SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 17
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Topik 6 Kumpulan
                                       dan Organisasi
     HASIL PEMBELAJARAN
     Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
     1.    Menyatakan jenis-jenis kumpulan dan ciri-cirinya;
     2.    Menerangkan maksud organisasi formal;
     3.    Menjelaskan ciri-ciri birokrasi dan membezakan di antara kekuatan
           dan kelemahan birokrasi; dan
     4.    Menerangkan     mengapa     berlakunya    penentangan   terhadap
           perubahan.



          PENGENALAN
Kehidupan manusia merupakan sebuah kehidupan sosial. Ini mencerminkan
yang kita melalui kehidupan dikalangan manusia lain dan sentiasa mengambil
kira kewujudan mereka. Adakalanya kita melibatkan diri secara langsung
dengan manusia lain dan aktiviti kita tidak boleh bergerak tanpa mereka. Pada
masa lain pula, mereka hanya wujud dalam imaginasi kita sahaja tetapi masih
boleh mempengaruhi kehidupan kita.

6.1        ELEMEN STRUKTUR SOSIAL
Walaupun interaksi sosial perlu melibatkan orang lain tetapi kita jarang
berinteraksi dengan seorang individu sahaja. Kita sering bersama dengan orang
lain untuk mewujudkan sebuah „kumpulan‰ (sila lihat Rajah 6.1), iaitu
sekumpulan manusia yang mengambil kira tingkahlaku ahli kumpulan semasa
berinteraksi dan mewujudkan perasaan ingin bersama. Apabila interaksi yang
sama ini dijalankan secara rutin untuk beberapa jangka masa, ini menjadi cara
yang boleh digunapakai untuk melakukan sesuatu perkara. Seterusnya, setiap
kumpulan akan mewujudkan norma dan nilainya tersendiri dan juga status dan
peranannya. Kemudiannya muncul pula budaya dan struktur kumpulan
daripada interaksi di kalangan ahli kumpulan.
104      TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI




                         Rajah 6.1: Kumpulan remaja


6.1.1     Ciri-ciri Kumpulan
Apakah ciri-ciri kumpulan?

Keinginan untuk bersama adalah antara ciri-ciri berkumpulan yang dipanggil
„kekitaan‰. Ahli kumpulan akan mewujudkan identiti kumpulan dan
menganggap kumpulan tersebut sebagai mencerminkan identiti mereka. Cuba
lihat contoh ini:


 Ahmad       :   Kita nak buat apa sekarang?
 Ah Chong    :   Mari kita pergi makan.
 Siti        :   Saya tak lapar lagilah.
 Muthu       :   Apa kata kita pergi ke perpustakaan dan buat tugasan.
 Siti        :   Saya baru habis ujian, tak nak pergilah ⁄ tapi kalau semua
                 orang nak juga, saya ikut saja.
 Ahmad    :      Saya pun.
 Ah Chong :      Ok.

Dalam perbualan di atas ternyata bahawa ahli kumpulan menggunakan „kita‰
untuk merujuk kepada tingkahlaku kumpulan. Mereka juga sanggup
melepaskan keinginan peribadi untuk menerima keputusan yang dibuat oleh
kumpulan. Walau pun Siti dan Ah Chong ingin melakukan sesuatu yang
berlainan tetapi akhirnya mereka sanggup mengikut kehendak ahli kumpulan
yang lain.

Sekumpulan kawan adalah merupakan kumpulan yang tidak formal disebabkan
mereka tidak mempunyai struktur sosial yang tegar. Sekiranya sebuah
kumpulan mempunyai struktur sosial yang tegar maka ini dipanggil kumpulan
TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI           105



formal. Kumpulan ini akan ada status, peraturan dan peranan yang khusus dan
kadangkala mempunyai peraturan dan pengawalan yang bertulis. Contohnya,
jabatan pendidikan di sebuah universiti adalah sebuah kumpulan yang formal,
sebab dalam jabatan tersebut ada peraturan bertulis dan juga jawatan rasmi
seperti dekan, timbalan dekan, pelajar sarjana muda, pelajar sarjana dan pekerja
pentadbiran.

Satu lagi ciri kumpulan ialah perasaan ingin tergolong dalam kumpulan.
Kumpulan dalaman (in-group) adalah kumpulan di mana ahlinya merasa
tergolong dalam kumpulan tersebut manakala kumpulan luaran (out-group)
adalah kumpulan di mana ahlinya tidak merasa diri mereka tergolong dalam
kumpulan tersebut. Situasi ini boleh dilihat di kalangan remaja. Mereka akan
bersama dalam kumpulan yang dipanggil clique atau kumpulan dalaman.
Remaja ingin berada dalam kumpulan sedemikian disebabkan kumpulan akan
memberi mereka perasaan kekitaan dan status. Maka di sekolah terdapat pelajar
yang pandai berkumpul bersama rakan yang pandai, ahli sukan akan
mempunyai kumpulannya sendiri dan ada juga remaja yang tidak tergolong
dalam mana-mana kumpulan.


          AKTIVITI 6.1

     1.     Cuba anda kenalpasti kumpulan dalaman dan kumpulan luaran
            dalam masyarakat anda.
     2.     Bagaimanakah kumpulan dalaman mempengaruhi pandangan
            anda terhadap kehidupan?
     3.     Apakah yang memastikan kumpulan kekal bersama?




6.1.2       Ciri-ciri Kumpulan Primari dan Sekunder
Apakah perbezaan di antara kumpulan primari dan sekunder? Ahli sosiologi
mengkategorikan kumpulan kepada primari dan sekunder. Kumpulan primari
mempunyai ciri-ciri seperti mesra, peramah, berkerjasama dan hubungan
bersemuka. Ahli kumpulan ini juga mengambil berat tentang ahli lain dan
menghargai satu sama lain. Contoh kumpulan primari ialah keluarga dan rakan.

Berbeza pula dengan kumpulan sekunder di mana ciri-cirinya terhad oleh
penyertaan dan hubungan formal dan tidak mesra (sila lihat Jadual 6.1).
Manusia menyertai kumpulan sekunder dengan niat ingin mencapai matlamat
khusus, maka mereka tidak berapa kisah tentang kesejahteraan ahli kumpulan.
106        TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI



Sebaliknya, mereka memandang kumpulan sebagai batu loncatan untuk
mendapatkan sesuatu. Antara contoh kumpulan ini ialah rakan sekerja, rakan
sedarjah, ahli organisasi politik dan ahli perniagaan.

                Jadual 6.1: Ciri-Ciri Kumpulan Primari dan Sekunder

Hubungan        Jenis       Jangka          Skop            Matlamat         Contoh
              orientasi      masa
Kumpulan     Berorientasi   Panjang   Luas: Melibatkan    Melibatkan diri    Keluarga,
 primari        mesra                 pelbagai aktiviti    sepenuhnya       rakan rapat
Kumpulan     Berorientasi   Pendek        Sempit:         Menggunakan         Rakan
sekunder      matlamat                  Melibatkan         kumpulan          sekerja,
                                      beberapa aktiviti   sebagai batu       sekerja:
                                           sahaja           loncatan        organisasi
                                                                              politik

Walaupun kumpulan sekunder tidak berapa mesra di antara satu sama lain
tetapi kumpulan ini boleh dijadikan asas kepada pembentukan kumpulan
primari. Misalnya, sebuah kelas yang mengandungi 100 orang pelajar baru
dikatakan sebagai kumpulan sekunder tetapi selepas beberapa semester
sebilangan pelajar ini akan membentuk kumpulan mereka untuk membuat
tugasan dan sebagainya, maka terbentuklah kumpulan primari. Dalam sebuah
sekolah, kolej atau universiti akan mengandungi beratus orang pelajar di
dalamnya.

Dalam masyarakat komunal, keperluan untuk kehidupan seharian boleh
dipenuhi oleh keluarga dan kumpulan rakan, kumpulan sekunder tidak sangat
diperlukan. Tetapi apabila masyarakat komunal bergerak kepada masyarakat
terjalin, situasinya akan berubah. Saiz dan kerumitan masyarakat terjalin
memerlukan kita berinteraksi secara terbatas dengan ramai orang dan
menghadkan interaksi kita kepada matlamat yang ingin kita capai sahaja.
Walaupun interaksi ini mempunyai bentuk kumpulan primari tetapi sebenarnya
ia adalah bersifat sekunder. Misalnya, kita berbual dengan tukang jahit sebagai
rakan tetapi kita tidak mengecamnya apabila kita bertembung dengannya di
kedai. Kita menjadi ahli persatuan ibu bapa tetapi kita tidak berusaha untuk
mengenali ibu bapa lain. Kita mempunyai keluarga kembangan tetapi kita tidak
mengenali sepupu, emak dan bapa saudara kita yang tinggal di negeri lain.

Walaupun kita tergolong dalam beberapa kumpulan tetapi kita tidak perlu
menjadi ahli dalam setiap kumpulan yang kita rasa penting. Sekiranya kita tidak
tergolong dalam kumpulan tertentu, kumpulan masih mempunyai nilai, norma
dan kepercayaan yang menjadi piawai kepada tingkahlaku kita. Kumpulan ini
dinamakan „kumpulan rujukan‰. Contohnya, Parti politik, badan profesional,
TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI        107



mazhab, atau pasukan sukan merupakan kumpulan rujukan. Seorang individu
mungkin menghormati sebuah parti politik atas beberapa isu dan mungkin
mengundinya. Begitu juga dengan badan profesional yang boleh mempengaruhi
nilai dan kepercayaan ahlinya dengan mencadangkan tingkahlaku yang sesuai
atau merupakan sebagai badan penasihat kepada ahlinya.


          SEMAK KENDIRI 6.1


     1.     Jelaskan ciri-ciri kumpulan primari dan sekunder.
     2.     Berikan perbezaan di antara kumpulan primari dan sekunder dan
            berikan contoh untuk setiap satu.
     3.     Berikan contoh kumpulan primari dan sekunder yang terdapat
            dalam konteks masyarakat di Malaysia.



6.1.3       Saiz Kumpulan
Kumpulan primari adalah kecil, mungkin tidak melebihi 12 orang. Keadaan ini
disebabkan sukar untuk mengekalkan hubungan mesra sekiranya bilangan
kumpulan besar. Walaupun terdapat kumpulan primari yang lebih besar seperti
keluarga berkembang, unit ketenteraan atau pasukan olahraga, mereka
sebenarnya terdiri daripada beberapa unit atau bahagian. Setiap unit atau
bahagian ini mungkin tidak mewakili kumpulan primari tadi.

Kumpulan manusia yang paling sederhana dan kecil ialah „kumpulan diad‰,
yang mengandungi hanya dua orang ahli. Diad adalah unik sifatnya sebab
terdapat satu hubungan sosial di antara kedua-dua ahli. Anda dan rakan anda
adalah sebuah diad dan mempunyai hanya satu hubungan sosial di antara anda
berdua. Sekiranya salah satu daripada anda enggan berinteraksi maka
terbubarlah kumpulan anda. Sebaliknya, setiap ahli dalam diad boleh memberi
perhatian kepada satu sama lain, akibatnya hubungan mereka ini selalunya lebih
mesra, beremosi dan mendalam. Contohnya, dua kawan rapat, sepasang kekasih,
dua orang kakak, atau abang boleh mewujudkan ikatan rapat yang berkekalan.

