SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 11
Downloaden Sie, um offline zu lesen
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
84
ANALISIS KEPATUHAN ZAKAT PENDAPATAN DARI PERSPEKTIF PELAKU
PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM1
Khairul Bariyah Othman2
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia
kbariyah_risdev14@yahoo.com
Abstrak
Zakat merupakan antara tonggak utama kewangan dan sosial bagi sesebuah negara Islam.
Namun kemampuan zakat sebagai sebahagian pembiaya bagi mencapai matlamat
ekonomi negara masih bergantung kepada perluasan kewajipan berzakat. Zakat
pendapatan merupakan sumber baru zakat harta yang diperluaskan dan telah difatwakan
wajib ke atas individu Muslim di Malaysia. Namun kejayaan kutipan zakat ini masih
bergantung kepada kesedaran dan kepatuhan pembayarnya. Walaupun terdapat
peningkatan dalam jumlah kutipan zakat pendapatan, namun jumlah ini tidak signifikan
dengan jumlah pekerja Muslim di Malaysia. Elemen utama yang dilihat dapat
membentuk kepatuhan dikalangan individu Muslim ialah kefahaman terhadap peranan
manusia sebagai pelaku pembangunan dalam konteks berzakat. Persoalanya, apakah
ciri-ciri utama elemen manusia sebagai pelaku pembangunan? Apakah elemen-elemen
ini berdasarkan tasawur Islam? Kertas ini secara umumnya bertujuan menjawab
persoalan-persoalan tersebut dan disusun kepada tiga bahagian. Bahagian pertama,
membincangkan senario zakat pendapatan di Malaysia pada masa kini. Kedua,
membincangkan konsep manusia dalam elemen pelaku pembangunan berteraskan Islam.
Ketiga, kajian kualitatif ini akan merumuskan hubungan manusia sebagai pelaku
pembangunan dalam kepatuhan berzakat.
Kata kunci: Zakat Pendapatan, Pelaku Pembangunan, Akhlak Muslim.
1
Kertas ini dibentangkan di The 9th
ISDEV International Islamic Development Management Conference 2015
(IDMAC 2015), anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), USM.
2
Khairul Bariyah Othman merupakan pelajar PhD di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
85
PENDAHULUAN
Kertas ini bertujuan untuk membincangkan isu kepatuhan zakat pendapatan di Malaysia
dan perkaitannya dengan peranan pembayar zakat (muzaki) sebagai pelaku
pembangunan berteraskan Islam. Ia bertitik tolak daripada perdebatan dan perbincangan
yang ditimbulkan samada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa seperti di
Persidangan Zakat Asia Tenggara (2006) dan International Conference on Zakat (2006)
tentang faktor-faktor seseorang menunaikan zakat pendapatan, samada didorong oleh
faktor fatwa, pelepasan atau rebat cukai yang diperolehi atau enakmen yang ditetapkan
(Musa Ahmad, Ariffin Md Salleh & Abdullah Said, 2009). Untuk itu timbul persoalan,
apakah tujuan sebenar kepatuhan zakat pendapatan individu Muslim di Malaysia,
samada ia satu kewajipan atau lebih melihat kelebihan insentif rebat yang diberikan?
Bagaimanakah untuk menjadi pelaku pembangunan berteraskan Islam yang sebenar agar
ibadah zakat yang di wajibkan ke atas kita diterima oleh Allah SWT? Untuk tujuan itu,
kertas ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, mengenal pasti senario
kepatuhan zakat pendapatan di Malaysia. Bahagian kedua pula, membincangkan konsep
manusia sebagai pelaku pembangunan menurut Islam. Manakala bahagian ketiga akan
merumuskan perkaitan di antara kepatuhan zakat pendapatan dan konsep manusia
sebagai pelaku pembangunan dalam kepatuhan berzakat.
SENARIO ZAKAT PENDAPATAN DI MALAYSIA PADA MASA KINI
Zakat pendapatan merupakan zakat harta perolehan (mal mustafad) yang diterima
daripada hasil kerja atau perkhidmatan yang dilakukan oleh individu Muslim. Ianya
merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas. Pendapatan penggajian terdiri
daripada gaji tahunan, tunggakan gaji, pelbagai elaun, bonus dan sesuatu yang boleh
dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian. Manakala pendapatan
bebas pula ialah seperti khidmat nasihat, akauntan, juru perunding, kejuruteraan,
khidmat nasihat dan lain-lain (Mujaini Tarimin, 2012). Kewajipan mengeluarkan zakat
pendapatan ini tertakluk kepada sebab wajib zakat iaitu mencukupi nisab dan beberapa
syarat wajib zakat yang lain. Hal ini turut diperjelaskan oleh Yusuf al-Qaradawi (2000)
yang menyatakan syarat-syarat bagi harta yang diwajibkan zakat secara umumnya ialah
sampai nisab yang ditetapkan, dimiliki dengan pemilikan yang sempurna, bersifat subur
atau berpotensi untuk berkembang (nama’), sempurna haul ke atas nisab, melebihi
keperluas asas seseorang dan bebas daripada bebanan hutang. Walaupun terdapat
perselisihan pendapat dalam kalangan ‘ulama fiqh tentang kewajipan sumber zakat ini,
namun pendapat yang dominan dalam kalangan fuqaha’ bersetuju gaji dan pendapatan
profesional wajib dikenakan zakat.
Di Malaysia, sebahagian besar kajian terdahulu pada peringkat awalnya lebih cenderung
untuk melihat struktur organisasi dan pentadbiran zakat di Malaysia. Kajian yang
memberi tumpuan kepada struktur organisasi ini penting kerana di Malaysia setiap
negeri bebas membentuk struktur pentadbiran hal ehwal Islam mengikut kesesuaian
negeri masing-masing (Aidit Ghazali, Jamil Osman, Mohamed Abdul Wahab, Mohd.
Arif, Mohd Azmi Omar & Syed Abdul Hamid Al-Junaid ,(1990). Perkara ini perlu
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
86
difahami termasuklah bidang kuasa zakat yang berada di bawah hal ehwal Islam (Mohd.
Ali Baharum, 1989; Mohamed Dahan Abdul Latif, 1998). Berdasarkan perlembagaan
Malaysia, Raja atau Sultan merupakan ketua Agama Islam bagi sesebuah negeri.
Manakala bagi negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan, Yang Dipertuan Agong
adalah orang yang bertindak sebagai Ketua Agama (Mustafa Abdul Rahman, 1989;
Mohd. Daud Bakar, 1998). Seterusnya, di bawah Ketua Agama terdapat Majlis Hal
Ehawal Agama Islam Negeri (MAIN) dan diikuti pula Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri (JAIN). JAIN merupakan badan yang dipertanggungjawabkan bagi
melaksanakan undang-undang dan dasar zakat di Malaysia. Rajah 1 di bawah
menunjukkan carta organisasi Institusi Zakat di Malaysia.
Rajah 1: Carta Organisasi Institusi Zakat Di Malaysia
Sumber : Laporan Zakat 2004, PPZ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Terdapat 14 buah pusat zakat atau institusi zakat yang menguruskan hal ehwal zakat
seperti menaksir, memungut dan mengagihkan zakat. Jumlah 14 buah pusat zakat ini
mewakili 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Selain kajian yang
memberi tumpuan kepada struktur organisasi dan pentadbiran zakat, terdapat juga kajian
yang meneliti perbezaan dari sudut perlaksanaan dan taksiran zakat pendapatan bagi
negeri-negeri di Malaysia. Di Malaysia, fatwa mewajibkan zakat pendapatan telah
dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1997 kepada semua negeri-negeri di
Malaysia kecuali negeri Perak yang tidak mewajibkan zakat ini bagi individu Muslim di
negeri tersebut (Mohd Aidil Abdul Aziz & M. Hussin Abdullah, 2013). Manakala kajian
Mohd Aidil Abdul Aziz & M. Hussin Abdullah (2013) antara kajian yang meneliti
perlaksanaan zakat pendapatan di Perak.
Walaupun zakat pendapatan telah diketahui umum dan usaha meningkatkan kesedaran
serta kepatuhan pembayarannya giat dilaksanakan, namun terdapat golongan yang masih
belum menerima perlaksanaan zakat tersebut. Kajian Mujaini Tarimin (2000),
menjelaskan terdapat tiga golongan masyarakat yang mempunyai perbezaan tanggapan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
87
terhadap perlaksanaan zakat pendapatan ini. Pertama, golongan yang tidak menerima
kewajipan zakat pendapatan atas alasan dari segi hukumnya. Mereka beranggapan
hukum kewajipan zakat ini tidak diasaskan atas nas-nas yang benar. Kedua, golongan
yang menerima kewajipan zakat pendapatan berasaskan hujah zakat ini ada kepentingan
umum atas dasar kemaslahatan masyarakat. Dan ketiga, golongan yang mewajibkan
zakat ke atas pendapatan berdasarkan nas wahyu al-Qur’an dan al-Hadith.
Walaubagaimanapun golongan yang menerima hukum kewajipan zakat ini masih
berbeza pandangan berkaitan syarat haul, jumlah nisab dan kadar zakat tersebut. Jadual 1
menunjukkan taburan penduduk Islam yang bekerja dan prestasi bilangan pembayar
zakat dari tahun 2009 hingga 2012.
Jadual 1: Penduduk Islam yang bekerja dan prestasi pembayar zakat Malaysia
2009-2012
Tahun Pekerja (‘000) Pembayar Zakat Bilangan Kenaikan Peratus
Kenaikan (%)
2009 5,120.1 662,710 76,177 12.99
2010 5,399.5 694,041 31,331 4.73
2011 5,595.5 761,420 67,379 9.71
2012 5,819.9 886,510 125,090 16.43
Sumber :Jabatan Perangkaan Malaysia 2012 dan Laporan Zakat PPZ MAIWP 2012.
Daripada jadual tersebut, peratusan pembayar zakat di Malaysia masih belum mencapai
20% jumlah pembayar. Peratusan ini dilihat agak rendah berbanding dengan peratusan
pembayaran cukai pendapatan. Fenomena yang berlaku ini mendapat pelbagai reaksi dan
pandangan dari golongan penyelidik. Mereka berpandangan bahawa kesedaran dan
pegangan agama yang tinggi adalah antara faktor utama untuk mendidik individu Islam
