SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 90
Downloaden Sie, um offline zu lesen
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
1
TAJUK 1: MASALAH-MASALAH MORAL DI SEKOLAH
(a) Lawan / Cabar Guru
Lawan atau cabar guru bermaksud membantah atau membangkang arahan yang diberikan oleh
guru.
Punca-punca berlakunya perbuatan tersebut
1. merasakan diri dimalukan di khalayak ramai...dihukum
2. ingin mempamerkan rasa tidak puas hati kepada guru
3. hilangnya rasa hormat seorang murid kepada gurunya
4. berlaku perbezaan pendapat di antara seorang murid dengan gurunya yang membawa
kepada pertelingkahan
Langkah-langkah Mengatasi
1. Guru tidak perlu terlalu berkasar dengan murid.
2. memberi kaunseling dan motivasi kepada murid-murid yang bermasalah
3. Guru perlu menegur segala kesalahan murid secara berhemah
4. Mengadakan kempen “hormatilah guru anda”
5. Pihak sekolah perlu memastikan pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah:
a. belakang bangunan
b. kaki lima sekolah yang sunyi
6. Menggalakkan pelajar menyertai kelab pencegah jenayah
7. Pelajar haruslah pandai memilih rakan sebaya
8. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak
(b) Buli
Buli bermaksud segala masalah yang meliputi segala kegiatan seperti memeras ugut, memaki,
mengejek, menghina, menumbuk, dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap
mangsanya.
Punca-punca berlakunya perbuatan tersebut:
1. Kekurangan penghayatan nilai agama
2. Ibu bapa yang kurang memberikan perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anak
kerana
 Sibuk mencari duit;
 Bersikap materialistik
3. Terpengaruh dengan rakan sebaya
Langkah-langkah mengatasi
1. Pihak sekolah menitikberatkan masalah ini dalam mata pelajaran di sekolah melalui
mata pelajaran:
 Pendidikan Moral
 Pendidikan Islam
 Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
2
2. Mengadakan ceramah dan kempen:
 Kempen tentang anti buli;
 Kuiz tentang kes buli
(c) Gengsterisme
Gejala gensterisme di kalangan para pelajar boleh dikaitkan dengan tahap disiplin seseorang
individu. Menurut Kamus Dewan ,” Disiplin membawa pengertian latihan pemikiran dan
kelakuan supaya ahli masyarakat atau individu boleh mengawal diri,peraturan-peraturan yang
ditetapkan untuk melatih seseorang berkelakuan baik. Manakala dari sudut agama Islam
disiplin dapat disimpulkan satu tatacara larangan atau satu sistem hukuman yang dikenakan ke
atas seseorang.Selain itu ia adalah satu proses latihan dan pembelajaran yang bertjuan untuk
membetul, menguat dan menyuburkan unsur-unsur kawalan diri serta kepatuhan kepada
peraturan dan norma-norma kebudayaan. http://tuanmat.tripod.com/gengsterisme.html
Gengsterisme adalah sejenis tingkah laku yang sudah lama wujud di kalangan pelajar dan
masih berterusan sehingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila pelajar perempuan
dan murid sekolah rendah di kesan terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai
gengsterisme. Peningkatannya kelihatan seiring degan kemajuan dan pembangunan negara.
Thrasher (1961) mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti
mengikut tingkah laku yang sama,perjumpaan secara bersemuka,gerakan secara berunit,konflik
dan mempunyai perancangan.
Biasanya terdapat beberapa tanda penglibatan dalam kumpulan samseng. Sesetengah
daripadanya jelas dan ada di antaranya yang memerlukan siasatan. Setiap kumpulan samseng
mempunyai simbol dan ikonnya sendiri. Tidak kira sama ada mereka masih baru atau tidak
penting dalam dunia gengsterisme ini, mereka mempunyai logo, tanda, atau isyarat mereka
tersendiri.
Punca-punca
1. Keluarga
 Keluarga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi gengsterisme. Keluarga
adalah satu unit(kumpulan) yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai
hubungan kekeluargaan. Keluarga juga merujuk kepada kombinasi ibu bapa yang
tinggal serumah dan mempunyai anak.
 Kegagalan ibu bapa memberikan bimbingan dan perhatian terhadap anaknya
merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi gejala gengsterisme ini.
 Kesibukan ibu bapa mencari rezeki untuk menampung keluarga mengakibatkan
sesetengah remaja hidup dalam keadaan terbiar.
 Terdapat ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik
kepada guru dan pihak sekolah.
 Sesetengah ibu bapa langsung tidak ambil kisah tentang kegiatan anaknya dengan
kawan-kawan anaknya.
2. Media
 Media ialah satu proses komunikasi berasaskan usaha mengatur persefahaman
antara manusia yang pada mulanya menerusi bahasa yang diucapkan.
 Perkembangan teknologi maklumat dan siber telah membolehkan manusia
berhubung antara satu sama lain tidak memerlukan ruang dan masa.
 Namun begitu, media juga banyak memberikan kesan negatif sehingga ia menjadi
faktor yang mempengaruhi gengsterisme.
 Media massa yang berbentuk cetak atau elektronik kini semakin sukar di kawal.
Remaja terpengaruh dengan filem yang tidak bermoral dan ganas yang diimport dari
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
3
negara-negara barat. Budaya dan gaya orang barat yang tidak beretika iaitu sedikit
sebanyak telah merubah cara hidup remaja kita.
3. pengaruh rakan sebaya.
 Rakan sebaya merupakan rakan seumur dan dikategorikan rakan sepermainan,
seperjalanan,dan rakan seperjuangan.
 Semakin kuatnya pengaruh rakan sebaya yang sebilangan kecil menjurus
kepada pembentukan kumpulan geng atau samseng. Pembentukan kumpulan
ini, telah membawa kepada pembentukan budaya sendiri dalam kalangan
remaja. Dalam kalangan remaja tersebut, mereka ingin memelihara budaya
khususnya kumpulan masing-masing.
4. pencapaian akademik yang rendah.
 Pelajar yang lemah dalam bidang akademik mempuyai risiko yang tinggi untuk
menyertai kumpulan gengster. Terdapat pelajar yang lemah menggabung diri
dengan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti yang negatif itu.
 Penglibatan pelajar tersebut adalah untuk mendapatkan sokongan moral yang
membolehkan diri mereka mempunyai identiti yang tersendiri.
 Sesetengah pelajar pula untuk mendapatkan perhatian,pengiktirafan dan
mempunyai kuasa untuk memenuhi cita rasa masing-masing.
Kesan- kesan
1. Kewujudan kumpulan samseng ini akan membawa kesan negatif pada pihak
sekolah. Ahli –ahli kumpulan sering melakukan kegiatan-kegiatan ganas di
sekolah.
2. Sekiranya ahli kumpulan ini dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang kuat di
sekolah ia akan menganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah.
3. Selain itu, gejala samseng ini juga akan menggangu proses pengajaran dan
pembelajaran. Kumpulan - kumpulan ini akan mencurahkan perasaan benci dan
tidak puas hati dengan menganggu proses P&P di sekolah.
4. Selain itu juga, gejala gengsterisme ini akan mewujudkan budaya takut dalam
masyarakat. Kehadiran gengster ini akan menyebabkan orang ramai berasa
takut untuk melakukan aktiviti harian. Contohnya mereka akan di paksa memberi
wang, diperas ugut dan dipukul jika tidak mengikut kemahuan mereka.
5. Kewujudan gejala gengsterisme ini juga akan menyebabkan berlakunya
vandalisme dan merosakkan harta benda awam. Jenis vandalisme yang
dilakukan dengan melakukan contengan grafik pada harta benda awam seperti
di tandas awam, bangunan-bangunan di tepi jalan dan telefon awam. Grafik
tersebut sukar dipadam dan memerlukan kos yang banyak untuk
membersihkannya.
Langkah-langkah mengatasi
1. Pihak sekolah perlu diberikan peruntukan kuasa yang lebih besar untuk
mengambil yang setimpal terhadap kesalahan dan masalah yang dilakukan
oleh pelajar.
2. Selain itu, kerjasama antara semua pihak adalah amat penting bagi
membanteras gejala ini. Kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa,pelajar,
serta tidak terkecuali pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO)
diperlukan. Kerjasama tersebut akan mewujudkan satu persekitaran yang bebas
dari unsur-unsur keganasan dan gengsterisme.
3. Langkah seterusnya ialah peranan dan pemantauan ibu bapa. Ibu bapa perlu
perlu melakukan pemantauan dan pengawalan terhadap gerak-geri anak-
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
4
anaknya. Ibu bapa juga perlu mengambil berat terhadap segala aktiviti yang
dilakukan oleh anaknya sama ada di sekolah dan di luar sekolah.
4. Oleh itu pihak berwajib perlu memandang serius terhadap masalah sosial ini.
Gejala gengsterisme ini perlulah dibendung dengan segera supaya ia tidak akan
mendatangkan masalah yang lebih teruk pada masa akan datang. Dalam
mengatasi masalah ini kerjasama antara kesemua pihak adalah sangat penting.
Justeru pihak berwajib sentiasa bersiap sedia untuk menangani masalah ini
dengan lebih efisen dan komited. http://masalahsosialdimalaysia.
blogspot.com/2010/08/gengsterisme.html
(d) Vandalisme
Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam
dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak
di Eropah, Vandal, yang telah membinasakan kota Rome pada tahun 445. Pada lazimnya, laku musnah
ditanggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu
bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi mayarakat.
Vandalisme juga merupakan perlakuan merosakkan, memusnahkan, mengotorkan benda-
benda serta peralatan yang bukan kepunyaan sendiri yang seterusnya menggugat
kesejahteraan hidup orang lain.
Punca-punca berlakunya perbuatan ini
1. Pengaruh rakan sebaya
 Pelajar biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya
 Tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah idea menconteng
harta awam dan merosakkannya
2. Ibu bapa dan keluarga
 Berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan
cara hidup yang negatif.
 Kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa
Langkah-langkah mengatasi
1. Penguatkuasaan Undang-undang
 Sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang
membabitkan RM2,000.00 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.
 Menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan memakai
pakaian seragam pesalah vandalisme
2. Peranan ibu bapa dan keluarga
 Memberi tunjuk ajar akan falsafah kepentingan harta benda awam
 Mengasihi dan mendampingi anak-anak agar tidak berlaku kebosanan dan
kekosongan di hati mereka.
3. Peranan masyarakat dan pihak sekolah
 Masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberikan perhatian kepada anak-anak
 Memberi bimbingan dan nasihat kepada pelajar kepentingan harta awam
4. Peranan Media massa
 Menyampaikan maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancangan
yang tersiar
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
5
 Membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat
faham dan menghayati kempen „Harta Awam Milik Kita Bersama‟.
(d) Melepak
Merupakan satu aktiviti yang dilakukan untuk menghabiskan masa lapang di tempat-tempat
awam seperti kompleks beli-belah, perhentian bas, tempat-tempat hiburan dan sebagainya
tanpa tujuan yang berfaedah.
Punca-punca berlakunya perbuatan tersebut
1. Kurangnya kawalan, pengawasan, dan perhatian ibu bapa terhadap anak-anak.
2. Berasa bosan tinggal di rumah tanpa sumber hiburan dan kemudahan-kemudahan
untuk memenuhi masa mereka secara lebih berfaedah
3. Tiada suasana yang harmoni di rumah mereka
Langkah-langkah mengatasi
1. Ibu bapa mengorbankan sedikit waktu untuk bersama-sama anak mereka sama ada di
rumah atau pun dengan mengadakan aktiviti bersama keluarga di luar rumah.
2. Menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti yang berfaedah
 Kelab Rakan Muda
 Khidmat Masyarakat
 Kem Bina Diri
KAJIAN BERKAITAN DENGAN PERLAKUAN MELEPAK
Azizi Yahaya & Gan Lui Nam
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
Abstrak : Kajian ini berkaitan dengan perlakuan melepak di kalangan remaja. Terdapat tiga
hubungan terhadap perlakuan melepak iaitu hubungan peranan ibu bapa, hubungan peranan
sekolah dan juga hubungan peranan rakan. Artikel ini turut disertakan dengan penerangan
terhadap hubungan-hubungan tersebut.
Katakunci : perlakuan melepak, peranan rakan, peranan sekolah, peranan ibu bapa.
Kajian Berkaitan Dengan Perlakuan Melepak
Kajian kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dengan Shamsuddin dan Iran Herman
(1993), telah membuktikan bahawa perlakuan melepak telah menjadi satu budaya di kalangan
remaja dan orang dewasa. Yang membimbangkan ialah 80% adalah di kalangan remaja berumur
14 hingga 18 tahun dan 45.8% adalah pelajar. Kajian ini telah dijalankan di beberapa pusat
membeli-belah di Malaysia dengan menggunakan soalan soal selidik yang direka sendiri.
Menurut kajian Mohammad Shatar Sabran (2003), negeri Johor menunjukkan frekuensi
dan aliran salah laku tingkah laku remaja yang tinggi. Kajian ini dijalankan ke atas 1642
responden dan didapati ada lapan belas jenis tingkah laku yang tidak baik. Di antara frekuensi
yang tertinggi ialah kegiatan lepak, iaitu 49.9%. didapati juga remaja yang berumur 16 hingga18
tahun paling ramai melepak, remaja lelaki meliputi 53.6% dan perempuan meliputi 46.4%.
Remaja yang masih bersekolah paling ramai melepak meliputi 95.3%, iaitu 47.2% adalah datang
daripada pelajar sekolah menengah dan 36.9% adalah datang daripada pelajar lepasan SPM/V
yang masih melanjutkan pelajaran.
Kajian Berkaitan Dengan Hubungan Peranan Ibu Bapa Dan Perlakuan Melepak
Hasil kajian Razali (1994), merumuskan bahawa melepak adalah disebabkan oleh ibu
bapa yang tidak prihatin terhadap anak-anak mereka sehingga anak dibiarkan bergaul bebas
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
6
tanpa kawalan.
Universiti Malaya (1998), telah menjalankan kajian tingkah laku remaja ke atas 1642
pelajar dari 9 buah sekolah menengah di negeri Johor. Hasil kajian menunjukkan bahawa remaja
sangat memerlukan sokongan, perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa
sering menjadi model untuk berjaya. Kajian juga menunjukkan bahawa pengawalan dan pengawasan keluarga
penting untuk mencegah remaja terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak
baik.
Kajian lepas tentang perlakuan melepak telah disentuh oleh Iran Herman (1995) yang
membincangkan tentang tingkah laku melepak di kalangan remaja luar bandar. Menurut kajian,
menunjukkan bahawa remaja menghabiskan masa melepak secara purata sebanyak 22.4 jam
seminggu. Puratanya hampir sama di kalangan pelajar remaja dan pekerja yang tinggal di luar
bandar. Remaja menganggap melepak adalah untuk berehat, lepak menjadi trend remaja,
mendapat keseronokan kerana ibu bapa mereka tidak menghalang mereka untuk melakukan
tingkah laku melepak ini. Keputusan kajian menggambarkan bahawa nilai, sikap dan persepsi
remaja terhadap aktiviti tersebut mendorong mereka untuk terlibat dengan gejala sosial. Aktiviti
melepak melahirkan beberapa tingkah laku devian dan masalah sosial di kalangan remaja.
Zahwiyah (1995), juga telah melakukan satu kajian bertujuan untuk mengenalpasti
sejauhmanakah masalah tingkah laku melepak tanpa tujuan yang melanda remaja masa kini
dipengaruhi oleh pendidikan sesebuah keluarga. Selain itu, kajian ini juga melihat
sejauhmanakah corak pendidikan yang digunakan oleh ibu bapa itu boleh mendorong remaja
untuk terus melepak bersama rakan yang lain. Dalam kajian tersebut, seramai 80 orang
responden telah dipilih sebagai sampel yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan melibatkan 10
pasangan ibu bapa. Borang soal selidik dan soalan yang digunakan dalam kajian ini yang berkait
dengan faktor yang lebih cenderung melakukan tingkah laku melepak, hubungan di antara
keluarga dengan tingkah laku melepak dan sebab-sebab yang menunjukkan remaja teramai
terlibat dalam tingkah laku melepak. Hasil daripada kajian tersebut, banyak sebab remaja
melepak adalah adalah kerana kurangnya perhatian daripada keluarga yang mendorong remaja
mereka melepak yang mempunyai kaitan dengan masalah sosial. Kegagalan ibu bapa memainkan
peranan mereka menjadikan golongan remaja kehilangan arah dalam menentukan hala tuju hidup
mereka.
Daripada hasil kajian Mohd. Sharani, Zainal dan Mohamad Ibrani (2002), peranan ibu
bapa adalah penting dalam mengawal tingkah laku remaja. Tujuan kajian adalah mengkaji
hubungan fungsi keluarga dengan kesan tingkah laku remaja.
Oskasmazila (2000) menjalankan kajian terhadap 80 pelajar untuk mengkaji hubungan
antara amalan keibubapaan dan masalah sosial. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan
yang signifikan antara amalan keibubapaan dan masalah sosial di kalangan pelajar.
Kajian Coppersmith dikembang melalui kajian penilaian tingkah laku dan perangai
individu terhadap interaksi dengan ibu bapa, rakan, sekolah dan minat. Biasanya kajian
Coppersmith biasa difokuskan kepada kanak-kanak. Terdapat 50 soalan dalam satu set soalan.
Sampel kajian diminta menjawab soalan dengan jawapan sama ada macam seperti saya atau tidak macam seperti
saya. Coppersmith (1967) telah melaporkan kajiannya terhadap 1700 kanakkanak berumur antara 10-12 tahun
yang mengukur penghargaan kendiri kanak-kanak . Daripada
kajiannya, didapati bahawa kanak-kanak dengan penghargaan kendiri yang tinggi mempunyai
ciri-ciri seperti aktif, berjaya dalam akademik dan aktiviti sosial. Kanak-kanak golongan ini
biasanya tidak suka mendengar sahaja, tetapi lebih suka menyumbangkan idea dalam
perbincangan. Mereka tidak sensitif kepada kritikan daripada orang lain. Ini kerana mereka lebih
berkeyakinan pada diri sendiri. Kanak-kanak ini melihat diri mereka penting, berharga dan
menghargai diri sendiri. Dengan ini, boleh dikatakan mereka mempunyai harga diri yang tinggi.
Mereka jenis ini kurang dipengaruhi oleh orang lain tetapi cenderung mempengaruhi orang lain.
Dalam kajiannya, didapati kekuatan atau kelemahan konsep kendiri seseorang itu mempunyai
hubungan dengan sikap, tingkah laku, gaya ibu bapa semasa bersama kanak-kanak terutamanya
mendidik, memberi layanan mesra serta peraturan keluarga yang ditetapkan oleh kedua-dua ibu
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
7
bapa.
Kajian Abdullah Al-Qari Hj. Salleh (1989), remaja yang ibu bapa kurang memberi kasih
sayang, terlalu pasif ataupun terlalu autokratik akan menghasilkan remaja yang bermasalah,
memberontak dan memesong ke arah negatif.
Kajian Berkaitan Dengan Hubungan Peranan Sekolah Dan Perlakuan Melepak
Kajian Corno dan Mandinach dalam Razali (2004), mendapati bahawa pengawalan emosi
semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting agar memudahkan pelajar
memahami dan tidak berasa bosan ke sekolah. Seronok ke sekolah bermakna pelajar akan
menjauhi perlakuan melepak.
Kajian Berkaitan Dengan Hubungan Peranan Rakan Dan Perlakuan Melepak
Idris (2000) menjalankan kajian mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan
berlakunya budaya melepak serta masalah sosial di kalangan remaja di Johor Bahru. Kajian ini
dijalankan pada hujung minggu di Pantai Lido, bangunan KOMTAR, stesen bas Larkin terhadap
80 pelajar remaja. Hasil kajian mendapati bahawa faktor rakan sebaya adalah punca utama
menyebabkan budaya melepak, di samping faktor ekonomi semasa, pengaruh persekitaran,
hubungan kekeluargaan, konsep kendiri dan pendidikan agama.
Kajian Manja (1996), apabila remaja sudah yakin dengan pemilihan rakan yang sama
minat, maka hubungan mereka akan menjadi lebih erat. Remaja juga akan mengikuti apa jua
perlakuan rakannya.
Kajian Jones dan Leviton (dalam Zulkifli, 1990), menunjukkan remaja lebih suka
berbincang masalah peribadi bersama rakan sebaya berbanding dengan orang dewasa. Pendapat ini disokong oleh
Noran (1991), menyatakan remaja sangat sensitif terhadap pendapat rakan
sebaya berbanding dengan orang dewasa.
(e) Ponteng kelas / sekolah
Merupakan satu perbuatan yang menyalahi peratauran sekolah yang boleh membawa kesan
negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarga dan sekolah
Punca-punca berlakunya perbuatan tersebut
1. Faktor Individu
 Malas
 Bekerja
 Tidak minat belajar
2. Faktor Persekitaran
 Pengaruh rakan sebaya
 Tinggal dalam komuniti yang tidak prihatin
 Ikatan kejiranan yang longgar
 Tarikan kafe siber / pusat beli belah
3. Faktor Keluarga
 Kurang prihatin
 Kurang pengawasan
 Gaya hidup dalam keluarga
4. Faktor Sekolah
 Kurang pengawasan pentadbiran
 Persekitaran dan iklim sekolah
 Pengurusan disiplin kurang cekap
 SIstem Pengajaran dan Pembelajaran yang membosankan kerana terlalu
mementingkan peperiksaan dan hafalan.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
8
Langkah-langkah mengatasi
1. Pihak sekolah mengadakan kempen datang awal ke sekolah
2. ibu bapa prihatin terhadap anak-anak mereka
3. Pihak sekolah mengambil langkah mengetatkan peraturan sekolah manakala unit
disiplin perlu lebih bertegas dalam mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang
ponteng
4. Mewujudkan iklim dan persekitaran sekolah yang sihat bagi menarik pelajar datang ke
sekolah.
(f) Keciciran
Keciciran bermaksud pelajar tersebut tidak bersekolah disebabkan oleh beberapa kekangan
seperti maslah kewangan, kemiskinan atau sebagainya yang menyebabkan mereka tidak mahu
atau pun ibu bapa mereka tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke sekolah.
Terdapat 2 jenis keciciran iaitu:
1. Keciciran Sengaja – disebabkan oleh factor ekonomi, rangsangan dan sikap. Boleh
menghadiri sekolah tetapi memilih untuk tidakbersekolah.
2. Keciciran terpaksa – kegagalan dalam peperiksaan dan terpaksa diberhentikan sekolah
walaupun masih mahu bersekolah dan berupaya berbuat demikian (keciciran ini sudah
tidak wujud lagi dengan adanya system naik kelas secara automatic pada hari ini)
FAKTA:-
 Kajian mengenai keciciran yang pertama dilakukan di Malaysia ialah Laporan Keciciran
Murad 1972 yang dipegerusikan oleh Encik Murad bin Mohd Nor dan Prof Wilson.
 40% atau 200,000 orang kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan tidak
mendapat pendidikan prasekolah.
 92% sahaja pelajar yang berjaya menamatkan persekolahan rendah dari tahun 1 –
tahun 6.
 Kemiskinan dan petempatan yang jauh terpencil serta sikap ibu bapa menjadi punca
utama masalah ini.
 Dana Lembaga Amanah Kementerian Pelajaran sebanyak RM200 juta diluluskan
Kabinet untuk membantu murid miskin di sekolah rendah.
Antara usaha menangani masalah keciciran dalam kalangan pelajar ialah:-
 Kerajaan perlu mewajibkan pendidikan sekolah rendah kepada semua kanak-kanak.
 Pihak kerajaan dan NGO mesti menyalurkan bantuan kewangan dan prasarana kepada
golongan miskin.
 Kerajaan perlu memastikan setiap orang diberi hak yang sama untuk mendapatkan
pendidikan (pendemokrasian pendidikan)
 Kerajaan perlu menambahkan peruntukan dalam sektor pendidikan.
 Kempen kesedaran peripentingnya ilmu hendaklah dipergiat dan mesti berterusan
terutama golongan masyarakat di luar bandar.
 Anggota masyarakat perlu menyalurkan maklumat tentang golongan yang memerlukan
bantuan dan golongan ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pendidikan anak
mereka.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
9
 Mewujudkan asrama dan kemudahan lain kepada golongan yang memerlukan.
 Menaik taraf kemudahan di sekolah.
 Mengenakan denda yang berat terhadap ibu bapa yang tidak menyekolahkan anak
mereka.
 Mengadakan skim bantuan seperti pemberian biasiswa kepada bukan sahaja pelajar
yang pintar tetapi juga kepada pelajar yang miskin.
 Kerajaan mestilah membantu pelajar yang tercicir ini dengan memberikan latihan
kemahiran yang bersesuaian dengan menubuhkan sekolah vokasional.
 Kerajaan pada hari ini telah menubuhkan Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) bagi
menangani masalah keciciran yang berlaku di kalangan anak-anak orang Asli yang
tinggal jauh di pedalaman.
(g) Cinta Monyet
Cinta monyet adalah istilah informal yang bererti perasaan cinta yang terjadi antara sepasang
anak muda yang masih dalam masa remaja. Istilah ini juga dapat digunakan sebagai kata
sindiran, yang digunakan kepada seseorang yang kurang mencintai pasangannya atau bercinta
secara suka-suka atau tidak serius. Ini kerana perasaan yang disebut cinta monyet itu bersifat
sementara dan akan cepat hilang. Istilah "cinta monyet" juga menggambarkan sebuah cinta
yang tidak akan mendapat balasan.
Cinta monyet ini biasanya disamakan dengan cinta di kalangan muda-mudi di bangku sekolah.
Tidak kiralah sama ada di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah. Hampir semua
orang ada kenangan cinta monyet.Pada zaman sekarang, ramai yang sudah ada pasangan
cinta walaupun baru berada di bangku sekolah rendah lagi. Cinta monyet ini biasanya
berdasarkan perasaan suka atau tertarik kepada individu yang berlawanan jenis.
Biasanya, perasaan ini lebih kepada perasaan suka dan tertarik sahaja. Yang pastinya, daya
penarik yang paling utama ialah paras rupa. Perempuan yang cantik dan lelaki yang kacak
biasanya akan ramai yang minat.
Selari dengan pergerakan masa, perasaan minat atau tertarik ini akan hilang. Kerana ianya
bersesuaian dengan tahap kematangan masing-masing. Semakin matang seseorang itu
berfikir, semakin dia melihat kecantikan diri seseorang itu bukan hanya pada wajah sahaja.
Cinta monyet biasanya dialami oleh para remaja yang memang baru mengenal rasa suka atau
cinta kepada lawan jenis. Paling banyak, cinta monyet dialami oleh remaja yang masih duduk di
bangku sekolah.
Punca-punca:
1. Sikap ingin mencuba
2. Dicabar oleh rakan sebaya
3. Terdapatnya hormon remaja yang mempunyai rasa tertarik kepada pasangan berlainan
jenis.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
10
(h) Gangguan Seksual
Gangguan seksual bermaksud percakapan dan perlakuan fizikal yang tidak disenangi atau
diterima seperti :
 Kata, jenaka, simbol, kartun, lukisan, gambar, tulisan dan poster lucah.
 Mencabul kehormatan seperti meraba, memegang dan menggesel dengan sengaja.
 Mengemukakan soalan yang terlalu peribadi.
 Mencadangkan atau mengajak melakukan perbuatan lucah atau seks.
 Memalukan seseorang dari segi seksual.
 Tingkah laku yang tidak menyenangkan dan memalukan.
 Meminta habuan seks dengan menjanjikan sesuatu.
Jenis-jenis gangguan seksual:
1. Gangguan lisan
2. Gangguan dari segi isyarat
3. Gangguan visual
4. Gangguan psikologi
5. Gangguan fizikal
Punca-punca berlaku:
1. Terlalu terpengaruh dengan dengan bahan-bahan lucah
2. Tidak dapat mengawal emosi
3. Kurang pendedahan tentang ilmu seks
4. Kurang didikan agama
Cara-cara mengatasi:
1. Hendaklah mengamalkan akhlak yang mulia.
2. Elakan diri daripada terperangkap dalam masalah yang menggalakkan berlakunya gangguan
seksual.
3. Jika mengalami gangguan seksual dalam apa-apa bentuk sekalipun anda hendaklah
berhubung dengan kaunselor sekolah.
4. Jika masalah berkenaan tidak boleh diselesaikan anda boleh berjumpa dengan Pengetua / Guru
Besar
(i) Peras Ugut
Peras ugut adalah suatu keadaan di mana seseorang individu melakukan kekerasan terhadap
individu lain dengan tujuan untuk mendapat faedah seperti wang, atau menyuruh individu
melakukan sesuatu tanpa rela dan ada kalanya melibatkan kekerasan fizikal sehingga
mendatangkan kecederaan. Peras ugut merupakan satu daripada masalah sosial yang
kebiasaannya bermula dari sekolah. Pelajar-pelajar sekolah akan dipujuk oleh rakan sebaya
untuk menjadi anggota kongsi gelap yang mereka sertaL Kesan daripada aktiviti ini
menyebabkan berlakunya gejala sosial seperti pergaduhan, ponteng, peras ugut dan meminta
wang perlindungan di sekolah. Kes peras ugut di kalangan pelajar sering berlaku, contohnya
ada di antara pelajar sekolah menengah telah dipukul hanya kerana tidak mahu menyerah
wang ugutan sebanyak RM1.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
11
Fenomena di atas telah mewujudkan suatu keadaan yang kurang selamat di sekolah. Para
pelajar yang lemah akan berasa terancam dan ibubapa sentiasa berasa gundah dan bimbang
memikirkan keselamatan anak-anak mereka di sekolah. Pihak guru pula semakin tertekan
kerana menanggung beban tanggungjawab yang kian mencabar.
Punca-punca:
1. disebabkan oleh perubahan-perubahan akibat globalisasi yang memberi kesan terhadap
pertumbuhan ekonomi, sains dan teknologi, cara hidup, sosio ekonomi, sistem
kepercayaan, nilai dan moral masyarakat yang terlibat.
2. Corak kehidupan hasil daripada proses modenisasi telah memberi peluang kepada
dominasi nilai-nilai individualistik, materialistik dan semangat bersaing untuk bertapak
dalam rnasyarakat zaman ini terutamanya kepada golongan remaja.
Kesan:
1. Masalah peras ugut di kalangan remaja sekolah adalah satu fenomena yang jika tidak
dibendung dari awal akan menjadi satu agen pemusnah kepada pembangunan negara.
Ini adalah kerana perbuatan peras ugut adalah satu titik permulaan kepada aktiviti yang
tidak bermoral seperti rasuah dan pembunuhan. Di kalangan rernaja, peras ugut
bermula dengan tumbukan dan kata-kata ugutan serta melibatkan jumlah wang yang
keeil. Namun larna-kelamaan ia akan bertukar kepada penggunaan senjata merbahaya
serta melibatkan wang dalam jumlah yang banyak.
2. Sejak kebelakangan ini, masyarakat Malaysia sering dikejutkan dengan beberapa kes
pcrgaduhan dan pembunuhan yang melibatkan pelajar sekolah. Hasil daripada kajian
yang dibuat didapati bahawa kes ini bertitik-tolak daripada kegiatan peras-ugut yang
melibatkan pelajar seawal usia 11 tahun serta wang beljumlah serendah RMl
(symposia.unimas.my/iii/cpro/app?id)
Cara mengatasi:
1. Pengawasan rapi terhadap semua murid berlaku pada sepanjang masa, dengan adanya rondaan
yang melibatkan pihak pentadbir, kaunselor sepenuh masa, guru disiplin, guru tingkatan, semua
guru subjek, dan disokong oleh Lembaga Pengawas yang berdedikasi serta pihak Persatuan Ibu
Bapa Guru yang sentiasa proaktif.
2. Kami amat berharap agar para ibu bapa sentiasa mendampingi anak dan mengawasi pergaulan
mereka. Jika ibu bapa mengesyaki anak mereka mengalami masalah emosi atau terlibat dalam
masalah sosial, sila hubungi pihak sekolah supaya kita dapat sama-sama menangani masalah
dengan berkesan. Sila pastikan anak-anak tidak ponteng sekolah, dan datanglah ke sekolah jika
dipelawa oleh sekolah untuk membincangkan masalah yang terjadi pada anak-anak tuan.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
12
TAJUK 2: ISU-ISU MORAL TEMPATAN
ISU-ISU MORAL TEMPATAN
Masalah dan isu moral terjadi kerana terdapat percanggahan pendapat, nilai dan sistem
pemerintahan setempat dan global.Tidak ada satu penyelesaian muktamad untuk isu-isu moral
yang timbul. Pelajar-pelajar harus mempunyai pandangan yang lebih terbuka dalam
menangani isu moral.
(a) Penyalahgunaan dadah
Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simtom atau
mengubahsuai proses kimia didalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu.Penggunaan dadah
yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Dadah
yang seharusnya digunakan sebagai ubat dijadikan bahan untuk menghilangkan stres (menjadi
khayal) dan untuk berhibur.
Faktor penyalahgunaan dadah
 Lemah iman
 Kurang didikan agama
 Pengaruh rakan dan persekitaran
Kesan
Individu yang berada dalam keadaan hepatik (khayal) akibat dadah menjadi lemah,mengantuk
pengsan bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Mereka ini perlu dirawat
dengan segera. Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh
mengalami kerosakan pada otak,hati,paru-paru,tulang dan sistem imun.Oleh kerana HIV(
Human Imminodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum,ramai penagih
dadah dijangkiti penyakit AIDS dan seterusnya boleh membawa maut.
(b) Sumbang mahram
Boleh didefinisikan sebagai perogolan yang dibuat diluar pernikahan sama ada dengan cara
paksaan atau kerelaan sesama yang terlibat. Bak kata pepatah Melayu ”haruan makan
anak”dan ”harapkan pagar,pagar makan padi.” Istilah ini memang bertepatan dengan sumbang
mahram, seseorang itu tidak boleh diharapkan untuk menjaga seseorang.
Sumbang mahram adalah hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan
dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undangundang atau dilarang oleh adat
resam. Contoh: Hubungan jenis antara remaja dengan ibubapa mereka, adik beradik, ibubapa
saudara, datuk dan sebagainya.
Kini, sumbang mahram telah dikenalpasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang
merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
13
Siapakah yang berisiko tinggi?
Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada risiko yang
lebih tinggi bagi mengalami sumbang mahram. Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak
perempuan beliau yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih
tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri.
Apakah kesan sumbang mahram terhadap mangsa?
Sebilangan besar mangsa mengalami kesan negatif yang serius sehingga memerlukan terapi
apabila mereka meningkat dewasa. Antara kesan-kesan negatif ini adalah :
• Hilang kepercayaan pada orang lain
• Murung dan rasa ingin bunuh diri
• Keyakinan diri yang rendah
• Rasa terasing dari masyarakat/keluarga
• Masalah personaliti
(c) Rasuah
