SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 19
1.0 PENGENALAN



1.1 KONSEP KECERDASAN


Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang individu yang dipelajari dari
pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari.
Istilah kecerdasan mula diperkenalkan oleh Francis Galton pada akhir tahun 1800-an. Galton
merupakan sepupu kepada tokoh teori evolusi yang terkenal, Charles Darwin. Galton percaya
bahawa keupayaan intelektual adalah diwarisi, namun beliau gagal untuk membentuk ujian
kecerdasan yang boleh digunakan dalam kajian. Walaupun beliau tidak berjaya dalam
kajiannya, namun Galton telah memberikan ilmu psikologi dengan konsep kecerdasan.
         Perkataan kecerdasan diambil daripada kata dasar ‘cerdas’. menurut Kamus Dewan
Edisi Empat, cerdas bermaksud sempurna akal (utk berfikir, mengerti, dll), cerdik, pandai,
pintar. Kecerdasan juga membawa maksud yang lebih kurang sama iaitu kesempurnaan akal
(utk berfikir, mengerti, dan lain-lain spt kepandaian, kepintaran, kecerdikan).


1.2      KECERDASAN INTELEK


Ahli psikologi telah memberi pelbagai definisi yang berbeza bagi konsep kecerdasan. Setiap
definisi memberi penekanan pada kebolehan dan kemahiran tertentu yang penting, antaranya
ialah:
Alfred Binet (1916), beliau sebagai pelopor dalam menyusun ujian kecerdasan yang
berpendapat bahawa kecerdasan terbahagi kepada tiga aspek kemampuan iaitu:
a) “Direction”, kemampuan untuk memusatkan kepada masalah yang hendak diselesaikan.
b)“Adaptation”,kemampuan untuk mengadakan adaptasi terhadap masalah yang dihadapinya
atau fleksibel dalam menghadapi masalah.
c) “Criticism”, kemampuan untuk mengadakan kritikan, baik terhadap masalah yang dihadapi
mahupun terhadap dirinya sendiri.


Menurut Edward Thorndike (1913), kecerdasan adalah kemampuan individu untuk memberi
respon yang tepat terhadap stimulus yang diterimanya. Menurut David Wechsler (1958),
kecerdasan sebagai kemampuan yang menyeluruh untuk bertindak secara sengaja, berfikir


[Kecerdasan]                                                                        Page 1
secara rasional, dan berurusan secara berkesan dengan persekitaran. Mengikut Piaget (1950),
kecerdasan adalah kebolehan individu membuat adaptasi pada persekitaran fizikal dan sosial.


1.3    KECERDASAN EMOSI


Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, emosi dapat ditakrifkan sebagai suatu perasaan atau jiwa
yang kuat. Menurut Oxford English Dictionary pula, emosi bermaksud setiap pergerakan atau
pergolakan fikiran, perasaan, nafsu; setiapkeadaan mental yang hebat atau meluap-luap.
Secara umumnya emosi bermaksud perasaan. Manusia merupakan antara hidupan yang
memiliki emosi yang sangat kompleks dan halus. Emosi juga adalah adaptasi evolusi, kerana
meningkatkan kemampuan organism untuk mengalami dan mengevolusi lingkungannya dan
kemudian menambah kemungkinan hidup. Manakala kecerdasan pula didefinisikan menurut
Kamus Dewan edisi ketiga sebagai kesempurnaan akal untuk berfikir, memahami, mengerti
dan seumpamanya. Dari segi kontekstual, dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan emosi
merupakan sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta
membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya
memanfaatkan maklumat sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu.


1.4    KECERDASAN SPIRITUAL

Kecerdasan spiritual atau dikenali sebagai SQ (Spiritual Quotient) adalah kecerdasan jiwa
yang membantu seseorang untuk mengembangkan dirinya secara utuh melalui penciptaan
kemungkinan untuk menerapkan nilai-nilai positif. Kecerdasan spiritual yang berkembang
dengan baik akan ditunjukan dengan kemampuan seseorang untuk bersikap fleksibel dan
mudah menyesuaikan diri dengan sekelilingnya, memiliki tingkat kesedaran yang tinggi,
mampu menghadapi penderitaan dan rasa sakit, mampu mengambil pelajaran yang berharga
daripada sesuatu kegagalan, mampu mewujudkan hidup sesuai dengan visi dan misi, mampu
melihat perkaitan antara berbagai-bagai keadaan, berdikari, serta pada akhirny amembuat
seseorang memahami dalam kehidupan.




2.0 TEORI-TEORI KECERDASAN
[Kecerdasan]                                                                          Page 2
2.1    TEORI KECERDASAN KEJAYAAN ( TRIARCHIC STERNBERG)


Teori ini diasaskan oleh Robert Sternberg. Beliau adalah seorang ahli psikologi yang lahir
pada 8 Disember 1949. Beliau adalah bekas professor dalam psikologi dan pendidikan di
Universiti Yales. Beliau mendapat pendidikan Ijazah Pertama di Universiti Yales dan PhD
daripada Universiti Stanford. Beliau telah mengarang sebanyak 600 buah buku dan artikel.
Robert Sternberg telah menganggap kecerdasan adalah berkaitan dengan pemprosesan
maklumat. Beliau telah mengkaji bagaimana maklumat yang kita dapati itu “mengalir” dalam
diri kita dan bagaimana maklumat tersebut berubah mengikut keperluan diri. Analisis yang
dilakukannya akhirnya munculnya Model Kecerdasan Bercabang Tiga ( atau triarchic).
       Sternberg mengakui bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai satu
kecerdasan sahaja. Terdapat sesetengah individu yang mempunyai integrasi ketiga-tiga jenis
kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang sangat tinggi. Model Kecerdasan
Bercabang Tiga ini terdiri daripada komponen analitikal, komponen pengalaman, dan
komponen praktikal.


2.1.1 Komponen Analitikal.
Ciri utama kecerdasan ini ialah menganalisis. Kecerdasan seseorang individu dalam bidang
akademik bolehlah dipanggil sebagai kecerdasan analitikal. Ia merupkan keupayaan seseorang
individu untuk merumus masalah, mengatur strategi dan menyelesaikan masalah. Contohnya,
pelajar yang menjawab soalan matematik telah menggunakan kaedah analisis iaitu mengesan
tajuk, formula, dan merangka jalan penyelesaian sehingga mendapat jawapan.


2.1.2 Komponen Pengalaman
Kecerdasan ini boleh dijelaskan dengan kreativiti. Kecerdasan ini boleh disebut sebagai
kebolehan untuk mengatasi situasi baru seterusnya mempelajari ciri tersebut. Seseorang yang
mempunyai kecerdasan pengalaman walaupun apabila diuji dengan menggunakan ujian IQ
mendapat markah yang sedikit tetapi mereka adalah seorang yang kreatif. Mereka jenis ini
lebih bersifat matang dalam menyelesaikan masalah. Contohnya, mereka mempunyai bakat
dan kreativiti dalam bersajak, menulis puisi ataupun mengeluarkan idea mereka di dalam
lukisan mereka.
2.1.3 Kecerdasan Praktikal

[Kecerdasan]                                                                        Page 3
Kecerdasan Praktikal adalah bagaimana seseorang individu dapat mengadaptasikan ilmu yang
mereka ada dalam kehidupan seharian mereka. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini
pandai mengorak langkah untuk berjaya dalam hidup. Mereka menggunakan ilmu yang
mereka ada untuk menyesuaikan diri dengan situasi sebenar kehidupan. Contohnya seseorang
yang belajar bertutur dalam bahasa inggeris telah menggunakan kemahiran berbahasa apabila
dia melancong ke luar negara.


2.2 TEORI KECERDASAN EMOSI
Kecerdasan Emosi merujuk satu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan
psikologikal dan biologikal serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.
Kecerdasan Emosi ialah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan
orang lain dari aspek peraaan, emosi dan tingkahlaku. Menurut Daniel Goleman (1977), 8
jenis emosi yang utama ialah Marah, Sedih, Takut, Gembira, Sayang, Hairan, Benci dan
Malu. Menurut Goleman lagi, ada lima komponen penting dalam Teori Kecerdasan Emosi
iaitu yang pertama;


2.2.1   Kenali Emosi Diri.
        Seseorang individu perlu mengenal perasaan emosi mereka sendiri iaitu sama ada
        dirinya berada dalam keadaan suka, sedih, marah, dan sebagainya. Sebagai contoh,
        Aminah berasa sangat gembira apabila mendapat keputusan yang cemerlang di dalam
        peperiksaan. Emosi Aminah pada ketika ini adalah gembira.


2.2.2 Mengawal dan Mengelola Emosi Diri
        Pada bahagian ini, merujuk kepada kemampuan individu untuk menangani perasaan
        sehingga mencapai keseimbangan. Berbagai-bagai cara yang dilakukan oleh seeorang
        individu itu bagi mengawal dan mengelolakan emosi diri sendiri contohnya seperti
        mendengar muzik, pergi bersiar-siar ke tempat yang tenang, bersendirian,
        menghabiskan masa bersama keluarga dan sebagainya. Cara kawalan ini dapat
        membantu seseorang untuk meningkatkan kecerdasan dalam dirinya dan bagaimana ia
        membuat keputusan.




   2.2.3   Motivasi Diri emosi

[Kecerdasan]                                                                       Page 4
Motivasi diri ialah keupayaan mengatur emosi ke arah yang lebih positif dan
            meningkatkan cara berfikir secara rasional dan optimis. Seseorang yang
            mempunyai motivasi diri yang tinggi dapat meningkatkan keyakinan diri mereka
            dan mempunyai semangat yang tinggi.


   2.2.4    Memahami Emosi orang Lain (Empati)
            Empati adalah kemampuan untuk membayang dan menghayati perasaan orang lan.
            Empati adalah satu peraaan dimana seseorang itu mampu untuk menerima sudut
            pandangan orang lan. Seseorang individu itu peka terhadap orang lain dan mampu
            untuk mendengar masalah orang lain. Seseorang yang berempati yang tinggi
            adalah orang yang boleh menjadi pendengar yang setia.


