Dokumen tersebut berisi koleksi pantun, syair, dan gurindam berbahasa Melayu yang mencakup berbagai topik seperti pantun teka-teki, syair tentang sejarah, dan gurindam yang menyampaikan pesan moral. Beberapa di antaranya juga menampilkan unsur budaya Melayu seperti peribahasa dan adat istiadat. Secara keseluruhan dokumen tersebut memberikan gambaran mengenai sastra lisan tradisional Melayu dan nilai-nilai
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
Contoh pantun dan syair moden
1. • Rumah
• Pautan Laman
• Tentang Blog
• Pantun
• Penyair
• Chatroom
• Lirik
• Forum
Pantun Joget Pahang
Disember 11, 2009
Dari Melaka pergi ke Pahang,
Singgah di Johor beli berangan,
Kami mengucapkan selamat datang,
Apa yang kurang dikeji jangan.
Negeri Pahang aman sentosa,
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan,
Niat di hati nak buat jasa,
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan.
Pukul gendang kulit kerbau,
Dalam majlis tari-menari,
Kami ini daganglah merantau,
Mengharap belas orang di sini.
(Dipetik daripada antologi Seuntai Kata untuk Dirasa,Tingkatan 2,DBP)
Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Tagged: Pantun, Pantun Joget Pahang, Pantun
Melayu | Pautan Kekal
Dikirim oleh Haniey
Koleksi Pantun Teka-Teki
Disember 5, 2009
Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
2. Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?
Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.
Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?
Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?
Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.
Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?
Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?
Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?
Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.
Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
3. Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.
Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?
Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.
Jawapan: Klik Sini
Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Tagged: Pantun Melayu, Pantun Teka-Teki |
Pautan Kekal
Dikirim oleh Haniey
Syair MCKK
September 2, 2009
Syair MCKK
Seratus tahun telah berlalu,
Tersergam gagah, Malay College yang satu,
Wawasan murni Raja-Raja Melayu,
Agar negara makmur dan maju.
Empat Raja, empat negeri,
Di Kuala Kangsar mencemar Duli,
Berbincanglah Tuanku, pendapat diberi,
Agar Melayu memerintah sendiri.
Sultan Ahmad, Raja di Pahang,
Rombongan gajah dan hulubalang,
Merentas hutan dan gunung ganang,
Di Kuala Kangsar, sedia berbincang.
Sultan Suleiman, bersemayam di Jugra,
Perjuang kedaulatan bangsa dan negara,
Bijak berhujah, bijak berbicara,
Mendidik Melayu menjadi perkara.
4. Yam Tuan Negeri, Tuanku Muhammad,
Muda dan segak, bijak teramat,
Menuntut agar Melayu dimartabat,
Di negeri sendiri, negeri berdaulat.
Sultan Idris, di Perak bertuah,
Bersuara lantang, kembalikan maruah,
Mendidik Melayu di sebuah sekolah,
Menjadi pemimpin, pentadbir berhemah.
The Malay College sekurunlah sudah,
Di Kuala Kangsar nan serba indah,
Warisan bangsa dan negara bermaruah,
Wawasan di Raja sebagai wadah.
Perayaan ke seratus meriah berseri,
Raja-Raja berkenan mencemar Duli,
Bersama rakyat turut merai,
Sejarah dan budaya penghormatan diberi.
Watikah dibawa, niat nan suci
Gajah bertujuh gagah kemari
Sedia menyembah mengabdi diri
Bukti besar kuasa Illahi
Tujuh gajah dihias berseri
Angka nan ganjil dalamnya erti
Tujuh langit berperut bumi
Kuasa Tuhan kita insafi
Menjunjung kasih Duli Tuanku,
Atas sokongan diberi Tuanku,
Menjadi penaung Malay College yang satu,
Semoga Allah beri petunjuk selalu.
Kepada para hadirin sekelian,
Marilah kita sama doakan,
Wawasan dan jasa akan berterusan,
Sekurun lagi MCKK berkorban.
