SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 8
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Pendidikan Psikologi                                                 DP. Jilid 7, Bil. 2/2007



  Konsep Keadilan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai Menurut Perspektif
                                Islam

                                    Rizal Ariffin
                                 Hairul Nizam Ismail
                                   hairul@usm.my

Pendahuluan
Keadilan dalam Islam tidak terbatas tentang soal pemerintahan, kehakiman dan hukum-
hakam semata-mata. Ia sebenarnya mencakupi keseluruhan sudut kehidupan manusia
tanpa sebarang pengecualian. Keadilan juga sebenarnya bermula daripada pendidikan.
Pendidikan yang bersifat adil terhadap manusia dan sifat-sifat keinsanannya akan
melahirkan pula manusia yang adil terhadap seluruh makhluk di alam ini. Keadilan sering
kali dikaitkan dengan pembahagian sama rata. Tetapi Islam memandang keadilan bukanlah
pembahagian sama rata kerana pembahagian tersebut akan menyebabkan ada pihak
yang dizalimi kerana tidak mendapat haknya ataupun mendapat sesuatu yang bukan
haknya. Bukti keadilan jelas terpampang dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang sepatutnya
menjadi rujukan manusia. Firman Allah yang bermaksud:

        “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa
        menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi
        menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu
        terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan
        keadilan, hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana
        sikap adil itu lebih hampir kepada takwa, dan bertakwalah kepada
        Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan
        apa yang kamu lakukan”
                                                                  (Al-Maidah:8).
Bukti kejayaan konsep keadilan boleh disaksikan dalam As-Sirah yang mencatat bukti-
bukti dan hasil-hasil kejayaan yang diraih kerana melahirkan generasi para Sahabat
yang unggul hasil daripada satu bentuk pendidikan yang adil. Tulisan ini cuba mengupas
tentang konsep keadilan pendidikan menurut perspektif Islam yang sebenarnya terlebih
dahulu diamalkan dalam pendidikan Nabi Muhammad s.a.w sebelum ianya ditemui oleh
sarjana-sarjana Barat.

Konsep Keadilan Pendidikan
Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1992), keadilan pada umumnya adalah
tentang; (i) pengetahuan dan kebolehan untuk menempatkan yang betul dan wajar bagi
sesuatu benda atau manusia, (ii) kebenaran yang menentang kesalahan, (iii) cara atau
batasan, (iv) keuntungan kerohanian terhadap kerugian, dan (v) kebenaran terhadap
kepalsuan. Menurutnya lagi, dalam soal ilmu pula, manusia harus melakukan keadilan
terhadap ilmu itu sendiri, mengetahui batas kegunaannya, keutamaannya serta penempatan
yang sesuai dan wajar agar dapat menghasilkan sesuatu yang harmoni pada diri orang
yang memiliki ilmu. Berdasarkan penjelasan ini, keadilan bererti meletakkan sesuatu
66
DP. Jilid 7, Bil. 2/2007                                            Pendidikan Psikologi

sesuai pada tempatnya. Dalam agama Islam, sifat adil adalah amat hampir dengan sifat
takwa . Ini dibuktikan daripada petikan ayat yang dinyatakan di atas iaitu; “...hendaklah
kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada
takwa, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui
dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan” (Al-Maidah:8).

Keadilan mesti dilaksanakan pada semua peringkat dan lapangan. Konsep keadilan dalam
pendidikan ialah mengajar dan mendidik para pelajar sesuai dengan kemampuan akal
dan stail pembelajaran mereka. Abdullah Nasih Ulwan (1988) telah menyenaraikan
beberapa hadith yang membuktikan Rasulullah s.a.w sebagai seorang yang adil dalam
menyampaikan ajaran Baginda. Sebuah hadith menyatakan; “Kami golongan para
nabi, telah diperintahkan untuk berbicara kepada manusia menurut ukuran akal-
akal mereka.” Beliau juga memetik sebuah hadith mauquf dari Sahih Al-Bukhari yang
bermaksud; “Berbicaralah kepada manusia dengan apa yang boleh mereka
mengerti. Apakah kamu mahu mereka mendustakan Allah dan RasulNya?.”

Hadis-hadis seperti ini merupakan satu pengiktirafan terhadap konsep perbezaan individu
dalam pendidikan Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w sebagai seorang pendidik yang
unggul telah menunjukkan keprihatinan Baginda kepada perbezaan tersebut. Sering
diriwayatkan bahawa apabila baginda diajukan dengan sesuatu soalan, jawapan baginda
berbeza mengikut diri individu yang bertanya. Sebagai contoh, Baginda pernah ditanya
oleh salah seorang Sahabat Baginda tentang apakah amalan yang paling disukai Allah?.
Baginda memberi jawapan iaitu solat dalam waktunya, apabila soalan yang sama
dikemukakan oleh Sahabat Baginda yang lain, Baginda menjawab iaitu berbuat baik
kepada kedua ibu bapa. Begitulah cara baginda menjawab mengikut keadaan dan situasi
individu yang bertanya. Yusuf Al-Qardhawi (2000) menegaskan perkara ini dengan
menyatakan bahawa sesuatu yang baik untuk seseorang individu tidak semestinya sesuai
atas orang lain. Menurutnya lagi, guru yang baik dan berkesan ialah guru yang dapat
menyampaikan ilmunya sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. Beliau telah
menyenaraikan lima bukti yang menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w ialah seorang
pendidik yang mengambil kira perbezaan individu dalam menyampaikan pengajarannya
iaitu Baginda:

     (i) memberi nasihat yang bersesuaian mengikut perbezaan setiap individu yang
         meminta nasihat.
     (ii) memberikan jawapan yang berbeza terhadap pertanyaan yang sama yang
          disesuaikan dengan individu yang bertanya.
     (iii) berperilaku dan bersikap berbeza mengikut kesesuaian orang yang bergaul
           dengannya.
     (iv) menyampaikan perintah dan hukum taklif yang disesuaikan dengan
          kemampuan orang yang menerimanya.
     (v) melaksanakan hukuman dan menerima sesuatu perangai seseorang tetapi
         tidak pula menerimanya dari seseorang yang lain kerana wujudnya
         perbezaan situasi.


                                                                                      67
Pendidikan Psikologi                                                  DP. Jilid 7, Bil. 2/2007

Dalam dunia pendidikan, apabila usaha mendidik dilakukan oleh orang yang bukan ahli
ataupun pelajar yang menerima didikan itu dididik mengikut cara yang tidak mampu
diikuti oleh pelajar tersebut, maka akan berlakulah ketidakadilan. Al-Qardhawi (2000)
menyatakan bahawa seseorang guru dikira berdosa jika dia mendidik setiap pelajarnya
tanpa mengambil kira sama ada ilmu yang disampaikan itu boleh difahami dan boleh
membawa manafaat kepada pelajar. Tegasnya, meletakkan sesuatu perkara sesuai pada
tempatnya akan memberi manfaat dan sebaliknya, jika perkara tersebut tidak seperti
yang sepatutnya, ia tidak mungkin membawa mudarat.

