2. Antropologi
Kajian tentang perhubungan di antara ciri-ciri biologikal dan
ciri-ciri sosial manusia
Sains mengenai manusia dan kelompok manusia (cth
komuniti atau masyarakat)
Kaji kelompok manusia (cth masyarakat), untuk ketahui
corak kehidupan dan kebudayaan masyarakat
Matlamat - Melihat perbezaan-perbezaan dalam kelompok
manusia (masyarakat) tempatan dari aspek bentuk dan
kebudayaan (cth masyarakat primitif dan pramoden)
Lihat pertumbuhan, peranan dan perkembangan peradaban
manusia dan kelompok manusia
3. 3 aliran penting – Amerika, Peranchis dan Inggeris
Umumnya, ada 4 sub-disiplin
a) Antropologi Budaya – kaji cara-cara masyarakat dan
kebudayaan berkembang, cth nilai, peraturan dan adat resam
masyarakat itu
b) Antropologi Fizikal – kaji pengaruh evolusi alam sekitar
terhadap ciri-ciri fizikal manusia
c) Antropologi arkeologi – menilai dan membuat rumusan
tentang budaya dan tabiat atau perlakuan manusia melalui
tinggalan-tinggalan manusia; kajian ke atas sejarah,
prasejarah, ciri-ciri kesejarahan budaya dan cara hidup
masyarakat lampau; cuba fahami mengapa perubahan
berlaku dan bagaimana ia terjadi
4. d) Antropologi gunaan – guna kepakaran antropologi
untuk menyelesaikan masalah sosial, gubal dasar,
buat perancangan, dll
Teori utama – teori evolusi klasik, struktural
fungsionalisme, teori difusi
Kaedah penyelidikan – kumpul data (etnografi,
survei, temubual, pemerhatian ikut serta atau tidak
ikut serta), biasanya kaedah analisis data secara
kualitatif
5. Sejarah
Kajian peristiwa lampau
- sebab berlaku, akibat/kesan kepada masyarakat
dan negara, benar atau tidak dikaitkan dengan
masa kini
- kesan dari sesuatu peristiwa – dasar negara,
dll-
Kaji perkembangan politik, ekonomi dan sosial,
kawasan, negara dan tamadun manusia dengan
melihat dokumen lama seperti surat, dairi, catatan
pengembaraan, laporan, perjanjian, laporan
arkeologi
6. Sub disiplin - arkeologi, sejarah sosial, sejarah politik,
sejarah ekonomi, sejarah antarabangsa, historiografi,
sejarah Asia-Pasifik, sejarah Asia Tenggara, dll
Matlamat – beri kesedaran tentang keadaan sebenar
masyarakat dan negara lampau dan kini, pengalaman
lepas dijadikan ikhtibar/teladan/landasan hidup kepada
masyarakat, ajar masyarakat agar tidak mengulangi
kesilapan lampau
Kaedah penyelidikan – kumpul data (pemerhatian di
lapangan, penyelidikan di arkib/Museum, temubual, survei,
kajian kes di tempat arkeologi), biasanya kaedah analisis
data secara kualitatif
7. Geografi
Kaji aspek-aspek semulajadi dan bagaimana ianya
mempengaruhi kehidupan manusia dan kelompok
manusia
Juga kaji bagaimana alam semulajadi mempengaruhi
perkembangan kebudayaan kelompok manusia
Kajian mengenai manusia, kawasan dan persekitaran
dari perspektif ruangan dan menghargai saling
bergantungan di antara manusia dan alam fizikalnya
8. Ada 2 sub disiplin
a) Geografi fizikal – kaji dan pelajari proses alam semulajadi
dan akibatnya
- tanah tanih, iklim, pola cuaca, pembentukan mukabumi,
tumbuhan, ekologi haiwan dan persekitaran yang
mempengaruhi dan dipengaruhi oleh manusia
b) Geografi manusia – kaji aktiviti organisasi ruang manusia
dan hubungan manusia dengan persekitarannya – aktiviti
manusia seperti pertanian, perindustrian, pembandaran,
tingkahlaku manusia dalam ruang, isu-isu alam sekitar,
ekonomi, politik, pengangkutan, pengurusan sumber,
perancangan wilayah, penduduk, pertempatan,
pembangunan takseimbang, dll
9. Matlamat – sampaikan pengetahuan tentang proses fizikal
yang berlaku di bumi dan pembangunan kemanusiaan dan
sosial di peringkat lokal, nasional dan global; sampaikan
pengetahuan tentang aktiviti manusia dalam ruang, isu
persekitaran, impak pembangunan, penerokaan sumber,
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar,
kependudukan dan sebagainya
Kaedah penyelidikan – kumpul data (pemerhatian, survei,
temubual, pengujian di makmal, penggunaan remote
sensing untuk kumpul maklumat tentang permukaan bumi
dengan cara foto udara atau imej satelite, penggunaan
sistem komputer iaitu Sistem Maklumat Geografi (GIS)