Nukilan Jak Li
Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Tagged: MCKK, syair | Pautan Kekal
Dikirim oleh Haniey
5. Gurindam Melayu Bangsaku 2
April 7, 2009
Melayu bangsaku penegak budaya
berseri hidup diterangi cahaya.
Melayu bangsaku penjunjung warisan
kukuh walau hujan atau kepanasan.
Melayu bangsaku pendaulat agama
kebahagiaan kekal tujuan bersama.
Melayu bangsaku penyubur sikap
kerja beretika bertambah cekap.
Melayu bangsaku penerus agenda
gapai wawasan usaha diganda.
Melayu bangsaku pemelihara bahasa
suara dipadu mantap perkasa.
Melayu bangsaku pembina jati diri
generasi mendatang ampuh berdiri.
Melayu bangsaku pelindung watan
melawan petualang tak gentar ugutan.
Melayu bangsaku pencinta damai
berkat perpaduan muafakat disemai.
Melayu bangsaku pembela bangsa
tidak rela ketuanan binasa.
NAZIM MOHD SUBARI
Mersing, Johor
3 Komen | Puisi Tradisional | Pautan Kekal
Dikirim oleh Haniey
Gurindam Malangnya Bahasaku
Januari 17, 2009
6. Bahasa orang dipuja dipuji
bahasa sendiri dicerca dikeji.
dihormati
bahasa sendiri dibiar mati.
Bahasa orang dinilai dihargai
bahasa sendiri diabai dibenci.
Bahasa orang diyakini
bahasa sendiri disangsi.
Bahasa orang dianggap berguna
bahasa sendiri dipandang hina.
Bahasa orang dinobat dipelihara
bahasa sendiri disekat didera.
Bahasa orang dijunjung dijulang
bahasa sendiri dirundung
malang.
Bahasa orang digilap gemilang
bahasa sendiri malap dan
hilang.
Ehsan Jamily
Taman Desa Baru
Melaka
Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Pautan Kekal
Dikirim oleh Haniey
Gurindam Kelebihan Bercakap Benar
Januari 8, 2009
Kalau diamal bercakap benar,
mulia peribadi akhlak bersinar.
Bohong menipu hasutan syaitan,
elok dihindar mengelak kejahatan.
Mahkota diri baik pekerti,
Sahabat taulan senang dekati.
7. Kata ditutur orang percaya,
bersih hati disirami cahaya.
Tulus bicara tidak berdusta,
tenangnya hidup tanpa sengketa.
Bercakap benar dalam perhubungan,
suasana harmoni kekal berpanjangan.
Bercakap benar bukti kejujuran,
tegak sentiasa tiang kebenaran.
Bercakap benar sepanjang masa,
amalan diperbaiki diampuni dosa.
Bercakap benar sempurna iman,
insan bertakwa hidupnya aman.
Bercakap benar banyak kelebihan,
amal ibadah diterima tuhan.
NAZIM MOHD. SUBARI,
Endau, Johor.
Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Pautan Kekal
Dikirim oleh Haniey
Syair Singapura Terbakar
November 19, 2008
Serta terpandang api itu menjulang,
Rasanya arwahku bagaikan menghilang,
Dijilatnya rumah-rumah serta barang-barang,
Seperti anak ayam disambar helang.
Seberang-menyeberang rumah habis rata,
Apinya cemerlang, tiada membuka mata,
Bunyinya gempar terlalulah gempita,
Lemahlah tulang sendi anggota.
Pakaianku menyalah seperti kertas,
Limau manis pun meletup seperti petas,
Orang menolong pun terlalu pantas,
Merebut barang-barang terlalulah lekas.
8. Ringgit pun hancurlah seperti timah,
Habislah meleh ke bawah rumah,
Tidaklah tentu barang dijamah,
Pencuri pun mengangkutlah bersama-sama.