Apabila ahli kumpulan bertambah lebih daripada dua kepada tiga atau lebih,
ciri-ciri kumpulan sosial yang lebih kompleks mula wujud. Kumpulan yang
mempunyai tiga orang ahli atau kumpulan tiga serangkai, berkemungkinan akan
ada tiga hubungan sosial. Misalnya, dalam sebuah keluarga yang mengandungi
tiga orang ahli, ibu dan bapa boleh menentang kehendak anak yang inginkan
sebuah anak patung baru; atau bapa dan anak bergabung dan merayu agar ibu
108       TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI



membenarkan pembelian anak patung baru itu; atau ibu dan anak bersama
bertengkar dengan bapa atas pembelian anak patung baru itu. Dalam kumpulan
tiga serangkai ini ternyata gabungan berlaku di antara ahlinya dan setiap ahli
boleh bertukar peranannya.


6.1.4     Pengaruh Saiz Kumpulan ke atas Tingkahlaku
          dan Sikap

 Anda dikehendaki oleh pensyarah psikologi anda untuk mengikut
 sekumpulan pelajar berbincang tentang cara pembelajaran di kampus. Semasa
 anda tiba, anda diberitahu bahawa anda perlu duduk dalam sebuah bilik kecil
 agar perbincangan dijalankan tanpa ahli kumpulan mengenali satu sama lain.
 Anda akan berinteraksi melalui intekom, terdapat mikrofon yang akan
 dinyalakan apabila anda diminta untuk bercakap.
 Anda merasa bahawa cara ini aneh tetapi anda turut serta juga. Anda tidak
 nampak pelajar yang lain yang berada dalam bilik masing-masing tetapi
 apabila mereka bercakap tentang pengalaman mereka anda mula merasai
 bahawa anda telah mula bersama berkongsi pengalaman mereka. Ada
 seorang pelajar yang mengatakan bahawa dia melalui pengalaman yang
 menakutkan disebabkan penyakit sawannya. Setelah beberapa ketika selepas
 itu anda mendengar pelajar tersebut menghembus nafas yang kuat ke dalam
 mikrofon. Kemudian dia mula gagap dan seterusnya menjerit meminta tolong
 dan diikuti oleh bunyi bising. Anda mula menggambarkan pelajar tersebut
 terlantar di atas lantai tanpa pertolongan. Kemudian diikuti oleh sunyi sepi.
 Apakah tindakan anda?


Sebenarnya, pensyarah-pensyarah tersebut merupakan John Darley dan Bibb
Latane (1968) yang telah mewujudkan situasi tersebut. Tidak ada pelajar yang
berbincang dan tidak ada pelajar yang berpenyakit sawan, yang ada hanya
komen anda sahaja yang dirakamkan.

Peserta lain yang dipanggil untuk kajian ini diberitahu bahawa mereka juga akan
berbincang bersama pelajar lain, berdua, bertiga dan beberapa peserta yang lain.
Pengkaji mendapati pelajar yang menganggap mereka berada dalam kumpulan
dua orang berebut keluar untuk menolong. Sekiranya mereka beranggapan
bahawa kumpulan mereka terdiri daripada tiga orang, hanya 80% sahaja yang
akan keluar menolong dan mereka juga tidak berebut keluar daripada bilik
mereka. Manakala pelajar yang beranggapan mereka berada dalam kumpulan
seramai 6 orang, hanya 60% sahaja yang keluar untuk melihat apa yang sedang
berlaku dan mereka ini mengambil masa untuk jalan keluar.
TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI          109



Kajian ini menggambarkan betapa dalamnya pengaruh saiz ke atas tingkahlaku
dan sikap manusia. Ia juga mempengaruhi kesanggupan kita untuk menolong
orang lain. Pelajar yang dalam kumpulan berdua tahu bahawa mereka
bertanggungjawab untuk menolong pelajar lain. Mereka beranggapan bahawa
pensyarah tidak ada di situ dan sekiranya mereka tidak menolong maka tidak
ada orang lain yang akan bertindak. Manakala dalam kumpulan yang lebih
besar, seorang pelajar beranggapan tanggungjawab adalah bersama dan bukan
terletak dibahunya sahaja.

Apabila ahli kumpulan itu kecil, ahlinya akan bertindak secara informal tetapi
apabila bilangan ahli kumpulannya besar, mereka kurang perasaan kekitaan dan
menjadi lebih formal. Ahli kumpulan besar ini mempunyai perasaan bahawa ahli
lain tidak akan mengambil kira apa yang diperkatakan.

6.2       APA ITU ORGANISASI?
Dalam masyarakat komunal kehidupan seharian dilakukan melalui hubungan
sosial secara peribadi dan dalam kumpulan kecil. Manakala dalam masyarakat
terjalin pula hubungan sosial menjadi lebih formal dan dijalankan dalam
organisasi yang formal juga. Hubungan secara perseorangan berlaku juga dalam
masyarakat terjalin tetapi ia dilakukan melalui orgaisasi.

Kepentingan organisasi kepada masyarakat terjalin dan juga kepada kehidupan
ahlinya boleh digambarkan melalui ilustrasi begini „kita lahir dan mati dalam
hospital, disosialisasi dalam sekolah, bekerja dalam korporat, bermain dalam
kelab olahraga, melawat sanak saudara yang berumur dalam rumah orang tua,
dan akhir sekali diingati dalam rumah peringatan‰. Dalam kehidupan kita pula,
apabila kita membeli makanan daripada restoran, membeli baju kita daripada
butik, menonton program di televisyen, kita sebenar bergantung kepada
organisasi untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan. Masyarakat moden
sebenarnya adalah masyarakat organisasi.

Di Amerika terdapat sebanyak 10 juta organisasi yang mempunyai berbagai
matlamat. Kebanyakan organisasi ini adalah kecil di mana kebanyakannya
mempunyai 100 orang pekerja; persatuan sukarela, puratanya 50 orang ahli atau
kurang, dan sekolah rendah mempunyai mungkin 25 orang guru. Terdapat juga
organisasi yang besar seperti kerajaan pusat yang mempunyai kakitangan
sebanyak 3 juta orang, dan korporat seperti General Motors yang mengambil
pekerja sebanyak 200,000 orang di merata dunia.

Organisasi ditubuhkan untuk berbagai matlamat. Ahli sosiologi membahagikan
organisasi mengikut tujuannya (sila lihat Jadual 6.2):
110           TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI



                    Jadual 6.2: Jenis-Jenis Organisasi Mengikut Tujuan

1   Organisasi     Ada organisasi yang menyediakan rekreasi, keseronokan dan kepuasan
    sukarela       menyertai bersama dengan orang lain. Jenis ini dipanggil organisasi
                   sukarela sebab ahlinya boleh menyertai dan keluar bila-bila masa.
                   Contohnya, kelab remaja seperti Pandu Puteri, persatuan sivik seperti
                   Kelab Rotary.

2   Organisasi     Terdapat juga organisasi yang mengenakan peraturan kemasukan dan
                   memastikan ahli tidak keluar daripada organisasi dengan sewenang-
    koersif
                   wenangnya. Jenis ini dipanggil organisasi koersif. Contohnya, ahli
                   dalam penjara dan pesakit di hospital mental.

3   Organisasi     Kebanyakan organisasi yang kita anggap sebagai sukarela sebenarnya
    sukarela-      koersif. Contohnya, kanak-kanak mesti menghadiri sekolah sama ada
    koersif        mereka mahu atau tidak dan apabila mereka berada dalam sekolah,
                   mereka tidak boleh tinggalkan sehingga dibenarkan oleh pihak
                   sekolah.

4   Organisasi     Sesetengah organisasi mengambil berat tentang perkara-perkara
    utilitarian    seharian. Mereka ini dipanggil organisasi utilitarian sebab mereka
                   menyertainya hanya untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki.



            SEMAK KENDIRI 6.2

       1.      Apakah yang dimaksudkan dengan organisasi?
       2.      Apakah jenis organisasi yang dikategorikan sebagai organisasi
               formal?



6.3           BIROKRASI
Organisasi yang berkembang pada satu masa akan berubah dan cara lama
menguruskan kerja mula tidak sesuai lagi. Hubungan primari di antara pekerja
dan penyelia mula renggang, garis panduan tanggungjawab dan kuasa menjadi
kabur, dan laporan penting mula tidak terurus dan hilang. Organisasi tersebut
mungkin akan menjadi terlalu besar dan kompleks sehingga struktur yang ada
perlu diubah kepada yang baru.
TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI            111



Perubahan inilah yang dipanggil sebagai birokrasi iaitu:

  Satu bentuk organisasi yang berlandaskan peraturan khusus yang jelas, tidak
  bersifat peribadi, dan mempunyai struktur kuasa hierarki. Kebanyakan
  organisasi adalah berbentuk birokrasi termasuk sekolah, kerajaan, dan
  perpustakaan awam.


6.3.1       Ciri-ciri Birokrasi
Max Weber adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem
organisasi birokrasi. Beliau menyedari bahawa kerangka birokrasi itu penting
dalam menguruskan sebuah organisasi yang besar. Kerangka birokrasi bermula
dengan jenis ideal iaitu gubahan ciri-ciri yang berdasarkan kepada berbagai
contoh spesifik. Mengikut beliau sebuah jenis birokrasi yang ideal akan
mempunyai ciri-ciri berikut:

(i)    Pembahagian tugasan yang kompleks di antara pekerja di mana setiap
       pekerja mempunyai tanggungjawab dan tugas yang khusus.

(ii)   Kuasa hierarki yang dipegang oleh beberapa orang di pucuk organisasi,
       ramai pekerja di bahagian tengah organisasi, dan lebih ramai lagi pekerja
       yang berada di bahagian bawah organisasi. Pengurus bertanggungjawab
       keatas mereka yang melaksanakan tugas di bawahnya.

(iii) Peraturan dan prosedur khusus yang mengawal segala aspek organisasi
      sehingga kepada kerja-kerja yang terperinci. Apabila peraturan dan
      prosedur ini diikuti, satu jangkaan hasil bersama boleh dicapai.

(iv) Satu sistem pemberian ganjaran kepada pekerja berdasarkan
     kecemerlangan bekerja dan bukan berdasarkan kepada hubungan
     kekeluargaan atau hubungan primari yang lain. Kecekapan kemahiran
     adalah ditentukan oleh ujian, pengalaman lepas, atau latihan formal.
     Sementara itu, ganjaran, kenaikan pangkat dan promosi adalah
     berdasarkan kepada tahap kecemerlangan bekerja.

(v)    Laporan bertulis tentang aktiviti-aktiviti organisasi dan dossier terperinci
       setiap ahli organisasi. Satu urutan surat menyurat dalam organisasi dan ini
       kemudiannya menjadi dokumen rasmi organisasi.