Rasuah memang perbuatan yang tidak beretika dan membawa banyak keburukan daripada
kebaikan. Pemberian rasuah bukan hanya berbentuk harta benda atau wang ringgit, tetapi apa
jua sahaja pemberian yang menerima ganjaran lain yang biasanya menguntungkan
pemberinya.
Rasuah boleh juga dalam bentuk perkara berbentuk perkhidmatan seperti perkhidmatan seks,
keahlian sesuatu pertubuhan atau organisasi.
Puncapunca berlaku rasuah adalah seperti:
 Sikap mementingkan diri sendiri
 Gaya hidup yang mewah
 Desakan dari luar
 Pengaruh sekularisme dan silang budaya
Rasuah boleh memberi padah yang besar kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Produktiviti kerja yang mengamalkan rasuah akan menjadi rendah. Keikhlasan dan
kesungguhan untuk menjalankan tugas dengan jujur akan terhakis. Perasaan hasad dengki
akan berlelusa dalam masyarakat yang mengamalkan jenayah rasuah. Undang-undang dan
peraturan yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa juga tidak dapat dikuatkuasakan kerana
amalan rasuah.
Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Pelan
Integriti Nasional (PIN) pada 23 April 2004. Objektif dan matlamat PIN ialah untuk membentuk
sebuah masyarakat yang kukuh ciriciri moral dan etikanya dengan para warganya yang
mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang
luhur. Institut Integriti Malaysia (ILM) yang telah ditubuhkan serentak dengan pelancaran PIN
berperanan selaku badan yang menyalur sebarang perakuan yang terbit daripada pelan
tersebut.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
14
(d) AIDS
AIDS atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (Acquired Immune Deficiency
Syndrome) disebabkan oleh HIV, iaitu virus Human Immunodeficiency yang merosakkan sistem
pertahanan badan pesakit yang mempunyai AIDS. Pesakit AIDS akan menjadi lemah kerana
badannya telah hilang keupayaan untuk menentang semua jenis serangan penyakit.Akibatnya
pesakit akan meninggal dunia.
Tanda-tandanya termasuk:
 Terlalu lemah dan lesu
 Penurunan berat badan yang mendadak
 Demam panas yang kerap
 Peluh malam
 Kelenjar limfa membengkak
 Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
 Cirit-birit yang kronik
 Batuk kronik
 Hilang ingatan
 Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat
HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan:
1. Perhubungan seks tanpa kondom
2. Penerimaan darah yang tercemar
3. Perkongsian jarum suntikan dadah
4. Dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu
HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui:
 Perciuman atau berpeluk
 Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja
 Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya
 Berenang di kolam renang awam
 Gigitan nyamuk atau serangga lain
Tiada sesiapapun yang patut mendapat HIV/AIDS dan mereka yang dijangkit tidak patut
didiskriminasikan, terutama bayi yang mendapat HIV/AIDS semasa dalam kandungan ibu.
Mereka memerlukan kasih sayang, sokongan dan bantuan moral yang tinggi untuk teruskan
hidup mereka dalam masyarakat.
(e) Jenayah Seks
Tidak kira apa agama apa adalah tidak membenarkan perlakuan seks luar nikah dengan tujuan
untuk memelihara satu unit kekeluargaan yang kekal. Masalah seks sebelum kahwin semakin
meningkat dalam kalangan remaja dan pelajar kolej. Ini adalah kerana mereka kurang
memahami dan menghayati kesucian institusi keluarga.
Kesan daripada aktiviti seks sebelum kahwin termasuk kehamilan yang tidak
diingini,pengguguran anak yang tidak selamat, pembuangan bayi, jangkitan seksual, masalah
perhubungan, tekanan emosi, tiada keharmoniaan keluarga dan implikasi undang-undang (Kod
Penal Akta 574). Pasanagan yang benar-benar menyintai satu sama lain tidak akan melakukan
seks sebelum kahwin dan menghormati maruah dan keperibadian masing-masing.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
15
(f) Keganasan
Keganasan boleh ditakrifkan dengan sengaja menggunakan kuasa atau kekerasan secara
fizikal, mengugut atau benar-benar berbuat keganasan, terhadap sesuatu kumpulan atau
komuniti, yang besar kemungkinan akan menyebabkan kecederaan, kematian, kesan psikologi,
kerencatan tumbesaran dan pengabaian.
Keganasan boleh dibahagikan kepada 3 jenis yang utama:
 Keganasan pada diri sendiri - Tingkahlaku untuk membunuh diri,
menyiksa diri sendiri
 Keganasan kepada orang lain - Ahli keluarga atau pasangan, seseorang
dari kumpulan atau komuniti yang tertentu
 Keganasan kumpulan akibat perbezaan social, politik, ekonomi
(g) Pembuangan Bayi
Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja
yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan
takut akan akibat yang bakal ditanggung.
Kesan pembuangan bayi
 Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan
yang tidak sempurna
 Kesihatan ibu yang terjejas akibat kehilangan darah, jangkitan kuman,
kecederaan sewaktu bersalin
 Psikologi dan social
(h) Cetak Rompak
Cetak rompak (atau pencabulan hakcipta) bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi
undang-undang hakcipta tanpa izin, maka mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta
asli, seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta, atau
menghasilkan karya derivatif yang berasaskan karya yang dihakcipta itu.
Terdapat pelbagai cara dimana hasil karya dirompak atau disalin tanpa kebenaran pemilik
hakcipta. Penyalinan tersebut dibuat dengan cara:
1. Menerbitkan semula sebahagian atau ke semua hasil karya.
2. Membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar,
membuat salinan secara elektronik atau komputer, fotostat, rakaman video, rakaman
suara, menaip semula atau diubah kepada PDF.
3. Menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk yang berbeza.
4. Mengeluarkan bahan atau perkakas yang menggunakan idea yang sama, dimana
idea tersebut telah dihakcipta.
Dari sudut undang-undang, cetak rompak bermaksud aktiviti penyalinan, pengedaran dan
penggunaan produk harta intelek secara haram tanpa izin pemegang hak cipta bagi harta
intelek tersebut. Kegiatan cetak rompak merupakan satu kesalahan menurut Akta Hakcipta
1987. Harta intelek bermaksud sebarang produk dan hasil karya yang didaftarkan hak ciptanya
seperti buku, muzik, filem, siaran televisyen dan radio, perisian komputer serta rekabentuk
industri. Semua harta intelek adalah dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
16
(i) Hak Asasi Wanita
Dalam era kemajuan kini, kaum wanita berpotensi menjadi sumber pembangunan dalam
pelbagai bidang sosial, ekonomi dan politik kian meningkat. Berpegang kepada hakikat inilah,
pada tahun 1989, kerajaan kita telah menggubal Dasar Wanita Negara yang mengiktirafkan
hak-hak wanita.
Dasar yang digubal ini mendukung cita-cita negara dan Perlembagaan Persekutuan bagi
menjamin kedaulatan, kemakmuran, keadilan, kebebasan serta hak-hak asasi manusia. Ia juga
memberi panduan serta hala tuju dalam semua aspek perancangan dan perlaksanaan program
pembangunan negara khususnya yang melibatkan kaum wanita secara langsung ataupun tidak
tanpa diskrimanisi atau sebab kejantinaannya.
Layari Internet
Layari internet berikut untuk mengenal pasti aktiviti dan sumbangan organisasiorganisasi
berikut terhadap hak asasi wanita
 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) - http://suhakam.org.my
 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat -
http://www.kpwkm.gov.my
 Jabatan Kebajikan Masyarakat - http://www.jkm.gov.my
 Yayasan Penyayang Malaysia - http://www.penyayang.org.my
PUNCA BERLAKUNYA ISU MORAL
1. Ibu Bapa
Pengaruh ibu bapa amat penting dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa yang bekerja
menyebabkan wujunya perubahan sosial hari ini.ibu bapa terlalu mementingkan
pekerjaan,kesibukan tugas rutin harian dan kealpaan membahagi masa membuatkan anak-
anak berasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna.
Anak-anak bercampur dan bergauil dengan rakan sebaya yang bermasalah dan berakhlak
buruk dan akhirnya menimbulkan masalah akhlak dikalangan anak-anak.
2. Pembangunan ekonomi yang pesat
Ekonomi negara yang pesat membangun dan maju telah mewujudkan banyak peluang
pekerjaan termasun di pusat hiburan seperti kelab malam,pub,karaoke .para remaja berlumba-
lumba mendapatkan pekerjaan dalam bidang ini terutama remaja perempuan.mereka lebih
muda,menarik dan belum matang untuk menilai samada pekerjaan ini baik atau buruk.mereka
Cuma mementingkan wang sahaja tanpa memikirkan buruk atau baiknya sesuatu pekerjaan.
Kepesatan sektor perindustrian meningkatkan kos kehidupan masyarakat. Ibu bapa terutama
yang berpendapatan rendah terpaksa bekerja siang dan malam untuk menampung keperluan
hidup.gaya hidup ini sudah menjadi trend sehingga ank-anak tidak lagi diasuh dan dididik oleh
ibu bapa sebaliknya dihantar kenerseri atau dijaga oleh pembantu rumah.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
17
3. Kurangnya didikan agama daripada ibu bapa
Tanpa didikan agama,manusia tidak mempunyai pegangan hidup dan tidak takut melakukan
sesuatu perkara walaupun bertentangan dengan undang-undang . Malangnya dalam zaman
kemajian sains dan teknolgi ini ramai iu bapa ghairah melengkapkan anak-anak dengan ilmu
sekular dan lalai melengkapkan anak-anak dengan pengetahuan agama.
Pendidikan agama merupakn faktor yang paling penting dalam membentuk sifat baik dan moral
yang terpuji di kalangan masyarakat. Sikap remaja dan pengaruh rakan sebaya. Rakan
sebaya mempunyai pengaruh yang banyak terhadap tindakan dan perlakuan para
remaja.banyak jenis perangai sosial boleh dipelajari hanya dengan berinreraksi dengan teman
sebaya kerana mereka mengalami banyak pertukaran fizikal,perkembangan sosial dan
psikologi yang sama.mereka sedang mencari identiti diri sensdiri. Serta mudah tertarik untuk
berinteraksi dan amat sensitif dengan pengaruh rakan sebaya. Dalam segala tindakan yang
dilakukan.remaja lebih banyak terdorong untuk melakukan jenayah salah laku dan maksiat
setelah terpengaruh dengan rakan sebaya.
4. Pengaruh media massa dan globalisasi dunia
Media massa samada media cetak atau media eletronik telah mengalami dan menempuh
berbagai-bagai tahap kemajuan sains dan teknologi.melalui siaran-siaran dan
tayanganvideo,remaja terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti unsur-unsur ganas,liar
budaya barat,budaya berpoya-poya,budaya disko,rooock ,tahyul dan seks.
Melalui komunikasi canggih seperti satelit(parabola),internet,you tube menyebabkan dunia
menjadi global village atau perkampungan dunia dengan segala maklumat positif dan
negatiftersebat tanpa bentang atau halangan wilayah.
CARA MENANGANI FENOMENA GEJALA SOSIAL
1. Peranan ibu bapa dan keluarga
Antara langkah –langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa ialah:
a) menjadikan diri mereka role model kepada anak-anak dengan sikap berlemah
lembut,kasih sayang dan saling hormat menghormati.
b) memberi kasih sayang dan memenuhi keperluan hidup anakanak dengan
secukupnya.
c) memberi didikan agama dan akhlak terpuji.
d) mewujudkan interaksi yang baik dan mesra terhadap anak-anak dengan penuh kasih
sayang.
e) memberi tunjuk ajar dan nasihat yang baik dari masa kesemasa.
f) selalu mendoakan kesejahteraan anak-anak.
g) memantau pergerakan anak-anak dari semasa kesemasa untuk memastikan tingkah
laku mereka tidak bercanggahdengan kehendak agama dan negara.
2. Peranan kerajaan dan pemerintah
Antara peranan kerajaan termasuklah
a) wujudkan kemudahan bagi memenuhi masa lapang kepada remaja menerusi pebagai
aktiviti sukan ,rekreasi dan kerja-kerja yang berfaedah kepada agama dan bangasa.
b) Membenteras gejala sosial dan menyeru rakyat bersatupadu membbuat yang baik
dan mencegah dan benci kepada perkara buruk.
c) Perlaksanaan undang-undang jenayah yang menyeluruh
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
18
3. Peranan masyarakat
Antara langkah yang perluialah
a) Masyarakat tidak boleh mendiamkan diri kalau melihat hal-hal yang membahayakan
atau menggugat keharmonian
b) Masyarakat hendaklah merancang dan melaksanakan program-program yang
mendatangkan kebaikan untuk semua seperti rukun tetangga,bergotong royong dan
majlis rumah terbuka sempena hari-hari perayaan.
c) Peranan media massa
 pengaruh negatif media cetak dan media elektronik hendaklah ditapis dan
dikawal dengan ketat.
 mendidik orang ramaicara-cara menghindarkan diri daripada melakukan
jenayhdan turut bertanggungjawab mencegah jenayah.
 pengeluaran akhbar-akhbar tabloid dan majalah-majalah hiburan hendaklah
ditapis isi kandungannya.
4. Peranan guru dan sekolah
a) Wujudkan sekolah yang aman dan harmoni seperti sekolahku syurgaku.
b) Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan dan berfungsi.
c) kempen anti merokok dan anti dadah sentiasa di lakukan.
d) Kerjasama yang baik antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru
mengembeling tenaga dan bekerjasama membenteras sebarang salah laku dan
maksiat.
5. Perubahan sikap remaja sendiri
a) melatih diri kearah pembinaan peribadi mulia dan cemerlang.
b) menambah ilmu dari semasa kesemasa sebagai pedoman dalam kehidupan.
c) menggunakan akal yang sejahtera menjauhkan diri daripada perkara-perkara negatif
dalam kehidupan mereka.
Cuba kita renung,apa akan berlaku kepada generasi warisan akan datang jika remaja hari ini
terus hanyut dibawa arus masalah akhlak seperti lepak,dadah, seks bebas, buang bayi, jenayah
juvana, lari dari rumah, kelakuan lucah, minum arak, disko, merokok, merempit dan lain-lain lagi
yang kian merebak dalam masyarakat kita. Kita percaya sekiranya semua pihak berkerjasama
secara menyeluruh dan bersatu padu maka segala permasalahan akhlak para remaja masa kini
dapat diatasi dengan berkesan dan sebaik-baiknya.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
19
TAJUK 3: ISU-ISU MORAL GLOBAL
Dalam bahagian ini, anda akan didedahkan kepada beberapa isu-isu global
yang berkaitan dengan moral. Isu-isu yang dibincangkan berikut adalah
penting untuk perhatian bakal-bakal guru supaya lebih peka terhadap isu
moral global.
1. Jenayah Siber
Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran
maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat
mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjutajuta laman web telah dihidupkan.
Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan
tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet.
Ke semua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti
jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-
duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan
dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat.
Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar
1. Penipuan
2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
3. Kecurian maklumat.
4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
5. Menyalin perisian secara tidah sah.
6. Pengintipan
7. Judi siber
8. Skim cepat kaya
9. Pornografi
10. Penggodam atau "Hacker"
11. Penyebaran virus
Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah
1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
2. Kepentingan ekonomi
3. Berbeza takrifan jenayah
4. Kepentingan ketenteraan
5. Sikap manusia "Human attitude"
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
20
2. Pornografi
Pornografi bermaksud bahan bertulis atau visual yang merangsang keinginan
seksual, dan bertujuan untuk memberahikan pemerhati atau pembaca. Terdapat
pelbagai kesan-kesan yang tidak sihat :
• Ia menggalakkan seks luar nikah
• Ia menyumbang ke arah penganiayaan seksual kanak-kanak dan keganasan seks
• Pengaruh negatif terhadap perkembangan seksual
• Sikap dan nilai seksual yang negatif . Contoh: kelakuan seks luar tabii, orientasi seks yang
tidak normal dan tidak menghormati kaum wanita seperti hanya menganggap mereka sebagai
objek seks
• Masalah emosi dan perhubungan. Contoh: rasa bersalah, malu, dan ketagihan
• Masalah undang undang. Contoh: memiliki, jual beli, menonton bahan -bahan pornografi
adalah salah dari segi undang undang
Cara-cara untuk mengelakkannya:
• Elakkan mencari, membaca dan melihat bahan-bahan lucah.
• Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman,
• aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela www.befrienders.org.my.
• Patuh kepada ajaran agama dan budaya kerana ia juga melarang semua jenis pornografi.
• Elakkan tekanan rakan sebaya.
3. Homoseksual & Lebian
Homoseksual adalah laki-laki dan perempuan yang secara emosional dan seksual tertarik
terhadap sesama jenisnya. Homoseksual terdiri dari gay dan lesbian. Gay adalah laki-laki yang
secara seksual tertarik terhadap laki-laki. Lesbian adalah perempuan yang secara seksual
tertarik terhadap perempuan.
Dalam peradaban budaya Eropah dan Amerika pandangan terhadap kaum homoseksual lebih
dapat diterima. Namun begitu, budaya masyarakat Asia amnya dan Malaysia khasnya adalah
berbeza, individu yang mengamalkan aktiviti seksual yang menyongsang dianggap sebagai
mereka yang tidak
mempunyai identiti serta tidak bermoral.
Perbincangan
Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5 Jun 1981, doktor mulai
mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar terjadi, yang menular dikalangan
lima orang homoseksual di Los Angeles. Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi
bagaikan seerti. Pada awalawal penyakit merebak, San Francisco merupakan kawasan gay
paling teruk dijangkiti, iaitu hampir separuh daripada populasi homoseksualnya telah dijangkiti.
Berdasarkan maklumat di atas, anda sebagai bakal guru yang memainkan peranan sebagai
agen moral, bincang bersama-sama rakan-rakan kursus anda berkenaan tindakan moral yang
patut dilakukan.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
21
4.Terorisme/ Keganasan
Keganasan boleh ditakrifkan secara neutral oleh pemusnahan harta benda yang tidak terlibat
secara langsung, dan atau mencederakan manusia yang tidak terlibat secara langsung dalam
hal pertelingkahan (MacKinnon, 1995). Pemusnahan boleh dilakukan dengan cara mengebom,
menculit rakyat biasa untuk wang tebusan, membunuh, menyerang / membakar bangunan
kedutaan dan sebagainya, merampas kapal terbang / kapal / keretapi serta mengusahakan
program senjata nuklear dan lain-lain lagi.
Keganasan terbaru berlaku di Indonesia selepas letupan bom kereta membunuh sekurang-
kurangnya 14 orang dan mencederakan 149 orang di sebuah hotel Amerika Syarikat, JW.
Marriott di pinggir Jakarta pada 5 Ogos 2003 (The Star, 7 Ogos 2003 p 1).
Keganasan demi keganasan terus mewarnai dunia dengan palitan darah dan dosa selepas
kejadian hitam 11 September 2001 di Pusat Dagangan Dunia Amerika Syarikat. Antara punca
keganasan banyak yang berkaitan dengan sikap tidak puas hati terhadap dasar luar negara
lain. Keganasan harus dihindarkan dan digantikan dengan gencatan senjata antara dua pihak
yang berbalah demi memelihara sebuah dunia yang sihat daripada pelbagai ancaman
pengganas yang sia-sia. Sesungguhnya melakukan keganasan dan membalasnya semula
bukanlah satu tindakan yang bijak, sebaliknya ia mendatangkan kesengsaraan kepada orang
lain yang tidak berdosa. Sehingga hari ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu masih gagal
untuk memainkan peranannya dalam mengatasi keganasan etnik, keganasan antara dua
negara seperti Israel dan Palestin dan lain-lain.
Tingkah laku keganasan seseorang mungkin berpunca daripada pengalaman negatif mereka
pada peringkat kanak-kanak atau remaja. Antara faktor yang menyebabkan mereka
berkembang kepada kelakuan demikian termasuk pendedahan kepada dadah dan minuman
keras, mudah memperoleh senjata, bersikap antisosial, bergaul dengan golongan melencong
(deviance), pengaruh media massa yang negatif dsb.
Terorisme global dan segala bentuk kekerasan bukanlah sesuatu yang baru dalam kehidupan
manusia, kerana gejala kekerasan, kebiadaban, kekejaman, dan segala bentuk tindakan yang
melampau batas kemanusiaan. Pada hakikatnya terorisme bermula dari zaman yang setua
sejarah manusia itu sendiri.
Gejala kekerasan sering berlaku dalam proses perubahan melalui jalan revolusi, sedangkan
gejala kedamaian berlaku dalam proses perubahan melalui jalan evolusi. Pertembungan antara
jalan revolusi dan evolusi tercermin dalam pertembungan antara perang dan damai, iaitu
pertembungan untuk mencipta dunia yang bebas daripada kekerasan. Pertembungan antara
perang dan damai menempati perjalanan sejarah yang panjang iaitu daripada masyarakat yang
sederhana primitif sampai kepada masyarakat yang dikatakan moden.
Latihan ulangkaji:
1. Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah ragut?
______________________________________________________________________
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
22
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
2. Nyatakan punca-punca berlakunya jenayah ragut serta berikan 2 cara mengatasinya
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
3. Senaraikan 5 hak asasi wanita seperti yang terdapat dalam Dasar Wanita Negara.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
4. Apakah maksud jenayah siber? berikan contoh-contoh jenayah siber yang sering
berlaku
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
5. Pornografi membawa banyak kesan negatif. Nyatakan kesan negatif tersebut
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
23
TAJUK 4 Peranan Sosialisasi Dalam Pembentukan Tingkah Laku
Moral Individu
4.0 Pengenalan
Tajuk perbincangan berikut berkaitan dengan peranan sosialisasi dalam pembentukan tingkah
laku moral individu. Topik ini mengandungi pecahan yang lebih kecil iaitu norma sosial dan
kawalan sosial serta tanggungjawab agen-agen moral.
4.1 Norma Sosial dan Kawalan Sosial
Sosialisasi ditakrifkan sebagai proses manusia mempelajari kemahiran dan sikap yang
berkaitan dengan peranan sosial mereka dalam sesuatu masyarakat. Sosialisasi adalah
penting bagi membina personaliti individu yang merangkumi pemikiran, emosi dan tingkahlaku.
Melalui proses ini individu itu bertindak selaras dengan jangkaan masyarakat dan memberi
sumbangan dalam mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat itu.
4.1.1 Norma Sosial
Norma ialah kelakuan standard yang dipersetujui oleh semua ahli kumpulan. Norma sosial pula
merupakan peraturan-peraturan yang diterima pakai oleh sebahagian besar ahli masyarakat.
Kepatuhan kepada norma-norma sosial akan menjamin kewujudan perpaduan dalam satu-satu
masyarakat.
Norma sosial, khususnya yang berkaitan dengan „mores, adalah penting kerana kepatuhan
kepada peraturan ini memberikan seseorang itu garis panduan tentang apakah yang patut dan
tidak patut dilakukan. Namun begitu tidak semestinya semua norma sosial itu boleh dikatakan
moral, Terdapat norma sosial yang tidak lagi dianggap baik dari segi moral dan oleh itu ia tidak
dipatuhi lagi, seperti pengabdian
Norma sosial lahir daripada proses interaksi antara masyarakat. Norma boleh dipelajari melalui
pemerhatian dan juga interaksi sosial. Norma sosial sering berubah seiring dengan perubahan
yang berlaku dalam sesuatu masyarakat. Perlakuan sosial yang tidak selari dengan norma
sosial dipanggil `lencongan‟. Oleh itu sikap berterima kasih kepada ibu bapa yang telah
mendidik dan berkorban dalam mendewasakan kita dianggap sebagai norma, manakala
penderhakaan terhadap ibu bapa dikatakan `lencongan‟.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
24
4.1.2. Kawalan Sosial
Kawalan sosial bermaksud cara-cara yang digunakan oleh masyarakat bagi mempengaruhi
tingkah laku anggotanya supaya ahli-ahlinya menghargai nilai-nilai dan mematuhi norma-
norma, tradisi dan pola-pola tingkah laku masyarakat.
Kawalan sosial digunakan oleh masyarakat untuk menjaga kegiatan ahlinya. Ada dua bentuk
kawalan sosial iaitu kawalan positif dan negatif. Kawalan sosial positif boleh berbentuk
pemberian ganjaran dan hadiah. Kawalan sosial negatif pula merupakan misalnya hukuman
dan dendaan. Kedua-dua jenis kawalan ini boleh lahir dengan cara formal dan juga tidak formal.
Kawalan sosial yang formal melibatkan sistem tatacara , sistem kewibawaan seperti undang-
undang, peraturan dan badan-badan tertentu; dan dilaksanakan melalui pemberian haadiah dan
ganjaran atau hukuman. manakala kawalan sosial yang tidak formal biasanya adalah berbentuk
pendapat umum dan dilaksanakan melaui pujian atau teguran.
Crosbie (1975) berpendapat kawalan sosial tidak formal terbahagi kepada empat jenis iaitu:
- Ganjaran sosial seperti kenaikan pangkat
- Hukuman atau kritikan
- Pujukan
- Norma yang ditakrif oleh individu yang berstatus tinggi.
Contohnya kanak-kanak berusia 10 tahun yang diajar asas berbudi bahasa bersalam dengan
orang dewasa yang ditemuinya. Kanak-kanak itu menerima pujian kerana bertingkahlaku
sopan. Ini merupakan contoh kawalan sosial yang positif berbanding dengan perlakuan tidak
mahu bersalam sehingga menyebabkan ibu bapa malu lalu merotannya ketika pulang ke
rumah. Setelah itu kanak-kanak tersebut akan bersalaman dalam situasi yang diberitahu oleh
ibunya. Kawalan sosial ini dinamakan kawalan sosial negatif.
4.2 Tanggungjawab Agen-Agen Moral
Perwatakan dan tabiat kanak-kanak pada amnya dibentuk oleh masyarakat dan dikekalkan
melalui proses sosialisasi. Proses sosialisasi penting kerana jika seseorang individu itu tidak
memahami dan tidak sanggup mematuhi peraturan kelompok atau masyarakatnya, dia tidak
akan diterima oleh masyarakat itu. Oleh sebab pentingnya mematuhi peraturan masyarakat,
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
25
maka kanak-kanak mesti diajar tentang norma dan nilai masyarakat melalui beberapa institusi
sosial. Antara yang utama ialah keluarga, sekolah, agama dan media massa.
4.2.1 Keluarga
Keluarga merupakan satu institusi yang paling asas dan terpenting dalam masyarakat. Salah
satu daripada fungsi utama keluarga ialah mensosialisasi dan merapkan nilai-nilai serta cara
hidup atau budaya masyarakat. Ia juga memainkan peranan penting dalam pembentukan nilai-
nilai hidup anggota keluarganya bagi mewujudkan masyarakat yang penyayang dalam negara
Salah satu dari fungsi utama yang dimainkan oleh ialah sosialisasi anak-anak. Ibu bapa akan
mengajar anak-anak mengenai apa yang harus di lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan.
Daripada ibu bapa anak-anak akan mempelajari kemahiran, sikap, norma dan nilai-nilai.
Keperibadian anak-anak banyak ditentukan oleh didikan keluarga. Ibu bapa yang tegas
melahirkan anak-anak yang kuat disiplin tetapi didikan ibu bapa yang longgar banyak
menghadapi masalah kerana keluarga sukar melentur rebung apabila sudah menjadi buluh.
Tegasnya nilai-nilai yang berbeza ditekankan oleh ibubapa menerusi proses komunikasi dan
interaksi antara mereka dan anak-anak. Ini juga menyebabkan anak-anak
memperkembangkan nilai yang berbeza. Hubungan yang berorientasikan kasih sayang dan
bukannya hubungan paksaan antara kedua pihak boleh mengakibatkan komitmen moral.
Ibubapa yang penyayang dan bertanggungjawab seringkali dikaitkan dengan keinginan yang
tinggi ke arah pencapaian dan kejayaan.
Ibubapa yang bersikap penguasaan serta autokratik akan mendapat anak-anaknya begitu taat
pada arahan tetapi menjadi pasif dalam tingkahlaku mereka. Sebaliknya, ibubapa yang
mengamalkan sikap bebas akan mendapati sikap anak-anaknya tidak bersopan santun, tidak
bertanggungjawab dan tidak boleh berdikari. Ibubapa yang mengamalkan cara demokrasi dan
membincangkan masalah-masalah dengan anak-anak mereka serta mempertimbangkan
pendapat anak-anak, apabila membuat keputusan-keputusan penting, akan mendapati anak-
anak mereka mempuyai keyakinan diri yang tinggi. Kanak-kanak ini juga akan menjadi lebih
aktif, cerdas dan lebih bersopan santun.
Selain itu, saiz keluarga juga mempengaruhi proses sosialisasi individu, iaitu dengan interaksi
secara lisan dan fizikal antara individu, contohnya di antara adik-beradik ii akan membantu
individu bercakap lebih awal serta memperkembangkan dan menambahkan perbendaharaan
katanya. Nilai-nilai yang diwujudkan oleh adik-beradikya akan disanjung tinggi oleh seseorang
individu.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
26
4.2.2 Rakan Sebaya
Rakan sebaya bermaksud suatu kelompok kanak-kanak atau remaja yang sama umur atau
perimgkat perkembangan. Memang sejak kecil lagi kanak-kanak suka berkawan dengan rakan
sebaya samada semasa mereka berada di sekolah ataupun di rumah. Dengan jalan ini mereka
dapat peluang untuk memperkembangkan dan membina kemahiran sosialisasi di dalam
kumpulan kawan yang sebaya. Kumpulan kawan sebaya adalah ejen sosialisasi yang
berkesan. Kumpulan ini dapat memenuhi keperluan kanak-kanak untuk merasa yang mereka
dipunyai. Di dalam kumpulan ini mereka berpeluang untuk menerima pandangan dan pendapat
orang yang sebaya dan bekerjasama dengan mereka. Kumpulan ini mempunyai minat yang
sama dan menerima kanak-kanak itu di atas dasar peranan yang mereka mainkan. Dengan
jalan ini kanak-kanak mendapat maklumat balik tentang keadaan diri mereka, tentang reaksi
orang lain terhadap diriya dan jenis tingkahlaku yang dapat diterima atau ditolak oleh kawan
sebaya. Kumpulan kanak-kanak ini sebenarnya merupakan satu masyarakat yang tersendiri.
Mereka mempunyai peraturan, peranan dan harapan yang tertentu daripada ahli-ahli di dalam
kumpulan ini. Setiap ahli dalam kumpulan ini haruslah mematuhi segala peraturan dan peranan
yang sama-sama persetujui
. Apabila mencapai peringkat remaja pengaruh rakan sebaya bertambah penting. Individu itu
cenderung untuk mengikuti pandangan, nilai dan sikap rakan-rakan sebaya kerana mahu diri
mereka diterima oleh rakan-rakan sebaya mereka. Walaupun pengaruh kumpulan sebaya amat
mempengaruhi di peringkat remaja, ia juaga berperanan penting dalam pelbagai peringkat
umur. Ia juga penting di peringkat „geng‟ iaitu semasa kanak-kanak berumur antara tujuh dan
lapan tahun. Piaget mengatakan bahawa bukan sahaja pembelajaran moral berpunca daripada
sumber ini, malah aktiviti kerjasama dan persefahaman yang berlaku di antara rakan sebaya
juga merupakan prasyarat bagi perkembangan autonomi. Sebaliknya Kohlberg menyatakan
bahawa perkembangan moral di kalangan kanak-kanak yang dipencil atau diasingkan adalah
tidak berbeza daripada kanak-kanak yang banyaak menerima pendedahan/
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
27
4.2.3 Sekolah
Apabila kanak-kanak mula bersekolah, lingkungan sosial menjadi lebih luas. Sekolah
merupakan agen kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran adalah untuk
melahirkan nilai-nilai kebudayaan. Dengan itu, proses sosialisasi pelajar-pelajar merupakan
satu fungsi yang sah serta positif untuk dikendalikan oleh pihak sekolah.
Menurut Durkheim, peranan pendidikan moral dan tugas sekolah adalah untuk mengajar adalah
untuk mengajar pelajar-pelajar tentang nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Beliau
berpendapat bahawa keluarga terlalu kecil dan terlalu berunsur peribadi untuk menggambarkan
keseluruhan sistem sosial. Juga, beliau menganggapkan guru sebagai agen yang utama dan
merupakan pertalian yang kritikal dalam proses pengaliran kebudayaan.
Ahli-ahli teori pembelajaran sosial lebih mementingkan peranan ibubapa tetapi model tersebut
adalah konsistem dengan pendapat Durkheim yang mengatakan bahawa sekolah merupakan
alat masyarakat untuk mengalirkan nilai-nilai moral dan kebudayaan.
Kanak-kanak menghabiskan masa enam hingga lapan jam setiap hari di sekolah. Ini bermakna
individu-individu, kemudahan-kemudahan dan budaya sekolah akan mempengaruhi sosialisasi
seseorang individu. Melalui interaksi kumpulan sebaya segala nilai dan norma rakan sebaya
akan mempunyai pengaruh terhadap perkembangan moral kanak-kanak itu. Guru juga amat
berpengaruh di sekolah, gaya penampilan, sikap dan kepimpinannya memainkan peranan
dalam proses sosialisasi individu. Disamping itu, cara pentadbiran sekolah, persekitaran serta
budaya sekolah juga berperanan mempengaruhi sosialisasi kanak-kanak / pelajar.
Satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah guru dan rakan sebaya mungkin datang dari
latarbelakang kelas sosial yang berlainan dengan kelas sosial kanak-kanak berkenaan.
Sekolah, di satu pihak lagi mungkin juga menekankan nilai-nilai yang berbeza juga. Nilai-nilai
yang berbeza ini mungkin berkonflik dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada anak-anak.
Mereka tidak tahu mana satu yang perlu diikut. Tetapi memandangkan masa bersama dengan
ibubapa agak terbatas, maka tentulah lebih mudah mereka mengikut cara-cara yang
ditunjukkan oleh guru atau rakan sebaya.
4.2.3.1 Pentadbir
Bagaimanakah kepimpinan seorang pentadbir dapat mempengaruhi tingkah laku warga
sekolah? Pentadbir yang efektif adalah penting bagi mewujudkan suasana yang mendorong
pengajaran yang menarik serta pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Pentadbir
hendaklah berupaya membentuk satu struktur dan amalan yang mengintegrasikan maklum
