3. Pada 13.09.2010 seramai 31 orang penduduk kampung yang diketuai
oleh Ketua kaum iaitu En. Benidict ak Jalak telah bergotong-rotong
membersihkan sungai ngiyang yang merentasi Kampung Sebintin.
Keadaan anak sungai tersebut sungguh menyedihkan dipenuhi dengan
sampah –sarap dan rumput yang panjang menutupi tebing sungai
sehingga ke dasarnya.
Selepas kerja pembersihan dilakukan barulah keadaan air dapat
mengalir dengan lancar dan sampah –sarap dipunggut dan dikumpul di
satu tempat khas untuk dibakar.
Kerja-kerja pembersihan adalah seperti menebas rumput dikedua belah
tebing, menyembur racun rumput di sepanjang tebing dan membuang
sampah-sarap yang terbenam di dasar sungai kerana menyekat aliran
air.
Kerja pembersihan sungai ini dapat dilakukan dengan lancer tanpa
sebarang masalah dan siap dalam masa sehari suntuk. Kini penduduk
kampung dapat menikmati pemandangan yang indah dan bersih di
sepanjang sungai tersebut.