Dokumen tersebut membahasakan program keselamatan bengkel untuk pelajar. Ia menyenaraikan objektif program, kandungan program seperti arahan keselamatan, jawatankuasa keselamatan, dan tanggungjawab guru untuk melaksanakan program keselamatan di bengkel sekolah.
2. Sebagai pendidik kita perlu menekankan tentang
amlan keselamatan bengkel kepada pelajar.
3. MERANCANG PROGRAM
KESELAMATAN BENGKEL
a.) MENETAPKAN OBJEKTIF PROGRAM
i. Memastikan keadaan bengkel yang
selamat untuk pelajar bekerja.
ii. Menerapkan dalam diri pelajar
pengetahuan disamping membentuk
sikap dan juga rasa hormat kepada
prinsip-prinsip pencegahan kemalangan
sebagai persediaan untuk bekerja dimasa
hadapan.
4. b.) KANDUNGAN PROGRAM KESELAMATAN
•Kenyataan falsafah program iaitu satu pernyataan yang
menyebut kepentingan program keselamatan yang berkesan.
•Arahan keselamatan yg merangkumi semua aspek
keselamatan termasuk keselamatan persekitaran sekolah dan
bengkel dan juga maklumat terperinci berkaitan penggunaan
peralatan dan penyelenggaraan.
•Program pemeriksaan keselamatan sbg langkah pencegahan
kemalangan, termasuk laporan pemeriksaan yg dilaporkan
oleh guru, pelajar, pentadbir atau mereka yg bertanggungjawab
utk menilai keselamatan bengkel.
5. •Jawatankuasa keselamatan bengkel sekolah
yang juga melibatkan pelajar. Jawatankuasa
membuat cadangan dan keputusan berkaitan
keselamatan.
•Rancangan tindakan segera iaitu prosedur
terperinci yg perlu dipatuhi oleh setiap individu
sekiranya berlaku kecemasan spt
kecederaan,kebakaran dll.
•Kempen kesedaran keselamatan supaya semua
warga sekolah sentiasa brewaspada dgn
keselamatan , adakan aktiviti spt
pertandingan,memasang poster,menyediakan
papan buletin dan peti cadangan.
6. Program Keselamatan Secara
Pendekatan Sistem.
Menurut V. William DeLuca danW. James Haynie,iii (1989) ,
pengaplikasian teori sistem dan teknologi kawalan merupakan
satu perubahan yang amat signifikan dalam teknologi moden.
Teori sistem memperakui kesan komponen atau sub-sistem ke
atas prestasi keseluruhan sistem, kerana setiap sub- sistem
memainkan peranan yang menyumbang kepada operasi
keseluruhan sistem.
Sebenarnya wujud hubungan yang interaktif antara semua sub -
sistem. Sekiranya satu sub- sistem gagal berfungsi dengan baik,
maka keseluruhan sistem akan gagal. Untuk memaksimumkan
keberkesanan sesebuah sistem, kawalan perlu diwujudkan untuk
mengoptimumkankeberkesanan setiap sub- sistem.
.
7. Pemantauan proses keselamatan dilakukan melalui lingkaran -
lingkaran maklum balas, dan keputusan yang dibuat harus
mengoptimumkan fungsi setiap sub- sistem di samping mengambil
kira kesan keseluruhan. ke atas sistem. Sesebuah sistem keselamatan
mesti direka bentuk supaya boleh meminimumkan kecederaan.
Komponen-komponen dalam sistem pula harus merangkumi faktor-
faktor dalam persekitaran yang berpotensi untuk menyebabkan
kecederaaan.Bagi memudahkan kita untuk memahami program
keselamatan secara pendekatan ini, maka Model Sistem Keselamatan
yang telah dibentuk oleh DeLuca dan Haynie(1989) dijadikan contoh.
Model yang dibentuk untuk bengkel Pendidikan Teknologi adalah
seperti dalam Rajah c.
