SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 37
Downloaden Sie, um offline zu lesen
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
                               Dr Sapora Sipon
                   Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)



PENGENALAN

                Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling
         yang baik      perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapa
         kemahiran-kemahiran      asas    kaunseling/membantu. Kecekapan
         menguasai kemahiran-kemahiran ini          sangat berguna ketika
         berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi
         dan psikologi.
                Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah
         kemahiran membina perhubungan, kemahiran menggalakkan klien
         bercakap, kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiran
         menyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran
         memimpin secara langsung, kemahiran berkomunikasi, kemahiran
         melakukan dorongan minima, kemahiran membuat refleksi perasaan,
         kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi,
         kemahiran meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar,
         kemahiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran
         mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling, kemahiran memberi
         maklumat, kemahiran merumus, kemahiran meninjau klien, kemahiran
         konfrontasi dan kemahiran menyemak persepsi.

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

                 Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya
         menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang
         dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas
         klien. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi
         dan proses membina matlamat kemudian nanti. Selain itu, kaunselor
         juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk
         berbincang tanpa banyak gangguan.
                 Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor
         haruslah cuba menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi.
         Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang
         kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien
         dan bersedia memberikan bantuan. Jika tidak klien akan berasa
         terancam dan menjadi defensif.
Kemahiran Mendengar

                   Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling
           asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu
           lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk
           percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah
           diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan
           pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan
           klien tersebut.
                   Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga
           patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah laku
           klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan
           makna sesuatu pengucapannya itu.
                   Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat
           menggambarkan perasaannya yang sebenar. Ini termasuklah perasaan
           hatinya, pemikiran mental dan fizikalnya. Ia dapat menunjukkan sama
           ada klien berada dalam keadaan yang selesa ataupun sebaliknya.
                   Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam
           proses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi
           dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling,
           terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan
           yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku
           tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.
                   Oleh itu dikatakan proses mendengar melibatkan seluruh deria
           yang terdapat pada diri kaunselor. Telinga digunakan untuk mendengar
           apa yang diperkatakan, mata untuk melihat bagaimana gerak laku
           semasa perkataan atau ayat dituturkan, hidung juga turut menghidu
           bau-bau yang ada di sekeliling dan kadang kala deria sentuhan sebagai
           bersalaman dan sebagainya.
                   Apabila kita memberikan tumpuan sepenuh pada klien tanpa
           berbelah bahagi, ini bererti kita menyediakan diri untuk mendengar.
           Di sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran
           seperti dinyatakan di bawah;

           •   Kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ
           •   Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, kaunselor perlu
               memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada
               nada dan cara yang diperkatakan.
           •   Kaunselor perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada
               klien terlebih awal.
           •   Kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan-
               gangguan sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising atau
               gangguan dari dalam diri seperti bisik-bisikan hati sendiri.
Oleh yang demikian, amat penting bagi kaunselor mendengar
      dan memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi suara mahupun
      tingkah laku bukan lisan klien. Dengan berbuat demikian, barulah
      kaunselor dapat benar-benar memahami mesej klien dengan lebih
      sempurna. Secara tidak langsung, tindakan ini dapat menunjukkan
      kesediaan kaunselor untuk berhadapan dengan klien. Kaunselor boleh
      menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara seperti
      berikut ;

       1. Menyatakan semula
              Kaunselor menyebut semula apa yang telah dikatakan oleh
       kliennya dengan tepat


       2. Menggambarkan semula

              Kaunselor akan memfokus pada isi kandungan serta perasaan
       klien. Akan tetapi, kaunselor perlulah menggunakan perkataannya
       sendiri supaya menunjukkan kaunselor benar-benar faham dan
       mendengar percakapan klien tadi.

       3. Memberikan respons


Jones (2004) menjelaskan terdapat 10 kemahiran mendengar dengan aktif
iaitu seperti di bawah;

Kemahiran 1: Memiliki sifat menghormati dan menerima

Kemahiran 2 : Memahami sudut pandangan klien

Kemahiran 3 : Menghantar mesej suara yang baik

Kemahiran 4 : Menghantar mesej badan yang baik

Kemahiran 5: Gunakan kata-kata pembuka, ganjaran dan soalan terbuka.

Kemahiran 6: Parafrasa

Kemahiran 7: Membuat refleksi perasaan

Kemahiran 8: Menunjukkan kefahaman konteks perbualan

Kemahiran 9: Mengurus resistan di peringkat awal

Kemahiran 10 : Elakkan perkataan jangan
Kemahiran Membina Perhubungan

                   Kemahiran membina perhubungan merupakan langkah yang
           paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina
           perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara
           kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap ini
           termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang
           dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.
                   Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku
           yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini
           terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam
           sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan
           diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada
           suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling.
                   Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien
           menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah
           laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Dalam erti kata lain, ia
           bertujuan untuk memperbetulkan dalih ataupun ketidakseimbangan
           kenyataan yang diberikan oleh klien.
                   Namun, kaunselor perlu berhati-hati semasa menggunakan
           kemahiran ini kerana sekiranya klien tersebut belum lagi bersedia
           menghadapi konfrontasi, klien itu akan merasakan bahawa dirinya
           terancam. Ini adalah kerana klien itu tidak faham bahawa konfrontasi
           yang dibuat sebenarnya bukan bersifat agresif dan menentang, tetapi
           bertujuan untuk menyedarkan klien tentang ketidakseimbangan
           kenyataan yang diberikannya.

                   Dalam membina kemahiran perhubungan, beberapa perkara
           perlu diambilkira iaitu;

                 membina suasana alam sekeliling
                 suasana terapeutik
                 ruang untuk berkomunikasi
                 penampilan diri
                 ekspresi muka
                 kontak mata
                 cara duduk dalam sesi kaunseling
                 pergerakan tangan dan kaki
                 senyuman
                 nada suara
                 menggalakkan klien bercakap

           Membina suasana alam sekeliling
Oleh sebab sesi perbincangan kaunseling selalunya mengambil
masa kira-kira 30 minit atau lebih sedikit serta tajuk perbincangan
adalah serius, maka tempat yang sesuai amat diperlukan. Kerusi meja
yang sesuai perlu digunakan seperti kerusi yang tidak menyakitkan
pinggang atau bergoyang-goyang sehingga mengganggu tumpuan atau
pemikiran. Keadaan bilik haruslah tidak terlalu panas, tidak terlalu
sempit dan tidak terlalu bising. Tidak ada bau yang tidak
menyenangkan seperti bau tandas yang berdekatan dengan seting sesi
kaunseling. Selain itu, tempat menjalankan sesi kaunseling mestilah
kemas supaya tidak menyakitkan penglihatan klien dan kaunselor.

Suasana terapeutik

       Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan seperti yang
dinyatakan tadi membolehkan serta memudahkan perbincangan,
penghayatan perasaan dan penglahiran idea-idea tanpa rasa terancam.
Oleh itu suasana terapeutik yang menyenangkan membolehkan sesi
kaunseling berjalan dengan lebih lancar lagi.

Ruang untuk berkomunikasi

        Setiap individu mempunyai ruang            di sekeliling tubuh
badannya. Ruang itu membesar atau mengecil bergantung kepada
keadaan. Dalam kaunseling, kemahiran mengurus ruang ini penting
bagi menentukan proses kaunseling dapat berjalan dengan baik dan
berkesan tanpa gangguan fizikal dan psikologikal. Kaunselor haruslah
sensitif akan perkara-perkara yang dapat menjadi petunjuk dalam
menentukan ruang antara kaunselor dengan klien. Antara perkara
yang perlu dibincangkan termasuklah agama, jantina, umur, budaya
dan latar belakang etnik serta tajuk perbincangan.
        Dalam sesi kaunseling, jarak atau ruang antara klien dan
kaunselor harus dianggarkan tidak terlalu dekat sehingga mengganggu
perbincangan dan tidak perlu terlalu jauh sehingga menyukarkan
kedua-dua pihak. Jarak antara 1-1.5 meter dapat menimbulkan rasa
selesa dan klien berasa beliau diberikan perhatian yang baik. Dalam
menentukan jarak yang sesuai, klien perlu mengambil tempat dahulu.
Seterusnya, kaunselor membetulkan jarak yang dirasakan selesa oleh
kedua-dua pihak untuk berunding.

Penampilan Diri

       Pandangan pertama kali amat penting dalam menentukan
keberkesanan hubungan yang akan terjalin seterusnya. Sekiranya klien
berasa selesa dan gembira dengan keadaan dan raut wajah serta cara
kaunselor berpakaian, ini merupakan ciri pertama yang menentukan
kejayaan sesi seterusnya. Kaunselor dan klien harus berpakaian
mengikut norma-norma tempatan. Penampilan kaunselor yang boleh
mengganggu tumpuan klien adalah seperti bau minyak wangi yang
terlalu kuat, berpakaian yang menjolok mata, berpakaian terlalu
selekeh atau badan terlalu berbau busuk

Ekspresi muka

       Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu
menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, adalah
penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah
yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil
kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka
dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi.
       Misalnya muka menjadi merah ketika marah atau malu.
Ekspresi muka yang tidak sama dengan kata-kata menimbulkan reaksi
kurang senang klien. Misalnya mulut tersenyum tetapi nada suara
mengejek. Senyuman begini tidak akan ditafsirkan sebagai petanda
persahabatan yang baik.

Kontak Mata

        Fungsi kontak mata adalah untuk membolehkan kaunselor
memberi tumpuan, menunjukkan minat, menunjukkan tanda hormat,
menggalakkan perundingan, menimbulkan rasa penerimaan,
menimbulkan rasa percaya mempercayai, menimbulkan rasa
keselesaan dan menimbulkan rasa kesungguhan. Kontak mata bukan
bererti kaunselor memandang tepat pada biji mata klien, tetapi
menumpukan pandangan ke arah muka klien. Ini juga tidak bermakna
kaunselor memandang tidak berhenti-henti atau tidak bergerak-gerak
kepada klien.


Cara duduk dalam sesi kaunseling

       Seorang kaunselor itu harus peka serta dapat membaca dan
melihat bahasa badan yang dilahirkan oleh kliennya. Kedudukan dan
pergerakan badan ini juga memberi nada dan makna dalam hubungan
kaunseling. Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita
terhadap orang lain. Seseorang yang bersikap terbuka dan mesra akan
duduk condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya.
Manakala orang yang bersifat tidak menerima, lebih cenderung duduk
menyandar ke belakang menjauhi kliennya.
       Kaunselor yang baik akan duduk condong sedikit ke hadapan
menghadapi kliennya yang menandakan beliau menerima dan bersedia
untuk membantu. Beberapa ciri penting perlu diamalkan oleh
kaunselor iaitu jangan duduk menyandar di kerusi sambil
menggoyang-goyangkan badannya secara tidak berhenti, jangan
menyilang kaki dengan kaki sebelah di atas lutut, atau sambil tangan
diletak di belakang tengkuk dan menyadar. Kaunselor juga jangan
menjadi terlalu rigid dan tidak bergerak langsung.

Pergerakan tangan dan kaki

   Pergerakan tangan dan kaki yang sesuai dapat memudahkan
komunikasi tetapi pergerakan yang terlalu banyak kadangkala akan
menjadi halangan dalam komunikasi antara kaunselor dengan klien.
Contohnya klien yang ‘nervous’ kadangkala melahirkan rasa cemasnya
dengan menggoyangkan kakinya dengan tidak berhenti-henti.
Pergerakan tubuh badan biasanya dipelajari berasaskan budaya
masing-masing. Berikut ialah beberapa contoh pergerakan tangan;

Berpeluk tubuh

       -Pergerakan tubuh ini membawa erti seorang yang tertutup,
kurang selamat atau kurang bersedia untuk berbincang, merasa negatif
terhadap diri dan bersifat defensif.

   Tangan di dalam kocek

        Tangan di dalam kocek seolah-olah menyembunyikan sesuatu.
Kedua-dua belah tangan memegang kuat pada tangan kerusi- merasa
takut atau risau

Tergaru-garu

    Pergerakan tangan yang tergaru-garu seolah-olah menunjukkan
rasa ragu-ragu dan tidak pasti

Menggigit jari

   Klien yang menggigit jari boleh menunjukkan rasa tertekan, cemas
dan risau

Senyuman

        Senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi di
pihak klien. Klien akan berasa lebih selesa dan mudah untuk
memulakan perbincangan. Senyuman juga harus diberikan mengikut
kesesuaian dalam sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak sesuai,
klien akan silap memberi interpretasi.
        Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien
mungkin akan tersenyum untuk menutup rasa takut, risau keliru atau
serba salah, malu dan sebagainya. Kepekaan kaunselor melihat
            senyuman ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling yang
            dijalankan itu sesuai menepati matlamatnya.

            Nada suara

                   Nada suara membantu dalam memahami kontak dan situasi
            perkara yang dirundingkan. Dengan mendengar nada suara, kaunselor
            dapat memahami klien dengan lebih tepat. Nada suara selalunya
            membawa emosi yang terkandung di dalam sesuatu perkataan atau
            ayat.
                   Contohnya perkataan ‘sayang’ jika disebut dengan nada yang
            lembut bererti sayang yang sebenar. Tetapi jika ‘sayang’ yang disebut
            dengan nada yang keras, mungkin bererti marah. Adalah penting bagi
            kaunselor mendengar nada suara kerana ia akan memberi peluang
            kepadanya untuk memahami emosi klien seperti nada tegang, geram
            atau marah dan sebagainya.

Kemahiran menggalakkan klien bercakap

                   Kaunselor menggalakkan klien bercakap dengan menggunakan
            soalan-soalan jenis terbuka. Semasa klien bercakap, kaunselor perlu
            mendengar dengan penuh teliti dan penuh empati. Sementara itu,
            semasa klien bercakap, kaunselor harus mendengar dan memberi
            perhatian, memberi respons yang minima seperti mengganggukkan
            kepala dan sebagainya untuk menggalakkan terus bercakap.

Kemahiran membalas (responding)

                   Membalas kata-kata merupakan suatu kelebihan kepada
            manusia. Dengan membalas kata-kata, manusia dapat mewujudkan
            hubungan yang baik antara satu dengan lain. Tujuan utama seseorang
            bertindak balas ke atas kata-kata orang lain adalah untuk
            menggalakkan penglibatan masing-masing di dalam perbualan itu.
            Secara umumnya kemahiran membalas terdiri daripada sub kemahiran
            iaitu kemahiran penstrukturan, dorongan minima dan kemahiran
            mendengar.

            Contoh satu

            Klien       :Macam-macam yang saya rasa…adakah saya akan
                           difahami, diterima, dianggap kawan… Macam-
                           macamlah…”

            Kaunselor     : “Macam-macam difikirkan sebelum datang ini.”
Contoh dua

            Klien         : “Saya nak bincang masalah keluarga saya…”
            Kaunselor     : “Hmmm… silakan”
            Klien         :”Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam
                             hidup saya.”
            Kaunselor     : (angguk).

Kemahiran penstrukturan

                     Penstrukturan merupakan satu kemahiran yang sangat penting
            di dalam sesuatu sesi kaunseling. Ini adalah kerana sekiranya
            penstrukturan dilakukan dengan baik dalam sesuatu sesi kaunseling
            itu, ia akan dapat membina hubungan yang mesra dengan klien. Proses
            penstrukturan boleh dilakukan sama ada dalam bentuk formal atau
            tidak formal.
                     Terdapat dua persoalan yang penting dalam penstrukturan, iaitu
            perlukah penstrukturan itu dilakukan secara formal dan bilakah masa
            yang sesuai untuk melakukannya. Oleh yang demikian, kaunselor
            perlu pandai dalam melakukan penstrukturan.
                     Penstrukturan formal adalah perlu sekiranya klien merupakan
            klien rujukan atau klien itu baru datang untuk sesi kaunseling buat
            pertama kali. Penstrukturan formal tidak perlu sekiranya klien itu
            pernah berjumpa dengan kaunselor sebelum ini ataupun sekiranya
            klien itu ingin terus menceritakan masalahnya.
                     Dalam penstrukturan, kaunselor harus menerangkan
            peranan/tanggungjawab kaunselor dan klien sebelum memulakan sesi
            kaunseling. Biasanya, sesi kaunseling akan mengambil jangka masa
            selama 30 minit hingga 45 minit. Segala perbincangan antara
            kaunselor dengan klien adalah dirahsiakan.
                     Penstrukturan yang mudah dan ringkas ini dapat membantu
            klien memahami apa yang akan dilaksanakan dan apa yang diharapkan
            daripadanya. Segala perkara yang dibincangkan nanti akan dirahsiakan
            oleh kaunselor. Ini akan menimbulkan rasa selamat dan percaya
            kepada kaunselor dan klien akan menceritakan apa sahaja yang
            mengganggu atau timbul dalam fikirannya.

            Contoh penstrukturan 1

                   “…Dalam sesi ini, saya sebagai seorang kaunselor dan
                   anda pula sebagai klien. Sesi ini akan mengambil masa
                   lebih kurang 45 minit. Peranan saya secara ringkasnya
                   untuk mendengar, memahami dan cuba untuk membantu
                   anda. Peranan anda adalah untuk menceritakan apa yang
                   mengganggu hidup anda. Sesi ini akan dirahsiakan dan
kerahsiaan ini terbatas sekiranya isu yang dibincangkan
       melibatkan keselamatan nyawa anda.”

Contoh penstrukturan 2

Ks :   “Mungkin ia akan membantu jika saya memberitahu tentang
        perkara asas dalam kaunseling”

Kl :   “Baiklah”

Ks :   “Tujuan kaunseling adalah untuk membantu dan membimbing
       anda dalam membincangkan bersama persoalan anda. Tugas
       saya sebagai seorang kaunselor adalah untuk mendengar dan
       memahami apa yang anda rasa dan fikirkan. Kemudian kita
       akan bersama-sama mencari langkah-langkah bagi persoalan
       anda”.

Kl :   “Baiklah. Tapi apa pula yang perlu saya lakukan,   Encik”

Ks :   “Tugas anda adalah membantu saya untuk memahami apa
       yang anda rasa dan fikirkan. Anda perlu memberi maklumat,
       membuat keputusan yang sesuai dan memberitahu saya
       perkara-perkara yang perlu untuk mencapai objektif anda”.

Kl :   “Susah untuk menangani masalah saya ni Encik”

Ks :   “Itulah menjadi pokok utama di sini. Kita akan cuba bersama-
         sama memfokuskan pada sasaran atau objektif kaunseling
       ini. Pada waktu ini kita hanya sebahagian kecil daripada
       permasalahan anda, dan kita akan                bersama-sama
       menanganinya dari yang ringan kepada yang lebih berat”.

Kl :   “Oh begitu..Jadi, maksud encik kita cuma bincangkan satu
       persoalan sahaja dalam satu masa ?”

Ks :    “Tepat sekali. Satu lagi, saya mahu anda tahu bahawa
       kaunseling   adalah secara sukarela. Anda boleh
       menamatkan sesi pada bila-bila masa. Sesi ini adalah peribadi
       dan sulit. Saya tidak akan memberitahu kepada sesiapa
       masalah anda kecuali dengan izin anda. Sesi kita akan
       mengambil masa lebih kurang 45 minit. Selalunya, ia akan
       memerlukan beberapa sesi, bergantung kepada keperluan
       anda. Sekarang, anda ada apa-apa soalan?”

Ks :    “Tidak ada. Saya jelas dengan penjelasan yang telah encik
       berikan”.
-Contoh Penstrukturan 3

           Ks : “Aqel, jika tak keberatan, boleh tak saya rekodkan sesi ini? Ini
            untuk tugasan saya. Saya akan buat transkrip, dan pensyarah saya
           akan baca. Okey, kalau Aqel tidak selesa, saya akan berhentikan rekod
           ini bila-bila masa. Saya akan tunjukkan apa yang telah saya tulis jika
           Aqel mahu. Jika, selepas ni, Aqel tak benarkan saya gunakan rekod
           ini, saya tidak akan gunakan, dan kita akan mulakan sesi ini sekali
           lagi”.

           Kl :     “Baiklah, saya ada sesuatu nak bincangkan dengan encik”.

