SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
(ii) Berdasarkan konsep bagi setiap KBT, sila cadangkan satu aktiviti bagi
setiap KBT dan nyatakan bahan-bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut
dengan memasukkan audio/visual/grafik. ( Kerja individu, 50%).
KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Pengenalan
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam
setiap sesi pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan. Ia juga sebagai
persediaan murid menghadapi senario dunia global yang sebenar. Dalam Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai
tambah untuk guru melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap kemahiran bernilai tambah itu
bolehdilaksanakansecarasolomahupunsecarabergabungan.
JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
(a)KemahiranBerfikir
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan pendapat Mayer (1977 dan
1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai proses menggunakan
minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat
pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses asas berfikir ialah
apabila anda mengemukakan pertanyaan. Hal ini kerana untuk mengemukakan pertanyaan
anda perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya. Proses berfikir itu akan melibatkan satu set
pertanyaanyangdimulaipertanyaanrasaingintahu,seperti;
a)Apakahobjekitu?
b)Bagaimanakahbentukobjekitu?
c)Apakahkegunaanobjekitu?
d)Bagaimanakahmenggunakanobjekitu?
e)Dimanakahdapatmemperolehobjekitu?
Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab pertanyaan itu, anda
akan menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari dan
menilai kerana tidak semua maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan jawapan.
Dalam proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa kemahiran seperti
berfikiran kreatif, berfikiran kritis, menaakul dan strategi berfikir.Iadinamakanjenis-
jeniskemahiranberfikir. Maklumat yang berikut ialah contoh aktiviti yang boleh dijalankan
dalampengajarandanpembelajaran.
(b) KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF ialah kemahiran mencerna dan menghasilkan idea
baharu yang mementingkan keindahan. Lazimnya ia melibatkan penghasilan bentuk baharu,
pengolahan bahasa yang indah, teknik penyampaian yang menarik, dan sudut pandangan
yang tidak berlandaskan kebiasaan. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002) dalam
Kemahiran Berfikir Kreatif akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti:-
i) MENJANA IDEA.
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengemukakan
idea, mencadangkan alternatif, mencadangkan sebab, menyenaraikan idea, menyatakan
cara lain, menyumbangkan pendapat atau pandangan, menyatakan kemungkinan,
menghasilkan atau mencetus idea baharu, dan sebagainya.
ii) MEMBUAT INFRENS.
Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat
kesimpulan awal atau hipotesis berdasarkan pemerhatian, membuat rumusan awal
berdasarkan data-data yang diperoleh, membuat kesimpulan awal daripada maklumat yang
diperoleh, membuat tanggapan awal, membuat penyataan awal, menyatakan pendidirian
awal, menyatakan ketetapan awal dan sebagainya.
iii. MENGHUBUNGKAIT.
Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
menerangkan sebab dan akibat, menyatakan perkaitan, menyatakan sebab-musabab,
menyatakan implikasi, mengkaji perkaitan, mencari perkaitan, mengaitkan idea, menyatakan
pertalian, membuat perhubungan dan sebagainya.
iv. MERAWAT.
Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
menyatakan apa yang akan berlaku, membuat jangkaan, mengganggarkan apa yang akan
berlaku, membuat perlunjuran, menyatakan kemungkinan yang akan berlaku, dan
sebagainya.
v. MEMBUAT HIPOTESI
Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya, membuat andaian yang perlu
dibuktikan kebenarannya, membuat penyataan yang perlu diuji ketepatannya, menyatakan
kesimpulan sementara yang perlu diuji dan sebagainya.
vi. MENSISTENSIS.
Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
menggabungkan idea, menggubalkan semula, menyatukan idea-idea, menyepadukan idea-
idea, dan sebagainya.
vii. MENGITLAK.
Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat
penyataan umum berdasarkan pola, membuat generalisasi, membuat rumusan umum
daripada keseluruhan idea, dan sebagainya.
viii. Menganalogi.
Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
memetaforakan, membuat sindiran, membuat kiasan, membuat perlambangan, membuat
simulasi, membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan, dan sebagainya.
ix. Membuat gambaran mental.
Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
mengimaginasikan, menggambarkan dalam bentuk lain, membayangkan dalam minda,
melakarkan peta minda, menceritakan gambaran mental, dan sebagainya.
x. REKA CIPTA.
Antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
cadangan idea, asli, menghasilkan guahan asli, membuat rekaan bentuk, menciptakan
sesuatu, membuat pengubahsuaian, menghasilkan idea kreatif,dansebagainya.
(b) KEMAHIRAN BERFIKUT
Membuat analisis, membuat penilaian, membuat sintesis, membuat kritikan dan menilai
kemunasabahan sesuatu idea. Dalam proses membuat penilaian itu akan melibatkan
penyesuaian dengan beberapa aspek atau elemen. Mengkritik karya kesusasteraan akan
melibat penggunaan teori kajian sastera sebagai kayu pengukurnya. Menilai tingkah-laku
manusia akan melibatkan aspek sosio-budaya bangsa berkenaan sebagai kayu
pengukurannya. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002a) dalam Kemahiran Berfikir
Kritisakanmelibatkanbeberapaaktivitipemikiranseperti;
i. MENCIRIKAN:
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan atau
menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu, mengenal pasti dan menyatakan kualiti
sesuatu,dansebagainya.
ii. MEMBANDING BEZA:
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari
persamaan dan perbezaan ciri, bentuk, sifat, warna, fungsi, dan sebagainya.
iii. Mengumpul dan mengkelaskan
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat
pengkelasan berasakan ciri, kategori, fungsi, bentuk, warna, kriteria, dan sebagainya.
iv. Membuat urutan
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyusun
mengikut urutan, kepentingan, nilai, abjad, nombor, kriteria tertentu, dan sebagainya.
v. Menganalisis
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencerakin
maklumat, mengolah idea, mengesan sebab, menghuraikan faktor, ciri-ciri, akibat, mencari
punca atau bukti berasaskan maklumat atau data, dan sebagainya.
vi. Menilai
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mentaksir
maklumat, mempertimbangkan pendapat atau cadangan, membuat pilihan, menentukan nilai
atau kepentingan, mencari sebab dan kesan, dan sebagainya.
vii. Membuat kesimpulan
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah merumuskan
maklumat atau data, membuat hipotesis atau tesis, kesimpulan dan sebagainya.
(c) Kemahiran Berfikir Menaakul ialah kemahiran membuat pertimbangan secara logik dan
rasional terhadap beberapa contoh sebelum membuat kesimpulan. Terdapat penaakulan
secara induktif (berasaskan beberapa contoh kemudian membuat kesimpulan) dan
penaakulan deduktif (mengemukakan rumusan dan kemudian memberi beberapa contoh
untuk membuktikan kebenaran rumusan tersebut). Aktiviti menaakul melibatkan;
i. Hipotesis
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari
maklumat untuk membuktikan hipotesis seperti memberi contoh-contoh sesuai.
ii. Pengumpulan
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengumpulkan
maklumat atau data yang sama ciri, sifat atau kriteria untuk membuat kesimpulan atau
rumusan.
(d) STRATEGI BERFIKIR
Gabungan pemikiran itu bertujuan untuk membuat konsepsi, keputusan dan menyelesaikan
masalah.Petunjukstrategiberfikirialah;
i. Mengkonsepsikan
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti ciri-
ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat rumusan dan membina konsep.
ii. Menyelesaikan masalah
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti
masalah, punca masalah, kesan masalah, sasaran masalah dan sebagainya untuk
diselesaikan.
iii. Membuat keputusan
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti
matlamat, sasaran, kepentingan, alternatif, punca dan kesan dan sebagainya untuk buat
penentuan.
(b)KemahiranTeknologiMaklumatdanKomunikasi
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bermaksud kebolehan, keupayaan
menggunakan alat-alat ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berfikrah,
terancang, kesesuaian, dan berkesan. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan
pengajaran dan keberkesanan pembelajaran. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
(2003) penggunaan ICT untuk tujuan komunikasi seprti menghantar dan menerima emel,
menggunakan aplikasi perisian untuk menyempurnakan tugasan dan mengakses maklumat.
Kemahiran ICT perlu diaplikasikan supaya murid dapat menggunakannya untuk tujuan
mendapatkan maklumat, memproses maklumat, dan menghantar maklumat. Kemahiran ICT
bukan sahaja kemampuan aplikasi komputer atau internet, malahan juga radio kaset,
televisyen dan sebagainya yang bersifat teknologi. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum
(2001a) penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dari
aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (murid menggunakan
ICT). Dalam konteks pengajaran, ICT digunakan sebagai;
i. Persembahan
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menayangkan
power points, petikan, gambar, gambar rajah, gambarvisualdansebagainya.
ii. Demonstrasi
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah gambar visual
berkenaantunjukcara,rajahcontohpelaksanaan,dansebagainya.
Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
dapatdilaksanakandalambeberapakategoriseperti;
i. Tutorial
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari
maklumat dalam internet, menyelesaikan atau melengkapkan tugasan, menghantar
maklumat menggunakan email, menonton demostrasicontohtugasan,dansebagainya.
ii. Penerokaan
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari dan
mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal; mengalami, mempelajari dan
mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi, melihat demonstrasi sesuatu untuk dilaporkan.
iii. Pengaplikasian
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis dan
mengedit karangan dalam perisian, mencari dan melengkapkan maklumat yang diusahakan,
mengaplikasi graf, carta dan sebagainya untuk tujuan melengkapkan maklumat, menyisih
dan mengkelas data-data yang diperoleh dengan menggunakan perisian-perisian yang
sesuai sepertiSPSS,dansebagainya.
iv. Komunikasi
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat sama ada antara individu mahupun dengan ramai
individu. Antara mod atau bahan yang memboleh
(c)KemahiranBelajarCaraBelajar
Pusat Perkembangan kurikulum (2001b) menegaskan Belajar Cara Belajar (BCB) sebagai
satu proses teknik belajar sama ada belajar bersama guru mahupun belajar tanpa bersama
guru. Pendapat Sherina yang dipetik oleh Abdul Hamid Mahmood (2007) pula berpendapat
BCB merupakan kaedah belajar atau menelaah pelajaran yang boleh berlaku dalam kelas
bersama guru ataupun secara berseorangan membaca buku di perpustakaan. Bagi Abdul
Hamid Mahmood sendiri BCB merupakan usaha mengembangkan tabiat belajar.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003) menegaskan tujuan pelaksanaan BCB agar murid
peka terhadap teknik-teknik pembelajaran yang berkesan bagi membolehkan murid
meningkat pengetahuan, cekap bertindak dan menyesuaikan diri dengan perubahan
semasa, dan sebagai amalan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan terbentuk sikap peka
diharapkan sistem pendidikan akan menghasilkan pelajar yang aktif, bersikap ingin tahu,
rajin berusaha mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dan matang merumuskan
maklumat.
Antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah
membuat sumbang saran, aktif menyoal, mengenal pasti idea dan menyusun idea, mencari
sumber maklumat, memilih dan menilai maklumat, membuat pemerhatian, mendengar
secara aktif, mencatat nota atau maklumat atau data, membuat inferensi atau generalisasi,
menyusun data, membuat rujukan silang, berkongsi maklumat, menepati masa.
Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Hj. Nik Basri (2007), BCB melibatkan
aspek;
i. Kemahiran pengurusan kendiri
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyediakan
peralatan belajar, pengurusan masa, pilihan kerjaya masa depan, menepati masa, mengurus
tekanan belajar dan menggalakkan perbincangan.
ii. Kemahiran mendengar, participating dan mengambil nota
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghayati,
memahami dan menilai maklumat didengari, mencatat maklumat didengari, rajin bertanya,
memberi pendapat atau pandangan, bersikap ingin tahu dan mencuba, berkongsi maklumat
dan sebagainya.
iii. Kemahiran membaca
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membaca secara
luncuran (skimming) seperti membaca tajuk, subtajuk, pendahuluan, ringkasan atau
rumusan; membaca secara imbasan (scanning) seperti membaca pantas pendahuluan atau
rumusan; bacaan intensif secara terperinci dan tekun; dan bacaan laju dengan cara
menambahkanbahanbacaan.
iv. Kemahiran menulis
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis atau
mencatat cepat, membuat ringkasan, membuat peta minda, mencatat isi penting dan
sebagainya.
v. Kemahiran mengingat
Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyenaraikan
kembali fakta atau isi, menceritakan kembali maklumat yang dibaca, dan sebagainya.
(d)KemahiranKajianMasaDepan
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002b) Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu
cara menyusun pemikiran atau cara kita mengkonsepsikan kehidupan. KMD diperkenalkan
agar generasi baharu bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Hal ini disebabkan
masa depan setiap manusia pasti berubah, penuh dengan cabaran, dan dugaan yang tidak
sama dengan masa sekarang. Dengan adanya kesedaran KMD diharapkan dapat
mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik dan matang.
Betapapun kita tidak tahun kejadian masa depan, namun masa depan dapat diramalkan.
Misalnya, seseorang yang terlibat sebagai pengedar najis dadah pasti akan ditangkap dan
dihukum pada suatu masa nanti. Antara aspek pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah ialah;
i. Membuat ramalan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menganalisis maklumat atau data dan kemudian membuat ramalan,
membayangkan berlaku sesuatu (imaginasi), membuat persediaan untuk menghadapi hasil
ramalan,dansebagainya.
ii. Menjangka akibat -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah menganalisis sebab dan menjangka akibatnya, menganalisis
kejadian dan menjangka akibatnya, mengatur strategi mengatasi kebimbangan, membuat
persediaan menghadapi sesuatu yang bakal berlaku, dan sebagainya.
iii. Mengendalikan perubahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah membincangkan cara-cara mengatasi sesuatu daripada
berlaku, membuat persediaan untuk menghadapi sesuatu, menyesuaikan
kebiasaandiri,dansebagainya.
(e)KemahiranKecerdasanPelbagai
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP) merujuk kebolehan murid menyelesaikan masalah
yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya kepelbagaian kemahiran murid
mampu menjana idea untuk memajukan lapangan diceburi. KKP mampu melahirkan murid
aktif kerana dengan adanya kepelbagaian kemahiran menyebabkan murid berani
menawarkan khidmat bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Pusat perkembangan
Kurikulum (2001c) mencadangkan lapan jenis kecerdasan pelbagai yang sesui diterapkan
dalampengajarandanpembelajaranmurid,iaitu;
i. Kecerdasan Verbal-Linguistik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah melafazkan kata-kata secara santun, melafazkan kata-
kata dengan nada dan intonasi yang betul, memilih dan menggunakan perkataan yang tepat
menggambarkan idea dalam setiap penulisan, kebolehan menggunakan ungkapan dan
bahasa badan yang sesuai berdasarkan situasi, persekitaran, status sosial dan isu yang
diperkatakan, dan sebagainya.
ii. Kecerdasan Logik-Matematik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan
bijak berhujah, memahami fungsi nombor, simbol atau tanda dan kegunaannya, kebolehan
menjangka, dan sebagainya.
iii. Kecerdasan Visual-Ruang -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk,
ruang, warna dan garisan, termasuk kemampuan membuat persembahan idea, grafik, hasil
seni secara berkesan dalam ruang ditetapkan.
iv. Kecerdasan Kinestetik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan badan, anggota badan dan
ekspresi badan untuk menyatakan idea, kepelbagaian perasaan, fikiran, menyelesaikan
masalah, menyampaaikan hasrat dan sebagainya.
v. Kecerdasan Muzik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan irama, rentak, tempo, dan melodi lagu. Juga
termasuk mengenali rentak pengerakan yang sesuai dengan melodi atau irama.
vi. Kecerdasan Interpersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta
hasrat orang lain, serta kebolehan menarik minat orang lain untuk turut sama melakukan
sesuatu yang dianjurkan. Misalnya, menarik minat murid menjawab soalan atau melakonkan
tugasanyangdiberikan.
vii. Kecerdasan Intrapersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami diri sendiri dari segi kelemahan,
kekuatan, hasrat dan kehendak. Dengan memahami diri sendiri akan memboleh individu
berkenaan menangani kelemahan, menjanakan kekuatan, mengawal kemarahan atau
kekecewaan, dan memilih aspek yang mampu dilaksanakan.
