontrak
(Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad, 2009: 98-99).
Aplikasi kontrak bay‘ al-‘inah masih diperdebatkan oleh cendikiawan Islam (Saiful
Azhar dan Mahmood, 2001) walaupun ia mendapat kelulusan Majlis Penasihat
Syariah Suruhanjaya Sekuriti berdasarkan pandangan keharusannya kepada
pandangan mazhab Syafi‘i dan mazhab Zahiri (MPS, 2002). Meskipun demikian,
bay‘ al-‘inah ditolak oleh sesetengah sarjana Islam khususnya dari Timur Tengah.
Hal demikian kerana bay‘ al-‘inah dilihat mengandungi unsur hilah dalam usaha
untuk menghalalkan riba4
.
Secara alternatif, kontrak bay‘ al-tawarruq juga boleh diaplikasikan dalam
pembiayaan kredit mikro AIM. Kontrak ini lebih baik lagi jika dibandingkan dengan
kontrak bay‘ al-‘inah. Konsep tawarruq ini mendapat pengiktirafan bukan sahaja
oleh sarjana kewangan Islam di Malaysia, bahkan dari Timur Tengah. Kontrak
tawarruq mengandungi proses jual beli yang melibatkan pihak ketiga. Menerusi
pembiayaan peribadi berdasarkan konsep tawarruq sepertimana yang diamalkan di
Bank Islam Malaysia Berhad, pelanggan5
yang ingin mendapatkan pembiayaan akan
memohon mendapatkan pembiayaan peribadi berdasarkan tawarruq. Pihak bank6
akan membeli komoditi di London Metal Exchange (LME) melalui Broker A. Bank
4
Bank Negara Malaysia juga sudah tidak menggalakkan pengamalan kontrak bay‘ al-‘inah yang
dikatakan boleh membawa kepada amalan riba.
5
Dalam kes AIM, pelanggan merupakan peserta AIM (sahabat)
6
Dalam kes AIM, pihak bank merupakan pihak AIM
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
652
kemudiannya menjual komoditi tersebut secara murabahah (harga modal
bank+keuntungan) kepada pelanggan dengan bayaran tangguh untuk tempoh
tertentu. Pelanggan yang memperolehi komoditi tersebut kemudiannya melantik
bank sebagai wakil untuk menjual komoditi tersebut di pasaran. Oleh itu bank
sebagai wakil menjual komoditi kepada Broker B. Bank kemudiannya menyerahkan
bayaran jualan dengan mengkreditkannya ke dalam akaun pelanggan. Hasilnya,
pelanggan memperolehi wang tunai menerusi jualan komoditi kepada Broker B dan
pada masa yang sama pelanggan berhutang dengan bank menerusi pembelian
komoditi dari bank secara bayaran tangguh. Oleh itu, pelanggan perlu membayar
kepada bank harga pembelian komoditi tersebut (harga modal bank+keuntungan)
secara ansuran untuk tempoh yang tertentu (BIMB, 2009).
KESIMPULAN
Ringkasnya, skim kredit mikro yang diamalkan oleh pihak AIM mengaplikasikan
dua bentuk kontrak iaitu pinjaman al-qard al-hasan dan pembiayaan murabahah.
Kontrak al-qard al-hasan dipilih oleh peserta AIM yang ingin memulakan
perniagaan secara kecil-kecilan atau bertujuan menambah modal kewangan bagi
meningkatkan aktiviti perniagaan yang sedia ada. Kontrak murabahah pula
diaplikasikan ke atas pembiayaan peserta AIM yang ingin membeli pelbagai alatan
perniagaan yang diperlukan melalui pihak AIM. Kedua-dua kontrak tersebut
dikenakan caj pengurusan sebanyak 10 peratus setahun. Namun, didapati penetapan
caj pengurusan tersebut di bawah kontrak al-qard al-hasan adalah tidak menepati
kehendak syarak. Secara alternatifnya, kontrak yang lebih sesuai dilaksanakan dalam
skim pembiayaan kredit mikro AIM adalah kontrak bay‘ al-tawarruq. Di samping
itu, kontrak pembiayaan murabahah boleh terus diaplikasikan dalam skim kredit
mikro AIM kerana caj pengurusan dalam bentuk peratusan yang dikenakan ke atas
kontrak murabahah adalah berdasarkan konsep tambah untung yang dibenarkan oleh
syarak.
RUJUKAN
Ab. Mumin Ab. Ghani (1999). Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di
Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Al-Quran, Mushaf Malaysia dan Terjemahan (2006). Shah Alam: Yayasan Restu.
Azizi Abu Bakar. (2009). Pelaksanaan Bay al-Inah dalam pembiayaan peribadi di
Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di International Conference on
Corporate Law (ICCL), Surabaya, Indonesia, 1 - 3 Jun 2009.
BIMB, Bank Islam Malaysia Berhad (2009), diakses dari
http://www.bankislam.com.my/Shariah_Concept.aspx pada 6 Jun 2014.
BIMB Institute of Research and Training (1998). Konsep Syariah Dalam Sistem
Perbankan Islam. Kuala Lumpur: BIRT
Chan, S.H (2005). “An Explonatory Study of Using Micro-Credit to Encourage the
Setting up of Small Businesses in the Rural Sector of Malaysia” dlm. Asian
Business & Management. Vol 4. Iss. 4, hal. 455.
Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad (2009). Aplikasi Fiqh Muamalat dalam Sistem
Kewangan Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA),
Universiti Teknologi MARA.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
653
Md. Shahid Hassan (1996). The Role of Amanah Ikhtiar Malaysia in Rural Poverty
Alleviation: A Study in Sabak Bernam District, Selangor. Tesis Sarjana
Ekonomi yang diserahkan kepada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.
Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan.
Engku Rabiah Adawiah Engku Ali (2010). Panduan Asas Takaful: Panduan Tentang
Falsafah dan Prinsip Takaful Berdasarkan Shari’ah. Kuala Lumpur: CERT
Publications Sdn. Bhd.
Osman Sabran (2000). Urusniaga Al-Bai’ Bithaman Ajil Dalam Mekanisme
Pembiayaan Tanpa Riba. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Osman Sabran (2001). Urusniaga al-Qard al Hasan Dalam Mekanisme Pembiayaan
Tanpa Riba. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Saiful Azhar Rosly, dan Mahmood Sanusi. (2001). Some issues of bay' al-'inah in
Malaysian Islamic financial markets. Arab Law Quarterly, 16(3), 263-
280.
Temu bual dengan Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
(R&D) di Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Damansara,
Kuala Lumpur pada 4 November 2010, jam 10.30 pagi.
Temu bual dengan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Pejabat Jabatan Mufti
Negeri Pulau Pinang pada 4 April 2011, jam 3.00 petang.
Wahbat al-Zuhaili (1995). Fiqh dan Perundangan Islam. Terjemahan Md Akhir Haji
Yaacob et al. Jilid IV. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wahbat al-Zuhaili (1996). Fiqh dan Perundangan Islam. Terjemahan Md Akhir Haji
Yaacob et al. Jilid IV. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yusof Ramli (2008). Mudarabah Dalam Institusi Kewangan Islam. Shah Alam:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.
Zaharuddin Abd. Rahman (2010a). Contract & The Products of Islamic Banking.
Kuala Lumpur: CERT Publications Sdn. Bhd.
Zaharuddin Abd. Rahman (2010b). Riba dan Isu Kewangan Semasa. Kuala Lumpur:
Telaga Biru Sdn. Bhd.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamKerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamMomee Rain
 
