SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 9
1
Tugasan 1 (a)
Tuntutan terhadap kepentingan membaca bermula pada zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi
di mana Malaikat Jibril menyampaikan wahyu pertama kepada baginda yang berbunyi
“Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk,
Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah-darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang
Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia
apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-Alaq:ayat 1-5). Beberapa orang tokoh telah
mentafsirkan makna membaca antaranya Harris dan Sipay (1980) mengatakan “membaca
dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang
bercetak dan bertulis.
Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah
merupakan lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur.
Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat
diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu
memperluaskan pemikiran idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam
pelbagai bidang. Membaca ialah satu proses kebalikan daripada proses menulis. Proses
membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis
kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya.
Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti
verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan
bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu
kepada pemikiran. Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran
kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas
bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan.
Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti
mengira dan menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi
mencapai kejayaan dalambidang ekonomi dan sosial, malah sistem persekolahan itu sendiri
menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
Maka jelaslah bahawa apabila murid baru masuk ke tahun satu, guru hendaklah
mengenal pasti kebolehan dan keupayaan murid dalam kemahiran membaca. Guru perlu
membuat ujian atau penilaian untuk menentukan tahap kebolehan membaca dalam kalangan
murid berkenaan. Guru harus menyedari bahawa murid yang memasuki tahun satu terdiri
daripada murid yang datangnya daripada latar belakang keluarga serta sosioekonomi yang
2
berbeza. Oleh itu, kebolehan dan kemahiran membaca dalam kalangan mereka kemungkinan
tidak sama. Sebahagian besar murid khususnya yang tinggal di bandar telah memasuki tadika
dan boleh membaca dengan baik. Walau bagaimanapun, bagi murid yang tinggal di luar
bandar, kebanyakannya tidak memasuki tadika. Murid ini biasanya akan menghadapi masalah
membaca apabila mereka berada di sekolah.
Maka, sebagai seorang guru yang mengajar bahasa perlu mempunyai banyak
kemahiran yang boleh digunakan untuk pengajaran bahasa Melayu. bagi memastikan semua
murid mampu menguasai semua kemahiran dalam bahasa sama ada kemahiran membaca,
menulis, bertutur den mendengar. Sepertimana pengajaran kemahiran intensif juga boleh
digunakan oleh guru dalam pengajaran bacaan.
Kemahiran bacaan intensif bermaksud kegiatan membaca yang menuntut ketelitian
dan dilakukan secara saksama. Bacaan ini dibaca secara lebih giat, hebat dan bersungguh-
sungguh. Ia melibatkan penelitian yang lebih terperinci sesuatu bahan bacaan. Dua perkara
yang terlibat dengan bacaan intensif adalah membaca telaah isi dan telaah bahasa. Telaah isi
menekankan penelitian, pemahaman, membaca kritis dan membaca idea manakala telaah
bahasa pula menekankan aspek-aspek yang berkaitan bahasa. Bacaan intensif merupakan
peringkat bacaan yang membolehkan para pelajar mengembangkan beberapa kebolehan,
antaranya ialah kebolehan meneliti bahan bacaan dari segi penggunaan kosa kata, tatabahasa,
kata kerja dan sebagainya.
Bacaan intensif juga melatih pelajar memahami dan mentafsir sesuatu bacaan dengan
cepat dan tepat. Selain itu, bacaan intensif juga melatih pelajar dalam usaha mendapatkan
maklumat secara terperinci. Kemahiran-kemahiran sangat berguna kepada guru bahasa
terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Berikut
adalah prosuder pelaksanaan kemahiran membaca intensif yang dijalankan di kelas 3 Amanah
seperti di bawah :
3
Carta Alir Pelaksanaan Kemahiran Intensif
Berdasarkan kepada carta alir pelaksanaan kemahiran bacaan intensif ini
berkepentingan kepada guru. Seperti pengajaran bacaan menggunakan bahan bacaan bercetak
Sastera yang berunsurkan genre kanak-kanak. Pelaksanaan pengajaran bacaan ini dengan
mengunakan kemahiran intensif. Guru-guru hendaklah menggunakan mengikuti prosuder
pelaksanaan kemahiran intensif seperti carta alir di atas. Di mana langkah pertama guru
berbincang dengan murid-murid tentang bahan bacaan yang ingin digunakan di dalam kelas
seperti bahan bercetak karya sastera yang menepati ciri-ciri murid yang ingin diajar. Selepas
itu, guru hendkalah menggunakan pelbagai strategik atau aktiviti yang berlainan setiap hari,
seperti kaedah membaca dengan laju bahakan murid digalakkan menggunakan kamus sebagai
bahan rujukan tatabahasa. Selain itu, guru juga hendaklah mempelbagaikan soalan-soalan
Mula
Bahan bacaan intensif itu hendaklah dibincangkan
bersama oleh murid dalam kelas
Dianalisis
Dijadikan asas untuk latian
menulis
Aktiviti dalam kelas hendaklah dipelbagaikan dan
ditukar setiap hari.
mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan
mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan
latihan perkamusan
latihan meneka maksud mengikut konteks
membaca dengan laju dan sebagainya.
Murid dibenarkan menggunakan kamus atau
sebuah buku teks rujukan tatabahasa
Soalan-soalan untuk bacaan intensif boleh
dipelbagaikan
Segala kajian harus dibuat secara mendalam.
bentuk salah betul
bentuk objektif
bentuk lisan
bentuk jawpan betulis
4
bertujuan untuk melihat tahap kefahaman murid dalam kemahiran membaca dengan bahan-
bahan yang digunakan dan akhir sekali guru hendaklah mengkaji sejauhmana keberkesanan
