1. 1 PENGENALAN
Buku Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah
Rendah ini mengandungi panduan, peraturan dan manual pelaksanaan PBS.
1.1 Tujuan
Buku ini bertujuan untuk membantu Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran
Daerah (PPD) dan sekolah berhubung dengan pelaksanaan penambahbaikan sistem
pentaksiran kebangsaan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Buku ini merupakan panduan untuk mengoperasikan PBS di sekolah rendah yang
merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) yang
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP). Penerangan terperinci untuk melaksanakan
PBS terkandung dalam Manual Pentaksiran Sekolah (Perkara 4), Manual Pentaksiran Pusat
(Perkara 5), Manual PAJSK (Perkara 6), Manual Pentaksiran Psikometrik (Perkara 7) dan
Manual Penjaminan Kualiti (Perkara 8). Dokumen Standard Prestasi dan Manual Sistem
Pengurusan PBS (SPPBS) yang disediakan dalam bentuk cakera padat disertakan bersama-
sama buku ini dan boleh dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan.
1.2 Dasar Pelaksanaan
Pelaksanaan PBS bagi sekolah rendah mulai Tahun 2011 adalah berdasarkan kepada Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550): Seksyen 67 - Penilaian Murid, Seksyen 68 - Peperiksaan dan
Seksyen 69 – Larangan Tentang Pengendalian Peperiksaan dan Peraturan-Peraturan
Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997, Bahagian II, Perkara 3 iaitu:
1.2.1 Perkara 3 (a): untuk memberi nasihat, memantau dan membuat analisis
tentang penilaian berasaskan sekolah;
1.2.2 Perkara 3 (b): untuk mengendalikan semua peperiksaan mengikut peraturan-
peraturan, garis panduan dan arahan tentang peperiksaan; dan
1.2.3 Perkara 3 (c): untuk mengadakan peperiksaan, untuk mengendalikan
pemantauan peperiksaan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan, garis
panduan dan arahan tentang peperiksaan.
Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya
penambahbaikan sistem pentaksiran kebangsaan bagi UPSR dilaksanakan dengan
memberikan penekanan kepada pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran tentang
pembelajaran.
Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia mengeluarkan Surat Pekeliling
Lembaga Peperiksaan Bil. 1/2011 rujukan KP. LP. 003.07.14 (3) bertarikh 22 Februari 2011
(Rujuk Lampiran A).
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 1
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 1
2. 1.3 Pelaksanaan PBS di Sekolah Rendah
Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi Pentaksiran Sekolah,
Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran
Psikometrik.
Jadual 1.1 - Pelaksanaan pada Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3)
BIL KOMPONEN PBS PERKARA
Mata Pelajaran
1 Pentaksiran Sekolah 1. Bahasa Melayu 10. Dunia Seni Visual
2. Bahasa Inggeris 11. Dunia Muzik
3. Bahasa Cina 12. Dunia Sains & Teknologi
4. Bahasa Tamil 13. Bahasa Arab
5. Matematik 14. Bahasa Cina SK
6. Pendidikan Jasmani 15. Bahasa Tamil SK
7. Pendidikan Kesihatan 16. Bahasa Kadazandusun
8. Pendidikan Islam 17. Bahasa Iban
9. Pendidikan Moral 18. Bahasa Melayu SJK
19. Bahasa Inggeris SJK
2 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Tiada
Sukan dan Kokurikulum
3 Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Khusus dan Inventori Personaliti
4 Pentaksiran Pusat Tiada
Jadual 1.2 - Pelaksanaan pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6)
BIL KOMPONEN PBS PERKARA
Mata Pelajaran
1 Pentaksiran Sekolah 1. Bahasa Melayu 11. Pendidikan Muzik
2. Bahasa Inggeris 12. Pendidikan Seni Visual
3. Bahasa Cina 13. Pendidikan Islam
4. Bahasa Tamil 14. Pendidikan Moral
5. Matematik 15. Sejarah
6. Sains 16. Bahasa Arab
7. Reka Bentuk & Teknologi 17. Bahasa Cina SK
8. Teknologi Maklumat dan 18. Bahasa Tamil SK
Komunikasi 19. Bahasa Kadazandusun
9. Pendidikan Jasmani 20. Bahasa Iban
10. Pendidikan Kesihatan 21. Bahasa Semai
2 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Aktiviti Jasmani, Sukan, Kokurikulum dan Ekstra Kurikulum
Sukan dan Kokurikulum
3 Pentaksiran Psikometrik Ujian Aptitud Am, Ujian Aptitud Khusus dan Inventori
Personaliti
4 Pentaksiran Pusat Ditentukan mengikut format pentaksiran
2 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
3. 1.4 Peraturan-Peraturan Am Pelaksanaan PBS di Sekolah Rendah
1.4.1. Semua murid sekolah kebangsaan / sekolah jenis kebangsaan / sekolah
swasta hendaklah melaksanakan PBS di sekolah rendah.
1.4.2. Semua kes khas hendaklah dipohon melalui Pengarah Pelajaran setiap
Jabatan Pelajaran Negeri dan dipanjangkan kepada Pengarah
Peperiksaan untuk kelulusan.
1.4.3. Pelaksanaan PBS hendaklah berpandukan buku ini, dokumen Standard
Prestasi dan Manual SPPBS yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.
1.4.4. Jadual Pengoperasian PBS disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan
hendaklah dipatuhi oleh semua pihak.
1.4.5. Jawatankuasa PBS Sekolah hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-
kurangnya empat kali setahun.
1.4.6. Pengurusan evidens dalam PBS dijalankan secara sistematik mengikut
keputusan Jawatankuasa PBS Sekolah.
1.4.7. Pelaporan tahap penguasaan murid yang dijana oleh aplikasi SPPBS
dikeluarkan oleh pihak sekolah pada bila-bila masa mengikut keperluan.
1.4.8. Penjaminan kualiti hendaklah dilaksanakan secara berjadual di semua
peringkat sama ada JPN, PPD atau sekolah.
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 3
4. 2 PENGENALAN KOMPONEN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek),
afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang
akademik dan bukan akademik seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1. Bidang akademik
terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang
bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan
dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang
berasaskan sekolah.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
Akademik Bukan Akademik
Pentaksiran Pentaksiran Pentaksiran Aktiviti Pentaksiran
Pusat Sekolah Jasmani, Sukan Psikometrik
dan Kokurikulum
Rajah 2.1: Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah
2.1 Pentaksiran Sekolah (PS)
Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru
sekolah yang berkenaan.
2.1.1 Pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran
dan pembelajaran. Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah
lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan,
tugasan rumah dan ujian.
2.1.2 Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir setiap unit pembelajaran.
Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah ujian bulanan dan
ujian penggal.
PS berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan
pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 4
4 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
5. 2.2 Pentaksiran Pusat (PP)
Pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru
berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang
ditetapkan mengikut mata pelajaran.
2.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah yang ditadbir, direkod dan dilaporkan
melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani dan kesihatan,
sukan dan permainan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstrakurikulum.
