1. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 1
ASAS MULTIMEDIA
_______________________________________
1.0 Pengenalan kepada Multimedia
o Perkataan multimedia adalah berdasarkan dua perkataan iaitu
Multi dan Media/medium.
o Multi membawa maksud banyak/pelbagai dimana ia menandakan
terdapat lebih daripada satu media yang wujud di dalam sesuatu
aplikasi.
o Media pula merujuk kepda alat atau pengantara untuk
menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat seperti
teks, grafik, audio, video dan animasi.
1.1 Definisi Multimedia
o Satu teknik yang digunakan untuk mengintegrasikan pelbagai media
seperti teks, grafik, audio, video dan animasi dalam satu
persekitaran digital yang mempunyai ciri-ciri interaktiviti (Norazlin
etc, 2007).
o Terdapat lima elemen atau media utama didalam Multimedia iaitu
Teks, Grafik, Audio, Video, dan Animasi.
o Setiap elemen tersebut mempunyai peranan yang tersendiri dalam
mewujudkan informasi yang menarik dan berkesan (Jamalludin dan
Zaidatun, 2003)
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
2. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 2
AUDIO
VIDEO
TEKS
Multimedia
ANIMAS
I
GRAFIK
INTERAKTI
F
Rajah 1.1 : Elemen Multimedia
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
3. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 3
Elemen Peranan/ciri-ciri
Teks - Merupakan asas utama bagi penyaluran sesuatu informasi.
- Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya
memberi daya tarikan dalam penyampaian sesuatu informasi.
- Boleh juga digunakan untuk memberikan penekanan bagi
sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan.
Grafik - Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual
terhadap sesuatu persembahan informasi.
- Grafik membantu dalam menerangkan sesuatu informasi
secara lebih berkesan.
- Grafik wujud dalam pelbagai bentuk seperti ilustrasi, lukisan,
carta, gambar, diagram dan sebagainya.
Audio - Digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat
dengan lebih berkesan.
- Menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan
menghasilkan tumpuan terhadap isi yang dipersembahkan.
- Contoh : Suara latar, muzik, lagu dan kesan bunyi.
Video - Merujuk kepada siri gambar foto atau grafik yang
dipersembahkan dalam satu kadar masa yang pantas.
- Video menawarkan satu persembahan atau paparan yang lebih
hidup dan realistik.
Animasi - Proses penerangan atau penyampaian sesuatu maklumat yang
kompleks dapat digambarkan dengan lebih mudah dan pantas.
- Animasi membolehkan sesuatu persembahan yang
disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik.
Interaktiviti - Interaktiviti membenarkan pengguna berinteraksi secara dua
hala.
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
4. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 4
- Memberi peluang kepada pengguna untuk menentukan apa,
bagaimana dan bila sesuatu maklumat itu dipersembahkan.
- Pengguna dapat meneroka sesuatu maklumat mengikut
keperluan dan kepantasan mereka.
- Persembahan maklumat lebih dinamik dan interaktif.
(Jamalludin dan Zaidatun, 2003)
Jadual 1 : Elemen-elemen multimedia
1.1.1 Rekabentuk Asas Multimedia
o Terdapat dua strategi rekabentuk asas multimedia iaitu linear
dan bukan linear.
o Berikut merupakan secara ringkas rekabentuk asas
multimedia.
Rekabentuk Asas Multimedia
Linear Bukan Linear
- Pengguna tidak mempunyai - Pengguna boleh mengawal
kawalan terhadap aplikasi. persembahan aplikasi.
- Aplikasi linear biasanya akan - Pengguna bebas untuk pergi ke
bermula dari awal hingga akhir mana-mana bahagian maklumat
atau ia akan mengulang semula yang dikehendaki melalui butang
maklumat. navigasi.
- Aplikasi ini boleh digunakan untuk - Aplikasi ini disusun dalam bentuk
menyampaikan suatu maklumat menu dan pengguna boleh pergi
kepada sekumpulan orang ramai ke kebahagian tersebut secara terus.
atas skrin besar atau monitor
televisyen.
