SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 5
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Mewujudkan Budaya Keseronokan Bekerja
                   Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


                                           Oleh :



                                 Haji Samian bin Sawiyo

                                  Pengetua Cemerlang
                              Sekolah Menengah Sains Muar



Pendahuluan



Isu guru dengan pengajaran dan pembelajaran sangat berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan.
Hakikatnya guru mesti dan wajib mempunyai ilmu dan kemahiran untuk menyampaikan
pengajarannya. Dalam dunia yang kian pesat berubah, segala yang berlaku, berubah dan
bergerak begitu pantas serta drastik sekali. Kaedah pengajaran memang sangat banyak.
Menarik, seronok, menghiburkan, membosankan, menjemukan dan sebagainya semuanya
bergantung kepada penyampainya. Dalam isu ini, kreativiti, komitmen, kesungguhan, dedikasi,
kerajinan serta kebijaksanaan mencari sumber atau kaedah pengajaran yang terkini amat
dituntut. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau sebaliknya
seronok, memang bergantung sepenuhnya kepada guru. Oleh itu guru perlu proaktif agar
pelajar yang diajar mendapat manfaat sepenuhnya.



        Salah satu nilai murni dalam Etika Kerja Perkhidmatan Awam yang boleh dihayati dan
terkandung dalam Tonggak Dua Belas ialah keseronokan bekerja. Nilai murni keseronokan
bekerja yang tertera dalam Tonggak Dua Belas ini perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap
anggota perkhidmatan awam agar membentuk perkhidmatan awam yang beretika serta
berkualiti. Apakah yang dimaksudkan dengan keseronokan bekerja ? Menurut           Kamus
Dewan              ( Karyanet.com ) ‘keseronokan’ merujuk kepada prihal keadaan atau rasa
seronok, kesedapan sesuatu yang menyebabkan sesorang itu berasa seronok. Manakala
‘bekerja’ pula merujuk kepada melakukan atau menjalankan sesuatu untuk menyelesaikan,
menghasilkan atau menyelesaikan sesuatu. Tuntasnya ‘keseronokan bekerja’ sebagai seorang
guru ialah keseronokan melaksanakan tugas sebagai pendidik bagi melahirkan para pelajar
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara (FPN). Keseronokan bekerja akan wujud sekiranya amalan-amalan positif
diamalkan iaitu menganggap kerja sebagai ibadat, mempunyai inisiatif sendiri, menghasikan
yang berfaedah, mempunyai komitmen terhadap kerja dan bersedia memberi kerjasama.



      Keseronokan bekerja dapat dicapai sekiranya kita menganggap tugas yang kita lakukan
sebagai ibadat. Dalam Islam bekerja adalah suatu tuntutan, keperluan dan merupakan ibadat
yang dituntut oleh Allah SWT. Amalan murni ini seharusnya dilaksanakan dengan penuh
amanah, bertanggungjawab dan ikhlas supaya mendapat balasan yang baik pada hari akhirat
kelak. Agama-agama lain juga memberi saranan yang sama ketika melaksanakan tugas atau
bekerja. Dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru, ibadat bermaksud segala ilmu
yang kita sampaikan kepada para pelajar adalah merupakan amalan yang dilakukan kerana
Allah. Guru tidak menharapkan apa-apa juga balasan kerana apabila guru dapat menghayati
tugas guru yang juga menjadi amalan atau ibadah dan wujud rasa seronok itulah sebenarnya
kemuncak tugas guru. Perasaan ini bukan sahaja dirasai oleh seorang guru, malah rakan guru
yang juga di sekolah bersikap begitu. Sesungguhnya keseronokan bekerja itu merupakan
suatu nilai yang sangat tinggi. Bila wujud perasaan seronok, kerja dibuat dengan 100% ikhlas,
sukarela dan faktor inilah yang akan dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Bukan
setakat itu sahaja, malah kualiti pengajaran dan pembelajaran pasti akan dapat terus
ditingkatkan demi kecemerlangan prestasi akademik. Oleh yang demikian, sebagai guru, wajib
mengamalkan dan menghayati nilai-nilai murni seperti yang terkandung dalam Tonggak Dua
Belas iaitu keseronokan bekerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di sekolah.
Selain untuk mencapai Cabaran Wawasan 2020, iaitu melahirkan masyarakat yang berjiwa
bebas, berkeyakinan terhadap diri sendiri, berbangga dengan apa yang dicapai serta cekap
menghadapi rintangan dan sentiasa mengejar kecemerlangan atau dalam erti kata lain
pengwujudan masyarakat yang bebas, merdeka dan cemerlang.



       Tugas mendidik pelajar di sekolah, seseorang guru perlu menganggap sebagai
menanggung satu amanah dan harapan daripada ibu bapa, yang harus dilaksanakan dengan
rasa penuh tanggungjawab dan ikhlas. Manakala hubungan antara guru dengan pelajar, mesti
dianggap sebagai hubungan antara bapa dengan anak. Segala usaha ini akan menimbulkan
dedikasi, ketekunan, amanah, bertanggungjawab dan ikhlas, contohnya saya seronok
mengajar dan pada masa yang sama memberi nasihat dan motivasi kepada pelajar supaya
mereka berjaya dalam pelajaran kerana inilah juga harapan ibu bapa mereka. Di sinilah
sebenarnya terletak seni keseronokan bekerja dalam erti kata pengajaran dan pembelajaran
sama ada di dalam atau di luar bilik darjah demi memacu kejayaan sekolah.