viii. Kecerdasan Naturalis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan dari aspek umum seperti mengenali dan
memahami alam persekitaran dan makhluknya, sosio-budaya masyarakat kaum sendiri dan
oranglaindanmengamalkannya,dansebagainya.
(f)KemahiranPembelajaranKontekstual
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001d) Pembelajaran Kontekstual (PK)
merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan atau menghubungkaitkan isi
pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan alam
pekerjaan. PK menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on
(mengamalkan) dan minds-on (memikirkan) dalam persekitaran pelbagai. Pembelajaran
berlaku apabila murid dapat memproses maklumat dengan cara menggabungkan atau
menghubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan pengetahuan baharu secara bermakna.
Ia berlaku dalam minda dan kemudian diterjemahkan secara nyata sama melalui kata-kata,
perlakuan atau hasilan. Pengalaman sedia ada murid itu melibatkan peraturan bahasa, adat
budaya, persekitaran sosial, psikologi, alam fizikal, amalan kehidupan, sekolah, tempat kerja
atau tempat tinggal, pelbagai bidang ilmu, dan sebagainya. Guru boleh melaksanakan
Kemahiran Pembelajaran Kontekstual dalam bilik darjah dalam
pelbagaibentukpembelajaranseperti;
i. Menghubung kait -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menyambungkan cerita, mencipta objek atau mengemukakan idea
alternatif, mengubah suai sesuatu atau cara agar sesuai dengan keperluan semasa, dan
sebagainya.
ii. Mengalami -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah melakukan penerokaan idea, penemuan idea baharu berdasarkan
maklumat atau idea sedia ada, reka cipta seperti mencipta „kereta luncur‟ yang
menggabungkan ciri-ciri kenderaan darat dengan kenderaan air dan
kenderaanudara,dansebagainya.
iii. Mengaplikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah mencipta objek pelbagai guna, menulis karangan yang mempunyai
pelbagai teknik atau laras bahasa, dan sebagainya.
iv. Bekerjasama -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah memberi reaksi terhadap permasalahan dalam pembelajaran, aktif
menjana pembelajaran bersama, berkongsi idea atau maklumat, dan sebagainya.
v. Memindahkan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah menganalisis maklumat sedia ada dan kemudian memberi cadangan
untuk menyelesaikan masalah, menggunakan ilmu-ilmu dari bidang lain seperti
menggunakan objek bersudut (Matematik) untuk melukis mural (Seni Visual), mengarang
cerita Sains, memilih corak dan warna yang sesuai untuk pakaian harian, dan sebagainya.
(g)KemahiranPembelajaranKonstruktivisme
Menurut McBrien & Brandt, dan M. Briner yang dipetik oleh Pusat Perkembangan kurikulum
(2001e) Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan
dengan membina pengetahuan baharu atau konsep baharu secara aktif. Murid membina
sesuatu atau pengetahuan mereka dengan menguji idea baharu dan idea sedia ada. Mereka
boleh mencipta satu makna baharu atau objek baharu. Tentunya untuk membina sesuatu
yang baharu akan memerlukan sesuatu yang sedia ada. Jepun mencipta kereta Toyota
adalah berdasarkan kereta Ford yang dicipta oleh Britain. Yang menjadi inti fokus dalam
konstruktivisme ialah „membina sesuatu yang baharu‟ sama ada yang dibina itu objek,
konsep, penulisan dan sebagainya. Muhd. Nasrudin Dasuki mencipta Mapen dengan
menggabungkan bentuk drama dengan cerpen. Murid boleh membina sesuatu berdasarkan
pengetahuan atau pengalaman sedia ada mahupun idea baharu. Hal ini berbeza dengan PK
yang menekankan „penggabungan idea‟ atau „hubung kait idea.‟ Konstruktivisme dapat
membina pemahaman dan pengetahuan baharu. Aspek pengajaran dan pembelajaran yang
boleh melaksanakan Pembelajaran Konstruktivismeialah;
i. Mengkonsepsikan idea -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran ialah membina takrif atau definisi sesuatu.
ii. Analisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah membina rumusan maklumat atau data-data, mengkategorikan maklumat
atau data berdasarkan kriteria tertentu, dan sebagainya.
iii. Penghasilan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah membina objek-objek seperti kenderaan atau rumah masa
depan,dansebagainya.
iv. Hipotesis atau tesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan karangan atau idea perbincangan, membina
hipotesis atau ramalan berdasarkan maklumat diperoleh, membina tesis berdasarkan
maklumat dan data yang sahih, dan sebagainya.
Kesimpulan
Berdasarkan penerangan di atas dapat disimpulkan bahawa Kemahiran Bernilai Tambah
memberi idea alternatif kepada guru dan murid menjanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran lebih ceria, bermakna dan berkesan. KBT dapat membantu guru
mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan memberi peluang kepada murid melaksanakan KBT
dan seterusnya menjadikan pembelajarannya berkesan. Hal ini sesuai dengan tujuan KBT
diperkenalkan, iaitu agar dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario
dunia yang global.
Rujukan
Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa
Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti
Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001a.
Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001b.
Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001c.
Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001d.
Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001e.
Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002a.
Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002b.
Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2003.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hamid Mahmood, Abdul, dan Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, “Kemahiran
Belajar Cara Belajar” dlm. Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan
Belajar Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa
Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kemahiran Bernilai Tambah
KONSEP KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DAN PENGINTEGRASIANNYA DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
1.1 Kurikulum Semakan dan Kemahiran Bernilai Tambah
Kurikulum semakan tahun 2000 merupakan usaha berterusan Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk mewujudkan kurikulum yang mampu memenuhi aspirasi negara. Perubahan
ini dilakukan berasaskan pandangan umum bahawa struktur dan kandungan kurikulum yang
sedia ada harus memenuhi tuntutan baru. Dalam kurikulum semakan ini, kemahiran bernilai
tambah merupakan suntikan baru kepada pengisian kurikulum tersebut. Elemen pengisian
kurikulum sedia ada seperti penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan dan patriotisme
dan peraturan sosiobudaya dikekalkan. Kemahiran bernilai tambah yang diterapkan secara
eksplisit dalam kurikulum semakan memperlihatkan komitmen Kementerian Pelajaran
Malaysia ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti
1.2 Rasional Pengintegrasian Kemahiran bernilai tambah dalam kurikulum Semakan
Kementerian Pelajaran mengambil kira saranan UNESCO dalam “The Treasure Within”
Report to UNESCO of the International Commision on Education for the Twenty-first Century
Learning” (1995).Laporan ini mengemukakan konsep pembelajaran seumur hidup sebagai
syarat menempuh cabaran abad ke-21 dan empat asas utama pendidikan yang berikut:
i. Belajar untuk mengetahui (learning to know).
Penggabungan pendidikan umum dengan beberapa mata pelajaran terpilih yang dapat
memberikan ruang untuk pendidikan seumur hidup.
ii. Belajar untuk membuat (learning to do)
Kebolehan untuk menghadapi pelbagai situasi alam pekarjaan serta mampu bekerja dalam
satu pasukan.
iii. Belajar untuk hidup bersama (learning to live together)
Rasa persefahaman terhadap orang lain melalui sejarah, tradisi dan nilai kerohanian mereka
dan semangat saling bergantung untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup bersama.
iv. Belajar menjadi insan sempurna (learning to be)
Keupayaan berdikari dan mengamalkan pertimbangan dengan rasa tanggungjawab dalam
usaha mencapai matlamat bersama.
Empat tungguk utama pendidikan ini menggariskan pendekatan untuk membangunkan dan
mempertingkatkan potensi individu seoptimum mungkin. Tungguk pertama dan kedua,
„belajar untuk mengetahui” dan “belajar untuk membuat” menjelaskan keperluan
mengintegrasikan kemahiran bernilai tambah yang releven dengan kehidupan semasa dan
akan datang dengan kandungan kurikulum teras merentas mata pelajaran dan disiplin ilmu.
Gabungan kecekapan dan pengetahuan yang diperolehi daripada sesuatu bidang ilmu atau
mata pelajaran , serta kemahiran generik yang dikuasai oleh individu pelajar
membolehkannya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara secara efisien
dalam situasi perubahan teknologi yang berterusan.
Prasyarat untuk guru (untuk kejayaan)
1. Guru perlu tahu tentang kandungan (apa yang hendak disampaikan) (what to be given/
delivered/ transferred)
2. Kaedah menyampaikan (the arrival of meaning)
3. Adakah keinginan untuk melakukan.
4. Pembinaan sikap-sikap positif.
KONSEP KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH
Dalam literatur pendidikan, istilah „kemahiran generik‟ sering diutarakan dengan pengertian
yang arbitrari. Gagne mentakrifkan kemahiran generik sebagai „strategi kognitif „. Sarjana
kognitif pula merujukkannya sebagai „ilmu bebas domain‟ (domain-independent knowledge)
Stasz et.al, 1990: Bikson dan Law, 1995; Bikson, 1994 mentakrifkan kemahiran generik
sebagai „ Suatu literatur pendidikan umum tentang keupayaan kognitif seperti belajar cara
belajar, menganalisis dan menyelasaikan masalah, inovasi dan komunikasi.”
Attewell (1994) : pengguna / pekerja yang memiliki kemahiran generik dapat mempelajari
aplikasi baru yang disampaikan kepadanya dengan mudah. Dalam hal ini kemahiran generik
dilihat sebagai sangat penting namun masih kurang diberkan penekanan.
Institusi pengajian tinggi dan maktab-maktab perguruan menjadikan kemahiran generik
sebahagian daripada kurikulum pengajian. Latihan Guru Sekolah Bestari yang ditawarkan di
beberapa maktab perguruan di Malaysia memberikan penekanan terhadap peningkatan
kemahiran generik yang meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran
belajar, kemahiran mentaksir dan menilai , dan kemahiran fasilitator.Meskipun aplikasi
kemahiran generik semakin diberikan penekanan, namun terdapat variasi tentang
subkemahiran yang terangkum dalam kemahiran generik.
Bahagian Pendidikan Tinggi (Higher Education Council 1992): Higher Education: Achieving
quality AGPS, Canberra, Australia ) menyenaraikan kemahiran generik yang berikut:
§ Pemikiran kritis
§ Penyelesaian masalah
§ Komunikasi berkesan
§ Keupayaan bekerja dalam pasukan
§ Kepemimpinan
§ Keupayaan bekerja mandiri
§ Literasi maklumat
§ Keupayaan membuat keputusan
§ Keupayaan untuk belajar
§ Keingintahuan intelektual
§ Pemikiran logik
§ Pemahaman tentang organisasi
§ Kecekapan dalam tugas rutin
§ Pemikiran bebas
§ Perancangan dan penyelarasan
Rangka kerja James Cook University pula menggariskan kemahiran generik seperti berikut:
· Pemikiran kritis
· Penyelesaian masalah
· Keupayaan menggunakan teknologi
· Bekerja dengan orang lain
· Komunikasi
· Pengiraan
· Penggunaan teknologi maklumat
· Kesedaran sosiobudaya
Bagi kurikulum Sekolah Bestari pula, kemahiran generik yang diterapkan ialah:
1. Kemahiran mentaksir dan menilai
2. kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
3. kemahiran teknologi maklumat
4. kemahiran belajar
5. kemahiran fasilitator
Walaupun terdapat pelbagai perspektif kemahiran generik, para sarjana bersetuju bahawa
jenis kemahiran generik yang utama ialah kemahiran berfikir (penyelsaian masalah), strategi
pembelajaran (mencipta mnemonik untuk mengingat dan kemahiran metakognitif). Para
sarjana, penggubal kurikulum dan pelaksana pendidikan bersetuju tentang kepentingan
kemahiran generik serta tuntutan untuk melengkapkan individu pelajar dengan kemahiran
tersebut.
Konsep dan prinsip kemahiran bernilai tambah yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia sejajar dengan kemahiran generik. Kemahiran bernilai tambah merupakan
kemahiran umum yang diaplikasikan merentas semua domain mata pelajaran di sekolah
rendah dan menengah. Kemahiran bernilai tambah memerlukan masa yang lebih panjang
untuk dikuasai berbanding dengan ilmu/ kemahiran dalam mata pelajaran tertentu.
Kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran yang diperolehi melalui aplikasi
kemahiran generik, serta melalui aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik tertentu dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Kemahiran bernilai tambah tersebut ialah:
1. Kemahiran berfikir
2. Kemahiran belajar cara belajar
3. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
4. Kajian masa depan
5. Kecerdasan pelbagai
6. Pembelajaran konstruktivisme
7. Pembelajaran kontekstual
Bagi tiga kemahiran pertama di atas, terkandung pecahan kemahiran generik yang lebih
khusus seperti kemahiran menganalisis, kemahiran merujuk bahan atau menyusun data dan
fail dalam komputer. Kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
konstruktivisme, pembelajaran kontekstual merupakan pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang menjadi medium untuk memperkukuhkan kemahiran generik di samping
mencetuskan kemahiran tambahan yang relevan dengan kehidupan harian. Sebagai contoh,
pendekatan pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan tumpuan kepada
kecerdasan interpersonal (dalam kecerdasan pelbagai) menekankan kerja dan interaksi
dalam kumpulan. Oleh hal yang demikian, aplikasi pendekatan-pendekatan tersebut
menyediakan wadah mencetuskan kemahiran berinteraksi, meningkatkan kemahiran
interpersonal, serta kebolehan bekerja dalam pasukan. (teamwork) Kemahiran bernilai
tambah ini yang diintegrasikan dalam kurikulum semakan mengutamakan pengalaman di
bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang
sebenar.
2.1 Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan
pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan
menulis.Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan
masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya
murid pada masa depan. Antara kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa ialah:
1. mencirikan
2. mengelaskan, mengumpulkan mengkategorikan
3. menghubungkaitkan
4. membandingkan dan membezakan
5. menyusun mengikut keutamaan
6. menentukan urutan
7. mengenalpasti kenyataan benar dan palsu
8. membezakan fakta (Menurut … dalam bukunya, ) dan pendapat (I think, I believe, I feel, In
my opinion)
9. menganalisis
10. mengesan kecondongan pendapat
11. mengenalpasti sebab dan akibat
12. meramalkan
13. mensintesiskan
14. mengitlak
15. menganalogikan
16. membuat inferens
17. membuat kesimpulan
18. menginterpretasikan, mentafsirkan
19. menilai
20. menjana idea
21. mereka cipta
22. merumuskan, meringkaskan
23. menyelesaikan masalah
24. membuat keputusan
Untuk membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut, alat berfikir seperti penyusunan
grafik, soalan (bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan) serta peta minda perlu digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran .
2.2 Kemahiran Belajar cara Belajar
Kemahiran belajar cara belajar diajarkan supaya murid peka terhadap teknik pembelajaran
yang berkesan. Kemahiran belajar yang perlu dikuasai ialah menentukan bahan yang
optimum, pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran ini
membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan
pembelajaran seumur hidup. Antara aspek kemahiran belajar cara belajar ialah:
1. Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif
2. Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan
3. Kemahiran membaca ( untuk pemahaman, membaca pantas)
4. Kemahiran mencatat dan menulis pantas
5. Kemahiran menghasilkan laporan
6. Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai, jadual,
carta alir dan hierarki
7. Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri, rancangan
pembelajaran , pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak.
8. Persediaan menghadapi peperiksaan
9. Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei
10.Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang
11.Strategi belajar dalam kumpulan
2.3 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Kemahiran Teknologi Maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya
mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan
menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian,
dan memperolehi maklumat melalui internet. Kemahiran generik ini berasaskan empat
bentuk penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ialtu:
1. TMK untuk pembelajaran tutorial. Pembelajaran secara tutorial menggunakan komputer
dan perisian pendidikan sama ada dalam CDROM, cakera keras atau laman web,
membolehkan kandungan pelajaran disampaikan dalam urutan yang ditetapkan dan dikawal
oleh sistem. Pembangun perisian kini mereka bentuk perisian pendidikan bercirikan sistem
tutorial pintar (intelligent tutorial system) dan berupaya menyesuaikan maklumat mengikut
tahap keupayaan murid.
2. TMK untuk tujuan penerokaan. Penggunaan TMK secara penerokaan yang berasaskan
pendekatan konstruktivisme ini membolehkan murid membuat inkuiri penemuan dan
mengakses maklumat daripada CDROM, internet dan portel maklumat , mengkaji sesuatu
fenomena secara simulasi dan demonstrasi yang langkah atau prosesnya dikawal oleh murid
sendiri.
3. TMK sebagai alat aplikasi. Murid berupaya menggunakan perisian untuk membuat
tugasan dan menggunakan perisian aplikasi umum seperti pemproses kata, hamparan