Andalusia
AndalusiaAndalusia
Andalusiaziboqx
 
Kedudukan anak tak sah taraf
Kedudukan anak tak sah tarafKedudukan anak tak sah taraf
Kedudukan anak tak sah tarafIlyana UKM
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysianorazmiyazid
 
Presentation takaful
Presentation takafulPresentation takaful
Presentation takafulaynuranajwa
 
Contoh muka depan upsi
Contoh muka depan upsiContoh muka depan upsi
Contoh muka depan upsiAbu Azhari
 
Liabiliti atau Kod etika Peguambela dan Peguamcara
Liabiliti atau Kod etika Peguambela dan PeguamcaraLiabiliti atau Kod etika Peguambela dan Peguamcara
Liabiliti atau Kod etika Peguambela dan Peguamcarasurrenderyourthrone
 
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupanKesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupanSaufi Suhaimi
 
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa KritisAkidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa KritisBudak Baik
 
Cara menulis bibliografi
Cara menulis bibliografiCara menulis bibliografi
Cara menulis bibliografiAni Amboche
 
Tajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
Tajuk 2 Falsafah dalam KehidupanTajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
Tajuk 2 Falsafah dalam KehidupanMahyuddin Khalid
 
Syirkah dan Ji'alah
Syirkah dan Ji'alahSyirkah dan Ji'alah
Syirkah dan Ji'alahayusl268
 

Was ist angesagt? (20)

Ajaran sesat
Ajaran sesatAjaran sesat
Ajaran sesat
 
Kerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamKerja kursus Gurindam
Kerja kursus Gurindam
 
Andalusia
AndalusiaAndalusia
Andalusia
 
Perang Jamal dan Perang Siffin
Perang Jamal dan Perang SiffinPerang Jamal dan Perang Siffin
Perang Jamal dan Perang Siffin
 
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYUGENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
 
Kedudukan anak tak sah taraf
Kedudukan anak tak sah tarafKedudukan anak tak sah taraf
Kedudukan anak tak sah taraf
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
 
Presentation takaful
Presentation takafulPresentation takaful
Presentation takaful
 
Contoh muka depan upsi
Contoh muka depan upsiContoh muka depan upsi
Contoh muka depan upsi
 
Liabiliti atau Kod etika Peguambela dan Peguamcara
Liabiliti atau Kod etika Peguambela dan PeguamcaraLiabiliti atau Kod etika Peguambela dan Peguamcara
Liabiliti atau Kod etika Peguambela dan Peguamcara
 
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupanKesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
 
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa KritisAkidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
 
Rukun haji (nota)
Rukun haji (nota)Rukun haji (nota)
Rukun haji (nota)
 
Cara menulis bibliografi
Cara menulis bibliografiCara menulis bibliografi
Cara menulis bibliografi
 
Tajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
Tajuk 2 Falsafah dalam KehidupanTajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
Tajuk 2 Falsafah dalam Kehidupan
 
Syirkah dan Ji'alah
Syirkah dan Ji'alahSyirkah dan Ji'alah
Syirkah dan Ji'alah
 
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
Bmk 3043 tugasan 2 (kesalahan bahasa)
 
Tajuk 7 Ideologi Semasa
Tajuk 7 Ideologi SemasaTajuk 7 Ideologi Semasa
Tajuk 7 Ideologi Semasa
 
Ayat Tanya
Ayat TanyaAyat Tanya
Ayat Tanya
 
INVENTORI
INVENTORIINVENTORI
INVENTORI
 

Andere mochten auch

Institusi pemberi kredit
Institusi pemberi kreditInstitusi pemberi kredit
Institusi pemberi kreditaseojjhy
 
Prosedur Tindakan Undang Undang Bagi Pinjaman Kereta (Akta Sewa Beli 1967)
Prosedur Tindakan Undang Undang Bagi Pinjaman Kereta (Akta Sewa Beli 1967)Prosedur Tindakan Undang Undang Bagi Pinjaman Kereta (Akta Sewa Beli 1967)
Prosedur Tindakan Undang Undang Bagi Pinjaman Kereta (Akta Sewa Beli 1967)Abu Ammar
 
MUSYARAKAH MUTANAQISAH AN ALTERNATIVES TO BBA IN HOME FINANCING
MUSYARAKAH MUTANAQISAH AN ALTERNATIVES TO BBA IN HOME FINANCINGMUSYARAKAH MUTANAQISAH AN ALTERNATIVES TO BBA IN HOME FINANCING
MUSYARAKAH MUTANAQISAH AN ALTERNATIVES TO BBA IN HOME FINANCINGmiss_hajar
 
P.perniagaan bab 1
P.perniagaan bab 1P.perniagaan bab 1
P.perniagaan bab 1Liely Azma
 

Andere mochten auch (13)

Institusi pemberi kredit
Institusi pemberi kreditInstitusi pemberi kredit
Institusi pemberi kredit
 
Mara taklimat pembiayaan
Mara taklimat pembiayaanMara taklimat pembiayaan
Mara taklimat pembiayaan
 
Prosedur Tindakan Undang Undang Bagi Pinjaman Kereta (Akta Sewa Beli 1967)
Prosedur Tindakan Undang Undang Bagi Pinjaman Kereta (Akta Sewa Beli 1967)Prosedur Tindakan Undang Undang Bagi Pinjaman Kereta (Akta Sewa Beli 1967)
Prosedur Tindakan Undang Undang Bagi Pinjaman Kereta (Akta Sewa Beli 1967)
 