2.4 Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
Pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukur
kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan
masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran ini tidak
berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 5
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 5
6. 3 PENTADBIRAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah hendaklah memastikan
pengoperasian PBS dilaksanakan berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
3.1 Jadual Pengoperasian PBS
Jadual 3.1: Jadual Pengoperasian PBS
BIL. PERKARA TEMPOH TINDAKAN
1 Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke Disember LP
JPN
2 Mengedarkan Surat Pekeliling dan Disember JPN
Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke
PPD dan Sekolah
3 Mesyuarat Jawatankuasa PBS Januari, April, JPN/PPD/Sekolah
Ogos dan
Disember
4 Pendaftaran SPPBS Januari – Februari Sekolah
5 Tempoh pelaksanaan PBS Sepanjang sesi Sekolah
persekolahan
6 Aktiviti Penjaminan Kualiti: Sepanjang tahun Sekolah/PPD/JPN/
Pementoran, Pemantauan, LP/Bahagian KPM
Penyelarasan dan Pengesanan
7 Pengumpulan skor murid dalam Sepanjang tahun Sekolah
SPPBS
8 Pelaporan skor murid Mengikut Sekolah
keperluan
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 6
6 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
7. 3.2 Jawatankuasa PBS Negeri
3.2.1 Senarai Jawatankuasa
Pengerusi : Pengarah Pelajaran Negeri
Naib Pengerusi : Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri
Setiausaha : Ketua Sektor SPP, JPN
Ahli Jawatankuasa
: Semua Ketua Sektor JPN
: Pengarah IPGM
: Ketua Nazir JNJK (Negeri)
: Ketua Penolong Pengarah, BTPN
: Semua Ketua Penolong Pengarah, JPN
: Semua Pegawai Pelajaran Daerah
: YDP Majlis Pengetua
: YDP Majlis Guru Besar
: YDP Majlis Guru Cemerlang
3.2.2 Senarai Tugas
i. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat negeri;
ii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat negeri;
iii. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan;
iv. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat negeri untuk dihantar ke
Lembaga Peperiksaan.
3.3 Jawatankuasa PBS Daerah
3.3.1 Senarai Jawatankuasa
Pengerusi : Pegawai Pelajaran Daerah
Naib Pengerusi : Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah
Setiausaha : Penolong PPD (Peperiksaan / PBS)
Ahli Jawatankuasa
: YDP Majlis Pengetua Daerah
: YDP Majlis Guru Besar Daerah
: Semua Penolong PPD
: Semua Penyelaras Pusat Kegiatan Guru
3.3.2 Senarai Tugas
i. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa peringkat daerah;
ii. Mengadakan mesyuarat penataran peringkat daerah ;
iii. Memastikan aktiviti penjaminan kualiti pengendalian PBS dilaksanakan;
iv. Menyediakan laporan pelaksanaan peringkat daerah untuk dihantar ke
Jabatan Pelajaran Negeri.
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 7
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 7
8. 3.4 Jawatankuasa PBS Sekolah
3.4.1 Senarai Jawatankuasa
Pengerusi : Guru Besar
Naib Pengerusi : Semua Guru Penolong Kanan
Setiausaha : Setiausaha Peperiksaan
Ahli Jawatankuasa
: Ketua Panitia Yang Dilantik (Latihan)
: Ketua Panitia Yang Dilantik (Penyelarasan)
: Ketua Panitia Yang Dilantik (Pementoran)
: Ketua Panitia Yang Dilantik (Pemantauan)
: Ketua Panitia Yang Dilantik (PS dan PP)
: Guru Cemerlang
: Guru Bimbingan dan Kaunseling (PPsi)
: Guru Penolong Yang Dilantik (PAJSK)
: Jurulatih Utama Pentaksiran (setiap mata pelajaran)
3.4.2 Senarai Tugas
i. Memastikan pengoperasian PBS di sekolah mengikut garis panduan
yang ditetapkan.
ii. Mengadakan 4 kali mesyuarat setahun:
iii. Mesyuarat Kali Pertama – menetapkan hala tuju, matlamat,
menyediakan jadual aktiviti dan sebagainya
iv. Mesyuarat Kali Kedua – Kajian Suku Tahun Pertama
v. Mesyuarat Kali Ketiga – Kajian Suku Tahun Kedua
vi. Mesyuarat Kali Keempat – Post Mortem Pelaksanaan
vii. Semua keputusan mesyuarat diminitkan dan menjadi dasar atau punca
kuasa kepada pengoperasian/pelaksanaan semua komponen PBS di
sekolah.
Nota: Pelantikan Jawatankuasa PBS ini tertakluk kepada keperluan sekolah dan bergantung kepada
keperluan pihak lain.
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 8
8 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
9. 4 PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran
(P&P) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran
guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau
dicapai dalam satu-satu proses P&P.
PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek
perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau
penskoran, perekodan dan pelaporannya.
PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha
menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan
yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak
sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.
PS mempunyai ciri-ciri berikut:
Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian
pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P
Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan
kesediaan murid.
Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum
PS boleh dilaksanakan secara:
Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P
Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau
tahun
4.1 Pentaksiran Rujukan Standard
Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan
Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan
dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia
merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan
boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard
prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam
dokumen kurikulum.
Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan
murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang
kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada
pernyataan standard.
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam
bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 9
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 9
10. murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,
menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting
dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa
mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
STANDARD KURIKULUM STANDARD PRESTASI
Matlamat Pernyataan Standard
Objektif Deskriptor
PENTAKSIRAN
Standard Kandungan Evidens
Standard Pembelajaran
Apa yang dilaporkan tentang
Apa yang patut dipelajari
pencapaian murid
Rajah 4.1 : Hubung kait antara Standard Kurikulum dengan Standard Prestasi
Rajah 4.1 menunjukkan hubung kait antara Standard Kurikulum dengan Standard Prestasi.
Dokumen Standard Kurikulum dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Ia mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan
perlu disampaikan dalam proses pengajaran-pembelajaran.
Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian
Pelajaran Malaysia. Ia mengandungi panduan untuk mentaksir pencapaian murid mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
4.2 Standard Prestasi
Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau
penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh
pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti.
Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat
dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan.
Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam
pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 10
10 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
11. yang berkepentingan untuk menunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam
sistem pendidikan.
Dengan menggunakan Standard Prestasi ;
� Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir
dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.
� Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa
yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.
� Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka
selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.
� Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem
pendidikan negara dan kualiti yang ada pada murid yang keluar daripada
sistem pendidikan tersebut.
Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan negara dan
sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain.
Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band (Band 1, Band 2, Band 3,
Band 4, Band 5 dan Band 6) yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan
deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam
menentukan prestasi individu.
4.3 Kerangka Standard Prestasi
Jadual 4.1 menunjukkan kerangka Standard Prestasi yang digunakan dalam PS.
Jadual 4.1: Kerangka Standard Prestasi
BAND STANDARD
6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3 Tahu, Faham dan Boleh Buat
2 Tahu dan Faham
1 Tahu
Di Band 1, murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi
respons terhadap perkara yang asas.
Di Band 2, murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 11
12. Di Band 3, murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
pada suatu situasi.
Di Band 4, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, seperti tertib atau
melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik.
Di Band 5, murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru,
dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
Dan akhir sekali, di Band 6, murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,
mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran
dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan
maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara
tekal.
Jadual 4.2 menunjukkan kerangka Dokumen Standard Prestasi yang diguna pakai untuk
Pentaksiran Sekolah.