balas, membuat refeksi atas amalan-amalan dan tindak balas yang diterima berlandaskan
aspek-aspek berikut:
i. mengesan kecekapan pentadbiran sekolah
ii. menilai budaya moral sekolah
iii. menilai secara moral guru-guru di bawah pentadbirannya
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
28
4.2.3.2 Guru
Bayangkan guru anda yang memberikan impak kepada anda. Apakah ciri-ciri atau sifat guru
berkenaan yang memberi kesan yang mendalam terhadap diri anda. Seseorang guru
mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri kerana ada guru yang bersifat autokratik,
demokratik dan laissez-faire. Jenis kepimpinan yanga diamalkan oleh seseorang guru semasa
berinteraksi dengan pelajar-pelajarnya akan menimbulkan kesan-kesan yang berlainan atau
maklum balas yang berkait dengan personaliti guru terhadapnya.
Guru yang autokratik tidak bersedia mendengar pandangan dan pendapat murid. Murid akan
menjadi pasif serta tidak terdorong untuk memberi pendapat. Suasana sosio-emosinys yang
dipenuhi ketegangan tidak menggalakkan interaksi guru murid. Guru yang demokratik memberi
kesan yang positif kerana pelajar-pelajar diberi ruang untuk berinteraksi dan berkomunikasi
secara terbuka. Suasana sosio-emosi yang demokratik akan menggalakkan perkembangan
yang positif dan meningkatkan kemahiran sosial. Guru yang laisesez-faire memberi kebebasan
penuh kepada pelajar untuk memikir dan menyusun aktiviti yang dijalankan. Guru juga tidak
menilai tingkah laku pelajar menyebabkan pengurusan bilik darjah yang longgar dan suasana
pembelajaran dan pengajaran terganggu oleh masalah disiplin.
Seorang guru yang berkesan mempunyai ciri-ciri seperti ingin membaca, berupaya berfikir
secara kritis, ingin belajar dan menitikberatkan pendidikan seumur hidup. Selain itu guru
hendaklah mempunyai personaliti yang sesuai dengan profesioon perguruan dan memberi
kesan kepada pembentukan tingkah laku pelajarnya.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
29
4.2.3.3 Budaya, iklim dan fizikal
Budaya sekolah merangkumi aspek-aspek seperti ilmu, insan moral, budaya kerja, budaya
komunikasi, budaya bilik darjah dan budaya kepimpinan. Dua faktor utama yang membentuk
budaya sekolah ialah input sekolah yang berunsurkan sumber iaitu saiz, bilik darjah, nisbah
guru-pelajar, pembelajaran setiap pelajar, keadaan bangunan sekolah, bentuk kurikulum, bahan
kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan fizikal lain. Faktor kedua pula
ialah faktor-faktor proses pengurusan sekolah iaitu kepimpinan pentadbiran, kepimpinan guru,
tahap penyeliaan, misi dan visi sekolah, perasaan kekitaan dan iklim pengajaran dan
pembelajaran.
Budaya sekolah banyak bergantung kepada gaya kepimpinan pengetua dalam membina
perhubungan positif di antara guru serta pelajar. Keadaan ini memupuk semangat bekerja dan
disiplin kendiri yang tinggi di kalangan warga sekolah dan menjadikan mereka lebih komited
dan bertanggungjawab.
Kerjasama yang erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat membantu
keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahap maksimum. Dengan ini boleh
dirumuskan budaya sekolah yang dihasratkan dapat memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan
Negara (FPN) dan Rukun Negara selaras dengan norma dan nilai masyarakat Malaysia yang
dinamik dan Progresif.
Mari kita lihat pula bagaimana iklim sesebuah sekolah mempengaruhi warga sekolah. Secara
mudah iklim sekolah ialah “sifat” dan suasana yang terdapat dalam sesebuah sekolah. Sifat ini
merupakan hasil daripada interaksi dan keadaan perhubungan manusia dalam sekolah itu;
hubungan guru dengan guru, guru dengan pentadbir, guru dengan pelajar, pelajar dengan
pelajar dan seterusnya. Iklim sekolah adalah penting untuk melahirkan insan yang baik dan
dapat membantu perkembangan pelajar selaras dengan FPN iaitu melahirkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Aspek-aspek yang
mempengaruhi iklim sekolah ialah aspek fizikal sekolah, aspek sosial sekolah dan aspek
budaya ilmu
4.2.4 Media massa
Media massa dalam bentuk elektronik dan bahan-bahan cetak amat berpengaruh dalam proses
sosialisasi. Kanak-kanak lebih banyak terdedah kepada laporan, berita dan hiburan dari luar
mellui tetevisyen, radio, internet, twiter dan laman web. Tidak hairalah jika mereka juga
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
30
terpengaruh dan menjadi sebahagian pelanggan di duia konsumerisme. Ini kerana media
massa memberikan impak positif dan juga negatif dalam perkembangan sahsiah individu.
Kanak-kanak yang menonton filem ganas di television dan pawagam akan bertindak ganas dan
kasar dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan mereka menjadikan wira di dalam telivisyen
atau artis kegemaran mereka sebagai role model. Kanak-kanak perlu digalakkan menonton /
membaca bahan-bahan yang bermanfaat atau bertema baik.
Dengan perkembangan sains dan teknologi, media massa boleh mempengaruhi kemoralan
sesuatu kelompok atau masyarakat dengan mendedahkan mesyarakat itu kepada norma dan
nilai masyarakat lain. Dengan itu, maka perlulah diadakan satu tahap atau standard untuk
sebarang tingkahlaku yang membayangkan kemoralan masyarakat Malaysia yang tidak
tercemar. Pelajar-pelajar pula hendaklah diberi perlindungan dan dididik sebaiknya agar mereka
dapat menilai pengaruh luar, mana yang baik dan bermoral, mana pula yang sebaliknya.
4.2.4 Status Sosioekonomi
Menurut ahli Sosiologi Kohn (1969) perbezaan status sosioekonomi mempunyai pengaruh yang
kuat terhadap sosialisasi. Keluarga kelas pertengahan sentiasa berusaha ke arah membentuk
sifat autonomi dan kebolehan membuat keputusan sendiri pada diri anak-anak mereka. Mereka
lebih bersifat demokratik terhadap anak-anak. Sebaliknya keluarga kelas bawahan adalah lebih
autokratik, anak-anak mereka digalakkan untuk mematuhi peratuhan-peraturan tanpa soal.
4.2.5 Jantina
Sejak kecil lagi ibu bapa mengagihkan tugas-tugas mengikut jantina. Anak-anak lelaki
menolong kerja-kerja ayah manakala anak-anak perempuan pula digalakkan membantu ibunya
di rumah. Norma-norma seperti ini lebih jelas apabila mereka dewasa. Kaum lelaki
bertanggungjawab mencari nafkah dan perempuan pula bertanggungjawab untuk mengurus
rumah tangga dan mengasuh anak-anak. Walau bagaimanapun faktor masa mengubah
persepsi lama. Anak-anak perempuan kini memonopoli institusi pengajian tinggi dan seterusnya
menjawat jawatan-jawatan tinggi dan penting dalam sektor awam dan swasta. Namun begitu
masyarakat kita masih menganggap bahawa lelaki ialah ketua keluarga.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
31
Latihan 4.1
Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut.
Soalan 1
Baca kes di bawah dan jawab soalan-soalan yang disediakan.
Ibu bapa paling ramai kaki dera
PETALING JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat menerima sebanyak 1,010 laporan kes dera
terhadap kanak-kanak dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini dengan 808 kejadian
melibatkan ibu bapa mendera anak sendiri.
Jumlah itu bermakna setiap hari lapan orang kanak-kanak menjadi mangsa kes seperti
penderaan fizikal, emosi, seksual, sumbang mahram dan buang bayi.
Daripada angka yang dilaporkan, saudara-mara mangsa juga banyak terlibat dengan laporan
270 kes diikuti dengan teman lelaki si ibu (270).
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul
Jalil berkata, kecenderungan masyarakat bertindak kejam terhadap kanak-kanak sudah sampai
ke tahap membimbangkan.
"Ahli keluarga adalah golongan yang paling banyak mendera sedangkan mereka sepatutnya
memberikan perlindungan kepada kanak-kanak," ujarnya kepada pemberita selepas
merasmikan Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2010 di sini semalam.
Serentak dengan sambutan itu, kementerian berkenaan telah mewujudkan talian kanak-kanak
Childline dengan menggunakan talian 15999.
Shahrizat berkata, talian itu disatukan dengan talian Nur yang sudah wujud sebelum ini dengan
mempunyai nombor yang sama supaya ia lebih senang diingati serta praktikal dan ia beroperasi
24 jam sehari.
a) Pada pandangn anda mengapa situasi ini berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
b. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini apakah tindakan anda ?
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
32
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
Soalan 2
Adakah anda sudah berpuas hati dengan peranan sosialisasi yang dimainkan oleh ayah
anda ? Senaraikan perkara yang menyebabkan anda berpuas hati dan tidak puas hati terhadap
peranan sosialisasi ayah anda terhadap keluarga.
Rumusan
1. Seseorang individu perlu mengetahui peranan dan tanggungjawab sosial masing-
masing bagi menjamin kesejahteraan diri, masyarakat dan negara.
2. Institusi keluarga dan agen-agen moral perlu memainkan peranan masing-
masing dalam memperkasakan sistem sosial sesuatu masyarakat.
3. Perlunya kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dalam membendung
dan membenteras gejala negatif yang melanda masyarakat.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
33
4.3 Peranan agensi tempatan dan antarabangsa sebagai agen sosialisasi perubahan
masayarakat.
4.3.1 Agensi Tempatan
4.3.1.1 Yayasan Salam
Yayasan Salam Malaysia, atau ringkasnya SALAM adalah sebuah organisasi bebas dan bukan
mencari keuntungan yang ditubuhkan pada 1997 untuk menggalakkan semangat khidmat
sukarela di kalangan rakyat Malaysia. Tujuan SALAM adalah memberikan peluang kepada
rakyat Malaysia untuk berkhidmat sebagai sukarelawan di kalangan komuniti di dalam dan di
luar negara yang memerlukan perkhidmatan. SALAM maenganjurkan program-program
perkhidmatan sukarela dalam berbagai bidang tumpuan khususnya terhadap pendidikan,
kesihatan dan kerja pembangunan komuniti.
Misi Yayasan Salam
• Menganggap kerja sukarelawan adalah satu kerja yang bermakna dan berkesan untuk
membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih baik.
• Menyediakan sukarelawan yang bersedia berkhidmat kepada masyarakat dan komuniti
yang memerlukan.
Program SALAM
 Sukarelawan SALAM pernah bertugas di Aceh, Nias, dan Sri Langka ketika Tsunami
pada tahun 2004.
 Sukarelawan SALAM juga membuat kerja “outreach” untuk memujuk mangsa
penyalahgunaan dadah agar kembali ke pangkal jalan.
 Yayasan SALAM juga telah mengendalikan dua buah rumah perlindungan yang
bertempatdi Chow Kit iaitu Rumah Nur SALAM dan Rumah Sinar SALAM
 Sukarelawan SALAM juga memberikan bimbingan kepada ibu tunggal untuk menjadi
usahawan kecil dengan kerjasama pelbagai pihak agar dapat meningkatkan ekonomi
mereka.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
34
SALAM mengenali dua kategori kerja sukarela; sepenuh masa dan separuh masa. Rakyat
Malaysia yang berumur 18 taun ke atas boleh memohon untuk menjadi sukarelawan SALAM.
Konsep sukarelawan SALAM ialah:
 Suka membantu dan bekerja dengan orang lain
 Boleh berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai
 Sedia untuk menghadapi kesulitan dan kesukaran
 Sebaiknya mempunyai kemahiran dan pengalaman yang berguna yang boleh dikongsi
dengan orang lain
 Sedia belajar dan
 Sedia untuk membuat komitmen penuh masa
4.3.1.2 Majlis AIDS Malaysia
Pada 1992, satu inisiatif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia telah membawa kepada
penggabungan badan-badan bukan kerajaan dalam usaha untuk memerangi HIV/AIDS.
Kementerian berharap agar ia dapat memaksimumkan usaha mereka dan memastikan bahawa
sumber-sumber yang terhad dapat digunakan sebaik-baiknya. Majlis AIDS Malaysia merupakan
payung organisasi bagi menyokong dan menyelaras hasil usaha kerja organisasi-organisasi
pada isu-isu HIV/AIDS di Malaysia.
MAM bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan organisasi-organisasi
antarabangsa untuk memastikan satu tindakan yang komited dan berkesan terhadap kerja-kerja
yang dilakukan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) tentang isu-isu HIV/AIDS di Malaysia. MAM
merangkumi Sekretariat dan Ahli-ahli Gabungannya yang bekerjasama sebagai satu pasukan
yang meliputi seluruh negeri dan berkhidmat sebagai satu suara bagi pihak komuniti. Selain dari
menyelaras dan memperkemaskan program bersama Ahli-ahli Gabungannya, Sekretariat MAM
juga menyediakan keperluan latihan, dana dan sumber-sumber lain bagi melaksanakan
program HIV/AIDS yang berkesan kepada pelbagai komuniti di Malaysia.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
35
Majlis AIDS Malaysia (MAM) adalah satu pertubuhan yang berkomited untuk membuat satu
persekitaran yang bebas daripada impak nagatif HIV/AIDS untuk Malaysia dan semua
rakyatnya. Objektif pertubuhan ini dalam memerangi HIV/AIDS adalah;
 Meningkatkan kesedaran HIV/AIDS
 Mencegah penyebaran HIV
 Menghapuskan diskriminasi, stigma dan prejudis yang berkaitan dengan HIV/AIDS
 Menggalakkan dan melindungi hak asasi mereka yang terjejas oleh HIV/AIDS
 Memastikan kualiti kehidupan yang terbaik bagi mereka yang dijangkiti HIV/AIDS
 Menyediakan penjagaan dan sokongan kepada individu-individu yang dijangkiti
HIV/AIDS
Wawasan MAM
• Membebaskan masyarakat daripada kesan negatif HIV dan AIDS di mana wabak AIDS
dapat dikawal melalui pencegahan komprehensif, rawatan, penjagaan, sokongan dan
kesan pengurangan perkhidmatan, terutama untuk populasi yang mudah terdedah dan
dipinggirkan.
Matlamat MAM
 Untuk mewakili, memobilisasikan dan mengukuhkan organisasi badan- bukan kerajaan
dan komuniti bagi memastikan komitmen politik dan keberkesanan respon dalam
persekitaran sokongan pada negara dan peringkat tempatan.
Sekretariat MAM membantu memudahkan aktiviti Ahli-ahli Gabungannya dalam:
• Mengkoordinasi program HIV/AIDS melalui perancangan program tahunan berstruktur
dengan matlamat bagi mengurangkan pendedahan HIV bagi kumpulan sasaran mereka
(tebaran geografi dan semua kumpulan sasaran) melalui program pencegahan,
penjagaan dan sokongan
• Peningkatan kapasiti melalui latihan, program pengurusan, kewangan, advokasi dan
teknikal (proses peningkatan kapasiti Sekretariat)
• Advokasi bersama pemegang kepentingan lain (NGO, rangkaian-rangkaian, badan-
badan agensi kerajaan yang lain dan sektor swasta) bagi menyemai keperluan tindakan
segera HIV/AIDS dan mewujudkan satu persekitaran sedia ada
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
36
4.3.1.3 PEMADAM
PEMADAM iaitu Persatuan Mencegah Dadah telah ditubuhkan pada 22 Mac 1976. Mengikut
perlembagaan, YAB Perdana Menteri Malaysia adalah penaung PEMADAM dan beliau yang
akan melantik yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan.
PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia. Ia adalah satu
pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit
daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai
bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam
usaha membasmi dadah.
Peranan dan tugas utama PEMADAM adalah pedidikan pencegahan dan penyebaran
maklumat mesej anti daadah. Untuk mencapai matlamat ini, PEMADAM memberi fokus kepada
belia, pelajar, pekerja, pendidik dan ibubapa. Berbagai kursus, seminar, bengkel diadakan
supaya mesej anti dadah dapat tersebar meluas dan kemahiran mengendalikan kerja-kerja
pencegahan dadah dapat dipertingkatkan.
Objektif penubuhan PEMADAM:
 Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-
agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan
perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa
bentuk.
 Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan
untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN
 Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan
masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan
Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan
ini.
 Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah
dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan
Badan=badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.
Peranan PEMADAM
 Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan
pencegahan, pendidikan dan penerangan.
 Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan dadah
dan menganjurkan seminar, majlis dailog, forum dan kursus-kursus
 Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
37
 Bekerjasama dengan Jabatan-jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain
pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah.
4.3.1.4 MERCY
MERCY ditubuhkan oleh Datuk Dr.Jemilah Mahmood, seorang ‟obstetrics gynaecologis‟ yang
hendak memberikan bantuan kemanusiaan secara sukarela kepada rakyat Kosovo yang
sedang dalam peperangan pada tahun 1999. Kerana memerlukan bantuan kewangan, beliau
dan beberapa orang lain terpaksa menubuhkan pertubuhan ini pada mulanya kerana agak
sukar untuk mendapatkan derma dan sokongan dari organisasi lain. Oleh itu, pada Jun 1999,
Persatuan bantuan Perubatan Malaysia atau dikenali sebagai MERCY telah secara rasminya
ditubuhkan.
MERCY telah menggunakan kaaedah Pengurusan Risiko Bencana Menyeluruh atau ,Total
Disaster Risk Management, (TDRM) dalam melaksanakan beberapa projek domestik dan
antarabangsa. Tujuan penggunaan kaedah ini adalah untuk menyediakan pemahaman yang
lebih baik, dan yang paling penting ialah memberi respon terhadap pengurusan bencana ,
mengenalpasti sebab utama dan faktor-faktor yang membawa kepada bencana. TDRM
terbahagi kepada empat fasa:
 Respon Kecemasan – berfungsi untuk memastikan respon yang efektif seperti usaha
menyelamat, memadam kebakaran, pertolongan kecemasan dan evakuasi diberikan
apabila sesuatu bencana terjadi. Secara mudahnya, ia adalah fasa menyelamatkan
nyawa.
 Pemulihan – melibatkan proses pemeliharaan dan pemuliharaan. Fasa ini bertujuan
untuk menyediakan pembinaan khemah-khemah sementara, pemulihan, perancangan
penggunaan kawasan bersesuaian dan perancangan pemulihan industri.
 Usaha – mengelakkan atau mengurangkan kemusnahan apabila bencana melanda.
Contohnya, penanaman semula kawasan tadahan air untuk mengurangkan risiko
berlakunya banjir.
 Kesediaan – adalah penting untuk sentiasa bbersedia dengan alat-alat seperti peta
kawasan bencana, peralatan kecemasan dan sebagainya untuk menghadapi masa-
masa kecemasan.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
38
4.3.2 AGENSI ANTARABANGSA
4.3.2.1 UNESCO
Sejarah UNESCO
• Dikenali sebagai United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization. sebuah
agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1945.
• Sebanyak 190 negara ahli termasuk Malaysia.
• Badan dunia yang ditubuhkan pada 16 November 1945, bagi mempromosikan inisiatif
kerjasama antarabangsa bagi hal ehwal berkaitan pendidikan, sains dan kebudayaan
• Berpusat di Paris, dengan lebih 50 pejabat setempat dan beberapa institusi di seluruh
dunia
• Adalah satu-satu badan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
 Misi utama UNESCO adalah untuk mmeningkatkan pengetahuan, standard dan
kooperasi intelektual dalam menggalakkan transformasi sosial yang kondusif kepada
nilai keadilan, kebebasan dan maruah kemanusiaan secara universal. Beberapa tugas
UNESCO yang penting adalah. Etika dan hak kemanusiaan
• Projek yang menerima penajaan UNESCO termasuk kemahiran menulis dan membaca,
teknikal dan program latihan kepada guru-guru, program Sains antarabangsa; promosi
kebebasan bersuara dan media yang bebas, projek sejarah kebudayaan setempat,
promosi kepelbagaian budaya di dunia; perjanjian kerjasama antarabangsa untuk
kebudayaan dunia dan warisan semulajadi dan untuk memelihara hak asasi manusia;
dan prcubaan untuk menyatukan rangkaian antarabangsa.
• Tema UNESCO : Menyumbangkan kepada keamanan dan perkembangan manusia
dalam satu era globalisasi melalui pendidikan , sains , sains sosial , kebudayaan dan
komunikasi .
5 program UNESCO
• pendidikan
• sains
• sains sosial
• kebudayaan
• komunikasi dan informasi
• Pendidikan
• Berusaha meningkatkan pendidikan di seluruh dunia melalui projek inovasi
,nasihat teknikal
• Pendidikan asas untuk semua
• Mengurangkan bilangan buta huruf
• Pendidikan menengah,termasuk pendidikan teknikal dan vokasional
• Mempromosikan pendidikan yang berkualiti
• Peringkat pendidikan yang lebih tinggi
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
39
• Sains
•Melancarkan beberapa program antarabangsa untuk menguruskan sumber bumi
dengan lebih berkesan
•Menyokong perkembangan negara
•Air bersih dan ekosistem
•Menggalakkan penggunaan sains,kejuruteraan dan teknologi
•Memperkukuhkan sokongan terhadap pusat-pusat kajian tenaga yang boleh
dibaharui
• Sosial Sains
• Memberi kekukuhan struktural pada programnya dengan cara menggalakkan
pembangunan antarabangsa
• Mewujudkan rancangan kajian antarabangsa tentang topik-topik utama semasa
• Memperkuhkan keamanan dan demokrasi
• Kebudayaan
• Mengekalkan dan menghormati kebudayaan masing-masing
• Menggalakkan budaya keamanan di seluruh dunia
• Menggabung dan melebarkan budaya-budaya yang lain
• Meneliti hubungan budaya dengan pembangunan dan untuk menediakan
laporan tentang situasi global
• Komunikasi dan Informasi
• Memberi kuasa kepada kita dalam kebebasan bersuara dengan mencapati
maklumat dan pengetahuan.
• Menggalakkan
• perkembangan
• komunikasi
• Memajukan penggunaan ICT dalam pendidikan, sains dan kebudayaan
Contoh-contoh aktiviti dijalankan di Malaysia:
• Pengiktirafan UNESCO ke atas peranan Malaysia menjadi lebih menyerlah dengan
penubuhan dua institut di bawah Pusat Kategori II unesco DI Kuala Lumpur iaitu
Regional Humid Tripics Hydrology and Water Resources Centre for South-East Asia and
the Pacific (HTC) pada tahun 1999 dan International Science, Technology and
Innovation centre for South-East Cooperation (ISTIC) pada tahun 2008.
• Malaysia juga turut berbangga dengan kejayaan Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak
dan Taman Negara Kinabalu, Sabah mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Dunia
UNESCO bagi kategori Semulajadi; serta Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang bagi
kategori kebudayaan.
• UNESCO juga turut mengiktiraf Tasik Chini, Pahang sebagai tapak Rizab Biosfera
UNESCO, manakala Langkawi diiktiraf sebagai geopark pertama di Malaysia dan Asia
Tenggara.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
40
4.3.2.2 WWF
Sejarah WWF
• Organisasi perlindungan, dulunya bernama World Wildlife fund
• Kini menjadiThe World Wide Fund for Nature, WWF ditubuhkan pada 1 September 1961
oleh beberapa orang, di antaranya ahli biologi Sir Julian Huxley, Pengeran Bernhad dari
Belanda, Max Nicholson dan naturalis dan pelukis Sir Peter Scott yang mencipta logo
panda hitam putihnya.
• sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang bertujuan memupuk
pemeliharaan, kajian dan pemuliharaan alam semulajadi.
• Mempunyai 28 organisasi nasional dan pusatnya berada di Gland
• misi : untuk menghentikan dan memulihkan kemusnahan alam sekitar semulajadi kita
Peranan
• Memperjuangkan penjagaan alam sekitar, merupakan nadi kepaada persatuan
yang kuat menegakkan keadilan tentang alam sekitar
• Menyedarkan orang ramai tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.
Antaranya kepentingan sungai, hutan dan udara yang segar
• Menyuarakan pendapat tentang kepentingan penggunaan alatan mesra alam.
Misalnya peti sejuk bebas, pendingin udara bebas CFC
• Menyarankan pembangunan yang mesra alam seperti menanam pokok-pokok di
atas bumbung bangunan dan ruang-ruang kosong, tumbuh-tumbuhan penting
untuk menyeimbangkan suhu di sesuatu kawasan selain menjadi pelindung
apabila berlaku angin kencang
• Melindungi jenis genetik, spesis dan ekosistem
• Mengekalkan spesies alam semula jadi yang semakin pupus
• Pemeliharaan spesis-spesis binatang
• Pemuliharaan habitat alam semula jadi
• Menjalankan penyelidikan terhadap hidupan yang musnah dan berusaha
mengatasinya
Contoh-contoh aktiviti WWW yang dijalankan di Malaysia
1. Earth Hour
•Earth Hour adalah satu acara antarabangsa tahunan icipta oleh WWF yang meminta
keluarga an syarikat-yarikat untuk memadamkan lampu-lampu dan alat-alat elektrik
mereka yang tidak perlu untuk sejam demi menimbulkan kesedaran mengenai
perubahan iklim.
•Ia dipelopori oleh WWF Australia dan Syedney Morning Herald pada 2007, dan
mencapai penyertaan di seluruh dunia pada 2008
•Pada Mac, 2009, jam 8.30pm – 9.30pm, Ia telah dimulakan di Malaysia
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
41
2. Plan Pembangunan dan Pengurusan Untuk Kawasan Perlindungan Burung
• WWF Malaysia bertindak sebagai pakar perundinga kepada Jabatan Hidupan Liar di
Sabah bagi menyusun Pelan Pembangunan dan Pengurusan untuk Kawasan
Perlindungan Burung.
• Matlamat utama projek ini adalah untuk melindungi habitat ini daripada
pembangunan bandar selanjutnya dan untuk mempromosikan kesedaran awam
tentang kepentingan tanah paya dengan mewujuskan satu kawasan perlindungan
tanah paya yang sistematik.
3. Plan Polar Pelancungan Negara
• Plan Polar Perlancungan Negara disediakan untuk Kementerian Kebudayaan &
Pelancungan (KKP) oleh WWF Malaysia
• Matlamat utamanya adalah untuk membantu pihak kerajaan Malaysia pada
peringkat Negara dan Negeri dalam memperkembangkan Ekiologi Pelancungan
yang berpotensi di Malaysia.
• Sebagai alat yang efektif dalam pemuliharaan khazanah alam semulajadi dan
kebudayaan negara
• KKP dan WWF Mlaysia telah bekerjasama untuk mengekstrak garis panduan
pelancungan daripada plan ini untuk menghasilkan risalah dalam Bahasa Malaysia
dan Inggeris untuk diedarkan secara meluas.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
42
TAJUK 6 Apresiasi Moral
5.0 TOKOH MORAL ANTARABANGSA
Tokoh antarabangsa ialah tokoh yang sangat dihormati dan telah diiktiraf di peringkat
antarabangsa dan telah banyak memberi sumbangan diperingkat antarabangsa. Tokoh
antarabangsa yang akan dibincangkan dalamkursus jangka pendek ini ialah William Henry
Gates III atau lebih dikenalisebagai Bill Gates iaitu Pegawai Eksekutif untuk Microsoft
Corporation, sebuah syarikat perisian terbesar di dunia.
5.1 LATAR BELAKANG BILL GATES
William Henry Gates III atau Bill Gates dilahirkan di
Seattle‟s Swedish Hospital di Seattle,Washingtonpada 28Oktober 1955. Beliau ialah ahli
perniagaanAmerika Syarikatdan pengasasMicrosoft Corporation(bersama Paul Allen). Beliau
adalah anak kedua kepada William Henry Gates Junior,
Seorang peguam ternama, dan Mary Maxwell, bekas guru sekolah. Beliau juga adalah
pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas KetuaPegawai Eksekutif untuk Microsoft
Corporation, sebuah syarikat perisianterbesar di dunia. Bill Gates ialah salah seorang ahli
perniagaan yang amatterkenal dalam revolusi komputer peribadi. Beliau sangat dihormati
ramaidengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya.Bill Gates mengahwini
bekas pengurus produk di syarikatnya, MelindaFrench yang berasal dariDallas,Texaspada 1
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
43
Januari,1994di Hawaii. Mereka dikurniakan tiga anak, Jennifer Katharine Gates (April 26, 1996),
RoryJohn Gates (Mei 23, 1999) and Phoebe Adele Gates (2002). Apabila diwawancara oleh
Wired News pada 12:35 PM Nov. 12, 2002 ,mengenai harta kekayaan dan masa depan anak-
anaknya, beliau menjawab "Saya rasa tidak baik untuk anak-anak membesar dengan mewarisi
harta kekayaaanyang berbillion". Tambah Bill Gates lagi, beliau akan memastikan anak-
anaknya hidup senang dan dijaga dengan baik. Bill Gates juga berkata, anak-anaknya hanya
akan mewarisi USD $10 million seorang.Selain itu, Bill Gates kerap membuat sumbangan
dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian
sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates
Foundation
. Majalah Forbes, menyenaraikan beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun
berturut-turut, dengan nilai sebanyak $60 bilion sehingga.
Masa muda
Bill Gates merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendahterutama dalam mata
pelajaran matematik dan sains. Pada umur 13 tahun,Bill Gates dihantar belajar ke Lakeside
School For Boys sekolah yang palingunggul di Seattle. Bill Gates menunjukkan minat yang
amat tinggi dalampengaturcaraan GE menggunakan BASIC dan diberi kelonggaran
tidakmenghadiri kelas matematik untuk minatnya itu. Pada usia 14 tahun, BillGates memulakan
syarikat usahasama bersama Paul Allen dan Paul Gilbertyang dipanggil Traf-O-Data , Bill
Gates, menurut sumber akhbar mendapatmarkah 1590 untuk SAT (Kelayakan unutk memasuki
universiti diAmerika Syarikat) dan memohon untuk memasuki Universiti Harvard pada
musimluruh 1973 dalam bidang undang-undang. Ketika belajar di universiti tersebut,beliau
berkenalan dengan Steve Ballmer yang kini memegang jawatansebagai Ketua Pegawai
Eksekutif, Microsoft Corporation .Bill Gates kemudiannya menubuhkan syarikat, Micro-Soft,
bersamaPaul Allen dan mengambil cuti belajar dari Harvard untuk memulakanperniagaan
barunya. Microsoft BASIC menjadi perisian yang popular kepada ramai pengemar komputer
dan sumber kodnya disalin dan diedar secarameluas kepada komuniti – komuniti peminat
komputer. Microsoft memutuskan kerjasamanya dengan MITS pada penghujung 1976 dan
meneruskanpembinaan bahasa pengatucaraan perisian (programming language software)
untuk pelbagai sistem.
Kekayaan dan pelaburan
Bill Gates merupakan antara senarai tetap majalah Forbes untuk "400Orang terkaya di Amerika
Syarikat” ( dari tahun 1993 sehingga 2006; danmendapat tempat nombor 1 untuk senarai orang
terkaya di dunia dari 1995sehingga 2007 ( kecuali 1997 ). Selain dari Microsoft, Bill Gates juga
adamembuat pelaburan di dalam syarikat lain. Beliau membuka syarikat Corbis,syarikat imej
digital pada tahun 1989. Pada tahun 2004, beliau menjadipengarah di Berkshire Hathaway,
syarikat pelaburan yang diketuai olehrakannya Warren Buffett.
PENDIDIKAN MORAL ELM3104
44
Dana sumbangan dan kebajikan
Pada tahun 2000, Bill Gates menubuhkan Bill & Melinda GatesFoundation, sebuah yayasan
amal bersama isterinya. Yayasan ini memberi dana - dana termasuk biasiswa kolej kepada
yang kurang berkemampuan untuk membayar yuran pelajaran, ubat-ubat untuk AIDS,
membantu pesakit-pesakit di negara-negara dunia ketiga dan banyak lagi. Dalam tahun
2000 juga, yayasan ini telah menyumbangkan USD$210 juta kepada Universiti Cambridge di
atas nama Gates Cambridge Scholarships. Yayasan Bill &Melinda Gates juga telah
menyumbangkan lebih dari USD$7 juta kepadabanyak organisasi termasuk United Negro
College Fund . Menurut majalahForbes keluaran tahun 2004, Bill Gates telah menderma lebih
dari USD$29billion dari tahun 2000 ~ 2004 sahaja.Salah satu dari minat utama Bill Gates ialah
untuk memperbaiki kualiti sekolah-sekolah umum di Amerika Syarikat. Beliau telah memberi
banyaksumbangan untuk mencapai matlamat beliau dan juga muncul dalam OprahWinfrey
untuk menekankan isu - isu yang ada di dalam sistem pembelajaranAmerika. Beliau juga
muncul di majlis kongres Amerika Syarikat untuk membentangkan isu tersebut.
Anugerah dan penghormatan
Majalah TIME menamakan Bill Gates sebagai orang nombor 1 dalam100 yang paling
berpengaruh untuk abad ke-20 dan juga pada tahun 2004,2005 dan 2006. Bill Gates dan Oprah
Winfrey adalah 2 orang yang mendapattempat di dalam keempat-empat senarai tersebut.
Majalah TIME jugamenamakan Bill Gates, isterinya Melinda, dan penyanyi utama kumpulan
U2,Bono sebagai “Persons of the Year” pada tahun 2005 untuk sumbanganbesar yang diberi di
dalam misi kemanusiaan. Pada tahun yang sama, padabulan Mac, Bill Gates dianugerahkan
darjah kesatriaan “Knight Commander of the Order of the British Empire” daripada Ratu
Elizabeth II. Pada tahun2006, beliau dianugerahkan dengan “Premio Príncipe de Asturias en
Cooperación Internacional”. Bill Gates juga mendapat tempat ke-8 olehmajalah New Statesman
pada tahun 2006 sebagai "Heroes of our time”.Bill Gates tersenarai di dalam Sunday Times
“Power List” pada tahun1999, sebagai “CEO of the year“ oleh majalah Chief Executive Officers
padatahun 1994, tempat pertama di dalam "Top 50 Cyber Elite" oleh majalah TIMEpada tahun
1998, tempat ke-2 di dalam Upside Elite 100 pada tahun 1999dan disenaraikan oleh The
Guardian sebagai "Top 100 influential people inmedia" pada tahun 2001. Bill Gates menerima 3
sarjana kedoktoran dariNyenrode Business Universiteit, Breukelen, Belanda pada tahun 2000,
RoyalInstitute of Technology, Stockholm, Sweden pada tahun 2002 dan WasedaUniversity,
Tokyo, Jepun pada tahun 2005. Para entomology menamakanbunga Eristalis gatesi , sebagai
penghormatan kepada Bill Gates.Bill Gates dan Melinda menerima “Prince of Asturias Award”
dariInternational Cooperation pada Mei, 4, 2006, sebagai penghormatan di ataskerja-kerja amal
dan sumbangan yang diberikan. Pada November 2006,beliau dan isterinya dianugerahkan
dengan “Order of the Aztec Eagle” untukkerja amal dan sumbangan mereka di dalam kesihatan
dan pendidikansedunia, terutamanya di Mexico untuk program "Un país de lectores".
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL
MORAL

