SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 30
http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm

Definisi Fonologi




Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa.




Alat-alat sebutan

Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:

Bunyi Bahasa Melayu




Definisi Fonologi




Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa.




Alat-alat sebutan

Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:




Bibir
                  Rongga tekak
Gigi
                  Rongga mulut
Gusi Lelangit
keras             Rongga hidung

Lelangit lembut   Paru-paru

Anak tekak        Peti suara dan pita
                  suara
Lidah
Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat
diletakkan di beberapa kedudukan.

   Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.

(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah
artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.




Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu




Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan
diftong.

Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut.

Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit.

Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir.

Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal.

Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan
sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang
dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung.

Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan.

Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula
daripada satu vioakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain.

Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong.

Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada
bunyi vokal depan sempit [i].
Vokal

Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah.


      Lambang fonetik                 Contoh perkataan                        Nota
[a]                             anak, tanah, lada
[è]                             ela, semak, sate
[i]                             iring, kita, seri
                                                                Tidak terdapat di hujung
[]                              emak, betul
                                                                perkataan
[o]                             obor, botak, moto
[u]                             ular, sultan, saku




Konsonan asli bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman.

Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n,
/ng/, s, h, r dan l.

Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg,
koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan.

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh
salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara
dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung.

[p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [],
[x], [], [h], [r], [l], [w], [y]




Fonem

Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi.

Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi,
misalnya kata palu.

Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u.

Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi.

Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.
Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud
ujaran.




Alofon

Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.

Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap.

Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam
luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.

Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon.




Suku Kata

Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai
oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan.

Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan
vokal dipanggil suku kata terbuka.

Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis
suku kata:




1. Kata tunggal satu suku kata


                 Suku kata                                       Contoh
KV                                            yu
VK                                            am
KKVK                                          draf, gred. brek




2. Kata tunggal dua suku kata


                 Suku Kata                                       Contoh
V + KV                                        ibu, ela, era
V + VK                                        air, aib
V + KVK                                       adat, emas
VK + KV                                      anda, unta, angsa
VK + KVK                                     antah, untuk, ingkar,
KV + KVK                                     bukan, dekat




3. Kata tunggal tiga suku kata


                 Suku Kata                                         Contoh
KV+V+KV                                      biasa, cuaca, suara
KV + V +KV                                   kaedah
V + KV + V                                   abai, usia
KV+KV+VK                                     maruah, peluang
KV+KVK+KVK                                   kelompok, kumandang




4. Kata tunggal empat suku kata


                 Suku Kata                                         Contoh
KV+KV+KV+KV                                  panorama
KV+KV+KV+KVK                                 masyarakakat
KVK+KV+V+KV                                  sentiasa


5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah:

universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata)




http://ilmubahasamelayu.blogspot.com/2011/05/fonem-dan-alofon.html

Fonem dan Alofon

1) Pemenggalan Bunyi
    • Spektogram menunjukkan bahawa pertuturan adalah bunyi-bunyi yang berpadu antara
      satu sama lain (tidak terpisah-pisah)
    • Pertuturan adalah ungkapan yang bersifat kontinum oleh seseorang yang bermula dan
      berakhir dengan kesenyapan.

2) Segmen
    • Unit bahasa yang diabstraksikan dari suatu kontinum
•   Salah satu andaian yang teoritis dalam fonologi ialah pertuturan boleh direpresentasikan
       sebagai suatu urutan entiti yang terpisah
   •   Berasaskan andaian ini, maka kita boleh membicarakan segmen-segmen secara individu.

   •   Urutan-urutan segmen seterusnya membolehkan kita menggunakan lambang-lambang
       yang terpisah untuk merepresentasikan pertuturan.
   •   Bukti yang menyokong andaian berkenaan:

   •   1)Sistem tulisan-lambang grafik yang berurutan dengan bunyi tuturan yang berurutan

   •   2)Ketersasulan

   •   3)Rima

   •   4)Bahasa rahsia

   •   5)Perubahan bunyi

   •   Fonologi yang mengkaji segmen dikenali sebagai fonologi segmental

   •   Unit bahasa yang tidak boleh disegmentalkan dikenali sebagai suprasegmental-e.g
       tekanan dan nada

3) Fonem
   • Unit bunyi terkecil yang membezakan makna
   • Setiap bahasa ada fonem berbeza(inventori fonem yang berbeza)

   •   Setiap bahasa ada pola atau sistem tersendiri dalam menyusun bunyi2 tersebut (meskipun
       dua bahasa itu memiliki fonem yang sama namun distribusi/penyebaran berbeza e.g /k/
       dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

4) Kaedah penentuan fonem dan alofon
    1. Kaedah Pasangan Minima

   Kaedah ini adalah kaedah utama untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Konsep
pasangan minima merujuk kepada keadaan dua kata yang mempunyai perbezaan hanya pada satu
bunyi sahaja, dan perbezaan ini wujud pada lingkungan atau kedudukan yang sama. Bunyi-bunyi
atau segmen-segmen berkenaan boleh dianggap fonem sekiranya ia ada persamaan dari segi
fonetik dan penggantian satu segmen dengan segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaan
dari segi makna. Sebagai contohnya:

[tari] [dari]
[patah] [padah]
[tuli] [ duli]
[saku] [sagu]
[kari] [gari]
[pakar] [pagar]
Perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] memperlihatkan perbezaan
hanya pada satu segmen iaitu [t] dan [d]. Perbezaan itu pula adalah dalam lingkungan yang sama
iaitu sama ada (a) di awal kata suku kata pertama at au (b) di awal kata suku kata kedua. Segmen
[t] dan (d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana keduaduanya dihasilkan secara
letupan dan di daerah artikulasi yang sama iaitu gigi-gusi (alveolar). Kehadiran kedua-dua
segmen berkenaan dalam perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] di atas,
jelas menghasilkan perbezaan dari segi makna. Oleh yang demikian, kedua-dua segmen
berkenaan boleh dianggap dua fonem yang berbeza.