           Ks :     “Apa yang Aqel nak bincangkan hari ini ?”

           Kl :     “Kawan saya. Dia sangat teruk”.


Kemahiran Menyoal

                   Soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan
           dalam sesebuah sesi kaunseling. Ini adalah kerana ia merupakan cara
           yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya,
           soalan akan ditanya oleh kaunselor dan dijawab oleh klien.
                   Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan
           usaha menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di
           samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang
           tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan
           perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya terggugat.
                   Namun, kaunselor perlu pastikan bahawa soalan yang hendak
           ditanya itu sesuai, mudah difahami dan memudahkan klien untuk
           menjawabnya dengan penuh rela. Selain itu, soalan boleh juga
           digunakan untuk menggalakkan atau mengurangkan percakapan klien.
           Dalam usaha kaunselor memahami lebih lanjut perkara yang ingin
           dirundingkan oleh klien, menyoal adalah satu cara yang perlu
           dilaksanakan.
                   Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat
           dengan cepat, mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk
           mendapatkan kepastian. Di dalam sesi kaunseling terdapat dua bentuk
           soalan yang dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka.
                   Kemahiran menyoal juga boleh menambahkan keupayaan
           kaunselor untuk mengumpul maklumat dengan lebih spesifik. Ia
           membantu kaunselor memahami butir-butir klien dengan lebih
           mendalam bagi membolehkannya membuat keputusan yang tepat
berdasarkan maklumat yang tepat itu. Terdapat dua jenis soalan yang
boleh digunakan oleh kaunselor iaitu soalan jenis terbuka dan tertutup.

Jenis-jenis soalan

        Terdapat beberapa jenis soalan. Antaranya ialah soalan yang
menggunakan perkataan “boleh”, “apa”, “bagaimana” dan ”kenapa”.
Soalan-soalan ini mempunyai tujuan masing-masing. Contohnya
soalan yang menggunakan ‘boleh” cenderung lebih terbuka dan kurang
kawalan ke atas klien. Soalan “apa” membawa klien bercakap tentang
fakta dan spesifik tentang situasi.
        Soalan “bagaimana” pula membawa klien bercakap tentang
proses dan urutan atau emosi. Soalan “kenapa” memulakan temubual,
membuka era baru dalam perbincangan. Soalan ini juga membantu
klien dalam penerokaan diri dan membantu klien mencari sebab yang
mempengaruhi tingkah laku, pemikiran dan emosinya.


Soalan “boleh” : “Boleh saya tahu apa yang menyebabkan Dila
marah pada kawan baik Dila itu?

Soalan “apa” : Apa yang menyebabkan Dila mengambil tindakan tak
balik rumah.

Soalan “bagaimana”:Bagaimana agaknya perkara ini boleh berlaku?

Soalan “kenapa”: Kenapa semua orang tak percayakan saya”

Soalan tertutup

        Soalan tertutup ini ialah soalan yang menghadkan kepada satu
atau beberapa perkataan sahaja dan jawapan ini dapat memberikan
maklumat yang khusus. Contohnya “adakah anda datang bekerja
semalam?. Dan siapakah yang pergi bersama awak ke Langkawi?
        Tujuan mengadakan soalan tertutup kepada klien adalah untuk
mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta dan mendapatkan maklumat
yang khusus. Selain itu, soalan tertutup juga dapat memberhentikan
orang daripada terlalu banyak bercakap serta memberi arah tertentu di
dalam perbincangan.
        Soalan tertutup adalah soalan yang khas yang cukup sekadar
dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan padat. Ia lebih
spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua
perkataan sahaja, seperti ‘ya’ atau ‘tidak’. Contoh soalan tertutup ialah
“Kamu akan datang esok”? Soalan ini berguna kerana mengambil
masa yang singkat sekali untuk mendapatkan jawapan yang tepat dan
padat.
Soalan tertutup digunakan untuk tujuan seperti menggalakkan
sesi kaunseling daripada terkeluar dari topik perbincangan, memenuhi
jurang maklumat yang spesifik dan mengurangkan percakapan klien
yang banyak. Contoh soalan tertutup adalah seperti di bawah;

Contoh Satu

“…Bila perkara ini telah berlaku?.”

Contoh kedua

“Berapa lama hubungan ini telah terjalin?.”

Soalan tertutup digunakan untuk tujuan seperti

  - menggalakkan sesi kaunseling daripada terkeluar dari tajuk
  perbincangan
  - memenuhi jurang maklumat yang spesifik
  - mengurangkan percakapan klien yang banyak

Soalan terbuka

        Soalan jenis ini bertujuan         menjemput perbincangan,
penjelasan dan huraian yang panjang lebar. Ia tidak memerlukan
jawapan yang khusus. Soalan terbuka ini dapat menimbulkan rasa
selesa pada diri klien dan rasa diterima. Matlamat bertanyakan soalan
terbuka adalah untuk menggalakkan penerokaan dan pengembangan
kepada perkara yang sedang dirundingkan.
        Selain itu, soalan terbuka dapat memberi ruang kepada klien
meluahkan perasaannya mengikut arah yang dipilihnya sendiri dan
dikhususkan oleh kaunselor. Oleh itu klien lebih dapat mengawal
perundingan. Soalan terbuka juga membolehkan klien memberi
maklumat tanpa menimbulkan rasa defensif dan membolehkan klien
mengeluarkan pendapat sendiri.
        Soalan terbuka seterusnya memberi peluang kepada klien
memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara mengikut
pandangannya sendiri tanpa dinilai terlebih dahulu. Contoh-contoh
soalan terbuka adalah seperti “bagaimanakah kejadian itu boleh
berlaku?” Atau “sejauh manakah kejadian itu mengganggu hidup
anda?”
        Soalan terbuka akan memberi peluang kepada klien untuk
menerokai dan membincangkan segala yang dialami dan dirasainya. Ia
turut menggalakkan klien untuk bercakap dengan lebih banyak
ataupun memberikan penjelasan yang lebih jelas. Lazimnya, soalan
terbuka menggunakan kata soal seperti “siapa”, “apa”, “di mana” dan
“bagaimana”. Contoh soalan terbuka ialah seperti “Apa pendapat
kamu tentang adik kamu?”
        Soalan jenis ini membolehkan klien untuk bebas bercerita atau
menerangkannya. Terlalu banyak mengaju soalan terbuka akan
mengganggu pendengaran kaunselor. Soalan terbuka boleh diselang-
seli dengan respons lain yang dapat menggalakkan klien berbincang.
        Oleh itu, adalah penting untuk kaunselor mengetahui bila dan
bagaimana untuk menggunakan kedua-dua soalan terbuka dan tertutup
dalam sesi kaunselingnya. Kaunselor perlu menyedari, kesan dan
implikasi daripada soalannya terhadap kliennya. Gabungan dua jenis
soalan ini dapat digunakan mengikut kesukaan dan keperluan
kaunselor bergantung kepada jenis maklumat yang diperlukan.
        Soalan terbuka digunakan untuk tujuan di permulaan sesi
kaunseling, untuk mendapatkan maklumat lebih jelas dan
menggalakkan klien yang pendiam untuk bercakap
        Walau bagaimanapun kaunselor perlu memastikan bahawa
tidak terlalu banyak soalan ditanya pada satu masa. Ini adalah kerana
klien akan keliru dan tidak tahu soalan mana yang hendak dijawab
terlebih dahulu. Soalan yang bermula dengan “mengapa” yang
memerlukan klien membuat penjelasan perlu dielak kerana mungkin
akan menakutkan klien. Soalan-soalan sensitif juga harus dielakkan.

-Contoh soalan terbuka

“Kalau tidak keberatan, boleh anda kongsikan penderitaan anda
tersebut dengan saya.’

“Agaknya bagaimana hal ini boleh berlaku.”

“Boleh tolong jelaskan lagi maksud renggang itu.”

-Perbandingan contoh soalan terbuka dan tertutup

       Untuk mendapatkan gambaran dengan lebih jelas mengenai
makna jenis soalan terbuka dan tertutup, beberapa contoh
perbandingan dilakukan.

Soalan tertutup      : “Adakah saudari merasa jemu?.”
Soalan terbuka       : “Boleh saudari jelaskan mengapa saudari
                     merasa jemu?.”
Soalan tertutup      : “Adakah saudara selalu bermasam muka
                     dengan rakan saudara?.”
Soalan terbuka       : “Boleh beritahu saya sebab-sebab yang anda
                    selalu bermasam muka dengan rakan saudara?.”
Soalan tertutup      :“Bila saudara merasa marah dengan ibu
                       saudara?.”
Soalan terbuka       :“Apakah sebab saudara marah pada ibu
                           saudara?.”
        Jones (2004) menjelaskan kaunselor perlu membuat perkara yang
perlu diambilkira dalam membuat soalan seperti berikut;

       Tujuan soalan

       Kaunselor yang efektif bertanya soalan yang mengundang kepada
       perkembangan pemahaman masalah klien dan dirinya.

       Jumlah soalan

       Kaunselor boleh bertanya soalan yang hanya bertumpu kepada
       masalah semasa atau soalan yang lebih umum.

       Tahap intimasi

       Kaunselor perlu bersifat sensitif kepada soalan yang boleh memberi
       kesan kepada intimasi perhubungan.


        Seterusnya Jones (2004) menjelaskan jenis-jenis soalan adalah seperti
berikut;

              Soalan terbuka dengan soalan tertutup
              Soalan berbentuk klarifikasi
               Soalan yang memberi peluang untuk mengembangkan apa
               yang telah diperkatakan.
              Soalan yang memerlukan maklumat spesifik
                   Soalan jenis ini bertujuan mengumpul maklumat konkrit
               mengenai masalah klien dan maklumat spesifik berfokus
               kepada bagaimana, apa, bila dan di mana. Soalan bagaimana
               termasuk ”bagaimana anda rasa atau bertingkah laku” Soalan
               ”bagaimana” adalah amat berguna untuk mendapatkan data
               untuk menunjukkan bagaimana klien bertingkah laku.
               Soalan ”apa” termasuk ”apa yang berlaku”, ”berikan saya
               contoh apa yang telah berlaku”, ”apa yang anda lihat sebagai
               masalah”, ”apakah agaknya kesan apabila melakukan perkara
               di atas”.


       Salah guna soalan

              Kadang-kadang soalan digunakan secara salah dan berlebihan
       oleh kaunselor. Apabila ini berlaku, ianya memberi kesan kepada
       keberkesanan kaunseling dan juga perhubungan kaunselor dan klien.
Penulis-penulis seperti Gazda et al (1977) dan Patterson (1974)
            memberi komen mengenai kesan negatif penggunaan solaan yang
            salah. Dua perkara yang sering disalahgunakan ialah yang berkaitan
            dengan kuantiti dan kualiti soalan.
                    Penggunaan kuantiti soalan yang tidak bersesuaian akan
            membentuk kebergantungan, meletakkan tanggungjawab ke atas
            kaunselor, mengurangkan penerokaan kendiri, menghasilkan
            maklumat yang tidak tepat, menghasilkan perasaan defensif, ke atas
            klien dan membentuk kemahiran membantu yang rendah.


            Contoh soalan yang berfokus kepada perasaan dan reaksi fisikal

            -Bila anda mula rasai perasaan ini?
            -Ceritakan dengan lebih lanjut lagi mengenai perasaan anda
            -Apa perasaan anda sekarang?




            Contoh soalan yang berfokus kepada pemikiran

            -Apakah fikiran anda sebelum/semasa/selepas situasi ini?
            -Apakah yang anda rasakan sebelum apa yang anda rasakan
            sekarang?.
            -Berapa kerapkah anda berfikir begini?
           Contoh-contoh soalan yang berfokus dalam perkara ini?.
            -Apakah kekuatan dan potensi anda kepada komunikasi/aksi

              -   Bagaimana anda bertingkah laku?
              -   Apa yang anda katakana?
              -   Apa yang berlaku sebelum ini?
              -   Apakah kesan-kesan di atas tindakan anda itu?




Kemahiran Parafrasa

                    Kemahiran memparafrasa ini ialah respons kaunselor setelah
            mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman
            kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek tetapi
            tepat dan padat maksudnya. Parafrasa ialah respons kaunselor setelah
mendengar isi dan memerhatikan tingkah laku klien. Matlamat utama
ialah memudahkan penerokaan ke atas klien.
        Membuat parafrasa adalah penting untuk menunjukkan
kaunselor mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien.
Parafrasa sangat sesuai digunakan di peringkat awal hubungan
kaunseling kerana parafrasa merupakan pernyataan semula kenyataan
dan mesej yang dibawa oleh klien untuk mendapatkan kepastian.
        Selain itu parasfrasa juga digunakan untuk membuat refleksi
kepada apa yang dikatakan oleh klien. Tujuan utama parafrasa
digunakan oleh kaunselor adalah untuk menunjukkan kepada klien
bahawa mesej yang diberikan mula difahami oleh kaunselor. Ia juga
bagi memastikan yang kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien
serta memberi peluang kepada klien mendengar kembali apa yang
dirasa dan dikatakannya.
        Namun begitu, kaunselor perlu mahir dalam membuat
parafrasa. Kaunselor perlu memastikan bahawa maksud asal mesej
klien itu tidak berubah. Parafrasa juga boleh dilakukan oleh kaunselor
untuk membantu klien yang tiba-tiba sahaja terputus atau hilang mesej
asasnya. Ini adalah kerana klien mungkin akan terkeluar dari tajuk
perbincangan sekiranya parafrasa tidak dibuat. Tujuannya adalah untuk
mengingatkan klien bahawa beliau sepatutnya menyambung semula
topik perbincangan tadi.

Contoh Satu

Klien         : “Saya tahu dia seorang yang baik. tapi…saya belum
              bersedia untuk menerimanya…tetapi saya juga susah
              hendak menolaknya.”

Kaunselor     : “ Nampaknya, anda dalam dilema, belum bersedia
                menerima dia tapi juga susah hendak menolaknya.”

Contoh dua

Klien           :“Dah lama saya menunggu keputusan darinya…
                selama tiga belas tahun, satu respons pun tidak ada.”

Kaunselor      : “Selama 13 tahun, anda menunggu respons darinya
                        tapi satu respons pun tidak ada.”

      Ishammudin Hj. Ismail (1999) menjelaskan bahawa tujuan
kemahiran parafrasa adalah

•   Mengulangi semula kepada klien kata-kata yang baru disebutkan.
•   Menjelas dan memberikan tumpuan kepada apa yang klien baru
    sebutkan.
•   Memberitahu klien bahawa kaunselor mendengar apa yang
                diperkatakan.
            •   Mendorong klien untuk meneruskan penerokaan
            •   Menggelak kekeliruan dan ketidaksefahaman
            •   Membantu klien untuk berfikir dan menumpukan perhatian
                terhadap situasi,orang, objek atau idea dengan lebih jelas.

Kemahiran memimpin

                   Kemahiran memimpin boleh dibahagikan kepada beberapa
            bahagian iaitu

            Memimpin secara tidak langsung

                    Tujuan memimpin secara tidak langsung membolehkan klien
            memulakan dan mengambil tanggungjawab terhadap sesi yang sedang
            berjalan. Selain daripada itu, tujuan memimpin secara tidak langsung
            ialah untuk menjemput klien untuk menceritakan atau memperincikan
            ceritanya.

            Contoh soalan yang menunjukkan memimpin secara tidak langsung
            ialah;

            “apa yang anda nak bincangkan hari ini?”

            “Barangkali, kita boleh mulakan sesi dengan anda beritahu saya di
            mana anda sekarang?”

            “Bolehkah anda beritahu saya lebih lanjut tentang perkara itu?”

            Kemahiran memimpin secara langsung

                   Kemahiran memimpin secara langsung menggalakkan klien
            memperincikan, menjelaskan atau menggambarkan apa yang
            diperkatakan. Antara tujuan kemahiran memimpin secara langsung
            ialah untuk menentukan tujuan untuk memimpin, meluahkan dengan
            perkataan yang dapat memperincikan secara khusus, menggunakan
            soalan terbuka dan membolehkan klien bebas mengikut pimpinan
            anda. Dalam kemahiran memimpin, adakalanya terdapat elemen
            cadangan seperti;

            - “beritahu saya tentang ibu anda?”

            - “Boleh anda gambarkan apa yang berlaku baru-baru ini?”

Kemahiran Berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang
            sangat penting bagi seorang kaunselor. Kaunselor perlu mengelakkan
            daripada menggunakan perkataan-perkataan yang sukar difahami oleh
            klien. Kaunselor patut menggunakan ayat-ayat yang biasa dan
            bukannya dari buku-buku akademik. Ini adalah kerana bukan semua
            klien adalah berpelajaran tinggi atau mempunyai pengetahuan yang
            begitu luas.
                    Dengan itu, kaunselor perlu cuba untuk menggunakan
            perkataan yang mudah supaya klien tidak berasa rendah diri bila
            berdepan dengan kaunselor. Di samping itu, elakkan juga penggunaan
            ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit. Ini bertujuan untuk
            mengelakkan klien daripada menjadi keliru dan tidak faham apa yang
            telah dikatakan oleh kaunselor.
                    Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan, kontak
            mata dan postur badan kaunselor. Kaunselor boleh menggangguk
            kepalanya, membesarkan matanya bagi menunjukkan minat,
            memberikan postur duduk yang mencodong ke hadapan sedikit dan
            lain-lain lagi gerak balas.

               Lima cara utama dalam menghantar komunikasi

                      -Mesej lisan: Mesej yang dihantar melalui perkataan
                      -Mesej vokal: Mesej yang dihantar melalui suara.
                      Contohnya melalui volum, artikulasi dan nada.
                      -Mesej badan: Mesej yang dihantar melalui bahasa badan.
                      Contohnya melalui renungan, kontak mata, ekspresi
                      muka, postur badan, pakaian.
                      -Mesej sentuhan
                      -Mesej yang berbentuk aksi.




Kemahiran melakukan dorongan minima

                    Dorongan minima diperlukan untuk memberikan sokongan dan
            dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan
            minima merupakan respons atau ungkapan ringkas ataupun pergerakan
            positif yang menggalakkan klien terus bercakap dan memberikan
            penjelasan. Di antara contoh dorongan minima adalah seperti “hm…m,
            teruskan, “lepas itu”, “kemudian”, “jadi”, “terangkan lagi”, “oh….
            ”, sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-
            lain lagi.
                    Tujuan kaunselor mengadakan dorongan minima adalah untuk
            memberangsangkan klien untuk terus bercerita. Selain itu, ia
menunjukkan kaunselor sedang mendengar dan faham         apa yang
            sedang diperkatakan oleh klien.

