SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 22
Peralatan senjata
Desediakan oleh:     Mohd Asyraf Adib B Nordin
                     Mohd Aidil B Othman
                     Md Nur B Mohamad
                     Mohd Sholehuddin B Mohd Ariff
                     Mohd Nasrun B Mohamad Zaki
Senjata

• Senjata tradisi mempunyai nilai dan
  melambangkan kebudayaan melayu
• Senjata tradisi tidak digunakan tetapi
  dipelihara sebagai lambang kesenian melayu
• Senjata digunakan untuk mempertahankan
  diri disamping menyembelih binatang.
Proses pembuatan
• Seorang tukang besi memilih hari dan waktu
  sesuai untuk membuat senjata.
• Mereka sangat mahir memasukkan bahan
  beracun pada senjata.
• Setiap senjata akan ditepung tawar dan direnjis
  sebelum diberi nama dengan bantuan kuasa
  ghaib.
Senjata tradisi
• Senjata tradisi memberikan nilai yang penting
  kepada pemiliknya
• Semasa Kesultanan melayu melaka, keris menjadi
  lambang kerajaan.
• Ada berbagai-bagai jenis senjata masyarakat
  Melayu tradisi seperti sewar, parang, pedang dan
  beladau.
Badik
• Merupakan senjata Melayu yang terdapat dalam dua jenis iaitu
  mempunyai mata yang lurus dan yang berkeluk seperti keris.
• Bentuknya menyerupai Tumbuk Lada tetapi panjang matanya di
  antara 18 - 20 sm. dan lebar 2 sm.
• Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan
  meruncing dihujungnya.
• Bentuknya hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih
  besar dan kurang ukiran. Matanya lebih tegak dan hulunya
  membengkok ke bawah.
• Badik cukup popular selepas Kerajaan Inggeris mengharamkan
  penggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilih
  manakala hulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta
  dihias dengan motif awan larat dan disaluti logam emas dan perak.
• Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi
  pisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan.
Karambit
• Kerambit merupakan sejenis senjata Melayu
  jarak dekat yang boleh dijumpai di Indonesia,
  Malaysia dan Filipina.
• Disebabkan bentuknya seperti kuku atau cakar
  dan juga taji, ia juga dikenali sebagai Lawi
  Ayam, Kuku Ayam atau Rambai Ayam.
• Selain sebagai senjata, kerambit juga boleh
  berfungsi sebagai alat pertanian
Jambiah
• Jambiah menyerupai Lawi Ayam tetapi lebih
  besar.
• Matanya selebar kira-kira 3.5 cm manakala
  panjangnya dari hulu hingga hujunga adalah
  kira-kira 20 cm.
• Dipercayai berasal daripada Yaman.
Keris
• Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan
  Melayu yang digunakan sejak melebihi 600
  tahun dahulu.
• Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan
  boleh didapati di kawasan berpenduduk
  Melayu seperti Malaysia, Indonesia,
  Singapura, Thailand Selatan, Filipina
  Selatan(Mindanao), dan Brunei.
• Keris digunakan untuk mempertahankan diri dan
  sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga
  merupakan lambang kedaulatan orang Melayu.
  Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari
  yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang
  pahlawan Melayu yang terkenal.
• Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purba
  telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14.
  Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu
  mata, hulu dan sarung.
• Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh
  orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain,
  terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai
  semangatnya yang tersendiri.
• Keris menurut amalan Melayu tradisional
  perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada
  masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya.
• Ada juga amalan mengasamlimaukan keris
  sebagai cara untuk menjaga logam keris dan
  juga untuk menambah bisanya.
• Keris terbahagi kepada keris panjang, keris
  pendua dan keris sundang.
Lading
• Lading ialah senjata Melayu dari kategori parang. Sinonim di negeri
  Kedah. Ia juga adalah senjata rasmi aliran Silat Cekak yang berasal
  dari Kedah. Lading dibuat mengikut ukuran anggota pemakai.
• Senjata ini adalah unik di antara kelas senjata berbilah seperti
  parang dan pedang kerana ciri-ciri fizikal dan cara pemakaiannya
  yang amat berbeza.
• Mata tajamnya hanya terdapat sekitar 2 atau 3 inci di hujungnya
  manakala keseluruhan bilahnnya adalah tumpul dan digunakan
  untuk menangkis senjata lawan. Lading digunakan sebagai senjata
  jarak dekat, tidak seperti parang yang boleh digunakan pada jarak
  sederhana. Ini adalah kerana ia dihunus terbalik dengan bilahnya
  dipegang supaya ia selari dengan lengan dan mata tajamnya
  terletak di tepi siku.
• Ini membolehkan pakar pertempuran jarak dekat
  seperti seorang pesilat menyembunyikan senjatanya
  dari pandangan lawan sebelum masuk ke jarak
  bertempur yang sesuai baginya dan menidakkan
  kelebihan capaian parang atau pedang yang
  memerlukan ruang yang besar untuk berfungsi dengan
  berkesan.
• Oleh kerana ciri-ciri unik ini, ia digunakan secara
  menghiris dan hentakan (hulunya yang digenggam
  boleh digunakan untuk menumbuk) bukan menikam.
  Sasaran utama adalah rusuk, perut dan tangan lawan.
Lembing
• Lembing ialah sejenis senjata yang digunakan untuk memburu dan
  berperang semenjak zaman kuno lagi. Ia terdiri daripada hulu atau
  pemegang, biasanya diperbuat daripada kayu dan mempunyai
  hujung yang tajam dipanggil kepala.
• Hujung yang tajam itu mungkin juga adalah dari hujung kayu itu
  sendiri (contohnya lembing buluh) atau diikatkan bersama bahan
  yang lain kepada hulu tersebut. Lembing yang paling biasa dibuat
  ialah lembing yang mempunyai kepala yang diperbuat daripada
  besi, berbentuk seperti pisau pendek dan digunakan untuk tikaman.
• Perbezaan lembing dengan tombak adalah mata lembing adalah
  bermata lurus , tirus ( seperti rumput lembing sementara mata
  tombak berbentuk lebar dan berbilah . Contoh tombak tampang ,
  tombak berlok , tombak sangga , tombak bilah dan tombak rambu
Tumbuk Lada
• Tumbuk Lada ialah sejenis senjata Melayu tradisional dari daerah
   Kepulauan Riau dan Semenanjung Tanah Melayu. Bentuk bilah senjata ini
   seakan badik dari Sulawesi, tetapi bentuk sarungnya berbeza. Pada
   pangkal sarung Tumbuk Lada terdapat bonjolan bundar yang selalunya
   dihias dengan ukiran yang dipahat. Sarung senjata ini selalunya dilapis
   dengan kepingan perak yang diukir dengan pola-pola rumit.