pengajaran dengan menggunakannkemahiran tersebut.
Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan
kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia
juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan
penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan.
Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada
guru-guru. Secara keseluruhan, penyediaan carta alir tentang pelaksanaan kemahiran intensif
dalam kemahiran membaca adalah sangat memberi input kepada kita untuk memastikan
sesuatu tindakan yang kita hendak laksanakan tercapai dengan berdasarkan carta alir yang
disedian disebabkan carta alir ini merupakan langkah-langkah yang mesti dituruti dan
dilakukan berdasarkan carta alir yang telah disediakan.
Tugasan 1 (b)
Tajuk : Sekolah Ku
1.0 Aktiviti Nyayian
Di dalam pengajaran pantun, guru perlu bijak dalam merancang pelbagai stratgik dan aktiviti
yang bersesuaian dengan latar belakang pelajar dan kemampuan mereka. Maka dalam
pengajaran pantun ini saya menggunakan kaedah atau aktivit nyanyian. Aktiviti nyanyian
adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanak-kanak khusunya
kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau
dalam kumpulan yang besar. Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu kompleks dan
1) Hari-hari saya ke sekolah,
Pergi ke sekolah bersama dinosaur;
Sukanya hati cikgu tak marah,
Kerana saya berkawan dengan dinosaur. 3)Dino tunggu di pintu sekolah,
Saya belajar penuh semangat;
Beg saya bewarna merah,
Guru mengajar saya mengingat.
2) Dinosaur saya bernama Dino,
Saya berkawan sejak dulu;
Pergi sekolah bersama Dino,
Melintas jalan Dino dahulu.
5
berbagai-bagai jenis lagu. Suara dijadikan satu alat muzik semula jadi dimana kanak-kanak
dapat menggunakan dibahagikan kepada beberapa di bawah. Ia kebiasaannya dicipta bagi
memnuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema haiwan,
tumbuhan, konsep dalam pengajaran nombor dan pantun seloka. Ketegori lagu kanak-kanak
adalah seperti permaian jari, lagu beraksi, lagu rakyat, lagu permainan, lagu unsure nasihat,
lagu ucapan dan lagu serantau.
Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti menyanyi ini menggalakkan
kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial
mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan
mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul
adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak.
2.0 Objektif
Di akhir pengajaran murid akan dapat seperti berikut :
i. Membaca lancar pantun dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang
menarik.
ii. Mengemukakan pendapat tentang mesej dan nilai yang terdapat dalam sajak.
3.0 Masa
Dalam aktiviti ini, saya mengambil masala 1 jam dalam melaksanakan aktiviti seni lukis ini
bagi melihat sejauhmana kebereksanan aktiviti menyanyi ini dalam membantu meningkatkan
kepahaman mereka tentang pengajaran pantun serta secara lansung dapat meningkatkan
perkembangan kreativiti kanak-kanak . Berikut adalah butir-butir waktu menjalakan aktiviti
tersebut;
 Waktu : 12.20- 01.20 Petang (ISNIN)
 Golongan sasaran : Tahun 3 Amanah
 Bilangan Murid : 20 Orang.
4.0 Kelebihan atau Keberkesanan
Melalui aktiviti nyanyian dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak.
Nyanyian melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan
membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap objek di
6
persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan
aktiviti bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui
aktiviti menyanyi secara Mari menyanyi, menyanyi secara muzikal dan penekanan teknik dan
cara menyanyi.
Melalui aktiviti nyanyian dijalankan guru dapat menggalakkan kanak-kanak
melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi sambil bermain. Oleh itu,
secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui nyanyian
ini juga kanak-kanak akan ekspresi perasaan mereka samada suka, gembira, sedih dan
sebagainya. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa
soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang
mereka lakukan.
Aktiviti nyanyian juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan
kanak-kanak. Sewaktu menyanyi, kanak-kanak dapat meniru perwatakan ahli perwatakan
orang-orang di sekeliling mereka seperti keluarga, doktor, anggota polis, guru, peniaga,
binatang atau haiwan sebagainya seperti yang terkandung di dalam lirik lagu tersebut. Aktiviti
yang baik ini perlu dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui
aktiviti ini aspek perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Selain itu, aktiviti
main sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan
penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep
dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak.
Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi.
5.0 Langkah Pelaksanaan Aktiviti Nyanyian
Di dalam melaksanakan sesi pembelajaran pantun melalui aktiviti nyanyia mengikut langkah-
langkah seperti berikut :
 Guru memperdengarakan lagu “Dodoi Suriram” melalui LCD. Guru mengajukan
soalan kepada murid tentang lagu apakah yang diperdengarkan, kemudian guru
mengaitkan lagu dan pantun dengan tajuk pelajaran pada hari ini.
 Guru menayangkan teks kepada pelajar menggunakan LCD.
 Guru meminta murid melafazkan pantun dengan suara yang lantang dan
sebutan yang betul;
 Guru membimbing murid melafazkan pantun;
 Guru membetulkan kesalahan intonasi dan sebutan murid;
7
 Menyanyi lagu Suriram dengan memasukkan pantun-pantun yang baru dipelajari dan
guru membimbing murid menyanyi bersama-sama;
 Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan mengikut pelbagai aras kebolehan.
 Guru memberi arahan kepada murid untuk menjalankan perbincangan dalam
kumpulan.
 Wakil setiap kumpulan diminta membaca dan membentangkan hasil perbincangan
kumpulan serta menyanyikan lagu tersebut.
 Guru memberikan ulasan dan peneguhan terhadap jawapan murid.