Keadilan Pendidikan dan Kepelbagaian Kecerdasan Manusia
Bidang pendidikan merupakan tulang belakang dalam menentukan keutuhan sesebuah
tamadun manusia. Pendidikan yang adil dapat memberi jaminan kepada kejayaan dalam
sesuatu sistem pendidikan. Pada tahun 1983, Howard Gardner dari Harvard University,
Amerika Syarikat telah mengutarakan suatu konsep yang berteraskan kepada ’pendidikan
yang adil’ melalui teorinya yang dikenali sebagai teori Kecerdasan Pelbagai (Theory of
Multiple Intelligences). Teori ini menghampiri konsep pendidikan Rasulullah s.a.w.
yang menghargai perbezaan individu. Menurut teori ini, setiap individu memiliki lapan
jenis kecerdasan iaitu kecerdasan verbal-linguistik, logikal-matematikal, visual-ruang,
muzikal, kinestetik, naturalistik, interpersonal dan intrapersonal. Gardner (2005) juga
membuat satu spekulasi tentang wujudnya kecerdasan yang kesembilan iaitu ‘existential
intelligence’ yang beliau gelarkan sebagai ‘intelligence of big questions’. Malahan
beliau sendiri tidak menghalang sesiapa yang ingin menambah sebarang kecerdasan lain
yang dirasakan sesuai seperti kecerdasan emosi dan spiritual.

Sehubungan itu, Teori Kecerdasan Pelbagai ini mempunyai beberapa kelebihan yang
tertentu. Antara kelebihan yang boleh dikenal pasti ialah; (i) membantu pelajar memahami
kemampuan (kecerdasan) mereka sendiri dan kemampuan orang-orang di sekeliling
mereka, (ii) memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar tentang menggunakan sepenuhnya
kekuatan (kecerdasan) dalam diri mereka dan membaiki kelemahan diri mereka, (iii)
membina keyakinan diri pelajar, dan (iv) menyediakan untuk pelajar satu pembelajaran
yang sukar dilupakan dan dengan itu juga membantu pelajar untuk belajar dengan lebih
baik. Dengan menghargai kekuatan dan kecerdasan yang dimiliki oleh individu tertentu,
teori ini jelasnya menuntut setiap individu pelajar diberi peluang untuk berjaya dalam
bidangnya yang tertentu. Inilah bentuk ’keadilan’ yang diperjuangkan oleh teori ini.

Sarjana-sarjana Islam menekankan bahawa sarjana-sarjana Barat bukanlah semuanya
’pengasas sebenar’ sesuatu konsep atau teori yang ada pada hari ini. Seyyid Hossein
Nasr (1994, dalam Rohana Kamaruddin, Kamisah Osman & Tajul Ariffin (2005)
menyatakan bahawa sebenarnya dunia Barat sering mengambil elemen-elemen tertentu
daripada sains Islam dan kemudiannya diolah semula dan dicorakkan mengikut ‘world-
view’ Barat yang bersifat sekular dan mekanistik. Menurut Gamal (2003), Ibnu Khaldun
contohnya pernah terlebih dahulu menyentuh tentang beberapa jenis kecerdasan iaitu al-
aql at-Tamyizi (discerning intellectual), al-aql at-Tajribi (experimental intellectual)
dan al-aql an-Nazari (speculative intellectual). Al-Aql at-Tamyizi ialah akal yang dapat
merasai benda-benda yang berada di luar daripada diri seseorang itu serta ciri-ciri benda
tersebut sehingga seseorang itu mampu pula mengambil sesuatu manfaat atau menghindari

68
DP. Jilid 7, Bil. 2/2007                                            Pendidikan Psikologi

bahaya daripada benda-benda tersebut. Al-aql at-Tajribi pula ialah kemampuan seseorang
membezakan yang baik dan buruk melalui pergaulannya sesama manusia serta dapat
membuat keputusan dengan pantas tentang perkara yang wajib dilakukan dan wajib
dihindari dalam pergaulannya. Manakala al-Aql an-Nazari pula ialah idea atau keinginan
yang tiada kaitan dengan perbuatan. Ringkasnya, Ibnu Khaldun berpendapat bahawa
manusia belajar melalui pengalaman, pancaindera dan proses akalnya.

Persoalannya sekarang ialah apakah cara terbaik bagi orang-orang Islam agar boleh
menerima Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner yang tidak menganut agama Tauhid?.
Sudah tentu sekali beliau tidak mampu mengaitkan setiap perkara yang ingin dikaji supaya
bersesuaian dengan konsep keimanan berlandaskan Islam. Penulis berpendapat tiada
salahnya kita menerima teori tersebut dan berusaha menambah baik sudut-sudut yang
tidak mampu diterokai oleh Gardner. Dalam soal ini Rasulullah s.a.w pernah menyatakan;
“Hikmah adalah sesuatu yang hilang dari orang beriman, di mana sahaja dia
menemuinya maka dialah yang lebih layak untuk mengambilnya”. Walaupun
daripada perspektif Islam Gardner bukanlah ‘pengasas sebenar’ konsep kepelbagaian
kecerdasan, namun tidak dapat dinafikan beliau telah berjaya meletakkan konsep ini
dalam bentuk yang lebih tersusun sehingga beliau hari ini diiktiraf sebagai ‘pelopor’
dalam teorinya.

Pembaziran modal insan dalam konteks pendidikan
Kegagalan kita mengenal pasti kecerdasan secara kontekstual akan memberi kesan
terhadap pengurusan modal insan dalam pendidikan negara. Dalam lain perkataan,
kegagalan ini mengakibatkan pembaziran sumber manusia. Pelajar-pelajar sekolah yang
berada dalam kelas-kelas tercorot tidak semestinya tidak cerdas. Malah mereka mungkin
mempunyai tahap kecerdasan yang lebih tinggi dalam domain tertentu berbanding rakan
mereka di dalam kelas yang lebih baik. Namun pelajar di dalam kelas tercorot tidak
dapat merealisasikan kebolehan mereka dalam sistem pendidikan hari ini yang
berorientasikan peperiksaan yang pada umumnya hanya memberi nilai yang tinggi
terhadap kecerdasan verbal-linguistik dan logik-matematik semata-mata sahaja. Sekiranya
pelajar seperti ini mempunyai peluang untuk menonjolkan kecerdasan-kecerdasan mereka
yang lain, pasti mereka juga boleh berjaya seperti pelajar lain. Alangkah malangnya
mereka ini yang terus menerus hanyut bertahun-tahun lamanya dalam arus pendidikan
yang tidak adil. Mereka adalah insan yang perlu ’dilayan secara adil’ supaya sama-sama
berpeluang untuk berjuang membangun diri dan negara.

Minat untuk belajar memainkan peranan yang amat penting dalam pembelajaran. Tanpa
’keadilan’, pelajar mungkin akan hilang minat untuk belajar. Dengan adanya minat, perkara
yang sukar akan sanggup dilalui dengan penuh ketabahan. Minat adalah modal terpenting
dalam diri manusia untuk belajar. Minat untuk belajar akan hadir dan timbul dalam diri
pelajar apabila mereka merasai bahawa mereka mempunyai harapan untuk menguasai
sesuatu kemahiran dan ada ruang serta peluang untuk berjaya. Pelajar yang kurang
minat atau kurang harapan untuk berjaya akan menunjukkan tingkah laku yang negatif
terhadap pembelajaran. Keterbatasan peluang dan ruang ditunjukkan melalui gejala
ponteng kelas dan ponteng sekolah. Kedua-dua masalah ponteng ini juga wujud apabila
ada daya tarikan lain yang lebih kuat berbanding daya tarikan budaya sekolah dan

                                                                                      69
Pendidikan Psikologi                                                 DP. Jilid 7, Bil. 2/2007

persekolahan. Pelajar merasa bosan menjalani sesi pembelajaran yang dirasakan kurang
bermanfaat kepada mereka.

