SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 24
INSTITUT PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK
PENDIDIKAN ISLAM
(MPW 1134)
Disediakan Oleh
NURUL SAHIDA BINTI SHAHBUDIN (DPAK A1002145)
FARAH NAJWA BINTI ASRI (DPAK A1002143)
NUR SYAFIQA BINTI SHAHBUDIN (DPAK A1002146)
NORREHAN BINTI CHE LAH (DPAK A1002121)
FATHIN NAZIRA BINTI FAUZI (DPAK A1002099)
KOHORT 9A (G3)
Disediakan Untuk
HAJI MOHD AMIN SHAARANI
(PENSYARAH PENDIDIKAN ISLAM)
29 MAC 2011
ISI KANDUNGAN
,[object Object],TAJUK :
,[object Object]
PRA PERKAHWINAN DAN PERSEDIAAN SEBELUM PERKAHWINAN
PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM “HUKUM FARAID”
PERKAHWINAN DIDALAM ISLAM (MUNAKAHAT)Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki danperempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina. Perkahwinan ialah hubungan terikat antara dua orang yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan, menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.
Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekod-rekod tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu adat resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal memperoleh sebarang bukti.
Di dunia Barat, perkahwinan difahami secara tradisi sebagai satu kesedudukan monogami antara seorang lelaki (suami) dan seorang perempuan (isteri), sedangkan di bahagian-bahagian dunia yang lain, poligami pernah merupakan bentuk perkahwinan yang biasa.Secara umumnya, pandangan masyarakat tentang konsep poligami adalah apabila seorang suami mempunyai lebih daripada seorang isteri.Sebenarnya dalam antropologi, konsep yang paling tepat untuk menghuraikan seorang suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri ialah poligini manakala konsep yang menghuraikan seorang isteri yang mempunyai lebih daripada seorang suami ialah poliandri. Poligami biasanya mengambil bentuk poligini (seorang lelaki mempunyai banyak isteri), tetapi sebilangan masyarakat yang amat kecil membenarkan poliandri (seorang perempuan mempunyai banyak suami).
1.1 TUJUAN PERKAHWINAN MENURUT PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI
Imam al-Ghazali pula ada menyebutkan di dalam kitabnya al-Ihya' Ulumuddin, terdapat 5 tujuan iaitu pertama, dapat menghasilkan keturunan supaya dunia ini tidak kepupusan makhluk dari bangsa manusia. Dan seterusnya anak tersebut dapat berdoa untuk kedua ibubapanya setelah kematian mereka. Kedua, menghilangkan tekanan syahwat seks terhadap wanita yang sentiasa datang mengganggu di dalam ibadatnya. Tekanan ini juga akan membawa kepada zina mata atau zina faraj. Dengan perkahwinan seseorang itu dapat memelihara diri dari syaitan yang akan membawa ke arah perkara-perkara yang haram. Ketiga, Membereskan gangguan hati dalam masalah urusan rumahtangga seperti memasak, mengemas, membasuh dan lain-lain. Dengan ini, masanya tidak banyak terbuang hanya untuk urusan tersebut sahaja. Keempat, dengan pergaulan dan percampuran suami isteri dapat menggembirakan serta menjinakkan hati dan perasaan. Di mana perkara ini akan mendorong dan menguatkan hatinya untuk rajin melakukan ibadat. Kelima, dapat bermujahadah melawan hawa nafsu di dalam kehidupan berumahtangga, antaranya ialah:
,[object Object]
Bersabar terhadap tingkah laku isteri yang tidak secocok dengannya.
Berusaha untuk memperelok akhlak anak dan isterinya serta memberi tunjuk ajar kepada mereka ke jalan agama.
Berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan rezeki yang halal untuk menyara anak dan isteri.
Mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berguna.1.2 Konsep perkahwinan
Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Firman Allah s.w.t
Maksudnya : “ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu( Adam ). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….” Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan penuh bertanggungjawab.  Mereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia.  Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh.
Sabda Rasulullah s.a.w
Maksudnya: Daripada Anas .a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.
,[object Object],Perkahwinan dalam islam telah disyariatkan oleh Al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama'. Firman Allah, 'Dan kahwinilah orang-orang bujang lelaki & perempuan) dari kalangan kamu dan orang-orang yang soleh dari kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan'. (Surah An-Nur : 32)
Dalil pensyariatan dari Sunnah, bersabda Rasulullah, 'Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia kahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat menahan nafsunya'. (H.R.Bukhari & Muslim)
Para ulama' telah membuat penentuan hukum dengan berdasarkan kepada kedudukan dan kemampuan seseorang untuk mendirikan rumah tangga. Para ulama' telah membahagikannya kepada 4 jenis hukum iaitu,
Fardhu
Para ulama' menyatakan bahawa sesuatu perkahwinan akan menjadi fardhu bila seseorang individu itu yakin bahawa jika tidak berkahwin dia pasti akan terlibat dalam kancah perzinaan. Bagi sesetengah individu pula sama ada dengan melakukan ibadah puasa atau ibadah-ibadah yang lainnya masih tidak dapat mencegah atau menahan keinginan nafsunya untuk melakukan zina, maka dalam situasi ini hukum melangsungkan perkahwinan menjadi lebih fardhu. Menjaga kesucian dan maruah diri dari melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama adalah menjadi satu kewajipan setiap muslim. Individu yang berhadapan dengan situasi ini diwajibkan berkahwin demi untuk menjaga kehormatan diri dan agama, ini kerana perkahwinan sahajalah yang dapat menghalangnya dari melakukan perbuatan zina. Selain dari itu individu tersebut juga mestilah berkemampuan untuk menyempurnakan mas kahwin, nafkah untuk isteri serta lain-lain tanggungjawab sebagai seorang suami dalam sebuah rumah tangga seperti yang dituntut oleh syara'.
