SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 24
Downloaden Sie, um offline zu lesen
2
Pengenalan
Apabila timbul persoalan mengenai Minangkabau pasti masyarakat awam akan
mengaitkannya dengan masyarakat Negeri Sembilan. Walaubagaimanapun, terdapat
perbezaan diantara Negeri Sembilan dan Minangkabau.Minangkabau berasal daripada
Sumatera Barat Indonesia.Orang Minangkabau tergolong dalam golongan yang suka bergerak
atau lebih dikenali sebagai “merantau”.Orang Minangkabau yang datang ke Semenanjung
sekitar abad ke-12 terdiri dari 2 golongan iaitu merekayang datang dengan tujuan mencari
penempatan baru dan mereka yang datang untuk berniaga.
Falsafah kebendaan Minangkabau telah mendorong anak-anak muda lelaki agar
keluar mencari harta atau dalam bahasa mereka “emas dan pitih”. Konsep mereka ini telah
dipantunkan sebagai;
Apo gunonya kabau bertali,
Usah dipauik di pamatang,
Pauikkan sajo di tengah padang,
Apo gunonya badan mencari,
Iyo pamagang sawah jo lading,
Nan membelo sanak kandueng.
Mereka telah bermula sebagai pedagang dan petani di Pantai Timur Pulau Sumatera
Barat.Kemudian mereka menjadi lebih aktif di Temasik.Oleh yang demikian, melalui masa
perantan ini telah menjadikan mereka berpengetahuan dan belajar dalam bidang perniagaan
sehingga ke peringkat antarabangsa.
3
Dari kawasan Sang Hyang Hujung mereka telah mudik ke pedalaman ikut sungai
Linggi, Sungai Rembau dan Sungai Penajis untuk ke kawasan Rembau dan melalui sungai
Siput untuk ke kawasan Naning.
Terdapat 2 corak penghijrahan orang Minangkabau iaitu:
A. Penghijrahan awal bermula sejak abad ke-12 sehingga abad ke-14 yang datang
dalam kelompok kecil.Faktor kedatangan mereka juga mengikut musim dan
penempatan yang mereka bina adalah penempatan sementara.
B. Mulai abad ke-15 dan seterusnya pola penghijrahan orang Minangkabau ke
Rembau Negeri Sembilan telah berubah. Mereka datang bukan sahaja untuk
berdagang dan membuat penempatan yang sementara bahkan untuk meneroka
kawasan baru dan dijadikan perkampungan kekal.Walaubagaimanapun,
kedatangan mereka masih lagi dalamkelompok yang kecil tetapi lebih kerap
dari yang sebelumnya. Disamping itu, kedatangan kumpulan ini dipimpin oleh
pembesar adat yangbergelar.
Rombongan pertama kedatangan bangsa Minangkabau telah dipimpin oleh seorang
Datuk yang bergelar Datuk Raja dan isterinya Tok Seri. Mereka dalam perjalanan ke Negeri
Sembilan singgah di Siak kemudian meneruskan perjalanan menyeberang Melaka terus ke
Johor. Dari Johor mereka terus ke Naning dan terus ke Rembau dan akhirnya menetap di
tempat yang bernama Londar Naga.Sekarang dinamakan Kampung Galau.
Rombongan kedua pula ini bergelar Datuk Raja juga yang berasal dari keluarga Datuk
bandaro Penghulu Alam dari sungai Tarab.Rombonganini menetap disebuah tempat dan
akhirnya terkenal dengan Kampung Sungai Layang.
4
Rombongan ketiga pula datang dari Batu Snagkar, keluarga Datuk Makudum Sati di
Sumanik.Mereka dua orang yang bersaudara iaitu Sultan Sumanik dan Joahan
Kebesaran.Kemudian mereka singgah juga di Siak, Melaka dan Rembau.Akhirnya mereka
membuat penempatan di Tanjung Alam dan kini berganti dengan Gunung Pasir.
Rombongan yang keempat ini datang dari Sarilamak (Payakumbuh) yang diketuai
oleh Datuk Putih.Datuk Putih merupakan seorang pawang atau bomoh yang terkenal dengan
ahli ilmu kebatinan.Nama bagi Seri Menanti juga telah diberi oleh beliau.Kemudian
rombongan-rombongan Minangkabau bukan terhenti setakat itu sahaja bahkan kemudiannya
berturut-turut lagi rombongan datang yang dicatat oleh sejarah Negeri Sembilan.Rombongan
yang mula mendiami Rembau datangnya dari Batu Hampar (Payakumbuh) bersama
pengiringnya dari Batu Hampar dan Mungka.Nama beliau adalah Datuk Lela Balang.
Kemudian menyusul adik Datuk Lela Lalang bernama Datuk Laut dari Kampung Tiga
Nenek. Berdasarkan asal kedatangan mereka terdapatlah 12 suku di Negeri Sembilan iaitu:
1. Biduanda
2. Tanah Datar
3. Mungkal
4. Seri Lemak
5. Seri Melenggang
6. Tiga Batu
7. Tiga Nenek
8. Batu Belang
9. PayaKumbuh
10. Anak Acheh
11. Anak Melaka
5
12. Batu Hampar
Namun begitu, hanya 9 suku dari Negeri Sembilan dan 3 lagi adalah daripada Minangkabau.
3 suku tersebut ialah:
1. Biduanda
Orang Jakun (Minangkabau Asli) campur Melayu
2. Anak Melaka
Mengamalkan Adat Pepatih
3. Anak Acheh
Datang ke Negeri Sembilan dan Mengamalkan Adat Pepatih
Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang.Beliau juga
merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum.Seperti yang di ketahui
umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat
ini adalah adat yang terbaik yang terdapat di Negeri Melayu dari sistem masyarakat
Minangkabau kerana ia sangat mencakupi segala aspek.
Namun,di Negeri Sembilan bukan seluruh masyarakat Melayu mengamalkan Adat
Pepatih. Masyarakatnyaboleh dikategorikan kepada 4 bahagian:
1. Adat Melayu yang diamalkan oleh masyarakat daerah Port Dickson melainkan
Mukim Linggi.
2. Masyarakat Mukim Linggi mengamalkan Adat Linggi di bawah Y.M Dato‟ Muda
Linggi. Nama sebenar Adat Linggi ialah:“muafakat bil kitab wassunati Qabulatan minal
ustaz Ilamati” – Adat Muafakat dan Kebulatan.
6
3. Adat Bangkahulu yang diamalkan oleh masyarakat Rawa Kampung Bangkahulu iaitu
sekitar Gemas dan Londa.
4. Adat Pepatih yang diamalkan oleh masyarakat Kuala Pilah,Jempol, Jelebu, Tampin,
Rembau dan Seremban.
5. Di luar Negeri Sembilan adat ini diamalkan oleh masyarakat Naning,
Melaka.Masyarakat Melayu di Kg Lukut,Kota Tinggi Johor dan Kg Sasapan Batu,
Rembau di Beranang Selangor juga mengamalkan variasi adat ini.(Norhalim
Ibrahim,2007)
6. Adat Pepatih menjalurkan keturunan mengikut sistem „matrilineal‟(mengikut nasab
ibu).Pusaka dan warisan diturunkan mengikut suku ibu.
Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka
dan membawa darah keturunan.Berbeza dari kesultanan Melayu di Malaysia pada umumnya,
harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki.Menurut adat pepatih, wanita yang
mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan
kepada pewaris iaitu anaknya.
Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi
oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami.Namun
demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan dibahagi mengikut
hukum Islam.
Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana
tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung biasanya terdiri daripada saudara mara
kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti
7
katalain, di dalam sebuah kawasan biasanya terdiri keluarga dari satu keturunan.Bak kata
pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.
Selain itu, adat pepatih juga mempunyai pelbagai kategori. Kategori tersebut terbahagi
kepada 4 kategori iaitu Adat Nan Sebenar Adat, Adat Nan Di Adatkan, Adat Yang Teradat
dan Adat Istiadat.
Adat Nan Sebenar Adat ialah adat berlaku sepanjang masa tanpa terikat dengan ruang,
waktu dan tempat serta berkait rapat dengan perilaku manusia.Manakala Adat Nan Di
Adatkan pula bermaksud warisan budaya daripada ketetapan yang dibuat oleh datuk nenek
dahulu lagi. Adat ini teguh dipertahankan dan tidak pernah bergeser antara satu sama lain.
Adat Yang Teradat ialah permuafakatan yang dibuat oleh Penghulu-Penghulu,Lembaga
dan pemegang-pemegang adat. Disinilah terdapat variasi antara satu luak dengan luak-luak
yang lain, pemakaian adat tersebut yang berlainan. Dasar pokoknya tetap tidak berubah.Adat
Istiadat pula ialah Adat Istiadat kebiasaan atau resam satu-satu tempat.Contohnya adat
istiadat beraja,lembaga, nikah kahwin dan lain-lain. Adat nan teradat dan adat istiadat boleh
diubah atas kesepakatan pemegang-pemegang adat. Adat ini juga disebut adat nan bersimpul
mati dan menjadi dasar adat itu sendiri. Sebarang perubahan akan merosakkannya.
8
Objektif kajian
1. Mengkaji sejarah kedatangan kaum Minangkabau ke Negeri Sembilan.
2. Mengetahui suku kaum Minangkabau.
3. Mengenalpasti samada penduduk Negeri Sembilan itu merupakan kaum
Minangkabau.
4. Mengenalpasti pembentukan adat pepatih di Negeri Sembilan.
5. Mengetahui perbezaaan antara adat pepatih dan adat alam Minangkabau.
9
SOROTAN LITERATURE
KEDATANGAN ORANG MINANGKABAU
Mengikut Schnitger penghijrahan orang Minangkabau mungkin telah bermula sejak dari
