SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'




                                              PENGHARGAAN

                                              ‫بسم ال الرحمن الرحيم‬

           Al-Hamdulillah, dengan izin dan bantuan Allah (s.w.t.) tugasan yang membincangkan 'Kaedah
& Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab bagi subjek Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103
ini dapat dilaksanakan dengan baikdan mendapat sokongan serta bantuan daripada pihak-pihak yang
berkenaan. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan
penyelia tugasan ini yang tidak jemu-jemu membimbing dan menunjuk ajar dengan penuh kesabaran
atas segala dorongan dan motivasi yang diberikan sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Semoga beliau
dikurniakan rahmat dan berkat serta memperoleh ganjaran daripada Allah (s.w.t)                   di dunia dan di
akhirat.

       Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
kajian ini. Akhir kata, kepada Allah ( s.w.t. ) dipohonkan keredaan dan keberkatan atas segala usaha
yang kerdil ini, beriring harapan semoga tugasan ini dapat menyumbang dalam dunia ilmu yang tiada
sempadan. Sesungguhnya Allah Maha Luas ilmu-Nya.




                                                         1
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'



1. PENGENALAN


       Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah bermula dengan guru yang
memiliki kemampuan untuk menyampaikan isi pelajaran, lantas untuk memenuhi tuntutan tersebut
seorang guru seharusnya mewujudkan pembelajaran yang mampu merangsang minat para pelajar
mengikut tahap pemikiran dan kebolehan mereka masing-masing. Guru mestilah memiliki kepakaran
dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan aktiviti yang berkesan untuk menjayakan
proses pengajaran dan pembelajaran.
       Justeru, dalam tugasan ini perkara utama yang dibincangkan adalah kaedah dan teknik yang
berkesan bagi pengajaran nahu Bahasa Arab. Pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai
membolehkan isi pelajaran dapat difahami dengan baik, jelas dan mampu mempengaruhi intelek, emosi
serta minat pelajar secara berkesan.

       Kaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang bersistem, tersusun dan
spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa pendek. Terdapat beberapa kaedah yang sering
diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk pengajaran nahu Bahasa Arab iaitu
kaedah tematik, kaedah ajuk hafaz, kaedah semulajadi/terus, kaedah latih tubi, kaedah induktif, kaedah
syarahan dan kaedah kuiz.

       Selain itu, tugasan ini turut membincangkan teknik pengajaran berserta contoh-contoh yang
relevan bagi setiap kaedah yang digunakan dalam pengajaran nahu Bahasa Arab. Teknik tersebut
merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru.

       Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik
dan akan memberi ruang untuk membolehkan murid terlibat secara aktif dan mengambil bahagian
sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa merasa jemu dan bosan .




                                                       2
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'



1.1 PENGERTIAN KAEDAH PENGAJARAN


       Kaedah mengikut Kamus Dewan (1992) bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum
atau prinsip.

       Menurut Hasan Langgulung (1981) kaedah itu bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.

       Menurut Abu Saleh (1988) kaedah ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-
langkah yang tersusun kemudian dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan
yang terancang. Beliau beranggapan kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran tetapi ia
merupakan wasilah atau satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran.

       Seterusnya menurut Mok Soon Sang (1992) pula kaedah ialah cara mendekati sesuatu objektif
pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun.

       Mengikut Ahmad Mohd Salleh (2008) pula, kaedah merupakan satu perancangan yang
bersistematik secara keseluruhan untuk meyampaikan bahan pengajaran. Ianya merupakan satu
prosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan.
Sesuatu pendekatan memungkinkan beberapa kaedah .

       Manakala Ee Ah Meng (1991) mentakrifkan kaedah ialah suatu tindakan guru yang
bersistematik serta berturutan untuk mencapai objektif spesifik (objektif jangka pendek sesuatu
pelajaran).

       Berdasarkan pengertian-pengertian kaedah tersebut, jelaslah bahawa kaedah adalah sesuatu siri
tindakan yang bersistematik dan tersusun.

       Manakala kaedah pengajaran adalah langkah-langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan
tertentu. Pengajaran pula merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran tertentu. Mok Soon Sang (2006) mentakrifkan pengajaran merupakan
sesuatu aktiviti yang meliputi pengajaran guru disertai dengan aktiviti pelajar.




                                                       3
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'



1.2 PENGERTIAN TEKNIK


       Mengikut Ee Ah Meng (1991), teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam
pengajaran.                                  .                                                                    .


       Manakala Azman Wan Chik (1987) pula berpendapat teknik ialah apa yang kita lihat di dalam
bilik darjah.


       Oleh itu, teknik pengajaran boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam mengelolakan dan
menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran. Teknik turut merujuk kepada tingkah laku
guru semasa menggunakan sesuatu kaedah pengajaran. Jika guru tidak dapat menguasai teknik-teknik
yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan tercapai.


        Dalam     pengajaran     dan    pembelajaran        bahasa,   pelbagai     teknik    boleh    digunakan.
Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat memahamkan perenan mereka serta
merancangkan isi, memilih aktiviti, memilih bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang
akan digunakan.


        Oleh itu, teknik sememangnya satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam
bilik darjah. Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Lazimnya, ia bertujuan utuk membolehkan sesuatu
objektif pengajaran itu dicapai dengan segera. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelbagai
teknik boleh digunakan. Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat memahamkan
peranan mereka serta merancang isi, memilih aktiviti , memilih bahan dan mengenal pasti alat serta
contoh-contoh yang akan digunakan.




                                                        4
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'



2. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN NAHU BAHASA ARAB




       Terdapat beberapa kaedah dan teknik yang wajar diamalkan dalam pengajaran dan
pembelajaran khususnya untuk pengajaran nahu Bahasa Arab iaitu :


                             Kaedah tematik & teknik bersoal jawab.
                             Kaedah ajuk hafaz & teknik menghafaz dan latih tubi.
                             Kaedah / Teknik Permainan
                             Kaedah Nahu (Tariqah Al-Nahwi) & teknik penerangan
                             Kaedah Membaca & teknik pengulangan dan latih tubi
                             Kaedah Terus & teknik pengulangan dan latih tubi
                             Kaedah Kod Kognitif & Teknik Penerangan


,, kaedah semulajadi/terus, kaedah latih tubi,, kaedah syarahan, kaedah lakonan dan perbualan, kaedah
nasyid, kaedah teka-teki dan kaedah kuiz.


2.1 Kaedah Tematik (Tariqah Al-Maudu’iyah)
       Kaedah tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah berasaskan satu idea besar
sebagai tema sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah kecil. Kaedah ini dapat membantu guru
memahamkan para pelajar tentang salah satu tajuk yang terkandung dalam nahu Bahasa Arab sebagai
contoh perbezaan kata nama lelaki dengan kata nama perempuan. Contohnya, dalam minggu
pembelajaran tersebut, tema utama yang dipilih ialah '‫ .'التعارف‬Dalam slot pengajaran itu, guru boleh
pelbagaikan lagi kepada pengajaran nahu iaitu           '‫'المسم‬   (Kata Nama). Kata Nama pula dipecahkan
kepada '‫( 'امسم المذكر‬kata nama perempuan) dan '‫( 'امسم المؤنث‬kata nama lelaki). Antara isi pelajaran yang di
ajar adalah :
                             ‫أنا معلم‬
                             ‫أنا معلمة‬
                             ‫هو تلميذ‬
                             ‫هي تلميذة‬




                                                        5
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'



         Kata nama lelaki (‫ ) امسم المذكر‬contohnya (‫ / تلميذ‬tilmizun) yang bermaksud murid lelaki; dan kata
nama perempuan (‫ ) امسم المؤنث‬contohnya (‫ / تلميذ ة‬tilmizatun) yang bermaksud murid perempuan. Melalui
kaedah ini, pelajar mudah mengecam perbezaan yang wujud antara kata nama lelaki dan kata nama
perempuan.


         Perbezaan tersebut ialah di akhir kata nama perempuan wujud huruf ta marbutoh (‫ .)ة‬Para
pelajar berjaya memahami bahawa huruf ta marbutoh (‫ )ة‬pada akhir kata nama tersebut menandakan ia
adalah kata nama untuk perempuan (‫ .)علمة امسم المؤنث‬Guru boleh menggunakan gambar yang menarik,
kad imbasan dan juga memaparkan Power Point untuk setiap isi pelajaran tersebut.


Teknik mengajar : Bersoal jawab
         Teknik yang sesuai bagi kaedah tematik di atas ialah teknik bersoal jawab iaitu teknik paling
popular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah. Guru-guru memilih teknik ini bukan kerana ia
paling mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang paling berupaya mewujudkan interaksi
berkesan di dalam bilik darjah. Di samping itu, ia menjadi medium yang efektif untuk mengesan
pemahaman pelajar tentang isi pelajaran yang disampaikan.
         Sebagai contoh, untuk tema “Tak Kenal Maka Tak Cinta” tanda yang tekandung dalam kata
nama lelaki dan kata nama perempuan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan
soalan dan pelajar memberi tindak balas sewajarnya. Sebagai contoh :
  Sambil menunjuk ke arah seorang pelajar lelaki guru mengatakan "‫."هذا أحمد. هو تلميذ‬

  Kemudian guru menunjuk ke arah pelajar perempuan lalu berkata“ ‫.”هذه جميلة. هي تلميذة‬

  Guru mengulangi kata-kata tersebut kepada pelajar yang bernama Andy Erec, Chin Vui Fung,
Muhammad Zaqwan & Nur Cahaya.

  Selepas itu, barulah guru mengajukan soalan seterusnya kepada pelajar-pelajar secara kelas,
kumpulan dan diikuti dengan individu.

  Selepas pelajar-pelajar menjawab soalan itu, guru boleh beralih kepada soalan seterusnya iaitu "‫هذا‬
‫."عيد الخالد. هي تلميذ أو تلميذة؟‬




                                                            6
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'



  Setelah pelajar-pelajar menjawabnya, guru beralih lagi kepada soalan seterusnya. Teknik ini
dijalankan secara berulang-ulang. Antara soalan seterusnya:




       ‫هذا علي. هو تلميذ أو تلميذة؟‬               ‫هذا حارس. هو تلميذ أو تلميذة؟‬                 ‫هذا محمد فاهم. هو تلميذ أو تلميذة؟‬




               ‫هذه جامسيكه. هي تلميذ أو تلميذة؟‬                      ‫هذه فاطمة. هي تلميذ أو تلميذة؟‬



         Teknik soal jawab ini bertujuan untuk merangsang minda murid dan membantu mereka untuk
membezakan antara kata nama untuk lelaki dengan kata nama untuk perempuan.

