Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang wajib dibayar oleh orang Islam yang mampu kepada 8 golongan yang layak menerimanya. Zakat memberikan manfaat dari segi agama, akhlak dan sosial kemasyarakatan seperti mendekatkan diri kepada Allah SWT, membersihkan akhlak, mengurangkan jurang kemiskinan dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
1. DISEDIAKAN OLEH :
NOR FARAHANA SIDEK
NURUL „AQILAH ZAKARIA
NIK AISHAH NIK ABD AZIZ
2. Zakat ( dari kata tazakka -
mensucikan) (bahasa Inggeris: alms
giving atau tithing) ialah derma yang wajib
diberikan orang Islam yang mampu kepada
8 golongan (asnaf) yang berhak
menerimanya. Ia merupakan rukun ketiga
dari Rukun Islam.
Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci,
subur dan berkembang.
3. Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:
“(
Ambillah
(sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah
(zakat), supaya dengannya engkau membersihkan
mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak
yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana
sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi
ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui”Manakala dari segi
syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada
harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila
cukup syarat-syaratnya.
4. Islam
Merdeka
Sempurna milik
Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat
Cukup nisab (jumlah perolehan untuk berzakat
genap atau melepasi nilai minimum)
Cukup haul (genap setahun Hijriah atau tahun
Masihi)
Niat untuk berniaga (zakat perniagaan sahaja)
5. Islam – orang-orang islam sahaja
Merdeka- bukan tergolong dalam kalangan
hamba abdi(mereka yang benar-benar
bebas dari era penjajahan secara terang
dan jelas, dimana wilayahnya tidak berada
dalam kancah penindasan dan peperangan
akibat penjajahan.)
6. Sempurna milik - Harta yang dizakat
hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya
oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta
yang berkongsi antara orang Islam dengan
orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam
sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan
zakat.
Harta usaha yang baik sebagai sumber zakat-
Para Fuqaha‟ merangkumi semua pendapatan
dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu
perolehan baru yang termasuk dalam taksiran
sumber harta yang dikenakan zakat.
7. Cukup nisab
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta
itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai
emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram
emas atau 196 gram perak.
Cukup haul
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut
tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat
pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa
mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat
pendapatan.
Niat untuk berniaga
Khusus buat para peniaga yang telah memperoleh pulangan
dan pendapatan hasil perniagaan dan menepati semua syarat
wajib diatas wajib membayar Zakat perniagaan.
8. Definisi - Zakat fitrah dikenali juga
sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat
Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa
untuk menyempurnakannya adalah pada
akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya
Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai
penyuci orang yang berpuasa daripada
melakukan perbuatan keji dan buruk juga
untuk dijadikan sumber keperluan orang
asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).
9. Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad
bersamaan 2.3kg beras atau senilai
dengannya (ijtihad).
Bagi tahun berakhir
2007 Masihi/1428 Hijrah dan
2008 Masihi/1429 Hijrah di seluruh negeri
Selangor Malaysia, kadar Zakat Fitrah
semasa telah ditentukan sebanyak RM5.20
bersamaan 2.70kg beras mentah.
10. Islam
Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau
wang) yang lebih daripada keperluan diri
sendiri dan keperluan orang yang ditanggung
nafkahnya untuk satu hari siang dan malam
Hari Raya itu.
Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan
dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia
sebelum terbenam matahari atau anak yang
dilahirkan selepas matahari terbenam malam
satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
11. terbahagi kepada 5:
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir
30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat
Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya
sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari
satu Syawal.
12. Kewajipan : Ketua keluarga wajib
membayar zakat fitrah untuk dirinya dan
juga tanggungannya.
Jika salah satu dari tanggungannya
meninggal dalam bulan puasa, maka orang
itu terlepas daripada membayar zakat fitrah
Niat : “Wang sebanyak $ _____ ini sebagai
menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke
atas diri/keluarga saya untuk tahun
berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala.”
13. Definisi - zakat yang mencakupi hasil
pertanian, binatang ternakan, perniagaan,
wang simpanan, harta temuan, emas dan
perak. Setiap zakat harta memiliki
perhitungannya atau perkiraan harta yang
akan dikenakan zakat.
14. Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:
Zakat hasil pertanian - Buah-buahan dan bijian yang menjadi
makanan rugi (asasi) sesuatu tempat seperti padi, gandum, kurma
dan barli.
Zakat binatang ternakan - Ternakan seperti kambing, biri-biri, kibas,
lembu, kerbau dan unta.
Zakat emas dan perak - Bahan galian seperti emas dan perak
Zakat perniagaan seperti kedai, perusahaan, perkilangan, saham.
Zakat wang simpanan - Zakat KWSP
Zakat pendapatan
Zakat rikaz dan ma'din - harta yang disorok, ditanam, disimpan dan
dipendam oleh seseorang insan sebelumnya, atau harta hasil bumi
yang bernilai.
› Zakat kunuz ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).
15. Manakala zakat harta boleh dibayar pada
bila-bila masa. Kadar zakat harta ialah 2.5%
dari jumlah harta. Ia bermaksud segala
harta benda kita, 2.5% dari harta kita itu
adalah bukan hak kita tetapi hak golongan 8
asnaf yang layak menerima zakat daripada
kita. Di Indonesia, zakat harta dikenali
sebagai zakat maal.
16. Zakat harta wajib dikeluarkan kerana ia adalah satu jalan jihad kepada
Allah dan Islam. Dari surah At-Taubah, ayat ke-88, (9:88):
“(Mereka tetap tinggal) tetapi Rasulullah dan orang-orang yang beriman
bersamanya, berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan mereka
itulah orang-orang yang mendapat kebaikan dan mereka itulah juga yang
berjaya.