6.0 Cadangan Penambahbaikan
Guru perlu sentiasa prihatian dengan komunikasi dan interaksi murid di dalam kelas serta
memastikan objektif pembelajaran sampai kepada pelajar yang pelbagai aras. Berikut adalah
cadangan yang harus dipraktikan oleh guru-guru iaitu:
 Guru hendaklah memastikan pengajaran dan pembelajaran melibatkan semua pelajar
dalam aktiviti yang dijalankan.
 Memastikan keadaan kelas lebih kondusif kerana ianya mampu mempengaruhi
pembelajaran murid.
 Guru perlu mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan murid-murid.
 Guru hendaklah menggunakan strategik berpusatkan kepada murid.
Tugasan 1(c)
Puisi : Baru Belajar Pantun
Cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Mana salah tolong tunjukkan
Buai laju-laju
Sampai puncak sana
Apa dalam baju?
Sekuntum bunga Cina
Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Belum tumbuh gigi
Pandai baca kitab
8
Berdasarkepada kedua-dua jenis sastera yang berbeza di atas merupakan bahan yang sering
digunakan oleh kanak-kanak di prasekolah. Saya beranggpan bahawa kedua-dua sastera
tersebut mampu meningkatkan perkembangan kreatif dan kemampuan murid-murid di dalam
membaca. Sastera kanak-kanak merupakan bidang yang sangat menarik dan penting kerana
peranannya dalam memberikan sumbangan besar dalam sosial dan budaya dari sudut
pembelajaran dan pengajaran. Sastera kanak-kanak merupakan bahan bacaan yang ditulis
khas untuk sumber pengetahuan kanak-kanak. Bahan-bahan ini merangkumi semua bentuk
penulisan kreatif dam imaginatif yang khususnya bertujuan untuk dibaca, hiburan dan dinilai
oleh kanak-kanak. Menurut Misran Rokimin (2001) meneliti sastera kanak-kanak sebagai
agen pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri seseorang manusia itu, sama
ada dari segi emosi, pemikiran atau kebahasaannya. Ketiga-tiga aspek ini akan terus
berkembang, yakni semakin banyak karya sastera yang dibacanya, semakin bertambah
perkembangan berlaku dalam diri kanak-kanak itu.
Berdasarkan kepada kedua-dua bahan bacaan tersebut sebagai medium untuk
mendekatkan dan membiasakan mereka dengan bahasa sastera. Kedua-dua bahan ini
berperanan sebagai wadah bagi mendekatkan sastera kepada kanak-kanak. Watak haiwan
digunakan sebagai pengantara antara sastera dan kanak-kanak. Hal ini disebabkan naluri
kanak-kanak yang secara semula jadinya suka dengan hiburan dan selokah. Justeru, tidak
sukar untuk memupuk minat mereka terhadap sastera.
Selain itu, kedua-dua sastera tersebut merupakan medium bagi mempertingkatkan
tahap keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti khalayak kanak-kanak dan remaja. Ia
diransang sewaktu mereka mengikuti plot-plot yang terdapat dalam hasil sastera yang dibaca.
Ada di antara hasil-hasil sastera ini dipersembahkan dalam bentuk lakonan, nyanyian,
gurindam, pantun dan seloka yang secara tidak lansung melatih mereka untuk
mengekspresikan diri mereka serta mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka.
Misalnya melalui rancangan realiti seperti Idola kecil, Pondok-pondok dan Tetombak
memberi ruang kepada mereka mempertingkatkan bakat kanak-kanak dalam bidang
kesusasteraan.
Sastera kanak-kanak juga berfungsi untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada
khalayak pembaca. Antara nilai-nilai murni yang kerap diterapkan oleh pengarang dalam
hasil sastera kanak-kanak dan sastera remaja ialah nilai berkerjasama, tolenrasi, sensitif
kepada kezaliman, saling bermaafan, berterima kasih, berani mencuba dan berkasih sayang.
Kesedaran terhadap nilai-nilai murni ini perlu disemai pada peringkat awal zaman kanak-
kanak lagi. Sastera kanak-kanak dan sastera remaja ini berperanan dalam memberi teladan
kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka
9
berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan berdasarkan bahan sastera yang telah dibaca
oleh mereka. Hal ini disebabkan mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan nilai
dan budi pekerti yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".
Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak bukan sahaja sebagai hiburan tetapi mampu berdiri
sebagai alat yang dapat membantu khalayak pembacanya membina nilai-nilai murni.
Sebagai kesimpulannya sastera kanak-kanak bukan sahaja berperanan sebagai alat
hiburan tetapi turut memainkan peranan penting dalam dunia realiti. Pengarang yang
menghasilkan karya sastera kanak-kanak dan sastera remaja mestilah mempunyai tahap
intelek yang tinggi dalam penghasilan karya tersebut. Hal ini disebabkan golongan ini adalah
golongan yang mudah diberi pendedahan bak kata pepatah “kanak-kanak merupakan kain
putih yang perlu dicorakkan.” Oleh itu, setiap hasil karya sastera kanak-kanak itu perlu
mempunyai unsur yang dapat membentuk keperibadian kanak-kanak sebagai generasi yang
mulia dan bermoral. Maka karya sastera kanak-kanak yang hendak dihasilkan perlulah
menitikberatkan aspek mutu bahan bacaan tersebut. Tahap kecerdasan pemikiran seseorang
kanak-kanak dan remaja itu terletak pada tahap keintelektualan pengarang itu sendiri.
RUJUKAN
Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Amdun Husain. 2005. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM. Kuala Lumpur;Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Benjamin S. Bloom. (1989). Objektif Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1992) . Siri Panduan Guru KBSR Asas Kemahiran Berbahasa
KBSR. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
Othman Puteh, (1987), Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
http://atim8805.blogspot.com/2010/11/fungsi-sastera-kanak-kanak-dan-remaja.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Aspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamaAspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamarozitasksp
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaransulaiman174
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuMuhammad Aizat
 