         Demikianlah kaedah tematik yang digunakan oleh seperti contoh di atas guru menggunakan
tema      “Kata Nama” (‫ ,)المسم‬kemudian dipelbagaikan kepada kata nama lelaki (‫ )امسم المذكر‬serta kata
nama perempuan (‫.)امسم المؤنث‬




2.2 Kaedah Ajuk Hafaz (Tariqah Al-Mulazamah)


          Kaedah ajuk hafaz ialah memberi peluang kepada pelajar untuk mendengar, memerhati dan
mempraktikkan sesuatu sebutan bahasa. Kaedah ini sekaligus menghimpunkan teori dan praktik.
Kaedah ini secara ringkas mempunyai beberapa ciri antaranya :
          * Memberi ruang kepada para pelajar untuk melihat dan dalam masa
             yang sama dapat mendengar sebutan contoh yang dilakukan oleh guru.
          * Penglibatan pelajar untuk mengikuti dan mengajuk bacaan
             guru setelah mendengar dengan teliti.
          * Pelajar berpeluang untuk mendengar, menyebut kemudian
             menghafal ungkapan tersebut.


           Sebelum pembelajaran bermula, guru terlebih dahulu telah menyusun ungkapan-ungkapan
                                                              7
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'



tersebut untuk diperdengarkan kepada pelajar dengan mengikut pengkelasan yang sesuai supaya
kaedah nahu yang terkandung dalam ungkapan-ungkapan tersebut mudah dikenali pelajar.
           Sebagai contoh, Ismu Al-Isyaroh (‫ )امسم الاشارة‬yang digunakan untuk menunjuk setiap anggotan
badan yang akan di ajar.. Guru memulakan dengan anggota badan yang jumlahnya hanya satu sahaja
sambil memperlihatkan kepada murid-murid gambar setiap anggota tersebut menggunakan tayangan
Power Point. Guru menyebut dengan jelas setiap anggota tersebut satu persatu kemudian meminta
murid mengulangi atau mengajuknya.sambil tunjuk anggota masing-masing sebagai contoh :
           Anggota badan yang jumlahnya satu sahaja :
                        Guru       =     “Haza anfun” (‫)هذا أنف‬
                        Pelajar    =     “Haza anfun” (‫)هذا أنف‬
                        Guru       =     “Haza famun” (‫)هذا فم‬
                        Pelajar    =     “Haza famun” (‫)هذا فم‬
                        Guru       =     “Haza sodrun” (‫)هذا صدر‬
                        Pelajar    =     “Haza sodrun” (‫)هذا صدر‬




       Kemudian guru teruskan lagi dengan anggota badan yang berpasangan iaitu jumlahnya ada dua:
                        Guru      =      “Hazihi ai'nun” (‫)هذه عين‬
                        Pelajar    =     “Hazihi ai'un” (‫)هذه عين‬
                        Guru       =     “Hazihi uzunun” (‫)هذه أذ ن‬
                        Pelajar    =     “Hazihi uzunun” (‫)هذه أذ ن‬
                        Guru       =     “Hazihi yadun” (‫)هذه يد‬
                        Pelajar    =     “Hazihi yadun” (‫)هذه يد‬


       Dengan itu mudahlah guru memberi penerangan kepada para pelajar tentang penggunaan 'haza'
(‫' & )هذ ا‬hazihi' (‫ )هذه‬apabila digunakan untuk menunjuk ke arah anggota badan kita. Kesimpulannua
kaedah ajuk hafaz ini sebenarnya telah menggabungkan beberapa jenis kemahiran berbahasa saperti
berikut:
  Kemahiran mendengar

                                                         8
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'



  Kemahiran bertutur
  Kemahiran menulis
  Pelajar menghafaz
  Guru menyebut pelajar mendengar
  Pelajar mengajuk bacaan guru
  Pelajar menulis ungkapan tersebut
  Pelajar dapat menghafaz setelah dengar, sebut dan tulis.




Teknik mengajar : Teknik Menghafaz & Latih Tubi
       Teknik yang digunakan dalam kaedah ajuk hafaz ini adalah teknik menghafaz dan latih tubi. Ini
dapat membantu guru mengajar nahu Bahasa Arab sebagai contoh mengajar tentang penggunaan Ismu
Al-Isyaroh (‫ )امسم الاشارة‬ketika ingin menunjuk ke arah anggota badan kita.

       Teknik menghafaz ini terbahagi kepada empat langkah seperti berikut :

         Pelajar diminta menumpukan perhatian kepada isi pelajaran yang dipelajari.

         Contohnya : Anggota badan yang jumlahnya satu sahaja =

                              “Haza anfun” (‫“ ;)هذا أنف‬Haza famun” (‫;)هذا فم‬

                              “Haza sodrun” (‫.)هذا صدر‬

              : Anggota badan yang berpasangan/jumlahnya ada dua =
               “Hazihi ai'nun” (‫“ ;)هذه عين‬Hazihi uzunun” (‫;)هذه أذ ن‬
               “Hazihi yadun” (‫.)هذه يد‬




        Pelajar dilatih untuk menyebut isi pelajaran berulang kali sehingga apa

        yang dipelajari itu menjadi sebati dan pelajar tidak teragak-agak untuk

        menyebutnya sebagai contoh meminta pelajar untuk menyebut setiap

        anggota badan yang dipelajari masing-masing sebanyak 3 kali.

       Meminta pelajar mengucapkan isi pelajaran di hadapan guru supaya pelajar lain

        dapat menyemak atau membetulkan kesalahan yang mungkin berlaku.

                                                       9
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'



        Sebagai contoh, guru meminta pelajar datang ke depan untuk menyebut anggota

        badan yang dipelajari sambil tunjuk ke arah anggota masing-masing menggunakan

        kata tunjuk (‫ )امسم الاشارة‬sama ada 'haza' (‫ )هذا‬atau 'hazihi' (‫.)هذه‬

       Mengingatkan isi pelajaran yang dipelajari. Ini merupakan peringkat terakhir

                 dalam proses menghafaz supaya pelajar-pelajar dapat mengecam sama ada

                 menggunakan 'haza' atau hazihi ketika tunjuk ke arah anggota badan yang dipelajari.



     Selain itu, teknik latih tubi juga sesuai diaplikasi dalam kaedah ajuk hafaz untuk mengajar nahu
Bahasa Arab. Teknik ini merupakan pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut serta menjamin kekekalannya.
Teknik latih tubi seperti menyebut perkataan secara berulang kali bagi pelajar aras satu, menyebut ayat
secara berulang kali bagi pelajar aras dua dan membaca ayat berulang kali bagi pelajar aras tiga.
supaya pelajar-pelajar mudah mengingati perbezaan antara kata nama lelaki dengan kata nama
perempuan di atas. Justeru, kaedah ini sesuai digunakan untuk pengajaran nahu mengikut kesesuaian
tajuk yang ingin di ajar dan melihat kepada aras kemampuan pelajar.


2.3 Kaedah atau Teknik Permainan (Tariqah Al-La'bi)


       Kaedah permainan juga boleh diaplikasi dalam pengajaran nahu Bahasa Arab. Kaedah ini
merupakan kaedah yang menarik dan menyeronokkan pelajar. Lazimnya kaedah ini bertujuan
memenuhi masa yang terluang pada akhir masa pembelajaran. Kaedah ini juga sebagai pengukuhan dan
ulangkaji sebelum pelajar menempuh peperiksaan.


       Terdapat beberapa panduan bagi guru untuk melancarkan proses perlaksanaan kaedah ini iaitu :
  Mudah diterangkan
Permainan itu hendaklah mudah difahami pelajar. Guru tidak memakan masa yang lama untuk
menerangkannya kepada pelajar. Guru perlu menetapkan tempoh atau jangka masa yang jelas.
  Mudah dilakukan
Permainan tersebut hendaklah sesuai dengan struktur bilik darjah dan sebaiknya tidak mengubah
banyak kedudukan seperti meja, kerusi dan lain-lain.
                                                       10
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'



  Boleh diubahsuai
Permainan tersebut boleh diubahsuai berdasarkan tahap pencapaian pelajar. Ini bertujuan semua pelajar
dapat melibatkan diri.
  Peralatan yang mudah
Sebaiknya pilih permainan yang mudah dari segi penyediaan bahan, kos yang rendah dan mudah
diperolehi. Adalah lebih baik menggunakan peralatan yang sedia ada di sekolah.
  Memilih waktu yang sesuai
Permainan boleh dijalankan pada permulaan waktu atau penghujung waktu P&P.
       Permainan pada permulaan waktu adalah bertujuan sebagai set induksi atau menarik minat
       pelajar.
       Permainan pada penghujung waktu bertujuan sebagai pengukuhan dan ulang kaji.


       Sebagai contoh, guru memilih permainan memancing kad kalimah untuk mengukuh lagi
kemahiran pelajar menggunakan 'Ismu Al-Isyaroh' (‫ )امسم الاشارة‬bagi 'zalika' (‫ )ذلك‬dan 'tilka' (‫ .)تلك‬Kedua-
duanya untuk tunjuk ke arah objek yang jauh dari kita. Maksud '‫ 'ذلك‬dan '‫ 'تلك‬ialah itu. Permainan ini
dijalankan pada penghujung waktu P&P.




