SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 18
“ Bagaimana saya mengamalkan dan menghayati
agama saya dalam kehidupan
dan kepentingannya kepada saya”
5
Agama Islam merupakan pedoman hidup bagi diri dan keseluruhan ahli
keluarga saya kerana ia mencakupi segala aspek dalam kehidupan. Kesemua
aspek tersebut terkandung dalam kitab suci Al Qur’an iaitu keyakinan, moral,
tingkah laku, perasaan, pendidikan, sosial, politik, ekonomi, pertahanan dan
perundangan.
Dalam agama Islam ia mengandungi konsep keyakinan atau kepercayaan
bahawa Allah S.W.T adalah satu-satunya Tuhan. Allah Maha Esa, tiada Tuhan
yang disembah melainkan Dia, Maha Berdiri SendiriNya, memelihara semesta
alam. Ia tiada mengantuk, dan tidak pula tidur. Sebagai panduan bagi seseorang
muslim atas keyakinan ini, Allah menyatakan diri-Nya untuk diyakini seperti
dinyatakan dalam Al-Quran melalui Surah Al-Baqarah ayat 255.
Islam juga mengajar penganutnya untuk berakhlak. Apa yang
dimaksudkan akhlak itu sendiri di dalam Islam adalah Al-Quran. Sebagaimana
yang dicontohkan Rasulullah SAW bahawa Al-Quran adalah akhlak Rasulullah
SAW. Ia dimuatkan dengan panduan akhlak dan perlu diikuti oleh manusia agar
mendapat rahmat Allah dan juga kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Tingkahlaku atau perilaku seseorang wujud melalui aspek gerakan. Ia
berkait rapat dengan akidah dan akhlak seseorang. Oleh itu, akhlak dan
perlakuan seseorang saling berkaitan dan memberikan gambaran antara satu
sama lain. Seperti apa yang disabdakan Rasulullah SAW. Bahawa sekiranya hati
seseorang khusyuk, khusyuk pula anggota badannya.
Agama Islam juga menitikberatkan perasaan manusia. Dalam Islam,
seluruh perasaan seperti suka dan duka, cinta dan benci, sedih dan gembira,
halus dan kasar, sensitif atau tidak selari dengan akidah seseorang muslim.
Sepertimana yang disabdakan Rasulullah SAW, kesempurnaan iman dan Islam
seseorang dalam berperasaan semata-mata kerana Allah, mencintai kerana
Allah, bergembira kerana Allah dan seterusnya.
Islam juga mengajar mengenai pendidikan dan pengajaran kepada
manusia. Pendidikan yang dimaksudkan dalam Islam bukan yang bersifat formal
sahaja dan terbatas di sekolah, tetapi pada setiap waktu, tempat dan
kesempatan. Ia sejajar dengan hadis dari Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah
6
SAW bersabda: ”Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib ke atas tiap-tiap
seorang Islam”.
Dalam bidang sosial pula, kesempurnaan Islam juga dilengkapi ajarannya
mengenai hubungan antara masyarakat. Contohnya di dalam Al-Quran
menyebut bagaimana aturan hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan
muhrim. Larangan mengejek dan memperolok-olokkan orang lain dan perintah
untuk tidak sombong antara sesama manusia.
Aspek politik pula, Islam telah mengatur urusan-urusan politik sebagai
bahagian dari strategi dan dakwah. Ia bertujuan untuk menegakkan hukum-
hukum Allah di muka bumi. Oleh itu Allah menciptakan manusia sebagai
khalifah-Nya di muka bumi ini. Maka dalam kehidupan ini tidak boleh dipisahkan
dari politik.
Dari segi ekonomi ia merupakan aspek yang sangat penting dalam Islam.
Ia bertujuan mewujudkan kesejahteraan masyarakat, seperti adanya peraturan-
peraturan di dalam sistem ekonomi Islam yang mana tidak melibatkan riba.
Kesannya boleh menghancurkan kesejahteraan umat Islam.
Islam mewajibkan kepada umatnya untuk berbuat adil malahan kepada
dirinya sendiri dan keluarganya sendiri. Maka Islam mengatur urusan hukum dan
peradilan bagi mewujudkan keadilan di muka bumi ini. Segala urusan yang
berkaitan dengan hukum dan peradilan dalam Islam mesti berlandaskan aturan
Allah.
Begitulah kesempurnaan Islam sebagai pedoman hidup kerana agama ini
benar-benar merangkumi semua aspek kehidupan. Islam mengatur umatnya
melalui Al-Quran seperti dalam aspek moral Islam mengatur umatnya melalui Al-
Quran surah Al A’raaf ayat 99. Aspek ekonomi pula menerusi surah At Taubah
ayat 60 dan 103.
Fitrah manusia yang hidupnya perlu beragama, akidah menjadi asas
utama untuk mengukuhkan keyakinan manusia kepada beragama. Dengan
mempercayai Rukun Islam dan Rukun Iman yang menjadikan amalan-amalan
yang dilakukan berlandaskan akidah. Melalui aktiviti dan rutin harian yang
dilakukan saya adalah berteraskan lima rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah
7
syahadah, mendirikan solat lima waktu, menunaikan zakat, berpuasa di bulan
ramadan dan mengerjakan haji bagi yang berkuasa.
Mengucapkan dua kalimah syahadah bermaksud kesaksian terhadap dua
perkara iaitu hanya Allah S.W.T Tuhan yang wajib disembah dan ditaati. Kedua,
mengakui setulusnya bahawa Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul dan
pesuruh Allah yang dibangkitkan kepada kita. Ucapan kalimah syahadah ini tidak
cukup dengan sekadar ucapan jika tidak memahami maksud dan tuntutan diatas
apa yang dilafazkan. Dalam kehidupan seharian saya, kalimah syahadah akan
disebut dalam bacaan tahiyat awal dan akhir setiap kali menunaikan solat fardhu
atau sunat. Ia juga sering diucapkan ketika melihat kekuasaan Allah.
Ucapan syahadah bukanlah ucapan biasa, kerana ia perlu seiiring dengan
tiga perkara yang akan menjadi pembeza iman dan kufur iaiitu diikrarkan dengan
lidah, diakui dengan hati dan dibuktikan dengan amal.
Mendirikan solat lima waktu merupakan kewajipan paling utama yang
mana ia adalah tiang agama. Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya’
ditunaikan mengikut waktunya pada setiap hari melainkan keuzuran bagi
seorang wanita seperti keluarnya darah haid dan nifas.
Solat yang didirikan sempurna mudahan dapat mendegah diri si
pelakunya daripada cenderung melakukan maksiat dan menuruti hawa nafsu
seksnya. Firman Tuhan;
”Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan
dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-
perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah
lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang yang lain). Dan Allah
mengetahui apa yang kaum kerjakan.” (al-Ankabut (29):45).
Solat-solat sunat juga dilakukan seperti solat sunat rawatib, hajat, duha,
tahajjud dan bermacam lagi. Solat sunat dilakukan untuk mendekatkan diri
kepada Allah dan menebus dosa-dosa lalu. Sebagai hambanya menunjukkan
tanda syukur dan mengingatiNYA tidak kira di mana kita berada.
Doa dan zikir pula menjadi amalan harian bagi seseorang individu. Doa
merupakan senjata bagi orang-orang mukmin. Sejarah mencatatkan di dalam al-
8
Quran bahawa doa bermula sejak manusia dicipta. Allah S.W.T mengajar
kepada Nabi Adam apabila berlaku peristiwa Nabi Adam telah melanggar
perintah Allah akibat dari terpengaruh dengan godaan syaitan, lalu Allah S.W.T
memindahkannya dari dari syurga dan di tempatkan di dunia. Sebagaimana
firman Allah melalui surah al-Baqarah 2:37 yang bermaksud, ”Kemudian Adam
menerima beberapa kalimah dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya.
Sesungguhnya Allah Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang”.
Seringkali saya memanjatkan doa kepada Allah ialah selepas solat fardhu
atau sunat serta sebelum melakukan sesuatu. Melalui doa, dapat melahirkan
rasa rendah diri dan tunduk kepada Allah S.W.T serta memohon apa yang
dihajati. Doa juga merupakan suatu ibadat yang mana Allah menyuruh
hambanya agar berdoa.
Contohnya doa memohon keampunan dan keredhaan, memohon
kebahagian di dunia dan di akhirat, doa untuk kedua ibu bapa, memohon agar
anak yang didik menjadi insan yang soleh, mohon ditetapkan iman dan
sebagainya. Dalam apa jua aktiviti seharian yang dilakukan ia dimulai dengan
dengan doa, seperti doa sebelum dan selepas makan, doa masuk dan keluar
tandas, doa melihat cermin, doa sebelum keluar rumah dan naik kenderaan, doa
selepas wuduk dan bermacam lagi. Contohnya saya sendiri mengamalkan doa
menaiki kenderaan, alhamdulilah saya berasa ketenangan semasa memandu
dan aman sepanjang perjalanan, moga Allah merahmati untuk ke destinasi yang
dituju.
Zikir juga menjadi amalan kerana ucapan yang dilafazkan itu
menunjukkan kita mengingati Allah untuk mendapat ketenangan jiwa dan
kedamaian hati. Ucapan tahmid, tasbih, takbir, tahlil dan sebagainya. Jika kita
sedang menghadapi masalah atau kerungsingan, dengan ucapan istighfar sudah
cukup memberikan kelapangan bagi sesorang. Jika kita mengingati Allah,
insyallah Dia akan mengingati hambaNya jua. Berikut adalah contoh zikir harian
sering kita amalkan:
9
Membaca al-Quran menjadi kebiasaan bagi diri saya setelah selesai solat.
Al-Quran adalah kitab suci dan juga mukjizat yang diturunkan Allah kepada Nabi
Muhammad S.A.W. Ia menjadi panduan dalam setiap aspek kehidupan. Apabila
kita membaca ayat-ayat suci ini, ia mendapat ketenangan hati. Bagi diri saya
membaca tafsiran al-Quran dapat membantu kita memahami maksud baris ayat
yang dibaca.
Kita para sahabat seperti Uthman, Zaid bin Tsabit dan lain-lain lagi
sentiasa membaca al-Quran dan mengkhatamkannya pada setip hari Jumaat.
Begitu juga ia menjadi amalan tradisi ibu bapa ibu bapa saya yang mewajibkan
pendidikan al-Quran kepada anak-anaknya sehingga khatam. Alhamdulilah saya
merasai majlis khatam al-Quran yang diadakan ketika umur tiga belas tahun.
Pendidkan al-Quran dititikberatkan kepada setiap lapis generasi supaya tiada
umat yang buta al-Quran.
Banyak keistimewaan jika kita sentiasa membaca al-quran, mudahan kita
akan dipandang tinggi dan mulia di sisi Allah S.W.T dan diberi ganjaran pahala
jika menjadikannya sebagai bacaan utama pada setiap masa. Setiap huruf yang
dibaca akan diganjarkan sepuluh pahala. Malahan juga dinaikkan darjatnya
sebagaimana yang dikatakan oleh Amr bin Ash: ” Barangsiapa membaca al-
Quran maka mereka akan di naikkan ke darjat di kanan dan di kiri para nabi,
melainkan tidak diturunkan wahyu kepada mereka sahaja.”
Dengan membaca al-Quran saya dapat merasakan ketenangan dalam
