Pendidikan seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak
1. Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses
penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya
kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Muriddiharapkan dapat mengamalkan
pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan
dengan membawa bersama nilai yang disebutkan.
Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak,
membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional. Murid diajar untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas,
sama ada dari aspek keindahan mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid akan dapat memahami mengenai
pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa.
Mata Pelajaran ini mengandungi konsep serta latar belakang dan kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi memperkemas proses
pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar, membantu guru-guru atau peserta kursus mengetahui dan memahami latar belakang
Seni Dalam Pendidikan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Mata Pelajaran ini menjusus ke arah pengetahuan asas tentang Seni Visual,Seni Muzik dan Pergerakan. Gabungan ketiga-tiga
aspek ini akan mengembangkan proses pembelajaran di peringkat kanak-kanak yang menyeronokan.