SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 12
3.0 MENGKLASIFIKASIKAN AYAT MAJMUK YANG TERDAPAT DALAM BAHASA
MELAYU
Secara definisi, ayat majmuk merujuk kepada ayat yang dibina dengan mencantumkan dua
ayat tunggal atau lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga
terbentuknya ayat baharu. Selain itu, ayat yang menjadi konsistuen ayat lain dipanggil klausa
dan istilah klausa ini digunakan untuk membezakan ‘ayat’ di dalam ayat daripada ‘ayat’ sebagai
ayat bebas. Contoh-contoh di bawah menunjukkan ayat majmuk yang terbentuk hasil
percantuman dua ayat tunggal:
1. Selena sedang membaca majalah dan Yasmin sedang menonton televisyen.
a) Selena sedang membaca majalah.
b) Yasmin sedang menonton televisyen.
2. Amanda menangis kerana terjatuh.
a) Amanda menangis.
b) Amanda lapar
3. Daniel berani tetapi adiknya penakut.
a) Daniel berani
b) Adiknya penakut
4. Guru sekolah saya bertanggungjawab dan rajin
a) Guru sekolah saya bertanggungjawab
b) Guru sekolah saya rajin
5. Pemuda yang berbaju biru itu abang saya
a) Pemuda itu abang saya.
b) Pemuda yang berbaju biru itu abang saya.
Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa terdapat berbagai-bagai jenis ayat
majumuk. Ayat majmuk dapat dikelomokkan ke dalam tiga jenis iaitu:
3.1 AYAT MAJMUK GABUNGAN
Menurut Tatabahasa Dewan (2011: 498), ayat majmuk gabungan merujuk kepada ayat yang
terdiri daripada satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut
dengan kata hubung. Dalam konteks ini, kata hubung terdiri daripada dan, atau, tetapi dan
sebagainya. Secara ringkasnya,ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua
atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu. Contohnya:
a) Sarah pendek tetapi adiknya tinggi.
b) Kanak-kanak itu berlari dan bernyanyi.
c) Awak hendak makan atau minum?
Berdasarkan contoh-contoh ayat di atas, jelaslah bahawa ayat-ayat yang disambungkan itu
setara sifatnya, Hal ini membawa maksud bahawa ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri
sendiri. Di samping itu, hubungan antara satu ayat denga yang lain wujud kerana ayat-ayat
tersebut disusun berturut-turut. Secara ringkasnya, ayat majmuk gabungan adalah
gabungan dua ayat tunggal yang lengkap klausanya dan menggunakan kata hubung yang
tertentu. Penggunaan kata hubung yang menjunjung makna yang tepat harus digunakan
untuk melengkapkan makna ayat majmuk gabungan sehingga menjadi ayat gramatis.
Ayat
Majmuk
Pancangan
GabunganCampuran
Ayat majmuk gabungan boleh dikelompokkan kepada tiga jenis iaitu:
3.1.1 Ayat Majmuk Gabungan Berurutan
Ayat majmuk jenis ini adalah ayat majmuk yang disusun secara berurutan yakni satu demi
satu. Klausa-klausa itu digabungkan dengan menggunakan kata hubung dan, lalu, lagi,
serta, sambil, malahan, akhirnya kemudian dan tambahan pula. Berikut adalah contoh-
contohnya:
a) Kanak-kanak itu makan sambil berdiri. (sambil)
b) Latifah membeli sebuah novel dan majalah di kedai buku itu. (dan)
c) Sharifah naik geram sendiri lalu memicit kakinya. (lalu)
d) Usaha mengesan pesawat yang terhempas itu, akhirnya menemui jalan buntu,
(akhirnya)
e) Amirul baik orangnya, malahan jarang-jarang sekali ia menimbulkan masalah.
(malahan)
f) Pengetahuan Geena di dalam bidang itu sangat cetek, tambahan pula dia tidak memiliki
pengkhususan dalam bidang itu. (tambahan pula)
Ayat
majmuk
gabungan
gabungan
berurutan
gabungan
berpasangan
gabungan
bertentangan
3.1.2 Ayat Majmuk Gabungan Bertentangan
Ayat majmuk jenis ini mempunyai dua klausa yang dipertentangkan oleh kata hubung tetapi,
sebaliknya, melainkan dan padahal. Ringkasnya, ayat majmuk jenis ini memberi pertentangan
fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan itu. Antara contoh-contoh adalah seperti berikut:
a) Kumar minat belajar tetapi abangnya tidak berminat sama sekali. (tetapi)
b) Tina gemar berbelanja boros padahal gajinya hanya cukup-cukup makan sahaja.
(padahal)
c) Musim kemarau panas, sebaliknya musim huja dingin. (sebaliknya)
3.1.3 Ayat Majmuk Gabungan Berpasangan
Ayat majmuk jenis ini menggabungkan dua ayat atau lebih menggunakan kata hubung
berpasangan seperti lebih baik…daripada, apakah…ataupun, adakah…atau(pun), sama
ada…atau dan sebagainya. Antara contohnya ialah:
a) Lebih baik hidup berputih mata, daripada mati berputih tulang. (lebih
baik..daripada)
b) Sama ada mereka akan datang malam ini atau pagi esok. (sama ada…atau)
c) Adakah Perdana Menteri akan hadir di majlis itu atau dia menghantar wakilnya
sahaja? (adakah..atau)
d) Lebih baik mereka pergi dengan bas daripada memandu kereta sendiri.
3.2 AYAT MAJMUK PANCANGAN
Ayat majmuk jenis ini terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat
kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan dijadikan sebahagian ayat induk itu. Oleh