Sebuah birokrasi yang ideal merupakan sebuah gambaran mesin sosial yang
berjalan lancar, yang mampu mencapai tahap kerja yang efisen serta bermutu.
Weber mengetahui bahawa tidak mungkin sebuah birokrasi mampu memenuhi
112        TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI



kesemua ciri-ciri ideal yang digariskannya. Beliau menyediakan ciri-ciri tersebut
untuk mengenalpasti bahagian-bahagian penting dalam birokrasi dan juga
menyediakan sebuah contoh agar organisasi boleh membuat perbandingan.
Dalam kehidupan realiti tidak ramai perniagaan kecil-kecilan, kelab sosial dan
organisasi yang besar dapat memenuhi kehendak birokrasi ideal ini tetapi agensi
kerajaan dan pengusaha besar-besaran hampir memenuhi bentuk ideal ini.


       SEMAK KENDIRI 6.3


      1.   Apakah yang dimaksudkan dengan birokrasi?
      2.   Jenis organisasi apakah yang dikategorikan sebagai birokrasi dan
           bilakah organisasi ini mula bertukar?
      3.   Apakah 5 ciri-ciri birokrasi yang dikemukakan oleh Max Weber?




6.3.2      Birokrasi Sebagai Satu Proses
Birokrasi telah menjadi sebahagian daripada aspek kehidupan kita sebab ia
adalah satu bentuk organisasi sosial yang berkuasa. Birokrasi memastikan
manusia menggunakan segala tenaganya untuk mencapai matlamat khusus.
Apabila birokrasi telah wujud maka ia akan bertindak dengan sendirinya.
Setelah sebuah organisasi mencapai matlamatnya dan tidak lagi perlu untuk
terus bertindak, tetapi ia pasti akan terus berbuat demikian dan proses ini
dipanggil pengalihan matlamat (goal displacement).

Satu contoh pengalihan matlamat ini ialah penubuhan March of Dimes pada
tahun 1930 untuk menangani penyakit polio yang pada masa itu merupakan
penyakit misteri. Orang awam terkejut melihat seorang kanak-kanak yang sihat
boleh dengan tiba-tiba lumpuh disebabkan penyakit ini. Pertubuhan ini telah
meletakkan poster yang menggambarkan kanak-kanak berjalan dengan tongkat
ketiak (crutches) pada setiap kedai di Amerika. Melalui cara ini penubuhan
tersebut telah berjaya mengumpulkan sejumlah besar kutipan wang untuk
menyelamatkan mangsa polio. Apabila Dr. Jonas Salk menghasilkan vaksin
untuk polio pada tahun 1950an wabak penyakit tersebut telah dihapuskan
dengan serta merta.

Mereka yang mengelolakan March of Dimes tidak menghentikan usaha mereka
selepas ini. Sebaliknya penubuhan ini terus bergiat dalam usaha menangani
penyakit lain iaitu kecacatan bayi selepas dilahirkan. Pada tahun 2001 pengkaji
TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI          113



telah menjumpai cara mengatasi kecacatan bayi. March of Dimes sekali lagi
mencari usaha baru iaitu cuba mencapai kejayaan dalam penemuan-penemuan
baru dalam bidang kanak-kanak (Henslin, 2006).

Weber melihat birokrasi sebagai satu bentuk organisasi sosial yang berkuasa
sehingga beliau boleh meramalkan bahawa birokrasi boleh menguasai
kehidupan sosial. Beliau menamakan proses ini sebagai rasionalisasi masyarakat
(rasionalization of society), yang bermaksud birokrasi mengandungi undang-
undang, peraturan, dan menekankan kepada hasil, ini yang akan menguasai
kehidupan kita.

Mengikut Weber, birokrasi merupakan bentuk organisasi yang paling efisyen.
Birokrasi    berpegang     kepada    undang-undang    dan    peraturan  dan
berkemungkinan meningkatkan kecekapan apabila tugas menjadi stabil dan
rutin tetapi birokrasi juga boleh menimbulkan kurang efisyen. Undang-undang
adalah berdasarkan kepada kenyataan; „manusia tidak boleh diarah melakukan
sesuatu jika sesuatu itu tidak boleh dijangka„. Apabila perubahan berlaku
dengan kerapnya atau apabila perkara luar biasa berlaku maka undang-undang
tidak dapat menolong. Misalnya, apabila kad pengenalan hilang atau dokumen
yang lain hilang maka birokrasi terhenti. Keterlaluan patuh kepada undang-
undang juga boleh membawa kepada diberhentikan kerja. Misalnya, semasa
Jepun menyerang Pearl Harbour pada tahun 1914, askar Amerika bergegas
mendapatkan senjata untuk berperang tetapi pengawal yang menjaga peralatan
perang tidak membenarkan senjata dikeluarkan tanpa surat rasmi yang
mengarahkan pengeluarannya.


6.3.3     Kekuatan Birokrasi
Mengapakah birokrasi berkembang? Ini adalah sebab birokrasi mempunyai
aspek-aspek yang menyumbang kepada perkembangan sesebuah organisasi.

•   Pita merah kerajaan (red tape) masih dilihat sebagai sesuatu yang memberi
    kebaikan. Contohnya, proses untuk mendapatkan permit kerajaan untuk
    membuka kawasan pembuangan sampah menjadi rumit kepada syarikat
    yang ingin memulakan projek tersebut. Tetapi kepada penghuni di kawasan
    terbabit, peraturan dan undang-undang pita merah kerajaan yang perlu
    dilalui oleh syarikat tersebut merupakan satu cara untuk mengawasi pihak
    syarikat agar mereka melakukan kerja-kerja pembuangan sampah dengan
    berhati-hati agar tidak menjejaskan kesihatan penghuni kawasan tersebut.

•   Birokrasi juga tidak melihat kepada siapakah anda. Sekiranya anda ingin
    memohon pinjaman, anda hanya isi borang permohonan beserta dengan
    dokumen yang diperlukan. Anda tidak perlu menggunakan pengaruh ahli
114       TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI



    politik atau kenalan untuk memastikan anda mendapat pinjaman tersebut.
    Birokrasi menggalakkan kesamaan dan mengurangkan diskriminasi.

•   Birokrasi juga membawa kebaikan kepada pekerja. Birokrasi membuat
    pekerja bebas berfikir, kreatif dan bersikap terbuka.

•   Mengikut definisi Kohn, birokrat adalah mereka yang bekerja dalam
    organisasi besar dengan kerumitan birokrasinya dan mereka yang bukan
    birokrat pula adalah mereka yang bekerja dalam organisasi kecil bersama
    satu tahap penyelia. Kohn mendapati bahawa berbanding dengan mereka
    yang bukan birokrat, mereka yang birokrat menunjukkan pencapaian
    intelektual yang lebih tinggi dalam ujian yang ditadbirkan oleh penemuduga.
    Birokrat juga meletakkan penekanan intelektual yang tinggi ke atas diri
    mereka sendiri semasa waktu berehat. Mereka akan membaca buku dan
    majalah, menonton konsert dan pertunjukan pentas dan pergi ke muzium.


6.3.4      Kelemahan Birokrasi
Birokrasi mempunyai beberapa kelemahan disebabkan ciri-ciri yang wujud
dalam sistemnya.

•   Salah satu keburukan birokrasi ialah undang-undang dan peraturan yang
    menjadi ciri-cirinya. Ini tidak banyak menolong sekiranya berlaku sesuatu
    masalah yang tidak dijangka. Kepatuhan mengikut peraturan boleh
    membawa kepada halangan untuk melakukan sesuatu tindakan.

•   Bukan sahaja birokrasi mempunyai undang-undang dan peraturan sahaja
    tetapi undang-undang dan peraturan ini sentiasa ditambah. Birokrasi awam
    terkenal dengan peraturan yang menimbun. Kesemua peraturan inilah yang
    melambatkan kakitangan kerajaan untuk mengambil tindakan dan kelewatan
    untuk berurusan ini dirasai oleh mereka yang dalam sektor swasta dan
    awam yang terpaksa menunggu dengan sabar. Sektor perniagaan terpaksa
    menghabiskan wang ringgit untuk mengisi borang-borang jabatan kerajaan.

•   Apabila terdapat banyak peraturan, berkemungkinan juga terdapat di
    antaranya yang tidak masuk akal dan bercanggah. Contohnya, di Amerika
    kerajaan telah membelanjakan berjuta dolar daripada hasil cukai pendapatan
    untuk kempen anti-merokok dan pada masa yang sama memberi subsidi
    kepada perindustrian ini. Contoh yang lain pula, seorang pekerja pasar raya
    yang berumur 31 tahun telah memenangi loteri jutawan New York. Beliau
    berhenti kerja untuk beberapa ketika dan kemudiannya memohon untuk
    faedah pengangguran daripada jabatan kebajikan (Peter, 1986). Kadangkala
TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI        115



    peraturan yang berlilit ini boleh memerangkap seseorang. Apabila kita
    mematuhi satu peraturan, kemungkinan kita melanggar peraturan lain pula.

•   C. Northcotte Parkinson (1957) pula mengatakan kelemahan dalam birokrasi
    ialah kemungkinan untuk ia berkembang dan terus berkembang, sekurang-
    kurangnya 6 peratus setiap tahun. Beliau menamakan ini sebagai ParkinsonÊs
    Law. Pekerja-pekerja ingin mencerminkan diri mereka sebagai orang yang
    sibuk bekerja atau orang yang penting maka mereka akan menambahkan
    beban tugas mereka dengan banyak menulis memo, mewujudkan peraturan
    baru, mengisi boring dan mengemas fail. Apabila mereka letih dengan beban
    tugas yang berlebihan ini mereka akan mendapatkan seorang penolong.
    Sekiranya seorang majikan hanya mempunyai seorang pekerja upahan,
    pekerja itu berkemungkinan akan menjadi persaingan untuk jawatan
    majikannya. Tetapi sekiranya majikan tersebut mempunyai dua atau lebih
    orang pekerja upahan, hanya majikan sahaja yang mengetahui tugas kedua-
    dua pekerjanya. Pada masa yang sama, gaji majikan tersebut akan bertambah
    mengikut bilangan pekerja dibawahnya. Seterusnya, pertambahan pekerja
    juga bermakna bertambahnya beban tugas majikan untuk mengurus
    pekerjanya dan aktiviti mereka. Ini memberi ruang untuk majikan
    menambah peruntukan kewangan jabatan tersebut. Mengikut Morris Fiorina
    (1983) birokrasi memberi ganjaran (seperti gaji, status, dan kuasa) dan ini
    bergantung kepada saiz (pekerja dan kewangan) agensi tersebut. Akhirnya
    birokrasi makin meningkat.

•   Dalam setiap hierarki terdapat pekerja yang akan dinaikkan pangkat
    sehingga ke tahap kurang cekap. Apa yang berlaku dalam situasi ini ialah
    pekerja yang cekap dinaikkan pangkat. Sekiranya pekerja tersebut
    menunjukkan kecekapannya dalam tugas yang baru maka dia akan
    dinaikkan pangkat lagi. Beliau akan terus dinaikkan pangkat sehingga ke
    tahap di mana dia akan kurang cekap dan beliau akan berada disitu sehingga
    bersara. Birokrasi berfungsi hanya sebab terdapat pekerja yang masih ingin
    meningkatkan kecekapan mereka sebelum mereka dinaikkan pangkat yang
    melebihi daripada kebolehan mereka. Keadaan ini dikenali sebagai Peter
    Principle.