                  Ishammuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan
            mendorong minima;

                           a.   kaunselor memberi perhatian
                           b.   menolong penerokaan kendiri klien
                           c.   supaya klien terus bercakap
                           d.   mempengaruhi arus perbualan

Kemahiran Membuat Refleksi Perasaan

                   Jones (2004) mendapati kemahiran membuat refleksi perasaan
            melibatkan keupayaan kaunselor berkomunikasi dan mengalami
            perasaan klien
                   Seterusnya Jones (2004) menjelaskan refleksi perasaan
            melibatkan kemahiran pihak yang menghantar dan menerima

            Kemahiran pihak penerima

                  Memahami mesej muka dan badan klien
                  Memahami mesej suara klien
                  Memahami mesej lisan klien
                  Memahami reaksi emosi diri
                  Mengambilkira konteks mesej yang disampaikan oleh klien

            Kemahiran pihak yang menghantar

                  Bertindak balas dalam cara yang menunjukkan kaunselor
                   memahami perasaan klien melalui perkataan dan frasa
                  Memeriksa ketepatan pemahaman kaunselor

                    Refleksi perasaan merupakan pengulangan atau menyebut
            semula percakapan klien dalam satu rangkai kata yang pendek tetapi
            padat. Pengulangan yang dibuat oleh kaunselor lazimnya, hanyalah
            sebagai pembayang yang mencerminkan perasaan atau keseluruhan isi
            yang disampaikan oleh klien tadi. Membuat refleksi perasaan
            bukanlah sekadar mengulang semula perkataan yang diluahkan oleh
            klien, tetapi merupakan satu cara untuk membuat kesimpulan tingkah
            laku tingkah laku klien yang dapat membayangkan isi, pemikiran,
            perasaan dan tindakannya sendiri.
                    Kaunselor akan cuba untuk memahami apa yang di alami atau
            dirasai oleh klien secara emosi. Dengan itu, klien akan tahu bahawa
            perasaan dan tanggapan yang akan diluahkan oleh klien, tetapi
            merupakan satu cara untuk membuat kesimpulan tingkah laku klien
yang dapat membayangkan isi, pemikiran, perasaan dan tindakannya
sekali.
        Kaunselor akan cuba untuk memahami apa yang dialami atau
dirasai oleh klien secara emosi. Jadi, klien akan lebih terdorong untuk
menyatakan segala perasaannya dengan lebih mendalam lagi kepada
kaunselor tersebut tanpa was-was lagi.
        Walau bagaimanapun, kaunselor bukan sahaja perlu cuba untuk
memahami perasaan klien yang telah dinyatakan atau disebutkan
dalam mesejnya, tetapi perlu cuba untuk memerhatikan perasaan yang
tidak dinyatakan atau disebut oleh klien. Sebagai contohnya, mungkin
klien itu kelihatan muram dan tidak bermaya tetapi klien tersebut tidak
menyatakan perasaannya dalam bentuk lisan, Jadi, kaunselor perlu
bijak dan merefleksikan perasaan klien itu, tidak kira sama ada
perasaan itu dinyatakan atau tidak.
        Tujuan utama kaunselor membuat refleksi perasaan ini ialah
untuk memberikan pemusatan kepada perasaan klien sebenar dan
bukannya perasaan helah semata-mata. Selain itu, ia juga
membolehkan klien untuk melihat kembali perkara-perkara yang telah
dikatakan olehnya tadi dengan lebih jelas dan terang daripada yang
asal. Walau bagaimanapun, kemahiran membuat refleksi perasaan ini
bergantung rapat kepada kebolehan klien untuk menentukan perasaan
dan tanda bagi perasaannya (Amir Awang, 1987).
        Kemahiran refleksi merupakan satu usaha memahami klien
dari sudut pandangan klien itu sendiri. Dalam kemahiran ini pula
dibahagikan kepada tiga bahagian penting iaitu refleksi isi, refleksi
perasaan dan refleksi pengalaman.

Refleksi isi

        Refleksi isi ialah pernyataan semula oleh kaunselor mengenai
idea yang disampaikan oleh klien. Idea ini dinyatakan semula oleh
kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan
tepat. Refleksi isi yang tepat membolehkan klien berasa bahawa beliau
didengari dengan betul dan difahami. Akan tetapi terdapat perhatian
yang harus diketahui oleh kaunselor tersebut. Contohnya jangan
membuat refleksi isi yang terlalu panjang dan jangan menggunakan
perkataan yang sama berulang-ulang kali.

Refleksi perasaan

       Kemahiran merefleksi perasaan ialah penyataan semula oleh
kaunselor tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien.
Tujuan kaunselor melakukan refleksi perasaan adalah untuk memberi
tumpuan kepada klien mengenai perasaan atau sikap yang sedang
dialami oleh klien. Selain itu, ia juga meningkatkan segala tanda-tanda
perasaan yang ada pada diri klien dan akhir sekali memberi ruang
untuk klien mengeluarkan perasaan dengan cara yang baik dan
memberi kelegaan kepadanya.

Refleksi pengalaman.

        Refleksi pengalaman dibuat setelah kaunselor memerhatikan
gerak-geri tubuh badan semasa sesuatu pengalaman diperkatakan oleh
klien. Oleh itu kemahiran refleksi bukan sahaja diperlukan bagi
perkara-perkara yang didengar dengan mulut tetapi apa yang dilihat
seperti cara duduk, gerak geri, nada suara, pernafasan, wajah dan
sebagainya yang ditunjukkan oleh klien semasa sesi kaunseling
dijalankan.

-Contoh satu

Klien : “Baru-baru ini, saya ada pesan Astro kat rumah…” ramailah
      jiran-jiran yang datang tengok…. Tetapi masalahnya, mereka
      kata saya nak tunjuk lagak. .Berlagaklah tu… sombonglah tu.”

Kaunselor: “Anda dituduh berlagak dan sombong dengan Astro baru
             oleh jiran-jiran.”

-Contoh dua

Klien :“Sejak peristiwa tersebut, saya rasa disisihkan oleh adik
      saya. Dia buat saya macam orang luar. Langsung dia tidak
      peduli kat saya…tegur pun tidak. Saya rasa sedih sangat.”

Kaunselor: “Anda merasa sedih sangat bila adik anda menyisihkan
             anda dan tidak mempedulikan anda.”

-Contoh ketiga

Klien: “Saya ni lain sikit, saya tak boleh dicabar. Saya tak suka
       orang mengutuk peribadi saya..”

Kaunselor: “Tuan benar-benar marah bila ada orang campur tangan
      dalam hal peribadi tuan.”

       Ishamuddin Hj Ismail (1999) mendapati tujuan refleksi
perasaan ialah;

a. Menggalakkan klien meluahkan perasaan sama ada yang positif
   atau negatif mengenai sesuatu perkara.
b. Kaunselor memperkatakan mengenai perasaan klien yang samar-
               samar dan menyatakan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada
               diri klien (perasaan yang tersirat).

            c. Refleksi boleh membantu klien mengalami perasaannya secara
               mendalam supaya ia boleh menyedari tentang situasi yang tidak
               selesai.

            d. Membantu klien supaya menyedari tentang perasaan yang sedang
               menguasainya ketika itu.

            e. Memberi ruang dan peluang kepada klien meluahkan perasaannya
               dengan cara yang baik dan akan memberi kelegaan kepadanya


               Aktiviti

                   -   Buat latihan ini secara berpasangan.
                   -   Ambil giliran untuk bercakap dan mendengar. Individu
                       yang bercakap akan memilih satu tajuk yang dirasakan
                       selesa. Sementara mendengar, bantu pasangan anda untuk
                       bercakap dengan membuat refleksi.
                   -   Semasa mendengar dan memberi respons, beri perhatian
                       kepada mesej vokal, badan serta bukan lisan.




Kemahiran Membuat Interpretasi

                    Kemahiran membuat interpretasi merupakan satu proses yang
            digunakan oleh kaunselor untuk memberikan maklum balas atau
            “feedback” kepada klien supaya klien berupaya untuk melihat
            masalahnya dari satu sudut berbeza. Selain itu, interpretasi digunakan
            untuk merujuk dan membuat tafsiran untuk maksud tersirat dalam
            mesej klien.
                    Oleh yang demikian, kaunselor perlu betul-betul menguasai
            kemahiran ini terlebih dahulu sebelum digunakan supaya ianya dapat
            dilakukan dengan lebih tepat dan betul. Ini adalah kerana sekiranya
            kaunselor membuat interpretasi yang salah, ia boleh menyebabkan
            gangguan dalam proses kaunseling yang sedang berjalan itu.
            Interpretasi akan dikatakan berjaya sekiranya ia boleh meransang
            pemahaman dan memberi fokus ke atas masalah klien.
                    Kemahiran ini merupakan satu proses yang aktif di mana
            kaunselor menjelaskan perkara atau isu yang di bawa oleh klien
            mengikut fahaman kaunselor dan dari perspektif yang baru.
Kemahiran ini bererti memberi penghuraian kepada klien supaya klien
dapat melihat peristiwa yang berlaku dari perspektif yang berlainan.
        Dalam kemahiran membuat interpretasi ini, kaunselor akan
menambah kenyataan yang dibuat oleh klien, terutamanya setelah
kaunselor dapat memahami perkara yang tersembunyi atau perasaan
yang tersembunyi yang mana            klien sendiri mungkin tidak
menyedarinya secara sengaja atau tidak sengaja.
        Apabila klien memberikan maklumat kepada kaunselor
mengenai masalah klien, tafsiran daripada kaunselor boleh
menimbulkan celik akal klien. Semasa kaunselor membuat
interpretasi, kaunselor haruslah menggunakan bahasa yang mudah
difahami.
        Tujuan kaunselor membuat interpretasi adalah untuk
membantu klien mentafsir peristiwa hidup mereka. Selain itu, ia
membantu klien melihat perkara yang tidak dapat dilihatnya dengan
mudah, tersorok atau tidak disedarinya.

         Ishamuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan interpretasi
ialah;

a. Kaunselor menawarkan satu bentuk ruang rujukan (perspektif)
   yang baru. Masalah adalah sama, yang diubah adalah persepsi iaitu
   dengan memberi alternatif atau wawasan kepada perkara yang
   diperkatakan.

b. Mengenal pasti perhubungan-perhubungan antara mesej-mesej dan
   tingkah laku klien yang berterus-terang dan yang berbentuk kiasan.

c. Membantu klien untuk lebih memahami terhadap perkara-perkara
   yang tidak dapat dilihat (yang tersirat ) dengan mudah.

d. Menokok tambah pemahaman diri klien atau memberi wawasan
   (celik akal) supaya klien dapat mencapai perubahan yang diingini.

-Interpretasi dalam bentuk metafora dan fantasi

   Salah satu cara membuat interpretasi adalah melalui berfantasi
(daydream) yang menggunakan gambaran bahasa metafora.
Contohnya adalah seperti di bawah;

“Saya berfantasi tentang apa yang Rizal katakan tadi.
Saya gambarkan Rizal menelusuri jalan kayu yang rapuh,
menuju ke simpang jalan, dan tidak dapat memutuskan
mana satu jalan yang ingin ditujui. Rizal tidak pasti, lantas
melambung syiling dan berlari girang ke arah jalan yang
telah diputuskan berdasarkan syiling tersebut. Adakah ia
            sesuai?.

                   Metafora juga digunakan untuk memberikan reaksi kepada
            seseorang.

            “Dalam banyak keadaan saya melihat anda sebagai
            “teddy bear” yang lembut dan besar yang berada di satu
            tempat dengan pelbagai posisi.”

                   Metafora juga digunakan untuk meninjau perkataan tentang
            tindakan yang khusus yang digunakan klien untuk menerangkan
            pengalamannya. Diantaranya;

                   imej visual: “saya melihat cahaya”
                   bunyi: “bunyi itu kelihatan”
                   kinestestik: “Idea itu mencengkam saya”.

                    Tujuan penggunaan metafora adalah untuk memberi
            pengalaman kepada klien untuk memahami dirinya dan kaunselor
            meletakkan dirinya untuk mempengaruhi kliennya. Selain daripada itu,
            penggunaan klien adalah juga untuk memperluaskan bahasa deria
            klien melalui pertanyaan seperti bagaimana kehidupan klien
            diteruskan, bagaimana klien melihat kisah silamnya dan bagaimana
            masa hadapannya.

Kemahiran Membuat Klarifikasi

                    Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat atau
            penjelasan yang lebih lanjut daripada klien apabila klien
            menggunakan perkataan atau ayat yang tidak jelas, tidak spesifik,
            umum ataupun kabur ketika menyatakan permasalahannya itu.
            Membuat klarifikasi juga adalah satu penjelasan terhadap perkara yang
            samar kepada satu fokus yang lebih tepat.
                    Jadi, dengan menggunakan kemahiran klarifikasi ini, klien
            perlu menerangkan tajuk yang diceritakannya itu dengan lebih lanjut
            atau dengan lebih mendalam. Ini bukan sahaja membolehkan
            kaunselor memahami mesej klien dengan lebih mendalam, malah ia
            membolehkan klien itu sendiri lebih memahami kekeliruan yang
            timbul.

                   Antara tujuan membuat klarifikasi ialah;

            a. Membantu klien memberikan penjelasan yang lebih baik.
            b. Mengelak kaunselor daripada membuat sebarang andaian.
c. Memberi peluang dan ruang klien untuk lebih meneroka diri
               sendiri.
            d. Menyemak ketepatan kata-kata klien.

            -Contoh;

            “Saya agak keliru di sini, jadi saya akan cuba nyatakan semula
            apa yang saya fikir tentang apa yang telah diperkatakan tadi’

            -Contoh;

                   “Saya kurang jelas bagaimana perasaan anda
            tentang perkara itu, boleh anda ringkaskan dan
            gambarkannya?”

Kemahiran membuat kontrak

                   Kaunselor mendapatkan persetujuan dan perjanjian daripada
            klien supaya ada tanggungjawab dan kesungguhan untuk
            melaksanakan apa yang dipersetujui. Kontrak biasanya dibuat pada
            kes-kes yang memerlukan perubahan tingkah laku klien seperti
            ponteng, merokok, mencuri, menipu, meniru dan lain-lain. Kontrak
            boleh dibuat secara lisan atau bertulis.

Kemahiran Meneroka

                    Dalam sesi kaunseling, kemahiran meneroka merupakan salah
            satu lagi kemahiran yang penting bagi menjayakan sesi kaunseling. Ini
            adalah kerana tanpa penerokaan, sesi kaunseling tidak akan berjalan
            dengan lancar. Kaunselor tidak akan dapat memahami masalah yang
            dihadapi oleh klien dengan lebih lanjut lagi ataupun dengan lebih
            mendalam.
                    Oleh yang demikian, seorang kaunselor perlu memastikan
            bahawa dirinya telah menguasai kemahiran ini bagi menjayakan
            sesuatu sesi kaunseling itu. Kaunselor boleh meneroka dengan lebih
            lanjut dengan menggunakan soalan-soalan tertentu, di mana klien
            perlu menjelaskan dengan lebih teliti masalah yang dihadapinya itu.

Kemahiran Pemfokusan

                    Dengan adanya kemahiran memfokus, kaunselor boleh
            mengarahkan aliran perbualan klien kepada bidang yang diingininya.
            Selain itu, kemahiran ini sangat berguna sekiranya kaunselor
            mempunyai klien yang menceritakan masalah dengan tidak jelas atau
            klien yang tidak berfokus dalam penceritaannya. Tujuan kemahiran ini
digunakan ialah untuk memastikan klien tidak akan bercerita sehingga
           terkeluar daripada topik perbualan.
                   Oleh yang demikian, kaunselor perlu pandai memilih tajuk apa
           yang perlu difokuskan. Selain itu, kaunselor juga perlu membantu
           klien memberi fokus kepada perasaan tersembunyi semasa dalam sesi
           kaunseling itu. Sekiranya kaunselor tidak mempunyai kemahiran
           memfokus ini, maka kedua-dua klien dan kaunselor akan keliru dan
           tidak jelas mengenai persoalan klien.
                   Biasanya kemahiran ini dilakukan apabila kaunselor memilih
           satu perkataan atau ayat pendek daripada percakapan klien dan
           memberi penekanan kepada perkataan tersebut.
                   Kaedah pemfokusan dengan satu perkataan adalah efektif
           untuk membantu klien bercakap. Kemahiran ini boleh juga dalam
           bentuk dorongan minima. Tujuan utama membuat pemfokusan adalah
           untuk mengurangkan kekeliruan klien atau sesuatu yang klien kurang
           jelas.

Kemahiran mencabar

                   Kemahiran mencabar adalah untuk memperakui dengan jujur,
           secara langsung dan menarik perhatian klien apa yang sedang berlaku
           dan apa yang sedang dirumuskan. Konstruk kemahiran mencabar
           melibatkan seperti mengenal pasti perasaan diri sendiri sebagai
           kaunselor, menjelaskan dan berkongsi pengalaman dan memberi
           maklumbalas dan pandangan.
                   Jones (2004) menjelaskan kemahiran mencabar perlu
           mempunyai ciri seperti di bawah;

                 Mulakan dengan membuat refleksi

                  Kaunselor perlu memulakan respons dengan menunjukkan
                  bahawa dirinya telah mendengar dan memahami mesej klien.

                 Klien mencabar diri

                  Di mana perlu, bantu klien untuk mencabar diri mereka.
                  Dengan membuat refleksi mesej yang bercampur, klien boleh
                  memilih untuk membuat rumusan.

                 Jangan Melampau Batas

                  Kaunselor perlu menyedari bahawa dirinya tidak
                  mencabar klien sehingga membawa kesan yangburuk
                  kepada klien.

                 Klien Yang Mengambil Tanggungjawab
Kemahiran Berempati

                    Empati adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan
            seseorang. Dengan adanya kemahiran berempati ini, kaunselor
            dikatakan berkeupayaan untuk memahami emosi dan dapat merasai
            apa jua yang dirasai oleh klien tersebut. Dengan ini, klien akan
            merasakan bahawa kaunselor itu memang seorang pendengar yang
            baik, memahami keadaannya serta mengambil berat tentang dirinya
            kerana kaunselor berupaya untuk memahami situasi sebenar yang
            dialaminya.
                    Emosi seseorang tidak mudah difahami oleh pihak kedua. Jadi,
            untuk menguasai kemahiran ini terlebih dahulu, kaunselor perlu
            berupaya untuk membezakan antara emosi dan sikap. Emosi adalah
            perasaan yang dialami seseorang, manakala sikap adalah kepercayaaan
            tentang kejadian semasa, lepas dan masa depan.
                    Selain itu, kaunselor perlu juga memerhatikan perkara-perkara
            lain. Pertama sekali, kaunselor perlu perhatikan tanda-tanda yang ada
            pada klien seperti nada suara dan mimik muka. Secara ringkasnya,
            memahami diri klien memerlukan satu penilitian yang mendalam.
            Selain itu, kaunselor juga perlu peka terhadap semua tingkah laku
            bukan lisan klien serta percakapannya bagi memahami perasaan yang
            dialami klien dengan lebih mendalam. Kaunselor juga boleh membawa
            pengalaman perasaan kliennya kepada pengalaman perasaannya
            sendiri bagi memahami kliennya.

Kemahiran Menghadapi Kesenyapan

            Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi
            kaunseling berjalan. Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk
            sama ada menggalakkan klien terus bercakap atau terus mengekalkan
            kesenyapan itu. Kesenyapan ini merupakan satu petanda yang baik
            kerana ia memberikan masa kepada kaunselor dan klien untuk
            memikirkan tindakan apa yang seharusnya diambil seterusnya.
                    Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada klien yang tidak
            sempat menghabiskan hujahnya tadi berfikir kembali dengan tenang
            mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali sesuatu yang
            barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah
            fikirannya.
                    Kesenyapan yang berlaku banyak memberikan peluang kepada
            klien dan kaunselor untuk mengimbas kembali diri masing-masing
            semasa sesi kaunseling tersebut. Ia juga memberi peluang kepada
            kaunselor untuk mendengar apa yang dikatakan oleh klien dengan
            lebih berkesan, dapat memerhatikan gerak geri klien dengan lebih
teliti, menilai hubungan pemikiran, perasaan dan tindakan kliennya
            dengan lebih baik serta lain-lain lagi.
                     Walaupun begitu, kaunselor haruslah mengelakkan kesenyapan
            yang terlalu panjang kerana ia akan menghentikan terus pokok cerita
            yang diperbincangkan tadi. Secara ringkasnya, adalah penting bagi
            kaunselor untuk membenarkan keadaan senyap ini setelah klien dan
            kaunselor telah melakukan perkara penting. Klien perlu diberi masa
            untuk memikirkan sesuatu tanpa sebarang gangguan.

Kemahiran melakukan percanggahan

                    Kemahiran melakukan percanggahan wujud dalam dua bentuk
            iaitu percanggahan dalam tingkah laku bukan lisan dan tingkah laku
            lisan.

            -Percanggahan dalam tingkah laku bukan lisan

                    Percanggahan ini berlaku apabila mesej yang disampaikan
            tidak selaras dengan pergerakan badan. Contohnya bercakap tentang
            satu-satu topik tetapi dilihat dari segi tingkah laku bukan lisan terdapat
            gerakan yang tidak sepadan.


            -Percanggahan dalam pernyataan lisan.

                   Percanggahan dalam pernyataan lisan berlaku apabila dalam
            satu kenyataan terdapat dua idea yang bercanggah

            Contohnya;

            “Dia adalah seorang ketua yang adil tetapi dia selalu pilih
            kawan saya untuk menghadiri seminar.”
              -Ketidakselarasan antara mesej lisan, vokal dan juga mesej
              badan.

