2. Salah satu ciri guru berkesan ialah pengurusan
kelas guru berkenaan adalah baik. Bincangkan:
◦ Pengurusan kelas bermaksud bagaimana seorang guru merancang untuk
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam persikitaran yang kondusif
untuk menjana perkembangan potensi pelajar. Guru itu dikatakan berkesan apabila
mampu untuk menguruskan proses P&P secara berkesan di mana pencapaian pelajar
dapat dilihaat bukan dari aspek akademik namun dari pelbagai aspek non-akademik.
◦ Pengurusan kelas meliputi penyediaan persekitaran yang kondusif untuk pelajar,
merancang perjalanan proses P&P yang berkesan, mendapat perhatian pelajar dan
sebagainya.
3. Apakah yang anda fahamkan dengan maksud
‘pengurusan kelas yang berkesan’?
◦ Pengurusan kelas yang berkesan bermaksud pelajar yang belajar dalam persekitaran
kelas yang berkesan dapat mengembangkan potensinya semasa proses P&P berjalan.
Hal ini kerana pengurusan kelas berkesan dapat mewujudkan proses P&P berkesan di
mana pencapaian pelajar meningkat melalui proses P&P berkesan.
4. Jika anda guru, pengurusan kelas yang
bagaimanakah yang anda inginkan?
◦ Humoristik
◦ Tidak mendiskriminasi antara murid
◦ Persekitaran yang kondusif
◦ Guru yang sentiasa memberi perhatian kepada muridnya
◦ Ada unsur-unsur penceritaan dan cabaran yang perlu ditangani.
5. Faktor pelajar boleh menjadi penentu kepada
berkesan atau tidak pengajaran guru. Apa
pendapat anda dalam hal ini.
◦ Pelajar adalah wadah yang telibat secara langsung dengan pengajaran guru.
Pengajaran yang berkesan dapat dilihat melalui hasil pembelajaran pelajarnya.
Melalui proses penilaian, pengajaran guru dapat diukur sama ada berkesan ataupun
tidak.
6. Berikan 5 manfaat jika kelas yang diuruskan
adalah baik terutamanya semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.
◦ Pelajar memberi perhatian kepada proses P&P
◦ Perkembangan potensi pelajar berjalan secara optimal
◦ P&P berkesan
◦ Pencapaian pelajar meningkat
◦ Peningkatan pemahaman pelajar meningkat