diri, moga kehidupan ini dirahmat dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Oleh
itu marilah sama-sama kita menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai gaya
10
hidup. Kita mesti yakin bahawa al-Quran sahajalah yang mampu menjadi ubat
dan penawar kepada segala jenis penyakit sama ada rohani atau jasmani yang
sedang melanda masyarakat masa kini. Janganlah kita hanya membaca al-
Quran pada masa-masa tertentu sahaja seperti ketika dalam kesusahan, sakit,
menghadapi saat kematian atau pada hari tertentu sahaja. Ia juga peringatan
untuk diri sendiri yang mana sebagai manusia biasa adakalanya kita alpa dan
lalai dengan kesibukan duniawi.
Bagi seseorang individu muslim, berpuasa di bulan ramadan adalah rukun
Islam yang ketiga. Ianya wajib dilakukan oleh semua orang Islam yang mana
syariat puasa bulan ramadan telah difardhukan kepada umat Muhammad S.A.W
pada tahun ke-2 hijrah. Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh
seluruh umat Islam kerana ia adalah bulan yang penuh keberkatan, kerahmatan
dan keampunan. Keagungannya dengan malam Lailatul Qadar yang ada hanya
di bulan ramadan. Berpuasa ialah menahan diri daripada lapar dan dahaga serta
perkara-perkara yang membatalkan puasa.
Pengalaman diri dalam menjalani ibadah puasa di bulan ramadan cukup
seronok dan merasakan indahnya bulan tersebut. Nikmat bagi orang yang
berpuasa ialah ketika berbuka puasa, Firman Allah S.W.T telah menjelaskan
hikmah puasa ramadan yang bermaksud ” Wahai orang-orang yang beriman,
diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang
terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa” (Surah al-Baqarah:183).
Puasa mempunyai pelbagai hikmah tersembunyi antaranya menunjukkan
rasa syukur kepada Allah S.W.T atas kurniaan nikmatNya yang tidak terhingga,
melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat belas kasihan terhadap
orang-orang yang susah dan kurang bernasib baik dalam kehidupan mereka,
mendidik jiwa supaya bersifat sabar dalam menempuh pelbagai cabaran dalam
kehidupan dan dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat keji (mazmumah)
seperti hasad, sombong kedekut dan sebagainya. Berpuasa mampu melentur
nafsu agar tunduk kepadaNya. Bahkan puasa juga adalah suatu kaedah yang
paling baik mengawal perut, kerana di situlah punca segala penyakit.
11
Bersedekah di bulan ramadan adalah yang paling afdhal di sisiNya,
namun ajaran Islam tidak pernah menghadkan tempoh masa untuk bersedekah
dan mengikut kemampuan seseorang. Rasulullah S.A.W sentiasa menunjukkan
teladan kepada umatnya melalui bersedekah, Sabdanya yang bermaksud,
”Jagalah kalian dari Neraka, meskipun dengan hanya separuh kurma”. (Hadis
Bukhari). Bagi diri saya dengan amalan bersedekah, mudahan rezeki yang kita
perolehi diberkati dan apa yang dimiliki bukannlah kepunyaan kita semuanya.
Terdapat hak-hak orang lain daripada rezeki yang kita perolehi seperti untuk
anak yatim, orang miskin, kedua ibu bapa serta keluarga dan tidak ketinggalan
sahabat handai.
Dalam kehidupan seharian seorang muslim adalah bertunjangkan akidah
yang berteraskan enam rukun iman iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada
malaikat, beriman kepada kitab-kitab, beriman kepada para rasul, beriman
kepada hari kiamat dan beriman kepada qada’ dan qadar. Rukun Iman
merupakan pelngkap jiwa bagi seorang muslim. Ia merangkumi kesemua aspek-
aspek rohani yang diperlukan untuk memperkuatkan akidah kita.
Amalan agama Islam yang diamalkan dalam aktivti keluarga seperti solat
berjemaah. Dalam sesebuah keluarga, ibu bapalah yang mencorakkan akhlak
anak-anak. Oleh itu mereka perlu diajar cara mengambil wudu’ dan bersolat
seawal umur lima tahun. Kanak-kanak telah didedahkan sejak dari kecil lagi yang
mana kedua ibu bapanya mementingkan solat. Anak-anak akan meniru
perlakuan solat yang dilakukan oleh kedua ibu bapa mereka. Ini diakui oleh saya
sendiri yang mana anak-anak kecil yang berusia tiga tahun melakukan perlakuan
solat.
Kebiasaanya, saya dan keluarga melakukan solat secara berjemaah yang
dilakukan di rumah. Ia dapat menghubungkan kasih sayang antara ahli keluarga
dan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi secara bersama.
Banyak fadhilat yang diperolehi melalui solat berjemaah, antaranya mendapat
pahala yang berlipat kali ganda, membiasakan umat mentaaati pemimpin-
pemimpinnya, meghidupkan peraan merdeka, persamaan dan persaudaraan.
12
Jika solat berjemaah dilakukan di masjid, para jemaah yang dikenali
sebagai makmum berada pada baris saf yang sama. Mereka bersama antara
orang kaya dan miskin yang kesemuanya merendah diri menyembah Allah. Pada
ketika itu adanya rasa persamaan dan persaudaraan dalam jiwa mereka kerana
tiada perbezaan pangkat dan darjat.
Pengurusan masa juga merupakan amalan dalam keluarga saya, ini
kerana Islam menganggap ia sebahagian daripada hidup manusia. Pepatah Arab
ada menyebut ” masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya
ia akan memotong kamu”. Allah S.W.T telah menjelaskan kepentingan masa di
dalam al-Quran seperti firman-Nya ”Demi masa, sesungguhnya manusia itu di
dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka
pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar’.
(Surah al-Asr: Ayat 1-3).
Islam mengambil berat mengenai masa sehingga di hari akhirat nanti
Allah akan mempersoalkan mengenai masa dan bagaimana diuruskan. Setiap
masa mempunyai kelebihannya tersendiri, contohnya waktu sepertiga akhir
malam pada setiap ramadan dan hari Jumaat adalah waktu terbaik untuk berdoa
dan beribadat kepada Allah. Justeru itu, ia bergantung kepada kebijaksanaan
kita menguruskan untuk merebut waktu-waktu tertentu seperti bangun tengah
malam untuk solat sunat tahajjud.
Kita sebagai hambanya perlu menguruskan masa supaya tidak
menimbulkan kerugian dalam hidup dengan memperuntukkan masa beribadat,
masa bekerja, masa untuk menambahkan ilmu pengetahuan, masa berkeluarga,
masa bermasyarakat dan bersosial, masa berehat. Setiap muslim perlu
menyusun dan mengatur jadual harian kepada dua bidang tanggungjawab iaitu
tanggungjawab umum dan khusus iaitu melaksanakan tugas yang diamanahkan
kepada kita dan tugas kepada diri sendiri.
13
Terdapat banyak adab dalam Islam yang berkait dengan aktiviti yang
dilakukan dalam sesebuah keluarga. Contohnya adab mendidik anak-anak, ia
selari dengan peranan saya sebagai seorang ibu. Antaranya mengajar dan
membiasakan mereka dengan akhlak terpuji, menghormati ibu bapa dan orang
yang lebih tua, menjaga hidup mereka dengan cara hidup Islam dan lain-lain.
Dalam kehidupan terdapat banyak adab seperti adab berpakaian, adab
wanita di dalam dan luar rumah, adab isteri terhadap suami, adab makan, adab
tidurdan bermacam lagi. Kepentingan adab atau akhlak ialah menjadikan
seseorang individu berbudi pekerti, perangai dan tingkah laku yang baik. Kita
mesti menghindari tingkah laku yang buruk agar menjadi insan yang cemerlang
di dunia dan akhirat.
Amalan agama Islam yang dilaksanakan oleh saya dan keluarga selama
setahun seperti menunaikan zakat, menuntut ilmu, melakukan ibadah qurban,
menqada’ puasa kerana kedatangan haid atau nifas, melakukan proses jual beli
secara Islam.
Menunaikan zakat hukumnya fardu ain ke atas tiap-tiap orang Islam yang
cukup syarat. Mengeluarkan zakat adalah rukun Islam yang keempat, ia sering
dikaitkan dengan solat demi menunjukkan Islam amat mengutamakan amalan
ijtimai (kemasyarakatan) dalam kehidupan umatnya. Nabi Muhammad S.A.W
menyatakan: ” Apabila yang demikian telah mereka lakukan (bersyahadah dan
bersolat), sampaikanlah kepada mereka (penduduk Yaman) bahawa Allah
mewajibkan mereka membayar zakat, diambil daripada orang-orang kaya lalu
diberikan kepada orang-orang fakir,” (Hadis Ibn Abbas r.a, Riwayat Muslim).
Zakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu zakat fitrah dan zakat harta.
Zakat fitrah bertujuan untuk menyucikan diri orang yang berpuasa dari kata-kata
dan perbuatan-perbuatan yang keji. Zakat fitrah bagi diri saya dan anak-anak
adalah di bawah tanggungjawab suami. Zakat fitrah dibayar melaui amil yang
telah dilantik oleh Jabatan Agama Islam.
Alhamdulillah, pada setiap tahun saya dan suami membayar zakat wang
simpanan berkat limpahan rezeki kurniaan Ilahi. Kepentingan zakat kepada diri
ialah membersihkan harta, menyucikan jiwa dan meningkatkan peribadi yang
14
terpuji. Mudahan kita menjadi orang yang istiqamah menunaikan zakat, agar
diberikan keberkatan dalam kehidupan di dunia dan keuntungan di akhirat yang
tidak ternilai harganya.
Zakat juga berperanan dalam pembangunan ekonomi ummah. Ia
menunjukkan kaum muslimin dengan sifat-sifat mahu berkorban dan berbakti
kepada golongan yang memerlukan. Orang yang berhak menerima zakat ialah
fakir, miskin, para amil, muallaf, hamba, orang yang berhutang, di jalan Allah dan
musafir. Zakat sangat penting dalam membela kehidupan dan ekonomi
masyarakat Islam seluruhnya. Ia merupakan pemangkin kepada kemajuan
ekonomi umat yang tiada dalam agama-agama lain.
Kewajipan menuntut ilmu pula adalah wajib kepada semua individu
muslim . ini berdasarkan hadis Rasulallah SAW bermaksud ” Menuntut ilmu
adalah wajib ke atas setiap muslim”. Berdasarkan hadis tersebut, tuntutan ini
bermula sejak dari buaian hinggalah ke liang lahad. Kewajipan ini bertambah
besar jika kita tidak mengetahui tentang sesuatu ilmu, perlulah kita
mempelajarinya.
Ilmu dibahagikan kepada dua iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Ilmu
yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim yang meliputi ilmu akidah, syariah
dan akhlak. Ilmu tersebut boleh kita perolehi melalui mengikuti kelas agama,
mendengar ceramah agama, mengikuti forum dan perbincangan melalui media
cetak dan media elektronik. Kini banyak kemudahan yang boleh digunakan untuk
meningkatkan ilmu agama melalui pembacaan buku-buku keagamaan,
mendengar ceramah agama melalui televisyen atau radio.