awal sejarah lagi. Berkemungkinan pada zaman atau sebelum pembinaan candi Muaro
Takuih yang dibina di sekitar abad ke 11-12 Masihi. Tempat tersebut dinamakanMuaro
Takuih mungkin sebagai lambang atau petanda ingatan bagi keadaan kehidupan rakyat
Minangkabau iaitu sentiasa dalam ketakutan.
Marsden berpendapat bahawa penghijrahan orang Minangkabau ke Semenanjung Tanah
Melayu ini bermula dengan pembukaan Temasik (Singapura) dalam abad ke-12.
Dengan berpandukan tradisi lisan setempat, Newbold telah menterjemahkan masa
ketibaan orang Minangkabau itu pada abad ketujuh Hijrah.Tarikh ini telah diberikannya
persamaan dengan abad Masihi sebagai abad ke-12 apabila rencana tersebut diterbitkannya
dalam bentuk buku pada tahun 1839.
Dalam abad ke-19 mengikut Favre seorang mubaligh Kristian, Rembau dan Naning telah
diteroka oleh orang Minangkabau seratus tahun selepas Temasik dibuka oleh Tun Nila Utama
dan beliau memberikan tahun 1160 Masihi sebagai tahun Temasik dibuka. Ini bermakna
secara tidak langsung Favre berpendapat Rembau dan Naning telah dibuka pada tahun 1260
Masihi.
10
Parr dan Mackray mengatakan bahawa Rembau telah dibuka oleh orang Minangkabau
pada tahun 1388, bersamaan tahun 773 Hijrah.Abas Haji Ali berpendapat pada tahun 1338
bersamaan dengan tahun 773 Hijrah.1
SEJARAH ASAL USUL MINANGKABAU.
Edwin M. Loeb mengatakan bahawa nama Minangkabau pertama kali muncul dalam
catatan sejarah pada tahun 1365 selepas Masihi. Pelbagai kisah rakyat seperti mitos dan
lagenda menyebutkan asal usul nama Minagkabau tersebut. Antaranya yang cukup terkenal
ialah tentang kemenangan kerbau Minangkabau melawan kerbau orang Jawa, sehingga nama
tempat itu menjadi manang „menang‟ kabau„kerbau‟, Minangkabau. Sebutan “Minangkabau”
adalah sebutan secara budaya.
Mengikut Mansoer MD istilah Minangkabau mempunyai pengertian kebudayaan di
samping makna geografis. Sementara itu, Minangkabau bermakna secara kebudayaan yang
berkaitan dengan adat resam, cara hidup, nilai social mahupun susunan kekeluargaan yang
memenuhi sebahagian makna kata Sumatera Barat.
BAHASA MINANGKABAU.
Bagi orang Minangkabau mereka menyebut bahasanya sebagai bahasa Minang.Secara
umum, bahasa Minangkabau tidak mengenal adanya perbezaan ragam sosial, sebaliknya
mengenal adanya ragam geografi.
Menurut Nio perbezaan dialek geografi ini hanya berbeza secara fonologi dan morfologi,
tetapi bukan dalam sintaksis. Oleh itu, masyarakat Minangkabau yang mempunyai dialek
berbeza tetap akan saling mengerti antara satu sama lain apabila mereka bertutur.
1
Norhalim Hj. Ibrahim, 1995, Negeri yang Sembilan, Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
11
Menurut Umar Yunus secara garis besarnya daerah pemakaian bahasa Minangkabau
dibezakan dalam dua daerah besar iaitu daerah /a/ dan daerah /o/ berdasarkan keadaan yang
ada pada contah berikut:
Bahasa Melayu Dialek /a/ Dialek /o/
Penat panek Ponek
Apa A Apo
Mana Ma Mano
Lepas Lapeh Lopeh
Khaidir Anwar menambahkan bahawa sebetulnya bahasa Minangkabau tersebut
mempunyai ragam juga yang berdasarkan pemakaian dan situasinya iaitu ragam sehari- hari
yang digunakan untuk pertuturan sesama orang Minangkabau sehari- hari, ragam adat pula
ialah ragam bahasa datuk-datuk yang digunakan dalam acara adat.Kemudian ragam bahasa
parewa iaitu bahasa yang digunakan oleh pemuda-pemuda yang belum mempunyai pekerjaan
tetap.
Menurut Harimurti Kridalaksana mengatakan bahawa bahasa Minangkabau termasuk
dalam rumpun bahasa Melayu-Polinesia.Dinyatakan juga bahawa bahasa Minangkabau
adalah bahasa yang merupakan bahagian daripada rumpun Sumatera di samping bahasa
Aceh, Gayo, Lampung, dialek-dialek Melayu dan sebagainya.
12
Sementara itu, Dyen, Blust dan Adelaar bersetuju bahawa bahasa Melayu, Minangkabau,
Kerinci dan Seraway adalah satu kelompok bahasa yang berasal dari satu induk bahasa iaitu
Proto- Melayu.2
2
Media Sandra Kasih, 2004, Kata Sapaan Bahasa Minangkabau: Cerminan Adat dan Sistem Sosial, Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia, hlm 13 .
13
KAEDAH KAJIAN
Sepanjang tempoh penyelidikan yang kami dilakukan dalam menjalankan kerja
kursus Hubungan Etnik,terdapat dua kaedah yang telah digunakan bagi memperolehi
maklumat yang diperlukan.Kaedah-kaedah tersebut adalah mengkaji maklumat melaluikajian
lapangan dan kajian perpustakaan.Melalui kajian lapangan, kami memilih kaedah temubual
bagi mendapatkan maklumat yang asli mengenai kaum Minangkabau.
Temubual selama satu jam setengah bersama Ahmad Afian Bin. Abd Kadir yang
memegang jawatan sebagai pembantu Muzium, unit adat pepatih, Lembaga Muzium Negeri
Sembilan.
Beliau sendiri yang berketurunan biduanda iaitu campuran orang asli Minangkabau
dan melayu menyebabkan kami memilihnya untuk dijadikan sumber rujukan alternatif dan
mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan jelas dalam kajian ini. Hasil temubual dengan
beliau ternyata membantu kami memahami topik yang dikaji dengan lebih baik dan mencapai
objektif kajian.Beliau juga mencadangkan beberapa buah buku yang boleh membantu kami
dalam kajian.
Sumber seterusnya bagi kajian ini adalah buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan
tajuk kajian di samping rujukan-rujukan daripada laman web tertentu.Hasil pencarian
daripada dua sumber ini membantu ahli kumpulan kami untuk mendapatkan maklumat
selaras dengan objektif tajuk kajian ini.
14
HASIL KAJIAN TEMU BUAL
Temu bual bersama Ahmad Afian Bin.Abd Kadir yang memegang jawatan sebagai pembantu
Muzium, unit adat pepatih, Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Pada 23 mac 2012 tepat jam 9.30 pagi,4 orang wakil dari ahli kumpulan kami telah
mengadakan satu sesi temu bual bersama Ahmad Afian Bin. Abd Kadir bagi mendapatkan
maklumat mengenai tajuk kajian kami.
Sebelum memulakan sesi temubual, kami telah diajukan dua soalan oleh Encik
Ahmad Afian.Tujuan soalan diajukan ialah untuk menguji pengetahuan kami terhadap
Minangkabau.Persoalan pertama yang diajukan ialah mengenai keaslian masyarakat
Minangkabau yang berasal dari Negeri Sembilan atau mereka adalah sebagai
“pendatang”.Soalan ini telah kami jawab dengan yakin iaitu “tidak”.Soalan kedua ialah
“adakah adat pepatih berasal dari Minangkabau”.Kami kurang pasti tentang adat pepatih
tersebut dan telah diterangkan oleh beliau dengan lebih lanjut.
Antara persoalan yang telah diajukan kepada beliau ialah asal usul Minangkabau dan
kehidupan masyarakat Minangkabau.Menurut beliau, Minangkabau berasal daripada
Sumatera Barat Indonesia.Kedatangan orang Minangkabau ialah pada abad ke-16 di Negeri
Sembilan secara berkelompok-kelompok.Sebelum mereka sampai di Negeri Sembilan,
mereka telah singgah di beberapa tempat.Apabila tiba di Siak masyarakat Minangkabau yang
ketika itu mengamalkan adat alam minangkabau telah bergabung dengan adat Siak.Kemudian
apabila tiba di Negeri Sembilan mereka sekali lagi bergabung adat dengan masyarakat orang
asli iaitu yang dikenali adat benar.Maka terjadilah adat pepatih seperti yang diamalkan
sekarang.
15
Orang Minangkabau tergolong dalam golongan yang suka bergerak atau lebih
dikenali sebagai “merantau”.Menurut beliau, orang Minangkabau ini telah diasuh dalam diri
mereka bahawa harus hidup merantau untuk mencari harta kekayaan dan bawa balik ke
kampung.
Konsep mereka ini telah dipantunkan yang berbunyi :
Kerantau madan berhulu,
Berbuah berbunga bolun,
Merantau bujang dahulu,
Dikampung berguna bolun.
Maksud pantun ini ialah pada usia bujang mereka disuruh untuk mencari harta atau
pada zaman mereka dikenali sebagai “pitih atau emas”. Kemudian harta tersebut dibawa balik
ke kampung untuk membina rumah, membeli kereta dan sebagainya.Disamping itu beliau
juga memberikan maklumat tambahan bahawa di Indonesia kini, orang Minangkabau digelar
sebagai “Chinese Indonesia”. Ini bermakna mereka merupakan orang terkaya di Indonesia,
Sumatera Barat.
Soalan seterusnya ialah persoalan tentang bilangan suku kaum asal Minangkabau.
Beliau menyatakan bahawa terdapat 12 suku kaum Minangkabau.3 daripada suku kaum
tersebut adalah bukan asal daripada Minangkabau.3 suku tersebut ialah biduanda, anak
Melaka dan anak Acheh.
16
Suku biduanda ini ialah campuran masyarakat asli Negeri Sembilan (jakun) dengan