elektronik, perisian untuk mereka bentuk (CAD) serta alat aplikasi lain seperti penyemak
ejaan, tesaurus dan sebagainya.
4. TMK sebagai alat pemudah komunikasi. Kaedah ini membolehkan murid menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat dengan guru atau murid lain menerusi perkembangan
terkini. Komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod termasuk teks, grafik, audio, video atau
kombinasinya.
2.4 Kajian Masa Depan. (KMD)
Satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu
perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau (membuat ramalan), masa kini
(menjangka akibat) dan masa depan (mengendalikan perubahan). Ini bermakna murid dapat
membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka
mendapat manfaat yang maksimum.
2.5 Kecerdasan Pelbagai
Setiap individu memiliki kebolehan dan kecerdasan yang berbeza merangkumi kecerdasan
verbal- linguistik, logik-metamatik, muzik, kinestatik, visual ruang, interpersonal,
intrapersonal dan naturalis. Oleh itu guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid
dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan
mereka. Kecerdasan yang dikenalpasti adalah:
1. Kecerdasan verbal-linguistik. Kebolehan menggunakan kata-kata (sebutan) dengan
berkesan secara lisan dan penulisan, mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan
menguasai sistem bahasa.
2. Kecerdasan logik-matematik. Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan,
menguasai prinsip sebab akibat, kecekapan membuat jangkaan menggunakan logik.
3. Kecerdasan visual-ruang. Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang,
warna dan garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.
4. Kecerdasan kinestatik. Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea dan
perasaan, menyelesaikan masalah, termasuk kemahiran fisikal seperti koordinasi,
kelenturan, kepantasan dan keseimbangan.
5. Kecerdasan muzik. Kebolehan mengesan irama dan lagu termasuk membezakan dan
mengubah rentak dan tempo.
6. Kecerdasan interpersonal. Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat
orang lain.
7. Kecerdasan intrapersonal. Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan
kelemahan, hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau
perbezaan persepsi individu. Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta
mengawal kemarahan dan kesedihan.
8. Kecerdasan naturalis. Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna dan
galian. Ia merangkumi kebolehan mengesan artifak sejarah dan budaya.
Kreativiti guru menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gaya
pembelajaran dan jenis kecerdasan murid yang dididiknya akan memberikan rangsangan
untuk belajar dengan penuh minat dan lebih menguasai ilmu yang dipelajarinya. Proses ini
juga memungkinkan murid mula menyedari potensi dan kecerdasan dalam diri mereka.
2.6 Pembelajaran Konstruktivisme
Pendekatan konstruktivisme dapat melahirkan pelajar yang boleh membina pemahaman dan
pengetahuan baru mereka sendiri secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
mereka sendiri. Konstruktivisme menekankan pemikiran kritis, penyelesaian masalah,
pengalaman pembelajaran yang autentik, serta pembinaan pengalaman melalui interaksi
sosial. Pembelajaran konstruktivisme berasaskan format 5E yang berikut:
1. Engage (menghubungkait) - merangsang rasa ingin tahu murid dengan memberikan
tugasan , mengemukakan soalan dan mencetuskan minat.
2. Explore (meneroka) - memenuhi rasa ingin tahu melalui penyiasatan, pertanyaan,
menggalakkan kerja berkumpulan dan menjalankan eksperimen.
3. Explain (menerangkan) - menerangkan konsep, istilah, menyoal balas penerangan,
meminta bukti dan alasan dan penjelasan.
4. Elaborate (menghuraikan) - mengembangkan konsep dalam konteks lain, membuat dan
meneliti hubung kaitan konsep / topik dalam perkara lain serta membuat hubung kaitan
konsep / topik dengan situasi sebenar.
5. Evaluate (menilai) - menguji kefahaman murid, menunjukkan kefahaman atau
pengetahuan konsep, mengukur pengetahuan dan kemahiran murid dan mengemukakan
soalan terbuka.
Menerusi prinsip pembelajaran konstruktivisme , murid akan lebih tajam, yakin dan seronok
untuk belajar serta penyediaan asas amalan pembelajaran sepanjang hayat.
2.7 Pembelajaran Kontekstual
Pendekatan pembelajaran ini mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid,
masyarakat dan alam pekerjaan.
Antara prinsip pembelajaran kontekstual ialah:
1. kandungan pelajaran disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai.
2. berpusatkan murid
3. menekankan pembelajaran secara konkrit
4. berasaskan kecekapan dengan melibatkan latih amal (hands-on) dan berfikir
5. menekankan interaksi
6. pembelajaran koperatif
7. akses kepada maklumat
Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru
secara bermakna dengan kehidupan mereka.
PRINSIP PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU
Kemahiran bernilai tambah perlu diintegrasikan dengan kandungan isi pelajaran sesuatu
subjek. Oleh itu guru harus terlebih dahulu mengenalpasti kandungan mata pelajaran untuk
disisipkan dan mengajarkan kemahiran bernilai tambah tertentu.
Dari segi kurikulum, kemahiran bernilai tambah ialah unsur dalam pengisian kurikulum.
Sebagaimana unsur-unsur lain (nilai murni, ilmu, patriotisme dan kewarganegaraan dan
peraturan sosiobudaya ) kemahiran bernilai tambah diintegrasikan secara penyerapan.
Kurikulum Bahasa Melayu semakan mengekalkan prinsip asas pengajaran iaitu
penggabungjalinan dan penyerapan. Walaupun penggabungjalinan hasil pembelajaran
dengan kemahiran bahasa , tatabahasa dan kosa kata menjadi prinsip asas dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, prinsip penyerapan perlu diberikan perhatian.
Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu bertujuan memantapkan kebolehan
berbahasa dan meningkatkan perkembangan dan kebolehan pelajar dari segi kognitif,
afektif, emotif dan psikomotor pelajar. Sehubungan itu, penyerapan kemahiran bernilai
tambah mengambil kira:
· kesesuaian kemahiran bernilai tambah dengan objektif dan hasil pembelajaran
· bahan dan teknik untuk mengajarkan kbt
· penyusunan langkah untuk mencapai hasil pembelajaran
· peruntukan masa bagi langkah untuk menyerapkan jenis kemahiran bernilai tambah
· aspek penilaian formatif hasil pembelajaran dan kbt .
Kesesuaian Jenis Kemahiran Bernilai Tambah yang akan Diintegrasikan dengan Hasil
Pembelajaran
Setelah menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memikirkan jenis
kemahiran bernilai tambah yang dapat diserapkan dan dihubungkaitkan dengan objektif
pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai dalam waktu pengajaran. Guru harus
menentukan kemahiran bahasa yang dijadikan fokus, sama ada kemahiran mendengar dan
bertutur, membaca atau menulis. Pertimbangan perlu dibuat agar kemahiran ini terjalin
dengan aktiviti dan langkah pengajaran yang dirancang untuk mencapai hasil pembelajaran.
Langkah yang terancang bagi pengembangan kemahiran bernilai tambah perlu agar
kemahiran ini diserapkan kepada pelajar dengan berkesan.
Sebagai contoh, guru menetapkan objektif pelajaran berdasarkan hasil pembelajaran Thn 3,
kemahiran mendengar dan bertutur 1.1 Aras 2 i yang berikut:
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan
kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 2 i. Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan.
Beberapa aktiviti jenis kemahiran bernilai tambah boleh dihubungkaitkan dengan hasil
pembelajaran di atas. Aktiviti mendengar rakaman dialog yang mengandungi kata panggilan
formal, disusuli dengan latihan secara berpasangan, murid melakonkan semula kata bual
yang didengar menggunakan kata panggilan yang betul, melatih kemahiran mendengar dan
bertutur. Dengan mengemukakan panduan mendengar secara intensif dan latih tubi dalam
bentuk soal jawab tentang bahan yang didengar, guru juga telah menyerapkan kemahiran
mengengar sebagai suatu aspek kemahiran belajar.
Latihan membuat simulasi berjumpa kawan lama dan keluarganya di bandar dapat
membolehkan murid berlatih bertutur dan mendengar dalam situasi tertentu, menyediakan
ruang latihan menggunakan kata panggilan, serta pada masa yang sama dapat mengasah
kecerdasan interpersonal murid, suatu kemahiran generik yang penting bagi perkembangan
diri individu.
Latihan membuat rumusan tentang penggunaan kata panggilan bagi situasi formal dan tidak
formal berdasarkan bahan yang didengar atau dibaca mengabungjalinkan kemahiran
membaca dan menulis di samping menguji pengetahuan sedia ada murid serta
meningkatkan kemahiran merumus, suatu jenis kemahiran berfikir.
Melalui teknik lain yang lebih kreatif dalam pengajaran, guru dapat menyalurkan kemahiran
bernilai tambah lain sesuai seperti kemahiran kontekstual, di samping dapat mencapai
objektif hasil pembelajaran yang ditetapkan. Kemahiran bernilai tambah perlu diolah dan
diintegrasikan secara natural ttp terancang dalam langkah pengajaran. Hasil pembelajaran
yang menjadi fokus pengajaran harus disisipkan kemahiran bernilai tambah melalui proses
yang berterusan, berulang-ulang dan kreatif dapat menyematkan kemahiran hidup (living
skills) kepada murid. Pengintegrasian kemahiran bernilai tambah menjadikan ilmu yang
dipelajari murid dalam kelas lebih bermakna dan releven dengan tuntutan kehidupan mereka
pada masa hadapan.
Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu terbentuk daripada hasil
pembelajaran dan sistem bahasa. Unsur kemahiran bernilai tambah boleh diperlihatkan
dalam pernyataan objektif tersebut; umpamanya:
a. Mengemukakan tiga pernyataan inferens tentang kesan permakanan tidak seimbang.
(Contoh pernyataan inferens: Makan banyak makanan yang manis dan berkanji
menimbulkan masalah berat badan berlebihan.)
b. Mencatat lima maklumat penting berdasarkan maklumat yang didengar.
c. Menggemukakan peta konsep karangan “Amalan pemakanan yang sihat” menggunakan
alat aplikasi komputer yang telah dipelajari.
Objektif a: memperlihatkan penyerapan kemahiran membuat inferens.
Objektif b: dapat menguji kecekapan murid mencatat nota (dengan andian guru telah
mendedahkan teknik mencatat nota kepada murid.)
Objektif c: dapat melatih murid membina peta konsep di sampig dapat dijadikan ukuran
untuk menilai tahap kecekapan aplikasi teknologi maklumat.
Peruntukan masa untuk mengajarkan kemahiran bernilai tambah
Dalam sesuatu waktu pengajaran, tumpuan pengajaran dan kbt ialah mencapai hasil
pembelajaran yang menjadi fokus utama dalam sesuatu pelajaran yang juga merupakan
objektif pertama dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi subjek bahasa Melayu,
beberapa pernyataan hasil pembelajaran bertindan dengan kemahiran bernilai tambah
tertentu umpamanya kemahiran berfikir dan belajar cara belajar tertentu, bererti jumlah masa
yang diperuntukkan lebih panjang berbanding dengan pernyataan yang tidak menjurus
kepada kemahiran bernilai tambah. Bagi tujuan menyerapkan jenis kemahiran bernilai
tambah dalam pengajaran, satu atau dua aktiviti perlu disediakan; misalnya melatih murid
membaca secara imbasan indeks, menukarkan maklumat teks kepada bentuk grafik atau
mengajarkan cara membuat generalisasi. Pengaplikasian kemahiran TMK biasanya
memakan masa yang lebih lama dari segi persiapan bahan dan peralatan dan hal ini
menuntut pengurusan kelas dan bahan yang lebih efisien di pihak guru.
Penilaian bagi jenis Kemahiran bernilai tambah yang dipilih
Di samping mengukur tahap pencapaian murid terhadap hasil pembelajaran yang menjadi
objektif dan fokus pengajaran penilaian formatif juga dijalankan untuk menilai tahap
pencapaian murid bagi aktiviti penyerapan kemahiran bernilai tambah. Contohnya, apabila
seorang murid diminta melakonkan semula atau membuat improvisasi berdasarkan rakaman
yang diperdengarkan, penilaian bukan sahaja dibuat dari segi kebahasaan, (ketepatan
memilih kata dan kelancaran sebutan), malah guru boleh meletakkan ukuran kreativiti dan
penghayatan untuk menilai tahap kecerdasan kinestatik. Di sini jelas menunjukkan bahawa
kemahiran bernilai tambah diintegrasikan dengan isi pelajaran teras (hasil pembelajaran)
secara terancang pada waktu pengajaran. Bagi mengendalikan pengajaran demikian, guru
harus bijak memilih dan menggunakan teknik pengajaran yang sesuai supaya kemahiran
bahasa dan kemahiran generik dikuasai murid. Perkara-perkara berikut perlu diingat dalam
aktiviti dan langkah pengajaran dan pembelajaran semasa mengintegrasikan kemahiran
bernilai tambah
Tajuk 12 : Pengaplikasian KBT dalam P&P BM _ TMK & KP
Tajuk 12
Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai
Sinopsis
Tajuk ini mengemukakan dua lagi kemahiran bernilai tambah yang dapat membantu
guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Dua Kemahiran Bernilai Tambah yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah:
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)
Hasil Pembelajaran
3.. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di dalam bilik darjah.
Kemahiran Bernilai Tambah
Nota ringkas:
12.1 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan TMK
secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk
tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi
perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui
internet.
Objektif TMK dalam pembelajaran
Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran
Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai
keupayaan
Meningkatkan motivasi murid
Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning)
Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperoleh
Membolehkan murid mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau
terlalu mahal untuk diperoleh
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal,
mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang
minimum
Meningkatkan kemahiran TMK
12.2 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP)
Merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestatik, visual-ruang,
interpersonal, intrapersonal, dan naturalis.
Oleh hal yang demikian, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan
menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka
kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza
i. Kecerdasan Verbal- Linguistik
Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk
menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan.
Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka pada makna
yang kompleks
Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain
Contoh aktiviti : menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan
ii. Kecerdasan Logik- Matematik
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul
secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak.
Indiidu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks
yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan,
menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan
cekap
Contoh aktiviti : menaakul, kiraan, dan membuat analisis
iii. Kecerdasan Muzik
Membolehkan seseorang mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat
di persekitaran
Seseorang dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain
alat muzik, dan menghafal lirik muzik
Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo
dengan mudah
Contoh aktiviti : mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, dan berpuisi dengan iringan
muzik
iv. Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan tubuh badan untuk menghuraikan idea-idea dan perasaan,
serta menyelesaikan masalah.
Kemahirannya termasuk koordinasi, fleksibiliti, kepantasan gerak geri, dan perimbangan
tubuh badan
Contoh aktiviti : pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lakonan
v. Kecerdasan Visual-Ruang
Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna, dan garisan serta
kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik
Seseorang itu dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga
dimensi, berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah
dilalui, dan bijak menghubungkaitkan antara objek dan ruang
Contoh aktiviti : mencorak, melukis, mengukir, dan melakar jalan cerita
vi. Kecerdasan Intrapersonal
Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan kelemahan, hasrat dan
kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan persepsi individu.
Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal kemarahan dan
kesedihan
Contoh aktiviti : menulis tentang diri sendiri, dan menulis puisi tentang diri sendiri
vii. Kecerdasan Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain
Dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara
praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah
Contoh aktiviti : Menulis secara kolaboratif, dan perbincangan
viii. Kecerdasan Naturalis
Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian
Banyak menggunakan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat
di sekeliling
Sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan
fauna
Contoh aktiviti : lawatan, kerja lapangan, dan membaca, mengkaji serta mengkategorikan
flora dan fauna
Kepentingan Kemahiran Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan
Pembelajaran
Petunjuk kepada potensi murid
Mempelbagaikan cara penilaian
Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah
Membangunkan bakat dan kebolehan murid
Membangunkan bidang akademik dan kokurikulum murid
Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya
Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan
Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK
dan keperluan murid
Arahan:
Sila baca dan fahami konsep Kemahiran TMK dan Kecerdasan Pelbagai
Aplikasi Kemahiran TMK dan Kecerdasan Pelbagai dalam kelas tutorial anda.
Anda dikehendaki bersedia untuk melaksanakan tugasan tersebut