       Permainan yang sesuai untuk mengajar '‫ 'ذلك‬dan '‫ 'تلك‬ialah permainan memancing kad-kad
kalimah.   Pelajar diminta untuk berada dalam kumpulan masing-masing yang telah ditentukan oleh
guru sebelum permainan bermula. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang pelajar. Guru
menyediakan kad-kad kalimah di dalam lima buah kotak untuk setiap kumpulan. Guru meminta pelajar
memancing kad kalimah sehingga terbentuk ayat pendek yang betul. Ayat tersebut mestilah terdiri
daripada ' ‫ ' امسم الاشارة‬sama ada '‫ 'ذلك‬atau '‫ 'تلك‬diikuti dengan peralatan dalam bilik darjah. Daripada

permainan ini, guru boleh menilai sama ada pelajar faham atau tidak tentang penggunaan ' ‫' امسم الاشارة‬

bagi '‫ 'ذلك‬dan '‫ . 'تلك‬Kumpulan yang berjaya memadankan kad kalimah dengan betul iaitu '‫ 'ذلك‬untuk

perkataan yang di akhirnya tiada Ta Marbutoh ( ‫ )ة‬seperti '‫ .''ذلك مكتب; ذلك كرمسي‬Manakala '‫ 'تلك‬pula

digunakan untuk perkataan yang di hujungnya terdapat Ta Marbutoh (‫ )ة‬seperti '‫'تلك مسبورة; تلك نافذة‬

Berikut adalah beberapa ayat pendek tersebut yang mengandungi '‫ ' امسم الاشارة‬bagi '‫ 'ذلك‬dan '‫:'تلك‬




                     ‫مكتب‬                                                   ‫ذلك‬
                                                      11
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'




                     ‫كرمسي‬
                                                                            ‫ذلك‬




                       ‫نافذة‬                                                 ‫تلك‬




                       ‫مسبورة‬                                                 ‫تلك‬




       Selepas tamat permainan tersebut, guru dengan sukacitanya boleh memberikan hadiah kepada
pemenang sebagai galakan dan penghargaan kepada semua pelajar.


       Selain permainan memancing kad-kad kalimah, permainan seperti menjawab teka silang kata
juga boleh menjadi pilihan guru. Kumpulan yang terawal menyiapkannya dianggap sebagai pemenang.
Selalunya peringkat rendah guru menggunakan gambar-gambar yang menarik manakala di peringkat
menengah guru menggunakan ayat pembayang. Dalam permainan-permainan seperti yang disebutkan
tadi, guru berupaya mendedahkan kepada pelajar kemahiran membaca dan melatih pelajar mengecam
kalimah atau ayat sama ada betul atau salah.


2.4 Kaedah Nahu (Tariqah Al-Nahwi)
       Kaedah Nahu atau juga dikenali dengan Kaedah Nahu Terjemahan ini membolehkan pelajar-
pelajar memahami nahu Bahasa Arab dan juga melatih pelajar penulisan dengan menggunakan bahasa

                                                      12
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'



yang betul. Kaedah ini juga membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif
dan sebaliknya seterusnya melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas untuk
digunakan dalam penulisan. Selain itu, ia turut membolehkan pelajar-pelajar membaca dan
menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibunda dan membolehkan mereka
menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca. Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengajar pelajar-
pelajar di peringkat yang tinggi. Berikut adalah beberapa ciri kaedah nahu :

  Kaedah ini bersifat deduktif .
  Kaedah ini lebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan.
  Merupakan kaedah bacaan iaitu jalan mudah untuk penguasaan bahasa.


Teknik Mengajar : Penerangan

     Terlebih dahulu pelajar –pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu. Guru memberi

       penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi contoh.

       Para pelajar hendaklah menghafal undang-undang nahu tersebut. Sebagai contoh undang-

       undang

          nahu Bahasa Arab seperti Tanda-Tanda Fleksi bagi Kata Kerja Fleksi

         (‫.)علمات العراب لفعل المعرب‬

     Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaaraan kata yang perlu dihafal. Dalam pembelajaran nahu

       senarai perbendaharaan ini disertakan dengan makna dalam bahasa ibunda. Sebagai contoh

       pembelajaran nahu Bahasa Arab, perbendaharaan kata yang dipelajari disertakan dengan makna

       dalam Bahasa Malaysia.

     Pelajar-pelajar kemudianya disuruh membina ayat-ayat dengan menggunakan senarai

       perbendaharaan kata itu berdasarrkan undang-undang nahu contohnya nahu Bahasa Arab yang

       dipelajari.

      Dalam pembelajaran bahasa kedua asing pelajar-pelajar juga dikehendaki membuat terjemahan

       ayat-ayat daripada bahasa asing/kedua ke bahasa ibunda atau sebaliknya. Sebagai contoh

      Bahasa Arab diterjemah kepada Bahasa Malaysia.

                                                         13
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'




2.5 Kaedah Membaca (Tariqah Al- Qiraah)

       Kaedah ini sama ada menambahkan kebolehan pelajar-pelajar yang baik dalam bacaan atau
akan mendatangkan kesusahan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kesulitan membaca. Hasil
kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk kualiti. Pelajar-pelajar mungkin
habis membaca sebuah buku tetapi tidak dapat memahami apa yang dibaca. Kaedah ini juga
melahirkan pelajar-pelajar yang dapat membaca buku teks tetapi tidak dapat membaca serta memahami
bahan bacaan lain ataupun menghasilkan pelajar-pelajar yang boleh membaca serta dapat memahami
dan bertutur dalam bahasa yang dipelajari. Tujuan kaedah ini adalah untuk memperkembangkan
kebolehan mereka membaca dan membolehkan pelajar mempelajari bahasa kedua/asing tanpa
terjemahan.

Teknik Mengajar : Pengulangan dan latih tubi

       Guru cuba menggunakan cara yang paling berkesan supaya di akhir P&P itu pelajar dapat

       membaca bersendirian.

       Pelajar-pelajar dilatih menyebut sebutan-sebutan dengan betul dan menggunakan pola-pola

        pertuturan yang mudah.

       Bacaan secara kuat dan senyap dijalankan untuk mereka memahami teks yang dibaca.

       Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang membolehkan pelajar-pelajar

       mengingatkan struktur-struktur dan pembendaharaan kata yang penting pada fahaman teks.

       Pembelajaran tatabahasa hanya didasarkan pada bacaan supaya membolehkan pelajar-pelajar

      mengenali beberapa bentuk kata kerja, kata nama dan lain-lain.Penghasilan struktur-struktur
                                                     14
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'



        ayat secara aktif tidak diutamakan. Sebagai contoh dalam nahu Bahasa Arab pelajar dapat

        mengenal kata nama (Al-Ismu) dan kata kerja (Al-Fi'lu).

        Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan, pelajar-pelajar

        diperkenalkan dengan system bunyi bahasa yang dipelajari. Guru akan memperdengarkannya

        kepada pelajar-pelajar.

        Bila ini sudah tercapai, pelajar-pelajar dikehendaki cuba membaca buku teks, ini diikuti dengan

        latihan lisan dan menjawab soalan.

2.6 Kaedah Terus

        Kaedah ini bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran
bahasa,contohnya mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis. Ia dapat membantu pelajar-pelajar
menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan. Contohnya Bahasa Arab
jika dapat dikuasai mudah bagi pelajar bukan berbangsa Arab untuk berhadapan dengan masyarakat
arab.

Teknik Mengajar : Latih tubi dan Pengulangan

        Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan pelajar-pelajar itu terus dengan bahasa yang

        hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu.

        Sebutan penutur naratif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh pelajar-pelajar.

        Terjemahan tidak digunakan langsung.

        Ia mementingkan pengulangan atau latih-tubi. Seperti yang disebutkan di atas, method ini cuba
        mendekati proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak di mana pengulangan adalah satu
        daripada elemen yang sangat penting. Begitulah hendaknya seseorang yang belajar BA mesti
        mendengar dan berlatih bertutur sekerap yang mungkin. Selama mana pengulangan
        berlangsung, sebanyak itulah kemantapan yang dicapai oleh pelajar.
        Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan dengan cara huraian, lukisan, aksi,

        perkataan seerti, perrkataan berlawan dan lain-lain.

        Ia tidak mengajar kaedah-kaedah nahu dan saraf secara langsung, sebaliknya, melatih pelajar

         memahami ciri-ciri bahasa melalui pemerhatiannya ketika menggunakannya. Kadang-kadang

                                                      15
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'



       kaedah-kaedah nahu yang asas diterangkan secara ringkas, tetapi bukan dalam bentuk suatu

       teori yang mendalam. Tujuannya ialah supaya minda pelajar tidak dikongkong oleh kaedah-

       kaedah nahu/saraf, dimana ini akan melambatkan proses pembelajaran kerana penekanan

       kepada kaedah nahu/saraf secara lansung pada peringkat permulaan biasanya boleh

       menyebabkan pelajar beranggapan bahawa bahasa kedua adalah sukar. Ia juga menimbulkan

       perasaan takut melakukan kesalahan. Belajar melalui kesalahan adalah suatu proses yang tabi'i

       dan bersahaja, tetapi akan meninggalkan kesan yang mendalam. Pelajaran tatabahasa diajar

       secara induktif, pola-pola ayat yang hendak diajar atau dilatihtubi dahulu sehingga pelajar-

       pelajar dapat menguasainya. Undang-undang nahu hanya diajar selepas penguasaan struktur

       ayat. Sebagai contoh, pengajaran nahu Bahasa Arab akan diajar atau diterangkan oleh guru

       selepas pelajar menguasai pola- ayat yang mengandungi undang- undang nahu terebut. Proses

       ini dimulai dengan teknik latih tubi menguasai ayat tersebut barulah disusuli dengan

       penerangan undang-undang nahu tersebut.

      Contohnya Tanda Fleksi bagi Kata Kerja Infleksi (‫ )علمات العراب لفعل المبني‬yang terkandung

           dalam ayat-ayat yang dipelajari.

       Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengann latihan

       lisan yang dibuat.



       Dengan itu, jelas kepada kita bahawa pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan
kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa
pertama/ibunda/natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan bertutur. Pelajar-pelajar pula dihubung
terus dengan bahasa yang hendak diajar dan terjemahan tidak digunakan langsung. Oleh kerana sebutan
yang betul diutamakan, kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi kaedah ini merupakan gabungan
linguistic dengan pengajaran bahasa.


