SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 9
Downloaden Sie, um offline zu lesen
SHEIKH TAHIR JALALUDDIN AL-FALAKI

                                       Latarbelakang

Syeikh Tahir Jalaluddin sebenarnya merupakan seorang anak Melayu Minangkabau yang
telah berhijrah dan menetap di Tanah Melayu. Di belakang namanya kerap disunting
perkataan “Al-Azhari, Al-Falaki Assyahir” iaitu bererti beliau merupakan keluaran Universiti
al-Azhar di Mesir dan seorang ahli Falak yang terkenal.

Nama lengkap Syeikh Tahir Jalaluddin ialah Muhamad Tahir bin Syeikh Muhammad. Beliau
dilahirkan pada hari Selasa, 4 haribulan Ramadhan, tahun 1286 Hijrah bersamaan 7 haribulan
Disember 1869 Masehi di Empat Angkat (Ampek Angkek), Bukit Tinggi Sumatera Barat.
Ayah beliau iaitu Syeikh Muhamad merupakan seorang ulamak terkenal di Sumatera. Di
dalam masyarakat Minangkabau Syeikh Muhammad lebih dikenali dengan nama Tuanku
Muhammad atau Tuanku Tjangking.

Kedua-dua ibu bapanya meninggal ketika Syeikh Tahir baru berusia dua tahun. Oleh kerana
Syeikh Tahir masih kanak-kanak lagi ketika ditinggalkan oleh ayah dan ibunya, beliau telah
dipelihara oleh ibu saudara di sebelah pihak ibunya. Menjelang usianya lebih kurang sebelas
tahun, ibu saudaranya telah menghantar beliau menuntut ilmu di Mekah. Di Mekah beliau
tinggal bersama sepupunya Syeikh Ahmad Khatib yang menjadi pemimpin Mazhab Imam
Syafie di Masjid al-Haram.

                                         Di Mekah

Syeikh Tahir telah datang ke Mekah pada tahun 1297H (1880 m) bersama datuk sepupunya
Haji Abdul Rahman. Di Mekah beliau tinggal bersama Syeikh Ahmad Khatib di dalam
pemeliharaan al-Syeikh Muhammad Salleh Kardabi Fidullah al-Kurdi. Pelajaran asas yang
diterimanya di sini ialah mengaji al-Qur’an dan mentajwidkan Qur’an daripada Tuan Syeikh
Abdul Haq. Pelajaran lain berhubung dengan keugamaan dipelajarinya dari Syed Umar Syah,
Syeikh Muhammad al-Khayyat, Syed Barkasyah dan sepupunya sendiri Syeikh Ahmad
Khatib. Dalam jangka masa dua belas tahun Syeikh Tahir menetap di Mekah, beliau
berpeluang mempelajari ilmu-ilmu ugama dengan mendalam. Banyak daripada ajaran-ajaran
sepupunya, Syeikh Ahmad Khatib telah mempengaruhi jiwa Syeikh Tahir teristimewa
berhubung dengan masalah amalan beragama umat Islam yang dikatakan bercampur aduk
dengan amalan bida’ah. Syeikh Ahmad Khatib juga merupakan seorang guru yang bertauliah
bagi masyarakat Jawi di Mekah pada waktu itu. Hasil dari pergaulan dengan Syeikh Ahmad
Khatib telah mendorong Syeikh Tahir belajar ilmu agama dengan lebih mendalam lagi dari
guru-guru lain di Mekah seperti yang telah disebutkan tadi. Dengan ini ketokohan beliau dari
segi keagamaan setanding dengan gurunya yang menjadi kebangaan kepada masyarakat
Melayu Indonesia dan Tanah Melayu.

Setelah tujuh tahun berada di Mekah, pada tahun 1304H (1884 M) beliau pulang ke tanah
airnya, Minangkabau. Pada tahun berikutnya beliau kembali semula ke Mekah untuk
menyambung pelajarannya. Beliau telah berkahwin buat pertama kalinya pada tahun 1306 H.
(1886 M) dengan seorang gadis bernama Aisyah binti Syeikh Muhammad bin Syeikh Ismail
Al-Khalid Kabul. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya itu mereka beroleh dua orang
anak tetapi kedua-duanya meninggal dunia di Mekah ketika Syeikh Tahir berada di sana.

Semenjak beliau tinggal di Mekah pada tahun 1297 H (1880 M.), beliau mula mendalami
ilmu al-Quran. Seterusnya beliau mempelajari Ilmu Nahu (grammer), Bayan (Ilmu ucapan
dan keterangan yang fasih), Ma’ani (ilmu makna-meaning), Badi’a (ilmu boleh mengenal
pertuturan), Tauhid (ilmu mengenal Tuhan), Fekah (ilmu undang-undang), Usul Fikah (ilmu
mengetahui asal undang-undang), Hadis (ilmu mengetahui perkataan, perbuatan dan kelakuan
Rasul), Tafsir (ilmu menghuraikan makna-makna al-Qur’an), Hisab (ilmu kira-kira), Hisab
Bidasab (Ilmu kira-kira sukat menyukat), Hai-ah (ilmu bintang) dan ilmu Falak (ilmu
membicarakan matahari, bulan dan bintang-bintang beredar). Berdasarkan ilmu yang
dipelajarinya itu adalah tidak menghairankan jika dia sangat mahir dalam soal yang
berhubungan dengan masalah agama Islam.

                                     Di Tanah Melayu

Syeikh Tahir dikatakan telah datang ke Tanah Melayu menjelang tahun 1899. Dalam tahun
itu beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis Perak dari suku Rawa,
bernama Aishah binti Haji Mustafa binti Datuk Menteri pada 28hb September 1899. Didapati
beliau ini seorang yang tidak mudah berasa senang hati untuk tinggal menetap di satu-satu
tempat. Sehingga tatkala beliau menetap di Tanah Melayu, beliau kerap belayar ke negeri-
negeri di Indonesia dan negeri-negeri Timur Tengah, melawat sanak saudara, memberi
ceramah-ceramah ugama dan sebagainya.
Di Perak setelah Syeikh Tahir berkahwin dengan isterinya Aishah binti Datuk Menteri, beliau
mula menjalankan kerja-kerja harian untuk menyara keluarganya. Boleh dikatakan beliau
seorang yang suka hidup berdikari. Pada tahun 1900 M. beliau pernah membuka kedai kain di
Ipoh. Asas perniagaan ini dimulakan oleh bapa mertua beliau yang dikatakan agak `berada’
juga. Namun demikian kerja berjual kain itu hanya berjalan setakat setahun sahaja. Selepas
itu beliau telah belayar lagi ke Kepuluan Indonesia pada tahun 1901 melalui Tanah Jawa,
Bali, Beliling, Ampanan, Sumbawa, Bima dan Makasar. Dalam lawatannya itu ada
kemungkinan beliau telah menyebarkan buah fikirannya mengenai ilmu agama ditempat-
tempat yang di lawatinya.

