SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 16
Downloaden Sie, um offline zu lesen
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



   SUKATAN PELAJARAN
  KURIKULUM BERSEPADU
    SEKOLAH RENDAH



PENDIDIKAN
SENI VISUAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA




   SUKATAN PELAJARAN
  KURIKULUM BERSEPADU
    SEKOLAH RENDAH

PENDIDIKAN
SENI VISUAL



       Pusat Perkembangan Kurikulum
      Kementerian Pendidikan Malaysia
                   2000
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-
cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakat; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di
mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara
yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat
progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:-
         KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
         KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
         KELUHURAN PERLEMBAGAAN
         KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
         KESOPANAN DAN KESUSILAAN




                           iii
FALSAFAH
      PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah
berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan
seperti berikut:


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.




                             iv
Kata Pengantar

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan
datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan,
memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan
warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan abad 21.

Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni
dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu.
Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi,
bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang
berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam
kehidupan.

Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah
rendah. Mata Pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi
Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi tajuk-tajuk yang
menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara
menyeluruh dan aspek kritikan.

Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa, dan
tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.




                                     v
pendidikan seni visual sekolah rendah



PENDAHULUAN


Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.
Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah,
Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan
tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan
seni mempertahankan diri.


Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata
pelajaran lain.


Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan
aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-
sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan
pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual
akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman
ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat
penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.


Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran
yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain.
Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran
befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod
pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih
murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya
untuk faedah sendiri.
                                      1
pendidikan seni visual sekolah rendah



Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual,
kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk
membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi
pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih
berkesan dan bermakna.


MATLAMAT


Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu
murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan
alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara,
selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


OBJEKTIF


Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah
murid boleh:
 1.    menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan,
 2.    melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif
       dan meyeronokkan,
 3.    menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera,
 4.    mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya,
 5.    mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni
       visual,

                                      2
pendidikan seni visual sekolah rendah



6.      membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan
        selamat,
 7.     memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan
        bertanggungjawab,
 8.     mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air,
 9.     menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni
        visual, dan
10.     melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti
        kesenggangan yang berfaedah.


ORGANISASI KURIKULUM


Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan
melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan
berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang
menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat
binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk
memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid
sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif.


Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan
dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang
merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.


Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan
dapat   menguasai beberapa         pengetahuan dan       kemahiran.    Antara


                                       3
pendidikan seni visual sekolah rendah



pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan,
alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga
akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran,
kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual,
proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi,
mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual.


Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran
memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir
secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan,
membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.


Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan
iaitu:


a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan


a.       Pemerhatian secara aktif


Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian
keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid.
Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera
lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan
emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut
diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini.
                                         4
pendidikan seni visual sekolah rendah


Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek
buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit
bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus
menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan
persepsi dan pemikiran abstrak.


b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan


Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan
dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan
bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan
kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan
serta teknik-teknik mudah.


Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi
dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses
pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid
belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang
mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang.


c. Apresiasi seni visual secara mudah


Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali
aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan
kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian
perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui
hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam


                                      5
pendidikan seni visual sekolah rendah


pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi.
Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.


d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan


Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah,
murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang
wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah
memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan
dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang
sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan.


KANDUNGAN


Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam
empat bidang kegiatan iaitu:
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional


Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian
secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi
seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara
bersepadu.




                                       6
pendidikan seni visual sekolah rendah


1.   MENGGAMBAR


Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran
serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat
gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang,
struktur, imbangan dan komposisi.


Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:


       1.1            Lukisan
       1.2            Catan
       1.3            Kolaj
       1.4            Montaj
       1.5            Cetakan
       1.6            Resis
       1.7            Gosokan
       1.8            Stensilan
       1.9            Percikan
       1.10           Gurisan
       1.11           Capan
       1.12           Mozek
       1.13           Poster


Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri.
Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali
pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan
memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.
Kesedaran     melalui pemerhatian     alam persekitaran     menjadi fokus
                                     7
pendidikan seni visual sekolah rendah


kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi
visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna,
garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras
apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan.
Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.
Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi,
lakonan, nyanyian dan cerita.


