SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 10
KEMAHIRAN BELAJAR
2. BERTANYA.
Bertanya adalah perlu di dalam pelajaran
Ia mungkin disebabkan kurang faham, tidak jelas, tidak ketahui dll.
Jangan biarkan apa yang tidak difahami tanpa bertanya atau merujuk kepada
kamus jika tidak fahami.
Jikalau pelajaran bertambah, kekeliruan anda juga akan bertambah dan mula
timbul kekeliruan. Otak mula berkecamuk.
Jika terus dibiarkan akan menyebabkan topik yang dipelajari sudah jauh dan
sukar ditarik balik (guru tidak akan mengulangi).
Ketinggalan ini akan menyebabkan kerja bertimbun untuk dipelajari sendiri.
Sebelum pelajaran melangkah lebih jauh, bertanyalah kepada rakan atau guru
bagi mengelak kekusutan dan ketidakfahaman anda dalam pelajaran
Faedah Bertanya :
Membuat anda berfikir
Penjelasan akan tersemat / kekal dalam fikiran kita.
Menghilangkan perasaan malu dan takut.
Salah satu cara mengulangkaji pelajaran.
Masalah Bertanya:
- Pelajar sememangnya ingin bertanya
“TAK TAHU APA NAK TANYA”.
membuat persediaan sebelum sesuatu kelas dijalankan.
Baca buku teks dan bina soalan untuk disoal kepada guru / rakan.
Saya takut ?
Cubalah bertanya dengan rakan-rakan dahulu
Bertanya pula dengan guru secara perseorangan
Bertanya dalam kelas dengan yakin.
Ringkasan: Bertanya adalah penting dan jauh kesannya.
Banyak beban masalah dapat diselesaikan segera.
Sediakan pelajaran sebelum kelas dijalankan agar anda ada masa untuk bertanya apa
yang tidak difahami.
Anda terpaksa memberanikan diri
Bertanyalah kepada rakan,guru dll asalkan masalah anda diselesaikan.
3. CARA MEMBACA.
Tujuan :-
- Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai bacaan
atau pelajaran kita itu.
- Dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik
dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau diulangkaji.
Pemahaman:-
- Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman.
Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami.
Pelajar sering keliru semasa membaca tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan
penjelasan.
Keadaan ini menjadikan mereka bosan dan malas membaca(putus asa).
Faedah pemahaman: (jika anda faham apa yang dibaca):
Pemahaman bacaan awak menolong memahami isi berikutnya.
Tahu kedudukan isi pelajaran / fakta penting.
Rasa gembira dan berminat untuk membaca seterusnya.
Seronok dan aktif di kelas.
Mengambil nota dari guru sewaktu mengajar adalah mudah
Sewaktu membaca boleh membina soalan-soalan untuk disoal kepada guru sewaktu
mengajar nanti.
Menggalak anda meluaskan lagi bacaan anda.
Cara Membaca:
Menggaris
Membezakan isi-isi penting (Terpenting,penting dan keterangan)
Meneliti rajah-rajah
Membuat nota-nota dari bacaan anda. Ini akan meringankan beban anda.
Mengenal isi sepintas lalu seperti kandungan,tajuk utama,tajuk kecil dll.
Mengulangkaji bacaan anda daripada nota-nota yang dibuat
Mencuba soalan-soalan dan Latihan yang ada contoh jawapan dapat memperbaiki
kelemahan diri dengan membetulkan semula kesalahan itu.
Ringkasan :
Fahaman adalah unsur yang terpenting sekali dalam membaca. Kesulitan anda haruslah
mendapat penjelasan agar bacaan anda tidak membosankan.
Menanda dan membuat nota dari bahan bacaan besar faedahnya.
Ulangkaji bacaan anda. Hadkan kepada rajah-rajah dan nota-nota anda.
Fakta-fakta haruslah kerap diulangkaji ( 2-3 hari sekali).
4. RUJUKAN DAN PERLUASAN PEMBACAAN.
Faedah-Faedah Rujukan :
Meluaskan bacaan dan mendalami kefahaman terhadap sesuatu tajuk.
Proses ulangan dapat mengukuhkan ingatan anda.
Mengetahui topik pelajaran melebihi rakan-rakan.
Ada keyakinan diri pada diri pelajar.
Bilakah Masa Yang Sesuai:
Rujukan pada anda bersedia berbuat demikian
Jangan tangguh bila ingin membuat rujukan.
Ringkasan:
Merujuk meluaskan dan mendalamkan fahaman anda.
Kecerdasan anda akan diasah .
Merujuk mendorong anda untuk terus maju dan kehadapan dalam kelas
Janganlah terlalu detail / mendalam dan menjela-jela untuk mengelakkan
kekeliruan dan kebosanan.
5. MEMBACA SEBELUM KE KELAS.
Membaca sebelum menghadiri ke kelas sering diabaikan oleh pelajar walaupun sedar
akan kepentingannya.
Kelebihan Membaca Sebelum Ke Kelas:
Berupaya melihat gambaran pelajaran anda dengan lebih jelas.
Boleh menentukan perkara-perkara uyang kurang difahami dan bersedia dengan soalan
untuk menyoal guru.
Merasa lebih aktif dan bersemangat dalam kelas.
Tahu lebih awal topik yang akan dipelajari.
Lebih yakin bila menjawab soalan guru. Mudah memetik / membuat nota dari
penerangan guru.
Menambah daya ingatan anda (proses ulangan)
Memudahkan anda memahami sesuatu topik.
Masa dan Cara Membuat Persediaan :-
Sebaiknya sehari sebelum guru mengajar.
Lihat tajuk besar dahulu dan diikuti dengan tajuk-tajuk kecil agar anda memahami
gambaran keseluruhan isi pelajaran topik berkenaan.
Cuba rujuk rajah, foto, graf dll jika terdapat.
Ulangi bacaan anda dan cuba membuat nota sendiri
Bandingkan nota anda dengan penerangan guru nanti.
Ringkasan :
Anda mesti membaca pelajaran anda sebelum ianya diajar oleh guru.
Anda mesti membaca kertas amali sebelum masuk makmal dan membuat rujukan yang
perlu.
Sewaktu membaca dalam persediaan, garis atau catat isi-isi pentingnya.
Sediakan soalan-soalan jika perlu.
Elakkan anda membaca terlalu jauh dari isi sukatan pelajaran bagi menghindarkan
kekeliruan.
6. MEMBUAT NOTA.
1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada keupayaan / kebolehan
membuat nota dengan kemas dan padat.
2. Susunan nota yang teratur, jelas, menarik serta mudah sangat penting.
3. Nota yang berjela-jela (panjang), berserabut, tidak teratur akan menyebabkan anda
juga lemah untuk membacanya.
Faedah-Faedah Membuat Nota :
Merupakan ulangkaji dan hafalan.
Memaksa anda memetik isi-isi / fakta-fakta penting pelajaran anda.
Nota amat penting dalam proses ulangkaji.
Tujuan membuat nota adalah untuk mengurangkan dan meringankan tugas kita bila
membuat ulangkaji nanti.
Nota yang teratur, kemas, menarik dan padat akan menambahkan minat anda untuk
belajar / ulangkaji.
Jenis-Jenis Nota :
Nota yang diberi oleh guru semasa pengajaran. Biasanya sudah cukup dan perlu dicatat
oleh setiap pelajar bila guru mengajar.
Nota-nota umun yang anda buat sendiri dari buku teks atau buku rujukan
Nota-nota isi / fakta penting sahaja. Ia berguna untuk rujukan kilat,
menghafal, dan mengulangkaji setiap hari atau 2-3 hari sekali.
Ringkasan :
Membuat Nota adalah penting. Ia membantu fahaman dan meringkaskan jumlah
pelajaran anda kepada isi-isi penting sahaja.