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Faktor-faktor yang Menyebabkan Pelajar Tidak Bermoral
Faktor-faktor yang Menyebabkan Pelajar Tidak BermoralFaktor-faktor yang Menyebabkan Pelajar Tidak Bermoral
Faktor-faktor yang Menyebabkan Pelajar Tidak BermoralHanim Zabidi
 
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Mohd Shuhaimi Padzil
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri
 
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaAL Imtiyaz
 
Report crime & devian muhammad b abdullah
Report crime & devian muhammad b abdullahReport crime & devian muhammad b abdullah
Report crime & devian muhammad b abdullahUbaidillah Muhammad
 
Cegah kenakalan-remaja-melalui-pendidikan-karakter
Cegah kenakalan-remaja-melalui-pendidikan-karakterCegah kenakalan-remaja-melalui-pendidikan-karakter
Cegah kenakalan-remaja-melalui-pendidikan-karakterkencana skinclinic
 
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMA
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMATugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMA
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMAAgnes Yodo
 
Tugas Presentasi Sosiologi
Tugas Presentasi SosiologiTugas Presentasi Sosiologi
Tugas Presentasi Sosiologiplainzahra
 
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIAPERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIAzatul ayuni
 
Degradasi moral
Degradasi moralDegradasi moral
Degradasi moralkamalkun
 
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaKarya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaOperator Warnet Vast Raha
 
Makalah kenakalan remaja
Makalah kenakalan remajaMakalah kenakalan remaja
Makalah kenakalan remajaavsai
 
Makalah kenakalan remaja yang tidak ada habis
Makalah kenakalan remaja yang tidak ada habisMakalah kenakalan remaja yang tidak ada habis
Makalah kenakalan remaja yang tidak ada habisHardi Stiper
 

Was ist angesagt? (20)

Makalah kenakalan remaja
Makalah kenakalan remajaMakalah kenakalan remaja
Makalah kenakalan remaja
 
Faktor-faktor yang Menyebabkan Pelajar Tidak Bermoral
Faktor-faktor yang Menyebabkan Pelajar Tidak BermoralFaktor-faktor yang Menyebabkan Pelajar Tidak Bermoral
Faktor-faktor yang Menyebabkan Pelajar Tidak Bermoral
 
Isu moral
Isu moralIsu moral
Isu moral
 
Karangan Isu Remaja
Karangan Isu RemajaKarangan Isu Remaja
Karangan Isu Remaja
 
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
Asgmnt pendidikan akhlak islam dapat menyelesaikan kemelut gejala sosial dala...
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinyaMslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
Mslh sosial klngn remaja dan cara mengatasinya
 
Kenakalan remaja masa kini
Kenakalan remaja masa kiniKenakalan remaja masa kini
Kenakalan remaja masa kini
 
Report crime & devian muhammad b abdullah
Report crime & devian muhammad b abdullahReport crime & devian muhammad b abdullah
Report crime & devian muhammad b abdullah
 
Kenakalan Remaja
Kenakalan RemajaKenakalan Remaja
Kenakalan Remaja
 
Cegah kenakalan-remaja-melalui-pendidikan-karakter
Cegah kenakalan-remaja-melalui-pendidikan-karakterCegah kenakalan-remaja-melalui-pendidikan-karakter
Cegah kenakalan-remaja-melalui-pendidikan-karakter
 
pengenalan
pengenalanpengenalan
pengenalan
 
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMA
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMATugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMA
Tugas sosiologi (kenakalan remaja) untuk mata pelajaran Sosiologi SMA
 
Tugas Presentasi Sosiologi
Tugas Presentasi SosiologiTugas Presentasi Sosiologi
Tugas Presentasi Sosiologi
 
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIAPERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
PERMASALAHAN SOSIAL DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
 
Degradasi moral
Degradasi moralDegradasi moral
Degradasi moral
 
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remajaKarya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
Karya ilmiah pergaulan bebas di kalangan remaja
 
Makalah kenakalan remaja
Makalah kenakalan remajaMakalah kenakalan remaja
Makalah kenakalan remaja
 
Makalah kenakalan remaja yang tidak ada habis
Makalah kenakalan remaja yang tidak ada habisMakalah kenakalan remaja yang tidak ada habis
Makalah kenakalan remaja yang tidak ada habis
 
Bab[8]
Bab[8]Bab[8]
Bab[8]
 

Andere mochten auch

47343286 elm-3101-pendidikan-moral-1
47343286 elm-3101-pendidikan-moral-147343286 elm-3101-pendidikan-moral-1
47343286 elm-3101-pendidikan-moral-1Thulasi Murugan
 
Respons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanRespons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanNaveen Segaran
 
Laporan kes ponteng 2015
Laporan kes ponteng 2015Laporan kes ponteng 2015
Laporan kes ponteng 2015Zack Azizdin
 
Penderaan seksual
Penderaan seksualPenderaan seksual
Penderaan seksualArra Asri
 
Mpu 1341 moral 2 topik 3
Mpu 1341 moral 2 topik 3Mpu 1341 moral 2 topik 3
Mpu 1341 moral 2 topik 3Arise Ling
 
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakanalisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakUkhuwahfillah Dua Benua
 
2 panduaan pelaksanaan_pp_da
2 panduaan pelaksanaan_pp_da2 panduaan pelaksanaan_pp_da
2 panduaan pelaksanaan_pp_daalangbariah bidin
 
Analisa data maklumat dan analisa swot
Analisa data maklumat dan analisa swotAnalisa data maklumat dan analisa swot
Analisa data maklumat dan analisa swotsmklunas2011
 
Kaedah penyelidikan
Kaedah penyelidikanKaedah penyelidikan
Kaedah penyelidikanMohd Zaidy
 
PSK Slide Tema 3
PSK Slide Tema 3PSK Slide Tema 3
PSK Slide Tema 3R.w. Roslan
 

Andere mochten auch (12)

Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
47343286 elm-3101-pendidikan-moral-1
47343286 elm-3101-pendidikan-moral-147343286 elm-3101-pendidikan-moral-1
47343286 elm-3101-pendidikan-moral-1
 