2.7 Kaedah Kod Kognitif
       J. B. Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian
                                                     16
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'



terhadap kaedah nahu terjemahan. Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sitem rumus-
rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistic. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk
abstrak dan bersifat sejagat. Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan kecekapan semula jadi rumus-
rumus bahasa ibundanya dalam jangka masa yang singkat. Kaedah ini mempunyai andaian berikut
terhadap pembelajaran bahasa kedua :

            Ia merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal sesuatu bahasa
            kedua secara sedar.

            Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti pembelajaran ilmu
            pengetahuan .

            Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada kebolehan
            mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna.

            Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada taraf kognitif yang tertentu, maka
            kebolehan untuk menggunakan bahasa akan berkembang secara automatik.

        Ciri-ciri Kaedah Kod Kognitif ini adalah sama dengan ciri pengajaran bahasa melalui kaedah
nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah secara deduktif dan huraian tatabahasa
dibuat berasaskan ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam kontkes penggunaan. Pengajaran bahasa pula
lebih mengutamakan kecekapan bahasa daripada kecekapan berbahasa.



Teknik mengajar : Teknik penerangan

        Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi murid-murid
memahami rumus-rumus tatabahasa. Ayat–ayat pecahan digunakan dan huraian unsur-unsur tatabahasa
pula dibuat secara deduktif. Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaan-perbezaan antara unsur-unsur
tatabahasa sasaran dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan untuk
memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar. Contohnya membandingkan struktur-
struktur ayat yang mengandungi Frasa Kerja (‫ )الجملة الفعلية‬dengan struktur ayat yang mengandungi
Prediket Frasa Kerja ( ‫.)الخبر جملة فعلية‬




        Setelah murid-murid memahami huraian unsur-unsur tatabahasa yang diajar baharulah mereka

                                                        17
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'



diberi latihan peneguhan. Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar,
bertutur, membaca dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan penerangan guru tentang konsep-
konsep yang diajar. Hakikat yang dinyatakan di atas memberi gambaran bahawa kaedah ini
mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam pengajaran bahasa.




RUMUSAN



      Setelah mengakhiri tugasan ini dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan kaedah dan teknik
yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk
membolehkan murid terlibat secara aktif dengan mengambil bahagian sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran tanpa merasa jemu atau bosan . Bagi menarik minat dan penyertaan para pelajar, saya
telah memilih enam kaedah iaitu Kaedah tematik & teknik bersoal jawab; Kaedah ajuk hafaz & teknik
menghafaz dan latih tubi; Kaedah / Teknik Permainan; Kaedah Nahu (Tariqah Al-Nahwi) & teknik
penerangan; Kaedah Membaca & teknik pengulangan dan latih tubi; Kaedah Terus & teknik
pengulangan   dan   latih   tubi   seterusnya     Kaedah      Kod     Kognitif     &    teknik    penerangan.
Pemilihan kaedah dan teknik perlu dilakukan secara berhati-hati supaya guru dapat melaksanakan
preses pembentukan pengajaran dan pembelajaran secara mudah dan berkesan. Cara pembelajaran yang
berlainan menghasilkan kaedah yang berlainan. Kaedah yang berlainan menghasilkan teknik yang
berlainan . Gabungan semua kaedah dan teknik pula akan membentuk strategi pengajaran-pembelajaran
yang digunakan oleh guru untuk mencapai objektif dalam setiap pendekatan mereka sama ada
pendekatan berpusatkan guru, pelajar atau pendekatan berpusatkan bahan Justeru, dalam satu sesi

                                                    18
Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab'



pengajaran dan pembelajaran itu, langkah pemilihan kaedah, strategi, teknik dan pendekatan yang
dipilih adalah penting dan menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai. Sebagai seorang
guru yang mengajar bahasa asing , persediaan amat penting untuk berhadapan dengan pelajar
terutamanya bagaimana untuk melatih mereka berfikir dan bekerjasama atau interaksi dalam bahasa
tersebut.




BIBILIOGRAFI


Ahmad Mohd Salleh (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Methodologi. Selangor: Fajar
            Bakti Sdn.Bhd.


Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II : Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
            Mok Soon Sang, Lee Shok Mee (1991). Pedagogi 3 : Pengajaran dan Persediaan Mengajar,
            Bahagian      A. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.


Mok Soon Sang (1996). Pedagogi 2 : Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman
            Sdn.Bhd.


Zawawi Bin Ismail, Mohd Abdul Nasir Bin Abdul Latif, Wan Nordin Bin Wan Abdullah, Rosni Samah
            (2012). HBAL 1103 : Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. Malaysia : Open University
            Malaysia.




                                                        19

More Related Content

What's hot

Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arabhibatullah92
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahKhairul Anwar
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikfiro HAR
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabMohamad Yusof
 
Contoh rph al quran
Contoh rph al quranContoh rph al quran
Contoh rph al quranKas Wati
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalKaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalHaslin Bahkiar
 
Refleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro PengajaranRefleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro Pengajaranmarziana80
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliFATINATUL HUSNA
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALAlif Akram
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahsiti hajar pauzi
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellfiro HAR
 
EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur
EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan TimurEDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur
EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan TimurPihin Hassanal
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisZafirah Abdullah
 

What's hot (20)

Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Budaya
BudayaBudaya
Budaya
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
 
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam MazhabModel pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
Model pengajaran dan pembelajaran Imam-Imam Mazhab
 
Contoh rph al quran
Contoh rph al quranContoh rph al quran
Contoh rph al quran
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalKaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
 
Mad asli
Mad asliMad asli
Mad asli
 
Refleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro PengajaranRefleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro Pengajaran
 
Pedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazaliPedagogi imam al ghazali
Pedagogi imam al ghazali
 
Kemahiran Menulis
Kemahiran MenulisKemahiran Menulis
Kemahiran Menulis
 
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIALCORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
CORAK PENSEJARAHAN KOLONIAL
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1Kaedah mengajar bahasa arab 1
Kaedah mengajar bahasa arab 1
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewell
 
EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur
EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan TimurEDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur
EDUP3013 Falsafah Pendidikan Islam & Falsafah Pendidikan Timur
 
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi HadisUlum Hadis: Klasifikasi Hadis
Ulum Hadis: Klasifikasi Hadis
 

Viewers also liked

Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabNur Paşa
 
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab ustazah sti eshah salleh...
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab  ustazah sti eshah salleh...Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab  ustazah sti eshah salleh...
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab ustazah sti eshah salleh...Norafsah Awang Kati
 
Contoh folio bahasa arab tahun 4
Contoh folio bahasa arab tahun 4Contoh folio bahasa arab tahun 4
Contoh folio bahasa arab tahun 4Ruslaini Eina
 
Kerja kursus titas ibn khaldun
Kerja kursus titas ibn khaldunKerja kursus titas ibn khaldun
Kerja kursus titas ibn khaldunSuhada Sohot
 
Hadis STAM
Hadis STAMHadis STAM
Hadis STAMlong71
 
1. amalan kreativiti dalam p&p bahasa arab
1. amalan kreativiti dalam p&p bahasa arab1. amalan kreativiti dalam p&p bahasa arab
1. amalan kreativiti dalam p&p bahasa arabAinuddin Arom
 
Pemarkahan kerja kursus adab
Pemarkahan kerja kursus adab Pemarkahan kerja kursus adab
Pemarkahan kerja kursus adab SAMTSSAAS/BPI
 
Contoh penulisan rph bahasa arab 2015 kegunaan negeri johor thn 5 m1 tjk1 ...
Contoh penulisan rph bahasa arab  2015 kegunaan negeri johor thn 5 m1 tjk1   ...Contoh penulisan rph bahasa arab  2015 kegunaan negeri johor thn 5 m1 tjk1   ...
Contoh penulisan rph bahasa arab 2015 kegunaan negeri johor thn 5 m1 tjk1 ...insyirah khairil
 
Refleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makroRefleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makrojoe zulkefli
 
Tugasan refleksi kendiri
Tugasan refleksi kendiriTugasan refleksi kendiri
Tugasan refleksi kendiriHarliza Nordin
 
Khutbah nikah-bahasa-arab
Khutbah nikah-bahasa-arabKhutbah nikah-bahasa-arab
Khutbah nikah-bahasa-arabAbu Zada
 
pj oum tugasan
pj oum tugasanpj oum tugasan
pj oum tugasanmuhammad
 
Pidato perpisahan bahasa arab.
Pidato perpisahan bahasa arab.Pidato perpisahan bahasa arab.
Pidato perpisahan bahasa arab.Dadang Triyanto
 

Viewers also liked (20)

Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa Arab
 
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab ustazah sti eshah salleh...
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab  ustazah sti eshah salleh...Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab  ustazah sti eshah salleh...
Tugasan HBAL 1013 Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab ustazah sti eshah salleh...
 
Contoh folio bahasa arab tahun 4
Contoh folio bahasa arab tahun 4Contoh folio bahasa arab tahun 4
Contoh folio bahasa arab tahun 4
 
REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI
 
Bab 1 iii (arab)
Bab 1 iii (arab)Bab 1 iii (arab)
Bab 1 iii (arab)
 
Folio bahasa arab tahun 5
Folio bahasa arab tahun 5Folio bahasa arab tahun 5
Folio bahasa arab tahun 5
 
Kerja kursus titas ibn khaldun
Kerja kursus titas ibn khaldunKerja kursus titas ibn khaldun
Kerja kursus titas ibn khaldun
 
Kajian Tindakan
Kajian TindakanKajian Tindakan
Kajian Tindakan
 
Hadis STAM
Hadis STAMHadis STAM
Hadis STAM
 
1. amalan kreativiti dalam p&p bahasa arab
1. amalan kreativiti dalam p&p bahasa arab1. amalan kreativiti dalam p&p bahasa arab
1. amalan kreativiti dalam p&p bahasa arab
 
Pemarkahan kerja kursus adab
Pemarkahan kerja kursus adab Pemarkahan kerja kursus adab
Pemarkahan kerja kursus adab
 
Contoh penulisan rph bahasa arab 2015 kegunaan negeri johor thn 5 m1 tjk1 ...
Contoh penulisan rph bahasa arab  2015 kegunaan negeri johor thn 5 m1 tjk1   ...Contoh penulisan rph bahasa arab  2015 kegunaan negeri johor thn 5 m1 tjk1   ...
Contoh penulisan rph bahasa arab 2015 kegunaan negeri johor thn 5 m1 tjk1 ...
 
Refleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makroRefleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makro
 
Tugasan refleksi kendiri
Tugasan refleksi kendiriTugasan refleksi kendiri
Tugasan refleksi kendiri
 
Khutbah nikah-bahasa-arab
Khutbah nikah-bahasa-arabKhutbah nikah-bahasa-arab
Khutbah nikah-bahasa-arab
 
Bab V Penutup
Bab V PenutupBab V Penutup
Bab V Penutup
 
Nama Buah buahan dalam b.arab
Nama Buah buahan  dalam b.arabNama Buah buahan  dalam b.arab
Nama Buah buahan dalam b.arab
 
pj oum tugasan
pj oum tugasanpj oum tugasan
pj oum tugasan
 
HBEF2303 KESIMPULAN
HBEF2303 KESIMPULANHBEF2303 KESIMPULAN
HBEF2303 KESIMPULAN
 
Pidato perpisahan bahasa arab.
Pidato perpisahan bahasa arab.Pidato perpisahan bahasa arab.
Pidato perpisahan bahasa arab.
 

Similar to Tugasan Bahasa Arab HBAL1103

presentasi bahasa arab syalbiah.docx
presentasi bahasa arab syalbiah.docxpresentasi bahasa arab syalbiah.docx
presentasi bahasa arab syalbiah.docxYairusHondro
 
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuKekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuNur Khairi
 
Nota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranNota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranshare with me
 
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...T. Astari
 
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02OwesomePure Collection
 
perkembangan pendidikan islam di malaysia
perkembangan pendidikan islam di malaysiaperkembangan pendidikan islam di malaysia
perkembangan pendidikan islam di malaysiaAbu eL IQram
 
BENGKEL TEKNIK MENGAJAR BAHASA ARAB.pptx
BENGKEL TEKNIK MENGAJAR BAHASA ARAB.pptxBENGKEL TEKNIK MENGAJAR BAHASA ARAB.pptx
BENGKEL TEKNIK MENGAJAR BAHASA ARAB.pptxssuserb6e9f0
 
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Nur Piny
 
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptxMODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptxNoviSusilawati8
 
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. SaufiBME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufiartventure ipkt
 
Strategi dan Media Pembelajaran Bahasa Arab
Strategi dan Media Pembelajaran Bahasa ArabStrategi dan Media Pembelajaran Bahasa Arab
Strategi dan Media Pembelajaran Bahasa ArabSarwo Edi
 
Kuliah 2 p, k, t, s
Kuliah 2   p, k, t, sKuliah 2   p, k, t, s
Kuliah 2 p, k, t, smos az
 

Similar to Tugasan Bahasa Arab HBAL1103 (20)

Pedagogi
PedagogiPedagogi
Pedagogi
 
presentasi bahasa arab syalbiah.docx
presentasi bahasa arab syalbiah.docxpresentasi bahasa arab syalbiah.docx
presentasi bahasa arab syalbiah.docx
 
M 15
M 15M 15
M 15
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayuKekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
Kekuatan dan kelemahan rph bahasa melayu
 
Nota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaranNota kaedahpengajaran
Nota kaedahpengajaran
 
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
 
Kaedah1
Kaedah1Kaedah1
Kaedah1
 
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
Bmm3171 konsepstrategipendekatankaedahdanteknik-130313084308-phpapp02
 
perkembangan pendidikan islam di malaysia
perkembangan pendidikan islam di malaysiaperkembangan pendidikan islam di malaysia
perkembangan pendidikan islam di malaysia
 
BENGKEL TEKNIK MENGAJAR BAHASA ARAB.pptx
BENGKEL TEKNIK MENGAJAR BAHASA ARAB.pptxBENGKEL TEKNIK MENGAJAR BAHASA ARAB.pptx
BENGKEL TEKNIK MENGAJAR BAHASA ARAB.pptx
 
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
 
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptxMODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
 
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. SaufiBME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
BME 3102 Konsep Pendekatan (Kump. Saufi
 
Strategi dan Media Pembelajaran Bahasa Arab
Strategi dan Media Pembelajaran Bahasa ArabStrategi dan Media Pembelajaran Bahasa Arab
Strategi dan Media Pembelajaran Bahasa Arab
 
Kuliah 2 p, k, t, s
Kuliah 2   p, k, t, sKuliah 2   p, k, t, s
Kuliah 2 p, k, t, s
 
Kajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatifKajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatif
 

More from Norafsah Awang Kati

Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)Norafsah Awang Kati
 
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)Norafsah Awang Kati
 
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)Norafsah Awang Kati
 
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)Norafsah Awang Kati
 
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...Norafsah Awang Kati
 
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...Norafsah Awang Kati
 
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...Norafsah Awang Kati
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURFORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURNorafsah Awang Kati
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURFORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURNorafsah Awang Kati
 
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016Norafsah Awang Kati
 
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadirTugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadirNorafsah Awang Kati
 
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadirTugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadirNorafsah Awang Kati
 
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussinTugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussinNorafsah Awang Kati
 
Tugasan maharah kitabah jinang hussien
Tugasan maharah kitabah   jinang hussienTugasan maharah kitabah   jinang hussien
Tugasan maharah kitabah jinang hussienNorafsah Awang Kati
 
Tugasan Maharah Kitabah Jinang Hussien
Tugasan Maharah Kitabah   Jinang HussienTugasan Maharah Kitabah   Jinang Hussien
Tugasan Maharah Kitabah Jinang HussienNorafsah Awang Kati
 
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamNorafsah Awang Kati
 

More from Norafsah Awang Kati (20)

Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th4 2018 (by Norafsah Awang Kati)
 
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th6 2018 (By Norafsah Awang Kati)
 
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
Rpt ba kssr th5 2018 (By Norafsah Awang Kati)
 
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
Latihan Fi'il Mudhori' Bab Haiwan BA Th4 (Norafsah Binti Awang Kati)
 
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
Latihan Susun Ayat,Baris Pendek Panjang, Alhayawanatu, Bahasa Arab TH 4 (Nora...
 
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
Latih tubi bab 2 tahun 6 الأشكال حولنا & latihan avuzarzad (By Norafsah Binti...
 
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
Latih tubi bab 2 tahun 4 ما ألذ الطكعام & latihan avuzarzad (by Norafsah Bint...
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURFORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTURFORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
FORMAT RPH KSSR BA 2016 KEMAHIRAN BERTUTUR
 
FORMAT RPH KSSR BA 2016
FORMAT RPH KSSR BA 2016FORMAT RPH KSSR BA 2016
FORMAT RPH KSSR BA 2016
 
FORMAT RPH KSSR PI 2016
FORMAT RPH KSSR PI 2016FORMAT RPH KSSR PI 2016
FORMAT RPH KSSR PI 2016
 
Kandungan fail rph 2016
Kandungan fail rph 2016Kandungan fail rph 2016
Kandungan fail rph 2016
 
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
Rpt kssr bahasa arab tahun 5 2016
 
Rpt ba tahun 4 kssr 2016
Rpt ba tahun 4 kssr 2016Rpt ba tahun 4 kssr 2016
Rpt ba tahun 4 kssr 2016
 
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadirTugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan man. society & culture abxm1103 mohd jabidi bin abdul kadir
 
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadirTugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
Tugasan ulum al hadith absh 2103 mohd jabidi bin abdul kadir
 
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussinTugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
Tugasan kursus pengajian jawi dan khat hbis 3403 v2 jinang binti setan @ hussin
 
Tugasan maharah kitabah jinang hussien
Tugasan maharah kitabah   jinang hussienTugasan maharah kitabah   jinang hussien
Tugasan maharah kitabah jinang hussien
 
Tugasan Maharah Kitabah Jinang Hussien
Tugasan Maharah Kitabah   Jinang HussienTugasan Maharah Kitabah   Jinang Hussien
Tugasan Maharah Kitabah Jinang Hussien
 
