Dokumen tersebut membahasakan jenis-jenis imbuhan dalam bahasa Melayu, termasuk imbuhan awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Dokumen tersebut juga menjelaskan langkah-langkah pembelajaran bahasa dan rancangan pengajaran harian tentang perjalanan dengan kereta api.
10. IMBUHAN AKHIRAN
Imbuhan akhiran ‘man’ (menunjukkan sifat perkara –
Sama ada orang atau benda yang dirujuk)
Contoh :
seniman, budiman
Imbuhan akhiran ‘wan’ (perkara yang dirujuk adalah ahli
dalam bidangnya)
Contoh :
olahragawan, usahawan
11. Imbuhan akhiran wati (menunjukkan wanita yang ahli dalam
bidangnya)
Contoh :
peragawati, olahragawati
Imbuhan akhiran ita
Contoh :
biduanita
14. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
BAHASA MELAYU
Tarikh : 3.11.2011
Tahun : Tiga Bestari
Masa : 9.15 am -9.45 am
Tema : Pengalaman Indah
Tajuk : Perjalanan dengan Kereta Api
Hasil pembelajaran :
Fokus Utama : Kemahiran menulis
8.2. Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam
sesuatu penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
15. 1. Membina ayat majmuk dengan imbuhan
Fokus Sampingan: Kemahiran membaca
5.1. Membaca kuat perkataan dan ayat
dengan sebutan dan intonasi yang betul serta
memahami perkara yang dibaca.
Aras 3
1. Membaca petikan dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan menarik.
16. OBJEKTIF
Pada akhir pelajaran, murid dapat:-
1. Menyenaraikan kata hubung yang terdapat
dalam teks yang dibaca.
2. Membaca petikan dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan menarik.
3. Membina ayat majmuk menggunakan kata
hubung yang diberi.
17. Kemahiran Bahasa :
Kemahiran menulis, Kemahiran membaca,Kemahiran
mendengar danKemahiran bertutur.
Sistem Bahasa :
Tatabahasa - Ayat majmuk, Kata hubung
Kosa Kata - Destinasi, kereta kabel, gerabak, landasan,
stesen, penumpang
Pengisian Kurikulum :
Ilmu - Kajian Tempatan, Geografi, Ekonomi
Nilai - Bersyukur, Hormat-menghormati, Patriotisme
Kewarganegaraan - Mencintai negara sendiri
Peraturan Sosiabudaya - Sopan santun
18. Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran Berfikir - mengkategori
Kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi
Kemahiran Belajar Cara Belajar
Pembelajaran Konstruktivisme
Bahan Bantu Mengajar:
LCD, Komputer, Kad Perkataan, Lembaran
Kerja, Petikan Teks
19. LANGKAH / ISI PELAJARAN
Langkah Set Induksi
( 3 minit )
• Guru memperdengarkan bunyi kereta api.
• Murid meneka bunyi yang diperdengarkan oleh guru.
• Guru bersoal jawab dengan murid tentang bunyi yang
diperdengarkan.
• Bunyi kereta api dari laptop.
• Menyebut perkataan berimbuhan contohnya berbunyi,
berasap,melintas,terkejut dan menutup.
20. Alat bantu mengajar :
LCD
Kad perkataan :
berlari , menjerit , melintas , menutup
,terperanjat dan berasap .
21. Langkah 1
( 5 minit )
Menanam sifat berani kepada murid-murid
Guru mempamerkan teks pada slaid untuk dibaca
oleh semua murid.
Murid membaca teks pendek bertajuk
“Perjalanan dengan Kereta Api” yang
dipaparkan pada slaid secara individu.
Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan
maklumat yang terdapat dalam teks sama ada
yang tersurat atau tersirat
Petikan teks (Perjalanan dengan kereta api)
22. Langkah 2
( 5 minit )
Menguji kefahaman murid tentang isi pengajaran :
Guru meminta murid-murid menyenaraikan kata
berimbuhan yang terdapat di dalam teks.
Murid menyenaraikan dan menyebut kata
berimbuhan yang terdapat di dalam petikan.
Contoh : menderu ,terkejut, berasap,melintas,
menutup dan menjerit .
23. Langkah 3
( 10 minit )
Menerang dan pengukuhan :
Guru memberikan penerangan kepada murid tentang
penggunaan kata imbuhan dan jenis-jenis imbuhan.
Guru meminta murid berada kumpulan untuk
membina ayat majmuk menggunakan imbuhan yang
telah dipamerkan oleh guru.
Setiap kumpulan dikehendaki membina lima ayat
majmuk menggunakan kata imbuhan.
Setelah ayat yang dibina siap ketua kumpulan
hendaklah membentangkan ayat yang telah dibina
kepada kumpulan yang lain.
Kumpulan yang pertama membentangkan ayat akan
menerima ganjaran daripada daripada guru.
24. Langkah 4
( 5 minit )
Peneguhan :
• Guru mengedarkan lembaran kerja untuk
dilengkapkan oleh murid
murid-murid melengkapkan lembaran kerja yang
diberikan oleh guru
• Guru memeriksa hasil kerja murid secara kelas.
Lembaran Kerja :
6 soalan : Mengisi tempat kosong dengan kata
imbuhan
25. Penutup
( 2 minit )
Guru membuat rumusan tentang kata imbuhan.
Guru menerapkan nilai murni dan memujimurid.
Nilai murni :
• Bekerjasama, bertolak ansur,berbudi dan tolong menolong
26. LEMBARAN KERJA
Isi tempat kosong dengan imbuhan yang sesuai.
1. Kereta api itu ………………… laju melalui landasan. ( deru )
2. Orang ramai dilarang ……………landasan semasa kereta api
lalu.
( lintas )
3. Kanak-kanak …………………telinga ketika kereta api lalu . (
tutup )
4. Bunyi kereta api itu seolah-olah seperti orang ……….. ( jerit )
5. Nenek tua itu ……………semasa kereta api itu lalu . ( kejut )
6. Serombong kereta api itu …………… ( asap ).