         Mempunyai komitmen terhadap kerja juga merupakan salah satu faktor untuk mencapai
keseronokan ketika bekerja. Sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran di sekolah,
guru akan membuat perancangan yang awal sebelum melaksanakan tugas pengajaran dan
pembelajaran . Membuat perancangan tahunan dan harian dalam buku rekod pengajaran
dengan teliti dan memastikan guru dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Melalui
perancangan pengajaran yang teliti juga akan menyakinkan guru ketika mengajar. Bersedia
untuk menjawab soalan daripada pelajar dan bersedia dengan soalan kepada pelajar. Langkah-
langkah dalam pengajaran dan pembelajaran juga dirancang dengan pelbagai alatan bantuan
mengajar yang terkini iaitu ICT. Penggunaan pelbagai kaedah seperti inkuari dan refleksi,
aktiviti kumpulan, perbincangan kes dan perkongsian pengalaman dan pembentangan dan soal
jawab. Guru akan berasa seronok melaksanakan tugas sebagai seorang guru dan pelajar juga
akan berasa seronok dan yakin terhadap guru sebagai pemudahcara mereka. Jika keadaan ini
berlaku, pelajar akan sentiasa tertunggu-tunggu untuk hadir ke kelas dan guru pula akan
sentiasa menghitung waktu untuk memasuki kelas. Keadaan ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.
Untuk meningkatkan lagi kemahiran guru dalam mata pelajaran yang diajar, guru wajar
menghadirkan diri dalam kursus, seminar, bengkel dan kolokium yang diadakan sama ada di
peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Semuanya ini menjadikan seseorang
guru itu lebih seronok bekerja kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, dapat bergaul
dengan ramai ilmuan dan bertukar-tukar fikiran dan pendapat. Secara tidak langsung dapat
meningkatkan lagi prestasi guru, panitia dan sekolah. Melalui panitia guru dapat berkongsi
pengetahuan dan pengalaman dengan rakan-rakan panitia dan sekolah dengan membuat
kursus dalaman di peringkat sekolah. Seterusnya membuat perancangan untuk melaksanakan
program peningkatan prestasi pelajar. Perkongsian pengalaman dapat menghasilkan idea
baru dan penerokaan yang kreatif dalam pelaksanaan proses pedagogi. Penglibatan guru
dengan Panel Perunding Mata Pelajaran ( PPMP ), dengan pentaksiran negeri, dengan
Lembaga Peperiksaan Malaysia, merupakan satu pengiktirafan kepada diri seorang guru. Ini
menambahkan lagi semangat guru tersebut untuk terus melaksanakan tugas dengan lebih
berdidikasi dan cemerlang.



        Selain itu juga, keseronokan bekerja akan lahir dengan cara bersedia memberi
kerjasama kepada rakan sekerja. Keseronokan bekerja ini dikongsikan bersama dengan
rakan panitia supaya dapat mewujudkan ‘ teamwork’ dalam sesuatu panitia. Pengajaran
dan pembelajaran dirancang secara bersama dan pemantauan rakan sejawat dilakukan bagi
berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Guru boleh berbincang bersama bagi meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran dalam menyelesaikan sebarang masalah tanpa berasa rendah
diri antara satu dengan lain. Keseronokan ini menjadikan sesorang guru lebih bersemangat
untuk menjalankan tugas sebagai guru dan pelajar juga berasa seronok untuk belajar. Situasi
ini dapat mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Pelajar lebih berminat untuk
belajar dan mengikuti pelajaran, tiada masalah ponteng kelas dan prestasi pencapaian pelajar
pasti akan meningkat.



        Hubungan baik dan harmoni, permuafakatan dan sentimen kekitaan sebagai satu
pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat dalam organisasi amat penting bagi mewujudkan
rasa seronok bekerja. Kerja berpasukan merujuk kepada sekumpulan pekerja dalam sesuatu
organisasi yang melaksanakan sesuatu tugasan secara bergandingan untuk mencapai
matlamat kumpulan. Setiap ahli berpeluang berkongsi kebolehan dan bakat untuk
menyelesaikan sesuatu dengan lebih bijak dan kreatif. Keseronokan akan terbina jika setiap kita
diberi peluang untuk mencuba hasil pemikiran kita secara bebas. Ahli panitia diberikan hak
untuk merancang program kurikulum bagi meningkatkan pencapaian atau mengatasi
kelemahan pelajar. Kebebasan ini membolehkan guru dan rakan setugas merancang program
mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan dapatan daripada data ‘headcount’. Setelah
mengenal pasti pelajar mengikut tahap pencapaian akademik mereka, guru akan merancang
dan membuat aktiviti yang sesuai mengikut tahap dan minat mereka. Latihan dbuat mengikut
aras kesukaran dan pendekatan dilakukan mengikut minat pelajar contohnya menyelesaikan
sesuatu tugasan dalam kumpulan kecil .



       Keseronokan bekerja mampu dicapai apabila kita bekerja secara berkumpulan. Kerja
berkumpulan merujuk kepada sekumpulan pekerja dalam organisasi yang melaksanakan tugas
secara berganding bahu antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut bagi mencapai suatu
matlamat bersama. Kerja secara berkumpulan dalam panitia boleh menghasilkan panitia
menjadi hebat. Melaluinya saya dapat membuat penilaian terhadap pencapaian prestasi
sekolah. Sebaliknya guru tidak hanya berpuas hati dengan pencapaian yang telah dicapai.
Guru dapat merujuk kepada sumber-sumber lain untuk membantu meningkatkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran seperti Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama. Keseronokan
bekerja yang wujud daripada kerja berkumpulan ini juga akan menambah ilmu-ilmu yang baru
seperti pedagogi terkini dan perisian komputer terkini secara langsung dapat meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran guru. Pelajar mendapat input yang terbaik daripada guru dan
mereka lebih berminat untuk belajar dan seterusnya menghasilkan keputusan yang cemerlang
dalam keputusan ujian sumatif dan formatif yang akan mereka duduki.