Dalam tahun yang sama beliau berpindah pula ke Johor Baharu. Di Johor Baharu beliau
dijemput oleh Yang Mulia Tengku Omar bin Ahmad, Hakim Besar Johor, bagi mengajar
hakim-hakim pengadilan di mahkamah Johor. Diantara hakim-hakim yang mendapat tunjuk
ajar beliau ialah Ungku Ismail bin Ahmad, Ungku Abdul Rahman bin Abdul Majid dan lain-
lain pengadil bangsa Melayu. Tugas mengajar hakim-hakim tersebut berlangsung selama
lebih kurang tiga tahun. Dalam masa beliau bertugas inilah, Sultan Idris (1887-1916) sebagai
Sultan Perak mengajak beliau ke London kerana menghadiri kemahkotaan King George pada
22 Jun, 1911.

Pada 3hb Julai 1912 beliau meletakkan jawatan sebagai guru kepada hakim-hakim di Johor
Baharu, dan mulai tahun 1914 beliau bertugas pula sebagai guru di sekolah Agama Johor
Baharu dan menjadi Pemeriksa Sekolah-sekolah Agama Johor (Nazir). Ternyata kemudian
sewaktu menjawat jawatan tersebut beliau berasa tidak puashati dengan system pendidikan
dan cara pentadbiran sekolah-sekolah agama waktu itu. Dalam suratnya kepada Yang Di
Pertua Jabatan Pendidikan Negeri Johor, beliau menyatakan dukacitanya kerana “tidak boleh
menjalankan peraturan pelajaran yang terlebih berfaedah dan berguna bagi kanak-kanak yang
belajar”. Beliau akhirnya meminta berhenti kerja pada tahun 1916.

Dua tahun setelah kembali ke Perak pada tahun 1920, beliau telah diminta oleh rakan
seperjuangan Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi, untuk menjadi guru di Madrasah Al-Masyhur
Al-Islammiyah di Pulau Pinang bersama-sama seorang rakannya Syeikh Abdullah Maghribi.
Khidmat beliau di Madrasah itu pun tidak lama kerana beliau telah jatuh sakit. Di Al-
Masyhur beliau ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Ilmu Falak kepada pelajar-pelajar
Madrasah itu. Dan menjelang tahun 1923, beliau berangkat pula ke Medan dan Deli untuk
berubat dan melawat tanah tumpah darahnya Minangkabau selama enam bulan.
Sebagai seorang ahli falak

Sebagai seorang alim yang mempunyai kedudukan baik dimata masyarakat, beliau begitu
dihormati. Jawatan-jawatan yang dipegangnya semasa berada di Perak dan juga di Johor
membuktikan tenaga dan ilmunya mendapat perhatian. Pengetahuannya banyak dimanfaatkan
untuk kepentingan masyarakatnya. Beliau sering diberi kepercayaan untuk membantu
menyelesaikan masalah hukum agama berdasarkan keilmuannya yang luas baik di dalam
Ilmu Falak mahupun yang berhubung dengan soal keagamaan.

Sebagai seorang ahli Falak, beliau sering dihadapkan dengan pertanyaan-pertanyaan
berhubung dengan cara menggunakan Ilmu Hisab bagi menentukan tarikh berpuasa dan
berhari raya. Banyak daripada pertanyaan-pertanyaan tersebut datang dari penduduk di Tanah
Melayu mahupun dari Indonesia. Pandangan beliau mengenai tarikh kemunculan anak bulan
Ramadhan atau pun bila berlakunya gerhana matahari, sering kali disiarkan diakhbar-akhbar
tempatan. Selain itu beliau juga sangat mengambil berat tentang amal kebajikan di dalam
masyarakatnya. Misalnya beliau sangat memberatkan pentingnya sesebuah masjid itu
mempunyai kiblat yang betul dan tepat mengikut hala Kaabah di Mekah. Beliau berpendapat
bahawa sembahyang tanpa menghadapi arah kiblat yang tepat adalah tidak sah. Dengan itu
beliau merasa bertanggungjawab bagi membetulkan kiblat masjib oleh kerana beliau
memahami Ilmu Falak.

Memandangkan betapa pentingnya kiblat bagi syarat sah sembahyang orang Islam, Syeikh
Tahir pernah dilantik oleh Sultan Idris, Perak untuk menjadi pemeriksa kiblat diseluruh
negeri Perak. Beliau pernah melahirkan kekesalannya kerana terdapat banyak mihrab masjid
yang tidak sehala dengan arah kiblat. Misalnya ketika beliau menjadi pemeriksa kiblat
masjid-masjid di Perak pada tahun 1900 beliau telah melapurkan bahawa terdapat banyak
masjid-masjid di Tanah Melayu tidak menuju hala kiblat yang tepat seperti mana yang
berlaku kepada masjid di Teluk Anson, Perak. Selain itu didapati juga masjid-masjid di Pulau
Pinang, masjid di Kuala Lumpur dan Masjid Sultan di Kampung Gelam, Singapura turut
tidak mengikut hala kiblat yang betul. Ekoran dari timbulnya kekeliruan dalam hal berkaitan
dengan hala kiblat masjid, Syeikh Tahir telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan dua
buah buku. Buku Pati Kiraan pada menentukan waktu yang Lima dan hal Kiblat dengan
Logarithma, diterbitkan di Singapura melalui al-Ahmadiah Press pada tahun 1938.
Seterusnya pada tahun 1951 diterbitkan pula buku Natijah al-Ummi (pendapat kira-kira pada
takwim tarikh Hijrah dan Miladi, hala kiblat Mazhab Shafii).
Keilmuan beliau dalam bidang Ilmu Falak menyebabkan beliau digelar sebagai Syeikh Tahir
Jalaluddin Al-Falaki. Mengenai pentingnya ilmu falak itu beliau pernah menyatakan bahawa:
“Ilmu Falak itu suatu ilmu yang mulia bagi menyukat, menimbang perjalanan bulan dan
matahari”. Kenyataan beliau itu dilihat bersesuaian dengan sabda Rasul Allah yang
mengatakan, “sebaik-baik hamba Allah itu mereka yang mengintai-intai matahari dan bulan
dan naung bagi mendirikan sembahyang”. Berdasarkan kepada sabda Nabi itu Syeikh Tahir
sangat menitik beratkan kepentingan mempelajari Ilmu Falak. Pentingnya pengetahuan ilmu
Falak bagi orang Islam dikatakan berkait rapat dengan soal kiblat dalam sembahyang,
menentukan waktu sembahyang serta menetapkan tarikh berpuasa dalam bulan Ramadhan
dan berhari raya.