2.   MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai
cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu
rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-
mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.
Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan
seperti:


     2.1    Corak tidak terancang secara:
            2.1.1             Pualaman
            2.1.2             Tiupan
            2.1.3             Titisan
            2.1.4             Ikatan dan celupan
            2.1.5             Renjisan dan percikan


      2.2   Corak terancang secara:
            2.2.1               Lukisan
            2.2.2               Catan



                                        8
pendidikan seni visual sekolah rendah


                      2.2.3           Cetakan
                      2.2.4           Capan
                      2.2.5           Lipatan dan guntingan
                      2.2.6           Resis
                      2.2.7           Kolaj
                      2.2.8           Kaligrafi


Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam
alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal
motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini
memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang,
corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan
ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan
lakonan.


3.   MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN


Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap
aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.
Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas
bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan
membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi
peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,
semasa menjalankan proses penghasilan seni.




                                     9
pendidikan seni visual sekolah rendah



Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi
aktiviti seperti:
      3.1                Arca timbul
      3.2                Asemblaj
      3.3                Mobail
      3.4                Stabail
      3.5                Model
      3.6                Diorama
      3.7                Boneka
      3.8                Topeng
      3.9                Origami


Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid
membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi
kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan
ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan,
nyanyian dan cerita.


4.    MENGENAL KRAF TRADISIONAL


Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang
melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh
masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid
diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:




                                        10
pendidikan seni visual sekolah rendah




           4.1        Alat domestik
           4.2        Alat permainan
           4.3        Alat pertahanan diri
           4.4        Perhiasan diri (ornamen)
           4.5        Batik
           4.6        Tekat
           4.7        Ukiran
           4.8        Tenunan
           4.9        Anyaman
           4.10       Tembikar


Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional
dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi,
proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek
apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang
merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh
bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam
pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.




                                      11

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5Kim44444
 
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1celestie
 
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Nor Shahirah
 
Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Nordin Laguda
 
Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Leong Kim Yin
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2share with me
 
Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2marshiza
 
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2Kickstory
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Lily Suzana
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2marshiza
 
Standard kandungan seni visual thn 1
Standard kandungan seni visual thn 1Standard kandungan seni visual thn 1
Standard kandungan seni visual thn 1marshiza
 

Was ist angesagt? (14)

Hsp pseni kbsr
Hsp pseni kbsrHsp pseni kbsr
Hsp pseni kbsr
 
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
Ds kurikulum dan pentaksiran psv t5
 
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
 
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
 
Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3Dsk dunia seni visual thn 3
Dsk dunia seni visual thn 3
 
Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4Dokumen standard psv tahun 4
Dokumen standard psv tahun 4
 
Hsp pseni kbsm1-5
Hsp pseni kbsm1-5Hsp pseni kbsm1-5
Hsp pseni kbsm1-5
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2
 
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
DOKUMEN STANDARD DUNIA SENI TAHUN 2
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Standard kandungan seni visual thn 1
Standard kandungan seni visual thn 1Standard kandungan seni visual thn 1
Standard kandungan seni visual thn 1
 
4 bidang psv
4 bidang psv4 bidang psv
4 bidang psv
 

Ähnlich wie Sp Pseni Kbsr

04 dsk seni visual tahun 1
04 dsk seni visual tahun 104 dsk seni visual tahun 1
04 dsk seni visual tahun 1Sue Rie
 
Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1linakhairi
 
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+31b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3Mashitah Shaari
 
Buku Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Buku Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Buku Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Buku Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2celestie
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Hui Chew
 
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Kickstory
 
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Nor Amalina
 
Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Kim44444
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Azzam Yusof
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Farah Husna Tajuddin
 