Guru perlu mahir mengaplikasikan pendekatan kecerdasan pelbagai dan bertindak sama
ada secara individu mahupun secara kolektif. Guru seharusnya berupaya untuk
menghidupkan pembelajaran agar lebih kontekstual dengan persekitaran dan masa
hadapan pelajar. Guru juga mestilah mempunyai inisiatif untuk memanipulasi potensi
insan yang dididiknya untuk mencapai matlamat pendidikan . Fitrah manusia sememangnya
sukakan sesuatu yang menyeronokkan. Pelajar tentunya akan lebih berminat untuk datang
ke sekolah jika mereka beranggapan bahawa pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah
untuk masa hadapannya dan bukan sebagai satu bebanan.

Jelas sekali bahawa kesahan dan kebolehpercayaan penilaian kecerdasan dalam konteks
yang betul perlu ditekan secara serius dalam pendidikan. Contohnya, pelajar yang cerdas
dalam teori pertanian belum tentu cerdas dan mahir dalam mengerjakan ladang pertanian
yang sebenar. Namun, ada juga manusia yang cemerlang dalam bidang pertanian walaupun
tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang tersebut. Begitu juga halnya dengan
orang-orang asli yang setiap hari memburu binatang di hutan pada umumnya lebih mahir
tentang flora dan fauna berbanding seorang mahasiswa yang mempelajari tabiat haiwan
dan persekitaran hutan secara pendidikan formal. Sehubungan itu, pihak yang
bertanggungjawab perlu menggunakan instrumen yang berupaya mengukur semua jenis
kecerdasan. Menurut Jasmine (1996), manusia yang normal akan mempunyai lebih dari
satu jenis kecerdasan. Malah ada juga manusia yang mempunyai semua jenis kecerdasan.

Mengaplikasi teori Kecerdasan Pelbagai di Malaysia
Menurut Gardner (1991), pendidikan yang berasaskan kepelbagaian kecerdasan lebih
berkesan berbanding pendidikan yang menekankan kepada dua kecerdasan asas iaitu
kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logik-matematik, yang secara langsung atau
tidak langsung telah lama ditekankan secara meluas di semua negara. Perkara ini berlaku
disebabkan pendidikan yang berasaskan kepelbagaian kecerdasan boleh mengembangkan
lagi bakat dan potensi pelajar. Jika selama ini kita hanya mementingkan kefahaman
tentang teori tersebut di dalam dewan-dewan kuliah untuk tujuan peperiksaan semata-
mata, maka kini telah sampai masanya kita beralih kepada aspek pelaksanaannya pula.
Kalau di Barat telah ada projek yang mengaplikasikan teori ini atas sekolah-sekolah
tertentu, maka kita di Malaysia juga perlu mengadakan satu bentuk pengaplikasian yang
sama dalam konteks negara kita. Sejumlah dana yang mencukupi diperlukan untuk
membiayai projek ini dari semua segi bermula daripada pembiayaan tenaga pakar,
penggubalan kurikulum, prasarana, pelajar, guru dan sebagainya. Walaupun belanja yang
diperlukan adalah besar, namun kejayaan projek ini berpotensi menghasilkan insan yang
berkualiti tinggi yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Untuk maksud pengaplikasian ini, adalah dicadangkan agar pihak-pihak yang berkenaan
dapat:
    1. Melatih bakal guru dan guru yang sedia ada di sekolah secara khusus tentang
       teori Kecerdasan Pelbagai dan aplikasinya.


70
DP. Jilid 7, Bil. 2/2007                                            Pendidikan Psikologi

     2. Mewujudkan kelas-kelas perintis di setiap sekolah untuk membiasakan guru-
        guru dan para pelajar dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang
        berasaskan teori Kecerdasan Pelbagai.
     3. Mewujudkan pasukan khas di peringkat sekolah dan kementerian untuk
        memantau dan menilai pelaksanaan dan keberkesanan kelas-kelas perintis
        tersebut.
     4. Menghasilkan satu model kurikulum dan sekolah contoh yang
        mengaplikasikan teori Kecerdasan Pelbagai untuk menjadi panduan kepada
        pelaksanaan secara menyeluruh.

Di Malaysia, ada usaha yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji tempatan untuk menghasilkan
satu instrumen yang kontekstual dengan negara ini. Profesor Madya Dr. Siti Rahayah
Ariffin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengetuai satu projek khas dan
berhasil mencipta satu instrumen yang diberi nama MAMIT (Malaysian Adolescent
Multiple Intelligence Test). Instrumen ini mengukur sembilan jenis kecerdasan kesemuanya
termasuk kecerdasan spiritual. Walau bagaimanapun, instrumen ini tidak dikhususkan untuk
responden yang beragama Islam semata-mata, namun ia menjadi alat ukur yang penting
dalam konteks Pendidikan Islam di Malaysia. Instrumen tersebut setidak-tidaknya menjadi
perintis kepada satu instrumen baru pada masa akan datang yang boleh dikembangkan
khusus untuk diaplikasikan atas orang-orang Islam sahaja.

Penutup
Kita telah memperkatakan tentang pelbagai kecerdasan yang perlu diambil kira oleh
sistem pendidikan kita. Individu yang memiliki kecerdasan selain daripada kecerdasan
verbal-linguistik dan logik-matematik tidak boleh dipinggirkan sama sekali. Namun, kita
tidak boleh menafikan ketinggian darjat yang dianugerahkan Allah terhadap golongan
berilmu yang tentunya menguasai kecerdasan verbal-linguistik dan logik-matematik ini.
Kepentingan golongan ini termaktub dalam surah Al-Alaq yang bermaksud;


          “Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu yang
          menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari
          sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
          Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan
          manusia apa yang tidak diketahuinya.”
                                                                     (Al-Alaq:1-5)
Ayat di atas jelas menyatakan kepentingan kecerdasan membaca. Dalam ayat lain,
Allah menegaskan bahawa orang-orang berilmu diangkat beberapa darjat lebih tinggi
berbanding golongan yang kurang berilmu. Firman Allah yang bermaksud;
.
        “Wahai orang-orang yang beriman! apabila diminta kepada kamu
        memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka
        lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala
        halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun, maka


                                                                                      71
Pendidikan Psikologi                                                       DP. Jilid 7, Bil. 2/2007

         bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang
         beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu
         pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan
         (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang
         kamu lakukan”.
                                                                     (Al-Mujadalah:11)
Dari segi ketaqwaan pula, Allah menegaskan sesungguhnya hamba-hambaNya yang
sebenar-benarnya takutkan Allah ialah golongan para ulama’.