patuh kepada kewajipan berzakat (Kamil Md Idris, 2002; Zainol Bidin, 2008; Ahmad
Radhuan Ghazali, 2009; Mohd Faisol Ibrahim & Suhaina Musani, 2010 dan Ram Al
Jaffri Saad, 2010). Mereka harus percaya akan kewujudan hari akhirat iaitu suatu hari
yang dijanjikan Allah segala bentuk pembalasan. Apabila kepercayaan wujudnya hari
pembalasan ini, maka tanggungjawab sebagai khalifah Allah akan mereka pikul sebagai
satu amanah. Manusia adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dan hidup di
dunia dengan menikmati segala sumber alam yang diberikan oleh penciptaNya. Mereka
akan menjalankan aktiviti pengeluaran dan pembangunan dengan mengintergrasikan
sumber alam dan kebijaksanaan ilmu manusia untuk mendapatkan harta. Justeru, zakat
adalah proses mensucikan harta tersebut dari segala bentuk dosa dan satu bentuk
perkongsian nikmat dari sumber alam tersebut.
Sehubungan dengan itu, membayar zakat pendapatan adalah satu ibadah wajib dan
kegagalan menunaikannya menjadikan mereka antara golongan yang dimasukkan ke
dalam neraka. Namun persoalannya, bagaimana kefahaman individu Muslim terhadap
konsep manusia sebagai makhluk pelaku pembangunan dalam konteks Islam yang
sebenar. Apakah ada perbezaan konsep ini dari perspektif lazim dan juga Islam. Dan
bagaimana perincian manusia selaku pelaku pembangunan berteraskan Islam dapat
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
88
dihubungkan dengan kepatuhan dalam berzakat. Hal ini akan diperjelaskan dalam
bahagian berikutnya.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
89
KONSEP MANUSIA SEBAGAI PELAKU PEMBANGUNAN BERTERASKAN
ISLAM
Berdasarkan perbincangan sebelum ini, fenomena kepatuhan zakat pendapatan
mempunyai hubungan dengan kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab sebagai
khalifah Allah dalam segala bentuk aktiviti dan pembangunan. Apabila kesedaran
terhadap tanggunjawab ini agak rendah, isu ketaatan pembayaran zakat pendapatan
menjadi semakin rumit apabila wujud perbezaan pandangan individu dan persekitaran
fatwa yang wujud (Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Noor, 2004).
Namun, perbezaan persekitaran fatwa ini bukanlah salah alasan yang kukuh untuk tidak
membayar zakat. Terdapat kajian-kajian yang telah memberi justifikasi kukuh kewajipan
zakat pendapatan ini adalah satu bukti keadilan apabila golongan profesional yang
mempunyai pendapatan lebih lumayan dari petani wajar dikenakan zakat atas harta yang
mereka perolehi (Yusuf al-Qaradawi 2000; Mujaini Tarimin, 1995; Kamil Md Idris, 2002
& Zainol Bidin, 2008).
Sehubungan dengan itu, bagi melahirkan rasa tanggujawab dan rasa bertuhan dalam
setiap amalan dan ibadah, masyarakat perlulah melihat dengan jelas peranan manusia itu
sendiri sebagai pelaku pembangunan berteraskan Islam yang sebenar. Menurut
Muhammad Syukri Salleh (2003), dalam pembangunan berteraskan Islam, tasawur Islam
dijadikan acuan kepada pembentukan pembangunan berteraskan Islam yang tulen.
Beliau juga menggariskan terdapat tiga pokok tasawur Islam iaitu Allah adalah Pencipta,
manusia adalah makhluk dan alam semesta juga adalah makhluk. Jadual 2 berikut
menghuraikan pembangunan berteraskan Islam dari aspek-aspek tasawur, epistemologi
dan ontologi.
Jadual 2: Rumusan Aspek-aspek Pembangunan Berteraskan Islam
Aspek Pembangunan Berteraskan Islam
Pentakrifan
pembangunan
i. Merangkumi kedua-dua pembangunan rohani dan
pembangunan fizikal / material secara bersepadu.
ii. Berfungsi sebagai alat peribadatan kepada Allah untuk
memenuhi fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah Allah.
iii. Melibatkan dimensi menegak (hablumminallah) dan mendatar
(hablumminannas).
Sumber ilmu utama i. Dalil-dalil naqli (al-Quran & Hadis)
ii. Dalil-dalil ‘aqli (Ijmak Ulama dan Qiyas).
Konsep-konsep asas Pegangan Asas
i. Allah sebagai Pencipta
ii. Manusia sebagai makhluk
iii. Sumber alam sebagai makhluk
Fokus utama pembangunan
i. Manusia juga merangkumi elemen-elemen dalaman (hati,
nafsu dan akal) selain elemen-elemen fizikal.
ii. Penggunaan sumber mengikut keperluan.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
90
Tahap-tahap pembangunan
i. Tahap nafsu rendah ke tahap nafsu yang tinggi
ii. Tahap iman rendah ke tahap iman yang tinggi
iii. Tahap masyarakat jahil kepada tahap masyarakat beriman dan
bertakwa dan melahirkan tamadun yang memenuhi keperluan
semua ahli masyarakat.
Matlmat akhir
pembangunan
Mardat Allah (mendapat keredhaan Allah)
Sumber: Fadzila Azni Ahmad, 2010
Elemen manusia menurut pembangunan berteraskan Islam merujuk kepada konsep
manusia berdasarkan tasawur dan epistemologi Islam. Manusia bukan sekadar sebagai
pengeluar atau penguna yang mengambil kira hanya kekuatan fizikal, akal, kemahiran
dan apa-apa sahaja yang berbentuk lahir. Malah, manusia mempunyai tugas dan amanah
yang lebih khusus iaitu status mereka sebagai hamba dan khalifah Allah SWT seperti
mana dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka
menyembah Aku.”(al-Dhariyah, 51:56)
“Ingatlah ketikaTuhanmuberfirmankepada para malaikat: ‘Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan sesorang khalifah di muka bumi’. Mereka berkata:
‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang
akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal
kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?’
Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu
ketahui.”(al-Baqarah, 2:30)
ANALISIS PERKAITAN ANTARA MANUSIA SEBAGAI PELAKU
PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM DENGAN KEPATUHAN
BERZAKAT
Sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini, isu kepatuhan zakat pendapatan
merupakan satu persoalan yang sering dibincangkan. Walaupun pelbagai usaha
dijalankan oleh pihak-pihak tertentu dalam memberi kesedaran tentang kewajipan zakat
pendapatan, namun jumlah peningkatan tersebut masih belum signifikan dengan jumlah
individu Muslim yang berkerja di Malaysia. Dalam usaha memberi kesedaran ini,
masyarakat perlu melihat dan meneliti kembali tugas dan amanah dijadikan manusia
sebagai hamba dan khalifah dalam konsep muzaki (pembayar zakat) sebagai pelaku
pembangunan berteraskan Islam. Bahagian ini akan merumuskan perkaitan antara
konsep tersebut dengan kepatuhan zakat pendapatan kepada tiga pola perbincangan.
Pertama, zakat pendapatan sebagai satu bentuk sistem kewangan yang adil. Secara
umumnya semua individu Islam yang layak membayar cukai pendapatan, mereka secara
tidak langsung layak membayar zakat pendapatan. Kelayakan ini berdasarkan kepada
kadar cukai pendapatan adalah jauh lebih tinggi berbanding kadar zakat pendapatan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
91
(Mohd Faisol Ibrahim & Suhaina Musani, 2010). Selain itu kadar zakat pendapatan
adalah tetap iaitu 2.5 peratus setahun manakala kadar cukai pendapatan sering
berubah-ubah mengikut kadar yang diumumkan semasa belanjawan dibentangkan
mengikut suasana ekonomi negara. Hal ini jelas menunjukkan Islam itu adil dan
memberi kelebihan kepada umatnya. Justeru, peranan muzaki dalam konsep manusia
sebagai pelaku pembangunan, adalah untuk melahirkan rasa tanggunjawab dalam
berkongsi harta yang diperolehi dari sumber alam yang telah kita gunakan dengan
mereka yang tidak berkemampuan.
Harta yang diperolehi dalam bentuk pendapatan diwajibkan dalam Islam untuk
dikeluarkan zakat sebelum melakukan perbelanjaan dan penggunaan terhadap barang
dan perkhidmatan (Azman Ab Rahman, Amiruddin Mohd Sobali & Syed Mohd Najib
Syed Omar, 2012). Dengan wujudnya rasa tanggunjawab ini, ia dapat mendidik
masyarakat agar berhemah dalam berbelanja. Berhemah bermaksud mengutamakan
sesuatu yang wajib sebelum memenuhi kehendak dan keperluan hidup kerana Islam
mengatur kehidupan umatnya yang sentiasa hidup dalam bersyariat. Hal ini secara tidak
langsung dapat mendidik masyarakat tidak melupakan Allah dalam setiap perkara yang
dilakukan.
Kedua, zakat pendapatan sebagai bentuk pengagihan yang mengutamakan hubungan
antara manusia sesama manusia (hablumminannas). Keistimewaan ibadah yang
diwajibkan oleh Allah SWT adalah ianya sentiasa bertunjangkan tasawur Islam iaitu
melibatkan hubungan antara manusia dengan Tuhan dan manusia semasa manusia.
Justeru, apabila individu Islam patuh kepada kewajipan zakat pendapatan, secara tidak
langsung dana zakat negara semakin meningkat. Peningkatan ini secara langsung akan
meningkatkan jumlah bantuan yang diberikan kepada golongan asnaf yang layak dan
meluaskan lagi peluang asnaf-asnaf yang terpinggir untuk terus diberi bantuan (Sanep
Ahmad & Zulkifli, 2010). Apabila dana yang dikutip ini diagihkan dengan begitu
komprehensif kepada semua golongan asnaf, ia dapat membantu meningkatkan sosio
ekonomi dan kehidupan golongan-golongan ini.
Di samping itu, masyarakat yang diberi bantuan akan merasai keadilan dalam sistem
kewangan Islam. Harta dan kekayaan di agih-agihkan manakala sumber alam yang
dikurniakan Tuhan berjaya diproses untuk menghasilkan pendapatan seterusnya
pendapatan itu dikongsi dalam bentuk zakat. Firman Allah dalam al-Quran yang
bermaksud:
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang
faqir, dan orang-orang miskin, dan ‘amil-’amil yang menguruskannya,
dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk
hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang
yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan
orang-orang musafir dalam perjalanan. Dan ingatlah Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 60)
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
92
Ketiga, matlamat akhir kepatuhan zakat pendapatan adalah untuk mendapat mardat
Allah SWT (keredhaan Allah). Di dalam tasawur Islam, matlamat akhir sesuatu perkara
sama ada perkara ibadah wajib atau perkara berkaitan pembangunan manusia secara
umum, pengakhirannya adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Manusia boleh
mencari harta sebanyak mana mereka inginkan. Namun, harta yang dicari mestilah dari
sumber yang halal kerana zakat dari sumber yang haram adalah ditegah oleh Islam.
Apabila manusia memperolehi harta ia perlu diurus berteraskan Islam dan bukannya
berdasarkan nafsu semata-mata (Shereeza Mohamed Saniff & Nur Inani Ismail, 2013).
Dalam konteks ini, pengurusan harta dan iman perlu bergerak seiring agar harta yang
diperolehi didahulukan dengan pembayaran zakat dan dibelanjakan dengan berhemah
seterusnya segala urusan ini mendapat keredhaan Allah SWT.
RUMUSAN
Allah SWT telah menciptakan manusia sebagai sebaik-baik makhluk di muka bumi.
Namun, suasana kehidupan masyarakat hari ini sama ada dari sudut pembangunan,
ekonomi, sosial dan teknologi, ia menjadikan manusia hidup dalam mengejar duniawi.
Manusia saling mengejar untuk mengumpul harta dan menambahkan pendapatan, namun
ia semakin tersasar bila usaha ini tidak seiring dengan usaha meningkatkan keimanan.
Sehubungan itu, manusia perlu berbalik kepada tujuan diciptakan manusia adalah
sebagai hamba dan khalifah di muka bumi. Peranan dalam mengejar pembangunan perlu
bertunjangkan tasawur Islam yang sebenar. Apabila asas dalam tasawur ini dipegang
dengan kuat iaitu menjaga hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia
sesasama manusia, segala bentuk ibadah dan perkara yang diusahakan akan menjadi satu
amanah yang sempurna. Kepatuhan zakat pendapatan bukan lagi menjadi satu pertikaian
disebabkan khilaf yang wujud dan bukan lagi dianggap sebagai satu motivasi untuk
mengurangkan cukai pendapatan atas nama rebat yang diberikan. Namun, ibadah ini
adalah kewajipan atas individu Muslim yang memenuhi syarat untuk menunaikannya.
Seterusnya, tujuan utama adalah untuk memikul amanah sebagai pelaku pembangunan
berteraskan Islam dalam mendapat keredhaan Allah SWT.
BIBLIOGRAFI
Abdul Hamid Mohd. Hassan. (1988). Antara Zakat dan Cukai Pendapatan: Satu
Analisis Penyelarasan. kertas Seminar Zakata dan Cukai Pendapatan. Pusat
Matrikulasi Universiti Sains Malaysia.
Abdul Rashid Dail. (1979). Zakat Gaji dan Pendapatan Bebas. Islamiyyat. Vol. 2.
Adibah Abdul Wahab & Joni Tamkin Borhan (2014). Faktor Penentu Pembayaran Zakat
Oleh Entiti Perniagaan Di Malaysia: Satu Tinjaun Teori . Jurnal Syariah, Jil. 22,
Bil. 3, 295-322.
Aidit Ghazali. (1998). Zakat-Satu Tinjauan.: Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd.
Al-Ghazali. (1980). Jiwa agama: Iman al-Ghazali, Jilid 8. (TK. H. Ismail dan Yajub
SH-MA, terj). Indonesia: Penerbit Perc. Menara Kudus.
Al-Ghazali. (2007). Wonders of the Heart (Skellie, W.J., terj). Kuala Lumpur: Islamic
Book Trust.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
93
Azizah Dolah & Abd Halim Mohd Noor. (2009). Kaitan Zakat dan Cukai di Malaysia.
dlm. Pengintergrasian zakat dan cukai di Malaysia; menerajui kecemerlangan
zakat. Disunting oleh Abdul Halim Mohd Noor, Arifin Md Salleh. Rawi Nordin,
Mastura Muhamad Said & Siti Norhidayah Taib.Shah Alam Selangor: Pusat
Penerbitan Universiti (UPENA).
Azman Ab Rahman, Amiruddin Mohd Sobali & Syed Mohd Najib Syed Omar. (2012).
Keengganan Membayar Zakat Menurut Perspektif Syarak dan Perundangan
Islam di Malaysia. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia.
Hanno. M. D., & Violette, G. R. (1996). An Analysis of Moral and Social Compliance on
Taxpayer Behaviour, Behavioural Research in Accounting.
Kamil Md. Idris (2002). Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan di Kalangan Kakitangan
Awam Persekutuan Negeri Kedah. Tesis Kedoktoran, Universiti Utara Malaysia.
Kasmuri Selamat. (1995). Kemanisan Beribadah: Imam al-Ghazali. Kuala Lumpur:
Jasmin Enterprise.
Mahmood Zuhdi Abdul Majid. (1992). Syarat Haul: Satu Penilaian Terhadap
Pandangan Al-Qardawi Dalam Masalah Zakat Gaji dan Pendapatan Profesional.
Vol. 2, Universiti Malaya.
Mohamad Uda Kasim. (2005). Zakat, Teori, Kutipan dan Agihan. Kuala Lumpur: Utusan
Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Aidil Abdul Aziz dan M.Hussin Abdullah (2013). The Comparison Between Zakat
(Islamic Concept of Taxation) and Income Tax: Perceptions of Academician in
the State of Perak, Malaysia. International Conference on Business, Economic
and Accounting. Bangkok Thailand, 20-23 March 2013.
Mohd Ali Mohd Nor, Hairunnizam Wahid & Nor Ghani Md Nor. (2004). Kesedaran
Membayar Zakat Pendapatan dalam Kalangan Kakitangan Profesional Universiti
Kebangsaan Malaysia Islamiyyat, 26(2), (59-67).
Mohd Faisol Ibrahim & Suhaina Musani. (2010). Zakat dan Perlaksanaannya di
Malaysia. Sabah: Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).
Mohd Safri Mahat. (2006). Zakat Perniagaan: Cabaran Perlaksanaan di Malaysia. dlm.
Zakat Pensyariatan Perekonomian dan Perundangan. Disunting oleh Abdul
Ghafar Ismail & Hailani Muji Tahir. Selangor:Penerbitan Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Muhamad Syukri Salleh. (2002). Pembangunan berteraskan Islam. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd.
Muhamad Syukri Salleh. (2003). Tujuh prinsip pembangunan berteraskan Islam. Kuala
Lumpur: Zebra Editions Sdn. Bhd.
Muhammad Kamal ‘Atiyah. (1995). Perakaunan Zakat: teori dan Praktis. Mohd Nor
Ngah, Terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mujaimi Tarimin. (2012). Zakat Al-Mal Al-Mustafad Amalan dan Pengamalan di
Malaysia: Kuala Lumpur:Izshen Ventures Sdn Bhd.
Mujaini Tarimin. (1995). Zakat Pendapatan (Al-Mal Al-Mustafad) Hukum dan
Persoalannya. Kuala Lumpur: Khaisa Services Sdn Bhd.
Mujaini Tarimin. (2012). Zakat Al-Mal Al-Mustafad Amalan dan Pengamalan di
Malaysia: Izshen Ventures Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Musa Ahmad, Ariffin Md Salleh & Abdullah Said. (2009). Penerokaan Sumber Zakat
Baru di Malaysia. dlm. Abdul Halim Mohd Noor et. al. Pengintergrasian zakat
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
94
dan cukai di Malaysia; menerajui kecemerlangan zakat. Shah Alam Selangor:
Pusat Penerbitan Universiti (UPENA).
Nor Adilah Ahmad Shokari (2011). Kepatuhan Terhadap Zakat Perniagaan: Kajian di
Kalangan Pengusaha Stesen Minyak di Pulau Pinang. Disertasi Sarjana,
Universiti Utara Malaysia.
Ram al-Jaffri Saad (2010). Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan di Negeri Kedah
Darulaman. Tesis Kedoktoran Universiti Utara Malaysia.
Rubiah Ghazali. (2010). Rebet Cukai Zakat Perniagaan: Keberkatan Dalam Pengurusan
Kewangan Negara (Makalah , Seminar Persidangan Zakat dan Cukai
Kebangsaan 2010, 5 Oktober 2010).
Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. (2004). Persepsi dan Kesedaran Terhadap
Perluasan Sumber Zakat Harta Yang Diiktilaf. Dlm. Prosiding Seminar Hala
Tuju Zakat Korporat di Alaf baru. Disunting oleh Hailani Muji Tahir dan Abd.
Ghafar Ismail. Bangi: Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Sanep Ahmad & Zulkifli. Model Gelagat Kepatuhan dan Pengelakan Zakat: Satu
Tinjauan Teori (Prosiding Seminar Seventh International Conference: The
Tawhidi Epitemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010), 501-516.
Shereeza Mohamed Saniff & Nur Inani Ismail. (2013). Urus Harta Urus Iman. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy. (1976). Pedoman Zakat. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang.
Yusuf al-Qaradawi. (1998). Peranan nilai dan akhlak dalam ekonomi Islam. Terj. Kuala
Lumpur:Metacorp Bhd.
Yusuf al-Qaradawi. (2000). Kemiskinan Dan Cara Islam Mengatasinya. Yayasan
Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.
Zahri Hamat. (2004). Perakaunan Zakat Pendapatan: Satu Analisis Semula. dlm.
Prosiding Muzakarah Pakar Zakat. Disunting oleh Hailani Muji Tahir, Abd.
Ghafar Ismail & Zamzuri Zakaria. Bangi: Fakulti Ekonomi dan Perniagaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zainol Bidin & Kamil Md Idris (2009). Ramalan Niat Gelagat Kepatuhan Zakat
Pendapatan Gaji: Perbandingan Teori Tindakan Beralasan dan Teori Gelagat
Terancang . IJMS 16 (2), 1-19.
Zainol Bidin (2008). Faktor-faktor Penentu Niat Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan
Gaji. Tesis Kedoktoran, Universiti Utara Malaysia.
Zulkarnain Yusof. (1994). Percukaian Negara Islam: Perbandingan Percukaian Moden
Dengan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Weitere ähnliche Inhalte