melayu.Selain itu, menurut beliau juga ada yang mengatakan bahawa campuran antara
masyarakat asli Negeri Sembilan yang menerima kemasukan dan mengamalkan
Islam.Mereka dikenali sebagai Biduanda.
Manakala suku anak Melaka pula ialah penduduk Melaka yang berhampiran dengan
Negeri Sembilan.Mereka mengamalkan adat pepatih.Suku anak acheh pula ialah daripada
penduduk acheh yang datang ke Negeri Sembilan dan mengamalkan adat pepatih. Nama-
nama selain daripada biduanda, anak Melaka dan anak acheh adalah diambil sempena nama
kampung di Indonesia.
Berbeza pula dengan suku Seri Lemak iaitu gabungan antara Pahang dan
Minangkabau.Suku ini sebahagian terdapat di Indonesia dan sebahagian menetap di
Pahang.Beliau menerangkan bahawa ulu Pahang sebelum ini di bawah pemerintahan Negeri
Sembilan.Tetapi bukanlah bermakna penduduk Pahang itu dari suku seri lemak, bahkan
masyarakat Minangkabau yang menetap di Pahang.
Disamping itu, beliau juga menerangkan sedikit maklumat mengenai suku kaum
Minangkabau di Sumatera Barat.Antaranya seperti kodi, poto, chaniago dan pilek. Selain itu,
beliau juga menyatakan bahawa suku kaum di Sumatera Barat penamaanya tidak sama seperti
penamaan suku yang terdapat di Negeri Sembilan.
Persoalan seterusnya ialah seni bina Minangkabau.Menurutnya, antara keunikan seni
bina Minangkabau ini terletak pada atap rumah tersebut.Atapnya berbentuk bergonjor
dihujungnya seperti tanduk kerbau.Berbeza dengan atap Negeri Sembilan yang melentik
dihujungnya.
17
Beliau juga turut menceritakan mengenai adat pepatih dengan lebih jelas.Adat pepatih
ini lahir daripada campuran adat-adat yang menjadi persinggahan kaum Minangkabau yang
merantau sebelum tiba di Negeri Sembilan.Terutamanya ketika di Siak dan apabila tiba di
Negeri Sembilan, mereka bergabung adat dengan orang asli. Adat pepatih telah diasaskan
oleh Datuk Pepatih Nan Sebatang..
Penamaan adat pepatih ini hanya terdapat di Negeri Sembilan, tetapi di Sumatera
nama adat mereka ialah adat alam minangkabau. Asas adat pepatih ini ialah “adat
bersendikan syara’, syara’ bersendikan kitabullah”.menurut keterangan beliau, apa sahaja
yang bertentangan dengan hukum syara‟ dan kitabullah (al-quran) akan terbatal hukum adat
itu. Sepertimana yang diketahui bahawa adat pepatih mengamalkan system matrilineal
(mengikut nasab sebelah ibu).Pusaka dan warisan sebelah ibu.
Contohnya jika dalam sesebuah keluarga itu terdapat 5 orang adik-beradik dan
seorang perempuan.Ibunya mempunyai tanah sebanyak 3 ekar. Dalam Negeri Sembilan tanah
itu berstatus “tanah adat”. Apabila ibunya meninggal dunia, maka tanah adat tersebut akan
kembali pada perempuan agar wanita tidak terabai dan juga jika sudah berkahwin kemudian
bercerai. Tanah tersebut tetap milik wanita tersebut, kecuali jika ada harta pencarian maka
akan dibahagi dua dan lelaki tersebut akan mengambil hartanya semula sebelum berkahwin.
Beliau juga ada menceritakan bahawa terdapat juga beberapa kelompok yang masih
asli Minangkabau seperti di Seremban (peniaga-peniaga khususnya di Ampangan) dan
Mantin.Kelompok ini datang pada abad ke-19. Contohnya dari segi dialek asli seperti
kampiang (kambing), wa ang (kamu) dan dima (dimana). Antara tokoh yang terkenal masih
mengamalkan dialek minangkabau ialah YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim (Menteri
Penerangan Kebudyaan dan Komunikasi)
18
Akhir kata dari beliau ialah orang Minangkabau mempunyai semangat jati diri yang
kuat dalam sesuatu perkara seperti perniagaan,perdagangan dan sebagainya.Minangkabau
adalah satu komuniti yang mempunyai keunikan tersendiri.
19
Cadangan
Kaum Minangkabau merupakan kaum minoriti.Namun begitu, orang awam sering
beranggapan bahawa orang Minangkabau ini berasal daripada Negeri Sembilan.Tetapi setelah
dikaji ternyata orang Minangkabau itu berasal dari Sumatera Barat yang datang ke Negeri
Sembilan pada mulanya sebagai perantau kemudian membuat penempatan kekal.
Oleh hal demikian, seharusnya pihak yang bertanggungjawab digalakkan untuk
menerangkan kepada masyarakat mengenai asal-usul kedatangan kaum Minangkabau agar
tidak lagi disalah ertikan. Disamping itu, menggunakan khidmat media massa untuk
mewujudkan sebuah rancangan yang khusus tentang keunikan kaum ini samada dalam bentuk
cerita ataupun dokumentari.
Selain itu, kami juga mencadangkan agar memperbanyakkan penerbitan buku atau
majalah yang terkini dan menjelaskan asal usul Minangkabau dalam bentuk ayat yang mudah
difahami. Daripada kajian ini, kami mendapati banyak maklumat bahan bacaan daripada
karya-karya Indonesia dan sangat kurang maklumat mengenai kehidupan kaum Minangkabau
di Negeri Sembilan khususnya.
Sehubungan itu, pihak muzium negeri seharusnya melaksanakan aktiviti-aktivti yang
dapat mendedahkan kepada masyarakat tentang kaum ini. Dengan terlaksananya aktiviti
tersebut ia akan membuka minda masyarakat mengenai salasilah kewujudan Minangkabau di
Negeri Sembilan.
20
Rumusan
Secara keseluruhannya objektif daripada kajian telah berjaya dicapai melalui
instrument pemerhatian, bacaan dan temubual. Hasil daripada temubual bersama Encik
Ahmad Afian bin Abd Kadir ternyata telah banyak membantu kami dalam mencapai objektif
kajian ini.
Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, kami dapat mengetahui secara jelas
mengenai asal usul kaum Minangkabau.Kaum Minangkabau ini bukanlah penduduk asal
Negeri Sembilan seperti yang kami jangkakan.Mereka berasal daripada Sumatera Barat,
Indonesia.Mereka adalah perantau, kemudian membina penempatan kekal di Negeri
Sembilan.
Selain itu juga kami dapat mengenali suku-suku kaum Minangkabau di Negeri
Sembilan. Penamaan suku-suku kaum Minangkabau tidak sama seperti penamaan suku kaum
di Indonesia. Penamaan suku-suku ini diambil daripada nama kampung-kampung yang
mereka duduki.
Melalui kajian ini kami dapat mengenalpasti bahawa adat pepatih itu berasal daripada
Minangkabau yang diamalkan oleh penduduk Negeri Sembilan. Namun begitu pengamalnya
hanyalah dibeberapa tempat atau daerah contohnya Kuala Pilah, Jelebu dan Tampin.
Masyarakat adat pepatih mengamalkan nasab sebelah ibu atau matrilineal yang diasaskan
oleh Datuk Pepatih Nan Sebatang.
Sebagai rumusan, daripada kajian ini kami dapati bahawa Minangkabau berasal
daripada Sumatera barat Indonesia dan tidak semestinya orang Negeri Sembilan merupakan
Minangkabau. Adat pepatih juga berasal dari Minangkabau yang telah bercampur adatnya
semasa persinggahan mereka sebelum tiba di Negeri Sembilan juga daripada orang asli
Negeri Sembilan.
21
Rujukan
1. „Dewis‟ Is Sikumbang November 5, 2008. Retrieved April 12, 2009 Sejarah Adat
Alam Minangkabau.
http://palantaminang.wordpress.com/pedoman-adat-minangkabau/pedoman-adat/
2. Prof. Dr. Hamka. (2006). Islam dan Adat Minangkabau. Edisi Terkini. Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan: Pustaka Dini Sdn. Bhd
3. Amir M.S. (2007). Masyarakat Adat Alam Minangkabau Terancam-Punah. Jakarta:
PT Mutiara Sumber Widya.
4. Tan Sri A. Samad Said Idris Norhakin Haji Ibrahim. (1994). Adat Merentas Zaman,
Negeri Sembilan: Gemuk Dipupuk, Segar Bersiram Jawatankuasa Penyelidikan
Budaya Negeri: Negeri Sembilan
5. Media Sandra Kasih.(2004). Kata Sapaan Bahasa Minangkabau: Cerminan Adat dan
Sistem Sosial. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
6. Norhalim Hj. Ibrahim. (1995). Negeri yang Sembilan: Daerah kecil pesaka adat
warisan kerajaan berdaulat. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
7. Amir M.S. (1999). Adat Minangkabau: Pola dan Tujuan Hidup Orang Minang.
Jakarta: Mutiara Sumber Widya.
8. H. Datoek Tofah. (1930). Tambo Alam Minangkabau. Indonesia: Pustaka Indonesia,
Bukit Tinggi.
22
Lampiran
Sesi temubual bersama Ahmad Afian Bin.Abd Kadir yang memegang jawatan sebagai
pembantu Muzium, unit adat pepatih, Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Bahan Rujukan di Muzium Negeri
Sembilan.
23
Bersama Pembantu Muzium Negeri Sembilan.
24
Atap Minangkabau yang berbentuk bergonjor.
25
Atap Negeri Sembilan yang hanya melentik dihujungnya.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Perang dunia pertama
Perang dunia pertamaPerang dunia pertama
Perang dunia pertamasuriasultan
 
