2. 7 Fungsi FB Tab Apps Bagi Membantu Perniagaan Anda
Hanif Abdul Bahar
Pendahuluan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya mengucapkan terima kasih kerana sudi memuat
turun mini ebook saya ini. Tujuan penulisan ebook ini adalah untuk saya berkongsikan sedikit
pengalaman saya mengenai penggunaan facebook tabs yang dapat membantu perniagaan
anda.
Tidak dinafikan sekarang, semakin ramai usahawan kecil menjadikan facebook sebagai platform
perniagaan. Facebook merupakan tempat nombor satu untuk bersosial dan oleh sebab menjadi
tumpuan ramai maka facebook sesuai dijadikan platform untuk memperkenalkan produk anda.
Dalam pengurusan fanpage, anda boleh menggunakan aplikasi facebook tab apps bagi
membantu pengurusan perniagaan anda. Disini, saya senaraikan 7 jenis contoh facebook tab
apps untuk kegunaan fanpage anda.
Apa itu page tab apps?
Tab apps adalah aplikasi pada fanpage yang terletak dibawah timeline fanpage anda. Lihat
gambar dibawah ini.
Setiap tab mempunyai fungsi tersendiri. Secara umum, Facebook menyediakan beberapa tab
apps yang boleh disertakan di fanpage anda seperti Notes, Videos dan Events.
Kelebihan tab apps ini adalah anda boleh memasang apps tambahan yang mempunyai fungsi
tertentu dan menyusun apps tersebut mengikut susunan yang sesuai. Saya telah
menyenaraikan 7 kegunaan apps ini untuk membantu perniagaan anda. Mari kita mulakan.
2
3. 7 Fungsi FB Tab Apps Bagi Membantu Perniagaan Anda
Hanif Abdul Bahar
1. Landing Tab atau Minisite Tab.
Gambar di atas adalah contoh landing tab atau minisite tab. Minisite adalah satu halaman yang
memberi penerangan mengenai produk anda. Kini konsep minisite dapat diintegrasikan pada
fanpage anda melalui pendekatan ini.
Terdapat pelbagai cara untuk memasang landing tab ini. Saya telah menemui satu video
Youtube berkenaan cara mudah pemasangan aplikasi ini:
http://www.youtube.com/watch?v=IayughHGCEg
3
4. 7 Fungsi FB Tab Apps Bagi Membantu Perniagaan Anda
Hanif Abdul Bahar
2. Borang Online (tempahan/pertanyaan)
Jika anda menjual pelbagai produk, anda boleh meletakkan kod pada setiap produk. Seterusnya,
anda boleh membuat satu borang tempahan yang umum untuk memudahkan prospek anda
membuat tempahan. Setiap tempahan akan diterima di email anda. Ini memudahkan
pengurusan anda. Ini adalah contoh borang tempahan online
Membuat borang sebegini banyak memerlukan penyuntingan serta mempunyai pengetahuan
asas html. Jika sempat, saya akan sediakan tutorial pada subscriber saya dan kongsikan.
4
5. 7 Fungsi FB Tab Apps Bagi Membantu Perniagaan Anda
Hanif Abdul Bahar
3. Pos Laju Tracking
Adakah anda menjalankan perniagaan produk fizikal yang sering menggunakan khidmat pos?
Jika ya, ini apps yang sangat sesuai untuk anda. Pelanggan anda boleh memeriksa
perkembangan penghantaran produk anda tanpa menelefon atau menghantar mesej kepada
anda.
Pemasangan Pos Laju Tracking app ini saya pasangkan di fanpage rakan saya. Sangat mudah
berbanding pemasangan borang tempahan pada fanpage tab.
Ini tutorial ringkas untuk anda memasang facebook tab apps ini:
http://www.youtube.com/watch?v=vDZyz5ggWtE
4. Aplikasi Tarik Likes
Facebook apps boleh digunakan untuk menarik likes pada fanpage anda. Ramai yang telah
mengetahui teknik ini untuk menarik likes di fanpage. Ini gambar contoh apps yang digunakan
untuk menarik likes. Apabila anda mengakses app sebegini, anda disuruh untuk like fanpage
tersebut dan selepas itu, wall anda akan memaparkan gambar dan link kepada apps tersebut.
Maka apps ini akan tersebar di kalangan rakanrakan anda.
5
8. 7 Fungsi FB Tab Apps Bagi Membantu Perniagaan Anda
Hanif Abdul Bahar
Penutup
Banyak lagi facebook tab apps yang anda boleh gunakan untuk fanpage anda. Namun anda
boleh memilih tab apps yang betulbetul berguna untuk perniagaan anda. Mungkin fanpage yang
berbeza tujuan dan perniagaan memerlukan kombinasi tab apps yang berlainan. Disini saya
kongsikan yang sering saya jumpai di fanpage perniagaan yang pernah saya lawati.
Perlu diingatkan disini, terdapat banyak lagi tujuan aplikasi yang mempunyai cara pemasangan
yang berlainan.Saya disini memohon kemaafan atas kelemahan atas penyampaian saya dalam
ebook mini ini.
Terima kasih sekali lagi kerana membaca ebook mini saya ini. Sekiranya anda mendapati
infomasi disini amat berguna, saya meminta anda untuk berkongsikan ebook ini kepada
rakanrakan anda.
Berjumpa lagi,
Hanif Abdul Bahar
Sila klik pada butang share ini:
Jom share ebook ini pada rakanrakan anda!
Terima kasih pada yang share tawaran ini. Bagi yang share post ini bolehlah tag nama saya
pada ruangan komen dan saya akan berikan diskaun istimewa pada servis yang saya tawarkan
pada halaman setrusnya ini:
8