itu, ayat majmuk pancangan boleh dikelompokkan ke dalam tiga jenis iaitu:
3.2.1 Ayat Relatif
Ayat relatif merujuk kepada ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang. Secara
mudahnya, ayat relatif mengandungi klausa induk dan menerima klausa relatif untuk
menerangkan frasa nama yang menjadi subjek atau prediket dalam klausa induk tersebut.
Antara contoh ayat relatif ialah:
a) Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu terbakar.
b) Budak yang hilang itu masih belum dijumpai.
c) Saya membeli kasut yang bertumit tiggi itu.
d) Budak yang tinggi itu kawan saya.
Klausa Relatif Subjek
Dalam konteks ini, klausa jenis ini dipancangkan ke dalam subjek klausa induk. Antara
contohnya:
a) Penderitaan yang menimpa Ali sekeluarga diterima juga dengan kesyukuran.
Klausa induk: penderitaan diterima juga dengan kesyukuran.
Ayat
Majmuk
Pancangan
Ayat
Relatif
Ayat
Keterangan
Ayat
Komplemen
Klausa relatif yang menjadi subjek: (penderitaan yang menimpa Ali)
Berdasarkan contoh ayat di atas, kata ganti nama hubung relatif yang menggantikan
kata nama penderitaan. Penderitaan merujuk kepada kata nama dalam frasa subjek.
Klausa Relatif Predikat
Klausa relatif juga boleh menerangkan kata nama dalam predikat. Antara contohnya:
a) Kereta-kereta itu adalah kereta lama yang hilang lima tahun dulu.
Klausa induk: Kereta-kereta itu adalah kereta lama
Klausa relatif yang menjadi predikat: (kereta lama) yang hilang lima tahun dulu.
3.2.2 Ayat Komplemen
Ayat kompleman bermaksud ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya
menjadi kompleman kepada ayat utama. Komplemen juga bermaksud pelengkap. Di samping
itu, klausa komplemen adalah klausa kecil yang berfungsi sebagai pelengkap dalam klausa
induk. Ayat majmuk jenis ini ditandai oleh penggunaan kata hubung komplemen bahawa dan
untuk. Antara contohnya:
a) Ketua Pengarah Kesihatan mengumumkan bahawa kematian akibat denggi semakin
meningkat.
*Bahagian yang bertulisan condong di atas adalah komplemen iaitu yang berfungsi sebagai
objek tepat kepada kata kerja transitif seperti mengumumkan selain menjadi pelengkap
kepada ayat induk atau ayat utama. Di samping itu, terdapat beberapa kata kerja transitif
lain yang perlu diikuti oleh ayat komplemen yang berfungsi sebagai objek supaya maksud
ayat tersebut lengkap. Antaranya ialah: menyatakan, menyebut, menafikan, mengakui dan
melaporkan
Ayat komplemen boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
Jenis-jenis ayat komplemen
a) Ayat Komplemen Frasa Nama
Seperti diketahui, frasa nama boleh menduduki empat tempat dalam ayat iaitu
sebagai subjek, predikat, objek tepat dan objek sipi. Namun begitu, dalam konteks
ini, ayat komponen frasa nama hanya boleh menduduki dua tempat sahaja iaitu
sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan ayat komplemen frasa nama objek
tepat. Antara contohnya ialah:
i) Ayat komplemen frasa nama subjek
 Bahawa pelaksanaan program itu berjalan dengan lancar.
 Bahawa setiap pekerja akan menerima bonus hujung tahun ini.
 Agak sukar untuk Datin Emilia memenangi pertandingan fesyen itu.
(ayat songsang)
 Tentulah tidak wajar untuk mereka mendirikan bangunan di kawasan
larangan itu. (ayat songsang)
ii) Ayat komplemen frasa nama objek tepatAyat komplemen boleh wujud hanya
sebagai objek tepat sahaja manakala objek dalam ayat boleh wujud sebagai
objek tepat kata kerja transitif atau sebagai objek sipi. Contoh-contohnya:
 Wanita tua itu yakin bahawa anaknya tidak bersalah dalam kes
penculikan itu.
Ayat Komplemen
Ayat
Komplemen
Frasa Nama
Ayat
Komplemen
Fras Adjektif
Ayat
Komplemen
Frasa Kerja
 Berita itu menyebut bahawa semua penumpang bas terselamat.
 Amin mengakui bahawa dia tidak ke sekolah pagi tadi.
 Cindy menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang.
b) Ayat Komplemen Frasa Kerja
Frasa kerja yang terdapat di dalam ayat ini terdiri daripada kata kerja tak transitif dan
tidak boleh dipasifkan. Selain itu, ayat komplemen juga berfungsi sebagai pelengkap
untuk kata kerja tak transitif. Jika diimbas sekali lalu, ayat-ayat ini kelihatan seolah-
olah ayat komplemen frasa nama objek tetapi tidak demikian kerana ayat-ayat ini
tidak boleh mengalami proses pasif. Contoh-contohnya:
 Puan Maimun berpendapat bahawa anaknya patut diberi peluang untuk
melanjutkan pelajaran di England.
 Hakimi bersetuju bahawa projek itu boleh diteruskan.
 Penceramah itu berfahaman bahawa ekonomi negara akan terus bertambah.
 Amirah berasa bahawa hidupnya tidak lama setelah disahkan menghidap
barah rahim.
 Bapa Siva beranggapan bahawa anaknya telah selamat dalam banjir.
a) Ayat Komplemen Frasa Adjektif
Ayat jenis ini berfungsi untuk melengkapkan kata adjektif. Selain itu, frasa ini juga boleh