Barang yang hendak kubawa pulang,
Beberapa pinggan mangkuk, cawan dan dulang,
Sekaliannya habislah hilang,
Harapnya hatiku bukan kepalang
~ Unknown
Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Pautan Kekal
Dikirim oleh Haniey
Syair Nasihat Kepada Perempuan
November 6, 2008
Demikian wahai lagi perempuan,
Taatlah kepada suamimu tuan,
Jangan menderhaka jangan melawan,
Jadukan dirimu bersifat setiawan.
Jangan sekali berniat khianat,
Apalagi kurang amanat,
Pekerjaan wajin bukannya sunat,
Jika dilawan mendapat laknat.
Pertama di dunia mendapat malu,
Di dalam akhirat tubuh terpalu,
Masyhur khabar ke hilir ke hulu,
Sebab perangai tidak bermalu.
Sangatlah murka Rabbulizzati,
Perintah suami tidak dituruti,
Hendaklah taat bersungguh hati,
Kepada suamimu berbuat bakti.
Jangan takburkan rupamu elok,
Melebihi kebanyakan makhluk,
Menyangka dirimu tiada tertolok,
Jadilah suamimu diperolok-olok.
9. Jangan sekali takburkan bangsa,
Martabat tinggi di negeri dan desa,
Memandang suamimu seperti rusa,
Sombonglah tuan tutur bahasa.
Tiada menurut apa perintahnya,
Perkataan kasar selalu keluarnya,
Muka dimasamkan di hadapannya,
Jadilah suami pecah hatinya.
Jika diperbuat demikian itu,
Nyatalah kamu syaitan dan hantu,
Hargamu tiada serial batu,
Tiadalah harus dibuat menantu.
Dukalah tuan sehari-hari,
Suami pun benci tiada terperi,
Jika suamimu bijak bestari,
Duduklah dia mendiamkan diri.
Tetapi hatinya rosaklah sudah,
Kerana perbuatanmu yang haram jadah,
Jadilah suamimu berhati gundah,
Tiadalah kamu mendapat faedah.
Hanyalah dari balasan ngeri,
Dimurkai Tuhan waidul kahri,
Mendapat sengsara di dua negeri,
Celaka bertambah sehari-hari.
~Unknown
5 Komen | Puisi Tradisional | Pautan Kekal
Dikirim oleh Haniey
Syair Siti Zubaidah & Perang di China
Oktober 16, 2008
Baik parasnya bukan kepalang
Tubuhnya seperti emas cemerlang
Cahaya durjanya gilang-gemilang
Jika ditentang bagaikan hilang
10. Lemah lembut manis berseri-seri
Majlisnya tidak lagi terperi
Parasnya seperti anakan peri
Tiada berbanding di dalam negeri
Bertambahlah arif bijak laksana
Bijak bestari akal sempurna
Sifatnya lengkap tujuh laksana
Tiada berbanding barang di mana
Jikalau dicari dengan makrifat
Cukup kepadanya serba empat
Habis kepada sempurna sifat
Bandingnya itu sukar mendapat
Rambutnya panjang hitam lebatnya
Kening beralit dengan hitamnya
Mata hitam sangat hitamnya
Bulu matanya lentik sangat eloknya
Hidungnya mancung lehernya jijang
Pinggangnya ramping dadanya bidang
Loknya elok sederhana sedang
Sedap manis mata memandang
Puteri Zubaidah konon namanya
Patutlah nama dengan rupanya
Di negeri Irak sangat mashurnya
Seorang pun tiada tolok bandingnya
2 Komen | Puisi Tradisional | Tagged: syair | Pautan Kekal
Dikirim oleh Haniey
Perbilangan Adat Melayu
Julai 27, 2008
Penakek pisau seraut
Ambil galah batang lintubong
Seludang ambil ke nyiru
Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Alam terkembang jadikan guru.
11. —————-
Ungkapan ini tidak seharusnya tinggal di dalam lipatan perbilangan adat. Ia harus dihayati dan
dijadikan pegangan hidup seluruh masyarakat Melayu kerana di sebalik keindahan bahasa
terdapat falsafah yang tinggi yang boleh dijadikan pedoman hidup dan motivasi di dalam
mencapai kejayaan. Pemikiran terpenting yang dapat dirumuskan dari ungkapan ini ialah
memotivasikan supaya terus memajukan diri dan menuntut ilmu.