Kepentingan mendalami ilmu Islam ialah untuk mencari keredhaan Allah
dan memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk faedah diri dan kepentingan
masyarakat manusia dan alam seluruhnya,
Amalan seterusnya yang pernah dilaksanakan ialah membuat ibadah
qurban. Ia dilakukan semata-mata kerana Allah pada hari Raya Aidiladha dan
hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Binatang-binatang yang sah
diqurbankan ialah kambing, kibasy, unta dan lembu atau kerbau. Daging qurban
tidak boleh dijual dan disedekahkan kepada yang berhak.
15
Kepentingan ibadah qurban kepada individu muslim ialah mengingati
kisah pengorbanan antara Nabi Ibrahim A.S dengan anaknya Nabi Ismail A.S..
Bersandarkan pada kisah tersebut begitu besar pengorbanan yang dilakukan,
kita perlu mengorbankan seluruh jiwa dan raga juga harta benda ke jalan yang di
redhai Allah.
Menqada’ puasa adalah menjadi rutin sebelum tibanya ramadan pada
tahun yang berikutnya. Kebiasaanya sebagai seorang wanita keluar darah haid
dan nifas antara perkara yang membatalkan puasa. Bilangan hari yang
diqada’kanadalah mengikut jumlah hari yang tidak berpuasa. Hukum menqada’
puasa adalah wajib.
Hikmah menggantikan puasa ialah kita masih dapat mencukupkan
sebulan berpuasa kerana ibadah berpuasa di bulan ramadan tiba hanya sekali
dalam setahun. Kepentingan kita menqada’kan puasa ialah tidak diragukan
kerana takutkan Allah Ta’ala bahawa Dia Maha Mengetahui dan Melihat. Kita
yakin pada hari akhirat dan kehadiran mahkamah Allah. Taat kepada Allah dan
rasulNya dan timbulnya perasaan yang kuat untuk menunaikan kewajipan,
menguji kesabaran dan kesanggupan menahan hawa nafsu. Inilah sifat takwa
hasil didikan puasa yang kita lalui. Mendididk kita sifat jujur dan amanah dan
rasa tanggungjawab terhadap amanah Allah.
Dalam sudut ekonomi Islam pula, saya mengamalkan sistem muamalat
islam seperti Al-Wadiah, al-Mudharabah dan Al-Murabahah dalam urusan
simpanan wang di bank dan Al-Ijarah dalam perjanjian sewa beli seperti
kenderaan atau rumah. Sistem muamalat secara Islam dapat memudahkan
urusan kehidupan manusia, mengelakkan berlakunya penindasan dan kezaliman
terhadap golongan yang lemah, manusia hidup dalam keadaan aman dan damai,
mewujudkan sifat tanggungjawab, mengeratkan hubungan silaturrahim antara
ahli masyarakat serta melaksanakan tuntutan agama Islam dan membangunkan
ekonomi.
Falsafah muamalat Islam menekankan tentang tatacara yang dipersetujui
oleh manusia untuk mendapatkan sesuatu keperluan dengan cara yang diredhai
16
Allah. Ia berjalan atas dasar tolong menolong, bantu membantu, kerjasama
untuk kebaikan.
Kesimpulannya, mengamalkan dan menghayati agama Islam dalam
kehidupan seharian dapat membimbing manusia ke jalan yang benar. Islam
merupakan ajaran yang bersumberkan wahyu Allah, disampaikan seluruh
manusia melalui utusannya Rasllullah SAW untuk kesejahteraan manusia, baik
di dunia mahupun di akhirat. Hakikat terjemahan Islam yang sebenarnya adalah
melingkupi agama dan kebudayaan. Hal ini juga diakui oleh para orientalis barat
seperti yang termaktub dalam ’Shorter Encyclopedia of Islam’:
”the wider signification given to the term Islam as a cultural complex, embracing
specific political structures and legal and social traditions”.
Pendidikan Islam Sebagai Penggerak Pembaharuan ( Basri Agus; 1984;18)
Oleh hal yang demikian, faktor dalaman dan luaran yang mendorong
manusia memerlukan agama Islam haruslah memainkan peranan. Dalam
ssebuah kehidupan, semua perkara haruslah lahir dari hati yang yang ikhlas.
Apabila hati ikhls dalam melakukan sesuatu perkara, semuanya akan berjalan
dengan lancar dan sempurna.
Dalam rutin harian individu terdapat garis panduan hukum iaitu wajib,
sunat, harus, makruh dan haram. Dengan melakukan segala apa yang disuruh
dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Segala kebaikan akan diganjarkan
dengan pahala manakala kejahatan akan dibalas dengan dosa di akhirat kelak.
Oleh itu, sebagai hambaNYA kita perlu meningkatkan tahap keimanan
terhadap Allah SWT. Sesungguhnya iman itu adalah tinggi nilainya yang tidak
dapat dijual beli mahu pun diwarisi oleh seorang ayah yang bertakwa. Iman
perlulah dicari di dalam diri kita sendiri kerana tidak semua orang dapat merasai
nikmat kemanisan iman itu sendiri. Apabila kita beriman, segala tingkah laku kita
juga akan terkawal.
Beriman, berilmu dan beramal saling melengkapi antara satu sama lain
untuk menjadikan insan yang bermoral, berakhlak tinggi dan cemerlang di dunia
dan akhirat.
17
Soalan tugasan KKBI bagi kursus Pengenalan Kepada Konsep Asas
Moral (ELM 3101) diterima sewaktu tutorial pertama pada 23 Jun 2012. Soalan
dibaca dengan teliti untuk memahami kehendak tugasan. Tugasan satu ialah
membuat persembahan digital menggunakan perisian MS Power Point yang
bertajuk “Huraikan Teori Pembelajaran Humanistik (Carl Rogers). Seterusnya
bagi tugasan kedua ialah membuat kertas laporan yang bertajuk “ Bagaimana
saya mengamalkan dan menghayati agama saya dalam kehidupan dan
kepentingannya kepada saya”. Akhir sekali, dikehendaki membuat refleksi
proses melaksanakan tugasan kerja kursus.
Sebelum mencari bahan untuk membuat tugasan satu, terbayang
difikiran tajuk teori pembelajaran Carl Rogers sudah dipelajari pada semester
dua yang lalu. Namun terlintas dihati untuk meneliti pro forma kursus ELM 3101
yang mana topik tersebut di bawah tajuk enam iaitu teori perkembangan moral
kanak-kanak.. Ini bermaksud, teori pembelajaran Carl Rogers hendaklah
dikaitkan dengan perkembangan moral kanak-kanak.
Nota-nota yang berkaitan dengan teori pembelajaran Rogers dicari
melalui internet dan buku Murid dan Alam Belajar. Setelah meneliti isi-isi penting
bagi tajuk tersebut, saya merangka slaid menggunakan perisian MS Power
Point. Elemen ICT yang telah digunakan dalam persembahan ini ialah
penggunaan animasi dan warna yang sesuai dan menarik. Gambar yang sesuai
mengenai teori pembelajaran Rogers yang berkaitan dengan perkembangan
moral kanak-kanak dipilih.
Semasa membuat tugasan ini kemahiran ICT dan kemudahan internet
digunakan untuk menghasilkan persembahan yang menarik. Teori mazhab
Rogers difahami dengan teliti supaya tidak berlaku kekeliruan dengan merujuk
beberapa sumber. Kemahiran mengingat kembali pelajaran lalu dan
mengaplikasikan dengan teori perkembangan moral kanak-kanak dan
mengaitkan dengan situasi sebenar di dalam bilik darjah dan sekolah.
Setelah selesai menghasilkan persembahan digital tersebut, teori
pembelajaran Rogers dapat difahami dengan lebih jelas melalui contoh-contoh
yang diberkaitan dengan tingkah laku. Tingkah laku mempengaruhi tindakan
18
sesorang yang mana diri kita sendiri yang akan menentukan hala tuju untuk
berjaya atau tidak. Teori perkembangan moral kanak-kanak berkait dengan teori
pembelajaran kerana pembelajaran bermula sejak dari kecil lagi.
Saya akan membentangkan persembahan Power Point ini pada tutorial
yang kelima, yang mana tajuk ini adalah tajuk yang terakhir. Melalui tugasan satu
ini, saya dapat perhatikan tingkah laku anak murid yang bermoral dan
mengaitkan dengan teori pembelajaran Rogers. Saya akan mengaplikasikan di
dalam bilik darjah, sebagai seorang guru kita perlu mengetahui kecenderungan
seseorang murid, maka kecenderungan bakat tersebut hendaklah dipupuk dan
diberi dorongan. Bagi murid yang menunjukkan tingkah laku yang bermoral boleh
dijadikan role model di dalam bilik darjah. Ia bertujuan agar murid lain meniru
perlakuan positif yang bermoral,
Seterusnya untuk tugasan kedua iaitu menyediakan kertas laporan yang
menerangkan amalan agama Islam dalam rutin harian individu, dalam aktiviti
keluarga dan dalam aktiviti selama setahun.
Sebelum membuat laporan yang dikehendaki, amalan-amalan agama
telah disenaraikan mengikut klasifikasinya. Dengan merujuk beberapa sumber
seperti buku, internet, majalah dan artikel, huraian bagi setiap amalan ditelusuri
dan difahami. Ia perlu difahami terlebih dahulu kerana secara tidak langsung
dapat menambah pengetahuan tentang Islam.
Semasa membuat laporan, banyak ilmu yang saya pelajari melalui
pembacaan daripada buku-buku dan artikel. Ia menyegarkan semula ingatan
terhadap apa yang telah dipelajari semasa bergelar seorang pelajar sekolah dan
guru pelatih. Amalan agama Islam yang dimasukkan ke dalam laporan adalah
apa yang telah dilakukan oleh saya dan keluarga. Namun masih banyak amalan-
amalan yang perlu saya dan keluarga pertingkatkan untuk mendekatkan diri
pada Yang Esa.
Semasa proses mencari si-isi penting, huraian bagi setiap amalan dibaca
dan difahami, maka timbulnya keinsafan dalam diri bahawa Islam itu sangat
indah. Cukup lengkap dari pelbagai aspek yang telah diatur oleh Allah SWT
19
untuk hambanya. Namun adakala kita sebagai manusia lalai seketika dalam
mengabdikan diri kepadaNYA.
Selepas membuat laporan ini, saya berazam untuk memperbaiki
kelemahan diri dan meningkatkan kekuatan diri. Budaya membaca tentang ilmu
agama Islam perlu ditingkatkan supaya dunia Islam sentiasa melingkari hidup
seorang muslim. Untuk melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia,
guru turut memainkan peranan membentuk anak didiknya jua. Sebagai seorang
guru Islam perlu memberikan contoh cara hidup, cara berpakaian yang
berlandaskan Islam kepada murid-murid agar menjadi ikutan kelak.
20
RUJUKAN
BUKU
Ust. Dzulkarnain Hamzah, U.L.M.(2009). Pengertian Solat Dalam Islam. Kuala
Lumpur.: AnNur Publication.
Ust. Sulaiman Endut. (2006). Asas-Asas Fardu Ain. Kuala Lumpur: Pustaka Hj.
Abd. Majid.
Ustz. Rokisah Muda. (2011). Pendidikan Islam 1. Tg. Malim, Perak: Politeknik
Sultan Azlan Shah.
Aiman Daima. (2001). Tasawur Islam. Selangor: Pustaka Ilmi.
INTERNET
www.islam.gov.my/
www.maim.gov.my
www.ms.wikipedia.org/wiki/solat
www.ms.wikipedia.org/wiki/islam
www.az_esei_jan2010.blogspot.com
www.tanbihul_ghafilin.tripod.com
21
22

