2. Penanaman fertigasi merupakan pertanian moden yang boleh menjanakan keuntungan
kepada usahawan.
Kelebihan Sistem Fertigasi:
Nutrien lengkap dikawal ikut pertumbuhan pokok
Menjamin kebersihan dan menghindar penyakit
Mengatasi masalah bawaan tanah
Kualiti hasil yang lebih baik dan cantik
Penggunaan baja yang cekap dan jimat
Mengurangkan penggunaan racun
Modal pusingan yang rendah
Meningkatkan hasil pengeluaran
Masalah merumpai sangat rendah
Antara tanaman yang sesuai untuk fertigasi
3. Tanaman Cili
Gambar projek cili peserta Usahawan Bimbingan GM Peladang diseluroh Malaysia
berjumlah 320 orang.Pegawai GM Peladang membuat lawatan pemantauan setiap
bulan membantu usahawan tani secara percuma.Harga cukup baik sewaktu musim
hujan.Harga antara RM8-RM15.00/kg.Seekar boleh ditanam 4000 beg.Sepokok dapat
mengeluarkan hasil 4-6 kg.
Tanaman Rock Melon
Gambar projek rock melon GM Peladang di Terengganu berbagai jenis rock melon
ditanam antara tahun 1998 hingga 2009.Ladang GM Peladang boleh dilawati oleh
sesiapa yang berminat.Sila hubongi pegawai Latihan GM Peladang untuk maklumat
lanjut.Seekar boleh ditanam sebanyak 6-7 ribu
beg.Harga purat antara RM4-RM7 sebiji dipasaran.
Tanaman Tomato
Tanaman fertigasi tomato memberi pulangan baik kerana harga stabil diperengkat
pasaran.Ditanah rendah tanaman tomato kurang sesuai ditanam secara
konvensainol.Tanaman secara fertigasi menghasilkan 4-6 kg sepokok dalam tempoh 5-
6 bulan.Harga di perengkat pasaran runcit antara RN2.80-RM3.50/kg
4. Tanaman Timun Jepun
Tanaman Timun Jepun amat lumayan hasil nya.Setiap beg boleh ditanam dua
pokok.Satu ekar purata beg 5-6 ribu beg.Jadi untuk satu ekar boleh ditanam sebanyak
10-12 ribu pokok.Setiap pokok menghasilkan antara 15-20 biji ini bermakna satu beg
hasilnya antara 30-40 biji. Berat 1 kg antara 4-5 biji.
Tanaman Terong
Terung (solanum Melongena L) sejenis sayur berbuah.Tergulong dalam keluarga
solanaceae sama saperti cili,tomato,kentang dan tembakau.Varieti yangpopular
ditanam jenis 302,704 farmers long,Red Long, dan White Long.Hasil mula dipungut 65-
70 selepas menyemai.Hasil boleh di pungut sehingga 8-9 bulan.
Lain-Lain Tanaman
Straberry Cili Jerman Anggor