Ähnlich wie ZakatPendapatan

Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamididmac2015
 
Ppt ekonomi islam bab 9&10
Ppt ekonomi islam bab 9&10Ppt ekonomi islam bab 9&10
Ppt ekonomi islam bab 9&10TyoSuliez
 
Tugas Perbankan Syariah - Dosen Shinta Melzatia
Tugas Perbankan Syariah  - Dosen Shinta MelzatiaTugas Perbankan Syariah  - Dosen Shinta Melzatia
Tugas Perbankan Syariah - Dosen Shinta MelzatiaLysialim
 
Manajemen zakat (1)
Manajemen zakat (1)Manajemen zakat (1)
Manajemen zakat (1)A Gustang
 
kerangka konseptual filantrop.pdf
kerangka konseptual filantrop.pdfkerangka konseptual filantrop.pdf
kerangka konseptual filantrop.pdfAdhieAdhie8
 
Fatimah Salwa Abd. Hadi
Fatimah Salwa Abd. HadiFatimah Salwa Abd. Hadi
Fatimah Salwa Abd. Hadiidmac2015
 
Tugas Perbankan Syariah
Tugas Perbankan SyariahTugas Perbankan Syariah
Tugas Perbankan SyariahNina Haryati
 
Pengelolaan dan Pengembangan Zakat
Pengelolaan dan Pengembangan ZakatPengelolaan dan Pengembangan Zakat
Pengelolaan dan Pengembangan ZakatNana Tauran Sidik
 
Rujukan Jurnal_8.pdf
Rujukan Jurnal_8.pdfRujukan Jurnal_8.pdf
Rujukan Jurnal_8.pdfAbdulRozak70
 
Bab 1, bab ii, bab iii, bab iv
Bab 1, bab ii, bab iii, bab ivBab 1, bab ii, bab iii, bab iv
Bab 1, bab ii, bab iii, bab ivAkbar Bako
 
Contoh Proposal penelitian
Contoh Proposal penelitianContoh Proposal penelitian
Contoh Proposal penelitianYusuf Darismah
 
Pemahaman konsep pajak pada zakat
Pemahaman konsep pajak pada zakatPemahaman konsep pajak pada zakat
Pemahaman konsep pajak pada zakatAn Nisbah
 
contoh struktur organisasi koperasi syariah.doc
contoh struktur organisasi koperasi syariah.doccontoh struktur organisasi koperasi syariah.doc
contoh struktur organisasi koperasi syariah.docJunDi6
 
Zakat profesi dan perbedaan uu nomor 38 tahun 1999 dan uu nomor 23 tahun 2011
Zakat profesi dan perbedaan uu nomor 38 tahun 1999 dan uu nomor 23 tahun 2011Zakat profesi dan perbedaan uu nomor 38 tahun 1999 dan uu nomor 23 tahun 2011
Zakat profesi dan perbedaan uu nomor 38 tahun 1999 dan uu nomor 23 tahun 2011fallova
 
Distribusi Pendapatan Islam Distribusi Pendapatan Islam.pptx.pptx
Distribusi Pendapatan Islam Distribusi Pendapatan Islam.pptx.pptxDistribusi Pendapatan Islam Distribusi Pendapatan Islam.pptx.pptx
Distribusi Pendapatan Islam Distribusi Pendapatan Islam.pptx.pptxZAINIYATULAFIFAHSEIM
 
Distribusi Pendapatan Islam Distribusi Pendapatan Islam.pptx.pptx
Distribusi Pendapatan Islam Distribusi Pendapatan Islam.pptx.pptxDistribusi Pendapatan Islam Distribusi Pendapatan Islam.pptx.pptx
Distribusi Pendapatan Islam Distribusi Pendapatan Islam.pptx.pptxZAINIYATULAFIFAHSEIM
 

Ähnlich wie ZakatPendapatan (20)