- Contoh: Animasi dan Video - Contoh : Courseware, laman Web,
Portal.
Jadual 2 : Rekabentuk Asas Multimedia
SCENE 1 SCENE 2 SCENE 3 SCENE 4
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
5. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 5
START --------------------------------CONTINUOUS----------------------------------- END
Rajah 1.2 : Persembahan Linear
Persona
_________
_________
Persona _________
Myvi
Menu Kereta _________
Myvi _________
_________
Viva
Viva
_________
_________
_________
Rajah 1.3 : Persembahan bukan Linear
1.1.2 Hipermedia dan Hiperteks
o Interaktiviti melalui satu sistem navigasi adalah menggunakan
pautan.
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
6. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 6
o Pautan adalah rujukan atau elemen navigasi dalam satu
dokumen ke dokumen yang sama atau ke dokumen yang lain.
o Pautan ini secara automatik membawa maklumat rujukan
tersebut kepada pengguna apabila elemen navigasi tersebut
dipilih oleh pengguna.
o Terdapat dua perkataan yang penting dalam pautan iaitu
hiperteks dan hipermedia.
o Hipermedia dan hiperteks merupakan antara kemudahan yang
membolehkan sesebuah sistem multimedia interaktif yang
lebih berkesan dapat dihasilkan.
Hiperteks Hipermedia
o Hiperteks adalah teks yang o Hypermedia hampir
mengandungi pautan kepada menyerupai hiperteks, cuma ia
teks yang lain dengan menekan bukan sekadar berasaskan teks
satu atau lebih perkataan yang sahaja tetapi termasuklah media
bergaris. lain seperti graik, imej, audio
o Pengguna boleh membaca teks dan video.
yang disediakan dan teks yang o Membenarkan pengguna
sama juga boleh membawa mencapai maklumat mengikut
pengguna ke laman-laman lain minat, keupayaan ataupun
yang mengandungi maklumat kehendak hati.
yang berkaitan. o Ia juga mengalakkan pengguna
o Pengguna juga boleh untuk terus mendalami isi
menentukan haluan pembacaan kandungan.
atau pemerolehan maklumat. o Contoh: Halaman internet atau
o Ia sering diwakili oleh teks yang laman Web
berwarna biru serta digariskan
seperti ini : Hiperteks.
Jadual 3 : Hiperteks dan Hipermedia
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
8. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 8
o Bagi komponen yang melibatkan penggunaan perisian multimedia,
terdapat beberapa jenis perisian multimedia yang diperlukan untuk
membangunkan perisian multimedia.
o Perisian-perisian tersebut dikategorikan sebagai Perisian Grafik,
Perisian Audio, Perisian Video, Perisian Animasi dan Perisian
Pengarangan/Pengaturcaraan.
1.2.1 Perisian Grafik
o Digunakan untuk menghasilkan imej, ikon, butang,
antaramuka, gambar dan sebagainya.
o Boleh juga digunakan untuk mengubah suai imej sedia ada
untuk menghasilkan imej yang lebih bermakna untuk
digunakan di dalam aplikasi yang akan dibangunkan.
o Contoh perisian grafik ialah Adobe Photoshop, Adobe
Illustrator, Adobe In Design, Corel Draw.
o Contoh format fail grafik ialah jpg, gif, tiff, bmp, png dan
sebagainya.
o Perisian grafik terbahagia kepada 2 jenis iaitu grafik jenis
vektor dan bitmap.
Vektor Bitmap
- Penghasilan imej yang berkualiti - Saiz imej yang lebih besar
tinggi
- Mewakili imej sebuah bentuk - Pixel pecah apabila dibesarkan dari
gemoetri saiz asal
- Adobe Illustrators, Adobe Flash - Adobe Photoshop
CS3
Jadual 4: Imej Vektor dan Bitmap
1.2.2 Perisian Audio
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
9. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 9
o Perisian audio digunakan untuk menghasilkan sebuah fail
audio yang akan digabungkan bersama dengan fail grafik, video
atau animasi semasa proses pembangunan aplikasi multimedia.
o Perisian audio yang biasa digunakan ialah Sound Forge, Adobe
Audition, Sony ACID Pro dan sebagainya.
o Contoh format fail audio ialah wav, aiff, mp3 dan mid.
1.2.3 Perisian Video
o Perisian video digunakan adalah untuk menghasilkan video
dengan kualiti yang baik serta mengubahsuai video.
o Perisian video yang sering digunakan ialah Adobe Premier,
Ulead Video Studio, Movie Maker, Flash Video Encoder dan
sebagainya.
o Contoh format fail video ialah avi, mov, mpeg dan flv.
o Flv- sering digunakan kerana saiz yang lebih kecil dan kualiti
video yang dihasilkan cukup baik.
1.2.4 Perisian Animasi
o Perisian animasi digunakan untuk menghasilkan paparan
pergerakan berbentuk cerita atau sebahagian paparan
antaramuka perisian.
o Animasi digunakan bagi melambangkan atau mewakilkan
pergerakan bagi sesuatu maksud yang tidak dapat diterangkan
dengan jelas melalui teks atau grafik.
o Animasi boleh dikategorikan kepada 2 jenis iaitu animasi 2
Dimensi (2D) dan animasi 3 Dimensi (3D).
o Perisian bagi menghasilkan animasi jenis 2D adalah seperti
Macromedia Director, Adobe Flash CS3, Toon boom, Soho,
Moho dan sebagainya.
o Manakala perisian 3D yang biasa digunakan ialah 3D Studio
Max, Lightwave, Maya dan sebagainya.
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
10. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 10
1.2.5 Perisian pengarangan/Pengaturcaraan
o Perisian pengarangan adalah merupakan medium atau
pengantara bagi pengintegrasian kesemua elemen-elemen
multimedia yang telah dihasilkan dengan menggunakan
perisian-perisian multimedia.
o Proses pembangunan aplikasi multimedia melibatkan
beberapa metafora. Antara metafora yang biasa digunakan
ialah metaforan berasaskan ikon, metafora berasaskan garis
masa dan metafora berasaskan susunankad atau buku.
o Fail exe adalah fail yang bersifat standalone dimana ianya tidak
memerlukan perisian pengarangan untuk dimainkan semula
(playback).
o Antara perisian pengarangan berasaskan CD-ROM ialah Adobe
Flash CS3, Macromedia Director, Macromedia Authorware.
o Perisian pengarangan berasaskan web adalah seperti Microsoft
Fronpage dan Adobe Dreamwiver CS3.
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
11. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 11
1.3 BIDANG PENGGUNAAN MULTIMEDIA
Multimedia boleh digunakan dalam pelbagai bidang termasuk perubatan,
pengajaran, pembelajaran, pemasaran, perniagaan dan sebagainya. Penggunaan
teknologi multimedia mampu memberi kesan yang besar dalam bidang-bidang
tersebut.
PERUBATAN RUMAH
PERNIAGAAN
DAN INDUSTRI
HIBURAN
MULTIMEDIA
LAIN-LAIN
KOMUNIKASI
PENDIDIKAN
DAN LATIHAN PENTADBIRAN
Rajah 1.4 : Penggunaan Multimedia dalam pelbagai bidang
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
12. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 12
Bidang Keterangan Contoh
Penyebaran - Kios merupakan satu sistem - Kios Maklumat
Maklumat penyaluran maklumat yang sering
digunakan di lokasi-lokasi umum
seperti lapangan terbang, muzium,
pusat membeli belah, hospital,
ruang tamu sesebuah syarikat.
- Biasanya kios ini diletakkan di
suatu tempat khas dan mempunyai
peranti, masukan tertentu seperti
skrin sentuh atau papan kekunci
bagi membolehkan pengguna
berinteraksi dengan sistem.