 2.3 TEORI KECERDASAN PELBAGAI (Howard Gardner)


Howard Gardner adalah seorang ahli pesikologi perkembangan yang terkenal mendapat
pendidikan dari Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan
psikologi   perkembangan yang mengetengahkan kerja-kerja dalam bidang perkembangan
kreativiti kanak-kanak. Gardner juga dikenali melalui hubungan dengan kerja-kerja yang
berkaitan dengan artistik.   Minatnya dalam kreativiti bermula pada awal tahun 1970-an
semasa beliau mengkaji perhubungan seni dan perkembangan manusia. Bukunya Artful
Scribbles yang dihasilkan dalam tahun 1980 mengkaji kehebatan kreativiti di kalangan kanak-
kanak dan kreativiti ini berkurangan apabila kanak-kanak menjadi semakin matang.
Seterusnya, Gardner menulis tentang pemerhatiannya terhadap kepelbagaian kecerdasan yang
kemudiannya telah dijadikan buku seminar dalam komuniti pendidikan.
       Beliau menyimpulkan bahawa terdapat 8 jenis kecerdasan manusia. 8 jenis kecerdasan
yang dimaksudkan ialah kecerdasan verbal-linguistik, logik-matematik, ruang, muzik,
interpersonal, intrapersonal, kinestetik dan naturalis. Gardner (1999) telah menambah satu
lagi jenis kecerdasan ke dalam teori beliau iaitu kecerdasan eksistensial. Namun begitu, teori
kecerdasan pelbagai yang diterima umum mempunyai 8 jenis kecerdasan (Moreno, 2010).
Jadual berikut menerangkan jenis dan definisi kecerdasan, dan kemahiran yang ada pada
individu terbabit.


3.0 KECERDASAN PELBAGAI (JENIS, DEFINISI, KEMAHIRAN)

[Kecerdasan]                                                                           Page 5
JENIS           DEFINISI                            KEMAHIRAN INDIVIDU
KECERDASAN
Verbal-    Kepekaan terhadap fungsi bahasa Menggunakan kemahiran verbal sama
linguistik      dan bunyi, irama dan makna ada melalui pertuturan atau penulisan,
                perkataan                           mendengar dan mudah menyakinkan
                                             orang lain melalui pandangannya
Logik-          Kepekaan dan keupayaan untuk Menyelesaikan masalah, mengelas &
matematik       membezakan logik atau nombor mengkategorikan                    maklumat,
                dan mengendalikan penaakulan memahami             konsep    abstrak    &
                panjang                             mengaitkannya dengan konsep lain
Visual-ruang    Kecerdasan       menepati    ruang, Menyelesaikan    'puzzle',   mudah
                melukis,       membentuk     corak, mentafsir imej visual, rekabentuk
                mewarna, mencipta dan membina objek, manipulasi objek, melakar dan
                gambaran         mental       serta mewarna
                mengamati dunia visual
Muzik           Kepekaan    dan      keupayaan Menulis lirik dan lagu, bermain alat
                menghasilkan irama, ritma, bunyi muzik, mengingati melodi, memahami
                muzik penghargaan muzik        struktur & ritma muzik
Interpersonal   Peka dan boleh bertindak balas Mendengar, menggunakan             empati,
                kepada mood, perangai, motivasi, kaunseling, bekerjasama kumpulan,
                dan keinginan orang lain            mampu berkomunikasi secara verbal
                                                    &    bukan    verbal,   mewujudkan
                                                  kepercayaan,
Intrapersonal   keupayaan       untuk   mendalami Refleksi     kendiri,          mampum
                potensi, kelemahan dan matlamat negenalpasti kekuatan, kelemahan dan
                diri   serta    membezakan     diri matlamat diri dan memahami peranan
                dengan yang lain                   dalam perhubungan dengan orang lain
Kinestetik      keupayaan untuk           mengawal Koordinasi    fizikal,    bersukan,
                pergerakan badan dan mahir menggunakan bahasa isyarat, bahasa
                mengendalikan objek mahir tubuh
Naturalis       Mampu mengelaskan objek Sensitif terhadap alam sekitar dan
                semulajadi seperti haiwan dan dapat         menghubungkaitkan      antara
                tumbuhan dengan baik                kehidupan flora dan fauna



[Kecerdasan]                                                                       Page 6
4.0 APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI (TKP) DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN (P&P)

Guru boleh melaksanakan TKP dalam P&P secara 3 peringkat, iaitu;

     1)        PADANAN

     2)        PERCUBAAN

     3)        PENINGKATAN




4.1 Peringkat 1 : PADANAN




Dalam peringkat ini, guru menyedari keperluan membuat padanan antara P&P dengan
kecerdasan pelbagai murid. Ini merupakan titik permulaan untuk guru meningkatkan
keberkesanan P&P dalam sesuatu mata pelajaran.

       Murid yang lebih cenderung dalam sesuatu kecerdasan mempunyai kegemaran
tertentu, maka guru perlu memadankan P&P dengan kecerdasan pelbagai murid dengan
mengenalpasti;

     1)        Kekuatan guru dalam kecerdasan pelbagai

     2)        Kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai.




  4.1.1   Mengenalpasti kekuatan guru dalam kecerdasan pelbagai

      Guru boleh mengenalpasti kekuatan diri sendiri sebagai seorang guru dalam
      kecerdasan pelbagai melalui kaedah berikut ;

       1. Mengisi borang senarai semak MICA (Multiple Intelligences Checklist for adults )

       2. Daripada jawapan senarai semak, guru dapat mengetahui kekuatan diri di antara
          kecerdasan pelbagai.



[Kecerdasan]                                                                        Page 7
3. Kecenderungan kecerdasan yang dominan mendorong guru memperoleh banyak
          idea untuk menjalankan aktiviti P&P

       4. Guru boleh merujuk jadul kecerdasan pelbagai untuk memperluaskan strategi
          pengajaran dan pembelajaran dalam kecerdasan lain.

4.1.2 Mengenalpasti kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai




      Berikut adalah 4 cara yang boleh di aplikasikan oleh seorang guru untuk
      mengenalpasti kekuatan murid meraka dalam kecerdasan pelbagai;

       1) Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar

       2) Aktiviti yang digemari murid pada masa lapang

       3) Laporan prestasi murid

       4) Profil kecerdasan murid




4.2   Peringkat 2 ; PERCUBAAN




      Setelah mengenali dan memahami TKP di kalangan murid dan diri sendiri, guru sudah
      berada di tahap percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu merancang dan mencuba
      pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan TKP.

       Empat langkah bagi melaksanakan peringkat percubaan ialah ;

       1) Perancangan – guru memikirkan bagaimana TKP boleh diaplikasikan ke dalam
          P&P seharian

       2) Persekitaran – guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekiatran
          terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah

       3) Proses – guru mempunyai beberapa opsyen menggunakan TKP merentasi
          kurikulum.


[Kecerdasan]                                                                     Page 8
4) Penilaian – guru boleh menggunakan cara yang berbeza mengendalikan penilaian
           dengan cara yang dicadangkan dalam TKP.




4.3 Peringkat 3 ; PENINGKATAN




   4.3.1 Proses

Sebagai seorang guru, kita perlu bijak menggunakan teori kecerdasan pelbagai dalam
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kita boleh menggunakan satu kecerdasan atau beberapa
kecerdasan pada satu masa dalam P&P.Terdapat 5 model yang telah dicadangkan dan guru
boleh memilih mengikut kesesuaian murid, bilik darjah, mata pelajaran dan topik yang
diajar.Lima model tersebut adalah:-

   •    Sisipan

           o Dalam model ini, guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan
                  dalam pengajaran secara tidak langsung
    •    Jaringan
         o Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran tematik.
   •    Jalinan
        o Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran
   •    Perkongsian
        o Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata pelajaran.
   •    Kesepaduan
        o Beberapa kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi mata pelajaran yang
           berlainan.


 4.3.2 Penilaian


        Selepas proses P&P dijalankan, guru perlu membuat penilaian ke atas murid. Penilaian
dibuat untuk mengukur sejauh mana kebolehan dan penguasaan murid. Pada kebiasaanya
penilaian dibuat dengan mengambil ujian atau peperiksaan bertulis dan lebih tertumpu kepada

[Kecerdasan]                                                                         Page 9
dua kecerdasan semata iaitu Verbal-Linguistik dan Logik-Matematik. Banyak pendapat
menyatakan bahawa penilaian seperti di atas kurang mencerminkan kecerdasan dan
pengetahuan yang sebenar.
        Gardner telah mencadangkan penilaian yang berterusan berasaskan kerja harian,
projek dan penelitian kerja oleh murid. Beliau juga menekankan kepentingan kesahan
(validity) sesuatu penilaian itu. Penilaian berterusan yang dicadangkan mengambil kira
kecerdasan pelbagai yang terdapat pada setiap individu. Aktiviti seperti renungan,
perbincangan dan penghargaan kecerdasan kendiri boleh dimanfaatkan dalam memperluaskan
perspektif penilaian. Di samping itu, aspek berikut juga dapat diperkembangkan iaitu
pengetahuan kendiri, hormat kendiri, penilaian kendiri, penghargaan kendiri, ‘empowerment’
murid, proses pembelajaran, arahan dan kurikulum serta metakognisi.
        Setiap penilaian mestilah bermakna iaitu mempunyai nilai kepada murid. Penilaian
juga haruslah berkonteks iaitu berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan mereka. Selain
itu. penilaian mestilah mencerminkan kepakaran murid dalam sesuatu kemahiran di mana
setiap perbandingan di buat dengan hasil murid yang lepas. Justeru penilaian juga harus
berpadanan dengan kecerdasan murid dengan memberikan masa untuk murid menghayati
proses penghasilan sesuatu projek atau penilaian. Di samping itu, penilaian harus
digabungjalinkan dalam proses P&P dengan menekankan keinginan belajar untuk mencari
pengetahuan dan memberi galakan belajar dalam kumpulan. Akhirnya, penilaian juga
mestilah membenarkan perkembangan kesemua kecerdasan dengan melibatkan aktiviti
kreativiti, perbincangan, penyelesaian masalah, demonstrasi, refleksi dan penyampaian.
               Dengan itu, murid haruslah dibenarkan memainkan peranan yang aktif dalam
proses penilaian dari segi penggubalan dan penilaian kendiri dan rakan sebaya. Murid yang
kurang cenderung kepada kecerdasan Verbal-Linguistik dan Logik-Matematik harus diberi
peluang untuk dinilai dengan cara yang berlainan. Beberapa jenis penilaian boleh
dipraktikkan seperti aktiviti membuat projek dan produk, pemerhatian di stesen-stesen
kecerdasan, persembahan, penyampaian dan demonstrasi, penyelesaian masalah dan
eksperimen, rakaman video, kaset dan penggambaran, laporan, folio, portfolio dan pameran
serta keupayaan murid membina soalan dengan tujuan objektif yang jelas serta berkebolehan
mencari jawapan.