Penulis.docx
Penulis.docxPenulis.docx
Penulis.docx
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamid
 
Ppt ekonomi islam bab 9&10
Ppt ekonomi islam bab 9&10Ppt ekonomi islam bab 9&10
Ppt ekonomi islam bab 9&10
 
Tugas Perbankan Syariah - Dosen Shinta Melzatia
Tugas Perbankan Syariah  - Dosen Shinta MelzatiaTugas Perbankan Syariah  - Dosen Shinta Melzatia
Tugas Perbankan Syariah - Dosen Shinta Melzatia
 
Manajemen zakat (1)
Manajemen zakat (1)Manajemen zakat (1)
Manajemen zakat (1)
 
kerangka konseptual filantrop.pdf
kerangka konseptual filantrop.pdfkerangka konseptual filantrop.pdf
kerangka konseptual filantrop.pdf
 
Fatimah Salwa Abd. Hadi
Fatimah Salwa Abd. HadiFatimah Salwa Abd. Hadi
Fatimah Salwa Abd. Hadi
 
Csr dalam tinjaun islam
Csr dalam tinjaun islamCsr dalam tinjaun islam
Csr dalam tinjaun islam
 
Tugas Perbankan Syariah
Tugas Perbankan SyariahTugas Perbankan Syariah
Tugas Perbankan Syariah
 
Pengelolaan dan Pengembangan Zakat
Pengelolaan dan Pengembangan ZakatPengelolaan dan Pengembangan Zakat
Pengelolaan dan Pengembangan Zakat
 
Rujukan Jurnal_8.pdf
Rujukan Jurnal_8.pdfRujukan Jurnal_8.pdf
Rujukan Jurnal_8.pdf
 
Bab 1, bab ii, bab iii, bab iv
Bab 1, bab ii, bab iii, bab ivBab 1, bab ii, bab iii, bab iv
Bab 1, bab ii, bab iii, bab iv
 
Contoh Proposal penelitian
Contoh Proposal penelitianContoh Proposal penelitian
Contoh Proposal penelitian
 
Visi dan Misi OPZ - Anto Apriyanto
Visi dan Misi OPZ - Anto ApriyantoVisi dan Misi OPZ - Anto Apriyanto
Visi dan Misi OPZ - Anto Apriyanto
 
Pemahaman konsep pajak pada zakat
Pemahaman konsep pajak pada zakatPemahaman konsep pajak pada zakat
Pemahaman konsep pajak pada zakat
 
contoh struktur organisasi koperasi syariah.doc
contoh struktur organisasi koperasi syariah.doccontoh struktur organisasi koperasi syariah.doc
contoh struktur organisasi koperasi syariah.doc
 
SISTEM KEUANGAN ISLAM
SISTEM KEUANGAN ISLAMSISTEM KEUANGAN ISLAM
SISTEM KEUANGAN ISLAM
 
Zakat profesi dan perbedaan uu nomor 38 tahun 1999 dan uu nomor 23 tahun 2011
Zakat profesi dan perbedaan uu nomor 38 tahun 1999 dan uu nomor 23 tahun 2011Zakat profesi dan perbedaan uu nomor 38 tahun 1999 dan uu nomor 23 tahun 2011
Zakat profesi dan perbedaan uu nomor 38 tahun 1999 dan uu nomor 23 tahun 2011
 
Distribusi Pendapatan Islam Distribusi Pendapatan Islam.pptx.pptx
Distribusi Pendapatan Islam Distribusi Pendapatan Islam.pptx.pptxDistribusi Pendapatan Islam Distribusi Pendapatan Islam.pptx.pptx
Distribusi Pendapatan Islam Distribusi Pendapatan Islam.pptx.pptx
 
Distribusi Pendapatan Islam Distribusi Pendapatan Islam.pptx.pptx
Distribusi Pendapatan Islam Distribusi Pendapatan Islam.pptx.pptxDistribusi Pendapatan Islam Distribusi Pendapatan Islam.pptx.pptx
Distribusi Pendapatan Islam Distribusi Pendapatan Islam.pptx.pptx
 

Mehr von idmac2015

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamatidmac2015
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari idmac2015
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zakiidmac2015
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffaidmac2015
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullahidmac2015
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifahidmac2015
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwaidmac2015
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahiridmac2015
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariahidmac2015
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astutiidmac2015
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini idmac2015
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...idmac2015
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifatidmac2015
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhadyidmac2015
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassanidmac2015
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazialidmac2015
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Salehidmac2015
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sariidmac2015
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoffidmac2015
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhanidmac2015
 

Mehr von idmac2015 (20)

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffa
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullah
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifah
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahir
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariah
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astuti
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhady
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassan
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazial
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Saleh
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sari
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoff
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
 

Kürzlich hochgeladen

PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxMateri Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxshafiraramadhani9
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 

Kürzlich hochgeladen (20)

PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptxMateri Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
Materi Lingkaran kelas 6 terlengkap.pptx
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 