       Pengurusan yang berkesan membabitkan penyelenggaraan iaitu melakukan
pemantauan, meninjau, memerhati, memberi tunjuk ajar dan berbincang dengan ahli panitia
dan pihak pengurusan sekolah mampu meningkatkan keseronokan bekerja. Pemantauan kerja
sesama rakan setugas dapat mendekatkan diri seseorang guru dengan rakan dan pihak
pengurusan supaya dapat meningkatkan motivasi kerja yang tinggi. Penyeliaan oleh pihak
pengurusan dan rakan panitia akan membantu guru menambah baik mutu pengajaran dan
pembelajaran. Suasana ini membantu meningkatkan keseronokan bekerja di tempat kerja.
Keadaan tempat kerja yang kondusif merupakan satu daripada ciri yang penting bagi seseorang
guru untuk berasa seronok di tempat bekerja. Keselesaan tempat kerja guru yang lengkap
dengan hawa dingin, peralatan yang sesuai, peralatan komputer lengkap dengan LCD
projektor dan sistem bunyi, memberikan guru dan pelajar suasana kerja dan belajar dalam
keadaan selesa, nyaman dan seronok.



           Sebagai seorang guru, hendaklah sentiasa berinisiatif untuk memajukan diri dan
profesion keguruan. Secara tidak langsung keseronokan bekerja akan wujud kerana guru akan
sentiasa berusaha ke arah yang lebih cemerlang kerana setiap kejayaan dan peningkatan
pada pelajar dan sekolah akan mendapat penghargaan daripada pihak pengurusan sekolah.
Guru mesti menjadikan kerja mengajar sebagai suatu cabaran memerlukan kesungguhan,
komitmen yang tinggi untuk menghadapi sebarang kemungkinan perubahan dalam dunia
pendidikan. Daya kreatif dan adanya keinginan mencuba idea yang baru akan menimbulkan
keseronokan bekerja. Untuk memupuk daya kreatif guru akan menjadikan program-program
kurikulum       sebagai alat untuk mengaplikasi  kaedah-kaedah dan pendekatan        baru.
Pengalaman-pengalaman lalu akan menjadikan seseorang guru bertambah matang dalam
segala tindakan. Segala kelemahan yang akan datang perlu dihadapi dengan penuh tekad.
Guru perlu berusaha untuk membuat satu pendekatan baru supaya pelajar seronok. Dalam
pengajaran dan pembelajaran guru perlu berani mencuba kaedah terbaru dan yang terkini agar
pengajaran guru sentiasa subur serta disukai pelajar. Hasilnya pelajar lebih seronok dan
kefahaman tentang konsep pengajaran bertambah baik dan seterusnya pasti menunjukkan
peningkatan pencapaian akademik. Akhirnya guru berasa bangga kerana telah menunjukkan
ciri-ciri profesional sebagai seorang guru.



       Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa kesemua yang telah bincangkan dalam
penulisan ini sangat berkait rapat dan merupakan satu cara bagaimana amalan keseronokan
bekerja dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru. Apabila nilai murni
keseronokan bekerja dapat guru terapkan dalam diri dan diamalkan, apa juga halangan dan
rintangan tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap program pengajaran
dan pembelajaran yang dirancang akan dilaksanakan dengan penuh komitmen. Selepas
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru perlu menjalankan pemantauan dalam semua
aspek pengajaran dan pembelajaran contohnya menyemak latihan pelajar. Pada masa yang
sama guru juga berasa begitu seronok menjalankan penilaian terhadap kerja yang telah
dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran serta membuat refleksi. Guru juga melakukan
penambahbaikan terhadap kelemahan yang terdapat sepanjang menjalankan tugas. Kesemua
langkah ini akhirnya pasti berjaya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru.
Impaknya pengajaran dan pembelajaran guru berkesan dan pelajar dapat kesan yang positif
dan seronok belajar. Akhirnya dapat meningkatkan pencapaian prestasi akademik pelajar-
pelajar.

Penutup

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu proses yang berpanjangan dan
berterusan selagi dunia pendidikan di dunia ini tidak berkubur. Pengajaran memang mudah
diperkatakan. Namun untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang seronok
merupakan sesuatu yang perlukan komitmen, tekad, kesungguhan dan dedikasi yang sangat
tinggi. Sebenarnya pokok pangkalnya terletak di tangan guru yang akan mencorakkanya. Jika
seseorang guru tidak kreatif dalam pengajaran, pelajar akan bosan dan kesan negatifnya akan
dirasai oleh semua pihak. Tetapi jika seseorang guru itu kreatif, inovatif, mempunyai daya
usaha yang tinggi untuk memajukan pelajarnya, pasti guru tersebut boleh mengubah 360 darjah
kemenjadian pelajarnya, insya-Allah.

Bibliografi



Abdul Wahab bin Jamaludin, Perancangan dan Pengurusan Penyelidikan, di dalam Nadi
Pendidikan, Bahagian Perancangan & Penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala
Lumpur, Jilid 6, bil 2, 1991.

Abdul Sukur Abdullah ( 1998 ), Education Management Focus, Kuala Lumpur, Ministry of
Education.

Glickman, C.D. Gordon, S.P. & Ross Gordon J. M ( 1995 ) Supervission of Intruction : A
Developmental Approach, Needham Heights, MA Ally & Bacon.

Press Huberman, A.M & Miles, M.B ( 1984 ) Innovation Up Close, How School Improvement
Works, New York, Plenum Press.

Sustaining Improvement : A suite of Modules on Coaching, Running, Netsworks and Building
Capacity, UK 2003.