   2. Kaedah Pasangan minima terdekat.

Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Kaedah ini
diterapkan sekiranya kaedah pertama di atas tidak dapat dilaksanakan. Berdasarkan kaedah ini,
sekiranya terdapat cilia segmen yang berbeza (tetapi mempunyai persamaan dari segi fonetik)
hadir pada lingkungan yang sam a dalam dua perkataan yang berbeza makna dan maka kedua-
dua segmen tersebut boleh dianggap sebagai dua fonem yang berbeza (bukan alofon kepada satu
fonem). Sebagai contohnya:

Perkataan-perkataan dalam kolum (a) memperlihatkan kehadiran dua segmen yang berbeza.
Begitu juga dengan kolum (b). Kedua-dua segmen berkenaan yang terdapat dalam perkataan-
perkataan dalam kolum (a) hadir pada lingkungan yang sama dengan kedua-dua segmen yang
terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (b). Misalnya segmen [p] dan [g] dalam
perkataan [pagar]. dan segmen [b] dan [k] dalam perkataan [bakar]. Dengan kata lain, perkataan-
perkataan dalam kolum (a) dan (b) memaparkan hakikat dua kata yang yang mempunyai
perbezaan dua bunyi pada lingkungan yang sama. Bunyi-bunyi dalam lingkungan yang sama itu
pula mempunyai persamaan dari segi fonetik, misalnya [p]~[b] dan [g]~[k] dalam perkataan
[pagar] dan [bakar]. Kewujudan bunyi-bunyi tersebut pula menghasilkan makna yang berbeza-
beza pada setiap perkataan berkenaan. Oleh yang demikian, bolehlah dianggap bahawa segmen-
segmen berkenaan iaitu /p/, /b/, /k/, /g/, /t/, /d/, /tS/, /dZ/, /s/, dan /z/ adalah fonem-fonem yang
berbeza.




3. Kaedah Penyebaran saling melengkapi

Kaedah ini adalah kaedah utama dalam usaha mengenal pasti sesuatu segmen sebagai alofon.
Konsep 'penyebaran saling mclcngkapi ini wujud apabila terdapatnya dua segmen (yang terdiri
dari satu kelompok yang sama) tidak boleh hadir dalam Iingkungan yang sama. Dengan kata
lain, satu segmen mungkin hanya boleh hadir di lingkungan awal kata (ia tidak boleh hadir di
Iingkungan tengah dan akhir kata) manakala segmen yang satu lagi pula tidak boleh hadir di
lingkungan awal kat a (ia hanya boleh hadir di lingkungan tengah dan akhir kata) Secara tidak
langsung, situasi ini memperlihatkan kehadiran segmen-segmen berkenaan adalah dalam
lingkungan saling lengkap-melengkapi. Dalam hal ini segmen-segmen yang memperlihatkan
penyebaran sating melengkapi adalah alofon kepada satu fonem. Sila teliti situasi kehadiran
segmen [k] dan [] dalam perkataan-perkataan di bawah:


[kita] [suka] [to]


[kaju] [baki] [soro]


[kalau] [tSuka] [gaga]


Contoh-contoh perkataan di atas memperlihatkan kepada kita bahawa lingkungan yang boleh
dihadiri oleh segmen [k] dan [] adalah saling lengkap melengkapi . Segmen [k] hanya boleh
hadir di lingkungan awal dan tengah kata rnanakala segmen [] pula hanya boleh hadir di akhir
kata. Oleh yang dernikian, segmen [k] dan [] adalah alofon kepada suatu fonem.




4. Kaedah Variasi bebas


Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segrnen sebagai alofon. Kaedah ini
diterapkan sekiranya kaedah penyebaran saling melengkapi tidak dapat dilaksanakan.


Variasi bebas merujuk kepada suatu keadaan di mana alofon kepada satu fonem tersebar dalam
satu lingkungan yang sama tetapi tidak membezakan erti. Misalnya: Makna bagi perkataan
[orang] dan [�rang] adalah sama dalarn bahasa Melayu Justeru, [o] dan [�] bukanlah dua
fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon kepada suatu fonern Daiam kes bahasa Melayu,
segmen [o] dipilih sebagai fonem kerana lingkungan penyebarannya lebih rneluas berbanding
dengan segmen [�] .
http://retibasa.blogspot.com/2010/09/normal-0-false-false-false-en-my-x-
none.html

HURAIAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA
MEMBUNYIKANNYA


                        JUNAINAH HARUN TEH BOON ENG
                         SYUHADA BT HUSSAIN


PENDAHULUAN
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat
pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan
kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang
digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat
dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan
pita suara.


      Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik
dan   fonologi.   Maksud    dan   definisi   fonetik    menurut     Kamus   Dewan
(1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan
penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala
mengikut      Merriam    Webster’s   Collengiate       Dictionary   tenth   edition
(1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a
language or group of languages”.
Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut
kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam
sesuatu   bahasa    (1996:354).     Dalam     Merriam    Webster’s    Collegaite
Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the
science of speech sounds including, especially the history and theory of
sound changes in a language or in two or more related languages”.




     Mengikut      Kamus     Linguistik   (Harimurti     Kridalaksana,1984:51)
memberikan    definisi   fonologi   sebagai   bidang    dalam   linguistik   yang
menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.


Huraian huruf Vokal
Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam
bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.


     Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ]
dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [‫ ]כ‬dan satu vokal
tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai
vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat
dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.


     Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika
menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga
tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau
geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti
bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa
sekatan atau geseran.
Manakala    penghasilan   bunyi-bunyi   vokal   pula   ditentukan   oleh
     beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau
     dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau
     belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya,
     dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada
     dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja (
     menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat
     sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga
     hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan
     glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara
     bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal
     rangkap.


     Huraian Huruf konsonan
     Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila
     terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari
     peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak
     bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila
     tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala
     konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari
     peparu tidak menggetarkan pita suara.


           Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan
     asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan
     konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa
     sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9
     jenis konsonan iaitu :


a)    Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
b)     Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
  c)    Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
  d)     Satu konsonan hentian glotis. ( ? )
  e)    Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
  f)     Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara (
       s) dan geseran glotis bersuara ( h ).
  g)     Satu konsonan getaran bersuara ( r ).
  h)     Satu konsonan sisian bersuara ( i ).
  i)     Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )
  j)     Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua
       bibir bersuara (w).
  k)    Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).


             Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah
       artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara,
       glotis dan rongga hidung.


       Cara membunyikan huruf vokal
       Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis
       huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan
       peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah,
       anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal
       bahasa Melayu.


  (a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:
(a)             Keadaan bibir hampar
(b)             Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras
       tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras
(c)               Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
          hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-
          paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan


          Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada
          perkataan berikut:


                    Awal                   Tengah                      Akhir
                    Ikan                     Bila                       Tali
                     Ibu                    Tiba                       Padi


      (a) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya:
      ·      Keadaan bibir hampar
      ·      Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi
      ·      Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
      ·      hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari
      ·      paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan


          Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti
          pada perkataan berikut:


                   Awal                    Tengah                       Akhir
                   Enak                    Teleng                      Tauge
                   Elok                     Leher                      Tempe


      (b) Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya:


      (a) Keadaan bibir hampar
      (b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi
      (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
          supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.


  Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε]
  seperti pada perkataan berikut:


            Awal                    Tengah                    Akhir
             Esa                     Belek                   Tauge
            Enak                     Belok                   Tempe
(c) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
  supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.


  Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti
  pada perkataan yang berikut:


            Awal                     Tengah                     Akhir
            Awan                      Kadar                     Siapa
            Anak                      Beras                     Nama


(d) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi
  tidak sampai menyentuh lelangit lembut
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
  supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.


  Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada
  perkataan yang berikut:
             Awal                    Tengah                     Akhir
             ubat                     bulat                     Batu
             ular                     sudu                      Palu
(a) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi
  tidak sampai menyentuh lelangit lembut
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
  supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.


  Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti
  pada perkataan yang berikut:


             Awal                    Tengah                 Akhir
             Orang                   Tolong                 Pidato
             Otak                    Bohong                 Koko



(b) Vokal belakang separuh luas atau lapang [‫ .]כ‬Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir hampar
(b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
  supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.


  Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang
  seperti [‫ ]כ‬seperti pada perkataan yang berikut:
           Awal                   Tengah                   Akhir
           Orang                  Borong                   Soto
            Oleh                   Bolot                   Teko
(f)    Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya:
(a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar
(b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai
      menyentuh lelangit keras
(c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
      supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan.


      Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan
      berikut:


                  Awal                    Tengah                Akhir
                 Emak                      Penat              Sosialisme
                 Empat                     Tenat             Behaviurisme




      Cara Membunyikan Konsonan
Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat
  diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat
  dalam jadual berikut:


                                 Daerah sebutan
      Cara          bibir    Gigi-gusi    Lelangit       Lelangit        Glottis
    sebutan                                 keras        lembut
    Letupan    Pb           Td           -            Kg            -
    Letusan    -            -            Cj           -             -
    Sengau     M            N            (ny)         (ng) ŋ        -
    Geseran    -            S            -            -             H
    Getaran    -            R            -            -             -
     Sisian    -            L            -            -             -
    Separuh    W            -            Y            -             -
     vokal


        Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah
  dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g,
  c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah
  terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam
  perkataan- perkataan pinjaman seperti


        Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan
  alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita
  suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini
  disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap
  konsonan tersebut dihasilkan.


(a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua
  bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya:


             Bunyi konsonan [p]                     Bunyi konsonan [b]
1.       Dua    bibir   dirapatkan       untuk Cara        membunyikan       sama       seperti
      membuat sekatan penuh pada arus membunyikan                   konsonan      [p].     yang
      udara dari paru-paru ke rongga berbeza ialah:
      mulut.
 2.      Lelangit   lembut      dinaikkan     1.
                                              ke     Pita suara dirapatkan.
                                   2.
      belakang atau ke dinding rongga                 Arus udara dari paru-paru keluar
      tekak     untuk    membuat        sekatan melalui        rongga     mulut          dengan
      udara dari paru-paru ke rongga mengetarkan pita suara.
      hidung.                                 3.      Bunyi yang dihasilkan ialah letupan
 3.     Pita suara direnggangkan.                   dua bibir bersuara [b].
 4.     Udara dari paru-paru keluar ke
      rongga mulut tanpa menggetarkan
      pita suara.
 5.       Sekatan        pada     dua       bibir
      dilepaskan serta- merta.
      Bunyi yang dihasilkan ialah letupan
      dua bibir tidak bersuara [p].


     Contoh perkataan:


            Huruf                 Awal                   Tengah               Akhir
         Konsonan [p]              Palu                   Lapik               Atap
         Konsonan [b]             Batek                  Rabun                Adab



(b)    Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi
     bersuara [d]
     Cara membunyikannya:


              Bunyi konsonan [t]               Bunyi konsonan [d]
1.      Hujung lidah dinaikkan rapat ke Cara membunyikan konsonan sama
gusi untuk membuat sekatan penuh seperti membunyikan konsonan [t].
      pada arus udara.                                yang berbeza ialah:
2.      Lelangit lembut dan anak tekak
      dinaikkan      ke      belakang    atau    1.
                                                 ke    Pita suara dirapatkan.
                                      2.
      dinding rongga tekak untuk menutup                Arus udara dari paru-paru keluar
      arus udara ke rongga hidung.                    melalui   rongga      mulut    dengan
3.     Pita suara direnggangkan .                     menggetarkan pita suara.
4.                                    3.
        Arus udara dari paru-paru keluar               Bunyi yang dihasilkan ialah letusan
      melalui        rongga      mulut      tanpa gusi bersuara [d].
      menggetarkan pita suara.
5.      Sekatan yang dibuat oleh hujung
      lidah    dan    gusi     dilepaskan   serta-
      merta.
6.      Bunyi yang dihasilkan ialah letupan
      gusi tidak bersuara [t].