4.3.3   Peningkatan



[Kecerdasan]                                                                         Page 10
Seterusnya guru harus mempertingkatkan lagi kemahiran menggunakan teori
kecerdasan pelbagai (TKP) dalam P&P khususnya ke arah perkembangan kemahiran murid.
TKP dikaitkan dengan tiga aspek iaitu TKP sebagai strategi untuk penyelesaian masalah, TKP
dalam memperluaskan pemikiran murid dan TKP dalam memperkembangkan kognitif murid
berdasarkan Taksonomi Bloom.




4.3.3.1 TKP dalam strategi penyelesaian masalah


TKP boleh digunakan sebagai strategi untuk menyelesaikan masalah seperti berikut,


KECERDASAN PELBAGAI               STRATEGI UNTUK PENYELESAIAN MASALAH
Visual-ruang                      Melukis, melakar dan membuat peta minda,
                                  membayangkan masalah dan penyelesaiannya
Kinestatik                        Manipulasi alat dan bahan untuk menyelesaikan masalah
Muzik                             Menyedari ritma,harmoni dan kecanggunan untuk
                                  mengenalpasti masalah dan cara peneyelesaiannya
Interpersonal                     Mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang
                                  lain mengenai masalah dan penyelesaian
Intrapersonal                     Membuat refleksi secara mendalam              berasaskan
                                  pengalaman dan perasaan diri mengenai masalah dan
                                  penyelesaian
Naturalis                         Menggunakan contoh daripada alam semulajadi untuk
                                  mengkaji sesuatu masalah dan penyelesaiannya.



4.3.3.2 TKP dalam memperluaskan pemikiran murid


       Dengan menggunakan TKP sebagai strategi             P&P boleh membantu murid
meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam, memperolehi pelbagai perspektif mengenai
sesuatu perkara dan mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada dalam situasi yang baru dan

[Kecerdasan]                                                                        Page 11
berlainan. Melalui pemikiran sebegini juga kreativiti dan inovasi dapat dicungkil daripada
murid.




KECERDASAN PELBAGAI                STRATEGI        MEMPERLUASKAN             PEMIKIRAN
                                   MURID
Verbal-linguistik                  Murid memberi interpretasi baru mengenai sesuatu
                                   cerpen atau hasil kesusasteraan
Logic-matematik                    Murid menjalankan eksperimen sains yang keputusannya
                                   di luar jangkaan murid
Visual-ruang                       Murid melukis sesuatu dengan menggunakan stail, media
                                   atau bahan baru
Muzik                              Murid menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi masih
                                   seronok dan gemar didengar
Kinestatik                         Murid menggunakan pergerakan atau stail baru dalam
                                   tarian dan drama
Interpersonal                      Murid menginterpretasi motif watak seseorang dalam
                                   cerita, drama atau tokoh sejarah.
Naturalis                          Murid mencari cara menggunakan bahan alam semula
                                   jadi sebagai sumber penghasilan sesuatu yang baru dan
                                   luar biasa
Intrapersonal                      Murid memahami diri secara lebih mendalam dengan
                                   mengaitkan apa yang dipelajari dengan diri sendiri



4.3.3.3 TKP dalam perkembangan kognitif Bloom


         Untuk meningkatkan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom , aktiviti
bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi TKP. Guru boleh membina
satu matriks untuk menganalisis sesuatu bidang atau topik tertentu dalam kurikulum. Ia boleh
dijadikan peta bagi guru memastikan pelbagai aktiviti bilik darjah yang dijalankan adalah ke
arah perkembangan kognitif murid. Matriks yang dibina harus mengambil kira perkembangan
[Kecerdasan]                                                                        Page 12
kognitif Bloom iaitu tertumpu kepada beberapa tahap iaitu pengetahuan, kefahaman,aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian.




5.0 KUMPULAN BERASASKAN KEBOLEHAN

Salah satu perkara penting yang harus diberi perhatian oleh setiap guru ialah pengelolaan
dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Ia mungkin dilakukan secara
individu atau dalam bentuk pasangan serta dilakukan secara berkumpulan mengikut
kesesuaian yang terbaik. Pengajaran secara berkumpulan di mana pengajaran yang diberi oleh
guru akan ditujukan kepada pelajar-pelajar dalam satu kumpulan tertentu. Satu kumpulan
dengan kumpulan yang lain akan diberi bahan- bahan yang berbeza semasa pengajaran dan
pembelajaran dibuat. Di mana kerusi dan meja akan disusun secara berkelompok.

            Terdapat beberapa cara untuk kaedah pengumpulan pelajar, iaitu melalui
pencapaian yang melibatkan kenaikan darjah pada hujung tahun berdasarkan kelulusan
pelajar. Terdapat proses saingan dalam kaedah ini, dimana murid yang gagal akan ditahan
sekurang- kurangnya setahun. Terdapat kaedah lain iaitu pengumpulan mengikut umur,
darjah, di mana mengandungi pelajar yang pelbagai kebolehan mengikut kumpulan-
kumpulan di dalam darjah. Perubahan strategi yang berpusatkan murid merupakan suatu
konsep pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan. Murid dapat menjalankan aktiviti
pembelajaran secara berkumpulan dengan kaedah ini.

            Strategik pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan ini dititikberatkan
oleh program KBSR dan KBSM. Terdapat dua cara digunakan untuk membentuk kumpulan
murid melalui program ini. Kumpulan jenis pertama dibentuk berdasarkan kebolehan atau
pencapainya yang lebih kurang sama taraf. Kumpulan jenis kedua dibentuk berdasarkan
kepada pelbagai kebolehan da kecenderungan pelajar- pelajar dicampur dalam setiap
kumpulan.

            Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dicadangkan bagi
memperbaiki kelemahan pelajar yang tidak pandai membaca, menulis dan mengira. Bagi
memperbaiki kelemahan pelajar- pelajar sekolah rendah maka pengajaran kumpulan
dilakukan. Dengan kaedah ini, maka pelajar- pelajar dapat menguasai kemahiran berdasarkan



[Kecerdasan]                                                                      Page 13
kebolehan kumpulan mereka.Dalam rancangan KBSM, strategi pengajaran kumpulan boleh
dilaksana dalam dua cara iaitu;-




     a) Membahagikan pelajar- pelajar mengikut kebolehan

           Kumpulan jenis ini dibentuk kerana terdapat perbezaan kebolehan dalam
penguasaan kemahiran di kalangan pelaajr dalam sesebuah kelas. Bagi membolehkan guru
merancang aktiviti pembelajaran secara berperingkat maka pelajar- pelajar dikumpulkan
mengikut kebolehan mereka supaya mereka dapat melaksanakan dengan berkesan mengikut
keupayaan masing- masing.

           Berdasarkan prestasi pelajar- pelajar daripada hasil penilaian yang dibuat oleh
guru maka mereka dalam sebuah kelas biasanya dibahagikan kepada tiga jenis kumpulan iaitu
kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lemah. Pelajar- pelajar dapat
meneruskan pelajaran mengikut kadar pembelajaran yang lebih cepat dengan cara ini dalam
kumpulan cerdas dan sederhana. Manakala bagi kumpulan yang lemah pula akan diberikan
bahan pembelajaran yang lebih mudah sepadan dengan kebolehan mereka.

           Ahli- ahli dalam kumpulan boleh ditukarkan kepada kumpulan yang lain
mengikut kemajuan atau pencapaian mereka. Selain itu, setiap kumpulan untuk mata pelajaran
yang berlainan mempunyai komposisi ahli tidak sama serta tidak kekal. Contohya, seorang
pelajar yang lemah dalam matematik, maka ia akan diletakkan dalam kumpulan lemah pada
waktu pelajaran matematik. Jika pelajar ini mahir dalam pelajaran bahasa inggeris maka ia
akan diletakkan dalam kumpulan cerdas pada waktu pelajaran bahasa inggeris.




     b) Membahagikan pelajar- pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan

           Setiap kumpulan mengandungi pelajar- pelajar yang mempunyai kebolehan dan
kecenderungan yang agak seragam setelah mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Jadi mereka akan dikelaskan mengikut tahap kecerdasan masing- masing bagi setiap
kumpulan kecil. Kebaikan mengunakan kaedah ini ialah ia dapat membantu mengendalikan


[Kecerdasan]                                                                      Page 14
aktiviti- aktiviti yang berlainan juga dilaksanakan dalam waktu yang selari atau tidak. Selain
itu, ia dapat mengatasi masalah pembelajaran yang diperlukan bagi setiap kegiatan kumpulan.

