SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 15
1. Pendahuluan :
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam merupakan teras dalam pengurusan kurikulum sekolah
khususnya dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan Pendidikan Islam.
Peranannya amat penting dalam usaha menjadikan pengurusan kurikulum Pendidikan Islam di
sekolah-sekolah lebih terancang dan sistematik.
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik
dan sahsiah murid. Justeru itu, diharapkan maklumat ini dapat membantu merealisasikan
harapan dan wawasan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta
Falsafah Pendidikan Islam.
2. Definisi :
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan
Panitia Pendidikan Islam merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik
dan program panitia secara berterusan dan berkesan.
3. Punca Kuasa :
Panitia Pendidikan Islam di sekolah ditubuhkan atas arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986.
4. Objektif :
4.1 Mempertingkat pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia
Pendidikan Islam di sekolah.
4.2 Mempertingkat kerjasama dan muafakat guru Pendidikan Islam untuk merancang,
melaksana, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang
berkaitan.
4.3 Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah dalam pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar murid.
PENGUR U S A N PANITIA
PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDA H
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam
4.4 Memantapkan sistem dokumentasi maklumat yang berkaitan dengan panitia Pendidikan
Islam.
4.5 Mempertingkat kualiti pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah.
5. Penambahbaikan Pengurusan Panitia :
5.1 Sistem Fail
5.1.1Mengadakan sejumlah 14 buah fail yang mengandungi :
i. Minit Mesyuarat
ii. Maklumat Guru
iii. Surat Menyurat / Pekeliling
iv. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran
v. Pencerapan / Penyemakan Buku Latihan
vi. Perancangan Peningkatan Panitia
vii. Analisis Ujian dan Peperiksaan
viii. Laporan Program / Aktiviti
ix. Persatuan Agama Islam
x. Perkembangan Staf
xi. Kewangan
xii. Bank Soalan
xiii. PAFA
xiv. j-QAF
5.2 Perancangan Peningkatan Panitia
5.2.1 Menyediakan Rancangan Jangka Panjang yang meliputi Kurikulum, Ko-Kurikulum
dan Sahsiah. Rancangan ini adalah merupakan perancangan dalam tempoh tiga
hingga lima tahun.
5.2.2Menyediakan Rancangan Tahunan Semasa iaitu dalam tempoh setahun,
merangkumi semua program dan aktiviti panitia.
5.2.3Menyediakan Rancangan Operasional iaitu kertas kerja bagi setiap aktiviti yang
hendak dijalankan.
5.3 Perkembangan Staf
Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam
5.3.1 Merancang dan mengadakan Perkembangan Staf sekurang-kurangnya dua kali
setahun.
5.3.2 Pengisian di dalam kursus tersebut merangkumi antaranya, kaedah pengajaran
dan pembelajaran berkesan, pengurusan masa, pengurusan panitia,
penggunaan ICT dalam pengajaran dan perkembangan kurikulum terkini.
5.4 Pengurusan Kewangan
5.4.1 Merancang dan membeli bahan bantu mengajar yang bersesuaian.
5.4.2Menggunakan peruntukan kewangan (Perkapita Geran - PCG) untuk
meningkatkan keberkesanan P&P seperti mencetak dan membeli buku kerja.
5.4.3 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan panitia.
5.5 Laporan Program / Aktiviti
5.5.1 Menyediakan laporan program / aktiviti yang telah dijalankan.
5.5.2 Semua laporan hendaklah dikemaskini dan dibukukan dalam bentuk yang
menarik.
5.6 Penyemakan Buku Latihan
5.6.1 Menentukan jumlah latihan dalam tempoh setahun mengikut kelas.
5.6.2 Menghantar buku latihan kepada Guru Besar / Guru Penolong Kanan mengikut
jadual yang ditetapkan untuk disemak.
5.6.3 Menyimpan Borang Semakan di dalam fail panitia.
5.7 Pengurusan Surau
5.7.1 Memastikan surau berada dalam keadaan bersih dan ceria.
5.7.2 Menggunakan kemudahan surau untuk amali solat, P&P dan kegiatan
persatuan.
5.7.3 Merekodkan penggunaan surau dan mengemaskini stok peralatan surau.
5.7.4 Menggunakan senarai semak pengurusan surau yang dibekalkan oleh Jabatan
Pelajaran Negeri masing-masing.
Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 3
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam
Pekeliling Pengurusan Panitia Mata Pelajaran
Pekeliling 1
Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Tingkat 12-14,
Bangunan Bank Pertanian,
Leboh Pasar Besar, Telefon : 03-2922066
50604 Kuala Lumpur. Kawat : Pelajaran
Ruj. Kami : KB(BS)8591/Jld.II/(44)
Tarikh : 13 Mac, 1986
Semua Pengarah Pelajaran Negeri Malaysia.
Y.B. Datuk/Tuan,
Per: Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran
Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran
Negeri dan Pejabat Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan
keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah
yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya.
Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan
bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau
arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu ditubuhkan.
2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah
tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, penubuhan dua hala di antara pihak
sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi.
3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki
menubuhkan atau memperkemaskan lagi panitia mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran-
pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan.
Latar Belakang
Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu
mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru
yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan
sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak.
Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata
pelajaran yang sama, menggembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan /
atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama,
saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi
kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran
Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 4
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam
berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan
bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru yang menganggotainya juga
berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah, bukan sahaja dalam bidang
pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar.
Struktur dan Organisasi
3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru
yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil
yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia
mata pelajaran).
3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah.
3.2.3 Semua Ketua Panitia mata pelajaran adalah secara automotik menjadi ahli-ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Pelajaran masing-masing di dalam Jawatankuasa