menjadi predikat sesuatu ayat. Ayat komplemen juga boleh terdiri daripada ayat
komplemen adjektif iaitu ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Namun
begitu, jumlah ayat jenis dalam bahasa Melayu sangat terhad. Antara contohnya ialah:
 Hanis amat percaya bahawa adiknya telah lulus dalam ujian itu.
 Rupa paras gadis itu sangat cantik seperti rupa seorang bidadari.
 Saya sangat yakin bahawa dia akan berjaya.
 Pekerja itu sedar bahawa mereka harus bekerja bersungguh-sungguh.
 Menara itu tinggi seperti binaan pencakar langit di Kuala Lumpur.
3.2.3 Ayat Keterangan
Ayat ini majmuk keterangan merujuk kepada ayat yang mengandungi klausa dan berfungsi
sebagai keterangan yang dipancangkan ke dalam predikat terutama dalam kata kerja dan kata
adjektif. Secara ringkasnya, ayat keterangan ialah satu ayat induk dan satu ayat kecil dan lebih
berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Ayat majmuk keterangan boleh dibahagikan
kepada 9 jenis iaitu:
a) Keterangan Musabab
Ayat jenis ini merujuk kepada unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu
perbuatan atau kejadian. Di samping itu, ayat ini juga mempunyai klausa keterangan
musabab yang dipancangkan ke dalam klausa induk. Kebiasaannya, keterangan
musabab ditandai dengan kata hubung keterangan musabab seperti kerana, lantaran,
sebab dan oleh sebab. Antara contohnya ialah:
 Amni tidak ke sekolah pada hari ini kerana tidak sihat.
 Oleh sebab Ali tidak belajar bersungguh-sungguh, dia gagal dalam
peperiksaan.
 Amisya berjaya dalam pertandingan itu lantaran usaha yang berterusan.
 Abu tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah sebab pulang lewat malam.
Ayat
Keterangan
keterangan
musabab
keterangan
akibat
keterangan
waktu
keterangan
tujuan
keterangan
pertentangan
keterangan
harapan
keterangan
syarat
keterangan
cara
keterangan
tujuan
b) Keterangan Akibat
Ayat jenis ini menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan dan mempunyai klausa
keterangan akibat yang menjadi pelengkap kepada keadaan. Hingga dan sehingga
adalah kata hubung yang digunakan untuk keterangan jenis ini. Antara contohnya ialah:
 Masalah itu kian berlarutan sehingga tiada jalan penyelesaian.
 Irdina bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya.
c) Keterangan Syarat
Kebiasaannya, ayat majmuk jenis ini mempunyai klausa keterangan syarat yang
dipancangkan ke dalam klausa induk. Ringkasnya, keterangan syarat ialah unsur yang
menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat adalah
seperti sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau. Antara contohnya ialah:
 Saya akan mengikuti lawatan itu kalau mempunyai wang yang cukup.
 Sekiranya saya lulus peperiksaan ini, saya akan berpuasa lima hari.
 Jika mempunyai kelapangan, saya akan melawat kamu esok.
d) Keterangan Waktu
ayat majmuk jenis ini mengandungi klausa keterangan waktu yang menerangkan masa
sesuatu keadaan atau perbuatan. Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak,
setelah, semenjak, sewaktu, tatkala, ketika dan sementara. Antara contoh ayat ialah:
 Sementara menunggu nasi masak, ibu menggoreng ikan dahulu.
 Semenjak peristiwa hitam itu, Aminah menjadi seorang yang pendiam.
 Suatu ketika dahulu, saya pernah di kawasan perumahan ini.
 Guru disiplin segera tiba setelah mendapat maklumat mengenai kejadian buli
tersebut.
e) Keterangan Pertentangan
Ayat majmuk jenis ini ialah unsur yang menerangkan sesuatu kejadian atau perbuatan
yang berlawanan. Dalam konteks ini, ayat majmuk keterangan pertentangan mempunyai
klausa keterangan yang dipancangkan ke dalam klausa induk. Kata hubung adalah
seperti meskipun, walaupun, kendatipun, meskipun, sekalipun, walau bagaimanapun,
namun, biarpun dan sedangkan. Contoh-contoh ayat ialah:
 Sekalipun usianya telah lanjut, namun dia masih bersemanhat untuk
menyambung pengajian ke peringkat tertinggi.
 Meskipun hari beransur gelap, pemuda itu masih tidak mahu pulang ke rumah.
 Sungguhpun tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan
percubaan, Aiman tidak putus asa untuk berusaha dengan gigih.
 Iqbal masih belum mendapat pekerjaan walaupun telah berusaha bersungguh-
sungguh.
f) Keterangan Harapan
Keterangan harapan mempunyai klausa keterangan harapan yang dipancangkan ke
dalan klausa induk. Ringkasnya, klausa keterangan ialah unsur yang menerangkan
sesuatu kejadian atau perbuatan yang dihajati. Kata hubung keterangan adalah seperti
agar, semoga, supaya,kalau-kalau dan moga-moga. Contoh-contoh ayat ialah:
 Supaya suasana menjadi harmoni dan aman damai mereka bersetuju dengan
cadangan ketua kampung itu.
 Kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh agar masa depan terjamin.
 Siva bekerja dengan gigih supaya dapat membaiki taraf hidunya.
g) Keterangan Cara