Kemahiran Syeikh Tahir dalam bidang Ilmu Falak menunjukkan beliau mempunyai minat
yang mendalam tentang Ilmu Hisab atau matematik. Beliau turut mengecam mereka-mereka
yang tidak mahu menghargai kepentingan Ilmu Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa dan
berhari raya. Menurut Syeikh Tahir penggunaan cara Hisab untuk menentukan tarikh
berpuasa dan berhari raya adalah penting terutama jika berlaku cuaca buruk yang tidak
memungkinkan kelihatan anak bulan untuk menandakan hari mula berpuasa dan berhari raya.
Menurut beliau bagi mereka yang tidak mahu menggunakan kaedah Hisab untuk menentukan
tarikh berpuasa dan berhari raya samalah juga mereka itu seperti manusia yang jahil.
Kejahilan mereka menyebabkan mereka hanya mengikut pendapat orang hingga
menyebabkan berlaku puasa yang terdahulu sehari daripada sepatutnya dalam bulan
Ramadhan.

Dalam soal kiblat pula beliau mengatakan orang Islam wajib mempelajari arah kiblat, dan
wajib pula menyebarkan pengetahuannya itu. Mengenai hal ini beliau mengatakan:

Tiada boleh `berijtihad’ pada kiblat itu melainkan orang yang ada celik matanya dan
mengetahui dalil-dalil kiblat seperti bintang-bintang, matahari dan bulan dan selemah-
lemahnya angin dan sekuat-kuatnya khutub dan tiada boleh ia bersandar semata-mata sangka
dengan tidak tanda dan dalil.

Beliau juga berpendapat bahawa orang-orang yang buta dikecualikan daripada mempelajari
dalil kiblat demikian juga orang-orang celik yang tidak mampu mempelajarinya. Betapa pun
mereka harus mengikut petunjuk orang-orang yang arif tentang dalil kiblat.
Kenyataan-kenyataan beliau yang disiarkan diakhbar-akhbar mengenai banyaknya masjid-
masjid di Tanah Melayu dan Sumatera yang tidak mengikut hala kiblat, akhirnya
menimbulkan kesedaran orang ramai. Kesannya di Tanah Melayu orang ramai juga turut
mengakui banyak daripada masjid-masjid di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan lain-
lain tidak mengikut hala kiblat yang betul. Mengenai keadaan ini seorang pembaca pernah
mengulas:

Kedudukan ugama kita adalah di dalam kucar kacir. Satu-satunya yang menjadi suasana di
dalam masyarakat ugama kita ialah masalah kiblat masjid dan masalah ini telah menjadi soal
yang hangat di dalam masyarakat ugama kita.

Meskipun kesan daripada persoalan kiblat ini membuka mata masyarakat tentang banyak
kesilapan hala kiblat yang berlaku di masjid-masjid Tanah Melayu, namun pendedahan ini
menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pihak-pihak tertentu. Misalnya Syeikh Tahir
pernah dibicarakan oleh mahkamah di Pulau Pinang oleh kerana beliau menjalankan
penyiasatan letak kiblat di masjid Pulau Pinang. Pendapat beliau juga pernah ditentang oleh
seorang pembaca akhbar yang menganggap soal kiblat itu tidak penting digembar-
gemburkan, memadailah jika sembahyang menghadap kekiri atau kanan kiblat.

Melihat kepada ramai lagi mereka yang tidak memahami Ilmu Falak dan kepentingannya
dalam soal agama, beliau terus menyebarkan ilmunya walaupun ketika beliau sudah tua dan
uzur. Kegigihannya menyumbangkan tenaga untuk menyebarkan pengetahuan ini amat jelas
kelihatan. Misalnya ketika beliau berusia 79 tahun beliau telah pergi ke Bangkok di Thailand
untuk mengajar kira-kira hala kiblat. Menjelang usia 83 tahun, Syeikh Tahir dijemput pula
oleh pihak Jabatan Agama Johor untuk mengajar Ilmu Falak kepada kakitangan jabatan itu.
Ini dilakukan selama enam bulan dengan berulang alik dari Kuala Kangsar ke Johor Baharu.
SHIEKH TAHIR JALALUDDIN

Riwayat hidup



1. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Tahir bin Sheikh Muhammad bin Ahmad
Jalaluddin


2. Beliau dilahirkan di Angkik, Bukit Tinggi, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia pada
tahun 1869 Masihi.


3. Bapanya, Muhammad bin Ahmad Jalaluddin atau dikenali juga dengan gelaran Sheikh
Langgang bin Ahmad Jalaluddin adalah seorang ulama terkenal.

4. Sheikh Tahir Jalaluddin menetap di Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1900 Masihi
setelah menetap di Makkah selama kirakira 12 tahun kerana menuntut ilmu.

5. Sheikh Tahir Jalaluddin meninggal dunia pada 26 Oktober, tahun 1956.




Sifat-sifat peribadi



1. Sheikh Tahir Jalaluddin seorang yang berbudi pekerti mulia, gigih, serta berani dalam
perjuangan.
2. Beliau mempunyai asas pengetahuan agama yang kukuh, dan ahli falak yang mahir.
3. Di samping itu, Sheikh Tahir Jalaluddin juga terkenal sebagai pemidato yang baik.

Pendidikan



1. Sheikh Tahir Jalaluddin menuntut ilmu agama di Makkah selama 12 tahun.
2. Pada tahun 1893 ketika berusia 24 tahun, beliau melanjutkan pengajiannya dalam bidang
ilmu falak di Universiti Al-Azhar, Mesir.
3. Setelah tamat pengajian di Mesir, beliau kembali ke Makkah untuk mengajar ilmu agama
selama dua tahun.
4. Pada tahun 1899, Sheikli Tahir Jalaluddin pulang ke tanah air dan mula mengembangkan
pembaharuan dalam kefahaman Islam.
5. Pemikiran beliau sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh Sheikh Muhammad Abduh dan
Syed Jamaluddin Al-Afghani, terutamanya ketika Sheikh Tahir Jalaluddin menuntut di
Universiti AlAzhar. Mereka sama-sama memperjuangkan semangat pembaharuan dalam
Gerakan Al-Tajdid Wal-Islah.