Perbandingan susun lapis masyarakat feudal di england dan jepun pada abad ke ...
Perbandingan susun lapis masyarakat feudal di england dan jepun pada abad ke ...Perbandingan susun lapis masyarakat feudal di england dan jepun pada abad ke ...
Perbandingan susun lapis masyarakat feudal di england dan jepun pada abad ke ...azam_hazel
 
Peranan Sarekat Islam di Indonesia
Peranan Sarekat Islam di Indonesia Peranan Sarekat Islam di Indonesia
Peranan Sarekat Islam di Indonesia Danial Akhmal
 
Sejarah STPM Nota Ringkas Masyarakat Industri di England
Sejarah STPM Nota Ringkas Masyarakat Industri di EnglandSejarah STPM Nota Ringkas Masyarakat Industri di England
Sejarah STPM Nota Ringkas Masyarakat Industri di EnglandKhai Khairy
 
Bab 3 Sebab Dan Bentuk Penentangan
Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  PenentanganBab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan
Bab 3 Sebab Dan Bentuk Penentanganbooluckmie
 
Isu yg dimuatkan dlm Akhbar yg membangkitkan nasionalisme di TM
Isu yg dimuatkan dlm Akhbar yg membangkitkan nasionalisme di TMIsu yg dimuatkan dlm Akhbar yg membangkitkan nasionalisme di TM
Isu yg dimuatkan dlm Akhbar yg membangkitkan nasionalisme di TMazam_hazel
 
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]Qaseh Amani
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 saadiah alidrus
 
Bab 3: ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA
Bab 3: ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNABab 3: ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA
Bab 3: ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNANur Osman
 
Pengajian am
Pengajian amPengajian am
Pengajian amExTrEmm
 
Konsep perakaunan ting 4 empat
Konsep perakaunan ting 4 empatKonsep perakaunan ting 4 empat
Konsep perakaunan ting 4 empatNor Ainee
 
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1Ashraf Azim
 
Bab 7:ciri & prinsip tadbir urus yg baik{stpm -penggal 1-pengajian am}
Bab 7:ciri & prinsip tadbir urus yg baik{stpm -penggal 1-pengajian am}Bab 7:ciri & prinsip tadbir urus yg baik{stpm -penggal 1-pengajian am}
Bab 7:ciri & prinsip tadbir urus yg baik{stpm -penggal 1-pengajian am}Nurul Atikah
 
Bab 1 reka bentuk dan teknologi
Bab 1 reka bentuk dan teknologiBab 1 reka bentuk dan teknologi
Bab 1 reka bentuk dan teknologiLy Jonathan
 
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunislangkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunisariffzainuddin
 
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]Allan Nacha
 

Was ist angesagt? (20)

Perang dunia pertama
Perang dunia pertamaPerang dunia pertama
Perang dunia pertama
 
Perbandingan susun lapis masyarakat feudal di england dan jepun pada abad ke ...
Perbandingan susun lapis masyarakat feudal di england dan jepun pada abad ke ...Perbandingan susun lapis masyarakat feudal di england dan jepun pada abad ke ...
Perbandingan susun lapis masyarakat feudal di england dan jepun pada abad ke ...
 
Peranan Sarekat Islam di Indonesia
Peranan Sarekat Islam di Indonesia Peranan Sarekat Islam di Indonesia
Peranan Sarekat Islam di Indonesia
 
Sejarah STPM Nota Ringkas Masyarakat Industri di England
Sejarah STPM Nota Ringkas Masyarakat Industri di EnglandSejarah STPM Nota Ringkas Masyarakat Industri di England
Sejarah STPM Nota Ringkas Masyarakat Industri di England
 
Bab 3 Sebab Dan Bentuk Penentangan
Bab 3   Sebab Dan  Bentuk  PenentanganBab 3   Sebab Dan  Bentuk  Penentangan
Bab 3 Sebab Dan Bentuk Penentangan
 
PENGAJIAN AM: STRUKTUR KERAJAAN NEGERI
PENGAJIAN AM: STRUKTUR KERAJAAN NEGERIPENGAJIAN AM: STRUKTUR KERAJAAN NEGERI
PENGAJIAN AM: STRUKTUR KERAJAAN NEGERI
 
Isu yg dimuatkan dlm Akhbar yg membangkitkan nasionalisme di TM
Isu yg dimuatkan dlm Akhbar yg membangkitkan nasionalisme di TMIsu yg dimuatkan dlm Akhbar yg membangkitkan nasionalisme di TM
Isu yg dimuatkan dlm Akhbar yg membangkitkan nasionalisme di TM
 
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
undang-undang bertulis Penggal1 [stpm]
 
Bab 2 hukum adat & undang undang
Bab 2 hukum adat & undang undangBab 2 hukum adat & undang undang
Bab 2 hukum adat & undang undang
 
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
 
Bab 3: ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA
Bab 3: ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNABab 3: ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA
Bab 3: ISI RUMAH SEBAGAI PENGGUNA
 
Pengajian am
Pengajian amPengajian am
Pengajian am
 
Konsep perakaunan ting 4 empat
Konsep perakaunan ting 4 empatKonsep perakaunan ting 4 empat
Konsep perakaunan ting 4 empat
 
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1
Menentukan strategi & objektif pemasaran STPM PP P1
 
Ekonomi dagangan
Ekonomi daganganEkonomi dagangan
Ekonomi dagangan
 
Bab 7:ciri & prinsip tadbir urus yg baik{stpm -penggal 1-pengajian am}
Bab 7:ciri & prinsip tadbir urus yg baik{stpm -penggal 1-pengajian am}Bab 7:ciri & prinsip tadbir urus yg baik{stpm -penggal 1-pengajian am}
Bab 7:ciri & prinsip tadbir urus yg baik{stpm -penggal 1-pengajian am}
 
Bab 1 reka bentuk dan teknologi
Bab 1 reka bentuk dan teknologiBab 1 reka bentuk dan teknologi
Bab 1 reka bentuk dan teknologi
 
Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5Bab 4-ting-5
Bab 4-ting-5
 
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunislangkah-langkah mengatasi ancaman komunis
langkah-langkah mengatasi ancaman komunis
 
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]
Bab 2 Kaedah Pemeriksaan [Pengajian Perniagaan]
 

Andere mochten auch

Alat musik sumatera barat
Alat musik sumatera baratAlat musik sumatera barat
Alat musik sumatera baratRadius Advendra
 
Cultural Antropology, Kebudayaan Minangkabau
Cultural Antropology, Kebudayaan MinangkabauCultural Antropology, Kebudayaan Minangkabau
Cultural Antropology, Kebudayaan Minangkabaunixfairy
 