More Related Content

What's hot

HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain Eddy Terinisip
 
Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]cgrohanasmksm
 
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematikKemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematikCik Niz
 
2. slide model pembelajaran
2. slide   model pembelajaran2. slide   model pembelajaran
2. slide model pembelajaranHariyono Kediri
 
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2
Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2一世 一生
 
Desain Pembelajaran Matematika dalam Kerangka Pendekatan Saintifik (Wahidin U...
Desain Pembelajaran Matematika dalam Kerangka Pendekatan Saintifik (Wahidin U...Desain Pembelajaran Matematika dalam Kerangka Pendekatan Saintifik (Wahidin U...
Desain Pembelajaran Matematika dalam Kerangka Pendekatan Saintifik (Wahidin U...Matematika FKIP UHAMKA Jakarta, Indonesia
 
2.3 trialogical learning-alat-bm2018jan4 - copy
2.3 trialogical learning-alat-bm2018jan4 - copy2.3 trialogical learning-alat-bm2018jan4 - copy
2.3 trialogical learning-alat-bm2018jan4 - copySumitra Kan
 
Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajarannik_ruslawati
 
Pengembangan pembelajaran hots
Pengembangan pembelajaran hotsPengembangan pembelajaran hots
Pengembangan pembelajaran hotsKusmanto Kusmanto
 
Model pembelajaran kreatif
Model pembelajaran kreatifModel pembelajaran kreatif
Model pembelajaran kreatifHASHIMI Yusub
 
Model model pembelajaran scl
Model model pembelajaran sclModel model pembelajaran scl
Model model pembelajaran sclShinisri Edogawa
 
Keterampilan berpikir tingkat tinggi (HOTS)
Keterampilan berpikir tingkat tinggi (HOTS)Keterampilan berpikir tingkat tinggi (HOTS)
Keterampilan berpikir tingkat tinggi (HOTS)Desi Fitria Wulandari
 
Pendekatan saintifik dalam proses pembelajaran matematika
Pendekatan saintifik dalam proses pembelajaran matematikaPendekatan saintifik dalam proses pembelajaran matematika
Pendekatan saintifik dalam proses pembelajaran matematikayudith tae
 
01 kbat-lembaga-peperiksaan
01 kbat-lembaga-peperiksaan01 kbat-lembaga-peperiksaan
01 kbat-lembaga-peperiksaannormyusuf
 
2.2 trialogical learning-proses-bm2018jan4
2.2 trialogical learning-proses-bm2018jan42.2 trialogical learning-proses-bm2018jan4
2.2 trialogical learning-proses-bm2018jan4Sumitra Kan
 
Tajuk 2 pembelajaran dan hrd
Tajuk 2 pembelajaran dan hrdTajuk 2 pembelajaran dan hrd
Tajuk 2 pembelajaran dan hrdZilafeeq Shafilla
 
Ilmu pendidikan baru
Ilmu pendidikan baruIlmu pendidikan baru
Ilmu pendidikan baruhilwi
 

What's hot (20)

HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
HTV201 : TEKNIK BERFIKIR : Pemikiran Kreatif Analisis dan Desain
 
Kajian induktif
Kajian induktifKajian induktif
Kajian induktif
 
Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]Kreativiti present[1]
Kreativiti present[1]
 
KURIKULUM BM SR
KURIKULUM BM SRKURIKULUM BM SR
KURIKULUM BM SR
 
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematikKemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
 
Kreativiti present
Kreativiti presentKreativiti present
Kreativiti present
 
2. slide model pembelajaran
2. slide   model pembelajaran2. slide   model pembelajaran
2. slide model pembelajaran
 
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2
Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2Unit 8  Modul 1  Advance  Organizer V2
Unit 8 Modul 1 Advance Organizer V2
 
Desain Pembelajaran Matematika dalam Kerangka Pendekatan Saintifik (Wahidin U...
Desain Pembelajaran Matematika dalam Kerangka Pendekatan Saintifik (Wahidin U...Desain Pembelajaran Matematika dalam Kerangka Pendekatan Saintifik (Wahidin U...
Desain Pembelajaran Matematika dalam Kerangka Pendekatan Saintifik (Wahidin U...
 