Ayat majmuk bahasa Melayu

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Ayat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iiAyat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iifiro HAR
 
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)Sardi Ahmad
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Namafiro HAR
 
Kata kerja majmuk
Kata kerja majmukKata kerja majmuk
Kata kerja majmukzatris
 
Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitifKata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitifTuty Erahayu
 
Ayat Majmuk
Ayat MajmukAyat Majmuk
Ayat MajmukMat Yuih
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraung sii mee
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)FaFai S.
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataShizuka Jijie (SBP)
 

Was ist angesagt? (20)

Nota Kata Nama
Nota Kata NamaNota Kata Nama
Nota Kata Nama
 
Ayat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan iiAyat majmuk pancangan ii
Ayat majmuk pancangan ii
 
Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Frasa adjektif
Frasa adjektifFrasa adjektif
Frasa adjektif
 
Makna leksikal
Makna leksikalMakna leksikal
Makna leksikal
 
Frasa (kerja)
Frasa (kerja)Frasa (kerja)
Frasa (kerja)
 
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)Bahasa melayu   tatabahasa (imbuhan)
Bahasa melayu tatabahasa (imbuhan)
 
Frasa Sendi Nama
Frasa Sendi NamaFrasa Sendi Nama
Frasa Sendi Nama
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 
Kata kerja majmuk
Kata kerja majmukKata kerja majmuk
Kata kerja majmuk
 
Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitifKata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitif
 
Ayat Majmuk
Ayat MajmukAyat Majmuk
Ayat Majmuk
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 
Analisis ayat
Analisis ayatAnalisis ayat
Analisis ayat
 
Kata pascakata
Kata pascakataKata pascakata
Kata pascakata
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Ayat Majmuk Campuran
Ayat Majmuk CampuranAyat Majmuk Campuran
Ayat Majmuk Campuran
 
Imbuhan sisipan
Imbuhan sisipanImbuhan sisipan
Imbuhan sisipan
 

Andere mochten auch

Andere mochten auch (13)

Ayat tunggal
Ayat tunggalAyat tunggal
Ayat tunggal
 
Ayat majmuk
Ayat majmukAyat majmuk
Ayat majmuk
 
Ayat tunggal & ayat majmuk thn3
Ayat tunggal & ayat majmuk thn3Ayat tunggal & ayat majmuk thn3
Ayat tunggal & ayat majmuk thn3
 
Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektif
 
Ayat tunggal
Ayat tunggalAyat tunggal
Ayat tunggal
 
Frasa sendi nama
Frasa sendi namaFrasa sendi nama
Frasa sendi nama
 
Bahasa melayu penggal 2: Frasa adjektif dan frasa sendi nama
Bahasa melayu penggal 2: Frasa adjektif dan frasa sendi namaBahasa melayu penggal 2: Frasa adjektif dan frasa sendi nama
Bahasa melayu penggal 2: Frasa adjektif dan frasa sendi nama
 
Ayat tunggal dan ayat majmuk
Ayat tunggal dan ayat majmukAyat tunggal dan ayat majmuk
Ayat tunggal dan ayat majmuk
 
Kata majmuk
Kata majmukKata majmuk
Kata majmuk
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Ayat majmuk
Ayat majmukAyat majmuk
Ayat majmuk
 
Pola Ayat
Pola AyatPola Ayat
Pola Ayat
 
Ayat Dasar
Ayat DasarAyat Dasar
Ayat Dasar
 

Ähnlich wie Ayat majmuk bahasa Melayu

Bentuk bentuk ayat
Bentuk bentuk ayatBentuk bentuk ayat
Bentuk bentuk ayatIRES 1967
 
Bmm3110 ayatmajmuk
Bmm3110 ayatmajmukBmm3110 ayatmajmuk
Bmm3110 ayatmajmukUjang Abu
 
ayat-majmuk1.ppt
ayat-majmuk1.pptayat-majmuk1.ppt
ayat-majmuk1.pptHusnaKeifly
 
analisis kesalahan berbahasa pada tataran.pptx
analisis kesalahan berbahasa pada tataran.pptxanalisis kesalahan berbahasa pada tataran.pptx
analisis kesalahan berbahasa pada tataran.pptxummigrafika
 
Unsur Kebahasaan Pada Teks Laporan Hasil Observasi.pptx
Unsur Kebahasaan Pada Teks Laporan Hasil Observasi.pptxUnsur Kebahasaan Pada Teks Laporan Hasil Observasi.pptx
Unsur Kebahasaan Pada Teks Laporan Hasil Observasi.pptxdododdwi1
 