Guna sistem yang mudah, kemas dan pendek tetapi jelas dan menarik.
Nota terbahagi kepada 2 iaitu nota umum dan nota khusus (isi penting sahaja dari
sesuatu pelajaran)
Baca dan ulangkaji nota-nota anda selalu terutama nota khusus.
7. JADUAL WAKTU:
1. Ramai pelajar mempunyai jadual waktu tetapi tidak menepatinya. Seringkali terabai
begitu sahaja.
2. Ada yang mengikutinya tetapi tidak menyeluruh menjadikan jadual waktu tidak
begitu baik / merugikan.
Penyusunan Jadual Waktu – Satu Panduan.
Jadual waktu yang baik perlulah disusun di antara membaca, membuat nota, membuat
kerja rumah, mengulangkaji pelajaran lama dan pelajaran baru, melatih menjawab
soalan objektif dan subjektif serta menyediakan pelajaran untuk esoknya.
Perkara-perkara utama yang perlu ada (mengikut keutamaan) dalam jadual waktu
adalah seperti berikut :
Kerja Rumah- mesti diutamakan dahulu.
Membaca dan membuat nota sendiri.
Menyediakan pelajaran untuk hari esok.
Mengulangkaji pelajaran lepas / baharu.
Cuba menjawab soalan objektif
Cuba menjawab soalan subjektif / karangan.
Ringkasan :
Sains – perlu sebelah malam. Objektif sebelah siang.
Bahasa, matematik, soalan objektif – sebelah siang .
Geografi / P.Moral / PAI sebelah siang termasuk objektif.
Kerja rumah sebelah siang.
Latihan Objektif memadai 10 minit satu matapelajaran.
Pengubahsuaian jadual waktu adalah digalakkan .
8. MENGULANGKAJI.
Tujuan mengulangkaji ialah untuk mengingati semula isi pelajaran. Kekerapan
mengulangkaji pelajaran mencerahkan peluang anda untuk berjaya dalam peperiksaan.
Kepentingan Mengulangkaji:
Menguatkan hafalan dan ingatan anda.
Menjadikan isi pelajaran lebih jelas.
Dapat memberi perhatian kepada bahagian-bahagian yang kurang difahami.
Dapat menambahkan fahaman anda secara keseluruhannya.
Jenis-Jenis Ulangkaji:
1. Mengulangkaji pelajaran harian.
-Ia mesti dilakukan pada hari itu juga selepas balik dari sekolah.
Mengulangkaji pelajaran yang telah seminggu atau lebih –
- Biasanya pelajaran ini masih bersangkut paut dengan pelajaran terdahulu.
- Ulangkaji ini mustahak bagi membolehkan anda mendapat pandangan secara
menyeluh tentang topik tersebut.
- Kita menapis nota-nota yang telah dibuat dan pilih yang terpenting sahaja
- Ia bertujuan untuk menjadikan nota kita tidak banyak dan berat .
- Nota-nota penting inilah yang perlu diulangkaji selalu.
Mengulangkaji pelajaran sepenggal / setahun.
Gunakan nota-nota penting dalam bahagian 2 untuk mengulangkaji beberapa topik
sepanjang penggal atau tahun.
Anda masih boleh menyelidik mana-mana bahagian yang masih kurang difahami dan
cuba fahami bahagian tersebut.
Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji.
Pelajaran Lemah Sering diabaikan oleh pelajar.
Sepatutnya ianya perlu diberi keutamaan semasa membuat ulangkaji kecuali hampir
dengan peperiksaan.
Banyak bertanya untuk memudahkan anda memahaminya.
Cuba sedaya upaya untuk memahami dan menguasai pelajaran ini.
Mata Pelajaran Yang Memuaskan:
Jangan mengambil mudah jika anda memahami sesuatu pelajaran dan mas yang lebih
juga perlu diberi kepada pelajaran ini bagi memastikan keayaan anda.
Sewaktu peperiksaan, lebihkan masa untuk pelajaran seperti ini .
Cara-Cara Mengulangkaji / Kesannya :
Mencoret / mengaris rangkaikata penting dari nota.
Mengulangkaji nota dan buku teks.
Kerja Rumah/ Latihan.
Ulangkaji dengan soalan bentuk objektif
Mengulangkaji dengan contoh-contoh jawapan kertas peperiksaan tahun lepas
bersama skima jawapan.
Mengulangkaji melalui ujian-ujian yang diberi oleh guru.
Mengulangkaji secara lisan (soal jawab bersama-sama rakan)
Ringkasan:
Mengulangkaji nota-nota anda mesti dilakukan selalu.
2. Rangkumilah semua mata pelajaran anda dalam sesuatu masa yang tertentu.
Pisahkan antara nota umum dengan nota khusus (terpenting) Nota khusus perlulah
diulangi dalam masa sehari atau dua kerana ianya ringkas dan merupakan kunci kepada
topik pelajaran anda.
4. Tekankan fahaman anda terhadap isi-isi pokok pelajaran anda.
9. MENIMBULKAN MINAT
Pelajaran anda akan terasa seronok, mudah dan ringkas sekiranya anda mempunyai
minat terhadapnya. Minat mementukan kejayaan anda.
Kepentingan Menimbulkan Minat:
1. Rajin memperlajari sesuatu pelajaran.
2. Lebih mudah untuk menangkap isi-isi penting sesuatu pelajaran.
3. Bersungguh-sungguh bila berada di dalam kelas.
4. Otak akan sentiasa berjalan. Ingatan akan bertambah kuat.
Bagaimana Menimbulkan Minat:
Sebab 1 :
Banar-benar ingin mengatahuinya contohnya bercinta.
Sebab 2 :
Anda telah biasa atau mempunyai kaitan dengan benda diajar.
Contoh : membuat umai..
Sebab 3 :
Perkara yang diajar itu telah anda ketahui terlabih dahulu.
Contohnya : perusahaan sago.
1. Untuk menimbulkan minat seseorang pelajar perlulah mengenal dahulu apa yang
hendak dipelajari terutama sebelum diajar oleh guru. Anda perlu membaca mengenai
topik tersebut lebih awal.
2. Tajuk yang sudah anda ketahui akan menyenangkan anda belajar kerana anda lebih
faham daripada rakan anda.
Anda mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu tajuk sudah tentu akan menimbulkan
minat dalam diri anda contohnya perusahaan perikanan.
Tajuk yang anda minati perlulah diperdalami tajuk itu dengan segera sementara minat
anda masih ada.
5. Gunakan kemahiran yang anda perolehi di luar kawasan sekolah, seperti memasang
wayer eletrik.
Menghadapi Tajuk / Pelajaran Yang Tidak Diminati
1. Mata Pelajaran yang tidak kita minati masih boleh diusahakan untuk lulus dengan
cemerlang dengan cara menimbulkan minat semula .
2. Ubah iktikad / azam kita kepada pandangan yang positif contohnya, mengapa orang
lain boleh , aku tak boleh..
3. Hadkan kandungan pelajaran itu kepada isi-isi penting sahaja untuk menghadapi
peperiksaan. Ambil topik-topik yang biasa keluar dalam peperiksaan dan belajar dari
sana.
Ringkasan :
Anda perlu menambah minat anda terhadap pelajaran anda.
Cara yang paling mudah ialah dengan membiasakan diri dengannya sebelum ia diajar
oleh guru anda.
Membiasakan diri mengenai sesuatu perkara itu boleh dilakukan melalui membaca
ringkas mengenainya, melihat, mendengar dan bertanya mengenainya secara
penggunaan hari-hari.
4. Luaskan bacaan mengenainya selepas menerima ajaran guru.
10. PERBINCANGAN
Faedah-Faedah Perbincangan:
1. Perbincangan boleh menyelesaikan atau mengurangkan kekeliruan atau keraguan
anda dalam pelajaran.
2. Perbincangan juga boleh membetulkan kesalahan kita terhadap sesuatu topik yang
kita anggap sudah tepat.
3. Perbincangan juga dapat menghilangkan rasa malu dan memupuk sifat aktif anda.
4. Perbincangan akan mendorong anda bekerja kuat dan menambah minat terhadap
pelajaran anda. Persediaan awal dan bacaan telah menjadikan satu ulangkaji yang
berulang.
11. MEMADATKAN SUKATAN PELAJARAN.
1. Ramai pelajar tidak mengetahui akan sukatan pelajaran.
2. Secara umum sukatan pelajaran ialah isi kandungan yang dipelajari dari awal tahun
hingga akhir tahun.
3. Soalan peperiksaan akan diambil dari sukatan pelajaran ini.
4. Biasanya muka depan buku teks adalah sukatan pelajaran.
Bagaimana Hendak Memadatkan Sukatan Pelajaran ?
Dapatkan sukatan pelajaran bagi peperiksaan ini (T1-3 / T4-5).
Dapatkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas (5 tahun atau lebih).
Buat analisa daripada soalan yang pernah ditanya keluar.
Dari sini kita akan dapat melihat pola soalan. Maksudnya bukan semua perkara dalam
sukatan pelajaran yang banyak itu akan keluar dalam peperiksaan.
Hanya sebahagian kecil sahaja.
Kita dapat membuat andaian soalan yang akan keluar semasa pep.
Nota-nota yang berkaitan topik yang biasa soalan keluar perlulah kita perincikan dan
fahami betul-betul.
Nota-nota terpenting topik yang jarang keluar, jadikan sebagai simpanan.
Dengan itu, tidak semua topik dalam sesuatu mata pelajaran perlu anda kuasai dengan
betul-betul.
Ini bermakna anda telah memadatkan sukatan pelajaran anda. Kita akan merasa selesa
apabila mengatahuinya. Kita hanya akan mengulangkaji topik-topik yang telah
dikenalpasti .
Topik-topik simpanan juga perlu diulangkaji tapi jarak masanya adalah berkainan.
12. MENILAI KEMAJUAN:
Menguji kemajuan ,merupakah langkah yang boleh diambil untuk menentukan tahap
keupayaan kita. Penilaian ini boleh memperlihatkan akan maju mundurnya akdemik
kita.
Cara Menggunakan Penilaian :
1. Ujian dan Latihan Darjah.
a) Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian
terhadap keupayaan kita.
b) Dari keputusan peperiksaan dapat kita tentukan tahap kita terhadap penguasaan
pelajaran / mata pelajaran.
c) Bukan setakat penguasaan pelajaran, jawapan yang diberi juga perlukan penilaian.
d) Mungkin kita sudah memahami tetapi cara jawab yang salah menjadikan keputusan
kita merosot.
e) Kita masih boleh memperbaiki kelemahan ini (diri / cara menjawab soalan) sebelum
peperiksaan sebenar tiba.
2. Penilaian Dari Contoh Jawapan.
a) Kita boleh membuat latihan dari soalan-soalan tahun lepas berpandukan contoh
jawapan di dalam buku rujukan.
b) Cuba jawab soalan dan bandingkan jawapan kita dengan contoh jawapan. Dimanakah
kelemahan kita.
c) Penilaian ini perlulah dilakuan secara berterusan dari masa ke semasa hingga hari
peperiksaan.
3. Penilaian Secara Lisan
a) Penilaian ini biasanya dijalankan secara tidak formal dan jarang diamalkan oleh
pelajar.
b) Ia boleh dilakukan di mana sahaja.
c) Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan
secara lisan sehingga satu pihak lagi berpuas hati.
Mengatasi Kelemahan.
Setelah anda menilai diri sendir, sudah pasti anda tahu kelemahan dan kekuatan diri
anda dalam pelajaran. Kelemahan anda boleh diatasi dengan cara :-
Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
Dapatkan jawapan-jawapan / penjelasan yang betul bagi jawapan yang salah.
Kerapkali mengulangkaji dan membaca nota-nota anda.
Mahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan kepada contoh jawapan.
13. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR:
Masalah Cara Mengatasi:
1Takut & Cemas Ikuti langkah-langkah yang telah diterangi sebelum ini.
2Terlalu Banyak Kerja1. Memadatkan sukatan pelajaran, buang topik-topik
yang tidak penting dalam sukatan pelajaran.
Hentikan amalan suka menengguh-nangguh atau membuang masa. Guna waktu
dengan baik. Sewaktu anda malas, tidak tenang buatlah soalan objektif
dan bila sudah tenang- buatlah aktiviti lain seperti mengulangkaji,
membuat nota, latihan karangan dan sebagainya. Tumpuan anda hanya pada
pelajaran.
3 Patuhilah jadual waktu seperti yang telah disarankan dan ubah jadual
waktu jika tidak sesuai.
3Guru Tidak MemuaskanTerima sahaja guru sama ada baik atau tidak.Apa yang
penting sekarang anda sendiri mampu untuk bergerak tanpa bantuan cikgu.
Guru hanyalah sebagai tempat rujukan agar anda tidak tersesat. Lain-lain
hal atas usaha pelajar sendiri.
4Kegiatan Luas Sekolah Yang Banyak.Pelajaran adalah paling utama . Jangan
biarkan kegiatan luar mengganggu anda. Buang kegiatan luar yang tidak
berfaedah.
5Tiada RujukanKamus jarang digunakan dalam kehidupan pelajar. Amalkannya
dan selalu merujuk kamus jika tidak faham.
6Kerunsingan
Ada 2 langkah yang boleh dipraktikan :
1) Bila anda runsing- buat soalan objetkif dan bandingkan denga jawapan
sebenar.
2) Mencoretkan pada sehalai kertas fakta-fakta / perkataan kunci semasa
mengulangkaji / membaca
7Perasaan Rendah Diri1) Membaca sebelum ke kelas. Ini menjadikan anda
lebih mahir daripada rakan kelas anda.
2) Kerap bertanya kepada rakan / guru secara perseorangan.
3) Selalu bergaul dengan rakan-rakan yang lebih pandai dan bersoal jawab
dengan mereka.
4) Mendapat kelulusan peperiksaan yang lebih baik dapat menyakinkan dan
memberanikan diri anda di hadapan rakan anda.
14. MEREHATKAN DIRI
Belajar tanpa rehat akan menyebabkan anda jatuh sakit, otak tidak cergas dan
seterusnya keputusan anda merosot. Disarankan beberapa langkah untuk berehat :-4
1) Melihat keindahan alam semula jadi.
2) Berihat dalam belajar- berhenti sekejap (1-2 minit)
3) Tidur di tengah hari ( 30 minit sahaja).
4) Tidur malam (6-8 jam).
5) Aktiviti agama – spt: membaca al-quran, sembahyang dll.
6) Bermain & bersenaman ( 1 jam sehari
2) Mencoretkan pada sehalai kertas fakta-fakta / perkataan kunci semasa
mengulangkaji / membaca
7Perasaan Rendah Diri1) Membaca sebelum ke kelas. Ini menjadikan anda
lebih mahir daripada rakan kelas anda.
2) Kerap bertanya kepada rakan / guru secara perseorangan.
3) Selalu bergaul dengan rakan-rakan yang lebih pandai dan bersoal jawab
dengan mereka.
4) Mendapat kelulusan peperiksaan yang lebih baik dapat menyakinkan dan
memberanikan diri anda di hadapan rakan anda.
14. MEREHATKAN DIRI
Belajar tanpa rehat akan menyebabkan anda jatuh sakit, otak tidak cergas dan
seterusnya keputusan anda merosot. Disarankan beberapa langkah untuk berehat :-4
1) Melihat keindahan alam semula jadi.
2) Berihat dalam belajar- berhenti sekejap (1-2 minit)
3) Tidur di tengah hari ( 30 minit sahaja).
4) Tidur malam (6-8 jam).
5) Aktiviti agama – spt: membaca al-quran, sembahyang dll.
6) Bermain & bersenaman ( 1 jam sehari

