SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 31
J4012/ UNIT 2/1
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

UNIT 2

PENGENALAN KEPADA PNEUMATIK
(SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA)

Objektif am :

OBJEKTIFmemahami sistem penjanaan
Mempelajari dan
serta pengagihan udara.

Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:Menyatakan dan membandingkan jenis-jenis
pemampat udara
Menyatakan dan menerangkan aksesori pemampat
Menyatakan dan menerangkan penyahhidratan
udara
Menyatakan dan menerangkan kesan rawatan
udara
Menyatakan dan menerangkan prinsip kerja
penapis, pengatur tekanan dan pelincir udara.
J4012/ UNIT 2/2
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

INPUT
2.0 PENGENALAN

T

ahukah anda bahawa terdapat beberapa perkara yang berlaku apabila angin
dimampatkan, pertama ialah kenaikan tekanan dan kedua ialah haba yang
banyak dihasilkan. Oleh kerana haba tidak diperlukan di dalam sistem
pneumatik, ianya dikeluarkan dengan menggunakan strip penyejuk pemampat. Pada
peringkat akhir air akan terhasil, ini adalah kerana air tidak boleh dimampatkan dan
ianya diperah keluar pada peringkat mampatan.
Pada masa ini, sistem mampatan boleh didapati dikebanyakan kilang. Ianya harus
diletakkan pada kawasan yang mempunyai ventilasi yang banyak, kuasa yang
diberikan ialah antara 700 – 800 kPa.
2.1 PERSAMAAN YANG BERKAITAN DENGAN UDARA MAMPAT
Sebelum anda teruskan dengan Sistem Pneumatik, eloklah kiranya anda mengetahui
terlebih dahulu persamaan yang berkaitan dengan udara mampat, seperti yang
tersenarai di bawah.
2.1.1 Tekanan
Terdapat 3 cara untuk mengukur tekanan dalam satu sistem iaitu kPa, psi dan
bar. Kesemua udara akan kembali ke atmosfera berdasarkan persamaan unit
di bawah.
1 Atmosfera = 100 kPa (1 Pascal = 1 N/m2)
= 14.5 psi
= 1.01325 bar
J4012/ UNIT 2/3
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.1.2 Hukum Boyles
Seperti juga gas, udara tidak mempunyai bentuk tertentu. Jika isipadu sesuatu
jisim dikurangkan, tekanan akan bertambah kerana ianya berkadaran songsang
terhadap isipadu, iaitu jika isipadu dikurangkan sebanyak ½ kali, tekanan
akan bertambah sebanyak 2 kali seperti Gambarajah 2.1 di bawah..

Gambarajah 2.1 : Tekanan daya ke atas omboh

Sumber:
SMC Pneumatic

Formula yang membuktikan teori tersebut ialah:
P1V1 = P2V2

2.1.3

Daya
Unit untuk daya ialah Newton. Formulanya ialah:
Daya = Tekanan x Keluasan

Pada masa kini dengan adanya bahan serta teknologi pembuatan silinder di
mana ianya mempunyai tahap geseran yang rendah. Formula untuk mengira
daya efektif , Feff dengan anggaran 10% kerugian ialah:
Feff = P x D2 x 7

Di mana unit daya efektif dalam Newton, unit tekanan dalam bar dan diameter
( D2 ) dalam sm2.
J4012/ UNIT 2/4
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.1.4 Dew Point
Wap air terdapat dalam udara sekeliling. Jumlah wap air yang ada boleh
berubah mengikut perubahan suhu. Apabila kita menyatakan bahawa udara
telah padat dengan air, ianya dikenali sebagai “Dew Point”. Jadual 2.1
menunjukkan perkadaran penyejatan air di dalam udara berbanding suhu.

Jadual 2.1 : Penyejatan air di dalam udara

Sumber:
SMC Pneumatic

Untuk mendapatkan kandungan air dalam udara, lakarkan garisan oC kepada
lengkung dan tudingkan (ukuran kedua ialah kepada bahagian kiri graf iaitu
turus gH20/m3 untuk mendapatkan nilai air yang maksimum. Kelembapan
bandingan ( Relative Humudity) adalah penyukatan peratus air dalam satu
isipadu angin/udara, berbanding dengan nilai maksimum udara berdasarkan
suhu tertentu. Garisan melengkung pada Gambarajah 2.2 mewakili garisan
Dew Point atau 100% RH, untuk julat suhu tertentu.

Rajah 2.2 : Garis lengkung Dew Point

Sumber:
SMC Pneumatic
J4012/ UNIT 2/5
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

AKTIVITI 2a

Soalan 2a-1
Isikan tempat kosong di bawah:1. Sistem mampatan boleh didapati dikebanyakkan kilang berkuasa di antara
_______hingga_______kPa
2. Terdapat 3 cara untuk mengukur tekanan iaitu ___________, _________ dan
___________
3. Bagi nilai tekanan,1 atm adalah bersamaan dengan ___________bar.
4. Hukum Boyles menyatakan bahawa jika isipadu suatu jisim dikurangkan, tekanan
akan __________
5. Unit untuk daya ialah___________
Soalan 2a-2
Sila isikan rumus yang berkaitan pada ruang yang disediakan di bawah.

PERKARA
1. Hukum Boyles
2. Daya
3. Daya Efektif

RUMUS
J4012/ UNIT 2/6
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI
Jawapan 2a-1
1.
2.
3.
4.
5.

700,800
kPa,psi dan bar
1.035
bertambah
Newton

Jawapan 2a-2
1. P1V1 = P2V2
2. Daya = Tekanan x Keluasan
3. Feff = P x D2 x 7
J4012/ UNIT 2/7
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

INPUT
2.2 PEMAMPAT UDARA
Pemampat udara memampatkan udara dari tekanan atmosfera ke satu tekanan yang
lebih tinggi. Ini dilakukan oleh pemampat iaitu dengan mengurangkan isipadu udara
itu. Bagi kiraan udara dianggap sebagai mengalami satu proses politropik.
Udara yang dibekalkan mestilah bersih daripada minyak dan bahan cemar. Keadaan
seumpama ini amat penting dalam memproses makanan dan penyenggaraan
peralatan. Udara dimampatkan supaya boleh disimpan dan digunakan untuk
membekalkan tenaga yang berkesan kepada kendalian mesin. Kegunaan udara
termampat adalah seperti di bawah;
Mengendalikan alatan salingan contohnya penukul ribet, penukul menyerpih,
pengorek, pemecah konkrit dan sebagainya.
Mengendalikan alatan berputar contohnya motor udara, pencanai, gerudi, reamer,
pam kendalian udara, wrenches dan sebagainya.
Menyembur cat, minyak, racun serangga dan sebagainya.
Mengendalikan omboh-omboh udara untuk alat penekan, pembuka pintu,
pengangkat, pencengkam dan sebagainya.
Semburan udara untuk tujuan pembersihan.
Mengembangkan tayar kenderaan.
Memulakan enjin diesel yang besar
Mengendalikan alatan kawalan, injap dan sebagainya.
Udara ialah gabungan dari beberapa jenis gas yang menyelubungi bumi sehingga
ketinggian 50,000 meter dari aras laut. Tekanan udara berkadar songsang dengan
altitud atau tinggi, iaitu tekanan udara akan berkurangan pada altitud yang tinggi.
Titik rujukan ialah aras laut di mana tekanan udara (atmosfera) ialah 1.01325 bar
(101.325 kPa). Pada aras 100 meter di atas permukaan laut, tekanan udara ialah 1.00
bar (100 kPa) bagi setiap 100 meter. Apabila pemampat udara dikendalikan pada
altitud tinggi, kecekapannya akan berkurangan.
J4012/ UNIT 2/8
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.3 JENIS-JENIS PEMAMPAT
Pemampat udara boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama seperti di
bawah.

Pemampat

Jenis Anjakan Positif
i. Jenis salingan
ii. Jenis putaran

Jenis Dinamik
i. Jenis aliran jejari
ii. Jenis aliran paksi

2.3.1 Pemampat Jenis Anjakan Positif
Pemampat udara anjakan positif merupakan mesin dengan sekumpulan
isipadu udara atau gas yang diletakkan di dalam bekas tertutup kerana
tekanan akan meningkat apabila isipadu tersebut dikurangkan. Pemampat
udara anjakan positif biasa digunakan di dalam loji-loji pemampat udara
untuk kawalan pneumatik. Pemampat ini terdiri dari dua jenis yang utama
iaitu jenis salingan dan berputar.
Pemampat jenis anjakan positif terbahagi kepada dua kategori iaitu :1. Pemampat jenis salingan
2. Pemampat jenis putaran
2.3.1.1 Pemampat Jenis Salingan
Pemampat jenis salingan terbahagi kepada dua :1. pemampat omboh satu peringkat dan dua peringkat
2. pemampat jenis gegendang


Pemampat omboh satu dan dua peringkat
Pemampat jenis ini menggunakan gerakan piston dalam silinder
untuk memampatkan udara. Biasanya udara termampat
dihasilkan melalui proses mampatan dalam satu atau beberapa
peringkat. Pemampat salingan satu peringkat menghasilkan
J4012/ UNIT 2/9
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

tekanan udara yang lebih rendah daripada pemampat salingan
dua peringkat.
Pemampat salingan satu peringkat memampatkan udara dalam
silinder dengan menggunakan satu piston sahaja. Piston
digerakkan ke bawah dan udara atmosfera disedut masuk ke
ruang silinder melalui liang sedutan seperti rajah 2.3(a).
Apabila injap sedutan terbuka, injap hantaran adalah dalam
keadaan tertutup. Selepas itu proses hantaran bermula dengan
piston bergerak ke atas, injap hantaran terbuka dan injap
sedutan tertutup. Udara dalam ruang atas piston dalam silinder
akan ditolak keluar melalui liang hantaran ke penerima seperti
rajah 2.3(b). Proses ini memampatkan udara sehingga ke suatu
tekanan yang telah dilaraskan.
Injap
sedutan

Injap hantaran

Liang
sedutan

Liang hantaran
Omboh

Sumber :
Pneumatic Control for
Industrial Automation,
AE Press, 1987

(a) Proses Sedutan
(b)Proses Hantaran
Rajah 2.3 : Keratan rentas dan proses pemampat salingan satu peringkat.

Sumber :
SMC Pneumatic

Gambarajah 2.4 : Pemampat salingan satu peringkat
J4012/ UNIT 2/10
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Pemampat salingan dua peringkat memampatkan udara dengan
menggunakan dua piston. Udara disedut ke dalam ruang atas
piston dalam silinder pertama dan dihantar dengan satu tekanan
ke ruang atas piston dalam silinder kedua untuk dimampatkan
ke tekanan yang lebih tinggi. Proses mampatan pada silinder
pertama menghasilkan udara bersuhu tinggi. Penyejuk-antara
digunakan untuk memindahkan haba sebelum udara itu
memasuki silinder kedua.

Liang Sedutan

Liang Hantaran
Udara masuk

Silinder Pertama
Silinder Kedua
Omboh Pertama

Omboh Kedua
Saluran Udara
Termampat

Air Penyejuk Keluar

Penyejuk Antara

Air Penyejuk Masuk

Sumber:
Pneumatic Control for Industrial
Automation,
AE Press, 1987.

Rajah 2.5 : Keratan rentas dan operasi pemampat dua peringkat

Sumber :
SMC Pneumatic

Gambarajah 2.6 : Pemampat dua peringkat
J4012/ UNIT 2/11
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA



Pemampat jenis gegendang
Merujuk kepada rajah 2.7, ianya adalah sama seperti pemampat
berpiston tetapi piston digantikan dengan pemasangan cakera
dan gegendang. Gegendang disambungkan dengan cakera dan
dinding silinder. Udara hanya masuk dan keluar setakat ruang
di dalam gegendang sahaja.

Injap

Gegendang

Sumber:
Pneumatic Control for Industrial
Automation,
AE Press, 1987.

Rajah 2.7 : Pemampat salingan jenis gegendang
2.3.1.2 Pemampat Jenis Putaran
Pemampat Jenis Putaran terbahagi kepada dua iaitu :1. Pemampat Jenis Ram Gelangsar
2. Pemampat Jenis Skru
 Pemampat Ram Gelangsar
Pemampat ini padat, berkelajuan tinggi, bebas dari pencemaran
pelincir dan selalunya mempunyai kecekapan yang lebih tinggi
dari pemampat jenis emparan tetapi tidaklah setinggi kecekapan
pemampat
jenis salingan.Pemampat jenis putaran boleh
menghasilkan tekanan antara 400 kN/m – 800 kN/m.
Keupayaannya boleh mencapai 100 m/min. Unsur asasnya ialah
J4012/ UNIT 2/12
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

pemutar dan beberapa keping ram yang bebas melunsur secara
jejarian di dalam satu selongsong seperti gambarajah 2.8 di bawah.

(a)

(b)

Sumber :
SMC Pneumatic

Gambarajah 2.8 : Menunjukkan (a) ram gelangsar dan
(b) keratan rentas ram gelangsar


Pemampat Jenis Skru
Pemampat jenis skru menggunakan minyak pelincir sebagai
pelindung daripada kebocoran. Ianya sesuai digunakan jika beban
yang dikenakan padanya tidak berubah. Masalah pemampat jenis
skru ialah angin mampat yang dihasilkan mempunyai kandungan
minyak, oleh itu ianya memerlukan penapis minyak yang dipasang
secara siri dibahagian keluaran.

Putaran

Sumber:
Pneumatic Control for Industrial
Automation,
AE Press, 1987.

Keluaran

Masukan

Gambarajah 2.9 : Pemampat Udara Jenis Skru
J4012/ UNIT 2/13
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.3.2

Pemampat Jenis Dinamik
Udara atau gas yang dimampatkan melalui gerakan dinamik ram yang
berputar menghasilkan halaju dan tekanan kepada udara atau gas yang
mengalir. Aliran udara di dalam aliran paksi adalah sama arah dengan
gerakan gandar, manakala di dalam pemampat emparan, pengaliran udara
adalah sama arah dengan putaran jejarinya. Kadangkala pemampat
emparan disebut sebagai penghembus atau peniup bergantung kepada
bagaiman dinamiknya gerakan udara. Pemampat jenis ini digunakan
apabila kadar aliran dan isipadu yang tinggi diperlukan.
Pemampat jenis dinamik biasanya tidak dapat menghasilkan tekanan yang
tinggi oleh itu ia tidak digunakan sebagai pemampat kepada sistem
pneumatik. Walaupun ia dapat menghasilkan kuantiti udara yang tinggi
tetapi ia hanya berfungsi sebagai kipas atau penghembus.

Sumber:
Pneumatic Control for Industrial
Automation,
AE Press, 1987.

(a)

(b)

Gambarajah 2.10 : (a) Jenis Aliran Paksi, dan (b) Jenis Aliran Jejari
J4012/ UNIT 2/14
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.4

PENGHASILAN UDARA BEBAS
Penghantaran udara bebas ditakrifkan sebagai penghantaran udara pada keadaan
tekanan atmosfera adalah berbeza dari tempat ke tempat maka suatu piawai udara
selalu digunakan dan dikenali sebagai udara bebas piawai. Bagi udara bebas piawai
tekanan diambil sebagai 1.010 bar dan suhu 00 C.
2.4.1 Kelengkapan Sistem Mampatan udara
Sistem mampatan udara memerlukan kelengkapan tertentu bagi memastikan
kerja pemampatan dapat dilaksanakan dengan baik. Di antara kelengkapan
sistem mampatan udara adalah seperti berikut :Turus Sedutan dan Penyenyap
Tabung Udara
Injap Pelega
Unit Servis atau Unit Khidmat
Gambarajah 2.11, menunjukkan susunan loji dan unit-unit utama pemampat
udara.

Gambarajah 2.11 : Loji Pemampat Udara
J4012/ UNIT 2/15
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

2.4.1.1 Turas Sedutan dan Penyenyap
Setiap sistem pemampat memerlukan turas sedutan untuk mengeluarkan
zarah-zarah kotoran sebelum udara memasuki liang masuk. Turas ini
biasanya jenis kubang minyak atau elemen kertas yang memerlukan
senggaraan atau gantian dari masa ke semasa.
Satu penyenyap adakalanya diperlukan bagi melenyapkan kebisingan
udara yang memasuki pemampat. Ia boleh dipasang sebelum atau selepas
turas bergantung kepada kesan penyenyap yang diperlukan.
2.4.1.2 Tabung Udara
Pemampat sama ada yang besar atau kecil selalunya dilengkapkan dengan
satu penerima udara. Penerima hanyalah sebuah takungan atau tangki
yang dapat diisikan dengan udara termampat.
Fungsi Tabung Udara adalah seperti berikut :Menapis udara yang masuk ke dalam sistem utama (Penapis Masukan)
Menyimpan udara termampat bagi mengelakkan pemampat beroperasi
secara berterusan.
Meredan denyutan tekanan yang datang daripada pemampat atau
sistem pneumatik.
Memindah haba bagi menyejukkan udara termampat bagi
menggalakkan peluwap menitis ke bawah takungan sebelum udara
disalurkan ke sistem pneumatik.
Mengumpul peluwap dan cemaran daripada udara.
Injap pelega yang berada dibahagian atas tabung udara berfungsi untuk
mengawal tekanan yang berlebihan.
J4012/ UNIT 2/16
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Injap Pelega

Keluaran

Masukan

Injap Pelepasan
Sumber:
SMC Pneumatic

Gambarajah 2.12 : Tabung Udara dan Simbol Piawainya

2.4.1.3 Injap Pelega
Alat ini merupakan penerima udara yang dipasang di tempat perantaraan
untuk menyamankan tekanan yang berubah-ubah di dalam sistem dan
memastikan tekanan kendalian sentiasa malar. Penumpuk perantaraan
hendaklah dipasang pada tiap-tiap loji yang menggunakan bekalan pusat
udara termampat. Dengan kewujudan penumpuk di dalam susunan loji,
tekanan dalam talian panjang terpampas menyusut dan halaju aliran dalam
saluran dapat disenggarakan dengan mudah.
2.4.1.4

Unit Servis atau Unit Khidmat
Alat ini merupakan satu pakej yang mengandungi turas udara, pengatur
tekanan dan pelincir seperti gambarajah 2.13 di bawah.
J4012/ UNIT 2/17
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Sumber:
Pneumatic Control for Industrial
Automation,
AE Press, 1987.
PENAPIS
UDARA

PENGATUR
TEKANAN

PELINCIR

Gambarajah 2.13 : Unit Servis

Penapis udara

- penapis udara digunakan untuk
membersihkan udara termampat
daripada segala kekotoran dan juga
air terpeluwap yang terkumpul.

Sumber :
SMC Pneumatic

Gambarajah 2.14: Penapis udara
Pengatur Tekanan- Pengatur tekanan merupakan injap
penurun
yang
memastikan
tekanan kerja yang besar berkeadaan
malar
walaupun
terdapat
ketidakseimbangan dalam tekanan
udara utama dan kadar penggunaan
udara. Tekanan masukan hendaklah
Sumber :
sentiasa lebih tinggi daripada
SMC Pneumatic
tekanan keluaran.
Gambarajah 2.15: Pengatur tekanan
J4012/ UNIT 2/18
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Pelincir

Sumber :
SMC Pneumatic

Gambarajah 2.16: Pelincir

- Bekalan pelincir yang mencukupi
diperlukan untuk peralatan pneumatik.
Pemasangan saluran dibuat secara
perpaipan. Paip diperbuat daripada
getah, plastik ataupun logam. Paip
yang digunakan sebagai saluran gas
tidak boleh digunakan sama sekali.
Perkara-perkara penting yang mesti
diperhatikan
dalam
pemasangan
saluran paip ialah halaju aliran dan
susutan tekanan dalam paip dan sendi
di sepanjang perpaipan utama.
J4012/ UNIT 2/19
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

AKTIVITI 2b

Soalan 2b-1
Isikan tempat kosong di bawah.
Pemampat

1.____________________
i.________________________
ii________________________

Soalan 2b-2
Nyatakan empat kelengkapan sistem mampatan
1._____________________________________
2._____________________________________
3._____________________________________
4._____________________________________
Soalan 2b-3
Unit servis terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
1.______________________________
2.______________________________
3._______________________________

2.___________________
i. ________________________
ii.________________________
J4012/ UNIT 2/20
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 2b
Jawapan 2b-1
Pemampat

1. Jenis Anjakan Positif
i. Jenis salingan
ii. Jenis putaran

Jawapan 2b-2
1. Turus sedutan dan penyenyap
2. Tabung Udara
3. Injap pelega
4. Unit servis atau unit khidmat

Jawapan 2b-3
1. Penapis Udara
2. Pengatur tekanan
3. Pelincir

2.4 PENYAHIDRATAN UDARA

2. Jenis Dinamik
i. Jenis aliran jejari
ii. Jenis aliran paksi
J4012/ UNIT 2/21
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Fungsi proses penyahidratan
udara ialah untuk menurunkan suhu dan
mengeringkan udara selepas proses pemampatan. Proses penyahidratan udara
boleh dibahagikan kepada dua bahagian seperti di bawah;



Pendingin Lanjutan
Pengering Udara

2.4.1

Pendingin lanjutan
Pendingin lanjutan juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu;
Dingin Udara – Proses penyejukan dilakukan dengan menggunakan
udara.
Dingin Air – Proses penyejukan dilakukan dengan menggunakan air
sebagai bahantara.

Sumber :
Pneumatic Control for Industrial
Automation,
AE Press, 1987.

Sumber :
SMC Pneumatic

Gambarajah 2.17 : Unit Dingin Udara
J4012/ UNIT 2/22
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Sumber :
Pneumatic Control for Industrial
Automation,
AE Press, 1987.

Sumber:
SMC Pneumatic

Gambarajah 2.18 : Unit Dingin Air
2.5.2

Pengering Udara
Pengering udara boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu:
Jenis Serapan

Jenis Jerapan

Jenis Bahan Pendingin
2.5.2.1 Pengering Jenis Resapan
Pengering jenis resapan menggunakan kimia jenis kelembapcairan
bagi menyerap air daripada udara. Setelah menyerap air kimia ini
akan menjadi cecair. Diantara kimia yang selalu digunakan adalah
urea, lithium dan kalsium klorida. Gambarajah Unit Pengering Jenis
Resapan adalah gambarajah 2.19 di bawah.

Sumber :
SMC Pneumatic

Gambarajah 2.19 :Unit Pengering Jenis Resapan
J4012/ UNIT 2/23
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Silinder penakung dibina untuk menyimpan bahan kimia penyerap
dalam jumlah yang banyak. Udara yang dimampat mengalir masuk
daripada bahagian bawah silinder penakung dan mengalir ke aras atas
menerusi bahan penyerap sebelum udara kering dialirkan keluar.
Bahan kimia yang menyerap lembapan dari udara akan menjadi
lembap dan cair lalu menitik ke bawah. Bahan kimia di dalam
penakung akan berkurangan dan perlu ditambah dari masa ke semasa
melalui ruang menambah di bahagian atas penakung.
2.5.2.2 Pengering Jenis Jerapan (Adsorption )
Pengering jenis ini menggunakan kaedah kimia bagi mengeringkan
udara. Kaedah jerapan bermakna air daripada udara akan melekat
pada permukaan kimia pengering yang digunakan.Bahan pengering
ini biasanya terdiri daripada jel silika dan alumina teraktif yang
diisikan ke dalam silinder. Gambarajah Unit Pengering Jenis Jerapan
adalah seperti di bawah :-

Sumber :
SMC Pneumatic

Gambarajah 2.20 : Unit Pengering Jenis Jerapan
Udara basah akan masuk dari bahagian bawah dan keluar sebagai
udara kering di bahagian atas. Sekiranya udara yang lebih kering
J4012/ UNIT 2/24
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

diperlukan, udara akan dialirkan semula ke silinder kedua dan
dikeluarkan di bahagian bawah silinder kedua.
2.5.2.3 Pengering Bahan Pendingin
Udara yang telah dimampatkan kira-kira pada suhu 44oC masuk
melalui salur masuk melalui paip. Udara basah mengalir terus melalui
penyejuk udara ke udara dan terus ke pemisah air. Pada pemisah air,
air yang terkumpul akan menitik ke bawah. Udara yang separuh
kering dan sejuk dialirkan terus ke penyejuk “ udara ke bahan
penyejuk” dan keluar ke pemisah air kedua di mana air yang
terkumpul akan menitik ke bawah. Udara yang telah kering dan sejuk
dialirkan pula ke penyejuk “udara ke udara” sebelum udara dialirkan
ke sistem. Udara yang keluar dari Pengering Penyejuk merupakan
udara kering dan sejuk. Suhu yang keluar lebih kurang 2oC.
Gambarajah 2.21 di bawah menunjukkan unit pengering bahan
pendingin.

Gambarajah 2.21 : Unit Pengering Bahan Pendingin
J4012/ UNIT 2/25
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

AKTIVITI 2c

Soalan 2c-1
Sila isikan jawapan anda pada ruang kosong yang disediakan ;
a. Mengikut Hukum Boyle, apabila isipadu jisim ……………….. tekanan udara
akan bertambah.
b. Unit …………… digunakan untuk mengukur daya.
c. Mengikut Hukum Dew Point jumlah ………………. boleh berubah mengikut
perubahan suhu.
d. Penyukat peratus air dalam satu isipadu udara dipanggil ……………………
e. Udara yang dibekalkan kepada sistem pneumatik mestilah bersih daripada
……………….. dan ………………..
f. Titik rujukan aras laut dimana tekanan udara ialah bersamaan ………………. bar.
g. Jenis pemampat boleh dibahagikan kepada dua iaitu ………………… dan
………………..
h. Pemampat jenis ………………. menggunakan minyak pelincir sebagai pelindung
daripada kebocoran.
i. Tabung udara digunakan untuk …………………………
j. Fungsi proses penyahidratan udara ialah untuk menurunkan suhu dan
…………………
k. Dingin ……………… merupakan proses penyejukkan yang dilakukan dengan
menggunakan udara.
J4012/ UNIT 2/26
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

l. Pengering jenis …………………. menggunakan bahan kimia untuk menyerap
udara lembab daripada udara disekeliling.
Soalan 2c-2
Sila pilih dan padankan maklumat pada senarai 1 dengan item pada senarai 2.
Senarai 1
Mempunyai satu piston sahaja yang
digerakkan ke atas dan ke bawah

Senarai 2
a. Pemampat jenis skru

ii.

Mempunyai dua piston, satu
bertekanan rendah dan satu
bertekanan tinggi.

b. Pemampat salingan satu
peringkat.

iii.

Berputar dengan kelajuan tinggi
dan bebas dari pencemaran pelincir.

c. Pemampat salingan dua
peringkat.

iv.

Menggunakan minyak pelincir
sebagai pelindung daripada
kebocoran.

d. Pemampat jenis pump
gelansar.

i.

e. Pemampat aliran paksi.
J4012/ UNIT 2/27
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 2c

Soalan 2c-1
a.
b.
c.
d.
e.
f.

Berkurangan
Newton
Wap air
Kelembapan bandingan
Minyak, bahan cemar
1.013 bar

g.
h.
i.
j.
k.
l.

Anjakan positif, dinamik
Skru
Udara
Pengeringan udara
Udara
Penyerapan

Soalan 2c-2
Senarai 1
Mempunyai satu piston sahaja yang
digerakkan ke atas dan ke bawah

Senarai 2
a. Pemampat jenis skru

ii.