          SEMAK KENDIRI 6.4

     1.     Jelaskan kekuatan birokrasi.
     2.     Nyatakan 5 kesan negatif birokrasi dan berikan contoh untuk
            setiap satu.
116        TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI




 6.4        PERUBAHAN DALAM ORGANISASI
Organisasi formal adalah satu ciri penting dalam masyarakat maka ia akan
menjadi sasaran perubahan. Dalam usaha untuk mengubah organisasi seperti
firma perniagaan dan agensi kerajaan beberapa prinsip akan mengambil peranan
dalam perubahan ini:

(i)    Pertama, organisasi akan berubah dengan lebih berkesan sekiranya kadar
       penglibatan ahlinya tinggi. Mereka yang ingin kepada perubahan
       organisasi ini perlu terlebih dahulu memastikan kesemua ahli dalam
       organisasinya melibatkan diri mereka. Ahli yang melibatkan diri
       berkemungkinan akan menyokong perubahan organisasi berbanding
       dengan mereka yang tidak.

(ii)   Kedua, mereka yang berusaha untuk membawa perubahan dalam
       organisasi perlu peka kepada kehendak peribadi ahli organisasinya.
       Contohnya, ada ahli yang meletakkan keutamaan kepada perhubungan
       peribadi semasa bekerja. Sekiranya hubungan ini terganggu oleh
       perubahan dalam jadual tugas seharian, pemecatan pekerja atau
       penugasan, maka semangat ahli organisasi tersebut akan menjunam. Sesi
       kauseling mungkin diperlukan untuk mengendalikan perasaan emosi yang
       disebabkan oleh perubahan ini.

(iii) Ketiga, jangkaan oleh mereka yang berusaha untuk membawa kepada
      perubahan organisasi adalah penting. Jangkaan boleh mempengaruhi
      tingkahlaku. Sekiranya kita menggunakan pendekatan yang positif
      terhadap mereka maka ada kemungkinan mereka akan bekerjasama. Tetapi
      sekiranya pendekatan kita adalah tidak menjelaskan tentang perubahan
      atau kita memandang mereka sebagai orang yang akan menentang kepada
      perubahan tersebut maka ada kemungkinan mereka tidak akan
      bekerjasama. Contohnya, apabila sebuah organisasi diambil alih oleh
      sebuah organisasi yang lain, ada pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja.
      Ini akan menimbulkan perasaan tidak selamat di kalangan pekerja lain
      sebab mereka tidak diberitahu apa akan terjadi kepada mereka dan
      seterusnya mereka curiga terhadap organisasi.

(iv) Keempat, mereka yang berusaha ke arah perubahan perlu tahu struktur
     sosial dan operasi organisasi yang akan diubah. Sekiranya sebahagian
     daripada sistem perlu diubah maka keseluruhan sistem itu akan terjejas.
     Maka tidaklah memadai sekiranya ingin mengubah hanya sebahagian
     sahaja tanpa mengambil kira bagaimana perubahan itu akan tinggal kesan
     kepada keseluruhan organisasi. Kesan perubahan organisasi akan
     berkekalan untuk beberapa tahun dan pekerja perlu bekerja keras
TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI          117



     mewujudkan semula komunikasi berkesan menggantikan perancangan
     informal yang telah lenyap.


6.4.1     Penentangan Terhadap Perubahan
Perubahan ke atas individu, organisasi atau institusi sosial bukanlah sesuatu
yang mudah dilakukan. Contohnya, mengapakah kerajaan Cina menentang
keras pemimpin pelajar semasa kejadian di Tiananmen Square? Salah satu
penyebab ialah umur pemimpin Cina pada waktu itu. Ramai di antara mereka
yang terlibat dalam peperangan Dunia Kedua menentang Jepun dan berkhidmat
dengan revolusi komunis yang membawa mereka berkuasa. Pada pandangan
mereka, kerajaan yang wujud pada masa itu adalah kerajaan yang sah dan
sesiapa yang cuba mengubah cara pemerintahan adalah musuh kepada negara.
Selain daripada mementingkan diri sendiri mereka juga ingin mengekalkan
status quo. Mereka takut akan kehilangan kuasa, kekayaan kebendaan, dan
paling penting ialah kedudukan mereka dalam masyarakat.

Mengapakah individu menentang perubahan walaupun perubahan itu akan
membawa kebaikan kepada diri mereka? Satu sebab ialah kebanyakan manusia
telah menerima keadaan kehidupan mereka yang telah ditetapkan oleh institusi.
Mereka hanya boleh menerima perubahan sekiranya keseluruhan masyarakat
menentang kewujudan institusi tersebut. Seterusnya, manusia akan menentang
juga sekiranya perubahan akan membawa kerugian kepada apa yang mereka
hargai iaitu mereka merasa perlu menjaga kepentingan mereka dalam status quo
tersebut. Terdapat juga manusia yang merasa selesa dalam keadaan kehidupan
mereka sekarang walaupun mereka berada dalam situasi yang tidak
menguntungkan. Pada mereka perubahan bermakna mereka perlu menghadapi
sesuatu yang baru dan mungkin tidak menentu dan mereka ingin elak daripada
perasaan demikian.

Memandangkan penentangan akan berlaku sekiranya ada perubahan maka
mereka yang ingin membawa perubahan mesti menjangka dan memahami sifat
semulajadi penentangan tersebut. Mereka perlu mendengar leteran kepada
perubahan yang ingin dibawa dan melibatkan mereka yang menentang dalam
perbincangan yang tenang.


      AKTIVITI 6.2

   Bagaimanakah teknologi mempengaruhi organisasi?
118         TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI




•   Kumpulan merupakan golongan manusia. Ia boleh dibahagikan kepada dua
    jenis iaitu kumpulan primari dan kumpulan sekunder. Perbezaan di antara
    kedua-dua kumpulan ini terdapat pada ciri-ciri yang terkandung dalamnya.
•   Organisasi merupakan sebuah badan yang menyediakan barangan dan
    perkhidmatan yang diperlukan oleh ahli masyarakat.
•   Apabila organisasi berkembang, ia akan mula menunjukkan ciri-ciri birokrasi
    yang lebih teratur dan mantap. Birokrasi mengandungi peraturan dan
    undang-undang yang perlu dipatuhi agar organisasi boleh diuruskan dengan
    licin.
•   Birokrasi mempunyai kekuatan dan kelemahan. Pada zaman moden ini,
    birokrasi ditentang hebat atas alasan ia tidak serasi dengan gaya kerja yang
    pantas.
 




Birokrasi                           Organisasi formal
Kekuatan                            Organisasi koersif
Kelemahan                           Organisasi utilitarian
Kumpulan                            ParkinsonÊs Law
Kumpulan dalaman                    Penentangan dalam organisasi
Kumpulan diad                       Pengalihan matlamat
Kumpulan luaran                     Perubahan dalam organisasi
Kumpulan primari                    PeterÊs Principle
Kumpulan rujukan                    Pita merah kerajaan (red tape)
Kumpulan sekunder                   Rasionalisasi masyarakat
Kumpulan tiga serangkai
 
 
 
 
TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI              119




Curry, T., Jiobu, R., & Schwirian, K. (2005). Sociology for the twenty-first century.
     New Jersey: Pearson Prentice Hall.

Gelles J. G., & Lavine, A. (1995). Sociology: An introduction. New York:
     McGraw-Hill.

Henslin, J. M. (2006). Essentials of socioloy: A down-to-earth approach.
    Boston: Pearson.

Schafer, T. R., & Lamm, R. P. (1992). Sociology. New York: McGraw-Hill.
 

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
Herney Aqilah Kay
 
teori struktural fungsional
teori struktural fungsionalteori struktural fungsional
teori struktural fungsional
Suff Fyee
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosial
Halizawwh
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosial
aishahwan
 
Perkembangan kendiri (personaliti) ori
Perkembangan kendiri (personaliti) oriPerkembangan kendiri (personaliti) ori
Perkembangan kendiri (personaliti) ori
asihwiniy viniy
 

Was ist angesagt? (20)

KUMPULAN & DINAMIK KUMPULAN
KUMPULAN & DINAMIK KUMPULANKUMPULAN & DINAMIK KUMPULAN
KUMPULAN & DINAMIK KUMPULAN
 
Pengurusan produksi
Pengurusan produksiPengurusan produksi
Pengurusan produksi
 
Isu jantina dalam kaunseling kerjaya
Isu jantina dalam kaunseling kerjayaIsu jantina dalam kaunseling kerjaya
Isu jantina dalam kaunseling kerjaya
 
Definisi keluarga
Definisi keluargaDefinisi keluarga
Definisi keluarga
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
 
Assigment bab 3 teori kajian sosial
Assigment bab 3 teori kajian sosialAssigment bab 3 teori kajian sosial
Assigment bab 3 teori kajian sosial
 
My presentation
My presentationMy presentation
My presentation
 
Banding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga Satir
Banding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga SatirBanding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga Satir
Banding Beza Terapi Keluarga Struktural Dengan Terapi Keluarga Satir
 
teori struktural fungsional
teori struktural fungsionalteori struktural fungsional
teori struktural fungsional
 
TEORI HUMANISTIK
TEORI HUMANISTIKTEORI HUMANISTIK
TEORI HUMANISTIK
 
Teori Sigmund Freud
Teori Sigmund FreudTeori Sigmund Freud
Teori Sigmund Freud
 
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Komunikasi dalam kumpulan
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Komunikasi dalam kumpulanKOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Komunikasi dalam kumpulan
KOMUNIKASI DAN INTERAKSI SOSIAL Komunikasi dalam kumpulan
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosial
 
Kaunseling kerjaya
Kaunseling kerjayaKaunseling kerjaya
Kaunseling kerjaya
 
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosial
 
KONSEP KESIHATAN
KONSEP KESIHATANKONSEP KESIHATAN
KONSEP KESIHATAN
 
Perkembangan kendiri (personaliti) ori
Perkembangan kendiri (personaliti) oriPerkembangan kendiri (personaliti) ori
Perkembangan kendiri (personaliti) ori
 
Tindakan kaunseling
Tindakan kaunseling Tindakan kaunseling
Tindakan kaunseling
 
8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme
 

Andere mochten auch

Kepimpinan dan kerja berkumpulan
Kepimpinan dan kerja berkumpulanKepimpinan dan kerja berkumpulan
Kepimpinan dan kerja berkumpulan
Waz Sanry
 
Pembinaan Pasukan
Pembinaan PasukanPembinaan Pasukan
Pembinaan Pasukan
Ckg Nizam
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Ckg Nizam
 
Kepimpinan dan kerja berpasukan
Kepimpinan dan kerja berpasukanKepimpinan dan kerja berpasukan
Kepimpinan dan kerja berpasukan
farrahien
 
Kerja berpasukan
Kerja berpasukanKerja berpasukan
Kerja berpasukan
kaizen2012
 
03 Sosiologi
03  Sosiologi03  Sosiologi
03 Sosiologi
WanBK Leo
 

Andere mochten auch (20)

Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan Pasukan
Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan PasukanTugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan Pasukan
Tugasan Pengantar Pengurusan - Kumpulan dan Pasukan
 