         “Dan demikian pula antara manusia dan binatang-binatang yang
         melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan
         warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (untuk
         melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah
         orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi
         Maha Pengampun.”
                                                                             (Fathir:28).
Ringkasnya, dalam mana-mana masyarakat di dunia ini, golongan yang sering dihormati
dan diberikan kedudukan yang tinggi ialah golongan yang berilmu, yang lazimnya
mempunyai kaitan dengan kecerdasan verbal-linguistik dan logik-matematik yang mereka
miliki. Begitu juga dalam kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w.,mereka mempunyai
darjat-darjat yang berbeza-beza. Malah Allah menyatakan bahawa dalam kalangan para
nabi sendiripun terdapat perbezaan darjat yang tertentu. Semua ini disebabkan oleh
perbezaan ketaqwaan, ilmu dan pengorbanan yang mereka berikan. Maka kita boleh
simpulkan bahawa jenis-jenis kecerdasan juga membezakan darjat manusia bukan sahaja
sesama manusia tetapi juga disisi Allah swt.

Bibliografi
Abdullah Nasih Ulwan.(1988a). Tarbiyyatul Awlad Fil-Islam (Terjemahan: Pendidikan Anak-
        anak dalam Islam oleh Syed Ahmad Semait. Jilid Satu). Pustaka Nasional Pte. Ltd.
        Singapura.
Gamal Abdul Nasir Zakaria. (2003). Prinsip-prinsip pendidikan Islam: Ibnu Sahnun, Al-Qabisi,
       Ibnu Khaldun. PTS Publications & Distributor. Bentong.
Gardner, H. (1993). The unschooled nmind: How children think and how schools should teach.
        Basic Books.
Gardner, H.(2005). Multiple lenses on the mind. Paper presented at the ExpoGestion Conference,
         Bogota Colombia, May 25, 2005. http://www.pz.harvard.edu. Akses pada 17 Julai 2006.
Jasmine, J. (1996). Teaching with Multiple Intelligence. CA: Teacher Created Materials, Inc.
Rohana Kamaruddin, Kamisah Osman & Tajul Ariffin Noordin (2005). Pendekatan Integrasi
       Berteraskan Paradigma Tauhid dalam Pendidikan Sains ke arah Keharmonian dan
       Kesejahteraan Insan. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 4). Fakulti Pendidikan
       UKM. Bangi.



72
DP. Jilid 7, Bil. 2/2007                                                   Pendidikan Psikologi

Shearer, B. (2004). Multiple intelligences theory after 20 years. Journal of Psychology, 138 (3),
         265. http://web114.epnet.com/ akses pada 15 Ogos 2006.
Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (1992). Tujuan dan objektif pendidikan Islam. Penterjemah.
       Samsudin Jaapar. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Yusuf Al-Qardhawi. (2003). Sunnah: Sumber ilmu dan peradaban. Penterjemah. Muhammad
        Firdaus. International Islamic Thought Malaysia. Selangor.
Critiques of Multiple Intelligence Theory: Criticism and Benefits. http://www.cortland.edu/psych/
         mi/critique.html akses pada 15 Disember 2005.




                                                                                              73

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Makalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmuMakalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmu
Abuy Thea
 
Kebijakan pendidikan diindonesia
Kebijakan pendidikan diindonesiaKebijakan pendidikan diindonesia
Kebijakan pendidikan diindonesia
HaubibBro
 
Makalah karateristik islam
Makalah karateristik islamMakalah karateristik islam
Makalah karateristik islam
HaubibBro
 
Pembahasan makalah agama islam tentang kedudukan akal dan wahyu
Pembahasan makalah  agama islam tentang kedudukan akal dan wahyuPembahasan makalah  agama islam tentang kedudukan akal dan wahyu
Pembahasan makalah agama islam tentang kedudukan akal dan wahyu
Puji Winarni
 
Pendidikan karakter untuk memperkecil virus kkn
Pendidikan karakter untuk memperkecil virus kknPendidikan karakter untuk memperkecil virus kkn
Pendidikan karakter untuk memperkecil virus kkn
thehaer
 
Makalah AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH SERTA INTEPRETASI DAN RELEVANSINYA
Makalah AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH SERTA INTEPRETASI DAN RELEVANSINYA Makalah AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH SERTA INTEPRETASI DAN RELEVANSINYA
Makalah AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH SERTA INTEPRETASI DAN RELEVANSINYA
HaubibBro
 

Was ist angesagt? (20)

Makalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmuMakalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmu
 
Kebijakan pendidikan diindonesia
Kebijakan pendidikan diindonesiaKebijakan pendidikan diindonesia
Kebijakan pendidikan diindonesia
 
Makalah karateristik islam
Makalah karateristik islamMakalah karateristik islam
Makalah karateristik islam
 
Makalah sejarah munculnya teologi islam
Makalah sejarah munculnya teologi islamMakalah sejarah munculnya teologi islam
Makalah sejarah munculnya teologi islam
 
Akidah
AkidahAkidah
Akidah
 
Islam dan Ilmu Pengetahuan
Islam dan Ilmu PengetahuanIslam dan Ilmu Pengetahuan
Islam dan Ilmu Pengetahuan
 
makalah teologi islam
makalah teologi islammakalah teologi islam
makalah teologi islam
 
Konsep ilmu
Konsep ilmuKonsep ilmu
Konsep ilmu
 
Filsafat Politik
Filsafat PolitikFilsafat Politik
Filsafat Politik
 
Pembahasan makalah agama islam tentang kedudukan akal dan wahyu
Pembahasan makalah  agama islam tentang kedudukan akal dan wahyuPembahasan makalah  agama islam tentang kedudukan akal dan wahyu
Pembahasan makalah agama islam tentang kedudukan akal dan wahyu
 
Ppt teologi-islam
Ppt teologi-islamPpt teologi-islam
Ppt teologi-islam
 
Pemikiran Abdul Karim Soroush Teks Agama & pemahaman Keagamaan
Pemikiran Abdul Karim Soroush Teks Agama & pemahaman KeagamaanPemikiran Abdul Karim Soroush Teks Agama & pemahaman Keagamaan
Pemikiran Abdul Karim Soroush Teks Agama & pemahaman Keagamaan
 
Fiqh kel 11
Fiqh kel 11Fiqh kel 11
Fiqh kel 11
 
Impelementasi pendidikan sufisme
Impelementasi pendidikan sufismeImpelementasi pendidikan sufisme
Impelementasi pendidikan sufisme
 
Keutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmuKeutamaan menuntut ilmu
Keutamaan menuntut ilmu
 
Memahami Islam Secara Komprehensif
Memahami Islam Secara KomprehensifMemahami Islam Secara Komprehensif
Memahami Islam Secara Komprehensif
 
Islam ditinjau dari aspek teologi
Islam ditinjau dari aspek teologiIslam ditinjau dari aspek teologi
Islam ditinjau dari aspek teologi
 
Pendidikan karakter untuk memperkecil virus kkn
Pendidikan karakter untuk memperkecil virus kknPendidikan karakter untuk memperkecil virus kkn
Pendidikan karakter untuk memperkecil virus kkn
 
Makalah AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH SERTA INTEPRETASI DAN RELEVANSINYA
Makalah AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH SERTA INTEPRETASI DAN RELEVANSINYA Makalah AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH SERTA INTEPRETASI DAN RELEVANSINYA
Makalah AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH SERTA INTEPRETASI DAN RELEVANSINYA
 
Ilmu dalam agama islam
Ilmu dalam agama islamIlmu dalam agama islam
Ilmu dalam agama islam
 