- Ianya digunakan untuk
menyalurkan atau menyebarkan
maklumat tertentu kepada orang
ramai dan boleh melaksanakan
proses pencarian maklumat yang
diperlukan,
- Dikenali sebagai System Point Of
Information (POI).
- Selain dari sekadar memaparkan
maklumat, ianya juga mampu
mengumpulkan maklumat
mengenai pengguna agar boleh
dihubungi dikemudian hari.
Pemasaran - Multimedia menyediakan peluang - Katalog Interaktif
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
13. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 13
dan pemasaran yang lebih menarik dan - Persembahan
Pengiklanan merangsang pembeli kerana ia perniagaan
menggunakan audio visual - Strategi
gabungan pelbagai media. Pemasaran
- Dengan bantuan teknologi internet, - Cakera
konsep pemasaran tanpa sempadan Demonstrasi
juga semakin luas digunakan dan - Pengiklanan
dengan sokongan teknologi - Pangkalan Data
multimedia, seseorang pembeli - Sistem Perbankan
boleh membeli belah dengan lebih Elektronik
selesa dan menyeronokkan.
- Kebaikan kepada peniaga ialah
mampu menjimatkan ruang,
memudahkan urusan inventori,
proses penyebaran maklumat dan
sebagainya.
- Penggunaan multimedia di dalam
perniagaan membolehkan sesuatu
produk baru yang ingin
diperkenalkan, dipamerkan dalam
bentuk yang lebih hidup dan
dinamik dengan bantuan elemen-
elemen multimedia.
Pengajaran - Pendekatan pembelajaran - Courseware
dan berasaskan multimedia mampu - E-Learning
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
14. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 14
Pembelajaran memindahkan sesuatu maklumat - Portal Pendidikan
daripada buku teks yang statik - Pendidikan Jarak
kepada suatu corak pembelajaran Jauh
baru yang lebih menarik, dinamik
dan interaktif.
- Pelajar boleh belajar mengikut
kesesuaian, masa dan cita rasa diri
mereka sendiri.
- Multimedia memudahkan proses
penyaluran ilmu.
Jadual 5 : Bidang Penggunaan Multimedia
1.3.1 Kelebihan dan Kekurangan Multimedia
Kelebihan Kekurangan
- Maklumat dapat disampaikan dan - Tidak dapat menggunakan
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan
15. TTM312 (ASAS MULTIMEDIA) 15
diedarkan dengan lebih berkesan. sepenuhnya elemen multimedia
menerusi rangkaian disebabkan
kadar transmisi yang rendah.
- Dapat menyokong pembangunan - Memerlukan ruang storan yang
teknologi Internet dan rangkaian. besar disebabkan saiz aplikasi yang
besar.
- Menjadikan aplikasi ramah - Penyalahgunaan teknologi
pengguna dan menarik. multimedia berleluasa seperti
cetak rompak dan pornography.
- Persembahan dan penerimaan - Pengguna akan sepenuhnya
maklumat lebih mudah, berkesan bergantung kepada komputer
dan interaktif. untuk melakukan apa sahaja
- Meningkatkan pemahaman tajuk - Memerlukan kos yang tinggi untuk
atau topik pembelajaran perkakasan, perisian dan
disebabkan banyak media yang pembangunan aplikasi
digunakan.
- Boleh dicapai dan digunakan - Memerlukan pendidikan, latihan
pada bila-bila masa, dimana- dan pembelajaran yang khas untuk
mana dan dengan kelajuan yang menggunakan multimedia.
diingini.
- Memudahkan cara untuk - Memerlukan masa yang lama untuk
berkomunikasi dengan pelbagai menghasilkan aplikasi multimedia.
cara yang disediakan.
Jadual 6 : Kelebihan dan Kekurangan Multimedia
Prepared by: Pn Azreen Binti Ahmad Tan