Sumbangan dan jasa-jasa

1. Hasil usaha gigih Sheikh Tahir Jalaluddin, sebuah majalah yang dinamakan "Al-Imam
telah diterbitkan pada tahun 1906 yang mencetuskan semangat kemerdekaan daripada
cengkaman panjajah.

2. Beliau menupakan pelopor pembaharuan gerakan Islam yang berteraskan al-Quran dan As-
Sunnah dan berusaha membebaskan pemikiran sempit umat Islam.

3. Sheikh Tahir Jalaluddin gigih berusaha menyedarkan umat Islam serta mengajak mereka
berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan untuk mencapai kemajuan.




Kesan pemikiran

1. Usaha-usaha Sheikh Tahir Jalaluddin menyedarkan masyarakat tentang pentingnya umat
Islam membebaskan diri daripada kongkongan kepercayaan khurafat serta taklid membuta
tuli.

2. Semangat penjuangan untuk kemerdekaan juga ditiup oleh Sheikh Tahir Jalaluddin melalui
gerakan pembaharuan bersama rakan-rakan seperjuangan beliau.

3. Propaganda barat terhadap Islam serta pemikiran barat yang mengelirukan umat Islam
telah dapat ditangkis dengan hujah-hujah daripada al-Quran melalui kitab yang beliau tulis
seperti "Al-Islam Warradu Ala Muntaqidihi .
4. Pembaharuan beliau ialah meninggalkan kesan terhadap kemajuan pendidikan baik di
peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi, dengan memasukkan sukatan
pelajaran bagi ilmu pengetahuan yang sebelumnya tiada.

5. Pemikinan beliau bukan sahaja tersebar luas di seluruh alam Melayu malahan juga di
Sumatena, Sulawesi, Jawa, dan Kalimantan.




Hash karya

1. Sheikh Tahin Jalaluddin membeni sumbangan bermakna kepada penerbitan majalah "Al-
Unwati Al-Wuthuqa.

2. Beliau juga mengarang kitab "Al-Islam Wan Nasraniah maal Ilmi wal Madaniah.

3. Hasil karya beliau yang lain ialah sebuah kitab yang dibeni nama "Al-Islam Wannaddu
Ala Munta

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Tan Meng
 
CH8F4
CH8F4CH8F4
CH8F4cgsha
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysiaNor Amalina Che ZamZan
 
Bab 3 Tamadun Melayu Bahagian 2
Bab 3  Tamadun Melayu Bahagian 2Bab 3  Tamadun Melayu Bahagian 2
Bab 3 Tamadun Melayu Bahagian 2ninawariz
 
PERANAN PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN  TAMADUN MALAYSIA PERANAN PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN  TAMADUN MALAYSIA
PERANAN PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA princessaddin
 
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)cg.Teha Amran
 
Bab 3 Tamadun Melayu (2)
Bab 3  Tamadun Melayu (2)Bab 3  Tamadun Melayu (2)
Bab 3 Tamadun Melayu (2)wanarizwan
 
tamadun melayu
tamadun melayu tamadun melayu
tamadun melayu pakasaid
 
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi MalaysiaTITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi MalaysiaHasanah Abd. Khafidz
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuNormurni Mohamad
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuEst
 
Titas present kump 2
Titas present kump 2Titas present kump 2
Titas present kump 2Biru Langit
 
Presentationshasha
PresentationshashaPresentationshasha
Presentationshashalurve_shasha
 
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)rosedainty
 

Was ist angesagt? (18)

Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6Pengaruh islam tanah melayu tut 6
Pengaruh islam tanah melayu tut 6
 
CH8F4
CH8F4CH8F4
CH8F4
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
 
Bab 3 Tamadun Melayu Bahagian 2
Bab 3  Tamadun Melayu Bahagian 2Bab 3  Tamadun Melayu Bahagian 2
Bab 3 Tamadun Melayu Bahagian 2
 
PERANAN PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN  TAMADUN MALAYSIA PERANAN PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN  TAMADUN MALAYSIA
PERANAN PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
 
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)
Interaksi antara pelbagai tamadun (India & Jepun)
 
Bab 3 Tamadun Melayu (2)
Bab 3  Tamadun Melayu (2)Bab 3  Tamadun Melayu (2)
Bab 3 Tamadun Melayu (2)
 
tamadun melayu
tamadun melayu tamadun melayu
tamadun melayu
 
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi MalaysiaTITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
TITAS Tamadun Melayu dan Pribumi Malaysia
 
03 tamadun melayu
03 tamadun melayu03 tamadun melayu
03 tamadun melayu
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
 
Amka
AmkaAmka
Amka
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
 
Titas present kump 2
Titas present kump 2Titas present kump 2
Titas present kump 2
 
Presentationshasha
PresentationshashaPresentationshasha
Presentationshasha
 
TAMADUN INDIA BAB 2 TING 4
TAMADUN INDIA BAB 2 TING 4TAMADUN INDIA BAB 2 TING 4
TAMADUN INDIA BAB 2 TING 4
 
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
MPU3052 Sumbangan Tamadun Asia & Pembangunan Malaysia (Masjid Kapitan Keling)
 
Nota Bab 8
Nota Bab 8Nota Bab 8
Nota Bab 8
 

Andere mochten auch

Pelajaran 30 agama tingkatan5
Pelajaran 30 agama tingkatan5Pelajaran 30 agama tingkatan5
Pelajaran 30 agama tingkatan5Tengku Hidayah
 
Syeikh Tahir Jalaluddin
Syeikh Tahir Jalaluddin Syeikh Tahir Jalaluddin
Syeikh Tahir Jalaluddin Muhammad Eizwan
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Hamka PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5
Hamka PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5Hamka PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5
Hamka PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5Muhammad Adlan
 

Andere mochten auch (8)

Pelajaran 30 agama tingkatan5
Pelajaran 30 agama tingkatan5Pelajaran 30 agama tingkatan5
Pelajaran 30 agama tingkatan5
 
Syeikh tahir jalaluddin
Syeikh tahir jalaluddinSyeikh tahir jalaluddin
Syeikh tahir jalaluddin
 
Syeikh Tahir Jalaluddin
Syeikh Tahir Jalaluddin Syeikh Tahir Jalaluddin
Syeikh Tahir Jalaluddin
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Hamka PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5
Hamka PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5Hamka PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5
Hamka PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5
 