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Was ist angesagt? (20)

Strategi sukses dikampus
Strategi sukses dikampusStrategi sukses dikampus
Strategi sukses dikampus
 
Cara belajar edisi2
Cara belajar edisi2Cara belajar edisi2
Cara belajar edisi2
 
Model pembelajaran inovatif
Model pembelajaran inovatifModel pembelajaran inovatif
Model pembelajaran inovatif
 
Materi model model pembelajaran
Materi model model pembelajaranMateri model model pembelajaran
Materi model model pembelajaran
 
Ppt bk belajar
Ppt bk belajarPpt bk belajar
Ppt bk belajar
 
Rancangan harian
Rancangan harianRancangan harian
Rancangan harian
 
Metode – metode dalam menghadapi ujian
Metode – metode dalam menghadapi ujianMetode – metode dalam menghadapi ujian
Metode – metode dalam menghadapi ujian
 
Model pembelajaran inovatif
Model pembelajaran inovatifModel pembelajaran inovatif
Model pembelajaran inovatif
 
Model model pembelajaran
Model model pembelajaranModel model pembelajaran
Model model pembelajaran
 
Model model pembelajaran
Model model pembelajaranModel model pembelajaran
Model model pembelajaran
 
Model model pembelajaran-1
Model model pembelajaran-1Model model pembelajaran-1
Model model pembelajaran-1
 
Model model pembelajaran
Model model pembelajaranModel model pembelajaran
Model model pembelajaran
 
Model model pembl dd
Model model pembl ddModel model pembl dd
Model model pembl dd
 
Model model pembelajaran
Model model pembelajaranModel model pembelajaran
Model model pembelajaran
 
Model model pembelajaran
Model model pembelajaranModel model pembelajaran
Model model pembelajaran
 
Aa model pembelajaran
Aa model pembelajaranAa model pembelajaran
Aa model pembelajaran
 
Model model pembelajaran
Model model pembelajaranModel model pembelajaran
Model model pembelajaran
 
Dr boon journal
Dr boon  journalDr boon  journal
Dr boon journal
 
Model pembelajaran efektif
Model pembelajaran efektifModel pembelajaran efektif
Model pembelajaran efektif
 
Model model pebelajaran yang efektif
Model model pebelajaran yang efektifModel model pebelajaran yang efektif
Model model pebelajaran yang efektif
 

Andere mochten auch

Mobile experiences of Foursevens
Mobile experiences of FoursevensMobile experiences of Foursevens
Mobile experiences of FoursevensComma Group
 
Indian agriculture sector in doldrums
Indian agriculture sector in doldrumsIndian agriculture sector in doldrums
Indian agriculture sector in doldrumsRamesh Krishna
 
Bem ppt on haldiram
Bem ppt on haldiramBem ppt on haldiram
Bem ppt on haldiramNishuCoolboy
 
Sidewalk - Context & Personalization seminar
Sidewalk - Context & Personalization seminarSidewalk - Context & Personalization seminar
Sidewalk - Context & Personalization seminarComma Group
 
Heart of india tour
Heart  of  india tourHeart  of  india tour
Heart of india tourCruzerTwo
 
Web Engagement Seminar Sparc: From WCM to WEM
Web Engagement Seminar Sparc: From WCM to WEMWeb Engagement Seminar Sparc: From WCM to WEM
Web Engagement Seminar Sparc: From WCM to WEMComma Group
 
Patient Confidentiality Training
Patient Confidentiality TrainingPatient Confidentiality Training
Patient Confidentiality Trainingkarenleach
 
HackInBo - Hacking wifi for fun and profit – Tecniche di intrusione e controm...
HackInBo - Hacking wifi for fun and profit – Tecniche di intrusione e controm...HackInBo - Hacking wifi for fun and profit – Tecniche di intrusione e controm...
HackInBo - Hacking wifi for fun and profit – Tecniche di intrusione e controm...HackInbo
 
Destiny Gray's Digital portfolio
Destiny Gray's Digital portfolio Destiny Gray's Digital portfolio
Destiny Gray's Digital portfolio dgray96
 
BB's Google+ Hangouts
BB's Google+ HangoutsBB's Google+ Hangouts
BB's Google+ HangoutsJpuklin13
 

Andere mochten auch (20)

Paratextoo
ParatextooParatextoo
Paratextoo
 
Mobile experiences of Foursevens
Mobile experiences of FoursevensMobile experiences of Foursevens
Mobile experiences of Foursevens
 
Natureza & Decoração
Natureza & DecoraçãoNatureza & Decoração
Natureza & Decoração
 
WK8AssgnRBasch
WK8AssgnRBaschWK8AssgnRBasch
WK8AssgnRBasch
 
Indian agriculture sector in doldrums
Indian agriculture sector in doldrumsIndian agriculture sector in doldrums
Indian agriculture sector in doldrums
 
Control
ControlControl
Control
 
Bem ppt on haldiram
Bem ppt on haldiramBem ppt on haldiram
Bem ppt on haldiram
 
Adf 11
Adf 11Adf 11
Adf 11
 
Sidewalk - Context & Personalization seminar
Sidewalk - Context & Personalization seminarSidewalk - Context & Personalization seminar
Sidewalk - Context & Personalization seminar
 
Heart of india tour
Heart  of  india tourHeart  of  india tour
Heart of india tour
 
Web Engagement Seminar Sparc: From WCM to WEM
Web Engagement Seminar Sparc: From WCM to WEMWeb Engagement Seminar Sparc: From WCM to WEM
Web Engagement Seminar Sparc: From WCM to WEM
 
Patient Confidentiality Training
Patient Confidentiality TrainingPatient Confidentiality Training
Patient Confidentiality Training
 
HackInBo - Hacking wifi for fun and profit – Tecniche di intrusione e controm...
HackInBo - Hacking wifi for fun and profit – Tecniche di intrusione e controm...HackInBo - Hacking wifi for fun and profit – Tecniche di intrusione e controm...
HackInBo - Hacking wifi for fun and profit – Tecniche di intrusione e controm...
 