               “Anda katakan anda rasa gementar tetapi anda nampak gembira
                sahaja. Senyum setiap masa”.

              -Ketidakselarasan antara kata-kata dengan aksi
                 “Anda kata anda sayangkan dia, tapi anda langsung tidak ada
                 masa untuk dia dan sentiasa sibuk”.

              -Ketidakselarasan antara memberi dan mengotakan kata-kata

                 “ Pada waktu yang sama, anda katakan anda hendak
                 menghubungi dia tetapi anda sentiasa mencari alasan untuk
                 tidak melakukannya.

              -Ketidakselarasan antara kenyataan sekarang dan sebelumnya
                 “ Dulu anda katakana anda sukakan kawan anda tu, tapi
                 sekarang lain pula”.
Kemahiran Mengetahui Teori dan Teknik-Teknik Kaunseling

                    Dengan adanya kemahiran mengetahui teori dan teknik
             kaunseling, kaunselor akan menjadi lebih yakin dan bersedia untuk
             berhadapan dengan klien. Dengan adanya kemahiran ini, kaunselor
             akan lebih berupaya untuk menolong klien menghadapi masalah yang
             dihadapi itu.
                    Namun begitu, kaunselor perlu tahu bagaimana dan bila
             masanya untuk menggunakan kemahiran teori dan teknik-teknik
             kaunseling yang ada padanya. Kaunselor juga perlu bijak dalam
             memilih teknik apa yang patut atau sesuai digunakan apabila
             berhadapan dengan klien-klien yang berlainan.


Kemahiran memberi maklumat

                    Kemahiran memberi maklumat memerlukan sedikit ketelitian
             di mana kaunselor berkongsi fakta dan maklumat dengan klien. Antara
             jenis maklumat adalah kategori kepakaran seperti instrumen ujian,
             kemahiran merancang dan membuat keputusan, merancang kerjaya,
             perancangan keluarga dan membuat keputusan bersara.


Kemahiran Merumus

                     Merumus adalah pernyataan atau pengikatan semula bahagian
             isi dan perasaan penting yang telah dikatakan oleh klien dalam sesi
             kaunseling tersebut. Rumusan adalah lebih meluas jika dibandingkan
             dengan parafrasa. Kemahiran merumus ini bertujuan untuk
             menyedarkan klien dan mengimbas kembali apa yang telah
             dibincangkan semasa sesi kaunseling itu.
                     Kaunselor boleh membuat rumusan sama ada di permulaan, di
             tengah atau pun di akhir sesi kaunseling. Namun kebiasannya,
             rumusan dibuat pada hujung sesi kaunseling, iaitu membuat rumusan
             keseluruhan. Di samping itu, kaunselor juga boleh membuat rumusan
             di tengah-tengah sesi kaunseling itu sekiranya klien itu sudah hendak
             masuk ke topik pebincangan yang baru. Ini adalah supaya klien dan
             kaunselor tidak keliru dan mencampur adukkan semua topik yang
             telah diperbincangkan.

                      Ishamuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan merumus
             ialah;

             a. Menghubungjalinkan beberapa elemen daripada mesej klien
b. Mengenal pasti satu paten atau tema yang konsisten atau yang
   selalu timbul berhubung kait dengan mesej tersebut.
c. Supaya klien mendengar semula kata-katanya.
d. Supaya tidak ada berlaku distorsi (distortion)
e. Sesuai digunakan apabila sesi terhenti atau terbantut
f. Dalam kesenyapan yang berpanjangan, rumusan boleh
   mempercepatkan proses kaunseling.
g. Sintesis aspek-aspek emosi, tingkah laku dan pemikiran klien.


-Rumusan untuk memulakan sesi

Contoh;

“Pada sesi yang lalu, kita telah bincangkan tentang
perasaan Azura terhadap ibu mertua serta perselisihan
faham dengannya ketika melahirkan anak.          Azura
merasakan diri Azura bersalah dan bimbang. Sejak itu,
hubungan Azura dengan mertua tidak baik. Kita juga
bincangkan pelan tindakan pada minggu itu. Bagaimana?.
Adakah berjalan dengan baik?.




-Rumusan pertengahan sesi

Contoh;

“Setakat ini, saya lihat perancangan Kamal tidak berjalan
dengan lancar. Sekali lagi, Kamal rasa bersalah apabila
melihat idea itu dimanipulasi. Namun, satu idea boleh
dilakukan. Kamal telah dapat berbincang dengan Lina
tentang bidang tugasnya, dan inilah kali pertama anda
boleh bercakap tanpa bertengkar. Kamal nampaknya
mungkin dapat membuat perancangan susulan pada
minggu hadapan. Adapan ini benar?.

-Rumusan di akhir sesi

Contoh;

“Di dalam sesi ini, kita telah berbincang mengenai
perasaan Anita terhadap ibu mertua dengan lebih
terperinci. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian.
Pertama, pelan yang kita bincangkan tidak berjalan
dengan baik, tapi Anita dapat bercakap dengan mentua
             tentang satu perkara tanpa menjerit. Seperti dibincangkan,
             kita telah kenal pasti beberapa tingkah laku Anita yang
             perlu diubah seperti lebih relaks dan mengubah topik bila
             Anita rasakan diri Anita mula nak marah. Saya juga
             gembira dengan idea Anita di akhir sesi ini mengenai cara
             bercakap dengan ibu tentang sesuatu isu. Adakah ini
             mencukupi untuk sesi ini?.

Kemahiran meninjau klien.

                     Kemahiran meninjau klien membolehkan kaunselor meninjau
             klien melalui tingkah laku lisan dan bukan lisan. Kemahiran ini juga
             dapat membina hubungan. Selain daripada itu, kemahiran meninjau
             klien juga dapat memberi responss yang tepat. Antara perkara yang
             perlu diberi perhatian ialah tingkah laku lisan dan bukan lisan,
             percanggahan dan konflik serta gaya yang disesuaikan dengan individu
             yang datang dari pelbagai budaya.

Kemahiran Konfrontasi

                      Kemahiran ini hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan
             yang baik antara klien dengan kaunselor. Semasa kemahiran
             konfrontasi dijalankan, kaunselor harus menggunakan nada yang
             lembut yang mengandungi unsur-unsur ambil berat agar mesej yang
             disampaikan tidak tersalah tafsir oleh klien. Biasanya kemahiran
             konfrontasi akan digunakan oleh kaunselor kepada klien dalam situasi-
             situasi tertentu seperti dinyatakan di bawah;

             a. Terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien
                tentang dirinya dengan apa yang dilakukannya.
             b. Apabila terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan pada
                satu masa dengan apa yang dikatakan pada masa yang lain.
             c. Tingkah laku bertentangan dengan apa yang dikatakan
             d. Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yang
                dikatakan oleh klien mengenai dirinya
             e. Menyatakan tentang tingkah laku klien yang didapati tidak sesuai,
                sebagai maklumat tambahan mengenai diri klien.

                    Tujuan kaunselor mengadakan kemahiran konfrantasi adalah
             untuk memberikan klien satu pandangan lain dalam usaha meneliti diri
             dan membantu mengurangkan blind sport dalam membantu klien
             melihat dirinya dengan lebih tepat.

             Contoh satu
“Tadi anda kata anda ingin berjaya, tetapi nampaknya anda
langsung tiada persediaan untuk berjaya”.

Contoh dua

“Tadi saya dengar anda rasa kecewa dengan pensyarah itu, tapi
dalam masa yang sama , anda rasa takut berhadapan dengan
pensyarah itu untuk mengetahui isu yang sebenar”.

Contoh tiga

“Saya nampak wajah anda gembira walaupun menceritakan perkara
yang agak sedih. Agaknya ada perkara yang tak kena ke?”’

   Tujuan konfrontasi mengikut Ishamuddin Hj. Ismail (1999) adalah
seperti berikut;

a. Membenarkan        klien menerokai mekanisme bela diri yang
   menghindari pemahaman dan tindakannya.
b. Membantu klien mengenal pasti satu kontradisi, rasionalisasi,
   helah atau salah interpretasi
c. Membantu klien menerokai bahagian-bahagian perasaan,
   pengalaman dan tingkah laku yang klien sendiri merasa berat
   untuk menghadapinya.
d. Menunjukkan kepada klien apa yang sedang berlaku pada diri
   klien.
e. Supaya tingkah laku klien menjadi lebih bersepadu.

Contoh Satu;

      “Pada sesi lepas Effa dah bincangkan dengan saya mengenai
      kekecewaan Effa terhadap rakan sejawat yang selalu menaruh
      perasaan dengki dengan apa yang Effa buat. Dalam masa
      yang sama Effa juga merasa sedih kerana walaupun
      sudah lima bulan Effa berkhidmat, Effa belum lagi
      mendapat gaji. Jadi kali ini adakah Effa mahu mendapat
      gaji.”

Contoh dua;

      “Pada sesi yang lepas Qayyam dah bincangkan dengan saya
      tentang halangan yang Qayyum hadapi untuk mencapai cita-
      cita Qayyum sebagai seorang pensyarah. Jadi, pada hari ini
      apa kata kalau kita menyemak kembali apa agaknya langkah-
      langkah yang boleh diambil oleh Qayyum untuk mencapai
      cita-cita tersebut.”
Kemahiran menyemak persepsi

                   Kemahiran menyemak persepsi ini ialah mengesahkan persepsi
            kaunselor tentang apa yang klien katakan. Apabila kemahiran ini
            dilakukan, klien akan merasa beliau lebih difahami. Garis panduan
            untuk membuat penyemakan persepsi ialah membuat parafrasa apa
            yang kaunselor fikir kaunselor telah dengar. Selain daripada itu,
            kaunselor juga meminta pengesahan klien secara terus terang tentang
            ketepatan persepsi kaunselor terhadap apa yang telah diperkatakan
            oleh klien.Dalam menyemak persepsi, kaunselor juga akan
            membenarkan klien membetulkan persepsinya jika andaian kaunselor
            adalah tidak tepat.

Kemahiran Mengurus kesenyapan

                   Biasanya kesenyapan berlaku semasa sesi kaunseling apabila
            klien berfikir tentang beberapa idea yang dibincangkan. Dalam
            sesetengah situasi, klien akan menjadi senyap semasa sesi kaunseling
            untuk mengorganisasikan semula pemikirannya. Walau bagaimanapun,
            kesenyapan yang sedemikian dikatakan amat bermanfaat apabila klien
            meneruskannya untuk satu atau beberapa jangka masa untuk
            memikirkan isi kandungan yang dibincangkan melalui cara seperti di
            bawah;

            i. mengulangi semula satu atau beberapa perkataan terakhir yang telah
            diungkapkan.

            ii. menyatakan semula isi kandungan daripada beberapa kenyataan
            terakhir yang di buat.

            iii.menanyakan semula soalan tentang isu-isu yang telah di bawa
            dalam perbincangan.

                   Kesenyapan boleh berlaku untuk tiga sebab yang berbeza iaitu;

            i.Pada permulaan sesi temuduga, klien mungkin berasa malu dan risau
            terhadap proses kaunseling. Dalam keadaan yang sedemikian,
            kaunselor boleh mengambil langkah-langkah tertentu untuk
            mengurangkan ketegangan supaya klien dapat mengurangkan perasaan
            negatifnya dan membincangkan persoalan yang dibawa bersama
            dengan bebas.

            ii.Klien tidak tahu apa yang sepatutnya dibincangkan seterusnya.
iii.Klien berkemungkinan sedang berfikir tentang apa yang telah
diperkatakannya. Dalam keadaan yang sedemikian, kaunselor haruslah
bersabar sehinggalah klien bersedia untuk memberikan tindakbalas
kepada kaunselor.

    Kesenyapan juga membawa erti bahawa klien sedang mengalami
kesulitan dalam meluahkan perasaannya mahupun menceritakan
ideanya. Dalam keadaan yang sedemikian, kaunselor seharusnya
membantu klien secara lisan dengan menyatakan kenyataan seperti :

“Bagaimana saya boleh membantu sekiranya kamu berasa takut
terhadap saya”.

       Kesenyapan juga berlaku apabila klien mengalami ketegangan
emosi. Dalam keadaan yang sedemikian, kaunselor haruslah
menunggu sehinggalah klien berasa lega dan selesa untuk bercakap.
Sesetengah klien     yang tidak mempunyai kemahiran bersosial
memerlukan sesi temuduga lebih lama untuk membincangkan pokok
persoalannya.
       Klien berkemungkinan akan mempelajari bagaimana
meluahkan perasaannya dan membincangkan idea pemikirannya dalam
beberapa perkataan sahaja ataupun bergantung terhadap orang lain
untuk memulakan sesi dan mengambil tanggungjawab mencari jalan
penyelesaian. Dalam keadaan yang sedemikian, kaunselor haruslah
membantu klien memperolehi kemahiran sosial yang perlu untuk
komunikasi yang lebih efektif secara lisan dan bukan lisan.
       Kesenyapan jarang berlaku untuk satu jangka masa yang lama
jika sesi temuduga dikendalikan oleh kaunselor yang terlatih.
Bagaimanapun, kesenyapan juga merupakan satu halangan untuk
melanjutkan sesi temuduga. Oleh itu, Wolberg (1954) telah
mencadangkan perkara-perkara berikut sekiranya kesenyapan berlaku;

1. Kaunselor boleh memfokus terhadap tumpuan perhatian klien
   dengan menyatakan. “Adakah kamu mendapati susah untuk
   bercakap “.

2. Sekiranya masih tidak mendapat maklum balas daripada klien,
   kaunselor boleh menyatakan, “ Saya berasa hairan mengapa kamu
   senyap”.

3. Kemudian kaunselor berkata, “Mungkin kamu tidak tahu apa yang
   harus kamu katakan”

4. “Mungkin kamu cuba untuk         merangka    apa   yang   akan
   diperkatakan kemudian”.
5. “Mungkin kamu kecewa”.

          6. Komen yang seterusnya ialah, “Mungkin kamu takut untuk
             menceritakan apa yang difikirkan dalam fikiran kamu”.

          7. Akhir sekali, sekiranya kesenyapan masih berterusan, kaunselor
             boleh berkata, “Adakah terdapat sesuatu yang menyebabkan kamu
             berasa susah untuk bercakap”.

                  Dalam kebanyakan contoh yang telah diberikan, apabila klien
          masih lagi senyap, kaunselor haruslah berkata, “apa kata kita hanya
          duduk di sini untuk seketika dan mungkin kamu akan memberitahu
          saya apa yang sedang difikirkan”. Selepas itu, kaunselor boleh cuba
          sekali lagi untuk mendapatkan respons klien. Sekiranya klien masih
          memberikan responss yang sama, kaunselor haruslah menamatkan sesi
          dengan memberikan jaminan kesediaannya pada masa akan datang
          untuk memberikan perkhidmatannya kepada klien.


RUMUSAN
                   Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang
          berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran-
          kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus memahami segala
          kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien
          pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai.
                   Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai
          digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling sepeti
          menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan
          keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor.
                   Selain mempunyai kemahiran-kemahiran yang baik, seorang
          kaunselor yang berjaya juga harus mempunyai personaliti yang baik.
          Ini kerana perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada
          ciri-ciri personaliti kaunselor.
                   Contoh-contoh personaliti kaunselor yang baik ialah seperti
          mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati. Sifat mesra dan
          jujur kaunselor akan dirasakan oleh klien apabila berinteraksi dengan
          klien.
                   Kaunselor juga harus berpandangan terbuka atau mengelakkan
          diri daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap klien.
          Kaunselor juga harus berkebolehan memasuki ruang rujuk atau dunia
          klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi
          yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati
          permasalahan klien.
RUJUKAN

Amir Awang (1987). Teori-teori kaunseling dan psikoterapi. Pulau Pinang: Universiti
     Sains Malaysia.

Gazda,G.M., Asbury,F.R., Balzer, F.J., Childers, W.C., & Walters, R.P (1977). Human
      relations development: A manual for educators (2nd ed). Boston: Allyn &
      Bacon.

Ishammuddin Hj. Ismail (1999). Panduan Asas Kaunselor Muslim. Kuala Lumpur.
     Aras Mega (M). Sdn. Bhd.

Jones, R.N (2004). Practical Counselling and helping skills . Sage Publications.
       London

Patterson, C.H. (1973). Theories of counseling and Psychotherapy (2nd ed). New
      York: Harper & Row. Pub.

Wolberg, L.R. (1954). The technique of psychotherapy. American Journal of
    psychotherapy. 4, 525-558.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok HELENA AIREEN
 
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)Stephanie Unsil
 
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU aishah zafiera
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunselingHerney Aqilah Kay
 
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6   Kemahiran Asas KaunselingBab 6   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6 Kemahiran Asas KaunselingFathmalyn Abdullah
 
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiKepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiUNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Teori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunselingTeori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunselingeaglered007
 
Bab 2 : pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran behavioris dalam bimbingan dan ...
Bab 2 : pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran behavioris dalam bimbingan dan ...Bab 2 : pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran behavioris dalam bimbingan dan ...
Bab 2 : pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran behavioris dalam bimbingan dan ...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan kliensiewling1988
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasseradeendra
 
kaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompokkaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompokzakwan azhar
 
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)ShaZila Niza
 
Bab 7 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 7   Kemahiran Asas KaunselingBab 7   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 7 Kemahiran Asas KaunselingFathmalyn Abdullah
 

Was ist angesagt? (20)

Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok Kemahiran Kaunseling Kelompok
Kemahiran Kaunseling Kelompok
 
Bab 5 Model Proses Kaunseling
Bab 5   Model Proses KaunselingBab 5   Model Proses Kaunseling
Bab 5 Model Proses Kaunseling
 
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
 
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
 
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6   Kemahiran Asas KaunselingBab 6   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 6 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasiKepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
Kepentingan kaunselor mempunyai kemahiran asas komunikasi
 
5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling
 
2 teori pemusatan insan
2 teori pemusatan insan2 teori pemusatan insan
2 teori pemusatan insan
 
Teori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunselingTeori dan amalan kaunseling
Teori dan amalan kaunseling
 
Bab 2 : pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran behavioris dalam bimbingan dan ...
Bab 2 : pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran behavioris dalam bimbingan dan ...Bab 2 : pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran behavioris dalam bimbingan dan ...
Bab 2 : pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran behavioris dalam bimbingan dan ...
 
Teori pemusatan klien
Teori pemusatan klienTeori pemusatan klien
Teori pemusatan klien
 
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budayaStereotaip dalam kaunseling silang budaya
Stereotaip dalam kaunseling silang budaya
 
Bab 4 klien
Bab 4  klienBab 4  klien
Bab 4 klien
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasser
 
Teknik rebt
Teknik rebtTeknik rebt
Teknik rebt
 
kaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompokkaunseling individu dan kelompok
kaunseling individu dan kelompok
 
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
Kod etika kaunselor lembaga kaunselor (1)
 
Bab 7 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 7   Kemahiran Asas KaunselingBab 7   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 7 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Pengenalan kaunseling
Pengenalan kaunselingPengenalan kaunseling
Pengenalan kaunseling
 

Andere mochten auch

8 bimbingan dalam pendidikan(1)
8 bimbingan dalam pendidikan(1)8 bimbingan dalam pendidikan(1)
8 bimbingan dalam pendidikan(1)Herney Aqilah Kay
 
7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunseling7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunselingHerney Aqilah Kay
 
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)Herney Aqilah Kay
 
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayanganRekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayanganFaktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.Herney Aqilah Kay
 
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihanCiri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihanHerney Aqilah Kay
 
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwanFaktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwanHerney Aqilah Kay
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanTeknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanHerney Aqilah Kay
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Herney Aqilah Kay
 

Andere mochten auch (20)

8 bimbingan dalam pendidikan(1)
8 bimbingan dalam pendidikan(1)8 bimbingan dalam pendidikan(1)
8 bimbingan dalam pendidikan(1)
 
5 perbandingan teori
5 perbandingan teori5 perbandingan teori
5 perbandingan teori
 
7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunseling7 pengenalan kepada kaunseling
7 pengenalan kepada kaunseling
 
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
 
9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling
 
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
 
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
Topik8penghubungkaitan 110913001728-phpapp01
 
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayanganRekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
Rekabentuk perumahan dan peralatan pemeliharaan haiwan kesayangan
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayanganFaktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan kesayangan
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan.
 