           Pelajar akan dapat bentuk kesepaduan dan kerjasama melalui kegiatan
berkumpulan ini. Bukan itu sahaja malahan ia akan mewujudkan semangat kerjasama
berkumpulan dan pelajar cerdas boleh membantu pelajar yang lemah. Pelajar cerdas juga
berpeluang mengembangkan bakat kepimpinan mereka. Bagi memastikan pelajar ditetapkan
dalam kumpulan yang sesuai maka guru akan menjalankan penilaian bagi mengetahui taraf
pencapaian pelajar. Ketua kumpulan harus dilantik bagi setiap kumpulan untuk membantu
guru menjalankan aktiviti.

           Bahan pembelajaran diedarkan serta dikutip oleh ketua kumpulan untuk
membantu guru semasa ahli- ahli kumpulannya menjalankan aktiviti pembelajaran.
Penyusuan kerusi meja dalam kelas perlu sesuai dengan bentuk aktiviti yang akan dijalankan.
Sesuatu aktiviti dijalankan setiap kumpulan dengan mengunakan bahan- bahan pembelajaran
yang disediakan oleh guru mengikut masa yang telah ditetapkan. Perubahan taraf pencapaian
pelajar akan menentukan perubahan mereka di antara kumpulan dari semasa ke semasa.

           Semasa aktiviti berkumpulan dijalankan, guru harus beredar dari satu kumpulan
ke kumpulan lain untuk memberi bimbingan yang sewajarnya. Apabila pelajar ditempatkan
dalam satu- satu kumpulan, guru harus memastikan mereka ini tidak akan mempunyai
perasaan rendah diri. Guru harus memperuntukkan sedikit masa bagi perbincangan
keseluruhan kelas selepas aktiviti berkumpulan selesai dijalankan. Tujuannya ialah setiap
pelajar dapat mengetahui aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan oleh kumpulan lain.




[Kecerdasan]                                                                            Page 15
6.0 KESIMPULAN


       Sebagai seorang guru kesemua aspek yang melibatkan kecerdasan iaitu IQ, EQ SQ
dan pelbagai kecerdasan perlu ditekankan dalam p & p bagi melahirkan insan-insan yang
cemerlang lagi berpotensi serta mempunyai kepelbagaian. Semua          individu memiliki
kecerdasan pelbagai tetapi tahapnya adalah berbeza antara satu sama lain. Maka guru perlu
memupuk kecerdasan tersebut dalam dirinya sendiri dan juga dalam diri murid-muridnya
       Guru juga perlu menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid serta menerima persamaan dan
perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar
dengan cara yang
berlainan. Justeru mempelbagai cara p & p dan penilaian kepada murid juga perlu
diwujudkan. Selain itu, mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah dan meningkatkan
profesionalisme guru serta menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam p & p harus
dilaksanakan.
       Di samping itu, dengan meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui p &
p yang menyeronokkan dapat menyumbang ke arah melahirkan modal insan yang berpotensi
tinggi. Akhirnya guru juga perlu memainkan peranannya dalam meningkatkan kecerdasan
seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas.




[Kecerdasan]                                                                      Page 16
7.0 PETA MINDA


          KONSEP IQ,EQ,SQ                             TEORI-TEORI
                                                      KECERDASAN


    Definisi IQ, EQ dan
                                                         Teori Kejayaan Triarchic
    SQ
                                                         Sternberg
    Hemisfera Otak Kiri
                                                         Teori Emosi Daniel Goleman
    dan Otak Kanan
                                                         Teori Kecerdasan Pelbagai
    Ujian IQ, EQ
                                                         Howard Gardner




                               KECERDASAN




                                                         KEBOLEHAN DALAM
                                                            KUMPULAN
KECERDASAN
 PELBAGAI
Konsep Kecerdasan Pelbagai                               Membahagikan pelajar
                                 APLIKASI TPK DALAM      mengikut kebolehan
8 jenis kecerdasan
       [Kecerdasan]                     P&P              Membahagikan pelajar yang
                                                                   Page 17
Jenis dan Ciri-ciri individu                             mempunyai pelbagai
yang mempunyai                                           kebolehan
kecerdasan pelbagai
3 proses utama
                                    perlaksanaan TBK dalam
                                    P&P :

                                    1.Padanan

                                    2. Percubaan

                                    3. Peningkatan



8.0 RUJUKAN




   1. Bahagian Perkembangan Kurikulum (bpk) (2001), Modul Pengajaran & Pembelajaran
      Pendidikan Seni Visual, September 25, 2012, 12:30:20 AM, diakses dari URL
      www.moe.gov.my/bpk/modul.../04kecerdasan_pelbagai.pdf

   2. Pusat Perkembangan Kurikulum (ppk) (2001), Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai
      Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Oktober 10, 2012, 2:54:45 PM diakses dari URL
      http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan
      %20PPK/bsk/bpanduan/teori_kecerdasan.pdf


   3. Moreno R, Educational Psychology, (2010), John Wiley & Sons, INC.


   4. Mok Soon Sang , Prinsip Teras Pengajaran& Pembelajaran (2012), Penerbitan
        Multimedia Sdn.Bhd

   5. Azizi Yahya, Kecerdasan Emosi, September 29, 2012 diakses dari URL
      http://eprints.utm.my/10351/1/bab4.pdf

   6. Abang Isaifuddin bin Abang Noran, Teori Kecerdasan Triarchic Sternberg , di akses
      pada September 28, 2012 dar URL http://www.scribd.com/doc/14247055/Teori-
      Kecerdasan-Triarchic-Sternberg-


   7.    Zaki, Teori Kecerdasan Pelbagai di akses pada September 18,2012 dari URL
        http://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/06/teori-kecerdasan-pelbagai.html

   8. Sharifah Alwiah, Kamarudin Hj Husin-Pedagogi 2, (1983) Callahan



[Kecerdasan]                                                                    Page 18
9. Mok Soon Sang, Prinsip Teras Pengajaran& Pembelajaran, 2012, Penerbitan
       Multimedia

   10. Nur Shafikah Nordin, Nur Shahida Jusoh, Teori-Teori Lain, di akses pada September
       25,2012http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Group/fiqahshida/te
       ori_teori_lain.pdf




[Kecerdasan]                                                                      Page 19

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Gaya pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran kolbGaya pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran kolbSalimahG
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakPerkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakFaFai S.
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaranAtiqah Latiff
 
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl Jung
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl JungPerbandingan teori Sigmund Freud dan Carl Jung
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl JungHazimHazim7
 
Bab 2 teori teori pemikiran
Bab 2 teori teori pemikiranBab 2 teori teori pemikiran
Bab 2 teori teori pemikiranMazmon Mahmud
 
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaTopik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaAzizi Ahmad
 
2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaan2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaanFarah Husna
 
Unit 3 teori p&p & implikasi
Unit 3 teori p&p & implikasiUnit 3 teori p&p & implikasi
Unit 3 teori p&p & implikasiAminah Rahmat
 
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifPembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifawin awin
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatKhasim Din
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirMiss Q
 
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordNur Leana Burn
 
Teori humanistik
Teori humanistikTeori humanistik
Teori humanistikmaul99
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )Zaharin Nordin
 

Was ist angesagt? (20)

Gaya pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran kolbGaya pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran kolb
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanakPerkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
Perkembangan kanak-kanak - EDUP3023 Perkembangan Awal Kanak-kanak
 
Insan bermoral
Insan bermoral Insan bermoral
Insan bermoral
 
Kepelbagaian kecerdasan
Kepelbagaian kecerdasanKepelbagaian kecerdasan
Kepelbagaian kecerdasan
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl Jung
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl JungPerbandingan teori Sigmund Freud dan Carl Jung
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl Jung
 
Bab 2 teori teori pemikiran
Bab 2 teori teori pemikiranBab 2 teori teori pemikiran
Bab 2 teori teori pemikiran
 
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara BangsaTopik 5 Pembina Negara Bangsa
Topik 5 Pembina Negara Bangsa
 
2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaan2.3 ingatan dan lupaan
2.3 ingatan dan lupaan
 
Unit 3 teori p&p & implikasi
Unit 3 teori p&p & implikasiUnit 3 teori p&p & implikasi
Unit 3 teori p&p & implikasi
 
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusifPembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif
 
model pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumatmodel pemprosesan maklumat
model pemprosesan maklumat
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and MumfordCara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
Cara cara guru mengaplikasi model Honey and Mumford
 
Teori humanistik
Teori humanistikTeori humanistik
Teori humanistik
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
Banding beza kurikulum bersepadu sekolah rendah ( dr maskhiah )
 

Ähnlich wie Kecerdasan Berbagai

Kecerdasan masa depan
Kecerdasan masa depanKecerdasan masa depan
Kecerdasan masa depanmamawanqry
 
Bab ii (kajian teor ii) Kecerdasan Personal
Bab ii (kajian teor ii) Kecerdasan PersonalBab ii (kajian teor ii) Kecerdasan Personal
Bab ii (kajian teor ii) Kecerdasan PersonalFeldi Modole
 
Kasim cs. Afi Parnawi. STAI IBNU SINA
Kasim cs. Afi Parnawi. STAI IBNU SINAKasim cs. Afi Parnawi. STAI IBNU SINA
Kasim cs. Afi Parnawi. STAI IBNU SINADr. Afi Parnawi, M.Pd
 
Emotional Intelligence Competencies
Emotional Intelligence CompetenciesEmotional Intelligence Competencies
Emotional Intelligence CompetenciesIsmail Mamat
 
Bab II Kecerdasan Emosi pada Remaja yang Mengikuti Kelas Unggulan di SMPN 103...
Bab II Kecerdasan Emosi pada Remaja yang Mengikuti Kelas Unggulan di SMPN 103...Bab II Kecerdasan Emosi pada Remaja yang Mengikuti Kelas Unggulan di SMPN 103...
Bab II Kecerdasan Emosi pada Remaja yang Mengikuti Kelas Unggulan di SMPN 103...Tyaseta Sardjono
 