Andere mochten auch (10)

Russian high way_or_no_way
Russian high way_or_no_wayRussian high way_or_no_way
Russian high way_or_no_way
 
2 համաշխարհային
2 համաշխարհային2 համաշխարհային
2 համաշխարհային
 
Your Christmas Response
Your Christmas ResponseYour Christmas Response
Your Christmas Response
 
Module 4 PowerPoint NOVINS
Module 4 PowerPoint NOVINSModule 4 PowerPoint NOVINS
Module 4 PowerPoint NOVINS
 
A+ DMC by Robert Arrigo & Sons - Case Study Nr. 2 Mission Malta 2014
A+ DMC by Robert Arrigo & Sons - Case Study Nr. 2 Mission Malta 2014A+ DMC by Robert Arrigo & Sons - Case Study Nr. 2 Mission Malta 2014
A+ DMC by Robert Arrigo & Sons - Case Study Nr. 2 Mission Malta 2014
 
գգյհդֆկ
գգյհդֆկգգյհդֆկ
գգյհդֆկ
 
NOVINS Module 6
NOVINS Module 6NOVINS Module 6
NOVINS Module 6
 
Cal Christian Fellowship LG - 07-10-19
Cal Christian Fellowship LG - 07-10-19Cal Christian Fellowship LG - 07-10-19
Cal Christian Fellowship LG - 07-10-19
 
Edinci za memoriranje
Edinci za memoriranjeEdinci za memoriranje
Edinci za memoriranje
 
Prezentacija Za Deca 1
Prezentacija Za Deca 1Prezentacija Za Deca 1
Prezentacija Za Deca 1
 

Ähnlich wie kecerdasan-emosi

Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyah
Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyahAspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyah
Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyah
imza90
 
Filsafat pendidikan (Hakikat Tujuan Pendidikan Dalam Islam).docx
Filsafat pendidikan (Hakikat Tujuan Pendidikan Dalam Islam).docxFilsafat pendidikan (Hakikat Tujuan Pendidikan Dalam Islam).docx
Filsafat pendidikan (Hakikat Tujuan Pendidikan Dalam Islam).docx
HaffazFurqani
 

Ähnlich wie kecerdasan-emosi (20)

Makalah shi
Makalah shiMakalah shi
Makalah shi
 
Makalah shi
Makalah shiMakalah shi
Makalah shi
 
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
UICI 2022 -Bab 01 manusia dan ilmu (nota)
 
Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyah
Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyahAspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyah
Aspek aspek pemikiran-kritis_dalam_al-qawa‘id_al-fiqhiyyah
 
Bab 1.konsep ilmu
Bab 1.konsep ilmuBab 1.konsep ilmu
Bab 1.konsep ilmu
 
ppt iip kelompok 9.pptx
ppt iip kelompok 9.pptxppt iip kelompok 9.pptx
ppt iip kelompok 9.pptx
 
UICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmuUICI 2022 - Manusia dan ilmu
UICI 2022 - Manusia dan ilmu
 
Falsafah pendidikan shalmisyam bt shahuddin
Falsafah pendidikan   shalmisyam bt shahuddinFalsafah pendidikan   shalmisyam bt shahuddin
Falsafah pendidikan shalmisyam bt shahuddin
 
makalah metodologi k1.pdf
makalah metodologi k1.pdfmakalah metodologi k1.pdf
makalah metodologi k1.pdf
 
Ipi
IpiIpi
Ipi
 
Ke arah islamisasi bimbingan dan kaunseling
Ke arah islamisasi bimbingan dan kaunselingKe arah islamisasi bimbingan dan kaunseling
Ke arah islamisasi bimbingan dan kaunseling
 
Note 1
Note 1Note 1
Note 1
 
Nota pendidikan islam
Nota pendidikan islamNota pendidikan islam
Nota pendidikan islam
 
Bab 01 manusia & ilmu
Bab 01 manusia & ilmuBab 01 manusia & ilmu
Bab 01 manusia & ilmu
 
Bab 8 Islam dan Ilmu Pengetahuan
Bab 8 Islam dan Ilmu PengetahuanBab 8 Islam dan Ilmu Pengetahuan
Bab 8 Islam dan Ilmu Pengetahuan
 
Ss
SsSs
Ss
 
Hadist Pendekatan Pendidikan Islam.docx
Hadist Pendekatan Pendidikan Islam.docxHadist Pendekatan Pendidikan Islam.docx
Hadist Pendekatan Pendidikan Islam.docx
 
Filsafat pendidikan (Hakikat Tujuan Pendidikan Dalam Islam).docx
Filsafat pendidikan (Hakikat Tujuan Pendidikan Dalam Islam).docxFilsafat pendidikan (Hakikat Tujuan Pendidikan Dalam Islam).docx
Filsafat pendidikan (Hakikat Tujuan Pendidikan Dalam Islam).docx
 
Filsafat pendidikan (Hakikat Tujuan Pendidikan Dalam Islam).pdf
Filsafat pendidikan (Hakikat Tujuan Pendidikan Dalam Islam).pdfFilsafat pendidikan (Hakikat Tujuan Pendidikan Dalam Islam).pdf
Filsafat pendidikan (Hakikat Tujuan Pendidikan Dalam Islam).pdf
 
Filsafat pendidikan (Hakikat Tujuan Pendidikan Dalam Islam).pdf
Filsafat pendidikan (Hakikat Tujuan Pendidikan Dalam Islam).pdfFilsafat pendidikan (Hakikat Tujuan Pendidikan Dalam Islam).pdf
Filsafat pendidikan (Hakikat Tujuan Pendidikan Dalam Islam).pdf
 

Mehr von Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Pensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Pensil Dan Pemadam
 