Tonngak Dua Belas, Etika Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanIzzat Najmi
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHIskandar9844
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Aida Fizleen
 
Bidang tugas-ketua-dan-penolong-ketua-kelas
Bidang tugas-ketua-dan-penolong-ketua-kelasBidang tugas-ketua-dan-penolong-ketua-kelas
Bidang tugas-ketua-dan-penolong-ketua-kelasdianadalyla
 
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas Sekolah
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas SekolahCeramah Kepimpinan Peranan Pengawas Sekolah
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas SekolahImsamad
 
Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]Harry Man
 
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas Nadiah Mohammad
 
Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020
Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020
Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020Riduan Selimin
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rphtamya65
 
Larian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiLarian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiAbsolute221
 
Ceramah kepimpinan SEKOLAH RENDAH
Ceramah kepimpinan SEKOLAH RENDAHCeramah kepimpinan SEKOLAH RENDAH
Ceramah kepimpinan SEKOLAH RENDAHzulkifli mohd
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaWany Hardy
 
Borang penilaian prgm
Borang penilaian prgmBorang penilaian prgm
Borang penilaian prgmmariam buang
 

Was ist angesagt? (20)

Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
Kod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruanKod etika profesion keguruan
Kod etika profesion keguruan
 
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAHSENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
SENARAI AKTIVITI TAHUNAN SEKOLAH
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1
 
Pengurusan kewangan
Pengurusan kewanganPengurusan kewangan
Pengurusan kewangan
 
Bidang tugas-ketua-dan-penolong-ketua-kelas
Bidang tugas-ketua-dan-penolong-ketua-kelasBidang tugas-ketua-dan-penolong-ketua-kelas
Bidang tugas-ketua-dan-penolong-ketua-kelas
 
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas Sekolah
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas SekolahCeramah Kepimpinan Peranan Pengawas Sekolah
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas Sekolah
 
Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]
 
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
Kertas Kerja Kem Kepimpinan Pengawas
 
profesionalisme perrguruan
profesionalisme perrguruanprofesionalisme perrguruan
profesionalisme perrguruan
 
Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020
Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020
Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 
Larian Berganti-ganti
Larian Berganti-gantiLarian Berganti-ganti
Larian Berganti-ganti
 
Ceramah kepimpinan SEKOLAH RENDAH
Ceramah kepimpinan SEKOLAH RENDAHCeramah kepimpinan SEKOLAH RENDAH
Ceramah kepimpinan SEKOLAH RENDAH
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
PLC
PLCPLC
PLC
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertema
 
Borang penilaian prgm
Borang penilaian prgmBorang penilaian prgm
Borang penilaian prgm
 
Etika profesion keguruan
Etika profesion keguruanEtika profesion keguruan
Etika profesion keguruan
 
kertas-kerja-senamrobik
kertas-kerja-senamrobikkertas-kerja-senamrobik
kertas-kerja-senamrobik
 

Andere mochten auch

Budaya kerja cemerlang..
Budaya kerja cemerlang..Budaya kerja cemerlang..
Budaya kerja cemerlang..Cikgu Shasaz
 
Budaya kerja kelas pertama
Budaya kerja kelas pertamaBudaya kerja kelas pertama
Budaya kerja kelas pertamaLee Oi Wah
 
Menjadi pekerja cemerlang
Menjadi pekerja cemerlangMenjadi pekerja cemerlang
Menjadi pekerja cemerlangZainul Mukhtar
 
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10   membina budaya kerja yang cemerlangBab 10   membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlangSyaima Bahari
 
Motivasi kerjaya
Motivasi kerjayaMotivasi kerjaya
Motivasi kerjayaridzuangrik
 
E picture kajian tindakan 2010
E picture kajian tindakan 2010E picture kajian tindakan 2010
E picture kajian tindakan 2010Azman Adnan
 
Semangat dalam bekerja
Semangat dalam bekerjaSemangat dalam bekerja
Semangat dalam bekerjaDewi Shinta
 
Buletin minda pengetua 1 2011
Buletin minda pengetua 1 2011Buletin minda pengetua 1 2011
Buletin minda pengetua 1 2011Azman Adnan
 
Inisiatif majukan sekolah
Inisiatif majukan sekolahInisiatif majukan sekolah
Inisiatif majukan sekolahAzman Adnan
 
Kerjaya ( power point )
Kerjaya ( power point )Kerjaya ( power point )
Kerjaya ( power point )aku_ hafif
 
Kalimat pembuka presentasi yang memukau
Kalimat pembuka presentasi yang memukauKalimat pembuka presentasi yang memukau
Kalimat pembuka presentasi yang memukauVirja Gita
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif IslamiYusry Yusopp
 
Presentasi motivasi diri
Presentasi motivasi diriPresentasi motivasi diri
Presentasi motivasi diriRona Binham
 
Contoh Slide Presentasi Powerpoint yang Baik dan Menarik
Contoh Slide Presentasi Powerpoint yang Baik dan MenarikContoh Slide Presentasi Powerpoint yang Baik dan Menarik
Contoh Slide Presentasi Powerpoint yang Baik dan MenarikMuhammad Noer
 

Andere mochten auch (20)

Awm keseronokan dalam bekerja
Awm   keseronokan dalam bekerjaAwm   keseronokan dalam bekerja
Awm keseronokan dalam bekerja
 
Seronok Bekerja
Seronok BekerjaSeronok Bekerja
Seronok Bekerja
 
Budaya kerja cemerlang..
Budaya kerja cemerlang..Budaya kerja cemerlang..
Budaya kerja cemerlang..
 