Destiny Gray's Digital portfolio
Destiny Gray's Digital portfolio Destiny Gray's Digital portfolio
Destiny Gray's Digital portfolio
 
rural marketing
rural marketing rural marketing
rural marketing
 
Ancash
AncashAncash
Ancash
 
BB's Google+ Hangouts
BB's Google+ HangoutsBB's Google+ Hangouts
BB's Google+ Hangouts
 
Countable uncountable-nouns
Countable uncountable-nounsCountable uncountable-nouns
Countable uncountable-nouns
 
Scout k
Scout kScout k
Scout k
 
7 kkm-matematika-sma
7 kkm-matematika-sma7 kkm-matematika-sma
7 kkm-matematika-sma
 

Ähnlich wie Kemahiran belajar

Belajar lbih cerdas bukan lebih keras
Belajar lbih cerdas bukan lebih kerasBelajar lbih cerdas bukan lebih keras
Belajar lbih cerdas bukan lebih kerasMoh Fardiansyach
 
Santi Muspitasari (201131067)
Santi Muspitasari (201131067)Santi Muspitasari (201131067)
Santi Muspitasari (201131067)santimuspitasari
 
Santi muspitasari 201131067
Santi muspitasari 201131067Santi muspitasari 201131067
Santi muspitasari 201131067fittri57
 
452_ikasteko teknikak.ppt
452_ikasteko teknikak.ppt452_ikasteko teknikak.ppt
452_ikasteko teknikak.pptbinovo
 
Materi mos program belajar
Materi mos  program belajarMateri mos  program belajar
Materi mos program belajarIin Ernawati
 
Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103azman_awan9
 
Nota bm topik6 oumh1103
Nota bm topik6 oumh1103Nota bm topik6 oumh1103
Nota bm topik6 oumh1103azman_awan9
 
PMM Panduan Cerita Praktik baik 2023.pptx
PMM Panduan Cerita Praktik baik 2023.pptxPMM Panduan Cerita Praktik baik 2023.pptx
PMM Panduan Cerita Praktik baik 2023.pptxCahyadiWahyono
 
kejenuhan dalam belajar dalam word
kejenuhan dalam belajar dalam wordkejenuhan dalam belajar dalam word
kejenuhan dalam belajar dalam wordrina_nurjanah96
 
Bagi_strategi_peninjauan_kembali.pptx
Bagi_strategi_peninjauan_kembali.pptxBagi_strategi_peninjauan_kembali.pptx
Bagi_strategi_peninjauan_kembali.pptxChabibMustofa1
 
pengembangan keterampilan membaca
pengembangan keterampilan membacapengembangan keterampilan membaca
pengembangan keterampilan membacasyafatassya
 
Power point tips cara belajar yang baik
Power point tips cara belajar yang baikPower point tips cara belajar yang baik
Power point tips cara belajar yang baikDigna Rita
 
01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadanganChon Seong Hoo
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia BAB 4 Kelas 4
Modul Ajar Bahasa Indonesia BAB 4 Kelas 4Modul Ajar Bahasa Indonesia BAB 4 Kelas 4
Modul Ajar Bahasa Indonesia BAB 4 Kelas 4Modul Guruku
 
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlangKaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlangDennyson Juien
 

Ähnlich wie Kemahiran belajar (20)

Belajar lbih cerdas bukan lebih keras
Belajar lbih cerdas bukan lebih kerasBelajar lbih cerdas bukan lebih keras
Belajar lbih cerdas bukan lebih keras
 
Santi Muspitasari (201131067)
Santi Muspitasari (201131067)Santi Muspitasari (201131067)
Santi Muspitasari (201131067)
 
Santi muspitasari 201131067
Santi muspitasari 201131067Santi muspitasari 201131067
Santi muspitasari 201131067
 
Pp clara
Pp claraPp clara
Pp clara
 
452_ikasteko teknikak.ppt
452_ikasteko teknikak.ppt452_ikasteko teknikak.ppt
452_ikasteko teknikak.ppt
 
Materi mos program belajar
Materi mos  program belajarMateri mos  program belajar
Materi mos program belajar
 
Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103
 
Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103Nota bm topik4 oumh1103
Nota bm topik4 oumh1103
 
Nota bm topik6 oumh1103
Nota bm topik6 oumh1103Nota bm topik6 oumh1103
Nota bm topik6 oumh1103
 
05 panduan pelajar
05 panduan pelajar05 panduan pelajar
05 panduan pelajar
 
PMM Panduan Cerita Praktik baik 2023.pptx
PMM Panduan Cerita Praktik baik 2023.pptxPMM Panduan Cerita Praktik baik 2023.pptx
PMM Panduan Cerita Praktik baik 2023.pptx
 
kejenuhan dalam belajar dalam word
kejenuhan dalam belajar dalam wordkejenuhan dalam belajar dalam word
kejenuhan dalam belajar dalam word
 
Bagi_strategi_peninjauan_kembali.pptx
Bagi_strategi_peninjauan_kembali.pptxBagi_strategi_peninjauan_kembali.pptx
Bagi_strategi_peninjauan_kembali.pptx
 
pengembangan keterampilan membaca
pengembangan keterampilan membacapengembangan keterampilan membaca
pengembangan keterampilan membaca
 
Power point tips cara belajar yang baik
Power point tips cara belajar yang baikPower point tips cara belajar yang baik
Power point tips cara belajar yang baik
 
05 panduan pelajar
05  panduan pelajar05  panduan pelajar
05 panduan pelajar
 
01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan01 penulisan proposal kertas cadangan
01 penulisan proposal kertas cadangan
 
Modul
ModulModul
Modul
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia BAB 4 Kelas 4
Modul Ajar Bahasa Indonesia BAB 4 Kelas 4Modul Ajar Bahasa Indonesia BAB 4 Kelas 4
Modul Ajar Bahasa Indonesia BAB 4 Kelas 4
 
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlangKaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang
Kaedah belajar untuk mendapat keputusan yang cemerlang
 

