Teks tersebut membahas tiga jenis kecerdasan, yaitu IQ (kecerdasan intelektual), EQ (kecerdasan emosi), dan SQ (kecerdasan spiritual). IQ ditemukan pada tahun 1905, EQ pada 1995, dan SQ pada 2000. Teks tersebut juga menjelaskan bahwa meskipun IQ tinggi tidak menjamin keberhasilan, EQ dapat meminimalkan jurang kegagalan tersebut. Kecerdasan spiritual penting karena mempengaruhi sikap seseor
1. IQ, EQ. & SQ
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit fakta mengenai IQ, EQ dan SQ. IQ atau dalam bahasa melayu, dipanggil sebagai
kecerdasan intellectual, di temui pada tahun 1905 oleh Binet di Paris. Manakala EQ atau kecerdasan emosi ditemui
pada tahun 1995 oleh Danie Golman yang ditulis melalui buku beliau yang bertajuk “Working with Emotional
Intelligence”.Manakala pada tahun 2000 SQ atau kecerdasan spiritual ditemui oleh VS Ramachandran di universiti
California,dengan penemuan beliau fungsi saraf God Spot. Selepas itu dijumpai oleh Michael persinger yang dikenali
sebagai Binding Problem.
Kecerdasan intelektual (IQ) lazimnya membolehkan seseorang belajar di universiti atau pun memegang jawatan
profesional. Bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan yang seseorang manusia yang memiliki IQ yang tinggi akan
sejahtera dalam hidup.
ramai yang menganggap bahawa jika seseorang individu itu memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi,
maka individu itu akan memiliki peluang untuk meraih kejayaan yang lebih baik berbanding dengan yang lain.
Bagaimanapun, terdapat banyak kes di mana seseorang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang tinggi
tersisih daripada orang yang memiliki tingkat kecerdasan intelektual yang lebih rendah. Ini membuktikan bahawa
kecerdasan intelektual yang tinggi tidak menjamin seseorang itu akan meraih kejayaan dalam hidupnya.
Sebaliknya, kecerdasan emosi didapati dapat mengurangkan jurang penyisihan ini. Kecerdasan emosi boleh
dikembangkan seumur hidup melalui proses pembelajaran. Kecerdasan emosi lahir seiring dengan pertumbuhan
seseorang individu sejak lahir sehinggalah beliau meninggal dunia. Pertumbuhan kecerdasan emosi dipengaruhi oleh
keluarga, lingkungan persekitaran dan contoh-contoh pengalaman yang diperolehi seseorang sejak lahir dari kedua
ibu bapanya. Kecerdasan emosi mempunyai kaitan dengan pelbagai aspek yang dirasakan semakin sukar dilihat
dalam kehidupan manusia yang semakin moden dan maju kini. Saya akan bercerita dengan lebih lanjut mengenai
kecerdasan emosi pada entry yang akan datang.
Kecerdasan spiritual sangat penting kerana mempengaruhi sikap seseorang pada dirinya sendiri dan orang lain. Oleh
kerana itu, seseorang yang hebat mesti mampu melihat sesuatu di sebalik empirik sehingga mampu mencapai
makna dan hakikat tentang manusia. Dengan yang demikian, kemanusiaan seseorang manusia itu dapat
dihargai.Perkara utama dalam kecerdasan spiritual adalah pengenalan kesejatian diri manusia itu sendiri. Spiritual itu
memandu manusia pada pencarian hakikat kemanusiaannya. Sehingga memperolehi kejayaan yang sebenar di
dalam pencarian tujuan dalam kehidupan.
http://linncomel.com/index.php/category/kecerdasan-emosi/