Interaksi 03 - Power Point (Etika Penggunaan Internet)
1.
2.
3. Penggunaan internet yang semakin
meningkat, digabungkan dengan teknologi yang
terkini serta pengurangan masa dan kos komunikasi telah
mewujudkan satu dimensi baru dalam era perkhidmatan awam
terutamanya dalam memberi perkhidmatan kepada para
pelanggan. Walau bagaimanapun, penggunaan yang tidak
terkawal akan membawa kepada kesan negatif yang akan
memudaratkan bukan sahaja kepada diri bahkan kepada
masyarakat dan negara.
4. 1. Browse atau carilah maklumat menerusi www yang
berkaitan dengan tugas anda sebagai seorang pelajar.
2. Bertindaklah sebijak mungkin di dalam membuat carian
(searching) dengan mengkhususkan bahan atau
perkara yang diingini.
3. Memilih enjin pencari yang sesuai agar carian itu dapat
dilakukan dengan lebih efisyen dan mendapat tindak
balas yang lebih cepat.
5. 4. Elakkan diri anda dari melawat laman-laman yang akan
menjatuhkan maruah anda.
5. Anda juga dilarang daripada melawat laman-laman
yang memuatkan maklumat anti-kerajaan atau
subversif yang bertentangan dengan undang-undang
negara.
6. Amalkan membuat penanda (bookmark) pada laman
yang berfaedah untuk rujukan kemudian hari.
7. Cetaklah dokumen yang difikirkan akan digunakan
untuk tujuan rujukan.
6. 1. Menyalur sebarang bahan
haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah
atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.
2. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan
ketegangan di dalam dan di luar negara serta perlanggaran undang-
undang Malaysia dan antarabangsa.
3. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau
masyarakat secara keseluruhannya.
4. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat
kaya, skim pyramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang
oleh Perlembagaan Malaysia.
7. Etika ini diharap dapat dipatuhi sepenuhnya oleh
semua peringkat pengguna bagi mewujudkan
masyarakat pengguna internet yang
bertanggungjawab dan penyayang. Berbanggalah
dengan kemudahan yang diberikan ini dan jadilah
pengguna yang bijaksana demi untuk meningkatkan
produktiviti diri secara keseluruhannya.