Presentation kecerdasan emosi final
Presentation kecerdasan emosi finalPresentation kecerdasan emosi final
Presentation kecerdasan emosi finalRokaizal Rozali
 
keragaman siswa
keragaman siswakeragaman siswa
keragaman siswaNur IB
 
Presentation chapter report
Presentation chapter reportPresentation chapter report
Presentation chapter reportAgussalim Masry
 
Isi makalah intelegensi
Isi makalah intelegensiIsi makalah intelegensi
Isi makalah intelegensiDevia Titania
 
BAHASA DAN KECERDASAN.pptx
BAHASA DAN KECERDASAN.pptxBAHASA DAN KECERDASAN.pptx
BAHASA DAN KECERDASAN.pptxRivaNadia
 
Apa dan mengapa emotional spiritual
Apa dan mengapa emotional spiritualApa dan mengapa emotional spiritual
Apa dan mengapa emotional spiritualherul25
 
Psikologi gejala gejala psikologis
Psikologi gejala gejala psikologisPsikologi gejala gejala psikologis
Psikologi gejala gejala psikologisIndra Gunawan
 
Makalah psikologi pendidikan
Makalah psikologi pendidikanMakalah psikologi pendidikan
Makalah psikologi pendidikanNarendra
 
Makalah psikologi pendidikan 1
Makalah psikologi pendidikan 1Makalah psikologi pendidikan 1
Makalah psikologi pendidikan 1Narendra
 
Bab 3 Manajemen Pengembangan Diri
Bab 3 Manajemen Pengembangan DiriBab 3 Manajemen Pengembangan Diri
Bab 3 Manajemen Pengembangan Dirilisachmad
 

Ähnlich wie Kecerdasan Berbagai (20)

Kecerdasan masa depan
Kecerdasan masa depanKecerdasan masa depan
Kecerdasan masa depan
 
Esq
EsqEsq
Esq
 
intelegensi
intelegensiintelegensi
intelegensi
 
Bab ii (kajian teor ii) Kecerdasan Personal
Bab ii (kajian teor ii) Kecerdasan PersonalBab ii (kajian teor ii) Kecerdasan Personal
Bab ii (kajian teor ii) Kecerdasan Personal
 
Kasim cs. Afi Parnawi. STAI IBNU SINA
Kasim cs. Afi Parnawi. STAI IBNU SINAKasim cs. Afi Parnawi. STAI IBNU SINA
Kasim cs. Afi Parnawi. STAI IBNU SINA
 
Emotional Intelligence Competencies
Emotional Intelligence CompetenciesEmotional Intelligence Competencies
Emotional Intelligence Competencies
 
Bab II Kecerdasan Emosi pada Remaja yang Mengikuti Kelas Unggulan di SMPN 103...
Bab II Kecerdasan Emosi pada Remaja yang Mengikuti Kelas Unggulan di SMPN 103...Bab II Kecerdasan Emosi pada Remaja yang Mengikuti Kelas Unggulan di SMPN 103...
Bab II Kecerdasan Emosi pada Remaja yang Mengikuti Kelas Unggulan di SMPN 103...
 
Presentation kecerdasan emosi final
Presentation kecerdasan emosi finalPresentation kecerdasan emosi final
Presentation kecerdasan emosi final
 
KONSEP KECERDASAN
KONSEP KECERDASANKONSEP KECERDASAN
KONSEP KECERDASAN
 
IESQ
IESQIESQ
IESQ
 
keragaman siswa
keragaman siswakeragaman siswa
keragaman siswa
 
Presentation chapter report
Presentation chapter reportPresentation chapter report
Presentation chapter report
 
Isi makalah intelegensi
Isi makalah intelegensiIsi makalah intelegensi
Isi makalah intelegensi
 
BAHASA DAN KECERDASAN.pptx
BAHASA DAN KECERDASAN.pptxBAHASA DAN KECERDASAN.pptx
BAHASA DAN KECERDASAN.pptx
 
Apa dan mengapa emotional spiritual
Apa dan mengapa emotional spiritualApa dan mengapa emotional spiritual
Apa dan mengapa emotional spiritual
 
Modul kegiatan-1
Modul kegiatan-1Modul kegiatan-1
Modul kegiatan-1
 
Psikologi gejala gejala psikologis
Psikologi gejala gejala psikologisPsikologi gejala gejala psikologis
Psikologi gejala gejala psikologis
 
Makalah psikologi pendidikan
Makalah psikologi pendidikanMakalah psikologi pendidikan
Makalah psikologi pendidikan
 
Makalah psikologi pendidikan 1
Makalah psikologi pendidikan 1Makalah psikologi pendidikan 1
Makalah psikologi pendidikan 1
 
Bab 3 Manajemen Pengembangan Diri
Bab 3 Manajemen Pengembangan DiriBab 3 Manajemen Pengembangan Diri
Bab 3 Manajemen Pengembangan Diri
 

Mehr von Radziah Mokhtar

Courseware & modul microteaching
Courseware & modul microteachingCourseware & modul microteaching
Courseware & modul microteachingRadziah Mokhtar
 
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolahSejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolahRadziah Mokhtar
 
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik last
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik lastKepelbagaian pelajar dalam etn ik last
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik lastRadziah Mokhtar
 
Pengajaran langsung edited
Pengajaran langsung editedPengajaran langsung edited
Pengajaran langsung editedRadziah Mokhtar
 
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write upKepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write upRadziah Mokhtar
 

Mehr von Radziah Mokhtar (6)

Courseware & modul microteaching
Courseware & modul microteachingCourseware & modul microteaching
Courseware & modul microteaching
 
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolahSejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah
 
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik last
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik lastKepelbagaian pelajar dalam etn ik last
Kepelbagaian pelajar dalam etn ik last
 
Pengajaran langsung edited
Pengajaran langsung editedPengajaran langsung edited
Pengajaran langsung edited
 
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write upKepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up
 
Mikroteaching radziah
Mikroteaching radziahMikroteaching radziah
Mikroteaching radziah
 