Kepimpinan dan kerja berkumpulan
Kepimpinan dan kerja berkumpulanKepimpinan dan kerja berkumpulan
Kepimpinan dan kerja berkumpulan
 
Pembinaan Pasukan
Pembinaan PasukanPembinaan Pasukan
Pembinaan Pasukan
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Dinamik
DinamikDinamik
Dinamik
 
Kepimpinan dan kerja berpasukan
Kepimpinan dan kerja berpasukanKepimpinan dan kerja berpasukan
Kepimpinan dan kerja berpasukan
 
Kerja berpasukan
Kerja berpasukanKerja berpasukan
Kerja berpasukan
 
Budaya kerja berpasukan
Budaya kerja berpasukanBudaya kerja berpasukan
Budaya kerja berpasukan
 
Unit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusanUnit12 : pembuat keputusan
Unit12 : pembuat keputusan
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
 
GELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNAGELAGAT PENGGUNA
GELAGAT PENGGUNA
 
03 Sosiologi
03  Sosiologi03  Sosiologi
03 Sosiologi
 
Taklimat Pengetua - Mesyuarat Guru 1_2010 SMTJB
Taklimat Pengetua - Mesyuarat Guru 1_2010 SMTJBTaklimat Pengetua - Mesyuarat Guru 1_2010 SMTJB
Taklimat Pengetua - Mesyuarat Guru 1_2010 SMTJB
 
Pengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosialPengenalan sains sosial
Pengenalan sains sosial
 
Makalah institusi sosial
Makalah institusi sosialMakalah institusi sosial
Makalah institusi sosial
 
Definisi dan ciri kelompok sosial
Definisi dan ciri kelompok sosialDefinisi dan ciri kelompok sosial
Definisi dan ciri kelompok sosial
 
Why do people join in groups
Why do people join in groupsWhy do people join in groups
Why do people join in groups
 
Bab 3 pd
Bab 3 pdBab 3 pd
Bab 3 pd
 
HHHC9601 Kepimpinan & Kerja Berpasukan
HHHC9601 Kepimpinan & Kerja BerpasukanHHHC9601 Kepimpinan & Kerja Berpasukan
HHHC9601 Kepimpinan & Kerja Berpasukan
 
pembangunan organisasi
pembangunan organisasipembangunan organisasi
pembangunan organisasi
 

Ähnlich wie kajian sosial - kumpulan dan organisasi

Bab 3 sambungan
Bab 3 sambunganBab 3 sambungan
Bab 3 sambungan
Waz Sanry
 
Bab 3 sambungan
Bab 3 sambunganBab 3 sambungan
Bab 3 sambungan
tonen91
 
Adakah Anda Akan Bersatu???
Adakah Anda Akan Bersatu???Adakah Anda Akan Bersatu???
Adakah Anda Akan Bersatu???
tonen91
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
Ety Sue
 
Bab 7 guru sebagai profesion
Bab 7 guru sebagai profesionBab 7 guru sebagai profesion
Bab 7 guru sebagai profesion
Norazlina Lyn
 
Rujukan
RujukanRujukan
Rujukan
nnmf
 

Ähnlich wie kajian sosial - kumpulan dan organisasi (20)

BAB 1 DINAMIKA.pptx
BAB 1 DINAMIKA.pptxBAB 1 DINAMIKA.pptx
BAB 1 DINAMIKA.pptx
 
Bab 3 sambungan
Bab 3 sambunganBab 3 sambungan
Bab 3 sambungan
 
Bab 3 sambungan
Bab 3 sambunganBab 3 sambungan
Bab 3 sambungan
 
Training nuqaba part 2
Training nuqaba part 2Training nuqaba part 2
Training nuqaba part 2
 
Bab 3 sambungan
Bab 3 sambunganBab 3 sambungan
Bab 3 sambungan
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Adakah Anda Akan Bersatu???
Adakah Anda Akan Bersatu???Adakah Anda Akan Bersatu???
Adakah Anda Akan Bersatu???
 
Kps 6014 tugasan 2
Kps 6014 tugasan  2Kps 6014 tugasan  2
Kps 6014 tugasan 2
 
Bab 7 guru sebagai profesion
Bab 7 guru sebagai profesionBab 7 guru sebagai profesion
Bab 7 guru sebagai profesion
 
Kbkk assigment
Kbkk assigmentKbkk assigment
Kbkk assigment
 
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAHPRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
PRA SEKOLAH TINGKAHLAKU BERMASALAH
 
Disiplin diri
Disiplin diriDisiplin diri
Disiplin diri
 
article review
article reviewarticle review
article review
 
Rujukan
RujukanRujukan
Rujukan
 
Nota psk t2
Nota psk t2Nota psk t2
Nota psk t2
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial.
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial.Amalan terbaik dalam pembangunan sosial.
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial.
 
BAB 7-SOSIALISASI.pptx
BAB 7-SOSIALISASI.pptxBAB 7-SOSIALISASI.pptx
BAB 7-SOSIALISASI.pptx
 
BAB 3 teori kajian masyarakat.pdf
BAB 3 teori kajian masyarakat.pdfBAB 3 teori kajian masyarakat.pdf
BAB 3 teori kajian masyarakat.pdf
 
profesion guru.pptx
profesion guru.pptxprofesion guru.pptx
profesion guru.pptx
 
Kaunseling kerjaya untuk golongan orang kelainan upaya (oku)
Kaunseling kerjaya untuk golongan orang kelainan upaya (oku)Kaunseling kerjaya untuk golongan orang kelainan upaya (oku)
Kaunseling kerjaya untuk golongan orang kelainan upaya (oku)
 

Mehr von PAKLONG CIKGU

Mehr von PAKLONG CIKGU (20)

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersih
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataan
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayu
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
 