Kemahiran belajar

  • 1. KEMAHIRAN BELAJAR 2. BERTANYA. Bertanya adalah perlu di dalam pelajaran Ia mungkin disebabkan kurang faham, tidak jelas, tidak ketahui dll. Jangan biarkan apa yang tidak difahami tanpa bertanya atau merujuk kepada kamus jika tidak fahami. Jikalau pelajaran bertambah, kekeliruan anda juga akan bertambah dan mula timbul kekeliruan. Otak mula berkecamuk. Jika terus dibiarkan akan menyebabkan topik yang dipelajari sudah jauh dan sukar ditarik balik (guru tidak akan mengulangi). Ketinggalan ini akan menyebabkan kerja bertimbun untuk dipelajari sendiri. Sebelum pelajaran melangkah lebih jauh, bertanyalah kepada rakan atau guru bagi mengelak kekusutan dan ketidakfahaman anda dalam pelajaran Faedah Bertanya : Membuat anda berfikir Penjelasan akan tersemat / kekal dalam fikiran kita. Menghilangkan perasaan malu dan takut. Salah satu cara mengulangkaji pelajaran. Masalah Bertanya: - Pelajar sememangnya ingin bertanya “TAK TAHU APA NAK TANYA”. membuat persediaan sebelum sesuatu kelas dijalankan. Baca buku teks dan bina soalan untuk disoal kepada guru / rakan. Saya takut ? Cubalah bertanya dengan rakan-rakan dahulu Bertanya pula dengan guru secara perseorangan Bertanya dalam kelas dengan yakin. Ringkasan: Bertanya adalah penting dan jauh kesannya. Banyak beban masalah dapat diselesaikan segera. Sediakan pelajaran sebelum kelas dijalankan agar anda ada masa untuk bertanya apa yang tidak difahami. Anda terpaksa memberanikan diri Bertanyalah kepada rakan,guru dll asalkan masalah anda diselesaikan. 3. CARA MEMBACA. Tujuan :- - Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai bacaan atau pelajaran kita itu. - Dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau diulangkaji. Pemahaman:- - Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman. Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami.
  • 2. Pelajar sering keliru semasa membaca tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan penjelasan. Keadaan ini menjadikan mereka bosan dan malas membaca(putus asa). Faedah pemahaman: (jika anda faham apa yang dibaca): Pemahaman bacaan awak menolong memahami isi berikutnya. Tahu kedudukan isi pelajaran / fakta penting. Rasa gembira dan berminat untuk membaca seterusnya. Seronok dan aktif di kelas. Mengambil nota dari guru sewaktu mengajar adalah mudah Sewaktu membaca boleh membina soalan-soalan untuk disoal kepada guru sewaktu mengajar nanti. Menggalak anda meluaskan lagi bacaan anda. Cara Membaca: Menggaris Membezakan isi-isi penting (Terpenting,penting dan keterangan) Meneliti rajah-rajah Membuat nota-nota dari bacaan anda. Ini akan meringankan beban anda. Mengenal isi sepintas lalu seperti kandungan,tajuk utama,tajuk kecil dll. Mengulangkaji bacaan anda daripada nota-nota yang dibuat Mencuba soalan-soalan dan Latihan yang ada contoh jawapan dapat memperbaiki kelemahan diri dengan membetulkan semula kesalahan itu. Ringkasan : Fahaman adalah unsur yang terpenting sekali dalam membaca. Kesulitan anda haruslah mendapat penjelasan agar bacaan anda tidak membosankan. Menanda dan membuat nota dari bahan bacaan besar faedahnya. Ulangkaji bacaan anda. Hadkan kepada rajah-rajah dan nota-nota anda. Fakta-fakta haruslah kerap diulangkaji ( 2-3 hari sekali). 4. RUJUKAN DAN PERLUASAN PEMBACAAN. Faedah-Faedah Rujukan : Meluaskan bacaan dan mendalami kefahaman terhadap sesuatu tajuk. Proses ulangan dapat mengukuhkan ingatan anda. Mengetahui topik pelajaran melebihi rakan-rakan. Ada keyakinan diri pada diri pelajar. Bilakah Masa Yang Sesuai: Rujukan pada anda bersedia berbuat demikian Jangan tangguh bila ingin membuat rujukan. Ringkasan: Merujuk meluaskan dan mendalamkan fahaman anda. Kecerdasan anda akan diasah . Merujuk mendorong anda untuk terus maju dan kehadapan dalam kelas Janganlah terlalu detail / mendalam dan menjela-jela untuk mengelakkan kekeliruan dan kebosanan.
  • 3. 5. MEMBACA SEBELUM KE KELAS. Membaca sebelum menghadiri ke kelas sering diabaikan oleh pelajar walaupun sedar akan kepentingannya. Kelebihan Membaca Sebelum Ke Kelas: Berupaya melihat gambaran pelajaran anda dengan lebih jelas. Boleh menentukan perkara-perkara uyang kurang difahami dan bersedia dengan soalan untuk menyoal guru. Merasa lebih aktif dan bersemangat dalam kelas. Tahu lebih awal topik yang akan dipelajari. Lebih yakin bila menjawab soalan guru. Mudah memetik / membuat nota dari penerangan guru. Menambah daya ingatan anda (proses ulangan) Memudahkan anda memahami sesuatu topik. Masa dan Cara Membuat Persediaan :- Sebaiknya sehari sebelum guru mengajar. Lihat tajuk besar dahulu dan diikuti dengan tajuk-tajuk kecil agar anda memahami gambaran keseluruhan isi pelajaran topik berkenaan. Cuba rujuk rajah, foto, graf dll jika terdapat. Ulangi bacaan anda dan cuba membuat nota sendiri Bandingkan nota anda dengan penerangan guru nanti. Ringkasan : Anda mesti membaca pelajaran anda sebelum ianya diajar oleh guru. Anda mesti membaca kertas amali sebelum masuk makmal dan membuat rujukan yang perlu. Sewaktu membaca dalam persediaan, garis atau catat isi-isi pentingnya. Sediakan soalan-soalan jika perlu. Elakkan anda membaca terlalu jauh dari isi sukatan pelajaran bagi menghindarkan kekeliruan. 6. MEMBUAT NOTA. 1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada keupayaan / kebolehan membuat nota dengan kemas dan padat. 2. Susunan nota yang teratur, jelas, menarik serta mudah sangat penting. 3. Nota yang berjela-jela (panjang), berserabut, tidak teratur akan menyebabkan anda juga lemah untuk membacanya. Faedah-Faedah Membuat Nota : Merupakan ulangkaji dan hafalan. Memaksa anda memetik isi-isi / fakta-fakta penting pelajaran anda. Nota amat penting dalam proses ulangkaji. Tujuan membuat nota adalah untuk mengurangkan dan meringankan tugas kita bila membuat ulangkaji nanti. Nota yang teratur, kemas, menarik dan padat akan menambahkan minat anda untuk belajar / ulangkaji.