• Senjata ini tergolong dalam jenis senjata pendek engan mata pada sebelah
   bilah sahaja dan boleh diguna secara tunggal ataupun sepasang.
• Panjang bilah tumbuk lada sekitar 27 cm hingga 29 cm.
  Lebar bilahnya sekitar 3.5 cm hingga 4 cm. Dari tengah
  bilah sampai ke pangkalnya terdapat alur yang dalam.
• Selain keris, Tumbuk Lada pada zaman dulu juga menjadi
  salah satu kelengkapan pakaian adat di Kepulauan Riau,
  Deli, Siak dan Semenanjung Tanah Melayu.
• Tumbuk Lada digunakan dalam pertempuran jarak dekat. Ia
  boleh dipegang dengan dua jenis genggaman iaitu dengan
  mata keatas ataupun mata ke bawah. Seorang yang ahli
  dalam permainan tumbuk lada akan menukar genggaman
  senjata ini bagi mengelirukan musuh
Rencong
• Rencong ialah sebuah senjata tradisional bagi
  orang Aceh yang menyerupai keris.
• Ia merupakan senjata utama bagi orang Aceh
  sebagai mana keris merupakan senjata utama
  bagi orang Jawa.
• Ia direka bentuk menyerupai huruf L, dan bila
  dilihat lebih dekat menyerupai kaligrafi kata
  Arab         bismi-Llah ("dengan nama Allah"
Golok
• Merupakan sejenis senjata berbentuk pisau besar
  atau pedang pendek.
• Tiada bentuk, ukuran dan saiz yang seragam
  memandangkan semua ciri-ciri tersebut
  bergantung kepada pemilik serta penempa.
• Direka berdasarkan parang dan sesuai untuk
  mempertahankan diri, menebas, pertanian
  menyembelih dan sebagainya.
• Tentera British mula menggunakan parang
  setelah dikalahkan oleh tetera Jepun di Burma.
Belantan
• Belantan biasanya sebatang kayu yang digunakan sebagai senjata
  untuk memukul musuh atau apa jua benda yang mengancam.
• Pada kebiasaannya belantan berbentuk besar di satu hujung,
  sementara kecil di hujung yang bertentangan.
• Belantan biasanya di pegang pada bahagian kecil, sementara
  bahagian yang besar dan berat pula digunakan untuk memukul
  musuh.
• Belantan beransur-ansur berubah bentuk dan bahagian yang
  digunakan untuk memukul musuh kadang kala mempunyai bentuk
  bintang untuk lebih mencederakan musuh.
• Belantan juga berubah daripada diperbuat daripada kayu, menjadi
  diperbuat dengan logam dan dikenali sebagai cokmar.
Cokmar
• Cokmar merupakan belantan yang dimajukan
  dangan penggunaan bahan logam bagi
  menggantikan kayu dan penggunaan bentuk
  tajam bagi menjadikan cokmar lebih berbahaya.
• Pada kebiasaannya cokmar berbentuk besar dan
  biasanya bersegi dan tajam pada satu
  hujung, sementara kecil di hujung yang
  bertentangan. Cokmar di pegang pada bahagian
  kecil, sementara bahagian yang besar dan berat
  pula digunakan untuk memukul musuh
Busur dan Panah
• Busur adalah sejenis alat senjata pelancar untuk
  melepaskan anak panah. Ia dipercayai dicipta
  pertama kali semenjak zaman pra-sejarah lagi
  dan merupakan antara senjata terawal yang
  digunakan manusia.
• Menurut sejarah, busur dan panah merupakan
  senjata paling moden, sehingga kemunculan
  serbuk letupan yang membawa kepada
  penciptaan senjata api seperti senapang dan
  pistol lantak.
Bedil
• Bedil merujuk kepada semua jenis senjata api Melayu daripada
  yang kecil seperti pemuras sehingga kepada meriam agung.
• Orang-orang Melayu telah pun mengetahui ilmu bedil hasil dari
  hubungan dengan pedagang China, India dan juga Timur Tengah.
• Orang-orang Islam yang mengerjakan haji sudah pastinya terdedah
  kepada senjata api orang-orang Turki dan India.
• Pengetahuan mengenai senjata api ini bukan sahaja mengenai
  penggunaannya tetapi turut merangkumi mengenai cara
  membuatnya.
• Bukti mengenai kemahiran orang-orang Melayu menghasilkan
  senjata api diakui berdasarkan surat orang Portugis yang
  menyatakan terdapat lebih 8,000 meriam pelbagai laras digunakan
  ketika mempertahankan Melaka pada 1511.
Sekian,terima kasih

