"Bagaimana Mengunakan Pendedahan Diet Wanita Jepun Sebagai Diet Harian Yang Seimbang Bagi Membakar Lemak Anda Dengan Cepat!"
Pendedahan Diet Wanita Jepun.
Pada kali ini saya nak ‘share’ dengan anda semua hasil tulisan perunding pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese Women Don't Get Old or Fat, menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita negara matahari terbit itu yang muda bertenaga.
Dia bukanlah pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan rumah cara Jepun. Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis makanan disediakan di rumah.
Membesar di Tokyo dan kini tinggal di New York, Amerika Syarikat, Naomi pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kilogram dengan ketinggian hanya 150 sentimeter ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan Amerika.
Dia dan suaminya kini bertukar kepada cara makan tradisional Jepun. Lebih langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar sebagai tujuh rahsia dapur Tokyo.
Rahsia pertama, makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Kedua, sajian makanan adalah kecil. Ketiga, sup miso menjadi sajian sarapanutama.
Keempat, memasak secara sederhana. Kelima, nasi menggantikan roti. Keenam, hanya jamah makanan pencuci mulut.
Ketujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan apa saja yang digemari dalam jumlah sedikit.
Naomi mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya kerana lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang. Mereka juga banyak berjalan iaitu mereka mengambil peluang untuk berjalan ke mana saja.
"Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan dalam saiz yang memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas diet yang menyihatkan, hanya makan lebih ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan serta tambah beberapa pilihan menyihatkan seperti taufu dan nasi," kata Naomi.
Menurutnya, cara hidup dan diet itu juga membuatkanmasyarakat Jepun baik lelaki atau wanita, hidup lebih lama dan sihat.
Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat wanita dan lelaki Jepun adalah 86 serta 79 tahun berbanding warga Amerika, 80 tahun (wanita) dan 75 tahun (lelaki).
Selain itu, masyarakat Jepun mencatatkan kadar obesiti paling rendah di kalangan negara maju iaitu kira-kira tiga peratus berbanding 11 peratus untuk Perancis dan 32 peratus Amerika.
"Mungkin ramai yang kata ia sebahagian daripada genetik kami, tetapi apabila orang Jepun mula mengamalkan cara pemakanan Barat, mereka cepat mengalami pertambahan berat badan," kata Naomi sambil menambah petua, seseorang itu harus makan dengan mata.
Menurutnya, keajaiban makan cara Jepun adalah keseimbangan yang menyihatkan dari segi inti makanan serta menyajikan makanan lazat yang rendah kalori.
1. http://bagaimana-cara-cara.blogspot.com
“Setiap Bagaimana Ada Cara Penyelesaiannya!”
"Bagaimana Mengunakan Pendedahan Diet
Wanita Jepun Sebagai Diet Harian Yang
Seimbang Bagi Membakar Lemak Anda
Dengan Cepat!"
Pendedahan Diet Wanita Jepun.
Pada kali ini saya nak ‘share’ dengan anda semua hasil tulisan perunding
pemasaran kelahiran Jepun, Naomi Moriyama menerusi bukunya berjudul Japanese
Women Don't Get Old or Fat, menyelongkar petua di sebalik gaya hidup wanita
negara matahari terbit itu yang muda bertenaga.
Dia bukanlah pengamal diet, tetapi rahsianya mudah saja, menikmati masakan
rumah cara Jepun. Dia juga yakin jangka hayat hidup yang panjang dan kadar
obesiti yang rendah di kalangan masyarakat Jepun banyak berkait dengan jenis
makanan disediakan di rumah.
Membesar di Tokyo dan kini tinggal di New York, Amerika Syarikat, Naomi
pernah mengalami pertambahan berat lebih 10 kilogram dengan ketinggian hanya
150 sentimeter ketika menuntut di kolej kerana banyak menikmati makanan
Amerika.
Dia dan suaminya kini bertukar kepada cara makan tradisional Jepun. Lebih
langsing dan bertenaga, dia berkongsi strategi pemakanannya yang digelar sebagai
tujuh rahsia dapur Tokyo.
Rahsia pertama, makanan yang menjadi keutamaan termasuk ikan, soya, nasi,
sayur-sayuran dan buah-buahan. Kedua, sajian makanan adalah kecil. Ketiga, sup
miso menjadi sajian sarapanutama.
Keempat, memasak secara sederhana. Kelima, nasi menggantikan roti. Keenam,
hanya jamah makanan pencuci mulut.
Ketujuh, wanita Jepun lazimnya tidak mengamalkan diet sebaliknya hanya makan
apa saja yang digemari dalam jumlah sedikit.
2. http://bagaimana-cara-cara.blogspot.com
“Setiap Bagaimana Ada Cara Penyelesaiannya!”
Naomi mengakui masyarakat Jepun juga tidak makan hingga kenyang sepenuhnya
kerana lazimnya mereka makan hingga 80 peratus kenyang. Mereka juga banyak
berjalan iaitu mereka mengambil peluang untuk berjalan ke mana saja.
"Makanan Jepun memberi tumpuan terhadap tenaga makanan yang dihasilkan
dalam saiz yang memuaskan. Tidak perlu masak cara Jepun untuk menikmati asas
diet yang menyihatkan, hanya makan lebih ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan
serta tambah beberapa pilihan menyihatkan seperti taufu dan nasi," kata Naomi.
Menurutnya, cara hidup dan diet itu juga membuatkanmasyarakat Jepun baik lelaki
atau wanita, hidup lebih lama dan sihat.
Berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jangka hayat wanita
dan lelaki Jepun adalah 86 serta 79 tahun berbanding warga Amerika, 80 tahun
(wanita) dan 75 tahun (lelaki).
Selain itu, masyarakat Jepun mencatatkan kadar obesiti paling rendah di kalangan
negara maju iaitu kira-kira tiga peratus berbanding 11 peratus untuk Perancis dan
32 peratus Amerika.
"Mungkin ramai yang kata ia sebahagian daripada genetik kami, tetapi apabila
orang Jepun mula mengamalkan cara pemakanan Barat, mereka cepat mengalami
pertambahan berat badan," kata Naomi sambil menambah petua, seseorang itu
harus makan dengan mata.
Menurutnya, keajaiban makan cara Jepun adalah keseimbangan yang menyihatkan
dari segi inti makanan serta menyajikan makanan lazat yang rendah kalori. Di
3. http://bagaimana-cara-cara.blogspot.com
“Setiap Bagaimana Ada Cara Penyelesaiannya!”
samping itu, makanan harus disajikan cantik menerusi jumlahnya yang kecil dalam
pinggan kecil molek.
"Menerusi cara itu, ia menggalakkan seseorang untuk'makan dengan mata' dengan
menikmati keindahan makanan. Hasilnya, kita akan makan denganperlahan untuk
menikmati setiap gigitan.
"Ini juga bermaksud, seseorang itu akan makan dalamjumlah yang sedikit kerana ia
memberikan masa kepada otak untuk sedar bahawa tubuh kita sudah kenyang,"
katanya.
Menurutnya, secara purata masyarakat Jepun makan kira-kira 25 peratus kurang
kalori setiap hari berbanding warga Amerika.
Makan hanya lapan peratus kurang daripada jumlah kalori setiap hari sambil
meningkatkan aktiviti fizikal secara sederhana, mungkin memadai untuk
menggalakkan usia yang lebih panjang, menurut penyelidikan Kolej Perubatan
Universiti Florida.
Ikuti sambungan pendedahan Diet Seorang Wanita Jepun Ini Di Blog
http://bagaimana-dan-cara.blogspot.com
“Setiap Bagaimana Ada Cara Penyelesaiannya!”