  • 4. Jenis-Jenis Nota : Nota yang diberi oleh guru semasa pengajaran. Biasanya sudah cukup dan perlu dicatat oleh setiap pelajar bila guru mengajar. Nota-nota umun yang anda buat sendiri dari buku teks atau buku rujukan Nota-nota isi / fakta penting sahaja. Ia berguna untuk rujukan kilat, menghafal, dan mengulangkaji setiap hari atau 2-3 hari sekali. Ringkasan : Membuat Nota adalah penting. Ia membantu fahaman dan meringkaskan jumlah pelajaran anda kepada isi-isi penting sahaja. Guna sistem yang mudah, kemas dan pendek tetapi jelas dan menarik. Nota terbahagi kepada 2 iaitu nota umum dan nota khusus (isi penting sahaja dari sesuatu pelajaran) Baca dan ulangkaji nota-nota anda selalu terutama nota khusus. 7. JADUAL WAKTU: 1. Ramai pelajar mempunyai jadual waktu tetapi tidak menepatinya. Seringkali terabai begitu sahaja. 2. Ada yang mengikutinya tetapi tidak menyeluruh menjadikan jadual waktu tidak begitu baik / merugikan. Penyusunan Jadual Waktu – Satu Panduan. Jadual waktu yang baik perlulah disusun di antara membaca, membuat nota, membuat kerja rumah, mengulangkaji pelajaran lama dan pelajaran baru, melatih menjawab soalan objektif dan subjektif serta menyediakan pelajaran untuk esoknya. Perkara-perkara utama yang perlu ada (mengikut keutamaan) dalam jadual waktu adalah seperti berikut : Kerja Rumah- mesti diutamakan dahulu. Membaca dan membuat nota sendiri. Menyediakan pelajaran untuk hari esok. Mengulangkaji pelajaran lepas / baharu. Cuba menjawab soalan objektif Cuba menjawab soalan subjektif / karangan. Ringkasan : Sains – perlu sebelah malam. Objektif sebelah siang. Bahasa, matematik, soalan objektif – sebelah siang . Geografi / P.Moral / PAI sebelah siang termasuk objektif. Kerja rumah sebelah siang. Latihan Objektif memadai 10 minit satu matapelajaran. Pengubahsuaian jadual waktu adalah digalakkan . 8. MENGULANGKAJI. Tujuan mengulangkaji ialah untuk mengingati semula isi pelajaran. Kekerapan mengulangkaji pelajaran mencerahkan peluang anda untuk berjaya dalam peperiksaan. Kepentingan Mengulangkaji: Menguatkan hafalan dan ingatan anda. Menjadikan isi pelajaran lebih jelas. Dapat memberi perhatian kepada bahagian-bahagian yang kurang difahami. Dapat menambahkan fahaman anda secara keseluruhannya.
  • 5. Jenis-Jenis Ulangkaji: 1. Mengulangkaji pelajaran harian. -Ia mesti dilakukan pada hari itu juga selepas balik dari sekolah. Mengulangkaji pelajaran yang telah seminggu atau lebih – - Biasanya pelajaran ini masih bersangkut paut dengan pelajaran terdahulu. - Ulangkaji ini mustahak bagi membolehkan anda mendapat pandangan secara menyeluh tentang topik tersebut. - Kita menapis nota-nota yang telah dibuat dan pilih yang terpenting sahaja - Ia bertujuan untuk menjadikan nota kita tidak banyak dan berat . - Nota-nota penting inilah yang perlu diulangkaji selalu. Mengulangkaji pelajaran sepenggal / setahun. Gunakan nota-nota penting dalam bahagian 2 untuk mengulangkaji beberapa topik sepanjang penggal atau tahun. Anda masih boleh menyelidik mana-mana bahagian yang masih kurang difahami dan cuba fahami bahagian tersebut. Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji. Pelajaran Lemah Sering diabaikan oleh pelajar. Sepatutnya ianya perlu diberi keutamaan semasa membuat ulangkaji kecuali hampir dengan peperiksaan. Banyak bertanya untuk memudahkan anda memahaminya. Cuba sedaya upaya untuk memahami dan menguasai pelajaran ini. Mata Pelajaran Yang Memuaskan: Jangan mengambil mudah jika anda memahami sesuatu pelajaran dan mas yang lebih juga perlu diberi kepada pelajaran ini bagi memastikan keayaan anda. Sewaktu peperiksaan, lebihkan masa untuk pelajaran seperti ini . Cara-Cara Mengulangkaji / Kesannya : Mencoret / mengaris rangkaikata penting dari nota. Mengulangkaji nota dan buku teks. Kerja Rumah/ Latihan. Ulangkaji dengan soalan bentuk objektif Mengulangkaji dengan contoh-contoh jawapan kertas peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Mengulangkaji melalui ujian-ujian yang diberi oleh guru. Mengulangkaji secara lisan (soal jawab bersama-sama rakan) Ringkasan: Mengulangkaji nota-nota anda mesti dilakukan selalu. 2. Rangkumilah semua mata pelajaran anda dalam sesuatu masa yang tertentu. Pisahkan antara nota umum dengan nota khusus (terpenting) Nota khusus perlulah diulangi dalam masa sehari atau dua kerana ianya ringkas dan merupakan kunci kepada topik pelajaran anda. 4. Tekankan fahaman anda terhadap isi-isi pokok pelajaran anda. 9. MENIMBULKAN MINAT Pelajaran anda akan terasa seronok, mudah dan ringkas sekiranya anda mempunyai minat terhadapnya. Minat mementukan kejayaan anda. Kepentingan Menimbulkan Minat:
  • 6. 1. Rajin memperlajari sesuatu pelajaran. 2. Lebih mudah untuk menangkap isi-isi penting sesuatu pelajaran. 3. Bersungguh-sungguh bila berada di dalam kelas. 4. Otak akan sentiasa berjalan. Ingatan akan bertambah kuat. Bagaimana Menimbulkan Minat: Sebab 1 : Banar-benar ingin mengatahuinya contohnya bercinta. Sebab 2 : Anda telah biasa atau mempunyai kaitan dengan benda diajar. Contoh : membuat umai.. Sebab 3 : Perkara yang diajar itu telah anda ketahui terlabih dahulu. Contohnya : perusahaan sago. 1. Untuk menimbulkan minat seseorang pelajar perlulah mengenal dahulu apa yang hendak dipelajari terutama sebelum diajar oleh guru. Anda perlu membaca mengenai topik tersebut lebih awal. 2. Tajuk yang sudah anda ketahui akan menyenangkan anda belajar kerana anda lebih faham daripada rakan anda. Anda mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu tajuk sudah tentu akan menimbulkan minat dalam diri anda contohnya perusahaan perikanan. Tajuk yang anda minati perlulah diperdalami tajuk itu dengan segera sementara minat anda masih ada. 5. Gunakan kemahiran yang anda perolehi di luar kawasan sekolah, seperti memasang wayer eletrik. Menghadapi Tajuk / Pelajaran Yang Tidak Diminati 1. Mata Pelajaran yang tidak kita minati masih boleh diusahakan untuk lulus dengan cemerlang dengan cara menimbulkan minat semula . 2. Ubah iktikad / azam kita kepada pandangan yang positif contohnya, mengapa orang lain boleh , aku tak boleh.. 3. Hadkan kandungan pelajaran itu kepada isi-isi penting sahaja untuk menghadapi peperiksaan. Ambil topik-topik yang biasa keluar dalam peperiksaan dan belajar dari sana. Ringkasan : Anda perlu menambah minat anda terhadap pelajaran anda. Cara yang paling mudah ialah dengan membiasakan diri dengannya sebelum ia diajar oleh guru anda. Membiasakan diri mengenai sesuatu perkara itu boleh dilakukan melalui membaca ringkas mengenainya, melihat, mendengar dan bertanya mengenainya secara penggunaan hari-hari. 4. Luaskan bacaan mengenainya selepas menerima ajaran guru.