tersebut dan menjadi sebagai penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau
Pengetua Sekolah.
3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-
perjumpaan berhubung dengan isu-isu masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu
dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya,
sama ada untuk mendapat penyelesaian atau makluman.
3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, Ketua
panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau
Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan
mensyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan
keperluan pengajaran dan pembelajaran.
Tujuan Panitia Mata Pelajaran
Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk panitia mata pelajaran;-
3.2.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-pembelajaran;
3.2.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan
boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap
pembelajaran.
3.2.3 Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam)
dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/ target
yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah;
3.2.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan
kelab akademik.
Peranan Panitia Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia,
sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas.
3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemas kini untuk kegunaan
ahli-ahli panitia;
3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun
persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu
tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan;
3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbiran sekolah buku teks untuk
digunakan oleh pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak
sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka;
Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 5
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam
3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang
sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk dibekalkan
di pusat sumber sekolah;
3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah)
yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu, menubuhkan bank
soalan
3.4.6 Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap
peperiksaan berasaskan (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun ) dan
mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pelajaran dan
pembelajaran;
3.4.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali
sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara `ad-hoc’ jika perlu;
3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal
atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang
berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta
mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut;
3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah
mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain;
3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan
menjalani hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan
pembelajaran;
3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan
panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan;
3.4.12 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah
memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu;
3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit
mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia;
3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat,
surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan
4. Harap Y.B. Datuk/Tuan memaklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua sekolah.
Sekian.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
t.t
(HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD. NOOR)
Bahagian Sekolah
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 6
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam
Pekeliling 2
Surat Pekelilng Ikhtisas Bil 2/1996
Rujukan : KP (BS) 8591/Jld.VII (33), dikeluarkan pada 24 Jun 1996
Tajuk : Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian
Tujuan : Untuk menegaskan bahawa :
a) Kementerian Pendidikan amat memandang berat terhadap
sebilangan pelajar yang tidak menampilkan keceriaan, kekemasan dan kerapian
dalam berpakaian, seperti tidak memasukkan kemeja ke dalam seluar,
tidak mengikat tali leher dengan kemas, tidak mengancing butang baju,
berkasut kotor atau tidak berkilat, tidak memakai kain samping dengan
kemas, tidak menyikat rambut dengan rapi serta tabiat-tabiat lain yang
memperlihatkan nilai-nilai yang tidak diingini. Fenomena ini jika tidak ditangani
segera dikhuatiri akan menjejaskan hasrat dan matlamat kerajaan untuk
meningkatkan taraf pendidikan negara kita ke taraf dunia.
b) Harus diingat bahawa penampilan pelajar dalam masyarakat
mencerminkan corak pendidikan yang diterimanya di sekolah. Matlamat
pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia serta berketrampilan tidak akan tercapai sekiranya pelajar
masih belum dapat menunjukkan tahap pengurusan diri yang tinggi.
c) Semua sekolah diminta mengambil langkah dan tindakan yang
wajar, konsisten dan tegas bagi memastikan amalan-amalan ke arah pembinaan
sahsiah dan penampilan diri yang baik dapat dilakukan.
Pekeliling 3
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 15/1998
Rujukan : KP (BS) 8591/Jld.XIV (15), dikeluarkan pada 25 Julai 1998
Tajuk : Bidang Kuasa Penempatan & Pertukaran Guru Pendidikan Islam
Tujuan : Untuk menegaskan bahawa keputusan Kementerian Pendidikan bahawa semua
urusan penempatan dan pertukaran guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah
dipertanggungjawabkan kepada Sektor/Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan
Pendidikan Negeri. Manakala penempatan dan pertukaran guru Pendidikan Islam
antara negeri pula akan terus dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Kementerian Pendidikan.
Pekeliling 4
Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 7
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999
Rujukan : KP (BS) 8591/Jld.XV (3), dikeluarkan pada 9 Mac 1999
Tajuk : Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran
Tujuan : Untuk :
a) Memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256
bertarikh 1 Julai 1963 mengenai buku Rekod Mengajar Guru.
b) Memaklumkan bahawa Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
hendaklah mengandungi hanya dua unsur iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan
dan Rancangan Pelajaran Harian. Rekod ini bolehlah disediakan dalam apa jua
bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah
diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila
dikehendaki.
Pekeliling 5
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1999
Rujukan : KP (BS) 8591/Jld.XV (5), dikeluarkan pada 11 Mei 1999