Kad kredit
Kad kreditKad kredit
Kad kredit
 
Bab 1 perbankan
Bab 1 perbankanBab 1 perbankan
Bab 1 perbankan
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
MUSYARAKAH MUTANAQISAH AN ALTERNATIVES TO BBA IN HOME FINANCING
MUSYARAKAH MUTANAQISAH AN ALTERNATIVES TO BBA IN HOME FINANCINGMUSYARAKAH MUTANAQISAH AN ALTERNATIVES TO BBA IN HOME FINANCING
MUSYARAKAH MUTANAQISAH AN ALTERNATIVES TO BBA IN HOME FINANCING
 
islam dan perniagaan
islam dan perniagaanislam dan perniagaan
islam dan perniagaan
 
SISTEM PERBANKAN
SISTEM PERBANKANSISTEM PERBANKAN
SISTEM PERBANKAN
 
Perbankan islam
Perbankan islamPerbankan islam
Perbankan islam
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
P.perniagaan bab 1
P.perniagaan bab 1P.perniagaan bab 1
P.perniagaan bab 1
 
MUSHARAKAH
MUSHARAKAHMUSHARAKAH
MUSHARAKAH
 

Ähnlich wie Raziah Md Tahir

AKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewanganAKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewanganNadia Bohari
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhanidmac2015
 
Takafulink hajj 2013
Takafulink hajj 2013Takafulink hajj 2013
Takafulink hajj 2013Asmiley Laily
 
Al Rajhi Friends and Family Program (AFF)
Al Rajhi Friends and Family Program (AFF)Al Rajhi Friends and Family Program (AFF)
Al Rajhi Friends and Family Program (AFF)alrajhifriendsfamily
 
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)Fatimah Shukur
 
Takafulink education 2013
Takafulink education 2013Takafulink education 2013
Takafulink education 2013Asmiley Laily
 
A enrich gold-i
A enrich gold-iA enrich gold-i
A enrich gold-iRevo Niaga
 
Presentation2.pptx
Presentation2.pptxPresentation2.pptx
Presentation2.pptxRitaLau14
 
Malaysia building society bhd
Malaysia building society bhdMalaysia building society bhd
Malaysia building society bhdWilee Firdaus
 
QUOTATION GREAT EASTERN TAKAFUL UNTUK ANAK, GIRL, 8 TAHUN
QUOTATION GREAT EASTERN TAKAFUL UNTUK ANAK, GIRL, 8 TAHUNQUOTATION GREAT EASTERN TAKAFUL UNTUK ANAK, GIRL, 8 TAHUN
QUOTATION GREAT EASTERN TAKAFUL UNTUK ANAK, GIRL, 8 TAHUNHazly Agensi
 
Mr prospek umur 25 tahun m150
Mr prospek umur 25 tahun m150Mr prospek umur 25 tahun m150
Mr prospek umur 25 tahun m150Hazly Takafulge
 

Ähnlich wie Raziah Md Tahir (20)

AKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewanganAKPK industri penasihat kewangan
AKPK industri penasihat kewangan
 
Pru bsn pt_brochure_bm
Pru bsn pt_brochure_bmPru bsn pt_brochure_bm
Pru bsn pt_brochure_bm
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
 
Takafulink 2014
Takafulink 2014Takafulink 2014
Takafulink 2014
 
Takafulink hajj 2013
Takafulink hajj 2013Takafulink hajj 2013
Takafulink hajj 2013
 
Al Rajhi Friends and Family Program (AFF)
Al Rajhi Friends and Family Program (AFF)Al Rajhi Friends and Family Program (AFF)
Al Rajhi Friends and Family Program (AFF)
 
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
MINIT CURAI SIMPOSIUM MUAMALAH ISLAM PERINGKAT NEGERI PERAK 27 MEI 2015 (INTIM)
 
Takafulink education 2013
Takafulink education 2013Takafulink education 2013
Takafulink education 2013
 
Takafulink plan 2 languages
Takafulink plan   2 languagesTakafulink plan   2 languages
Takafulink plan 2 languages
 
A enrich gold-i
A enrich gold-iA enrich gold-i
A enrich gold-i
 
EKS
EKSEKS
EKS
 
PBS EKONOMI
PBS EKONOMIPBS EKONOMI
PBS EKONOMI
 
Perbankan
PerbankanPerbankan
Perbankan
 
Presentation2.pptx
Presentation2.pptxPresentation2.pptx
Presentation2.pptx
 
Malaysia building society bhd
Malaysia building society bhdMalaysia building society bhd
Malaysia building society bhd
 
QUOTATION GREAT EASTERN TAKAFUL UNTUK ANAK, GIRL, 8 TAHUN
QUOTATION GREAT EASTERN TAKAFUL UNTUK ANAK, GIRL, 8 TAHUNQUOTATION GREAT EASTERN TAKAFUL UNTUK ANAK, GIRL, 8 TAHUN
QUOTATION GREAT EASTERN TAKAFUL UNTUK ANAK, GIRL, 8 TAHUN
 
Wang dan perbankan
Wang dan perbankanWang dan perbankan
Wang dan perbankan
 
Skim pelaburan ahli KWSP dengan unit amanah
Skim pelaburan ahli KWSP dengan unit amanahSkim pelaburan ahli KWSP dengan unit amanah
Skim pelaburan ahli KWSP dengan unit amanah
 
Ringgit 2014
Ringgit 2014Ringgit 2014
Ringgit 2014
 
Mr prospek umur 25 tahun m150
Mr prospek umur 25 tahun m150Mr prospek umur 25 tahun m150
Mr prospek umur 25 tahun m150
 

Mehr von idmac2015

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamatidmac2015
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari idmac2015
 
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawatiidmac2015
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zakiidmac2015
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffaidmac2015
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullahidmac2015
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifahidmac2015
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwaidmac2015
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariahidmac2015
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astutiidmac2015
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini idmac2015
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...idmac2015
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifatidmac2015
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhadyidmac2015
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassanidmac2015
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazialidmac2015
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Salehidmac2015
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sariidmac2015
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoffidmac2015
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin idmac2015
 

Mehr von idmac2015 (20)

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari
 
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffa
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullah
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifah
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariah
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astuti
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhady
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassan
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazial
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Saleh
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sari
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoff
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin
 