Diaspora Adat dan Kekerabatan Alam Minangkabau: Sebuah kepelbagaian kajian pe...
Diaspora Adat dan Kekerabatan Alam Minangkabau: Sebuah kepelbagaian kajian pe...Diaspora Adat dan Kekerabatan Alam Minangkabau: Sebuah kepelbagaian kajian pe...
Diaspora Adat dan Kekerabatan Alam Minangkabau: Sebuah kepelbagaian kajian pe...Harry Ramza
 
Tradisi adat MinangKabau
Tradisi adat MinangKabauTradisi adat MinangKabau
Tradisi adat MinangKabausalfazirani
 
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2  masyarakat malaysia dalam sejarahBab 2  masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarahNur Az
 
Keanekaragaman kebudayaan dan masyarakat
Keanekaragaman kebudayaan dan masyarakatKeanekaragaman kebudayaan dan masyarakat
Keanekaragaman kebudayaan dan masyarakatMuchlis Soleiman
 
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Aliff Mansor
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di MalaysiaCTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di MalaysiaMahyuddin Khalid
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamabu_ayyub
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiCTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiMahyuddin Khalid
 
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat Bani Rali
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysiaNor Amalina Che ZamZan
 

Andere mochten auch (16)

Kebudayaan Minangkabau (ppt)
Kebudayaan Minangkabau (ppt)Kebudayaan Minangkabau (ppt)
Kebudayaan Minangkabau (ppt)
 
Alat musik sumatera barat
Alat musik sumatera baratAlat musik sumatera barat
Alat musik sumatera barat
 
Cultural Antropology, Kebudayaan Minangkabau
Cultural Antropology, Kebudayaan MinangkabauCultural Antropology, Kebudayaan Minangkabau
Cultural Antropology, Kebudayaan Minangkabau
 
Diaspora Adat dan Kekerabatan Alam Minangkabau: Sebuah kepelbagaian kajian pe...
Diaspora Adat dan Kekerabatan Alam Minangkabau: Sebuah kepelbagaian kajian pe...Diaspora Adat dan Kekerabatan Alam Minangkabau: Sebuah kepelbagaian kajian pe...
Diaspora Adat dan Kekerabatan Alam Minangkabau: Sebuah kepelbagaian kajian pe...
 
Adat istiadat minang kabau
Adat istiadat minang kabau Adat istiadat minang kabau
Adat istiadat minang kabau
 
Tradisi adat MinangKabau
Tradisi adat MinangKabauTradisi adat MinangKabau
Tradisi adat MinangKabau
 
Bab 9-tingkatan 1
Bab 9-tingkatan 1Bab 9-tingkatan 1
Bab 9-tingkatan 1
 
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2  masyarakat malaysia dalam sejarahBab 2  masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
 
Keanekaragaman kebudayaan dan masyarakat
Keanekaragaman kebudayaan dan masyarakatKeanekaragaman kebudayaan dan masyarakat
Keanekaragaman kebudayaan dan masyarakat
 
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
Budaya dan-kepelbagaian-kelompok-di-malaysia (1)
 
Bab 8 tingkatan 1
Bab 8 tingkatan 1Bab 8 tingkatan 1
Bab 8 tingkatan 1
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di MalaysiaCTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat BerintegrasiCTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
CTU555 Sejarah Malaysia - Hubungan Etnik ke arah Masyarakat Berintegrasi
 
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat
Peranan dan tanggungjawab ahli jawatankuasa mesyuarat
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
 

Ähnlich wie Pengenalan

Sejarah f1 bab 10 sarawak
Sejarah f1 bab 10 sarawakSejarah f1 bab 10 sarawak
Sejarah f1 bab 10 sarawakpseudon
 
Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam Melayu
Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam MelayuProses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam Melayu
Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam MelayuSyaza Yasmin
 
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kiniHubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kinimurni mohamat
 
Ulasan artikel interaksi antara tamadun cina, india dan melayu
Ulasan artikel interaksi antara tamadun cina, india dan melayuUlasan artikel interaksi antara tamadun cina, india dan melayu
Ulasan artikel interaksi antara tamadun cina, india dan melayuArifahAzlanShah2
 
Asalusul melayu
Asalusul melayuAsalusul melayu
Asalusul melayulibangulu
 
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrinaFAZUAN MOHAMAD NOR
 
Rashman skema k2 negeri sembilan
Rashman skema k2 negeri sembilan Rashman skema k2 negeri sembilan
Rashman skema k2 negeri sembilan Nur faizah Baharin
 
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1Thamo Thiran
 
Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2Steve Simon
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)Nursyuhadah Rahwi
 
Esei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayuEsei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayuStudent
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKASejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKAhamdan che hassan
 
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...Wan Yusof
 
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
Bab 3  Tamadun Melayu BaruBab 3  Tamadun Melayu Baru
Bab 3 Tamadun Melayu Baruwan arizwnb
 
Bab 3 Tamadun Melayu
Bab 3  Tamadun MelayuBab 3  Tamadun Melayu
Bab 3 Tamadun Melayuninawariz
 
08(b) isi pelajaran interaksi 2
08(b) isi pelajaran  interaksi 208(b) isi pelajaran  interaksi 2
08(b) isi pelajaran interaksi 2Hendon Ramlan
 

Ähnlich wie Pengenalan (20)

Sejarah f1 bab 10 sarawak
Sejarah f1 bab 10 sarawakSejarah f1 bab 10 sarawak
Sejarah f1 bab 10 sarawak
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
Nota Bab 8
Nota Bab 8Nota Bab 8
Nota Bab 8
 
Nota B8T4
Nota B8T4Nota B8T4
Nota B8T4
 
Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam Melayu
Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam MelayuProses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam Melayu
Proses Pembentukan Masyarakat Pluralistik Alam Melayu
 
MALAYSIA- OTRUMAIYIL VETRUMAI.pdf
MALAYSIA- OTRUMAIYIL VETRUMAI.pdfMALAYSIA- OTRUMAIYIL VETRUMAI.pdf
MALAYSIA- OTRUMAIYIL VETRUMAI.pdf
 
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kiniHubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
Hubungkait sejarah Tanah Melayu dengan senario masyarakat masa kini
 
Ulasan artikel interaksi antara tamadun cina, india dan melayu
Ulasan artikel interaksi antara tamadun cina, india dan melayuUlasan artikel interaksi antara tamadun cina, india dan melayu
Ulasan artikel interaksi antara tamadun cina, india dan melayu
 
Asalusul melayu
Asalusul melayuAsalusul melayu
Asalusul melayu
 
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
01 bil 6 sejarah sistempendidikanislamdikualalumpur nizamzarrina
 
Rashman skema k2 negeri sembilan
Rashman skema k2 negeri sembilan Rashman skema k2 negeri sembilan
Rashman skema k2 negeri sembilan
 
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1
sejarah bab 1,2,3 tingkatan 1
 
Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2Sejarah tingkatan 5 bab 2
Sejarah tingkatan 5 bab 2
 
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
SEJARAH TINGKATAN 4 (PENGARUH ISLAM DI TANAH MELAYU)
 
Esei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayuEsei kebudayaan melayu
Esei kebudayaan melayu
 
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKASejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
Sejarah Tingkatan 1: Bab 5 KEGEMILANGAN MELAKA
 
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
57756383 bahasa-melayu-sejarah-dasar-dan-peranan-bahasa-melayu-sebagai-bahasa...
 
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
Bab 3  Tamadun Melayu BaruBab 3  Tamadun Melayu Baru
Bab 3 Tamadun Melayu Baru
 
Bab 3 Tamadun Melayu
Bab 3  Tamadun MelayuBab 3  Tamadun Melayu
Bab 3 Tamadun Melayu
 
08(b) isi pelajaran interaksi 2
08(b) isi pelajaran  interaksi 208(b) isi pelajaran  interaksi 2
08(b) isi pelajaran interaksi 2
 