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuncs7797
 
Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuMohd Zumaidi
 
Hadis tarbawi indo
Hadis tarbawi indoHadis tarbawi indo
Hadis tarbawi indo11111047
 
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabi
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabiMakalah agama islam kelahiran dan dakwah nabi
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabitamierlianitami
 
Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuNORZAWATI
 
Rasulullah sebagai suri tauladan
Rasulullah sebagai suri tauladanRasulullah sebagai suri tauladan
Rasulullah sebagai suri tauladanmimjurangombo
 
Rencana islam 4
Rencana islam 4Rencana islam 4
Rencana islam 4xajuten
 
Tugas Agama - Integeritas Iman, Islam dalam Membina Karakter Keislaman
Tugas Agama - Integeritas Iman, Islam dalam Membina Karakter KeislamanTugas Agama - Integeritas Iman, Islam dalam Membina Karakter Keislaman
Tugas Agama - Integeritas Iman, Islam dalam Membina Karakter KeislamanSenia Firlania
 
Makalah pendidikan agama islam iman islam ihsan
Makalah pendidikan agama islam iman islam ihsanMakalah pendidikan agama islam iman islam ihsan
Makalah pendidikan agama islam iman islam ihsanElsashania26
 
Pernikahan Beda Agama dalam Perspektif Masail Fiqhiyah
Pernikahan Beda Agama dalam Perspektif Masail FiqhiyahPernikahan Beda Agama dalam Perspektif Masail Fiqhiyah
Pernikahan Beda Agama dalam Perspektif Masail FiqhiyahAZA Zulfi
 
Khutbah jumaat(rumi)19072013
Khutbah jumaat(rumi)19072013Khutbah jumaat(rumi)19072013
Khutbah jumaat(rumi)19072013murizal
 
Syarifudin, kepribadian diri
Syarifudin, kepribadian diriSyarifudin, kepribadian diri
Syarifudin, kepribadian diriSyarifudin Amq
 
pendidikan-anak-dalam-islam
pendidikan-anak-dalam-islampendidikan-anak-dalam-islam
pendidikan-anak-dalam-islamMudhofar Khanif
 
02 perkawinan pria muslim dengan wanita non muslim
02 perkawinan pria muslim dengan wanita non muslim02 perkawinan pria muslim dengan wanita non muslim
02 perkawinan pria muslim dengan wanita non muslimasnin_syafiuddin
 

Was ist angesagt? (18)

Rukun islam
Rukun islamRukun islam
Rukun islam
 
Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmu
 
Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmu
 
Hadis tarbawi indo
Hadis tarbawi indoHadis tarbawi indo
Hadis tarbawi indo
 
Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam
 
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabi
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabiMakalah agama islam kelahiran dan dakwah nabi
Makalah agama islam kelahiran dan dakwah nabi
 
Adab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmuAdab menuntut ilmu
Adab menuntut ilmu
 
Rasulullah sebagai suri tauladan
Rasulullah sebagai suri tauladanRasulullah sebagai suri tauladan
Rasulullah sebagai suri tauladan
 
Rencana islam 4
Rencana islam 4Rencana islam 4
Rencana islam 4
 
Al rayyan d1
Al rayyan d1Al rayyan d1
Al rayyan d1
 
Tugas Agama - Integeritas Iman, Islam dalam Membina Karakter Keislaman
Tugas Agama - Integeritas Iman, Islam dalam Membina Karakter KeislamanTugas Agama - Integeritas Iman, Islam dalam Membina Karakter Keislaman
Tugas Agama - Integeritas Iman, Islam dalam Membina Karakter Keislaman
 
Makalah pendidikan agama islam iman islam ihsan
Makalah pendidikan agama islam iman islam ihsanMakalah pendidikan agama islam iman islam ihsan
Makalah pendidikan agama islam iman islam ihsan
 
Pernikahan Beda Agama dalam Perspektif Masail Fiqhiyah
Pernikahan Beda Agama dalam Perspektif Masail FiqhiyahPernikahan Beda Agama dalam Perspektif Masail Fiqhiyah
Pernikahan Beda Agama dalam Perspektif Masail Fiqhiyah
 
Khutbah jumaat(rumi)19072013
Khutbah jumaat(rumi)19072013Khutbah jumaat(rumi)19072013
Khutbah jumaat(rumi)19072013
 
Agama
AgamaAgama
Agama
 
Syarifudin, kepribadian diri
Syarifudin, kepribadian diriSyarifudin, kepribadian diri
Syarifudin, kepribadian diri
 
pendidikan-anak-dalam-islam
pendidikan-anak-dalam-islampendidikan-anak-dalam-islam
pendidikan-anak-dalam-islam
 
02 perkawinan pria muslim dengan wanita non muslim
02 perkawinan pria muslim dengan wanita non muslim02 perkawinan pria muslim dengan wanita non muslim
02 perkawinan pria muslim dengan wanita non muslim
 