Mempunyai dua piston, satu
bertekana rendah dan satu
bertekanan tinggi.

b. Pemampat salingan satu
peringkat.

iii.

Berputar dengan kelajuan tinggi
dan bebas dari pencemaran pelincir.

c. Pemampat aliran paksi.

iv.

Menggunakan minyak pelincir
sebagai pelindung daripada
kebocoran.

d. Pemampat jenis pump
gelansar.

i.

e. Pemampat salingan dua
peringkat.
J4012/ UNIT 2/28
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

PENILAIAN KENDIRI
UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
SELANJUTNYA…!
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.
1. Nyatakan DUA kumpulan utama Pemampat Udara
2. Berikan Definasi Penghantaran Udara
3. Senaraikan LIMA kelengkapan system mampatan udara bagi memastikan kerja
pemampatan udara dapat dilaksanakan dengan baik.
4. Dengan bantuan gambarajah, terangkan bagaimana pengering jenis jerapan berfungsi.
5. Terangkan dengan ringkas prinsip kerja pemampat anjakan positif dan anjakan
dinamik.

SELAMAT MENCUBA….
J4012/ UNIT 2/29
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

MAKLUM BALAS KEPADA
PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 1
DUA kumpulan utama Pemampat Udara:a) Jenis Anjakan Positif
b) Jenis Anjakan Dinamik
Jawapan 2
Definasi penghantaran udara bebas ditakrif sebagai penghantaran udara pada keadaan
atmosfera berbaza dari tempat ke tempat, maka suhu piawai udara selalu digunakan dan
dikenali sebagai Udara bebas piawai. Bagi udara piawai, tekanan diambil 1.010 bar
dan suhu 0° C.
Jawapan 3
Lima kelengkapan sistem mampatan ialah:a)
b)
c)
d)
e)

Turus sedutan dan penyeyap
Penerima udara
Penumpuk udara
Unit servis atau unit khidmat
Pengering dan penyejuk
J4012/ UNIT 2/30
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

Jawapan 4
Unit Pengering Jenis Rejapan menggunakan kaedah kimia bagi mengeringkan udara.
Kaedah jerapan bermakna air daripada udara akan melekat pada permukaan kimia
pengering yang digunakan.Bahan pengering ini biasanya terdiri daripada jel silika dan
alumina teraktif yang diisikan ke dalam silinder.
Udara basah akan masuk dari bahagian bawah dan keluar sebagai udara kering di
bahagian atas. Sekiranya udara yang lebih kering diperlukan, udara akan dialirkan
semula ke silinder kedua dan dikeluarkan di bahagian bawah silinder kedua.

Jawapan 5
5a. Pemampat Udara Anjakan Positif
Pemampat udara anjakan positif merupakan mesin dengan sekumpulan isipadu udara
atau gas yang diletakkan di dalam bekas tertutup kerana tekanan akan meningkat
apabila isipadu tersebut dikurangkan. Pemampat udara anjakan positif biasa
digunakan di dalam loji-loji pemampat udara untuk kawalan pneumatik. Pemampat
ini terdiri dari dua jenis yang utama iaitu jenis salingan dan berputar.
J4012/ UNIT 2/31
SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA

5b. Pemampat Udara Anjakan Dinamik
Udara atau gas yang dimampatkan melaui gerakan dinamik ram yang berputar
menghasilkan halaju dan tekanan kepada udara atau gas yang mangalir. Aliran udara
di dalam aliran paksi adalah sama arah dengan gerakan gandar, manakala di dalam
pemampat emparan, pengaliran udara adalah sama arah dengan putaran jejarinya.
Kadangkala pemampat emparan disebut sebagai penghembus atau peniup bergantung
kepada bagaiman dinamiknya gerakan udara. Pemampat jenis ini digunakan apabila
kadar aliran dan isipadu yang tinggi diperlukan.

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatik
Fendy Endy
 
pengenalan sensor
pengenalan sensorpengenalan sensor
pengenalan sensor
Epy Tradisy
 
E4141 sistem kawalan 1 unit1
E4141 sistem kawalan 1 unit1E4141 sistem kawalan 1 unit1
E4141 sistem kawalan 1 unit1
Asraf Malik
 

Was ist angesagt? (20)

J4012 unit2
J4012 unit2 J4012 unit2
J4012 unit2
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit9
J4012 pneumatik dan hidraulik unit9J4012 pneumatik dan hidraulik unit9
J4012 pneumatik dan hidraulik unit9
 
Hidraulik
HidraulikHidraulik
Hidraulik
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatik
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit8
J4012 pneumatik dan hidraulik unit8J4012 pneumatik dan hidraulik unit8
J4012 pneumatik dan hidraulik unit8
 
Elektro pneumatik
Elektro pneumatikElektro pneumatik
Elektro pneumatik
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit10
J4012 pneumatik dan hidraulik unit10J4012 pneumatik dan hidraulik unit10
J4012 pneumatik dan hidraulik unit10
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit5
J4012 pneumatik dan hidraulik unit5J4012 pneumatik dan hidraulik unit5
J4012 pneumatik dan hidraulik unit5
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
J4012 pneumatik dan hidraulik unit6
 
Lab pneumatic
Lab pneumatic Lab pneumatic
Lab pneumatic
 
J4012 pneumatik dan hidraulik unit11
J4012 pneumatik dan hidraulik unit11J4012 pneumatik dan hidraulik unit11
J4012 pneumatik dan hidraulik unit11
 
Modul 8 hydraulic
Modul 8 hydraulicModul 8 hydraulic
Modul 8 hydraulic
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatik
 
BAB 1 pengenalan SISTEM HIDRAULIK .pdf
BAB 1 pengenalan SISTEM HIDRAULIK .pdfBAB 1 pengenalan SISTEM HIDRAULIK .pdf
BAB 1 pengenalan SISTEM HIDRAULIK .pdf
 
Electrohydraulic
ElectrohydraulicElectrohydraulic
Electrohydraulic
 
Unit1
Unit1Unit1
Unit1
 
hidraulik
hidraulikhidraulik
hidraulik
 
Litar pneumatik
Litar pneumatikLitar pneumatik
Litar pneumatik
 
pengenalan sensor
pengenalan sensorpengenalan sensor
pengenalan sensor
 
E4141 sistem kawalan 1 unit1
E4141 sistem kawalan 1 unit1E4141 sistem kawalan 1 unit1
E4141 sistem kawalan 1 unit1
 

Andere mochten auch (6)

introduction to Pneumatic
introduction to Pneumaticintroduction to Pneumatic
introduction to Pneumatic
 
Pneumatic Lab 3 JJ512
Pneumatic Lab 3 JJ512Pneumatic Lab 3 JJ512
Pneumatic Lab 3 JJ512
 
Lab pneumatic 2
Lab pneumatic 2Lab pneumatic 2
Lab pneumatic 2
 
PNEUMATIC
PNEUMATICPNEUMATIC
PNEUMATIC
 
Pengukuran penyaman udara
Pengukuran penyaman udaraPengukuran penyaman udara
Pengukuran penyaman udara
 
Pneumatic circuits
Pneumatic circuitsPneumatic circuits
Pneumatic circuits
 

Ähnlich wie J4012 pneumatik dan hidraulik unit2

Sistem Refrigerasi
Sistem Refrigerasi Sistem Refrigerasi
Sistem Refrigerasi
Reandy Risky
 
Chapter compressors and compressed air systems (bahasa ind
Chapter   compressors and compressed air systems (bahasa indChapter   compressors and compressed air systems (bahasa ind
Chapter compressors and compressed air systems (bahasa ind
'Purwanto' Magl
 
Performasi koil pendingin (Evaporator Perfomance)
Performasi koil pendingin (Evaporator Perfomance)Performasi koil pendingin (Evaporator Perfomance)
Performasi koil pendingin (Evaporator Perfomance)
nanda_auliana
 
080326 kitar penyamanan udara asas - andi
080326   kitar penyamanan udara asas - andi080326   kitar penyamanan udara asas - andi
080326 kitar penyamanan udara asas - andi
Pudin Mahari
 
Sistim pneumatik dan hidrolik
Sistim pneumatik dan hidrolikSistim pneumatik dan hidrolik
Sistim pneumatik dan hidrolik
macyie9897
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatik
Wahyu Pram
 
Jtptunimus gdl-s1-2008-dhonaelsap-978-ta+dona+-a
Jtptunimus gdl-s1-2008-dhonaelsap-978-ta+dona+-aJtptunimus gdl-s1-2008-dhonaelsap-978-ta+dona+-a
Jtptunimus gdl-s1-2008-dhonaelsap-978-ta+dona+-a
rianmitra
 
Chapter compressors and compressed air systems (bahasa ind
Chapter   compressors and compressed air systems (bahasa indChapter   compressors and compressed air systems (bahasa ind
Chapter compressors and compressed air systems (bahasa ind
zhool32
 
Sistem Pneumatik N Hidrolik
Sistem Pneumatik N HidrolikSistem Pneumatik N Hidrolik
Sistem Pneumatik N Hidrolik
MOHD SHUKRI
 

Ähnlich wie J4012 pneumatik dan hidraulik unit2 (20)

Screw compressor
Screw compressorScrew compressor
Screw compressor
 
Dasar Tata Udara, Pemanasan Sensibel
Dasar Tata Udara, Pemanasan SensibelDasar Tata Udara, Pemanasan Sensibel
Dasar Tata Udara, Pemanasan Sensibel
 