Jadual 4.2: Kerangka Dokumen Standard Prestasi
Band Pernyataan Standard Deskriptor Evidens
1 Penerangan generik / APA murid tahu dan BAGAIMANA murid
2 umum tentang tahap boleh buat menunjukkan apa yang
3 kemajuan pembelajaran (Merujuk Standard dia tahu dan boleh buat
4 (Merujuk Objektif Mata Kurikulum Tahun-Tahun
5 Pelajaran) Tertentu Bagi Mata
6 Pelajaran)
Pernyataan Standard bagi sesuatu mata pelajaran diguna pakai dari Tahun 1 hingga Tahun
6 kerana pernyataan ini digubal berdasarkan Objektif Mata Pelajaran berkenaan.
Deskriptor pula merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat
berdasarkan standard pembelajaran yang diterakan dalam Standard Kurikulum bagi mata
pelajaran berkenaan. Deskriptor setiap pernyataan standard adalah berbeza bagi setiap
tahun pembelajaran.
Pernyataan evidens (murid) adalah pernyataan yang menerangkan bagaimana murid
menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat. Kualiti ini juga merujuk kepada aspek-
aspek yang boleh dilaksana dan boleh ditadbir.
Evidens (bahan) merujuk kepada bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan
oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens boleh dalam bentuk produk atau
proses seperti gambar foto, grafik, artifak dan laporan. Guru harus kreatif dalam memilih
tugasan dan boleh menggunakan pelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk menguji
penguasaan / pencapaian murid bagi sesuatu domain. Antara contoh instrumen yang sesuai
digunakan ialah ujian bertulis, demonstrasi atau kuiz.
12 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
13. Rajah 4.2 menunjukkan penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah.
Peranan Standard Prestasi dalam PS
MULA
Pemulihan
Belum mencapai
tahap penguasaan
Telah mencapai
Tahap penguasaan
Rajah 4.2 : Penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah
Permulaan proses pengajaran-pembelajaran ialah perancangan guru menyediakan perkara
yang perlu diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam Dokumen
Standard Kurikulum. Guru akan merancang kaedah pengajaran, menyediakan bahan-bahan
pengajaran dan seterusnya menyampaikan kandungan tersebut kepada murid dengan
menggunakan pelbagai strategi, mengikut kreativiti guru.
Guru kemudian akan mentaksir pemahaman murid tentang perkara yang diajar. Pentaksiran
juga boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran
yang bersesuaian dengan perkara yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan pentaksiran
secara tidak formal, sebagai contoh menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu guru menilai
setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat.
Setelah menilai pencapaian murid, guru akan merujuk dokumen standard prestasi untuk
melaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama
ada dalam bentuk proses, produk atau diri murid itu.
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 13
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 13
14. Bagi murid yang telah mencapai standard yang ditetapkan, guru akan meneruskan
pengajaran-pembelajaran kandungan yang berikutnya dalam dokumen Standard Kurikulum.
Sekiranya murid tidak mencapai standard yang ditetapkan, guru akan membuat sesi
pemulihan untuk membimbing murid tersebut. Guru menentukan strategi pengajaran
berdasarkan pengalaman pembelajaran untuk membantu murid.
4.4 Sistem Pelaporan
4.4.1 Formatif
Pernyataan evidens digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang pencapaian murid.
4.4.2 Sumatif
Pernyataan deskriptor digunakan sebagai pelaporan prestasi murid.
4.5 Peranan Pihak Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah
Pentaksiran Sekolah memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid
dan ibu bapa.
4.5.1 Pentadbir Sekolah
i. Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi
aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS
ii. Menyediakan peralatan, bahan dan jadual
iii. Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS
iv. Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod
v. Menjalankan pemantauan dan penyelarasan
4.5.2 Guru
i. Menjadi pemudah cara dalam proses pengajaran-pembelajaran-pentaksiran
ii. Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk
mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran
iii. Menyediakan instrumen pentaksiran
iv. Memberi maklum balas tentang pencapaian murid
v. Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang
diperoleh
vi. Mengumpul rekod dan data pencapaian murid
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 14
14 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
15. 4.5.3 Murid
i. Mengetahui dan memahami standard prestasi
ii. Mengetahui perkara yang perlu dikuasai
iii. Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai
iv. Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan
4.5.4 Ibu Bapa
i. Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistem pentaksiran
ii. Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak
iii. Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual
differences)
iv. Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 15
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 15
16. 5 PENTAKSIRAN PUSAT (PP)
Pentaksiran Pusat (PP) adalah pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah oleh
guru berdasarkan tugasan dan rubrik penskoran yang dikeluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan dalam tempoh tertentu mengikut mata pelajaran tertentu.
Pelaksanaan Pentaksiran Pusat ini dirancang, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di
peringkat sekolah oleh guru mata pelajaran mengikut garis panduan dan jadual yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Pentaksiran Pusat dikendalikan oleh guru-guru mata
pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
kerangka (framework) yang ditetapkan.
PP mempunyai ciri-ciri berikut:
Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian
pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.
Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P dalam
tempoh yang ditetapkan
Fleksibel iaitu pelaksanaan tugasan boleh mengikut kesesuaian masa dan
persekitaran
Bersepadu iaitu tugasan yang menguji pelbagai konstruk dan konteks
Autentik iaitu tugasan yang merujuk keadaan sebenar
Merujuk rubrik penskoran yang dibina berdasarkan tugasan
5.1 Objektif Pentaksiran Pusat
Objektif Pentaksiran Pusat ialah untuk:
Mentaksir penguasaan dan pencapaian murid dalam aspek pemerolehan
ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran serta penghayatan nilai dan sahsiah
Memastikan maklumat yang dikumpul mengenai murid adalah mencukupi dan
tepat dengan menggunakan pelbagai instrumen
Mengesahkan penguasaan murid dalam Pentaksiran Sekolah
Penyamataraan dan standardization.
5.2 Rubrik
Rubrik merupakan satu bentuk skema penskoran yang ditetapkan mengikut kriteria seperti
daripada lemah ke cemerlang. Kriteria ini digunakan untuk membuat ranking atau
pemeringkatan terhadap pencapaian murid. Rubrik terdiri daripada rubrik analitik dan rubrik
holistik. Rubrik holistik mengandungi kriteria dan kualiti untuk menilai keseluruhan hasil kerja
murid. Rubrik analitik pula terdiri daripada penerangan terperinci berserta agihan markah
bagi setiap poin untuk menilai hasil kerja murid. Rubrik memberikan penerangan tentang
ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Rubrik hendaklah dijadikan telus supaya murid boleh
menganggar prestasinya. Kejelasan dan pemahaman tentang rubrik dapat meningkatkan
kesahan dan kebolehpercayaan Pentaksiran Pusat.
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 16
16 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
17. 5.3 Instrumen Pentaksiran Pusat
Pelbagai instrumen pentaksiran yang bersesuaian dengan konstruk yang akan ditaksir
dalam sesuatu mata pelajaran digunakan. Antara instrumen yang digunakan ialah:
5.3.1 Pencerapan
Pencerapan ialah satu proses pemerhatian bagi tujuan tertentu. Proses ini biasanya
kurang berstruktur dan selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu
sama lain dalam tugasan untuk mendapatkan hasil penyelesaian yang umum.