Respons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupanRespons terhadap realiti kehidupan
Respons terhadap realiti kehidupan
 
Seksualiti k.kursus
Seksualiti k.kursusSeksualiti k.kursus
Seksualiti k.kursus
 
Laporan kes ponteng 2015
Laporan kes ponteng 2015Laporan kes ponteng 2015
Laporan kes ponteng 2015
 
Penderaan seksual
Penderaan seksualPenderaan seksual
Penderaan seksual
 
Mpu 1341 moral 2 topik 3
Mpu 1341 moral 2 topik 3Mpu 1341 moral 2 topik 3
Mpu 1341 moral 2 topik 3
 
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakanalisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
 
2 panduaan pelaksanaan_pp_da
2 panduaan pelaksanaan_pp_da2 panduaan pelaksanaan_pp_da
2 panduaan pelaksanaan_pp_da
 
Analisa data maklumat dan analisa swot
Analisa data maklumat dan analisa swotAnalisa data maklumat dan analisa swot
Analisa data maklumat dan analisa swot
 
Kaedah penyelidikan
Kaedah penyelidikanKaedah penyelidikan
Kaedah penyelidikan
 
PSK Slide Tema 3
PSK Slide Tema 3PSK Slide Tema 3
PSK Slide Tema 3
 

Ähnlich wie MORAL

Sosiologi tawuran pelajar
Sosiologi tawuran pelajarSosiologi tawuran pelajar
Sosiologi tawuran pelajarNita Mardiana
 
Efolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 newEfolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 newDaengsMuslihah
 
Tawuran Dikalangan Remaja (Materi Sosiologi)
Tawuran Dikalangan Remaja (Materi Sosiologi)Tawuran Dikalangan Remaja (Materi Sosiologi)
Tawuran Dikalangan Remaja (Materi Sosiologi)Rio Anggala
 
Modul disiplin b&k(noor)
Modul disiplin b&k(noor)Modul disiplin b&k(noor)
Modul disiplin b&k(noor)Noorsalehan Noor
 
kenakalan remaja
kenakalan remajakenakalan remaja
kenakalan remajasovia24
 
Musni Umar Pencegahan Tawuran antar Warga dan Kumpulan Orang Banyak
Musni Umar Pencegahan Tawuran antar Warga dan Kumpulan Orang BanyakMusni Umar Pencegahan Tawuran antar Warga dan Kumpulan Orang Banyak
Musni Umar Pencegahan Tawuran antar Warga dan Kumpulan Orang Banyakmusniumar
 
makalah tawuran antar pelajar.docx
makalah tawuran antar pelajar.docxmakalah tawuran antar pelajar.docx
makalah tawuran antar pelajar.docxAmaliaJuaddy
 
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)PuputPamela
 
Modal asiment
Modal asimentModal asiment
Modal asimentYing Yin
 
MAKALAH KENAKALAN REMAJA.docx
MAKALAH KENAKALAN REMAJA.docxMAKALAH KENAKALAN REMAJA.docx
MAKALAH KENAKALAN REMAJA.docxjefer19
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdf
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdfModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdf
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdfImanSetiawan26
 
Lembar kerja mandiri siswa
Lembar kerja mandiri siswaLembar kerja mandiri siswa
Lembar kerja mandiri siswaFathur Marah
 

Ähnlich wie MORAL (20)

Sosiologi tawuran pelajar
Sosiologi tawuran pelajarSosiologi tawuran pelajar
Sosiologi tawuran pelajar
 
Efolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 newEfolio pengajian islam 3 new
Efolio pengajian islam 3 new
 
Tawuran Dikalangan Remaja (Materi Sosiologi)
Tawuran Dikalangan Remaja (Materi Sosiologi)Tawuran Dikalangan Remaja (Materi Sosiologi)
Tawuran Dikalangan Remaja (Materi Sosiologi)
 
Modul disiplin b&k(noor)
Modul disiplin b&k(noor)Modul disiplin b&k(noor)
Modul disiplin b&k(noor)
 
Asg2
Asg2Asg2
Asg2
 
Makalah kenakalan remaja STIP KABUPATEN MUNA
Makalah kenakalan remaja STIP KABUPATEN MUNA Makalah kenakalan remaja STIP KABUPATEN MUNA
Makalah kenakalan remaja STIP KABUPATEN MUNA
 
kenakalan remaja
kenakalan remajakenakalan remaja
kenakalan remaja
 
Musni Umar Pencegahan Tawuran antar Warga dan Kumpulan Orang Banyak
Musni Umar Pencegahan Tawuran antar Warga dan Kumpulan Orang BanyakMusni Umar Pencegahan Tawuran antar Warga dan Kumpulan Orang Banyak
Musni Umar Pencegahan Tawuran antar Warga dan Kumpulan Orang Banyak
 
makalah tawuran antar pelajar.docx
makalah tawuran antar pelajar.docxmakalah tawuran antar pelajar.docx
makalah tawuran antar pelajar.docx
 
Makalah tawuran
Makalah tawuranMakalah tawuran
Makalah tawuran
 
Makalah tawuran SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA
Makalah tawuran SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA Makalah tawuran SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA
Makalah tawuran SMA 1 RAHA KABUPATEN MUNA
 
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
Psikologi Perkembangan II (kenakalan remaja)
 
Modal asiment
Modal asimentModal asiment
Modal asiment
 
PPT AGAMA KEL 10.pdf
PPT AGAMA KEL 10.pdfPPT AGAMA KEL 10.pdf
PPT AGAMA KEL 10.pdf
 
MAKALAH KENAKALAN REMAJA.docx
MAKALAH KENAKALAN REMAJA.docxMAKALAH KENAKALAN REMAJA.docx
MAKALAH KENAKALAN REMAJA.docx
 
Artikel penyimpangan sosial
Artikel penyimpangan sosialArtikel penyimpangan sosial
Artikel penyimpangan sosial
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdf
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdfModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdf
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya, Stop Bullying.pdf
 
Makalah tawuran
Makalah tawuranMakalah tawuran
Makalah tawuran
 
Art therapy in bullies issues
Art therapy in bullies issuesArt therapy in bullies issues
Art therapy in bullies issues
 
Lembar kerja mandiri siswa
Lembar kerja mandiri siswaLembar kerja mandiri siswa
Lembar kerja mandiri siswa
 

Mehr von Rizal Abdullah (10)

Modul pkp 3117
Modul pkp 3117Modul pkp 3117
Modul pkp 3117
 
Jwpepnov13 final
Jwpepnov13 finalJwpepnov13 final
Jwpepnov13 final
 
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
Pkp 3107 tajuk 1 hingga 8
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Tugasan 1 oll
Tugasan 1 ollTugasan 1 oll
Tugasan 1 oll
 