Penerangan ringkas mengenai komponen-komponen dalam sistem
ini adalah seperti berikut
8. Persekitaran ( environment)
Program Pendidikan Teknologi terdiri daripada empat bidang atau
sistem teknologi iaitu pembuatan, pembinaan, komunikasi dan
pengangkutan. Persekitaran merangkumi kemudahan -
kemudahan fizikal yang wujud dalam setiap bengkel program
tersebut. Walaupun terdapat banyakperalatan yang sama, namun
setiap bengkel memiliki keunikan tersendiri yangmembezakan
antara bengkel-bengkel tersebut. Antara faktor-faktor
yangmempengaruhi keselamatan sesebuah bengkel adalah
pengcahayaan,kebisingan, suhu, zon keselamatan dan kod warna,
penyimpanan, prosedur pencegahan kebakaran,housekeeping,
ergonomik dan keperluan pertolongan cemas
9. Manusia ( human factor)
Tahap pembangunan seseorang pelajar akan menentukan keadaan
keselamatan sesebuah bengkel.Semua pelajar mesti memiliki
pengetahuan mengenai peraturan dan prosedur keselamatan (domain
kognitif), dan memiliki sikap dan nilai yang diperlukan untuk
mengaplikasikan pengetahuan tersebut (domain afektif). Tahap
kemahiran pelajar akan memastikan aktiviti-aktiviti dilakukan
dengan selamat (domain psikomotor).
Walau bagaimanapun, guru memainkan peranan penting dan
bertanggungjawab untuk merancang,mengawal dan mewujudkan
suasana selamat dalam bengkel. Faktor utama yang menyebabkan
kecederaan adalah perlakuan manusia yang tidak mematuhi arahan-
arahan keselamatan dan prosedur melakukan kerja yang telah
ditetapkan.
10. Peralatan dan Kelengkapan ( tools & equipment)
Semua peralatan dan kelengkapan bengkel dibentuk untuk
memudahkan dan membantu manusia membuat kerja-kerja amali
dan menggunakan bahan-bahan seperti kayu,logam atau plastik.
Namun, peralatan-peralatan ini boleh membawa bahaya dan
menyebabkan kecederaan jika tidak digunakan dengan betul,
maka peralatan dan kelengkapan turut menjadi fokus
keselamatan dalam bengkel. Antara peralatan yang membawa
bahaya adalah peralatan tangan manual, peralatan tangan
berkuasa elektrik/ motor dan mesin tanpa pelindung
11. Proses ( processes)
Penggunaan peralatan melibatkan pelbagai proses atau prosedur
penggunaannya yang memiliki bahaya tersendiri. Makapelajar
mesti diajar dan belajar melaksanakan sesuatu proses dengan
betul untuk menghindari kecederaan.
Bahan-bahan ( materials)
Terdapat banyak bahan-bahan dalambengkel apabila tidak
diselenggara dengan betul, akan membawa kesankumulatif yang
boleh menyebabkan penyakit berbahaya. Oleh itu, bahan-bahan
yang digunakan mestilah diselenggara dan disimpan
dengansempurna. Pembuangan sisa bahan pula harus dibuat
dengan betulsupaya tidak memberi kesan buruk kepada
persekitaran.
12. Pengaruh Luar ( outside influences)
Sama seperti pihak industri, dalam pendidikan teknologi , keselamatan,
turut dipengaruhi oleh polisi- polisi daerah dan kebangsaan. Pengaruh luar
merangkumi pengaruh agensi-agensi awam, pentadbiran sekolah dan juga
masyarakat
Maklumbalas(feedback)
Kaedah mengajar dan aktiviti-aktiviti pengajaran adalah bahagian
penting bagi komponen maklum balas dalamsistem keselamatan
ini. Enam komponen,pertama dalam sistem ini mewujudkan wadah
kandungan bagi merancang sistem. komponen maklumbalas
mengintegrasikan, kandungan ke dalam sistem, pengajaran
berasaskan aktiviti yang melibatkan pelajar dalam merancang dan
mengekalkan sistem keselamatan
13. Di dalam setiap komponen terdapat faktor-faktor yang boleh
menjadi punca kepada kemalangan. Dalam program ini, guru dan
pelajar bersama-sama harus dapat mengenalpasti dan menilai
faktor-faktor yang bahaya. Seterusnya mewujudkan sistem
maklum balas untuk mengawal sistem keselamatan bengkel
14. Faedah Amalan Keselamatan
i.Dapat membendung dan mencegah risiko kemalangan, keracunan dan
penyakit pekerjaan yang boleh menyebabkan gangguan pada kesihatan,
kecederaan malah kematian.