Budaya kerja kelas pertama
Budaya kerja kelas pertamaBudaya kerja kelas pertama
Budaya kerja kelas pertama
 
Menjadi pekerja cemerlang
Menjadi pekerja cemerlangMenjadi pekerja cemerlang
Menjadi pekerja cemerlang
 
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10   membina budaya kerja yang cemerlangBab 10   membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
 
Motivasi kerjaya
Motivasi kerjayaMotivasi kerjaya
Motivasi kerjaya
 
Sikap Positif Dan Etika Dalam Bekerja
Sikap Positif Dan Etika Dalam BekerjaSikap Positif Dan Etika Dalam Bekerja
Sikap Positif Dan Etika Dalam Bekerja
 
E picture kajian tindakan 2010
E picture kajian tindakan 2010E picture kajian tindakan 2010
E picture kajian tindakan 2010
 
Semangat dalam bekerja
Semangat dalam bekerjaSemangat dalam bekerja
Semangat dalam bekerja
 
Buletin minda pengetua 1 2011
Buletin minda pengetua 1 2011Buletin minda pengetua 1 2011
Buletin minda pengetua 1 2011
 
Tonggak 12
Tonggak 12Tonggak 12
Tonggak 12
 
Tonggak 12
Tonggak 12Tonggak 12
Tonggak 12
 
Inisiatif majukan sekolah
Inisiatif majukan sekolahInisiatif majukan sekolah
Inisiatif majukan sekolah
 
Kerjaya ( power point )
Kerjaya ( power point )Kerjaya ( power point )
Kerjaya ( power point )
 
Program Kemahiran Kejayaan
Program Kemahiran KejayaanProgram Kemahiran Kejayaan
Program Kemahiran Kejayaan
 
Kalimat pembuka presentasi yang memukau
Kalimat pembuka presentasi yang memukauKalimat pembuka presentasi yang memukau
Kalimat pembuka presentasi yang memukau
 
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
 
Presentasi motivasi diri
Presentasi motivasi diriPresentasi motivasi diri
Presentasi motivasi diri
 
Contoh Slide Presentasi Powerpoint yang Baik dan Menarik
Contoh Slide Presentasi Powerpoint yang Baik dan MenarikContoh Slide Presentasi Powerpoint yang Baik dan Menarik
Contoh Slide Presentasi Powerpoint yang Baik dan Menarik
 

Ähnlich wie Mewujudkan Keseronokan Bekerja

Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah lakuAsimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah lakuPensil Dan Pemadam
 
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...Halimaton Sad'iah
 
01. sosialisai pendampingan belajar guru IPS.pdf
01. sosialisai pendampingan belajar guru IPS.pdf01. sosialisai pendampingan belajar guru IPS.pdf
01. sosialisai pendampingan belajar guru IPS.pdfZULPANSSi
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7cikli7
 
02. panduan iht revisi 2
02. panduan  iht revisi 202. panduan  iht revisi 2
02. panduan iht revisi 2Nawang Wulan
 
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengahPeran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengahIg Fandy Jayanto
 
Kinerja guru dalam pengembangan rpp
Kinerja guru dalam pengembangan rppKinerja guru dalam pengembangan rpp
Kinerja guru dalam pengembangan rppawankha
 
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...Kharrenyanyan1605
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044hazwaniAM
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063Inbmy
 
4 refleksi edu3083_sem7_2014
4 refleksi edu3083_sem7_20144 refleksi edu3083_sem7_2014
4 refleksi edu3083_sem7_2014awangyie
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM SHAKILAJAKISS1
 
Guru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanGuru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanNina Rahayu
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion KeguruanArthur Jupong
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniBazrol
 

Ähnlich wie Mewujudkan Keseronokan Bekerja (20)

Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah lakuAsimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
Asimen pengurusan bilik darjah dan tingkah laku
 
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...
Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelaja...
 
01. sosialisai pendampingan belajar guru IPS.pdf
01. sosialisai pendampingan belajar guru IPS.pdf01. sosialisai pendampingan belajar guru IPS.pdf
01. sosialisai pendampingan belajar guru IPS.pdf
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7
 
Tajuk 5 done
Tajuk 5 doneTajuk 5 done
Tajuk 5 done
 
Tajuk 5 done
Tajuk 5 doneTajuk 5 done
Tajuk 5 done
 
02. panduan iht revisi 2
02. panduan  iht revisi 202. panduan  iht revisi 2
02. panduan iht revisi 2
 
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengahPeran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
 
Kinerja guru dalam pengembangan rpp
Kinerja guru dalam pengembangan rppKinerja guru dalam pengembangan rpp
Kinerja guru dalam pengembangan rpp
 
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
Peranan Sekolah dan Guru dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan N...
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063
 
4 refleksi edu3083_sem7_2014
4 refleksi edu3083_sem7_20144 refleksi edu3083_sem7_2014
4 refleksi edu3083_sem7_2014
 
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
LMCP1112 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM
 
Guru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanGuru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikan
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan
 
Jurnal last
Jurnal lastJurnal last
Jurnal last
 
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa KiniCabaran Seorang Guru Masa Kini
Cabaran Seorang Guru Masa Kini
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 

Mehr von Azman Adnan

Buletin minda pengetua 3rd ed
Buletin minda pengetua 3rd edBuletin minda pengetua 3rd ed
Buletin minda pengetua 3rd edAzman Adnan
 
Buletin minda pengetua 2nd ed
Buletin minda pengetua 2nd edBuletin minda pengetua 2nd ed
Buletin minda pengetua 2nd edAzman Adnan
 
Notis m. agung (b)&format laporan
Notis m. agung (b)&format laporanNotis m. agung (b)&format laporan
Notis m. agung (b)&format laporanAzman Adnan
 
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011Azman Adnan
 
Maklumat penyumbang jurnal mpsmj 2011
Maklumat penyumbang jurnal mpsmj 2011Maklumat penyumbang jurnal mpsmj 2011
Maklumat penyumbang jurnal mpsmj 2011Azman Adnan
 
Dimensi kepimpinan pengetua mewujudkan
Dimensi  kepimpinan pengetua mewujudkanDimensi  kepimpinan pengetua mewujudkan
Dimensi kepimpinan pengetua mewujudkanAzman Adnan
 

Mehr von Azman Adnan (6)

Buletin minda pengetua 3rd ed
Buletin minda pengetua 3rd edBuletin minda pengetua 3rd ed
Buletin minda pengetua 3rd ed
 