  • 7. 10. PERBINCANGAN Faedah-Faedah Perbincangan: 1. Perbincangan boleh menyelesaikan atau mengurangkan kekeliruan atau keraguan anda dalam pelajaran. 2. Perbincangan juga boleh membetulkan kesalahan kita terhadap sesuatu topik yang kita anggap sudah tepat. 3. Perbincangan juga dapat menghilangkan rasa malu dan memupuk sifat aktif anda. 4. Perbincangan akan mendorong anda bekerja kuat dan menambah minat terhadap pelajaran anda. Persediaan awal dan bacaan telah menjadikan satu ulangkaji yang berulang. 11. MEMADATKAN SUKATAN PELAJARAN. 1. Ramai pelajar tidak mengetahui akan sukatan pelajaran. 2. Secara umum sukatan pelajaran ialah isi kandungan yang dipelajari dari awal tahun hingga akhir tahun. 3. Soalan peperiksaan akan diambil dari sukatan pelajaran ini. 4. Biasanya muka depan buku teks adalah sukatan pelajaran. Bagaimana Hendak Memadatkan Sukatan Pelajaran ? Dapatkan sukatan pelajaran bagi peperiksaan ini (T1-3 / T4-5). Dapatkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas (5 tahun atau lebih). Buat analisa daripada soalan yang pernah ditanya keluar. Dari sini kita akan dapat melihat pola soalan. Maksudnya bukan semua perkara dalam sukatan pelajaran yang banyak itu akan keluar dalam peperiksaan. Hanya sebahagian kecil sahaja. Kita dapat membuat andaian soalan yang akan keluar semasa pep. Nota-nota yang berkaitan topik yang biasa soalan keluar perlulah kita perincikan dan fahami betul-betul. Nota-nota terpenting topik yang jarang keluar, jadikan sebagai simpanan. Dengan itu, tidak semua topik dalam sesuatu mata pelajaran perlu anda kuasai dengan betul-betul. Ini bermakna anda telah memadatkan sukatan pelajaran anda. Kita akan merasa selesa apabila mengatahuinya. Kita hanya akan mengulangkaji topik-topik yang telah dikenalpasti . Topik-topik simpanan juga perlu diulangkaji tapi jarak masanya adalah berkainan. 12. MENILAI KEMAJUAN: Menguji kemajuan ,merupakah langkah yang boleh diambil untuk menentukan tahap keupayaan kita. Penilaian ini boleh memperlihatkan akan maju mundurnya akdemik kita. Cara Menggunakan Penilaian : 1. Ujian dan Latihan Darjah. a) Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap keupayaan kita. b) Dari keputusan peperiksaan dapat kita tentukan tahap kita terhadap penguasaan pelajaran / mata pelajaran. c) Bukan setakat penguasaan pelajaran, jawapan yang diberi juga perlukan penilaian. d) Mungkin kita sudah memahami tetapi cara jawab yang salah menjadikan keputusan kita merosot.
  • 8. e) Kita masih boleh memperbaiki kelemahan ini (diri / cara menjawab soalan) sebelum peperiksaan sebenar tiba. 2. Penilaian Dari Contoh Jawapan. a) Kita boleh membuat latihan dari soalan-soalan tahun lepas berpandukan contoh jawapan di dalam buku rujukan. b) Cuba jawab soalan dan bandingkan jawapan kita dengan contoh jawapan. Dimanakah kelemahan kita. c) Penilaian ini perlulah dilakuan secara berterusan dari masa ke semasa hingga hari peperiksaan. 3. Penilaian Secara Lisan a) Penilaian ini biasanya dijalankan secara tidak formal dan jarang diamalkan oleh pelajar. b) Ia boleh dilakukan di mana sahaja. c) Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga satu pihak lagi berpuas hati. Mengatasi Kelemahan. Setelah anda menilai diri sendir, sudah pasti anda tahu kelemahan dan kekuatan diri anda dalam pelajaran. Kelemahan anda boleh diatasi dengan cara :- Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran. Dapatkan jawapan-jawapan / penjelasan yang betul bagi jawapan yang salah. Kerapkali mengulangkaji dan membaca nota-nota anda. Mahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan kepada contoh jawapan. 13. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR: Masalah Cara Mengatasi: 1Takut & Cemas Ikuti langkah-langkah yang telah diterangi sebelum ini. 2Terlalu Banyak Kerja1. Memadatkan sukatan pelajaran, buang topik-topik yang tidak penting dalam sukatan pelajaran. Hentikan amalan suka menengguh-nangguh atau membuang masa. Guna waktu dengan baik. Sewaktu anda malas, tidak tenang buatlah soalan objektif dan bila sudah tenang- buatlah aktiviti lain seperti mengulangkaji, membuat nota, latihan karangan dan sebagainya. Tumpuan anda hanya pada pelajaran. 3 Patuhilah jadual waktu seperti yang telah disarankan dan ubah jadual waktu jika tidak sesuai. 3Guru Tidak MemuaskanTerima sahaja guru sama ada baik atau tidak.Apa yang penting sekarang anda sendiri mampu untuk bergerak tanpa bantuan cikgu. Guru hanyalah sebagai tempat rujukan agar anda tidak tersesat. Lain-lain hal atas usaha pelajar sendiri. 4Kegiatan Luas Sekolah Yang Banyak.Pelajaran adalah paling utama . Jangan biarkan kegiatan luar mengganggu anda. Buang kegiatan luar yang tidak berfaedah. 5Tiada RujukanKamus jarang digunakan dalam kehidupan pelajar. Amalkannya dan selalu merujuk kamus jika tidak faham. 6Kerunsingan Ada 2 langkah yang boleh dipraktikan : 1) Bila anda runsing- buat soalan objetkif dan bandingkan denga jawapan sebenar.
  • 9. 2) Mencoretkan pada sehalai kertas fakta-fakta / perkataan kunci semasa mengulangkaji / membaca 7Perasaan Rendah Diri1) Membaca sebelum ke kelas. Ini menjadikan anda lebih mahir daripada rakan kelas anda. 2) Kerap bertanya kepada rakan / guru secara perseorangan. 3) Selalu bergaul dengan rakan-rakan yang lebih pandai dan bersoal jawab dengan mereka. 4) Mendapat kelulusan peperiksaan yang lebih baik dapat menyakinkan dan memberanikan diri anda di hadapan rakan anda. 14. MEREHATKAN DIRI Belajar tanpa rehat akan menyebabkan anda jatuh sakit, otak tidak cergas dan seterusnya keputusan anda merosot. Disarankan beberapa langkah untuk berehat :-4 1) Melihat keindahan alam semula jadi. 2) Berihat dalam belajar- berhenti sekejap (1-2 minit) 3) Tidur di tengah hari ( 30 minit sahaja). 4) Tidur malam (6-8 jam). 5) Aktiviti agama – spt: membaca al-quran, sembahyang dll. 6) Bermain & bersenaman ( 1 jam sehari
  • 10. 2) Mencoretkan pada sehalai kertas fakta-fakta / perkataan kunci semasa mengulangkaji / membaca 7Perasaan Rendah Diri1) Membaca sebelum ke kelas. Ini menjadikan anda lebih mahir daripada rakan kelas anda. 2) Kerap bertanya kepada rakan / guru secara perseorangan. 3) Selalu bergaul dengan rakan-rakan yang lebih pandai dan bersoal jawab dengan mereka. 4) Mendapat kelulusan peperiksaan yang lebih baik dapat menyakinkan dan memberanikan diri anda di hadapan rakan anda. 14. MEREHATKAN DIRI Belajar tanpa rehat akan menyebabkan anda jatuh sakit, otak tidak cergas dan seterusnya keputusan anda merosot. Disarankan beberapa langkah untuk berehat :-4 1) Melihat keindahan alam semula jadi. 2) Berihat dalam belajar- berhenti sekejap (1-2 minit) 3) Tidur di tengah hari ( 30 minit sahaja). 4) Tidur malam (6-8 jam). 5) Aktiviti agama – spt: membaca al-quran, sembahyang dll. 6) Bermain & bersenaman ( 1 jam sehari