Pengenalan

  • 1. 2 Pengenalan Apabila timbul persoalan mengenai Minangkabau pasti masyarakat awam akan mengaitkannya dengan masyarakat Negeri Sembilan. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan diantara Negeri Sembilan dan Minangkabau.Minangkabau berasal daripada Sumatera Barat Indonesia.Orang Minangkabau tergolong dalam golongan yang suka bergerak atau lebih dikenali sebagai “merantau”.Orang Minangkabau yang datang ke Semenanjung sekitar abad ke-12 terdiri dari 2 golongan iaitu merekayang datang dengan tujuan mencari penempatan baru dan mereka yang datang untuk berniaga. Falsafah kebendaan Minangkabau telah mendorong anak-anak muda lelaki agar keluar mencari harta atau dalam bahasa mereka “emas dan pitih”. Konsep mereka ini telah dipantunkan sebagai; Apo gunonya kabau bertali, Usah dipauik di pamatang, Pauikkan sajo di tengah padang, Apo gunonya badan mencari, Iyo pamagang sawah jo lading, Nan membelo sanak kandueng. Mereka telah bermula sebagai pedagang dan petani di Pantai Timur Pulau Sumatera Barat.Kemudian mereka menjadi lebih aktif di Temasik.Oleh yang demikian, melalui masa perantan ini telah menjadikan mereka berpengetahuan dan belajar dalam bidang perniagaan sehingga ke peringkat antarabangsa.
  • 2. 3 Dari kawasan Sang Hyang Hujung mereka telah mudik ke pedalaman ikut sungai Linggi, Sungai Rembau dan Sungai Penajis untuk ke kawasan Rembau dan melalui sungai Siput untuk ke kawasan Naning. Terdapat 2 corak penghijrahan orang Minangkabau iaitu: A. Penghijrahan awal bermula sejak abad ke-12 sehingga abad ke-14 yang datang dalam kelompok kecil.Faktor kedatangan mereka juga mengikut musim dan penempatan yang mereka bina adalah penempatan sementara. B. Mulai abad ke-15 dan seterusnya pola penghijrahan orang Minangkabau ke Rembau Negeri Sembilan telah berubah. Mereka datang bukan sahaja untuk berdagang dan membuat penempatan yang sementara bahkan untuk meneroka kawasan baru dan dijadikan perkampungan kekal.Walaubagaimanapun, kedatangan mereka masih lagi dalamkelompok yang kecil tetapi lebih kerap dari yang sebelumnya. Disamping itu, kedatangan kumpulan ini dipimpin oleh pembesar adat yangbergelar. Rombongan pertama kedatangan bangsa Minangkabau telah dipimpin oleh seorang Datuk yang bergelar Datuk Raja dan isterinya Tok Seri. Mereka dalam perjalanan ke Negeri Sembilan singgah di Siak kemudian meneruskan perjalanan menyeberang Melaka terus ke Johor. Dari Johor mereka terus ke Naning dan terus ke Rembau dan akhirnya menetap di tempat yang bernama Londar Naga.Sekarang dinamakan Kampung Galau. Rombongan kedua pula ini bergelar Datuk Raja juga yang berasal dari keluarga Datuk bandaro Penghulu Alam dari sungai Tarab.Rombonganini menetap disebuah tempat dan akhirnya terkenal dengan Kampung Sungai Layang.
  • 3. 4 Rombongan ketiga pula datang dari Batu Snagkar, keluarga Datuk Makudum Sati di Sumanik.Mereka dua orang yang bersaudara iaitu Sultan Sumanik dan Joahan Kebesaran.Kemudian mereka singgah juga di Siak, Melaka dan Rembau.Akhirnya mereka membuat penempatan di Tanjung Alam dan kini berganti dengan Gunung Pasir. Rombongan yang keempat ini datang dari Sarilamak (Payakumbuh) yang diketuai oleh Datuk Putih.Datuk Putih merupakan seorang pawang atau bomoh yang terkenal dengan ahli ilmu kebatinan.Nama bagi Seri Menanti juga telah diberi oleh beliau.Kemudian rombongan-rombongan Minangkabau bukan terhenti setakat itu sahaja bahkan kemudiannya berturut-turut lagi rombongan datang yang dicatat oleh sejarah Negeri Sembilan.Rombongan yang mula mendiami Rembau datangnya dari Batu Hampar (Payakumbuh) bersama pengiringnya dari Batu Hampar dan Mungka.Nama beliau adalah Datuk Lela Balang. Kemudian menyusul adik Datuk Lela Lalang bernama Datuk Laut dari Kampung Tiga Nenek. Berdasarkan asal kedatangan mereka terdapatlah 12 suku di Negeri Sembilan iaitu: 1. Biduanda 2. Tanah Datar 3. Mungkal 4. Seri Lemak 5. Seri Melenggang 6. Tiga Batu 7. Tiga Nenek 8. Batu Belang 9. PayaKumbuh 10. Anak Acheh 11. Anak Melaka
  • 4. 5 12. Batu Hampar Namun begitu, hanya 9 suku dari Negeri Sembilan dan 3 lagi adalah daripada Minangkabau. 3 suku tersebut ialah: 1. Biduanda Orang Jakun (Minangkabau Asli) campur Melayu 2. Anak Melaka Mengamalkan Adat Pepatih 3. Anak Acheh Datang ke Negeri Sembilan dan Mengamalkan Adat Pepatih Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang.Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum.Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik yang terdapat di Negeri Melayu dari sistem masyarakat Minangkabau kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Namun,di Negeri Sembilan bukan seluruh masyarakat Melayu mengamalkan Adat Pepatih. Masyarakatnyaboleh dikategorikan kepada 4 bahagian: 1. Adat Melayu yang diamalkan oleh masyarakat daerah Port Dickson melainkan Mukim Linggi. 2. Masyarakat Mukim Linggi mengamalkan Adat Linggi di bawah Y.M Dato‟ Muda Linggi. Nama sebenar Adat Linggi ialah:“muafakat bil kitab wassunati Qabulatan minal ustaz Ilamati” – Adat Muafakat dan Kebulatan.
  • 5. 6 3. Adat Bangkahulu yang diamalkan oleh masyarakat Rawa Kampung Bangkahulu iaitu sekitar Gemas dan Londa. 4. Adat Pepatih yang diamalkan oleh masyarakat Kuala Pilah,Jempol, Jelebu, Tampin, Rembau dan Seremban. 5. Di luar Negeri Sembilan adat ini diamalkan oleh masyarakat Naning, Melaka.Masyarakat Melayu di Kg Lukut,Kota Tinggi Johor dan Kg Sasapan Batu, Rembau di Beranang Selangor juga mengamalkan variasi adat ini.(Norhalim Ibrahim,2007) 6. Adat Pepatih menjalurkan keturunan mengikut sistem „matrilineal‟(mengikut nasab ibu).Pusaka dan warisan diturunkan mengikut suku ibu. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan.Berbeza dari kesultanan Melayu di Malaysia pada umumnya, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki.Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami.Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan dibahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti
  • 6. 7 katalain, di dalam sebuah kawasan biasanya terdiri keluarga dari satu keturunan.Bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Selain itu, adat pepatih juga mempunyai pelbagai kategori. Kategori tersebut terbahagi kepada 4 kategori iaitu Adat Nan Sebenar Adat, Adat Nan Di Adatkan, Adat Yang Teradat dan Adat Istiadat. Adat Nan Sebenar Adat ialah adat berlaku sepanjang masa tanpa terikat dengan ruang, waktu dan tempat serta berkait rapat dengan perilaku manusia.Manakala Adat Nan Di Adatkan pula bermaksud warisan budaya daripada ketetapan yang dibuat oleh datuk nenek dahulu lagi. Adat ini teguh dipertahankan dan tidak pernah bergeser antara satu sama lain. Adat Yang Teradat ialah permuafakatan yang dibuat oleh Penghulu-Penghulu,Lembaga dan pemegang-pemegang adat. Disinilah terdapat variasi antara satu luak dengan luak-luak yang lain, pemakaian adat tersebut yang berlainan. Dasar pokoknya tetap tidak berubah.Adat Istiadat pula ialah Adat Istiadat kebiasaan atau resam satu-satu tempat.Contohnya adat istiadat beraja,lembaga, nikah kahwin dan lain-lain. Adat nan teradat dan adat istiadat boleh diubah atas kesepakatan pemegang-pemegang adat. Adat ini juga disebut adat nan bersimpul mati dan menjadi dasar adat itu sendiri. Sebarang perubahan akan merosakkannya.
  • 7. 8 Objektif kajian 1. Mengkaji sejarah kedatangan kaum Minangkabau ke Negeri Sembilan. 2. Mengetahui suku kaum Minangkabau. 3. Mengenalpasti samada penduduk Negeri Sembilan itu merupakan kaum Minangkabau. 4. Mengenalpasti pembentukan adat pepatih di Negeri Sembilan. 5. Mengetahui perbezaaan antara adat pepatih dan adat alam Minangkabau.