ZakatPendapatan

  • 1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 84 ANALISIS KEPATUHAN ZAKAT PENDAPATAN DARI PERSPEKTIF PELAKU PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM1 Khairul Bariyah Othman2 Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia kbariyah_risdev14@yahoo.com Abstrak Zakat merupakan antara tonggak utama kewangan dan sosial bagi sesebuah negara Islam. Namun kemampuan zakat sebagai sebahagian pembiaya bagi mencapai matlamat ekonomi negara masih bergantung kepada perluasan kewajipan berzakat. Zakat pendapatan merupakan sumber baru zakat harta yang diperluaskan dan telah difatwakan wajib ke atas individu Muslim di Malaysia. Namun kejayaan kutipan zakat ini masih bergantung kepada kesedaran dan kepatuhan pembayarnya. Walaupun terdapat peningkatan dalam jumlah kutipan zakat pendapatan, namun jumlah ini tidak signifikan dengan jumlah pekerja Muslim di Malaysia. Elemen utama yang dilihat dapat membentuk kepatuhan dikalangan individu Muslim ialah kefahaman terhadap peranan manusia sebagai pelaku pembangunan dalam konteks berzakat. Persoalanya, apakah ciri-ciri utama elemen manusia sebagai pelaku pembangunan? Apakah elemen-elemen ini berdasarkan tasawur Islam? Kertas ini secara umumnya bertujuan menjawab persoalan-persoalan tersebut dan disusun kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, membincangkan senario zakat pendapatan di Malaysia pada masa kini. Kedua, membincangkan konsep manusia dalam elemen pelaku pembangunan berteraskan Islam. Ketiga, kajian kualitatif ini akan merumuskan hubungan manusia sebagai pelaku pembangunan dalam kepatuhan berzakat. Kata kunci: Zakat Pendapatan, Pelaku Pembangunan, Akhlak Muslim. 1 Kertas ini dibentangkan di The 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference 2015 (IDMAC 2015), anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), USM. 2 Khairul Bariyah Othman merupakan pelajar PhD di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia.
  • 2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 85 PENDAHULUAN Kertas ini bertujuan untuk membincangkan isu kepatuhan zakat pendapatan di Malaysia dan perkaitannya dengan peranan pembayar zakat (muzaki) sebagai pelaku pembangunan berteraskan Islam. Ia bertitik tolak daripada perdebatan dan perbincangan yang ditimbulkan samada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa seperti di Persidangan Zakat Asia Tenggara (2006) dan International Conference on Zakat (2006) tentang faktor-faktor seseorang menunaikan zakat pendapatan, samada didorong oleh faktor fatwa, pelepasan atau rebat cukai yang diperolehi atau enakmen yang ditetapkan (Musa Ahmad, Ariffin Md Salleh & Abdullah Said, 2009). Untuk itu timbul persoalan, apakah tujuan sebenar kepatuhan zakat pendapatan individu Muslim di Malaysia, samada ia satu kewajipan atau lebih melihat kelebihan insentif rebat yang diberikan? Bagaimanakah untuk menjadi pelaku pembangunan berteraskan Islam yang sebenar agar ibadah zakat yang di wajibkan ke atas kita diterima oleh Allah SWT? Untuk tujuan itu, kertas ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, mengenal pasti senario kepatuhan zakat pendapatan di Malaysia. Bahagian kedua pula, membincangkan konsep manusia sebagai pelaku pembangunan menurut Islam. Manakala bahagian ketiga akan merumuskan perkaitan di antara kepatuhan zakat pendapatan dan konsep manusia sebagai pelaku pembangunan dalam kepatuhan berzakat. SENARIO ZAKAT PENDAPATAN DI MALAYSIA PADA MASA KINI Zakat pendapatan merupakan zakat harta perolehan (mal mustafad) yang diterima daripada hasil kerja atau perkhidmatan yang dilakukan oleh individu Muslim. Ianya merangkumi pendapatan gaji dan pendapatan bebas. Pendapatan penggajian terdiri daripada gaji tahunan, tunggakan gaji, pelbagai elaun, bonus dan sesuatu yang boleh dikira sebagai pendapatan yang berkaitan dengan penggajian. Manakala pendapatan bebas pula ialah seperti khidmat nasihat, akauntan, juru perunding, kejuruteraan, khidmat nasihat dan lain-lain (Mujaini Tarimin, 2012). Kewajipan mengeluarkan zakat pendapatan ini tertakluk kepada sebab wajib zakat iaitu mencukupi nisab dan beberapa syarat wajib zakat yang lain. Hal ini turut diperjelaskan oleh Yusuf al-Qaradawi (2000) yang menyatakan syarat-syarat bagi harta yang diwajibkan zakat secara umumnya ialah sampai nisab yang ditetapkan, dimiliki dengan pemilikan yang sempurna, bersifat subur atau berpotensi untuk berkembang (nama’), sempurna haul ke atas nisab, melebihi keperluas asas seseorang dan bebas daripada bebanan hutang. Walaupun terdapat perselisihan pendapat dalam kalangan ‘ulama fiqh tentang kewajipan sumber zakat ini, namun pendapat yang dominan dalam kalangan fuqaha’ bersetuju gaji dan pendapatan profesional wajib dikenakan zakat. Di Malaysia, sebahagian besar kajian terdahulu pada peringkat awalnya lebih cenderung untuk melihat struktur organisasi dan pentadbiran zakat di Malaysia. Kajian yang memberi tumpuan kepada struktur organisasi ini penting kerana di Malaysia setiap negeri bebas membentuk struktur pentadbiran hal ehwal Islam mengikut kesesuaian negeri masing-masing (Aidit Ghazali, Jamil Osman, Mohamed Abdul Wahab, Mohd. Arif, Mohd Azmi Omar & Syed Abdul Hamid Al-Junaid ,(1990). Perkara ini perlu
  • 3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 86 difahami termasuklah bidang kuasa zakat yang berada di bawah hal ehwal Islam (Mohd. Ali Baharum, 1989; Mohamed Dahan Abdul Latif, 1998). Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Raja atau Sultan merupakan ketua Agama Islam bagi sesebuah negeri. Manakala bagi negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan, Yang Dipertuan Agong adalah orang yang bertindak sebagai Ketua Agama (Mustafa Abdul Rahman, 1989; Mohd. Daud Bakar, 1998). Seterusnya, di bawah Ketua Agama terdapat Majlis Hal Ehawal Agama Islam Negeri (MAIN) dan diikuti pula Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri (JAIN). JAIN merupakan badan yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan undang-undang dan dasar zakat di Malaysia. Rajah 1 di bawah menunjukkan carta organisasi Institusi Zakat di Malaysia. Rajah 1: Carta Organisasi Institusi Zakat Di Malaysia Sumber : Laporan Zakat 2004, PPZ Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Terdapat 14 buah pusat zakat atau institusi zakat yang menguruskan hal ehwal zakat seperti menaksir, memungut dan mengagihkan zakat. Jumlah 14 buah pusat zakat ini mewakili 14 buah negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan. Selain kajian yang memberi tumpuan kepada struktur organisasi dan pentadbiran zakat, terdapat juga kajian yang meneliti perbezaan dari sudut perlaksanaan dan taksiran zakat pendapatan bagi negeri-negeri di Malaysia. Di Malaysia, fatwa mewajibkan zakat pendapatan telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1997 kepada semua negeri-negeri di Malaysia kecuali negeri Perak yang tidak mewajibkan zakat ini bagi individu Muslim di negeri tersebut (Mohd Aidil Abdul Aziz & M. Hussin Abdullah, 2013). Manakala kajian Mohd Aidil Abdul Aziz & M. Hussin Abdullah (2013) antara kajian yang meneliti perlaksanaan zakat pendapatan di Perak. Walaupun zakat pendapatan telah diketahui umum dan usaha meningkatkan kesedaran serta kepatuhan pembayarannya giat dilaksanakan, namun terdapat golongan yang masih belum menerima perlaksanaan zakat tersebut. Kajian Mujaini Tarimin (2000), menjelaskan terdapat tiga golongan masyarakat yang mempunyai perbezaan tanggapan
  • 4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 87 terhadap perlaksanaan zakat pendapatan ini. Pertama, golongan yang tidak menerima kewajipan zakat pendapatan atas alasan dari segi hukumnya. Mereka beranggapan hukum kewajipan zakat ini tidak diasaskan atas nas-nas yang benar. Kedua, golongan yang menerima kewajipan zakat pendapatan berasaskan hujah zakat ini ada kepentingan umum atas dasar kemaslahatan masyarakat. Dan ketiga, golongan yang mewajibkan zakat ke atas pendapatan berdasarkan nas wahyu al-Qur’an dan al-Hadith. Walaubagaimanapun golongan yang menerima hukum kewajipan zakat ini masih berbeza pandangan berkaitan syarat haul, jumlah nisab dan kadar zakat tersebut. Jadual 1 menunjukkan taburan penduduk Islam yang bekerja dan prestasi bilangan pembayar zakat dari tahun 2009 hingga 2012. Jadual 1: Penduduk Islam yang bekerja dan prestasi pembayar zakat Malaysia 2009-2012 Tahun Pekerja (‘000) Pembayar Zakat Bilangan Kenaikan Peratus Kenaikan (%) 2009 5,120.1 662,710 76,177 12.99 2010 5,399.5 694,041 31,331 4.73 2011 5,595.5 761,420 67,379 9.71 2012 5,819.9 886,510 125,090 16.43 Sumber :Jabatan Perangkaan Malaysia 2012 dan Laporan Zakat PPZ MAIWP 2012. Daripada jadual tersebut, peratusan pembayar zakat di Malaysia masih belum mencapai 20% jumlah pembayar. Peratusan ini dilihat agak rendah berbanding dengan peratusan pembayaran cukai pendapatan. Fenomena yang berlaku ini mendapat pelbagai reaksi dan pandangan dari golongan penyelidik. Mereka