Raziah Md Tahir

  • 1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 644 KESESUAIAN PEMAKAIAN KONTRAK AL-QARD AL-HASAN DALAM SKIM PEMBIAYAAN KREDIT MIKRO AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM) Raziah Binti Md Tahir1 Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS) Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia E-mel:raziah@uum.edu.my Tel: 019-5584535 Abstrak Penawaran skim pembiayaan kredit mikro Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bertujuan untuk membantu golongan wanita miskin di Malaysia meningkatkan sumber pendapatan keluarga melalui pelbagai projek perniagaan. Menurut pihak pengurusan AIM, kontrak al-qard al-hasan diaplikasikan dalam skim pembiayaan kredit mikro bermula dari tahun 1987. Pihak AIM juga telah memperkenalkan kontak pembiayaan murabahah dalam skim kredit mikro AIM mulai tahun 2012. AIM mengenakan caj pengurusan sebanyak 10 peratus setahun daripada jumlah pembiayaan di bawah kontrak al-qard al-hasan dan kontrak murabahah. Menurut perspektif Islam, al-qard al-hasan merupakan satu kontrak pinjaman Islam yang pada asasnya tiada bayaran tambahan dalam jumlah pinjaman asal kecuali kos sebenar yang terlibat dalam urusan pinjaman tersebut. Manakala pembiayaan Islam pula merupakan satu bentuk pembiayaan yang boleh dikenakan kadar caj tertentu berasaskan keuntungan yang diinginkan oleh pihak yang menawarkan pembiayaan berlandaskan syarak. Persoalannya, sejauhmanakah kesesuaian penetapan caj pengurusan dalam skim kredit mikro di bawah kontrak al-qard al-hasan? Apakah pula kontrak alternatif yang boleh diaplikasikan dalam skim kredit mikro AIM? Kertas kerja ini cuba mengenal pasti dua perkara utama kajian. Pertama, mengenal pasti kaedah penetapan caj pengurusan ke atas skim kredit mikro AIM di bawah kontrak al-qard al-hasan. Kedua, mengenal pasti kontrak alternatif yang paling sesuai digunapakai dalam skim kredit mikro AIM. Metodologi kajian merangkumi analisis kandungan berpandukan kepada data dan maklumat yang diperolehi daripada temu bual bersama pihak pengurusan AIM, responden pakar dan dokumen-dokumen yang berkaitan. Hasil kajian dalam kertas kerja ini diharap dapat menambahbaik kontrak pembiayaan skim kredit mikro AIM yang sedia ada dalam usaha membantu pihak AIM menawarkan produk pembiayaan yang selari dengan kehendak syarak. Kata kunci: al-qard al-hasan, pembiayaan kredit mikro dan Amanah Ikhtiar Malaysia 1 Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.
  • 2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 645 PENDAHULUAN Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memainkan peranan yang penting dalam penyediaan pinjaman bagi golongan miskin untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan terutamanya di kawasan luar bandar (Chan, 2005). Melalui skim kredit mikro AIM, kemiskinan dalam kalangan penduduk luar bandar juga dapat dikurangkan melalui peningkatan asas pendapatan purata isi rumah yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan (Md. Shahid Hasan, 1996). Bayaran balik hutang pembiayaan kredit mikro dilakukan dalam mesyuarat pusat setiap minggu berdasarkan kontrak yang dipilih oleh peserta AIM sama ada al-qard al-hasan atau murabahah dengan kadar caj pengurusan sebanyak 10 peratus setahun. Menurut perspektif Islam, caj pengurusan kontrak al-qard al-hasan hanya boleh diaplikasikan dengan syarat ianya adalah kos sebenar yang terlibat. Manakala caj pengurusan dalam kontrak murabahah dibenarkan berasaskan konsep tambah untung dalam kontrak pembiayaan. Kertas kerja ini cuba meneliti kesesuaian penetapan caj pengurusan dalam skim kredit mikro di bawah kontrak al-qard al-hasan dan kontrak alternatif yang boleh diaplikasikan dalam skim kredit mikro AIM. Untuk itu, perbincangan dalam kertas kerja ini dibahagikan kepada empat bahagian merangkumi kaedah penetapan caj pengurusan kredit mikro di bawah kontrak al- qard al-hasan, kesesuaian kontrak al-qard al-hasan dalam skim kredit mikro AIM, kontrak alternatif dalam skim kredit mikro dan kesimpulan. KAEDAH PENETAPAN CAJ PENGURUSAN KREDIT MIKRO AIM DI BAWAH KONTRAK AL-QARD AL-HASAN Berdasarkan kepada temu bual bersama pihak pengurusan AIM di ibu pejabat dan pejabat cawangan AIM di Kubang Pasu dan Kota Setar, penetapan jumlah caj pengurusan adalah berdasarkan kepada kadar caj sebanyak 10 peratus setahun ke atas jumlah pembiayaan yang dipohon bagi semua jenis produk pembiayaan AIM. Sekiranya sahabat memilih tempoh bayaran balik selama 2 tahun, kadar caj pengurusan adalah sebanyak 20 peratus. Namun, bagi sahabat yang memilih tempoh bayaran balik selama 6 bulan, kadar caj pengurusan adalah sebanyak 5 peratus. Ini bermakna, kadar caj pengurusan yang dikenakan adalah bergantung kepada tempoh mingguan bayaran balik pembiayaan yang dipilih oleh sahabat. Kadar caj ini diperolehi daripada kajian dokumen ke atas fail peribadi 100 orang sahabat AIM di Cawangan Kubang Pasu Kedah sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