Ähnlich wie Sheikh tahir jalaluddin al

Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)Wan Anwar
 
Falsafah ketokohan hamka
Falsafah ketokohan hamkaFalsafah ketokohan hamka
Falsafah ketokohan hamkaIsmi Muhammad
 
IMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBALIMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBALkkqsmkta
 
Slide show imam syafie
Slide show imam syafieSlide show imam syafie
Slide show imam syafieseharummawar
 
Sejarah lengkap 2014
Sejarah lengkap 2014Sejarah lengkap 2014
Sejarah lengkap 2014Truffle Lu'lu
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINIFALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINIAcu Atiq
 
Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali
Tokoh Islam Nusantara : Tok KenaliTokoh Islam Nusantara : Tok Kenali
Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenalipakjhu
 
Folio pqs form 4
Folio pqs form 4Folio pqs form 4
Folio pqs form 4Adibah Huda
 
Nurulizzah pelajaran 30 pai
Nurulizzah pelajaran 30 paiNurulizzah pelajaran 30 pai
Nurulizzah pelajaran 30 paiNurul Izzah
 
Sejarah ting 4 bab 8
Sejarah ting 4 bab 8Sejarah ting 4 bab 8
Sejarah ting 4 bab 8Siti Jabar
 
[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarah[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarahcaturprasetyo11tgb1
 
Abu al a'la
Abu al a'laAbu al a'la
Abu al a'laZaim Nur
 

Ähnlich wie Sheikh tahir jalaluddin al (20)

Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
Tokoh Pendidikan di Alam Melayu (Aidil al akbar)
 
Falsafah ketokohan hamka
Falsafah ketokohan hamkaFalsafah ketokohan hamka
Falsafah ketokohan hamka
 
IMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBALIMAM AHMAD BIN HANBAL
IMAM AHMAD BIN HANBAL
 
Slide show imam syafie
Slide show imam syafieSlide show imam syafie
Slide show imam syafie
 
Sejarah lengkap 2014
Sejarah lengkap 2014Sejarah lengkap 2014
Sejarah lengkap 2014
 
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINIFALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
FALSAFAH DAN PEMIKIRAN AL-KHOMEINI
 
Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali
Tokoh Islam Nusantara : Tok KenaliTokoh Islam Nusantara : Tok Kenali
Tokoh Islam Nusantara : Tok Kenali
 
Zaaba
ZaabaZaaba
Zaaba
 
Folio pqs form 4
Folio pqs form 4Folio pqs form 4
Folio pqs form 4
 
Hamka (1)
Hamka (1)Hamka (1)
Hamka (1)
 
Ajaran qodiani
Ajaran qodiani Ajaran qodiani
Ajaran qodiani
 
Nurulizzah pelajaran 30 pai
Nurulizzah pelajaran 30 paiNurulizzah pelajaran 30 pai
Nurulizzah pelajaran 30 pai
 
Hamka permata nusantara
Hamka permata nusantaraHamka permata nusantara
Hamka permata nusantara
 
Sejarah ting 4 bab 8
Sejarah ting 4 bab 8Sejarah ting 4 bab 8
Sejarah ting 4 bab 8
 
Nota B8T4
Nota B8T4Nota B8T4
Nota B8T4
 
HJ SAIL.pptx
HJ SAIL.pptxHJ SAIL.pptx
HJ SAIL.pptx
 
Imam al ghazali
Imam al ghazaliImam al ghazali
Imam al ghazali
 
Imam as syafie
Imam as syafie Imam as syafie
Imam as syafie
 
[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarah[Lengkap] biografi muhammad imarah
[Lengkap] biografi muhammad imarah
 
Abu al a'la
Abu al a'laAbu al a'la
Abu al a'la
 

Mehr von Pensil Dan Pemadam (20)

Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 
Soalan pj-tahun-3-40 soalan
Soalan pj-tahun-3-40 soalanSoalan pj-tahun-3-40 soalan
Soalan pj-tahun-3-40 soalan
 
Soalan pjk-y3
Soalan pjk-y3Soalan pjk-y3
Soalan pjk-y3
 
Soalan pjk-thn-3
Soalan pjk-thn-3Soalan pjk-thn-3
Soalan pjk-thn-3
 
Soalanpjktahun3
Soalanpjktahun3Soalanpjktahun3
Soalanpjktahun3
 

Sheikh tahir jalaluddin al

  • 1. SHEIKH TAHIR JALALUDDIN AL-FALAKI Latarbelakang Syeikh Tahir Jalaluddin sebenarnya merupakan seorang anak Melayu Minangkabau yang telah berhijrah dan menetap di Tanah Melayu. Di belakang namanya kerap disunting perkataan “Al-Azhari, Al-Falaki Assyahir” iaitu bererti beliau merupakan keluaran Universiti al-Azhar di Mesir dan seorang ahli Falak yang terkenal. Nama lengkap Syeikh Tahir Jalaluddin ialah Muhamad Tahir bin Syeikh Muhammad. Beliau dilahirkan pada hari Selasa, 4 haribulan Ramadhan, tahun 1286 Hijrah bersamaan 7 haribulan Disember 1869 Masehi di Empat Angkat (Ampek Angkek), Bukit Tinggi Sumatera Barat. Ayah beliau iaitu Syeikh Muhamad merupakan seorang ulamak terkenal di Sumatera. Di dalam masyarakat Minangkabau Syeikh Muhammad lebih dikenali dengan nama Tuanku Muhammad atau Tuanku Tjangking. Kedua-dua ibu bapanya meninggal ketika Syeikh Tahir baru berusia dua tahun. Oleh kerana Syeikh Tahir masih kanak-kanak lagi ketika ditinggalkan oleh ayah dan ibunya, beliau telah dipelihara oleh ibu saudara di sebelah pihak ibunya. Menjelang usianya lebih kurang sebelas tahun, ibu saudaranya telah menghantar beliau menuntut ilmu di Mekah. Di Mekah beliau tinggal bersama sepupunya Syeikh Ahmad Khatib yang menjadi pemimpin Mazhab Imam Syafie di Masjid al-Haram. Di Mekah Syeikh Tahir telah datang ke Mekah pada tahun 1297H (1880 m) bersama datuk sepupunya Haji Abdul Rahman. Di Mekah beliau tinggal bersama Syeikh Ahmad Khatib di dalam pemeliharaan al-Syeikh Muhammad Salleh Kardabi Fidullah al-Kurdi. Pelajaran asas yang diterimanya di sini ialah mengaji al-Qur’an dan mentajwidkan Qur’an daripada Tuan Syeikh Abdul Haq. Pelajaran lain berhubung dengan keugamaan dipelajarinya dari Syed Umar Syah, Syeikh Muhammad al-Khayyat, Syed Barkasyah dan sepupunya sendiri Syeikh Ahmad Khatib. Dalam jangka masa dua belas tahun Syeikh Tahir menetap di Mekah, beliau berpeluang mempelajari ilmu-ilmu ugama dengan mendalam. Banyak daripada ajaran-ajaran sepupunya, Syeikh Ahmad Khatib telah mempengaruhi jiwa Syeikh Tahir teristimewa berhubung dengan masalah amalan beragama umat Islam yang dikatakan bercampur aduk
  • 2. dengan amalan bida’ah. Syeikh Ahmad Khatib juga merupakan seorang guru yang bertauliah bagi masyarakat Jawi di Mekah pada waktu itu. Hasil dari pergaulan dengan Syeikh Ahmad Khatib telah mendorong Syeikh Tahir belajar ilmu agama dengan lebih mendalam lagi dari guru-guru lain di Mekah seperti yang telah disebutkan tadi. Dengan ini ketokohan beliau dari segi keagamaan setanding dengan gurunya yang menjadi kebangaan kepada masyarakat Melayu Indonesia dan Tanah Melayu. Setelah tujuh tahun berada di Mekah, pada tahun 1304H (1884 M) beliau pulang ke tanah airnya, Minangkabau. Pada tahun berikutnya beliau kembali semula ke Mekah untuk menyambung pelajarannya. Beliau telah berkahwin buat pertama kalinya pada tahun 1306 H. (1886 M) dengan seorang gadis bernama Aisyah binti Syeikh Muhammad bin Syeikh Ismail Al-Khalid Kabul. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya itu mereka beroleh dua orang anak tetapi kedua-duanya meninggal dunia di Mekah ketika Syeikh Tahir berada di sana. Semenjak beliau tinggal di Mekah pada tahun 1297 H (1880 M.), beliau mula mendalami ilmu al-Quran. Seterusnya beliau mempelajari Ilmu Nahu (grammer), Bayan (Ilmu ucapan dan keterangan yang fasih), Ma’ani (ilmu makna-meaning), Badi’a (ilmu boleh mengenal pertuturan), Tauhid (ilmu mengenal Tuhan), Fekah (ilmu undang-undang), Usul Fikah (ilmu mengetahui asal undang-undang), Hadis (ilmu mengetahui perkataan, perbuatan dan kelakuan Rasul), Tafsir (ilmu menghuraikan makna-makna al-Qur’an), Hisab (ilmu kira-kira), Hisab Bidasab (Ilmu kira-kira sukat menyukat), Hai-ah (ilmu bintang) dan ilmu Falak (ilmu membicarakan matahari, bulan dan bintang-bintang beredar). Berdasarkan ilmu yang dipelajarinya itu adalah tidak menghairankan jika dia sangat mahir dalam soal yang berhubungan dengan masalah agama Islam. Di Tanah Melayu Syeikh Tahir dikatakan telah datang ke Tanah Melayu menjelang tahun 1899. Dalam tahun itu beliau telah mendirikan rumahtangga dengan seorang gadis Perak dari suku Rawa, bernama Aishah binti Haji Mustafa binti Datuk Menteri pada 28hb September 1899. Didapati beliau ini seorang yang tidak mudah berasa senang hati untuk tinggal menetap di satu-satu tempat. Sehingga tatkala beliau menetap di Tanah Melayu, beliau kerap belayar ke negeri- negeri di Indonesia dan negeri-negeri Timur Tengah, melawat sanak saudara, memberi ceramah-ceramah ugama dan sebagainya.
  • 3. Di Perak setelah Syeikh Tahir berkahwin dengan isterinya Aishah binti Datuk Menteri, beliau mula menjalankan kerja-kerja harian untuk menyara keluarganya. Boleh dikatakan beliau seorang yang suka hidup berdikari. Pada tahun 1900 M. beliau pernah membuka kedai kain di Ipoh. Asas perniagaan ini dimulakan oleh bapa mertua beliau yang dikatakan agak `berada’ juga. Namun demikian kerja berjual kain itu hanya berjalan setakat setahun sahaja. Selepas itu beliau telah belayar lagi ke Kepuluan Indonesia pada tahun 1901 melalui Tanah Jawa, Bali, Beliling, Ampanan, Sumbawa, Bima dan Makasar. Dalam lawatannya itu ada kemungkinan beliau telah menyebarkan buah fikirannya mengenai ilmu agama ditempat- tempat yang di lawatinya. Dalam tahun yang sama beliau berpindah pula ke Johor Baharu. Di Johor Baharu beliau dijemput oleh Yang Mulia Tengku Omar bin Ahmad, Hakim Besar Johor, bagi mengajar hakim-hakim pengadilan di mahkamah Johor. Diantara hakim-hakim yang mendapat tunjuk ajar beliau ialah Ungku Ismail bin Ahmad, Ungku Abdul Rahman bin Abdul Majid dan lain- lain pengadil bangsa Melayu. Tugas mengajar hakim-hakim tersebut