Mehr von Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

kecerdasan-emosi

  • 1. Pendidikan Psikologi DP. Jilid 7, Bil. 2/2007 Konsep Keadilan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai Menurut Perspektif Islam Rizal Ariffin Hairul Nizam Ismail hairul@usm.my Pendahuluan Keadilan dalam Islam tidak terbatas tentang soal pemerintahan, kehakiman dan hukum- hakam semata-mata. Ia sebenarnya mencakupi keseluruhan sudut kehidupan manusia tanpa sebarang pengecualian. Keadilan juga sebenarnya bermula daripada pendidikan. Pendidikan yang bersifat adil terhadap manusia dan sifat-sifat keinsanannya akan melahirkan pula manusia yang adil terhadap seluruh makhluk di alam ini. Keadilan sering kali dikaitkan dengan pembahagian sama rata. Tetapi Islam memandang keadilan bukanlah pembahagian sama rata kerana pembahagian tersebut akan menyebabkan ada pihak yang dizalimi kerana tidak mendapat haknya ataupun mendapat sesuatu yang bukan haknya. Bukti keadilan jelas terpampang dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang sepatutnya menjadi rujukan manusia. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan, hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan” (Al-Maidah:8). Bukti kejayaan konsep keadilan boleh disaksikan dalam As-Sirah yang mencatat bukti- bukti dan hasil-hasil kejayaan yang diraih kerana melahirkan generasi para Sahabat yang unggul hasil daripada satu bentuk pendidikan yang adil. Tulisan ini cuba mengupas tentang konsep keadilan pendidikan menurut perspektif Islam yang sebenarnya terlebih dahulu diamalkan dalam pendidikan Nabi Muhammad s.a.w sebelum ianya ditemui oleh sarjana-sarjana Barat. Konsep Keadilan Pendidikan Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1992), keadilan pada umumnya adalah tentang; (i) pengetahuan dan kebolehan untuk menempatkan yang betul dan wajar bagi sesuatu benda atau manusia, (ii) kebenaran yang menentang kesalahan, (iii) cara atau batasan, (iv) keuntungan kerohanian terhadap kerugian, dan (v) kebenaran terhadap kepalsuan. Menurutnya lagi, dalam soal ilmu pula, manusia harus melakukan keadilan terhadap ilmu itu sendiri, mengetahui batas kegunaannya, keutamaannya serta penempatan yang sesuai dan wajar agar dapat menghasilkan sesuatu yang harmoni pada diri orang yang memiliki ilmu. Berdasarkan penjelasan ini, keadilan bererti meletakkan sesuatu 66
  • 2. DP. Jilid 7, Bil. 2/2007 Pendidikan Psikologi sesuai pada tempatnya. Dalam agama Islam, sifat adil adalah amat hampir dengan sifat takwa . Ini dibuktikan daripada petikan ayat yang dinyatakan di atas iaitu; “...hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa, dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan” (Al-Maidah:8). Keadilan mesti dilaksanakan pada semua peringkat dan lapangan. Konsep keadilan dalam pendidikan ialah mengajar dan mendidik para pelajar sesuai dengan kemampuan akal dan stail pembelajaran mereka. Abdullah Nasih Ulwan (1988) telah menyenaraikan beberapa hadith yang membuktikan Rasulullah s.a.w sebagai seorang yang adil dalam menyampaikan ajaran Baginda. Sebuah hadith menyatakan; “Kami golongan para nabi, telah diperintahkan untuk berbicara kepada manusia menurut ukuran akal- akal mereka.” Beliau juga memetik sebuah hadith mauquf dari Sahih Al-Bukhari yang bermaksud; “Berbicaralah kepada manusia dengan apa yang boleh mereka mengerti. Apakah kamu mahu mereka mendustakan Allah dan RasulNya?.” Hadis-hadis seperti ini merupakan satu pengiktirafan terhadap konsep perbezaan individu dalam pendidikan Rasulullah s.a.w.. Rasulullah s.a.w sebagai seorang pendidik yang unggul telah menunjukkan keprihatinan Baginda kepada perbezaan tersebut. Sering diriwayatkan bahawa apabila baginda diajukan dengan sesuatu soalan, jawapan baginda berbeza mengikut diri individu yang bertanya. Sebagai contoh, Baginda pernah ditanya oleh salah seorang Sahabat Baginda tentang apakah amalan yang paling disukai Allah?. Baginda memberi jawapan iaitu solat dalam waktunya, apabila soalan yang sama dikemukakan oleh Sahabat Baginda yang lain, Baginda menjawab iaitu berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Begitulah cara baginda menjawab mengikut keadaan dan situasi individu yang bertanya. Yusuf Al-Qardhawi (2000) menegaskan perkara ini dengan menyatakan bahawa sesuatu yang baik untuk seseorang individu tidak semestinya sesuai atas orang lain. Menurutnya lagi, guru yang baik dan berkesan ialah guru yang dapat menyampaikan ilmunya sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. Beliau telah menyenaraikan lima bukti yang menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w ialah seorang pendidik yang mengambil kira perbezaan individu dalam menyampaikan pengajarannya iaitu Baginda: (i) memberi nasihat yang bersesuaian mengikut perbezaan setiap individu yang meminta nasihat. (ii) memberikan jawapan yang berbeza terhadap pertanyaan yang sama yang disesuaikan dengan individu yang bertanya. (iii) berperilaku dan bersikap berbeza mengikut kesesuaian orang yang bergaul dengannya. (iv) menyampaikan perintah dan hukum taklif yang disesuaikan dengan kemampuan orang yang menerimanya. (v) melaksanakan hukuman dan menerima sesuatu perangai seseorang tetapi tidak pula menerimanya dari seseorang yang lain kerana wujudnya perbezaan situasi. 67
  • 3. Pendidikan Psikologi DP. Jilid 7, Bil. 2/2007 Dalam dunia pendidikan, apabila usaha mendidik dilakukan oleh orang yang bukan ahli ataupun pelajar yang menerima didikan itu dididik mengikut cara yang tidak mampu diikuti oleh pelajar tersebut, maka akan berlakulah ketidakadilan. Al-Qardhawi (2000) menyatakan bahawa seseorang guru dikira berdosa jika dia mendidik setiap pelajarnya tanpa mengambil kira sama ada ilmu yang disampaikan itu boleh difahami dan boleh membawa manafaat kepada pelajar. Tegasnya, meletakkan sesuatu perkara sesuai pada tempatnya akan memberi manfaat dan sebaliknya, jika perkara tersebut tidak seperti yang sepatutnya, ia tidak mungkin membawa mudarat. Keadilan Pendidikan dan Kepelbagaian Kecerdasan Manusia Bidang pendidikan merupakan tulang belakang dalam menentukan keutuhan sesebuah tamadun manusia. Pendidikan yang adil dapat memberi jaminan kepada kejayaan dalam sesuatu sistem pendidikan. Pada tahun 1983, Howard Gardner dari Harvard University, Amerika Syarikat telah mengutarakan suatu konsep yang berteraskan kepada ’pendidikan yang adil’ melalui teorinya yang dikenali sebagai teori Kecerdasan Pelbagai (Theory of Multiple Intelligences). Teori ini menghampiri konsep pendidikan Rasulullah s.a.w. yang menghargai perbezaan individu. Menurut teori ini, setiap individu memiliki lapan jenis kecerdasan iaitu kecerdasan verbal-linguistik, logikal-matematikal, visual-ruang, muzikal, kinestetik, naturalistik, interpersonal dan intrapersonal. Gardner (2005) juga membuat satu spekulasi tentang wujudnya kecerdasan yang kesembilan iaitu ‘existential intelligence’ yang beliau gelarkan sebagai ‘intelligence of big questions’. Malahan beliau sendiri tidak menghalang sesiapa yang ingin menambah sebarang kecerdasan lain yang dirasakan sesuai seperti kecerdasan emosi dan spiritual. Sehubungan itu, Teori Kecerdasan Pelbagai ini mempunyai beberapa kelebihan yang tertentu. Antara kelebihan yang boleh dikenal pasti ialah; (i) membantu pelajar memahami kemampuan (kecerdasan) mereka sendiri dan kemampuan orang-orang di sekeliling mereka, (ii) memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar tentang menggunakan sepenuhnya kekuatan (kecerdasan) dalam diri mereka dan membaiki kelemahan diri mereka, (iii) membina keyakinan diri pelajar, dan (iv) menyediakan untuk pelajar satu pembelajaran yang sukar dilupakan dan dengan itu juga membantu pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Dengan menghargai kekuatan dan kecerdasan yang dimiliki oleh individu tertentu, teori ini jelasnya menuntut setiap individu pelajar diberi peluang untuk berjaya dalam bidangnya yang tertentu. Inilah bentuk ’keadilan’ yang diperjuangkan oleh teori ini. Sarjana-sarjana Islam menekankan bahawa sarjana-sarjana Barat bukanlah semuanya ’pengasas sebenar’ sesuatu konsep atau teori yang ada pada hari ini. Seyyid Hossein Nasr (1994, dalam Rohana Kamaruddin, Kamisah Osman & Tajul Ariffin (2005) menyatakan bahawa sebenarnya dunia Barat sering mengambil elemen-elemen tertentu daripada sains Islam dan kemudiannya diolah semula dan dicorakkan mengikut ‘world- view’ Barat yang bersifat sekular dan mekanistik. Menurut Gamal (2003), Ibnu Khaldun contohnya pernah terlebih dahulu menyentuh tentang beberapa jenis kecerdasan iaitu al- aql at-Tamyizi (discerning intellectual), al-aql at-Tajribi (experimental intellectual) dan al-aql an-Nazari (speculative intellectual). Al-Aql at-Tamyizi ialah akal yang dapat merasai benda-benda yang berada di luar daripada diri seseorang itu serta ciri-ciri benda tersebut sehingga seseorang itu mampu pula mengambil sesuatu manfaat atau menghindari 68
  • 4. DP. Jilid 7, Bil. 2/2007 Pendidikan Psikologi bahaya daripada benda-benda tersebut. Al-aql at-Tajribi pula ialah kemampuan seseorang membezakan yang baik dan buruk melalui pergaulannya sesama manusia serta dapat membuat keputusan dengan pantas tentang perkara yang wajib dilakukan dan wajib dihindari dalam pergaulannya. Manakala al-Aql an-Nazari pula ialah idea atau keinginan yang tiada kaitan dengan perbuatan. Ringkasnya, Ibnu Khaldun berpendapat bahawa manusia belajar melalui pengalaman, pancaindera dan proses akalnya. Persoalannya sekarang ialah apakah cara terbaik bagi orang-orang Islam agar boleh menerima Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner yang tidak menganut agama Tauhid?. Sudah tentu sekali beliau tidak mampu mengaitkan setiap perkara yang ingin dikaji supaya bersesuaian dengan konsep keimanan berlandaskan Islam. Penulis berpendapat tiada salahnya kita menerima teori tersebut dan berusaha menambah baik sudut-sudut yang tidak mampu diterokai oleh Gardner. Dalam soal ini Rasulullah s.a.w pernah menyatakan; “Hikmah adalah sesuatu yang hilang dari orang beriman, di mana sahaja dia menemuinya maka dialah yang lebih layak untuk mengambilnya”. Walaupun daripada perspektif Islam Gardner bukanlah ‘pengasas sebenar’ konsep kepelbagaian kecerdasan, namun tidak dapat dinafikan beliau telah berjaya meletakkan konsep ini dalam bentuk yang lebih tersusun sehingga beliau hari ini diiktiraf sebagai ‘pelopor’ dalam teorinya. Pembaziran modal insan dalam konteks pendidikan Kegagalan kita mengenal pasti kecerdasan secara kontekstual akan memberi kesan terhadap pengurusan modal insan dalam pendidikan negara. Dalam lain perkataan, kegagalan ini mengakibatkan pembaziran sumber manusia. Pelajar-pelajar sekolah yang berada dalam kelas-kelas tercorot tidak semestinya tidak cerdas. Malah mereka mungkin mempunyai tahap kecerdasan yang lebih tinggi dalam domain tertentu berbanding rakan mereka di dalam kelas yang lebih baik. Namun pelajar di dalam kelas tercorot tidak dapat merealisasikan kebolehan mereka dalam sistem pendidikan hari ini yang berorientasikan peperiksaan yang pada umumnya hanya memberi nilai yang tinggi terhadap kecerdasan verbal-linguistik dan logik-matematik semata-mata sahaja. Sekiranya pelajar seperti ini mempunyai peluang untuk menonjolkan kecerdasan-kecerdasan mereka yang lain, pasti mereka juga boleh berjaya seperti pelajar lain. Alangkah malangnya mereka ini yang terus menerus hanyut bertahun-tahun lamanya dalam arus pendidikan yang tidak adil. Mereka adalah insan yang perlu ’dilayan secara adil’ supaya sama-sama berpeluang untuk berjuang membangun diri dan negara. Minat untuk belajar memainkan peranan yang amat penting dalam pembelajaran. Tanpa ’keadilan’, pelajar mungkin akan hilang minat untuk belajar. Dengan adanya minat, perkara yang sukar akan sanggup dilalui dengan penuh ketabahan. Minat adalah modal terpenting dalam diri manusia untuk belajar. Minat untuk belajar akan hadir dan timbul dalam diri pelajar apabila mereka merasai bahawa mereka mempunyai harapan untuk menguasai sesuatu kemahiran dan ada ruang serta peluang untuk berjaya. Pelajar yang kurang minat atau kurang harapan untuk berjaya akan menunjukkan tingkah laku yang negatif terhadap pembelajaran. Keterbatasan peluang dan ruang ditunjukkan melalui gejala ponteng kelas dan ponteng sekolah. Kedua-dua masalah ponteng ini juga wujud apabila ada daya tarikan lain yang lebih kuat berbanding daya tarikan budaya sekolah dan 69
  • 5. Pendidikan Psikologi DP. Jilid 7, Bil. 2/2007 persekolahan. Pelajar merasa bosan menjalani sesi pembelajaran yang dirasakan kurang bermanfaat kepada mereka. Guru perlu mahir mengaplikasikan pendekatan kecerdasan pelbagai dan bertindak sama ada secara individu mahupun secara kolektif. Guru seharusnya berupaya untuk menghidupkan pembelajaran agar lebih kontekstual dengan persekitaran dan masa hadapan pelajar. Guru juga mestilah mempunyai inisiatif untuk memanipulasi potensi insan yang dididiknya untuk mencapai matlamat pendidikan . Fitrah manusia sememangnya sukakan sesuatu yang menyeronokkan. Pelajar tentunya akan lebih berminat untuk datang ke sekolah jika mereka beranggapan bahawa pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah untuk masa hadapannya dan bukan sebagai satu bebanan. Jelas sekali bahawa kesahan dan kebolehpercayaan penilaian kecerdasan dalam konteks yang betul perlu ditekan secara serius dalam pendidikan. Contohnya, pelajar yang cerdas dalam teori pertanian belum tentu cerdas dan mahir dalam mengerjakan ladang pertanian yang sebenar. Namun, ada juga manusia yang cemerlang dalam bidang pertanian walaupun tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam bidang tersebut. Begitu juga halnya dengan orang-orang asli yang setiap hari memburu binatang di hutan pada umumnya lebih mahir tentang flora dan fauna berbanding seorang mahasiswa yang mempelajari tabiat haiwan