Isi pneumatik
Isi pneumatikIsi pneumatik
Isi pneumatik
 
Sistem Refrigerasi
Sistem Refrigerasi Sistem Refrigerasi
Sistem Refrigerasi
 
Pneumatik
PneumatikPneumatik
Pneumatik
 
Chapter compressors and compressed air systems (bahasa ind
Chapter   compressors and compressed air systems (bahasa indChapter   compressors and compressed air systems (bahasa ind
Chapter compressors and compressed air systems (bahasa ind
 
Performasi koil pendingin (Evaporator Perfomance)
Performasi koil pendingin (Evaporator Perfomance)Performasi koil pendingin (Evaporator Perfomance)
Performasi koil pendingin (Evaporator Perfomance)
 
Materi pertemuan 2 Penerapan Sistem Robotik
Materi pertemuan 2   Penerapan Sistem RobotikMateri pertemuan 2   Penerapan Sistem Robotik
Materi pertemuan 2 Penerapan Sistem Robotik
 
Pressure Valve dan aplikasi di gedung bertingkat.pptx
Pressure Valve dan aplikasi di gedung bertingkat.pptxPressure Valve dan aplikasi di gedung bertingkat.pptx
Pressure Valve dan aplikasi di gedung bertingkat.pptx
 
080326 kitar penyamanan udara asas - andi
080326   kitar penyamanan udara asas - andi080326   kitar penyamanan udara asas - andi
080326 kitar penyamanan udara asas - andi
 
Sistim pneumatik dan hidrolik
Sistim pneumatik dan hidrolikSistim pneumatik dan hidrolik
Sistim pneumatik dan hidrolik
 
PPT_ FISIKA S123_AC.pptx
PPT_ FISIKA S123_AC.pptxPPT_ FISIKA S123_AC.pptx
PPT_ FISIKA S123_AC.pptx
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatik
 
Sistem pneumatik
Sistem pneumatikSistem pneumatik
Sistem pneumatik
 
Jtptunimus gdl-s1-2008-dhonaelsap-978-ta+dona+-a
Jtptunimus gdl-s1-2008-dhonaelsap-978-ta+dona+-aJtptunimus gdl-s1-2008-dhonaelsap-978-ta+dona+-a
Jtptunimus gdl-s1-2008-dhonaelsap-978-ta+dona+-a
 
Chapter ac and refrigeration (bahasa indonesia)
Chapter   ac and refrigeration (bahasa indonesia)Chapter   ac and refrigeration (bahasa indonesia)
Chapter ac and refrigeration (bahasa indonesia)
 
Presentation1.pptx
Presentation1.pptxPresentation1.pptx
Presentation1.pptx
 
Chapter compressors and compressed air systems (bahasa ind
Chapter   compressors and compressed air systems (bahasa indChapter   compressors and compressed air systems (bahasa ind
Chapter compressors and compressed air systems (bahasa ind
 
Resume Kompressor MKE_.pptx
Resume Kompressor MKE_.pptxResume Kompressor MKE_.pptx
Resume Kompressor MKE_.pptx
 
Sistem Pneumatik N Hidrolik
Sistem Pneumatik N HidrolikSistem Pneumatik N Hidrolik
Sistem Pneumatik N Hidrolik
 

Mehr von Asraf Malik

Basic Control System unit6
Basic Control System unit6Basic Control System unit6
Basic Control System unit6
Asraf Malik
 
Basic Control System unit5
Basic Control System unit5Basic Control System unit5
Basic Control System unit5
Asraf Malik
 
Basic Control System unit4
Basic Control System unit4Basic Control System unit4
Basic Control System unit4
Asraf Malik
 
Basic Control System unit3
Basic Control System unit3Basic Control System unit3
Basic Control System unit3
Asraf Malik
 
Basic Control System unit2
Basic Control System unit2Basic Control System unit2
Basic Control System unit2
Asraf Malik
 
Basic Control System unit1
Basic Control System unit1Basic Control System unit1
Basic Control System unit1
Asraf Malik
 
Basic Control System unit0
Basic Control System unit0Basic Control System unit0
Basic Control System unit0
Asraf Malik
 

Mehr von Asraf Malik (20)

JF608: Quality Control - Unit 6
JF608: Quality Control - Unit 6JF608: Quality Control - Unit 6
JF608: Quality Control - Unit 6
 
JF608: Quality Control - Unit 5
JF608: Quality Control - Unit 5JF608: Quality Control - Unit 5
JF608: Quality Control - Unit 5
 
Mechanical Component and Maintenance
Mechanical Component and MaintenanceMechanical Component and Maintenance
Mechanical Component and Maintenance
 
JF608: Quality Control - Unit 4
JF608: Quality Control - Unit 4JF608: Quality Control - Unit 4
JF608: Quality Control - Unit 4
 
JF608: Quality Control - Unit 3
JF608: Quality Control - Unit 3JF608: Quality Control - Unit 3
JF608: Quality Control - Unit 3
 
JF608: Quality Control - Unit 2
JF608: Quality Control - Unit 2JF608: Quality Control - Unit 2
JF608: Quality Control - Unit 2
 
JF608: Quality Control - Unit 1
JF608: Quality Control - Unit 1JF608: Quality Control - Unit 1
JF608: Quality Control - Unit 1
 
Basic Control System unit6
Basic Control System unit6Basic Control System unit6
Basic Control System unit6
 
Basic Control System unit5
Basic Control System unit5Basic Control System unit5
Basic Control System unit5
 
Basic Control System unit4
Basic Control System unit4Basic Control System unit4
Basic Control System unit4
 
Basic Control System unit3
Basic Control System unit3Basic Control System unit3
Basic Control System unit3
 
Basic Control System unit2
Basic Control System unit2Basic Control System unit2
Basic Control System unit2
 
Basic Control System unit1
Basic Control System unit1Basic Control System unit1
Basic Control System unit1
 
Basic Control System unit0
Basic Control System unit0Basic Control System unit0
Basic Control System unit0
 
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 7
MATERIAL TECHNOLOGY  - CHAPTER 7MATERIAL TECHNOLOGY  - CHAPTER 7
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 7
 
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8
MATERIAL TECHNOLOGY - CHAPTER 8
 
MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6
MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6
MATERIAL TECHNOLOGY 2 - CHAPTER 6
 
MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5
MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5
MATERIAL TECHNOLOGY : CHAPTER 5
 
MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4
MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4
MATERIAL TECHNOLOGY 1: CHAPTER 4
 
JF302: Material Technology, Chapter 3
JF302: Material Technology, Chapter 3JF302: Material Technology, Chapter 3
JF302: Material Technology, Chapter 3
 