  • 3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 646 Jadual 1: Penetapan Kadar dan Jumlah Caj Pengurusan Pembiayaan Sahabat AIM, Cawangan Kubang Pasu, Kedah. Jumlah Pembiayaan dipohon (RM) Tempoh Bayaran Balik (Mingguan) Bayaran Ansuran Mingguan (RM) Kadar caj Pengurusan (Peratusan) Jumlah caj pengurusan (RM) Bilangan Sahabat (n=100) Peratus Sahabat (%) 2,000 25 84 5 100 2 2.0 2,000 50 44 10 200 1 1.0 3,000 25 126 5 150 3 3.0 3,000 50 66 10 300 3 3.0 4,000 50 88 10 400 2 2.0 4,000 100 48 20 800 5 5.0 5,000 50 110 10 500 6 6.0 5,000 75 76 15 750 4 4.0 5,000 100 60 20 1,000 4 4.0 6,000 50 132 10 600 5 5.0 6,000 75 92 15 900 5 5.0 6,000 100 72 20 1,200 4 4.0 7,000 50 154 10 700 3 3.0 7,000 75 107 15 1,050 3 3.0 7,000 100 84 20 1,400 2 2.0 8,000 50 176 10 800 1 1.0 8,000 100 96 20 1,600 2 2.0 9,000 50 198 10 900 1 1.0 9,000 100 108 20 1,800 2 2.0 10,000 50 220 10 1,000 5 5.0 10,000 75 153 15 1,500 4 4.0 10,000 100 120 20 2,000 4 4.0 15,000 75 230 15 2,250 5 5.0 15,000 100 180 20 3,000 4 4.0 20,000 50 440 10 2,000 2 2.0 20,000 75 306 15 3,000 3 3.0 20,000 100 240 20 4,000 3 3.0 25,000 75 383 15 3,750 2 2.0 25,000 100 300 20 5,000 3 3.0 30,000 75 460 15 4,500 1 1.0 30,000 100 360 20 6,000 3 3.0 35,000 100 420 20 7,000 1 1.0 40,000 100 480 20 8,000 1 1.0 50,000 100 600 20 10,000 1 1.0 Sumber: Maklumat diperolehi daripada fail peribadi sahabat AIM, Cawangan Kubang Pasu, Kedah (2010) Jadual 1 menggambarkan kadar dan jumlah caj pengurusan adalah bergantung kepada tempoh bayaran balik mingguan yang dipilih oleh sahabat ketika memohon pembiayaan. Kadar caj pengurusan ke atas jumlah pembiayaan masing-masing
  • 4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 647 adalah sebanyak 5 peratus, 10 peratus, 15 peratus dan 20 peratus bagi tempoh bayaran balik selama 25 minggu, 50 minggu, 75 minggu dan 100 minggu. Ini merupakan garis panduan AIM yang telah ditetapkan bagi membolehkan sahabat membuat pilihan sendiri berdasarkan kemampuan untuk membayar balik pembiayaan kredit mikro. Ini bermakna semakin lama tempoh mingguan bayaran balik yang dipilih, semakin tinggi kadar dan jumlah caj pengurusan yang dikenakan ke atas pinjaman sahabat. Contohnya, jika pembiayaan yang dipohon adalah RM5,000 dengan tempoh mingguan bayaran balik selama 50 minggu, jumlah caj pengurusannya adalah sebanyak RM500 (kadar caj adalah 10 peratus). Tetapi jika sahabat memilih tempoh mingguan selama 75 minggu bagi jumlah pembiayaan yang sama, jumlah caj pengurusannya adalah sebanyak RM750 (kadar caj adalah 15 peratus). Manakala bagi tempoh mingguan selama 100 minggu untuk jumlah pembiayaan yang serupa, jumlah caj pengurusannya terus meningkat kepada RM1000 (kadar caj adalah 20 peratus). Bayaran ansuran mingguan pula adalah berdasarkan pengiraan hasil bahagi di antara kedua-dua jumlah pembiayaan dipohon dan jumlah caj pengurusan dengan tempoh bayaran balik mingguan. Garis panduan yang diguna pakai dalam menentukan caj pengurusan sebanyak 10 peratus setahun ini adalah berdasarkan nisbah jumlah kos per modal pembiayaan yang secara puratanya adalah sekitar 10 sen atau 0.10 sahaja. Nisbah ini dijadikan asas penetapan caj pengurusan sebanyak 10 peratus setahun oleh pihak AIM. Menurut pandangan responden pakar, kaedah penetapan caj pengurusan sebegini adalah tidak tepat mengikut syarak. Caj pengurusan berdasarkan peratusan daripada jumlah pinjaman adalah tidak dibenarkan dalam Islam kerana ia tidak menggambarkan kos sebenar yang terlibat. Peningkatan kadar caj pengurusan akibat penambahan tempoh bayaran ansuran yang dipilih oleh sahabat tersebut tidak dibenarkan dalam Islam. Ia boleh dikategorikan sebagai riba al-qard kerana kadar caj tersebut ditetapkan di awal kontrak pinjaman. KESESUAIAN KONTRAK AL-QARD AL-HASAN DALAM SKIM KREDIT MIKRO AIM Menurut perspektif Islam, pinjaman al-qard al-hasan merupakan satu-satunya pinjaman Islam yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan dan berasaskan konsep kebajikan semata-mata. Konsep kebajikan ini diukur melalui kaedah pelaksanaannya yang tidak membebankan peminjam kerana ia diberikan kepada mereka dengan bayaran balik tanpa faedah (riba). Hal ini dibincangkan oleh Osman Sabran (2001) yang menyatakan bahawa pinjaman al-qard al-hasan merupakan suatu sistem berasaskan hukum qard itu sendiri iaitu menguruskan segala bentuk pinjaman atau hutang tanpa faedah. Menurut beliau, sistem pinjaman tanpa riba ini boleh membentuk sebuah institusi kewangan yang tersendiri seperti bank al- qard, koperasi pinjaman secara Islam, gadaian secara Islam (Ar-Rahn) dan beberapa institusi lain. Ini menggambarkan bahawa pinjaman al-qard al-hasan merupakan satu kaedah pinjaman wang yang diberikan untuk maksud kebajikan sesama manusia. Ia dilakukan dengan cara bayaran balik pinjaman tidak mengandungi sebarang bayaran
  • 5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 648 tambahan dan tempoh masa bayaran tersebut dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Istilah pinjaman al-qard al-hasan ini juga telah dijelaskan oleh firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2 : 245). Pinjaman tanpa riba ini juga dijelaskan oleh Ab. Mumin Ab. Ghani (1999) yang mengaitkan pinjaman tersebut mempunyai tujuan kebaikan. Sifat kebaikan ini diukur melalui sifat budi bicara peminjam yang secara sukarela memberi hadiah kepada pemberi pinjaman sebagai tanda penghargaan. Ia juga diukur dengan kerelaan pemberi pinjaman membantu peminjam yang benar-benar memerlukan bantuan. Sifat kebaikan dan bantu-membantu ini juga merupakan satu prinsip keadilan sosial dan ekonomi yang amat digalakkan dalam Islam. Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad (2009) pula melihat istilah Qard (hutang) daripada sudut bahasa yang bererti al-Qat’ (potong). Definisi ini adalah berpadanan dengan maksudnya pada bahasa kerana kebiasaannya hutang itu diambil daripada sejumlah harta pemberi pinjaman. Ini bermaksud telah berlaku sedikit pemotongan harta tersebut atas sebab ia diberikan kepada peminjam. Jika dilihat dari sudut istilah pula Qard ialah pemberian sejumlah harta kepada seseorang sebagai hutang yang perlu dijelaskan bayaran balik hutang tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun Wahbat al-Zuhaili (1984:719) memberikan definisi yang lebih mudah bagi pinjaman al-qard al-hasan ini iaitu kontrak khusus yang melibatkan penyerahan harta mithliy2 kepada individu tertentu. Dalam tempoh masa tertentu, individu tersebut akan memulangkan semula harta mithliy yang sama tanpa sebarang tambahan dalam harta mithliy tersebut. Pandangan Wahbat al-Zuhaili ini disokong oleh penulisan Zaharuddin Abd. Rahman (2010b: 89). Beliau juga mengaitkan Qard dengan harta yang dinyatakannya sebagai hak milik aset. Secara lebih khusus, beliau menyatakan bahawa pinjaman Qard ini melibatkan penukaran atau pemindahan hak milik aset ataupun wang daripada pemilik asal kepada pihak lain. Syarat utama konsep pinjaman ini adalah memulangkan aset ataupun wang yang dipinjam tersebut pada kadar nilai yang sama. Beliau turut menegaskan bahawa tiada sebarang keuntungan boleh diraih oleh pemberi pinjaman melalui aktiviti Qard al-Hasan ini. Ini adalah bersesuaian dengan maksud al-qard al-hasan itu sendiri iaitu satu bentuk pinjaman yang baik, dilakukan secara sukarela dan atas dasar bantu membantu. Menurut pandangan pakar, pemakaian kontrak al-qard al-hasan dalam skim kredit mikro AIM adalah sesuai dengan syarat ia tidak melibatkan sebarang tambahan kos bayaran balik yang berlebihan sebaliknya hanya melibatkan kos sebenar yang terlibat dalam urusan pembiayaan. Ia mesti berasaskan kepada definisi asal kontrak al-qard al-hasan menurut pandangan syarak kerana kontrak tersebut merupakan pinjaman 2 Harta mithliy ialah harta yang homogen (sama jenis) di pasar tanpa ada perbezaan besar dari sudut juzuk atau unitnya. Ia terbahagi kepada empat bahagian. Pertama, al-makilat (barang-barang yang disukat) seperti gandum, dan padi. Kedua, mawzunat (barang-barang yang ditimbang) seperti kapas dan besi. Ketiga, ‘adadiyyat (barang-barang yang dibilang), iaitu barang yang dibilang mempunyai bentuk yang hampir sama seperti kepala dan telur. Keempat, sebahagian daripada jenis-jenis al- dhar‘iyyat (barang yang diukur) iaitu barang yang dijual secara ukuran seperti ela, meter dan sebagainya. Barang-barang ini ialah barang yang sama semua bahagiannya, tanpa ada perbezaan yang diambil kira seperti kain bulu, kain kapas, kain sutera, botol-botol kaca yang sama bentuk dan saiz dan kayu (papan) yang baharu (Wahbat al-Zuhaili, 1996:49-50).
  • 6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 649 kebajikan yang tidak mengandungi unsur riba dan tidak boleh mendatangkan sebarang keuntungan kepada pihak yang menawarkan pinjaman. Pemakaian istilah yang lebih sesuai untuk kontrak al-qard al-hasan adalah pinjaman dan bukannya pembiayaan. Satu-satunya pinjaman yang wujud dalam kontrak pinjaman Islam adalah kontrak al-qard al-hasan. Istilah pembiayaan hanya sesuai digunakan untuk kontrak pembiayaan Islam seperti kontrak al-Mudarabah, al-Murabahah, al- Musyarakah, al-Musyarakah al-Mutanaqisah, Bay’ Bi Thaman Ajil, al-Ijarah, Bay’ al-Salam, Bay’ al-Istisna’, Bay’ al-Istijrar, Bay’ al-Musawamah, Bay’ al-Dayn, al- Kafalah, al-Wakalah, al-Hibah dan al-Ibra’ (Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad, 2009: 194). Sehubungan dengan itu, hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada penggubal dasar dan pihak pelaksana mengenal pasti kaedah yang benar-benar menurut kehendak syarak dalam menawarkan pelbagai jenis pinjaman atau pembiayaan. Pemakaian kontrak pinjaman dan pembiayaan yang bersesuaian menjamin keselarian pendekatan konsep kontrak dan caj pengurusan yang diaplikasikan oleh sesebuah institusi kewangan. Apa yang penting dalam sesuatu urusan pinjaman atau pembiayaan yang ditawarkan ialah bebas daripada unsur riba yang diharamkan dalam Islam. Oleh itu, hasil kajian ini boleh dijadikan asas penilaian terhadap kaedah penetapan caj pengurusan di bawah kontrak al-qard al-hasan bukan sahaja oleh pihak AIM tetapi juga oleh lain-lain institusi kewangan yang turut menawarkan skim pembiayaan yang sama. AIM boleh mengenakan caj pengurusan ke atas kontrak al- qard al-hasan dengan syarat yang telah ditetapkan syarak. Antaranya syarat penetapan caj pengurusan bukan dalam bentuk peratusan daripada jumlah pembiayaan. Dalam kes ini, pihak AIM boleh menetapkan jumlah caj pengurusan yang tetap bagi selang tertentu dalam jumlah pembiayaan sahabat. Contohnya, meletakkan jumlah caj pengurusan sebanyak RM100 bagi selang pembiayaan antara RM2,000 hingga RM5000. Seterusnya meletakkan jumlah caj pengurusan sebanyak RM200 bagi selang pembiayaan antara RM5001 hingga RM10,000. Kaedah ini dibenarkan asalkan ia merupakan kos sebenar yang terlibat dalam urusan pembiayaan tersebut. KONTRAK ALTERNATIF DALAM SKIM KREDIT MIKRO AIM Pihak pelaksana boleh memikirkan kaedah-kaedah lain yang lebih sesuai dan mencadangkan kontrak pembiayaan Islam lain yang boleh menggantikan kontrak pembiayaan yang sedia ada. Ia bertujuan untuk mengelak daripada wujudnya unsur riba dalam pembiayaan. Dalam hal ini, pakar agama Islam (Mufti) memberikan cadangan seperti berikut: “Memandangkan sahabat AIM boleh menjalankan pelbagai jenis perniagaan, kontrak al-Mudarabah dalam pembiayaan aset sesuai diaplikasikan dalam pembiayaan kredit mikro AIM selain kontrak al- qard al-hasan ” Menurut Wahbat al-Zuhaili (1995), al-Mudarabah ialah pemilik harta (rabb al-mal) yang memberi kepada mudarib (orang yang bekerja dan pengusaha) suatu harta