Weitere ähnliche Inhalte

Mehr von Pensil Dan Pemadam (20)

Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 
Soalan pj-tahun-3-40 soalan
Soalan pj-tahun-3-40 soalanSoalan pj-tahun-3-40 soalan
Soalan pj-tahun-3-40 soalan
 
Soalan pjk-y3
Soalan pjk-y3Soalan pjk-y3
Soalan pjk-y3
 
Soalan pjk-thn-3
Soalan pjk-thn-3Soalan pjk-thn-3
Soalan pjk-thn-3
 
Soalanpjktahun3
Soalanpjktahun3Soalanpjktahun3
Soalanpjktahun3
 
Soalan pjk-tahun-3
Soalan pjk-tahun-3Soalan pjk-tahun-3
Soalan pjk-tahun-3
 
Soalan akhir tahun pj tahun 3
Soalan akhir tahun pj tahun 3Soalan akhir tahun pj tahun 3
Soalan akhir tahun pj tahun 3
 
Pjk thn-3-pksr-1
Pjk thn-3-pksr-1Pjk thn-3-pksr-1
Pjk thn-3-pksr-1
 

Peralatan senjata edit

  • 1. Peralatan senjata Desediakan oleh: Mohd Asyraf Adib B Nordin Mohd Aidil B Othman Md Nur B Mohamad Mohd Sholehuddin B Mohd Ariff Mohd Nasrun B Mohamad Zaki
  • 2. Senjata • Senjata tradisi mempunyai nilai dan melambangkan kebudayaan melayu • Senjata tradisi tidak digunakan tetapi dipelihara sebagai lambang kesenian melayu • Senjata digunakan untuk mempertahankan diri disamping menyembelih binatang.
  • 3. Proses pembuatan • Seorang tukang besi memilih hari dan waktu sesuai untuk membuat senjata. • Mereka sangat mahir memasukkan bahan beracun pada senjata. • Setiap senjata akan ditepung tawar dan direnjis sebelum diberi nama dengan bantuan kuasa ghaib.
  • 4. Senjata tradisi • Senjata tradisi memberikan nilai yang penting kepada pemiliknya • Semasa Kesultanan melayu melaka, keris menjadi lambang kerajaan. • Ada berbagai-bagai jenis senjata masyarakat Melayu tradisi seperti sewar, parang, pedang dan beladau.
  • 5. Badik • Merupakan senjata Melayu yang terdapat dalam dua jenis iaitu mempunyai mata yang lurus dan yang berkeluk seperti keris. • Bentuknya menyerupai Tumbuk Lada tetapi panjang matanya di antara 18 - 20 sm. dan lebar 2 sm. • Badik mempunyai mata yang tebal di bahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya. • Bentuknya hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang ukiran. Matanya lebih tegak dan hulunya membengkok ke bawah. • Badik cukup popular selepas Kerajaan Inggeris mengharamkan penggunaan keris. Matanya ditempa daripada besi terpilih manakala hulunya diperbuat daripada kayu, gading, tanduk serta dihias dengan motif awan larat dan disaluti logam emas dan perak. • Selain digunakan untuk mempertahankan diri, badik juga menjadi pisau memotong daging, bawang dan menyembelih haiwan.
  • 6. Karambit • Kerambit merupakan sejenis senjata Melayu jarak dekat yang boleh dijumpai di Indonesia, Malaysia dan Filipina. • Disebabkan bentuknya seperti kuku atau cakar dan juga taji, ia juga dikenali sebagai Lawi Ayam, Kuku Ayam atau Rambai Ayam. • Selain sebagai senjata, kerambit juga boleh berfungsi sebagai alat pertanian
  • 7. Jambiah • Jambiah menyerupai Lawi Ayam tetapi lebih besar. • Matanya selebar kira-kira 3.5 cm manakala panjangnya dari hulu hingga hujunga adalah kira-kira 20 cm. • Dipercayai berasal daripada Yaman.
  • 8. Keris • Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. • Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan(Mindanao), dan Brunei.