”Manakala dari surah An-Nisaa', ayat ke-95, (4:95):
“Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang)
dari kalangan orang-orang yang beriman selain daripada orang-orang
yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada
jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah
melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa
mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang
kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat dan tiap-tiap satu (dari dua
golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga) dan
Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang
tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan
pahala yang amat besar.
17. Zakat ini mesti dibayar kerana ia akan digunakan untuk kerja kebajikan seperti memberi bantuan
kepada 8 golongan asnaf yang berhak untuk menerima wang zakat. 8 golongan adalah:
Fakir - Orang yang tidak berharta serta tidak mempunyai pekerjaan sama sekali, atau orang
yang mempunyai harta dan pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluan hariannya.
Contoh, keperluannya sehari ialah RM 10.00 tetapi dia hanya ada RM 2.00 sahaja.
Miskin - Orang yang mempunyai harta tetapi tidak mencukupi keperluan hariannya. Contoh,
keperluan hariannya RM 10.00, tetapi dia hanya ada RM 7.00 sahaja.
Amil - Orang/Pekerja yang ditugaskan oleh pemerintah mengutip/mengagih zakat.
Muallaf - Saudara baru memeluk Islam
Riqab - Hamba yang menebus dirinya secara ansuran.
Al-Gharimin - Orang yang menanggung hutang dan tidak mampu untuk menyelesaikanya
Fisabilillah - Orang yang berjuang di jalan Allah.
Ibnus sabil - Musafir yang terputus bekalannya semasa di perantauan
Selain dari golongan 8 asnaf ini, mereka TIDAK LAYAK untuk menerima wang zakat.
18. Dari segi diniyah (agama) :
Dengan berzakat bererti kita telah menjalankan salah satu dari rukun
Islam yang menyuruh seorang hamba pergi kepada kebahagiaan dan
keselamatan dunia dan akhirat.
Merupakan saranan bagi hamba untuk mendekatkan diri kepada
Tuhan, akan menambah keimanan kerana keberadaannya yang
memuat beberapa macam ketaatan.
Pembayar zakat akan mendapatkan pahala besar yang berlipat ganda,
sebagaimana firman Allah Subhaanahu wa Ta'ala, yang bermaksud:
"Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah" (QS: Al Baqarah:
276). Dalam sebuah hadith yang muttafaq 'alaih Nabi Shallallaahu
'alaihi wa Sallam juga menjelaskan bahwa shadaqah dari harta yang
baik akan ditumbuhkan kembangkan oleh Allah berlipat ganda.
Zakat merupakan sarana penghapus dosa, seperti yang pernah
disabdakan Rasulullah s.a.w.
19. Dari segi khuluqiyah (akhlak) :
Menanamkan dan melahirkan sifat kemuliaan, rasa
bertolak ansur, sentiasa bersyukur, bertakwa dan
kelapangan dada kepada peribadi pembayar zakat.
Pembayar zakat biasanya bersifat belas kasihan, peramah
dan lembut kepada saudaranya yang tidak cukup
keperluan.
Merupakan realiti bahawa menyumbangkan sesuatu yang
bermanfaat baik berupa harta mahupun raga bagi kaum
muslimin akan melapangkan dada dan meluaskan jiwa
kerana sudah pasti ia kan menjadi orang yang dicintai
dan dihormati sesuai tingkat pengorbanannya.
Dalam, zakat terdapat penyucian terhadap akhlak.
20. Dari segi ijtimaiyyah (sosial kemasyarakatan) :
Zakat merupakan kemudahan untuk membantu dalam memenuhi hajat hidup fakir miskin yang
merupakan kelompok majoriti sebahagian besar negara di dunia.
Memberikan dorongan kekuatan bagi kaum muslimin dan mengangkat kehadiran mereka. Ini
boleh dilihat dalam golongan penerima zakat, salah satunya adalah perjuangan di jalan Tuhan.
Zakat boleh mengurangkan dendam dan rasa dengki yang ada dalam dada fakir miskin. Kerana
masyarakat bawah biasanya berasa benci apabila melihat mereka yang berkelas tinggi
menghambur-hamburkan harta untuk sesuatu yang tidak bermanfaat. Jika harta yang demikian
melimpah itu dimanfaatkan untuk mengurangkan kemiskinan, tentu akan terjalin keharmonian
dan kasih sayang antara si kaya dan si miskin.
Zakat akan memacu pertumbuhan ekonomi pelakunya dan yang jelas berkahnya akan
melimpah.
Membayar zakat bererti memperluaskan peredaran harta benda atau wang, kerana ketika
harta dibelanjakan maka putarannya akan meluas dan lebih banyak pihak yang mengambil
manfaat.
Bagi menangani masalah pengangguran masyarakat Islam, dengan mengambil hasil zakat
(sebahagian) untuk disediakan keperluaan yang diperlukan dalam bekerja, menyediakan
peluang pekerjaan, menjana pendidikan dan tempat latihan para pekerja.
21. Mengurangkan jurang antara mereka yang berada dengan
mereka yang miskin.
Membantu mereka yang berjuang dan berdakwah dalam
meninggikan kalimah Allah SWT.
Membersihkan dan mengikis akhlak yang buruk
Alat pembersih harta dan penjagaan dari ketamakan
orang jahat.
Ungkapan rasa syukur atas nikmat yang Allah SWT berikan
Untuk pengembangan upaya umat
Memberi kekuatan moral kepada orang yang baru masuk
Islam
Menambah pendapatan negara untuk projek-projek yang
berguna bagi ummat