berlangsung selama lebih kurang tiga tahun. Dalam masa beliau bertugas inilah, Sultan Idris (1887-1916) sebagai Sultan Perak mengajak beliau ke London kerana menghadiri kemahkotaan King George pada 22 Jun, 1911. Pada 3hb Julai 1912 beliau meletakkan jawatan sebagai guru kepada hakim-hakim di Johor Baharu, dan mulai tahun 1914 beliau bertugas pula sebagai guru di sekolah Agama Johor Baharu dan menjadi Pemeriksa Sekolah-sekolah Agama Johor (Nazir). Ternyata kemudian sewaktu menjawat jawatan tersebut beliau berasa tidak puashati dengan system pendidikan dan cara pentadbiran sekolah-sekolah agama waktu itu. Dalam suratnya kepada Yang Di Pertua Jabatan Pendidikan Negeri Johor, beliau menyatakan dukacitanya kerana “tidak boleh menjalankan peraturan pelajaran yang terlebih berfaedah dan berguna bagi kanak-kanak yang belajar”. Beliau akhirnya meminta berhenti kerja pada tahun 1916. Dua tahun setelah kembali ke Perak pada tahun 1920, beliau telah diminta oleh rakan seperjuangan Syed Syeikh bin Ahmad Al-Hadi, untuk menjadi guru di Madrasah Al-Masyhur Al-Islammiyah di Pulau Pinang bersama-sama seorang rakannya Syeikh Abdullah Maghribi. Khidmat beliau di Madrasah itu pun tidak lama kerana beliau telah jatuh sakit. Di Al- Masyhur beliau ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Ilmu Falak kepada pelajar-pelajar Madrasah itu. Dan menjelang tahun 1923, beliau berangkat pula ke Medan dan Deli untuk berubat dan melawat tanah tumpah darahnya Minangkabau selama enam bulan.
  • 4. Sebagai seorang ahli falak Sebagai seorang alim yang mempunyai kedudukan baik dimata masyarakat, beliau begitu dihormati. Jawatan-jawatan yang dipegangnya semasa berada di Perak dan juga di Johor membuktikan tenaga dan ilmunya mendapat perhatian. Pengetahuannya banyak dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakatnya. Beliau sering diberi kepercayaan untuk membantu menyelesaikan masalah hukum agama berdasarkan keilmuannya yang luas baik di dalam Ilmu Falak mahupun yang berhubung dengan soal keagamaan. Sebagai seorang ahli Falak, beliau sering dihadapkan dengan pertanyaan-pertanyaan berhubung dengan cara menggunakan Ilmu Hisab bagi menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya. Banyak daripada pertanyaan-pertanyaan tersebut datang dari penduduk di Tanah Melayu mahupun dari Indonesia. Pandangan beliau mengenai tarikh kemunculan anak bulan Ramadhan atau pun bila berlakunya gerhana matahari, sering kali disiarkan diakhbar-akhbar tempatan. Selain itu beliau juga sangat mengambil berat tentang amal kebajikan di dalam masyarakatnya. Misalnya beliau sangat memberatkan pentingnya sesebuah masjid itu mempunyai kiblat yang betul dan tepat mengikut hala Kaabah di Mekah. Beliau berpendapat bahawa sembahyang tanpa menghadapi arah kiblat yang tepat adalah tidak sah. Dengan itu beliau merasa bertanggungjawab bagi membetulkan kiblat masjib oleh kerana beliau memahami Ilmu Falak. Memandangkan betapa pentingnya kiblat bagi syarat sah sembahyang orang Islam, Syeikh Tahir pernah dilantik oleh Sultan Idris, Perak untuk menjadi pemeriksa kiblat diseluruh negeri Perak. Beliau pernah melahirkan kekesalannya kerana terdapat banyak mihrab masjid yang tidak sehala dengan arah kiblat. Misalnya ketika beliau menjadi pemeriksa kiblat masjid-masjid di Perak pada tahun 1900 beliau telah melapurkan bahawa terdapat banyak masjid-masjid di Tanah Melayu tidak menuju hala kiblat yang tepat seperti mana yang berlaku kepada masjid di Teluk Anson, Perak. Selain itu didapati juga masjid-masjid di Pulau Pinang, masjid di Kuala Lumpur dan Masjid Sultan di Kampung Gelam, Singapura turut tidak mengikut hala kiblat yang betul. Ekoran dari timbulnya kekeliruan dalam hal berkaitan dengan hala kiblat masjid, Syeikh Tahir telah mengambil inisiatif untuk menerbitkan dua buah buku. Buku Pati Kiraan pada menentukan waktu yang Lima dan hal Kiblat dengan Logarithma, diterbitkan di Singapura melalui al-Ahmadiah Press pada tahun 1938. Seterusnya pada tahun 1951 diterbitkan pula buku Natijah al-Ummi (pendapat kira-kira pada takwim tarikh Hijrah dan Miladi, hala kiblat Mazhab Shafii).
  • 5. Keilmuan beliau dalam bidang Ilmu Falak menyebabkan beliau digelar sebagai Syeikh Tahir Jalaluddin Al-Falaki. Mengenai pentingnya ilmu falak itu beliau pernah menyatakan bahawa: “Ilmu Falak itu suatu ilmu yang mulia bagi menyukat, menimbang perjalanan bulan dan matahari”. Kenyataan beliau itu dilihat bersesuaian dengan sabda Rasul Allah yang mengatakan, “sebaik-baik hamba Allah itu mereka yang mengintai-intai matahari dan bulan dan naung bagi mendirikan sembahyang”. Berdasarkan kepada sabda Nabi itu Syeikh Tahir sangat menitik beratkan kepentingan mempelajari Ilmu Falak. Pentingnya pengetahuan ilmu Falak bagi orang Islam dikatakan berkait rapat dengan soal kiblat dalam sembahyang, menentukan waktu sembahyang serta menetapkan tarikh berpuasa dalam bulan Ramadhan dan berhari raya. Kemahiran Syeikh Tahir dalam bidang Ilmu Falak menunjukkan beliau mempunyai minat yang mendalam tentang Ilmu Hisab atau matematik. Beliau turut mengecam mereka-mereka yang tidak mahu menghargai kepentingan Ilmu Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya. Menurut Syeikh Tahir penggunaan cara Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya adalah penting terutama jika berlaku cuaca buruk yang tidak memungkinkan kelihatan anak bulan untuk menandakan hari mula berpuasa dan berhari raya. Menurut beliau bagi mereka yang tidak mahu menggunakan kaedah Hisab untuk menentukan tarikh berpuasa dan berhari raya samalah juga mereka itu seperti manusia yang jahil. Kejahilan mereka menyebabkan mereka hanya mengikut pendapat orang hingga menyebabkan berlaku puasa yang terdahulu sehari daripada sepatutnya dalam bulan Ramadhan. Dalam soal kiblat pula beliau mengatakan orang Islam wajib mempelajari arah kiblat, dan wajib pula menyebarkan pengetahuannya itu. Mengenai hal ini beliau mengatakan: Tiada boleh `berijtihad’ pada kiblat itu melainkan orang yang ada celik matanya dan mengetahui dalil-dalil kiblat seperti bintang-bintang, matahari dan bulan dan selemah- lemahnya angin dan sekuat-kuatnya khutub dan tiada boleh ia bersandar semata-mata sangka dengan tidak tanda dan dalil. Beliau juga berpendapat bahawa orang-orang yang buta dikecualikan daripada mempelajari dalil kiblat demikian juga orang-orang celik yang tidak mampu mempelajarinya. Betapa pun mereka harus mengikut petunjuk orang-orang yang arif tentang dalil kiblat.