  • 8. 9 SOROTAN LITERATURE KEDATANGAN ORANG MINANGKABAU Mengikut Schnitger penghijrahan orang Minangkabau mungkin telah bermula sejak dari awal sejarah lagi. Berkemungkinan pada zaman atau sebelum pembinaan candi Muaro Takuih yang dibina di sekitar abad ke 11-12 Masihi. Tempat tersebut dinamakanMuaro Takuih mungkin sebagai lambang atau petanda ingatan bagi keadaan kehidupan rakyat Minangkabau iaitu sentiasa dalam ketakutan. Marsden berpendapat bahawa penghijrahan orang Minangkabau ke Semenanjung Tanah Melayu ini bermula dengan pembukaan Temasik (Singapura) dalam abad ke-12. Dengan berpandukan tradisi lisan setempat, Newbold telah menterjemahkan masa ketibaan orang Minangkabau itu pada abad ketujuh Hijrah.Tarikh ini telah diberikannya persamaan dengan abad Masihi sebagai abad ke-12 apabila rencana tersebut diterbitkannya dalam bentuk buku pada tahun 1839. Dalam abad ke-19 mengikut Favre seorang mubaligh Kristian, Rembau dan Naning telah diteroka oleh orang Minangkabau seratus tahun selepas Temasik dibuka oleh Tun Nila Utama dan beliau memberikan tahun 1160 Masihi sebagai tahun Temasik dibuka. Ini bermakna secara tidak langsung Favre berpendapat Rembau dan Naning telah dibuka pada tahun 1260 Masihi.
  • 9. 10 Parr dan Mackray mengatakan bahawa Rembau telah dibuka oleh orang Minangkabau pada tahun 1388, bersamaan tahun 773 Hijrah.Abas Haji Ali berpendapat pada tahun 1338 bersamaan dengan tahun 773 Hijrah.1 SEJARAH ASAL USUL MINANGKABAU. Edwin M. Loeb mengatakan bahawa nama Minangkabau pertama kali muncul dalam catatan sejarah pada tahun 1365 selepas Masihi. Pelbagai kisah rakyat seperti mitos dan lagenda menyebutkan asal usul nama Minagkabau tersebut. Antaranya yang cukup terkenal ialah tentang kemenangan kerbau Minangkabau melawan kerbau orang Jawa, sehingga nama tempat itu menjadi manang „menang‟ kabau„kerbau‟, Minangkabau. Sebutan “Minangkabau” adalah sebutan secara budaya. Mengikut Mansoer MD istilah Minangkabau mempunyai pengertian kebudayaan di samping makna geografis. Sementara itu, Minangkabau bermakna secara kebudayaan yang berkaitan dengan adat resam, cara hidup, nilai social mahupun susunan kekeluargaan yang memenuhi sebahagian makna kata Sumatera Barat. BAHASA MINANGKABAU. Bagi orang Minangkabau mereka menyebut bahasanya sebagai bahasa Minang.Secara umum, bahasa Minangkabau tidak mengenal adanya perbezaan ragam sosial, sebaliknya mengenal adanya ragam geografi. Menurut Nio perbezaan dialek geografi ini hanya berbeza secara fonologi dan morfologi, tetapi bukan dalam sintaksis. Oleh itu, masyarakat Minangkabau yang mempunyai dialek berbeza tetap akan saling mengerti antara satu sama lain apabila mereka bertutur. 1 Norhalim Hj. Ibrahim, 1995, Negeri yang Sembilan, Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
  • 10. 11 Menurut Umar Yunus secara garis besarnya daerah pemakaian bahasa Minangkabau dibezakan dalam dua daerah besar iaitu daerah /a/ dan daerah /o/ berdasarkan keadaan yang ada pada contah berikut: Bahasa Melayu Dialek /a/ Dialek /o/ Penat panek Ponek Apa A Apo Mana Ma Mano Lepas Lapeh Lopeh Khaidir Anwar menambahkan bahawa sebetulnya bahasa Minangkabau tersebut mempunyai ragam juga yang berdasarkan pemakaian dan situasinya iaitu ragam sehari- hari yang digunakan untuk pertuturan sesama orang Minangkabau sehari- hari, ragam adat pula ialah ragam bahasa datuk-datuk yang digunakan dalam acara adat.Kemudian ragam bahasa parewa iaitu bahasa yang digunakan oleh pemuda-pemuda yang belum mempunyai pekerjaan tetap. Menurut Harimurti Kridalaksana mengatakan bahawa bahasa Minangkabau termasuk dalam rumpun bahasa Melayu-Polinesia.Dinyatakan juga bahawa bahasa Minangkabau adalah bahasa yang merupakan bahagian daripada rumpun Sumatera di samping bahasa Aceh, Gayo, Lampung, dialek-dialek Melayu dan sebagainya.
  • 11. 12 Sementara itu, Dyen, Blust dan Adelaar bersetuju bahawa bahasa Melayu, Minangkabau, Kerinci dan Seraway adalah satu kelompok bahasa yang berasal dari satu induk bahasa iaitu Proto- Melayu.2 2 Media Sandra Kasih, 2004, Kata Sapaan Bahasa Minangkabau: Cerminan Adat dan Sistem Sosial, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia, hlm 13 .
  • 12. 13 KAEDAH KAJIAN Sepanjang tempoh penyelidikan yang kami dilakukan dalam menjalankan kerja kursus Hubungan Etnik,terdapat dua kaedah yang telah digunakan bagi memperolehi maklumat yang diperlukan.Kaedah-kaedah tersebut adalah mengkaji maklumat melaluikajian lapangan dan kajian perpustakaan.Melalui kajian lapangan, kami memilih kaedah temubual bagi mendapatkan maklumat yang asli mengenai kaum Minangkabau. Temubual selama satu jam setengah bersama Ahmad Afian Bin. Abd Kadir yang memegang jawatan sebagai pembantu Muzium, unit adat pepatih, Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Beliau sendiri yang berketurunan biduanda iaitu campuran orang asli Minangkabau dan melayu menyebabkan kami memilihnya untuk dijadikan sumber rujukan alternatif dan mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan jelas dalam kajian ini. Hasil temubual dengan beliau ternyata membantu kami memahami topik yang dikaji dengan lebih baik dan mencapai objektif kajian.Beliau juga mencadangkan beberapa buah buku yang boleh membantu kami dalam kajian. Sumber seterusnya bagi kajian ini adalah buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan tajuk kajian di samping rujukan-rujukan daripada laman web tertentu.Hasil pencarian daripada dua sumber ini membantu ahli kumpulan kami untuk mendapatkan maklumat selaras dengan objektif tajuk kajian ini.
  • 13. 14 HASIL KAJIAN TEMU BUAL Temu bual bersama Ahmad Afian Bin.Abd Kadir yang memegang jawatan sebagai pembantu Muzium, unit adat pepatih, Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Pada 23 mac 2012 tepat jam 9.30 pagi,4 orang wakil dari ahli kumpulan kami telah mengadakan satu sesi temu bual bersama Ahmad Afian Bin. Abd Kadir bagi mendapatkan maklumat mengenai tajuk kajian kami. Sebelum memulakan sesi temubual, kami telah diajukan dua soalan oleh Encik Ahmad Afian.Tujuan soalan diajukan ialah untuk menguji pengetahuan kami terhadap Minangkabau.Persoalan pertama yang diajukan ialah mengenai keaslian masyarakat Minangkabau yang berasal dari Negeri Sembilan atau mereka adalah sebagai “pendatang”.Soalan ini telah kami jawab dengan yakin iaitu “tidak”.Soalan kedua ialah “adakah adat pepatih berasal dari Minangkabau”.Kami kurang pasti tentang adat pepatih tersebut dan telah diterangkan oleh beliau dengan lebih lanjut. Antara persoalan yang telah diajukan kepada beliau ialah asal usul Minangkabau dan kehidupan masyarakat Minangkabau.Menurut beliau, Minangkabau berasal daripada Sumatera Barat Indonesia.Kedatangan orang Minangkabau ialah pada abad ke-16 di Negeri Sembilan secara berkelompok-kelompok.Sebelum mereka sampai di Negeri Sembilan, mereka telah singgah di beberapa tempat.Apabila tiba di Siak masyarakat Minangkabau yang ketika itu mengamalkan adat alam minangkabau telah bergabung dengan adat Siak.Kemudian apabila tiba di Negeri Sembilan mereka sekali lagi bergabung adat dengan masyarakat orang asli iaitu yang dikenali adat benar.Maka terjadilah adat pepatih seperti yang diamalkan sekarang.
  • 14. 15 Orang Minangkabau tergolong dalam golongan yang suka bergerak atau lebih dikenali sebagai “merantau”.Menurut beliau, orang Minangkabau ini telah diasuh dalam diri mereka bahawa harus hidup merantau untuk mencari harta kekayaan dan bawa balik ke kampung. Konsep mereka ini telah dipantunkan yang berbunyi : Kerantau madan berhulu, Berbuah berbunga bolun, Merantau bujang dahulu, Dikampung berguna bolun. Maksud pantun ini ialah pada usia bujang mereka disuruh untuk mencari harta atau pada zaman mereka dikenali sebagai “pitih atau emas”. Kemudian harta tersebut dibawa balik ke kampung untuk membina rumah, membeli kereta dan sebagainya.Disamping itu beliau juga memberikan maklumat tambahan bahawa di Indonesia kini, orang Minangkabau digelar sebagai “Chinese Indonesia”. Ini bermakna mereka merupakan orang terkaya di Indonesia, Sumatera Barat. Soalan seterusnya ialah persoalan tentang bilangan suku kaum asal Minangkabau. Beliau menyatakan bahawa terdapat 12 suku kaum Minangkabau.3 daripada suku kaum tersebut adalah bukan asal daripada Minangkabau.3 suku tersebut ialah biduanda, anak Melaka dan anak Acheh.
  • 15. 16 Suku biduanda ini ialah campuran masyarakat asli Negeri Sembilan (jakun) dengan melayu.Selain itu, menurut beliau juga ada yang mengatakan bahawa campuran antara masyarakat asli Negeri Sembilan yang menerima kemasukan dan mengamalkan Islam.Mereka dikenali sebagai Biduanda. Manakala suku anak Melaka pula ialah penduduk Melaka yang berhampiran dengan Negeri Sembilan.Mereka mengamalkan adat pepatih.Suku anak acheh pula ialah daripada penduduk acheh yang datang ke Negeri Sembilan dan mengamalkan adat pepatih. Nama- nama selain daripada biduanda, anak Melaka dan anak acheh adalah diambil sempena nama kampung di Indonesia. Berbeza pula dengan suku Seri Lemak iaitu gabungan antara Pahang dan Minangkabau.Suku ini sebahagian terdapat di Indonesia dan sebahagian menetap di Pahang.Beliau menerangkan bahawa ulu Pahang sebelum ini di bawah pemerintahan Negeri Sembilan.Tetapi bukanlah bermakna penduduk Pahang itu dari suku seri lemak, bahkan masyarakat Minangkabau yang menetap di Pahang. Disamping itu, beliau juga menerangkan sedikit maklumat mengenai suku kaum Minangkabau di Sumatera Barat.Antaranya seperti kodi, poto, chaniago dan pilek. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa suku kaum di Sumatera Barat penamaanya tidak sama seperti penamaan suku yang terdapat di Negeri Sembilan. Persoalan seterusnya ialah seni bina Minangkabau.Menurutnya, antara keunikan seni bina Minangkabau ini terletak pada atap rumah tersebut.Atapnya berbentuk bergonjor dihujungnya seperti tanduk kerbau.Berbeza dengan atap Negeri Sembilan yang melentik dihujungnya.
  • 16. 17 Beliau juga turut menceritakan mengenai adat pepatih dengan lebih jelas.Adat pepatih ini lahir daripada campuran adat-adat yang menjadi persinggahan kaum Minangkabau yang merantau sebelum tiba di Negeri Sembilan.Terutamanya ketika di Siak dan apabila tiba di Negeri Sembilan, mereka bergabung adat dengan orang asli. Adat pepatih telah diasaskan oleh Datuk Pepatih Nan Sebatang.. Penamaan adat pepatih ini hanya terdapat di Negeri Sembilan, tetapi di Sumatera nama adat mereka ialah adat alam minangkabau. Asas adat pepatih ini ialah “adat bersendikan syara’, syara’ bersendikan kitabullah”.menurut keterangan beliau, apa sahaja yang bertentangan dengan hukum syara‟ dan kitabullah (al-quran) akan terbatal hukum adat itu. Sepertimana yang diketahui bahawa adat pepatih mengamalkan system matrilineal (mengikut nasab sebelah ibu).Pusaka dan warisan sebelah ibu. Contohnya jika dalam sesebuah keluarga itu terdapat 5 orang adik-beradik dan seorang perempuan.Ibunya mempunyai tanah sebanyak 3 ekar. Dalam Negeri Sembilan tanah itu berstatus “tanah adat”. Apabila ibunya meninggal dunia, maka tanah adat tersebut akan kembali pada perempuan agar wanita tidak terabai dan juga jika sudah berkahwin kemudian bercerai. Tanah tersebut tetap milik wanita tersebut, kecuali jika ada harta pencarian maka akan dibahagi dua dan lelaki tersebut akan mengambil hartanya semula sebelum berkahwin. Beliau juga ada menceritakan bahawa terdapat juga beberapa kelompok yang masih asli Minangkabau seperti di Seremban (peniaga-peniaga khususnya di Ampangan) dan Mantin.Kelompok ini datang pada abad ke-19. Contohnya dari segi dialek asli seperti kampiang (kambing), wa ang (kamu) dan dima (dimana). Antara tokoh yang terkenal masih mengamalkan dialek minangkabau ialah YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan Kebudyaan dan Komunikasi)
  • 17. 18 Akhir kata dari beliau ialah orang Minangkabau mempunyai semangat jati diri yang kuat dalam sesuatu perkara seperti perniagaan,perdagangan dan sebagainya.Minangkabau adalah satu komuniti yang mempunyai keunikan tersendiri.
  • 18. 19 Cadangan Kaum Minangkabau merupakan kaum minoriti.Namun begitu, orang awam sering beranggapan bahawa orang Minangkabau ini berasal daripada Negeri Sembilan.Tetapi setelah dikaji ternyata orang Minangkabau itu berasal dari Sumatera Barat yang datang ke Negeri Sembilan pada mulanya sebagai perantau kemudian membuat penempatan kekal. Oleh hal demikian, seharusnya pihak yang bertanggungjawab digalakkan untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai asal-usul kedatangan kaum Minangkabau agar tidak lagi disalah ertikan. Disamping itu, menggunakan khidmat media massa untuk mewujudkan sebuah rancangan yang khusus tentang keunikan kaum ini samada dalam bentuk cerita ataupun dokumentari. Selain itu, kami juga mencadangkan agar memperbanyakkan penerbitan buku atau majalah yang terkini dan menjelaskan asal usul Minangkabau dalam bentuk ayat yang mudah difahami. Daripada kajian ini, kami mendapati banyak maklumat bahan bacaan daripada karya-karya Indonesia dan sangat kurang maklumat mengenai kehidupan kaum Minangkabau di Negeri Sembilan khususnya. Sehubungan itu, pihak muzium negeri seharusnya melaksanakan aktiviti-aktivti yang dapat mendedahkan kepada masyarakat tentang kaum ini. Dengan terlaksananya aktiviti tersebut ia akan membuka minda masyarakat mengenai salasilah kewujudan Minangkabau di Negeri Sembilan.
  • 19. 20 Rumusan Secara keseluruhannya objektif daripada kajian telah berjaya dicapai melalui instrument pemerhatian, bacaan dan temubual. Hasil daripada temubual bersama Encik Ahmad Afian bin Abd Kadir ternyata telah banyak membantu kami dalam mencapai objektif kajian ini. Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, kami dapat mengetahui secara jelas mengenai asal usul kaum Minangkabau.Kaum Minangkabau ini bukanlah penduduk asal Negeri Sembilan seperti yang kami jangkakan.Mereka berasal daripada Sumatera Barat, Indonesia.Mereka adalah perantau, kemudian membina penempatan kekal di Negeri Sembilan. Selain itu juga kami dapat mengenali suku-suku kaum Minangkabau di Negeri Sembilan. Penamaan suku-suku kaum Minangkabau tidak sama seperti penamaan suku kaum di Indonesia. Penamaan suku-suku ini diambil daripada nama kampung-kampung yang mereka duduki. Melalui kajian ini kami dapat mengenalpasti bahawa adat pepatih itu berasal daripada Minangkabau yang diamalkan oleh penduduk Negeri Sembilan. Namun begitu pengamalnya hanyalah dibeberapa tempat atau daerah contohnya Kuala Pilah, Jelebu dan Tampin. Masyarakat adat pepatih mengamalkan nasab sebelah ibu atau matrilineal yang diasaskan oleh Datuk Pepatih Nan Sebatang. Sebagai rumusan, daripada kajian ini kami dapati bahawa Minangkabau berasal daripada Sumatera barat Indonesia dan tidak semestinya orang Negeri Sembilan merupakan Minangkabau. Adat pepatih juga berasal dari Minangkabau yang telah bercampur adatnya semasa persinggahan mereka sebelum tiba di Negeri Sembilan juga daripada orang asli Negeri Sembilan.
  • 20. 21 Rujukan 1. „Dewis‟ Is Sikumbang November 5, 2008. Retrieved April 12, 2009 Sejarah Adat Alam Minangkabau. http://palantaminang.wordpress.com/pedoman-adat-minangkabau/pedoman-adat/ 2. Prof. Dr. Hamka. (2006). Islam dan Adat Minangkabau. Edisi Terkini. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Pustaka Dini Sdn. Bhd 3. Amir M.S. (2007). Masyarakat Adat Alam Minangkabau Terancam-Punah. Jakarta: PT Mutiara Sumber Widya. 4. Tan Sri A. Samad Said Idris Norhakin Haji Ibrahim. (1994). Adat Merentas Zaman, Negeri Sembilan: Gemuk Dipupuk, Segar Bersiram Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri: Negeri Sembilan 5. Media Sandra Kasih.(2004). Kata Sapaan Bahasa Minangkabau: Cerminan Adat dan Sistem Sosial. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 6. Norhalim Hj. Ibrahim. (1995). Negeri yang Sembilan: Daerah kecil pesaka adat warisan kerajaan berdaulat. Selangor: Penerbit Fajar Bakti. 7. Amir M.S. (1999). Adat Minangkabau: Pola dan Tujuan Hidup Orang Minang. Jakarta: Mutiara Sumber Widya. 8. H. Datoek Tofah. (1930). Tambo Alam Minangkabau. Indonesia: Pustaka Indonesia, Bukit Tinggi.
  • 21. 22 Lampiran Sesi temubual bersama Ahmad Afian Bin.Abd Kadir yang memegang jawatan sebagai pembantu Muzium, unit adat pepatih, Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Bahan Rujukan di Muzium Negeri Sembilan.
  • 22. 23 Bersama Pembantu Muzium Negeri Sembilan.
  • 23. 24 Atap Minangkabau yang berbentuk bergonjor.
  • 24. 25 Atap Negeri Sembilan yang hanya melentik dihujungnya.