Andere mochten auch

Pel. 6 kepentingan doa dalam hidup mukmin
Pel. 6 kepentingan doa dalam hidup mukminPel. 6 kepentingan doa dalam hidup mukmin
Pel. 6 kepentingan doa dalam hidup mukminNORAINI1010
 
Kepentingan Doa dalam Hidup Mukmin
Kepentingan Doa dalam Hidup MukminKepentingan Doa dalam Hidup Mukmin
Kepentingan Doa dalam Hidup Mukminmashimushi
 
3. soalan spontan tongkat mukjizat
3. soalan spontan tongkat   mukjizat3. soalan spontan tongkat   mukjizat
3. soalan spontan tongkat mukjizatKamarudin Jaafar
 
3. soalan spontan siti hajar ibu n ismail
3. soalan spontan siti hajar ibu n ismail3. soalan spontan siti hajar ibu n ismail
3. soalan spontan siti hajar ibu n ismailKamarudin Jaafar
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_syikin Mawaddah
 
Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Rashidah Abd Wahab
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysiaNor Amalina Che ZamZan
 

Andere mochten auch (11)

Pel. 6 kepentingan doa dalam hidup mukmin
Pel. 6 kepentingan doa dalam hidup mukminPel. 6 kepentingan doa dalam hidup mukmin
Pel. 6 kepentingan doa dalam hidup mukmin
 
Kepentingan Doa dalam Hidup Mukmin
Kepentingan Doa dalam Hidup MukminKepentingan Doa dalam Hidup Mukmin
Kepentingan Doa dalam Hidup Mukmin
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
3. soalan spontan tongkat mukjizat
3. soalan spontan tongkat   mukjizat3. soalan spontan tongkat   mukjizat
3. soalan spontan tongkat mukjizat
 
3. soalan spontan siti hajar ibu n ismail
3. soalan spontan siti hajar ibu n ismail3. soalan spontan siti hajar ibu n ismail
3. soalan spontan siti hajar ibu n ismail
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 
Assignment 3
Assignment 3Assignment 3
Assignment 3
 
Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
 
Nota moral spm
Nota moral spmNota moral spm
Nota moral spm
 

Ähnlich wie Tugasan elm3101

GPI 1083
GPI 1083GPI 1083
GPI 1083Inbmy
 
Nilai agama dan adat kepercayaan - agama islam
Nilai agama dan adat kepercayaan - agama islamNilai agama dan adat kepercayaan - agama islam
Nilai agama dan adat kepercayaan - agama islamSherly Jewinly
 
Kertas ucapan jom solat
Kertas ucapan jom solatKertas ucapan jom solat
Kertas ucapan jom solatnawal HUDA
 
tajuk 3 fikh as-solah
 tajuk 3  fikh as-solah tajuk 3  fikh as-solah
tajuk 3 fikh as-solahNURUL AZREEN
 
Mengapa Harus Islam
Mengapa Harus IslamMengapa Harus Islam
Mengapa Harus IslamKhansaCNW
 
ISLAM_SEBAGAI_CARA_HIDUP_.pptx
ISLAM_SEBAGAI_CARA_HIDUP_.pptxISLAM_SEBAGAI_CARA_HIDUP_.pptx
ISLAM_SEBAGAI_CARA_HIDUP_.pptxBeritaDunia3
 
Islam sebagai way of life
Islam sebagai way of lifeIslam sebagai way of life
Islam sebagai way of lifeRidwan Hidayat
 
KONSEP ASAS ISLAM.pptx
KONSEP ASAS ISLAM.pptxKONSEP ASAS ISLAM.pptx
KONSEP ASAS ISLAM.pptxNurRaimiLiyana
 
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Imran
 
tugasan pendidikan islam (1).docx
tugasan pendidikan islam (1).docxtugasan pendidikan islam (1).docx
tugasan pendidikan islam (1).docxsitiBaaieyah
 
Israk wa Mikraj : Ungkap Sejarah, Petik Ibrah
Israk wa Mikraj : Ungkap Sejarah, Petik IbrahIsrak wa Mikraj : Ungkap Sejarah, Petik Ibrah
Israk wa Mikraj : Ungkap Sejarah, Petik IbrahPengiran_Archery
 

Ähnlich wie Tugasan elm3101 (20)

Tugas agama islam
Tugas agama islamTugas agama islam
Tugas agama islam
 
Tugas agama islam
Tugas agama islamTugas agama islam
Tugas agama islam
 
Usul 20-hassan al-banna..
Usul 20-hassan al-banna..Usul 20-hassan al-banna..
Usul 20-hassan al-banna..
 
GPI 1083
GPI 1083GPI 1083
GPI 1083
 
Nilai agama dan adat kepercayaan - agama islam
Nilai agama dan adat kepercayaan - agama islamNilai agama dan adat kepercayaan - agama islam
Nilai agama dan adat kepercayaan - agama islam
 
Kertas ucapan jom solat
Kertas ucapan jom solatKertas ucapan jom solat
Kertas ucapan jom solat
 
tajuk 3 fikh as-solah
 tajuk 3  fikh as-solah tajuk 3  fikh as-solah
tajuk 3 fikh as-solah
 
Mengapa Harus Islam
Mengapa Harus IslamMengapa Harus Islam
Mengapa Harus Islam
 
Bab 2 akidah ii
Bab 2   akidah iiBab 2   akidah ii
Bab 2 akidah ii
 
ISLAM_SEBAGAI_CARA_HIDUP_.pptx
ISLAM_SEBAGAI_CARA_HIDUP_.pptxISLAM_SEBAGAI_CARA_HIDUP_.pptx
ISLAM_SEBAGAI_CARA_HIDUP_.pptx
 
Http
HttpHttp
Http
 
Islam sebagai way of life
Islam sebagai way of lifeIslam sebagai way of life
Islam sebagai way of life
 
Makalah kelompok 7
Makalah kelompok 7Makalah kelompok 7
Makalah kelompok 7
 
KONSEP ASAS ISLAM.pptx
KONSEP ASAS ISLAM.pptxKONSEP ASAS ISLAM.pptx
KONSEP ASAS ISLAM.pptx
 
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
 
tugasan pendidikan islam (1).docx
tugasan pendidikan islam (1).docxtugasan pendidikan islam (1).docx
tugasan pendidikan islam (1).docx
 
Akhlak islami
Akhlak islamiAkhlak islami
Akhlak islami
 
Makalah tugas tik
Makalah tugas tikMakalah tugas tik
Makalah tugas tik
 
Makalah tugas tik
Makalah tugas tikMakalah tugas tik
Makalah tugas tik
 
Israk wa Mikraj : Ungkap Sejarah, Petik Ibrah
Israk wa Mikraj : Ungkap Sejarah, Petik IbrahIsrak wa Mikraj : Ungkap Sejarah, Petik Ibrah
Israk wa Mikraj : Ungkap Sejarah, Petik Ibrah
 