kajian sosial - kumpulan dan organisasi

  • 1. Topik 6 Kumpulan dan Organisasi HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan jenis-jenis kumpulan dan ciri-cirinya; 2. Menerangkan maksud organisasi formal; 3. Menjelaskan ciri-ciri birokrasi dan membezakan di antara kekuatan dan kelemahan birokrasi; dan 4. Menerangkan mengapa berlakunya penentangan terhadap perubahan. PENGENALAN Kehidupan manusia merupakan sebuah kehidupan sosial. Ini mencerminkan yang kita melalui kehidupan dikalangan manusia lain dan sentiasa mengambil kira kewujudan mereka. Adakalanya kita melibatkan diri secara langsung dengan manusia lain dan aktiviti kita tidak boleh bergerak tanpa mereka. Pada masa lain pula, mereka hanya wujud dalam imaginasi kita sahaja tetapi masih boleh mempengaruhi kehidupan kita. 6.1 ELEMEN STRUKTUR SOSIAL Walaupun interaksi sosial perlu melibatkan orang lain tetapi kita jarang berinteraksi dengan seorang individu sahaja. Kita sering bersama dengan orang lain untuk mewujudkan sebuah „kumpulan‰ (sila lihat Rajah 6.1), iaitu sekumpulan manusia yang mengambil kira tingkahlaku ahli kumpulan semasa berinteraksi dan mewujudkan perasaan ingin bersama. Apabila interaksi yang sama ini dijalankan secara rutin untuk beberapa jangka masa, ini menjadi cara yang boleh digunapakai untuk melakukan sesuatu perkara. Seterusnya, setiap kumpulan akan mewujudkan norma dan nilainya tersendiri dan juga status dan peranannya. Kemudiannya muncul pula budaya dan struktur kumpulan daripada interaksi di kalangan ahli kumpulan.
  • 2. 104 TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI Rajah 6.1: Kumpulan remaja 6.1.1 Ciri-ciri Kumpulan Apakah ciri-ciri kumpulan? Keinginan untuk bersama adalah antara ciri-ciri berkumpulan yang dipanggil „kekitaan‰. Ahli kumpulan akan mewujudkan identiti kumpulan dan menganggap kumpulan tersebut sebagai mencerminkan identiti mereka. Cuba lihat contoh ini: Ahmad : Kita nak buat apa sekarang? Ah Chong : Mari kita pergi makan. Siti : Saya tak lapar lagilah. Muthu : Apa kata kita pergi ke perpustakaan dan buat tugasan. Siti : Saya baru habis ujian, tak nak pergilah ⁄ tapi kalau semua orang nak juga, saya ikut saja. Ahmad : Saya pun. Ah Chong : Ok. Dalam perbualan di atas ternyata bahawa ahli kumpulan menggunakan „kita‰ untuk merujuk kepada tingkahlaku kumpulan. Mereka juga sanggup melepaskan keinginan peribadi untuk menerima keputusan yang dibuat oleh kumpulan. Walau pun Siti dan Ah Chong ingin melakukan sesuatu yang berlainan tetapi akhirnya mereka sanggup mengikut kehendak ahli kumpulan yang lain. Sekumpulan kawan adalah merupakan kumpulan yang tidak formal disebabkan mereka tidak mempunyai struktur sosial yang tegar. Sekiranya sebuah kumpulan mempunyai struktur sosial yang tegar maka ini dipanggil kumpulan
  • 3. TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 105 formal. Kumpulan ini akan ada status, peraturan dan peranan yang khusus dan kadangkala mempunyai peraturan dan pengawalan yang bertulis. Contohnya, jabatan pendidikan di sebuah universiti adalah sebuah kumpulan yang formal, sebab dalam jabatan tersebut ada peraturan bertulis dan juga jawatan rasmi seperti dekan, timbalan dekan, pelajar sarjana muda, pelajar sarjana dan pekerja pentadbiran. Satu lagi ciri kumpulan ialah perasaan ingin tergolong dalam kumpulan. Kumpulan dalaman (in-group) adalah kumpulan di mana ahlinya merasa tergolong dalam kumpulan tersebut manakala kumpulan luaran (out-group) adalah kumpulan di mana ahlinya tidak merasa diri mereka tergolong dalam kumpulan tersebut. Situasi ini boleh dilihat di kalangan remaja. Mereka akan bersama dalam kumpulan yang dipanggil clique atau kumpulan dalaman. Remaja ingin berada dalam kumpulan sedemikian disebabkan kumpulan akan memberi mereka perasaan kekitaan dan status. Maka di sekolah terdapat pelajar yang pandai berkumpul bersama rakan yang pandai, ahli sukan akan mempunyai kumpulannya sendiri dan ada juga remaja yang tidak tergolong dalam mana-mana kumpulan. AKTIVITI 6.1 1. Cuba anda kenalpasti kumpulan dalaman dan kumpulan luaran dalam masyarakat anda. 2. Bagaimanakah kumpulan dalaman mempengaruhi pandangan anda terhadap kehidupan? 3. Apakah yang memastikan kumpulan kekal bersama? 6.1.2 Ciri-ciri Kumpulan Primari dan Sekunder Apakah perbezaan di antara kumpulan primari dan sekunder? Ahli sosiologi mengkategorikan kumpulan kepada primari dan sekunder. Kumpulan primari mempunyai ciri-ciri seperti mesra, peramah, berkerjasama dan hubungan bersemuka. Ahli kumpulan ini juga mengambil berat tentang ahli lain dan menghargai satu sama lain. Contoh kumpulan primari ialah keluarga dan rakan. Berbeza pula dengan kumpulan sekunder di mana ciri-cirinya terhad oleh penyertaan dan hubungan formal dan tidak mesra (sila lihat Jadual 6.1). Manusia menyertai kumpulan sekunder dengan niat ingin mencapai matlamat khusus, maka mereka tidak berapa kisah tentang kesejahteraan ahli kumpulan.
  • 4. 106 TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI Sebaliknya, mereka memandang kumpulan sebagai batu loncatan untuk mendapatkan sesuatu. Antara contoh kumpulan ini ialah rakan sekerja, rakan sedarjah, ahli organisasi politik dan ahli perniagaan. Jadual 6.1: Ciri-Ciri Kumpulan Primari dan Sekunder Hubungan Jenis Jangka Skop Matlamat Contoh orientasi masa Kumpulan Berorientasi Panjang Luas: Melibatkan Melibatkan diri Keluarga, primari mesra pelbagai aktiviti sepenuhnya rakan rapat Kumpulan Berorientasi Pendek Sempit: Menggunakan Rakan sekunder matlamat Melibatkan kumpulan sekerja, beberapa aktiviti sebagai batu sekerja: sahaja loncatan organisasi politik Walaupun kumpulan sekunder tidak berapa mesra di antara satu sama lain tetapi kumpulan ini boleh dijadikan asas kepada pembentukan kumpulan primari. Misalnya, sebuah kelas yang mengandungi 100 orang pelajar baru dikatakan sebagai kumpulan sekunder tetapi selepas beberapa semester sebilangan pelajar ini akan membentuk kumpulan mereka untuk membuat tugasan dan sebagainya, maka terbentuklah kumpulan primari. Dalam sebuah sekolah, kolej atau universiti akan mengandungi beratus orang pelajar di dalamnya. Dalam masyarakat komunal, keperluan untuk kehidupan seharian boleh dipenuhi oleh keluarga dan kumpulan rakan, kumpulan sekunder tidak sangat diperlukan. Tetapi apabila masyarakat komunal bergerak kepada masyarakat terjalin, situasinya akan berubah. Saiz dan kerumitan masyarakat terjalin memerlukan kita berinteraksi secara terbatas dengan ramai orang dan menghadkan interaksi kita kepada matlamat yang ingin kita capai sahaja. Walaupun interaksi ini mempunyai bentuk kumpulan primari tetapi sebenarnya ia adalah bersifat sekunder. Misalnya, kita berbual dengan tukang jahit sebagai rakan tetapi kita tidak mengecamnya apabila kita bertembung dengannya di kedai. Kita menjadi ahli persatuan ibu bapa tetapi kita tidak berusaha untuk mengenali ibu bapa lain. Kita mempunyai keluarga kembangan tetapi kita tidak mengenali sepupu, emak dan bapa saudara kita yang tinggal di negeri lain. Walaupun kita tergolong dalam beberapa kumpulan tetapi kita tidak perlu menjadi ahli dalam setiap kumpulan yang kita rasa penting. Sekiranya kita tidak tergolong dalam kumpulan tertentu, kumpulan masih mempunyai nilai, norma dan kepercayaan yang menjadi piawai kepada tingkahlaku kita. Kumpulan ini dinamakan „kumpulan rujukan‰. Contohnya, Parti politik, badan profesional,
  • 5. TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 107 mazhab, atau pasukan sukan merupakan kumpulan rujukan. Seorang individu mungkin menghormati sebuah parti politik atas beberapa isu dan mungkin mengundinya. Begitu juga dengan badan profesional yang boleh mempengaruhi nilai dan kepercayaan ahlinya dengan mencadangkan tingkahlaku yang sesuai atau merupakan sebagai badan penasihat kepada ahlinya. SEMAK KENDIRI 6.1 1. Jelaskan ciri-ciri kumpulan primari dan sekunder. 2. Berikan perbezaan di antara kumpulan primari dan sekunder dan berikan contoh untuk setiap satu. 3. Berikan contoh kumpulan primari dan sekunder yang terdapat dalam konteks masyarakat di Malaysia. 6.1.3 Saiz Kumpulan Kumpulan primari adalah kecil, mungkin tidak melebihi 12 orang. Keadaan ini disebabkan sukar untuk mengekalkan hubungan mesra sekiranya bilangan kumpulan besar. Walaupun terdapat kumpulan primari yang lebih besar seperti keluarga berkembang, unit ketenteraan atau pasukan olahraga, mereka sebenarnya terdiri daripada beberapa unit atau bahagian. Setiap unit atau bahagian ini mungkin tidak mewakili kumpulan primari tadi. Kumpulan manusia yang paling sederhana dan kecil ialah „kumpulan diad‰, yang mengandungi hanya dua orang ahli. Diad adalah unik sifatnya sebab terdapat satu hubungan sosial di antara kedua-dua ahli. Anda dan rakan anda adalah sebuah diad dan mempunyai hanya satu hubungan sosial di antara anda berdua. Sekiranya salah satu daripada anda enggan berinteraksi maka terbubarlah kumpulan anda. Sebaliknya, setiap ahli dalam diad boleh memberi perhatian kepada satu sama lain, akibatnya hubungan mereka ini selalunya lebih mesra, beremosi dan mendalam. Contohnya, dua kawan rapat, sepasang kekasih, dua orang kakak, atau abang boleh mewujudkan ikatan rapat yang berkekalan. Apabila ahli kumpulan bertambah lebih daripada dua kepada tiga atau lebih, ciri-ciri kumpulan sosial yang lebih kompleks mula wujud. Kumpulan yang mempunyai tiga orang ahli atau kumpulan tiga serangkai, berkemungkinan akan ada tiga hubungan sosial. Misalnya, dalam sebuah keluarga yang mengandungi tiga orang ahli, ibu dan bapa boleh menentang kehendak anak yang inginkan sebuah anak patung baru; atau bapa dan anak bergabung dan merayu agar ibu
  • 6. 108 TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI membenarkan pembelian anak patung baru itu; atau ibu dan anak bersama bertengkar dengan bapa atas pembelian anak patung baru itu. Dalam kumpulan tiga serangkai ini ternyata gabungan berlaku di antara ahlinya dan setiap ahli boleh bertukar peranannya. 6.1.4 Pengaruh Saiz Kumpulan ke atas Tingkahlaku dan Sikap Anda dikehendaki oleh pensyarah psikologi anda untuk mengikut sekumpulan pelajar berbincang tentang cara pembelajaran di kampus. Semasa anda tiba, anda diberitahu bahawa anda perlu duduk dalam sebuah bilik kecil agar perbincangan dijalankan tanpa ahli kumpulan mengenali satu sama lain. Anda akan berinteraksi melalui intekom, terdapat mikrofon yang akan dinyalakan apabila anda diminta untuk bercakap. Anda merasa bahawa cara ini aneh tetapi anda turut serta juga. Anda tidak nampak pelajar yang lain yang berada dalam bilik masing-masing tetapi apabila mereka bercakap tentang pengalaman mereka anda mula merasai bahawa anda telah mula bersama berkongsi pengalaman mereka. Ada seorang pelajar yang mengatakan bahawa dia melalui pengalaman yang menakutkan disebabkan penyakit sawannya. Setelah beberapa ketika selepas itu anda mendengar pelajar tersebut menghembus nafas yang kuat ke dalam mikrofon. Kemudian dia mula gagap dan seterusnya menjerit meminta tolong dan diikuti oleh bunyi bising. Anda mula menggambarkan pelajar tersebut terlantar di atas lantai tanpa pertolongan. Kemudian diikuti oleh sunyi sepi. Apakah tindakan anda? Sebenarnya, pensyarah-pensyarah tersebut merupakan John Darley dan Bibb Latane (1968) yang telah mewujudkan situasi tersebut. Tidak ada pelajar yang berbincang dan tidak ada pelajar yang berpenyakit sawan, yang ada hanya komen anda sahaja yang dirakamkan. Peserta lain yang dipanggil untuk kajian ini diberitahu bahawa mereka juga akan berbincang bersama pelajar lain, berdua, bertiga dan beberapa peserta yang lain. Pengkaji mendapati pelajar yang menganggap mereka berada dalam kumpulan dua orang berebut keluar untuk menolong. Sekiranya mereka beranggapan bahawa kumpulan mereka terdiri daripada tiga orang, hanya 80% sahaja yang akan keluar menolong dan mereka juga tidak berebut keluar daripada bilik mereka. Manakala pelajar yang beranggapan mereka berada dalam kumpulan seramai 6 orang, hanya 60% sahaja yang keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku dan mereka ini mengambil masa untuk jalan keluar.
  • 7. TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 109 Kajian ini menggambarkan betapa dalamnya pengaruh saiz ke atas tingkahlaku dan sikap manusia. Ia juga mempengaruhi kesanggupan kita untuk menolong orang lain. Pelajar yang dalam kumpulan berdua tahu bahawa mereka bertanggungjawab untuk menolong pelajar lain. Mereka beranggapan bahawa pensyarah tidak ada di situ dan sekiranya mereka tidak menolong maka tidak ada orang lain yang akan bertindak. Manakala dalam kumpulan yang lebih besar, seorang pelajar beranggapan tanggungjawab adalah bersama dan bukan terletak dibahunya sahaja. Apabila ahli kumpulan itu kecil, ahlinya akan bertindak secara informal tetapi apabila bilangan ahli kumpulannya besar, mereka kurang perasaan kekitaan dan menjadi lebih formal. Ahli kumpulan besar ini mempunyai perasaan bahawa ahli lain tidak akan mengambil kira apa yang diperkatakan. 6.2 APA ITU ORGANISASI? Dalam masyarakat komunal kehidupan seharian dilakukan melalui hubungan sosial secara peribadi dan dalam kumpulan kecil. Manakala dalam masyarakat terjalin pula hubungan sosial menjadi lebih formal dan dijalankan dalam organisasi yang formal juga. Hubungan secara perseorangan berlaku juga dalam masyarakat terjalin tetapi ia dilakukan melalui orgaisasi. Kepentingan organisasi kepada masyarakat terjalin dan juga kepada kehidupan ahlinya boleh digambarkan melalui ilustrasi begini „kita lahir dan mati dalam hospital, disosialisasi dalam sekolah, bekerja dalam korporat, bermain dalam kelab olahraga, melawat sanak saudara yang berumur dalam rumah orang tua, dan akhir sekali diingati dalam rumah peringatan‰. Dalam kehidupan kita pula, apabila kita membeli makanan daripada restoran, membeli baju kita daripada butik, menonton program di televisyen, kita sebenar bergantung kepada organisasi untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan. Masyarakat moden sebenarnya adalah masyarakat organisasi. Di Amerika terdapat sebanyak 10 juta organisasi yang mempunyai berbagai matlamat. Kebanyakan organisasi ini adalah kecil di mana kebanyakannya mempunyai 100 orang pekerja; persatuan sukarela, puratanya 50 orang ahli atau kurang, dan sekolah rendah mempunyai mungkin 25 orang guru. Terdapat juga organisasi yang besar seperti kerajaan pusat yang mempunyai kakitangan sebanyak 3 juta orang, dan korporat seperti General Motors yang mengambil pekerja sebanyak 200,000 orang di merata dunia. Organisasi ditubuhkan untuk berbagai matlamat. Ahli sosiologi membahagikan organisasi mengikut tujuannya (sila lihat Jadual 6.2):
  • 8. 110 TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI Jadual 6.2: Jenis-Jenis Organisasi Mengikut Tujuan 1 Organisasi Ada organisasi yang menyediakan rekreasi, keseronokan dan kepuasan sukarela menyertai bersama dengan orang lain. Jenis ini dipanggil organisasi sukarela sebab ahlinya boleh menyertai dan keluar bila-bila masa. Contohnya, kelab remaja seperti Pandu Puteri, persatuan sivik seperti Kelab Rotary. 2 Organisasi Terdapat juga organisasi yang mengenakan peraturan kemasukan dan memastikan ahli tidak keluar daripada organisasi dengan sewenang- koersif wenangnya. Jenis ini dipanggil organisasi koersif. Contohnya, ahli dalam penjara dan pesakit di hospital mental. 3 Organisasi Kebanyakan organisasi yang kita anggap sebagai sukarela sebenarnya sukarela- koersif. Contohnya, kanak-kanak mesti menghadiri sekolah sama ada koersif mereka mahu atau tidak dan apabila mereka berada dalam sekolah, mereka tidak boleh tinggalkan sehingga dibenarkan oleh pihak sekolah. 4 Organisasi Sesetengah organisasi mengambil berat tentang perkara-perkara utilitarian seharian. Mereka ini dipanggil organisasi utilitarian sebab mereka menyertainya hanya untuk mendapatkan apa yang mereka kehendaki. SEMAK KENDIRI 6.2 1. Apakah yang dimaksudkan dengan organisasi? 2. Apakah jenis organisasi yang dikategorikan sebagai organisasi formal? 6.3 BIROKRASI Organisasi yang berkembang pada satu masa akan berubah dan cara lama menguruskan kerja mula tidak sesuai lagi. Hubungan primari di antara pekerja dan penyelia mula renggang, garis panduan tanggungjawab dan kuasa menjadi kabur, dan laporan penting mula tidak terurus dan hilang. Organisasi tersebut mungkin akan menjadi terlalu besar dan kompleks sehingga struktur yang ada perlu diubah kepada yang baru.
  • 9. TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 111 Perubahan inilah yang dipanggil sebagai birokrasi iaitu: Satu bentuk organisasi yang berlandaskan peraturan khusus yang jelas, tidak bersifat peribadi, dan mempunyai struktur kuasa hierarki. Kebanyakan organisasi adalah berbentuk birokrasi termasuk sekolah, kerajaan, dan perpustakaan awam. 6.3.1 Ciri-ciri Birokrasi Max Weber adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan sistem organisasi birokrasi. Beliau menyedari bahawa kerangka birokrasi itu penting dalam menguruskan sebuah organisasi yang besar. Kerangka birokrasi bermula dengan jenis ideal iaitu gubahan ciri-ciri yang berdasarkan kepada berbagai contoh spesifik. Mengikut beliau sebuah jenis birokrasi yang ideal akan mempunyai ciri-ciri berikut: (i) Pembahagian tugasan yang kompleks di antara pekerja di mana setiap pekerja mempunyai tanggungjawab dan tugas yang khusus. (ii) Kuasa hierarki yang dipegang oleh beberapa orang di pucuk organisasi, ramai pekerja di bahagian tengah organisasi, dan lebih ramai lagi pekerja yang berada di bahagian bawah organisasi. Pengurus bertanggungjawab keatas mereka yang melaksanakan tugas di bawahnya. (iii) Peraturan dan prosedur khusus yang mengawal segala aspek organisasi sehingga kepada kerja-kerja yang terperinci. Apabila peraturan dan prosedur ini diikuti, satu jangkaan hasil bersama boleh dicapai. (iv) Satu sistem pemberian ganjaran kepada pekerja berdasarkan kecemerlangan bekerja dan bukan berdasarkan kepada hubungan kekeluargaan atau hubungan primari yang lain. Kecekapan kemahiran adalah ditentukan oleh ujian, pengalaman lepas, atau latihan formal. Sementara itu, ganjaran, kenaikan pangkat dan promosi adalah berdasarkan kepada tahap kecemerlangan bekerja. (v) Laporan bertulis tentang aktiviti-aktiviti organisasi dan dossier terperinci setiap ahli organisasi. Satu urutan surat menyurat dalam organisasi dan ini kemudiannya menjadi dokumen rasmi organisasi. Sebuah birokrasi yang ideal merupakan sebuah gambaran mesin sosial yang berjalan lancar, yang mampu mencapai tahap kerja yang efisen serta bermutu. Weber mengetahui bahawa tidak mungkin sebuah birokrasi mampu memenuhi
  • 10. 112 TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI kesemua ciri-ciri ideal yang digariskannya. Beliau menyediakan ciri-ciri tersebut untuk mengenalpasti bahagian-bahagian penting dalam birokrasi dan juga menyediakan sebuah contoh agar organisasi boleh membuat perbandingan. Dalam kehidupan realiti tidak ramai perniagaan kecil-kecilan, kelab sosial dan organisasi yang besar dapat memenuhi kehendak birokrasi ideal ini tetapi agensi kerajaan dan pengusaha besar-besaran hampir memenuhi bentuk ideal ini. SEMAK KENDIRI 6.3 1. Apakah yang dimaksudkan dengan birokrasi? 2. Jenis organisasi apakah yang dikategorikan sebagai birokrasi dan bilakah organisasi ini mula bertukar? 3. Apakah 5 ciri-ciri birokrasi yang dikemukakan oleh Max Weber? 6.3.2 Birokrasi Sebagai Satu Proses Birokrasi telah menjadi sebahagian daripada aspek kehidupan kita sebab ia adalah satu bentuk organisasi sosial yang berkuasa. Birokrasi memastikan manusia menggunakan segala tenaganya untuk mencapai matlamat khusus. Apabila birokrasi telah wujud maka ia akan bertindak dengan sendirinya. Setelah sebuah organisasi mencapai matlamatnya dan tidak lagi perlu untuk terus bertindak, tetapi ia pasti akan terus berbuat demikian dan proses ini dipanggil pengalihan matlamat (goal displacement). Satu contoh pengalihan matlamat ini ialah penubuhan March of Dimes pada tahun 1930 untuk menangani penyakit polio yang pada masa itu merupakan penyakit misteri. Orang awam terkejut melihat seorang kanak-kanak yang sihat boleh dengan tiba-tiba lumpuh disebabkan penyakit ini. Pertubuhan ini telah meletakkan poster yang menggambarkan kanak-kanak berjalan dengan tongkat ketiak (crutches) pada setiap kedai di Amerika. Melalui cara ini penubuhan tersebut telah berjaya mengumpulkan sejumlah besar kutipan wang untuk menyelamatkan mangsa polio. Apabila Dr. Jonas Salk menghasilkan vaksin untuk polio pada tahun 1950an wabak penyakit tersebut telah dihapuskan dengan serta merta. Mereka yang mengelolakan March of Dimes tidak menghentikan usaha mereka selepas ini. Sebaliknya penubuhan ini terus bergiat dalam usaha menangani penyakit lain iaitu kecacatan bayi selepas dilahirkan. Pada tahun 2001 pengkaji
  • 11. TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 113 telah menjumpai cara mengatasi kecacatan bayi. March of Dimes sekali lagi mencari usaha baru iaitu cuba mencapai kejayaan dalam penemuan-penemuan baru dalam bidang kanak-kanak (Henslin, 2006). Weber melihat birokrasi sebagai satu bentuk organisasi sosial yang berkuasa sehingga beliau boleh meramalkan bahawa birokrasi boleh menguasai kehidupan sosial. Beliau menamakan proses ini sebagai rasionalisasi masyarakat (rasionalization of society), yang bermaksud birokrasi mengandungi undang- undang, peraturan, dan menekankan kepada hasil, ini yang akan menguasai kehidupan kita. Mengikut Weber, birokrasi merupakan bentuk organisasi yang paling efisyen. Birokrasi berpegang kepada undang-undang dan peraturan dan berkemungkinan meningkatkan kecekapan apabila tugas menjadi stabil dan rutin tetapi birokrasi juga boleh menimbulkan kurang efisyen. Undang-undang adalah berdasarkan kepada kenyataan; „manusia tidak boleh diarah melakukan sesuatu jika sesuatu itu tidak boleh dijangka„. Apabila perubahan berlaku dengan kerapnya atau apabila perkara luar biasa berlaku maka undang-undang tidak dapat menolong. Misalnya, apabila kad pengenalan hilang atau dokumen yang lain hilang maka birokrasi terhenti. Keterlaluan patuh kepada undang- undang juga boleh membawa kepada diberhentikan kerja. Misalnya, semasa Jepun menyerang Pearl Harbour pada tahun 1914, askar Amerika bergegas mendapatkan senjata untuk berperang tetapi pengawal yang menjaga peralatan perang tidak membenarkan senjata dikeluarkan tanpa surat rasmi yang mengarahkan pengeluarannya. 6.3.3 Kekuatan Birokrasi Mengapakah birokrasi berkembang? Ini adalah sebab birokrasi mempunyai aspek-aspek yang menyumbang kepada perkembangan sesebuah organisasi. • Pita merah kerajaan (red tape) masih dilihat sebagai sesuatu yang memberi kebaikan. Contohnya, proses untuk mendapatkan permit kerajaan untuk membuka kawasan pembuangan sampah menjadi rumit kepada syarikat yang ingin memulakan projek tersebut. Tetapi kepada penghuni di kawasan terbabit, peraturan dan undang-undang pita merah kerajaan yang perlu dilalui oleh syarikat tersebut merupakan satu cara untuk mengawasi pihak syarikat agar mereka melakukan kerja-kerja pembuangan sampah dengan berhati-hati agar tidak menjejaskan kesihatan penghuni kawasan tersebut. • Birokrasi juga tidak melihat kepada siapakah anda. Sekiranya anda ingin memohon pinjaman, anda hanya isi borang permohonan beserta dengan dokumen yang diperlukan. Anda tidak perlu menggunakan pengaruh ahli
  • 12. 114 TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI politik atau kenalan untuk memastikan anda mendapat pinjaman tersebut. Birokrasi menggalakkan kesamaan dan mengurangkan diskriminasi. • Birokrasi juga membawa kebaikan kepada pekerja. Birokrasi membuat pekerja bebas berfikir, kreatif dan bersikap terbuka. • Mengikut definisi Kohn, birokrat adalah mereka yang bekerja dalam organisasi besar dengan kerumitan birokrasinya dan mereka yang bukan birokrat pula adalah mereka yang bekerja dalam organisasi kecil bersama satu tahap penyelia. Kohn mendapati bahawa berbanding dengan mereka yang bukan birokrat, mereka yang birokrat menunjukkan pencapaian intelektual yang lebih tinggi dalam ujian yang ditadbirkan oleh penemuduga. Birokrat juga meletakkan penekanan intelektual yang tinggi ke atas diri mereka sendiri semasa waktu berehat. Mereka akan membaca buku dan majalah, menonton konsert dan pertunjukan pentas dan pergi ke muzium. 6.3.4 Kelemahan Birokrasi Birokrasi mempunyai beberapa kelemahan disebabkan ciri-ciri yang wujud dalam sistemnya. • Salah satu keburukan birokrasi ialah undang-undang dan peraturan yang menjadi ciri-cirinya. Ini tidak banyak menolong sekiranya berlaku sesuatu masalah yang tidak dijangka. Kepatuhan mengikut peraturan boleh membawa kepada halangan untuk melakukan sesuatu tindakan. • Bukan sahaja birokrasi mempunyai undang-undang dan peraturan sahaja tetapi undang-undang dan peraturan ini sentiasa ditambah. Birokrasi awam terkenal dengan peraturan yang menimbun. Kesemua peraturan inilah yang melambatkan kakitangan kerajaan untuk mengambil tindakan dan kelewatan untuk berurusan ini dirasai oleh mereka yang dalam sektor swasta dan awam yang terpaksa menunggu dengan sabar. Sektor perniagaan terpaksa menghabiskan wang ringgit untuk mengisi borang-borang jabatan kerajaan. • Apabila terdapat banyak peraturan, berkemungkinan juga terdapat di antaranya yang tidak masuk akal dan bercanggah. Contohnya, di Amerika kerajaan telah membelanjakan berjuta dolar daripada hasil cukai pendapatan untuk kempen anti-merokok dan pada masa yang sama memberi subsidi kepada perindustrian ini. Contoh yang lain pula, seorang pekerja pasar raya yang berumur 31 tahun telah memenangi loteri jutawan New York. Beliau berhenti kerja untuk beberapa ketika dan kemudiannya memohon untuk faedah pengangguran daripada jabatan kebajikan (Peter, 1986). Kadangkala
  • 13. TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 115 peraturan yang berlilit ini boleh memerangkap seseorang. Apabila kita mematuhi satu peraturan, kemungkinan kita melanggar peraturan lain pula. • C. Northcotte Parkinson (1957) pula mengatakan kelemahan dalam birokrasi ialah kemungkinan untuk ia berkembang dan terus berkembang, sekurang- kurangnya 6 peratus setiap tahun. Beliau menamakan ini sebagai ParkinsonÊs Law. Pekerja-pekerja ingin mencerminkan diri mereka sebagai orang yang sibuk bekerja atau orang yang penting maka mereka akan menambahkan beban tugas mereka dengan banyak menulis memo, mewujudkan peraturan baru, mengisi boring dan mengemas fail. Apabila mereka letih dengan beban tugas yang berlebihan ini mereka akan mendapatkan seorang penolong. Sekiranya seorang majikan hanya mempunyai seorang pekerja upahan, pekerja itu berkemungkinan akan menjadi persaingan untuk jawatan majikannya. Tetapi sekiranya majikan tersebut mempunyai dua atau lebih orang pekerja upahan, hanya majikan sahaja yang mengetahui tugas kedua- dua pekerjanya. Pada masa yang sama, gaji majikan tersebut akan bertambah mengikut bilangan pekerja dibawahnya. Seterusnya, pertambahan pekerja juga bermakna bertambahnya beban tugas majikan untuk mengurus pekerjanya dan aktiviti mereka. Ini memberi ruang untuk majikan menambah peruntukan kewangan jabatan tersebut. Mengikut Morris Fiorina (1983) birokrasi memberi ganjaran (seperti gaji, status, dan kuasa) dan ini bergantung kepada saiz (pekerja dan kewangan) agensi tersebut. Akhirnya birokrasi makin meningkat. • Dalam setiap hierarki terdapat pekerja yang akan dinaikkan pangkat sehingga ke tahap kurang cekap. Apa yang berlaku dalam situasi ini ialah pekerja yang cekap dinaikkan pangkat. Sekiranya pekerja tersebut menunjukkan kecekapannya dalam tugas yang baru maka dia akan dinaikkan pangkat lagi. Beliau akan terus dinaikkan pangkat sehingga ke tahap di mana dia akan kurang cekap dan beliau akan berada disitu sehingga bersara. Birokrasi berfungsi hanya sebab terdapat pekerja yang masih ingin meningkatkan kecekapan mereka sebelum mereka dinaikkan pangkat yang melebihi daripada kebolehan mereka. Keadaan ini dikenali sebagai Peter Principle. SEMAK KENDIRI 6.4 1. Jelaskan kekuatan birokrasi. 2. Nyatakan 5 kesan negatif birokrasi dan berikan contoh untuk setiap satu.
  • 14. 116 TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 6.4 PERUBAHAN DALAM ORGANISASI Organisasi formal adalah satu ciri penting dalam masyarakat maka ia akan menjadi sasaran perubahan. Dalam usaha untuk mengubah organisasi seperti firma perniagaan dan agensi kerajaan beberapa prinsip akan mengambil peranan dalam perubahan ini: (i) Pertama, organisasi akan berubah dengan lebih berkesan sekiranya kadar penglibatan ahlinya tinggi. Mereka yang ingin kepada perubahan organisasi ini perlu terlebih dahulu memastikan kesemua ahli dalam organisasinya melibatkan diri mereka. Ahli yang melibatkan diri berkemungkinan akan menyokong perubahan organisasi berbanding dengan mereka yang tidak. (ii) Kedua, mereka yang berusaha untuk membawa perubahan dalam organisasi perlu peka kepada kehendak peribadi ahli organisasinya. Contohnya, ada ahli yang meletakkan keutamaan kepada perhubungan peribadi semasa bekerja. Sekiranya hubungan ini terganggu oleh perubahan dalam jadual tugas seharian, pemecatan pekerja atau penugasan, maka semangat ahli organisasi tersebut akan menjunam. Sesi kauseling mungkin diperlukan untuk mengendalikan perasaan emosi yang disebabkan oleh perubahan ini. (iii) Ketiga, jangkaan oleh mereka yang berusaha untuk membawa kepada perubahan organisasi adalah penting. Jangkaan boleh mempengaruhi tingkahlaku. Sekiranya kita menggunakan pendekatan yang positif terhadap mereka maka ada kemungkinan mereka akan bekerjasama. Tetapi sekiranya pendekatan kita adalah tidak menjelaskan tentang perubahan atau kita memandang mereka sebagai orang yang akan menentang kepada perubahan tersebut maka ada kemungkinan mereka tidak akan bekerjasama. Contohnya, apabila sebuah organisasi diambil alih oleh sebuah organisasi yang lain, ada pekerja yang terpaksa diberhentikan kerja. Ini akan menimbulkan perasaan tidak selamat di kalangan pekerja lain sebab mereka tidak diberitahu apa akan terjadi kepada mereka dan seterusnya mereka curiga terhadap organisasi. (iv) Keempat, mereka yang berusaha ke arah perubahan perlu tahu struktur sosial dan operasi organisasi yang akan diubah. Sekiranya sebahagian daripada sistem perlu diubah maka keseluruhan sistem itu akan terjejas. Maka tidaklah memadai sekiranya ingin mengubah hanya sebahagian sahaja tanpa mengambil kira bagaimana perubahan itu akan tinggal kesan kepada keseluruhan organisasi. Kesan perubahan organisasi akan berkekalan untuk beberapa tahun dan pekerja perlu bekerja keras
  • 15. TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 117 mewujudkan semula komunikasi berkesan menggantikan perancangan informal yang telah lenyap. 6.4.1 Penentangan Terhadap Perubahan Perubahan ke atas individu, organisasi atau institusi sosial bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan. Contohnya, mengapakah kerajaan Cina menentang keras pemimpin pelajar semasa kejadian di Tiananmen Square? Salah satu penyebab ialah umur pemimpin Cina pada waktu itu. Ramai di antara mereka yang terlibat dalam peperangan Dunia Kedua menentang Jepun dan berkhidmat dengan revolusi komunis yang membawa mereka berkuasa. Pada pandangan mereka, kerajaan yang wujud pada masa itu adalah kerajaan yang sah dan sesiapa yang cuba mengubah cara pemerintahan adalah musuh kepada negara. Selain daripada mementingkan diri sendiri mereka juga ingin mengekalkan status quo. Mereka takut akan kehilangan kuasa, kekayaan kebendaan, dan paling penting ialah kedudukan mereka dalam masyarakat. Mengapakah individu menentang perubahan walaupun perubahan itu akan membawa kebaikan kepada diri mereka? Satu sebab ialah kebanyakan manusia telah menerima keadaan kehidupan mereka yang telah ditetapkan oleh institusi. Mereka hanya boleh menerima perubahan sekiranya keseluruhan masyarakat menentang kewujudan institusi tersebut. Seterusnya, manusia akan menentang juga sekiranya perubahan akan membawa kerugian kepada apa yang mereka hargai iaitu mereka merasa perlu menjaga kepentingan mereka dalam status quo tersebut. Terdapat juga manusia yang merasa selesa dalam keadaan kehidupan mereka sekarang walaupun mereka berada dalam situasi yang tidak menguntungkan. Pada mereka perubahan bermakna mereka perlu menghadapi sesuatu yang baru dan mungkin tidak menentu dan mereka ingin elak daripada perasaan demikian. Memandangkan penentangan akan berlaku sekiranya ada perubahan maka mereka yang ingin membawa perubahan mesti menjangka dan memahami sifat semulajadi penentangan tersebut. Mereka perlu mendengar leteran kepada perubahan yang ingin dibawa dan melibatkan mereka yang menentang dalam perbincangan yang tenang. AKTIVITI 6.2 Bagaimanakah teknologi mempengaruhi organisasi?
  • 16. 118 TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI • Kumpulan merupakan golongan manusia. Ia boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu kumpulan primari dan kumpulan sekunder. Perbezaan di antara kedua-dua kumpulan ini terdapat pada ciri-ciri yang terkandung dalamnya. • Organisasi merupakan sebuah badan yang menyediakan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh ahli masyarakat. • Apabila organisasi berkembang, ia akan mula menunjukkan ciri-ciri birokrasi yang lebih teratur dan mantap. Birokrasi mengandungi peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi agar organisasi boleh diuruskan dengan licin. • Birokrasi mempunyai kekuatan dan kelemahan. Pada zaman moden ini, birokrasi ditentang hebat atas alasan ia tidak serasi dengan gaya kerja yang pantas.   Birokrasi Organisasi formal Kekuatan Organisasi koersif Kelemahan Organisasi utilitarian Kumpulan ParkinsonÊs Law Kumpulan dalaman Penentangan dalam organisasi Kumpulan diad Pengalihan matlamat Kumpulan luaran Perubahan dalam organisasi Kumpulan primari PeterÊs Principle Kumpulan rujukan Pita merah kerajaan (red tape) Kumpulan sekunder Rasionalisasi masyarakat Kumpulan tiga serangkai        
  • 17. TOPIK 6 KUMPULAN DAN ORGANISASI 119 Curry, T., Jiobu, R., & Schwirian, K. (2005). Sociology for the twenty-first century. New Jersey: Pearson Prentice Hall. Gelles J. G., & Lavine, A. (1995). Sociology: An introduction. New York: McGraw-Hill. Henslin, J. M. (2006). Essentials of socioloy: A down-to-earth approach. Boston: Pearson. Schafer, T. R., & Lamm, R. P. (1992). Sociology. New York: McGraw-Hill.