Pencerapan perlu mempunyai tujuan dan dijalankan dengan menggunakan suatu
instrumen cerapan yang bersesuaian untuk mengurangkan penyimpanan rekod,
seperti senarai semak dan skala pengkadaran (rating scale) yang hanya memerlukan
sedikit catatan dan masa untuk merekod.
5.3.2 Ujian
Ujian ialah sejenis alat/instrumen untuk mengumpul maklumat. Ujian lebih berstruktur,
tegar dan membolehkan guru mengumpul evidens bagi semua murid dengan cara
dan masa yang sama. Murid-murid dapat mempamerkan evidens tentang
pembelajaran mereka melalui ujian dan penghakiman tentang pencapaian murid
dapat dibuat dengan penskoran.
5.3.3 Persembahan
Persembahan ialah tugasan yang bersifat lebih fleksibel berbanding dengan ujian dan
melibatkan tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran
dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran
persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan
menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam amali.
5.3.4 Pentaksiran Kendiri, Rakan Sebaya dan Kerja Berkumpulan
Pentaksiran kendiri merupakan refleksi dilaksanakan oleh seseorang murid ke atas
pembelajarannya sendiri. Murid mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran
akademik dan prestasi dengan tepat dengan panduan yang diberikan oleh guru.
.
Pentaksiran rakan sebaya membenarkan murid untuk menilai prestasi rakan sebaya
dengan menggunakan senarai semak atau rubrik.
Pentaksiran kerja berkumpulan melibatkan pentaksiran hasil kerja kumpulan selain
daripada kemahiran sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan.
5.3.5 Projek
Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang
dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditetapkan. Ia biasanya melibatkan aktiviti
pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Tugasan ini boleh dijalankan
secara individu atau secara berkumpulan. Projek membolehkan murid
mengintergrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan
tugasan.
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 17
18. 5.3.6 Ujian Amali
Ujian amali merupakan satu tugasan yang bertujuan mengukur kebolehan murid
mengaplikasi ilmu dan kemahiran yang diperoleh. Ujian ini dinilai berdasarkan
penguasaan kemahiran psikomotor, kemahiran manipulatif, kemahiran kreatif dan
pelbagai kemahiran kendiri yang berkaitan dengan sesuatu mata pelajaran. Semua
kemahiran tersebut dinilai sama ada secara langsung semasa ujian dijalankan atau
berpandukan evidens yang dipamerkan melalui penghasilan produk.
5.4 Pelaksanaan Pentaksiran Pusat
Pelaksanaan Pentaksiran Pusat melibatkan perancangan yang menyeluruh di semua
peringkat dengan memastikan prosedur adalah seragam dan dipatuhi bagi menjamin
keadilan, kesahan dan kebolehpercayaan dalam pentaksiran.
Pengoperasian Pentaksiran Pusat merangkumi:
5.4.1 Perancangan
Perancangan adalah untuk menyelaraskan kerja-kerja pengoperasian Pentaksiran
Pusat supaya pelaksanaannya berjalan lancar menepati kehendak dan spesifikasi
tugasan, dilaksanakan secara sistematik dan menepati jadual kerja yang ditetapkan.
Perancangan Pentaksiran Pusat melibatkan Lembaga Peperiksaan dan pelbagai
Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia seperti Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Bahagian, Pejabat Pelajaran Daerah,
sekolah serta agensi-agensi lain yang berkaitan.
Perancangan di peringkat sekolah merujuk kepada:
� murid yang akan ditaksir,
� bila pentaksiran dilaksanakan,
� siapa yang terlibat,
� pemahaman tugasan yang dibekalkan,
� penskoran, perekodan dan pelaporan
5.4.2 Penyediaan Jadual Kerja
Tindakan utama dalam perancangan ialah menyediakan satu jadual kerja yang
mengandungi maklumat mengenai aktiviti/tindakan yang akan dijalankan, tempoh
masa dan penglibatan/ tanggungjawab.
a. Perkara-Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan
i. Peringatan kepada murid
ii. Kualiti Tugasan
� Tidak dibenarkan menciplak hasil kerja orang lain
� Perlu mengikut spesifikasi penghasilan tugasan yang ditetapkan
� Bagi tugasan berbentuk amali, persembahan/penghasilan mestilah
berdasarkan kriteria yang ditetapkan mengikut mata pelajaran seperti
dalam Panduan bagi setiap mata pelajaran
� Perlu mencapai tahap yang ditetapkan
18 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
19. 5.4.3 Penataran
Penataran ialah satu usaha untuk memastikan wujudnya kefahaman dan
kesefahaman dalam kalangan pentaksir dan pengguna supaya skor yang diperoleh
mempunyai darjah kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Penataran dijalankan
dengan tujuan memberi pengetahuan, kefahaman dan kesefahaman berhubung
perkara yang ditaksir, kriteria yang dirujuk, evidens yang dicari, instrumen yang
digunakan dan kaedah pemberian skor.
5.4.4 Penyelarasan
Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan keselarasan kefahaman terhadap
peraturan/skema penskoran/rubrik. Penyelarasan juga dilakukan dari aspek
penskoran untuk memastikan konstruk, gred/skala skor adalah seragam dan
seterusnya meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi
menjamin kualiti.
5.4.5 Pelaporan
Pelaporan Pentaksiran Pusat merujuk kepada rumusan skor oleh guru pentaksir bagi
mendapatkan tahap penguasaan murid. Rumusan skor akan dibuat berdasarkan
prinsip rumusan yang telah ditetapkan. Pelaporan skor menunjukkan tahap
penguasaan dan pencapaian murid dan boleh diperbaiki atau dipertingkatkan dari
semasa ke semasa.
Rajah 5.1 menunjukkan Carta Alir Proses Penataran Pentaksiran Pusat di semua
peringkat manakala Rajah 5.2 menunjukkan Pelaksanaan Pentaksiran Pusat di
Sekolah.
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 19
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 19
20. KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA
MULA
Menyediakan bahan JABATAN
Penataran PELAJARAN NEGERI
Menjalankan
penataran PP Menerima penataran PEJABAT
peringkat PP dari KPM PELAJARAN DAERAH
kebangsaan
Mengadakan
Menerima penataran
penataran PP SEKOLAH
PP dari JPN
peringkat Negeri Menerima
penataran PP dari
Mengadakan PPD
penataran PP
peringkat daerah
Taklimat kepada
J/K PBS Sekolah
Mengadakan
penataran
Menyediakan laporan Menyediakan laporan PBS di peringkat
penataran penataran Sekolah
Menyediakan
laporan
penataran PP
Menghantar
laporan
Menerima laporan penataran ke PPD
penataran PPdaripada
sekolah
�
Merumuskan laporan
penataran peringkat
daerah
�
Menerima rumusan
penataran daripada Menghantar rumusan
PPD penataran ke JPN
Menerima laporan Menghantar ��
rumusan
dari JPN keseluruhan penataran
PP ke KPM
TAMAT
Rajah 5.1: Carta Alir Proses Penataran Pentaksiran Pusat
20 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
21. Mula
Guru merancang pengajaran,
pembelajaran dan pentaksiran
Guru melaksana pengajaran,
pembelajaran dan pentaksiran
Pentaksiran semula
Guru mentaksir, menskor
berdasarkan evidens dan
merekod
Penyelarasan dan pemantauan
Pelarasan skor
Pembetulan skor dan pelaporan
Merumus dan melapor dalam
sistem dan memberi maklum
balas
Tamat
Rajah 5.2: Pelaksanaan Pentaksiran Pusat di Sekolah
5.5 Peranan Pihak Yang Terlibat Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Pusat memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid,
ibu bapa dan pihak yang berkepentingan.