Tugasan elm3101

  • 1. “ Bagaimana saya mengamalkan dan menghayati agama saya dalam kehidupan dan kepentingannya kepada saya” 5
  • 2. Agama Islam merupakan pedoman hidup bagi diri dan keseluruhan ahli keluarga saya kerana ia mencakupi segala aspek dalam kehidupan. Kesemua aspek tersebut terkandung dalam kitab suci Al Qur’an iaitu keyakinan, moral, tingkah laku, perasaan, pendidikan, sosial, politik, ekonomi, pertahanan dan perundangan. Dalam agama Islam ia mengandungi konsep keyakinan atau kepercayaan bahawa Allah S.W.T adalah satu-satunya Tuhan. Allah Maha Esa, tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia, Maha Berdiri SendiriNya, memelihara semesta alam. Ia tiada mengantuk, dan tidak pula tidur. Sebagai panduan bagi seseorang muslim atas keyakinan ini, Allah menyatakan diri-Nya untuk diyakini seperti dinyatakan dalam Al-Quran melalui Surah Al-Baqarah ayat 255. Islam juga mengajar penganutnya untuk berakhlak. Apa yang dimaksudkan akhlak itu sendiri di dalam Islam adalah Al-Quran. Sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah SAW bahawa Al-Quran adalah akhlak Rasulullah SAW. Ia dimuatkan dengan panduan akhlak dan perlu diikuti oleh manusia agar mendapat rahmat Allah dan juga kesejahteraan di dunia dan akhirat. Tingkahlaku atau perilaku seseorang wujud melalui aspek gerakan. Ia berkait rapat dengan akidah dan akhlak seseorang. Oleh itu, akhlak dan perlakuan seseorang saling berkaitan dan memberikan gambaran antara satu sama lain. Seperti apa yang disabdakan Rasulullah SAW. Bahawa sekiranya hati seseorang khusyuk, khusyuk pula anggota badannya. Agama Islam juga menitikberatkan perasaan manusia. Dalam Islam, seluruh perasaan seperti suka dan duka, cinta dan benci, sedih dan gembira, halus dan kasar, sensitif atau tidak selari dengan akidah seseorang muslim. Sepertimana yang disabdakan Rasulullah SAW, kesempurnaan iman dan Islam seseorang dalam berperasaan semata-mata kerana Allah, mencintai kerana Allah, bergembira kerana Allah dan seterusnya. Islam juga mengajar mengenai pendidikan dan pengajaran kepada manusia. Pendidikan yang dimaksudkan dalam Islam bukan yang bersifat formal sahaja dan terbatas di sekolah, tetapi pada setiap waktu, tempat dan kesempatan. Ia sejajar dengan hadis dari Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah 6
  • 3. SAW bersabda: ”Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib ke atas tiap-tiap seorang Islam”. Dalam bidang sosial pula, kesempurnaan Islam juga dilengkapi ajarannya mengenai hubungan antara masyarakat. Contohnya di dalam Al-Quran menyebut bagaimana aturan hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Larangan mengejek dan memperolok-olokkan orang lain dan perintah untuk tidak sombong antara sesama manusia. Aspek politik pula, Islam telah mengatur urusan-urusan politik sebagai bahagian dari strategi dan dakwah. Ia bertujuan untuk menegakkan hukum- hukum Allah di muka bumi. Oleh itu Allah menciptakan manusia sebagai khalifah-Nya di muka bumi ini. Maka dalam kehidupan ini tidak boleh dipisahkan dari politik. Dari segi ekonomi ia merupakan aspek yang sangat penting dalam Islam. Ia bertujuan mewujudkan kesejahteraan masyarakat, seperti adanya peraturan- peraturan di dalam sistem ekonomi Islam yang mana tidak melibatkan riba. Kesannya boleh menghancurkan kesejahteraan umat Islam. Islam mewajibkan kepada umatnya untuk berbuat adil malahan kepada dirinya sendiri dan keluarganya sendiri. Maka Islam mengatur urusan hukum dan peradilan bagi mewujudkan keadilan di muka bumi ini. Segala urusan yang berkaitan dengan hukum dan peradilan dalam Islam mesti berlandaskan aturan Allah. Begitulah kesempurnaan Islam sebagai pedoman hidup kerana agama ini benar-benar merangkumi semua aspek kehidupan. Islam mengatur umatnya melalui Al-Quran seperti dalam aspek moral Islam mengatur umatnya melalui Al- Quran surah Al A’raaf ayat 99. Aspek ekonomi pula menerusi surah At Taubah ayat 60 dan 103. Fitrah manusia yang hidupnya perlu beragama, akidah menjadi asas utama untuk mengukuhkan keyakinan manusia kepada beragama. Dengan mempercayai Rukun Islam dan Rukun Iman yang menjadikan amalan-amalan yang dilakukan berlandaskan akidah. Melalui aktiviti dan rutin harian yang dilakukan saya adalah berteraskan lima rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah 7
  • 4. syahadah, mendirikan solat lima waktu, menunaikan zakat, berpuasa di bulan ramadan dan mengerjakan haji bagi yang berkuasa. Mengucapkan dua kalimah syahadah bermaksud kesaksian terhadap dua perkara iaitu hanya Allah S.W.T Tuhan yang wajib disembah dan ditaati. Kedua, mengakui setulusnya bahawa Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul dan pesuruh Allah yang dibangkitkan kepada kita. Ucapan kalimah syahadah ini tidak cukup dengan sekadar ucapan jika tidak memahami maksud dan tuntutan diatas apa yang dilafazkan. Dalam kehidupan seharian saya, kalimah syahadah akan disebut dalam bacaan tahiyat awal dan akhir setiap kali menunaikan solat fardhu atau sunat. Ia juga sering diucapkan ketika melihat kekuasaan Allah. Ucapan syahadah bukanlah ucapan biasa, kerana ia perlu seiiring dengan tiga perkara yang akan menjadi pembeza iman dan kufur iaiitu diikrarkan dengan lidah, diakui dengan hati dan dibuktikan dengan amal. Mendirikan solat lima waktu merupakan kewajipan paling utama yang mana ia adalah tiang agama. Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya’ ditunaikan mengikut waktunya pada setiap hari melainkan keuzuran bagi seorang wanita seperti keluarnya darah haid dan nifas. Solat yang didirikan sempurna mudahan dapat mendegah diri si pelakunya daripada cenderung melakukan maksiat dan menuruti hawa nafsu seksnya. Firman Tuhan; ”Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kaum kerjakan.” (al-Ankabut (29):45). Solat-solat sunat juga dilakukan seperti solat sunat rawatib, hajat, duha, tahajjud dan bermacam lagi. Solat sunat dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menebus dosa-dosa lalu. Sebagai hambanya menunjukkan tanda syukur dan mengingatiNYA tidak kira di mana kita berada. Doa dan zikir pula menjadi amalan harian bagi seseorang individu. Doa merupakan senjata bagi orang-orang mukmin. Sejarah mencatatkan di dalam al- 8
  • 5. Quran bahawa doa bermula sejak manusia dicipta. Allah S.W.T mengajar kepada Nabi Adam apabila berlaku peristiwa Nabi Adam telah melanggar perintah Allah akibat dari terpengaruh dengan godaan syaitan, lalu Allah S.W.T memindahkannya dari dari syurga dan di tempatkan di dunia. Sebagaimana firman Allah melalui surah al-Baqarah 2:37 yang bermaksud, ”Kemudian Adam menerima beberapa kalimah dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang”. Seringkali saya memanjatkan doa kepada Allah ialah selepas solat fardhu atau sunat serta sebelum melakukan sesuatu. Melalui doa, dapat melahirkan rasa rendah diri dan tunduk kepada Allah S.W.T serta memohon apa yang dihajati. Doa juga merupakan suatu ibadat yang mana Allah menyuruh hambanya agar berdoa. Contohnya doa memohon keampunan dan keredhaan, memohon kebahagian di dunia dan di akhirat, doa untuk kedua ibu bapa, memohon agar anak yang didik menjadi insan yang soleh, mohon ditetapkan iman dan sebagainya. Dalam apa jua aktiviti seharian yang dilakukan ia dimulai dengan dengan doa, seperti doa sebelum dan selepas makan, doa masuk dan keluar tandas, doa melihat cermin, doa sebelum keluar rumah dan naik kenderaan, doa selepas wuduk dan bermacam lagi. Contohnya saya sendiri mengamalkan doa menaiki kenderaan, alhamdulilah saya berasa ketenangan semasa memandu dan aman sepanjang perjalanan, moga Allah merahmati untuk ke destinasi yang dituju. Zikir juga menjadi amalan kerana ucapan yang dilafazkan itu menunjukkan kita mengingati Allah untuk mendapat ketenangan jiwa dan kedamaian hati. Ucapan tahmid, tasbih, takbir, tahlil dan sebagainya. Jika kita sedang menghadapi masalah atau kerungsingan, dengan ucapan istighfar sudah cukup memberikan kelapangan bagi sesorang. Jika kita mengingati Allah, insyallah Dia akan mengingati hambaNya jua. Berikut adalah contoh zikir harian sering kita amalkan: 9
  • 6. Membaca al-Quran menjadi kebiasaan bagi diri saya setelah selesai solat. Al-Quran adalah kitab suci dan juga mukjizat yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ia menjadi panduan dalam setiap aspek kehidupan. Apabila kita membaca ayat-ayat suci ini, ia mendapat ketenangan hati. Bagi diri saya membaca tafsiran al-Quran dapat membantu kita memahami maksud baris ayat yang dibaca. Kita para sahabat seperti Uthman, Zaid bin Tsabit dan lain-lain lagi sentiasa membaca al-Quran dan mengkhatamkannya pada setip hari Jumaat. Begitu juga ia menjadi amalan tradisi ibu bapa ibu bapa saya yang mewajibkan pendidikan al-Quran kepada anak-anaknya sehingga khatam. Alhamdulilah saya merasai majlis khatam al-Quran yang diadakan ketika umur tiga belas tahun. Pendidkan al-Quran dititikberatkan kepada setiap lapis generasi supaya tiada umat yang buta al-Quran. Banyak keistimewaan jika kita sentiasa membaca al-quran, mudahan kita akan dipandang tinggi dan mulia di sisi Allah S.W.T dan diberi ganjaran pahala jika menjadikannya sebagai bacaan utama pada setiap masa. Setiap huruf yang dibaca akan diganjarkan sepuluh pahala. Malahan juga dinaikkan darjatnya sebagaimana yang dikatakan oleh Amr bin Ash: ” Barangsiapa membaca al- Quran maka mereka akan di naikkan ke darjat di kanan dan di kiri para nabi, melainkan tidak diturunkan wahyu kepada mereka sahaja.” Dengan membaca al-Quran saya dapat merasakan ketenangan dalam diri, moga kehidupan ini dirahmat dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Oleh itu marilah sama-sama kita menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai gaya 10