untuk mengumpul, menyimpan, mendapatkan semula,
menganalisis dan memaparkan data ruangan dari dunia
sebenar, penggunaan peta); kaedah analisis data secara
kualitatif dan kuantitatf
10. Sosiologi
Kajian sistematik tentang hubungan (relationships) di
kalangan individu atau kelompok manusia seperti pola-pola
hubungan dan tingkahlaku yang ditonjolkan, kesan
daripada tingkahlaku
Tingkahlaku yang dipengaruhi oleh faktor-faktor sosial,
politik, kelompok masyarakat dan persekitaran
Kaji tentang struktur sosial, tindakan sosial, budaya,
interaksi sosial, corak sosialisasi, perubahan sosial,
masalah sosial, globalisasi dan umumnya tentang
kehidupan sosial sesebuah kelompok manusia
11. Biasanya kajian tentang masyarakat industri, maju, moden,
kompleks
Sub disiplin – sosiologi organisasi, sosiologi devian,
kriminologi, sosiologi politik, sosiologi pendidikan, sosiologi
perubatan, sosiologi ekonomi, sosiologi agama, dll
Matlamat – beri kefahaman tentang sifat perkelompokan
manusia (cth masyarakat), cth bagaimana kelompok itu
berkembang dan berubah dan kesan
Kaedah penyelidikan – kumpul data (survei, temubual,
permerhatian tidak ikut serta); kaedah analisis data secara
kualitatif dan kuantitatif
12. Sains Politik
Kajian tentang peraturan sosial untuk menjaga keamanan
dan keteraturan (order) dalam sesebuah kelompok
manusia
Kaji sumber kuasa, penggunaan kuasa, pengagihan kuasa,
perolehan kuasa, perebutan kuasa, proses mengawal dan
menghad penggunaan kuasa
Kaji peranan individu dan institusi politik (cth kerajaan,
parti-parti politik)
13. Kaji isu-isu seperti konflik dan kestabilan politik,
organisasi politik, sistem pentadbiran, undang-
undang, hubungan antarabangsa, dasar awam,
falsafah dan teori politik, pertubuhan bukan
kerajaan, pola pengundian, kedudukan parti politik,
hubungan antara Amerika dengan negara-negara
lain di dunia seperti ASEAN
Sub disiplin – ekonomi politik, perhubungan
antarabangsa, pentadbiran awam dan dasar
kerajaan, politik perbandingan, dll
14. Matlamat – sampaikan pengetahuan
mengenai sistem kerajaan, proses
politik, polisi dan ideologi untuk
mewujudkan keamanan dan kestabilan
Kaedah penyelidikan – survei,
temubual, pemerhatian ikut atau tidak
ikut serta
15. Psikologi
Kajian jiwa manusia
Kajian tentang minda atau proses mental, emosi,
personaliti, tingkahlaku individu (bagaimana
tingkahlaku itu dipengaruhi oleh tingkahlaku
orang lain)
Kaji meneliti individu, interaksi semuka dan
kelompok kecil untuk memahami mekanisma
yang terlibat dalam proses pengamatan dan
pembelajaran
16. Sub disiplin psikologi – psikologi sosial, psikologi
klinikal, psikologi industri dan organisasi, psikologi
kanak-kanak dan psikologi kaunseling, psikologi
pendidikan
Psikologi kaunseling – kaunseling kepada individu
yang menghadapi masalah jiwa
Psikologi industri dan organisasi – kaji dan nilai
tingkahlaku manusia dalam pekerjaan yang
berkaitan dengan produktiviti dan keselesaan
tempat kerja
17. Psikologi klinikal – rawat sakit jiwa, kecelaruan
mental serta tingkahlaku bilazim, mengdignos dan
merawat pesakit dengan kaedah psikologi
Psikologi pendidikan – melihat aspek-aspek
kurikulum, latihan perguruan, ko-kurikulum,
penilaian pelajar dan penyesuaian pelajar di
tempat pengajian
Psikologi kanak-kanak – beri perhatian kepada
perkembangan kanak-kanak seperti fizikal, emosi,
mental dan sosial
18. Matlamat – Beri kefahaman dan pengetahuan
tentang sifat tabii, tingkahlaku serta jiwa
manusia/individu dan kelompok manusia
Contoh teori-teori – Teori psikodinamik, teori
humanistik dan kewujudan
Kaedah penyelidikan – kumpul data (pemerhatian,
experimentasi di makmal, survei, temubual)
19. Komunikasi
Kajian tentang cara bagaimana sesuatu idea,
maklumat, berita, nilai, sikap dan sebagainya
disalurkan dan dikongsi oleh individu dengan
individu lain
Kaj proses mesej dihantar dari satu punca kepada
penerima
Sub disiplin – komunikasi organisasi, komunikasi
antarabangsa, perfileman, pengiklanan,
telekomunikasi dan kewartawanan