J4012 pneumatik dan hidraulik unit2

  • 1. J4012/ UNIT 2/1 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA UNIT 2 PENGENALAN KEPADA PNEUMATIK (SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA) Objektif am : OBJEKTIFmemahami sistem penjanaan Mempelajari dan serta pengagihan udara. Objektif Khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:Menyatakan dan membandingkan jenis-jenis pemampat udara Menyatakan dan menerangkan aksesori pemampat Menyatakan dan menerangkan penyahhidratan udara Menyatakan dan menerangkan kesan rawatan udara Menyatakan dan menerangkan prinsip kerja penapis, pengatur tekanan dan pelincir udara.
  • 2. J4012/ UNIT 2/2 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA INPUT 2.0 PENGENALAN T ahukah anda bahawa terdapat beberapa perkara yang berlaku apabila angin dimampatkan, pertama ialah kenaikan tekanan dan kedua ialah haba yang banyak dihasilkan. Oleh kerana haba tidak diperlukan di dalam sistem pneumatik, ianya dikeluarkan dengan menggunakan strip penyejuk pemampat. Pada peringkat akhir air akan terhasil, ini adalah kerana air tidak boleh dimampatkan dan ianya diperah keluar pada peringkat mampatan. Pada masa ini, sistem mampatan boleh didapati dikebanyakan kilang. Ianya harus diletakkan pada kawasan yang mempunyai ventilasi yang banyak, kuasa yang diberikan ialah antara 700 – 800 kPa. 2.1 PERSAMAAN YANG BERKAITAN DENGAN UDARA MAMPAT Sebelum anda teruskan dengan Sistem Pneumatik, eloklah kiranya anda mengetahui terlebih dahulu persamaan yang berkaitan dengan udara mampat, seperti yang tersenarai di bawah. 2.1.1 Tekanan Terdapat 3 cara untuk mengukur tekanan dalam satu sistem iaitu kPa, psi dan bar. Kesemua udara akan kembali ke atmosfera berdasarkan persamaan unit di bawah. 1 Atmosfera = 100 kPa (1 Pascal = 1 N/m2) = 14.5 psi = 1.01325 bar
  • 3. J4012/ UNIT 2/3 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA 2.1.2 Hukum Boyles Seperti juga gas, udara tidak mempunyai bentuk tertentu. Jika isipadu sesuatu jisim dikurangkan, tekanan akan bertambah kerana ianya berkadaran songsang terhadap isipadu, iaitu jika isipadu dikurangkan sebanyak ½ kali, tekanan akan bertambah sebanyak 2 kali seperti Gambarajah 2.1 di bawah.. Gambarajah 2.1 : Tekanan daya ke atas omboh Sumber: SMC Pneumatic Formula yang membuktikan teori tersebut ialah: P1V1 = P2V2 2.1.3 Daya Unit untuk daya ialah Newton. Formulanya ialah: Daya = Tekanan x Keluasan Pada masa kini dengan adanya bahan serta teknologi pembuatan silinder di mana ianya mempunyai tahap geseran yang rendah. Formula untuk mengira daya efektif , Feff dengan anggaran 10% kerugian ialah: Feff = P x D2 x 7 Di mana unit daya efektif dalam Newton, unit tekanan dalam bar dan diameter ( D2 ) dalam sm2.
  • 4. J4012/ UNIT 2/4 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA 2.1.4 Dew Point Wap air terdapat dalam udara sekeliling. Jumlah wap air yang ada boleh berubah mengikut perubahan suhu. Apabila kita menyatakan bahawa udara telah padat dengan air, ianya dikenali sebagai “Dew Point”. Jadual 2.1 menunjukkan perkadaran penyejatan air di dalam udara berbanding suhu. Jadual 2.1 : Penyejatan air di dalam udara Sumber: SMC Pneumatic Untuk mendapatkan kandungan air dalam udara, lakarkan garisan oC kepada lengkung dan tudingkan (ukuran kedua ialah kepada bahagian kiri graf iaitu turus gH20/m3 untuk mendapatkan nilai air yang maksimum. Kelembapan bandingan ( Relative Humudity) adalah penyukatan peratus air dalam satu isipadu angin/udara, berbanding dengan nilai maksimum udara berdasarkan suhu tertentu. Garisan melengkung pada Gambarajah 2.2 mewakili garisan Dew Point atau 100% RH, untuk julat suhu tertentu. Rajah 2.2 : Garis lengkung Dew Point Sumber: SMC Pneumatic
  • 5. J4012/ UNIT 2/5 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA AKTIVITI 2a Soalan 2a-1 Isikan tempat kosong di bawah:1. Sistem mampatan boleh didapati dikebanyakkan kilang berkuasa di antara _______hingga_______kPa 2. Terdapat 3 cara untuk mengukur tekanan iaitu ___________, _________ dan ___________ 3. Bagi nilai tekanan,1 atm adalah bersamaan dengan ___________bar. 4. Hukum Boyles menyatakan bahawa jika isipadu suatu jisim dikurangkan, tekanan akan __________ 5. Unit untuk daya ialah___________ Soalan 2a-2 Sila isikan rumus yang berkaitan pada ruang yang disediakan di bawah. PERKARA 1. Hukum Boyles 2. Daya 3. Daya Efektif RUMUS
  • 6. J4012/ UNIT 2/6 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI Jawapan 2a-1 1. 2. 3. 4. 5. 700,800 kPa,psi dan bar 1.035 bertambah Newton Jawapan 2a-2 1. P1V1 = P2V2 2. Daya = Tekanan x Keluasan 3. Feff = P x D2 x 7
  • 7. J4012/ UNIT 2/7 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA INPUT 2.2 PEMAMPAT UDARA Pemampat udara memampatkan udara dari tekanan atmosfera ke satu tekanan yang lebih tinggi. Ini dilakukan oleh pemampat iaitu dengan mengurangkan isipadu udara itu. Bagi kiraan udara dianggap sebagai mengalami satu proses politropik. Udara yang dibekalkan mestilah bersih daripada minyak dan bahan cemar. Keadaan seumpama ini amat penting dalam memproses makanan dan penyenggaraan peralatan. Udara dimampatkan supaya boleh disimpan dan digunakan untuk membekalkan tenaga yang berkesan kepada kendalian mesin. Kegunaan udara termampat adalah seperti di bawah; Mengendalikan alatan salingan contohnya penukul ribet, penukul menyerpih, pengorek, pemecah konkrit dan sebagainya. Mengendalikan alatan berputar contohnya motor udara, pencanai, gerudi, reamer, pam kendalian udara, wrenches dan sebagainya. Menyembur cat, minyak, racun serangga dan sebagainya. Mengendalikan omboh-omboh udara untuk alat penekan, pembuka pintu, pengangkat, pencengkam dan sebagainya. Semburan udara untuk tujuan pembersihan. Mengembangkan tayar kenderaan. Memulakan enjin diesel yang besar Mengendalikan alatan kawalan, injap dan sebagainya. Udara ialah gabungan dari beberapa jenis gas yang menyelubungi bumi sehingga ketinggian 50,000 meter dari aras laut. Tekanan udara berkadar songsang dengan altitud atau tinggi, iaitu tekanan udara akan berkurangan pada altitud yang tinggi. Titik rujukan ialah aras laut di mana tekanan udara (atmosfera) ialah 1.01325 bar (101.325 kPa). Pada aras 100 meter di atas permukaan laut, tekanan udara ialah 1.00 bar (100 kPa) bagi setiap 100 meter. Apabila pemampat udara dikendalikan pada altitud tinggi, kecekapannya akan berkurangan.
  • 8. J4012/ UNIT 2/8 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA 2.3 JENIS-JENIS PEMAMPAT Pemampat udara boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama seperti di bawah. Pemampat Jenis Anjakan Positif i. Jenis salingan ii. Jenis putaran Jenis Dinamik i. Jenis aliran jejari ii. Jenis aliran paksi 2.3.1 Pemampat Jenis Anjakan Positif Pemampat udara anjakan positif merupakan mesin dengan sekumpulan isipadu udara atau gas yang diletakkan di dalam bekas tertutup kerana tekanan akan meningkat apabila isipadu tersebut dikurangkan. Pemampat udara anjakan positif biasa digunakan di dalam loji-loji pemampat udara untuk kawalan pneumatik. Pemampat ini terdiri dari dua jenis yang utama iaitu jenis salingan dan berputar. Pemampat jenis anjakan positif terbahagi kepada dua kategori iaitu :1. Pemampat jenis salingan 2. Pemampat jenis putaran 2.3.1.1 Pemampat Jenis Salingan Pemampat jenis salingan terbahagi kepada dua :1. pemampat omboh satu peringkat dan dua peringkat 2. pemampat jenis gegendang  Pemampat omboh satu dan dua peringkat Pemampat jenis ini menggunakan gerakan piston dalam silinder untuk memampatkan udara. Biasanya udara termampat dihasilkan melalui proses mampatan dalam satu atau beberapa peringkat. Pemampat salingan satu peringkat menghasilkan
  • 9. J4012/ UNIT 2/9 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA tekanan udara yang lebih rendah daripada pemampat salingan dua peringkat. Pemampat salingan satu peringkat memampatkan udara dalam silinder dengan menggunakan satu piston sahaja. Piston digerakkan ke bawah dan udara atmosfera disedut masuk ke ruang silinder melalui liang sedutan seperti rajah 2.3(a). Apabila injap sedutan terbuka, injap hantaran adalah dalam keadaan tertutup. Selepas itu proses hantaran bermula dengan piston bergerak ke atas, injap hantaran terbuka dan injap sedutan tertutup. Udara dalam ruang atas piston dalam silinder akan ditolak keluar melalui liang hantaran ke penerima seperti rajah 2.3(b). Proses ini memampatkan udara sehingga ke suatu tekanan yang telah dilaraskan. Injap sedutan Injap hantaran Liang sedutan Liang hantaran Omboh Sumber : Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987 (a) Proses Sedutan (b)Proses Hantaran Rajah 2.3 : Keratan rentas dan proses pemampat salingan satu peringkat. Sumber : SMC Pneumatic Gambarajah 2.4 : Pemampat salingan satu peringkat