Kecerdasan Berbagai

  • 1. 1.0 PENGENALAN 1.1 KONSEP KECERDASAN Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang individu yang dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari. Istilah kecerdasan mula diperkenalkan oleh Francis Galton pada akhir tahun 1800-an. Galton merupakan sepupu kepada tokoh teori evolusi yang terkenal, Charles Darwin. Galton percaya bahawa keupayaan intelektual adalah diwarisi, namun beliau gagal untuk membentuk ujian kecerdasan yang boleh digunakan dalam kajian. Walaupun beliau tidak berjaya dalam kajiannya, namun Galton telah memberikan ilmu psikologi dengan konsep kecerdasan. Perkataan kecerdasan diambil daripada kata dasar ‘cerdas’. menurut Kamus Dewan Edisi Empat, cerdas bermaksud sempurna akal (utk berfikir, mengerti, dll), cerdik, pandai, pintar. Kecerdasan juga membawa maksud yang lebih kurang sama iaitu kesempurnaan akal (utk berfikir, mengerti, dan lain-lain spt kepandaian, kepintaran, kecerdikan). 1.2 KECERDASAN INTELEK Ahli psikologi telah memberi pelbagai definisi yang berbeza bagi konsep kecerdasan. Setiap definisi memberi penekanan pada kebolehan dan kemahiran tertentu yang penting, antaranya ialah: Alfred Binet (1916), beliau sebagai pelopor dalam menyusun ujian kecerdasan yang berpendapat bahawa kecerdasan terbahagi kepada tiga aspek kemampuan iaitu: a) “Direction”, kemampuan untuk memusatkan kepada masalah yang hendak diselesaikan. b)“Adaptation”,kemampuan untuk mengadakan adaptasi terhadap masalah yang dihadapinya atau fleksibel dalam menghadapi masalah. c) “Criticism”, kemampuan untuk mengadakan kritikan, baik terhadap masalah yang dihadapi mahupun terhadap dirinya sendiri. Menurut Edward Thorndike (1913), kecerdasan adalah kemampuan individu untuk memberi respon yang tepat terhadap stimulus yang diterimanya. Menurut David Wechsler (1958), kecerdasan sebagai kemampuan yang menyeluruh untuk bertindak secara sengaja, berfikir [Kecerdasan] Page 1
  • 2. secara rasional, dan berurusan secara berkesan dengan persekitaran. Mengikut Piaget (1950), kecerdasan adalah kebolehan individu membuat adaptasi pada persekitaran fizikal dan sosial. 1.3 KECERDASAN EMOSI Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, emosi dapat ditakrifkan sebagai suatu perasaan atau jiwa yang kuat. Menurut Oxford English Dictionary pula, emosi bermaksud setiap pergerakan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu; setiapkeadaan mental yang hebat atau meluap-luap. Secara umumnya emosi bermaksud perasaan. Manusia merupakan antara hidupan yang memiliki emosi yang sangat kompleks dan halus. Emosi juga adalah adaptasi evolusi, kerana meningkatkan kemampuan organism untuk mengalami dan mengevolusi lingkungannya dan kemudian menambah kemungkinan hidup. Manakala kecerdasan pula didefinisikan menurut Kamus Dewan edisi ketiga sebagai kesempurnaan akal untuk berfikir, memahami, mengerti dan seumpamanya. Dari segi kontekstual, dapatlah disimpulkan bahawa kecerdasan emosi merupakan sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kemahiran untuk memantau serta membuat diskriminasi di antara emosi sendiri atau emosi orang lain dan seterusnya memanfaatkan maklumat sebagai panduan pemikiran dan tindakan orang itu. 1.4 KECERDASAN SPIRITUAL Kecerdasan spiritual atau dikenali sebagai SQ (Spiritual Quotient) adalah kecerdasan jiwa yang membantu seseorang untuk mengembangkan dirinya secara utuh melalui penciptaan kemungkinan untuk menerapkan nilai-nilai positif. Kecerdasan spiritual yang berkembang dengan baik akan ditunjukan dengan kemampuan seseorang untuk bersikap fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dengan sekelilingnya, memiliki tingkat kesedaran yang tinggi, mampu menghadapi penderitaan dan rasa sakit, mampu mengambil pelajaran yang berharga daripada sesuatu kegagalan, mampu mewujudkan hidup sesuai dengan visi dan misi, mampu melihat perkaitan antara berbagai-bagai keadaan, berdikari, serta pada akhirny amembuat seseorang memahami dalam kehidupan. 2.0 TEORI-TEORI KECERDASAN [Kecerdasan] Page 2
  • 3. 2.1 TEORI KECERDASAN KEJAYAAN ( TRIARCHIC STERNBERG) Teori ini diasaskan oleh Robert Sternberg. Beliau adalah seorang ahli psikologi yang lahir pada 8 Disember 1949. Beliau adalah bekas professor dalam psikologi dan pendidikan di Universiti Yales. Beliau mendapat pendidikan Ijazah Pertama di Universiti Yales dan PhD daripada Universiti Stanford. Beliau telah mengarang sebanyak 600 buah buku dan artikel. Robert Sternberg telah menganggap kecerdasan adalah berkaitan dengan pemprosesan maklumat. Beliau telah mengkaji bagaimana maklumat yang kita dapati itu “mengalir” dalam diri kita dan bagaimana maklumat tersebut berubah mengikut keperluan diri. Analisis yang dilakukannya akhirnya munculnya Model Kecerdasan Bercabang Tiga ( atau triarchic). Sternberg mengakui bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai satu kecerdasan sahaja. Terdapat sesetengah individu yang mempunyai integrasi ketiga-tiga jenis kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang sangat tinggi. Model Kecerdasan Bercabang Tiga ini terdiri daripada komponen analitikal, komponen pengalaman, dan komponen praktikal. 2.1.1 Komponen Analitikal. Ciri utama kecerdasan ini ialah menganalisis. Kecerdasan seseorang individu dalam bidang akademik bolehlah dipanggil sebagai kecerdasan analitikal. Ia merupkan keupayaan seseorang individu untuk merumus masalah, mengatur strategi dan menyelesaikan masalah. Contohnya, pelajar yang menjawab soalan matematik telah menggunakan kaedah analisis iaitu mengesan tajuk, formula, dan merangka jalan penyelesaian sehingga mendapat jawapan. 2.1.2 Komponen Pengalaman Kecerdasan ini boleh dijelaskan dengan kreativiti. Kecerdasan ini boleh disebut sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baru seterusnya mempelajari ciri tersebut. Seseorang yang mempunyai kecerdasan pengalaman walaupun apabila diuji dengan menggunakan ujian IQ mendapat markah yang sedikit tetapi mereka adalah seorang yang kreatif. Mereka jenis ini lebih bersifat matang dalam menyelesaikan masalah. Contohnya, mereka mempunyai bakat dan kreativiti dalam bersajak, menulis puisi ataupun mengeluarkan idea mereka di dalam lukisan mereka. 2.1.3 Kecerdasan Praktikal [Kecerdasan] Page 3
  • 4. Kecerdasan Praktikal adalah bagaimana seseorang individu dapat mengadaptasikan ilmu yang mereka ada dalam kehidupan seharian mereka. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pandai mengorak langkah untuk berjaya dalam hidup. Mereka menggunakan ilmu yang mereka ada untuk menyesuaikan diri dengan situasi sebenar kehidupan. Contohnya seseorang yang belajar bertutur dalam bahasa inggeris telah menggunakan kemahiran berbahasa apabila dia melancong ke luar negara. 2.2 TEORI KECERDASAN EMOSI Kecerdasan Emosi merujuk satu perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Kecerdasan Emosi ialah kemampuan untuk mengawal dan mengelolakan diri sendiri dan orang lain dari aspek peraaan, emosi dan tingkahlaku. Menurut Daniel Goleman (1977), 8 jenis emosi yang utama ialah Marah, Sedih, Takut, Gembira, Sayang, Hairan, Benci dan Malu. Menurut Goleman lagi, ada lima komponen penting dalam Teori Kecerdasan Emosi iaitu yang pertama; 2.2.1 Kenali Emosi Diri. Seseorang individu perlu mengenal perasaan emosi mereka sendiri iaitu sama ada dirinya berada dalam keadaan suka, sedih, marah, dan sebagainya. Sebagai contoh, Aminah berasa sangat gembira apabila mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Emosi Aminah pada ketika ini adalah gembira. 2.2.2 Mengawal dan Mengelola Emosi Diri Pada bahagian ini, merujuk kepada kemampuan individu untuk menangani perasaan sehingga mencapai keseimbangan. Berbagai-bagai cara yang dilakukan oleh seeorang individu itu bagi mengawal dan mengelolakan emosi diri sendiri contohnya seperti mendengar muzik, pergi bersiar-siar ke tempat yang tenang, bersendirian, menghabiskan masa bersama keluarga dan sebagainya. Cara kawalan ini dapat membantu seseorang untuk meningkatkan kecerdasan dalam dirinya dan bagaimana ia membuat keputusan. 2.2.3 Motivasi Diri emosi [Kecerdasan] Page 4
  • 5. Motivasi diri ialah keupayaan mengatur emosi ke arah yang lebih positif dan meningkatkan cara berfikir secara rasional dan optimis. Seseorang yang mempunyai motivasi diri yang tinggi dapat meningkatkan keyakinan diri mereka dan mempunyai semangat yang tinggi. 2.2.4 Memahami Emosi orang Lain (Empati) Empati adalah kemampuan untuk membayang dan menghayati perasaan orang lan. Empati adalah satu peraaan dimana seseorang itu mampu untuk menerima sudut pandangan orang lan. Seseorang individu itu peka terhadap orang lain dan mampu untuk mendengar masalah orang lain. Seseorang yang berempati yang tinggi adalah orang yang boleh menjadi pendengar yang setia. 2.3 TEORI KECERDASAN PELBAGAI (Howard Gardner) Howard Gardner adalah seorang ahli pesikologi perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan dari Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku berkenaan dengan psikologi perkembangan yang mengetengahkan kerja-kerja dalam bidang perkembangan kreativiti kanak-kanak. Gardner juga dikenali melalui hubungan dengan kerja-kerja yang berkaitan dengan artistik. Minatnya dalam kreativiti bermula pada awal tahun 1970-an semasa beliau mengkaji perhubungan seni dan perkembangan manusia. Bukunya Artful Scribbles yang dihasilkan dalam tahun 1980 mengkaji kehebatan kreativiti di kalangan kanak- kanak dan kreativiti ini berkurangan apabila kanak-kanak menjadi semakin matang. Seterusnya, Gardner menulis tentang pemerhatiannya terhadap kepelbagaian kecerdasan yang kemudiannya telah dijadikan buku seminar dalam komuniti pendidikan. Beliau menyimpulkan bahawa terdapat 8 jenis kecerdasan manusia. 8 jenis kecerdasan yang dimaksudkan ialah kecerdasan verbal-linguistik, logik-matematik, ruang, muzik, interpersonal, intrapersonal, kinestetik dan naturalis. Gardner (1999) telah menambah satu lagi jenis kecerdasan ke dalam teori beliau iaitu kecerdasan eksistensial. Namun begitu, teori kecerdasan pelbagai yang diterima umum mempunyai 8 jenis kecerdasan (Moreno, 2010). Jadual berikut menerangkan jenis dan definisi kecerdasan, dan kemahiran yang ada pada individu terbabit. 3.0 KECERDASAN PELBAGAI (JENIS, DEFINISI, KEMAHIRAN) [Kecerdasan] Page 5