Rekreasi matematik
Rekreasi matematikRekreasi matematik
Rekreasi matematik
 
Tugasan 2 oll
Tugasan 2 ollTugasan 2 oll
Tugasan 2 oll
 
Pkp3111
Pkp3111Pkp3111
Pkp3111
 
Bolasepaksr
BolasepaksrBolasepaksr
Bolasepaksr
 
Splg modul eprofile
Splg modul eprofileSplg modul eprofile
Splg modul eprofile
 

MORAL

  • 1. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 1 TAJUK 1: MASALAH-MASALAH MORAL DI SEKOLAH (a) Lawan / Cabar Guru Lawan atau cabar guru bermaksud membantah atau membangkang arahan yang diberikan oleh guru. Punca-punca berlakunya perbuatan tersebut 1. merasakan diri dimalukan di khalayak ramai...dihukum 2. ingin mempamerkan rasa tidak puas hati kepada guru 3. hilangnya rasa hormat seorang murid kepada gurunya 4. berlaku perbezaan pendapat di antara seorang murid dengan gurunya yang membawa kepada pertelingkahan Langkah-langkah Mengatasi 1. Guru tidak perlu terlalu berkasar dengan murid. 2. memberi kaunseling dan motivasi kepada murid-murid yang bermasalah 3. Guru perlu menegur segala kesalahan murid secara berhemah 4. Mengadakan kempen “hormatilah guru anda” 5. Pihak sekolah perlu memastikan pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah: a. belakang bangunan b. kaki lima sekolah yang sunyi 6. Menggalakkan pelajar menyertai kelab pencegah jenayah 7. Pelajar haruslah pandai memilih rakan sebaya 8. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak (b) Buli Buli bermaksud segala masalah yang meliputi segala kegiatan seperti memeras ugut, memaki, mengejek, menghina, menumbuk, dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap mangsanya. Punca-punca berlakunya perbuatan tersebut: 1. Kekurangan penghayatan nilai agama 2. Ibu bapa yang kurang memberikan perhatian dan kasih sayang terhadap anak-anak kerana  Sibuk mencari duit;  Bersikap materialistik 3. Terpengaruh dengan rakan sebaya Langkah-langkah mengatasi 1. Pihak sekolah menitikberatkan masalah ini dalam mata pelajaran di sekolah melalui mata pelajaran:  Pendidikan Moral  Pendidikan Islam  Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
  • 2. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 2 2. Mengadakan ceramah dan kempen:  Kempen tentang anti buli;  Kuiz tentang kes buli (c) Gengsterisme Gejala gensterisme di kalangan para pelajar boleh dikaitkan dengan tahap disiplin seseorang individu. Menurut Kamus Dewan ,” Disiplin membawa pengertian latihan pemikiran dan kelakuan supaya ahli masyarakat atau individu boleh mengawal diri,peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang berkelakuan baik. Manakala dari sudut agama Islam disiplin dapat disimpulkan satu tatacara larangan atau satu sistem hukuman yang dikenakan ke atas seseorang.Selain itu ia adalah satu proses latihan dan pembelajaran yang bertjuan untuk membetul, menguat dan menyuburkan unsur-unsur kawalan diri serta kepatuhan kepada peraturan dan norma-norma kebudayaan. http://tuanmat.tripod.com/gengsterisme.html Gengsterisme adalah sejenis tingkah laku yang sudah lama wujud di kalangan pelajar dan masih berterusan sehingga kini. Keadaan menjadi bertambah serius apabila pelajar perempuan dan murid sekolah rendah di kesan terlibat dengan gejala samseng yang dikenali sebagai gengsterisme. Peningkatannya kelihatan seiring degan kemajuan dan pembangunan negara. Thrasher (1961) mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkah laku yang sama,perjumpaan secara bersemuka,gerakan secara berunit,konflik dan mempunyai perancangan. Biasanya terdapat beberapa tanda penglibatan dalam kumpulan samseng. Sesetengah daripadanya jelas dan ada di antaranya yang memerlukan siasatan. Setiap kumpulan samseng mempunyai simbol dan ikonnya sendiri. Tidak kira sama ada mereka masih baru atau tidak penting dalam dunia gengsterisme ini, mereka mempunyai logo, tanda, atau isyarat mereka tersendiri. Punca-punca 1. Keluarga  Keluarga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi gengsterisme. Keluarga adalah satu unit(kumpulan) yang terdiri daripada ahli-ahli yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Keluarga juga merujuk kepada kombinasi ibu bapa yang tinggal serumah dan mempunyai anak.  Kegagalan ibu bapa memberikan bimbingan dan perhatian terhadap anaknya merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi gejala gengsterisme ini.  Kesibukan ibu bapa mencari rezeki untuk menampung keluarga mengakibatkan sesetengah remaja hidup dalam keadaan terbiar.  Terdapat ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik kepada guru dan pihak sekolah.  Sesetengah ibu bapa langsung tidak ambil kisah tentang kegiatan anaknya dengan kawan-kawan anaknya. 2. Media  Media ialah satu proses komunikasi berasaskan usaha mengatur persefahaman antara manusia yang pada mulanya menerusi bahasa yang diucapkan.  Perkembangan teknologi maklumat dan siber telah membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain tidak memerlukan ruang dan masa.  Namun begitu, media juga banyak memberikan kesan negatif sehingga ia menjadi faktor yang mempengaruhi gengsterisme.  Media massa yang berbentuk cetak atau elektronik kini semakin sukar di kawal. Remaja terpengaruh dengan filem yang tidak bermoral dan ganas yang diimport dari
  • 3. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 3 negara-negara barat. Budaya dan gaya orang barat yang tidak beretika iaitu sedikit sebanyak telah merubah cara hidup remaja kita. 3. pengaruh rakan sebaya.  Rakan sebaya merupakan rakan seumur dan dikategorikan rakan sepermainan, seperjalanan,dan rakan seperjuangan.  Semakin kuatnya pengaruh rakan sebaya yang sebilangan kecil menjurus kepada pembentukan kumpulan geng atau samseng. Pembentukan kumpulan ini, telah membawa kepada pembentukan budaya sendiri dalam kalangan remaja. Dalam kalangan remaja tersebut, mereka ingin memelihara budaya khususnya kumpulan masing-masing. 4. pencapaian akademik yang rendah.  Pelajar yang lemah dalam bidang akademik mempuyai risiko yang tinggi untuk menyertai kumpulan gengster. Terdapat pelajar yang lemah menggabung diri dengan kumpulan yang terlibat dalam aktiviti yang negatif itu.  Penglibatan pelajar tersebut adalah untuk mendapatkan sokongan moral yang membolehkan diri mereka mempunyai identiti yang tersendiri.  Sesetengah pelajar pula untuk mendapatkan perhatian,pengiktirafan dan mempunyai kuasa untuk memenuhi cita rasa masing-masing. Kesan- kesan 1. Kewujudan kumpulan samseng ini akan membawa kesan negatif pada pihak sekolah. Ahli –ahli kumpulan sering melakukan kegiatan-kegiatan ganas di sekolah. 2. Sekiranya ahli kumpulan ini dapat menubuhkan satu jaringan aktiviti yang kuat di sekolah ia akan menganggu dan melemahkan seluruh perjalanan sekolah. 3. Selain itu, gejala samseng ini juga akan menggangu proses pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan - kumpulan ini akan mencurahkan perasaan benci dan tidak puas hati dengan menganggu proses P&P di sekolah. 4. Selain itu juga, gejala gengsterisme ini akan mewujudkan budaya takut dalam masyarakat. Kehadiran gengster ini akan menyebabkan orang ramai berasa takut untuk melakukan aktiviti harian. Contohnya mereka akan di paksa memberi wang, diperas ugut dan dipukul jika tidak mengikut kemahuan mereka. 5. Kewujudan gejala gengsterisme ini juga akan menyebabkan berlakunya vandalisme dan merosakkan harta benda awam. Jenis vandalisme yang dilakukan dengan melakukan contengan grafik pada harta benda awam seperti di tandas awam, bangunan-bangunan di tepi jalan dan telefon awam. Grafik tersebut sukar dipadam dan memerlukan kos yang banyak untuk membersihkannya. Langkah-langkah mengatasi 1. Pihak sekolah perlu diberikan peruntukan kuasa yang lebih besar untuk mengambil yang setimpal terhadap kesalahan dan masalah yang dilakukan oleh pelajar. 2. Selain itu, kerjasama antara semua pihak adalah amat penting bagi membanteras gejala ini. Kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa,pelajar, serta tidak terkecuali pihak media dan pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) diperlukan. Kerjasama tersebut akan mewujudkan satu persekitaran yang bebas dari unsur-unsur keganasan dan gengsterisme. 3. Langkah seterusnya ialah peranan dan pemantauan ibu bapa. Ibu bapa perlu perlu melakukan pemantauan dan pengawalan terhadap gerak-geri anak-
  • 4. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 4 anaknya. Ibu bapa juga perlu mengambil berat terhadap segala aktiviti yang dilakukan oleh anaknya sama ada di sekolah dan di luar sekolah. 4. Oleh itu pihak berwajib perlu memandang serius terhadap masalah sosial ini. Gejala gengsterisme ini perlulah dibendung dengan segera supaya ia tidak akan mendatangkan masalah yang lebih teruk pada masa akan datang. Dalam mengatasi masalah ini kerjasama antara kesemua pihak adalah sangat penting. Justeru pihak berwajib sentiasa bersiap sedia untuk menangani masalah ini dengan lebih efisen dan komited. http://masalahsosialdimalaysia. blogspot.com/2010/08/gengsterisme.html (d) Vandalisme Laku musnah atau Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Perkataan vandalisme berasal daripada nama sebuah puak di Eropah, Vandal, yang telah membinasakan kota Rome pada tahun 445. Pada lazimnya, laku musnah ditanggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap kondisi mayarakat. Vandalisme juga merupakan perlakuan merosakkan, memusnahkan, mengotorkan benda- benda serta peralatan yang bukan kepunyaan sendiri yang seterusnya menggugat kesejahteraan hidup orang lain. Punca-punca berlakunya perbuatan ini 1. Pengaruh rakan sebaya  Pelajar biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya  Tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah idea menconteng harta awam dan merosakkannya 2. Ibu bapa dan keluarga  Berasal daripada keluarga yang bermasalah atau keluarga yang mengamalkan cara hidup yang negatif.  Kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa Langkah-langkah mengatasi 1. Penguatkuasaan Undang-undang  Sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM2,000.00 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.  Menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan memakai pakaian seragam pesalah vandalisme 2. Peranan ibu bapa dan keluarga  Memberi tunjuk ajar akan falsafah kepentingan harta benda awam  Mengasihi dan mendampingi anak-anak agar tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati mereka. 3. Peranan masyarakat dan pihak sekolah  Masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberikan perhatian kepada anak-anak  Memberi bimbingan dan nasihat kepada pelajar kepentingan harta awam 4. Peranan Media massa  Menyampaikan maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancangan yang tersiar
  • 5. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 5  Membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen „Harta Awam Milik Kita Bersama‟. (d) Melepak Merupakan satu aktiviti yang dilakukan untuk menghabiskan masa lapang di tempat-tempat awam seperti kompleks beli-belah, perhentian bas, tempat-tempat hiburan dan sebagainya tanpa tujuan yang berfaedah. Punca-punca berlakunya perbuatan tersebut 1. Kurangnya kawalan, pengawasan, dan perhatian ibu bapa terhadap anak-anak. 2. Berasa bosan tinggal di rumah tanpa sumber hiburan dan kemudahan-kemudahan untuk memenuhi masa mereka secara lebih berfaedah 3. Tiada suasana yang harmoni di rumah mereka Langkah-langkah mengatasi 1. Ibu bapa mengorbankan sedikit waktu untuk bersama-sama anak mereka sama ada di rumah atau pun dengan mengadakan aktiviti bersama keluarga di luar rumah. 2. Menggalakkan anak-anak menyertai aktiviti-aktiviti yang berfaedah  Kelab Rakan Muda  Khidmat Masyarakat  Kem Bina Diri KAJIAN BERKAITAN DENGAN PERLAKUAN MELEPAK Azizi Yahaya & Gan Lui Nam Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Abstrak : Kajian ini berkaitan dengan perlakuan melepak di kalangan remaja. Terdapat tiga hubungan terhadap perlakuan melepak iaitu hubungan peranan ibu bapa, hubungan peranan sekolah dan juga hubungan peranan rakan. Artikel ini turut disertakan dengan penerangan terhadap hubungan-hubungan tersebut. Katakunci : perlakuan melepak, peranan rakan, peranan sekolah, peranan ibu bapa. Kajian Berkaitan Dengan Perlakuan Melepak Kajian kerjasama Kementerian Belia dan Sukan dengan Shamsuddin dan Iran Herman (1993), telah membuktikan bahawa perlakuan melepak telah menjadi satu budaya di kalangan remaja dan orang dewasa. Yang membimbangkan ialah 80% adalah di kalangan remaja berumur 14 hingga 18 tahun dan 45.8% adalah pelajar. Kajian ini telah dijalankan di beberapa pusat membeli-belah di Malaysia dengan menggunakan soalan soal selidik yang direka sendiri. Menurut kajian Mohammad Shatar Sabran (2003), negeri Johor menunjukkan frekuensi dan aliran salah laku tingkah laku remaja yang tinggi. Kajian ini dijalankan ke atas 1642 responden dan didapati ada lapan belas jenis tingkah laku yang tidak baik. Di antara frekuensi yang tertinggi ialah kegiatan lepak, iaitu 49.9%. didapati juga remaja yang berumur 16 hingga18 tahun paling ramai melepak, remaja lelaki meliputi 53.6% dan perempuan meliputi 46.4%. Remaja yang masih bersekolah paling ramai melepak meliputi 95.3%, iaitu 47.2% adalah datang daripada pelajar sekolah menengah dan 36.9% adalah datang daripada pelajar lepasan SPM/V yang masih melanjutkan pelajaran. Kajian Berkaitan Dengan Hubungan Peranan Ibu Bapa Dan Perlakuan Melepak Hasil kajian Razali (1994), merumuskan bahawa melepak adalah disebabkan oleh ibu bapa yang tidak prihatin terhadap anak-anak mereka sehingga anak dibiarkan bergaul bebas
  • 6. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 6 tanpa kawalan. Universiti Malaya (1998), telah menjalankan kajian tingkah laku remaja ke atas 1642 pelajar dari 9 buah sekolah menengah di negeri Johor. Hasil kajian menunjukkan bahawa remaja sangat memerlukan sokongan, perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa sering menjadi model untuk berjaya. Kajian juga menunjukkan bahawa pengawalan dan pengawasan keluarga penting untuk mencegah remaja terlibat dalam aktiviti sosial yang tidak baik. Kajian lepas tentang perlakuan melepak telah disentuh oleh Iran Herman (1995) yang membincangkan tentang tingkah laku melepak di kalangan remaja luar bandar. Menurut kajian, menunjukkan bahawa remaja menghabiskan masa melepak secara purata sebanyak 22.4 jam seminggu. Puratanya hampir sama di kalangan pelajar remaja dan pekerja yang tinggal di luar bandar. Remaja menganggap melepak adalah untuk berehat, lepak menjadi trend remaja, mendapat keseronokan kerana ibu bapa mereka tidak menghalang mereka untuk melakukan tingkah laku melepak ini. Keputusan kajian menggambarkan bahawa nilai, sikap dan persepsi remaja terhadap aktiviti tersebut mendorong mereka untuk terlibat dengan gejala sosial. Aktiviti melepak melahirkan beberapa tingkah laku devian dan masalah sosial di kalangan remaja. Zahwiyah (1995), juga telah melakukan satu kajian bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmanakah masalah tingkah laku melepak tanpa tujuan yang melanda remaja masa kini dipengaruhi oleh pendidikan sesebuah keluarga. Selain itu, kajian ini juga melihat sejauhmanakah corak pendidikan yang digunakan oleh ibu bapa itu boleh mendorong remaja untuk terus melepak bersama rakan yang lain. Dalam kajian tersebut, seramai 80 orang responden telah dipilih sebagai sampel yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan melibatkan 10 pasangan ibu bapa. Borang soal selidik dan soalan yang digunakan dalam kajian ini yang berkait dengan faktor yang lebih cenderung melakukan tingkah laku melepak, hubungan di antara keluarga dengan tingkah laku melepak dan sebab-sebab yang menunjukkan remaja teramai terlibat dalam tingkah laku melepak. Hasil daripada kajian tersebut, banyak sebab remaja melepak adalah adalah kerana kurangnya perhatian daripada keluarga yang mendorong remaja mereka melepak yang mempunyai kaitan dengan masalah sosial. Kegagalan ibu bapa memainkan peranan mereka menjadikan golongan remaja kehilangan arah dalam menentukan hala tuju hidup mereka. Daripada hasil kajian Mohd. Sharani, Zainal dan Mohamad Ibrani (2002), peranan ibu bapa adalah penting dalam mengawal tingkah laku remaja. Tujuan kajian adalah mengkaji hubungan fungsi keluarga dengan kesan tingkah laku remaja. Oskasmazila (2000) menjalankan kajian terhadap 80 pelajar untuk mengkaji hubungan antara amalan keibubapaan dan masalah sosial. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan keibubapaan dan masalah sosial di kalangan pelajar. Kajian Coppersmith dikembang melalui kajian penilaian tingkah laku dan perangai individu terhadap interaksi dengan ibu bapa, rakan, sekolah dan minat. Biasanya kajian Coppersmith biasa difokuskan kepada kanak-kanak. Terdapat 50 soalan dalam satu set soalan. Sampel kajian diminta menjawab soalan dengan jawapan sama ada macam seperti saya atau tidak macam seperti saya. Coppersmith (1967) telah melaporkan kajiannya terhadap 1700 kanakkanak berumur antara 10-12 tahun yang mengukur penghargaan kendiri kanak-kanak . Daripada kajiannya, didapati bahawa kanak-kanak dengan penghargaan kendiri yang tinggi mempunyai ciri-ciri seperti aktif, berjaya dalam akademik dan aktiviti sosial. Kanak-kanak golongan ini biasanya tidak suka mendengar sahaja, tetapi lebih suka menyumbangkan idea dalam perbincangan. Mereka tidak sensitif kepada kritikan daripada orang lain. Ini kerana mereka lebih berkeyakinan pada diri sendiri. Kanak-kanak ini melihat diri mereka penting, berharga dan menghargai diri sendiri. Dengan ini, boleh dikatakan mereka mempunyai harga diri yang tinggi. Mereka jenis ini kurang dipengaruhi oleh orang lain tetapi cenderung mempengaruhi orang lain. Dalam kajiannya, didapati kekuatan atau kelemahan konsep kendiri seseorang itu mempunyai hubungan dengan sikap, tingkah laku, gaya ibu bapa semasa bersama kanak-kanak terutamanya mendidik, memberi layanan mesra serta peraturan keluarga yang ditetapkan oleh kedua-dua ibu
  • 7. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 7 bapa. Kajian Abdullah Al-Qari Hj. Salleh (1989), remaja yang ibu bapa kurang memberi kasih sayang, terlalu pasif ataupun terlalu autokratik akan menghasilkan remaja yang bermasalah, memberontak dan memesong ke arah negatif. Kajian Berkaitan Dengan Hubungan Peranan Sekolah Dan Perlakuan Melepak Kajian Corno dan Mandinach dalam Razali (2004), mendapati bahawa pengawalan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting agar memudahkan pelajar memahami dan tidak berasa bosan ke sekolah. Seronok ke sekolah bermakna pelajar akan menjauhi perlakuan melepak. Kajian Berkaitan Dengan Hubungan Peranan Rakan Dan Perlakuan Melepak Idris (2000) menjalankan kajian mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan berlakunya budaya melepak serta masalah sosial di kalangan remaja di Johor Bahru. Kajian ini dijalankan pada hujung minggu di Pantai Lido, bangunan KOMTAR, stesen bas Larkin terhadap 80 pelajar remaja. Hasil kajian mendapati bahawa faktor rakan sebaya adalah punca utama menyebabkan budaya melepak, di samping faktor ekonomi semasa, pengaruh persekitaran, hubungan kekeluargaan, konsep kendiri dan pendidikan agama. Kajian Manja (1996), apabila remaja sudah yakin dengan pemilihan rakan yang sama minat, maka hubungan mereka akan menjadi lebih erat. Remaja juga akan mengikuti apa jua perlakuan rakannya. Kajian Jones dan Leviton (dalam Zulkifli, 1990), menunjukkan remaja lebih suka berbincang masalah peribadi bersama rakan sebaya berbanding dengan orang dewasa. Pendapat ini disokong oleh Noran (1991), menyatakan remaja sangat sensitif terhadap pendapat rakan sebaya berbanding dengan orang dewasa. (e) Ponteng kelas / sekolah Merupakan satu perbuatan yang menyalahi peratauran sekolah yang boleh membawa kesan negatif terhadap diri pelajar sendiri, keluarga dan sekolah Punca-punca berlakunya perbuatan tersebut 1. Faktor Individu  Malas  Bekerja  Tidak minat belajar 2. Faktor Persekitaran  Pengaruh rakan sebaya  Tinggal dalam komuniti yang tidak prihatin  Ikatan kejiranan yang longgar  Tarikan kafe siber / pusat beli belah 3. Faktor Keluarga  Kurang prihatin  Kurang pengawasan  Gaya hidup dalam keluarga 4. Faktor Sekolah  Kurang pengawasan pentadbiran  Persekitaran dan iklim sekolah  Pengurusan disiplin kurang cekap  SIstem Pengajaran dan Pembelajaran yang membosankan kerana terlalu mementingkan peperiksaan dan hafalan.
  • 8. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 8 Langkah-langkah mengatasi 1. Pihak sekolah mengadakan kempen datang awal ke sekolah 2. ibu bapa prihatin terhadap anak-anak mereka 3. Pihak sekolah mengambil langkah mengetatkan peraturan sekolah manakala unit disiplin perlu lebih bertegas dalam mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yang ponteng 4. Mewujudkan iklim dan persekitaran sekolah yang sihat bagi menarik pelajar datang ke sekolah. (f) Keciciran Keciciran bermaksud pelajar tersebut tidak bersekolah disebabkan oleh beberapa kekangan seperti maslah kewangan, kemiskinan atau sebagainya yang menyebabkan mereka tidak mahu atau pun ibu bapa mereka tidak mampu untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Terdapat 2 jenis keciciran iaitu: 1. Keciciran Sengaja – disebabkan oleh factor ekonomi, rangsangan dan sikap. Boleh menghadiri sekolah tetapi memilih untuk tidakbersekolah. 2. Keciciran terpaksa – kegagalan dalam peperiksaan dan terpaksa diberhentikan sekolah walaupun masih mahu bersekolah dan berupaya berbuat demikian (keciciran ini sudah tidak wujud lagi dengan adanya system naik kelas secara automatic pada hari ini) FAKTA:-  Kajian mengenai keciciran yang pertama dilakukan di Malaysia ialah Laporan Keciciran Murad 1972 yang dipegerusikan oleh Encik Murad bin Mohd Nor dan Prof Wilson.  40% atau 200,000 orang kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan tidak mendapat pendidikan prasekolah.  92% sahaja pelajar yang berjaya menamatkan persekolahan rendah dari tahun 1 – tahun 6.  Kemiskinan dan petempatan yang jauh terpencil serta sikap ibu bapa menjadi punca utama masalah ini.  Dana Lembaga Amanah Kementerian Pelajaran sebanyak RM200 juta diluluskan Kabinet untuk membantu murid miskin di sekolah rendah. Antara usaha menangani masalah keciciran dalam kalangan pelajar ialah:-  Kerajaan perlu mewajibkan pendidikan sekolah rendah kepada semua kanak-kanak.  Pihak kerajaan dan NGO mesti menyalurkan bantuan kewangan dan prasarana kepada golongan miskin.  Kerajaan perlu memastikan setiap orang diberi hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan (pendemokrasian pendidikan)  Kerajaan perlu menambahkan peruntukan dalam sektor pendidikan.  Kempen kesedaran peripentingnya ilmu hendaklah dipergiat dan mesti berterusan terutama golongan masyarakat di luar bandar.  Anggota masyarakat perlu menyalurkan maklumat tentang golongan yang memerlukan bantuan dan golongan ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pendidikan anak mereka.
  • 9. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 9  Mewujudkan asrama dan kemudahan lain kepada golongan yang memerlukan.  Menaik taraf kemudahan di sekolah.  Mengenakan denda yang berat terhadap ibu bapa yang tidak menyekolahkan anak mereka.  Mengadakan skim bantuan seperti pemberian biasiswa kepada bukan sahaja pelajar yang pintar tetapi juga kepada pelajar yang miskin.  Kerajaan mestilah membantu pelajar yang tercicir ini dengan memberikan latihan kemahiran yang bersesuaian dengan menubuhkan sekolah vokasional.  Kerajaan pada hari ini telah menubuhkan Sekolah Model Khas Komprehensif (K9) bagi menangani masalah keciciran yang berlaku di kalangan anak-anak orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman. (g) Cinta Monyet Cinta monyet adalah istilah informal yang bererti perasaan cinta yang terjadi antara sepasang anak muda yang masih dalam masa remaja. Istilah ini juga dapat digunakan sebagai kata sindiran, yang digunakan kepada seseorang yang kurang mencintai pasangannya atau bercinta secara suka-suka atau tidak serius. Ini kerana perasaan yang disebut cinta monyet itu bersifat sementara dan akan cepat hilang. Istilah "cinta monyet" juga menggambarkan sebuah cinta yang tidak akan mendapat balasan. Cinta monyet ini biasanya disamakan dengan cinta di kalangan muda-mudi di bangku sekolah. Tidak kiralah sama ada di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah. Hampir semua orang ada kenangan cinta monyet.Pada zaman sekarang, ramai yang sudah ada pasangan cinta walaupun baru berada di bangku sekolah rendah lagi. Cinta monyet ini biasanya berdasarkan perasaan suka atau tertarik kepada individu yang berlawanan jenis. Biasanya, perasaan ini lebih kepada perasaan suka dan tertarik sahaja. Yang pastinya, daya penarik yang paling utama ialah paras rupa. Perempuan yang cantik dan lelaki yang kacak biasanya akan ramai yang minat. Selari dengan pergerakan masa, perasaan minat atau tertarik ini akan hilang. Kerana ianya bersesuaian dengan tahap kematangan masing-masing. Semakin matang seseorang itu berfikir, semakin dia melihat kecantikan diri seseorang itu bukan hanya pada wajah sahaja. Cinta monyet biasanya dialami oleh para remaja yang memang baru mengenal rasa suka atau cinta kepada lawan jenis. Paling banyak, cinta monyet dialami oleh remaja yang masih duduk di bangku sekolah. Punca-punca: 1. Sikap ingin mencuba 2. Dicabar oleh rakan sebaya 3. Terdapatnya hormon remaja yang mempunyai rasa tertarik kepada pasangan berlainan jenis.
  • 10. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 10 (h) Gangguan Seksual Gangguan seksual bermaksud percakapan dan perlakuan fizikal yang tidak disenangi atau diterima seperti :  Kata, jenaka, simbol, kartun, lukisan, gambar, tulisan dan poster lucah.  Mencabul kehormatan seperti meraba, memegang dan menggesel dengan sengaja.  Mengemukakan soalan yang terlalu peribadi.  Mencadangkan atau mengajak melakukan perbuatan lucah atau seks.  Memalukan seseorang dari segi seksual.  Tingkah laku yang tidak menyenangkan dan memalukan.  Meminta habuan seks dengan menjanjikan sesuatu. Jenis-jenis gangguan seksual: 1. Gangguan lisan 2. Gangguan dari segi isyarat 3. Gangguan visual 4. Gangguan psikologi 5. Gangguan fizikal Punca-punca berlaku: 1. Terlalu terpengaruh dengan dengan bahan-bahan lucah 2. Tidak dapat mengawal emosi 3. Kurang pendedahan tentang ilmu seks 4. Kurang didikan agama Cara-cara mengatasi: 1. Hendaklah mengamalkan akhlak yang mulia. 2. Elakan diri daripada terperangkap dalam masalah yang menggalakkan berlakunya gangguan seksual. 3. Jika mengalami gangguan seksual dalam apa-apa bentuk sekalipun anda hendaklah berhubung dengan kaunselor sekolah. 4. Jika masalah berkenaan tidak boleh diselesaikan anda boleh berjumpa dengan Pengetua / Guru Besar (i) Peras Ugut Peras ugut adalah suatu keadaan di mana seseorang individu melakukan kekerasan terhadap individu lain dengan tujuan untuk mendapat faedah seperti wang, atau menyuruh individu melakukan sesuatu tanpa rela dan ada kalanya melibatkan kekerasan fizikal sehingga mendatangkan kecederaan. Peras ugut merupakan satu daripada masalah sosial yang kebiasaannya bermula dari sekolah. Pelajar-pelajar sekolah akan dipujuk oleh rakan sebaya untuk menjadi anggota kongsi gelap yang mereka sertaL Kesan daripada aktiviti ini menyebabkan berlakunya gejala sosial seperti pergaduhan, ponteng, peras ugut dan meminta wang perlindungan di sekolah. Kes peras ugut di kalangan pelajar sering berlaku, contohnya ada di antara pelajar sekolah menengah telah dipukul hanya kerana tidak mahu menyerah wang ugutan sebanyak RM1.
  • 11. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 11 Fenomena di atas telah mewujudkan suatu keadaan yang kurang selamat di sekolah. Para pelajar yang lemah akan berasa terancam dan ibubapa sentiasa berasa gundah dan bimbang memikirkan keselamatan anak-anak mereka di sekolah. Pihak guru pula semakin tertekan kerana menanggung beban tanggungjawab yang kian mencabar. Punca-punca: 1. disebabkan oleh perubahan-perubahan akibat globalisasi yang memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi, sains dan teknologi, cara hidup, sosio ekonomi, sistem kepercayaan, nilai dan moral masyarakat yang terlibat. 2. Corak kehidupan hasil daripada proses modenisasi telah memberi peluang kepada dominasi nilai-nilai individualistik, materialistik dan semangat bersaing untuk bertapak dalam rnasyarakat zaman ini terutamanya kepada golongan remaja. Kesan: 1. Masalah peras ugut di kalangan remaja sekolah adalah satu fenomena yang jika tidak dibendung dari awal akan menjadi satu agen pemusnah kepada pembangunan negara. Ini adalah kerana perbuatan peras ugut adalah satu titik permulaan kepada aktiviti yang tidak bermoral seperti rasuah dan pembunuhan. Di kalangan rernaja, peras ugut bermula dengan tumbukan dan kata-kata ugutan serta melibatkan jumlah wang yang keeil. Namun larna-kelamaan ia akan bertukar kepada penggunaan senjata merbahaya serta melibatkan wang dalam jumlah yang banyak. 2. Sejak kebelakangan ini, masyarakat Malaysia sering dikejutkan dengan beberapa kes pcrgaduhan dan pembunuhan yang melibatkan pelajar sekolah. Hasil daripada kajian yang dibuat didapati bahawa kes ini bertitik-tolak daripada kegiatan peras-ugut yang melibatkan pelajar seawal usia 11 tahun serta wang beljumlah serendah RMl (symposia.unimas.my/iii/cpro/app?id) Cara mengatasi: 1. Pengawasan rapi terhadap semua murid berlaku pada sepanjang masa, dengan adanya rondaan yang melibatkan pihak pentadbir, kaunselor sepenuh masa, guru disiplin, guru tingkatan, semua guru subjek, dan disokong oleh Lembaga Pengawas yang berdedikasi serta pihak Persatuan Ibu Bapa Guru yang sentiasa proaktif. 2. Kami amat berharap agar para ibu bapa sentiasa mendampingi anak dan mengawasi pergaulan mereka. Jika ibu bapa mengesyaki anak mereka mengalami masalah emosi atau terlibat dalam masalah sosial, sila hubungi pihak sekolah supaya kita dapat sama-sama menangani masalah dengan berkesan. Sila pastikan anak-anak tidak ponteng sekolah, dan datanglah ke sekolah jika dipelawa oleh sekolah untuk membincangkan masalah yang terjadi pada anak-anak tuan.
  • 12. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 12 TAJUK 2: ISU-ISU MORAL TEMPATAN ISU-ISU MORAL TEMPATAN Masalah dan isu moral terjadi kerana terdapat percanggahan pendapat, nilai dan sistem pemerintahan setempat dan global.Tidak ada satu penyelesaian muktamad untuk isu-isu moral yang timbul. Pelajar-pelajar harus mempunyai pandangan yang lebih terbuka dalam menangani isu moral. (a) Penyalahgunaan dadah Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simtom atau mengubahsuai proses kimia didalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu.Penggunaan dadah yang berlebihan dan berpanjangan boleh memusnahkan pelbagai organ dalam badan. Dadah yang seharusnya digunakan sebagai ubat dijadikan bahan untuk menghilangkan stres (menjadi khayal) dan untuk berhibur. Faktor penyalahgunaan dadah  Lemah iman  Kurang didikan agama  Pengaruh rakan dan persekitaran Kesan Individu yang berada dalam keadaan hepatik (khayal) akibat dadah menjadi lemah,mengantuk pengsan bingung dan biasanya tangan mereka akan menggeletar. Mereka ini perlu dirawat dengan segera. Penagih dadah terutamanya yang berkongsi jarum suntikan yang kotor boleh mengalami kerosakan pada otak,hati,paru-paru,tulang dan sistem imun.Oleh kerana HIV( Human Imminodeficiency Virus) boleh merebak melalui perkongsian jarum,ramai penagih dadah dijangkiti penyakit AIDS dan seterusnya boleh membawa maut. (b) Sumbang mahram Boleh didefinisikan sebagai perogolan yang dibuat diluar pernikahan sama ada dengan cara paksaan atau kerelaan sesama yang terlibat. Bak kata pepatah Melayu ”haruan makan anak”dan ”harapkan pagar,pagar makan padi.” Istilah ini memang bertepatan dengan sumbang mahram, seseorang itu tidak boleh diharapkan untuk menjaga seseorang. Sumbang mahram adalah hubungan jenis antara mereka yang mempunyai tali persaudaraan dan perkahwinan antara mereka adalah tidak sah di sisi undangundang atau dilarang oleh adat resam. Contoh: Hubungan jenis antara remaja dengan ibubapa mereka, adik beradik, ibubapa saudara, datuk dan sebagainya. Kini, sumbang mahram telah dikenalpasti sebagai sejenis penganiayaan seksual yang merosakkan kesihatan fizikal, mental dan sosial.
