Guru perlu terus belajar dan mengembangkan kemahiran belajar cara belajar untuk meningkatkan pembelajaran murid. Namun, guru bahasa Melayu kurang memberikan pendedahan kepada murid tentang maklumat terkini dan dunia sebenar, sehingga menjejaskan kemampuan murid menghadapi perubahan. Untuk itu, guru perlu menggunakan sumber terkini dan contoh nyata dalam pengajaran serta membimbing murid belajar secara
1. Kemahiran Belajar Cara Belajar
Sekiranya guru ingin mengekalkan cabaran untuk menerapkan kemahiran belajar
cara belajar, seseorang guru itu sendiri haruslah meneruskan pembelajaran dan dalam
masa yang sama disokong oleh pihak sekolah. Bagaimanakah guru menilai dan
mengamalkan pembelajaran yang professional? Penilaian tersebut boleh dilihat melalui
sifat-sifat guru di dalam bilik darjah dan refleksi pengajaran yang dibuat oleh guru
tersebut. Penggunaan pelbagai sumber pengetahuan dan aktiviti yang kolaboratif serta
perbincangan dan penilaian terhadap pembelajaran juga turut memperdalam
pembelajaran guru.
Melalui pemerhatian yang dibuat, didapati guru bahasa Melayu tidak begitu
mengutamakan pembelajaran seumur hidup. Matlamat guru untuk menghabiskan
sukatan pelajaran dalam masa tertentu menyebabkan guru mengabaikan penguasaan
kemahiran belajar cara belajar. Guru seakan-akan kesuntukan masa untuk mengajar
kemahiran tersebut kepada murid.
Guru kurang berusaha untuk menyalurkan maklumat atau informasi yang baharu
dan terkini kepada murid. Buktinya, guru sering menggunakan bahan pelajaran yang
sedia ada seperti menggunakan buku rujukan, latih tubi dan bahan pembelajaran lain.
Jarang sekali guru menggunakan bahan bercetak mahupun alat elektronik yang berupaya
menyalurkan informasi yang terkini.
Maka, bukan sahaja murid tidak menerima ilmu-ilmu baharu malah guru sendiri
cetek pengetahuan. Apabila murid tiada pendedahan mengenai perkara yang berlaku di
persekitaran mereka atau dalam dunia semasa, sudah tentunya mereka tidak dapat
mengikuti perkembangan semasa dalam semua aspek. Malahan murid juga tidak
mungkin menghadapi dunia yang sering berubah. Ini kerana pengajaran guru tidak
banyak bersifat menguji kebolehan minda atau menjurus kepada penyelesaian masalah.
Pengajaran guru yang tidak meliputi dunia ‘sebenar’ dan kurang menggunakan contoh
‘sebenar’ dalam pengajaran akan menyebabkan murid tidak mahir dan tidak cekap
bertindak dalam menangani sesuatu masalah atau situasi.
Guru sebenarnya dapat membezakan pembelajaran yang terhasil di dalam bilik
darjah dan di luar bilik darjah. Maka, guru perlulah ingat bahawa tahap pembelajaran di
dalam bilik darjah adalah lebih rendah berbanding pembelajaran di luar bilik darjah.
Disebabkan risiko yang lebih tinggi dalam pembelajaran di luar bilik darjah, guru
mungkin tidak dapat menghasilkan kualiti pembelajaran yang dikehendaki di sekolah.
Selain itu, guru haruslah memahami dan mengamalkan kemahiran belajar cara
belajar untuk tujuan membangundan meneruskan pengujian dalam kalangan guru sendiri
2. mahupun murid-murid. Maka, guru sewajarnya membuat kajian kecil untuk membantu
murid-murid untuk belajar cara belajar. Di samping itu, guru juga perlu memastikan
sejauhmana ciri-ciri sekolah dapat menjayakan usaha seseorang guru untuk mengurus
dan menghasilkan kemahiran dan pengetahuan belajar cara belajar. Penggunaan
rangkaian pendidikan, termasuklah rangkaian elektronik yang sebenarnya dapat
menyokong pembentukan, pengurusan dan pemindahan pengetahuan dan kemahiran
belajar cara belajar juga perlu dikaji oleh guru. Dalam masa yang sama, guru juga perlu
cuba untuk membangunkan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat
mengintegrasi aktiviti di dalam bilik darjah, sekolah dan juga rangkaian pendidikan.
Walaupun tidak ada langkah yang spesifik dalam merangsang kemahiran belajar
cara belajar, terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan. Guru seharusnya
menekankan peranan dan hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid.
Pihak sekolah pula boleh memberi sokongan yang secukupnya kepada guru-guru dan
juga murid-murid dalam menerapkan kemahiran ini. Dengan kata lain, pembelajaran
menjadi lebih efektif apabila murid-murid mendalami pembelajaran mereka, hasil
penghayatan guru terhadap pengajaran.
Belajar cara belajar dapat dibangunkan dengan amalan pembelajaran yang baik,
khususnya kerana kemahiran ini dapat membina model pengajaran dan pembelajaran
yang memfokus secara luaran dan kritikal terhadap proses dan kandungan pembelajaran.
Pendek kata, langkah ini dapat membantu murid-murid untuk lebih mengutamakan
pembelajaran. Pemberian peluang yang secukupnya kepada murid-murid dapat
membantu mereka mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan perkara yang boleh
dilakukan oleh mereka dalam pelajaran. Dengan refleksi yang kritikal, murid-murid juga
dapat membuat keputusan tentang langkah seterusnya dalam pembelajaran dan
mengenal pasti cara untuk memperbaik pembelajaran mereka.
Dalam mengggabungkan kemahiran belajar cara belajar dengan pengujian dalam
kalangan murid-murid, guru mempunyai peranan yang eksplisit dalam pengajaran dan
pembelajaran . Murid-murid tidak akan membantah guru mereka, malah akan
menguasai proses pembelajaran dengan sendiri. Kemahiran belajar cara belajar dapat
dilihat apabila tumpuan murid-murid tertumpu ke arah proses pembelajaran dan
membuat keputusan.
Murid-murid yang sudah menguasai kemahiran belajar cara belajar akan
menunjukkan kefahaman mereka terhadap matlamat pembelajaran, memahami cara
pembelajaran di samping memahami perkara yang sedang dipelajari dan mampu
membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan pembelajaran mereka.