     Contoh perkataan:


            Huruf                        Awal              Tengah                Akhir
         Konsonan [t]                   Takut               Batas                Padat
         Konsonan [d]                   Dalam              Tanduk                Abad



(c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan
     langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya:
              Bunyi konsonan [k]                            Bunyi konsonan [g]
 1.      Belakang lidah dirapatkan              ke Cara   membunyikan konsonan           sama
      lelangit    lembut      untuk     membuat seperti membunyikan konsonan [k].
      sekatan penuh pada arus udara .             yang berbeza ialah:
 2.      Lelangit lembut dan anak tekak
                                     1.               Pita suara dirapatkan .
      dirapatkan ke rongga tekak bagi
                                   2.                  Arus udara dari paru-paru yang
menyekat arus udara dari paru- keluar                 melalui    rongga        mulut
       paru ke rongga hidung.                      mengetarkan pita suara.
 3.      Pita suara di renggangkan.           3.     Bunyi yang dihasilkan ialah letupan
 4.      Arus udara keluar dari paru-paru lelangit lembut bersuara [g].
       melaui      rongga       mulut      tanpa
       menggetarkan pita suara.
 5.      Sekatan udara yang dibuat oleh
       belakang    lidah      dilepaskan   serta
       merta.
 6.        Bunyi    yang      dihasilkan   ialah
       letupan     lelangit     lembut     tidak
       bersuara [k].


      Contoh perkataan:
           Huruf                    Awal                Tengah                Akhir
        Konsonan [k]                Kala                Makan                Tamak
        Konsonan [g]               Garam                 Pagar               Dialog




(d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:


(a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding
      rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga
      hidung
(b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya
(c)     Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang
      rapatan pita suara.
(d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara
Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan
     berikut:


                 Awal                              Tengah                       Akhir
                 Anak                               Saat                       Lemak
                 Ikan                              Rakyat                      Budak


(e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan
     lelangit keras bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya:
             Bunyi konsonan [č]                                 Bunyi konsonan [Ĵ]
1.      Hadapan lidah rapat ke lelengit Cara                  membunyikan konsonan          sama
     keras untuk membuat sekatan pada seperti membunyikan konsonan [Ĵ].
     arus udara.                                        yang berbeza ialah:
2.      Lelangit lembut dan anak tekak
                                    1.                   Pita suara dirapatkan.
     dinaikkan         ke   belakang       atau    ke
                                                   2.     Arus udara dari paru-paru keluar
     dinding       rongga          tekak       untuk melalui       rongga      mulut       dengan
     membuat           sekatan     terhadap       arus menggetarkan pita suara.
     udara      dari    paru-paru      ke     rongga
                                                  3.      Bunyi yang dihasilkan ialah letusan
     hidung.                                            lelangit keras gusi bersuara [Ĵ]
3.     Pita suara direnggangkan.
4.     Arus udara dari paru-paru melalui
     rongga mulut tanpa menggetarkan
     pita suara.
5.     Udara yang tersekat oleh hadapan
     lidah di lelangit keras dilepaskan
     pelahan-lahan.
6.       Bunyi         yang      dihasilkan    ialah
letusan      lelangit   keras   gusi   tidak
      bersuara [č].


      Contoh perkataan:
           Huruf                      Awal              Tengah      Akhir
        Konsonan [č]                  Cara               Laci        Koc
        Konsonan [Ĵ]                  Jala               Kanji      Kolej


(f)    Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:


(a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk
      menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara di renggangkan.
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita
      suara
(e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan
      bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].


      Contoh perkataan:
                   Awal                        Tengah             Akhir
                   Silap                        Lasak            Pedas
                   Satu                          Lesu            Lemas


(f)    Konsonan getaran gusi bersuara [r]:
(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk
      membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan.
(d) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan
      pita suara
(e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah


      Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada
      perkataan berikut:
               Awal                  Tengah                  Akhir
               Rapat                  Tiram                  Sabar
               Rugi                  Seram                   Lebar


(f)    Konsonan gusi bersuara [I]:
(a) Hujung lidah dikenakan pada gusi.
(b)     Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung
      untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan
(d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan
      pita suara
(e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.


      Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada
      perkataan yang berikut:


                   Awal                Tengah                     Akhir
                   Lagu                 Tilam                     Tebal
                   Lipat               Kelam                      Kekal




(f)    Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:
(a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus
      udara.
(g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus
      udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga
      hidung.
(i)     Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
(j)     Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.


      Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti
      pada perkataan yang berikut:
                  Awal                    Tengah                   Akhir
                 Macam                    Teman                   Ketam
                 Murah                    Lumba                   Badam




(k) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:
(a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan
      arus udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus
      udara dari paru-paru ke rongga hidung.
(c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung
(d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan




      Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada
      perkataan berikut:


                Awal                   Tengah                     Akhir
                Naga                    Tanah                    Taman
                Nilam                   Panah                    Laman


      (e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya:
(a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus
      udara.
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus
      udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung.
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
(e)     Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut
      dilepaskan pelahan-pelahan.


      Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara
      [ŋ] seperti yang berikut:
                  Awal                   Tengah                   Akhir
                  Ngilu                   Bingka                 Lalang
                  Ngeri                  Rangkap                 Tulang




(f)    Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [‫ .] תּ‬Cara membunyikannya:
(a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara
(b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus
      udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung
(c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan
(d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga
      hidung
(e)     Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan
      pelahan-lahan
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (
      ‫ )תּ‬seperti perkataan yang berikut:


                Awal                       Tengah                Akhir
               Nyaris                      Banyak                  -
               Nyala                       Senyap                  -



(f)     Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:
(a) Bibir di bundarkan.
(b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus
      udara udara dari paru-paru ke rongga hidung
(d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
(e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan
      untuk membunyikan vokal tengah [w].


      Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w]
      seperti pada perkataan yang berikut:


               Awal                        Tengah                Akhir
               Waris                       Kawan                Takraw
               Wajar                       Lawan                   -



(g) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:


(a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.
(b) Bibir di hamparkan.
(c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara
      dari paru-paru ke rongga hidung.
(d) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk
  membunyikan vokal [j].
(e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]


  Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara
  [j] seperti pada perkataan berikut:


            Awal                        Tengah                   Akhir
            Yakin                       Tayang                     -
            Yuran                        Payah                     -
KESIMPULAN
Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara
lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak
alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi
yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat
unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi
mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur
tersebut   ialah   udara   dan   merupakan   sumber   tenaga   utama   dalam
menghasilkan bunyi.


     Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan
bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada
yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat
dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup
rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada
pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita
suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka
getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang
tidak bersuara.


RUJUKAN
Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab
Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise
Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala
Lumpur: Penerbitan Sarjana.
http://www.scribd.com/doc/13416756/Fonetik-Dan-Fonologi-
Vokal
http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm
http://www.e-learn-dot.com/downloadcorner/PDF/bm_training.pdf

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFatin Ain Nabila
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUcikguniza2012
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUZakira Hafizah
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataShizuka Jijie (SBP)
 
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKAEddy Terinisip
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namafitri norlida
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata TerbitanBMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata TerbitanPihin Hassanal
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasamarzieta
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasaFara Piruz
 
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)FaFai S.
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 

Was ist angesagt? (20)

Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Retorik
RetorikRetorik
Retorik
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
BAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSISBAB 6 - SINTAKSIS
BAB 6 - SINTAKSIS
 
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUBAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
BAB 1- SEJARAH & PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKABAHASA MELAYU PRAMERDEKA
BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa nama
 
Ayat Dasar
Ayat DasarAyat Dasar
Ayat Dasar
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentationSistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
Sistem tulisan bahasa melayu kuno presentation
 
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata TerbitanBMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
 
Laras bahasa
Laras bahasaLaras bahasa
Laras bahasa
 
Variasi bahasa
Variasi bahasaVariasi bahasa
Variasi bahasa
 
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
Puisi melayu tradisional - gurindam (BMMB3033 Kesusasteraan Melayu)
 
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)Bahasa melayu moden (2)
Bahasa melayu moden (2)
 

Ähnlich wie Vokal dan konsonan

Fonem dan alofon
Fonem dan alofonFonem dan alofon
Fonem dan alofonCikgu Isnin
 
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiBab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiAdia Nidurasan
 
WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptx
WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptxWEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptx
WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptxEwei Voon
 
Bab 2 intonasi
Bab 2 intonasiBab 2 intonasi
Bab 2 intonasiwanarizwan
 
Fonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjjFonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjjNur Azah Ahmad
 
Fonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayuFonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayuZaimah Bakar
 
Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)Norzila Nasir
 
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108Ida Ayuni
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Nazira M
 
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonanFonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonanMono Manullang
 
Fonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugisFonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugisHeidy Kaeni
 
Bml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpointBml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpointiwan7003
 

Ähnlich wie Vokal dan konsonan (20)

Fonem dan alofon
Fonem dan alofonFonem dan alofon
Fonem dan alofon
 
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiBab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
 
WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptx
WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptxWEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptx
WEEK_3_-_SISTEM_EJAAN_DAN_SEBUTAN_BAKU.pptx
 
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
 
Bab 2 intonasi
Bab 2 intonasiBab 2 intonasi
Bab 2 intonasi
 
Nota bab 2
Nota bab 2Nota bab 2
Nota bab 2
 
Fonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjjFonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjj
 
Suku kata
Suku kataSuku kata
Suku kata
 
Fonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayuFonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayu
 
Bab 2 (1)
Bab 2 (1)Bab 2 (1)
Bab 2 (1)
 
Bab 2 (1)
Bab 2 (1)Bab 2 (1)
Bab 2 (1)
 
Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)Fonologi (bahagian awal)
Fonologi (bahagian awal)
 
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
Bm
BmBm
Bm
 
Fonetik en. mohamad fonetik
Fonetik en. mohamad fonetikFonetik en. mohamad fonetik
Fonetik en. mohamad fonetik
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
 
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonanFonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
 
Fonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugisFonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugis
 
Bml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpointBml 3043 powerpoint
Bml 3043 powerpoint
 

Mehr von bunikshah

Garis panduan baru disiplinkan pelajar 2002 hukuman
Garis panduan baru disiplinkan pelajar 2002 hukumanGaris panduan baru disiplinkan pelajar 2002 hukuman
Garis panduan baru disiplinkan pelajar 2002 hukumanbunikshah
 
Kemahiran berfikir aras tinggi
Kemahiran berfikir aras tinggiKemahiran berfikir aras tinggi
Kemahiran berfikir aras tinggibunikshah
 
Dealing with difficult people
Dealing with difficult peopleDealing with difficult people
Dealing with difficult peoplebunikshah
 
Paperworkfutsal 110303091813-phpapp01
Paperworkfutsal 110303091813-phpapp01Paperworkfutsal 110303091813-phpapp01
Paperworkfutsal 110303091813-phpapp01bunikshah
 
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolahbunikshah
 
Ayat aktif dan ayat pasif
Ayat aktif dan ayat pasifAyat aktif dan ayat pasif
Ayat aktif dan ayat pasifbunikshah
 

Mehr von bunikshah (7)

Garis panduan baru disiplinkan pelajar 2002 hukuman
Garis panduan baru disiplinkan pelajar 2002 hukumanGaris panduan baru disiplinkan pelajar 2002 hukuman
Garis panduan baru disiplinkan pelajar 2002 hukuman
 
Kemahiran berfikir aras tinggi
Kemahiran berfikir aras tinggiKemahiran berfikir aras tinggi
Kemahiran berfikir aras tinggi
 
Dealing with difficult people
Dealing with difficult peopleDealing with difficult people
Dealing with difficult people
 
Paperworkfutsal 110303091813-phpapp01
Paperworkfutsal 110303091813-phpapp01Paperworkfutsal 110303091813-phpapp01
Paperworkfutsal 110303091813-phpapp01
 
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah
20120107064301 prosedur pelaksanaan hari kokurikulum sekolah
 
Ayat aktif dan ayat pasif
Ayat aktif dan ayat pasifAyat aktif dan ayat pasif
Ayat aktif dan ayat pasif
 