berpandangan bahawa kesedaran dan pegangan agama yang tinggi adalah antara faktor utama untuk mendidik individu Islam patuh kepada kewajipan berzakat (Kamil Md Idris, 2002; Zainol Bidin, 2008; Ahmad Radhuan Ghazali, 2009; Mohd Faisol Ibrahim & Suhaina Musani, 2010 dan Ram Al Jaffri Saad, 2010). Mereka harus percaya akan kewujudan hari akhirat iaitu suatu hari yang dijanjikan Allah segala bentuk pembalasan. Apabila kepercayaan wujudnya hari pembalasan ini, maka tanggungjawab sebagai khalifah Allah akan mereka pikul sebagai satu amanah. Manusia adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah SWT dan hidup di dunia dengan menikmati segala sumber alam yang diberikan oleh penciptaNya. Mereka akan menjalankan aktiviti pengeluaran dan pembangunan dengan mengintergrasikan sumber alam dan kebijaksanaan ilmu manusia untuk mendapatkan harta. Justeru, zakat adalah proses mensucikan harta tersebut dari segala bentuk dosa dan satu bentuk perkongsian nikmat dari sumber alam tersebut. Sehubungan dengan itu, membayar zakat pendapatan adalah satu ibadah wajib dan kegagalan menunaikannya menjadikan mereka antara golongan yang dimasukkan ke dalam neraka. Namun persoalannya, bagaimana kefahaman individu Muslim terhadap konsep manusia sebagai makhluk pelaku pembangunan dalam konteks Islam yang sebenar. Apakah ada perbezaan konsep ini dari perspektif lazim dan juga Islam. Dan bagaimana perincian manusia selaku pelaku pembangunan berteraskan Islam dapat
  • 5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 88 dihubungkan dengan kepatuhan dalam berzakat. Hal ini akan diperjelaskan dalam bahagian berikutnya.
  • 6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 89 KONSEP MANUSIA SEBAGAI PELAKU PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM Berdasarkan perbincangan sebelum ini, fenomena kepatuhan zakat pendapatan mempunyai hubungan dengan kesedaran masyarakat tentang tanggungjawab sebagai khalifah Allah dalam segala bentuk aktiviti dan pembangunan. Apabila kesedaran terhadap tanggunjawab ini agak rendah, isu ketaatan pembayaran zakat pendapatan menjadi semakin rumit apabila wujud perbezaan pandangan individu dan persekitaran fatwa yang wujud (Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Noor, 2004). Namun, perbezaan persekitaran fatwa ini bukanlah salah alasan yang kukuh untuk tidak membayar zakat. Terdapat kajian-kajian yang telah memberi justifikasi kukuh kewajipan zakat pendapatan ini adalah satu bukti keadilan apabila golongan profesional yang mempunyai pendapatan lebih lumayan dari petani wajar dikenakan zakat atas harta yang mereka perolehi (Yusuf al-Qaradawi 2000; Mujaini Tarimin, 1995; Kamil Md Idris, 2002 & Zainol Bidin, 2008). Sehubungan dengan itu, bagi melahirkan rasa tanggujawab dan rasa bertuhan dalam setiap amalan dan ibadah, masyarakat perlulah melihat dengan jelas peranan manusia itu sendiri sebagai pelaku pembangunan berteraskan Islam yang sebenar. Menurut Muhammad Syukri Salleh (2003), dalam pembangunan berteraskan Islam, tasawur Islam dijadikan acuan kepada pembentukan pembangunan berteraskan Islam yang tulen. Beliau juga menggariskan terdapat tiga pokok tasawur Islam iaitu Allah adalah Pencipta, manusia adalah makhluk dan alam semesta juga adalah makhluk. Jadual 2 berikut menghuraikan pembangunan berteraskan Islam dari aspek-aspek tasawur, epistemologi dan ontologi. Jadual 2: Rumusan Aspek-aspek Pembangunan Berteraskan Islam Aspek Pembangunan Berteraskan Islam Pentakrifan pembangunan i. Merangkumi kedua-dua pembangunan rohani dan pembangunan fizikal / material secara bersepadu. ii. Berfungsi sebagai alat peribadatan kepada Allah untuk memenuhi fungsi manusia sebagai hamba dan khalifah Allah. iii. Melibatkan dimensi menegak (hablumminallah) dan mendatar (hablumminannas). Sumber ilmu utama i. Dalil-dalil naqli (al-Quran & Hadis) ii. Dalil-dalil ‘aqli (Ijmak Ulama dan Qiyas). Konsep-konsep asas Pegangan Asas i. Allah sebagai Pencipta ii. Manusia sebagai makhluk iii. Sumber alam sebagai makhluk Fokus utama pembangunan i. Manusia juga merangkumi elemen-elemen dalaman (hati, nafsu dan akal) selain elemen-elemen fizikal. ii. Penggunaan sumber mengikut keperluan.
  • 7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 90 Tahap-tahap pembangunan i. Tahap nafsu rendah ke tahap nafsu yang tinggi ii. Tahap iman rendah ke tahap iman yang tinggi iii. Tahap masyarakat jahil kepada tahap masyarakat beriman dan bertakwa dan melahirkan tamadun yang memenuhi keperluan semua ahli masyarakat. Matlmat akhir pembangunan Mardat Allah (mendapat keredhaan Allah) Sumber: Fadzila Azni Ahmad, 2010 Elemen manusia menurut pembangunan berteraskan Islam merujuk kepada konsep manusia berdasarkan tasawur dan epistemologi Islam. Manusia bukan sekadar sebagai pengeluar atau penguna yang mengambil kira hanya kekuatan fizikal, akal, kemahiran dan apa-apa sahaja yang berbentuk lahir. Malah, manusia mempunyai tugas dan amanah yang lebih khusus iaitu status mereka sebagai hamba dan khalifah Allah SWT seperti mana dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan supaya mereka menyembah Aku.”(al-Dhariyah, 51:56) “Ingatlah ketikaTuhanmuberfirmankepada para malaikat: ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan sesorang khalifah di muka bumi’. Mereka berkata: ‘Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?’ Tuhan berfirman: ‘Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”(al-Baqarah, 2:30) ANALISIS PERKAITAN ANTARA MANUSIA SEBAGAI PELAKU PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM DENGAN KEPATUHAN BERZAKAT Sebagaimana yang telah dihuraikan sebelum ini, isu kepatuhan zakat pendapatan merupakan satu persoalan yang sering dibincangkan. Walaupun pelbagai usaha dijalankan oleh pihak-pihak tertentu dalam memberi kesedaran tentang kewajipan zakat pendapatan, namun jumlah peningkatan tersebut masih belum signifikan dengan jumlah individu Muslim yang berkerja di Malaysia. Dalam usaha memberi kesedaran ini, masyarakat perlu melihat dan meneliti kembali tugas dan amanah dijadikan manusia sebagai hamba dan khalifah dalam konsep muzaki (pembayar zakat) sebagai pelaku pembangunan berteraskan Islam. Bahagian ini akan merumuskan perkaitan antara konsep tersebut dengan kepatuhan zakat pendapatan kepada tiga pola perbincangan. Pertama, zakat pendapatan sebagai satu bentuk sistem kewangan yang adil. Secara umumnya semua individu Islam yang layak membayar cukai pendapatan, mereka secara tidak langsung layak membayar zakat pendapatan. Kelayakan ini berdasarkan kepada kadar cukai pendapatan adalah jauh lebih tinggi berbanding kadar zakat pendapatan
  • 8. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 91 (Mohd Faisol Ibrahim & Suhaina Musani, 2010). Selain itu kadar zakat pendapatan adalah tetap iaitu 2.5 peratus setahun manakala kadar cukai pendapatan sering berubah-ubah mengikut kadar yang diumumkan semasa belanjawan dibentangkan mengikut suasana ekonomi negara. Hal ini jelas menunjukkan Islam itu adil dan memberi kelebihan kepada umatnya. Justeru, peranan muzaki dalam konsep manusia sebagai pelaku pembangunan, adalah untuk melahirkan rasa tanggunjawab dalam berkongsi harta yang diperolehi dari sumber alam yang telah kita gunakan dengan mereka yang tidak berkemampuan. Harta yang diperolehi dalam bentuk pendapatan diwajibkan dalam Islam untuk dikeluarkan zakat sebelum melakukan perbelanjaan dan penggunaan terhadap barang dan perkhidmatan (Azman Ab Rahman, Amiruddin Mohd Sobali & Syed Mohd Najib Syed Omar, 2012). Dengan wujudnya rasa tanggunjawab ini, ia dapat mendidik masyarakat agar berhemah dalam berbelanja. Berhemah bermaksud mengutamakan sesuatu yang wajib sebelum memenuhi kehendak dan keperluan hidup kerana Islam mengatur kehidupan umatnya yang sentiasa hidup dalam bersyariat. Hal ini secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat tidak melupakan Allah dalam setiap perkara yang dilakukan. Kedua, zakat pendapatan sebagai bentuk pengagihan yang mengutamakan hubungan antara manusia sesama manusia (hablumminannas). Keistimewaan ibadah yang diwajibkan oleh Allah SWT adalah ianya sentiasa bertunjangkan tasawur Islam iaitu melibatkan hubungan antara manusia dengan Tuhan dan manusia semasa manusia. Justeru, apabila individu Islam patuh kepada kewajipan zakat pendapatan, secara tidak langsung dana zakat negara semakin meningkat. Peningkatan ini secara langsung akan meningkatkan jumlah bantuan yang diberikan kepada golongan asnaf yang layak dan meluaskan lagi peluang asnaf-asnaf yang terpinggir untuk terus diberi bantuan (Sanep Ahmad & Zulkifli, 2010). Apabila dana yang dikutip ini diagihkan dengan begitu komprehensif kepada semua golongan asnaf, ia dapat membantu meningkatkan sosio ekonomi dan kehidupan golongan-golongan ini. Di samping itu, masyarakat yang diberi bantuan akan merasai keadilan dalam sistem kewangan Islam. Harta dan kekayaan di agih-agihkan manakala sumber alam yang dikurniakan Tuhan berjaya diproses untuk menghasilkan pendapatan seterusnya pendapatan itu dikongsi dalam bentuk zakat. Firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang faqir, dan orang-orang miskin, dan ‘amil-’amil yang menguruskannya, dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir dalam perjalanan. Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah: 60)