Ungkapan ini berpusat kepada seruan untuk berikhtiar dan berusaha juga berdaya kreatif kerana (
yang setitis jadikan laut/ yang sekepal jadikan gunung). Ia menyemaikan nilai positif dan optimis
bahawa manusia boleh melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan hidupnya. Kejayaan dapat
dicapai melalui usaha yang berterusan.
Pandangan yang terpancar dari ungkapan ini adalah juga selaras dengan ajaran Islam untuk
berusaha, bersabar dan bertawakal. Al- Quran membawa ajaran bahawa manusia mempunyai
daya ikhtiar. Semangat inilah yang menjadi faktor yang membawa kemajuan kepada umat Islam
seperti yang diperjelaskan oleh Syed Naguib Al-Attas ketika membicarakan peranan Islam di
dalam pembangunan tamadun Melayu. Tamadun Melayu dibangunkan oleh semangat yang
dibawa oleh al- Quran yang menganggap manusia sebagai “mempunyai daya ikhtiar”.
“Setitis jadikan laut/sekepal jadikan gunung” adalah saranan untuk bekerja kuat mencari rezeki
untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Seruan ini dapat disandarkan kepada banyak ayat al-
Quran, di antaranya, yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka
bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa
yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam
segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)” (Al-Jumu‘ah; 10).
Alam fizikal bukan sahaja merupakan tempat bagi insan meneruskan hidup tetapi juga
merupakan ayat-ayat Tuhan yang boleh dibaca oleh mereka yang mempunyai akal. Manusia
diminta mempelajari ilmu mengenai alam di sekelilingnya. Ayat-ayat al-Quran yang menggesa
manusia mendapatkan “ilmu’ dengan cara memerhati, menyelidik, mentafsir adalah banyak
sekali. Semua ini dirumuskan melalui ayat pertama yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad
SAW iaitu Iqra.
“Alam terbentang jadikan guru” menyatakan bahawa objek-objek alam fizikal adalah petanda-
petanda yang memandu untuk memahami makna kejadian atau penciptaan serta keindahan.
Mesej penting adalah agar manusia menuntut ilmu dan menyebarkan ilmu sebagaimana yang
dikehendaki oleh Islam. Islam menyatakan dengan jelas bahawa “menuntut ilmu itu adalah wajib
ke atas umat Islam baik lelaki ataupun wanita”(hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Leave a Comment » | Puisi Tradisional | Pautan Kekal
Dikirim oleh Haniey
« Entri-entri Sebelumnya
• Anda sedang melihat arkib bagi kategori Puisi Tradisional.
• Penyair Terbilang
12. Blog ini memuatkan himpunan puisi klasik dan moden yang segar sepanjang zaman,
nukilan penyair terkenal seperti Khalil Gibran, Umar Khayyam, Chairil Anwar serta puisi
moden sasterawan negara seperti Usman Awang dan penulis moden masakini. Turut
diselitkan puisi tradisional Melayu seperti pantun, nazam dan gurindam. Puisi-puisi ini
diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada semua.
Twitter
http://twitter.com/luvhaniey
Facebook
http://www.facebook.com/luvhaniey
Myspace
http://www.myspace.com/luvhaniey
Hantar Karya
Berkongsi karya, sila klik sini.
• About Me
[Home] [Cinta] [Lirik] [Contact]
Webmistress: Haniey
Di blog ini saya himpunkan koleksi puisi dari penyair terpilih. Harap anda juga
menyukainya!