dan persekitaran hutan secara pendidikan formal. Sehubungan itu, pihak yang bertanggungjawab perlu menggunakan instrumen yang berupaya mengukur semua jenis kecerdasan. Menurut Jasmine (1996), manusia yang normal akan mempunyai lebih dari satu jenis kecerdasan. Malah ada juga manusia yang mempunyai semua jenis kecerdasan. Mengaplikasi teori Kecerdasan Pelbagai di Malaysia Menurut Gardner (1991), pendidikan yang berasaskan kepelbagaian kecerdasan lebih berkesan berbanding pendidikan yang menekankan kepada dua kecerdasan asas iaitu kecerdasan verbal-linguistik dan kecerdasan logik-matematik, yang secara langsung atau tidak langsung telah lama ditekankan secara meluas di semua negara. Perkara ini berlaku disebabkan pendidikan yang berasaskan kepelbagaian kecerdasan boleh mengembangkan lagi bakat dan potensi pelajar. Jika selama ini kita hanya mementingkan kefahaman tentang teori tersebut di dalam dewan-dewan kuliah untuk tujuan peperiksaan semata- mata, maka kini telah sampai masanya kita beralih kepada aspek pelaksanaannya pula. Kalau di Barat telah ada projek yang mengaplikasikan teori ini atas sekolah-sekolah tertentu, maka kita di Malaysia juga perlu mengadakan satu bentuk pengaplikasian yang sama dalam konteks negara kita. Sejumlah dana yang mencukupi diperlukan untuk membiayai projek ini dari semua segi bermula daripada pembiayaan tenaga pakar, penggubalan kurikulum, prasarana, pelajar, guru dan sebagainya. Walaupun belanja yang diperlukan adalah besar, namun kejayaan projek ini berpotensi menghasilkan insan yang berkualiti tinggi yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Untuk maksud pengaplikasian ini, adalah dicadangkan agar pihak-pihak yang berkenaan dapat: 1. Melatih bakal guru dan guru yang sedia ada di sekolah secara khusus tentang teori Kecerdasan Pelbagai dan aplikasinya. 70
  • 6. DP. Jilid 7, Bil. 2/2007 Pendidikan Psikologi 2. Mewujudkan kelas-kelas perintis di setiap sekolah untuk membiasakan guru- guru dan para pelajar dengan proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan teori Kecerdasan Pelbagai. 3. Mewujudkan pasukan khas di peringkat sekolah dan kementerian untuk memantau dan menilai pelaksanaan dan keberkesanan kelas-kelas perintis tersebut. 4. Menghasilkan satu model kurikulum dan sekolah contoh yang mengaplikasikan teori Kecerdasan Pelbagai untuk menjadi panduan kepada pelaksanaan secara menyeluruh. Di Malaysia, ada usaha yang dijalankan oleh pengkaji-pengkaji tempatan untuk menghasilkan satu instrumen yang kontekstual dengan negara ini. Profesor Madya Dr. Siti Rahayah Ariffin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengetuai satu projek khas dan berhasil mencipta satu instrumen yang diberi nama MAMIT (Malaysian Adolescent Multiple Intelligence Test). Instrumen ini mengukur sembilan jenis kecerdasan kesemuanya termasuk kecerdasan spiritual. Walau bagaimanapun, instrumen ini tidak dikhususkan untuk responden yang beragama Islam semata-mata, namun ia menjadi alat ukur yang penting dalam konteks Pendidikan Islam di Malaysia. Instrumen tersebut setidak-tidaknya menjadi perintis kepada satu instrumen baru pada masa akan datang yang boleh dikembangkan khusus untuk diaplikasikan atas orang-orang Islam sahaja. Penutup Kita telah memperkatakan tentang pelbagai kecerdasan yang perlu diambil kira oleh sistem pendidikan kita. Individu yang memiliki kecerdasan selain daripada kecerdasan verbal-linguistik dan logik-matematik tidak boleh dipinggirkan sama sekali. Namun, kita tidak boleh menafikan ketinggian darjat yang dianugerahkan Allah terhadap golongan berilmu yang tentunya menguasai kecerdasan verbal-linguistik dan logik-matematik ini. Kepentingan golongan ini termaktub dalam surah Al-Alaq yang bermaksud; “Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Al-Alaq:1-5) Ayat di atas jelas menyatakan kepentingan kecerdasan membaca. Dalam ayat lain, Allah menegaskan bahawa orang-orang berilmu diangkat beberapa darjat lebih tinggi berbanding golongan yang kurang berilmu. Firman Allah yang bermaksud; . “Wahai orang-orang yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun, maka 71
  • 7. Pendidikan Psikologi DP. Jilid 7, Bil. 2/2007 bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan”. (Al-Mujadalah:11) Dari segi ketaqwaan pula, Allah menegaskan sesungguhnya hamba-hambaNya yang sebenar-benarnya takutkan Allah ialah golongan para ulama’. “Dan demikian pula antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (untuk melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.” (Fathir:28). Ringkasnya, dalam mana-mana masyarakat di dunia ini, golongan yang sering dihormati dan diberikan kedudukan yang tinggi ialah golongan yang berilmu, yang lazimnya mempunyai kaitan dengan kecerdasan verbal-linguistik dan logik-matematik yang mereka miliki. Begitu juga dalam kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w.,mereka mempunyai darjat-darjat yang berbeza-beza. Malah Allah menyatakan bahawa dalam kalangan para nabi sendiripun terdapat perbezaan darjat yang tertentu. Semua ini disebabkan oleh perbezaan ketaqwaan, ilmu dan pengorbanan yang mereka berikan. Maka kita boleh simpulkan bahawa jenis-jenis kecerdasan juga membezakan darjat manusia bukan sahaja sesama manusia tetapi juga disisi Allah swt. Bibliografi Abdullah Nasih Ulwan.(1988a). Tarbiyyatul Awlad Fil-Islam (Terjemahan: Pendidikan Anak- anak dalam Islam oleh Syed Ahmad Semait. Jilid Satu). Pustaka Nasional Pte. Ltd. Singapura. Gamal Abdul Nasir Zakaria. (2003). Prinsip-prinsip pendidikan Islam: Ibnu Sahnun, Al-Qabisi, Ibnu Khaldun. PTS Publications & Distributor. Bentong. Gardner, H. (1993). The unschooled nmind: How children think and how schools should teach. Basic Books. Gardner, H.(2005). Multiple lenses on the mind. Paper presented at the ExpoGestion Conference, Bogota Colombia, May 25, 2005. http://www.pz.harvard.edu. Akses pada 17 Julai 2006. Jasmine, J. (1996). Teaching with Multiple Intelligence. CA: Teacher Created Materials, Inc. Rohana Kamaruddin, Kamisah Osman & Tajul Ariffin Noordin (2005). Pendekatan Integrasi Berteraskan Paradigma Tauhid dalam Pendidikan Sains ke arah Keharmonian dan Kesejahteraan Insan. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri 4). Fakulti Pendidikan UKM. Bangi. 72
  • 8. DP. Jilid 7, Bil. 2/2007 Pendidikan Psikologi Shearer, B. (2004). Multiple intelligences theory after 20 years. Journal of Psychology, 138 (3), 265. http://web114.epnet.com/ akses pada 15 Ogos 2006. Syed Muhammad Naquib Al-Attas. (1992). Tujuan dan objektif pendidikan Islam. Penterjemah. Samsudin Jaapar. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Yusuf Al-Qardhawi. (2003). Sunnah: Sumber ilmu dan peradaban. Penterjemah. Muhammad Firdaus. International Islamic Thought Malaysia. Selangor. Critiques of Multiple Intelligence Theory: Criticism and Benefits. http://www.cortland.edu/psych/ mi/critique.html akses pada 15 Disember 2005. 73