Kalimat langsung dan tak langsung
Kalimat langsung dan tak langsungKalimat langsung dan tak langsung
Kalimat langsung dan tak langsungAaron Duvali
 
Kalimat_Efektif. dalam kalimat bahasa indonesia yang baik dan benar
Kalimat_Efektif. dalam kalimat bahasa indonesia yang baik dan benarKalimat_Efektif. dalam kalimat bahasa indonesia yang baik dan benar
Kalimat_Efektif. dalam kalimat bahasa indonesia yang baik dan benarEuisKomaracilvi
 
Kalimat_Efektif. dalam tatanan kalimat dan tatanan bahasa baku
Kalimat_Efektif. dalam tatanan kalimat dan tatanan bahasa bakuKalimat_Efektif. dalam tatanan kalimat dan tatanan bahasa baku
Kalimat_Efektif. dalam tatanan kalimat dan tatanan bahasa bakuEuisKomaracilvi
 

Ähnlich wie Ayat majmuk bahasa Melayu (20)

Bentuk bentuk ayat
Bentuk bentuk ayatBentuk bentuk ayat
Bentuk bentuk ayat
 
Sintaksis
Sintaksis Sintaksis
Sintaksis
 
makalah kalimat majemuk
makalah kalimat majemukmakalah kalimat majemuk
makalah kalimat majemuk
 
Bmm3110 ayatmajmuk
Bmm3110 ayatmajmukBmm3110 ayatmajmuk
Bmm3110 ayatmajmuk
 
Frase, klausa, dan kalimat
Frase, klausa, dan kalimatFrase, klausa, dan kalimat
Frase, klausa, dan kalimat
 
Frase, klausa, dan kalimat
Frase, klausa, dan kalimatFrase, klausa, dan kalimat
Frase, klausa, dan kalimat
 
ayat-majmuk1.ppt
ayat-majmuk1.pptayat-majmuk1.ppt
ayat-majmuk1.ppt
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
analisis kesalahan berbahasa pada tataran.pptx
analisis kesalahan berbahasa pada tataran.pptxanalisis kesalahan berbahasa pada tataran.pptx
analisis kesalahan berbahasa pada tataran.pptx
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Frasa, Klausa dan Kalimat
Frasa, Klausa dan KalimatFrasa, Klausa dan Kalimat
Frasa, Klausa dan Kalimat
 
Bahasa Indonesia
Bahasa IndonesiaBahasa Indonesia
Bahasa Indonesia
 
12soal bahasa indonesia gawe arek2
12soal bahasa indonesia gawe arek212soal bahasa indonesia gawe arek2
12soal bahasa indonesia gawe arek2
 
tatabahasa__imbuhan_.pptx
tatabahasa__imbuhan_.pptxtatabahasa__imbuhan_.pptx
tatabahasa__imbuhan_.pptx
 
Unsur Kebahasaan Pada Teks Laporan Hasil Observasi.pptx
Unsur Kebahasaan Pada Teks Laporan Hasil Observasi.pptxUnsur Kebahasaan Pada Teks Laporan Hasil Observasi.pptx
Unsur Kebahasaan Pada Teks Laporan Hasil Observasi.pptx
 
Kalimat langsung dan tak langsung
Kalimat langsung dan tak langsungKalimat langsung dan tak langsung
Kalimat langsung dan tak langsung
 
Praktis Pantuan Materi Bahasa Indonesia.docx
Praktis Pantuan Materi Bahasa Indonesia.docxPraktis Pantuan Materi Bahasa Indonesia.docx
Praktis Pantuan Materi Bahasa Indonesia.docx
 
Kalimat_Efektif. dalam kalimat bahasa indonesia yang baik dan benar
Kalimat_Efektif. dalam kalimat bahasa indonesia yang baik dan benarKalimat_Efektif. dalam kalimat bahasa indonesia yang baik dan benar
Kalimat_Efektif. dalam kalimat bahasa indonesia yang baik dan benar
 
Kalimat_Efektif. dalam tatanan kalimat dan tatanan bahasa baku
Kalimat_Efektif. dalam tatanan kalimat dan tatanan bahasa bakuKalimat_Efektif. dalam tatanan kalimat dan tatanan bahasa baku
Kalimat_Efektif. dalam tatanan kalimat dan tatanan bahasa baku
 
Ayat
AyatAyat
Ayat
 

Kürzlich hochgeladen

rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 

Kürzlich hochgeladen (20)

rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 

Ayat majmuk bahasa Melayu

  • 1. 3.0 MENGKLASIFIKASIKAN AYAT MAJMUK YANG TERDAPAT DALAM BAHASA MELAYU Secara definisi, ayat majmuk merujuk kepada ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga terbentuknya ayat baharu. Selain itu, ayat yang menjadi konsistuen ayat lain dipanggil klausa dan istilah klausa ini digunakan untuk membezakan ‘ayat’ di dalam ayat daripada ‘ayat’ sebagai ayat bebas. Contoh-contoh di bawah menunjukkan ayat majmuk yang terbentuk hasil percantuman dua ayat tunggal: 1. Selena sedang membaca majalah dan Yasmin sedang menonton televisyen. a) Selena sedang membaca majalah. b) Yasmin sedang menonton televisyen. 2. Amanda menangis kerana terjatuh. a) Amanda menangis. b) Amanda lapar 3. Daniel berani tetapi adiknya penakut. a) Daniel berani b) Adiknya penakut 4. Guru sekolah saya bertanggungjawab dan rajin a) Guru sekolah saya bertanggungjawab b) Guru sekolah saya rajin 5. Pemuda yang berbaju biru itu abang saya a) Pemuda itu abang saya. b) Pemuda yang berbaju biru itu abang saya. Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa terdapat berbagai-bagai jenis ayat majumuk. Ayat majmuk dapat dikelomokkan ke dalam tiga jenis iaitu:
  • 2. 3.1 AYAT MAJMUK GABUNGAN Menurut Tatabahasa Dewan (2011: 498), ayat majmuk gabungan merujuk kepada ayat yang terdiri daripada satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung. Dalam konteks ini, kata hubung terdiri daripada dan, atau, tetapi dan sebagainya. Secara ringkasnya,ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat yang digabungkan menjadi satu. Contohnya: a) Sarah pendek tetapi adiknya tinggi. b) Kanak-kanak itu berlari dan bernyanyi. c) Awak hendak makan atau minum? Berdasarkan contoh-contoh ayat di atas, jelaslah bahawa ayat-ayat yang disambungkan itu setara sifatnya, Hal ini membawa maksud bahawa ayat-ayat itu sama taraf dan boleh berdiri sendiri. Di samping itu, hubungan antara satu ayat denga yang lain wujud kerana ayat-ayat tersebut disusun berturut-turut. Secara ringkasnya, ayat majmuk gabungan adalah gabungan dua ayat tunggal yang lengkap klausanya dan menggunakan kata hubung yang tertentu. Penggunaan kata hubung yang menjunjung makna yang tepat harus digunakan untuk melengkapkan makna ayat majmuk gabungan sehingga menjadi ayat gramatis. Ayat Majmuk Pancangan GabunganCampuran
  • 3. Ayat majmuk gabungan boleh dikelompokkan kepada tiga jenis iaitu: 3.1.1 Ayat Majmuk Gabungan Berurutan Ayat majmuk jenis ini adalah ayat majmuk yang disusun secara berurutan yakni satu demi satu. Klausa-klausa itu digabungkan dengan menggunakan kata hubung dan, lalu, lagi, serta, sambil, malahan, akhirnya kemudian dan tambahan pula. Berikut adalah contoh- contohnya: a) Kanak-kanak itu makan sambil berdiri. (sambil) b) Latifah membeli sebuah novel dan majalah di kedai buku itu. (dan) c) Sharifah naik geram sendiri lalu memicit kakinya. (lalu) d) Usaha mengesan pesawat yang terhempas itu, akhirnya menemui jalan buntu, (akhirnya) e) Amirul baik orangnya, malahan jarang-jarang sekali ia menimbulkan masalah. (malahan) f) Pengetahuan Geena di dalam bidang itu sangat cetek, tambahan pula dia tidak memiliki pengkhususan dalam bidang itu. (tambahan pula) Ayat majmuk gabungan gabungan berurutan gabungan berpasangan gabungan bertentangan
  • 4. 3.1.2 Ayat Majmuk Gabungan Bertentangan Ayat majmuk jenis ini mempunyai dua klausa yang dipertentangkan oleh kata hubung tetapi, sebaliknya, melainkan dan padahal. Ringkasnya, ayat majmuk jenis ini memberi pertentangan fakta dalam ayat-ayat yang digabungkan itu. Antara contoh-contoh adalah seperti berikut: a) Kumar minat belajar tetapi abangnya tidak berminat sama sekali. (tetapi) b) Tina gemar berbelanja boros padahal gajinya hanya cukup-cukup makan sahaja. (padahal) c) Musim kemarau panas, sebaliknya musim huja dingin. (sebaliknya) 3.1.3 Ayat Majmuk Gabungan Berpasangan Ayat majmuk jenis ini menggabungkan dua ayat atau lebih menggunakan kata hubung berpasangan seperti lebih baik…daripada, apakah…ataupun, adakah…atau(pun), sama ada…atau dan sebagainya. Antara contohnya ialah: a) Lebih baik hidup berputih mata, daripada mati berputih tulang. (lebih baik..daripada) b) Sama ada mereka akan datang malam ini atau pagi esok. (sama ada…atau) c) Adakah Perdana Menteri akan hadir di majlis itu atau dia menghantar wakilnya sahaja? (adakah..atau) d) Lebih baik mereka pergi dengan bas daripada memandu kereta sendiri. 3.2 AYAT MAJMUK PANCANGAN Ayat majmuk jenis ini terdapat satu ayat utama atau ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan dijadikan sebahagian ayat induk itu. Oleh itu, ayat majmuk pancangan boleh dikelompokkan ke dalam tiga jenis iaitu:
  • 5. 3.2.1 Ayat Relatif Ayat relatif merujuk kepada ayat yang ditandai dengan penggunaan perkataan yang. Secara mudahnya, ayat relatif mengandungi klausa induk dan menerima klausa relatif untuk menerangkan frasa nama yang menjadi subjek atau prediket dalam klausa induk tersebut. Antara contoh ayat relatif ialah: a) Kereta yang terlibat dalam kemalangan itu terbakar. b) Budak yang hilang itu masih belum dijumpai. c) Saya membeli kasut yang bertumit tiggi itu. d) Budak yang tinggi itu kawan saya. Klausa Relatif Subjek Dalam konteks ini, klausa jenis ini dipancangkan ke dalam subjek klausa induk. Antara contohnya: a) Penderitaan yang menimpa Ali sekeluarga diterima juga dengan kesyukuran. Klausa induk: penderitaan diterima juga dengan kesyukuran. Ayat Majmuk Pancangan Ayat Relatif Ayat Keterangan Ayat Komplemen
  • 6. Klausa relatif yang menjadi subjek: (penderitaan yang menimpa Ali) Berdasarkan contoh ayat di atas, kata ganti nama hubung relatif yang menggantikan kata nama penderitaan. Penderitaan merujuk kepada kata nama dalam frasa subjek. Klausa Relatif Predikat Klausa relatif juga boleh menerangkan kata nama dalam predikat. Antara contohnya: a) Kereta-kereta itu adalah kereta lama yang hilang lima tahun dulu. Klausa induk: Kereta-kereta itu adalah kereta lama Klausa relatif yang menjadi predikat: (kereta lama) yang hilang lima tahun dulu. 3.2.2 Ayat Komplemen Ayat kompleman bermaksud ayat utama yang dipancangkan dengan ayat kecil yang seterusnya menjadi kompleman kepada ayat utama. Komplemen juga bermaksud pelengkap. Di samping itu, klausa komplemen adalah klausa kecil yang berfungsi sebagai pelengkap dalam klausa induk. Ayat majmuk jenis ini ditandai oleh penggunaan kata hubung komplemen bahawa dan untuk. Antara contohnya: a) Ketua Pengarah Kesihatan mengumumkan bahawa kematian akibat denggi semakin meningkat. *Bahagian yang bertulisan condong di atas adalah komplemen iaitu yang berfungsi sebagai objek tepat kepada kata kerja transitif seperti mengumumkan selain menjadi pelengkap kepada ayat induk atau ayat utama. Di samping itu, terdapat beberapa kata kerja transitif lain yang perlu diikuti oleh ayat komplemen yang berfungsi sebagai objek supaya maksud ayat tersebut lengkap. Antaranya ialah: menyatakan, menyebut, menafikan, mengakui dan melaporkan Ayat komplemen boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
  • 7. Jenis-jenis ayat komplemen a) Ayat Komplemen Frasa Nama Seperti diketahui, frasa nama boleh menduduki empat tempat dalam ayat iaitu sebagai subjek, predikat, objek tepat dan objek sipi. Namun begitu, dalam konteks ini, ayat komponen frasa nama hanya boleh menduduki dua tempat sahaja iaitu sebagai ayat komplemen frasa nama subjek dan ayat komplemen frasa nama objek tepat. Antara contohnya ialah: i) Ayat komplemen frasa nama subjek  Bahawa pelaksanaan program itu berjalan dengan lancar.  Bahawa setiap pekerja akan menerima bonus hujung tahun ini.  Agak sukar untuk Datin Emilia memenangi pertandingan fesyen itu. (ayat songsang)  Tentulah tidak wajar untuk mereka mendirikan bangunan di kawasan larangan itu. (ayat songsang) ii) Ayat komplemen frasa nama objek tepatAyat komplemen boleh wujud hanya sebagai objek tepat sahaja manakala objek dalam ayat boleh wujud sebagai objek tepat kata kerja transitif atau sebagai objek sipi. Contoh-contohnya:  Wanita tua itu yakin bahawa anaknya tidak bersalah dalam kes penculikan itu. Ayat Komplemen Ayat Komplemen Frasa Nama Ayat Komplemen Fras Adjektif Ayat Komplemen Frasa Kerja
  • 8.  Berita itu menyebut bahawa semua penumpang bas terselamat.  Amin mengakui bahawa dia tidak ke sekolah pagi tadi.  Cindy menafikan bahawa barang-barangnya telah hilang. b) Ayat Komplemen Frasa Kerja Frasa kerja yang terdapat di dalam ayat ini terdiri daripada kata kerja tak transitif dan tidak boleh dipasifkan. Selain itu, ayat komplemen juga berfungsi sebagai pelengkap untuk kata kerja tak transitif. Jika diimbas sekali lalu, ayat-ayat ini kelihatan seolah- olah ayat komplemen frasa nama objek tetapi tidak demikian kerana ayat-ayat ini tidak boleh mengalami proses pasif. Contoh-contohnya:  Puan Maimun berpendapat bahawa anaknya patut diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di England.  Hakimi bersetuju bahawa projek itu boleh diteruskan.  Penceramah itu berfahaman bahawa ekonomi negara akan terus bertambah.  Amirah berasa bahawa hidupnya tidak lama setelah disahkan menghidap barah rahim.  Bapa Siva beranggapan bahawa anaknya telah selamat dalam banjir. a) Ayat Komplemen Frasa Adjektif Ayat jenis ini berfungsi untuk melengkapkan kata adjektif. Selain itu, frasa ini juga boleh menjadi predikat sesuatu ayat. Ayat komplemen juga boleh terdiri daripada ayat komplemen adjektif iaitu ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk. Namun begitu, jumlah ayat jenis dalam bahasa Melayu sangat terhad. Antara contohnya ialah:  Hanis amat percaya bahawa adiknya telah lulus dalam ujian itu.  Rupa paras gadis itu sangat cantik seperti rupa seorang bidadari.  Saya sangat yakin bahawa dia akan berjaya.  Pekerja itu sedar bahawa mereka harus bekerja bersungguh-sungguh.  Menara itu tinggi seperti binaan pencakar langit di Kuala Lumpur.