ii.Mengelakkan kerugian akibat kerosakan dan kemusnahan harta benda.
iii.Pekerjaan dapat dilakukan dengan tekun, efisien dan produktif.
iv.Produk dan perkhidmatan berkualiti dapat dihasilkan.
v.Industri dapat beroperasi secara berterusan tanpa gangguan.
vi.Produktiviti boleh ditingkatkan.
vii. Keupayaan untuk bersaing meningkat.
15. TANGGUNGJAWAB GURU BENGKEL
A. PERLAKSANAAN OBJEKTIF KESELAMATAN
• Menanam rasa tanggungjawab menjaga keselamatan diri, orang lain dan harta
benda.
• Membantu pelajar memahami kaedah yang selamat untuk bertindak.
• Membantu pelajar membiasakan diri dengan keadaan yangboleh merbahayakan
• Membantu pelajar belajar mengenai amalan keselamatan bagi aktiviti seharian.
• Menggalakkan pelajar menyertai program keselamatan.
B. MERANCANG PENGAJARAN KESELAMATAN.
• Baca dan fahami kandungan arahan keselamatan yang hendak disampaikan
kepada pelajar.
• Pastikan langkah keselamatan am bengkel ditetapkan.
• Tetapkan langkah keselamatan yg spesifik utk setiap bengkel
• Merancang arahan dan tunjukcara supaya cara kerja yng betul ditunjukkan kpd
pelajar.
• Membuat salinan arahan keselamatan supaya boleh digunakan oleh pelajar utk
mengulangkaji
• Edarkan arahan keselamatan kepada semua pelajar baru.
16. C. PENYEDIAAN ARAHAN KESELAMATAN
• Langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kemalangan.
• Tunjuk cara penggunaan alatan perlindungan diri dengan betul.
• Penyelenggaraan peralatan bengkel, mesin dan lain-lain kelengkapan.
• Kaedah yang selamat untuk mengangkat dan memindahkan kelengkapan yang
berat
• Peraturan keselamatan bengkel yang ditandatangani oleh semua pelajar
menandakan pelajar memahami.
• Alat bantuan mengajar yang menunjukkan penggunaan mesin atau peralatan yang
betul.
• Menyediakan papan buletin , poster atau peti cadangan untuk kegunaan pelajar
• Memberi salinan rancangan keselamatan bengkel kepada pengetua/guru besar utk
makluman.
17. D. PERLAKSANAAN PERATURAN KESELAMATAN.
• kemalangan boleh dielakkan jika peraturan dipatuhi.
•Guru bertanggungjawab utk melaksanakan peraturan yang telah dibuat ,
dan menujukkan contoh teladan yang baik untuk melaksanakan peraturan
keselamatan bengkel.
E. PENILAIAN PENGAJARAN KESELAMATAN
•Penilaian pengajaran keselamatan boleh dilaksanakan dalam bentuk
bertulis dan praktis.
•Peraturan membolehkan guru:
•Guru mengetahui keberkesanan dirinya menyampaikan maklumat
mengenai keselamatan.
•Pelajar memahami semua aspek keselamatan dan dapat bertindak
membetulkan kesalahan atau kesilapan diri.
Keputusan penilaian dijadikan laporan bertulis bahawa guru telah
mengajar keselamatan kepada pelajar dan dijadikan bahan bukit sekiranya
berlaku kemalangan atau kecederaan.