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
 

Tugasan Bahasa Arab HBAL1103

  • 1. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' PENGHARGAAN ‫بسم ال الرحمن الرحيم‬ Al-Hamdulillah, dengan izin dan bantuan Allah (s.w.t.) tugasan yang membincangkan 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab bagi subjek Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 ini dapat dilaksanakan dengan baikdan mendapat sokongan serta bantuan daripada pihak-pihak yang berkenaan. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan dengan ucapan jutaan terima kasih kepada barisan penyelia tugasan ini yang tidak jemu-jemu membimbing dan menunjuk ajar dengan penuh kesabaran atas segala dorongan dan motivasi yang diberikan sehingga tugasan ini dapat disiapkan. Semoga beliau dikurniakan rahmat dan berkat serta memperoleh ganjaran daripada Allah (s.w.t) di dunia dan di akhirat. Jutaan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kajian ini. Akhir kata, kepada Allah ( s.w.t. ) dipohonkan keredaan dan keberkatan atas segala usaha yang kerdil ini, beriring harapan semoga tugasan ini dapat menyumbang dalam dunia ilmu yang tiada sempadan. Sesungguhnya Allah Maha Luas ilmu-Nya. 1
  • 2. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' 1. PENGENALAN Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah bermula dengan guru yang memiliki kemampuan untuk menyampaikan isi pelajaran, lantas untuk memenuhi tuntutan tersebut seorang guru seharusnya mewujudkan pembelajaran yang mampu merangsang minat para pelajar mengikut tahap pemikiran dan kebolehan mereka masing-masing. Guru mestilah memiliki kepakaran dalam menentukan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan aktiviti yang berkesan untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru, dalam tugasan ini perkara utama yang dibincangkan adalah kaedah dan teknik yang berkesan bagi pengajaran nahu Bahasa Arab. Pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai membolehkan isi pelajaran dapat difahami dengan baik, jelas dan mampu mempengaruhi intelek, emosi serta minat pelajar secara berkesan. Kaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang bersistem, tersusun dan spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa pendek. Terdapat beberapa kaedah yang sering diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk pengajaran nahu Bahasa Arab iaitu kaedah tematik, kaedah ajuk hafaz, kaedah semulajadi/terus, kaedah latih tubi, kaedah induktif, kaedah syarahan dan kaedah kuiz. Selain itu, tugasan ini turut membincangkan teknik pengajaran berserta contoh-contoh yang relevan bagi setiap kaedah yang digunakan dalam pengajaran nahu Bahasa Arab. Teknik tersebut merangkumi aktiviti, perlakuan dan kemahiran guru. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan murid terlibat secara aktif dan mengambil bahagian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa merasa jemu dan bosan . 2
  • 3. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' 1.1 PENGERTIAN KAEDAH PENGAJARAN Kaedah mengikut Kamus Dewan (1992) bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Menurut Hasan Langgulung (1981) kaedah itu bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Menurut Abu Saleh (1988) kaedah ialah satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah- langkah yang tersusun kemudian dalam tiap-tiap langkah itu pula mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Beliau beranggapan kaedah mengajar bukanlah tujuan utama pengajaran tetapi ia merupakan wasilah atau satu jalan untuk mencapai objektif pengajaran. Seterusnya menurut Mok Soon Sang (1992) pula kaedah ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah penyampaian yang tersusun. Mengikut Ahmad Mohd Salleh (2008) pula, kaedah merupakan satu perancangan yang bersistematik secara keseluruhan untuk meyampaikan bahan pengajaran. Ianya merupakan satu prosedur melakukan sesuatu berasaskan tanggapan-tanggapan asas yang dibina melalui pendekatan. Sesuatu pendekatan memungkinkan beberapa kaedah . Manakala Ee Ah Meng (1991) mentakrifkan kaedah ialah suatu tindakan guru yang bersistematik serta berturutan untuk mencapai objektif spesifik (objektif jangka pendek sesuatu pelajaran). Berdasarkan pengertian-pengertian kaedah tersebut, jelaslah bahawa kaedah adalah sesuatu siri tindakan yang bersistematik dan tersusun. Manakala kaedah pengajaran adalah langkah-langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan tertentu. Pengajaran pula merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran tertentu. Mok Soon Sang (2006) mentakrifkan pengajaran merupakan sesuatu aktiviti yang meliputi pengajaran guru disertai dengan aktiviti pelajar. 3
  • 4. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' 1.2 PENGERTIAN TEKNIK Mengikut Ee Ah Meng (1991), teknik ialah cara menjalankan pelbagai langkah dalam pengajaran. . . Manakala Azman Wan Chik (1987) pula berpendapat teknik ialah apa yang kita lihat di dalam bilik darjah. Oleh itu, teknik pengajaran boleh ditakrifkan sebagai kemahiran guru dalam mengelolakan dan menjalankan langkah-langkah dalam aktiviti pengajaran. Teknik turut merujuk kepada tingkah laku guru semasa menggunakan sesuatu kaedah pengajaran. Jika guru tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan tercapai. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelbagai teknik boleh digunakan. Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat memahamkan perenan mereka serta merancangkan isi, memilih aktiviti, memilih bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan. Oleh itu, teknik sememangnya satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam bilik darjah. Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Lazimnya, ia bertujuan utuk membolehkan sesuatu objektif pengajaran itu dicapai dengan segera. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelbagai teknik boleh digunakan. Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat memahamkan peranan mereka serta merancang isi, memilih aktiviti , memilih bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan. 4
  • 5. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' 2. KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN NAHU BAHASA ARAB Terdapat beberapa kaedah dan teknik yang wajar diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk pengajaran nahu Bahasa Arab iaitu : Kaedah tematik & teknik bersoal jawab. Kaedah ajuk hafaz & teknik menghafaz dan latih tubi. Kaedah / Teknik Permainan Kaedah Nahu (Tariqah Al-Nahwi) & teknik penerangan Kaedah Membaca & teknik pengulangan dan latih tubi Kaedah Terus & teknik pengulangan dan latih tubi Kaedah Kod Kognitif & Teknik Penerangan ,, kaedah semulajadi/terus, kaedah latih tubi,, kaedah syarahan, kaedah lakonan dan perbualan, kaedah nasyid, kaedah teka-teki dan kaedah kuiz. 2.1 Kaedah Tematik (Tariqah Al-Maudu’iyah) Kaedah tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah berasaskan satu idea besar sebagai tema sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah kecil. Kaedah ini dapat membantu guru memahamkan para pelajar tentang salah satu tajuk yang terkandung dalam nahu Bahasa Arab sebagai contoh perbezaan kata nama lelaki dengan kata nama perempuan. Contohnya, dalam minggu pembelajaran tersebut, tema utama yang dipilih ialah '‫ .'التعارف‬Dalam slot pengajaran itu, guru boleh pelbagaikan lagi kepada pengajaran nahu iaitu '‫'المسم‬ (Kata Nama). Kata Nama pula dipecahkan kepada '‫( 'امسم المذكر‬kata nama perempuan) dan '‫( 'امسم المؤنث‬kata nama lelaki). Antara isi pelajaran yang di ajar adalah : ‫أنا معلم‬ ‫أنا معلمة‬ ‫هو تلميذ‬ ‫هي تلميذة‬ 5
  • 6. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' Kata nama lelaki (‫ ) امسم المذكر‬contohnya (‫ / تلميذ‬tilmizun) yang bermaksud murid lelaki; dan kata nama perempuan (‫ ) امسم المؤنث‬contohnya (‫ / تلميذ ة‬tilmizatun) yang bermaksud murid perempuan. Melalui kaedah ini, pelajar mudah mengecam perbezaan yang wujud antara kata nama lelaki dan kata nama perempuan. Perbezaan tersebut ialah di akhir kata nama perempuan wujud huruf ta marbutoh (‫ .)ة‬Para pelajar berjaya memahami bahawa huruf ta marbutoh (‫ )ة‬pada akhir kata nama tersebut menandakan ia adalah kata nama untuk perempuan (‫ .)علمة امسم المؤنث‬Guru boleh menggunakan gambar yang menarik, kad imbasan dan juga memaparkan Power Point untuk setiap isi pelajaran tersebut. Teknik mengajar : Bersoal jawab Teknik yang sesuai bagi kaedah tematik di atas ialah teknik bersoal jawab iaitu teknik paling popular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah. Guru-guru memilih teknik ini bukan kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang paling berupaya mewujudkan interaksi berkesan di dalam bilik darjah. Di samping itu, ia menjadi medium yang efektif untuk mengesan pemahaman pelajar tentang isi pelajaran yang disampaikan. Sebagai contoh, untuk tema “Tak Kenal Maka Tak Cinta” tanda yang tekandung dalam kata nama lelaki dan kata nama perempuan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan dan pelajar memberi tindak balas sewajarnya. Sebagai contoh : Sambil menunjuk ke arah seorang pelajar lelaki guru mengatakan "‫."هذا أحمد. هو تلميذ‬ Kemudian guru menunjuk ke arah pelajar perempuan lalu berkata“ ‫.”هذه جميلة. هي تلميذة‬ Guru mengulangi kata-kata tersebut kepada pelajar yang bernama Andy Erec, Chin Vui Fung, Muhammad Zaqwan & Nur Cahaya. Selepas itu, barulah guru mengajukan soalan seterusnya kepada pelajar-pelajar secara kelas, kumpulan dan diikuti dengan individu. Selepas pelajar-pelajar menjawab soalan itu, guru boleh beralih kepada soalan seterusnya iaitu "‫هذا‬ ‫."عيد الخالد. هي تلميذ أو تلميذة؟‬ 6
  • 7. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' Setelah pelajar-pelajar menjawabnya, guru beralih lagi kepada soalan seterusnya. Teknik ini dijalankan secara berulang-ulang. Antara soalan seterusnya: ‫هذا علي. هو تلميذ أو تلميذة؟‬ ‫هذا حارس. هو تلميذ أو تلميذة؟‬ ‫هذا محمد فاهم. هو تلميذ أو تلميذة؟‬ ‫هذه جامسيكه. هي تلميذ أو تلميذة؟‬ ‫هذه فاطمة. هي تلميذ أو تلميذة؟‬ Teknik soal jawab ini bertujuan untuk merangsang minda murid dan membantu mereka untuk membezakan antara kata nama untuk lelaki dengan kata nama untuk perempuan. Demikianlah kaedah tematik yang digunakan oleh seperti contoh di atas guru menggunakan tema “Kata Nama” (‫ ,)المسم‬kemudian dipelbagaikan kepada kata nama lelaki (‫ )امسم المذكر‬serta kata nama perempuan (‫.)امسم المؤنث‬ 2.2 Kaedah Ajuk Hafaz (Tariqah Al-Mulazamah) Kaedah ajuk hafaz ialah memberi peluang kepada pelajar untuk mendengar, memerhati dan mempraktikkan sesuatu sebutan bahasa. Kaedah ini sekaligus menghimpunkan teori dan praktik. Kaedah ini secara ringkas mempunyai beberapa ciri antaranya : * Memberi ruang kepada para pelajar untuk melihat dan dalam masa yang sama dapat mendengar sebutan contoh yang dilakukan oleh guru. * Penglibatan pelajar untuk mengikuti dan mengajuk bacaan guru setelah mendengar dengan teliti. * Pelajar berpeluang untuk mendengar, menyebut kemudian menghafal ungkapan tersebut. Sebelum pembelajaran bermula, guru terlebih dahulu telah menyusun ungkapan-ungkapan 7