Hal 113 128 memacu minat membaca siswa sekolah dasar
Hal 113 128 memacu minat membaca siswa sekolah dasarHal 113 128 memacu minat membaca siswa sekolah dasar
Hal 113 128 memacu minat membaca siswa sekolah dasarmaulida_molie
 
Tindak tutur direktif pendidik dalam interaksi belajar mengajar
Tindak tutur direktif pendidik dalam interaksi belajar mengajarTindak tutur direktif pendidik dalam interaksi belajar mengajar
Tindak tutur direktif pendidik dalam interaksi belajar mengajarIguh Prasetyo
 
Penilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran MembacaPenilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran MembacaNurul Othman
 
Strategi menulis
Strategi menulisStrategi menulis
Strategi menulisfetiazm
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Izzati Zamburi
 
135371125 kaedah-asas-membaca-bahasa-melayu
135371125 kaedah-asas-membaca-bahasa-melayu135371125 kaedah-asas-membaca-bahasa-melayu
135371125 kaedah-asas-membaca-bahasa-melayuAthiletchumy Ramudu
 
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1Metodologi pemb. b_arab_--_tes1
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1Muhammad Idris
 
Was ist angesagt? (18)

Aspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamaAspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utama
 
Aspek seni bahasa utama
Aspek seni bahasa  utamaAspek seni bahasa  utama
Aspek seni bahasa utama
 
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaranSukatan pelajaran
Sukatan pelajaran
 
Teknik membaca
Teknik membacaTeknik membaca
Teknik membaca
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
 
bacaan awal
bacaan awalbacaan awal
bacaan awal
 
Hal 113 128 memacu minat membaca siswa sekolah dasar
Hal 113 128 memacu minat membaca siswa sekolah dasarHal 113 128 memacu minat membaca siswa sekolah dasar
Hal 113 128 memacu minat membaca siswa sekolah dasar
 
Tindak tutur direktif pendidik dalam interaksi belajar mengajar
Tindak tutur direktif pendidik dalam interaksi belajar mengajarTindak tutur direktif pendidik dalam interaksi belajar mengajar
Tindak tutur direktif pendidik dalam interaksi belajar mengajar
 
Penilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran MembacaPenilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran Membaca
 
Sp bm kbsr
Sp bm kbsrSp bm kbsr
Sp bm kbsr
 
Sp bm ku
Sp bm kuSp bm ku
Sp bm ku
 
Strategi menulis
Strategi menulisStrategi menulis
Strategi menulis
 
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)Kemahiran Membaca (PKP 3107)
Kemahiran Membaca (PKP 3107)
 
Teknik didik hibur 8 april 2014
Teknik didik hibur 8 april 2014Teknik didik hibur 8 april 2014
Teknik didik hibur 8 april 2014
 
135371125 kaedah-asas-membaca-bahasa-melayu
135371125 kaedah-asas-membaca-bahasa-melayu135371125 kaedah-asas-membaca-bahasa-melayu
135371125 kaedah-asas-membaca-bahasa-melayu
 
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1Metodologi pemb. b_arab_--_tes1
Metodologi pemb. b_arab_--_tes1
 
Sp bm kbsm
Sp bm kbsmSp bm kbsm
Sp bm kbsm
 
10 bahasa indonesia buku_guru
10 bahasa indonesia buku_guru10 bahasa indonesia buku_guru
10 bahasa indonesia buku_guru
 
Ähnlich wie KRB 301

Pembelajaran membaca permulaan melalui permainan
Pembelajaran membaca permulaan melalui permainanPembelajaran membaca permulaan melalui permainan
Pembelajaran membaca permulaan melalui permainanWisda Putri
 
Guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membaca
Guru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membacaGuru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membaca
Guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membacaeliza72
 
Bab, i, ii, iii, iv, v copy
Bab, i, ii, iii, iv, v copyBab, i, ii, iii, iv, v copy
Bab, i, ii, iii, iv, v copyNona Mere
 
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptxMAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptxPolisiBahasa
 
MAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docx
MAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docxMAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docx
MAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docxYulaekahZulle
 
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)Rini Adiani
 
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasaPendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasaOperator Warnet Vast Raha
 
Proposal penelitian penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
Proposal penelitian  penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...Proposal penelitian  penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
Proposal penelitian penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...Boedi Santosa,
 
Lembar Kerja Literasi_SDN Sukasari I.docx
Lembar Kerja Literasi_SDN Sukasari I.docxLembar Kerja Literasi_SDN Sukasari I.docx
Lembar Kerja Literasi_SDN Sukasari I.docxUsep Saefuddin
 
Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa nak4145
 
Proposal ptk bab i ii iii
Proposal ptk bab i ii iiiProposal ptk bab i ii iii
Proposal ptk bab i ii iiiZelda Gates
 
pppt indonesia modul 7.pptx
pppt indonesia modul 7.pptxpppt indonesia modul 7.pptx
pppt indonesia modul 7.pptxAlpandiPratama19
 
Ähnlich wie KRB 301 (20)

Pembelajaran membaca permulaan melalui permainan
Pembelajaran membaca permulaan melalui permainanPembelajaran membaca permulaan melalui permainan
Pembelajaran membaca permulaan melalui permainan
 
Guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membaca
Guru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membacaGuru  tidak   menggunakan pelbagai kaedah  mengajar  kemahiran membaca
Guru tidak menggunakan pelbagai kaedah mengajar kemahiran membaca
 
PENGUATAN LITERASI SD.pptx
PENGUATAN LITERASI SD.pptxPENGUATAN LITERASI SD.pptx
PENGUATAN LITERASI SD.pptx
 
Bab, i, ii, iii, iv, v copy
Bab, i, ii, iii, iv, v copyBab, i, ii, iii, iv, v copy
Bab, i, ii, iii, iv, v copy
 
Perkembangan bahasa
Perkembangan bahasaPerkembangan bahasa
Perkembangan bahasa
 
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptxMAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
MAKALAH BINDOS KEL. 6 BERBICARA LANJUTAN STRATEGI DAN EVALUASI.pptx
 
Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104Tugasan bmm3104
Tugasan bmm3104
 
MAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docx
MAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docxMAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docx
MAKALAH MODUL 7 PEMBELAJARAN B.INDONESIA DI SD.docx
 
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
 
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasaPendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
 
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasaPendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
Pendekatan whole language dalam pembelajaran bahasa
 
Proposal penelitian penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
Proposal penelitian  penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...Proposal penelitian  penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
Proposal penelitian penggunaan media gambar untuk membaca permulaan di taman...
 