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihanCiri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
Ciri ciri haiwan yang perlu diperhatikan semasa pemilihan
 
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
Topik5pengetahuanasasdalammuzik 110913001713-phpapp01
 
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
5. teknologi pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
 
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwanFaktor pertimbangan untuk pemilihan  jenis haiwan dan ciri haiwan
Faktor pertimbangan untuk pemilihan jenis haiwan dan ciri haiwan
 
56622410 module-waj3107 (1)
56622410 module-waj3107 (1)56622410 module-waj3107 (1)
56622410 module-waj3107 (1)
 
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanTeknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
 
bab 1 haiwan kesayangan
bab 1 haiwan kesayanganbab 1 haiwan kesayangan
bab 1 haiwan kesayangan
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
 
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
Topik6pengetahuanasasdalampergerakan 110913001556-phpapp02
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
 

Ähnlich wie 1 kemahiran asas kaunseling

Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingSiti Nor
 
Tindakan kaunseling
Tindakan kaunseling Tindakan kaunseling
Tindakan kaunseling Sattia Wathy
 
Tutoial minggu 3
Tutoial minggu 3Tutoial minggu 3
Tutoial minggu 3irenelina91
 
ESAP .Konseling keluarga berencana
ESAP .Konseling keluarga berencanaESAP .Konseling keluarga berencana
ESAP .Konseling keluarga berencanaStiunus Esap
 
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasiKemahiran berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi@f!Q@H @F!N@
 
Konsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunselingKonsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunseling廷武 邹
 
Kemahiran Memberi Perhatian | Guru Bimbingan Kaunseling
Kemahiran Memberi Perhatian  | Guru Bimbingan KaunselingKemahiran Memberi Perhatian  | Guru Bimbingan Kaunseling
Kemahiran Memberi Perhatian | Guru Bimbingan KaunselingUstat Penang
 
Presentasi Mojokerto
Presentasi MojokertoPresentasi Mojokerto
Presentasi Mojokertoguest626d709
 
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompokAlif Hassan
 
Teknik konseling
Teknik konseling Teknik konseling
Teknik konseling saninuraeni
 
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docx
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docxPROSES KAUNSELING INDIVIDU.docx
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docxssuserebee75
 
Nota kaunseling industri (keseluruhan)
Nota kaunseling industri (keseluruhan)Nota kaunseling industri (keseluruhan)
Nota kaunseling industri (keseluruhan)Liew Yeong Cherng
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptAfifFikri11
 
Pengantar bimbingan
Pengantar bimbinganPengantar bimbingan
Pengantar bimbinganAin Nadia
 
Rumusan terapi bercerita
Rumusan terapi berceritaRumusan terapi bercerita
Rumusan terapi berceritatheva diran
 
Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan
Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan SukanSesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan
Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan SukanRickie Ugie
 
PPT KETERAMPILAN DASAR KONSELING KELOMPOK 5.pptx
PPT KETERAMPILAN DASAR KONSELING KELOMPOK 5.pptxPPT KETERAMPILAN DASAR KONSELING KELOMPOK 5.pptx
PPT KETERAMPILAN DASAR KONSELING KELOMPOK 5.pptxAsti40
 
Keterampilan dalam konseling traumatik
Keterampilan dalam konseling traumatikKeterampilan dalam konseling traumatik
Keterampilan dalam konseling traumatikesperokajaya
 
Keterampilan dalam konseling traumatik
Keterampilan dalam konseling traumatikKeterampilan dalam konseling traumatik
Keterampilan dalam konseling traumatikesperokajaya
 

Ähnlich wie 1 kemahiran asas kaunseling (20)

Kemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunselingKemahiran asas kaunseling
Kemahiran asas kaunseling
 
Tindakan kaunseling
Tindakan kaunseling Tindakan kaunseling
Tindakan kaunseling
 
Tutoial minggu 3
Tutoial minggu 3Tutoial minggu 3
Tutoial minggu 3
 
ESAP .Konseling keluarga berencana
ESAP .Konseling keluarga berencanaESAP .Konseling keluarga berencana
ESAP .Konseling keluarga berencana
 
Kemahiran berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasiKemahiran berkomunikasi
Kemahiran berkomunikasi
 
Konsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunselingKonsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunseling
 
Kemahiran Memberi Perhatian | Guru Bimbingan Kaunseling
Kemahiran Memberi Perhatian  | Guru Bimbingan KaunselingKemahiran Memberi Perhatian  | Guru Bimbingan Kaunseling
Kemahiran Memberi Perhatian | Guru Bimbingan Kaunseling
 
12. KIP(K).pdf
12. KIP(K).pdf12. KIP(K).pdf
12. KIP(K).pdf
 
Presentasi Mojokerto
Presentasi MojokertoPresentasi Mojokerto
Presentasi Mojokerto
 
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok
17272886 kemahiran-kaunseling-kelompok
 
Teknik konseling
Teknik konseling Teknik konseling
Teknik konseling
 
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docx
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docxPROSES KAUNSELING INDIVIDU.docx
PROSES KAUNSELING INDIVIDU.docx
 
Nota kaunseling industri (keseluruhan)
Nota kaunseling industri (keseluruhan)Nota kaunseling industri (keseluruhan)
Nota kaunseling industri (keseluruhan)
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
 
Pengantar bimbingan
Pengantar bimbinganPengantar bimbingan
Pengantar bimbingan
 
Rumusan terapi bercerita
Rumusan terapi berceritaRumusan terapi bercerita
Rumusan terapi bercerita
 
Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan
Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan SukanSesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan
Sesi Kaunseling - Kesukaran Mengimbangi Akademik dan Sukan
 
PPT KETERAMPILAN DASAR KONSELING KELOMPOK 5.pptx
PPT KETERAMPILAN DASAR KONSELING KELOMPOK 5.pptxPPT KETERAMPILAN DASAR KONSELING KELOMPOK 5.pptx
PPT KETERAMPILAN DASAR KONSELING KELOMPOK 5.pptx
 
Keterampilan dalam konseling traumatik
Keterampilan dalam konseling traumatikKeterampilan dalam konseling traumatik
Keterampilan dalam konseling traumatik
 
Keterampilan dalam konseling traumatik
Keterampilan dalam konseling traumatikKeterampilan dalam konseling traumatik
Keterampilan dalam konseling traumatik
 

Mehr von Herney Aqilah Kay

Slaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guruSlaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guruHerney Aqilah Kay
 
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganPengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganHerney Aqilah Kay
 
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanPengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanHerney Aqilah Kay
 
Asas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianAsas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianHerney Aqilah Kay
 
Teknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian KomputerTeknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian KomputerHerney Aqilah Kay
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
118311688 sdp-topik-10-integrasi
118311688 sdp-topik-10-integrasi118311688 sdp-topik-10-integrasi
118311688 sdp-topik-10-integrasiHerney Aqilah Kay
 
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertemaHerney Aqilah Kay
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02Herney Aqilah Kay
 

Mehr von Herney Aqilah Kay (15)

Slaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guruSlaid taklimat my portfolio guru
Slaid taklimat my portfolio guru
 
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
Teknologipemeliharaanhaiwandanikanhiasan 110307091105-phpapp02
 
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayanganPengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
Pengurusan dan penjagaan harian haiwan kesayangan
 
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasanPengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
Pengenalan kepada teknologi pemeliharaan haiwan kesayangan dan ikan hiasan
 
Pendawaian domestik
Pendawaian domestikPendawaian domestik
Pendawaian domestik
 
Pemasangan elektrik
Pemasangan elektrikPemasangan elektrik
Pemasangan elektrik
 
Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)Motor Arus Terus (AT)
Motor Arus Terus (AT)
 
Asas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaianAsas teknologi komputer dan rangkaian
Asas teknologi komputer dan rangkaian
 
Komponen elektronik
Komponen elektronikKomponen elektronik
Komponen elektronik
 
fungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litarfungsi-komponen dalam litar
fungsi-komponen dalam litar
 
Teknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian KomputerTeknologi Rangkaian Komputer
Teknologi Rangkaian Komputer
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
 
118311688 sdp-topik-10-integrasi
118311688 sdp-topik-10-integrasi118311688 sdp-topik-10-integrasi
118311688 sdp-topik-10-integrasi
 
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
118311678 sdp-topik-9-pendekatan-bertema
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
 

Kürzlich hochgeladen

5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxssuser0239c1
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY SKILL",
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY  SKILL",RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY  SKILL",
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY SKILL",Kanaidi ken
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxnataliadwiasty
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKDeviIndriaMustikorin
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxintansidauruk2
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdfsandi625870
 

Kürzlich hochgeladen (20)

5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptxMTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
MTK BAB 5 PENGOLAHAN DATA (Materi 2).pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY SKILL",
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY  SKILL",RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY  SKILL",
RENCANA + Link2 Materi TRAINING "Effective LEADERSHIP & SUPERVISORY SKILL",
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptxLATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
LATIHAN SOAL SISTEM PENCERNAAN KELAS 11pptx
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OKLA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
LA PI 2 PE NDIDIKAN GURU PENGGERAK A9 OK
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
1.2.a.6 Dekon modul 1.2. DINI FITRIANI.pdf
 