2.3 trialogical learning-alat-bm2018jan4 - copy
2.3 trialogical learning-alat-bm2018jan4 - copy2.3 trialogical learning-alat-bm2018jan4 - copy
2.3 trialogical learning-alat-bm2018jan4 - copy
 
Model model pengajaran
Model model pengajaranModel model pengajaran
Model model pengajaran
 
Pengembangan pembelajaran hots
Pengembangan pembelajaran hotsPengembangan pembelajaran hots
Pengembangan pembelajaran hots
 
Model pembelajaran kreatif
Model pembelajaran kreatifModel pembelajaran kreatif
Model pembelajaran kreatif
 
Model model pembelajaran scl
Model model pembelajaran sclModel model pembelajaran scl
Model model pembelajaran scl
 
Keterampilan berpikir tingkat tinggi (HOTS)
Keterampilan berpikir tingkat tinggi (HOTS)Keterampilan berpikir tingkat tinggi (HOTS)
Keterampilan berpikir tingkat tinggi (HOTS)
 
Pendekatan saintifik dalam proses pembelajaran matematika
Pendekatan saintifik dalam proses pembelajaran matematikaPendekatan saintifik dalam proses pembelajaran matematika
Pendekatan saintifik dalam proses pembelajaran matematika
 
01 kbat-lembaga-peperiksaan
01 kbat-lembaga-peperiksaan01 kbat-lembaga-peperiksaan
01 kbat-lembaga-peperiksaan
 
2.2 trialogical learning-proses-bm2018jan4
2.2 trialogical learning-proses-bm2018jan42.2 trialogical learning-proses-bm2018jan4
2.2 trialogical learning-proses-bm2018jan4
 
Tajuk 2 pembelajaran dan hrd
Tajuk 2 pembelajaran dan hrdTajuk 2 pembelajaran dan hrd
Tajuk 2 pembelajaran dan hrd
 
Ilmu pendidikan baru
Ilmu pendidikan baruIlmu pendidikan baru
Ilmu pendidikan baru
 

Similar to Bmm (ii) htr

Desain Teknologi Pembelajaran
Desain Teknologi PembelajaranDesain Teknologi Pembelajaran
Desain Teknologi Pembelajarannana
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaranitanurhayati
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaranitanurhayati
 
PPt Penyusunan Perangkat Pembelajaran.ppt
PPt Penyusunan Perangkat Pembelajaran.pptPPt Penyusunan Perangkat Pembelajaran.ppt
PPt Penyusunan Perangkat Pembelajaran.pptEriArdianto5
 
10 ALAT BANTU (PENDEKATAN, MODEL, METODA).pptx
10 ALAT BANTU (PENDEKATAN, MODEL, METODA).pptx10 ALAT BANTU (PENDEKATAN, MODEL, METODA).pptx
10 ALAT BANTU (PENDEKATAN, MODEL, METODA).pptxBudimanSetiawan5
 
RPS Bel Pem Grup A.doc
RPS Bel Pem Grup A.docRPS Bel Pem Grup A.doc
RPS Bel Pem Grup A.docIstiSitepu1
 
PENDEKATAN DAN MODEL PEMBELAJARAN IPA kel 1.pptx
PENDEKATAN DAN MODEL PEMBELAJARAN IPA kel 1.pptxPENDEKATAN DAN MODEL PEMBELAJARAN IPA kel 1.pptx
PENDEKATAN DAN MODEL PEMBELAJARAN IPA kel 1.pptxNanaLestari3
 
fida hots ppt.pptx
fida hots ppt.pptxfida hots ppt.pptx
fida hots ppt.pptxssuser4f0d4e
 
300923 Materi RPP.pptx
300923 Materi RPP.pptx300923 Materi RPP.pptx
300923 Materi RPP.pptxAdityaWarman65
 
Model-Model Pembelajaran
Model-Model PembelajaranModel-Model Pembelajaran
Model-Model PembelajaranFitri Yusmaniah
 
Daring modul 5 kb_1_ model pembelajaran
Daring modul 5 kb_1_ model pembelajaranDaring modul 5 kb_1_ model pembelajaran
Daring modul 5 kb_1_ model pembelajaranRosmalia Eva
 
9 prakarya
9  prakarya9  prakarya
9 prakaryaagoes13
 
2. Pengembangan RPP dan Perangkat Lainnyaa- PPG Unisma 2022 (1).pdf
2. Pengembangan RPP dan Perangkat Lainnyaa- PPG Unisma 2022 (1).pdf2. Pengembangan RPP dan Perangkat Lainnyaa- PPG Unisma 2022 (1).pdf
2. Pengembangan RPP dan Perangkat Lainnyaa- PPG Unisma 2022 (1).pdfagustinakurnianingsi1
 
Pendekatan dan model_pembelajaran
Pendekatan dan model_pembelajaranPendekatan dan model_pembelajaran
Pendekatan dan model_pembelajaranRusli Lahiya
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajarannanasupriatna
 
Pendekatan pembelajaran saintifik
Pendekatan pembelajaran saintifikPendekatan pembelajaran saintifik
Pendekatan pembelajaran saintifikDeir Irhamni
 

Similar to Bmm (ii) htr (20)

Desain Teknologi Pembelajaran
Desain Teknologi PembelajaranDesain Teknologi Pembelajaran
Desain Teknologi Pembelajaran
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaran
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaran
 
PPt Penyusunan Perangkat Pembelajaran.ppt
PPt Penyusunan Perangkat Pembelajaran.pptPPt Penyusunan Perangkat Pembelajaran.ppt
PPt Penyusunan Perangkat Pembelajaran.ppt
 
10 ALAT BANTU (PENDEKATAN, MODEL, METODA).pptx
10 ALAT BANTU (PENDEKATAN, MODEL, METODA).pptx10 ALAT BANTU (PENDEKATAN, MODEL, METODA).pptx
10 ALAT BANTU (PENDEKATAN, MODEL, METODA).pptx
 
RPS Bel Pem Grup A.doc
RPS Bel Pem Grup A.docRPS Bel Pem Grup A.doc
RPS Bel Pem Grup A.doc
 
PENDEKATAN DAN MODEL PEMBELAJARAN IPA kel 1.pptx
PENDEKATAN DAN MODEL PEMBELAJARAN IPA kel 1.pptxPENDEKATAN DAN MODEL PEMBELAJARAN IPA kel 1.pptx
PENDEKATAN DAN MODEL PEMBELAJARAN IPA kel 1.pptx
 
2) BAB II.pdf
2) BAB  II.pdf2) BAB  II.pdf
2) BAB II.pdf
 
fida hots ppt.pptx
fida hots ppt.pptxfida hots ppt.pptx
fida hots ppt.pptx
 
300923 Materi RPP.pptx
300923 Materi RPP.pptx300923 Materi RPP.pptx
300923 Materi RPP.pptx
 
Model-Model Pembelajaran
Model-Model PembelajaranModel-Model Pembelajaran
Model-Model Pembelajaran
 
Daring modul 5 kb_1_ model pembelajaran
Daring modul 5 kb_1_ model pembelajaranDaring modul 5 kb_1_ model pembelajaran
Daring modul 5 kb_1_ model pembelajaran
 
9 prakarya
9  prakarya9  prakarya
9 prakarya
 
9 prakarya
9  prakarya9  prakarya
9 prakarya
 
PjBL (2).pdf
PjBL (2).pdfPjBL (2).pdf
PjBL (2).pdf
 
Pengantar pjbl
Pengantar pjblPengantar pjbl
Pengantar pjbl
 
2. Pengembangan RPP dan Perangkat Lainnyaa- PPG Unisma 2022 (1).pdf
2. Pengembangan RPP dan Perangkat Lainnyaa- PPG Unisma 2022 (1).pdf2. Pengembangan RPP dan Perangkat Lainnyaa- PPG Unisma 2022 (1).pdf
2. Pengembangan RPP dan Perangkat Lainnyaa- PPG Unisma 2022 (1).pdf
 
Pendekatan dan model_pembelajaran
Pendekatan dan model_pembelajaranPendekatan dan model_pembelajaran
Pendekatan dan model_pembelajaran
 
Kurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan PengajaranKurikulum Dan Pengajaran
Kurikulum Dan Pengajaran
 
Pendekatan pembelajaran saintifik
Pendekatan pembelajaran saintifikPendekatan pembelajaran saintifik
Pendekatan pembelajaran saintifik
 