  • 7. hidup. Kita mesti yakin bahawa al-Quran sahajalah yang mampu menjadi ubat dan penawar kepada segala jenis penyakit sama ada rohani atau jasmani yang sedang melanda masyarakat masa kini. Janganlah kita hanya membaca al- Quran pada masa-masa tertentu sahaja seperti ketika dalam kesusahan, sakit, menghadapi saat kematian atau pada hari tertentu sahaja. Ia juga peringatan untuk diri sendiri yang mana sebagai manusia biasa adakalanya kita alpa dan lalai dengan kesibukan duniawi. Bagi seseorang individu muslim, berpuasa di bulan ramadan adalah rukun Islam yang ketiga. Ianya wajib dilakukan oleh semua orang Islam yang mana syariat puasa bulan ramadan telah difardhukan kepada umat Muhammad S.A.W pada tahun ke-2 hijrah. Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam kerana ia adalah bulan yang penuh keberkatan, kerahmatan dan keampunan. Keagungannya dengan malam Lailatul Qadar yang ada hanya di bulan ramadan. Berpuasa ialah menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Pengalaman diri dalam menjalani ibadah puasa di bulan ramadan cukup seronok dan merasakan indahnya bulan tersebut. Nikmat bagi orang yang berpuasa ialah ketika berbuka puasa, Firman Allah S.W.T telah menjelaskan hikmah puasa ramadan yang bermaksud ” Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa” (Surah al-Baqarah:183). Puasa mempunyai pelbagai hikmah tersembunyi antaranya menunjukkan rasa syukur kepada Allah S.W.T atas kurniaan nikmatNya yang tidak terhingga, melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat belas kasihan terhadap orang-orang yang susah dan kurang bernasib baik dalam kehidupan mereka, mendidik jiwa supaya bersifat sabar dalam menempuh pelbagai cabaran dalam kehidupan dan dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat keji (mazmumah) seperti hasad, sombong kedekut dan sebagainya. Berpuasa mampu melentur nafsu agar tunduk kepadaNya. Bahkan puasa juga adalah suatu kaedah yang paling baik mengawal perut, kerana di situlah punca segala penyakit. 11
  • 8. Bersedekah di bulan ramadan adalah yang paling afdhal di sisiNya, namun ajaran Islam tidak pernah menghadkan tempoh masa untuk bersedekah dan mengikut kemampuan seseorang. Rasulullah S.A.W sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya melalui bersedekah, Sabdanya yang bermaksud, ”Jagalah kalian dari Neraka, meskipun dengan hanya separuh kurma”. (Hadis Bukhari). Bagi diri saya dengan amalan bersedekah, mudahan rezeki yang kita perolehi diberkati dan apa yang dimiliki bukannlah kepunyaan kita semuanya. Terdapat hak-hak orang lain daripada rezeki yang kita perolehi seperti untuk anak yatim, orang miskin, kedua ibu bapa serta keluarga dan tidak ketinggalan sahabat handai. Dalam kehidupan seharian seorang muslim adalah bertunjangkan akidah yang berteraskan enam rukun iman iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitab-kitab, beriman kepada para rasul, beriman kepada hari kiamat dan beriman kepada qada’ dan qadar. Rukun Iman merupakan pelngkap jiwa bagi seorang muslim. Ia merangkumi kesemua aspek- aspek rohani yang diperlukan untuk memperkuatkan akidah kita. Amalan agama Islam yang diamalkan dalam aktivti keluarga seperti solat berjemaah. Dalam sesebuah keluarga, ibu bapalah yang mencorakkan akhlak anak-anak. Oleh itu mereka perlu diajar cara mengambil wudu’ dan bersolat seawal umur lima tahun. Kanak-kanak telah didedahkan sejak dari kecil lagi yang mana kedua ibu bapanya mementingkan solat. Anak-anak akan meniru perlakuan solat yang dilakukan oleh kedua ibu bapa mereka. Ini diakui oleh saya sendiri yang mana anak-anak kecil yang berusia tiga tahun melakukan perlakuan solat. Kebiasaanya, saya dan keluarga melakukan solat secara berjemaah yang dilakukan di rumah. Ia dapat menghubungkan kasih sayang antara ahli keluarga dan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi secara bersama. Banyak fadhilat yang diperolehi melalui solat berjemaah, antaranya mendapat pahala yang berlipat kali ganda, membiasakan umat mentaaati pemimpin- pemimpinnya, meghidupkan peraan merdeka, persamaan dan persaudaraan. 12
  • 9. Jika solat berjemaah dilakukan di masjid, para jemaah yang dikenali sebagai makmum berada pada baris saf yang sama. Mereka bersama antara orang kaya dan miskin yang kesemuanya merendah diri menyembah Allah. Pada ketika itu adanya rasa persamaan dan persaudaraan dalam jiwa mereka kerana tiada perbezaan pangkat dan darjat. Pengurusan masa juga merupakan amalan dalam keluarga saya, ini kerana Islam menganggap ia sebahagian daripada hidup manusia. Pepatah Arab ada menyebut ” masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya ia akan memotong kamu”. Allah S.W.T telah menjelaskan kepentingan masa di dalam al-Quran seperti firman-Nya ”Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar’. (Surah al-Asr: Ayat 1-3). Islam mengambil berat mengenai masa sehingga di hari akhirat nanti Allah akan mempersoalkan mengenai masa dan bagaimana diuruskan. Setiap masa mempunyai kelebihannya tersendiri, contohnya waktu sepertiga akhir malam pada setiap ramadan dan hari Jumaat adalah waktu terbaik untuk berdoa dan beribadat kepada Allah. Justeru itu, ia bergantung kepada kebijaksanaan kita menguruskan untuk merebut waktu-waktu tertentu seperti bangun tengah malam untuk solat sunat tahajjud. Kita sebagai hambanya perlu menguruskan masa supaya tidak menimbulkan kerugian dalam hidup dengan memperuntukkan masa beribadat, masa bekerja, masa untuk menambahkan ilmu pengetahuan, masa berkeluarga, masa bermasyarakat dan bersosial, masa berehat. Setiap muslim perlu menyusun dan mengatur jadual harian kepada dua bidang tanggungjawab iaitu tanggungjawab umum dan khusus iaitu melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada kita dan tugas kepada diri sendiri. 13
  • 10. Terdapat banyak adab dalam Islam yang berkait dengan aktiviti yang dilakukan dalam sesebuah keluarga. Contohnya adab mendidik anak-anak, ia selari dengan peranan saya sebagai seorang ibu. Antaranya mengajar dan membiasakan mereka dengan akhlak terpuji, menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua, menjaga hidup mereka dengan cara hidup Islam dan lain-lain. Dalam kehidupan terdapat banyak adab seperti adab berpakaian, adab wanita di dalam dan luar rumah, adab isteri terhadap suami, adab makan, adab tidurdan bermacam lagi. Kepentingan adab atau akhlak ialah menjadikan seseorang individu berbudi pekerti, perangai dan tingkah laku yang baik. Kita mesti menghindari tingkah laku yang buruk agar menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Amalan agama Islam yang dilaksanakan oleh saya dan keluarga selama setahun seperti menunaikan zakat, menuntut ilmu, melakukan ibadah qurban, menqada’ puasa kerana kedatangan haid atau nifas, melakukan proses jual beli secara Islam. Menunaikan zakat hukumnya fardu ain ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat. Mengeluarkan zakat adalah rukun Islam yang keempat, ia sering dikaitkan dengan solat demi menunjukkan Islam amat mengutamakan amalan ijtimai (kemasyarakatan) dalam kehidupan umatnya. Nabi Muhammad S.A.W menyatakan: ” Apabila yang demikian telah mereka lakukan (bersyahadah dan bersolat), sampaikanlah kepada mereka (penduduk Yaman) bahawa Allah mewajibkan mereka membayar zakat, diambil daripada orang-orang kaya lalu diberikan kepada orang-orang fakir,” (Hadis Ibn Abbas r.a, Riwayat Muslim). Zakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah bertujuan untuk menyucikan diri orang yang berpuasa dari kata-kata dan perbuatan-perbuatan yang keji. Zakat fitrah bagi diri saya dan anak-anak adalah di bawah tanggungjawab suami. Zakat fitrah dibayar melaui amil yang telah dilantik oleh Jabatan Agama Islam. Alhamdulillah, pada setiap tahun saya dan suami membayar zakat wang simpanan berkat limpahan rezeki kurniaan Ilahi. Kepentingan zakat kepada diri ialah membersihkan harta, menyucikan jiwa dan meningkatkan peribadi yang 14
  • 11. terpuji. Mudahan kita menjadi orang yang istiqamah menunaikan zakat, agar diberikan keberkatan dalam kehidupan di dunia dan keuntungan di akhirat yang tidak ternilai harganya. Zakat juga berperanan dalam pembangunan ekonomi ummah. Ia menunjukkan kaum muslimin dengan sifat-sifat mahu berkorban dan berbakti kepada golongan yang memerlukan. Orang yang berhak menerima zakat ialah fakir, miskin, para amil, muallaf, hamba, orang yang berhutang, di jalan Allah dan musafir. Zakat sangat penting dalam membela kehidupan dan ekonomi masyarakat Islam seluruhnya. Ia merupakan pemangkin kepada kemajuan ekonomi umat yang tiada dalam agama-agama lain. Kewajipan menuntut ilmu pula adalah wajib kepada semua individu muslim . ini berdasarkan hadis Rasulallah SAW bermaksud ” Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim”. Berdasarkan hadis tersebut, tuntutan ini bermula sejak dari buaian hinggalah ke liang lahad. Kewajipan ini bertambah besar jika kita tidak mengetahui tentang sesuatu ilmu, perlulah kita mempelajarinya. Ilmu dibahagikan kepada dua iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Ilmu yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim yang meliputi ilmu akidah, syariah dan akhlak. Ilmu tersebut boleh kita perolehi melalui mengikuti kelas agama, mendengar ceramah agama, mengikuti forum dan perbincangan melalui media cetak dan media elektronik. Kini banyak kemudahan yang boleh digunakan untuk meningkatkan ilmu agama melalui pembacaan buku-buku keagamaan, mendengar ceramah agama melalui televisyen atau radio. Kepentingan mendalami ilmu Islam ialah untuk mencari keredhaan Allah dan memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk faedah diri dan kepentingan masyarakat manusia dan alam seluruhnya, Amalan seterusnya yang pernah dilaksanakan ialah membuat ibadah qurban. Ia dilakukan semata-mata kerana Allah pada hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Binatang-binatang yang sah diqurbankan ialah kambing, kibasy, unta dan lembu atau kerbau. Daging qurban tidak boleh dijual dan disedekahkan kepada yang berhak. 15