  • 6. Kenyataan-kenyataan beliau yang disiarkan diakhbar-akhbar mengenai banyaknya masjid- masjid di Tanah Melayu dan Sumatera yang tidak mengikut hala kiblat, akhirnya menimbulkan kesedaran orang ramai. Kesannya di Tanah Melayu orang ramai juga turut mengakui banyak daripada masjid-masjid di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan lain- lain tidak mengikut hala kiblat yang betul. Mengenai keadaan ini seorang pembaca pernah mengulas: Kedudukan ugama kita adalah di dalam kucar kacir. Satu-satunya yang menjadi suasana di dalam masyarakat ugama kita ialah masalah kiblat masjid dan masalah ini telah menjadi soal yang hangat di dalam masyarakat ugama kita. Meskipun kesan daripada persoalan kiblat ini membuka mata masyarakat tentang banyak kesilapan hala kiblat yang berlaku di masjid-masjid Tanah Melayu, namun pendedahan ini menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pihak-pihak tertentu. Misalnya Syeikh Tahir pernah dibicarakan oleh mahkamah di Pulau Pinang oleh kerana beliau menjalankan penyiasatan letak kiblat di masjid Pulau Pinang. Pendapat beliau juga pernah ditentang oleh seorang pembaca akhbar yang menganggap soal kiblat itu tidak penting digembar- gemburkan, memadailah jika sembahyang menghadap kekiri atau kanan kiblat. Melihat kepada ramai lagi mereka yang tidak memahami Ilmu Falak dan kepentingannya dalam soal agama, beliau terus menyebarkan ilmunya walaupun ketika beliau sudah tua dan uzur. Kegigihannya menyumbangkan tenaga untuk menyebarkan pengetahuan ini amat jelas kelihatan. Misalnya ketika beliau berusia 79 tahun beliau telah pergi ke Bangkok di Thailand untuk mengajar kira-kira hala kiblat. Menjelang usia 83 tahun, Syeikh Tahir dijemput pula oleh pihak Jabatan Agama Johor untuk mengajar Ilmu Falak kepada kakitangan jabatan itu. Ini dilakukan selama enam bulan dengan berulang alik dari Kuala Kangsar ke Johor Baharu.
  • 7. SHIEKH TAHIR JALALUDDIN Riwayat hidup 1. Nama sebenar beliau ialah Muhammad Tahir bin Sheikh Muhammad bin Ahmad Jalaluddin 2. Beliau dilahirkan di Angkik, Bukit Tinggi, Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia pada tahun 1869 Masihi. 3. Bapanya, Muhammad bin Ahmad Jalaluddin atau dikenali juga dengan gelaran Sheikh Langgang bin Ahmad Jalaluddin adalah seorang ulama terkenal. 4. Sheikh Tahir Jalaluddin menetap di Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1900 Masihi setelah menetap di Makkah selama kirakira 12 tahun kerana menuntut ilmu. 5. Sheikh Tahir Jalaluddin meninggal dunia pada 26 Oktober, tahun 1956. Sifat-sifat peribadi 1. Sheikh Tahir Jalaluddin seorang yang berbudi pekerti mulia, gigih, serta berani dalam perjuangan. 2. Beliau mempunyai asas pengetahuan agama yang kukuh, dan ahli falak yang mahir. 3. Di samping itu, Sheikh Tahir Jalaluddin juga terkenal sebagai pemidato yang baik. Pendidikan 1. Sheikh Tahir Jalaluddin menuntut ilmu agama di Makkah selama 12 tahun. 2. Pada tahun 1893 ketika berusia 24 tahun, beliau melanjutkan pengajiannya dalam bidang ilmu falak di Universiti Al-Azhar, Mesir. 3. Setelah tamat pengajian di Mesir, beliau kembali ke Makkah untuk mengajar ilmu agama
  • 8. selama dua tahun. 4. Pada tahun 1899, Sheikli Tahir Jalaluddin pulang ke tanah air dan mula mengembangkan pembaharuan dalam kefahaman Islam. 5. Pemikiran beliau sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh Sheikh Muhammad Abduh dan Syed Jamaluddin Al-Afghani, terutamanya ketika Sheikh Tahir Jalaluddin menuntut di Universiti AlAzhar. Mereka sama-sama memperjuangkan semangat pembaharuan dalam Gerakan Al-Tajdid Wal-Islah. Sumbangan dan jasa-jasa 1. Hasil usaha gigih Sheikh Tahir Jalaluddin, sebuah majalah yang dinamakan "Al-Imam telah diterbitkan pada tahun 1906 yang mencetuskan semangat kemerdekaan daripada cengkaman panjajah. 2. Beliau menupakan pelopor pembaharuan gerakan Islam yang berteraskan al-Quran dan As- Sunnah dan berusaha membebaskan pemikiran sempit umat Islam. 3. Sheikh Tahir Jalaluddin gigih berusaha menyedarkan umat Islam serta mengajak mereka berusaha mendapatkan ilmu pengetahuan untuk mencapai kemajuan. Kesan pemikiran 1. Usaha-usaha Sheikh Tahir Jalaluddin menyedarkan masyarakat tentang pentingnya umat Islam membebaskan diri daripada kongkongan kepercayaan khurafat serta taklid membuta tuli. 2. Semangat penjuangan untuk kemerdekaan juga ditiup oleh Sheikh Tahir Jalaluddin melalui gerakan pembaharuan bersama rakan-rakan seperjuangan beliau. 3. Propaganda barat terhadap Islam serta pemikiran barat yang mengelirukan umat Islam telah dapat ditangkis dengan hujah-hujah daripada al-Quran melalui kitab yang beliau tulis seperti "Al-Islam Warradu Ala Muntaqidihi .
  • 9. 4. Pembaharuan beliau ialah meninggalkan kesan terhadap kemajuan pendidikan baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi, dengan memasukkan sukatan pelajaran bagi ilmu pengetahuan yang sebelumnya tiada. 5. Pemikinan beliau bukan sahaja tersebar luas di seluruh alam Melayu malahan juga di Sumatena, Sulawesi, Jawa, dan Kalimantan. Hash karya 1. Sheikh Tahin Jalaluddin membeni sumbangan bermakna kepada penerbitan majalah "Al- Unwati Al-Wuthuqa. 2. Beliau juga mengarang kitab "Al-Islam Wan Nasraniah maal Ilmi wal Madaniah. 3. Hasil karya beliau yang lain ialah sebuah kitab yang dibeni nama "Al-Islam Wannaddu Ala Munta