1 kemahiran asas kaunseling

  • 1. KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Dr Sapora Sipon Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) PENGENALAN Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling/membantu. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah kemahiran membina perhubungan, kemahiran menggalakkan klien bercakap, kemahiran membalas, kemahiran penstrukturan, kemahiran menyoal, kemahiran parafrasa, kemahiran mendengar, kemahiran memimpin secara langsung, kemahiran berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran membuat refleksi perasaan, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar, kemahiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling, kemahiran memberi maklumat, kemahiran merumus, kemahiran meninjau klien, kemahiran konfrontasi dan kemahiran menyemak persepsi. KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekod-rekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna. Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor haruslah cuba menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Jika tidak klien akan berasa terancam dan menjadi defensif.
  • 2. Kemahiran Mendengar Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan perasaannya yang sebenar. Ini termasuklah perasaan hatinya, pemikiran mental dan fizikalnya. Ia dapat menunjukkan sama ada klien berada dalam keadaan yang selesa ataupun sebaliknya. Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Oleh itu dikatakan proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri kaunselor. Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan, mata untuk melihat bagaimana gerak laku semasa perkataan atau ayat dituturkan, hidung juga turut menghidu bau-bau yang ada di sekeliling dan kadang kala deria sentuhan sebagai bersalaman dan sebagainya. Apabila kita memberikan tumpuan sepenuh pada klien tanpa berbelah bahagi, ini bererti kita menyediakan diri untuk mendengar. Di sini terdapat beberapa panduan dalam meningkatkan kemahiran seperti dinyatakan di bawah; • Kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ • Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, kaunselor perlu memberi fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang diperkatakan. • Kaunselor perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien terlebih awal. • Kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan- gangguan sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari dalam diri seperti bisik-bisikan hati sendiri.
  • 3. Oleh yang demikian, amat penting bagi kaunselor mendengar dan memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi suara mahupun tingkah laku bukan lisan klien. Dengan berbuat demikian, barulah kaunselor dapat benar-benar memahami mesej klien dengan lebih sempurna. Secara tidak langsung, tindakan ini dapat menunjukkan kesediaan kaunselor untuk berhadapan dengan klien. Kaunselor boleh menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara seperti berikut ; 1. Menyatakan semula Kaunselor menyebut semula apa yang telah dikatakan oleh kliennya dengan tepat 2. Menggambarkan semula Kaunselor akan memfokus pada isi kandungan serta perasaan klien. Akan tetapi, kaunselor perlulah menggunakan perkataannya sendiri supaya menunjukkan kaunselor benar-benar faham dan mendengar percakapan klien tadi. 3. Memberikan respons Jones (2004) menjelaskan terdapat 10 kemahiran mendengar dengan aktif iaitu seperti di bawah; Kemahiran 1: Memiliki sifat menghormati dan menerima Kemahiran 2 : Memahami sudut pandangan klien Kemahiran 3 : Menghantar mesej suara yang baik Kemahiran 4 : Menghantar mesej badan yang baik Kemahiran 5: Gunakan kata-kata pembuka, ganjaran dan soalan terbuka. Kemahiran 6: Parafrasa Kemahiran 7: Membuat refleksi perasaan Kemahiran 8: Menunjukkan kefahaman konteks perbualan Kemahiran 9: Mengurus resistan di peringkat awal Kemahiran 10 : Elakkan perkataan jangan
  • 4. Kemahiran Membina Perhubungan Kemahiran membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling. Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Dalam erti kata lain, ia bertujuan untuk memperbetulkan dalih ataupun ketidakseimbangan kenyataan yang diberikan oleh klien. Namun, kaunselor perlu berhati-hati semasa menggunakan kemahiran ini kerana sekiranya klien tersebut belum lagi bersedia menghadapi konfrontasi, klien itu akan merasakan bahawa dirinya terancam. Ini adalah kerana klien itu tidak faham bahawa konfrontasi yang dibuat sebenarnya bukan bersifat agresif dan menentang, tetapi bertujuan untuk menyedarkan klien tentang ketidakseimbangan kenyataan yang diberikannya. Dalam membina kemahiran perhubungan, beberapa perkara perlu diambilkira iaitu;  membina suasana alam sekeliling  suasana terapeutik  ruang untuk berkomunikasi  penampilan diri  ekspresi muka  kontak mata  cara duduk dalam sesi kaunseling  pergerakan tangan dan kaki  senyuman  nada suara  menggalakkan klien bercakap Membina suasana alam sekeliling
  • 5. Oleh sebab sesi perbincangan kaunseling selalunya mengambil masa kira-kira 30 minit atau lebih sedikit serta tajuk perbincangan adalah serius, maka tempat yang sesuai amat diperlukan. Kerusi meja yang sesuai perlu digunakan seperti kerusi yang tidak menyakitkan pinggang atau bergoyang-goyang sehingga mengganggu tumpuan atau pemikiran. Keadaan bilik haruslah tidak terlalu panas, tidak terlalu sempit dan tidak terlalu bising. Tidak ada bau yang tidak menyenangkan seperti bau tandas yang berdekatan dengan seting sesi kaunseling. Selain itu, tempat menjalankan sesi kaunseling mestilah kemas supaya tidak menyakitkan penglihatan klien dan kaunselor. Suasana terapeutik Suasana yang aman dan tenang tanpa gangguan seperti yang dinyatakan tadi membolehkan serta memudahkan perbincangan, penghayatan perasaan dan penglahiran idea-idea tanpa rasa terancam. Oleh itu suasana terapeutik yang menyenangkan membolehkan sesi kaunseling berjalan dengan lebih lancar lagi. Ruang untuk berkomunikasi Setiap individu mempunyai ruang di sekeliling tubuh badannya. Ruang itu membesar atau mengecil bergantung kepada keadaan. Dalam kaunseling, kemahiran mengurus ruang ini penting bagi menentukan proses kaunseling dapat berjalan dengan baik dan berkesan tanpa gangguan fizikal dan psikologikal. Kaunselor haruslah sensitif akan perkara-perkara yang dapat menjadi petunjuk dalam menentukan ruang antara kaunselor dengan klien. Antara perkara yang perlu dibincangkan termasuklah agama, jantina, umur, budaya dan latar belakang etnik serta tajuk perbincangan. Dalam sesi kaunseling, jarak atau ruang antara klien dan kaunselor harus dianggarkan tidak terlalu dekat sehingga mengganggu perbincangan dan tidak perlu terlalu jauh sehingga menyukarkan kedua-dua pihak. Jarak antara 1-1.5 meter dapat menimbulkan rasa selesa dan klien berasa beliau diberikan perhatian yang baik. Dalam menentukan jarak yang sesuai, klien perlu mengambil tempat dahulu. Seterusnya, kaunselor membetulkan jarak yang dirasakan selesa oleh kedua-dua pihak untuk berunding. Penampilan Diri Pandangan pertama kali amat penting dalam menentukan keberkesanan hubungan yang akan terjalin seterusnya. Sekiranya klien berasa selesa dan gembira dengan keadaan dan raut wajah serta cara kaunselor berpakaian, ini merupakan ciri pertama yang menentukan kejayaan sesi seterusnya. Kaunselor dan klien harus berpakaian
  • 6. mengikut norma-norma tempatan. Penampilan kaunselor yang boleh mengganggu tumpuan klien adalah seperti bau minyak wangi yang terlalu kuat, berpakaian yang menjolok mata, berpakaian terlalu selekeh atau badan terlalu berbau busuk Ekspresi muka Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien. Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. Misalnya muka menjadi merah ketika marah atau malu. Ekspresi muka yang tidak sama dengan kata-kata menimbulkan reaksi kurang senang klien. Misalnya mulut tersenyum tetapi nada suara mengejek. Senyuman begini tidak akan ditafsirkan sebagai petanda persahabatan yang baik. Kontak Mata Fungsi kontak mata adalah untuk membolehkan kaunselor memberi tumpuan, menunjukkan minat, menunjukkan tanda hormat, menggalakkan perundingan, menimbulkan rasa penerimaan, menimbulkan rasa percaya mempercayai, menimbulkan rasa keselesaan dan menimbulkan rasa kesungguhan. Kontak mata bukan bererti kaunselor memandang tepat pada biji mata klien, tetapi menumpukan pandangan ke arah muka klien. Ini juga tidak bermakna kaunselor memandang tidak berhenti-henti atau tidak bergerak-gerak kepada klien. Cara duduk dalam sesi kaunseling Seorang kaunselor itu harus peka serta dapat membaca dan melihat bahasa badan yang dilahirkan oleh kliennya. Kedudukan dan pergerakan badan ini juga memberi nada dan makna dalam hubungan kaunseling. Cara duduk boleh menggambarkan penerimaan kita terhadap orang lain. Seseorang yang bersikap terbuka dan mesra akan duduk condong sedikit ke arah orang yang bercakap dengannya. Manakala orang yang bersifat tidak menerima, lebih cenderung duduk menyandar ke belakang menjauhi kliennya. Kaunselor yang baik akan duduk condong sedikit ke hadapan menghadapi kliennya yang menandakan beliau menerima dan bersedia untuk membantu. Beberapa ciri penting perlu diamalkan oleh kaunselor iaitu jangan duduk menyandar di kerusi sambil
  • 7. menggoyang-goyangkan badannya secara tidak berhenti, jangan menyilang kaki dengan kaki sebelah di atas lutut, atau sambil tangan diletak di belakang tengkuk dan menyadar. Kaunselor juga jangan menjadi terlalu rigid dan tidak bergerak langsung. Pergerakan tangan dan kaki Pergerakan tangan dan kaki yang sesuai dapat memudahkan komunikasi tetapi pergerakan yang terlalu banyak kadangkala akan menjadi halangan dalam komunikasi antara kaunselor dengan klien. Contohnya klien yang ‘nervous’ kadangkala melahirkan rasa cemasnya dengan menggoyangkan kakinya dengan tidak berhenti-henti. Pergerakan tubuh badan biasanya dipelajari berasaskan budaya masing-masing. Berikut ialah beberapa contoh pergerakan tangan; Berpeluk tubuh -Pergerakan tubuh ini membawa erti seorang yang tertutup, kurang selamat atau kurang bersedia untuk berbincang, merasa negatif terhadap diri dan bersifat defensif. Tangan di dalam kocek Tangan di dalam kocek seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Kedua-dua belah tangan memegang kuat pada tangan kerusi- merasa takut atau risau Tergaru-garu Pergerakan tangan yang tergaru-garu seolah-olah menunjukkan rasa ragu-ragu dan tidak pasti Menggigit jari Klien yang menggigit jari boleh menunjukkan rasa tertekan, cemas dan risau Senyuman Senyuman kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi di pihak klien. Klien akan berasa lebih selesa dan mudah untuk memulakan perbincangan. Senyuman juga harus diberikan mengikut kesesuaian dalam sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak sesuai, klien akan silap memberi interpretasi. Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien mungkin akan tersenyum untuk menutup rasa takut, risau keliru atau
  • 8. serba salah, malu dan sebagainya. Kepekaan kaunselor melihat senyuman ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling yang dijalankan itu sesuai menepati matlamatnya. Nada suara Nada suara membantu dalam memahami kontak dan situasi perkara yang dirundingkan. Dengan mendengar nada suara, kaunselor dapat memahami klien dengan lebih tepat. Nada suara selalunya membawa emosi yang terkandung di dalam sesuatu perkataan atau ayat. Contohnya perkataan ‘sayang’ jika disebut dengan nada yang lembut bererti sayang yang sebenar. Tetapi jika ‘sayang’ yang disebut dengan nada yang keras, mungkin bererti marah. Adalah penting bagi kaunselor mendengar nada suara kerana ia akan memberi peluang kepadanya untuk memahami emosi klien seperti nada tegang, geram atau marah dan sebagainya. Kemahiran menggalakkan klien bercakap Kaunselor menggalakkan klien bercakap dengan menggunakan soalan-soalan jenis terbuka. Semasa klien bercakap, kaunselor perlu mendengar dengan penuh teliti dan penuh empati. Sementara itu, semasa klien bercakap, kaunselor harus mendengar dan memberi perhatian, memberi respons yang minima seperti mengganggukkan kepala dan sebagainya untuk menggalakkan terus bercakap. Kemahiran membalas (responding) Membalas kata-kata merupakan suatu kelebihan kepada manusia. Dengan membalas kata-kata, manusia dapat mewujudkan hubungan yang baik antara satu dengan lain. Tujuan utama seseorang bertindak balas ke atas kata-kata orang lain adalah untuk menggalakkan penglibatan masing-masing di dalam perbualan itu. Secara umumnya kemahiran membalas terdiri daripada sub kemahiran iaitu kemahiran penstrukturan, dorongan minima dan kemahiran mendengar. Contoh satu Klien :Macam-macam yang saya rasa…adakah saya akan difahami, diterima, dianggap kawan… Macam- macamlah…” Kaunselor : “Macam-macam difikirkan sebelum datang ini.”
  • 9. Contoh dua Klien : “Saya nak bincang masalah keluarga saya…” Kaunselor : “Hmmm… silakan” Klien :”Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup saya.” Kaunselor : (angguk). Kemahiran penstrukturan Penstrukturan merupakan satu kemahiran yang sangat penting di dalam sesuatu sesi kaunseling. Ini adalah kerana sekiranya penstrukturan dilakukan dengan baik dalam sesuatu sesi kaunseling itu, ia akan dapat membina hubungan yang mesra dengan klien. Proses penstrukturan boleh dilakukan sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Terdapat dua persoalan yang penting dalam penstrukturan, iaitu perlukah penstrukturan itu dilakukan secara formal dan bilakah masa yang sesuai untuk melakukannya. Oleh yang demikian, kaunselor perlu pandai dalam melakukan penstrukturan. Penstrukturan formal adalah perlu sekiranya klien merupakan klien rujukan atau klien itu baru datang untuk sesi kaunseling buat pertama kali. Penstrukturan formal tidak perlu sekiranya klien itu pernah berjumpa dengan kaunselor sebelum ini ataupun sekiranya klien itu ingin terus menceritakan masalahnya. Dalam penstrukturan, kaunselor harus menerangkan peranan/tanggungjawab kaunselor dan klien sebelum memulakan sesi kaunseling. Biasanya, sesi kaunseling akan mengambil jangka masa selama 30 minit hingga 45 minit. Segala perbincangan antara kaunselor dengan klien adalah dirahsiakan. Penstrukturan yang mudah dan ringkas ini dapat membantu klien memahami apa yang akan dilaksanakan dan apa yang diharapkan daripadanya. Segala perkara yang dibincangkan nanti akan dirahsiakan oleh kaunselor. Ini akan menimbulkan rasa selamat dan percaya kepada kaunselor dan klien akan menceritakan apa sahaja yang mengganggu atau timbul dalam fikirannya. Contoh penstrukturan 1 “…Dalam sesi ini, saya sebagai seorang kaunselor dan anda pula sebagai klien. Sesi ini akan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Peranan saya secara ringkasnya untuk mendengar, memahami dan cuba untuk membantu anda. Peranan anda adalah untuk menceritakan apa yang mengganggu hidup anda. Sesi ini akan dirahsiakan dan
  • 10. kerahsiaan ini terbatas sekiranya isu yang dibincangkan melibatkan keselamatan nyawa anda.” Contoh penstrukturan 2 Ks : “Mungkin ia akan membantu jika saya memberitahu tentang perkara asas dalam kaunseling” Kl : “Baiklah” Ks : “Tujuan kaunseling adalah untuk membantu dan membimbing anda dalam membincangkan bersama persoalan anda. Tugas saya sebagai seorang kaunselor adalah untuk mendengar dan memahami apa yang anda rasa dan fikirkan. Kemudian kita akan bersama-sama mencari langkah-langkah bagi persoalan anda”. Kl : “Baiklah. Tapi apa pula yang perlu saya lakukan, Encik” Ks : “Tugas anda adalah membantu saya untuk memahami apa yang anda rasa dan fikirkan. Anda perlu memberi maklumat, membuat keputusan yang sesuai dan memberitahu saya perkara-perkara yang perlu untuk mencapai objektif anda”. Kl : “Susah untuk menangani masalah saya ni Encik” Ks : “Itulah menjadi pokok utama di sini. Kita akan cuba bersama- sama memfokuskan pada sasaran atau objektif kaunseling ini. Pada waktu ini kita hanya sebahagian kecil daripada permasalahan anda, dan kita akan bersama-sama menanganinya dari yang ringan kepada yang lebih berat”. Kl : “Oh begitu..Jadi, maksud encik kita cuma bincangkan satu persoalan sahaja dalam satu masa ?” Ks : “Tepat sekali. Satu lagi, saya mahu anda tahu bahawa kaunseling adalah secara sukarela. Anda boleh menamatkan sesi pada bila-bila masa. Sesi ini adalah peribadi dan sulit. Saya tidak akan memberitahu kepada sesiapa masalah anda kecuali dengan izin anda. Sesi kita akan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Selalunya, ia akan memerlukan beberapa sesi, bergantung kepada keperluan anda. Sekarang, anda ada apa-apa soalan?” Ks : “Tidak ada. Saya jelas dengan penjelasan yang telah encik berikan”.
  • 11. -Contoh Penstrukturan 3 Ks : “Aqel, jika tak keberatan, boleh tak saya rekodkan sesi ini? Ini untuk tugasan saya. Saya akan buat transkrip, dan pensyarah saya akan baca. Okey, kalau Aqel tidak selesa, saya akan berhentikan rekod ini bila-bila masa. Saya akan tunjukkan apa yang telah saya tulis jika Aqel mahu. Jika, selepas ni, Aqel tak benarkan saya gunakan rekod ini, saya tidak akan gunakan, dan kita akan mulakan sesi ini sekali lagi”. Kl : “Baiklah, saya ada sesuatu nak bincangkan dengan encik”. Ks : “Apa yang Aqel nak bincangkan hari ini ?” Kl : “Kawan saya. Dia sangat teruk”. Kemahiran Menyoal Soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam sesebuah sesi kaunseling. Ini adalah kerana ia merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya, soalan akan ditanya oleh kaunselor dan dijawab oleh klien. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya terggugat. Namun, kaunselor perlu pastikan bahawa soalan yang hendak ditanya itu sesuai, mudah difahami dan memudahkan klien untuk menjawabnya dengan penuh rela. Selain itu, soalan boleh juga digunakan untuk menggalakkan atau mengurangkan percakapan klien. Dalam usaha kaunselor memahami lebih lanjut perkara yang ingin dirundingkan oleh klien, menyoal adalah satu cara yang perlu dilaksanakan. Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat, mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk mendapatkan kepastian. Di dalam sesi kaunseling terdapat dua bentuk soalan yang dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka. Kemahiran menyoal juga boleh menambahkan keupayaan kaunselor untuk mengumpul maklumat dengan lebih spesifik. Ia membantu kaunselor memahami butir-butir klien dengan lebih mendalam bagi membolehkannya membuat keputusan yang tepat
  • 12. berdasarkan maklumat yang tepat itu. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan oleh kaunselor iaitu soalan jenis terbuka dan tertutup. Jenis-jenis soalan Terdapat beberapa jenis soalan. Antaranya ialah soalan yang menggunakan perkataan “boleh”, “apa”, “bagaimana” dan ”kenapa”. Soalan-soalan ini mempunyai tujuan masing-masing. Contohnya soalan yang menggunakan ‘boleh” cenderung lebih terbuka dan kurang kawalan ke atas klien. Soalan “apa” membawa klien bercakap tentang fakta dan spesifik tentang situasi. Soalan “bagaimana” pula membawa klien bercakap tentang proses dan urutan atau emosi. Soalan “kenapa” memulakan temubual, membuka era baru dalam perbincangan. Soalan ini juga membantu klien dalam penerokaan diri dan membantu klien mencari sebab yang mempengaruhi tingkah laku, pemikiran dan emosinya. Soalan “boleh” : “Boleh saya tahu apa yang menyebabkan Dila marah pada kawan baik Dila itu? Soalan “apa” : Apa yang menyebabkan Dila mengambil tindakan tak balik rumah. Soalan “bagaimana”:Bagaimana agaknya perkara ini boleh berlaku? Soalan “kenapa”: Kenapa semua orang tak percayakan saya” Soalan tertutup Soalan tertutup ini ialah soalan yang menghadkan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja dan jawapan ini dapat memberikan maklumat yang khusus. Contohnya “adakah anda datang bekerja semalam?. Dan siapakah yang pergi bersama awak ke Langkawi? Tujuan mengadakan soalan tertutup kepada klien adalah untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta dan mendapatkan maklumat yang khusus. Selain itu, soalan tertutup juga dapat memberhentikan orang daripada terlalu banyak bercakap serta memberi arah tertentu di dalam perbincangan. Soalan tertutup adalah soalan yang khas yang cukup sekadar dijawab dengan gerak balas yang ringkas, tepat dan padat. Ia lebih spesifik dan memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua perkataan sahaja, seperti ‘ya’ atau ‘tidak’. Contoh soalan tertutup ialah “Kamu akan datang esok”? Soalan ini berguna kerana mengambil masa yang singkat sekali untuk mendapatkan jawapan yang tepat dan padat.
  • 13. Soalan tertutup digunakan untuk tujuan seperti menggalakkan sesi kaunseling daripada terkeluar dari topik perbincangan, memenuhi jurang maklumat yang spesifik dan mengurangkan percakapan klien yang banyak. Contoh soalan tertutup adalah seperti di bawah; Contoh Satu “…Bila perkara ini telah berlaku?.” Contoh kedua “Berapa lama hubungan ini telah terjalin?.” Soalan tertutup digunakan untuk tujuan seperti - menggalakkan sesi kaunseling daripada terkeluar dari tajuk perbincangan - memenuhi jurang maklumat yang spesifik - mengurangkan percakapan klien yang banyak Soalan terbuka Soalan jenis ini bertujuan menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang lebar. Ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. Soalan terbuka ini dapat menimbulkan rasa selesa pada diri klien dan rasa diterima. Matlamat bertanyakan soalan terbuka adalah untuk menggalakkan penerokaan dan pengembangan kepada perkara yang sedang dirundingkan. Selain itu, soalan terbuka dapat memberi ruang kepada klien meluahkan perasaannya mengikut arah yang dipilihnya sendiri dan dikhususkan oleh kaunselor. Oleh itu klien lebih dapat mengawal perundingan. Soalan terbuka juga membolehkan klien memberi maklumat tanpa menimbulkan rasa defensif dan membolehkan klien mengeluarkan pendapat sendiri. Soalan terbuka seterusnya memberi peluang kepada klien memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara mengikut pandangannya sendiri tanpa dinilai terlebih dahulu. Contoh-contoh soalan terbuka adalah seperti “bagaimanakah kejadian itu boleh berlaku?” Atau “sejauh manakah kejadian itu mengganggu hidup anda?” Soalan terbuka akan memberi peluang kepada klien untuk menerokai dan membincangkan segala yang dialami dan dirasainya. Ia turut menggalakkan klien untuk bercakap dengan lebih banyak ataupun memberikan penjelasan yang lebih jelas. Lazimnya, soalan terbuka menggunakan kata soal seperti “siapa”, “apa”, “di mana” dan
