Dokumen tersebut membahas tentang kemahiran matematika dasar dan pengajaran mikro dan makro. Kemahiran matematika dasar meliputi pengelasan, urutan, perbandingan kuantitas, dan konservasi. Pengajaran mikro adalah teknik pengajaran dalam waktu 5-15 menit untuk mengajarkan kemahiran kepada kelompok kecil murid. Tugas 2 membahas pendekatan pembelajaran induksi dan deduksi, dan meminta untuk memilih salah
1. Tugasan 1
Berdasarkan kepada pengajaran dan pembelajaran KBSR pilih satu Kemahiran matematik dan
jelaskan. Apa yang anda faham dengan Pengajaran Mikro dan Makro.Muat turunkan satu
rancangan pengajaran yang sesuai untuk bahan tersebut dan downloadkan bahan-bahan
tersebut dan serahkan satu salinan kepada pensyarah masing-masing pada intersksi ke 2 dan
juga simpan bahan-bahan tersebut dalam folio masing
Kemahiran Asas Matematik
Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek yang sangat penting bagi
seseorang murid. Hal ini kerana matematik merupakan sebahagian daripada kehidupan.
Banyak masalah dalam kehidupan hari ini yang memerlukan kemahiran matematik untuk
menyelesaikannya. Contohnya, menentukan masa/waktu untuk melakukan sesuatu,
menentukan bilangan barang yang ingin diguna, urusan jual beli di kedai dan kantin, tambang
bas dan sebagainya. Oleh itu adalah sangat penting seseorang individu itu didedahkan dengan
kemahiran-kemahiran asas ini agar mereka boleh menjalani kehiduan dengan lebih terancang
dan selesa.
Salah satu kemahiran Matematik ialah kemahiran Pranombor. Secara ringkasnya,
kemahiran ini merupakan kemahiran yang paling awal diperkenalkan sebelum memperkenalkan
murid dengan konsep nombor.
Kemahiran pranombor ini melibatkan:
a) Pengkelasan
- Murid mempelajari kemahiran mengkelas sesuatu bahan konkrit dan semi konkrit
mengikut ciri-ciri padanya seperti saiz, warna dan sebagainya.
- Kemahiran ini membantu murid membezakan sesuatu benda dan membantu murid
membezakan nombor dan simbol-simbol matematik.
b) Turutan/serasi
- Murid didedahkan dengan kemahiran menagtur objek-objek mengikut saiz
kecil,besar, panjang, pendek, lebar, tebal, nipis dan mengikut bilangan.
- Kemahiran ini akan membolehkan murid mencari pertalian antara satu objek dengan
objek yang lain
c) Perbandingan kuantiti
- Kemahiran ini membolehkan murid menyatakan kuantiti melalui perbandingan iaitu
banyak atau sedikit, sama banyak atau tidak sama banyak, lebih atau kurang.
- Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah :
2. Mengasingkan nombor
Mewarnakan kumpulan
Menamakan kumpulan
d) Konservasi
- Dapat diertikan sebagai pemeliharaan ilmu asas berkaitan dengan pranombor dalam
kalangan murid.
- Untuk memastikan ilmu ini telah dikuasai, aktiviti pengukuhan perlu dijalankan
secara berterusan.
Pengajaran Mikro
Pengajaran mikro adalah satu teknik pengajaran dalam masa di antara 5 hingga 15 minit
untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajarn bagi sekumpulan pelajar, biasanya terdiri di antara
5 hingga 10 orang sahaja.
Tujuannya adalah untuk membina kemahiran guru yang berkaitan dengan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di ----------------- bilik darjah.
Tugasan 2
Diatas disertakan satu pendekatan pembelajaran induksi dan deduksi, Setelah anda melihat dan mengkaji
pendekatan Induksi dan deduksi pilih satu pendekatan yang anda pilih bincangkan kelebihan dan kekurangan
pendekatan pembelajaran dan pengajaran dengan menggunakan pendekatan yang anda pilih dan muaturunkan
pendapat anda dan downloadkan bahan-bahan tersebuat dan serahkan kepada pensyarah masing-masing pada
interaksi ke3 dan juga simpan bahan tersebut dalam folio masing-masing.