  • 7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 650 supaya diperniagakannya dan keuntungan dikongsikan antara mereka berdua mengikut syarat yang dipersetujui secara bersama. Kerugian ditanggung oleh pemilik harta sedangkan mudarib hanya menanggung kerugian tenaga kerja. Ini bermaksud al-Mudarabah merupakan suatu kontrak pembekalan modal oleh pihak yang memiliki lebihan harta kepada pihak yang tidak mempunyai modal. Pihak yang tiada modal ini pula mempunyai keupayaan dan kepakaran untuk melakukan sesuatu aktiviti ekonomi yang boleh mendatangkan keuntungan kepada kedua belah pihak (Yusof Ramli, 2008). Perkongsian keuntungan menurut nisbah yang disepakati merupakan tujuan asas kontrak al-mudarabah (Engku Rabiah Adawiah Engku Ali, 2010: 52) Pihak AIM boleh berperanan seperti sebuah bank yang menawarkan pembiayaan al- mudarabah kepada peserta AIM (sahabat). Katakan seorang sahabat memerlukan modal berjumlah RM2 juta untuk membeli kilang bagi memulakan perusahaan makanan. Dalam hal ini, pihak AIM menjadi pemodal dalam pembelian kilang manakala sahabat yang menerima modal menjadi pengusaha kilang. Keuntungan yang diperolehi daripada perusahaan ini dibahagikan mengikut kadar yang dipersetujui bersama di antara pihak AIM dan sahabat AIM. Selain kontrak al-mudarabah, pihak AIM juga boleh menawarkan kontrak al- murabahah3 dalam pembiayaan kredit mikro AIM. Menurut Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad (2009), al-murabahah bermaksud tambah untung. Ia boleh diaplikasikan dalam pembiayaan perdagangan untuk pembiayaan pembelian aset (komoditi). Asas kontrak ini ialah bank melakukan transaksi jual beli secara hutang dengan pelanggan. Katakan seorang pelanggan memerlukan modal untuk membeli sebuah bangunan kilang untuk memulakan perusahaan. Jumlah modal yang diperlukan adalah RM3 juta. Oleh itu, dengan menggunakan konsep jual beli maka bank akan terlebih dahulu membeli aset yang dikehendaki oleh pelanggan dan kemudian menjualkannya semula kepada pelanggan. Pelanggan akan membeli sama ada secara tunai atau hutang menggunakan konsep tambah untung dalam jual beli tersebut. Dalam hal ini, AIM boleh membeli terlebih dahulu aset atau komoditi yang diperlukan oleh sahabat bagi memulakan perniagaan mereka. Seterusnya pihak AIM boleh menjualkannya semula kepada sahabat dengan tambahan untung mengikut kadar yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Di samping itu, pembiayaan kredit mikro AIM ini juga boleh dilaksanakan menggunakan kontrak bay‘ al-‘inah yang mengenakan caj pengurusan tertentu berlandaskan konsep keuntungan sepertimana pembiayaan peribadi yang ditawarkan oleh institusi perbankan antaranya Bank Rakyat, Bank Islam, Bank Simpanan Nasional dan sebagainya. Contohnya, Bank Rakyat ada menawarkan skim pembiayaan peribadi dengan mengaplikasikan kontrak bay‘ al-‘inah. Perkataan bay‘ al-‘inah (jual dan beli semula) dari sudut bahasa bermaksud hutang iaitu jual beli produk dilakukan secara bertangguh masa atau penjualan barang yang harganya ditangguhkan kemudian barangan tersebut dibeli semula dengan tunai yang harganya jauh lebih rendah. Imam Syafi‘i menerima jual beli ini sebagai jual beli yang sah di sisi syarak walaupun ada sebilangan ‘ulama’ tidak mengharuskan jual beli jenis ini (Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad, 2009). 3 Kontrak al-murabahah mula diperkenalkan oleh pihak AIM dalam skim pembiayaan kredit mikro pada tahun 2012. Ia dikenali sebagai kontrak pembiayaan murabahah komoditi.
  • 8. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 651 Lazimnya di Malaysia akad yang dipraktikkan untuk pembiayaan peribadi ialah bay‘ al-‘inah dan tawarruq. Sebagai contoh, seorang pelanggan ingin mendapatkan pembiayaan peribadi bay‘ al-‘inah sebanyak RM20,000. Di bawah prinsip bay‘ al- ‘inah, bank akan menjual asetnya dengan harga RM25,000 kepada pelanggan secara harga tangguh untuk tempoh lima tahun. Bank membeli semula aset tersebut dari pelanggan dengan harga RM20,000 secara tunai. Hasilnya pelanggan memperolehi wang tunai RM20,000 dan berhutang dengan bank sebanyak RM25,000. Hutang tersebut akan dijelaskan secara ansuran oleh pelanggan dalam tempoh lima tahun. Bank pula mendapat keuntungan sebanyak RM5,000 berdasarkan perbezaan harga tunai dan harga tangguh. Dalam hal ini, aset yang dijual oleh bank adalah aset yang benar-benar milik bank seperti bangunan milik bank iaitu bahagian bangunan tidak alih yang telah dikenalpasti seperti tingkat, blok atau lot bangunan; atau komputer yang lengkap dengan aksesorinya; atau Sijil Saham Amanah Raya Development (ARD) (Azizi, 2009). Para fuqaha’ khususnya di Malaysia menerima pakai bay‘ al-‘inah atas sebab keperluan bagi memantapkan lagi perjalanan kewangan Islam di Malaysia berbanding sistem kewangan konvensional. Bagi memastikan Ia menepati kehendak syarak, kontrak tersebut perlu mematuhi tiga syarat. Pertama, melaksanakan dua kontrak berasingan iaitu kontrak jualan pihak bank kepada pelanggan dengan bayaran secara bertangguh dan kontrak pembelian semula pihak bank daripada pihak pelanggan dengan bayaran secara tunai. Kedua, barangan atau aset bukan barangan ribawi dalam kategori alat pertukaran seperti emas, perak atau mata wang kerana pembayaran bagi setiap pembelian mestilah dengan wang. Syarat ketiga pula ialah setiap dua kontrak tersebut mestilah mempunyai elemen-elemen asas dan setiap elemen tersebut mestilah memenuhi syarat yang diperlukan dalam berkontrak (Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad, 2009: 98-99). Aplikasi kontrak bay‘ al-‘inah masih diperdebatkan oleh cendikiawan Islam (Saiful Azhar dan Mahmood, 2001) walaupun ia mendapat kelulusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti berdasarkan pandangan keharusannya kepada pandangan mazhab Syafi‘i dan mazhab Zahiri (MPS, 2002). Meskipun demikian, bay‘ al-‘inah ditolak oleh sesetengah sarjana Islam khususnya dari Timur Tengah. Hal demikian kerana bay‘ al-‘inah dilihat mengandungi unsur hilah dalam usaha untuk menghalalkan riba4 . Secara alternatif, kontrak bay‘ al-tawarruq juga boleh diaplikasikan dalam pembiayaan kredit mikro AIM. Kontrak ini lebih baik lagi jika dibandingkan dengan kontrak bay‘ al-‘inah. Konsep tawarruq ini mendapat pengiktirafan bukan sahaja oleh sarjana kewangan Islam di Malaysia, bahkan dari Timur Tengah. Kontrak tawarruq mengandungi proses jual beli yang melibatkan pihak ketiga. Menerusi pembiayaan peribadi berdasarkan konsep tawarruq sepertimana yang diamalkan di Bank Islam Malaysia Berhad, pelanggan5 yang ingin mendapatkan pembiayaan akan memohon mendapatkan pembiayaan peribadi berdasarkan tawarruq. Pihak bank6 akan membeli komoditi di London Metal Exchange (LME) melalui Broker A. Bank 4 Bank Negara Malaysia juga sudah tidak menggalakkan pengamalan kontrak bay‘ al-‘inah yang dikatakan boleh membawa kepada amalan riba. 5 Dalam kes AIM, pelanggan merupakan peserta AIM (sahabat) 6 Dalam kes AIM, pihak bank merupakan pihak AIM