Buletin minda pengetua 2nd ed
Buletin minda pengetua 2nd edBuletin minda pengetua 2nd ed
Buletin minda pengetua 2nd ed
 
Notis m. agung (b)&format laporan
Notis m. agung (b)&format laporanNotis m. agung (b)&format laporan
Notis m. agung (b)&format laporan
 
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
 
Maklumat penyumbang jurnal mpsmj 2011
Maklumat penyumbang jurnal mpsmj 2011Maklumat penyumbang jurnal mpsmj 2011
Maklumat penyumbang jurnal mpsmj 2011
 
Dimensi kepimpinan pengetua mewujudkan
Dimensi  kepimpinan pengetua mewujudkanDimensi  kepimpinan pengetua mewujudkan
Dimensi kepimpinan pengetua mewujudkan
 

Mewujudkan Keseronokan Bekerja

  • 1. Mewujudkan Budaya Keseronokan Bekerja Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Oleh : Haji Samian bin Sawiyo Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Sains Muar Pendahuluan Isu guru dengan pengajaran dan pembelajaran sangat berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. Hakikatnya guru mesti dan wajib mempunyai ilmu dan kemahiran untuk menyampaikan pengajarannya. Dalam dunia yang kian pesat berubah, segala yang berlaku, berubah dan bergerak begitu pantas serta drastik sekali. Kaedah pengajaran memang sangat banyak. Menarik, seronok, menghiburkan, membosankan, menjemukan dan sebagainya semuanya bergantung kepada penyampainya. Dalam isu ini, kreativiti, komitmen, kesungguhan, dedikasi, kerajinan serta kebijaksanaan mencari sumber atau kaedah pengajaran yang terkini amat dituntut. Untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau sebaliknya seronok, memang bergantung sepenuhnya kepada guru. Oleh itu guru perlu proaktif agar pelajar yang diajar mendapat manfaat sepenuhnya. Salah satu nilai murni dalam Etika Kerja Perkhidmatan Awam yang boleh dihayati dan terkandung dalam Tonggak Dua Belas ialah keseronokan bekerja. Nilai murni keseronokan bekerja yang tertera dalam Tonggak Dua Belas ini perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap anggota perkhidmatan awam agar membentuk perkhidmatan awam yang beretika serta berkualiti. Apakah yang dimaksudkan dengan keseronokan bekerja ? Menurut Kamus Dewan ( Karyanet.com ) ‘keseronokan’ merujuk kepada prihal keadaan atau rasa seronok, kesedapan sesuatu yang menyebabkan sesorang itu berasa seronok. Manakala ‘bekerja’ pula merujuk kepada melakukan atau menjalankan sesuatu untuk menyelesaikan, menghasilkan atau menyelesaikan sesuatu. Tuntasnya ‘keseronokan bekerja’ sebagai seorang guru ialah keseronokan melaksanakan tugas sebagai pendidik bagi melahirkan para pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Keseronokan bekerja akan wujud sekiranya amalan-amalan positif diamalkan iaitu menganggap kerja sebagai ibadat, mempunyai inisiatif sendiri, menghasikan yang berfaedah, mempunyai komitmen terhadap kerja dan bersedia memberi kerjasama. Keseronokan bekerja dapat dicapai sekiranya kita menganggap tugas yang kita lakukan sebagai ibadat. Dalam Islam bekerja adalah suatu tuntutan, keperluan dan merupakan ibadat yang dituntut oleh Allah SWT. Amalan murni ini seharusnya dilaksanakan dengan penuh
  • 2. amanah, bertanggungjawab dan ikhlas supaya mendapat balasan yang baik pada hari akhirat kelak. Agama-agama lain juga memberi saranan yang sama ketika melaksanakan tugas atau bekerja. Dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru, ibadat bermaksud segala ilmu yang kita sampaikan kepada para pelajar adalah merupakan amalan yang dilakukan kerana Allah. Guru tidak menharapkan apa-apa juga balasan kerana apabila guru dapat menghayati tugas guru yang juga menjadi amalan atau ibadah dan wujud rasa seronok itulah sebenarnya kemuncak tugas guru. Perasaan ini bukan sahaja dirasai oleh seorang guru, malah rakan guru yang juga di sekolah bersikap begitu. Sesungguhnya keseronokan bekerja itu merupakan suatu nilai yang sangat tinggi. Bila wujud perasaan seronok, kerja dibuat dengan 100% ikhlas, sukarela dan faktor inilah yang akan dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Bukan setakat itu sahaja, malah kualiti pengajaran dan pembelajaran pasti akan dapat terus ditingkatkan demi kecemerlangan prestasi akademik. Oleh yang demikian, sebagai guru, wajib mengamalkan dan menghayati nilai-nilai murni seperti yang terkandung dalam Tonggak Dua Belas iaitu keseronokan bekerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab di sekolah. Selain untuk mencapai Cabaran Wawasan 2020, iaitu melahirkan masyarakat yang berjiwa bebas, berkeyakinan terhadap diri sendiri, berbangga dengan apa yang dicapai serta cekap menghadapi rintangan dan sentiasa mengejar kecemerlangan atau dalam erti kata lain pengwujudan masyarakat yang bebas, merdeka dan cemerlang. Tugas mendidik pelajar di sekolah, seseorang guru perlu menganggap sebagai menanggung satu amanah dan harapan daripada ibu bapa, yang harus dilaksanakan dengan rasa penuh tanggungjawab dan ikhlas. Manakala hubungan antara guru dengan pelajar, mesti dianggap sebagai hubungan antara bapa dengan anak. Segala usaha ini akan menimbulkan dedikasi, ketekunan, amanah, bertanggungjawab dan ikhlas, contohnya saya seronok mengajar dan pada masa yang sama memberi nasihat dan motivasi kepada pelajar supaya mereka berjaya dalam pelajaran kerana inilah juga harapan ibu bapa mereka. Di sinilah sebenarnya terletak seni keseronokan bekerja dalam erti kata pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah demi memacu kejayaan sekolah. Mempunyai komitmen