  • 6. JENIS DEFINISI KEMAHIRAN INDIVIDU KECERDASAN Verbal- Kepekaan terhadap fungsi bahasa Menggunakan kemahiran verbal sama linguistik dan bunyi, irama dan makna ada melalui pertuturan atau penulisan, perkataan mendengar dan mudah menyakinkan orang lain melalui pandangannya Logik- Kepekaan dan keupayaan untuk Menyelesaikan masalah, mengelas & matematik membezakan logik atau nombor mengkategorikan maklumat, dan mengendalikan penaakulan memahami konsep abstrak & panjang mengaitkannya dengan konsep lain Visual-ruang Kecerdasan menepati ruang, Menyelesaikan 'puzzle', mudah melukis, membentuk corak, mentafsir imej visual, rekabentuk mewarna, mencipta dan membina objek, manipulasi objek, melakar dan gambaran mental serta mewarna mengamati dunia visual Muzik Kepekaan dan keupayaan Menulis lirik dan lagu, bermain alat menghasilkan irama, ritma, bunyi muzik, mengingati melodi, memahami muzik penghargaan muzik struktur & ritma muzik Interpersonal Peka dan boleh bertindak balas Mendengar, menggunakan empati, kepada mood, perangai, motivasi, kaunseling, bekerjasama kumpulan, dan keinginan orang lain mampu berkomunikasi secara verbal & bukan verbal, mewujudkan kepercayaan, Intrapersonal keupayaan untuk mendalami Refleksi kendiri, mampum potensi, kelemahan dan matlamat negenalpasti kekuatan, kelemahan dan diri serta membezakan diri matlamat diri dan memahami peranan dengan yang lain dalam perhubungan dengan orang lain Kinestetik keupayaan untuk mengawal Koordinasi fizikal, bersukan, pergerakan badan dan mahir menggunakan bahasa isyarat, bahasa mengendalikan objek mahir tubuh Naturalis Mampu mengelaskan objek Sensitif terhadap alam sekitar dan semulajadi seperti haiwan dan dapat menghubungkaitkan antara tumbuhan dengan baik kehidupan flora dan fauna [Kecerdasan] Page 6
  • 7. 4.0 APLIKASI TEORI KECERDASAN PELBAGAI (TKP) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) Guru boleh melaksanakan TKP dalam P&P secara 3 peringkat, iaitu; 1) PADANAN 2) PERCUBAAN 3) PENINGKATAN 4.1 Peringkat 1 : PADANAN Dalam peringkat ini, guru menyedari keperluan membuat padanan antara P&P dengan kecerdasan pelbagai murid. Ini merupakan titik permulaan untuk guru meningkatkan keberkesanan P&P dalam sesuatu mata pelajaran. Murid yang lebih cenderung dalam sesuatu kecerdasan mempunyai kegemaran tertentu, maka guru perlu memadankan P&P dengan kecerdasan pelbagai murid dengan mengenalpasti; 1) Kekuatan guru dalam kecerdasan pelbagai 2) Kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai. 4.1.1 Mengenalpasti kekuatan guru dalam kecerdasan pelbagai Guru boleh mengenalpasti kekuatan diri sendiri sebagai seorang guru dalam kecerdasan pelbagai melalui kaedah berikut ; 1. Mengisi borang senarai semak MICA (Multiple Intelligences Checklist for adults ) 2. Daripada jawapan senarai semak, guru dapat mengetahui kekuatan diri di antara kecerdasan pelbagai. [Kecerdasan] Page 7
  • 8. 3. Kecenderungan kecerdasan yang dominan mendorong guru memperoleh banyak idea untuk menjalankan aktiviti P&P 4. Guru boleh merujuk jadul kecerdasan pelbagai untuk memperluaskan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kecerdasan lain. 4.1.2 Mengenalpasti kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai Berikut adalah 4 cara yang boleh di aplikasikan oleh seorang guru untuk mengenalpasti kekuatan murid meraka dalam kecerdasan pelbagai; 1) Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar 2) Aktiviti yang digemari murid pada masa lapang 3) Laporan prestasi murid 4) Profil kecerdasan murid 4.2 Peringkat 2 ; PERCUBAAN Setelah mengenali dan memahami TKP di kalangan murid dan diri sendiri, guru sudah berada di tahap percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu merancang dan mencuba pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran berasaskan TKP. Empat langkah bagi melaksanakan peringkat percubaan ialah ; 1) Perancangan – guru memikirkan bagaimana TKP boleh diaplikasikan ke dalam P&P seharian 2) Persekitaran – guru memikirkan cara memaksimumkan potensi persekiatran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah 3) Proses – guru mempunyai beberapa opsyen menggunakan TKP merentasi kurikulum. [Kecerdasan] Page 8
  • 9. 4) Penilaian – guru boleh menggunakan cara yang berbeza mengendalikan penilaian dengan cara yang dicadangkan dalam TKP. 4.3 Peringkat 3 ; PENINGKATAN 4.3.1 Proses Sebagai seorang guru, kita perlu bijak menggunakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kita boleh menggunakan satu kecerdasan atau beberapa kecerdasan pada satu masa dalam P&P.Terdapat 5 model yang telah dicadangkan dan guru boleh memilih mengikut kesesuaian murid, bilik darjah, mata pelajaran dan topik yang diajar.Lima model tersebut adalah:- • Sisipan o Dalam model ini, guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan dalam pengajaran secara tidak langsung • Jaringan o Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran tematik. • Jalinan o Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran • Perkongsian o Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata pelajaran. • Kesepaduan o Beberapa kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi mata pelajaran yang berlainan. 4.3.2 Penilaian Selepas proses P&P dijalankan, guru perlu membuat penilaian ke atas murid. Penilaian dibuat untuk mengukur sejauh mana kebolehan dan penguasaan murid. Pada kebiasaanya penilaian dibuat dengan mengambil ujian atau peperiksaan bertulis dan lebih tertumpu kepada [Kecerdasan] Page 9
  • 10. dua kecerdasan semata iaitu Verbal-Linguistik dan Logik-Matematik. Banyak pendapat menyatakan bahawa penilaian seperti di atas kurang mencerminkan kecerdasan dan pengetahuan yang sebenar. Gardner telah mencadangkan penilaian yang berterusan berasaskan kerja harian, projek dan penelitian kerja oleh murid. Beliau juga menekankan kepentingan kesahan (validity) sesuatu penilaian itu. Penilaian berterusan yang dicadangkan mengambil kira kecerdasan pelbagai yang terdapat pada setiap individu. Aktiviti seperti renungan, perbincangan dan penghargaan kecerdasan kendiri boleh dimanfaatkan dalam memperluaskan perspektif penilaian. Di samping itu, aspek berikut juga dapat diperkembangkan iaitu pengetahuan kendiri, hormat kendiri, penilaian kendiri, penghargaan kendiri, ‘empowerment’ murid, proses pembelajaran, arahan dan kurikulum serta metakognisi. Setiap penilaian mestilah bermakna iaitu mempunyai nilai kepada murid. Penilaian juga haruslah berkonteks iaitu berkaitan dengan persekitaran dan kehidupan mereka. Selain itu. penilaian mestilah mencerminkan kepakaran murid dalam sesuatu kemahiran di mana setiap perbandingan di buat dengan hasil murid yang lepas. Justeru penilaian juga harus berpadanan dengan kecerdasan murid dengan memberikan masa untuk murid menghayati proses penghasilan sesuatu projek atau penilaian. Di samping itu, penilaian harus digabungjalinkan dalam proses P&P dengan menekankan keinginan belajar untuk mencari pengetahuan dan memberi galakan belajar dalam kumpulan. Akhirnya, penilaian juga mestilah membenarkan perkembangan kesemua kecerdasan dengan melibatkan aktiviti kreativiti, perbincangan, penyelesaian masalah, demonstrasi, refleksi dan penyampaian. Dengan itu, murid haruslah dibenarkan memainkan peranan yang aktif dalam proses penilaian dari segi penggubalan dan penilaian kendiri dan rakan sebaya. Murid yang kurang cenderung kepada kecerdasan Verbal-Linguistik dan Logik-Matematik harus diberi peluang untuk dinilai dengan cara yang berlainan. Beberapa jenis penilaian boleh dipraktikkan seperti aktiviti membuat projek dan produk, pemerhatian di stesen-stesen kecerdasan, persembahan, penyampaian dan demonstrasi, penyelesaian masalah dan eksperimen, rakaman video, kaset dan penggambaran, laporan, folio, portfolio dan pameran serta keupayaan murid membina soalan dengan tujuan objektif yang jelas serta berkebolehan mencari jawapan. 4.3.3 Peningkatan [Kecerdasan] Page 10
  • 11. Seterusnya guru harus mempertingkatkan lagi kemahiran menggunakan teori kecerdasan pelbagai (TKP) dalam P&P khususnya ke arah perkembangan kemahiran murid. TKP dikaitkan dengan tiga aspek iaitu TKP sebagai strategi untuk penyelesaian masalah, TKP dalam memperluaskan pemikiran murid dan TKP dalam memperkembangkan kognitif murid berdasarkan Taksonomi Bloom. 4.3.3.1 TKP dalam strategi penyelesaian masalah TKP boleh digunakan sebagai strategi untuk menyelesaikan masalah seperti berikut, KECERDASAN PELBAGAI STRATEGI UNTUK PENYELESAIAN MASALAH Visual-ruang Melukis, melakar dan membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya Kinestatik Manipulasi alat dan bahan untuk menyelesaikan masalah Muzik Menyedari ritma,harmoni dan kecanggunan untuk mengenalpasti masalah dan cara peneyelesaiannya Interpersonal Mendapat pelbagai idea melalui interaksi dengan orang lain mengenai masalah dan penyelesaian Intrapersonal Membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman dan perasaan diri mengenai masalah dan penyelesaian Naturalis Menggunakan contoh daripada alam semulajadi untuk mengkaji sesuatu masalah dan penyelesaiannya. 4.3.3.2 TKP dalam memperluaskan pemikiran murid Dengan menggunakan TKP sebagai strategi P&P boleh membantu murid meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam, memperolehi pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara dan mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada dalam situasi yang baru dan [Kecerdasan] Page 11