  • 9. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 92 Ketiga, matlamat akhir kepatuhan zakat pendapatan adalah untuk mendapat mardat Allah SWT (keredhaan Allah). Di dalam tasawur Islam, matlamat akhir sesuatu perkara sama ada perkara ibadah wajib atau perkara berkaitan pembangunan manusia secara umum, pengakhirannya adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT. Manusia boleh mencari harta sebanyak mana mereka inginkan. Namun, harta yang dicari mestilah dari sumber yang halal kerana zakat dari sumber yang haram adalah ditegah oleh Islam. Apabila manusia memperolehi harta ia perlu diurus berteraskan Islam dan bukannya berdasarkan nafsu semata-mata (Shereeza Mohamed Saniff & Nur Inani Ismail, 2013). Dalam konteks ini, pengurusan harta dan iman perlu bergerak seiring agar harta yang diperolehi didahulukan dengan pembayaran zakat dan dibelanjakan dengan berhemah seterusnya segala urusan ini mendapat keredhaan Allah SWT. RUMUSAN Allah SWT telah menciptakan manusia sebagai sebaik-baik makhluk di muka bumi. Namun, suasana kehidupan masyarakat hari ini sama ada dari sudut pembangunan, ekonomi, sosial dan teknologi, ia menjadikan manusia hidup dalam mengejar duniawi. Manusia saling mengejar untuk mengumpul harta dan menambahkan pendapatan, namun ia semakin tersasar bila usaha ini tidak seiring dengan usaha meningkatkan keimanan. Sehubungan itu, manusia perlu berbalik kepada tujuan diciptakan manusia adalah sebagai hamba dan khalifah di muka bumi. Peranan dalam mengejar pembangunan perlu bertunjangkan tasawur Islam yang sebenar. Apabila asas dalam tasawur ini dipegang dengan kuat iaitu menjaga hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesasama manusia, segala bentuk ibadah dan perkara yang diusahakan akan menjadi satu amanah yang sempurna. Kepatuhan zakat pendapatan bukan lagi menjadi satu pertikaian disebabkan khilaf yang wujud dan bukan lagi dianggap sebagai satu motivasi untuk mengurangkan cukai pendapatan atas nama rebat yang diberikan. Namun, ibadah ini adalah kewajipan atas individu Muslim yang memenuhi syarat untuk menunaikannya. Seterusnya, tujuan utama adalah untuk memikul amanah sebagai pelaku pembangunan berteraskan Islam dalam mendapat keredhaan Allah SWT. BIBLIOGRAFI Abdul Hamid Mohd. Hassan. (1988). Antara Zakat dan Cukai Pendapatan: Satu Analisis Penyelarasan. kertas Seminar Zakata dan Cukai Pendapatan. Pusat Matrikulasi Universiti Sains Malaysia. Abdul Rashid Dail. (1979). Zakat Gaji dan Pendapatan Bebas. Islamiyyat. Vol. 2. Adibah Abdul Wahab & Joni Tamkin Borhan (2014). Faktor Penentu Pembayaran Zakat Oleh Entiti Perniagaan Di Malaysia: Satu Tinjaun Teori . Jurnal Syariah, Jil. 22, Bil. 3, 295-322. Aidit Ghazali. (1998). Zakat-Satu Tinjauan.: Petaling Jaya: IBS Buku Sdn Bhd. Al-Ghazali. (1980). Jiwa agama: Iman al-Ghazali, Jilid 8. (TK. H. Ismail dan Yajub SH-MA, terj). Indonesia: Penerbit Perc. Menara Kudus. Al-Ghazali. (2007). Wonders of the Heart (Skellie, W.J., terj). Kuala Lumpur: Islamic Book Trust.
  • 10. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 93 Azizah Dolah & Abd Halim Mohd Noor. (2009). Kaitan Zakat dan Cukai di Malaysia. dlm. Pengintergrasian zakat dan cukai di Malaysia; menerajui kecemerlangan zakat. Disunting oleh Abdul Halim Mohd Noor, Arifin Md Salleh. Rawi Nordin, Mastura Muhamad Said & Siti Norhidayah Taib.Shah Alam Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Azman Ab Rahman, Amiruddin Mohd Sobali & Syed Mohd Najib Syed Omar. (2012). Keengganan Membayar Zakat Menurut Perspektif Syarak dan Perundangan Islam di Malaysia. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam Malaysia. Hanno. M. D., & Violette, G. R. (1996). An Analysis of Moral and Social Compliance on Taxpayer Behaviour, Behavioural Research in Accounting. Kamil Md. Idris (2002). Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan di Kalangan Kakitangan Awam Persekutuan Negeri Kedah. Tesis Kedoktoran, Universiti Utara Malaysia. Kasmuri Selamat. (1995). Kemanisan Beribadah: Imam al-Ghazali. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise. Mahmood Zuhdi Abdul Majid. (1992). Syarat Haul: Satu Penilaian Terhadap Pandangan Al-Qardawi Dalam Masalah Zakat Gaji dan Pendapatan Profesional. Vol. 2, Universiti Malaya. Mohamad Uda Kasim. (2005). Zakat, Teori, Kutipan dan Agihan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Mohd Aidil Abdul Aziz dan M.Hussin Abdullah (2013). The Comparison Between Zakat (Islamic Concept of Taxation) and Income Tax: Perceptions of Academician in the State of Perak, Malaysia. International Conference on Business, Economic and Accounting. Bangkok Thailand, 20-23 March 2013. Mohd Ali Mohd Nor, Hairunnizam Wahid & Nor Ghani Md Nor. (2004). Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan dalam Kalangan Kakitangan Profesional Universiti Kebangsaan Malaysia Islamiyyat, 26(2), (59-67). Mohd Faisol Ibrahim & Suhaina Musani. (2010). Zakat dan Perlaksanaannya di Malaysia. Sabah: Ahli Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM). Mohd Safri Mahat. (2006). Zakat Perniagaan: Cabaran Perlaksanaan di Malaysia. dlm. Zakat Pensyariatan Perekonomian dan Perundangan. Disunting oleh Abdul Ghafar Ismail & Hailani Muji Tahir. Selangor:Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Muhamad Syukri Salleh. (2002). Pembangunan berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd. Muhamad Syukri Salleh. (2003). Tujuh prinsip pembangunan berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Zebra Editions Sdn. Bhd. Muhammad Kamal ‘Atiyah. (1995). Perakaunan Zakat: teori dan Praktis. Mohd Nor Ngah, Terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mujaimi Tarimin. (2012). Zakat Al-Mal Al-Mustafad Amalan dan Pengamalan di Malaysia: Kuala Lumpur:Izshen Ventures Sdn Bhd. Mujaini Tarimin. (1995). Zakat Pendapatan (Al-Mal Al-Mustafad) Hukum dan Persoalannya. Kuala Lumpur: Khaisa Services Sdn Bhd. Mujaini Tarimin. (2012). Zakat Al-Mal Al-Mustafad Amalan dan Pengamalan di Malaysia: Izshen Ventures Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Musa Ahmad, Ariffin Md Salleh & Abdullah Said. (2009). Penerokaan Sumber Zakat Baru di Malaysia. dlm. Abdul Halim Mohd Noor et. al. Pengintergrasian zakat
  • 11. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 94 dan cukai di Malaysia; menerajui kecemerlangan zakat. Shah Alam Selangor: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Nor Adilah Ahmad Shokari (2011). Kepatuhan Terhadap Zakat Perniagaan: Kajian di Kalangan Pengusaha Stesen Minyak di Pulau Pinang. Disertasi Sarjana, Universiti Utara Malaysia. Ram al-Jaffri Saad (2010). Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan di Negeri Kedah Darulaman. Tesis Kedoktoran Universiti Utara Malaysia. Rubiah Ghazali. (2010). Rebet Cukai Zakat Perniagaan: Keberkatan Dalam Pengurusan Kewangan Negara (Makalah , Seminar Persidangan Zakat dan Cukai Kebangsaan 2010, 5 Oktober 2010). Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahid. (2004). Persepsi dan Kesedaran Terhadap Perluasan Sumber Zakat Harta Yang Diiktilaf. Dlm. Prosiding Seminar Hala Tuju Zakat Korporat di Alaf baru. Disunting oleh Hailani Muji Tahir dan Abd. Ghafar Ismail. Bangi: Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sanep Ahmad & Zulkifli. Model Gelagat Kepatuhan dan Pengelakan Zakat: Satu Tinjauan Teori (Prosiding Seminar Seventh International Conference: The Tawhidi Epitemology: Zakat and Waqf Economy, Bangi 2010), 501-516. Shereeza Mohamed Saniff & Nur Inani Ismail. (2013). Urus Harta Urus Iman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy. (1976). Pedoman Zakat. Jakarta: Penerbit Bulan Bintang. Yusuf al-Qaradawi. (1998). Peranan nilai dan akhlak dalam ekonomi Islam. Terj. Kuala Lumpur:Metacorp Bhd. Yusuf al-Qaradawi. (2000). Kemiskinan Dan Cara Islam Mengatasinya. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia. Zahri Hamat. (2004). Perakaunan Zakat Pendapatan: Satu Analisis Semula. dlm. Prosiding Muzakarah Pakar Zakat. Disunting oleh Hailani Muji Tahir, Abd. Ghafar Ismail & Zamzuri Zakaria. Bangi: Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Zainol Bidin & Kamil Md Idris (2009). Ramalan Niat Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji: Perbandingan Teori Tindakan Beralasan dan Teori Gelagat Terancang . IJMS 16 (2), 1-19. Zainol Bidin (2008). Faktor-faktor Penentu Niat Gelagat Kepatuhan Zakat Pendapatan Gaji. Tesis Kedoktoran, Universiti Utara Malaysia. Zulkarnain Yusof. (1994). Percukaian Negara Islam: Perbandingan Percukaian Moden Dengan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.