  • 9. • Keris digunakan untuk mempertahankan diri dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal. • Keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. • Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.
  • 10. • Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. • Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya. • Keris terbahagi kepada keris panjang, keris pendua dan keris sundang.
  • 11. Lading • Lading ialah senjata Melayu dari kategori parang. Sinonim di negeri Kedah. Ia juga adalah senjata rasmi aliran Silat Cekak yang berasal dari Kedah. Lading dibuat mengikut ukuran anggota pemakai. • Senjata ini adalah unik di antara kelas senjata berbilah seperti parang dan pedang kerana ciri-ciri fizikal dan cara pemakaiannya yang amat berbeza. • Mata tajamnya hanya terdapat sekitar 2 atau 3 inci di hujungnya manakala keseluruhan bilahnnya adalah tumpul dan digunakan untuk menangkis senjata lawan. Lading digunakan sebagai senjata jarak dekat, tidak seperti parang yang boleh digunakan pada jarak sederhana. Ini adalah kerana ia dihunus terbalik dengan bilahnya dipegang supaya ia selari dengan lengan dan mata tajamnya terletak di tepi siku.
  • 12. • Ini membolehkan pakar pertempuran jarak dekat seperti seorang pesilat menyembunyikan senjatanya dari pandangan lawan sebelum masuk ke jarak bertempur yang sesuai baginya dan menidakkan kelebihan capaian parang atau pedang yang memerlukan ruang yang besar untuk berfungsi dengan berkesan. • Oleh kerana ciri-ciri unik ini, ia digunakan secara menghiris dan hentakan (hulunya yang digenggam boleh digunakan untuk menumbuk) bukan menikam. Sasaran utama adalah rusuk, perut dan tangan lawan.
  • 13. Lembing • Lembing ialah sejenis senjata yang digunakan untuk memburu dan berperang semenjak zaman kuno lagi. Ia terdiri daripada hulu atau pemegang, biasanya diperbuat daripada kayu dan mempunyai hujung yang tajam dipanggil kepala. • Hujung yang tajam itu mungkin juga adalah dari hujung kayu itu sendiri (contohnya lembing buluh) atau diikatkan bersama bahan yang lain kepada hulu tersebut. Lembing yang paling biasa dibuat ialah lembing yang mempunyai kepala yang diperbuat daripada besi, berbentuk seperti pisau pendek dan digunakan untuk tikaman. • Perbezaan lembing dengan tombak adalah mata lembing adalah bermata lurus , tirus ( seperti rumput lembing sementara mata tombak berbentuk lebar dan berbilah . Contoh tombak tampang , tombak berlok , tombak sangga , tombak bilah dan tombak rambu
  • 14. Tumbuk Lada • Tumbuk Lada ialah sejenis senjata Melayu tradisional dari daerah Kepulauan Riau dan Semenanjung Tanah Melayu. Bentuk bilah senjata ini seakan badik dari Sulawesi, tetapi bentuk sarungnya berbeza. Pada pangkal sarung Tumbuk Lada terdapat bonjolan bundar yang selalunya dihias dengan ukiran yang dipahat. Sarung senjata ini selalunya dilapis dengan kepingan perak yang diukir dengan pola-pola rumit. • Senjata ini tergolong dalam jenis senjata pendek engan mata pada sebelah bilah sahaja dan boleh diguna secara tunggal ataupun sepasang.