20. Boleh juga kaji peranan pengiklanan dalam
pasaran antarabangsa, bagaimana komunikasi
membantu menyalurkan maklumat pembangunan
dan jenis-jenis komunikasi yang sesuai dengan
pekerja dalam sebuah organisasi
Matlamat – lahirkan individu yang berkebolehan
berkomunikasi, berkebolehan dalam mengurus
dan mengendalikan peralatan media cetak dan
elektronik yang merupakan media untuk
menyampaikan pengetahuan atau maklumat/berita
kepada orang awam
21. Model-model komunikasi – model linear, model
transactional, model interactional
Model linear – tekankan peranan seorang penutur awam
dalam komunikasi yang berbentuk satu hala
Model transactional – tekankan bahawa penghantar atau
penerima main peranan secara bertukar ganti dalam
proses komunikasi
Model interactional – pengkodan dan penghantaran
maklumat/berita kepada penerima melalui satu atau lebih
saluran
Kaedah penyelidikan – kumpul data (survei, temubual,
pemerhatian, fotografi, rakaman video, experimentasi)
22. Ekonomi
Kajian tentang pengeluaran, pengagihan sumber dan
barangan dan perkhidmatan, penggunan sumber dan
barangan dan perkhidmatan
Kaji bagaimana sesebuah kelompok manusia menentukan
cara untuk mengeluarkan atau menghasilkan barangan dan
perkhidmatan, cara mengeluarkan dan menggunakan sumber
produktif yang terhad, aktiviti ekonomi, permintaan dan
penawaran untuk barangan dan perkhidmatan, pembangunan
dan kemunduran, hubungkait ekonomi dengan alam sekitar
Kaji corak pengeluaran untuk memenuhi kehendak atau
permintaan orang/kelompok manusia
Kaji sistem ekonomi yang berbeza-beza
23. Kaji inflasi, penggangguran, polisi, kualiti alam sekitar dan
penggunaan sumber, peranan bank dunia (World Bank),
tabung kewangan antarabangsa (IMF), blok perdagangan
seperti Kesatuan Eropah (EU), pola gunatenaga manusia
sehubungan dengan perubahan demografi, pertukaran
barangan, penentu harga barangan, sistem perbankan, dll
Sub disiplin – ekonomi mikro, ekonomi makro
Ekonomi mikro – kajian unit-unit analisis yang kecil seperti
firma perniagaan, individu, isi rumah dan tingkahlaku
mereka semasa membuat sesuatu keputusan
24. Ekonomi makro – kaji unit-unit yang lebih luas
seperti di peringkat nasional dan global, kaji isu
seperti penggangguran, pendapatan negara,
defisit, inflasi, corak pembangunan ekonomi
negara
Matlamat – menghuraikan dan meramal peraturan
sosial untuk memuaskan kehendak ekonomi dan
meramal apa yang akan terjadi
Kaedah penyelidikan – kumpul data (survei,
temubual, pemerhatian)
25. Linguistik
Kajian mengenai bahasa dan pertuturan
dengan meneliti pelbagai aspek bahasa
Satu bidang ilmu yang bersifat saintifik yang
mengkaji secara empiris atau secara
bersistem.
Kajian tentang ilmu bahasa
26. Kaji bahasa-bahasa manusia yang berbeza atau
berkaitan satu sama lain – bagaimana manusia
menyusun perkataan dan bunyi untuk
berkomunikasi sesama sendiri, menganalisis
sejauh mana bahasa mempengaruhi pengamatan
dan pemikiran manusia, hubungkait antara
bahasa, sistem makna dan budaya
Sub disiplin – fonologi, morfologi, sintaksis,
semantic bahasa Melayu, psikolinguistik,
sosiolinguistik bahasa Melayu, dialektologi Melayu,
linguistik sejarah
27. Fonologi – kajian tentang sistem bunyi sesuatu bahasa
Morfologi – kajian proses pembentukan dan
pengkategorian kata dalam bahasa Melayu
Sintaksis bahasa Melayu – kajian aspek-aspek yang
berkaitan dengan ayat bahasa Melayu
Semantik bahasa Melayu – kajian makna yang terkandung
dalam pelbagai unsur bahasa Melayu
Dialektologi – kaji variasi bahasa Melayu berasaskan
kawasan tempat tinggal penutur
28. Linguistik sejarah – kaji aspek-aspek bahasa yang
berkaitan dengan aspek kekerabatan
Sosiolinguistik – kaji hubungan antara bahasa dan situasi
sosial
Psikolinguistik – kajian aspek-aspek bahasa yang berkaitan
dengan akal dan bahasa manusia, kaji proses mental
manusia semasa berbahasa
Matlamat – Paparkan cara-cara bahasa berfungsi sebagai
alat berkomunikasi dan membantu manusia mencapai
pelbagai matlamat atau hasrat dalam kehidupan harian
Kaedah penyelidikan – survei, temubual, pemerhatian