Lembar Kerja Literasi_SDN Sukasari I.docx
Lembar Kerja Literasi_SDN Sukasari I.docxLembar Kerja Literasi_SDN Sukasari I.docx
Lembar Kerja Literasi_SDN Sukasari I.docx
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa Kemahiran bahasa
Kemahiran bahasa
 
Bmp mendengar tutur
Bmp mendengar tuturBmp mendengar tutur
Bmp mendengar tutur
 
Proposal ptk bab i ii iii
Proposal ptk bab i ii iiiProposal ptk bab i ii iii
Proposal ptk bab i ii iii
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
pppt indonesia modul 7.pptx
pppt indonesia modul 7.pptxpppt indonesia modul 7.pptx
pppt indonesia modul 7.pptx
 
Essay Bahasa Indonesia
Essay Bahasa IndonesiaEssay Bahasa Indonesia
Essay Bahasa Indonesia
 
Mehr von Cik BaCo

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kesCik BaCo
 
Kecerdsan emosi
Kecerdsan emosiKecerdsan emosi
Kecerdsan emosiCik BaCo
 
Fitrah manusia
Fitrah manusiaFitrah manusia
Fitrah manusiaCik BaCo
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologiCik BaCo
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
sifat dewasa
sifat dewasasifat dewasa
sifat dewasaCik BaCo
 
Asment tajwid
Asment tajwidAsment tajwid
Asment tajwidCik BaCo
 
Bahasa arab
Bahasa arabBahasa arab
Bahasa arabCik BaCo
 
Al quran adalah satu
Al quran adalah satuAl quran adalah satu
Al quran adalah satuCik BaCo
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCik BaCo
 
Analisis jadual
Analisis jadualAnalisis jadual
Analisis jadualCik BaCo
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinanCik BaCo
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian bCik BaCo
 
analisis artikel
 analisis artikel analisis artikel
analisis artikelCik BaCo
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Cik BaCo
 
Mehr von Cik BaCo (20)

Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kes
 
Kecerdsan emosi
Kecerdsan emosiKecerdsan emosi
Kecerdsan emosi
 
Fitrah manusia
Fitrah manusiaFitrah manusia
Fitrah manusia
 
Konsep psikologi
Konsep psikologiKonsep psikologi
Konsep psikologi
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
sifat dewasa
sifat dewasasifat dewasa
sifat dewasa
 
Asment tajwid
Asment tajwidAsment tajwid
Asment tajwid
 
Bahasa arab
Bahasa arabBahasa arab
Bahasa arab
 
Al quran adalah satu
Al quran adalah satuAl quran adalah satu
Al quran adalah satu
 
ICT
ICTICT
ICT
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnikCabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
Cabaran cabaran dalam mengeratkan hubungan etnik
 
Analisis jadual
Analisis jadualAnalisis jadual
Analisis jadual
 
Konsep kepimpinan
Konsep kepimpinanKonsep kepimpinan
Konsep kepimpinan
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian b
 
Oumh1103
Oumh1103Oumh1103
Oumh1103
 
analisis artikel
 analisis artikel analisis artikel
analisis artikel
 
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
 
Kürzlich hochgeladen

Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptannanurkhasanah2
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfsaptari3
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024editwebsitesubdit
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Kürzlich hochgeladen (20)

Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat  UI 2024
Tim Yang Lolos Pendanaan Hibah Kepedulian pada Masyarakat UI 2024
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
KRB 301