5.5.1 Pentadbir Sekolah
Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang
merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan Pentaksiran Pusat
Menyediakan peralatan, bahan dan jadual
Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan Pentaksiran Pusat
Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 21
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 21
22. 5.5.2 Guru
Mengumpul rekod dan data pencapaian murid
Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan
maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran
Melaksanakan pentaksiran
Memberi maklum balas tentang pencapaian murid
Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang
diperoleh
Menjadi pemudah cara dalam proses pengajaran-pembelajaran-pentaksiran
5.5.3 Murid
Mengetahui dan memahami rubrik penskoran
Mengetahui perkara yang perlu dikuasai
Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai
Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan
5.5.4 Ibu Bapa
Mengetahui dan memahami rubrik penskoran dalam sistem pentaksiran
Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak
Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual
differences)
Menggalakkan anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan
5.5.5 Pihak yang Berkepentingan/PIBG
Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran
Menggalakkan minat pembelajaran sepanjang hayat
Memberi komitmen terhadap usaha menjana pembangunan, pertumbuhan dan
penyebaran ilmu
Mendorong dan menggalakkan kreativiti dan inovasi
5.6 Istilah Institusi Pentaksiran Pusat
Antara istilah institusi Pentaksiran Pusat yang digunapakai di sekolah adalah seperti berikut:
5.6.1 Ditadbir
Usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru mata
pelajaran atau pentaksir yang terlibat semasa P&P dan pengurusan evidens.
5.6.2 Diskor
Proses pemberian skor kepada perkara yang ditaksir berdasarkan peraturan
penskoran/rubrik.
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 22
22 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
23. 5.6.3 Dilaporkan
Rumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan murid.
Rumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan.
5.6.4 Dimoderatkan
Usaha memastikan skor murid disetarakan bagi tiap-tiap murid dalam sesebuah
sekolah dan antara sekolah. Mekanisme ini menjamin kebolehpercayaan dan
kesahan skor pentaksiran.
5.6.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan
Kesahan ialah sejauh mana skor sesuatu pentaksiran dapat menggambarkan
relevan dan kecukupcakupan perkara yang ditaksir. Ini dapat ditentukan dengan
menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Dokumen KSSR.
Kebolehpercayaan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu tepat dan tekal.
Kesahan dan kebolehpercayaan skor pentaksiran dipastikan melalui penyelarasan
dan pemantauan.
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 23
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 23
24. 6 PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) adalah sebagai panduan
untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan, mengukur penyertaan, penglibatan, prestasi
murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum (extra-curricular).
PAJSK memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam
atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. PAJSK dibangunkan untuk melengkapi
sistem pentaksiran pendidikan di Malaysia supaya lebih holistik dan bersepadu. Ia juga
sejajar dengan konsep Satu Murid Satu Sukan (1M1S), pembangunan modal insan dan
perkembangan potensi murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) seperti
yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
6.1 Komponen PAJSK
PAJSK merangkumi lima komponen; aktiviti jasmani, kesihatan, sukan, kokurikulum dan
ekstrakurikulum seperti dalam Rajah 6.1.
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
�
Jasmani� Kesihatan� Sukan� Kokurikulum� Ekstrakurikulum�
� � �
SEGAK* BMI* Penyertaan, Penyertaan,
- Tinggi Penglibatan dan Penyertaan,
- Perkembangan Penglibatan dan
- Berat Pencapaian dalam Penglibatan dan
fizikal Pencapaian dalam
- Tafsiran BMI aktiviti sukan: Pencapaian dalam:
- Kecergasan aktiviti
- Sekolah - Kelab
- Senaman ekstrakurikulum:
- Daerah - Persatuan
- Sekolah
- Negeri, - Unit Beruniform
- Daerah
- Kebangsaan - Negeri,
- Antarabangsa - Kebangsaan
- Antarabangsa
Rajah 6.1: Komponen PAJSK
6.1.1 Pentaksiran Aktiviti Jasmani
Aktiviti jasmani dalam PAJSK merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid
sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan
Fizikal Kebangsaan (SEGAK) yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini
ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di
peringkat kebangsaan. SEGAK terdiri daripada empat aktiviti iaitu "Naik turun
bangku", "Tekan tubi", "Ringkuk" dan "Jangkaun".
24 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
25. a. Objektif Pentaksiran Aktiviti Jasmani ialah menilai dan mengukur tahap
kecergasan fizikal murid.
b. Konstruk yang diukur
i. Perkembangan fizikal murid
ii. Kecergasan
iii. Senaman
c. Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Jasmani
i. Pentaksiran Aktiviti Jasmani dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada
pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa
ii. Semua murid Tahap 2 diwajibkan terlibat
iii. Guru merekod skor murid semasa melaksanakan aktiviti SEGAK
dan memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh
Lembaga Peperiksaan
iv. Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK
6.1.2 Pentaksiran Kesihatan
Pentaksiran Kesihatan dalam PAJSK hanya tertumpu kepada mengukur berat badan
dan ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran Body Mass Index
(BMI).
a. Objektif Pentaksiran Kesihatan
i. Mengukur BMI murid
ii. Menentukan tahap keseimbangan lemak badan dengan ukuran
ketinggian dan berat badan seseorang murid
b. Konstruk yang diukur
i. Tinggi
ii. Berat
iii. Tafsiran BMI
c. Pelaksanaan Pentaksiran Kesihatan
i. Pentaksiran Kesihatan dilaksanakan dua kali setahun iaitu pada
pertengahan dan akhir tahun persekolahan tahun semasa
ii. Semua murid Tahap 2 diwajibkan terllibat
iii. Guru merekod berat badan dan ketinggian murid serta memasukkan
ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan
iv. Guru mencetak pelaporan tafsiran BMI yang dijana oleh aplikasi
PAJSK secara automatik apabila diperlukan
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 25
26. 6.1.3 Pentaksiran Sukan Dan Kokurikulum
Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam PAJSK adalah untuk mengukur aktiviti
sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang
bertujuan membangun modal insan dalam memupuk nilai, sahsiah serta
pembangunan diri seseorang murid. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dalam
PAJSK mengandungi konstruk dan pelaksanaan yang hampir serupa.
Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan, pertandingan yang mempertingkatkan
kemahiran yang melibatkan fizikal dan ketahanan mental.
Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam persatuan, kelab, pasukan
beruniform di peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
a. Objektif Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum ialah memberi skor kepada
aktiviti sukan dan kokurikulum murid
b. Konstruk yang diukur
i. Penyertaan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum
ii. Penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum
iii. Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti sukan dan kokurikulum
c. Pelaksanaan Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum
i. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum dilaksanakan secara berterusan
sepanjang aktiviti dijalankan mengikut kesesuaian guru atau berkala
mengikut jadual yang ditetapkan oleh sekolah, PPD atau JPN
ii. Semua murid Tahap 2 diwajibkan terlibat
iii. Guru merekod aktiviti sukan dan kokurikulum menggunakan Borang
Pelaporan Sukan dan Kokurikulum (BPSK - Lampiran B) dan
memasukkan ke dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh
Lembaga Peperiksaan
iv. Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK secara
automatik apabila diperlukan
v. Pemberatan wajaran aktiviti sukan dan kokurikulum adalah
berdasarkan tiga aspek seperti dalam Jadual 6.1.