  • 10. J4012/ UNIT 2/10 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Pemampat salingan dua peringkat memampatkan udara dengan menggunakan dua piston. Udara disedut ke dalam ruang atas piston dalam silinder pertama dan dihantar dengan satu tekanan ke ruang atas piston dalam silinder kedua untuk dimampatkan ke tekanan yang lebih tinggi. Proses mampatan pada silinder pertama menghasilkan udara bersuhu tinggi. Penyejuk-antara digunakan untuk memindahkan haba sebelum udara itu memasuki silinder kedua. Liang Sedutan Liang Hantaran Udara masuk Silinder Pertama Silinder Kedua Omboh Pertama Omboh Kedua Saluran Udara Termampat Air Penyejuk Keluar Penyejuk Antara Air Penyejuk Masuk Sumber: Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987. Rajah 2.5 : Keratan rentas dan operasi pemampat dua peringkat Sumber : SMC Pneumatic Gambarajah 2.6 : Pemampat dua peringkat
  • 11. J4012/ UNIT 2/11 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA  Pemampat jenis gegendang Merujuk kepada rajah 2.7, ianya adalah sama seperti pemampat berpiston tetapi piston digantikan dengan pemasangan cakera dan gegendang. Gegendang disambungkan dengan cakera dan dinding silinder. Udara hanya masuk dan keluar setakat ruang di dalam gegendang sahaja. Injap Gegendang Sumber: Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987. Rajah 2.7 : Pemampat salingan jenis gegendang 2.3.1.2 Pemampat Jenis Putaran Pemampat Jenis Putaran terbahagi kepada dua iaitu :1. Pemampat Jenis Ram Gelangsar 2. Pemampat Jenis Skru  Pemampat Ram Gelangsar Pemampat ini padat, berkelajuan tinggi, bebas dari pencemaran pelincir dan selalunya mempunyai kecekapan yang lebih tinggi dari pemampat jenis emparan tetapi tidaklah setinggi kecekapan pemampat jenis salingan.Pemampat jenis putaran boleh menghasilkan tekanan antara 400 kN/m – 800 kN/m. Keupayaannya boleh mencapai 100 m/min. Unsur asasnya ialah
  • 12. J4012/ UNIT 2/12 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA pemutar dan beberapa keping ram yang bebas melunsur secara jejarian di dalam satu selongsong seperti gambarajah 2.8 di bawah. (a) (b) Sumber : SMC Pneumatic Gambarajah 2.8 : Menunjukkan (a) ram gelangsar dan (b) keratan rentas ram gelangsar  Pemampat Jenis Skru Pemampat jenis skru menggunakan minyak pelincir sebagai pelindung daripada kebocoran. Ianya sesuai digunakan jika beban yang dikenakan padanya tidak berubah. Masalah pemampat jenis skru ialah angin mampat yang dihasilkan mempunyai kandungan minyak, oleh itu ianya memerlukan penapis minyak yang dipasang secara siri dibahagian keluaran. Putaran Sumber: Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987. Keluaran Masukan Gambarajah 2.9 : Pemampat Udara Jenis Skru
  • 13. J4012/ UNIT 2/13 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA 2.3.2 Pemampat Jenis Dinamik Udara atau gas yang dimampatkan melalui gerakan dinamik ram yang berputar menghasilkan halaju dan tekanan kepada udara atau gas yang mengalir. Aliran udara di dalam aliran paksi adalah sama arah dengan gerakan gandar, manakala di dalam pemampat emparan, pengaliran udara adalah sama arah dengan putaran jejarinya. Kadangkala pemampat emparan disebut sebagai penghembus atau peniup bergantung kepada bagaiman dinamiknya gerakan udara. Pemampat jenis ini digunakan apabila kadar aliran dan isipadu yang tinggi diperlukan. Pemampat jenis dinamik biasanya tidak dapat menghasilkan tekanan yang tinggi oleh itu ia tidak digunakan sebagai pemampat kepada sistem pneumatik. Walaupun ia dapat menghasilkan kuantiti udara yang tinggi tetapi ia hanya berfungsi sebagai kipas atau penghembus. Sumber: Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987. (a) (b) Gambarajah 2.10 : (a) Jenis Aliran Paksi, dan (b) Jenis Aliran Jejari
  • 14. J4012/ UNIT 2/14 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA 2.4 PENGHASILAN UDARA BEBAS Penghantaran udara bebas ditakrifkan sebagai penghantaran udara pada keadaan tekanan atmosfera adalah berbeza dari tempat ke tempat maka suatu piawai udara selalu digunakan dan dikenali sebagai udara bebas piawai. Bagi udara bebas piawai tekanan diambil sebagai 1.010 bar dan suhu 00 C. 2.4.1 Kelengkapan Sistem Mampatan udara Sistem mampatan udara memerlukan kelengkapan tertentu bagi memastikan kerja pemampatan dapat dilaksanakan dengan baik. Di antara kelengkapan sistem mampatan udara adalah seperti berikut :Turus Sedutan dan Penyenyap Tabung Udara Injap Pelega Unit Servis atau Unit Khidmat Gambarajah 2.11, menunjukkan susunan loji dan unit-unit utama pemampat udara. Gambarajah 2.11 : Loji Pemampat Udara
  • 15. J4012/ UNIT 2/15 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA 2.4.1.1 Turas Sedutan dan Penyenyap Setiap sistem pemampat memerlukan turas sedutan untuk mengeluarkan zarah-zarah kotoran sebelum udara memasuki liang masuk. Turas ini biasanya jenis kubang minyak atau elemen kertas yang memerlukan senggaraan atau gantian dari masa ke semasa. Satu penyenyap adakalanya diperlukan bagi melenyapkan kebisingan udara yang memasuki pemampat. Ia boleh dipasang sebelum atau selepas turas bergantung kepada kesan penyenyap yang diperlukan. 2.4.1.2 Tabung Udara Pemampat sama ada yang besar atau kecil selalunya dilengkapkan dengan satu penerima udara. Penerima hanyalah sebuah takungan atau tangki yang dapat diisikan dengan udara termampat. Fungsi Tabung Udara adalah seperti berikut :Menapis udara yang masuk ke dalam sistem utama (Penapis Masukan) Menyimpan udara termampat bagi mengelakkan pemampat beroperasi secara berterusan. Meredan denyutan tekanan yang datang daripada pemampat atau sistem pneumatik. Memindah haba bagi menyejukkan udara termampat bagi menggalakkan peluwap menitis ke bawah takungan sebelum udara disalurkan ke sistem pneumatik. Mengumpul peluwap dan cemaran daripada udara. Injap pelega yang berada dibahagian atas tabung udara berfungsi untuk mengawal tekanan yang berlebihan.
  • 16. J4012/ UNIT 2/16 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Injap Pelega Keluaran Masukan Injap Pelepasan Sumber: SMC Pneumatic Gambarajah 2.12 : Tabung Udara dan Simbol Piawainya 2.4.1.3 Injap Pelega Alat ini merupakan penerima udara yang dipasang di tempat perantaraan untuk menyamankan tekanan yang berubah-ubah di dalam sistem dan memastikan tekanan kendalian sentiasa malar. Penumpuk perantaraan hendaklah dipasang pada tiap-tiap loji yang menggunakan bekalan pusat udara termampat. Dengan kewujudan penumpuk di dalam susunan loji, tekanan dalam talian panjang terpampas menyusut dan halaju aliran dalam saluran dapat disenggarakan dengan mudah. 2.4.1.4 Unit Servis atau Unit Khidmat Alat ini merupakan satu pakej yang mengandungi turas udara, pengatur tekanan dan pelincir seperti gambarajah 2.13 di bawah.
  • 17. J4012/ UNIT 2/17 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Sumber: Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987. PENAPIS UDARA PENGATUR TEKANAN PELINCIR Gambarajah 2.13 : Unit Servis Penapis udara - penapis udara digunakan untuk membersihkan udara termampat daripada segala kekotoran dan juga air terpeluwap yang terkumpul. Sumber : SMC Pneumatic Gambarajah 2.14: Penapis udara Pengatur Tekanan- Pengatur tekanan merupakan injap penurun yang memastikan tekanan kerja yang besar berkeadaan malar walaupun terdapat ketidakseimbangan dalam tekanan udara utama dan kadar penggunaan udara. Tekanan masukan hendaklah Sumber : sentiasa lebih tinggi daripada SMC Pneumatic tekanan keluaran. Gambarajah 2.15: Pengatur tekanan
  • 18. J4012/ UNIT 2/18 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Pelincir Sumber : SMC Pneumatic Gambarajah 2.16: Pelincir - Bekalan pelincir yang mencukupi diperlukan untuk peralatan pneumatik. Pemasangan saluran dibuat secara perpaipan. Paip diperbuat daripada getah, plastik ataupun logam. Paip yang digunakan sebagai saluran gas tidak boleh digunakan sama sekali. Perkara-perkara penting yang mesti diperhatikan dalam pemasangan saluran paip ialah halaju aliran dan susutan tekanan dalam paip dan sendi di sepanjang perpaipan utama.
  • 19. J4012/ UNIT 2/19 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA AKTIVITI 2b Soalan 2b-1 Isikan tempat kosong di bawah. Pemampat 1.____________________ i.________________________ ii________________________ Soalan 2b-2 Nyatakan empat kelengkapan sistem mampatan 1._____________________________________ 2._____________________________________ 3._____________________________________ 4._____________________________________ Soalan 2b-3 Unit servis terbahagi kepada 3 bahagian iaitu: 1.______________________________ 2.______________________________ 3._______________________________ 2.___________________ i. ________________________ ii.________________________
  • 20. J4012/ UNIT 2/20 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 2b Jawapan 2b-1 Pemampat 1. Jenis Anjakan Positif i. Jenis salingan ii. Jenis putaran Jawapan 2b-2 1. Turus sedutan dan penyenyap 2. Tabung Udara 3. Injap pelega 4. Unit servis atau unit khidmat Jawapan 2b-3 1. Penapis Udara 2. Pengatur tekanan 3. Pelincir 2.4 PENYAHIDRATAN UDARA 2. Jenis Dinamik i. Jenis aliran jejari ii. Jenis aliran paksi