Bmm (ii) htr

  • 1. (ii) Berdasarkan konsep bagi setiap KBT, sila cadangkan satu aktiviti bagi setiap KBT dan nyatakan bahan-bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut dengan memasukkan audio/visual/grafik. ( Kerja individu, 50%). KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH Pengenalan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam setiap sesi pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan. Ia juga sebagai persediaan murid menghadapi senario dunia global yang sebenar. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai tambah untuk guru melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap kemahiran bernilai tambah itu bolehdilaksanakansecarasolomahupunsecarabergabungan. JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (a)KemahiranBerfikir Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan pendapat Mayer (1977 dan 1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses asas berfikir ialah apabila anda mengemukakan pertanyaan. Hal ini kerana untuk mengemukakan pertanyaan anda perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya. Proses berfikir itu akan melibatkan satu set pertanyaanyangdimulaipertanyaanrasaingintahu,seperti; a)Apakahobjekitu? b)Bagaimanakahbentukobjekitu? c)Apakahkegunaanobjekitu? d)Bagaimanakahmenggunakanobjekitu? e)Dimanakahdapatmemperolehobjekitu? Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab pertanyaan itu, anda akan menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari dan menilai kerana tidak semua maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan jawapan. Dalam proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa kemahiran seperti berfikiran kreatif, berfikiran kritis, menaakul dan strategi berfikir.Iadinamakanjenis- jeniskemahiranberfikir. Maklumat yang berikut ialah contoh aktiviti yang boleh dijalankan
  • 2. dalampengajarandanpembelajaran. (b) KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF ialah kemahiran mencerna dan menghasilkan idea baharu yang mementingkan keindahan. Lazimnya ia melibatkan penghasilan bentuk baharu, pengolahan bahasa yang indah, teknik penyampaian yang menarik, dan sudut pandangan yang tidak berlandaskan kebiasaan. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002) dalam Kemahiran Berfikir Kreatif akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti:- i) MENJANA IDEA. Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengemukakan idea, mencadangkan alternatif, mencadangkan sebab, menyenaraikan idea, menyatakan cara lain, menyumbangkan pendapat atau pandangan, menyatakan kemungkinan, menghasilkan atau mencetus idea baharu, dan sebagainya. ii) MEMBUAT INFRENS. Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan awal atau hipotesis berdasarkan pemerhatian, membuat rumusan awal berdasarkan data-data yang diperoleh, membuat kesimpulan awal daripada maklumat yang diperoleh, membuat tanggapan awal, membuat penyataan awal, menyatakan pendidirian awal, menyatakan ketetapan awal dan sebagainya. iii. MENGHUBUNGKAIT. Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menerangkan sebab dan akibat, menyatakan perkaitan, menyatakan sebab-musabab, menyatakan implikasi, mengkaji perkaitan, mencari perkaitan, mengaitkan idea, menyatakan pertalian, membuat perhubungan dan sebagainya. iv. MERAWAT. Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan apa yang akan berlaku, membuat jangkaan, mengganggarkan apa yang akan berlaku, membuat perlunjuran, menyatakan kemungkinan yang akan berlaku, dan sebagainya. v. MEMBUAT HIPOTESI Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya, membuat andaian yang perlu
  • 3. dibuktikan kebenarannya, membuat penyataan yang perlu diuji ketepatannya, menyatakan kesimpulan sementara yang perlu diuji dan sebagainya. vi. MENSISTENSIS. Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menggabungkan idea, menggubalkan semula, menyatukan idea-idea, menyepadukan idea- idea, dan sebagainya. vii. MENGITLAK. Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat penyataan umum berdasarkan pola, membuat generalisasi, membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea, dan sebagainya. viii. Menganalogi. Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah memetaforakan, membuat sindiran, membuat kiasan, membuat perlambangan, membuat simulasi, membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan, dan sebagainya. ix. Membuat gambaran mental. Contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengimaginasikan, menggambarkan dalam bentuk lain, membayangkan dalam minda, melakarkan peta minda, menceritakan gambaran mental, dan sebagainya. x. REKA CIPTA. Antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah cadangan idea, asli, menghasilkan guahan asli, membuat rekaan bentuk, menciptakan sesuatu, membuat pengubahsuaian, menghasilkan idea kreatif,dansebagainya. (b) KEMAHIRAN BERFIKUT Membuat analisis, membuat penilaian, membuat sintesis, membuat kritikan dan menilai kemunasabahan sesuatu idea. Dalam proses membuat penilaian itu akan melibatkan penyesuaian dengan beberapa aspek atau elemen. Mengkritik karya kesusasteraan akan melibat penggunaan teori kajian sastera sebagai kayu pengukurnya. Menilai tingkah-laku manusia akan melibatkan aspek sosio-budaya bangsa berkenaan sebagai kayu pengukurannya. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002a) dalam Kemahiran Berfikir Kritisakanmelibatkanbeberapaaktivitipemikiranseperti;
  • 4. i. MENCIRIKAN: Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan atau menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu, mengenal pasti dan menyatakan kualiti sesuatu,dansebagainya. ii. MEMBANDING BEZA: Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari persamaan dan perbezaan ciri, bentuk, sifat, warna, fungsi, dan sebagainya. iii. Mengumpul dan mengkelaskan Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat pengkelasan berasakan ciri, kategori, fungsi, bentuk, warna, kriteria, dan sebagainya. iv. Membuat urutan Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyusun mengikut urutan, kepentingan, nilai, abjad, nombor, kriteria tertentu, dan sebagainya. v. Menganalisis Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencerakin maklumat, mengolah idea, mengesan sebab, menghuraikan faktor, ciri-ciri, akibat, mencari punca atau bukti berasaskan maklumat atau data, dan sebagainya. vi. Menilai Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mentaksir maklumat, mempertimbangkan pendapat atau cadangan, membuat pilihan, menentukan nilai atau kepentingan, mencari sebab dan kesan, dan sebagainya. vii. Membuat kesimpulan Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah merumuskan maklumat atau data, membuat hipotesis atau tesis, kesimpulan dan sebagainya. (c) Kemahiran Berfikir Menaakul ialah kemahiran membuat pertimbangan secara logik dan rasional terhadap beberapa contoh sebelum membuat kesimpulan. Terdapat penaakulan secara induktif (berasaskan beberapa contoh kemudian membuat kesimpulan) dan penaakulan deduktif (mengemukakan rumusan dan kemudian memberi beberapa contoh untuk membuktikan kebenaran rumusan tersebut). Aktiviti menaakul melibatkan;
  • 5. i. Hipotesis Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat untuk membuktikan hipotesis seperti memberi contoh-contoh sesuai. ii. Pengumpulan Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengumpulkan maklumat atau data yang sama ciri, sifat atau kriteria untuk membuat kesimpulan atau rumusan. (d) STRATEGI BERFIKIR Gabungan pemikiran itu bertujuan untuk membuat konsepsi, keputusan dan menyelesaikan masalah.Petunjukstrategiberfikirialah; i. Mengkonsepsikan Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti ciri- ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat rumusan dan membina konsep. ii. Menyelesaikan masalah Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti masalah, punca masalah, kesan masalah, sasaran masalah dan sebagainya untuk diselesaikan. iii. Membuat keputusan Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti matlamat, sasaran, kepentingan, alternatif, punca dan kesan dan sebagainya untuk buat penentuan. (b)KemahiranTeknologiMaklumatdanKomunikasi Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bermaksud kebolehan, keupayaan menggunakan alat-alat ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berfikrah, terancang, kesesuaian, dan berkesan. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengajaran dan keberkesanan pembelajaran. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003) penggunaan ICT untuk tujuan komunikasi seprti menghantar dan menerima emel, menggunakan aplikasi perisian untuk menyempurnakan tugasan dan mengakses maklumat. Kemahiran ICT perlu diaplikasikan supaya murid dapat menggunakannya untuk tujuan mendapatkan maklumat, memproses maklumat, dan menghantar maklumat. Kemahiran ICT bukan sahaja kemampuan aplikasi komputer atau internet, malahan juga radio kaset,
  • 6. televisyen dan sebagainya yang bersifat teknologi. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a) penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dari aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pengajaran, ICT digunakan sebagai; i. Persembahan Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menayangkan power points, petikan, gambar, gambar rajah, gambarvisualdansebagainya. ii. Demonstrasi Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah gambar visual berkenaantunjukcara,rajahcontohpelaksanaan,dansebagainya. Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapatdilaksanakandalambeberapakategoriseperti; i. Tutorial Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat dalam internet, menyelesaikan atau melengkapkan tugasan, menghantar maklumat menggunakan email, menonton demostrasicontohtugasan,dansebagainya. ii. Penerokaan Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal; mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi, melihat demonstrasi sesuatu untuk dilaporkan. iii. Pengaplikasian Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis dan mengedit karangan dalam perisian, mencari dan melengkapkan maklumat yang diusahakan, mengaplikasi graf, carta dan sebagainya untuk tujuan melengkapkan maklumat, menyisih dan mengkelas data-data yang diperoleh dengan menggunakan perisian-perisian yang sesuai sepertiSPSS,dansebagainya. iv. Komunikasi Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghantar, menerima dan berkongsi maklumat sama ada antara individu mahupun dengan ramai individu. Antara mod atau bahan yang memboleh (c)KemahiranBelajarCaraBelajar Pusat Perkembangan kurikulum (2001b) menegaskan Belajar Cara Belajar (BCB) sebagai satu proses teknik belajar sama ada belajar bersama guru mahupun belajar tanpa bersama
  • 7. guru. Pendapat Sherina yang dipetik oleh Abdul Hamid Mahmood (2007) pula berpendapat BCB merupakan kaedah belajar atau menelaah pelajaran yang boleh berlaku dalam kelas bersama guru ataupun secara berseorangan membaca buku di perpustakaan. Bagi Abdul Hamid Mahmood sendiri BCB merupakan usaha mengembangkan tabiat belajar. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003) menegaskan tujuan pelaksanaan BCB agar murid peka terhadap teknik-teknik pembelajaran yang berkesan bagi membolehkan murid meningkat pengetahuan, cekap bertindak dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa, dan sebagai amalan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan terbentuk sikap peka diharapkan sistem pendidikan akan menghasilkan pelajar yang aktif, bersikap ingin tahu, rajin berusaha mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dan matang merumuskan maklumat. Antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat sumbang saran, aktif menyoal, mengenal pasti idea dan menyusun idea, mencari sumber maklumat, memilih dan menilai maklumat, membuat pemerhatian, mendengar secara aktif, mencatat nota atau maklumat atau data, membuat inferensi atau generalisasi, menyusun data, membuat rujukan silang, berkongsi maklumat, menepati masa. Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Hj. Nik Basri (2007), BCB melibatkan aspek; i. Kemahiran pengurusan kendiri Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyediakan peralatan belajar, pengurusan masa, pilihan kerjaya masa depan, menepati masa, mengurus tekanan belajar dan menggalakkan perbincangan. ii. Kemahiran mendengar, participating dan mengambil nota Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghayati, memahami dan menilai maklumat didengari, mencatat maklumat didengari, rajin bertanya, memberi pendapat atau pandangan, bersikap ingin tahu dan mencuba, berkongsi maklumat dan sebagainya. iii. Kemahiran membaca Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membaca secara luncuran (skimming) seperti membaca tajuk, subtajuk, pendahuluan, ringkasan atau rumusan; membaca secara imbasan (scanning) seperti membaca pantas pendahuluan atau rumusan; bacaan intensif secara terperinci dan tekun; dan bacaan laju dengan cara menambahkanbahanbacaan. iv. Kemahiran menulis
  • 8. Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis atau mencatat cepat, membuat ringkasan, membuat peta minda, mencatat isi penting dan sebagainya. v. Kemahiran mengingat Aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyenaraikan kembali fakta atau isi, menceritakan kembali maklumat yang dibaca, dan sebagainya. (d)KemahiranKajianMasaDepan Pusat Perkembangan Kurikulum (2002b) Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu cara menyusun pemikiran atau cara kita mengkonsepsikan kehidupan. KMD diperkenalkan agar generasi baharu bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Hal ini disebabkan masa depan setiap manusia pasti berubah, penuh dengan cabaran, dan dugaan yang tidak sama dengan masa sekarang. Dengan adanya kesedaran KMD diharapkan dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik dan matang. Betapapun kita tidak tahun kejadian masa depan, namun masa depan dapat diramalkan. Misalnya, seseorang yang terlibat sebagai pengedar najis dadah pasti akan ditangkap dan dihukum pada suatu masa nanti. Antara aspek pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah; i. Membuat ramalan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis maklumat atau data dan kemudian membuat ramalan, membayangkan berlaku sesuatu (imaginasi), membuat persediaan untuk menghadapi hasil ramalan,dansebagainya. ii. Menjangka akibat -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis sebab dan menjangka akibatnya, menganalisis kejadian dan menjangka akibatnya, mengatur strategi mengatasi kebimbangan, membuat persediaan menghadapi sesuatu yang bakal berlaku, dan sebagainya. iii. Mengendalikan perubahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membincangkan cara-cara mengatasi sesuatu daripada berlaku, membuat persediaan untuk menghadapi sesuatu, menyesuaikan kebiasaandiri,dansebagainya. (e)KemahiranKecerdasanPelbagai Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP) merujuk kebolehan murid menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya kepelbagaian kemahiran murid mampu menjana idea untuk memajukan lapangan diceburi. KKP mampu melahirkan murid aktif kerana dengan adanya kepelbagaian kemahiran menyebabkan murid berani menawarkan khidmat bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Pusat perkembangan
  • 9. Kurikulum (2001c) mencadangkan lapan jenis kecerdasan pelbagai yang sesui diterapkan dalampengajarandanpembelajaranmurid,iaitu; i. Kecerdasan Verbal-Linguistik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melafazkan kata-kata secara santun, melafazkan kata- kata dengan nada dan intonasi yang betul, memilih dan menggunakan perkataan yang tepat menggambarkan idea dalam setiap penulisan, kebolehan menggunakan ungkapan dan bahasa badan yang sesuai berdasarkan situasi, persekitaran, status sosial dan isu yang diperkatakan, dan sebagainya. ii. Kecerdasan Logik-Matematik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, memahami fungsi nombor, simbol atau tanda dan kegunaannya, kebolehan menjangka, dan sebagainya. iii. Kecerdasan Visual-Ruang -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuk kemampuan membuat persembahan idea, grafik, hasil seni secara berkesan dalam ruang ditetapkan. iv. Kecerdasan Kinestetik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan badan, anggota badan dan ekspresi badan untuk menyatakan idea, kepelbagaian perasaan, fikiran, menyelesaikan masalah, menyampaaikan hasrat dan sebagainya. v. Kecerdasan Muzik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan irama, rentak, tempo, dan melodi lagu. Juga termasuk mengenali rentak pengerakan yang sesuai dengan melodi atau irama. vi. Kecerdasan Interpersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain, serta kebolehan menarik minat orang lain untuk turut sama melakukan sesuatu yang dianjurkan. Misalnya, menarik minat murid menjawab soalan atau melakonkan tugasanyangdiberikan. vii. Kecerdasan Intrapersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami diri sendiri dari segi kelemahan, kekuatan, hasrat dan kehendak. Dengan memahami diri sendiri akan memboleh individu berkenaan menangani kelemahan, menjanakan kekuatan, mengawal kemarahan atau kekecewaan, dan memilih aspek yang mampu dilaksanakan. viii. Kecerdasan Naturalis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan dari aspek umum seperti mengenali dan memahami alam persekitaran dan makhluknya, sosio-budaya masyarakat kaum sendiri dan