Jadual 6.1: Aspek Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum
Aspek
Penglibatan 30% Penyertaan 50% Prestasi 20%
Elemen Elemen Elemen
Jawatan Peringkat Komitmen Kehadiran Bidang Pencapaian Sumbangan
Nilai Skor Nilai Skor Nilai Skor
5% 13% 12% 40% 10% 10% 10%
26 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
27. 6.1.4 Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum
Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan
maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti di luar waktu
persekolahan yang tidak dikendalikan oleh pihak sekolah. Aktiviti ekstrakurikulum
merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina
sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan masyarakat
setempat dan umum.
a. Objektif Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum adalah untuk mengumpul
maklumat dan memberi skor kepada aktiviti ekstrakurikulum murid.
b. Konstruk yang diukur
i. Penyertaan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum
ii. Penglibatan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum
iii. Pencapaian atau prestasi murid dalam aktiviti ekstrakurikulum
c. Pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum
i. Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum dilaksanakan secara berterusan
sepanjang tahun semasa dan pada bila-bila masa di luar waktu
persekolahan selepas aktiviti ekstrakurikulum dijalankan
ii. Semua murid Tahap 2 terlibat secara sukarela. Penyertaan dan
keselamatan murid dalam aktiviti ekstrakurikulum adalah menjadi
tanggungjawab ibu bapa, waris atau penjaga
iii. Pengesahan aktiviti ekstrakurikulum murid hendaklah dibuat melalui
tandatangan dan cop penganjur
iv. Guru merekod aktiviti ekstrakurikulum menggunakan Borang
Pelaporan Ekstrakurikulum (BPE; Lampiran C) dan memasukkan ke
dalam aplikasi PAJSK yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan
v. Guru mencetak pelaporan yang dijana oleh aplikasi PAJSK secara
automatik apabila diperlukan
vi. Pemberatan wajaran aktiviti ekstrakurikulum adalah berdasarkan tiga
aspek iaitu penglibatan, penyertaan dan prestasi murid
Aspek penglibatan murid merangkumi tiga elemen seperti dalam Jadual 6.2,
Jadual 6.3 dan Jadual 6.4
Jadual 6. 2: Elemen Kegiatan
Kegiatan Skor
Peserta
Pembantu 5%
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 27
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 27
28. Jadual 6.3: Elemen Peringkat
Peringkat Skor
Antarabangsa 13%
Kebangsaan 11%
Negeri 10%
Masyarakat 8%
Komuniti 6%
Rumah/Kelab/Persatuan 4%
Jadual 6.4: Elemen Komitmen
Komitmen Skor
Menunjukkan
4%
Kepimpinan
Mengurus aktiviti 4%
Membantu guru atau
3%
rakan
Menyedia peralatan 3%
Mengemas peralatan 3%
Membersih kawasan 3%
Menepati waktu 3%
Menunjukkan minat 3%
Menunjukkan
3%
kesungguhan
Mengikut arahan 3%
Mencuba 3%
Memberi kerjasama 3%
Markah maksimum 12%.
Aspek penyertaan murid merangkumi dua elemen seperti dalam Jadual 6.5
Jadual 6.6.
Jadual 6.5: Elemen Bilangan Penyertaan
Skor Yang
Bilangan Penyertaan
Ditetapkan
Ekstrakurikulum
(%)
3 dan lebih 40
2 20
1 10
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 28
28 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
29. Jadual 6.6: Elemen Bidang
PENYERTAAN (50%)
Bidang (10%)
1 1 1 1 1 1 1
0 0 0 0 0 0 0
%
Aktiviti Persembahan % % % % % %
kemasyarakatan lain
Aktiviti Kelab riadah
Aktiviti Pertubuhan
Aktiviti Persatuan
Aktiviti Kelab dan
kemasyarakatan
kebajikan ibadat
Aktiviti Pasukan
Aktiviti Rumah
kebudayaan
Persatuan
atau hobi
sukarela
sukarela
Aktiviti
Aspek prestasi merangkumi elemen tahap pencapaian seperti dalam Jadual 6.7
Jadual 6.7: Elemen Tahap Pencapaian
Tahap
Skor
Pencapaian
%
20%
Johan 20
Naib Johan 15
Ketiga 12
Peserta 8
Urusetia 5
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 29
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 29
30. 7 PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK
.
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk
mengumpul maklumat yang menggambarkan ciri (trait) psikologi. Ciri (trait) psikologi yang
diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid. Hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk
membantu mempertingkatkan pembelajaran murid.
PPsi menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan
pengajaran-pembelajaran. Ujian ini mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan
kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran.
7.1 Komponen Pentaksiran Psikometrik
Komponen PPsi terdiri daripada Ujian Aptitud dan Inventori Personaliti. Konstruk yang diukur
dalam PPsi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 7.1.
Kemahiran berfikir
Kemahiran menyelesaikan masalah
Aptitud Am dan membuat keputusan
Minat, kecenderungan, kesediaan
Aptitud Verbal
Visual
Kreativiti
Kinestatik
Aptitud
Muzik
Khusus
Interpersonal
Naturalis
Pentaksiran Intrapersonal
Psikometrik
Logik Matematik
Komunikasi
Penyesuaian
budaya
Kerja
berkumpulan
Nilai/Akauntabiliti
Inventori
Kepimpinan
Personaliti
Keusahawanan
Kestabilan
rohani
Keselesaan
dalam pergaulan
Kefungsian
emosi
Etika
Rajah 7.1: Konstruk yang diukur dalam PPsi
30 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
31. 7.1.1 Ujian Aptitud Am
Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan yang menggambarkan kemahiran asas murid
secara hierarki. Ujian ini juga dapat mengenal pasti kecenderungan murid
berdasarkan kriteria tertentu.
a. Objektif Ujian Aptitud Am:
i. Mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah
dan kecenderungan murid
ii. Membantu murid mengenal potensi diri
iii. Membantu guru memahami psikologi murid
b. Konstruk Ujian Aptitud Am
i. Kemahiran berfikir
ii. Kemahiran menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
iii Minat dan kecenderungan
c. Pelaksanaan Ujian Aptitud Am
i. Ujian objektif aneka pilihan ini dilaksanakan selepas UPSR di Tahun 6
ii. Semua murid terlibat dalam pentaksiran
iii. Instrumen Ujian Aptitud Am disediakan oleh Lembaga Peperiksaan
iv. Pelaporan akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan
7.1.2 Ujian Aptitud Khusus
Ujian Aptitud Khusus adalah untuk mendapatkan maklumat khusus tentang struktur
kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid dalam bidang tertentu yang tidak
diukur dalam Ujian Aptitud Am.
a. Objektif Ujian Aptitud Khusus:
i. Mencungkil potensi murid pada peringkat umur tertentu
ii. Membantu guru mengenalpasti strategi, kaedah dan teknik pengajaran
supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan
berkesan
iii. Membantu murid mengenal potensi diri
iii. Meramalkan kejayaan murid dalam alam pembelajaran dan kerjaya
b Konstruk Ujian Aptitud Khusus
i. Verbal (Pintar perkataan): keupayaan seseorang individu
menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons
dalam pelbagai bentuk set komunikasi.