  • 1. 1 Tugasan 1 (a) Tuntutan terhadap kepentingan membaca bermula pada zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi di mana Malaikat Jibril menyampaikan wahyu pertama kepada baginda yang berbunyi “Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk, Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah-darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-Alaq:ayat 1-5). Beberapa orang tokoh telah mentafsirkan makna membaca antaranya Harris dan Sipay (1980) mengatakan “membaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan bertulis. Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah merupakan lanjutan daripada kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi pengalaman-pengalaman biasa yang lain. Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang. Membaca ialah satu proses kebalikan daripada proses menulis. Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali lambang-lambang bertulis kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca berbeza daripada mendengar kerana ia melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran. Kebolehan membaca sangat penting dan ia merupakan satu ukuran kejayaan pelajar-pelajar di sekolah. Ini kerana kebolehan membaca dianggap sebagai asas bagi mencapai semua kejayaan dalam semua bidang, terutama dalam bidang pendidikan. Kemahiran membaca ditekankan pada peringkat awal lagi bersama kemahiran lain seperti mengira dan menulis. Kebolehan membaca bukan sahaja dianggap sebagai asas utama bagi mencapai kejayaan dalambidang ekonomi dan sosial, malah sistem persekolahan itu sendiri menganggapnya sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Maka jelaslah bahawa apabila murid baru masuk ke tahun satu, guru hendaklah mengenal pasti kebolehan dan keupayaan murid dalam kemahiran membaca. Guru perlu membuat ujian atau penilaian untuk menentukan tahap kebolehan membaca dalam kalangan murid berkenaan. Guru harus menyedari bahawa murid yang memasuki tahun satu terdiri daripada murid yang datangnya daripada latar belakang keluarga serta sosioekonomi yang
  • 2. 2 berbeza. Oleh itu, kebolehan dan kemahiran membaca dalam kalangan mereka kemungkinan tidak sama. Sebahagian besar murid khususnya yang tinggal di bandar telah memasuki tadika dan boleh membaca dengan baik. Walau bagaimanapun, bagi murid yang tinggal di luar bandar, kebanyakannya tidak memasuki tadika. Murid ini biasanya akan menghadapi masalah membaca apabila mereka berada di sekolah. Maka, sebagai seorang guru yang mengajar bahasa perlu mempunyai banyak kemahiran yang boleh digunakan untuk pengajaran bahasa Melayu. bagi memastikan semua murid mampu menguasai semua kemahiran dalam bahasa sama ada kemahiran membaca, menulis, bertutur den mendengar. Sepertimana pengajaran kemahiran intensif juga boleh digunakan oleh guru dalam pengajaran bacaan. Kemahiran bacaan intensif bermaksud kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama. Bacaan ini dibaca secara lebih giat, hebat dan bersungguh- sungguh. Ia melibatkan penelitian yang lebih terperinci sesuatu bahan bacaan. Dua perkara yang terlibat dengan bacaan intensif adalah membaca telaah isi dan telaah bahasa. Telaah isi menekankan penelitian, pemahaman, membaca kritis dan membaca idea manakala telaah bahasa pula menekankan aspek-aspek yang berkaitan bahasa. Bacaan intensif merupakan peringkat bacaan yang membolehkan para pelajar mengembangkan beberapa kebolehan, antaranya ialah kebolehan meneliti bahan bacaan dari segi penggunaan kosa kata, tatabahasa, kata kerja dan sebagainya. Bacaan intensif juga melatih pelajar memahami dan mentafsir sesuatu bacaan dengan cepat dan tepat. Selain itu, bacaan intensif juga melatih pelajar dalam usaha mendapatkan maklumat secara terperinci. Kemahiran-kemahiran sangat berguna kepada guru bahasa terutama dalam menghadapi dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Berikut adalah prosuder pelaksanaan kemahiran membaca intensif yang dijalankan di kelas 3 Amanah seperti di bawah :
  • 3. 3 Carta Alir Pelaksanaan Kemahiran Intensif Berdasarkan kepada carta alir pelaksanaan kemahiran bacaan intensif ini berkepentingan kepada guru. Seperti pengajaran bacaan menggunakan bahan bacaan bercetak Sastera yang berunsurkan genre kanak-kanak. Pelaksanaan pengajaran bacaan ini dengan mengunakan kemahiran intensif. Guru-guru hendaklah menggunakan mengikuti prosuder pelaksanaan kemahiran intensif seperti carta alir di atas. Di mana langkah pertama guru berbincang dengan murid-murid tentang bahan bacaan yang ingin digunakan di dalam kelas seperti bahan bercetak karya sastera yang menepati ciri-ciri murid yang ingin diajar. Selepas itu, guru hendkalah menggunakan pelbagai strategik atau aktiviti yang berlainan setiap hari, seperti kaedah membaca dengan laju bahakan murid digalakkan menggunakan kamus sebagai bahan rujukan tatabahasa. Selain itu, guru juga hendaklah mempelbagaikan soalan-soalan Mula Bahan bacaan intensif itu hendaklah dibincangkan bersama oleh murid dalam kelas Dianalisis Dijadikan asas untuk latian menulis Aktiviti dalam kelas hendaklah dipelbagaikan dan ditukar setiap hari. mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan mengkaji perkataan dengan menggunakan imbuhan latihan perkamusan latihan meneka maksud mengikut konteks membaca dengan laju dan sebagainya. Murid dibenarkan menggunakan kamus atau sebuah buku teks rujukan tatabahasa Soalan-soalan untuk bacaan intensif boleh dipelbagaikan Segala kajian harus dibuat secara mendalam. bentuk salah betul bentuk objektif bentuk lisan bentuk jawpan betulis