  • 10. oranglaindanmengamalkannya,dansebagainya. (f)KemahiranPembelajaranKontekstual Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001d) Pembelajaran Kontekstual (PK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan alam pekerjaan. PK menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (mengamalkan) dan minds-on (memikirkan) dalam persekitaran pelbagai. Pembelajaran berlaku apabila murid dapat memproses maklumat dengan cara menggabungkan atau menghubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan pengetahuan baharu secara bermakna. Ia berlaku dalam minda dan kemudian diterjemahkan secara nyata sama melalui kata-kata, perlakuan atau hasilan. Pengalaman sedia ada murid itu melibatkan peraturan bahasa, adat budaya, persekitaran sosial, psikologi, alam fizikal, amalan kehidupan, sekolah, tempat kerja atau tempat tinggal, pelbagai bidang ilmu, dan sebagainya. Guru boleh melaksanakan Kemahiran Pembelajaran Kontekstual dalam bilik darjah dalam pelbagaibentukpembelajaranseperti; i. Menghubung kait -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyambungkan cerita, mencipta objek atau mengemukakan idea alternatif, mengubah suai sesuatu atau cara agar sesuai dengan keperluan semasa, dan sebagainya. ii. Mengalami -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melakukan penerokaan idea, penemuan idea baharu berdasarkan maklumat atau idea sedia ada, reka cipta seperti mencipta „kereta luncur‟ yang menggabungkan ciri-ciri kenderaan darat dengan kenderaan air dan kenderaanudara,dansebagainya. iii. Mengaplikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencipta objek pelbagai guna, menulis karangan yang mempunyai pelbagai teknik atau laras bahasa, dan sebagainya. iv. Bekerjasama -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah memberi reaksi terhadap permasalahan dalam pembelajaran, aktif menjana pembelajaran bersama, berkongsi idea atau maklumat, dan sebagainya. v. Memindahkan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis maklumat sedia ada dan kemudian memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah, menggunakan ilmu-ilmu dari bidang lain seperti menggunakan objek bersudut (Matematik) untuk melukis mural (Seni Visual), mengarang cerita Sains, memilih corak dan warna yang sesuai untuk pakaian harian, dan sebagainya.
  • 11. (g)KemahiranPembelajaranKonstruktivisme Menurut McBrien & Brandt, dan M. Briner yang dipetik oleh Pusat Perkembangan kurikulum (2001e) Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan dengan membina pengetahuan baharu atau konsep baharu secara aktif. Murid membina sesuatu atau pengetahuan mereka dengan menguji idea baharu dan idea sedia ada. Mereka boleh mencipta satu makna baharu atau objek baharu. Tentunya untuk membina sesuatu yang baharu akan memerlukan sesuatu yang sedia ada. Jepun mencipta kereta Toyota adalah berdasarkan kereta Ford yang dicipta oleh Britain. Yang menjadi inti fokus dalam konstruktivisme ialah „membina sesuatu yang baharu‟ sama ada yang dibina itu objek, konsep, penulisan dan sebagainya. Muhd. Nasrudin Dasuki mencipta Mapen dengan menggabungkan bentuk drama dengan cerpen. Murid boleh membina sesuatu berdasarkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada mahupun idea baharu. Hal ini berbeza dengan PK yang menekankan „penggabungan idea‟ atau „hubung kait idea.‟ Konstruktivisme dapat membina pemahaman dan pengetahuan baharu. Aspek pengajaran dan pembelajaran yang boleh melaksanakan Pembelajaran Konstruktivismeialah; i. Mengkonsepsikan idea -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina takrif atau definisi sesuatu. ii. Analisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina rumusan maklumat atau data-data, mengkategorikan maklumat atau data berdasarkan kriteria tertentu, dan sebagainya. iii. Penghasilan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina objek-objek seperti kenderaan atau rumah masa depan,dansebagainya. iv. Hipotesis atau tesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan karangan atau idea perbincangan, membina hipotesis atau ramalan berdasarkan maklumat diperoleh, membina tesis berdasarkan maklumat dan data yang sahih, dan sebagainya. Kesimpulan Berdasarkan penerangan di atas dapat disimpulkan bahawa Kemahiran Bernilai Tambah memberi idea alternatif kepada guru dan murid menjanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih ceria, bermakna dan berkesan. KBT dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan memberi peluang kepada murid melaksanakan KBT dan seterusnya menjadikan pembelajarannya berkesan. Hal ini sesuai dengan tujuan KBT diperkenalkan, iaitu agar dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario
  • 12. dunia yang global. Rujukan Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001a. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001b. Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001c. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001d. Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001e. Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002a. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002b. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2003. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hamid Mahmood, Abdul, dan Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, “Kemahiran
  • 13. Belajar Cara Belajar” dlm. Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kemahiran Bernilai Tambah KONSEP KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DAN PENGINTEGRASIANNYA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU 1.1 Kurikulum Semakan dan Kemahiran Bernilai Tambah Kurikulum semakan tahun 2000 merupakan usaha berterusan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mewujudkan kurikulum yang mampu memenuhi aspirasi negara. Perubahan ini dilakukan berasaskan pandangan umum bahawa struktur dan kandungan kurikulum yang sedia ada harus memenuhi tuntutan baru. Dalam kurikulum semakan ini, kemahiran bernilai tambah merupakan suntikan baru kepada pengisian kurikulum tersebut. Elemen pengisian kurikulum sedia ada seperti penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan dan patriotisme dan peraturan sosiobudaya dikekalkan. Kemahiran bernilai tambah yang diterapkan secara eksplisit dalam kurikulum semakan memperlihatkan komitmen Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti 1.2 Rasional Pengintegrasian Kemahiran bernilai tambah dalam kurikulum Semakan Kementerian Pelajaran mengambil kira saranan UNESCO dalam “The Treasure Within” Report to UNESCO of the International Commision on Education for the Twenty-first Century Learning” (1995).Laporan ini mengemukakan konsep pembelajaran seumur hidup sebagai syarat menempuh cabaran abad ke-21 dan empat asas utama pendidikan yang berikut: i. Belajar untuk mengetahui (learning to know). Penggabungan pendidikan umum dengan beberapa mata pelajaran terpilih yang dapat memberikan ruang untuk pendidikan seumur hidup. ii. Belajar untuk membuat (learning to do) Kebolehan untuk menghadapi pelbagai situasi alam pekarjaan serta mampu bekerja dalam satu pasukan. iii. Belajar untuk hidup bersama (learning to live together) Rasa persefahaman terhadap orang lain melalui sejarah, tradisi dan nilai kerohanian mereka dan semangat saling bergantung untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup bersama. iv. Belajar menjadi insan sempurna (learning to be) Keupayaan berdikari dan mengamalkan pertimbangan dengan rasa tanggungjawab dalam usaha mencapai matlamat bersama.
  • 14. Empat tungguk utama pendidikan ini menggariskan pendekatan untuk membangunkan dan mempertingkatkan potensi individu seoptimum mungkin. Tungguk pertama dan kedua, „belajar untuk mengetahui” dan “belajar untuk membuat” menjelaskan keperluan mengintegrasikan kemahiran bernilai tambah yang releven dengan kehidupan semasa dan akan datang dengan kandungan kurikulum teras merentas mata pelajaran dan disiplin ilmu. Gabungan kecekapan dan pengetahuan yang diperolehi daripada sesuatu bidang ilmu atau mata pelajaran , serta kemahiran generik yang dikuasai oleh individu pelajar membolehkannya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai warganegara secara efisien dalam situasi perubahan teknologi yang berterusan. Prasyarat untuk guru (untuk kejayaan) 1. Guru perlu tahu tentang kandungan (apa yang hendak disampaikan) (what to be given/ delivered/ transferred) 2. Kaedah menyampaikan (the arrival of meaning) 3. Adakah keinginan untuk melakukan. 4. Pembinaan sikap-sikap positif. KONSEP KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH Dalam literatur pendidikan, istilah „kemahiran generik‟ sering diutarakan dengan pengertian yang arbitrari. Gagne mentakrifkan kemahiran generik sebagai „strategi kognitif „. Sarjana kognitif pula merujukkannya sebagai „ilmu bebas domain‟ (domain-independent knowledge) Stasz et.al, 1990: Bikson dan Law, 1995; Bikson, 1994 mentakrifkan kemahiran generik sebagai „ Suatu literatur pendidikan umum tentang keupayaan kognitif seperti belajar cara belajar, menganalisis dan menyelasaikan masalah, inovasi dan komunikasi.” Attewell (1994) : pengguna / pekerja yang memiliki kemahiran generik dapat mempelajari aplikasi baru yang disampaikan kepadanya dengan mudah. Dalam hal ini kemahiran generik dilihat sebagai sangat penting namun masih kurang diberkan penekanan. Institusi pengajian tinggi dan maktab-maktab perguruan menjadikan kemahiran generik sebahagian daripada kurikulum pengajian. Latihan Guru Sekolah Bestari yang ditawarkan di beberapa maktab perguruan di Malaysia memberikan penekanan terhadap peningkatan kemahiran generik yang meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran belajar, kemahiran mentaksir dan menilai , dan kemahiran fasilitator.Meskipun aplikasi kemahiran generik semakin diberikan penekanan, namun terdapat variasi tentang subkemahiran yang terangkum dalam kemahiran generik. Bahagian Pendidikan Tinggi (Higher Education Council 1992): Higher Education: Achieving quality AGPS, Canberra, Australia ) menyenaraikan kemahiran generik yang berikut: § Pemikiran kritis § Penyelesaian masalah § Komunikasi berkesan § Keupayaan bekerja dalam pasukan
  • 15. § Kepemimpinan § Keupayaan bekerja mandiri § Literasi maklumat § Keupayaan membuat keputusan § Keupayaan untuk belajar § Keingintahuan intelektual § Pemikiran logik § Pemahaman tentang organisasi § Kecekapan dalam tugas rutin § Pemikiran bebas § Perancangan dan penyelarasan Rangka kerja James Cook University pula menggariskan kemahiran generik seperti berikut: · Pemikiran kritis · Penyelesaian masalah · Keupayaan menggunakan teknologi · Bekerja dengan orang lain · Komunikasi · Pengiraan · Penggunaan teknologi maklumat · Kesedaran sosiobudaya Bagi kurikulum Sekolah Bestari pula, kemahiran generik yang diterapkan ialah: 1. Kemahiran mentaksir dan menilai 2. kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif 3. kemahiran teknologi maklumat 4. kemahiran belajar 5. kemahiran fasilitator
  • 16. Walaupun terdapat pelbagai perspektif kemahiran generik, para sarjana bersetuju bahawa jenis kemahiran generik yang utama ialah kemahiran berfikir (penyelsaian masalah), strategi pembelajaran (mencipta mnemonik untuk mengingat dan kemahiran metakognitif). Para sarjana, penggubal kurikulum dan pelaksana pendidikan bersetuju tentang kepentingan kemahiran generik serta tuntutan untuk melengkapkan individu pelajar dengan kemahiran tersebut. Konsep dan prinsip kemahiran bernilai tambah yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejajar dengan kemahiran generik. Kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran umum yang diaplikasikan merentas semua domain mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah. Kemahiran bernilai tambah memerlukan masa yang lebih panjang untuk dikuasai berbanding dengan ilmu/ kemahiran dalam mata pelajaran tertentu. Kemahiran bernilai tambah merupakan kemahiran yang diperolehi melalui aplikasi kemahiran generik, serta melalui aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kemahiran bernilai tambah tersebut ialah: 1. Kemahiran berfikir 2. Kemahiran belajar cara belajar 3. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi 4. Kajian masa depan 5. Kecerdasan pelbagai 6. Pembelajaran konstruktivisme 7. Pembelajaran kontekstual Bagi tiga kemahiran pertama di atas, terkandung pecahan kemahiran generik yang lebih khusus seperti kemahiran menganalisis, kemahiran merujuk bahan atau menyusun data dan fail dalam komputer. Kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran kontekstual merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menjadi medium untuk memperkukuhkan kemahiran generik di samping mencetuskan kemahiran tambahan yang relevan dengan kehidupan harian. Sebagai contoh, pendekatan pembelajaran konstruktivisme, pembelajaran kontekstual dan tumpuan kepada kecerdasan interpersonal (dalam kecerdasan pelbagai) menekankan kerja dan interaksi dalam kumpulan. Oleh hal yang demikian, aplikasi pendekatan-pendekatan tersebut menyediakan wadah mencetuskan kemahiran berinteraksi, meningkatkan kemahiran interpersonal, serta kebolehan bekerja dalam pasukan. (teamwork) Kemahiran bernilai tambah ini yang diintegrasikan dalam kurikulum semakan mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang sebenar. 2.1 Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan
  • 17. menulis.Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Antara kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah: 1. mencirikan 2. mengelaskan, mengumpulkan mengkategorikan 3. menghubungkaitkan 4. membandingkan dan membezakan 5. menyusun mengikut keutamaan 6. menentukan urutan 7. mengenalpasti kenyataan benar dan palsu 8. membezakan fakta (Menurut … dalam bukunya, ) dan pendapat (I think, I believe, I feel, In my opinion) 9. menganalisis 10. mengesan kecondongan pendapat 11. mengenalpasti sebab dan akibat 12. meramalkan 13. mensintesiskan 14. mengitlak 15. menganalogikan 16. membuat inferens 17. membuat kesimpulan 18. menginterpretasikan, mentafsirkan 19. menilai 20. menjana idea 21. mereka cipta 22. merumuskan, meringkaskan 23. menyelesaikan masalah 24. membuat keputusan
  • 18. Untuk membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut, alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan (bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan) serta peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . 2.2 Kemahiran Belajar cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar diajarkan supaya murid peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Kemahiran belajar yang perlu dikuasai ialah menentukan bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup. Antara aspek kemahiran belajar cara belajar ialah: 1. Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif 2. Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan 3. Kemahiran membaca ( untuk pemahaman, membaca pantas) 4. Kemahiran mencatat dan menulis pantas 5. Kemahiran menghasilkan laporan 6. Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai, jadual, carta alir dan hierarki 7. Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri, rancangan pembelajaran , pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak. 8. Persediaan menghadapi peperiksaan 9. Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei 10.Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang 11.Strategi belajar dalam kumpulan 2.3 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Kemahiran Teknologi Maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan memperolehi maklumat melalui internet. Kemahiran generik ini berasaskan empat bentuk penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ialtu: 1. TMK untuk pembelajaran tutorial. Pembelajaran secara tutorial menggunakan komputer dan perisian pendidikan sama ada dalam CDROM, cakera keras atau laman web, membolehkan kandungan pelajaran disampaikan dalam urutan yang ditetapkan dan dikawal oleh sistem. Pembangun perisian kini mereka bentuk perisian pendidikan bercirikan sistem tutorial pintar (intelligent tutorial system) dan berupaya menyesuaikan maklumat mengikut tahap keupayaan murid. 2. TMK untuk tujuan penerokaan. Penggunaan TMK secara penerokaan yang berasaskan