  • 12. Kepentingan ibadah qurban kepada individu muslim ialah mengingati kisah pengorbanan antara Nabi Ibrahim A.S dengan anaknya Nabi Ismail A.S.. Bersandarkan pada kisah tersebut begitu besar pengorbanan yang dilakukan, kita perlu mengorbankan seluruh jiwa dan raga juga harta benda ke jalan yang di redhai Allah. Menqada’ puasa adalah menjadi rutin sebelum tibanya ramadan pada tahun yang berikutnya. Kebiasaanya sebagai seorang wanita keluar darah haid dan nifas antara perkara yang membatalkan puasa. Bilangan hari yang diqada’kanadalah mengikut jumlah hari yang tidak berpuasa. Hukum menqada’ puasa adalah wajib. Hikmah menggantikan puasa ialah kita masih dapat mencukupkan sebulan berpuasa kerana ibadah berpuasa di bulan ramadan tiba hanya sekali dalam setahun. Kepentingan kita menqada’kan puasa ialah tidak diragukan kerana takutkan Allah Ta’ala bahawa Dia Maha Mengetahui dan Melihat. Kita yakin pada hari akhirat dan kehadiran mahkamah Allah. Taat kepada Allah dan rasulNya dan timbulnya perasaan yang kuat untuk menunaikan kewajipan, menguji kesabaran dan kesanggupan menahan hawa nafsu. Inilah sifat takwa hasil didikan puasa yang kita lalui. Mendididk kita sifat jujur dan amanah dan rasa tanggungjawab terhadap amanah Allah. Dalam sudut ekonomi Islam pula, saya mengamalkan sistem muamalat islam seperti Al-Wadiah, al-Mudharabah dan Al-Murabahah dalam urusan simpanan wang di bank dan Al-Ijarah dalam perjanjian sewa beli seperti kenderaan atau rumah. Sistem muamalat secara Islam dapat memudahkan urusan kehidupan manusia, mengelakkan berlakunya penindasan dan kezaliman terhadap golongan yang lemah, manusia hidup dalam keadaan aman dan damai, mewujudkan sifat tanggungjawab, mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli masyarakat serta melaksanakan tuntutan agama Islam dan membangunkan ekonomi. Falsafah muamalat Islam menekankan tentang tatacara yang dipersetujui oleh manusia untuk mendapatkan sesuatu keperluan dengan cara yang diredhai 16
  • 13. Allah. Ia berjalan atas dasar tolong menolong, bantu membantu, kerjasama untuk kebaikan. Kesimpulannya, mengamalkan dan menghayati agama Islam dalam kehidupan seharian dapat membimbing manusia ke jalan yang benar. Islam merupakan ajaran yang bersumberkan wahyu Allah, disampaikan seluruh manusia melalui utusannya Rasllullah SAW untuk kesejahteraan manusia, baik di dunia mahupun di akhirat. Hakikat terjemahan Islam yang sebenarnya adalah melingkupi agama dan kebudayaan. Hal ini juga diakui oleh para orientalis barat seperti yang termaktub dalam ’Shorter Encyclopedia of Islam’: ”the wider signification given to the term Islam as a cultural complex, embracing specific political structures and legal and social traditions”. Pendidikan Islam Sebagai Penggerak Pembaharuan ( Basri Agus; 1984;18) Oleh hal yang demikian, faktor dalaman dan luaran yang mendorong manusia memerlukan agama Islam haruslah memainkan peranan. Dalam ssebuah kehidupan, semua perkara haruslah lahir dari hati yang yang ikhlas. Apabila hati ikhls dalam melakukan sesuatu perkara, semuanya akan berjalan dengan lancar dan sempurna. Dalam rutin harian individu terdapat garis panduan hukum iaitu wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Dengan melakukan segala apa yang disuruh dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Segala kebaikan akan diganjarkan dengan pahala manakala kejahatan akan dibalas dengan dosa di akhirat kelak. Oleh itu, sebagai hambaNYA kita perlu meningkatkan tahap keimanan terhadap Allah SWT. Sesungguhnya iman itu adalah tinggi nilainya yang tidak dapat dijual beli mahu pun diwarisi oleh seorang ayah yang bertakwa. Iman perlulah dicari di dalam diri kita sendiri kerana tidak semua orang dapat merasai nikmat kemanisan iman itu sendiri. Apabila kita beriman, segala tingkah laku kita juga akan terkawal. Beriman, berilmu dan beramal saling melengkapi antara satu sama lain untuk menjadikan insan yang bermoral, berakhlak tinggi dan cemerlang di dunia dan akhirat. 17
  • 14. Soalan tugasan KKBI bagi kursus Pengenalan Kepada Konsep Asas Moral (ELM 3101) diterima sewaktu tutorial pertama pada 23 Jun 2012. Soalan dibaca dengan teliti untuk memahami kehendak tugasan. Tugasan satu ialah membuat persembahan digital menggunakan perisian MS Power Point yang bertajuk “Huraikan Teori Pembelajaran Humanistik (Carl Rogers). Seterusnya bagi tugasan kedua ialah membuat kertas laporan yang bertajuk “ Bagaimana saya mengamalkan dan menghayati agama saya dalam kehidupan dan kepentingannya kepada saya”. Akhir sekali, dikehendaki membuat refleksi proses melaksanakan tugasan kerja kursus. Sebelum mencari bahan untuk membuat tugasan satu, terbayang difikiran tajuk teori pembelajaran Carl Rogers sudah dipelajari pada semester dua yang lalu. Namun terlintas dihati untuk meneliti pro forma kursus ELM 3101 yang mana topik tersebut di bawah tajuk enam iaitu teori perkembangan moral kanak-kanak.. Ini bermaksud, teori pembelajaran Carl Rogers hendaklah dikaitkan dengan perkembangan moral kanak-kanak. Nota-nota yang berkaitan dengan teori pembelajaran Rogers dicari melalui internet dan buku Murid dan Alam Belajar. Setelah meneliti isi-isi penting bagi tajuk tersebut, saya merangka slaid menggunakan perisian MS Power Point. Elemen ICT yang telah digunakan dalam persembahan ini ialah penggunaan animasi dan warna yang sesuai dan menarik. Gambar yang sesuai mengenai teori pembelajaran Rogers yang berkaitan dengan perkembangan moral kanak-kanak dipilih. Semasa membuat tugasan ini kemahiran ICT dan kemudahan internet digunakan untuk menghasilkan persembahan yang menarik. Teori mazhab Rogers difahami dengan teliti supaya tidak berlaku kekeliruan dengan merujuk beberapa sumber. Kemahiran mengingat kembali pelajaran lalu dan mengaplikasikan dengan teori perkembangan moral kanak-kanak dan mengaitkan dengan situasi sebenar di dalam bilik darjah dan sekolah. Setelah selesai menghasilkan persembahan digital tersebut, teori pembelajaran Rogers dapat difahami dengan lebih jelas melalui contoh-contoh yang diberkaitan dengan tingkah laku. Tingkah laku mempengaruhi tindakan 18
  • 15. sesorang yang mana diri kita sendiri yang akan menentukan hala tuju untuk berjaya atau tidak. Teori perkembangan moral kanak-kanak berkait dengan teori pembelajaran kerana pembelajaran bermula sejak dari kecil lagi. Saya akan membentangkan persembahan Power Point ini pada tutorial yang kelima, yang mana tajuk ini adalah tajuk yang terakhir. Melalui tugasan satu ini, saya dapat perhatikan tingkah laku anak murid yang bermoral dan mengaitkan dengan teori pembelajaran Rogers. Saya akan mengaplikasikan di dalam bilik darjah, sebagai seorang guru kita perlu mengetahui kecenderungan seseorang murid, maka kecenderungan bakat tersebut hendaklah dipupuk dan diberi dorongan. Bagi murid yang menunjukkan tingkah laku yang bermoral boleh dijadikan role model di dalam bilik darjah. Ia bertujuan agar murid lain meniru perlakuan positif yang bermoral, Seterusnya untuk tugasan kedua iaitu menyediakan kertas laporan yang menerangkan amalan agama Islam dalam rutin harian individu, dalam aktiviti keluarga dan dalam aktiviti selama setahun. Sebelum membuat laporan yang dikehendaki, amalan-amalan agama telah disenaraikan mengikut klasifikasinya. Dengan merujuk beberapa sumber seperti buku, internet, majalah dan artikel, huraian bagi setiap amalan ditelusuri dan difahami. Ia perlu difahami terlebih dahulu kerana secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan tentang Islam. Semasa membuat laporan, banyak ilmu yang saya pelajari melalui pembacaan daripada buku-buku dan artikel. Ia menyegarkan semula ingatan terhadap apa yang telah dipelajari semasa bergelar seorang pelajar sekolah dan guru pelatih. Amalan agama Islam yang dimasukkan ke dalam laporan adalah apa yang telah dilakukan oleh saya dan keluarga. Namun masih banyak amalan- amalan yang perlu saya dan keluarga pertingkatkan untuk mendekatkan diri pada Yang Esa. Semasa proses mencari si-isi penting, huraian bagi setiap amalan dibaca dan difahami, maka timbulnya keinsafan dalam diri bahawa Islam itu sangat indah. Cukup lengkap dari pelbagai aspek yang telah diatur oleh Allah SWT 19
  • 16. untuk hambanya. Namun adakala kita sebagai manusia lalai seketika dalam mengabdikan diri kepadaNYA. Selepas membuat laporan ini, saya berazam untuk memperbaiki kelemahan diri dan meningkatkan kekuatan diri. Budaya membaca tentang ilmu agama Islam perlu ditingkatkan supaya dunia Islam sentiasa melingkari hidup seorang muslim. Untuk melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia, guru turut memainkan peranan membentuk anak didiknya jua. Sebagai seorang guru Islam perlu memberikan contoh cara hidup, cara berpakaian yang berlandaskan Islam kepada murid-murid agar menjadi ikutan kelak. 20
  • 17. RUJUKAN BUKU Ust. Dzulkarnain Hamzah, U.L.M.(2009). Pengertian Solat Dalam Islam. Kuala Lumpur.: AnNur Publication. Ust. Sulaiman Endut. (2006). Asas-Asas Fardu Ain. Kuala Lumpur: Pustaka Hj. Abd. Majid. Ustz. Rokisah Muda. (2011). Pendidikan Islam 1. Tg. Malim, Perak: Politeknik Sultan Azlan Shah. Aiman Daima. (2001). Tasawur Islam. Selangor: Pustaka Ilmi. INTERNET www.islam.gov.my/ www.maim.gov.my www.ms.wikipedia.org/wiki/solat www.ms.wikipedia.org/wiki/islam www.az_esei_jan2010.blogspot.com www.tanbihul_ghafilin.tripod.com 21
  • 18. 22