  • 4. 4 bertujuan untuk melihat tahap kefahaman murid dalam kemahiran membaca dengan bahan- bahan yang digunakan dan akhir sekali guru hendaklah mengkaji sejauhmana keberkesanan pengajaran dengan menggunakannkemahiran tersebut. Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkan kebolehan dalam meneliti, memaham dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteks dan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukan bimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru. Secara keseluruhan, penyediaan carta alir tentang pelaksanaan kemahiran intensif dalam kemahiran membaca adalah sangat memberi input kepada kita untuk memastikan sesuatu tindakan yang kita hendak laksanakan tercapai dengan berdasarkan carta alir yang disedian disebabkan carta alir ini merupakan langkah-langkah yang mesti dituruti dan dilakukan berdasarkan carta alir yang telah disediakan. Tugasan 1 (b) Tajuk : Sekolah Ku 1.0 Aktiviti Nyayian Di dalam pengajaran pantun, guru perlu bijak dalam merancang pelbagai stratgik dan aktiviti yang bersesuaian dengan latar belakang pelajar dan kemampuan mereka. Maka dalam pengajaran pantun ini saya menggunakan kaedah atau aktivit nyanyian. Aktiviti nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menyeronokkan pada kanak-kanak. Kanak-kanak khusunya kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah berasa seronok menyanyi bersama-sama atau dalam kumpulan yang besar. Mereka pada masa kini pandai menyanyi lagu kompleks dan 1) Hari-hari saya ke sekolah, Pergi ke sekolah bersama dinosaur; Sukanya hati cikgu tak marah, Kerana saya berkawan dengan dinosaur. 3)Dino tunggu di pintu sekolah, Saya belajar penuh semangat; Beg saya bewarna merah, Guru mengajar saya mengingat. 2) Dinosaur saya bernama Dino, Saya berkawan sejak dulu; Pergi sekolah bersama Dino, Melintas jalan Dino dahulu.
  • 5. 5 berbagai-bagai jenis lagu. Suara dijadikan satu alat muzik semula jadi dimana kanak-kanak dapat menggunakan dibahagikan kepada beberapa di bawah. Ia kebiasaannya dicipta bagi memnuhi tema-tema tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Contohnya tema haiwan, tumbuhan, konsep dalam pengajaran nombor dan pantun seloka. Ketegori lagu kanak-kanak adalah seperti permaian jari, lagu beraksi, lagu rakyat, lagu permainan, lagu unsure nasihat, lagu ucapan dan lagu serantau. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti menyanyi ini menggalakkan kanak-kanak bergaul dengan rakan dan secara langsung membantu perkembangan sosial mereka. Semasa bermain dengan kanak-kanak lain, kanak-kanak akan cuba belajar dan mengekalkan hubungan yang sedia terjalin. Ini adalah kerana penyesuaian semasa bergaul adalah asas kepada proses sosialisasi kanak-kanak. 2.0 Objektif Di akhir pengajaran murid akan dapat seperti berikut : i. Membaca lancar pantun dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang menarik. ii. Mengemukakan pendapat tentang mesej dan nilai yang terdapat dalam sajak. 3.0 Masa Dalam aktiviti ini, saya mengambil masala 1 jam dalam melaksanakan aktiviti seni lukis ini bagi melihat sejauhmana kebereksanan aktiviti menyanyi ini dalam membantu meningkatkan kepahaman mereka tentang pengajaran pantun serta secara lansung dapat meningkatkan perkembangan kreativiti kanak-kanak . Berikut adalah butir-butir waktu menjalakan aktiviti tersebut;  Waktu : 12.20- 01.20 Petang (ISNIN)  Golongan sasaran : Tahun 3 Amanah  Bilangan Murid : 20 Orang. 4.0 Kelebihan atau Keberkesanan Melalui aktiviti nyanyian dapat membantu perkembangan bahasa kanak-kanak. Nyanyian melibatkan bahasa dapat merangsang minda kanak-kanak menguasai dan membantu mereka menambah perbendaharaan kata. Mereka juga menyedari setiap objek di
  • 6. 6 persekitaran mereka mempunyai nama dan peranan yang tersendiri. Guru boleh menjalankan aktiviti bagi memberi peluang kepada kanak-kanak meluaskan perkembangan bahasa melalui aktiviti menyanyi secara Mari menyanyi, menyanyi secara muzikal dan penekanan teknik dan cara menyanyi. Melalui aktiviti nyanyian dijalankan guru dapat menggalakkan kanak-kanak melahirkan perasaan seperti bercerita, berimaginasi, dan menyanyi sambil bermain. Oleh itu, secara tidak langsung, perbendaharaan kata kanak-kanak akan bertambah. Melalui nyanyian ini juga kanak-kanak akan ekspresi perasaan mereka samada suka, gembira, sedih dan sebagainya. Guru juga hendaklah memberi perangsang dengan mengemukakan beberapa soalan yang boleh menggalakkan kanak-kanak berbual dan bercerita mengenai aktiviti yang mereka lakukan. Aktiviti nyanyian juga boleh menggalakkan perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak. Sewaktu menyanyi, kanak-kanak dapat meniru perwatakan ahli perwatakan orang-orang di sekeliling mereka seperti keluarga, doktor, anggota polis, guru, peniaga, binatang atau haiwan sebagainya seperti yang terkandung di dalam lirik lagu tersebut. Aktiviti yang baik ini perlu dipupuk tetapi perlu ada kawalan dan batasan daripada guru. Melalui aktiviti ini aspek perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Selain itu, aktiviti main sambil menyanyi juga adalah satu cara bagaimana kanak-kanak memperkembangkan penguasaan bahasa mereka. Dengan nyanyian juga dapat memperkenalkan pelbagai konsep dan bahasa dapat ditingkatkan kerana ia mudah diingati dan difahami oleh kanak-kanak. Peningkatan perkembangan bahasa dapat berkembang melalui sebutan semasa menyanyi. 5.0 Langkah Pelaksanaan Aktiviti Nyanyian Di dalam melaksanakan sesi pembelajaran pantun melalui aktiviti nyanyia mengikut langkah- langkah seperti berikut :  Guru memperdengarakan lagu “Dodoi Suriram” melalui LCD. Guru mengajukan soalan kepada murid tentang lagu apakah yang diperdengarkan, kemudian guru mengaitkan lagu dan pantun dengan tajuk pelajaran pada hari ini.  Guru menayangkan teks kepada pelajar menggunakan LCD.  Guru meminta murid melafazkan pantun dengan suara yang lantang dan sebutan yang betul;  Guru membimbing murid melafazkan pantun;  Guru membetulkan kesalahan intonasi dan sebutan murid;