  • 12. berlainan. Melalui pemikiran sebegini juga kreativiti dan inovasi dapat dicungkil daripada murid. KECERDASAN PELBAGAI STRATEGI MEMPERLUASKAN PEMIKIRAN MURID Verbal-linguistik Murid memberi interpretasi baru mengenai sesuatu cerpen atau hasil kesusasteraan Logic-matematik Murid menjalankan eksperimen sains yang keputusannya di luar jangkaan murid Visual-ruang Murid melukis sesuatu dengan menggunakan stail, media atau bahan baru Muzik Murid menghasilkan muzik yang luar biasa tetapi masih seronok dan gemar didengar Kinestatik Murid menggunakan pergerakan atau stail baru dalam tarian dan drama Interpersonal Murid menginterpretasi motif watak seseorang dalam cerita, drama atau tokoh sejarah. Naturalis Murid mencari cara menggunakan bahan alam semula jadi sebagai sumber penghasilan sesuatu yang baru dan luar biasa Intrapersonal Murid memahami diri secara lebih mendalam dengan mengaitkan apa yang dipelajari dengan diri sendiri 4.3.3.3 TKP dalam perkembangan kognitif Bloom Untuk meningkatkan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom , aktiviti bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi TKP. Guru boleh membina satu matriks untuk menganalisis sesuatu bidang atau topik tertentu dalam kurikulum. Ia boleh dijadikan peta bagi guru memastikan pelbagai aktiviti bilik darjah yang dijalankan adalah ke arah perkembangan kognitif murid. Matriks yang dibina harus mengambil kira perkembangan [Kecerdasan] Page 12
  • 13. kognitif Bloom iaitu tertumpu kepada beberapa tahap iaitu pengetahuan, kefahaman,aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. 5.0 KUMPULAN BERASASKAN KEBOLEHAN Salah satu perkara penting yang harus diberi perhatian oleh setiap guru ialah pengelolaan dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran. Ia mungkin dilakukan secara individu atau dalam bentuk pasangan serta dilakukan secara berkumpulan mengikut kesesuaian yang terbaik. Pengajaran secara berkumpulan di mana pengajaran yang diberi oleh guru akan ditujukan kepada pelajar-pelajar dalam satu kumpulan tertentu. Satu kumpulan dengan kumpulan yang lain akan diberi bahan- bahan yang berbeza semasa pengajaran dan pembelajaran dibuat. Di mana kerusi dan meja akan disusun secara berkelompok. Terdapat beberapa cara untuk kaedah pengumpulan pelajar, iaitu melalui pencapaian yang melibatkan kenaikan darjah pada hujung tahun berdasarkan kelulusan pelajar. Terdapat proses saingan dalam kaedah ini, dimana murid yang gagal akan ditahan sekurang- kurangnya setahun. Terdapat kaedah lain iaitu pengumpulan mengikut umur, darjah, di mana mengandungi pelajar yang pelbagai kebolehan mengikut kumpulan- kumpulan di dalam darjah. Perubahan strategi yang berpusatkan murid merupakan suatu konsep pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan. Murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dengan kaedah ini. Strategik pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan ini dititikberatkan oleh program KBSR dan KBSM. Terdapat dua cara digunakan untuk membentuk kumpulan murid melalui program ini. Kumpulan jenis pertama dibentuk berdasarkan kebolehan atau pencapainya yang lebih kurang sama taraf. Kumpulan jenis kedua dibentuk berdasarkan kepada pelbagai kebolehan da kecenderungan pelajar- pelajar dicampur dalam setiap kumpulan. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dicadangkan bagi memperbaiki kelemahan pelajar yang tidak pandai membaca, menulis dan mengira. Bagi memperbaiki kelemahan pelajar- pelajar sekolah rendah maka pengajaran kumpulan dilakukan. Dengan kaedah ini, maka pelajar- pelajar dapat menguasai kemahiran berdasarkan [Kecerdasan] Page 13
  • 14. kebolehan kumpulan mereka.Dalam rancangan KBSM, strategi pengajaran kumpulan boleh dilaksana dalam dua cara iaitu;- a) Membahagikan pelajar- pelajar mengikut kebolehan Kumpulan jenis ini dibentuk kerana terdapat perbezaan kebolehan dalam penguasaan kemahiran di kalangan pelaajr dalam sesebuah kelas. Bagi membolehkan guru merancang aktiviti pembelajaran secara berperingkat maka pelajar- pelajar dikumpulkan mengikut kebolehan mereka supaya mereka dapat melaksanakan dengan berkesan mengikut keupayaan masing- masing. Berdasarkan prestasi pelajar- pelajar daripada hasil penilaian yang dibuat oleh guru maka mereka dalam sebuah kelas biasanya dibahagikan kepada tiga jenis kumpulan iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lemah. Pelajar- pelajar dapat meneruskan pelajaran mengikut kadar pembelajaran yang lebih cepat dengan cara ini dalam kumpulan cerdas dan sederhana. Manakala bagi kumpulan yang lemah pula akan diberikan bahan pembelajaran yang lebih mudah sepadan dengan kebolehan mereka. Ahli- ahli dalam kumpulan boleh ditukarkan kepada kumpulan yang lain mengikut kemajuan atau pencapaian mereka. Selain itu, setiap kumpulan untuk mata pelajaran yang berlainan mempunyai komposisi ahli tidak sama serta tidak kekal. Contohya, seorang pelajar yang lemah dalam matematik, maka ia akan diletakkan dalam kumpulan lemah pada waktu pelajaran matematik. Jika pelajar ini mahir dalam pelajaran bahasa inggeris maka ia akan diletakkan dalam kumpulan cerdas pada waktu pelajaran bahasa inggeris. b) Membahagikan pelajar- pelajar yang mempunyai pelbagai kebolehan Setiap kumpulan mengandungi pelajar- pelajar yang mempunyai kebolehan dan kecenderungan yang agak seragam setelah mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Jadi mereka akan dikelaskan mengikut tahap kecerdasan masing- masing bagi setiap kumpulan kecil. Kebaikan mengunakan kaedah ini ialah ia dapat membantu mengendalikan [Kecerdasan] Page 14
  • 15. aktiviti- aktiviti yang berlainan juga dilaksanakan dalam waktu yang selari atau tidak. Selain itu, ia dapat mengatasi masalah pembelajaran yang diperlukan bagi setiap kegiatan kumpulan. Pelajar akan dapat bentuk kesepaduan dan kerjasama melalui kegiatan berkumpulan ini. Bukan itu sahaja malahan ia akan mewujudkan semangat kerjasama berkumpulan dan pelajar cerdas boleh membantu pelajar yang lemah. Pelajar cerdas juga berpeluang mengembangkan bakat kepimpinan mereka. Bagi memastikan pelajar ditetapkan dalam kumpulan yang sesuai maka guru akan menjalankan penilaian bagi mengetahui taraf pencapaian pelajar. Ketua kumpulan harus dilantik bagi setiap kumpulan untuk membantu guru menjalankan aktiviti. Bahan pembelajaran diedarkan serta dikutip oleh ketua kumpulan untuk membantu guru semasa ahli- ahli kumpulannya menjalankan aktiviti pembelajaran. Penyusuan kerusi meja dalam kelas perlu sesuai dengan bentuk aktiviti yang akan dijalankan. Sesuatu aktiviti dijalankan setiap kumpulan dengan mengunakan bahan- bahan pembelajaran yang disediakan oleh guru mengikut masa yang telah ditetapkan. Perubahan taraf pencapaian pelajar akan menentukan perubahan mereka di antara kumpulan dari semasa ke semasa. Semasa aktiviti berkumpulan dijalankan, guru harus beredar dari satu kumpulan ke kumpulan lain untuk memberi bimbingan yang sewajarnya. Apabila pelajar ditempatkan dalam satu- satu kumpulan, guru harus memastikan mereka ini tidak akan mempunyai perasaan rendah diri. Guru harus memperuntukkan sedikit masa bagi perbincangan keseluruhan kelas selepas aktiviti berkumpulan selesai dijalankan. Tujuannya ialah setiap pelajar dapat mengetahui aktiviti- aktiviti yang telah dijalankan oleh kumpulan lain. [Kecerdasan] Page 15
  • 16. 6.0 KESIMPULAN Sebagai seorang guru kesemua aspek yang melibatkan kecerdasan iaitu IQ, EQ SQ dan pelbagai kecerdasan perlu ditekankan dalam p & p bagi melahirkan insan-insan yang cemerlang lagi berpotensi serta mempunyai kepelbagaian. Semua individu memiliki kecerdasan pelbagai tetapi tahapnya adalah berbeza antara satu sama lain. Maka guru perlu memupuk kecerdasan tersebut dalam dirinya sendiri dan juga dalam diri murid-muridnya Guru juga perlu menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan murid serta menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan. Justeru mempelbagai cara p & p dan penilaian kepada murid juga perlu diwujudkan. Selain itu, mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah dan meningkatkan profesionalisme guru serta menggalakkan inovasi dan penyelidikan dalam p & p harus dilaksanakan. Di samping itu, dengan meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui p & p yang menyeronokkan dapat menyumbang ke arah melahirkan modal insan yang berpotensi tinggi. Akhirnya guru juga perlu memainkan peranannya dalam meningkatkan kecerdasan seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas. [Kecerdasan] Page 16
  • 17. 7.0 PETA MINDA KONSEP IQ,EQ,SQ TEORI-TEORI KECERDASAN Definisi IQ, EQ dan Teori Kejayaan Triarchic SQ Sternberg Hemisfera Otak Kiri Teori Emosi Daniel Goleman dan Otak Kanan Teori Kecerdasan Pelbagai Ujian IQ, EQ Howard Gardner KECERDASAN KEBOLEHAN DALAM KUMPULAN KECERDASAN PELBAGAI Konsep Kecerdasan Pelbagai Membahagikan pelajar APLIKASI TPK DALAM mengikut kebolehan 8 jenis kecerdasan [Kecerdasan] P&P Membahagikan pelajar yang Page 17 Jenis dan Ciri-ciri individu mempunyai pelbagai yang mempunyai kebolehan kecerdasan pelbagai
  • 18. 3 proses utama perlaksanaan TBK dalam P&P : 1.Padanan 2. Percubaan 3. Peningkatan 8.0 RUJUKAN 1. Bahagian Perkembangan Kurikulum (bpk) (2001), Modul Pengajaran & Pembelajaran Pendidikan Seni Visual, September 25, 2012, 12:30:20 AM, diakses dari URL www.moe.gov.my/bpk/modul.../04kecerdasan_pelbagai.pdf 2. Pusat Perkembangan Kurikulum (ppk) (2001), Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Oktober 10, 2012, 2:54:45 PM diakses dari URL http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan %20PPK/bsk/bpanduan/teori_kecerdasan.pdf 3. Moreno R, Educational Psychology, (2010), John Wiley & Sons, INC. 4. Mok Soon Sang , Prinsip Teras Pengajaran& Pembelajaran (2012), Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd 5. Azizi Yahya, Kecerdasan Emosi, September 29, 2012 diakses dari URL http://eprints.utm.my/10351/1/bab4.pdf 6. Abang Isaifuddin bin Abang Noran, Teori Kecerdasan Triarchic Sternberg , di akses pada September 28, 2012 dar URL http://www.scribd.com/doc/14247055/Teori- Kecerdasan-Triarchic-Sternberg- 7. Zaki, Teori Kecerdasan Pelbagai di akses pada September 18,2012 dari URL http://cikgu-zaki.blogspot.com/2012/06/teori-kecerdasan-pelbagai.html 8. Sharifah Alwiah, Kamarudin Hj Husin-Pedagogi 2, (1983) Callahan [Kecerdasan] Page 18
  • 19. 9. Mok Soon Sang, Prinsip Teras Pengajaran& Pembelajaran, 2012, Penerbitan Multimedia 10. Nur Shafikah Nordin, Nur Shahida Jusoh, Teori-Teori Lain, di akses pada September 25,2012http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Group/fiqahshida/te ori_teori_lain.pdf [Kecerdasan] Page 19