  • 15. • Panjang bilah tumbuk lada sekitar 27 cm hingga 29 cm. Lebar bilahnya sekitar 3.5 cm hingga 4 cm. Dari tengah bilah sampai ke pangkalnya terdapat alur yang dalam. • Selain keris, Tumbuk Lada pada zaman dulu juga menjadi salah satu kelengkapan pakaian adat di Kepulauan Riau, Deli, Siak dan Semenanjung Tanah Melayu. • Tumbuk Lada digunakan dalam pertempuran jarak dekat. Ia boleh dipegang dengan dua jenis genggaman iaitu dengan mata keatas ataupun mata ke bawah. Seorang yang ahli dalam permainan tumbuk lada akan menukar genggaman senjata ini bagi mengelirukan musuh
  • 16. Rencong • Rencong ialah sebuah senjata tradisional bagi orang Aceh yang menyerupai keris. • Ia merupakan senjata utama bagi orang Aceh sebagai mana keris merupakan senjata utama bagi orang Jawa. • Ia direka bentuk menyerupai huruf L, dan bila dilihat lebih dekat menyerupai kaligrafi kata Arab bismi-Llah ("dengan nama Allah"
  • 17. Golok • Merupakan sejenis senjata berbentuk pisau besar atau pedang pendek. • Tiada bentuk, ukuran dan saiz yang seragam memandangkan semua ciri-ciri tersebut bergantung kepada pemilik serta penempa. • Direka berdasarkan parang dan sesuai untuk mempertahankan diri, menebas, pertanian menyembelih dan sebagainya. • Tentera British mula menggunakan parang setelah dikalahkan oleh tetera Jepun di Burma.
  • 18. Belantan • Belantan biasanya sebatang kayu yang digunakan sebagai senjata untuk memukul musuh atau apa jua benda yang mengancam. • Pada kebiasaannya belantan berbentuk besar di satu hujung, sementara kecil di hujung yang bertentangan. • Belantan biasanya di pegang pada bahagian kecil, sementara bahagian yang besar dan berat pula digunakan untuk memukul musuh. • Belantan beransur-ansur berubah bentuk dan bahagian yang digunakan untuk memukul musuh kadang kala mempunyai bentuk bintang untuk lebih mencederakan musuh. • Belantan juga berubah daripada diperbuat daripada kayu, menjadi diperbuat dengan logam dan dikenali sebagai cokmar.
  • 19. Cokmar • Cokmar merupakan belantan yang dimajukan dangan penggunaan bahan logam bagi menggantikan kayu dan penggunaan bentuk tajam bagi menjadikan cokmar lebih berbahaya. • Pada kebiasaannya cokmar berbentuk besar dan biasanya bersegi dan tajam pada satu hujung, sementara kecil di hujung yang bertentangan. Cokmar di pegang pada bahagian kecil, sementara bahagian yang besar dan berat pula digunakan untuk memukul musuh
  • 20. Busur dan Panah • Busur adalah sejenis alat senjata pelancar untuk melepaskan anak panah. Ia dipercayai dicipta pertama kali semenjak zaman pra-sejarah lagi dan merupakan antara senjata terawal yang digunakan manusia. • Menurut sejarah, busur dan panah merupakan senjata paling moden, sehingga kemunculan serbuk letupan yang membawa kepada penciptaan senjata api seperti senapang dan pistol lantak.
  • 21. Bedil • Bedil merujuk kepada semua jenis senjata api Melayu daripada yang kecil seperti pemuras sehingga kepada meriam agung. • Orang-orang Melayu telah pun mengetahui ilmu bedil hasil dari hubungan dengan pedagang China, India dan juga Timur Tengah. • Orang-orang Islam yang mengerjakan haji sudah pastinya terdedah kepada senjata api orang-orang Turki dan India. • Pengetahuan mengenai senjata api ini bukan sahaja mengenai penggunaannya tetapi turut merangkumi mengenai cara membuatnya. • Bukti mengenai kemahiran orang-orang Melayu menghasilkan senjata api diakui berdasarkan surat orang Portugis yang menyatakan terdapat lebih 8,000 meriam pelbagai laras digunakan ketika mempertahankan Melaka pada 1511.