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Watie Razali
 
Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2share with me
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Hui Chew
 
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01NUr Lina
 
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1Noor Afifah Azizan
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2JJ Antibiotic
 

Ähnlich wie Sp Pseni Kbsr (20)

Kbsr seni
Kbsr seniKbsr seni
Kbsr seni
 
04 dsk seni visual tahun 1
04 dsk seni visual tahun 104 dsk seni visual tahun 1
04 dsk seni visual tahun 1
 
Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1
 
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+31b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
 
Buku Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Buku Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Buku Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Buku Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Bahan 1
Bahan 1Bahan 1
Bahan 1
 
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
 
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
 
Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
 
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
 
Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2Ds dunia seni visual thn 2
Ds dunia seni visual thn 2
 
Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4Dsk pendidikan seni visual thn 4
Dsk pendidikan seni visual thn 4
 
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
 
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01
 
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1
 
Kanak
KanakKanak
Kanak
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 

Mehr von ipgm kampus tengku ampuan afzan

Mehr von ipgm kampus tengku ampuan afzan (20)

Kata ganda
Kata gandaKata ganda
Kata ganda
 
Imbuhan
ImbuhanImbuhan
Imbuhan
 
bm imbuhan awalan
bm imbuhan awalanbm imbuhan awalan
bm imbuhan awalan
 
ALATAN PETI KECEMASAN
ALATAN PETI KECEMASANALATAN PETI KECEMASAN
ALATAN PETI KECEMASAN
 
Rpt Pjpk Tahun Tiga
Rpt Pjpk Tahun TigaRpt Pjpk Tahun Tiga
Rpt Pjpk Tahun Tiga
 
Rpt Pjpk Tahun Satu
Rpt Pjpk Tahun SatuRpt Pjpk Tahun Satu
Rpt Pjpk Tahun Satu
 
Rpt Pjpk Tahun Lima
Rpt Pjpk Tahun LimaRpt Pjpk Tahun Lima
Rpt Pjpk Tahun Lima
 
Rpt Pjpk Tahun Empat
Rpt Pjpk Tahun EmpatRpt Pjpk Tahun Empat
Rpt Pjpk Tahun Empat
 
Rpt Pjpk Tahun Dua
Rpt Pjpk Tahun DuaRpt Pjpk Tahun Dua
Rpt Pjpk Tahun Dua
 
Hsp Pend Jasmani Tahun Tiga
Hsp Pend Jasmani Tahun TigaHsp Pend Jasmani Tahun Tiga
Hsp Pend Jasmani Tahun Tiga
 
Hsp Pend Jasmani Tahun Satu
Hsp Pend Jasmani Tahun SatuHsp Pend Jasmani Tahun Satu
Hsp Pend Jasmani Tahun Satu
 
Hsp Pend Jasmani Tahun Lima
Hsp Pend Jasmani Tahun LimaHsp Pend Jasmani Tahun Lima
Hsp Pend Jasmani Tahun Lima
 
Hsp Pend Jasmani Tahun Enam
Hsp Pend Jasmani Tahun EnamHsp Pend Jasmani Tahun Enam
Hsp Pend Jasmani Tahun Enam
 
Hsp Pend Jasmani Tahun Empat
Hsp Pend Jasmani Tahun EmpatHsp Pend Jasmani Tahun Empat
Hsp Pend Jasmani Tahun Empat
 
Hsp Pend Jasmani Tahun Dua
Hsp Pend Jasmani Tahun DuaHsp Pend Jasmani Tahun Dua
Hsp Pend Jasmani Tahun Dua
 
Hsp Pendidikan Jasmani Kbsr
Hsp Pendidikan Jasmani KbsrHsp Pendidikan Jasmani Kbsr
Hsp Pendidikan Jasmani Kbsr
 
Rpt Moral Tahun Tiga
Rpt Moral Tahun TigaRpt Moral Tahun Tiga
Rpt Moral Tahun Tiga
 