  • 21. J4012/ UNIT 2/21 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Fungsi proses penyahidratan udara ialah untuk menurunkan suhu dan mengeringkan udara selepas proses pemampatan. Proses penyahidratan udara boleh dibahagikan kepada dua bahagian seperti di bawah;   Pendingin Lanjutan Pengering Udara 2.4.1 Pendingin lanjutan Pendingin lanjutan juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu; Dingin Udara – Proses penyejukan dilakukan dengan menggunakan udara. Dingin Air – Proses penyejukan dilakukan dengan menggunakan air sebagai bahantara. Sumber : Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987. Sumber : SMC Pneumatic Gambarajah 2.17 : Unit Dingin Udara
  • 22. J4012/ UNIT 2/22 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Sumber : Pneumatic Control for Industrial Automation, AE Press, 1987. Sumber: SMC Pneumatic Gambarajah 2.18 : Unit Dingin Air 2.5.2 Pengering Udara Pengering udara boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang utama iaitu: Jenis Serapan  Jenis Jerapan  Jenis Bahan Pendingin 2.5.2.1 Pengering Jenis Resapan Pengering jenis resapan menggunakan kimia jenis kelembapcairan bagi menyerap air daripada udara. Setelah menyerap air kimia ini akan menjadi cecair. Diantara kimia yang selalu digunakan adalah urea, lithium dan kalsium klorida. Gambarajah Unit Pengering Jenis Resapan adalah gambarajah 2.19 di bawah. Sumber : SMC Pneumatic Gambarajah 2.19 :Unit Pengering Jenis Resapan
  • 23. J4012/ UNIT 2/23 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Silinder penakung dibina untuk menyimpan bahan kimia penyerap dalam jumlah yang banyak. Udara yang dimampat mengalir masuk daripada bahagian bawah silinder penakung dan mengalir ke aras atas menerusi bahan penyerap sebelum udara kering dialirkan keluar. Bahan kimia yang menyerap lembapan dari udara akan menjadi lembap dan cair lalu menitik ke bawah. Bahan kimia di dalam penakung akan berkurangan dan perlu ditambah dari masa ke semasa melalui ruang menambah di bahagian atas penakung. 2.5.2.2 Pengering Jenis Jerapan (Adsorption ) Pengering jenis ini menggunakan kaedah kimia bagi mengeringkan udara. Kaedah jerapan bermakna air daripada udara akan melekat pada permukaan kimia pengering yang digunakan.Bahan pengering ini biasanya terdiri daripada jel silika dan alumina teraktif yang diisikan ke dalam silinder. Gambarajah Unit Pengering Jenis Jerapan adalah seperti di bawah :- Sumber : SMC Pneumatic Gambarajah 2.20 : Unit Pengering Jenis Jerapan Udara basah akan masuk dari bahagian bawah dan keluar sebagai udara kering di bahagian atas. Sekiranya udara yang lebih kering
  • 24. J4012/ UNIT 2/24 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA diperlukan, udara akan dialirkan semula ke silinder kedua dan dikeluarkan di bahagian bawah silinder kedua. 2.5.2.3 Pengering Bahan Pendingin Udara yang telah dimampatkan kira-kira pada suhu 44oC masuk melalui salur masuk melalui paip. Udara basah mengalir terus melalui penyejuk udara ke udara dan terus ke pemisah air. Pada pemisah air, air yang terkumpul akan menitik ke bawah. Udara yang separuh kering dan sejuk dialirkan terus ke penyejuk “ udara ke bahan penyejuk” dan keluar ke pemisah air kedua di mana air yang terkumpul akan menitik ke bawah. Udara yang telah kering dan sejuk dialirkan pula ke penyejuk “udara ke udara” sebelum udara dialirkan ke sistem. Udara yang keluar dari Pengering Penyejuk merupakan udara kering dan sejuk. Suhu yang keluar lebih kurang 2oC. Gambarajah 2.21 di bawah menunjukkan unit pengering bahan pendingin. Gambarajah 2.21 : Unit Pengering Bahan Pendingin
  • 25. J4012/ UNIT 2/25 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA AKTIVITI 2c Soalan 2c-1 Sila isikan jawapan anda pada ruang kosong yang disediakan ; a. Mengikut Hukum Boyle, apabila isipadu jisim ……………….. tekanan udara akan bertambah. b. Unit …………… digunakan untuk mengukur daya. c. Mengikut Hukum Dew Point jumlah ………………. boleh berubah mengikut perubahan suhu. d. Penyukat peratus air dalam satu isipadu udara dipanggil …………………… e. Udara yang dibekalkan kepada sistem pneumatik mestilah bersih daripada ……………….. dan ……………….. f. Titik rujukan aras laut dimana tekanan udara ialah bersamaan ………………. bar. g. Jenis pemampat boleh dibahagikan kepada dua iaitu ………………… dan ……………….. h. Pemampat jenis ………………. menggunakan minyak pelincir sebagai pelindung daripada kebocoran. i. Tabung udara digunakan untuk ………………………… j. Fungsi proses penyahidratan udara ialah untuk menurunkan suhu dan ………………… k. Dingin ……………… merupakan proses penyejukkan yang dilakukan dengan menggunakan udara.
  • 26. J4012/ UNIT 2/26 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA l. Pengering jenis …………………. menggunakan bahan kimia untuk menyerap udara lembab daripada udara disekeliling. Soalan 2c-2 Sila pilih dan padankan maklumat pada senarai 1 dengan item pada senarai 2. Senarai 1 Mempunyai satu piston sahaja yang digerakkan ke atas dan ke bawah Senarai 2 a. Pemampat jenis skru ii. Mempunyai dua piston, satu bertekanan rendah dan satu bertekanan tinggi. b. Pemampat salingan satu peringkat. iii. Berputar dengan kelajuan tinggi dan bebas dari pencemaran pelincir. c. Pemampat salingan dua peringkat. iv. Menggunakan minyak pelincir sebagai pelindung daripada kebocoran. d. Pemampat jenis pump gelansar. i. e. Pemampat aliran paksi.
  • 27. J4012/ UNIT 2/27 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA MAKLUM BALAS KEPADA AKTIVITI 2c Soalan 2c-1 a. b. c. d. e. f. Berkurangan Newton Wap air Kelembapan bandingan Minyak, bahan cemar 1.013 bar g. h. i. j. k. l. Anjakan positif, dinamik Skru Udara Pengeringan udara Udara Penyerapan Soalan 2c-2 Senarai 1 Mempunyai satu piston sahaja yang digerakkan ke atas dan ke bawah Senarai 2 a. Pemampat jenis skru ii. Mempunyai dua piston, satu bertekana rendah dan satu bertekanan tinggi. b. Pemampat salingan satu peringkat. iii. Berputar dengan kelajuan tinggi dan bebas dari pencemaran pelincir. c. Pemampat aliran paksi. iv. Menggunakan minyak pelincir sebagai pelindung daripada kebocoran. d. Pemampat jenis pump gelansar. i. e. Pemampat salingan dua peringkat.
  • 28. J4012/ UNIT 2/28 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA PENILAIAN KENDIRI UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA. 1. Nyatakan DUA kumpulan utama Pemampat Udara 2. Berikan Definasi Penghantaran Udara 3. Senaraikan LIMA kelengkapan system mampatan udara bagi memastikan kerja pemampatan udara dapat dilaksanakan dengan baik. 4. Dengan bantuan gambarajah, terangkan bagaimana pengering jenis jerapan berfungsi. 5. Terangkan dengan ringkas prinsip kerja pemampat anjakan positif dan anjakan dinamik. SELAMAT MENCUBA….
  • 29. J4012/ UNIT 2/29 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA MAKLUM BALAS KEPADA PENILAIAN KENDIRI Jawapan 1 DUA kumpulan utama Pemampat Udara:a) Jenis Anjakan Positif b) Jenis Anjakan Dinamik Jawapan 2 Definasi penghantaran udara bebas ditakrif sebagai penghantaran udara pada keadaan atmosfera berbaza dari tempat ke tempat, maka suhu piawai udara selalu digunakan dan dikenali sebagai Udara bebas piawai. Bagi udara piawai, tekanan diambil 1.010 bar dan suhu 0° C. Jawapan 3 Lima kelengkapan sistem mampatan ialah:a) b) c) d) e) Turus sedutan dan penyeyap Penerima udara Penumpuk udara Unit servis atau unit khidmat Pengering dan penyejuk
  • 30. J4012/ UNIT 2/30 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA Jawapan 4 Unit Pengering Jenis Rejapan menggunakan kaedah kimia bagi mengeringkan udara. Kaedah jerapan bermakna air daripada udara akan melekat pada permukaan kimia pengering yang digunakan.Bahan pengering ini biasanya terdiri daripada jel silika dan alumina teraktif yang diisikan ke dalam silinder. Udara basah akan masuk dari bahagian bawah dan keluar sebagai udara kering di bahagian atas. Sekiranya udara yang lebih kering diperlukan, udara akan dialirkan semula ke silinder kedua dan dikeluarkan di bahagian bawah silinder kedua. Jawapan 5 5a. Pemampat Udara Anjakan Positif Pemampat udara anjakan positif merupakan mesin dengan sekumpulan isipadu udara atau gas yang diletakkan di dalam bekas tertutup kerana tekanan akan meningkat apabila isipadu tersebut dikurangkan. Pemampat udara anjakan positif biasa digunakan di dalam loji-loji pemampat udara untuk kawalan pneumatik. Pemampat ini terdiri dari dua jenis yang utama iaitu jenis salingan dan berputar.
  • 31. J4012/ UNIT 2/31 SISTEM PENJANAAN DAN PENGAGIHAN UDARA 5b. Pemampat Udara Anjakan Dinamik Udara atau gas yang dimampatkan melaui gerakan dinamik ram yang berputar menghasilkan halaju dan tekanan kepada udara atau gas yang mangalir. Aliran udara di dalam aliran paksi adalah sama arah dengan gerakan gandar, manakala di dalam pemampat emparan, pengaliran udara adalah sama arah dengan putaran jejarinya. Kadangkala pemampat emparan disebut sebagai penghembus atau peniup bergantung kepada bagaiman dinamiknya gerakan udara. Pemampat jenis ini digunakan apabila kadar aliran dan isipadu yang tinggi diperlukan.