  • 7. 7  Menyanyi lagu Suriram dengan memasukkan pantun-pantun yang baru dipelajari dan guru membimbing murid menyanyi bersama-sama;  Guru membahagikan pelajar kepada 6 kumpulan mengikut pelbagai aras kebolehan.  Guru memberi arahan kepada murid untuk menjalankan perbincangan dalam kumpulan.  Wakil setiap kumpulan diminta membaca dan membentangkan hasil perbincangan kumpulan serta menyanyikan lagu tersebut.  Guru memberikan ulasan dan peneguhan terhadap jawapan murid. 6.0 Cadangan Penambahbaikan Guru perlu sentiasa prihatian dengan komunikasi dan interaksi murid di dalam kelas serta memastikan objektif pembelajaran sampai kepada pelajar yang pelbagai aras. Berikut adalah cadangan yang harus dipraktikan oleh guru-guru iaitu:  Guru hendaklah memastikan pengajaran dan pembelajaran melibatkan semua pelajar dalam aktiviti yang dijalankan.  Memastikan keadaan kelas lebih kondusif kerana ianya mampu mempengaruhi pembelajaran murid.  Guru perlu mempelbagaikan aktiviti yang melibatkan murid-murid.  Guru hendaklah menggunakan strategik berpusatkan kepada murid. Tugasan 1(c) Puisi : Baru Belajar Pantun Cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Mana salah tolong tunjukkan Buai laju-laju Sampai puncak sana Apa dalam baju? Sekuntum bunga Cina Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap Belum tumbuh gigi Pandai baca kitab
  • 8. 8 Berdasarkepada kedua-dua jenis sastera yang berbeza di atas merupakan bahan yang sering digunakan oleh kanak-kanak di prasekolah. Saya beranggpan bahawa kedua-dua sastera tersebut mampu meningkatkan perkembangan kreatif dan kemampuan murid-murid di dalam membaca. Sastera kanak-kanak merupakan bidang yang sangat menarik dan penting kerana peranannya dalam memberikan sumbangan besar dalam sosial dan budaya dari sudut pembelajaran dan pengajaran. Sastera kanak-kanak merupakan bahan bacaan yang ditulis khas untuk sumber pengetahuan kanak-kanak. Bahan-bahan ini merangkumi semua bentuk penulisan kreatif dam imaginatif yang khususnya bertujuan untuk dibaca, hiburan dan dinilai oleh kanak-kanak. Menurut Misran Rokimin (2001) meneliti sastera kanak-kanak sebagai agen pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri seseorang manusia itu, sama ada dari segi emosi, pemikiran atau kebahasaannya. Ketiga-tiga aspek ini akan terus berkembang, yakni semakin banyak karya sastera yang dibacanya, semakin bertambah perkembangan berlaku dalam diri kanak-kanak itu. Berdasarkan kepada kedua-dua bahan bacaan tersebut sebagai medium untuk mendekatkan dan membiasakan mereka dengan bahasa sastera. Kedua-dua bahan ini berperanan sebagai wadah bagi mendekatkan sastera kepada kanak-kanak. Watak haiwan digunakan sebagai pengantara antara sastera dan kanak-kanak. Hal ini disebabkan naluri kanak-kanak yang secara semula jadinya suka dengan hiburan dan selokah. Justeru, tidak sukar untuk memupuk minat mereka terhadap sastera. Selain itu, kedua-dua sastera tersebut merupakan medium bagi mempertingkatkan tahap keintelektualan, daya imaginasi dan kreativiti khalayak kanak-kanak dan remaja. Ia diransang sewaktu mereka mengikuti plot-plot yang terdapat dalam hasil sastera yang dibaca. Ada di antara hasil-hasil sastera ini dipersembahkan dalam bentuk lakonan, nyanyian, gurindam, pantun dan seloka yang secara tidak lansung melatih mereka untuk mengekspresikan diri mereka serta mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka. Misalnya melalui rancangan realiti seperti Idola kecil, Pondok-pondok dan Tetombak memberi ruang kepada mereka mempertingkatkan bakat kanak-kanak dalam bidang kesusasteraan. Sastera kanak-kanak juga berfungsi untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada khalayak pembaca. Antara nilai-nilai murni yang kerap diterapkan oleh pengarang dalam hasil sastera kanak-kanak dan sastera remaja ialah nilai berkerjasama, tolenrasi, sensitif kepada kezaliman, saling bermaafan, berterima kasih, berani mencuba dan berkasih sayang. Kesedaran terhadap nilai-nilai murni ini perlu disemai pada peringkat awal zaman kanak- kanak lagi. Sastera kanak-kanak dan sastera remaja ini berperanan dalam memberi teladan kepada kanak-kanak agar mereka dapat menyesuaikan dan mempersembahkan diri mereka
  • 9. 9 berdasarkan kepada nilai murni yang ditonjolkan berdasarkan bahan sastera yang telah dibaca oleh mereka. Hal ini disebabkan mereka ibarat kain putih yang perlu dicorakkan dengan nilai dan budi pekerti yang baik. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Jelaslah bahawa sastera kanak-kanak bukan sahaja sebagai hiburan tetapi mampu berdiri sebagai alat yang dapat membantu khalayak pembacanya membina nilai-nilai murni. Sebagai kesimpulannya sastera kanak-kanak bukan sahaja berperanan sebagai alat hiburan tetapi turut memainkan peranan penting dalam dunia realiti. Pengarang yang menghasilkan karya sastera kanak-kanak dan sastera remaja mestilah mempunyai tahap intelek yang tinggi dalam penghasilan karya tersebut. Hal ini disebabkan golongan ini adalah golongan yang mudah diberi pendedahan bak kata pepatah “kanak-kanak merupakan kain putih yang perlu dicorakkan.” Oleh itu, setiap hasil karya sastera kanak-kanak itu perlu mempunyai unsur yang dapat membentuk keperibadian kanak-kanak sebagai generasi yang mulia dan bermoral. Maka karya sastera kanak-kanak yang hendak dihasilkan perlulah menitikberatkan aspek mutu bahan bacaan tersebut. Tahap kecerdasan pemikiran seseorang kanak-kanak dan remaja itu terletak pada tahap keintelektualan pengarang itu sendiri. RUJUKAN Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Amdun Husain. 2005. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM. Kuala Lumpur;Dewan Bahasa dan Pustaka. Benjamin S. Bloom. (1989). Objektif Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka. (1992) . Siri Panduan Guru KBSR Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Puteh, (1987), Sastera Kanak-kanak dan Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. http://atim8805.blogspot.com/2010/11/fungsi-sastera-kanak-kanak-dan-remaja.