  • 8. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' tersebut untuk diperdengarkan kepada pelajar dengan mengikut pengkelasan yang sesuai supaya kaedah nahu yang terkandung dalam ungkapan-ungkapan tersebut mudah dikenali pelajar. Sebagai contoh, Ismu Al-Isyaroh (‫ )امسم الاشارة‬yang digunakan untuk menunjuk setiap anggotan badan yang akan di ajar.. Guru memulakan dengan anggota badan yang jumlahnya hanya satu sahaja sambil memperlihatkan kepada murid-murid gambar setiap anggota tersebut menggunakan tayangan Power Point. Guru menyebut dengan jelas setiap anggota tersebut satu persatu kemudian meminta murid mengulangi atau mengajuknya.sambil tunjuk anggota masing-masing sebagai contoh : Anggota badan yang jumlahnya satu sahaja : Guru = “Haza anfun” (‫)هذا أنف‬ Pelajar = “Haza anfun” (‫)هذا أنف‬ Guru = “Haza famun” (‫)هذا فم‬ Pelajar = “Haza famun” (‫)هذا فم‬ Guru = “Haza sodrun” (‫)هذا صدر‬ Pelajar = “Haza sodrun” (‫)هذا صدر‬ Kemudian guru teruskan lagi dengan anggota badan yang berpasangan iaitu jumlahnya ada dua: Guru = “Hazihi ai'nun” (‫)هذه عين‬ Pelajar = “Hazihi ai'un” (‫)هذه عين‬ Guru = “Hazihi uzunun” (‫)هذه أذ ن‬ Pelajar = “Hazihi uzunun” (‫)هذه أذ ن‬ Guru = “Hazihi yadun” (‫)هذه يد‬ Pelajar = “Hazihi yadun” (‫)هذه يد‬ Dengan itu mudahlah guru memberi penerangan kepada para pelajar tentang penggunaan 'haza' (‫' & )هذ ا‬hazihi' (‫ )هذه‬apabila digunakan untuk menunjuk ke arah anggota badan kita. Kesimpulannua kaedah ajuk hafaz ini sebenarnya telah menggabungkan beberapa jenis kemahiran berbahasa saperti berikut: Kemahiran mendengar 8
  • 9. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' Kemahiran bertutur Kemahiran menulis Pelajar menghafaz Guru menyebut pelajar mendengar Pelajar mengajuk bacaan guru Pelajar menulis ungkapan tersebut Pelajar dapat menghafaz setelah dengar, sebut dan tulis. Teknik mengajar : Teknik Menghafaz & Latih Tubi Teknik yang digunakan dalam kaedah ajuk hafaz ini adalah teknik menghafaz dan latih tubi. Ini dapat membantu guru mengajar nahu Bahasa Arab sebagai contoh mengajar tentang penggunaan Ismu Al-Isyaroh (‫ )امسم الاشارة‬ketika ingin menunjuk ke arah anggota badan kita. Teknik menghafaz ini terbahagi kepada empat langkah seperti berikut : Pelajar diminta menumpukan perhatian kepada isi pelajaran yang dipelajari. Contohnya : Anggota badan yang jumlahnya satu sahaja = “Haza anfun” (‫“ ;)هذا أنف‬Haza famun” (‫;)هذا فم‬ “Haza sodrun” (‫.)هذا صدر‬ : Anggota badan yang berpasangan/jumlahnya ada dua = “Hazihi ai'nun” (‫“ ;)هذه عين‬Hazihi uzunun” (‫;)هذه أذ ن‬ “Hazihi yadun” (‫.)هذه يد‬ Pelajar dilatih untuk menyebut isi pelajaran berulang kali sehingga apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan pelajar tidak teragak-agak untuk menyebutnya sebagai contoh meminta pelajar untuk menyebut setiap anggota badan yang dipelajari masing-masing sebanyak 3 kali. Meminta pelajar mengucapkan isi pelajaran di hadapan guru supaya pelajar lain dapat menyemak atau membetulkan kesalahan yang mungkin berlaku. 9
  • 10. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' Sebagai contoh, guru meminta pelajar datang ke depan untuk menyebut anggota badan yang dipelajari sambil tunjuk ke arah anggota masing-masing menggunakan kata tunjuk (‫ )امسم الاشارة‬sama ada 'haza' (‫ )هذا‬atau 'hazihi' (‫.)هذه‬ Mengingatkan isi pelajaran yang dipelajari. Ini merupakan peringkat terakhir dalam proses menghafaz supaya pelajar-pelajar dapat mengecam sama ada menggunakan 'haza' atau hazihi ketika tunjuk ke arah anggota badan yang dipelajari. Selain itu, teknik latih tubi juga sesuai diaplikasi dalam kaedah ajuk hafaz untuk mengajar nahu Bahasa Arab. Teknik ini merupakan pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut serta menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi seperti menyebut perkataan secara berulang kali bagi pelajar aras satu, menyebut ayat secara berulang kali bagi pelajar aras dua dan membaca ayat berulang kali bagi pelajar aras tiga. supaya pelajar-pelajar mudah mengingati perbezaan antara kata nama lelaki dengan kata nama perempuan di atas. Justeru, kaedah ini sesuai digunakan untuk pengajaran nahu mengikut kesesuaian tajuk yang ingin di ajar dan melihat kepada aras kemampuan pelajar. 2.3 Kaedah atau Teknik Permainan (Tariqah Al-La'bi) Kaedah permainan juga boleh diaplikasi dalam pengajaran nahu Bahasa Arab. Kaedah ini merupakan kaedah yang menarik dan menyeronokkan pelajar. Lazimnya kaedah ini bertujuan memenuhi masa yang terluang pada akhir masa pembelajaran. Kaedah ini juga sebagai pengukuhan dan ulangkaji sebelum pelajar menempuh peperiksaan. Terdapat beberapa panduan bagi guru untuk melancarkan proses perlaksanaan kaedah ini iaitu : Mudah diterangkan Permainan itu hendaklah mudah difahami pelajar. Guru tidak memakan masa yang lama untuk menerangkannya kepada pelajar. Guru perlu menetapkan tempoh atau jangka masa yang jelas. Mudah dilakukan Permainan tersebut hendaklah sesuai dengan struktur bilik darjah dan sebaiknya tidak mengubah banyak kedudukan seperti meja, kerusi dan lain-lain. 10
  • 11. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' Boleh diubahsuai Permainan tersebut boleh diubahsuai berdasarkan tahap pencapaian pelajar. Ini bertujuan semua pelajar dapat melibatkan diri. Peralatan yang mudah Sebaiknya pilih permainan yang mudah dari segi penyediaan bahan, kos yang rendah dan mudah diperolehi. Adalah lebih baik menggunakan peralatan yang sedia ada di sekolah. Memilih waktu yang sesuai Permainan boleh dijalankan pada permulaan waktu atau penghujung waktu P&P. Permainan pada permulaan waktu adalah bertujuan sebagai set induksi atau menarik minat pelajar. Permainan pada penghujung waktu bertujuan sebagai pengukuhan dan ulang kaji. Sebagai contoh, guru memilih permainan memancing kad kalimah untuk mengukuh lagi kemahiran pelajar menggunakan 'Ismu Al-Isyaroh' (‫ )امسم الاشارة‬bagi 'zalika' (‫ )ذلك‬dan 'tilka' (‫ .)تلك‬Kedua- duanya untuk tunjuk ke arah objek yang jauh dari kita. Maksud '‫ 'ذلك‬dan '‫ 'تلك‬ialah itu. Permainan ini dijalankan pada penghujung waktu P&P. Permainan yang sesuai untuk mengajar '‫ 'ذلك‬dan '‫ 'تلك‬ialah permainan memancing kad-kad kalimah. Pelajar diminta untuk berada dalam kumpulan masing-masing yang telah ditentukan oleh guru sebelum permainan bermula. Setiap kumpulan terdiri daripada lima orang pelajar. Guru menyediakan kad-kad kalimah di dalam lima buah kotak untuk setiap kumpulan. Guru meminta pelajar memancing kad kalimah sehingga terbentuk ayat pendek yang betul. Ayat tersebut mestilah terdiri daripada ' ‫ ' امسم الاشارة‬sama ada '‫ 'ذلك‬atau '‫ 'تلك‬diikuti dengan peralatan dalam bilik darjah. Daripada permainan ini, guru boleh menilai sama ada pelajar faham atau tidak tentang penggunaan ' ‫' امسم الاشارة‬ bagi '‫ 'ذلك‬dan '‫ . 'تلك‬Kumpulan yang berjaya memadankan kad kalimah dengan betul iaitu '‫ 'ذلك‬untuk perkataan yang di akhirnya tiada Ta Marbutoh ( ‫ )ة‬seperti '‫ .''ذلك مكتب; ذلك كرمسي‬Manakala '‫ 'تلك‬pula digunakan untuk perkataan yang di hujungnya terdapat Ta Marbutoh (‫ )ة‬seperti '‫'تلك مسبورة; تلك نافذة‬ Berikut adalah beberapa ayat pendek tersebut yang mengandungi '‫ ' امسم الاشارة‬bagi '‫ 'ذلك‬dan '‫:'تلك‬ ‫مكتب‬ ‫ذلك‬ 11
  • 12. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' ‫كرمسي‬ ‫ذلك‬ ‫نافذة‬ ‫تلك‬ ‫مسبورة‬ ‫تلك‬ Selepas tamat permainan tersebut, guru dengan sukacitanya boleh memberikan hadiah kepada pemenang sebagai galakan dan penghargaan kepada semua pelajar. Selain permainan memancing kad-kad kalimah, permainan seperti menjawab teka silang kata juga boleh menjadi pilihan guru. Kumpulan yang terawal menyiapkannya dianggap sebagai pemenang. Selalunya peringkat rendah guru menggunakan gambar-gambar yang menarik manakala di peringkat menengah guru menggunakan ayat pembayang. Dalam permainan-permainan seperti yang disebutkan tadi, guru berupaya mendedahkan kepada pelajar kemahiran membaca dan melatih pelajar mengecam kalimah atau ayat sama ada betul atau salah. 2.4 Kaedah Nahu (Tariqah Al-Nahwi) Kaedah Nahu atau juga dikenali dengan Kaedah Nahu Terjemahan ini membolehkan pelajar- pelajar memahami nahu Bahasa Arab dan juga melatih pelajar penulisan dengan menggunakan bahasa 12
  • 13. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' yang betul. Kaedah ini juga membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya seterusnya melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas untuk digunakan dalam penulisan. Selain itu, ia turut membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibunda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca. Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengajar pelajar- pelajar di peringkat yang tinggi. Berikut adalah beberapa ciri kaedah nahu : Kaedah ini bersifat deduktif . Kaedah ini lebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan. Merupakan kaedah bacaan iaitu jalan mudah untuk penguasaan bahasa. Teknik Mengajar : Penerangan Terlebih dahulu pelajar –pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu. Guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi contoh. Para pelajar hendaklah menghafal undang-undang nahu tersebut. Sebagai contoh undang- undang nahu Bahasa Arab seperti Tanda-Tanda Fleksi bagi Kata Kerja Fleksi (‫.)علمات العراب لفعل المعرب‬ Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaaraan kata yang perlu dihafal. Dalam pembelajaran nahu senarai perbendaharaan ini disertakan dengan makna dalam bahasa ibunda. Sebagai contoh pembelajaran nahu Bahasa Arab, perbendaharaan kata yang dipelajari disertakan dengan makna dalam Bahasa Malaysia. Pelajar-pelajar kemudianya disuruh membina ayat-ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarrkan undang-undang nahu contohnya nahu Bahasa Arab yang dipelajari. Dalam pembelajaran bahasa kedua asing pelajar-pelajar juga dikehendaki membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa asing/kedua ke bahasa ibunda atau sebaliknya. Sebagai contoh Bahasa Arab diterjemah kepada Bahasa Malaysia. 13