  • 9. 3.2.3 Ayat Keterangan Ayat ini majmuk keterangan merujuk kepada ayat yang mengandungi klausa dan berfungsi sebagai keterangan yang dipancangkan ke dalam predikat terutama dalam kata kerja dan kata adjektif. Secara ringkasnya, ayat keterangan ialah satu ayat induk dan satu ayat kecil dan lebih berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. Ayat majmuk keterangan boleh dibahagikan kepada 9 jenis iaitu: a) Keterangan Musabab Ayat jenis ini merujuk kepada unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu perbuatan atau kejadian. Di samping itu, ayat ini juga mempunyai klausa keterangan musabab yang dipancangkan ke dalam klausa induk. Kebiasaannya, keterangan musabab ditandai dengan kata hubung keterangan musabab seperti kerana, lantaran, sebab dan oleh sebab. Antara contohnya ialah:  Amni tidak ke sekolah pada hari ini kerana tidak sihat.  Oleh sebab Ali tidak belajar bersungguh-sungguh, dia gagal dalam peperiksaan.  Amisya berjaya dalam pertandingan itu lantaran usaha yang berterusan.  Abu tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah sebab pulang lewat malam. Ayat Keterangan keterangan musabab keterangan akibat keterangan waktu keterangan tujuan keterangan pertentangan keterangan harapan keterangan syarat keterangan cara keterangan tujuan
  • 10. b) Keterangan Akibat Ayat jenis ini menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan dan mempunyai klausa keterangan akibat yang menjadi pelengkap kepada keadaan. Hingga dan sehingga adalah kata hubung yang digunakan untuk keterangan jenis ini. Antara contohnya ialah:  Masalah itu kian berlarutan sehingga tiada jalan penyelesaian.  Irdina bersorak terlalu kuat hingga serak suaranya. c) Keterangan Syarat Kebiasaannya, ayat majmuk jenis ini mempunyai klausa keterangan syarat yang dipancangkan ke dalam klausa induk. Ringkasnya, keterangan syarat ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata hubung keterangan syarat adalah seperti sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau. Antara contohnya ialah:  Saya akan mengikuti lawatan itu kalau mempunyai wang yang cukup.  Sekiranya saya lulus peperiksaan ini, saya akan berpuasa lima hari.  Jika mempunyai kelapangan, saya akan melawat kamu esok. d) Keterangan Waktu ayat majmuk jenis ini mengandungi klausa keterangan waktu yang menerangkan masa sesuatu keadaan atau perbuatan. Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak, setelah, semenjak, sewaktu, tatkala, ketika dan sementara. Antara contoh ayat ialah:  Sementara menunggu nasi masak, ibu menggoreng ikan dahulu.  Semenjak peristiwa hitam itu, Aminah menjadi seorang yang pendiam.  Suatu ketika dahulu, saya pernah di kawasan perumahan ini.  Guru disiplin segera tiba setelah mendapat maklumat mengenai kejadian buli tersebut. e) Keterangan Pertentangan Ayat majmuk jenis ini ialah unsur yang menerangkan sesuatu kejadian atau perbuatan yang berlawanan. Dalam konteks ini, ayat majmuk keterangan pertentangan mempunyai klausa keterangan yang dipancangkan ke dalam klausa induk. Kata hubung adalah seperti meskipun, walaupun, kendatipun, meskipun, sekalipun, walau bagaimanapun, namun, biarpun dan sedangkan. Contoh-contoh ayat ialah:  Sekalipun usianya telah lanjut, namun dia masih bersemanhat untuk menyambung pengajian ke peringkat tertinggi.  Meskipun hari beransur gelap, pemuda itu masih tidak mahu pulang ke rumah.
  • 11.  Sungguhpun tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan percubaan, Aiman tidak putus asa untuk berusaha dengan gigih.  Iqbal masih belum mendapat pekerjaan walaupun telah berusaha bersungguh- sungguh. f) Keterangan Harapan Keterangan harapan mempunyai klausa keterangan harapan yang dipancangkan ke dalan klausa induk. Ringkasnya, klausa keterangan ialah unsur yang menerangkan sesuatu kejadian atau perbuatan yang dihajati. Kata hubung keterangan adalah seperti agar, semoga, supaya,kalau-kalau dan moga-moga. Contoh-contoh ayat ialah:  Supaya suasana menjadi harmoni dan aman damai mereka bersetuju dengan cadangan ketua kampung itu.  Kita haruslah berusaha bersungguh-sungguh agar masa depan terjamin.  Siva bekerja dengan gigih supaya dapat membaiki taraf hidunya. g) Keterangan Cara 