terhadap kerja juga merupakan salah satu faktor untuk mencapai keseronokan ketika bekerja. Sebagai seorang guru yang mengajar mata pelajaran di sekolah, guru akan membuat perancangan yang awal sebelum melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran . Membuat perancangan tahunan dan harian dalam buku rekod pengajaran dengan teliti dan memastikan guru dapat mencapai objektif seperti yang dirancang. Melalui perancangan pengajaran yang teliti juga akan menyakinkan guru ketika mengajar. Bersedia untuk menjawab soalan daripada pelajar dan bersedia dengan soalan kepada pelajar. Langkah- langkah dalam pengajaran dan pembelajaran juga dirancang dengan pelbagai alatan bantuan mengajar yang terkini iaitu ICT. Penggunaan pelbagai kaedah seperti inkuari dan refleksi, aktiviti kumpulan, perbincangan kes dan perkongsian pengalaman dan pembentangan dan soal jawab. Guru akan berasa seronok melaksanakan tugas sebagai seorang guru dan pelajar juga akan berasa seronok dan yakin terhadap guru sebagai pemudahcara mereka. Jika keadaan ini berlaku, pelajar akan sentiasa tertunggu-tunggu untuk hadir ke kelas dan guru pula akan sentiasa menghitung waktu untuk memasuki kelas. Keadaan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.
  • 3. Untuk meningkatkan lagi kemahiran guru dalam mata pelajaran yang diajar, guru wajar menghadirkan diri dalam kursus, seminar, bengkel dan kolokium yang diadakan sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa. Semuanya ini menjadikan seseorang guru itu lebih seronok bekerja kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, dapat bergaul dengan ramai ilmuan dan bertukar-tukar fikiran dan pendapat. Secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi prestasi guru, panitia dan sekolah. Melalui panitia guru dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan rakan-rakan panitia dan sekolah dengan membuat kursus dalaman di peringkat sekolah. Seterusnya membuat perancangan untuk melaksanakan program peningkatan prestasi pelajar. Perkongsian pengalaman dapat menghasilkan idea baru dan penerokaan yang kreatif dalam pelaksanaan proses pedagogi. Penglibatan guru dengan Panel Perunding Mata Pelajaran ( PPMP ), dengan pentaksiran negeri, dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia, merupakan satu pengiktirafan kepada diri seorang guru. Ini menambahkan lagi semangat guru tersebut untuk terus melaksanakan tugas dengan lebih berdidikasi dan cemerlang. Selain itu juga, keseronokan bekerja akan lahir dengan cara bersedia memberi kerjasama kepada rakan sekerja. Keseronokan bekerja ini dikongsikan bersama dengan rakan panitia supaya dapat mewujudkan ‘ teamwork’ dalam sesuatu panitia. Pengajaran dan pembelajaran dirancang secara bersama dan pemantauan rakan sejawat dilakukan bagi berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Guru boleh berbincang bersama bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam menyelesaikan sebarang masalah tanpa berasa rendah diri antara satu dengan lain. Keseronokan ini menjadikan sesorang guru lebih bersemangat untuk menjalankan tugas sebagai guru dan pelajar juga berasa seronok untuk belajar. Situasi ini dapat mengurangkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Pelajar lebih berminat untuk belajar dan mengikuti pelajaran, tiada masalah ponteng kelas dan prestasi pencapaian pelajar pasti akan meningkat. Hubungan baik dan harmoni, permuafakatan dan sentimen kekitaan sebagai satu pasukan untuk mencapai sesuatu matlamat dalam organisasi amat penting bagi mewujudkan rasa seronok bekerja. Kerja berpasukan merujuk kepada sekumpulan pekerja dalam sesuatu organisasi yang melaksanakan sesuatu tugasan secara bergandingan untuk mencapai matlamat kumpulan. Setiap ahli berpeluang berkongsi kebolehan dan bakat untuk menyelesaikan sesuatu dengan lebih bijak dan kreatif. Keseronokan akan terbina jika setiap kita diberi peluang untuk mencuba hasil pemikiran kita secara bebas. Ahli panitia diberikan hak untuk merancang program kurikulum bagi meningkatkan pencapaian atau mengatasi kelemahan pelajar. Kebebasan ini membolehkan guru dan rakan setugas merancang program mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan dapatan daripada data ‘headcount’. Setelah mengenal pasti pelajar mengikut tahap pencapaian akademik mereka, guru akan merancang dan membuat aktiviti yang sesuai mengikut tahap dan minat mereka. Latihan dbuat mengikut aras kesukaran dan pendekatan dilakukan mengikut minat pelajar contohnya menyelesaikan sesuatu tugasan dalam kumpulan kecil . Keseronokan bekerja mampu dicapai apabila kita bekerja secara berkumpulan. Kerja berkumpulan merujuk kepada sekumpulan pekerja dalam organisasi yang melaksanakan tugas secara berganding bahu antara satu sama lain dalam kumpulan tersebut bagi mencapai suatu matlamat bersama. Kerja secara berkumpulan dalam panitia boleh menghasilkan panitia