Tajuk : Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan
dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti-Kerajaan
Tujuan : Untuk menegaskan bahawa :
a) semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid Sekolah
sama ada di pejabat, di kawasan sekolah atau di dalam bilik darjah adalah
dilarang sama sekali melibatkan diri dalam apa jua bentuk kegiatan berunsur
politik.
b) semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Staf Sokongan yang ingkar
dengan larangan di atas boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tataterbib ) 1993 dan mana-mana
murid yang terlibat dalam aktiviti tersebut juga boleh dikenakan tindakan disiplin
mengikut peraturan yang ada.
c) semua Ketua Jabatan, Pengetua dan Guru Besar adalah diminta supaya
mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai, staf dan murid yang
didapati bersalah mengingkari larangan yang dinyatakan di atas.
Pekeliling 6
Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 8
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam
Surat Penjelasan Lanjut Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988 KP(PPK)32/4/Jld.VI/(83)
bertarikh 24 November 1988
Rujukan : KP (PPK) 32/4/Jld.VII(1) dikeluarkan pada 19 Disember 1988
Tajuk : Penjelasan Lanjut Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988
C KP(PPK)32/4/Jld.VI/(83) bertarikh 24 November 1988
Tujuan : Untuk menegaskan bahawa :
a) Satu masa yang sesuai untuk amali Pendidikan Islam KBSM hendaklah diatur
agar membolehkan pelajar berpeluang mengerjakan solat Zohor atau solat
Asar pada hari-hari berkenaan.
b) Dua waktu tambahan hendakla dijalankan mengikut program yang telah
disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Pekeliling 7
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 17/2002
Rujukan : KP (BS) 8591/Jld.XVII (17) dikeluarkan pada 3Disember 2002
Tajuk : Pelaksanaan Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA)
Tujuan : Untuk menegaskan bahawa :
a) Setiap murid Islam di sekolah menengah atau sekolah kebangsaan
harus memiliki Buku PAFA
b) Semua guru dan murid boleh mendapatkan Buku PAFA di Dewan
Bahasa dan Pustaka atau di mana-mana cawangannya.
c) Sekiranya murid berpindah ke sekolah lain mereka hendaklah
membawa bersama buku tersebut dan menyerahkan kepada guru yang
mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di kelasnya.
Pekeliling 8
Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 /1992
Rujukan : KP (BS) 8591/Jld.VI ( 7) dikeluarkan pada 22 Januari 1992
Tajuk : Pelaksanaan Ejaan Jawi Yang Disempurnakan oleh DBP
Tujuan : Untuk menegaskan bahawa :
a) Sekolah dan Maktab hendaklah menggunakan sepenuhnaya Pedoman
Ejaan Jawi yang diterbitkan oleh DBP
b) Semua guru dan murid mengeja Jawi berdasarkan Ejaan yang
dikeluarkan oleh pihak DBP
Pekeliling 9
Surat Siaran (JAPIM)5206/4/4.1Jld.21 (4)
Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 9
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam
Rujukan : (JAPIM)5206/4/4.1Jld.21 (4) dikeluarkan pada 3 Januari 2003
Tajuk : Surat Siaran Pelaksanaan Jawi dan al-Quran dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Pendidikan Islam KBSR/KBSM
Tujuan : Untuk menegaskan bahawa :
a) Pelaksanaan Jawi dan al-Quran enam bulan pertama tahun satu
hendaklah mengikut masa baru yang ditentukan
b) Masa selepasnya guru hendaklah menjalankan pemulihan dan
pengayaan secara berterusan
c) Pemulihan khas hendaklah dilakukan kepada murid yang belum menguasai
Jawi dan al-Quran di semua peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.
d) Tulisan Jawi digunakan di semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam dan ujian serta peperiksaan Pendidikan Islam di peringkat
sekolah
e) Guru hendaklah merancang aktiviti khusus yang melibatkan murid
menguasai Jawi dan al-Quran.
Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 10
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam
KERTAS KERJA
( RANCANGAN OPERASIONAL )
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SK SERI MUTIARA
TAHUN 2007
RASIONAL : Memupuk kecintaan dan minat terhadap al-Quran merupakan salah satu
Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 11
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
SK SERI MUTIARA
2007
ERTASERTAS
ERJAERJAKK KK
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam
agenda untuk menghidupkan syiar Islam disamping untuk memahirkan
bacaan al Quran.
OBJEKTIF : 1. Yakin dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melaziminya
dalam kehidupan.
2. Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan kepada
kumpulan pelajar berkenaan.
3. Menarik minat pelajar untuk membaca dan mengkhatamkan al-Quran.
TARIKH : 22 Oktober 2007
TEMPAT : Dewan Sekolah / Surau
KUMPULAN :
SASAR
Pelajar Tahun 6 yang tamat al-Quran
ANGGARAN 1. Jamuan
• Jemputan RM5.00 X 10 = RM 50.00
• Ibubapa RM4.00 X 20 = RM 80.00
• Guru RM4.00 X 20 = RM 80.00
• Pelajar RM3.00 X 20 = RM 60.00
2. Cenderamata Perasmi = RM 30.00
3. Cenderamata Pelajar RM5.00 X 20 = RM100.00
4. Bunga Telur RM2.00 X 20 = RM 40.00
5. Rencam = RM100.00
6. Jumlah = RM540.00
SUMBER 1. Sekolah
2. PIBG
STRATEGIK 1. Menyediakan kertas kerja dan membentangkannya
2. Mengadakan mesyuarat perlantikan jawatankuasa
3. Mesyuarat pelaporan & semakan kerja
4. Pelaksanaan majlis
5. Laporan dan post mortem
Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 12
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam
JAWATANKUASA
PELAKSANA
1. Penasihat :
2. Pengerusi :
3. Naib Pengerusi :
4. Setiausaha :
5. Bendahari :
6. AJK Pelaksana :
• Urusetia
• Jamuan
• Cenderamata
• Siaraya
• Persiapan Tempat
• Back Drop
• Brosur
• Pengacara Majlis
• Lain-lain yang difikirkan perlu
PENILAIAN DAN
KAWALAN MUTU
1. Pemantauan dan penilaian akan dibuat oleh :
• GPK Kokurikulum
• Unit HEM – Bina Insan
• Panitia Pendidikan Islam
PENUTUP
CARTA ALIRAN KERJA
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SK SERI MUTIARA
TAHUN 2007
Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 13
Tamat
Pelaksanaan Mengikut Bidang
Mesyuarat Pelaporan
Pelaksanaan Majlis
Laporan / Post Mortem
Lulus
Mula Kertas Cadangan
Bentang kepada Guru Besar
Tidak Lulus
Mesyuarat AJK
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam
ATURCARA
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SK SERI MUTIARA
TAHUN 2007
8.00 pagi : Pelajar berkumpul di dewan
8.15 pagi : Guru-guru mengambil tempat
8.30 pagi : Ketibaan jemputan
8.45 pagi : Ketibaan perasmi
Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 14
Pengurusan Panitia Pendidikan Islam
9.00 pagi : Majlis bermula
• Aluan pengerusi
• Bacaan al-Quran
• Ucapan Pengetua
• Ucapan Perasmi
• Majlis Khatam al-Quran bermula
• Penyampaian sijil & cenderamata
• Persembahan nasyid
• Bacaan doa
• Bersurai
Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 15

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahNorhayati Ismail
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rphtamya65
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanSyaza Mohd Sabri
 
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin muridPembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin muridMohd Fahmi Abu Bakar
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxnsmm
 
Rancangan tahunan kelab catur 2013
Rancangan tahunan kelab catur 2013Rancangan tahunan kelab catur 2013
Rancangan tahunan kelab catur 2013Farihan Siti Nur
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifHuiping Lu
 
Senarai tugas pentadbir sekolah
Senarai tugas pentadbir sekolahSenarai tugas pentadbir sekolah
Senarai tugas pentadbir sekolahgschong83
 
Contoh rph al quran
Contoh rph al quranContoh rph al quran
Contoh rph al quranKas Wati
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
Rancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahRancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahAzhar Abu
 
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018Jagan Arumugam
 
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiahnurul bazilah
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Mokhzani Fadir
 
Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl
Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skklKertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl
Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skklhadi_pronto
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...Mohd Suhaimin Isnen
 
6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjah6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjahEswary Raju
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianAeyn Solehah
 

Was ist angesagt? (20)

Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di SekolahProtokol Majlis Rasmi Di Sekolah
Protokol Majlis Rasmi Di Sekolah
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
 
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin muridPembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
Pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid
 
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docxBORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
BORANG ULASAN BUKU SPLKPM.docx
 
Rancangan tahunan kelab catur 2013
Rancangan tahunan kelab catur 2013Rancangan tahunan kelab catur 2013
Rancangan tahunan kelab catur 2013
 
Operasi datang lewat ke sekolah
Operasi datang lewat ke sekolahOperasi datang lewat ke sekolah
Operasi datang lewat ke sekolah
 
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatifPerbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
Perbezaan antara penilaian formatif dan penilaian sumatif
 
Senarai tugas pentadbir sekolah
Senarai tugas pentadbir sekolahSenarai tugas pentadbir sekolah
Senarai tugas pentadbir sekolah
 
Kertas kerja sambutan maal hijrah
Kertas kerja sambutan maal hijrahKertas kerja sambutan maal hijrah
Kertas kerja sambutan maal hijrah
 
Contoh rph al quran
Contoh rph al quranContoh rph al quran
Contoh rph al quran
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Rancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarahRancangan aktiviti kelab sejarah
Rancangan aktiviti kelab sejarah
 
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018Kertas kerja  pertandingan mencungkil bakat murid 2018
Kertas kerja pertandingan mencungkil bakat murid 2018
 
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
339548138 sinopsis-buku-bacaan-ilmiah
 
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
Strategi pembelajaran kelas abad ke 21
 
Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl
Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skklKertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl
Kertas kerja program imarah ramadhan ppki skkl
 
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
STANDARD 4 - PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) (Standard Kualiti Pendidik...
 
6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjah6. pentaksiran bilik darjah
6. pentaksiran bilik darjah
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harian
 

Ähnlich wie Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah

Surat pepkeliling ikhtisas bil
Surat pepkeliling ikhtisas bilSurat pepkeliling ikhtisas bil
Surat pepkeliling ikhtisas biljekius
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahali ahmad
 
nota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-5-docx
nota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-5-docxnota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-5-docx
nota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-5-docxMauna Sugumaran
 
Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]slnair
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6Rainne Lee
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulumali ahmad
 
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.docFAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.docMohdSaidZakaria
 
Fail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahFail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahCik Ecah
 
Kendalian sekolah
Kendalian sekolahKendalian sekolah
Kendalian sekolahJimmy Siow
 
Fail meja ketua panitia pjk
Fail meja ketua panitia pjkFail meja ketua panitia pjk
Fail meja ketua panitia pjkshahida sani
 
Modul komuniti-pembelajaran-profesional
Modul komuniti-pembelajaran-profesionalModul komuniti-pembelajaran-profesional
Modul komuniti-pembelajaran-profesionaldaud5530
 
Jnjk buku panduan bm
Jnjk buku panduan bmJnjk buku panduan bm
Jnjk buku panduan bmTar Mizi
 
panitia Mata pelajaran.pptx
panitia Mata pelajaran.pptxpanitia Mata pelajaran.pptx
panitia Mata pelajaran.pptxAzimahDollah2
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARAker Derashid
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfssuserd0ceaf
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitiamie80
 

Ähnlich wie Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah (20)

Surat pepkeliling ikhtisas bil
Surat pepkeliling ikhtisas bilSurat pepkeliling ikhtisas bil
Surat pepkeliling ikhtisas bil
 
SPI Pekeliling
SPI PekelilingSPI Pekeliling
SPI Pekeliling
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
 
nota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-5-docx
nota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-5-docxnota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-5-docx
nota-sjh3103-kurikulum-sejarah-sekolah-rendah-bab-5-docx
 
Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6
 
Buku panduan sejarah
Buku panduan sejarahBuku panduan sejarah
Buku panduan sejarah
 
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
2. konsepmatlamat strategi dan pelaksanaan kokurikulum
 
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.docFAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
FAIL MEJA GURU PRASEKOLAH FYA.doc
 
Fail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolahFail meja guru prasekolah
Fail meja guru prasekolah
 
Kendalian sekolah
Kendalian sekolahKendalian sekolah
Kendalian sekolah
 
Fail meja ketua panitia pjk
Fail meja ketua panitia pjkFail meja ketua panitia pjk
Fail meja ketua panitia pjk
 
Fail mejagb
Fail mejagbFail mejagb
Fail mejagb
 
Modul komuniti-pembelajaran-profesional
Modul komuniti-pembelajaran-profesionalModul komuniti-pembelajaran-profesional
Modul komuniti-pembelajaran-profesional
 
Jnjk buku panduan bm
Jnjk buku panduan bmJnjk buku panduan bm
Jnjk buku panduan bm
 
Minggu 7
Minggu 7Minggu 7
Minggu 7
 
panitia Mata pelajaran.pptx
panitia Mata pelajaran.pptxpanitia Mata pelajaran.pptx
panitia Mata pelajaran.pptx
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESAR
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 
Pengurusan panitia
Pengurusan panitiaPengurusan panitia
Pengurusan panitia
 

Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah

  • 1. 1. Pendahuluan : Pengurusan Panitia Pendidikan Islam merupakan teras dalam pengurusan kurikulum sekolah khususnya dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan Pendidikan Islam. Peranannya amat penting dalam usaha menjadikan pengurusan kurikulum Pendidikan Islam di sekolah-sekolah lebih terancang dan sistematik. Pengurusan Panitia Pendidikan Islam yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan sahsiah murid. Justeru itu, diharapkan maklumat ini dapat membantu merealisasikan harapan dan wawasan yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Falsafah Pendidikan Islam. 2. Definisi : Pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah bermaksud kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Islam merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan. 3. Punca Kuasa : Panitia Pendidikan Islam di sekolah ditubuhkan atas arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1986. 4. Objektif : 4.1 Mempertingkat pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Pendidikan Islam di sekolah. 4.2 Mempertingkat kerjasama dan muafakat guru Pendidikan Islam untuk merancang, melaksana, menyelia dan memantau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan. 4.3 Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelesaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar murid. PENGUR U S A N PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDA H
  • 2. Pengurusan Panitia Pendidikan Islam 4.4 Memantapkan sistem dokumentasi maklumat yang berkaitan dengan panitia Pendidikan Islam. 4.5 Mempertingkat kualiti pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah. 5. Penambahbaikan Pengurusan Panitia : 5.1 Sistem Fail 5.1.1Mengadakan sejumlah 14 buah fail yang mengandungi : i. Minit Mesyuarat ii. Maklumat Guru iii. Surat Menyurat / Pekeliling iv. Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran v. Pencerapan / Penyemakan Buku Latihan vi. Perancangan Peningkatan Panitia vii. Analisis Ujian dan Peperiksaan viii. Laporan Program / Aktiviti ix. Persatuan Agama Islam x. Perkembangan Staf xi. Kewangan xii. Bank Soalan xiii. PAFA xiv. j-QAF 5.2 Perancangan Peningkatan Panitia 5.2.1 Menyediakan Rancangan Jangka Panjang yang meliputi Kurikulum, Ko-Kurikulum dan Sahsiah. Rancangan ini adalah merupakan perancangan dalam tempoh tiga hingga lima tahun. 5.2.2Menyediakan Rancangan Tahunan Semasa iaitu dalam tempoh setahun, merangkumi semua program dan aktiviti panitia. 5.2.3Menyediakan Rancangan Operasional iaitu kertas kerja bagi setiap aktiviti yang hendak dijalankan. 5.3 Perkembangan Staf Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2
  • 3. Pengurusan Panitia Pendidikan Islam 5.3.1 Merancang dan mengadakan Perkembangan Staf sekurang-kurangnya dua kali setahun. 5.3.2 Pengisian di dalam kursus tersebut merangkumi antaranya, kaedah pengajaran dan pembelajaran berkesan, pengurusan masa, pengurusan panitia, penggunaan ICT dalam pengajaran dan perkembangan kurikulum terkini. 5.4 Pengurusan Kewangan 5.4.1 Merancang dan membeli bahan bantu mengajar yang bersesuaian. 5.4.2Menggunakan peruntukan kewangan (Perkapita Geran - PCG) untuk meningkatkan keberkesanan P&P seperti mencetak dan membeli buku kerja. 5.4.3 Menyediakan anggaran belanjawan tahunan panitia. 5.5 Laporan Program / Aktiviti 5.5.1 Menyediakan laporan program / aktiviti yang telah dijalankan. 5.5.2 Semua laporan hendaklah dikemaskini dan dibukukan dalam bentuk yang menarik. 5.6 Penyemakan Buku Latihan 5.6.1 Menentukan jumlah latihan dalam tempoh setahun mengikut kelas. 5.6.2 Menghantar buku latihan kepada Guru Besar / Guru Penolong Kanan mengikut jadual yang ditetapkan untuk disemak. 5.6.3 Menyimpan Borang Semakan di dalam fail panitia. 5.7 Pengurusan Surau 5.7.1 Memastikan surau berada dalam keadaan bersih dan ceria. 5.7.2 Menggunakan kemudahan surau untuk amali solat, P&P dan kegiatan persatuan. 5.7.3 Merekodkan penggunaan surau dan mengemaskini stok peralatan surau. 5.7.4 Menggunakan senarai semak pengurusan surau yang dibekalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 3
  • 4. Pengurusan Panitia Pendidikan Islam Pekeliling Pengurusan Panitia Mata Pelajaran Pekeliling 1 Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian, Leboh Pasar Besar, Telefon : 03-2922066 50604 Kuala Lumpur. Kawat : Pelajaran Ruj. Kami : KB(BS)8591/Jld.II/(44) Tarikh : 13 Mac, 1986 Semua Pengarah Pelajaran Negeri Malaysia. Y.B. Datuk/Tuan, Per: Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 Panitia Mata Pelajaran Dalam menjalankan kerja-kerja penyeliaan sekolah-sekolah oleh Jemaah Nazir Sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Daerah, salah satu perkara yang hendak diselia adalah tentang kewujudan dan keberkesanan panitia mata pelajaran di sekolah-sekolah. Adalah didapati bahawa ada sekolah-sekolah yang telah menubuhkan panitia mata pelajaran dan dapat berfungsi dengan baik dan ada pula di sebaliknya. Walau bagaimanapun, sama ada panitia mata itu berfungsi atau tidak, Kementerian Pelajaran difahamkan bahawa pihak-pihak yang telah membuat penyeliaan ini telah ditanya oleh pihak sekolah, atas dasar atau arahan manakah, panitia mata pelajaran ini perlu ditubuhkan. 2. Oleh yang demikian, surat pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan untuk memberitahu pihak sekolah tentang perlunya penubuhan panitia mata pelajaran, supaya dengan ini, penubuhan dua hala di antara pihak sekolah dengan pihak-pihak yang membuat penyeliaan dapat diadakan dengan lebih berkesan lagi. 3. Berikut adalah panduan mengenai panitia mata pelajaran dan pihak sekolah adalah dikehendaki menubuhkan atau memperkemaskan lagi panitia mata pelajaran supaya keberkesanan pengajaran- pembelajaran di sekolah dapat ditingkatkan. Latar Belakang Kebanyakan para pelajar dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan kekesanan guru yang mengajar. Guru tidak ragu-ragu lagi mempunyai peranan yang penting dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah tercapai atau tidak. Menyedari hakikat ini, maka adalah wajar bagi guru yang terlibat atau mengajar sesuatu mata pelajaran yang sama, menggembelingkan tenaga mereka dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti dan / atau tugas-tugas mengajar sebagai pendidik. Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling membantu dan berkongsi fikiran, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaiki lagi kecekapan dan kekesanan mereka. Dengan demikian, guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 4
  • 5. Pengurusan Panitia Pendidikan Islam berpeluang untuk bekerjasama dan menyelaraskan usaha mereka dengan lebih terkelola dan bersepadu. Dengan wujudnya badan ikhtisas seumpama ini, guru yang menganggotainya juga berpeluang untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah, bukan sahaja dalam bidang pengajaran, bahkan juga masalah yang berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar pelajar. Struktur dan Organisasi 3.2.1 Panitia mata pelajaran adalah sebuah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah. (Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata pelajaran). 3.2.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah. 3.2.3 Semua Ketua Panitia mata pelajaran adalah secara automotik menjadi ahli-ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Pelajaran masing-masing di dalam Jawatankuasa tersebut dan menjadi sebagai penghubung di antara ahli panitia dengan Guru Besar atau Pengetua Sekolah. 3.2.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan- perjumpaan berhubung dengan isu-isu masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh ketua panitia kepada Guru Besar atau Pengetua atau Penolong Kanannya, sama ada untuk mendapat penyelesaian atau makluman. 3.2.5 Di sekolah-sekolah di mana Jawatankuasa Kurikulum Sekolah belum ditubuhkan, Ketua panitia masih memainkan peranan penting untuk berhubung dengan Guru Besar atau Pengetua bagi membentangkan masalah-masalah atau isu-isu yang sedang dihadapi dan mensyorkan segala cadangan atau permintaan ahli-ahli panitia berhubung dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran. Tujuan Panitia Mata Pelajaran Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenal pasti untuk panitia mata pelajaran;- 3.2.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan kekesanan pengajaran-pembelajaran; 3.2.2 Berikhtiar dan berusaha untuk mendapatkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran. 3.2.3 Memperbaiki prestasi pelajar di dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukan atau berasaskan kepada prestasi/ target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah; 3.2.4 Mewujudkan semangat kerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan kelab akademik. Peranan Panitia Berikut adalah di antara perkara yang dianggap perlu dilaksanakan oleh panitia, sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas. 3.4.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia; 3.4.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk ketiga-tiga penggal dalam tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru dalam sesuatu tingkatan/darjah dan juga di antara tingkatan/darjah di mana ada kaitan; 3.4.3 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbiran sekolah buku teks untuk digunakan oleh pelajar berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan mereka; Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 5
  • 6. Pengurusan Panitia Pendidikan Islam 3.4.4 Memilih dan mencadangkan buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para pelajar dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah; 3.4.5 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu, menubuhkan bank soalan 3.4.6 Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan pelajar dalam tiap-tiap peperiksaan berasaskan (khususnya peperiksaan pertengahan dan akhir tahun ) dan mengambil langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan-kelemahan pelajaran dan pembelajaran; 3.4.7 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala sekurang-kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara `ad-hoc’ jika perlu; 3.4.8 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk memikir dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu yang berkaitan seperti masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari penyelesaian kepada masalah atau isu tersebut; 3.4.9 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru yang diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain; 3.4.10 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalani hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran; 3.4.11 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran atau sekawasan; 3.4.12 Bekerjasama dengan lain-lain panitia dan membantunya dalam usaha ke arah memajukan pelajar yang lemah dalam mata-mata pelajaran tertentu; 3.4.13 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli untuk menyediakan minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia; 3.4.14 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkenaan 4. Harap Y.B. Datuk/Tuan memaklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua sekolah. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, t.t (HAJI JUMAAT BIN DATO’ HAJI MOHD. NOOR) Bahagian Sekolah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia. Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 6
  • 7. Pengurusan Panitia Pendidikan Islam Pekeliling 2 Surat Pekelilng Ikhtisas Bil 2/1996 Rujukan : KP (BS) 8591/Jld.VII (33), dikeluarkan pada 24 Jun 1996 Tajuk : Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian Tujuan : Untuk menegaskan bahawa : a) Kementerian Pendidikan amat memandang berat terhadap sebilangan pelajar yang tidak menampilkan keceriaan, kekemasan dan kerapian dalam berpakaian, seperti tidak memasukkan kemeja ke dalam seluar, tidak mengikat tali leher dengan kemas, tidak mengancing butang baju, berkasut kotor atau tidak berkilat, tidak memakai kain samping dengan kemas, tidak menyikat rambut dengan rapi serta tabiat-tabiat lain yang memperlihatkan nilai-nilai yang tidak diingini. Fenomena ini jika tidak ditangani segera dikhuatiri akan menjejaskan hasrat dan matlamat kerajaan untuk meningkatkan taraf pendidikan negara kita ke taraf dunia. b) Harus diingat bahawa penampilan pelajar dalam masyarakat mencerminkan corak pendidikan yang diterimanya di sekolah. Matlamat pendidikan negara untuk menghasilkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia serta berketrampilan tidak akan tercapai sekiranya pelajar masih belum dapat menunjukkan tahap pengurusan diri yang tinggi. c) Semua sekolah diminta mengambil langkah dan tindakan yang wajar, konsisten dan tegas bagi memastikan amalan-amalan ke arah pembinaan sahsiah dan penampilan diri yang baik dapat dilakukan. Pekeliling 3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 15/1998 Rujukan : KP (BS) 8591/Jld.XIV (15), dikeluarkan pada 25 Julai 1998 Tajuk : Bidang Kuasa Penempatan & Pertukaran Guru Pendidikan Islam Tujuan : Untuk menegaskan bahawa keputusan Kementerian Pendidikan bahawa semua urusan penempatan dan pertukaran guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah dipertanggungjawabkan kepada Sektor/Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Negeri. Manakala penempatan dan pertukaran guru Pendidikan Islam antara negeri pula akan terus dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pendidikan. Pekeliling 4 Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 7
  • 8. Pengurusan Panitia Pendidikan Islam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1999 Rujukan : KP (BS) 8591/Jld.XV (3), dikeluarkan pada 9 Mac 1999 Tajuk : Penyediaan Rekod Pengajaran Dan Pembelajaran Tujuan : Untuk : a) Memansuhkan Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 bertarikh 1 Julai 1963 mengenai buku Rekod Mengajar Guru. b) Memaklumkan bahawa Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian. Rekod ini bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki. Pekeliling 5 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1999 Rujukan : KP (BS) 8591/Jld.XV (5), dikeluarkan pada 11 Mei 1999 Tajuk : Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik Anti-Kerajaan Tujuan : Untuk menegaskan bahawa : a) semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid Sekolah sama ada di pejabat, di kawasan sekolah atau di dalam bilik darjah adalah dilarang sama sekali melibatkan diri dalam apa jua bentuk kegiatan berunsur politik. b) semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Staf Sokongan yang ingkar dengan larangan di atas boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan- Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tataterbib ) 1993 dan mana-mana murid yang terlibat dalam aktiviti tersebut juga boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut peraturan yang ada. c) semua Ketua Jabatan, Pengetua dan Guru Besar adalah diminta supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai, staf dan murid yang didapati bersalah mengingkari larangan yang dinyatakan di atas. Pekeliling 6 Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 8
  • 9. Pengurusan Panitia Pendidikan Islam Surat Penjelasan Lanjut Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988 KP(PPK)32/4/Jld.VI/(83) bertarikh 24 November 1988 Rujukan : KP (PPK) 32/4/Jld.VII(1) dikeluarkan pada 19 Disember 1988 Tajuk : Penjelasan Lanjut Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988 C KP(PPK)32/4/Jld.VI/(83) bertarikh 24 November 1988 Tujuan : Untuk menegaskan bahawa : a) Satu masa yang sesuai untuk amali Pendidikan Islam KBSM hendaklah diatur agar membolehkan pelajar berpeluang mengerjakan solat Zohor atau solat Asar pada hari-hari berkenaan. b) Dua waktu tambahan hendakla dijalankan mengikut program yang telah disediakan oleh Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia. Pekeliling 7 Surat Pekeliling Ikhtisas bil 17/2002 Rujukan : KP (BS) 8591/Jld.XVII (17) dikeluarkan pada 3Disember 2002 Tajuk : Pelaksanaan Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) Tujuan : Untuk menegaskan bahawa : a) Setiap murid Islam di sekolah menengah atau sekolah kebangsaan harus memiliki Buku PAFA b) Semua guru dan murid boleh mendapatkan Buku PAFA di Dewan Bahasa dan Pustaka atau di mana-mana cawangannya. c) Sekiranya murid berpindah ke sekolah lain mereka hendaklah membawa bersama buku tersebut dan menyerahkan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di kelasnya. Pekeliling 8 Surat Pekeliling Ikhtisas bil 1 /1992 Rujukan : KP (BS) 8591/Jld.VI ( 7) dikeluarkan pada 22 Januari 1992 Tajuk : Pelaksanaan Ejaan Jawi Yang Disempurnakan oleh DBP Tujuan : Untuk menegaskan bahawa : a) Sekolah dan Maktab hendaklah menggunakan sepenuhnaya Pedoman Ejaan Jawi yang diterbitkan oleh DBP b) Semua guru dan murid mengeja Jawi berdasarkan Ejaan yang dikeluarkan oleh pihak DBP Pekeliling 9 Surat Siaran (JAPIM)5206/4/4.1Jld.21 (4) Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 9
  • 10. Pengurusan Panitia Pendidikan Islam Rujukan : (JAPIM)5206/4/4.1Jld.21 (4) dikeluarkan pada 3 Januari 2003 Tajuk : Surat Siaran Pelaksanaan Jawi dan al-Quran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam KBSR/KBSM Tujuan : Untuk menegaskan bahawa : a) Pelaksanaan Jawi dan al-Quran enam bulan pertama tahun satu hendaklah mengikut masa baru yang ditentukan b) Masa selepasnya guru hendaklah menjalankan pemulihan dan pengayaan secara berterusan c) Pemulihan khas hendaklah dilakukan kepada murid yang belum menguasai Jawi dan al-Quran di semua peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. d) Tulisan Jawi digunakan di semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dan ujian serta peperiksaan Pendidikan Islam di peringkat sekolah e) Guru hendaklah merancang aktiviti khusus yang melibatkan murid menguasai Jawi dan al-Quran. Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 10
  • 11. Pengurusan Panitia Pendidikan Islam KERTAS KERJA ( RANCANGAN OPERASIONAL ) MAJLIS KHATAM AL-QURAN SK SERI MUTIARA TAHUN 2007 RASIONAL : Memupuk kecintaan dan minat terhadap al-Quran merupakan salah satu Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 11 MAJLIS KHATAM AL-QURAN SK SERI MUTIARA 2007 ERTASERTAS ERJAERJAKK KK
  • 12. Pengurusan Panitia Pendidikan Islam agenda untuk menghidupkan syiar Islam disamping untuk memahirkan bacaan al Quran. OBJEKTIF : 1. Yakin dengan bacaan dan penguasaan Al-Quran serta melaziminya dalam kehidupan. 2. Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan kepada kumpulan pelajar berkenaan. 3. Menarik minat pelajar untuk membaca dan mengkhatamkan al-Quran. TARIKH : 22 Oktober 2007 TEMPAT : Dewan Sekolah / Surau KUMPULAN : SASAR Pelajar Tahun 6 yang tamat al-Quran ANGGARAN 1. Jamuan • Jemputan RM5.00 X 10 = RM 50.00 • Ibubapa RM4.00 X 20 = RM 80.00 • Guru RM4.00 X 20 = RM 80.00 • Pelajar RM3.00 X 20 = RM 60.00 2. Cenderamata Perasmi = RM 30.00 3. Cenderamata Pelajar RM5.00 X 20 = RM100.00 4. Bunga Telur RM2.00 X 20 = RM 40.00 5. Rencam = RM100.00 6. Jumlah = RM540.00 SUMBER 1. Sekolah 2. PIBG STRATEGIK 1. Menyediakan kertas kerja dan membentangkannya 2. Mengadakan mesyuarat perlantikan jawatankuasa 3. Mesyuarat pelaporan & semakan kerja 4. Pelaksanaan majlis 5. Laporan dan post mortem Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 12
  • 13. Pengurusan Panitia Pendidikan Islam JAWATANKUASA PELAKSANA 1. Penasihat : 2. Pengerusi : 3. Naib Pengerusi : 4. Setiausaha : 5. Bendahari : 6. AJK Pelaksana : • Urusetia • Jamuan • Cenderamata • Siaraya • Persiapan Tempat • Back Drop • Brosur • Pengacara Majlis • Lain-lain yang difikirkan perlu PENILAIAN DAN KAWALAN MUTU 1. Pemantauan dan penilaian akan dibuat oleh : • GPK Kokurikulum • Unit HEM – Bina Insan • Panitia Pendidikan Islam PENUTUP CARTA ALIRAN KERJA MAJLIS KHATAM AL-QURAN SK SERI MUTIARA TAHUN 2007 Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 13 Tamat Pelaksanaan Mengikut Bidang Mesyuarat Pelaporan Pelaksanaan Majlis Laporan / Post Mortem Lulus Mula Kertas Cadangan Bentang kepada Guru Besar Tidak Lulus Mesyuarat AJK
  • 14. Pengurusan Panitia Pendidikan Islam ATURCARA MAJLIS KHATAM AL-QURAN SK SERI MUTIARA TAHUN 2007 8.00 pagi : Pelajar berkumpul di dewan 8.15 pagi : Guru-guru mengambil tempat 8.30 pagi : Ketibaan jemputan 8.45 pagi : Ketibaan perasmi Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 14
  • 15. Pengurusan Panitia Pendidikan Islam 9.00 pagi : Majlis bermula • Aluan pengerusi • Bacaan al-Quran • Ucapan Pengetua • Ucapan Perasmi • Majlis Khatam al-Quran bermula • Penyampaian sijil & cenderamata • Persembahan nasyid • Bacaan doa • Bersurai Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 15