  • 13. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 13 Siapakah yang berisiko tinggi? Dengan peningkatan kadar penceraian, lebih ramai kanak-kanak terdedah kepada risiko yang lebih tinggi bagi mengalami sumbang mahram. Jika seseorang ibu berkahwin semula, anak perempuan beliau yang tinggal serumah dengan mereka terdedah kepada risiko yang lebih tinggi untuk penganiayaan seksual oleh bapa tirinya berbanding bapanya sendiri. Apakah kesan sumbang mahram terhadap mangsa? Sebilangan besar mangsa mengalami kesan negatif yang serius sehingga memerlukan terapi apabila mereka meningkat dewasa. Antara kesan-kesan negatif ini adalah : • Hilang kepercayaan pada orang lain • Murung dan rasa ingin bunuh diri • Keyakinan diri yang rendah • Rasa terasing dari masyarakat/keluarga • Masalah personaliti (c) Rasuah Rasuah memang perbuatan yang tidak beretika dan membawa banyak keburukan daripada kebaikan. Pemberian rasuah bukan hanya berbentuk harta benda atau wang ringgit, tetapi apa jua sahaja pemberian yang menerima ganjaran lain yang biasanya menguntungkan pemberinya. Rasuah boleh juga dalam bentuk perkara berbentuk perkhidmatan seperti perkhidmatan seks, keahlian sesuatu pertubuhan atau organisasi. Puncapunca berlaku rasuah adalah seperti:  Sikap mementingkan diri sendiri  Gaya hidup yang mewah  Desakan dari luar  Pengaruh sekularisme dan silang budaya Rasuah boleh memberi padah yang besar kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Produktiviti kerja yang mengamalkan rasuah akan menjadi rendah. Keikhlasan dan kesungguhan untuk menjalankan tugas dengan jujur akan terhakis. Perasaan hasad dengki akan berlelusa dalam masyarakat yang mengamalkan jenayah rasuah. Undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa juga tidak dapat dikuatkuasakan kerana amalan rasuah. Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada 23 April 2004. Objektif dan matlamat PIN ialah untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciriciri moral dan etikanya dengan para warganya yang mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. Institut Integriti Malaysia (ILM) yang telah ditubuhkan serentak dengan pelancaran PIN berperanan selaku badan yang menyalur sebarang perakuan yang terbit daripada pelan tersebut.
  • 14. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 14 (d) AIDS AIDS atau Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (Acquired Immune Deficiency Syndrome) disebabkan oleh HIV, iaitu virus Human Immunodeficiency yang merosakkan sistem pertahanan badan pesakit yang mempunyai AIDS. Pesakit AIDS akan menjadi lemah kerana badannya telah hilang keupayaan untuk menentang semua jenis serangan penyakit.Akibatnya pesakit akan meninggal dunia. Tanda-tandanya termasuk:  Terlalu lemah dan lesu  Penurunan berat badan yang mendadak  Demam panas yang kerap  Peluh malam  Kelenjar limfa membengkak  Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut  Cirit-birit yang kronik  Batuk kronik  Hilang ingatan  Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan: 1. Perhubungan seks tanpa kondom 2. Penerimaan darah yang tercemar 3. Perkongsian jarum suntikan dadah 4. Dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui:  Perciuman atau berpeluk  Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja  Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya  Berenang di kolam renang awam  Gigitan nyamuk atau serangga lain Tiada sesiapapun yang patut mendapat HIV/AIDS dan mereka yang dijangkit tidak patut didiskriminasikan, terutama bayi yang mendapat HIV/AIDS semasa dalam kandungan ibu. Mereka memerlukan kasih sayang, sokongan dan bantuan moral yang tinggi untuk teruskan hidup mereka dalam masyarakat. (e) Jenayah Seks Tidak kira apa agama apa adalah tidak membenarkan perlakuan seks luar nikah dengan tujuan untuk memelihara satu unit kekeluargaan yang kekal. Masalah seks sebelum kahwin semakin meningkat dalam kalangan remaja dan pelajar kolej. Ini adalah kerana mereka kurang memahami dan menghayati kesucian institusi keluarga. Kesan daripada aktiviti seks sebelum kahwin termasuk kehamilan yang tidak diingini,pengguguran anak yang tidak selamat, pembuangan bayi, jangkitan seksual, masalah perhubungan, tekanan emosi, tiada keharmoniaan keluarga dan implikasi undang-undang (Kod Penal Akta 574). Pasanagan yang benar-benar menyintai satu sama lain tidak akan melakukan seks sebelum kahwin dan menghormati maruah dan keperibadian masing-masing.
  • 15. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 15 (f) Keganasan Keganasan boleh ditakrifkan dengan sengaja menggunakan kuasa atau kekerasan secara fizikal, mengugut atau benar-benar berbuat keganasan, terhadap sesuatu kumpulan atau komuniti, yang besar kemungkinan akan menyebabkan kecederaan, kematian, kesan psikologi, kerencatan tumbesaran dan pengabaian. Keganasan boleh dibahagikan kepada 3 jenis yang utama:  Keganasan pada diri sendiri - Tingkahlaku untuk membunuh diri, menyiksa diri sendiri  Keganasan kepada orang lain - Ahli keluarga atau pasangan, seseorang dari kumpulan atau komuniti yang tertentu  Keganasan kumpulan akibat perbezaan social, politik, ekonomi (g) Pembuangan Bayi Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung. Kesan pembuangan bayi  Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna  Kesihatan ibu yang terjejas akibat kehilangan darah, jangkitan kuman, kecederaan sewaktu bersalin  Psikologi dan social (h) Cetak Rompak Cetak rompak (atau pencabulan hakcipta) bermaksud penggunaan bahan yang dilindungi undang-undang hakcipta tanpa izin, maka mencabuli salah satu hak eksklusif pemilik hakcipta asli, seperti hak untuk mengeluarkan semula atau menjalankan karya yang dihakcipta, atau menghasilkan karya derivatif yang berasaskan karya yang dihakcipta itu. Terdapat pelbagai cara dimana hasil karya dirompak atau disalin tanpa kebenaran pemilik hakcipta. Penyalinan tersebut dibuat dengan cara: 1. Menerbitkan semula sebahagian atau ke semua hasil karya. 2. Membuat salinan kepada pelbagai bentuk sama ada cara mengambil gambar, membuat salinan secara elektronik atau komputer, fotostat, rakaman video, rakaman suara, menaip semula atau diubah kepada PDF. 3. Menyalin kandungan bahan dan dijual semula dengan tajuk yang berbeza. 4. Mengeluarkan bahan atau perkakas yang menggunakan idea yang sama, dimana idea tersebut telah dihakcipta. Dari sudut undang-undang, cetak rompak bermaksud aktiviti penyalinan, pengedaran dan penggunaan produk harta intelek secara haram tanpa izin pemegang hak cipta bagi harta intelek tersebut. Kegiatan cetak rompak merupakan satu kesalahan menurut Akta Hakcipta 1987. Harta intelek bermaksud sebarang produk dan hasil karya yang didaftarkan hak ciptanya seperti buku, muzik, filem, siaran televisyen dan radio, perisian komputer serta rekabentuk industri. Semua harta intelek adalah dilindungi oleh Akta Hakcipta 1987.
  • 16. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 16 (i) Hak Asasi Wanita Dalam era kemajuan kini, kaum wanita berpotensi menjadi sumber pembangunan dalam pelbagai bidang sosial, ekonomi dan politik kian meningkat. Berpegang kepada hakikat inilah, pada tahun 1989, kerajaan kita telah menggubal Dasar Wanita Negara yang mengiktirafkan hak-hak wanita. Dasar yang digubal ini mendukung cita-cita negara dan Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kedaulatan, kemakmuran, keadilan, kebebasan serta hak-hak asasi manusia. Ia juga memberi panduan serta hala tuju dalam semua aspek perancangan dan perlaksanaan program pembangunan negara khususnya yang melibatkan kaum wanita secara langsung ataupun tidak tanpa diskrimanisi atau sebab kejantinaannya. Layari Internet Layari internet berikut untuk mengenal pasti aktiviti dan sumbangan organisasiorganisasi berikut terhadap hak asasi wanita  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) - http://suhakam.org.my  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - http://www.kpwkm.gov.my  Jabatan Kebajikan Masyarakat - http://www.jkm.gov.my  Yayasan Penyayang Malaysia - http://www.penyayang.org.my PUNCA BERLAKUNYA ISU MORAL 1. Ibu Bapa Pengaruh ibu bapa amat penting dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa yang bekerja menyebabkan wujunya perubahan sosial hari ini.ibu bapa terlalu mementingkan pekerjaan,kesibukan tugas rutin harian dan kealpaan membahagi masa membuatkan anak- anak berasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Anak-anak bercampur dan bergauil dengan rakan sebaya yang bermasalah dan berakhlak buruk dan akhirnya menimbulkan masalah akhlak dikalangan anak-anak. 2. Pembangunan ekonomi yang pesat Ekonomi negara yang pesat membangun dan maju telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan termasun di pusat hiburan seperti kelab malam,pub,karaoke .para remaja berlumba- lumba mendapatkan pekerjaan dalam bidang ini terutama remaja perempuan.mereka lebih muda,menarik dan belum matang untuk menilai samada pekerjaan ini baik atau buruk.mereka Cuma mementingkan wang sahaja tanpa memikirkan buruk atau baiknya sesuatu pekerjaan. Kepesatan sektor perindustrian meningkatkan kos kehidupan masyarakat. Ibu bapa terutama yang berpendapatan rendah terpaksa bekerja siang dan malam untuk menampung keperluan hidup.gaya hidup ini sudah menjadi trend sehingga ank-anak tidak lagi diasuh dan dididik oleh ibu bapa sebaliknya dihantar kenerseri atau dijaga oleh pembantu rumah.
  • 17. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 17 3. Kurangnya didikan agama daripada ibu bapa Tanpa didikan agama,manusia tidak mempunyai pegangan hidup dan tidak takut melakukan sesuatu perkara walaupun bertentangan dengan undang-undang . Malangnya dalam zaman kemajian sains dan teknolgi ini ramai iu bapa ghairah melengkapkan anak-anak dengan ilmu sekular dan lalai melengkapkan anak-anak dengan pengetahuan agama. Pendidikan agama merupakn faktor yang paling penting dalam membentuk sifat baik dan moral yang terpuji di kalangan masyarakat. Sikap remaja dan pengaruh rakan sebaya. Rakan sebaya mempunyai pengaruh yang banyak terhadap tindakan dan perlakuan para remaja.banyak jenis perangai sosial boleh dipelajari hanya dengan berinreraksi dengan teman sebaya kerana mereka mengalami banyak pertukaran fizikal,perkembangan sosial dan psikologi yang sama.mereka sedang mencari identiti diri sensdiri. Serta mudah tertarik untuk berinteraksi dan amat sensitif dengan pengaruh rakan sebaya. Dalam segala tindakan yang dilakukan.remaja lebih banyak terdorong untuk melakukan jenayah salah laku dan maksiat setelah terpengaruh dengan rakan sebaya. 4. Pengaruh media massa dan globalisasi dunia Media massa samada media cetak atau media eletronik telah mengalami dan menempuh berbagai-bagai tahap kemajuan sains dan teknologi.melalui siaran-siaran dan tayanganvideo,remaja terdedah kepada gejala yang tidak sihat seperti unsur-unsur ganas,liar budaya barat,budaya berpoya-poya,budaya disko,rooock ,tahyul dan seks. Melalui komunikasi canggih seperti satelit(parabola),internet,you tube menyebabkan dunia menjadi global village atau perkampungan dunia dengan segala maklumat positif dan negatiftersebat tanpa bentang atau halangan wilayah. CARA MENANGANI FENOMENA GEJALA SOSIAL 1. Peranan ibu bapa dan keluarga Antara langkah –langkah yang perlu diambil oleh ibu bapa ialah: a) menjadikan diri mereka role model kepada anak-anak dengan sikap berlemah lembut,kasih sayang dan saling hormat menghormati. b) memberi kasih sayang dan memenuhi keperluan hidup anakanak dengan secukupnya. c) memberi didikan agama dan akhlak terpuji. d) mewujudkan interaksi yang baik dan mesra terhadap anak-anak dengan penuh kasih sayang. e) memberi tunjuk ajar dan nasihat yang baik dari masa kesemasa. f) selalu mendoakan kesejahteraan anak-anak. g) memantau pergerakan anak-anak dari semasa kesemasa untuk memastikan tingkah laku mereka tidak bercanggahdengan kehendak agama dan negara. 2. Peranan kerajaan dan pemerintah Antara peranan kerajaan termasuklah a) wujudkan kemudahan bagi memenuhi masa lapang kepada remaja menerusi pebagai aktiviti sukan ,rekreasi dan kerja-kerja yang berfaedah kepada agama dan bangasa. b) Membenteras gejala sosial dan menyeru rakyat bersatupadu membbuat yang baik dan mencegah dan benci kepada perkara buruk. c) Perlaksanaan undang-undang jenayah yang menyeluruh
  • 18. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 18 3. Peranan masyarakat Antara langkah yang perluialah a) Masyarakat tidak boleh mendiamkan diri kalau melihat hal-hal yang membahayakan atau menggugat keharmonian b) Masyarakat hendaklah merancang dan melaksanakan program-program yang mendatangkan kebaikan untuk semua seperti rukun tetangga,bergotong royong dan majlis rumah terbuka sempena hari-hari perayaan. c) Peranan media massa  pengaruh negatif media cetak dan media elektronik hendaklah ditapis dan dikawal dengan ketat.  mendidik orang ramaicara-cara menghindarkan diri daripada melakukan jenayhdan turut bertanggungjawab mencegah jenayah.  pengeluaran akhbar-akhbar tabloid dan majalah-majalah hiburan hendaklah ditapis isi kandungannya. 4. Peranan guru dan sekolah a) Wujudkan sekolah yang aman dan harmoni seperti sekolahku syurgaku. b) Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan dan berfungsi. c) kempen anti merokok dan anti dadah sentiasa di lakukan. d) Kerjasama yang baik antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru mengembeling tenaga dan bekerjasama membenteras sebarang salah laku dan maksiat. 5. Perubahan sikap remaja sendiri a) melatih diri kearah pembinaan peribadi mulia dan cemerlang. b) menambah ilmu dari semasa kesemasa sebagai pedoman dalam kehidupan. c) menggunakan akal yang sejahtera menjauhkan diri daripada perkara-perkara negatif dalam kehidupan mereka. Cuba kita renung,apa akan berlaku kepada generasi warisan akan datang jika remaja hari ini terus hanyut dibawa arus masalah akhlak seperti lepak,dadah, seks bebas, buang bayi, jenayah juvana, lari dari rumah, kelakuan lucah, minum arak, disko, merokok, merempit dan lain-lain lagi yang kian merebak dalam masyarakat kita. Kita percaya sekiranya semua pihak berkerjasama secara menyeluruh dan bersatu padu maka segala permasalahan akhlak para remaja masa kini dapat diatasi dengan berkesan dan sebaik-baiknya.
  • 19. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 19 TAJUK 3: ISU-ISU MORAL GLOBAL Dalam bahagian ini, anda akan didedahkan kepada beberapa isu-isu global yang berkaitan dengan moral. Isu-isu yang dibincangkan berikut adalah penting untuk perhatian bakal-bakal guru supaya lebih peka terhadap isu moral global. 1. Jenayah Siber Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjutajuta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui Internet. Ke semua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua- duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar 1. Penipuan 2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer. 3. Kecurian maklumat. 4. Capaian secara tidak sah keatas sistem 5. Menyalin perisian secara tidah sah. 6. Pengintipan 7. Judi siber 8. Skim cepat kaya 9. Pornografi 10. Penggodam atau "Hacker" 11. Penyebaran virus Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah 1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya 2. Kepentingan ekonomi 3. Berbeza takrifan jenayah 4. Kepentingan ketenteraan 5. Sikap manusia "Human attitude"
  • 20. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 20 2. Pornografi Pornografi bermaksud bahan bertulis atau visual yang merangsang keinginan seksual, dan bertujuan untuk memberahikan pemerhati atau pembaca. Terdapat pelbagai kesan-kesan yang tidak sihat : • Ia menggalakkan seks luar nikah • Ia menyumbang ke arah penganiayaan seksual kanak-kanak dan keganasan seks • Pengaruh negatif terhadap perkembangan seksual • Sikap dan nilai seksual yang negatif . Contoh: kelakuan seks luar tabii, orientasi seks yang tidak normal dan tidak menghormati kaum wanita seperti hanya menganggap mereka sebagai objek seks • Masalah emosi dan perhubungan. Contoh: rasa bersalah, malu, dan ketagihan • Masalah undang undang. Contoh: memiliki, jual beli, menonton bahan -bahan pornografi adalah salah dari segi undang undang Cara-cara untuk mengelakkannya: • Elakkan mencari, membaca dan melihat bahan-bahan lucah. • Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman, • aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela www.befrienders.org.my. • Patuh kepada ajaran agama dan budaya kerana ia juga melarang semua jenis pornografi. • Elakkan tekanan rakan sebaya. 3. Homoseksual & Lebian Homoseksual adalah laki-laki dan perempuan yang secara emosional dan seksual tertarik terhadap sesama jenisnya. Homoseksual terdiri dari gay dan lesbian. Gay adalah laki-laki yang secara seksual tertarik terhadap laki-laki. Lesbian adalah perempuan yang secara seksual tertarik terhadap perempuan. Dalam peradaban budaya Eropah dan Amerika pandangan terhadap kaum homoseksual lebih dapat diterima. Namun begitu, budaya masyarakat Asia amnya dan Malaysia khasnya adalah berbeza, individu yang mengamalkan aktiviti seksual yang menyongsang dianggap sebagai mereka yang tidak mempunyai identiti serta tidak bermoral. Perbincangan Penyakit AIDS mulai menjadi tumpuan ramai apabila pada 5 Jun 1981, doktor mulai mengambarkan wabak paru-paru berair yang biasanya sukar terjadi, yang menular dikalangan lima orang homoseksual di Los Angeles. Semenjak itu, AIDS dan homoseksual menjadi bagaikan seerti. Pada awalawal penyakit merebak, San Francisco merupakan kawasan gay paling teruk dijangkiti, iaitu hampir separuh daripada populasi homoseksualnya telah dijangkiti. Berdasarkan maklumat di atas, anda sebagai bakal guru yang memainkan peranan sebagai agen moral, bincang bersama-sama rakan-rakan kursus anda berkenaan tindakan moral yang patut dilakukan.
  • 21. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 21 4.Terorisme/ Keganasan Keganasan boleh ditakrifkan secara neutral oleh pemusnahan harta benda yang tidak terlibat secara langsung, dan atau mencederakan manusia yang tidak terlibat secara langsung dalam hal pertelingkahan (MacKinnon, 1995). Pemusnahan boleh dilakukan dengan cara mengebom, menculit rakyat biasa untuk wang tebusan, membunuh, menyerang / membakar bangunan kedutaan dan sebagainya, merampas kapal terbang / kapal / keretapi serta mengusahakan program senjata nuklear dan lain-lain lagi. Keganasan terbaru berlaku di Indonesia selepas letupan bom kereta membunuh sekurang- kurangnya 14 orang dan mencederakan 149 orang di sebuah hotel Amerika Syarikat, JW. Marriott di pinggir Jakarta pada 5 Ogos 2003 (The Star, 7 Ogos 2003 p 1). Keganasan demi keganasan terus mewarnai dunia dengan palitan darah dan dosa selepas kejadian hitam 11 September 2001 di Pusat Dagangan Dunia Amerika Syarikat. Antara punca keganasan banyak yang berkaitan dengan sikap tidak puas hati terhadap dasar luar negara lain. Keganasan harus dihindarkan dan digantikan dengan gencatan senjata antara dua pihak yang berbalah demi memelihara sebuah dunia yang sihat daripada pelbagai ancaman pengganas yang sia-sia. Sesungguhnya melakukan keganasan dan membalasnya semula bukanlah satu tindakan yang bijak, sebaliknya ia mendatangkan kesengsaraan kepada orang lain yang tidak berdosa. Sehingga hari ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu masih gagal untuk memainkan peranannya dalam mengatasi keganasan etnik, keganasan antara dua negara seperti Israel dan Palestin dan lain-lain. Tingkah laku keganasan seseorang mungkin berpunca daripada pengalaman negatif mereka pada peringkat kanak-kanak atau remaja. Antara faktor yang menyebabkan mereka berkembang kepada kelakuan demikian termasuk pendedahan kepada dadah dan minuman keras, mudah memperoleh senjata, bersikap antisosial, bergaul dengan golongan melencong (deviance), pengaruh media massa yang negatif dsb. Terorisme global dan segala bentuk kekerasan bukanlah sesuatu yang baru dalam kehidupan manusia, kerana gejala kekerasan, kebiadaban, kekejaman, dan segala bentuk tindakan yang melampau batas kemanusiaan. Pada hakikatnya terorisme bermula dari zaman yang setua sejarah manusia itu sendiri. Gejala kekerasan sering berlaku dalam proses perubahan melalui jalan revolusi, sedangkan gejala kedamaian berlaku dalam proses perubahan melalui jalan evolusi. Pertembungan antara jalan revolusi dan evolusi tercermin dalam pertembungan antara perang dan damai, iaitu pertembungan untuk mencipta dunia yang bebas daripada kekerasan. Pertembungan antara perang dan damai menempati perjalanan sejarah yang panjang iaitu daripada masyarakat yang sederhana primitif sampai kepada masyarakat yang dikatakan moden. Latihan ulangkaji: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan jenayah ragut? ______________________________________________________________________
  • 22. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 22 ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 2. Nyatakan punca-punca berlakunya jenayah ragut serta berikan 2 cara mengatasinya ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 3. Senaraikan 5 hak asasi wanita seperti yang terdapat dalam Dasar Wanita Negara. ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 4. Apakah maksud jenayah siber? berikan contoh-contoh jenayah siber yang sering berlaku ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ 5. Pornografi membawa banyak kesan negatif. Nyatakan kesan negatif tersebut ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________
  • 23. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 23 TAJUK 4 Peranan Sosialisasi Dalam Pembentukan Tingkah Laku Moral Individu 4.0 Pengenalan Tajuk perbincangan berikut berkaitan dengan peranan sosialisasi dalam pembentukan tingkah laku moral individu. Topik ini mengandungi pecahan yang lebih kecil iaitu norma sosial dan kawalan sosial serta tanggungjawab agen-agen moral. 4.1 Norma Sosial dan Kawalan Sosial Sosialisasi ditakrifkan sebagai proses manusia mempelajari kemahiran dan sikap yang berkaitan dengan peranan sosial mereka dalam sesuatu masyarakat. Sosialisasi adalah penting bagi membina personaliti individu yang merangkumi pemikiran, emosi dan tingkahlaku. Melalui proses ini individu itu bertindak selaras dengan jangkaan masyarakat dan memberi sumbangan dalam mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat itu. 4.1.1 Norma Sosial Norma ialah kelakuan standard yang dipersetujui oleh semua ahli kumpulan. Norma sosial pula merupakan peraturan-peraturan yang diterima pakai oleh sebahagian besar ahli masyarakat. Kepatuhan kepada norma-norma sosial akan menjamin kewujudan perpaduan dalam satu-satu masyarakat. Norma sosial, khususnya yang berkaitan dengan „mores, adalah penting kerana kepatuhan kepada peraturan ini memberikan seseorang itu garis panduan tentang apakah yang patut dan tidak patut dilakukan. Namun begitu tidak semestinya semua norma sosial itu boleh dikatakan moral, Terdapat norma sosial yang tidak lagi dianggap baik dari segi moral dan oleh itu ia tidak dipatuhi lagi, seperti pengabdian Norma sosial lahir daripada proses interaksi antara masyarakat. Norma boleh dipelajari melalui pemerhatian dan juga interaksi sosial. Norma sosial sering berubah seiring dengan perubahan yang berlaku dalam sesuatu masyarakat. Perlakuan sosial yang tidak selari dengan norma sosial dipanggil `lencongan‟. Oleh itu sikap berterima kasih kepada ibu bapa yang telah mendidik dan berkorban dalam mendewasakan kita dianggap sebagai norma, manakala penderhakaan terhadap ibu bapa dikatakan `lencongan‟.
  • 24. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 24 4.1.2. Kawalan Sosial Kawalan sosial bermaksud cara-cara yang digunakan oleh masyarakat bagi mempengaruhi tingkah laku anggotanya supaya ahli-ahlinya menghargai nilai-nilai dan mematuhi norma- norma, tradisi dan pola-pola tingkah laku masyarakat. Kawalan sosial digunakan oleh masyarakat untuk menjaga kegiatan ahlinya. Ada dua bentuk kawalan sosial iaitu kawalan positif dan negatif. Kawalan sosial positif boleh berbentuk pemberian ganjaran dan hadiah. Kawalan sosial negatif pula merupakan misalnya hukuman dan dendaan. Kedua-dua jenis kawalan ini boleh lahir dengan cara formal dan juga tidak formal. Kawalan sosial yang formal melibatkan sistem tatacara , sistem kewibawaan seperti undang- undang, peraturan dan badan-badan tertentu; dan dilaksanakan melalui pemberian haadiah dan ganjaran atau hukuman. manakala kawalan sosial yang tidak formal biasanya adalah berbentuk pendapat umum dan dilaksanakan melaui pujian atau teguran. Crosbie (1975) berpendapat kawalan sosial tidak formal terbahagi kepada empat jenis iaitu: - Ganjaran sosial seperti kenaikan pangkat - Hukuman atau kritikan - Pujukan - Norma yang ditakrif oleh individu yang berstatus tinggi. Contohnya kanak-kanak berusia 10 tahun yang diajar asas berbudi bahasa bersalam dengan orang dewasa yang ditemuinya. Kanak-kanak itu menerima pujian kerana bertingkahlaku sopan. Ini merupakan contoh kawalan sosial yang positif berbanding dengan perlakuan tidak mahu bersalam sehingga menyebabkan ibu bapa malu lalu merotannya ketika pulang ke rumah. Setelah itu kanak-kanak tersebut akan bersalaman dalam situasi yang diberitahu oleh ibunya. Kawalan sosial ini dinamakan kawalan sosial negatif. 4.2 Tanggungjawab Agen-Agen Moral Perwatakan dan tabiat kanak-kanak pada amnya dibentuk oleh masyarakat dan dikekalkan melalui proses sosialisasi. Proses sosialisasi penting kerana jika seseorang individu itu tidak memahami dan tidak sanggup mematuhi peraturan kelompok atau masyarakatnya, dia tidak akan diterima oleh masyarakat itu. Oleh sebab pentingnya mematuhi peraturan masyarakat,
  • 25. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 25 maka kanak-kanak mesti diajar tentang norma dan nilai masyarakat melalui beberapa institusi sosial. Antara yang utama ialah keluarga, sekolah, agama dan media massa. 4.2.1 Keluarga Keluarga merupakan satu institusi yang paling asas dan terpenting dalam masyarakat. Salah satu daripada fungsi utama keluarga ialah mensosialisasi dan merapkan nilai-nilai serta cara hidup atau budaya masyarakat. Ia juga memainkan peranan penting dalam pembentukan nilai- nilai hidup anggota keluarganya bagi mewujudkan masyarakat yang penyayang dalam negara Salah satu dari fungsi utama yang dimainkan oleh ialah sosialisasi anak-anak. Ibu bapa akan mengajar anak-anak mengenai apa yang harus di lakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. Daripada ibu bapa anak-anak akan mempelajari kemahiran, sikap, norma dan nilai-nilai. Keperibadian anak-anak banyak ditentukan oleh didikan keluarga. Ibu bapa yang tegas melahirkan anak-anak yang kuat disiplin tetapi didikan ibu bapa yang longgar banyak menghadapi masalah kerana keluarga sukar melentur rebung apabila sudah menjadi buluh. Tegasnya nilai-nilai yang berbeza ditekankan oleh ibubapa menerusi proses komunikasi dan interaksi antara mereka dan anak-anak. Ini juga menyebabkan anak-anak memperkembangkan nilai yang berbeza. Hubungan yang berorientasikan kasih sayang dan bukannya hubungan paksaan antara kedua pihak boleh mengakibatkan komitmen moral. Ibubapa yang penyayang dan bertanggungjawab seringkali dikaitkan dengan keinginan yang tinggi ke arah pencapaian dan kejayaan. Ibubapa yang bersikap penguasaan serta autokratik akan mendapat anak-anaknya begitu taat pada arahan tetapi menjadi pasif dalam tingkahlaku mereka. Sebaliknya, ibubapa yang mengamalkan sikap bebas akan mendapati sikap anak-anaknya tidak bersopan santun, tidak bertanggungjawab dan tidak boleh berdikari. Ibubapa yang mengamalkan cara demokrasi dan membincangkan masalah-masalah dengan anak-anak mereka serta mempertimbangkan pendapat anak-anak, apabila membuat keputusan-keputusan penting, akan mendapati anak- anak mereka mempuyai keyakinan diri yang tinggi. Kanak-kanak ini juga akan menjadi lebih aktif, cerdas dan lebih bersopan santun. Selain itu, saiz keluarga juga mempengaruhi proses sosialisasi individu, iaitu dengan interaksi secara lisan dan fizikal antara individu, contohnya di antara adik-beradik ii akan membantu individu bercakap lebih awal serta memperkembangkan dan menambahkan perbendaharaan katanya. Nilai-nilai yang diwujudkan oleh adik-beradikya akan disanjung tinggi oleh seseorang individu.
  • 26. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 26 4.2.2 Rakan Sebaya Rakan sebaya bermaksud suatu kelompok kanak-kanak atau remaja yang sama umur atau perimgkat perkembangan. Memang sejak kecil lagi kanak-kanak suka berkawan dengan rakan sebaya samada semasa mereka berada di sekolah ataupun di rumah. Dengan jalan ini mereka dapat peluang untuk memperkembangkan dan membina kemahiran sosialisasi di dalam kumpulan kawan yang sebaya. Kumpulan kawan sebaya adalah ejen sosialisasi yang berkesan. Kumpulan ini dapat memenuhi keperluan kanak-kanak untuk merasa yang mereka dipunyai. Di dalam kumpulan ini mereka berpeluang untuk menerima pandangan dan pendapat orang yang sebaya dan bekerjasama dengan mereka. Kumpulan ini mempunyai minat yang sama dan menerima kanak-kanak itu di atas dasar peranan yang mereka mainkan. Dengan jalan ini kanak-kanak mendapat maklumat balik tentang keadaan diri mereka, tentang reaksi orang lain terhadap diriya dan jenis tingkahlaku yang dapat diterima atau ditolak oleh kawan sebaya. Kumpulan kanak-kanak ini sebenarnya merupakan satu masyarakat yang tersendiri. Mereka mempunyai peraturan, peranan dan harapan yang tertentu daripada ahli-ahli di dalam kumpulan ini. Setiap ahli dalam kumpulan ini haruslah mematuhi segala peraturan dan peranan yang sama-sama persetujui . Apabila mencapai peringkat remaja pengaruh rakan sebaya bertambah penting. Individu itu cenderung untuk mengikuti pandangan, nilai dan sikap rakan-rakan sebaya kerana mahu diri mereka diterima oleh rakan-rakan sebaya mereka. Walaupun pengaruh kumpulan sebaya amat mempengaruhi di peringkat remaja, ia juaga berperanan penting dalam pelbagai peringkat umur. Ia juga penting di peringkat „geng‟ iaitu semasa kanak-kanak berumur antara tujuh dan lapan tahun. Piaget mengatakan bahawa bukan sahaja pembelajaran moral berpunca daripada sumber ini, malah aktiviti kerjasama dan persefahaman yang berlaku di antara rakan sebaya juga merupakan prasyarat bagi perkembangan autonomi. Sebaliknya Kohlberg menyatakan bahawa perkembangan moral di kalangan kanak-kanak yang dipencil atau diasingkan adalah tidak berbeza daripada kanak-kanak yang banyaak menerima pendedahan/
  • 27. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 27 4.2.3 Sekolah Apabila kanak-kanak mula bersekolah, lingkungan sosial menjadi lebih luas. Sekolah merupakan agen kebudayaan dan sebahagian daripada fungsi pengajaran adalah untuk melahirkan nilai-nilai kebudayaan. Dengan itu, proses sosialisasi pelajar-pelajar merupakan satu fungsi yang sah serta positif untuk dikendalikan oleh pihak sekolah. Menurut Durkheim, peranan pendidikan moral dan tugas sekolah adalah untuk mengajar adalah untuk mengajar pelajar-pelajar tentang nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan. Beliau berpendapat bahawa keluarga terlalu kecil dan terlalu berunsur peribadi untuk menggambarkan keseluruhan sistem sosial. Juga, beliau menganggapkan guru sebagai agen yang utama dan merupakan pertalian yang kritikal dalam proses pengaliran kebudayaan. Ahli-ahli teori pembelajaran sosial lebih mementingkan peranan ibubapa tetapi model tersebut adalah konsistem dengan pendapat Durkheim yang mengatakan bahawa sekolah merupakan alat masyarakat untuk mengalirkan nilai-nilai moral dan kebudayaan. Kanak-kanak menghabiskan masa enam hingga lapan jam setiap hari di sekolah. Ini bermakna individu-individu, kemudahan-kemudahan dan budaya sekolah akan mempengaruhi sosialisasi seseorang individu. Melalui interaksi kumpulan sebaya segala nilai dan norma rakan sebaya akan mempunyai pengaruh terhadap perkembangan moral kanak-kanak itu. Guru juga amat berpengaruh di sekolah, gaya penampilan, sikap dan kepimpinannya memainkan peranan dalam proses sosialisasi individu. Disamping itu, cara pentadbiran sekolah, persekitaran serta budaya sekolah juga berperanan mempengaruhi sosialisasi kanak-kanak / pelajar. Satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah guru dan rakan sebaya mungkin datang dari latarbelakang kelas sosial yang berlainan dengan kelas sosial kanak-kanak berkenaan. Sekolah, di satu pihak lagi mungkin juga menekankan nilai-nilai yang berbeza juga. Nilai-nilai yang berbeza ini mungkin berkonflik dan boleh menimbulkan kekeliruan kepada anak-anak. Mereka tidak tahu mana satu yang perlu diikut. Tetapi memandangkan masa bersama dengan ibubapa agak terbatas, maka tentulah lebih mudah mereka mengikut cara-cara yang ditunjukkan oleh guru atau rakan sebaya. 4.2.3.1 Pentadbir Bagaimanakah kepimpinan seorang pentadbir dapat mempengaruhi tingkah laku warga sekolah? Pentadbir yang efektif adalah penting bagi mewujudkan suasana yang mendorong pengajaran yang menarik serta pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Pentadbir hendaklah berupaya membentuk satu struktur dan amalan yang mengintegrasikan maklum balas, membuat refeksi atas amalan-amalan dan tindak balas yang diterima berlandaskan aspek-aspek berikut: i. mengesan kecekapan pentadbiran sekolah ii. menilai budaya moral sekolah iii. menilai secara moral guru-guru di bawah pentadbirannya