• Recent Posts
o (Puisi) Sia-Sia : Chairil Anwar
o Puisi Chairil Anwar – Penerimaan
o Haiku Anak Bangsa
o Puisi Chairil Anwar – Tak Sepadan
13. o Wahai Anakku
o Sajak Kita Malu Dengan Binatang – Zahari Hasib
o Puisi Sendiri – Chairil Anwar
o Puisi Masyitah – Zurinah Hassan
o Koleksi Puisi : Andainya (Ahmad Sarju)
o (Sajak) Di Tengah Senggara – Punggok
o Perempuan Dalam Puisi – Zahari Hasib
o (Sajak) Kesibukan – Zahari Hasib
o Pantun Enam Kerat
o Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan Maksud
o Pantun Lapan Kerat
• Puisi Popular
o Pantun
o Pantun Jenaka
o Pantun Teka-Teki
o Biografi Chairil Anwar (1922 - 1949)
o Pantun Nasihat
o Koleksi Peribahasa Melayu, Simpulan Bahasa Dan Maksud
o Pantun Perpisahan
o Pantun Budi
o Pantun Kanak-Kanak
o Persahabatan ~ Khalil Gibran
o Penyair
o Pantun Klasik Melayu
• Buat Duit Dengan Klik
• Rahsia Tarikh Lahir
Rahsia Tarikh Lahir. Nak tau? Sila klik sini.
14. • Tip Pikat Wanita
Nak tau? Sila klik sini.
• Kategori
o A Aziz Deraman (10)
o A. Samad Said (11)
o Abdul Rahim Idris (7)
o Amir Hamzah (2)
o Artikel (2)
o Asaari Mohamad (16)
o Biografi Penyair (14)
o Chairil Anwar (28)
o Dharmawijaya (7)
o English Poems (1)
o Hamka (2)
o Hamzah Fansuri (4)
o Jalaluddin Rumi (43)
o Kemala (16)
o Khadijah Hashim (8)
o Khalil Gibran (52)
o Koleksi Pantun Melayu (43)
o Lain-lain (396)
o Latiff Mohiddin (5)
o Masuri S.N (8)
o Muhammad Haji Salleh (1)
o Pablo Neruda (6)
o Pemimpin Politik (7)
o Penyair Amerika/Eropah (11)
o Penyair Timur Tengah (47)
o Puisi Patriotik (18)
o Puisi Tradisional (25)
o Rejab FI (4)
o S. Othman Kelantan (2)
o Siti Zainon Ismail (13)
o T.Alias Taib (8)
o Umar Khayyam (8)
o Usman Awang (40)
15. o WB Rendra (5)
o WS Rendra (26)
o Zahari Hasib (3)
o Zurinah Hassan (17)
• Archives
• Koleksi Cinta ( LOVE )
o Gambar Cute: U Break My Heart!
o Tips Menjamin Privasi di Ruang Siber
o Tips Membaca Dengan Pantas
o Love Poster : You Know You're In Love...
o Luahan Hati : Tiada Jodoh Di Antara Kita
o Jiwa Kacau ? Oh Tidak!
o Kata-Kata Hikmah Bijaksana Pujangga Islam
o Melupakanmu, Aku Tidak Mampu
o Empat Gaya Kepimpinan
o Tips Hilangkan Rasa Sunyi Di Hati
o Hakikat Cintaku
o (Luahan Hati) Menanti Sinar
o Tips Stylo Untuk Si Jejaka!
o Poskad Cinta - Bertepuk Sebelah Tangan
o (Kisah Cinta) Warkah Cinta Terakhir
o Menghormati Guru
o Kata-Kata Hikmat (Hikmah)
o Kisah Cinta : Sekuntum Cinta Pengantin Syurga
o Personaliti Dari Kiraan Tarikh Lahir
o Tip Memenangi Hati Gadis- Biar Si Dia Sayang Padamu
• Seri Kasih
o Manifestasi cinta terhadap Allah melangkaui hawa nafsu
o Kata-kata pujian merangsang potensi diri
o Setiap tutur kata cermin peribadi
o Tuanku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Sultan Johor baru
o Petua Amalan Harian Untuk Panjangkan Usia
o Gangguan mental , sakit jiwa dan penyelesaian
o Meraih kasih sayang anak
o Resepi Agar-agar Kelapa Muda
o Bill Gates pun guna Twitter
o Amaran ancaman keselamatan pengguna Internet Microsoft Internet Explorer
o Tip Mencipta Bilik Air Idaman
o Penyakit Ketuat dan Kutil
o Gurau Senda Rasulullah
o Jawi sasar Putrajaya sifar maksiat
16. o Dengkur tidur petanda sakit kronik
o Denggi Berdarah
o Keputihan perlu dirawat
o Pentingnya menjaga warisan alam
o Gangguan Seksual Di Pejabat
o Mengatasi Mimpi Buruk
• Doa Pengasih
Nak tau? Sila klik sini.