  • 14. “bagaimana”. Contoh soalan terbuka ialah seperti “Apa pendapat kamu tentang adik kamu?” Soalan jenis ini membolehkan klien untuk bebas bercerita atau menerangkannya. Terlalu banyak mengaju soalan terbuka akan mengganggu pendengaran kaunselor. Soalan terbuka boleh diselang- seli dengan respons lain yang dapat menggalakkan klien berbincang. Oleh itu, adalah penting untuk kaunselor mengetahui bila dan bagaimana untuk menggunakan kedua-dua soalan terbuka dan tertutup dalam sesi kaunselingnya. Kaunselor perlu menyedari, kesan dan implikasi daripada soalannya terhadap kliennya. Gabungan dua jenis soalan ini dapat digunakan mengikut kesukaan dan keperluan kaunselor bergantung kepada jenis maklumat yang diperlukan. Soalan terbuka digunakan untuk tujuan di permulaan sesi kaunseling, untuk mendapatkan maklumat lebih jelas dan menggalakkan klien yang pendiam untuk bercakap Walau bagaimanapun kaunselor perlu memastikan bahawa tidak terlalu banyak soalan ditanya pada satu masa. Ini adalah kerana klien akan keliru dan tidak tahu soalan mana yang hendak dijawab terlebih dahulu. Soalan yang bermula dengan “mengapa” yang memerlukan klien membuat penjelasan perlu dielak kerana mungkin akan menakutkan klien. Soalan-soalan sensitif juga harus dielakkan. -Contoh soalan terbuka “Kalau tidak keberatan, boleh anda kongsikan penderitaan anda tersebut dengan saya.’ “Agaknya bagaimana hal ini boleh berlaku.” “Boleh tolong jelaskan lagi maksud renggang itu.” -Perbandingan contoh soalan terbuka dan tertutup Untuk mendapatkan gambaran dengan lebih jelas mengenai makna jenis soalan terbuka dan tertutup, beberapa contoh perbandingan dilakukan. Soalan tertutup : “Adakah saudari merasa jemu?.” Soalan terbuka : “Boleh saudari jelaskan mengapa saudari merasa jemu?.” Soalan tertutup : “Adakah saudara selalu bermasam muka dengan rakan saudara?.” Soalan terbuka : “Boleh beritahu saya sebab-sebab yang anda selalu bermasam muka dengan rakan saudara?.” Soalan tertutup :“Bila saudara merasa marah dengan ibu saudara?.”
  • 15. Soalan terbuka :“Apakah sebab saudara marah pada ibu saudara?.” Jones (2004) menjelaskan kaunselor perlu membuat perkara yang perlu diambilkira dalam membuat soalan seperti berikut; Tujuan soalan Kaunselor yang efektif bertanya soalan yang mengundang kepada perkembangan pemahaman masalah klien dan dirinya. Jumlah soalan Kaunselor boleh bertanya soalan yang hanya bertumpu kepada masalah semasa atau soalan yang lebih umum. Tahap intimasi Kaunselor perlu bersifat sensitif kepada soalan yang boleh memberi kesan kepada intimasi perhubungan. Seterusnya Jones (2004) menjelaskan jenis-jenis soalan adalah seperti berikut;  Soalan terbuka dengan soalan tertutup  Soalan berbentuk klarifikasi Soalan yang memberi peluang untuk mengembangkan apa yang telah diperkatakan.  Soalan yang memerlukan maklumat spesifik Soalan jenis ini bertujuan mengumpul maklumat konkrit mengenai masalah klien dan maklumat spesifik berfokus kepada bagaimana, apa, bila dan di mana. Soalan bagaimana termasuk ”bagaimana anda rasa atau bertingkah laku” Soalan ”bagaimana” adalah amat berguna untuk mendapatkan data untuk menunjukkan bagaimana klien bertingkah laku. Soalan ”apa” termasuk ”apa yang berlaku”, ”berikan saya contoh apa yang telah berlaku”, ”apa yang anda lihat sebagai masalah”, ”apakah agaknya kesan apabila melakukan perkara di atas”. Salah guna soalan Kadang-kadang soalan digunakan secara salah dan berlebihan oleh kaunselor. Apabila ini berlaku, ianya memberi kesan kepada keberkesanan kaunseling dan juga perhubungan kaunselor dan klien.
  • 16. Penulis-penulis seperti Gazda et al (1977) dan Patterson (1974) memberi komen mengenai kesan negatif penggunaan solaan yang salah. Dua perkara yang sering disalahgunakan ialah yang berkaitan dengan kuantiti dan kualiti soalan. Penggunaan kuantiti soalan yang tidak bersesuaian akan membentuk kebergantungan, meletakkan tanggungjawab ke atas kaunselor, mengurangkan penerokaan kendiri, menghasilkan maklumat yang tidak tepat, menghasilkan perasaan defensif, ke atas klien dan membentuk kemahiran membantu yang rendah. Contoh soalan yang berfokus kepada perasaan dan reaksi fisikal -Bila anda mula rasai perasaan ini? -Ceritakan dengan lebih lanjut lagi mengenai perasaan anda -Apa perasaan anda sekarang? Contoh soalan yang berfokus kepada pemikiran -Apakah fikiran anda sebelum/semasa/selepas situasi ini? -Apakah yang anda rasakan sebelum apa yang anda rasakan sekarang?. -Berapa kerapkah anda berfikir begini? Contoh-contoh soalan yang berfokus dalam perkara ini?. -Apakah kekuatan dan potensi anda kepada komunikasi/aksi - Bagaimana anda bertingkah laku? - Apa yang anda katakana? - Apa yang berlaku sebelum ini? - Apakah kesan-kesan di atas tindakan anda itu? Kemahiran Parafrasa Kemahiran memparafrasa ini ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya. Parafrasa ialah respons kaunselor setelah
  • 17. mendengar isi dan memerhatikan tingkah laku klien. Matlamat utama ialah memudahkan penerokaan ke atas klien. Membuat parafrasa adalah penting untuk menunjukkan kaunselor mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien. Parafrasa sangat sesuai digunakan di peringkat awal hubungan kaunseling kerana parafrasa merupakan pernyataan semula kenyataan dan mesej yang dibawa oleh klien untuk mendapatkan kepastian. Selain itu parasfrasa juga digunakan untuk membuat refleksi kepada apa yang dikatakan oleh klien. Tujuan utama parafrasa digunakan oleh kaunselor adalah untuk menunjukkan kepada klien bahawa mesej yang diberikan mula difahami oleh kaunselor. Ia juga bagi memastikan yang kaunselor mendapat mesej yang betul dari klien serta memberi peluang kepada klien mendengar kembali apa yang dirasa dan dikatakannya. Namun begitu, kaunselor perlu mahir dalam membuat parafrasa. Kaunselor perlu memastikan bahawa maksud asal mesej klien itu tidak berubah. Parafrasa juga boleh dilakukan oleh kaunselor untuk membantu klien yang tiba-tiba sahaja terputus atau hilang mesej asasnya. Ini adalah kerana klien mungkin akan terkeluar dari tajuk perbincangan sekiranya parafrasa tidak dibuat. Tujuannya adalah untuk mengingatkan klien bahawa beliau sepatutnya menyambung semula topik perbincangan tadi. Contoh Satu Klien : “Saya tahu dia seorang yang baik. tapi…saya belum bersedia untuk menerimanya…tetapi saya juga susah hendak menolaknya.” Kaunselor : “ Nampaknya, anda dalam dilema, belum bersedia menerima dia tapi juga susah hendak menolaknya.” Contoh dua Klien :“Dah lama saya menunggu keputusan darinya… selama tiga belas tahun, satu respons pun tidak ada.” Kaunselor : “Selama 13 tahun, anda menunggu respons darinya tapi satu respons pun tidak ada.” Ishammudin Hj. Ismail (1999) menjelaskan bahawa tujuan kemahiran parafrasa adalah • Mengulangi semula kepada klien kata-kata yang baru disebutkan. • Menjelas dan memberikan tumpuan kepada apa yang klien baru sebutkan.
  • 18. Memberitahu klien bahawa kaunselor mendengar apa yang diperkatakan. • Mendorong klien untuk meneruskan penerokaan • Menggelak kekeliruan dan ketidaksefahaman • Membantu klien untuk berfikir dan menumpukan perhatian terhadap situasi,orang, objek atau idea dengan lebih jelas. Kemahiran memimpin Kemahiran memimpin boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Memimpin secara tidak langsung Tujuan memimpin secara tidak langsung membolehkan klien memulakan dan mengambil tanggungjawab terhadap sesi yang sedang berjalan. Selain daripada itu, tujuan memimpin secara tidak langsung ialah untuk menjemput klien untuk menceritakan atau memperincikan ceritanya. Contoh soalan yang menunjukkan memimpin secara tidak langsung ialah; “apa yang anda nak bincangkan hari ini?” “Barangkali, kita boleh mulakan sesi dengan anda beritahu saya di mana anda sekarang?” “Bolehkah anda beritahu saya lebih lanjut tentang perkara itu?” Kemahiran memimpin secara langsung Kemahiran memimpin secara langsung menggalakkan klien memperincikan, menjelaskan atau menggambarkan apa yang diperkatakan. Antara tujuan kemahiran memimpin secara langsung ialah untuk menentukan tujuan untuk memimpin, meluahkan dengan perkataan yang dapat memperincikan secara khusus, menggunakan soalan terbuka dan membolehkan klien bebas mengikut pimpinan anda. Dalam kemahiran memimpin, adakalanya terdapat elemen cadangan seperti; - “beritahu saya tentang ibu anda?” - “Boleh anda gambarkan apa yang berlaku baru-baru ini?” Kemahiran Berkomunikasi
  • 19. Kemahiran berkomunikasi merupakan satu kemahiran yang sangat penting bagi seorang kaunselor. Kaunselor perlu mengelakkan daripada menggunakan perkataan-perkataan yang sukar difahami oleh klien. Kaunselor patut menggunakan ayat-ayat yang biasa dan bukannya dari buku-buku akademik. Ini adalah kerana bukan semua klien adalah berpelajaran tinggi atau mempunyai pengetahuan yang begitu luas. Dengan itu, kaunselor perlu cuba untuk menggunakan perkataan yang mudah supaya klien tidak berasa rendah diri bila berdepan dengan kaunselor. Di samping itu, elakkan juga penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit. Ini bertujuan untuk mengelakkan klien daripada menjadi keliru dan tidak faham apa yang telah dikatakan oleh kaunselor. Komunikasi bukan lisan pula melibatkan gerak badan, kontak mata dan postur badan kaunselor. Kaunselor boleh menggangguk kepalanya, membesarkan matanya bagi menunjukkan minat, memberikan postur duduk yang mencodong ke hadapan sedikit dan lain-lain lagi gerak balas. Lima cara utama dalam menghantar komunikasi -Mesej lisan: Mesej yang dihantar melalui perkataan -Mesej vokal: Mesej yang dihantar melalui suara. Contohnya melalui volum, artikulasi dan nada. -Mesej badan: Mesej yang dihantar melalui bahasa badan. Contohnya melalui renungan, kontak mata, ekspresi muka, postur badan, pakaian. -Mesej sentuhan -Mesej yang berbentuk aksi. Kemahiran melakukan dorongan minima Dorongan minima diperlukan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima merupakan respons atau ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang menggalakkan klien terus bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan minima adalah seperti “hm…m, teruskan, “lepas itu”, “kemudian”, “jadi”, “terangkan lagi”, “oh…. ”, sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain- lain lagi. Tujuan kaunselor mengadakan dorongan minima adalah untuk memberangsangkan klien untuk terus bercerita. Selain itu, ia
  • 20. menunjukkan kaunselor sedang mendengar dan faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien. Ishammuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan mendorong minima; a. kaunselor memberi perhatian b. menolong penerokaan kendiri klien c. supaya klien terus bercakap d. mempengaruhi arus perbualan Kemahiran Membuat Refleksi Perasaan Jones (2004) mendapati kemahiran membuat refleksi perasaan melibatkan keupayaan kaunselor berkomunikasi dan mengalami perasaan klien Seterusnya Jones (2004) menjelaskan refleksi perasaan melibatkan kemahiran pihak yang menghantar dan menerima Kemahiran pihak penerima  Memahami mesej muka dan badan klien  Memahami mesej suara klien  Memahami mesej lisan klien  Memahami reaksi emosi diri  Mengambilkira konteks mesej yang disampaikan oleh klien Kemahiran pihak yang menghantar  Bertindak balas dalam cara yang menunjukkan kaunselor memahami perasaan klien melalui perkataan dan frasa  Memeriksa ketepatan pemahaman kaunselor Refleksi perasaan merupakan pengulangan atau menyebut semula percakapan klien dalam satu rangkai kata yang pendek tetapi padat. Pengulangan yang dibuat oleh kaunselor lazimnya, hanyalah sebagai pembayang yang mencerminkan perasaan atau keseluruhan isi yang disampaikan oleh klien tadi. Membuat refleksi perasaan bukanlah sekadar mengulang semula perkataan yang diluahkan oleh klien, tetapi merupakan satu cara untuk membuat kesimpulan tingkah laku tingkah laku klien yang dapat membayangkan isi, pemikiran, perasaan dan tindakannya sendiri. Kaunselor akan cuba untuk memahami apa yang di alami atau dirasai oleh klien secara emosi. Dengan itu, klien akan tahu bahawa perasaan dan tanggapan yang akan diluahkan oleh klien, tetapi merupakan satu cara untuk membuat kesimpulan tingkah laku klien
  • 21. yang dapat membayangkan isi, pemikiran, perasaan dan tindakannya sekali. Kaunselor akan cuba untuk memahami apa yang dialami atau dirasai oleh klien secara emosi. Jadi, klien akan lebih terdorong untuk menyatakan segala perasaannya dengan lebih mendalam lagi kepada kaunselor tersebut tanpa was-was lagi. Walau bagaimanapun, kaunselor bukan sahaja perlu cuba untuk memahami perasaan klien yang telah dinyatakan atau disebutkan dalam mesejnya, tetapi perlu cuba untuk memerhatikan perasaan yang tidak dinyatakan atau disebut oleh klien. Sebagai contohnya, mungkin klien itu kelihatan muram dan tidak bermaya tetapi klien tersebut tidak menyatakan perasaannya dalam bentuk lisan, Jadi, kaunselor perlu bijak dan merefleksikan perasaan klien itu, tidak kira sama ada perasaan itu dinyatakan atau tidak. Tujuan utama kaunselor membuat refleksi perasaan ini ialah untuk memberikan pemusatan kepada perasaan klien sebenar dan bukannya perasaan helah semata-mata. Selain itu, ia juga membolehkan klien untuk melihat kembali perkara-perkara yang telah dikatakan olehnya tadi dengan lebih jelas dan terang daripada yang asal. Walau bagaimanapun, kemahiran membuat refleksi perasaan ini bergantung rapat kepada kebolehan klien untuk menentukan perasaan dan tanda bagi perasaannya (Amir Awang, 1987). Kemahiran refleksi merupakan satu usaha memahami klien dari sudut pandangan klien itu sendiri. Dalam kemahiran ini pula dibahagikan kepada tiga bahagian penting iaitu refleksi isi, refleksi perasaan dan refleksi pengalaman. Refleksi isi Refleksi isi ialah pernyataan semula oleh kaunselor mengenai idea yang disampaikan oleh klien. Idea ini dinyatakan semula oleh kaunselor dengan menggunakan perkataan yang ringkas, padat dan tepat. Refleksi isi yang tepat membolehkan klien berasa bahawa beliau didengari dengan betul dan difahami. Akan tetapi terdapat perhatian yang harus diketahui oleh kaunselor tersebut. Contohnya jangan membuat refleksi isi yang terlalu panjang dan jangan menggunakan perkataan yang sama berulang-ulang kali. Refleksi perasaan Kemahiran merefleksi perasaan ialah penyataan semula oleh kaunselor tentang perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien. Tujuan kaunselor melakukan refleksi perasaan adalah untuk memberi tumpuan kepada klien mengenai perasaan atau sikap yang sedang dialami oleh klien. Selain itu, ia juga meningkatkan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada diri klien dan akhir sekali memberi ruang
  • 22. untuk klien mengeluarkan perasaan dengan cara yang baik dan memberi kelegaan kepadanya. Refleksi pengalaman. Refleksi pengalaman dibuat setelah kaunselor memerhatikan gerak-geri tubuh badan semasa sesuatu pengalaman diperkatakan oleh klien. Oleh itu kemahiran refleksi bukan sahaja diperlukan bagi perkara-perkara yang didengar dengan mulut tetapi apa yang dilihat seperti cara duduk, gerak geri, nada suara, pernafasan, wajah dan sebagainya yang ditunjukkan oleh klien semasa sesi kaunseling dijalankan. -Contoh satu Klien : “Baru-baru ini, saya ada pesan Astro kat rumah…” ramailah jiran-jiran yang datang tengok…. Tetapi masalahnya, mereka kata saya nak tunjuk lagak. .Berlagaklah tu… sombonglah tu.” Kaunselor: “Anda dituduh berlagak dan sombong dengan Astro baru oleh jiran-jiran.” -Contoh dua Klien :“Sejak peristiwa tersebut, saya rasa disisihkan oleh adik saya. Dia buat saya macam orang luar. Langsung dia tidak peduli kat saya…tegur pun tidak. Saya rasa sedih sangat.” Kaunselor: “Anda merasa sedih sangat bila adik anda menyisihkan anda dan tidak mempedulikan anda.” -Contoh ketiga Klien: “Saya ni lain sikit, saya tak boleh dicabar. Saya tak suka orang mengutuk peribadi saya..” Kaunselor: “Tuan benar-benar marah bila ada orang campur tangan dalam hal peribadi tuan.” Ishamuddin Hj Ismail (1999) mendapati tujuan refleksi perasaan ialah; a. Menggalakkan klien meluahkan perasaan sama ada yang positif atau negatif mengenai sesuatu perkara.
  • 23. b. Kaunselor memperkatakan mengenai perasaan klien yang samar- samar dan menyatakan segala tanda-tanda perasaan yang ada pada diri klien (perasaan yang tersirat). c. Refleksi boleh membantu klien mengalami perasaannya secara mendalam supaya ia boleh menyedari tentang situasi yang tidak selesai. d. Membantu klien supaya menyedari tentang perasaan yang sedang menguasainya ketika itu. e. Memberi ruang dan peluang kepada klien meluahkan perasaannya dengan cara yang baik dan akan memberi kelegaan kepadanya Aktiviti - Buat latihan ini secara berpasangan. - Ambil giliran untuk bercakap dan mendengar. Individu yang bercakap akan memilih satu tajuk yang dirasakan selesa. Sementara mendengar, bantu pasangan anda untuk bercakap dengan membuat refleksi. - Semasa mendengar dan memberi respons, beri perhatian kepada mesej vokal, badan serta bukan lisan. Kemahiran Membuat Interpretasi Kemahiran membuat interpretasi merupakan satu proses yang digunakan oleh kaunselor untuk memberikan maklum balas atau “feedback” kepada klien supaya klien berupaya untuk melihat masalahnya dari satu sudut berbeza. Selain itu, interpretasi digunakan untuk merujuk dan membuat tafsiran untuk maksud tersirat dalam mesej klien. Oleh yang demikian, kaunselor perlu betul-betul menguasai kemahiran ini terlebih dahulu sebelum digunakan supaya ianya dapat dilakukan dengan lebih tepat dan betul. Ini adalah kerana sekiranya kaunselor membuat interpretasi yang salah, ia boleh menyebabkan gangguan dalam proses kaunseling yang sedang berjalan itu. Interpretasi akan dikatakan berjaya sekiranya ia boleh meransang pemahaman dan memberi fokus ke atas masalah klien. Kemahiran ini merupakan satu proses yang aktif di mana kaunselor menjelaskan perkara atau isu yang di bawa oleh klien mengikut fahaman kaunselor dan dari perspektif yang baru.
  • 24. Kemahiran ini bererti memberi penghuraian kepada klien supaya klien dapat melihat peristiwa yang berlaku dari perspektif yang berlainan. Dalam kemahiran membuat interpretasi ini, kaunselor akan menambah kenyataan yang dibuat oleh klien, terutamanya setelah kaunselor dapat memahami perkara yang tersembunyi atau perasaan yang tersembunyi yang mana klien sendiri mungkin tidak menyedarinya secara sengaja atau tidak sengaja. Apabila klien memberikan maklumat kepada kaunselor mengenai masalah klien, tafsiran daripada kaunselor boleh menimbulkan celik akal klien. Semasa kaunselor membuat interpretasi, kaunselor haruslah menggunakan bahasa yang mudah difahami. Tujuan kaunselor membuat interpretasi adalah untuk membantu klien mentafsir peristiwa hidup mereka. Selain itu, ia membantu klien melihat perkara yang tidak dapat dilihatnya dengan mudah, tersorok atau tidak disedarinya. Ishamuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan interpretasi ialah; a. Kaunselor menawarkan satu bentuk ruang rujukan (perspektif) yang baru. Masalah adalah sama, yang diubah adalah persepsi iaitu dengan memberi alternatif atau wawasan kepada perkara yang diperkatakan. b. Mengenal pasti perhubungan-perhubungan antara mesej-mesej dan tingkah laku klien yang berterus-terang dan yang berbentuk kiasan. c. Membantu klien untuk lebih memahami terhadap perkara-perkara yang tidak dapat dilihat (yang tersirat ) dengan mudah. d. Menokok tambah pemahaman diri klien atau memberi wawasan (celik akal) supaya klien dapat mencapai perubahan yang diingini. -Interpretasi dalam bentuk metafora dan fantasi Salah satu cara membuat interpretasi adalah melalui berfantasi (daydream) yang menggunakan gambaran bahasa metafora. Contohnya adalah seperti di bawah; “Saya berfantasi tentang apa yang Rizal katakan tadi. Saya gambarkan Rizal menelusuri jalan kayu yang rapuh, menuju ke simpang jalan, dan tidak dapat memutuskan mana satu jalan yang ingin ditujui. Rizal tidak pasti, lantas melambung syiling dan berlari girang ke arah jalan yang
  • 25. telah diputuskan berdasarkan syiling tersebut. Adakah ia sesuai?. Metafora juga digunakan untuk memberikan reaksi kepada seseorang. “Dalam banyak keadaan saya melihat anda sebagai “teddy bear” yang lembut dan besar yang berada di satu tempat dengan pelbagai posisi.” Metafora juga digunakan untuk meninjau perkataan tentang tindakan yang khusus yang digunakan klien untuk menerangkan pengalamannya. Diantaranya; imej visual: “saya melihat cahaya” bunyi: “bunyi itu kelihatan” kinestestik: “Idea itu mencengkam saya”. Tujuan penggunaan metafora adalah untuk memberi pengalaman kepada klien untuk memahami dirinya dan kaunselor meletakkan dirinya untuk mempengaruhi kliennya. Selain daripada itu, penggunaan klien adalah juga untuk memperluaskan bahasa deria klien melalui pertanyaan seperti bagaimana kehidupan klien diteruskan, bagaimana klien melihat kisah silamnya dan bagaimana masa hadapannya. Kemahiran Membuat Klarifikasi Kemahiran ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat atau penjelasan yang lebih lanjut daripada klien apabila klien menggunakan perkataan atau ayat yang tidak jelas, tidak spesifik, umum ataupun kabur ketika menyatakan permasalahannya itu. Membuat klarifikasi juga adalah satu penjelasan terhadap perkara yang samar kepada satu fokus yang lebih tepat. Jadi, dengan menggunakan kemahiran klarifikasi ini, klien perlu menerangkan tajuk yang diceritakannya itu dengan lebih lanjut atau dengan lebih mendalam. Ini bukan sahaja membolehkan kaunselor memahami mesej klien dengan lebih mendalam, malah ia membolehkan klien itu sendiri lebih memahami kekeliruan yang timbul. Antara tujuan membuat klarifikasi ialah; a. Membantu klien memberikan penjelasan yang lebih baik. b. Mengelak kaunselor daripada membuat sebarang andaian.