  • 28. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 28 4.2.3.2 Guru Bayangkan guru anda yang memberikan impak kepada anda. Apakah ciri-ciri atau sifat guru berkenaan yang memberi kesan yang mendalam terhadap diri anda. Seseorang guru mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri kerana ada guru yang bersifat autokratik, demokratik dan laissez-faire. Jenis kepimpinan yanga diamalkan oleh seseorang guru semasa berinteraksi dengan pelajar-pelajarnya akan menimbulkan kesan-kesan yang berlainan atau maklum balas yang berkait dengan personaliti guru terhadapnya. Guru yang autokratik tidak bersedia mendengar pandangan dan pendapat murid. Murid akan menjadi pasif serta tidak terdorong untuk memberi pendapat. Suasana sosio-emosinys yang dipenuhi ketegangan tidak menggalakkan interaksi guru murid. Guru yang demokratik memberi kesan yang positif kerana pelajar-pelajar diberi ruang untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara terbuka. Suasana sosio-emosi yang demokratik akan menggalakkan perkembangan yang positif dan meningkatkan kemahiran sosial. Guru yang laisesez-faire memberi kebebasan penuh kepada pelajar untuk memikir dan menyusun aktiviti yang dijalankan. Guru juga tidak menilai tingkah laku pelajar menyebabkan pengurusan bilik darjah yang longgar dan suasana pembelajaran dan pengajaran terganggu oleh masalah disiplin. Seorang guru yang berkesan mempunyai ciri-ciri seperti ingin membaca, berupaya berfikir secara kritis, ingin belajar dan menitikberatkan pendidikan seumur hidup. Selain itu guru hendaklah mempunyai personaliti yang sesuai dengan profesioon perguruan dan memberi kesan kepada pembentukan tingkah laku pelajarnya.
  • 29. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 29 4.2.3.3 Budaya, iklim dan fizikal Budaya sekolah merangkumi aspek-aspek seperti ilmu, insan moral, budaya kerja, budaya komunikasi, budaya bilik darjah dan budaya kepimpinan. Dua faktor utama yang membentuk budaya sekolah ialah input sekolah yang berunsurkan sumber iaitu saiz, bilik darjah, nisbah guru-pelajar, pembelajaran setiap pelajar, keadaan bangunan sekolah, bentuk kurikulum, bahan kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran dan kemudahan fizikal lain. Faktor kedua pula ialah faktor-faktor proses pengurusan sekolah iaitu kepimpinan pentadbiran, kepimpinan guru, tahap penyeliaan, misi dan visi sekolah, perasaan kekitaan dan iklim pengajaran dan pembelajaran. Budaya sekolah banyak bergantung kepada gaya kepimpinan pengetua dalam membina perhubungan positif di antara guru serta pelajar. Keadaan ini memupuk semangat bekerja dan disiplin kendiri yang tinggi di kalangan warga sekolah dan menjadikan mereka lebih komited dan bertanggungjawab. Kerjasama yang erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat membantu keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahap maksimum. Dengan ini boleh dirumuskan budaya sekolah yang dihasratkan dapat memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Rukun Negara selaras dengan norma dan nilai masyarakat Malaysia yang dinamik dan Progresif. Mari kita lihat pula bagaimana iklim sesebuah sekolah mempengaruhi warga sekolah. Secara mudah iklim sekolah ialah “sifat” dan suasana yang terdapat dalam sesebuah sekolah. Sifat ini merupakan hasil daripada interaksi dan keadaan perhubungan manusia dalam sekolah itu; hubungan guru dengan guru, guru dengan pentadbir, guru dengan pelajar, pelajar dengan pelajar dan seterusnya. Iklim sekolah adalah penting untuk melahirkan insan yang baik dan dapat membantu perkembangan pelajar selaras dengan FPN iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Aspek-aspek yang mempengaruhi iklim sekolah ialah aspek fizikal sekolah, aspek sosial sekolah dan aspek budaya ilmu 4.2.4 Media massa Media massa dalam bentuk elektronik dan bahan-bahan cetak amat berpengaruh dalam proses sosialisasi. Kanak-kanak lebih banyak terdedah kepada laporan, berita dan hiburan dari luar mellui tetevisyen, radio, internet, twiter dan laman web. Tidak hairalah jika mereka juga
  • 30. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 30 terpengaruh dan menjadi sebahagian pelanggan di duia konsumerisme. Ini kerana media massa memberikan impak positif dan juga negatif dalam perkembangan sahsiah individu. Kanak-kanak yang menonton filem ganas di television dan pawagam akan bertindak ganas dan kasar dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan mereka menjadikan wira di dalam telivisyen atau artis kegemaran mereka sebagai role model. Kanak-kanak perlu digalakkan menonton / membaca bahan-bahan yang bermanfaat atau bertema baik. Dengan perkembangan sains dan teknologi, media massa boleh mempengaruhi kemoralan sesuatu kelompok atau masyarakat dengan mendedahkan mesyarakat itu kepada norma dan nilai masyarakat lain. Dengan itu, maka perlulah diadakan satu tahap atau standard untuk sebarang tingkahlaku yang membayangkan kemoralan masyarakat Malaysia yang tidak tercemar. Pelajar-pelajar pula hendaklah diberi perlindungan dan dididik sebaiknya agar mereka dapat menilai pengaruh luar, mana yang baik dan bermoral, mana pula yang sebaliknya. 4.2.4 Status Sosioekonomi Menurut ahli Sosiologi Kohn (1969) perbezaan status sosioekonomi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap sosialisasi. Keluarga kelas pertengahan sentiasa berusaha ke arah membentuk sifat autonomi dan kebolehan membuat keputusan sendiri pada diri anak-anak mereka. Mereka lebih bersifat demokratik terhadap anak-anak. Sebaliknya keluarga kelas bawahan adalah lebih autokratik, anak-anak mereka digalakkan untuk mematuhi peratuhan-peraturan tanpa soal. 4.2.5 Jantina Sejak kecil lagi ibu bapa mengagihkan tugas-tugas mengikut jantina. Anak-anak lelaki menolong kerja-kerja ayah manakala anak-anak perempuan pula digalakkan membantu ibunya di rumah. Norma-norma seperti ini lebih jelas apabila mereka dewasa. Kaum lelaki bertanggungjawab mencari nafkah dan perempuan pula bertanggungjawab untuk mengurus rumah tangga dan mengasuh anak-anak. Walau bagaimanapun faktor masa mengubah persepsi lama. Anak-anak perempuan kini memonopoli institusi pengajian tinggi dan seterusnya menjawat jawatan-jawatan tinggi dan penting dalam sektor awam dan swasta. Namun begitu masyarakat kita masih menganggap bahawa lelaki ialah ketua keluarga.
  • 31. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 31 Latihan 4.1 Cuba uji kefahaman anda dengan menyiapkan latihan berikut. Soalan 1 Baca kes di bawah dan jawab soalan-soalan yang disediakan. Ibu bapa paling ramai kaki dera PETALING JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat menerima sebanyak 1,010 laporan kes dera terhadap kanak-kanak dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini dengan 808 kejadian melibatkan ibu bapa mendera anak sendiri. Jumlah itu bermakna setiap hari lapan orang kanak-kanak menjadi mangsa kes seperti penderaan fizikal, emosi, seksual, sumbang mahram dan buang bayi. Daripada angka yang dilaporkan, saudara-mara mangsa juga banyak terlibat dengan laporan 270 kes diikuti dengan teman lelaki si ibu (270). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kecenderungan masyarakat bertindak kejam terhadap kanak-kanak sudah sampai ke tahap membimbangkan. "Ahli keluarga adalah golongan yang paling banyak mendera sedangkan mereka sepatutnya memberikan perlindungan kepada kanak-kanak," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2010 di sini semalam. Serentak dengan sambutan itu, kementerian berkenaan telah mewujudkan talian kanak-kanak Childline dengan menggunakan talian 15999. Shahrizat berkata, talian itu disatukan dengan talian Nur yang sudah wujud sebelum ini dengan mempunyai nombor yang sama supaya ia lebih senang diingati serta praktikal dan ia beroperasi 24 jam sehari. a) Pada pandangn anda mengapa situasi ini berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia? ______________________________________________________________________ ______________________________________________________________________ b. Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini apakah tindakan anda ?
  • 32. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 32 _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ Soalan 2 Adakah anda sudah berpuas hati dengan peranan sosialisasi yang dimainkan oleh ayah anda ? Senaraikan perkara yang menyebabkan anda berpuas hati dan tidak puas hati terhadap peranan sosialisasi ayah anda terhadap keluarga. Rumusan 1. Seseorang individu perlu mengetahui peranan dan tanggungjawab sosial masing- masing bagi menjamin kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. 2. Institusi keluarga dan agen-agen moral perlu memainkan peranan masing- masing dalam memperkasakan sistem sosial sesuatu masyarakat. 3. Perlunya kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dalam membendung dan membenteras gejala negatif yang melanda masyarakat.
  • 33. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 33 4.3 Peranan agensi tempatan dan antarabangsa sebagai agen sosialisasi perubahan masayarakat. 4.3.1 Agensi Tempatan 4.3.1.1 Yayasan Salam Yayasan Salam Malaysia, atau ringkasnya SALAM adalah sebuah organisasi bebas dan bukan mencari keuntungan yang ditubuhkan pada 1997 untuk menggalakkan semangat khidmat sukarela di kalangan rakyat Malaysia. Tujuan SALAM adalah memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkhidmat sebagai sukarelawan di kalangan komuniti di dalam dan di luar negara yang memerlukan perkhidmatan. SALAM maenganjurkan program-program perkhidmatan sukarela dalam berbagai bidang tumpuan khususnya terhadap pendidikan, kesihatan dan kerja pembangunan komuniti. Misi Yayasan Salam • Menganggap kerja sukarelawan adalah satu kerja yang bermakna dan berkesan untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih baik. • Menyediakan sukarelawan yang bersedia berkhidmat kepada masyarakat dan komuniti yang memerlukan. Program SALAM  Sukarelawan SALAM pernah bertugas di Aceh, Nias, dan Sri Langka ketika Tsunami pada tahun 2004.  Sukarelawan SALAM juga membuat kerja “outreach” untuk memujuk mangsa penyalahgunaan dadah agar kembali ke pangkal jalan.  Yayasan SALAM juga telah mengendalikan dua buah rumah perlindungan yang bertempatdi Chow Kit iaitu Rumah Nur SALAM dan Rumah Sinar SALAM  Sukarelawan SALAM juga memberikan bimbingan kepada ibu tunggal untuk menjadi usahawan kecil dengan kerjasama pelbagai pihak agar dapat meningkatkan ekonomi mereka.
  • 34. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 34 SALAM mengenali dua kategori kerja sukarela; sepenuh masa dan separuh masa. Rakyat Malaysia yang berumur 18 taun ke atas boleh memohon untuk menjadi sukarelawan SALAM. Konsep sukarelawan SALAM ialah:  Suka membantu dan bekerja dengan orang lain  Boleh berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai  Sedia untuk menghadapi kesulitan dan kesukaran  Sebaiknya mempunyai kemahiran dan pengalaman yang berguna yang boleh dikongsi dengan orang lain  Sedia belajar dan  Sedia untuk membuat komitmen penuh masa 4.3.1.2 Majlis AIDS Malaysia Pada 1992, satu inisiatif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia telah membawa kepada penggabungan badan-badan bukan kerajaan dalam usaha untuk memerangi HIV/AIDS. Kementerian berharap agar ia dapat memaksimumkan usaha mereka dan memastikan bahawa sumber-sumber yang terhad dapat digunakan sebaik-baiknya. Majlis AIDS Malaysia merupakan payung organisasi bagi menyokong dan menyelaras hasil usaha kerja organisasi-organisasi pada isu-isu HIV/AIDS di Malaysia. MAM bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan organisasi-organisasi antarabangsa untuk memastikan satu tindakan yang komited dan berkesan terhadap kerja-kerja yang dilakukan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) tentang isu-isu HIV/AIDS di Malaysia. MAM merangkumi Sekretariat dan Ahli-ahli Gabungannya yang bekerjasama sebagai satu pasukan yang meliputi seluruh negeri dan berkhidmat sebagai satu suara bagi pihak komuniti. Selain dari menyelaras dan memperkemaskan program bersama Ahli-ahli Gabungannya, Sekretariat MAM juga menyediakan keperluan latihan, dana dan sumber-sumber lain bagi melaksanakan program HIV/AIDS yang berkesan kepada pelbagai komuniti di Malaysia.
  • 35. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 35 Majlis AIDS Malaysia (MAM) adalah satu pertubuhan yang berkomited untuk membuat satu persekitaran yang bebas daripada impak nagatif HIV/AIDS untuk Malaysia dan semua rakyatnya. Objektif pertubuhan ini dalam memerangi HIV/AIDS adalah;  Meningkatkan kesedaran HIV/AIDS  Mencegah penyebaran HIV  Menghapuskan diskriminasi, stigma dan prejudis yang berkaitan dengan HIV/AIDS  Menggalakkan dan melindungi hak asasi mereka yang terjejas oleh HIV/AIDS  Memastikan kualiti kehidupan yang terbaik bagi mereka yang dijangkiti HIV/AIDS  Menyediakan penjagaan dan sokongan kepada individu-individu yang dijangkiti HIV/AIDS Wawasan MAM • Membebaskan masyarakat daripada kesan negatif HIV dan AIDS di mana wabak AIDS dapat dikawal melalui pencegahan komprehensif, rawatan, penjagaan, sokongan dan kesan pengurangan perkhidmatan, terutama untuk populasi yang mudah terdedah dan dipinggirkan. Matlamat MAM  Untuk mewakili, memobilisasikan dan mengukuhkan organisasi badan- bukan kerajaan dan komuniti bagi memastikan komitmen politik dan keberkesanan respon dalam persekitaran sokongan pada negara dan peringkat tempatan. Sekretariat MAM membantu memudahkan aktiviti Ahli-ahli Gabungannya dalam: • Mengkoordinasi program HIV/AIDS melalui perancangan program tahunan berstruktur dengan matlamat bagi mengurangkan pendedahan HIV bagi kumpulan sasaran mereka (tebaran geografi dan semua kumpulan sasaran) melalui program pencegahan, penjagaan dan sokongan • Peningkatan kapasiti melalui latihan, program pengurusan, kewangan, advokasi dan teknikal (proses peningkatan kapasiti Sekretariat) • Advokasi bersama pemegang kepentingan lain (NGO, rangkaian-rangkaian, badan- badan agensi kerajaan yang lain dan sektor swasta) bagi menyemai keperluan tindakan segera HIV/AIDS dan mewujudkan satu persekitaran sedia ada
  • 36. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 36 4.3.1.3 PEMADAM PEMADAM iaitu Persatuan Mencegah Dadah telah ditubuhkan pada 22 Mac 1976. Mengikut perlembagaan, YAB Perdana Menteri Malaysia adalah penaung PEMADAM dan beliau yang akan melantik yang DiPertua PEMADAM Kebangsaan. PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia. Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam usaha membasmi dadah. Peranan dan tugas utama PEMADAM adalah pedidikan pencegahan dan penyebaran maklumat mesej anti daadah. Untuk mencapai matlamat ini, PEMADAM memberi fokus kepada belia, pelajar, pekerja, pendidik dan ibubapa. Berbagai kursus, seminar, bengkel diadakan supaya mesej anti dadah dapat tersebar meluas dan kemahiran mengendalikan kerja-kerja pencegahan dadah dapat dipertingkatkan. Objektif penubuhan PEMADAM:  Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi- agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.  Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN  Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.  Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan Badan=badan yang mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini. Peranan PEMADAM  Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan.  Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai penggunaan dadah dan menganjurkan seminar, majlis dailog, forum dan kursus-kursus  Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling
  • 37. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 37  Bekerjasama dengan Jabatan-jabatan kerajaan yang bersangkutan dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah penggunaan dadah. 4.3.1.4 MERCY MERCY ditubuhkan oleh Datuk Dr.Jemilah Mahmood, seorang ‟obstetrics gynaecologis‟ yang hendak memberikan bantuan kemanusiaan secara sukarela kepada rakyat Kosovo yang sedang dalam peperangan pada tahun 1999. Kerana memerlukan bantuan kewangan, beliau dan beberapa orang lain terpaksa menubuhkan pertubuhan ini pada mulanya kerana agak sukar untuk mendapatkan derma dan sokongan dari organisasi lain. Oleh itu, pada Jun 1999, Persatuan bantuan Perubatan Malaysia atau dikenali sebagai MERCY telah secara rasminya ditubuhkan. MERCY telah menggunakan kaaedah Pengurusan Risiko Bencana Menyeluruh atau ,Total Disaster Risk Management, (TDRM) dalam melaksanakan beberapa projek domestik dan antarabangsa. Tujuan penggunaan kaedah ini adalah untuk menyediakan pemahaman yang lebih baik, dan yang paling penting ialah memberi respon terhadap pengurusan bencana , mengenalpasti sebab utama dan faktor-faktor yang membawa kepada bencana. TDRM terbahagi kepada empat fasa:  Respon Kecemasan – berfungsi untuk memastikan respon yang efektif seperti usaha menyelamat, memadam kebakaran, pertolongan kecemasan dan evakuasi diberikan apabila sesuatu bencana terjadi. Secara mudahnya, ia adalah fasa menyelamatkan nyawa.  Pemulihan – melibatkan proses pemeliharaan dan pemuliharaan. Fasa ini bertujuan untuk menyediakan pembinaan khemah-khemah sementara, pemulihan, perancangan penggunaan kawasan bersesuaian dan perancangan pemulihan industri.  Usaha – mengelakkan atau mengurangkan kemusnahan apabila bencana melanda. Contohnya, penanaman semula kawasan tadahan air untuk mengurangkan risiko berlakunya banjir.  Kesediaan – adalah penting untuk sentiasa bbersedia dengan alat-alat seperti peta kawasan bencana, peralatan kecemasan dan sebagainya untuk menghadapi masa- masa kecemasan.
  • 38. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 38 4.3.2 AGENSI ANTARABANGSA 4.3.2.1 UNESCO Sejarah UNESCO • Dikenali sebagai United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization. sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan pada tahun 1945. • Sebanyak 190 negara ahli termasuk Malaysia. • Badan dunia yang ditubuhkan pada 16 November 1945, bagi mempromosikan inisiatif kerjasama antarabangsa bagi hal ehwal berkaitan pendidikan, sains dan kebudayaan • Berpusat di Paris, dengan lebih 50 pejabat setempat dan beberapa institusi di seluruh dunia • Adalah satu-satu badan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)  Misi utama UNESCO adalah untuk mmeningkatkan pengetahuan, standard dan kooperasi intelektual dalam menggalakkan transformasi sosial yang kondusif kepada nilai keadilan, kebebasan dan maruah kemanusiaan secara universal. Beberapa tugas UNESCO yang penting adalah. Etika dan hak kemanusiaan • Projek yang menerima penajaan UNESCO termasuk kemahiran menulis dan membaca, teknikal dan program latihan kepada guru-guru, program Sains antarabangsa; promosi kebebasan bersuara dan media yang bebas, projek sejarah kebudayaan setempat, promosi kepelbagaian budaya di dunia; perjanjian kerjasama antarabangsa untuk kebudayaan dunia dan warisan semulajadi dan untuk memelihara hak asasi manusia; dan prcubaan untuk menyatukan rangkaian antarabangsa. • Tema UNESCO : Menyumbangkan kepada keamanan dan perkembangan manusia dalam satu era globalisasi melalui pendidikan , sains , sains sosial , kebudayaan dan komunikasi . 5 program UNESCO • pendidikan • sains • sains sosial • kebudayaan • komunikasi dan informasi • Pendidikan • Berusaha meningkatkan pendidikan di seluruh dunia melalui projek inovasi ,nasihat teknikal • Pendidikan asas untuk semua • Mengurangkan bilangan buta huruf • Pendidikan menengah,termasuk pendidikan teknikal dan vokasional • Mempromosikan pendidikan yang berkualiti • Peringkat pendidikan yang lebih tinggi
  • 39. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 39 • Sains •Melancarkan beberapa program antarabangsa untuk menguruskan sumber bumi dengan lebih berkesan •Menyokong perkembangan negara •Air bersih dan ekosistem •Menggalakkan penggunaan sains,kejuruteraan dan teknologi •Memperkukuhkan sokongan terhadap pusat-pusat kajian tenaga yang boleh dibaharui • Sosial Sains • Memberi kekukuhan struktural pada programnya dengan cara menggalakkan pembangunan antarabangsa • Mewujudkan rancangan kajian antarabangsa tentang topik-topik utama semasa • Memperkuhkan keamanan dan demokrasi • Kebudayaan • Mengekalkan dan menghormati kebudayaan masing-masing • Menggalakkan budaya keamanan di seluruh dunia • Menggabung dan melebarkan budaya-budaya yang lain • Meneliti hubungan budaya dengan pembangunan dan untuk menediakan laporan tentang situasi global • Komunikasi dan Informasi • Memberi kuasa kepada kita dalam kebebasan bersuara dengan mencapati maklumat dan pengetahuan. • Menggalakkan • perkembangan • komunikasi • Memajukan penggunaan ICT dalam pendidikan, sains dan kebudayaan Contoh-contoh aktiviti dijalankan di Malaysia: • Pengiktirafan UNESCO ke atas peranan Malaysia menjadi lebih menyerlah dengan penubuhan dua institut di bawah Pusat Kategori II unesco DI Kuala Lumpur iaitu Regional Humid Tripics Hydrology and Water Resources Centre for South-East Asia and the Pacific (HTC) pada tahun 1999 dan International Science, Technology and Innovation centre for South-East Cooperation (ISTIC) pada tahun 2008. • Malaysia juga turut berbangga dengan kejayaan Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak dan Taman Negara Kinabalu, Sabah mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi kategori Semulajadi; serta Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang bagi kategori kebudayaan. • UNESCO juga turut mengiktiraf Tasik Chini, Pahang sebagai tapak Rizab Biosfera UNESCO, manakala Langkawi diiktiraf sebagai geopark pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.
  • 40. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 40 4.3.2.2 WWF Sejarah WWF • Organisasi perlindungan, dulunya bernama World Wildlife fund • Kini menjadiThe World Wide Fund for Nature, WWF ditubuhkan pada 1 September 1961 oleh beberapa orang, di antaranya ahli biologi Sir Julian Huxley, Pengeran Bernhad dari Belanda, Max Nicholson dan naturalis dan pelukis Sir Peter Scott yang mencipta logo panda hitam putihnya. • sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang bertujuan memupuk pemeliharaan, kajian dan pemuliharaan alam semulajadi. • Mempunyai 28 organisasi nasional dan pusatnya berada di Gland • misi : untuk menghentikan dan memulihkan kemusnahan alam sekitar semulajadi kita Peranan • Memperjuangkan penjagaan alam sekitar, merupakan nadi kepaada persatuan yang kuat menegakkan keadilan tentang alam sekitar • Menyedarkan orang ramai tentang kepentingan penjagaan alam sekitar. Antaranya kepentingan sungai, hutan dan udara yang segar • Menyuarakan pendapat tentang kepentingan penggunaan alatan mesra alam. Misalnya peti sejuk bebas, pendingin udara bebas CFC • Menyarankan pembangunan yang mesra alam seperti menanam pokok-pokok di atas bumbung bangunan dan ruang-ruang kosong, tumbuh-tumbuhan penting untuk menyeimbangkan suhu di sesuatu kawasan selain menjadi pelindung apabila berlaku angin kencang • Melindungi jenis genetik, spesis dan ekosistem • Mengekalkan spesies alam semula jadi yang semakin pupus • Pemeliharaan spesis-spesis binatang • Pemuliharaan habitat alam semula jadi • Menjalankan penyelidikan terhadap hidupan yang musnah dan berusaha mengatasinya Contoh-contoh aktiviti WWW yang dijalankan di Malaysia 1. Earth Hour •Earth Hour adalah satu acara antarabangsa tahunan icipta oleh WWF yang meminta keluarga an syarikat-yarikat untuk memadamkan lampu-lampu dan alat-alat elektrik mereka yang tidak perlu untuk sejam demi menimbulkan kesedaran mengenai perubahan iklim. •Ia dipelopori oleh WWF Australia dan Syedney Morning Herald pada 2007, dan mencapai penyertaan di seluruh dunia pada 2008 •Pada Mac, 2009, jam 8.30pm – 9.30pm, Ia telah dimulakan di Malaysia
  • 41. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 41 2. Plan Pembangunan dan Pengurusan Untuk Kawasan Perlindungan Burung • WWF Malaysia bertindak sebagai pakar perundinga kepada Jabatan Hidupan Liar di Sabah bagi menyusun Pelan Pembangunan dan Pengurusan untuk Kawasan Perlindungan Burung. • Matlamat utama projek ini adalah untuk melindungi habitat ini daripada pembangunan bandar selanjutnya dan untuk mempromosikan kesedaran awam tentang kepentingan tanah paya dengan mewujuskan satu kawasan perlindungan tanah paya yang sistematik. 3. Plan Polar Pelancungan Negara • Plan Polar Perlancungan Negara disediakan untuk Kementerian Kebudayaan & Pelancungan (KKP) oleh WWF Malaysia • Matlamat utamanya adalah untuk membantu pihak kerajaan Malaysia pada peringkat Negara dan Negeri dalam memperkembangkan Ekiologi Pelancungan yang berpotensi di Malaysia. • Sebagai alat yang efektif dalam pemuliharaan khazanah alam semulajadi dan kebudayaan negara • KKP dan WWF Mlaysia telah bekerjasama untuk mengekstrak garis panduan pelancungan daripada plan ini untuk menghasilkan risalah dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris untuk diedarkan secara meluas.
  • 42. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 42 TAJUK 6 Apresiasi Moral 5.0 TOKOH MORAL ANTARABANGSA Tokoh antarabangsa ialah tokoh yang sangat dihormati dan telah diiktiraf di peringkat antarabangsa dan telah banyak memberi sumbangan diperingkat antarabangsa. Tokoh antarabangsa yang akan dibincangkan dalamkursus jangka pendek ini ialah William Henry Gates III atau lebih dikenalisebagai Bill Gates iaitu Pegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation, sebuah syarikat perisian terbesar di dunia. 5.1 LATAR BELAKANG BILL GATES William Henry Gates III atau Bill Gates dilahirkan di Seattle‟s Swedish Hospital di Seattle,Washingtonpada 28Oktober 1955. Beliau ialah ahli perniagaanAmerika Syarikatdan pengasasMicrosoft Corporation(bersama Paul Allen). Beliau adalah anak kedua kepada William Henry Gates Junior, Seorang peguam ternama, dan Mary Maxwell, bekas guru sekolah. Beliau juga adalah pengerusi, bekas Ketua Perisian Arkitek dan bekas KetuaPegawai Eksekutif untuk Microsoft Corporation, sebuah syarikat perisianterbesar di dunia. Bill Gates ialah salah seorang ahli perniagaan yang amatterkenal dalam revolusi komputer peribadi. Beliau sangat dihormati ramaidengan kekayaaan berdasarkan kepintaran dan cara pemikirannya.Bill Gates mengahwini bekas pengurus produk di syarikatnya, MelindaFrench yang berasal dariDallas,Texaspada 1
  • 43. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 43 Januari,1994di Hawaii. Mereka dikurniakan tiga anak, Jennifer Katharine Gates (April 26, 1996), RoryJohn Gates (Mei 23, 1999) and Phoebe Adele Gates (2002). Apabila diwawancara oleh Wired News pada 12:35 PM Nov. 12, 2002 ,mengenai harta kekayaan dan masa depan anak- anaknya, beliau menjawab "Saya rasa tidak baik untuk anak-anak membesar dengan mewarisi harta kekayaaanyang berbillion". Tambah Bill Gates lagi, beliau akan memastikan anak- anaknya hidup senang dan dijaga dengan baik. Bill Gates juga berkata, anak-anaknya hanya akan mewarisi USD $10 million seorang.Selain itu, Bill Gates kerap membuat sumbangan dengan mendermakan jumlah wang yang besar kepada banyak organisasi dan program kajian sains menerusi yayasan yang ditubuhkan beliau pada tahun 2000, Bill & Melinda Gates Foundation . Majalah Forbes, menyenaraikan beliau sebagai orang terkaya di dunia untuk 13 tahun berturut-turut, dengan nilai sebanyak $60 bilion sehingga. Masa muda Bill Gates merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendahterutama dalam mata pelajaran matematik dan sains. Pada umur 13 tahun,Bill Gates dihantar belajar ke Lakeside School For Boys sekolah yang palingunggul di Seattle. Bill Gates menunjukkan minat yang amat tinggi dalampengaturcaraan GE menggunakan BASIC dan diberi kelonggaran tidakmenghadiri kelas matematik untuk minatnya itu. Pada usia 14 tahun, BillGates memulakan syarikat usahasama bersama Paul Allen dan Paul Gilbertyang dipanggil Traf-O-Data , Bill Gates, menurut sumber akhbar mendapatmarkah 1590 untuk SAT (Kelayakan unutk memasuki universiti diAmerika Syarikat) dan memohon untuk memasuki Universiti Harvard pada musimluruh 1973 dalam bidang undang-undang. Ketika belajar di universiti tersebut,beliau berkenalan dengan Steve Ballmer yang kini memegang jawatansebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Microsoft Corporation .Bill Gates kemudiannya menubuhkan syarikat, Micro-Soft, bersamaPaul Allen dan mengambil cuti belajar dari Harvard untuk memulakanperniagaan barunya. Microsoft BASIC menjadi perisian yang popular kepada ramai pengemar komputer dan sumber kodnya disalin dan diedar secarameluas kepada komuniti – komuniti peminat komputer. Microsoft memutuskan kerjasamanya dengan MITS pada penghujung 1976 dan meneruskanpembinaan bahasa pengatucaraan perisian (programming language software) untuk pelbagai sistem. Kekayaan dan pelaburan Bill Gates merupakan antara senarai tetap majalah Forbes untuk "400Orang terkaya di Amerika Syarikat” ( dari tahun 1993 sehingga 2006; danmendapat tempat nombor 1 untuk senarai orang terkaya di dunia dari 1995sehingga 2007 ( kecuali 1997 ). Selain dari Microsoft, Bill Gates juga adamembuat pelaburan di dalam syarikat lain. Beliau membuka syarikat Corbis,syarikat imej digital pada tahun 1989. Pada tahun 2004, beliau menjadipengarah di Berkshire Hathaway, syarikat pelaburan yang diketuai olehrakannya Warren Buffett.
  • 44. PENDIDIKAN MORAL ELM3104 44 Dana sumbangan dan kebajikan Pada tahun 2000, Bill Gates menubuhkan Bill & Melinda GatesFoundation, sebuah yayasan amal bersama isterinya. Yayasan ini memberi dana - dana termasuk biasiswa kolej kepada yang kurang berkemampuan untuk membayar yuran pelajaran, ubat-ubat untuk AIDS, membantu pesakit-pesakit di negara-negara dunia ketiga dan banyak lagi. Dalam tahun 2000 juga, yayasan ini telah menyumbangkan USD$210 juta kepada Universiti Cambridge di atas nama Gates Cambridge Scholarships. Yayasan Bill &Melinda Gates juga telah menyumbangkan lebih dari USD$7 juta kepadabanyak organisasi termasuk United Negro College Fund . Menurut majalahForbes keluaran tahun 2004, Bill Gates telah menderma lebih dari USD$29billion dari tahun 2000 ~ 2004 sahaja.Salah satu dari minat utama Bill Gates ialah untuk memperbaiki kualiti sekolah-sekolah umum di Amerika Syarikat. Beliau telah memberi banyaksumbangan untuk mencapai matlamat beliau dan juga muncul dalam OprahWinfrey untuk menekankan isu - isu yang ada di dalam sistem pembelajaranAmerika. Beliau juga muncul di majlis kongres Amerika Syarikat untuk membentangkan isu tersebut. Anugerah dan penghormatan Majalah TIME menamakan Bill Gates sebagai orang nombor 1 dalam100 yang paling berpengaruh untuk abad ke-20 dan juga pada tahun 2004,2005 dan 2006. Bill Gates dan Oprah Winfrey adalah 2 orang yang mendapattempat di dalam keempat-empat senarai tersebut. Majalah TIME jugamenamakan Bill Gates, isterinya Melinda, dan penyanyi utama kumpulan U2,Bono sebagai “Persons of the Year” pada tahun 2005 untuk sumbanganbesar yang diberi di dalam misi kemanusiaan. Pada tahun yang sama, padabulan Mac, Bill Gates dianugerahkan darjah kesatriaan “Knight Commander of the Order of the British Empire” daripada Ratu Elizabeth II. Pada tahun2006, beliau dianugerahkan dengan “Premio Príncipe de Asturias en Cooperación Internacional”. Bill Gates juga mendapat tempat ke-8 olehmajalah New Statesman pada tahun 2006 sebagai "Heroes of our time”.Bill Gates tersenarai di dalam Sunday Times “Power List” pada tahun1999, sebagai “CEO of the year“ oleh majalah Chief Executive Officers padatahun 1994, tempat pertama di dalam "Top 50 Cyber Elite" oleh majalah TIMEpada tahun 1998, tempat ke-2 di dalam Upside Elite 100 pada tahun 1999dan disenaraikan oleh The Guardian sebagai "Top 100 influential people inmedia" pada tahun 2001. Bill Gates menerima 3 sarjana kedoktoran dariNyenrode Business Universiteit, Breukelen, Belanda pada tahun 2000, RoyalInstitute of Technology, Stockholm, Sweden pada tahun 2002 dan WasedaUniversity, Tokyo, Jepun pada tahun 2005. Para entomology menamakanbunga Eristalis gatesi , sebagai penghormatan kepada Bill Gates.Bill Gates dan Melinda menerima “Prince of Asturias Award” dariInternational Cooperation pada Mei, 4, 2006, sebagai penghormatan di ataskerja-kerja amal dan sumbangan yang diberikan. Pada November 2006,beliau dan isterinya dianugerahkan dengan “Order of the Aztec Eagle” untukkerja amal dan sumbangan mereka di dalam kesihatan dan pendidikansedunia, terutamanya di Mexico untuk program "Un país de lectores".