Rpt Moral Tahun Satu
Rpt Moral Tahun SatuRpt Moral Tahun Satu
Rpt Moral Tahun Satu
 
Rpt Moral Tahun Lima
Rpt Moral Tahun LimaRpt Moral Tahun Lima
Rpt Moral Tahun Lima
 
Rpt Moral Tahun Enam
Rpt Moral Tahun EnamRpt Moral Tahun Enam
Rpt Moral Tahun Enam
 

Sp Pseni Kbsr

  • 1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL
  • 2. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN SENI VISUAL Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2000
  • 3. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita- cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN iii
  • 4. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. iv
  • 5. Kata Pengantar Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Pendidikan Seni Visual ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Mata Pelajaran ini bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan. Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini. v
  • 6. pendidikan seni visual sekolah rendah PENDAHULUAN Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu. Perubahan ini dirasakan lebih sesuai kerana dalam hubungan seni di sekolah, Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat- sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri. 1
  • 7. pendidikan seni visual sekolah rendah Setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel. Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang. Proses ini menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan bermakna. MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. OBJEKTIF Setelah mengikuti Kurikulum Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah murid boleh: 1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan, 2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan meyeronokkan, 3. menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera, 4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya, 5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, 2
  • 8. pendidikan seni visual sekolah rendah 6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat, 7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab, 8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air, 9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual, dan 10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah. ORGANISASI KURIKULUM Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun bertujuan melibatkan murid dalam pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual. Dengan mempelajari Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid akan dapat menguasai beberapa pengetahuan dan kemahiran. Antara 3
  • 9. pendidikan seni visual sekolah rendah pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi, menggunakan teknologi bahan dan perkakasan. Organisasi kurikulum ini merangkumi empat aspek utama yang dipentingkan iaitu: a. pemerhatian secara aktif b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. apresiasi seni visual secara mudah d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan a. Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi murid. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. 4
  • 10. pendidikan seni visual sekolah rendah Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang. c. Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam 5
  • 11. pendidikan seni visual sekolah rendah pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi. Murid diperkenalkan tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka. d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberi pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan. KANDUNGAN Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu. 6
  • 12. pendidikan seni visual sekolah rendah 1. MENGGAMBAR Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah: 1.1 Lukisan 1.2 Catan 1.3 Kolaj 1.4 Montaj 1.5 Cetakan 1.6 Resis 1.7 Gosokan 1.8 Stensilan 1.9 Percikan 1.10 Gurisan 1.11 Capan 1.12 Mozek 1.13 Poster Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus 7
  • 13. pendidikan seni visual sekolah rendah kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. 2. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana- mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti: 2.1 Corak tidak terancang secara: 2.1.1 Pualaman 2.1.2 Tiupan 2.1.3 Titisan 2.1.4 Ikatan dan celupan 2.1.5 Renjisan dan percikan 2.2 Corak terancang secara: 2.2.1 Lukisan 2.2.2 Catan 8
  • 14. pendidikan seni visual sekolah rendah 2.2.3 Cetakan 2.2.4 Capan 2.2.5 Lipatan dan guntingan 2.2.6 Resis 2.2.7 Kolaj 2.2.8 Kaligrafi Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan. 3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. 9
  • 15. pendidikan seni visual sekolah rendah Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: 3.1 Arca timbul 3.2 Asemblaj 3.3 Mobail 3.4 Stabail 3.5 Model 3.6 Diorama 3.7 Boneka 3.8 Topeng 3.9 Origami Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. 4. MENGENAL KRAF TRADISIONAL Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: 10
  • 16. pendidikan seni visual sekolah rendah 4.1 Alat domestik 4.2 Alat permainan 4.3 Alat pertahanan diri 4.4 Perhiasan diri (ornamen) 4.5 Batik 4.6 Tekat 4.7 Ukiran 4.8 Tenunan 4.9 Anyaman 4.10 Tembikar Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. 11