  • 26. c. Memberi peluang dan ruang klien untuk lebih meneroka diri sendiri. d. Menyemak ketepatan kata-kata klien. -Contoh; “Saya agak keliru di sini, jadi saya akan cuba nyatakan semula apa yang saya fikir tentang apa yang telah diperkatakan tadi’ -Contoh; “Saya kurang jelas bagaimana perasaan anda tentang perkara itu, boleh anda ringkaskan dan gambarkannya?” Kemahiran membuat kontrak Kaunselor mendapatkan persetujuan dan perjanjian daripada klien supaya ada tanggungjawab dan kesungguhan untuk melaksanakan apa yang dipersetujui. Kontrak biasanya dibuat pada kes-kes yang memerlukan perubahan tingkah laku klien seperti ponteng, merokok, mencuri, menipu, meniru dan lain-lain. Kontrak boleh dibuat secara lisan atau bertulis. Kemahiran Meneroka Dalam sesi kaunseling, kemahiran meneroka merupakan salah satu lagi kemahiran yang penting bagi menjayakan sesi kaunseling. Ini adalah kerana tanpa penerokaan, sesi kaunseling tidak akan berjalan dengan lancar. Kaunselor tidak akan dapat memahami masalah yang dihadapi oleh klien dengan lebih lanjut lagi ataupun dengan lebih mendalam. Oleh yang demikian, seorang kaunselor perlu memastikan bahawa dirinya telah menguasai kemahiran ini bagi menjayakan sesuatu sesi kaunseling itu. Kaunselor boleh meneroka dengan lebih lanjut dengan menggunakan soalan-soalan tertentu, di mana klien perlu menjelaskan dengan lebih teliti masalah yang dihadapinya itu. Kemahiran Pemfokusan Dengan adanya kemahiran memfokus, kaunselor boleh mengarahkan aliran perbualan klien kepada bidang yang diingininya. Selain itu, kemahiran ini sangat berguna sekiranya kaunselor mempunyai klien yang menceritakan masalah dengan tidak jelas atau klien yang tidak berfokus dalam penceritaannya. Tujuan kemahiran ini
  • 27. digunakan ialah untuk memastikan klien tidak akan bercerita sehingga terkeluar daripada topik perbualan. Oleh yang demikian, kaunselor perlu pandai memilih tajuk apa yang perlu difokuskan. Selain itu, kaunselor juga perlu membantu klien memberi fokus kepada perasaan tersembunyi semasa dalam sesi kaunseling itu. Sekiranya kaunselor tidak mempunyai kemahiran memfokus ini, maka kedua-dua klien dan kaunselor akan keliru dan tidak jelas mengenai persoalan klien. Biasanya kemahiran ini dilakukan apabila kaunselor memilih satu perkataan atau ayat pendek daripada percakapan klien dan memberi penekanan kepada perkataan tersebut. Kaedah pemfokusan dengan satu perkataan adalah efektif untuk membantu klien bercakap. Kemahiran ini boleh juga dalam bentuk dorongan minima. Tujuan utama membuat pemfokusan adalah untuk mengurangkan kekeliruan klien atau sesuatu yang klien kurang jelas. Kemahiran mencabar Kemahiran mencabar adalah untuk memperakui dengan jujur, secara langsung dan menarik perhatian klien apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang dirumuskan. Konstruk kemahiran mencabar melibatkan seperti mengenal pasti perasaan diri sendiri sebagai kaunselor, menjelaskan dan berkongsi pengalaman dan memberi maklumbalas dan pandangan. Jones (2004) menjelaskan kemahiran mencabar perlu mempunyai ciri seperti di bawah;  Mulakan dengan membuat refleksi Kaunselor perlu memulakan respons dengan menunjukkan bahawa dirinya telah mendengar dan memahami mesej klien.  Klien mencabar diri Di mana perlu, bantu klien untuk mencabar diri mereka. Dengan membuat refleksi mesej yang bercampur, klien boleh memilih untuk membuat rumusan.  Jangan Melampau Batas Kaunselor perlu menyedari bahawa dirinya tidak mencabar klien sehingga membawa kesan yangburuk kepada klien.  Klien Yang Mengambil Tanggungjawab
  • 28. Kemahiran Berempati Empati adalah proses untuk memahami emosi dan perasaan seseorang. Dengan adanya kemahiran berempati ini, kaunselor dikatakan berkeupayaan untuk memahami emosi dan dapat merasai apa jua yang dirasai oleh klien tersebut. Dengan ini, klien akan merasakan bahawa kaunselor itu memang seorang pendengar yang baik, memahami keadaannya serta mengambil berat tentang dirinya kerana kaunselor berupaya untuk memahami situasi sebenar yang dialaminya. Emosi seseorang tidak mudah difahami oleh pihak kedua. Jadi, untuk menguasai kemahiran ini terlebih dahulu, kaunselor perlu berupaya untuk membezakan antara emosi dan sikap. Emosi adalah perasaan yang dialami seseorang, manakala sikap adalah kepercayaaan tentang kejadian semasa, lepas dan masa depan. Selain itu, kaunselor perlu juga memerhatikan perkara-perkara lain. Pertama sekali, kaunselor perlu perhatikan tanda-tanda yang ada pada klien seperti nada suara dan mimik muka. Secara ringkasnya, memahami diri klien memerlukan satu penilitian yang mendalam. Selain itu, kaunselor juga perlu peka terhadap semua tingkah laku bukan lisan klien serta percakapannya bagi memahami perasaan yang dialami klien dengan lebih mendalam. Kaunselor juga boleh membawa pengalaman perasaan kliennya kepada pengalaman perasaannya sendiri bagi memahami kliennya. Kemahiran Menghadapi Kesenyapan Kaunselor perlu bijak dalam mengendalikan kesenyapan semasa sesi kaunseling berjalan. Kaunselor perlu tahu masa yang sesuai untuk sama ada menggalakkan klien terus bercakap atau terus mengekalkan kesenyapan itu. Kesenyapan ini merupakan satu petanda yang baik kerana ia memberikan masa kepada kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakan apa yang seharusnya diambil seterusnya. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada klien yang tidak sempat menghabiskan hujahnya tadi berfikir kembali dengan tenang mengenai hujahnya itu atau mengingat kembali sesuatu yang barangkali dia terlanjur mengatakannya atau mahu mengubah fikirannya. Kesenyapan yang berlaku banyak memberikan peluang kepada klien dan kaunselor untuk mengimbas kembali diri masing-masing semasa sesi kaunseling tersebut. Ia juga memberi peluang kepada kaunselor untuk mendengar apa yang dikatakan oleh klien dengan lebih berkesan, dapat memerhatikan gerak geri klien dengan lebih
  • 29. teliti, menilai hubungan pemikiran, perasaan dan tindakan kliennya dengan lebih baik serta lain-lain lagi. Walaupun begitu, kaunselor haruslah mengelakkan kesenyapan yang terlalu panjang kerana ia akan menghentikan terus pokok cerita yang diperbincangkan tadi. Secara ringkasnya, adalah penting bagi kaunselor untuk membenarkan keadaan senyap ini setelah klien dan kaunselor telah melakukan perkara penting. Klien perlu diberi masa untuk memikirkan sesuatu tanpa sebarang gangguan. Kemahiran melakukan percanggahan Kemahiran melakukan percanggahan wujud dalam dua bentuk iaitu percanggahan dalam tingkah laku bukan lisan dan tingkah laku lisan. -Percanggahan dalam tingkah laku bukan lisan Percanggahan ini berlaku apabila mesej yang disampaikan tidak selaras dengan pergerakan badan. Contohnya bercakap tentang satu-satu topik tetapi dilihat dari segi tingkah laku bukan lisan terdapat gerakan yang tidak sepadan. -Percanggahan dalam pernyataan lisan. Percanggahan dalam pernyataan lisan berlaku apabila dalam satu kenyataan terdapat dua idea yang bercanggah Contohnya; “Dia adalah seorang ketua yang adil tetapi dia selalu pilih kawan saya untuk menghadiri seminar.” -Ketidakselarasan antara mesej lisan, vokal dan juga mesej badan. “Anda katakan anda rasa gementar tetapi anda nampak gembira sahaja. Senyum setiap masa”. -Ketidakselarasan antara kata-kata dengan aksi “Anda kata anda sayangkan dia, tapi anda langsung tidak ada masa untuk dia dan sentiasa sibuk”. -Ketidakselarasan antara memberi dan mengotakan kata-kata “ Pada waktu yang sama, anda katakan anda hendak menghubungi dia tetapi anda sentiasa mencari alasan untuk tidak melakukannya. -Ketidakselarasan antara kenyataan sekarang dan sebelumnya “ Dulu anda katakana anda sukakan kawan anda tu, tapi sekarang lain pula”.
  • 30. Kemahiran Mengetahui Teori dan Teknik-Teknik Kaunseling Dengan adanya kemahiran mengetahui teori dan teknik kaunseling, kaunselor akan menjadi lebih yakin dan bersedia untuk berhadapan dengan klien. Dengan adanya kemahiran ini, kaunselor akan lebih berupaya untuk menolong klien menghadapi masalah yang dihadapi itu. Namun begitu, kaunselor perlu tahu bagaimana dan bila masanya untuk menggunakan kemahiran teori dan teknik-teknik kaunseling yang ada padanya. Kaunselor juga perlu bijak dalam memilih teknik apa yang patut atau sesuai digunakan apabila berhadapan dengan klien-klien yang berlainan. Kemahiran memberi maklumat Kemahiran memberi maklumat memerlukan sedikit ketelitian di mana kaunselor berkongsi fakta dan maklumat dengan klien. Antara jenis maklumat adalah kategori kepakaran seperti instrumen ujian, kemahiran merancang dan membuat keputusan, merancang kerjaya, perancangan keluarga dan membuat keputusan bersara. Kemahiran Merumus Merumus adalah pernyataan atau pengikatan semula bahagian isi dan perasaan penting yang telah dikatakan oleh klien dalam sesi kaunseling tersebut. Rumusan adalah lebih meluas jika dibandingkan dengan parafrasa. Kemahiran merumus ini bertujuan untuk menyedarkan klien dan mengimbas kembali apa yang telah dibincangkan semasa sesi kaunseling itu. Kaunselor boleh membuat rumusan sama ada di permulaan, di tengah atau pun di akhir sesi kaunseling. Namun kebiasannya, rumusan dibuat pada hujung sesi kaunseling, iaitu membuat rumusan keseluruhan. Di samping itu, kaunselor juga boleh membuat rumusan di tengah-tengah sesi kaunseling itu sekiranya klien itu sudah hendak masuk ke topik pebincangan yang baru. Ini adalah supaya klien dan kaunselor tidak keliru dan mencampur adukkan semua topik yang telah diperbincangkan. Ishamuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan merumus ialah; a. Menghubungjalinkan beberapa elemen daripada mesej klien
  • 31. b. Mengenal pasti satu paten atau tema yang konsisten atau yang selalu timbul berhubung kait dengan mesej tersebut. c. Supaya klien mendengar semula kata-katanya. d. Supaya tidak ada berlaku distorsi (distortion) e. Sesuai digunakan apabila sesi terhenti atau terbantut f. Dalam kesenyapan yang berpanjangan, rumusan boleh mempercepatkan proses kaunseling. g. Sintesis aspek-aspek emosi, tingkah laku dan pemikiran klien. -Rumusan untuk memulakan sesi Contoh; “Pada sesi yang lalu, kita telah bincangkan tentang perasaan Azura terhadap ibu mertua serta perselisihan faham dengannya ketika melahirkan anak. Azura merasakan diri Azura bersalah dan bimbang. Sejak itu, hubungan Azura dengan mertua tidak baik. Kita juga bincangkan pelan tindakan pada minggu itu. Bagaimana?. Adakah berjalan dengan baik?. -Rumusan pertengahan sesi Contoh; “Setakat ini, saya lihat perancangan Kamal tidak berjalan dengan lancar. Sekali lagi, Kamal rasa bersalah apabila melihat idea itu dimanipulasi. Namun, satu idea boleh dilakukan. Kamal telah dapat berbincang dengan Lina tentang bidang tugasnya, dan inilah kali pertama anda boleh bercakap tanpa bertengkar. Kamal nampaknya mungkin dapat membuat perancangan susulan pada minggu hadapan. Adapan ini benar?. -Rumusan di akhir sesi Contoh; “Di dalam sesi ini, kita telah berbincang mengenai perasaan Anita terhadap ibu mertua dengan lebih terperinci. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Pertama, pelan yang kita bincangkan tidak berjalan
  • 32. dengan baik, tapi Anita dapat bercakap dengan mentua tentang satu perkara tanpa menjerit. Seperti dibincangkan, kita telah kenal pasti beberapa tingkah laku Anita yang perlu diubah seperti lebih relaks dan mengubah topik bila Anita rasakan diri Anita mula nak marah. Saya juga gembira dengan idea Anita di akhir sesi ini mengenai cara bercakap dengan ibu tentang sesuatu isu. Adakah ini mencukupi untuk sesi ini?. Kemahiran meninjau klien. Kemahiran meninjau klien membolehkan kaunselor meninjau klien melalui tingkah laku lisan dan bukan lisan. Kemahiran ini juga dapat membina hubungan. Selain daripada itu, kemahiran meninjau klien juga dapat memberi responss yang tepat. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah tingkah laku lisan dan bukan lisan, percanggahan dan konflik serta gaya yang disesuaikan dengan individu yang datang dari pelbagai budaya. Kemahiran Konfrontasi Kemahiran ini hanya dilaksanakan setelah terbentuk hubungan yang baik antara klien dengan kaunselor. Semasa kemahiran konfrontasi dijalankan, kaunselor harus menggunakan nada yang lembut yang mengandungi unsur-unsur ambil berat agar mesej yang disampaikan tidak tersalah tafsir oleh klien. Biasanya kemahiran konfrontasi akan digunakan oleh kaunselor kepada klien dalam situasi- situasi tertentu seperti dinyatakan di bawah; a. Terdapat percanggahan antara apa yang dikatakan oleh klien tentang dirinya dengan apa yang dilakukannya. b. Apabila terdapat percanggahan di antara apa yang dikatakan pada satu masa dengan apa yang dikatakan pada masa yang lain. c. Tingkah laku bertentangan dengan apa yang dikatakan d. Pengalaman kaunselor dengan klien bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh klien mengenai dirinya e. Menyatakan tentang tingkah laku klien yang didapati tidak sesuai, sebagai maklumat tambahan mengenai diri klien. Tujuan kaunselor mengadakan kemahiran konfrantasi adalah untuk memberikan klien satu pandangan lain dalam usaha meneliti diri dan membantu mengurangkan blind sport dalam membantu klien melihat dirinya dengan lebih tepat. Contoh satu
  • 33. “Tadi anda kata anda ingin berjaya, tetapi nampaknya anda langsung tiada persediaan untuk berjaya”. Contoh dua “Tadi saya dengar anda rasa kecewa dengan pensyarah itu, tapi dalam masa yang sama , anda rasa takut berhadapan dengan pensyarah itu untuk mengetahui isu yang sebenar”. Contoh tiga “Saya nampak wajah anda gembira walaupun menceritakan perkara yang agak sedih. Agaknya ada perkara yang tak kena ke?”’ Tujuan konfrontasi mengikut Ishamuddin Hj. Ismail (1999) adalah seperti berikut; a. Membenarkan klien menerokai mekanisme bela diri yang menghindari pemahaman dan tindakannya. b. Membantu klien mengenal pasti satu kontradisi, rasionalisasi, helah atau salah interpretasi c. Membantu klien menerokai bahagian-bahagian perasaan, pengalaman dan tingkah laku yang klien sendiri merasa berat untuk menghadapinya. d. Menunjukkan kepada klien apa yang sedang berlaku pada diri klien. e. Supaya tingkah laku klien menjadi lebih bersepadu. Contoh Satu; “Pada sesi lepas Effa dah bincangkan dengan saya mengenai kekecewaan Effa terhadap rakan sejawat yang selalu menaruh perasaan dengki dengan apa yang Effa buat. Dalam masa yang sama Effa juga merasa sedih kerana walaupun sudah lima bulan Effa berkhidmat, Effa belum lagi mendapat gaji. Jadi kali ini adakah Effa mahu mendapat gaji.” Contoh dua; “Pada sesi yang lepas Qayyam dah bincangkan dengan saya tentang halangan yang Qayyum hadapi untuk mencapai cita- cita Qayyum sebagai seorang pensyarah. Jadi, pada hari ini apa kata kalau kita menyemak kembali apa agaknya langkah- langkah yang boleh diambil oleh Qayyum untuk mencapai cita-cita tersebut.”
  • 34. Kemahiran menyemak persepsi Kemahiran menyemak persepsi ini ialah mengesahkan persepsi kaunselor tentang apa yang klien katakan. Apabila kemahiran ini dilakukan, klien akan merasa beliau lebih difahami. Garis panduan untuk membuat penyemakan persepsi ialah membuat parafrasa apa yang kaunselor fikir kaunselor telah dengar. Selain daripada itu, kaunselor juga meminta pengesahan klien secara terus terang tentang ketepatan persepsi kaunselor terhadap apa yang telah diperkatakan oleh klien.Dalam menyemak persepsi, kaunselor juga akan membenarkan klien membetulkan persepsinya jika andaian kaunselor adalah tidak tepat. Kemahiran Mengurus kesenyapan Biasanya kesenyapan berlaku semasa sesi kaunseling apabila klien berfikir tentang beberapa idea yang dibincangkan. Dalam sesetengah situasi, klien akan menjadi senyap semasa sesi kaunseling untuk mengorganisasikan semula pemikirannya. Walau bagaimanapun, kesenyapan yang sedemikian dikatakan amat bermanfaat apabila klien meneruskannya untuk satu atau beberapa jangka masa untuk memikirkan isi kandungan yang dibincangkan melalui cara seperti di bawah; i. mengulangi semula satu atau beberapa perkataan terakhir yang telah diungkapkan. ii. menyatakan semula isi kandungan daripada beberapa kenyataan terakhir yang di buat. iii.menanyakan semula soalan tentang isu-isu yang telah di bawa dalam perbincangan. Kesenyapan boleh berlaku untuk tiga sebab yang berbeza iaitu; i.Pada permulaan sesi temuduga, klien mungkin berasa malu dan risau terhadap proses kaunseling. Dalam keadaan yang sedemikian, kaunselor boleh mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengurangkan ketegangan supaya klien dapat mengurangkan perasaan negatifnya dan membincangkan persoalan yang dibawa bersama dengan bebas. ii.Klien tidak tahu apa yang sepatutnya dibincangkan seterusnya.
  • 35. iii.Klien berkemungkinan sedang berfikir tentang apa yang telah diperkatakannya. Dalam keadaan yang sedemikian, kaunselor haruslah bersabar sehinggalah klien bersedia untuk memberikan tindakbalas kepada kaunselor. Kesenyapan juga membawa erti bahawa klien sedang mengalami kesulitan dalam meluahkan perasaannya mahupun menceritakan ideanya. Dalam keadaan yang sedemikian, kaunselor seharusnya membantu klien secara lisan dengan menyatakan kenyataan seperti : “Bagaimana saya boleh membantu sekiranya kamu berasa takut terhadap saya”. Kesenyapan juga berlaku apabila klien mengalami ketegangan emosi. Dalam keadaan yang sedemikian, kaunselor haruslah menunggu sehinggalah klien berasa lega dan selesa untuk bercakap. Sesetengah klien yang tidak mempunyai kemahiran bersosial memerlukan sesi temuduga lebih lama untuk membincangkan pokok persoalannya. Klien berkemungkinan akan mempelajari bagaimana meluahkan perasaannya dan membincangkan idea pemikirannya dalam beberapa perkataan sahaja ataupun bergantung terhadap orang lain untuk memulakan sesi dan mengambil tanggungjawab mencari jalan penyelesaian. Dalam keadaan yang sedemikian, kaunselor haruslah membantu klien memperolehi kemahiran sosial yang perlu untuk komunikasi yang lebih efektif secara lisan dan bukan lisan. Kesenyapan jarang berlaku untuk satu jangka masa yang lama jika sesi temuduga dikendalikan oleh kaunselor yang terlatih. Bagaimanapun, kesenyapan juga merupakan satu halangan untuk melanjutkan sesi temuduga. Oleh itu, Wolberg (1954) telah mencadangkan perkara-perkara berikut sekiranya kesenyapan berlaku; 1. Kaunselor boleh memfokus terhadap tumpuan perhatian klien dengan menyatakan. “Adakah kamu mendapati susah untuk bercakap “. 2. Sekiranya masih tidak mendapat maklum balas daripada klien, kaunselor boleh menyatakan, “ Saya berasa hairan mengapa kamu senyap”. 3. Kemudian kaunselor berkata, “Mungkin kamu tidak tahu apa yang harus kamu katakan” 4. “Mungkin kamu cuba untuk merangka apa yang akan diperkatakan kemudian”.
  • 36. 5. “Mungkin kamu kecewa”. 6. Komen yang seterusnya ialah, “Mungkin kamu takut untuk menceritakan apa yang difikirkan dalam fikiran kamu”. 7. Akhir sekali, sekiranya kesenyapan masih berterusan, kaunselor boleh berkata, “Adakah terdapat sesuatu yang menyebabkan kamu berasa susah untuk bercakap”. Dalam kebanyakan contoh yang telah diberikan, apabila klien masih lagi senyap, kaunselor haruslah berkata, “apa kata kita hanya duduk di sini untuk seketika dan mungkin kamu akan memberitahu saya apa yang sedang difikirkan”. Selepas itu, kaunselor boleh cuba sekali lagi untuk mendapatkan respons klien. Sekiranya klien masih memberikan responss yang sama, kaunselor haruslah menamatkan sesi dengan memberikan jaminan kesediaannya pada masa akan datang untuk memberikan perkhidmatannya kepada klien. RUMUSAN Secara umumnya, untuk menjadi seorang kaunselor yang berjaya adalah tidak mudah kerana ia memerlukan kemahiran- kemahiran yang tertentu. Kaunselor harus memahami segala kemahiran yang dipelajari dan tahu mengaplikasikan ke atas klien pada tempat, masa dan keadaan yang sesuai. Sekiranya kemahiran yang diaplikasikan tidak sesuai digunakan maka ia mempengaruhi seluruh proses kaunseling sepeti menyukarkan klien menyelesaikan masalah mereka akibat kehilangan keyakinan dan kepercayaan terhadap kaunselor. Selain mempunyai kemahiran-kemahiran yang baik, seorang kaunselor yang berjaya juga harus mempunyai personaliti yang baik. Ini kerana perhubungan kaunseling tidak dapat dipisahkan daripada ciri-ciri personaliti kaunselor. Contoh-contoh personaliti kaunselor yang baik ialah seperti mesra, jujur, menerima tanpa syarat dan berempati. Sifat mesra dan jujur kaunselor akan dirasakan oleh klien apabila berinteraksi dengan klien. Kaunselor juga harus berpandangan terbuka atau mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap klien. Kaunselor juga harus berkebolehan memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati permasalahan klien.
  • 37. RUJUKAN Amir Awang (1987). Teori-teori kaunseling dan psikoterapi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Gazda,G.M., Asbury,F.R., Balzer, F.J., Childers, W.C., & Walters, R.P (1977). Human relations development: A manual for educators (2nd ed). Boston: Allyn & Bacon. Ishammuddin Hj. Ismail (1999). Panduan Asas Kaunselor Muslim. Kuala Lumpur. Aras Mega (M). Sdn. Bhd. Jones, R.N (2004). Practical Counselling and helping skills . Sage Publications. London Patterson, C.H. (1973). Theories of counseling and Psychotherapy (2nd ed). New York: Harper & Row. Pub. Wolberg, L.R. (1954). The technique of psychotherapy. American Journal of psychotherapy. 4, 525-558.