  • 14. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' 2.5 Kaedah Membaca (Tariqah Al- Qiraah) Kaedah ini sama ada menambahkan kebolehan pelajar-pelajar yang baik dalam bacaan atau akan mendatangkan kesusahan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kesulitan membaca. Hasil kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk kualiti. Pelajar-pelajar mungkin habis membaca sebuah buku tetapi tidak dapat memahami apa yang dibaca. Kaedah ini juga melahirkan pelajar-pelajar yang dapat membaca buku teks tetapi tidak dapat membaca serta memahami bahan bacaan lain ataupun menghasilkan pelajar-pelajar yang boleh membaca serta dapat memahami dan bertutur dalam bahasa yang dipelajari. Tujuan kaedah ini adalah untuk memperkembangkan kebolehan mereka membaca dan membolehkan pelajar mempelajari bahasa kedua/asing tanpa terjemahan. Teknik Mengajar : Pengulangan dan latih tubi Guru cuba menggunakan cara yang paling berkesan supaya di akhir P&P itu pelajar dapat membaca bersendirian. Pelajar-pelajar dilatih menyebut sebutan-sebutan dengan betul dan menggunakan pola-pola pertuturan yang mudah. Bacaan secara kuat dan senyap dijalankan untuk mereka memahami teks yang dibaca. Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang membolehkan pelajar-pelajar mengingatkan struktur-struktur dan pembendaharaan kata yang penting pada fahaman teks. Pembelajaran tatabahasa hanya didasarkan pada bacaan supaya membolehkan pelajar-pelajar mengenali beberapa bentuk kata kerja, kata nama dan lain-lain.Penghasilan struktur-struktur 14
  • 15. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' ayat secara aktif tidak diutamakan. Sebagai contoh dalam nahu Bahasa Arab pelajar dapat mengenal kata nama (Al-Ismu) dan kata kerja (Al-Fi'lu). Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan, pelajar-pelajar diperkenalkan dengan system bunyi bahasa yang dipelajari. Guru akan memperdengarkannya kepada pelajar-pelajar. Bila ini sudah tercapai, pelajar-pelajar dikehendaki cuba membaca buku teks, ini diikuti dengan latihan lisan dan menjawab soalan. 2.6 Kaedah Terus Kaedah ini bertujuan untuk membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran bahasa,contohnya mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis. Ia dapat membantu pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan. Contohnya Bahasa Arab jika dapat dikuasai mudah bagi pelajar bukan berbangsa Arab untuk berhadapan dengan masyarakat arab. Teknik Mengajar : Latih tubi dan Pengulangan Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan pelajar-pelajar itu terus dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu. Sebutan penutur naratif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh pelajar-pelajar. Terjemahan tidak digunakan langsung. Ia mementingkan pengulangan atau latih-tubi. Seperti yang disebutkan di atas, method ini cuba mendekati proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak di mana pengulangan adalah satu daripada elemen yang sangat penting. Begitulah hendaknya seseorang yang belajar BA mesti mendengar dan berlatih bertutur sekerap yang mungkin. Selama mana pengulangan berlangsung, sebanyak itulah kemantapan yang dicapai oleh pelajar. Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti, perrkataan berlawan dan lain-lain. Ia tidak mengajar kaedah-kaedah nahu dan saraf secara langsung, sebaliknya, melatih pelajar memahami ciri-ciri bahasa melalui pemerhatiannya ketika menggunakannya. Kadang-kadang 15
  • 16. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' kaedah-kaedah nahu yang asas diterangkan secara ringkas, tetapi bukan dalam bentuk suatu teori yang mendalam. Tujuannya ialah supaya minda pelajar tidak dikongkong oleh kaedah- kaedah nahu/saraf, dimana ini akan melambatkan proses pembelajaran kerana penekanan kepada kaedah nahu/saraf secara lansung pada peringkat permulaan biasanya boleh menyebabkan pelajar beranggapan bahawa bahasa kedua adalah sukar. Ia juga menimbulkan perasaan takut melakukan kesalahan. Belajar melalui kesalahan adalah suatu proses yang tabi'i dan bersahaja, tetapi akan meninggalkan kesan yang mendalam. Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif, pola-pola ayat yang hendak diajar atau dilatihtubi dahulu sehingga pelajar- pelajar dapat menguasainya. Undang-undang nahu hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat. Sebagai contoh, pengajaran nahu Bahasa Arab akan diajar atau diterangkan oleh guru selepas pelajar menguasai pola- ayat yang mengandungi undang- undang nahu terebut. Proses ini dimulai dengan teknik latih tubi menguasai ayat tersebut barulah disusuli dengan penerangan undang-undang nahu tersebut. Contohnya Tanda Fleksi bagi Kata Kerja Infleksi (‫ )علمات العراب لفعل المبني‬yang terkandung dalam ayat-ayat yang dipelajari. Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengann latihan lisan yang dibuat. Dengan itu, jelas kepada kita bahawa pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama/ibunda/natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan bertutur. Pelajar-pelajar pula dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar dan terjemahan tidak digunakan langsung. Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi kaedah ini merupakan gabungan linguistic dengan pengajaran bahasa. 2.7 Kaedah Kod Kognitif J. B. Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian 16
  • 17. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' terhadap kaedah nahu terjemahan. Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sitem rumus- rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistic. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat sejagat. Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan kecekapan semula jadi rumus- rumus bahasa ibundanya dalam jangka masa yang singkat. Kaedah ini mempunyai andaian berikut terhadap pembelajaran bahasa kedua : Ia merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal sesuatu bahasa kedua secara sedar. Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti pembelajaran ilmu pengetahuan . Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna. Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada taraf kognitif yang tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan bahasa akan berkembang secara automatik. Ciri-ciri Kaedah Kod Kognitif ini adalah sama dengan ciri pengajaran bahasa melalui kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah secara deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam kontkes penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih mengutamakan kecekapan bahasa daripada kecekapan berbahasa. Teknik mengajar : Teknik penerangan Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi murid-murid memahami rumus-rumus tatabahasa. Ayat–ayat pecahan digunakan dan huraian unsur-unsur tatabahasa pula dibuat secara deduktif. Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaan-perbezaan antara unsur-unsur tatabahasa sasaran dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan untuk memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar. Contohnya membandingkan struktur- struktur ayat yang mengandungi Frasa Kerja (‫ )الجملة الفعلية‬dengan struktur ayat yang mengandungi Prediket Frasa Kerja ( ‫.)الخبر جملة فعلية‬ Setelah murid-murid memahami huraian unsur-unsur tatabahasa yang diajar baharulah mereka 17
  • 18. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' diberi latihan peneguhan. Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan penerangan guru tentang konsep- konsep yang diajar. Hakikat yang dinyatakan di atas memberi gambaran bahawa kaedah ini mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam pengajaran bahasa. RUMUSAN Setelah mengakhiri tugasan ini dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan murid terlibat secara aktif dengan mengambil bahagian sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran tanpa merasa jemu atau bosan . Bagi menarik minat dan penyertaan para pelajar, saya telah memilih enam kaedah iaitu Kaedah tematik & teknik bersoal jawab; Kaedah ajuk hafaz & teknik menghafaz dan latih tubi; Kaedah / Teknik Permainan; Kaedah Nahu (Tariqah Al-Nahwi) & teknik penerangan; Kaedah Membaca & teknik pengulangan dan latih tubi; Kaedah Terus & teknik pengulangan dan latih tubi seterusnya Kaedah Kod Kognitif & teknik penerangan. Pemilihan kaedah dan teknik perlu dilakukan secara berhati-hati supaya guru dapat melaksanakan preses pembentukan pengajaran dan pembelajaran secara mudah dan berkesan. Cara pembelajaran yang berlainan menghasilkan kaedah yang berlainan. Kaedah yang berlainan menghasilkan teknik yang berlainan . Gabungan semua kaedah dan teknik pula akan membentuk strategi pengajaran-pembelajaran yang digunakan oleh guru untuk mencapai objektif dalam setiap pendekatan mereka sama ada pendekatan berpusatkan guru, pelajar atau pendekatan berpusatkan bahan Justeru, dalam satu sesi 18
  • 19. Tugasan Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab HBAL1103 'Kaedah & Teknik Pengajaran Nahu Bahasa Arab' pengajaran dan pembelajaran itu, langkah pemilihan kaedah, strategi, teknik dan pendekatan yang dipilih adalah penting dan menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai. Sebagai seorang guru yang mengajar bahasa asing , persediaan amat penting untuk berhadapan dengan pelajar terutamanya bagaimana untuk melatih mereka berfikir dan bekerjasama atau interaksi dalam bahasa tersebut. BIBILIOGRAFI Ahmad Mohd Salleh (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Methodologi. Selangor: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Ee Ah Meng (1997). Pedagogi II : Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mok Soon Sang, Lee Shok Mee (1991). Pedagogi 3 : Pengajaran dan Persediaan Mengajar, Bahagian A. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mok Soon Sang (1996). Pedagogi 2 : Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Zawawi Bin Ismail, Mohd Abdul Nasir Bin Abdul Latif, Wan Nordin Bin Wan Abdullah, Rosni Samah (2012). HBAL 1103 : Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. Malaysia : Open University Malaysia. 19