  • 4. menjadi hebat. Melaluinya saya dapat membuat penilaian terhadap pencapaian prestasi sekolah. Sebaliknya guru tidak hanya berpuas hati dengan pencapaian yang telah dicapai. Guru dapat merujuk kepada sumber-sumber lain untuk membantu meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran seperti Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama. Keseronokan bekerja yang wujud daripada kerja berkumpulan ini juga akan menambah ilmu-ilmu yang baru seperti pedagogi terkini dan perisian komputer terkini secara langsung dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran guru. Pelajar mendapat input yang terbaik daripada guru dan mereka lebih berminat untuk belajar dan seterusnya menghasilkan keputusan yang cemerlang dalam keputusan ujian sumatif dan formatif yang akan mereka duduki. Pengurusan yang berkesan membabitkan penyelenggaraan iaitu melakukan pemantauan, meninjau, memerhati, memberi tunjuk ajar dan berbincang dengan ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah mampu meningkatkan keseronokan bekerja. Pemantauan kerja sesama rakan setugas dapat mendekatkan diri seseorang guru dengan rakan dan pihak pengurusan supaya dapat meningkatkan motivasi kerja yang tinggi. Penyeliaan oleh pihak pengurusan dan rakan panitia akan membantu guru menambah baik mutu pengajaran dan pembelajaran. Suasana ini membantu meningkatkan keseronokan bekerja di tempat kerja. Keadaan tempat kerja yang kondusif merupakan satu daripada ciri yang penting bagi seseorang guru untuk berasa seronok di tempat bekerja. Keselesaan tempat kerja guru yang lengkap dengan hawa dingin, peralatan yang sesuai, peralatan komputer lengkap dengan LCD projektor dan sistem bunyi, memberikan guru dan pelajar suasana kerja dan belajar dalam keadaan selesa, nyaman dan seronok. Sebagai seorang guru, hendaklah sentiasa berinisiatif untuk memajukan diri dan profesion keguruan. Secara tidak langsung keseronokan bekerja akan wujud kerana guru akan sentiasa berusaha ke arah yang lebih cemerlang kerana setiap kejayaan dan peningkatan pada pelajar dan sekolah akan mendapat penghargaan daripada pihak pengurusan sekolah. Guru mesti menjadikan kerja mengajar sebagai suatu cabaran memerlukan kesungguhan, komitmen yang tinggi untuk menghadapi sebarang kemungkinan perubahan dalam dunia pendidikan. Daya kreatif dan adanya keinginan mencuba idea yang baru akan menimbulkan keseronokan bekerja. Untuk memupuk daya kreatif guru akan menjadikan program-program kurikulum sebagai alat untuk mengaplikasi kaedah-kaedah dan pendekatan baru. Pengalaman-pengalaman lalu akan menjadikan seseorang guru bertambah matang dalam segala tindakan. Segala kelemahan yang akan datang perlu dihadapi dengan penuh tekad. Guru perlu berusaha untuk membuat satu pendekatan baru supaya pelajar seronok. Dalam pengajaran dan pembelajaran guru perlu berani mencuba kaedah terbaru dan yang terkini agar pengajaran guru sentiasa subur serta disukai pelajar. Hasilnya pelajar lebih seronok dan kefahaman tentang konsep pengajaran bertambah baik dan seterusnya pasti menunjukkan peningkatan pencapaian akademik. Akhirnya guru berasa bangga kerana telah menunjukkan ciri-ciri profesional sebagai seorang guru. Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa kesemua yang telah bincangkan dalam penulisan ini sangat berkait rapat dan merupakan satu cara bagaimana amalan keseronokan bekerja dapat meningkatkan pengajaran dan pembelajaran seseorang guru. Apabila nilai murni keseronokan bekerja dapat guru terapkan dalam diri dan diamalkan, apa juga halangan dan rintangan tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap program pengajaran dan pembelajaran yang dirancang akan dilaksanakan dengan penuh komitmen. Selepas pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran guru perlu menjalankan pemantauan dalam semua
  • 5. aspek pengajaran dan pembelajaran contohnya menyemak latihan pelajar. Pada masa yang sama guru juga berasa begitu seronok menjalankan penilaian terhadap kerja yang telah dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran serta membuat refleksi. Guru juga melakukan penambahbaikan terhadap kelemahan yang terdapat sepanjang menjalankan tugas. Kesemua langkah ini akhirnya pasti berjaya meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru. Impaknya pengajaran dan pembelajaran guru berkesan dan pelajar dapat kesan yang positif dan seronok belajar. Akhirnya dapat meningkatkan pencapaian prestasi akademik pelajar- pelajar. Penutup Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu proses yang berpanjangan dan berterusan selagi dunia pendidikan di dunia ini tidak berkubur. Pengajaran memang mudah diperkatakan. Namun untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang seronok merupakan sesuatu yang perlukan komitmen, tekad, kesungguhan dan dedikasi yang sangat tinggi. Sebenarnya pokok pangkalnya terletak di tangan guru yang akan mencorakkanya. Jika seseorang guru tidak kreatif dalam pengajaran, pelajar akan bosan dan kesan negatifnya akan dirasai oleh semua pihak. Tetapi jika seseorang guru itu kreatif, inovatif, mempunyai daya usaha yang tinggi untuk memajukan pelajarnya, pasti guru tersebut boleh mengubah 360 darjah kemenjadian pelajarnya, insya-Allah. Bibliografi Abdul Wahab bin Jamaludin, Perancangan dan Pengurusan Penyelidikan, di dalam Nadi Pendidikan, Bahagian Perancangan & Penyelidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, Jilid 6, bil 2, 1991. Abdul Sukur Abdullah ( 1998 ), Education Management Focus, Kuala Lumpur, Ministry of Education. Glickman, C.D. Gordon, S.P. & Ross Gordon J. M ( 1995 ) Supervission of Intruction : A Developmental Approach, Needham Heights, MA Ally & Bacon. Press Huberman, A.M & Miles, M.B ( 1984 ) Innovation Up Close, How School Improvement Works, New York, Plenum Press. Sustaining Improvement : A suite of Modules on Coaching, Running, Netsworks and Building Capacity, UK 2003. Tonngak Dua Belas, Etika Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia.