1. LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
Institut Latihan Perindustrian
Kepala Batas, Pulau Pinang
Instrument SESI 2/2007
SEMESTER 2
DI SEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD JAMAL AZEEM BIN JAMIL
KELAS 3
242071092
2. LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
PENGENALAN
Laporan ini mengenai “ Project Running Light ” yang telah
dijalankan dalam modul Elektronik. Pelajar-pelajar telah
ditugaskan untuk membuat pemasangan litar elektronik
berdasarkan skema litar yang di berikan.
Pelajar-pelajar juga telah di bekalkan dengan komponen dan
peralatan yang digunakan dalam menjalankan pemasangan
litar tersebut
Projek ini dijalankan untuk memberikan pendalaman kepada
pelajar-pelajar untuk mengenali komponen dan peralatan yang
digunakan dalam membuat pemasangan litar pada “bread
board” dan juga untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar
tentang jenis dan fungsi IC yang digunakan dalam satu-satu
litar elektronik.
Dalam menjalankan tugas pemasangan litar ini berlaku
beberapa masalah. Dari masalah yang dihadapi oleh dapatlah
pelajar-pelajar mempelajari cara-cara untuk mengenal pasti
masalah dan dapat memastikan beberapa kerosakan yang
komponen yang dibekalkan kepada pelajar.
3. LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
OBJEKTIF
Objektif utama dalam membuat litar ini adalah untuk
memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar cara
pemasangan litar.
Pelajar juga dapat mengenali komponen dan peralatan
yang di gunakan dalam membuat litar tersebut.
Juga dapat mengetahui cara-cara untuk membuat bacaan
terhadap nilai pada komponen yang di berikan.
Dapat memupuk nilai kerjasama antara kumpulan dalam
menyiapkan litar tersebut disamping dapat mengeratkan
hubungan Silaturrahim antara ahli kumpulan.
Pelajar juga dapat mempelajari cara pemasangan yang
perlu di buat berdasarkan litar skematik yang diberikan.
Pelajar jjuga dapat mengetahui kutub/kaki samada positif
atau negative pada komponen elektronik tersebut
4. LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
KOMPONEN YANG DIGUNAKAN
Antara berikut merupakan komponen-komponen yang
digunakan dalam litar “ Running Light ” :-
LED = Diod Pemancar
KAPASITOR=
IC =
PERINTANG=
5. LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
PENERANGAN KOMPONEN
KOMPONEN PENERANGAN
L.E.D. Mempuyai 2 kaki
Merupakan lampu pemancar.
Mempunyai kaki anod dan katod.
Mementukan kaki dengan multimeter.
Kapasitor Mempunyai 2 kaki.
Mempunyai kaki positif dan negative.
Boleh menentukan kaki menggunakan
multimeter atau warna pada kapasitor
tersebut.
mempunyai sifat istimewa iaitu ia boleh
menyimpan cas dan tenaga elektrik.
Kapasitor yang bernilai tinggi akan menyimpan
lebih banyak tenaga elektrik. Ia juga
mengambil lebih masa untuk mengecas dan
membuang cas.
Perintang Terdapat 2 jenis perintang iaitu boleh laras dan
tetap.
Nilai berdasarkan pada kod warna pada
perintang.
Perintang boleh laras mempunyai 3 kaki.
Perintang tetap mempunyai 2 kaki.
Digunakan untuk mengawal jumlah arus yang
mengalir dalam litar.
I.C Adalah satu litar yang lengkap dan ringkas di
dalam sebuah bekas kecil.
Ia juga dipanggil litar terkamil atau cip atau IC
(Integrated circuit)
Ia boleh mengandungi elemen komponen
seperti transistor, diod, perintang dan
sebagainya
6. LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
PERALATAN DAN KEGUNAAN
PERALATAN KEGUNAAN
BRAED BOARD Alat digunakan bagi membina satu (umumnya
sementara) prototaip satu litar elektronik dan
untuk percubaan dengan rekaan-rekaan litar.
JUMPER Digunakan untuk membuat lompatan pada
lubang-lubang yang terdapat pada Braedboard
untuk membenarkan arus mengalir pada
tempat-tempat yang di perlukan.
MULTIMETER Digunakan untuk mengukur nilai pada
komponen.
Juga di gunakan untuk mengetahui kaki pada
komponen elektronik.
Dapat di gunakan untuk mengenal pasti
kerosakan komponen dan sambungan pada
litar.
CUTTER Digunakan untuk memotong kabel Jumper.
Membuang penebat pada Jumper.
Membentuk kaki komponen elektronik.
BATERI 9v Digunakan untuk mengalirkan arus pada papan
litar .
Dapat menyalakan LED sekiranya litar lengkap.
9. LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
KENDALIAN LITAR
Pertama sekali arus akan memasuki pada perintang tetap 18KΩ
dimana punca masuk pada bahagian positif. Kemudian ada
sambungan yang bersentuhan atau bersambung dengan positif
iaitu pada kaki IC (Integrated circuit) 555 dimana kaki yang
terlibat ialah kaki nombor 8 dan kaki nombor 4. Punca positif ini
juga bersambung dengan kaki IC CO4017 iaitu pada kaki
nombor 16.
Kemudian kaki keluar dari perintang R1 atau 18KΩ tadi akan
bersambung pula dengan kaki nombor 7 pada IC 555 dan juga
bersmbung dengan perintang R2 atau 1KΩ.
Punca keluar dari kaki perintang R2 atau 1KΩ tadi akan
bersambung dengan kaki nombor 2 dan nombor 6 pada IC 555
lalu bersambung pula dengan kaki perintang boleh laras 100KΩ.
kemudian punca keluar dari kaki perintang boleh laras tadi
akan bersambung pula dengan kaki positif kapasitor 2.2µf
manakala kaki negative kapasitor akan di sambungkan
kepunca negative litar.
Seterusnya kaki nombor 5 pada IC 555 akan bersambung
dengan kaki positif kapasitor 47µf. Manakala kaki negative
kapasitor ini juga akan disambungkan ke punca negative litar.
Kaki nombor 1 pada IC 555 akan di sambungkan pada punca
negative litar. Bagi kaki nombor 3 pada IC 555 akan
disambungkan dengan kaki nombor 14 pada IC CO4017. Maka
siaplah sambungan pada setiap kaki pada IC 555.
10. LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
Kini beralih pula pada IC CO4017. Jadual berikut merupakan
sambungan antara kaki pada IC CO4017 dengan kaki positif
LED :-
KAKI IC KAKI
CO4017 POSITIF
LED
1 6
2 2
3 1
4 3
5 7
6 8
7 4
9 9
10 5
11 10
Kemudian kaki nombor 8 pada IC CO4017 akan terus
disambungkan ke punca negative litar. Manakala kaki nombor
13 dan 15 pada IC CO4017 akan disambungkan terlebih dahulu
dan juga akan dibawa ke punca negative litar.
Semua kaki negative pada LED akan disambungkan pada
punca negative pada litar.
Bagi kaki nombor 12 pada IC CO4017 hanya di biarkan sahaja.
Keluarkan satu punca pada positif litar dan satu punca pada
negative litar dan sambunkannya pada bateri@sel kering yang
di bekalkan. Maka siaplah litar lengkap bagi “Running Light”.
11. LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
LAPORAN TROUBLESHOOTING
MASALAH YANG DIHADAPI:
Terdapat 2 masalah utama dalam menyiapkan litar tersebut
iaitu:-
1. Hanya terdapat 3 sahaja LED yang menyala sesudah litar
siap disambungkan.
2. LED tersebut tidak berkelip (Running).
CARA MENGATASI MASALAH:
MASALAH 1:
Pemeriksaan terhadap LED telah dijalankan menggunakan
Multimeter.
Membuat pemeriksaan litar kali kedua.
Menukarkan IC yang baru.
MASALAH 2:
Memeriksa sambungan pada litar.
Pemeriksaan dibuat pada kaki perintang boleh laras.
Melaraskan pada pelaras perintang boleh laras.
Membuat sambungan pada kaki perintang boleh laras yang masih
belum di gunakan.
KEPUTUSAN:
Kesemuaan LED menyala.
Ada kelipan (Running)pada LED.
12. LAPORAN “PROJECT RUNNING LIGHT” 2008
KESIMPULAN
Dapat diringkaskan disini Project Running Light yang telah di
tugaskan telah berjaya di lakukan dengan selamatnya. Dengan
adanya latihan atau tugasan seumpama ini pelajar-pelajar
dapat belajar dengan lebih cepat dan juga dengan cepat dapat
memahami konsep dalam memasangan elektronik seumpama
ini. Pelajar juga dapat mengenal dan dapat mengetahui fungsi
dan kegunaan komponen dan alatan yang digunakan dalam
membuat litar elektronik. Ribuan terima kasih di ucapkan
kepada ahli kumpulan yang berkerjasama dalam menyiapkan
pemasangan litar dan dalam menyiapkan laporan “Project
Running Light”. Jutaan terima kasih juga di ucapkan kepada
pensyarah yang banyak membantu dalam menyiapkan tugasan
yang di berikan. Amat diharapkan agar latihan atau tugasan
seumpama ini akan diadakan lagi pada masa-masa yang akn
datang.