  • 9. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 652 kemudiannya menjual komoditi tersebut secara murabahah (harga modal bank+keuntungan) kepada pelanggan dengan bayaran tangguh untuk tempoh tertentu. Pelanggan yang memperolehi komoditi tersebut kemudiannya melantik bank sebagai wakil untuk menjual komoditi tersebut di pasaran. Oleh itu bank sebagai wakil menjual komoditi kepada Broker B. Bank kemudiannya menyerahkan bayaran jualan dengan mengkreditkannya ke dalam akaun pelanggan. Hasilnya, pelanggan memperolehi wang tunai menerusi jualan komoditi kepada Broker B dan pada masa yang sama pelanggan berhutang dengan bank menerusi pembelian komoditi dari bank secara bayaran tangguh. Oleh itu, pelanggan perlu membayar kepada bank harga pembelian komoditi tersebut (harga modal bank+keuntungan) secara ansuran untuk tempoh yang tertentu (BIMB, 2009). KESIMPULAN Ringkasnya, skim kredit mikro yang diamalkan oleh pihak AIM mengaplikasikan dua bentuk kontrak iaitu pinjaman al-qard al-hasan dan pembiayaan murabahah. Kontrak al-qard al-hasan dipilih oleh peserta AIM yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan atau bertujuan menambah modal kewangan bagi meningkatkan aktiviti perniagaan yang sedia ada. Kontrak murabahah pula diaplikasikan ke atas pembiayaan peserta AIM yang ingin membeli pelbagai alatan perniagaan yang diperlukan melalui pihak AIM. Kedua-dua kontrak tersebut dikenakan caj pengurusan sebanyak 10 peratus setahun. Namun, didapati penetapan caj pengurusan tersebut di bawah kontrak al-qard al-hasan adalah tidak menepati kehendak syarak. Secara alternatifnya, kontrak yang lebih sesuai dilaksanakan dalam skim pembiayaan kredit mikro AIM adalah kontrak bay‘ al-tawarruq. Di samping itu, kontrak pembiayaan murabahah boleh terus diaplikasikan dalam skim kredit mikro AIM kerana caj pengurusan dalam bentuk peratusan yang dikenakan ke atas kontrak murabahah adalah berdasarkan konsep tambah untung yang dibenarkan oleh syarak. RUJUKAN Ab. Mumin Ab. Ghani (1999). Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Al-Quran, Mushaf Malaysia dan Terjemahan (2006). Shah Alam: Yayasan Restu. Azizi Abu Bakar. (2009). Pelaksanaan Bay al-Inah dalam pembiayaan peribadi di Malaysia. Kertas kerja dibentangkan di International Conference on Corporate Law (ICCL), Surabaya, Indonesia, 1 - 3 Jun 2009. BIMB, Bank Islam Malaysia Berhad (2009), diakses dari http://www.bankislam.com.my/Shariah_Concept.aspx pada 6 Jun 2014. BIMB Institute of Research and Training (1998). Konsep Syariah Dalam Sistem Perbankan Islam. Kuala Lumpur: BIRT Chan, S.H (2005). “An Explonatory Study of Using Micro-Credit to Encourage the Setting up of Small Businesses in the Rural Sector of Malaysia” dlm. Asian Business & Management. Vol 4. Iss. 4, hal. 455. Hailani Muji Tahir dan Sanep Ahmad (2009). Aplikasi Fiqh Muamalat dalam Sistem Kewangan Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA.
  • 10. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 653 Md. Shahid Hassan (1996). The Role of Amanah Ikhtiar Malaysia in Rural Poverty Alleviation: A Study in Sabak Bernam District, Selangor. Tesis Sarjana Ekonomi yang diserahkan kepada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tidak diterbitkan. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali (2010). Panduan Asas Takaful: Panduan Tentang Falsafah dan Prinsip Takaful Berdasarkan Shari’ah. Kuala Lumpur: CERT Publications Sdn. Bhd. Osman Sabran (2000). Urusniaga Al-Bai’ Bithaman Ajil Dalam Mekanisme Pembiayaan Tanpa Riba. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Osman Sabran (2001). Urusniaga al-Qard al Hasan Dalam Mekanisme Pembiayaan Tanpa Riba. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Saiful Azhar Rosly, dan Mahmood Sanusi. (2001). Some issues of bay' al-'inah in Malaysian Islamic financial markets. Arab Law Quarterly, 16(3), 263- 280. Temu bual dengan Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Ibu Pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Damansara, Kuala Lumpur pada 4 November 2010, jam 10.30 pagi. Temu bual dengan Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Pejabat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang pada 4 April 2011, jam 3.00 petang. Wahbat al-Zuhaili (1995). Fiqh dan Perundangan Islam. Terjemahan Md Akhir Haji Yaacob et al. Jilid IV. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wahbat al-Zuhaili (1996). Fiqh dan Perundangan Islam. Terjemahan Md Akhir Haji Yaacob et al. Jilid IV. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Yusof Ramli (2008). Mudarabah Dalam Institusi Kewangan Islam. Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi MARA. Zaharuddin Abd. Rahman (2010a). Contract & The Products of Islamic Banking. Kuala Lumpur: CERT Publications Sdn. Bhd. Zaharuddin Abd. Rahman (2010b). Riba dan Isu Kewangan Semasa. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.