Psvthn1
Psvthn1Psvthn1
Psvthn1
 

Vokal dan konsonan

  • 1. http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm Definisi Fonologi Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Alat-alat sebutan Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut: Bunyi Bahasa Melayu Definisi Fonologi Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Alat-alat sebutan Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut: Bibir Rongga tekak Gigi Rongga mulut Gusi Lelangit keras Rongga hidung Lelangit lembut Paru-paru Anak tekak Peti suara dan pita suara Lidah
  • 2. Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu: (a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya. (b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras. Penggolongan Bunyi Bahasa Melayu Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal. Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan. Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vioakl dan beralih kepada bunyi vokal yag lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas (a) dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i].
  • 3. Vokal Terdapat enam vokal dalam Bahasa Melayu. Lihat jadual di bawah. Lambang fonetik Contoh perkataan Nota [a] anak, tanah, lada [è] ela, semak, sate [i] iring, kita, seri Tidak terdapat di hujung [] emak, betul perkataan [o] obor, botak, moto [u] ular, sultan, saku Konsonan asli bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu terdapat 18 bunyi konsonan asli sembilan konsonan pinjaman. Sembilan konsonan asli dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan iaitu p, t, m, n, /ng/, s, h, r dan l. Konsonan b, d, g, c dan j hanya hadir pada akhir perkataan pinjaman seperti bab, had, beg, koc dan kolej. Huruf konosnan /ny/, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan. Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan oleh aliran udara yang tersekat atau terhalang oleh salah satu alat sebutan seperti bibir, gusi, lelangit lembut, dan sebagainya dan udara dilepaskan melalui rongga mulut atau rongga hidung. [p], [b], [t], [d], [k], [g], [q], [c], [j], [m], [n], [], [], [f], [v], [], [], [s], [z], [], [x], [], [h], [r], [l], [w], [y] Fonem Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi. Satu unit ujaran yang bermakna, atau perkataan, terdiri daripada beberapa unit bunyi, misalnya kata palu. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi, iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu.
  • 4. Oleh itu, p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud ujaran. Alofon Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon. Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap. Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan. Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai dua alofon. Suku Kata Suku kata ialah bahagian perkataan yang berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat sebelas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku kata terbuka. Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan. Beberapa jenis suku kata: 1. Kata tunggal satu suku kata Suku kata Contoh KV yu VK am KKVK draf, gred. brek 2. Kata tunggal dua suku kata Suku Kata Contoh V + KV ibu, ela, era V + VK air, aib V + KVK adat, emas
  • 5. VK + KV anda, unta, angsa VK + KVK antah, untuk, ingkar, KV + KVK bukan, dekat 3. Kata tunggal tiga suku kata Suku Kata Contoh KV+V+KV biasa, cuaca, suara KV + V +KV kaedah V + KV + V abai, usia KV+KV+VK maruah, peluang KV+KVK+KVK kelompok, kumandang 4. Kata tunggal empat suku kata Suku Kata Contoh KV+KV+KV+KV panorama KV+KV+KV+KVK masyarakakat KVK+KV+V+KV sentiasa 5. Kata-kata tunggal yang lebih daripada empat suku kata ialah: universiti = V + KV + KVK +KV+KV ( lima suku kata) http://ilmubahasamelayu.blogspot.com/2011/05/fonem-dan-alofon.html Fonem dan Alofon 1) Pemenggalan Bunyi • Spektogram menunjukkan bahawa pertuturan adalah bunyi-bunyi yang berpadu antara satu sama lain (tidak terpisah-pisah) • Pertuturan adalah ungkapan yang bersifat kontinum oleh seseorang yang bermula dan berakhir dengan kesenyapan. 2) Segmen • Unit bahasa yang diabstraksikan dari suatu kontinum
  • 6. Salah satu andaian yang teoritis dalam fonologi ialah pertuturan boleh direpresentasikan sebagai suatu urutan entiti yang terpisah • Berasaskan andaian ini, maka kita boleh membicarakan segmen-segmen secara individu. • Urutan-urutan segmen seterusnya membolehkan kita menggunakan lambang-lambang yang terpisah untuk merepresentasikan pertuturan. • Bukti yang menyokong andaian berkenaan: • 1)Sistem tulisan-lambang grafik yang berurutan dengan bunyi tuturan yang berurutan • 2)Ketersasulan • 3)Rima • 4)Bahasa rahsia • 5)Perubahan bunyi • Fonologi yang mengkaji segmen dikenali sebagai fonologi segmental • Unit bahasa yang tidak boleh disegmentalkan dikenali sebagai suprasegmental-e.g tekanan dan nada 3) Fonem • Unit bunyi terkecil yang membezakan makna • Setiap bahasa ada fonem berbeza(inventori fonem yang berbeza) • Setiap bahasa ada pola atau sistem tersendiri dalam menyusun bunyi2 tersebut (meskipun dua bahasa itu memiliki fonem yang sama namun distribusi/penyebaran berbeza e.g /k/ dalam bahasa Melayu dan Inggeris. 4) Kaedah penentuan fonem dan alofon 1. Kaedah Pasangan Minima Kaedah ini adalah kaedah utama untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Konsep pasangan minima merujuk kepada keadaan dua kata yang mempunyai perbezaan hanya pada satu bunyi sahaja, dan perbezaan ini wujud pada lingkungan atau kedudukan yang sama. Bunyi-bunyi atau segmen-segmen berkenaan boleh dianggap fonem sekiranya ia ada persamaan dari segi fonetik dan penggantian satu segmen dengan segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaan dari segi makna. Sebagai contohnya: [tari] [dari] [patah] [padah] [tuli] [ duli] [saku] [sagu] [kari] [gari] [pakar] [pagar]
  • 7. Perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] memperlihatkan perbezaan hanya pada satu segmen iaitu [t] dan [d]. Perbezaan itu pula adalah dalam lingkungan yang sama iaitu sama ada (a) di awal kata suku kata pertama at au (b) di awal kata suku kata kedua. Segmen [t] dan (d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana keduaduanya dihasilkan secara letupan dan di daerah artikulasi yang sama iaitu gigi-gusi (alveolar). Kehadiran kedua-dua segmen berkenaan dalam perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] di atas, jelas menghasilkan perbezaan dari segi makna. Oleh yang demikian, kedua-dua segmen berkenaan boleh dianggap dua fonem yang berbeza. 2. Kaedah Pasangan minima terdekat. Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai fonem. Kaedah ini diterapkan sekiranya kaedah pertama di atas tidak dapat dilaksanakan. Berdasarkan kaedah ini, sekiranya terdapat cilia segmen yang berbeza (tetapi mempunyai persamaan dari segi fonetik) hadir pada lingkungan yang sam a dalam dua perkataan yang berbeza makna dan maka kedua- dua segmen tersebut boleh dianggap sebagai dua fonem yang berbeza (bukan alofon kepada satu fonem). Sebagai contohnya: Perkataan-perkataan dalam kolum (a) memperlihatkan kehadiran dua segmen yang berbeza. Begitu juga dengan kolum (b). Kedua-dua segmen berkenaan yang terdapat dalam perkataan- perkataan dalam kolum (a) hadir pada lingkungan yang sama dengan kedua-dua segmen yang terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (b). Misalnya segmen [p] dan [g] dalam perkataan [pagar]. dan segmen [b] dan [k] dalam perkataan [bakar]. Dengan kata lain, perkataan- perkataan dalam kolum (a) dan (b) memaparkan hakikat dua kata yang yang mempunyai perbezaan dua bunyi pada lingkungan yang sama. Bunyi-bunyi dalam lingkungan yang sama itu pula mempunyai persamaan dari segi fonetik, misalnya [p]~[b] dan [g]~[k] dalam perkataan [pagar] dan [bakar]. Kewujudan bunyi-bunyi tersebut pula menghasilkan makna yang berbeza- beza pada setiap perkataan berkenaan. Oleh yang demikian, bolehlah dianggap bahawa segmen- segmen berkenaan iaitu /p/, /b/, /k/, /g/, /t/, /d/, /tS/, /dZ/, /s/, dan /z/ adalah fonem-fonem yang berbeza. 3. Kaedah Penyebaran saling melengkapi Kaedah ini adalah kaedah utama dalam usaha mengenal pasti sesuatu segmen sebagai alofon. Konsep 'penyebaran saling mclcngkapi ini wujud apabila terdapatnya dua segmen (yang terdiri dari satu kelompok yang sama) tidak boleh hadir dalam Iingkungan yang sama. Dengan kata lain, satu segmen mungkin hanya boleh hadir di lingkungan awal kata (ia tidak boleh hadir di Iingkungan tengah dan akhir kata) manakala segmen yang satu lagi pula tidak boleh hadir di lingkungan awal kat a (ia hanya boleh hadir di lingkungan tengah dan akhir kata) Secara tidak
  • 8. langsung, situasi ini memperlihatkan kehadiran segmen-segmen berkenaan adalah dalam lingkungan saling lengkap-melengkapi. Dalam hal ini segmen-segmen yang memperlihatkan penyebaran sating melengkapi adalah alofon kepada satu fonem. Sila teliti situasi kehadiran segmen [k] dan [] dalam perkataan-perkataan di bawah: [kita] [suka] [to] [kaju] [baki] [soro] [kalau] [tSuka] [gaga] Contoh-contoh perkataan di atas memperlihatkan kepada kita bahawa lingkungan yang boleh dihadiri oleh segmen [k] dan [] adalah saling lengkap melengkapi . Segmen [k] hanya boleh hadir di lingkungan awal dan tengah kata rnanakala segmen [] pula hanya boleh hadir di akhir kata. Oleh yang dernikian, segmen [k] dan [] adalah alofon kepada suatu fonem. 4. Kaedah Variasi bebas Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segrnen sebagai alofon. Kaedah ini diterapkan sekiranya kaedah penyebaran saling melengkapi tidak dapat dilaksanakan. Variasi bebas merujuk kepada suatu keadaan di mana alofon kepada satu fonem tersebar dalam satu lingkungan yang sama tetapi tidak membezakan erti. Misalnya: Makna bagi perkataan [orang] dan [�rang] adalah sama dalarn bahasa Melayu Justeru, [o] dan [�] bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon kepada suatu fonern Daiam kes bahasa Melayu, segmen [o] dipilih sebagai fonem kerana lingkungan penyebarannya lebih rneluas berbanding dengan segmen [�] .
  • 9. http://retibasa.blogspot.com/2010/09/normal-0-false-false-false-en-my-x- none.html HURAIAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYA JUNAINAH HARUN TEH BOON ENG SYUHADA BT HUSSAIN PENDAHULUAN Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”.
  • 10. Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages”. Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Huraian huruf Vokal Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut. Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [‫ ]כ‬dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal. Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.
  • 11. Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu, keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap. Huraian Huruf konsonan Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara. Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis konsonan iaitu : a) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
  • 12. b) Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ). c) Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ). d) Satu konsonan hentian glotis. ( ? ) e) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j ) f) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis bersuara ( h ). g) Satu konsonan getaran bersuara ( r ). h) Satu konsonan sisian bersuara ( i ). i) Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n ) j) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w). k) Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ). Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung. Cara membunyikan huruf vokal Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu. (a) Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras
  • 13. (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru- paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Ikan Bila Tali Ibu Tiba Padi (a) Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya: · Keadaan bibir hampar · Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi · Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga · hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari · paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Enak Teleng Tauge Elok Leher Tempe (b) Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung
  • 14. (d) Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Esa Belek Tauge Enak Belok Tempe
  • 15. (c) Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Awan Kadar Siapa Anak Beras Nama (d) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir ubat bulat Batu ular sudu Palu
  • 16. (a) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Orang Tolong Pidato Otak Bohong Koko (b) Vokal belakang separuh luas atau lapang [‫ .]כ‬Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir hampar (b) Belakang lidah dinaikkan separuh rendah (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [‫ ]כ‬seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Orang Borong Soto Oleh Bolot Teko
  • 17. (f) Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya: (a) Keadaan bibir antara hampar dengan bundar (b) Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras (c) Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung (d) Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Emak Penat Sosialisme Empat Tenat Behaviurisme Cara Membunyikan Konsonan
  • 18. Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut: Daerah sebutan Cara bibir Gigi-gusi Lelangit Lelangit Glottis sebutan keras lembut Letupan Pb Td - Kg - Letusan - - Cj - - Sengau M N (ny) (ng) ŋ - Geseran - S - - H Getaran - R - - - Sisian - L - - - Separuh W - Y - - vokal Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan, iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, r dan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny, w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam perkataan- perkataan pinjaman seperti Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli. Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut dihasilkan. (a) Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]