ii. Visual – Ruang – Bukan Verbal (Pintar ruang): keupayaan seseorang
individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang
iii. Logik Matematik (Pintar nombor): keupayaan seseorang individu
menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat
penyelesaian secara logikal.
iv. Muzik (Pintar muzik): keupayaan seseorang individu menghargai,
menghayati dan menggubah muzik.
v. Naturalis (Pintar naturalisma): keupayaan seseorang individu
mengenalpasti, menghargai alam semulajadi
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 31
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 31
32. vi. Kinestatik – Jasmani (Pintar jasmani): keupayaan seseorang individu
mengawal dan memahami pergerakan tubuh.
vii. Kreativiti (Pintar minda): keupayaan seseorang individu melihat
daripada perspektif berbeza serta menghasilkan idea dan konsep
yang asli.
viii. Interpersonal (Pintar orang – pengalaman sosial): keupayaan
seseorang individu berkomunikasi dan berinteraksi dan bekerjasama
dengan orang lain.
ix. Intrapersonal (Pintar diri – refleksi kendiri): keupayaan seseorang
individu memahami kendiri dengan menilai kekuatan, kelemahan,
bakat dan minat supaya boleh membantu orang lain.
c. Pelaksanaan Ujian Aptitud Khusus
i. Ujian ini dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan
tidak berjadual
ii. Semua murid terlibat dalam pentaksiran
iii. Instrumen Ujian Aptitud Khusus disediakan oleh Lembaga
Peperiksaan
iv. Pelaporan akan disediakan oleh pihak sekolah
7.1.3 Inventori Personaliti
Inventori Personaliti ialah satu instrumen yang digunakan untuk mengumpul
maklumat tentang sahsiah unik setiap murid.
a. Objektif Inventori Personaliti
i. Membantu mengenal pasti personaliti murid supaya guru dapat
menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
ii. Membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti murid dan
menyedari potensi diri
iii. Menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan
dalam pendidikan dan perkembangan individu
b. Konstruk Inventori Personaliti
Konstruk yang ditaksir adalah bersesuaian dengan budaya dan keperluan di
Malaysia.
i. Komunikasi verbal (lisan) dan komunikasi bukan verbal dengan orang
lain, individu dengan kumpulan dan individu dengan organisasi
ii. Kerja Berkumpulan: semangat dan sikap meyayangi organisasi, tolong
menolong, bertolak ansur dan saling menghormati antara satu sama
lain
iii. Extraversion: sifat mudah mesra dan selesa dalam pergaulan
iv. Nilai / Akauntabiliti: ciri/trait yang menjelaskan sejauh mana seseorang
individu mempunyai sifat-sifat seperti pemurah, cekap, tertib,
bertanggungjawab, teliti, tekal dan amanah
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 32
32 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
33. v. Emotional Functionality: keseimbangan, kejelasan dan amalan aspek
kefungsian emosi individu
vi. Penyesuaian Budaya: kesediaan seseorang individu untuk menerima
sesuatu idea untuk dijadikan sebagai suatu budaya dalam masyarakat
vii. Kestabilan Rohani: individu yang mempunyai rohani yang stabil dalam
aspek ketuhanan, kepercayaan, ketaatan, kefahaman dan amalan
kepada agama
viii. Kepimpinan: satu kebolehan mempengaruhi serta meyakini orang lain
ke arah pencapaian matlamat bersama
ix. Keusahawanan: aktiviti yang mendatangkan manfaat melalui
pembangunan perniagaan yang berorientasikan keuntungan
x. Etika: tingkah laku betul dan baik seseorang terhadap masyarakat dan
organisasi
c. Pelaksanaan Inventori Personaliti
i. Ujian ini dilaksanakan pada bila-bila masa mengikut keperluan dan
tidak berjadual
ii. Tidak diwajibkan untuk semua murid dan terbuka kepada yang
memerlukan sahaja
iii. Instrumen disediakan oleh Lembaga Peperiksaan dan ditadbir oleh
sekolah
iv. Pelaporan disediakan oleh pihak sekolah
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 33
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 33
34. 8 MANUAL PENJAMINAN KUALITI
Manual Penjaminan Kualiti bertujuan memberi panduan kepada pihak yang berkenaan
seperti guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua Bidang, Guru Besar,
pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk memastikan penjaminan kualiti pelaksanaan PBS. Setiap individu yang
terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah
bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti
hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.
Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan
keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu
pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran
dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran
adalah kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan.
Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:
a. Pementoran
b. Penyelarasan
c. Pemantauan
d. Pengesanan
8.1 Pementoran
Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk
melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan.
8.1.1 Objektif Pementoran:
a. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan
pengurusan PBS
b. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang
dibimbing/menti
c. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing/menti
d. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS
e. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru
yang dibimbing/menti
8.1.2 Jenis Pementoran
a. Formal
b. Informal
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 34
34 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
35. 8.1.3 Jenis Mentor
a. Mentor Dalaman terdiri daripada
i. Ketua Panitia dan/atau
ii. Jurulatih Utama dan/atau
iii. Guru Cemerlang dan/atau
iv. Guru Besar dan/atau
v. Mana-mana guru yang dilantik
b. Mentor Luaran terdiri daripada:
i. Pegawai Lembaga Peperiksaan dan/atau
ii. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan/atau
iii. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan/atau
iv. Mana-mana pegawai yang dilantik
Kekerapan pementoran adalah mengikut keperluan
8.1.4 Pelaksanaan Pementoran:
a. Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi Sistem
Pengurusan PBS (SPPBS)
b. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran
c. Mendedahkan penggunaan pelbagai jenis instrumen pentaksiran
d. Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan pengajaran dan
pembelajaran
e. Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran
f. Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing/menti
8.2 Penyelarasan
Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasi
yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan.
8.2.1 Objektif Penyelarasan:
a. Menyeragamkan skor Pentaksiran Sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan
pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen Standard Prestasi
b. Menyeragamkan skor Pentaksiran Pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan
rubrik sesuatu tugasan yang ditetapkan
c. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh
guru di sekolah
d. Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan dan prestasi murid
e. Memastikan skor yang diberi adalah adil bagi semua murid
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 35
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 35
36. 8.2.2 Penyelaras
a. Penyelaras Dalaman yang terdiri daripada guru-guru yang dilantik oleh
Jawatankuasa PBS peringkat sekolah (rujuk senarai JK PBS)
b. Penyelaras Luaran yang terdiri daripada pegawai Lembaga Peperiksaan, Jabatan
Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah
c. Kekerapan aktiviti penyelarasan ditentukan oleh Jawatankuasa PBS dan perlu
dijadualkan
8.2.3 Pelaksanaan Penyelarasan:
a. Sebelum Penyelarasan
i. Menentukan tarikh, tempat, masa penyelarasan oleh Jawatankuasa PBS,
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah
ii. Mengadakan perbincangan mengenai
Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan
Kesesuaian instrumen yang digunakan
Kefahaman tentang penskoran
Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor
b. Semasa Penyelarasan
i. Memilih evidens murid secara rawak mengikut pencapaian
ii. Membanding skor yang diberikan oleh guru
iii. Menyelaras pemberian skor
c. Selepas Penyelarasan
i. Menyediakan laporan penyelarasan.
ii. Menyelaras skor murid, jika perlu
8.3 Pemantauan
Pemantauan PBS ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis
panduan yang ditetapkan.