• Recent Comments
gina pada Pantun Teka-Teki
niniey pada Ketika Hati Menangis ~ Anna…
udin toge pada Puisi Chairil Anwar –…
Indrajaya Sulung Ber… pada Pantun Perpisahan
ella pada Biografi W.S Rendra
syasya pada Puisi Sajak Patriotik Sempena …
famous pada Pantun Kanak-Kanak
famous pada Pantun Peribahasa
syiera pada Pantun Jenaka
pitt pada Puisi Chairil Anwar –…
hil pada Ketika Hati Menangis ~ Anna…
chintya pada Puisi Chairil Anwar –…
nadia natasha pada Pantun Hari Raya
riSty pada Nasihat Jiwaku ~ Khalil G…
SITI SALBIAH ZAAHARI pada Ingatan Kepada Kawan XVI ~ Zae…
• Lulus Temuduga
Tip Lulus Temuduga Kerajaan.
Nak tau? Sila klik sini.
17. • Aneka Pautan
o English Lyrics
o Forum Remaja
o Info Kesihatan & Perkahwinan
o Koleksi Cinta ( LOVE )
o Lirik Lagu Melayu
• Chatroom Dan Forum
o Cinta Chatroom
o Forum Remaja
• Variasi
o Cara Lulus Temuduga
o Cara Memikat Wanita
o Myspace RM
o Panduan Cari Duit Kahwin
o Panduan Kuruskan Badan
o Panduan Nikah Kahwin
o Rahsia Doa Pengasih
o Rahsia Tarikh Lahir
• Tip Kuruskan Badan
Panduan Kuruskan Badan.
Nak tau? Sila klik sini.
• Twitter Updates
o (Puisi) Sia-Sia : Chairil Anwar: Sia-sia – Chairil Anwar Penghabisan kali itu kau
datang Membawa kembang berkarang... http://bit.ly/ai8q6H 12 hours ago
o Gambar Fahrin Menangis... sedihnye.. http://j.mp/4oox9r 1 day ago
o Puisi Chairil Anwar – Penerimaan: Penerimaan – Chairil Anwar Jika kau mau,
kuterima kau kembali Dengan sepenuh hat... http://bit.ly/6JncOF 1 day ago
18. o Nexus One mampu dominasi segmen telefon bimbit pintar? http://post.ly/KWkG
1 day ago
o Haiti Earthquake Live Video http://bit.ly/7iL9UD 2 days ago
o @ardmad whatcha doin? 2 days ago
o Until you've lost your reputation, you never realize what a burden it was.
~Margaret Mitchell 2 days ago
o Bersyukurlah kerana kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan Allah buat kita,
itulah yang terbaik (Hamka) 2 days ago
• Follow Me On Twitter
• Email Subscription
Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts
by email.
• Recent Readers
View Entire Community Provided by MyBlogLog
• Hits Counter
19. • Meta
o Log masuk
o RSS Entri
o RSS bagi komen-komen
o WordPress.com
•
• Klik Popular
o koleksicinta.blogspo…
o koleksicinta.blogspo…
o bit.ly/rahsiatarikhl…
o koleksicinta.blogspo…
o bit.ly/Doa_Pengasih
o ms.wordpress.com/tag…
o bit.ly/Panduan_Cinta
20. o koleksicinta.co.cc/2…
o zonfiniti.blogspot.c…
o facebook.com/luvhani…
Tema Contempt by Vault9.
Blog di WordPress.com.