1. Royal Jelly Vita C
Pengenalan
Tubuh manusia mengalami ancaman dari berbagai penyakit pada setiap saat samada disebabkan
oleh aktiviti agen biologi seperti virus, bakteria, kulat, parasit dsb.;masalah pencemaran; tekanan
kehidupan dan juga diet yang tidak seimbang. Semua keadaan ini menyebabkan penurunan daya tahan
tubuh sehingga menyebabkan seseorang itu mudah dijangkiti penyakit.
Bagi mengurangkan risiko dijangkiti penyakit berbagai zat makanan dikenalpasti berperanan
meningkatkan mekanisma pertahanan tubuh. Vitamin C atau lebih dikenali sebagai asid askorbik dalam
istilah perubatan merupakan salah satu zat makanan yang mempunyai peranan penting dalam
meningkatkan mekanisma pertahanan tubuh.
Pada umumnya vitamin C banyak terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan, tetapi vitamin ini
akan hilang antara 50-90% jika dimasak terlalu lama. Ini mendatangkan masalah kerana makanan yang
lebih banyak diperlukan untuk memenuhi keperluan vitamin