  • 19. pendekatan konstruktivisme ini membolehkan murid membuat inkuiri penemuan dan mengakses maklumat daripada CDROM, internet dan portel maklumat , mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dan demonstrasi yang langkah atau prosesnya dikawal oleh murid sendiri. 3. TMK sebagai alat aplikasi. Murid berupaya menggunakan perisian untuk membuat tugasan dan menggunakan perisian aplikasi umum seperti pemproses kata, hamparan elektronik, perisian untuk mereka bentuk (CAD) serta alat aplikasi lain seperti penyemak ejaan, tesaurus dan sebagainya. 4. TMK sebagai alat pemudah komunikasi. Kaedah ini membolehkan murid menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dengan guru atau murid lain menerusi perkembangan terkini. Komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod termasuk teks, grafik, audio, video atau kombinasinya. 2.4 Kajian Masa Depan. (KMD) Satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau (membuat ramalan), masa kini (menjangka akibat) dan masa depan (mengendalikan perubahan). Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum. 2.5 Kecerdasan Pelbagai Setiap individu memiliki kebolehan dan kecerdasan yang berbeza merangkumi kecerdasan verbal- linguistik, logik-metamatik, muzik, kinestatik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Oleh itu guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka. Kecerdasan yang dikenalpasti adalah: 1. Kecerdasan verbal-linguistik. Kebolehan menggunakan kata-kata (sebutan) dengan berkesan secara lisan dan penulisan, mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan menguasai sistem bahasa. 2. Kecerdasan logik-matematik. Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan, menguasai prinsip sebab akibat, kecekapan membuat jangkaan menggunakan logik. 3. Kecerdasan visual-ruang. Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. 4. Kecerdasan kinestatik. Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, termasuk kemahiran fisikal seperti koordinasi, kelenturan, kepantasan dan keseimbangan. 5. Kecerdasan muzik. Kebolehan mengesan irama dan lagu termasuk membezakan dan mengubah rentak dan tempo. 6. Kecerdasan interpersonal. Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. 7. Kecerdasan intrapersonal. Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan
  • 20. kelemahan, hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan persepsi individu. Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal kemarahan dan kesedihan. 8. Kecerdasan naturalis. Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian. Ia merangkumi kebolehan mengesan artifak sejarah dan budaya. Kreativiti guru menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran dan jenis kecerdasan murid yang dididiknya akan memberikan rangsangan untuk belajar dengan penuh minat dan lebih menguasai ilmu yang dipelajarinya. Proses ini juga memungkinkan murid mula menyedari potensi dan kecerdasan dalam diri mereka. 2.6 Pembelajaran Konstruktivisme Pendekatan konstruktivisme dapat melahirkan pelajar yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka sendiri. Konstruktivisme menekankan pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, serta pembinaan pengalaman melalui interaksi sosial. Pembelajaran konstruktivisme berasaskan format 5E yang berikut: 1. Engage (menghubungkait) - merangsang rasa ingin tahu murid dengan memberikan tugasan , mengemukakan soalan dan mencetuskan minat. 2. Explore (meneroka) - memenuhi rasa ingin tahu melalui penyiasatan, pertanyaan, menggalakkan kerja berkumpulan dan menjalankan eksperimen. 3. Explain (menerangkan) - menerangkan konsep, istilah, menyoal balas penerangan, meminta bukti dan alasan dan penjelasan. 4. Elaborate (menghuraikan) - mengembangkan konsep dalam konteks lain, membuat dan meneliti hubung kaitan konsep / topik dalam perkara lain serta membuat hubung kaitan konsep / topik dengan situasi sebenar. 5. Evaluate (menilai) - menguji kefahaman murid, menunjukkan kefahaman atau pengetahuan konsep, mengukur pengetahuan dan kemahiran murid dan mengemukakan soalan terbuka. Menerusi prinsip pembelajaran konstruktivisme , murid akan lebih tajam, yakin dan seronok untuk belajar serta penyediaan asas amalan pembelajaran sepanjang hayat. 2.7 Pembelajaran Kontekstual Pendekatan pembelajaran ini mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekerjaan. Antara prinsip pembelajaran kontekstual ialah: 1. kandungan pelajaran disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai. 2. berpusatkan murid
  • 21. 3. menekankan pembelajaran secara konkrit 4. berasaskan kecekapan dengan melibatkan latih amal (hands-on) dan berfikir 5. menekankan interaksi 6. pembelajaran koperatif 7. akses kepada maklumat Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dengan kehidupan mereka. PRINSIP PENGINTEGRASIAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Kemahiran bernilai tambah perlu diintegrasikan dengan kandungan isi pelajaran sesuatu subjek. Oleh itu guru harus terlebih dahulu mengenalpasti kandungan mata pelajaran untuk disisipkan dan mengajarkan kemahiran bernilai tambah tertentu. Dari segi kurikulum, kemahiran bernilai tambah ialah unsur dalam pengisian kurikulum. Sebagaimana unsur-unsur lain (nilai murni, ilmu, patriotisme dan kewarganegaraan dan peraturan sosiobudaya ) kemahiran bernilai tambah diintegrasikan secara penyerapan. Kurikulum Bahasa Melayu semakan mengekalkan prinsip asas pengajaran iaitu penggabungjalinan dan penyerapan. Walaupun penggabungjalinan hasil pembelajaran dengan kemahiran bahasa , tatabahasa dan kosa kata menjadi prinsip asas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, prinsip penyerapan perlu diberikan perhatian. Penyerapan dalam pengajaran Bahasa Melayu bertujuan memantapkan kebolehan berbahasa dan meningkatkan perkembangan dan kebolehan pelajar dari segi kognitif, afektif, emotif dan psikomotor pelajar. Sehubungan itu, penyerapan kemahiran bernilai tambah mengambil kira: · kesesuaian kemahiran bernilai tambah dengan objektif dan hasil pembelajaran · bahan dan teknik untuk mengajarkan kbt · penyusunan langkah untuk mencapai hasil pembelajaran · peruntukan masa bagi langkah untuk menyerapkan jenis kemahiran bernilai tambah · aspek penilaian formatif hasil pembelajaran dan kbt . Kesesuaian Jenis Kemahiran Bernilai Tambah yang akan Diintegrasikan dengan Hasil Pembelajaran Setelah menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memikirkan jenis
  • 22. kemahiran bernilai tambah yang dapat diserapkan dan dihubungkaitkan dengan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai dalam waktu pengajaran. Guru harus menentukan kemahiran bahasa yang dijadikan fokus, sama ada kemahiran mendengar dan bertutur, membaca atau menulis. Pertimbangan perlu dibuat agar kemahiran ini terjalin dengan aktiviti dan langkah pengajaran yang dirancang untuk mencapai hasil pembelajaran. Langkah yang terancang bagi pengembangan kemahiran bernilai tambah perlu agar kemahiran ini diserapkan kepada pelajar dengan berkesan. Sebagai contoh, guru menetapkan objektif pelajaran berdasarkan hasil pembelajaran Thn 3, kemahiran mendengar dan bertutur 1.1 Aras 2 i yang berikut: 1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai. Aras 2 i. Menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan. Beberapa aktiviti jenis kemahiran bernilai tambah boleh dihubungkaitkan dengan hasil pembelajaran di atas. Aktiviti mendengar rakaman dialog yang mengandungi kata panggilan formal, disusuli dengan latihan secara berpasangan, murid melakonkan semula kata bual yang didengar menggunakan kata panggilan yang betul, melatih kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan mengemukakan panduan mendengar secara intensif dan latih tubi dalam bentuk soal jawab tentang bahan yang didengar, guru juga telah menyerapkan kemahiran mengengar sebagai suatu aspek kemahiran belajar. Latihan membuat simulasi berjumpa kawan lama dan keluarganya di bandar dapat membolehkan murid berlatih bertutur dan mendengar dalam situasi tertentu, menyediakan ruang latihan menggunakan kata panggilan, serta pada masa yang sama dapat mengasah kecerdasan interpersonal murid, suatu kemahiran generik yang penting bagi perkembangan diri individu. Latihan membuat rumusan tentang penggunaan kata panggilan bagi situasi formal dan tidak formal berdasarkan bahan yang didengar atau dibaca mengabungjalinkan kemahiran membaca dan menulis di samping menguji pengetahuan sedia ada murid serta meningkatkan kemahiran merumus, suatu jenis kemahiran berfikir. Melalui teknik lain yang lebih kreatif dalam pengajaran, guru dapat menyalurkan kemahiran bernilai tambah lain sesuai seperti kemahiran kontekstual, di samping dapat mencapai objektif hasil pembelajaran yang ditetapkan. Kemahiran bernilai tambah perlu diolah dan diintegrasikan secara natural ttp terancang dalam langkah pengajaran. Hasil pembelajaran yang menjadi fokus pengajaran harus disisipkan kemahiran bernilai tambah melalui proses yang berterusan, berulang-ulang dan kreatif dapat menyematkan kemahiran hidup (living skills) kepada murid. Pengintegrasian kemahiran bernilai tambah menjadikan ilmu yang dipelajari murid dalam kelas lebih bermakna dan releven dengan tuntutan kehidupan mereka pada masa hadapan. Objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu terbentuk daripada hasil pembelajaran dan sistem bahasa. Unsur kemahiran bernilai tambah boleh diperlihatkan dalam pernyataan objektif tersebut; umpamanya: a. Mengemukakan tiga pernyataan inferens tentang kesan permakanan tidak seimbang.
  • 23. (Contoh pernyataan inferens: Makan banyak makanan yang manis dan berkanji menimbulkan masalah berat badan berlebihan.) b. Mencatat lima maklumat penting berdasarkan maklumat yang didengar. c. Menggemukakan peta konsep karangan “Amalan pemakanan yang sihat” menggunakan alat aplikasi komputer yang telah dipelajari. Objektif a: memperlihatkan penyerapan kemahiran membuat inferens. Objektif b: dapat menguji kecekapan murid mencatat nota (dengan andian guru telah mendedahkan teknik mencatat nota kepada murid.) Objektif c: dapat melatih murid membina peta konsep di sampig dapat dijadikan ukuran untuk menilai tahap kecekapan aplikasi teknologi maklumat. Peruntukan masa untuk mengajarkan kemahiran bernilai tambah Dalam sesuatu waktu pengajaran, tumpuan pengajaran dan kbt ialah mencapai hasil pembelajaran yang menjadi fokus utama dalam sesuatu pelajaran yang juga merupakan objektif pertama dalam pengajaran dan pembelajaran. Bagi subjek bahasa Melayu, beberapa pernyataan hasil pembelajaran bertindan dengan kemahiran bernilai tambah tertentu umpamanya kemahiran berfikir dan belajar cara belajar tertentu, bererti jumlah masa yang diperuntukkan lebih panjang berbanding dengan pernyataan yang tidak menjurus kepada kemahiran bernilai tambah. Bagi tujuan menyerapkan jenis kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran, satu atau dua aktiviti perlu disediakan; misalnya melatih murid membaca secara imbasan indeks, menukarkan maklumat teks kepada bentuk grafik atau mengajarkan cara membuat generalisasi. Pengaplikasian kemahiran TMK biasanya memakan masa yang lebih lama dari segi persiapan bahan dan peralatan dan hal ini menuntut pengurusan kelas dan bahan yang lebih efisien di pihak guru. Penilaian bagi jenis Kemahiran bernilai tambah yang dipilih Di samping mengukur tahap pencapaian murid terhadap hasil pembelajaran yang menjadi objektif dan fokus pengajaran penilaian formatif juga dijalankan untuk menilai tahap pencapaian murid bagi aktiviti penyerapan kemahiran bernilai tambah. Contohnya, apabila seorang murid diminta melakonkan semula atau membuat improvisasi berdasarkan rakaman yang diperdengarkan, penilaian bukan sahaja dibuat dari segi kebahasaan, (ketepatan memilih kata dan kelancaran sebutan), malah guru boleh meletakkan ukuran kreativiti dan penghayatan untuk menilai tahap kecerdasan kinestatik. Di sini jelas menunjukkan bahawa kemahiran bernilai tambah diintegrasikan dengan isi pelajaran teras (hasil pembelajaran) secara terancang pada waktu pengajaran. Bagi mengendalikan pengajaran demikian, guru harus bijak memilih dan menggunakan teknik pengajaran yang sesuai supaya kemahiran bahasa dan kemahiran generik dikuasai murid. Perkara-perkara berikut perlu diingat dalam aktiviti dan langkah pengajaran dan pembelajaran semasa mengintegrasikan kemahiran bernilai tambah
  • 24. Tajuk 12 : Pengaplikasian KBT dalam P&P BM _ TMK & KP Tajuk 12 Pengaplikasian Kemahiran Bernilai Tambah dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Kecerdasan Pelbagai Sinopsis Tajuk ini mengemukakan dua lagi kemahiran bernilai tambah yang dapat membantu guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dua Kemahiran Bernilai Tambah yang dibincangkan dalam tajuk ini ialah: Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP) Hasil Pembelajaran 3.. Mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Kemahiran Bernilai Tambah Nota ringkas: 12.1 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet. Objektif TMK dalam pembelajaran Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan Meningkatkan motivasi murid Membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning) Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperoleh Membolehkan murid mengumpul maklumat yang memerlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar
  • 25. Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum Meningkatkan kemahiran TMK 12.2 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KP) Merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestatik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh hal yang demikian, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza i. Kecerdasan Verbal- Linguistik Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka pada makna yang kompleks Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain Contoh aktiviti : menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan ii. Kecerdasan Logik- Matematik Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Indiidu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap Contoh aktiviti : menaakul, kiraan, dan membuat analisis iii. Kecerdasan Muzik Membolehkan seseorang mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran Seseorang dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik, dan menghafal lirik muzik Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah Contoh aktiviti : mencipta lagu, menyanyi, menikmati muzik, dan berpuisi dengan iringan muzik iv. Kecerdasan Kinestetik
  • 26. Kebolehan menggunakan tubuh badan untuk menghuraikan idea-idea dan perasaan, serta menyelesaikan masalah. Kemahirannya termasuk koordinasi, fleksibiliti, kepantasan gerak geri, dan perimbangan tubuh badan Contoh aktiviti : pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lakonan v. Kecerdasan Visual-Ruang Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna, dan garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik Seseorang itu dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi, berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui, dan bijak menghubungkaitkan antara objek dan ruang Contoh aktiviti : mencorak, melukis, mengukir, dan melakar jalan cerita vi. Kecerdasan Intrapersonal Kebolehan memahami diri sendiri, dari segi kekuatan dan kelemahan, hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan persepsi individu. Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal kemarahan dan kesedihan Contoh aktiviti : menulis tentang diri sendiri, dan menulis puisi tentang diri sendiri vii. Kecerdasan Interpersonal Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain Dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah Contoh aktiviti : Menulis secara kolaboratif, dan perbincangan viii. Kecerdasan Naturalis Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian Banyak menggunakan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di sekeliling Sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna Contoh aktiviti : lawatan, kerja lapangan, dan membaca, mengkaji serta mengkategorikan flora dan fauna Kepentingan Kemahiran Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran Petunjuk kepada potensi murid Mempelbagaikan cara penilaian Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah Membangunkan bakat dan kebolehan murid
  • 27. Membangunkan bidang akademik dan kokurikulum murid Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK dan keperluan murid Arahan: Sila baca dan fahami konsep Kemahiran TMK dan Kecerdasan Pelbagai Aplikasi Kemahiran TMK dan Kecerdasan Pelbagai dalam kelas tutorial anda. Anda dikehendaki bersedia untuk melaksanakan tugasan tersebut