8.3.1 Objektif Pemantauan PBS:
a. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuh.
b. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.
c. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru.
d. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.
e. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.
8.3.2 Jenis Pemantau
a. Pemantau Dalaman ialah guru yang dilantik oleh Jawatankuasa PBS peringkat
sekolah (rujuk senarai JK PBS).
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 36
36 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
37. b. Pemantau Luaran yang dilantik dalam kalangan:
i. pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia
ii. pegawai Lembaga Peperiksaan
iii. pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
iv. pegawai Pejabat Pelajaran Daerah
Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS, mengikut
jadual yang ditentukan oleh Jawatankuasa PBS.
8.3.3 Pelaksanaan Pemantauan:
a. Sebelum Pemantauan
i. Menentukan tarikh, tempat, masa pemantauan oleh Jawatankuasa PBS,
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.
ii. Menyediakan instrumen pemantauan (contoh: senarai semak)
b. Semasa pemantauan
i. Memastikan pelaksanaan adalah mengikut garis panduan.
Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau.
Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS.
Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk
memberi khidmat nasihat.
c. Selepas pemantauan
Melaporkan dapatan pemantauan.
Menyenaraikan kekuatan dan keberkesanan pelaksanaan PBS kepada
guru.
Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.
8.4 Pengesanan
Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen
pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.
8.4.1 Objektif Pengesanan PBS:
a. Mengenal pasti kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang
digunakan.
b. Meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen
pentaksiran.
c. Mencadangkan penambahbaikan menyeluruh instrumen pentaksiran dalam
pelaksanaan PBS.
Pengesanan dilaksana mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan.
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 37
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 37
38. 8.4.2 Pegawai Pengesanan
a. Pegawai Pengesanan Dalaman ialah guru mata pelajaran yang dilantik oleh
Jawatankuasa PBS peringkat sekolah (rujuk senarai JK PBS)
b. Pegawai Pengesanan Luaran yang dilantik dalam kalangan:
pegawai Lembaga Peperiksaan
pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
pegawai Pejabat Pelajaran Daerah
Aktiviti pengesanan diadakan semasa dan/atau selepas satu kitaran pelaksanaan PBS.
8.4.3 Pelaksanaan Pengesanan PBS:
a. Sebelum pengesanan
i. Menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan oleh Jawatankuasa PBS,
Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah.
ii. Menyediakan instrumen pengesanan (contoh: senarai semak)
b. Semasa pengesanan
i. Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksiran.
ii. Mencadangkan penyelesaian.
c. Selepas pengesanan hendaklah memastikan cadangan penyelesaian
dilaksanakan.
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 38
38 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
39. 9 PENGURUSAN EVIDENS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Evidens murid yang telah dikumpul perlu diurus dengan baik dan sistematik. Pengurusan
evidens murid di sekolah hendaklah memudahkan semua pihak yang terlibat dan dapat
membantu menjayakan pelaksanaan PBS di sekolah. Evidens boleh didapati daripada
pelbagai sumber. Guru atau pentaksir bertanggungjawab untuk memastikan evidens yang
mencukupi dan sesuai untuk membuat pertimbangan atau keputusan terhadap penguasaan
murid dalam perkara yang ditaksir.
Ciri-ciri evidens yang dikumpul:
i. Sah - Evidens yang dikemukakan hendaklah relevan dan menggambarkan
penguasaan /pencapaian standard yang telah ditetapkan
ii. Autentik - Murid dapat membuktikan evidens yang dikutip adalah hasil kerjanya
sendiri
iii. Kecukupan - Adakah evidens yang dikumpul mencukupi untuk menunjukkan
kemampuan murid
iv. Semasa - Evidens dapat membuktikan murid dapat membuat mengikut
standard semasa
v. Tekal - Evidens yang dikumpul dapat membuktikan ketekalan perlakuan dan
membuktikan keputusan yang sama diberi oleh pentaksir yang
berlainan
9.1 Pengurusan Evidens Pentaksiran Sekolah
Evidens ialah bahan atau sebarang bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang
melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses.
Antara contoh evidens murid ialah:
� tulisan
� bahan cetakan
� persembahan
� foto
� grafik
� artifak
� laporan
Pengurusan evidens murid dilaksanakan oleh guru dengan kaedah seperti berikut:
a. buku latihan
b. lembaran kerja dan artifak yang bersesuaian hendaklah diserahkan kepada murid
setelah direkodkan dalam aplikasi SPPBS. Guru hendaklah memberi maklum
balas kepada murid agar murid boleh membuat penambahbaikan dan pengayaan
pembelajaran
c. Evidens yang terbaik dan terpilih boleh dijadikan bahan showcase.
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 39
40. 9.2 Pengurusan Evidens Pentaksiran Pusat
Evidens ialah bahan atau sebarang bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang
melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses.
Antara contoh evidens murid ialah:
tulisan
bahan cetakan
persembahan
foto
grafik
artifak
laporan
a. Penyimpanan
Evidens murid disimpan di tempat yang selamat secara bersistematik dalam
tempoh tertentu dan diserahkan kepada murid setelah selesai aktiviti
penjaminan kualiti.
b. Pelupusan
Evidens dilupus berdasarkan Jadual Pelaksanaan Pentaksiran Pusat dengan
cara mengembalikan kepada murid sebagai simpanan mereka.
9.3 Pengurusan Evidens Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
Guru merekod penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam aktiviti jasmani,
kesihatan, sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum menggunakan borang dan aplikasi
PAJSK.
9.4 Pengurusan Evidens Pentaksiran Psikometrik
Evidens adalah terhad dan disimpan oleh guru di tempat yang selamat secara bersistematik.
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 40
40 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
41. 10 SISTEM PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (SPPBS)
Sistem Pengurusan Pentaksiran PBS (SPPBS) dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran
untuk komponen akademik dan bukan akademik. SPPBS digunakan untuk merekod dan
menyimpan maklumat penguasaan murid dalam PBS serta menjana pelaporan apabila
diperlukan. SPPBS akademik dibangunkan dengan kaedah web-based dan standalone
manakala SPPBS bukan akademik dibangunkan secara ����������. Manual aplikasi ini boleh
dimuat turun melalui laman web rasmi Lembaga Peperiksaan.
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah 41
42. 42 Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
46. 46
Lampiran 1
Penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan:
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
A. Pelaksanaan di Tahap Satu (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3)
Bil. Komponen PBS Perkara
1. Pentaksiran Sekolah Mata Pelajaran
1. Bahasa Melayu 9. Dunia Seni Visual
2. Bahasa Inggeris 10. Dunia Muzik
3. Bahasa Cina 11. Dunia Sains &
4. Bahasa Tamil Teknologi
5. Matematik 12. Bahasa Arab
6. Pendidikan Jasmani & 13. Bahasa Cina SK
Pendidikan Kesihatan 14. Bahasa Tamil SK
7. Pendidikan Islam 15. Bahasa Kadazandusun
8. Pendidikan Moral 16. Bahasa Iban
2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum Aktiviti Jasmani dan Kesihatan
3. Pentaksiran Psikometrik Aptitud Khusus dan Inventori Personaliti
Pengurusan dan Pengendalian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Rendah
4. Pentaksiran Pusat Tiada