  • 19. 1. Dua bibir dirapatkan untuk Cara membunyikan sama seperti membuat sekatan penuh pada arus membunyikan konsonan [p]. yang udara dari paru-paru ke rongga berbeza ialah: mulut. 2. Lelangit lembut dinaikkan 1. ke Pita suara dirapatkan. 2. belakang atau ke dinding rongga Arus udara dari paru-paru keluar tekak untuk membuat sekatan melalui rongga mulut dengan udara dari paru-paru ke rongga mengetarkan pita suara. hidung. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan 3. Pita suara direnggangkan. dua bibir bersuara [b]. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta- merta. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Contoh perkataan: Huruf Awal Tengah Akhir Konsonan [p] Palu Lapik Atap Konsonan [b] Batek Rabun Adab (b) Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d] Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d] 1. Hujung lidah dinaikkan rapat ke Cara membunyikan konsonan sama
  • 20. gusi untuk membuat sekatan penuh seperti membunyikan konsonan [t]. pada arus udara. yang berbeza ialah: 2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau 1. ke Pita suara dirapatkan. 2. dinding rongga tekak untuk menutup Arus udara dari paru-paru keluar arus udara ke rongga hidung. melalui rongga mulut dengan 3. Pita suara direnggangkan . menggetarkan pita suara. 4. 3. Arus udara dari paru-paru keluar Bunyi yang dihasilkan ialah letusan melalui rongga mulut tanpa gusi bersuara [d]. menggetarkan pita suara. 5. Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta- merta. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [t]. Contoh perkataan: Huruf Awal Tengah Akhir Konsonan [t] Takut Batas Padat Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad (c) Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g]. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g] 1. Belakang lidah dirapatkan ke Cara membunyikan konsonan sama lelangit lembut untuk membuat seperti membunyikan konsonan [k]. sekatan penuh pada arus udara . yang berbeza ialah: 2. Lelangit lembut dan anak tekak 1. Pita suara dirapatkan . dirapatkan ke rongga tekak bagi 2. Arus udara dari paru-paru yang
  • 21. menyekat arus udara dari paru- keluar melalui rongga mulut paru ke rongga hidung. mengetarkan pita suara. 3. Pita suara di renggangkan. 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan 4. Arus udara keluar dari paru-paru lelangit lembut bersuara [g]. melaui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Sekatan udara yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta merta. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. Contoh perkataan: Huruf Awal Tengah Akhir Konsonan [k] Kala Makan Tamak Konsonan [g] Garam Pagar Dialog (d) Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya: (a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung (b) Pita suara dirapatkan sepenuhnya (c) Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara. (d) Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara
  • 22. Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Anak Saat Lemak Ikan Rakyat Budak (e) Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [Ĵ]. Cara membunyikannya: Bunyi konsonan [č] Bunyi konsonan [Ĵ] 1. Hadapan lidah rapat ke lelengit Cara membunyikan konsonan sama keras untuk membuat sekatan pada seperti membunyikan konsonan [Ĵ]. arus udara. yang berbeza ialah: 2. Lelangit lembut dan anak tekak 1. Pita suara dirapatkan. dinaikkan ke belakang atau ke 2. Arus udara dari paru-paru keluar dinding rongga tekak untuk melalui rongga mulut dengan membuat sekatan terhadap arus menggetarkan pita suara. udara dari paru-paru ke rongga 3. Bunyi yang dihasilkan ialah letusan hidung. lelangit keras gusi bersuara [Ĵ] 3. Pita suara direnggangkan. 4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. 5. Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan. 6. Bunyi yang dihasilkan ialah
  • 23. letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [č]. Contoh perkataan: Huruf Awal Tengah Akhir Konsonan [č] Cara Laci Koc Konsonan [Ĵ] Jala Kanji Kolej (f) Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]: (a) Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara di renggangkan. (d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara (e) Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]. Contoh perkataan: Awal Tengah Akhir Silap Lasak Pedas Satu Lesu Lemas (f) Konsonan getaran gusi bersuara [r]: (a) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan. (d) arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara
  • 24. (e) arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Rapat Tiram Sabar Rugi Seram Lebar (f) Konsonan gusi bersuara [I]: (a) Hujung lidah dikenakan pada gusi. (b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan (d) Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara (e) Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Lagu Tilam Tebal Lipat Kelam Kekal (f) Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]: (a) Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara. (g) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
  • 25. (h) Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung. (i) Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran. (j) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Macam Teman Ketam Murah Lumba Badam (k) Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya: (a) Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung. (c) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung (d) Arus udara dilepaskan perlahan-lahan Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Naga Tanah Taman Nilam Panah Laman (e) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya:
  • 26. (a) Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara. (b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-paru masuk ke rongga hidung. (c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan (d) Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung. (e) Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan. Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang berikut: Awal Tengah Akhir Ngilu Bingka Lalang Ngeri Rangkap Tulang (f) Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [‫ .] תּ‬Cara membunyikannya: (a) Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara (b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-paru ke rongga hidung (c) Pita suara dirapatkan dan digetarkan (d) Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung (e) Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan
  • 27. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara ( ‫ )תּ‬seperti perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Nyaris Banyak - Nyala Senyap - (f) Separuh vokal dua bibir bersuara [w]: (a) Bibir di bundarkan. (b) Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. (c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke rongga hidung (d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut (e) Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah [w]. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Waris Kawan Takraw Wajar Lawan - (g) Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya: (a) Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi. (b) Bibir di hamparkan. (c) Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga hidung.
  • 28. (d) Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j]. (e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j] Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Yakin Tayang - Yuran Payah -
  • 29. KESIMPULAN Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara. RUJUKAN Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.