Haram
Sesuatu perkahwinan itu akan menjadi haram atau berdosa jika dilangsungkan juga apabila individu tersebut berkeyakinan dia pasti akan melakukan kekerasan, kezaliman dan ketidakadilan ke atas isterinya serta mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Maksud pengabaian tanggungjawab di sini adalah seperti tidak dapat menyediakan tempat tinggal yang sempurna, memberi pakaian, makanan, jaminan kesihatan dan keselamatan serta lain-lain keperluan asas yang sepatutnya seperti yang dituntut oleh syara' ke atas setiap suami.
Makruh
Sesuatu perkahwinan itu dianggap makruh apabila seseorang itu merasa bimbang bahawa berkemungkinan dia akan melakukan kezaliman atau kekerasan serta tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab atau memberikan keadilan ke atas diri isterinya tetapi kebimbangannya itu tidaklah sampai ke tahap pasti atau benar-benar yakin. Kebimbangan kepada sifat buruknya itu hanyalah berdasarkan kepada kemungkinan sahaja di mana ianya mungkin benar berlaku atau mungkin juga tidak akan berlaku. Bagi pendapat Imam Syafie beliau mengatakan bahawa sesuatu perkahwinan akan menjadi makruh apabila seseorang lelaki yang berkahwin itu berada dalam keadaan uzur yang serius, seperti faktor usia yang terlalu lanjut atau masalah kesihatan seperti mati pucuk ataupun mengidap penyakit yang tidak mungkin sembuh.
Sunat
Pada pendapat jumhur ulama' kecuali Imam Syafie' mengatakan, perkahwinan dianggap sunat apabila seseorang lelaki itu berada dalam keadaan normal iaitu tiada apa-apa kebimbangan atau kemungkinan pada dirinya untuk melakukan zina sekali pun ia memilih untuk terus membujang dan tidak berkahwin. Di samping itu juga tiada kebimbangan atau kekhuatiran pada dirinya untuk melakukan kezaliman dan kekerasan terhadap isterinya jika dia berkahwin. Keadaa normal adalah situasi di mana kebanyakkan orang melangsungkan perkahwinan mereka. Pada pendapat Imam Syafie beliau mengatakan, bagi perkahwian seseorang lelaki yang berada dalam keasaan normal hukumnya adalah harus iaitu dia bebas menentukannya sendiri sama ada memilih untuk terus berkahwin atau tidak. Imam Syafie menambah, walau bagaimana pun jika seseorang lelaki itu memilih untuk tidak berkahwin, adalah lebih baik dia menumpukan kepada beribadah ataupun menuntut ilmu.
1.4 Hikmah perkahwinan
Perkahwinan adalah Sunnah Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam-. Menurut jumhur ulamak, hukum berkahwin pada asasnya adalah sunat. Ada juga ulamak yang berpandangan; berkahwin adalah wajib kecuali tidak mampu, antara mereka ialah Imam Ibnu Hazm.
Hikmah perkahwinan cukup banyak sekali. Di antaranya yang dijelaskan sendiri oleh al-Quran dan as-Sunnah, iaitu;
1. Melahirkan zuriat untuk meramaikan umat. Sabda Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- (bermaksud); “Hendaklah kamu berkahwin. Sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang banyak di hadapan umat-umat yang lain di hari kiamat. Janganlah kamu menjadi seperti Rahib Nasrani (yang enggan berkahwin)”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dari Abu Umamah –radhiyallahu ‘anhu-)
2. Memelihara diri dari zina atau memenuhi keinginan seks secara tidak halal. Sabda Nabi –sallallahu alaihi wasallam-; “Wahai para pemuda! Siapa yang mampu dari kamu, hendaklah ia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu paling berkesan untuk menjaga pandangan dan memelihara kemaluan (dari zina). Sesiapa di kalangan kamu yang belum mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa kerana sesungguhnya puasa itu adalah penahan (syahwat)”. (Riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Mas’ud –radhiyallahu ‘anhu-)
3. Mengukuhkan rasa keharmonian, ketenteraman dan rasa kasih-sayang di dalam jiwa. Firman Allah (yang bermaksud); “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir”. (Surah ar-Rum, ayat 21). Supaya himah perkahwinan di atas menjadi kenyataan, perkahwinan hendaklah dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agama dan pemilihan pasangan hendaklah dilakukan dengan baik, iaitu dengan mengikut saranan Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadisnya (yang bermaksud); “Dikahwini seorang perempuan itu kerana empat sebab; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Kamu pilihlah perempuan yang patuh kepada agama supaya kamu tidak rugi/kecewa”. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-)
1.5 Kebaikan dan keburukan perkhawinan
Antara kebaikan perkahwinan adalah, berkahwin dapat mengelakkan daripada melakukan maksiat, juga dapat melahirkan keturunan yang sihat, berjaya mengurangkan gangguan hati (nafsu), hidup saling cinta mencintai antara satu sama lain, serta berupaya membina kehidupan yang aman dan damai didalam rumah tangga. Keburukannya pula, berkahwin pada usia muda, kebanyakkannya akan menyebabkan penceraian awal, hutang piutang banyak kerana kahwin diusia muda tidak mempunyai kewangan yang cukup, Sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk keluarga. kahwin muda juga menyebabkan rumah tangga cepat bergoncang,kurang ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta merasa diri masih bujang walaupun sudah mempunyai isteri atau suami.
,[object Object],Kesan perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang keluarga islam, Kepada diri, akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan undang-undang keluarga islam, dan masyarakat akan memandang serong kepada mereka. Kepada keluarga pula, nama baik kedua-dua keluarga akan tercemar dan kedua-dua belah keluarga akan bermusuhan akibat sikap menyalahkan keluarga lain. Serta kepada masyarakat pula masyarakat akan kucar kacir kerana wujud masyarakat yang tidakmahu patuh kepada undang-undang
Antara langkah-langkah mengatasi masalah perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang, pertama, semua pihak terutama ibu bapadan masyarakat bertanggungjawab memastikan setiap perkahwinan itu sah mengikut syarak dan undang-undang keluarga islam. Kedua, pihak berwajib seperti jabatan agama islam dan badan kerajaan perlu memperbanyakkan seminar dan kursus untuk memberi penjelasan tentang undang-undang keluarga islam. Yang terakhir, Pengeuatkuasaan peraturan perlu dilaksanakan dan tidnakan undang-undang perlu dikenakan keatas mereka yang melanggar syariat dan undang-undang yang ditetapkan.
2.0 PRA PERKAHWINAN
2.1 PENGENALAN
Di Malaysia terdapat 2 jenis kursus perkahwinan diperkenalkan kepada semua warganegara. Bagi masyarakat Islam Kursus Pra Perkahwinan adalah Diwajibkan bagi pasangan ya g ingin berumahtangga. Manakala bagi masyarakat bukan Islam, ianya boleh dibuat pilihan samaada menghadiri Kursus Pasca Perkahwinan atau tidak perlu. Bagi masyarakat Islam, Kursus Pra Perkahwinan yang wajib dihadiri sebelum mendirikan rumahtangga biasanya dilaksanakan oleh Jabatan Agama tempat masing-masing atau dilaksanakan oleh badan-badan swasta yang telah diberi tauliah oleh Jabatan Agama. Pengisian bagi kursus ini telah ditentukan oleh Jabatan Agama dan para peserta akan dibekalkan dengan modul Kursus Pra Perkahwinan Islam dari Jabatan Agama. Bayaran akan dikenakan kepada peserta kursus bagi proses penyediaan buku modul, sijil dan lain-lain. Kursus Pra Perkahwinan yang dilaksanakan di Jabatan Agama Islam Selangor adalah mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kursus tersebut adalah diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin. Kursus ini dianjurkan oleh semua Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Perundangan Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor dengan tujuan memberikan maklumat dan pendedahan awal kepada bakal-bakal suami isteri yang akan mendirikan rumahtangga. Ia diharap dapat dijadikan panduan oleh mereka dalam menghadapi kehidupan berkeluarga. JAIS berharap, kursus ini akan dapat membantu dalam mengurangkan permasalahan rumahtangga dan perceraian yang dihadapi oleh umat Islam di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
2.2 OBJEKTIF KURSUS PRA PERKAHWINAN
Kursus ini dapat memberi pendedahan awal alam perkahwinan kepada peserta yang ingin berumahtagga. Kursus ini juga dapat memberi panduan kepada peserta tentang cara menguruskan proses perkahwinan daripada permohonan pernikahan hingga ke hari pernikahan. Para peserta juga akan diberi panduan bagi mempersediakan diri untuk menghadapi alam perkahwinan dan tanggungjawab membentuk sebuah keluarga serta menguruskannya. Kursus ini juga member panduan bagi menghadapi konflik dalam rumahtangga dan cara mengatasinya dengan berkesan.
2.3 PERSEDIAAN SEBELUM PERKAHWINAN
Persediaan sebelum perkawinan adalah seperti menyediakan mas kahwin dalam bentuk benda yang bernilai walaupun kecil atau faedah dan manfaat yang diberikan oleh suami kepada isterinya kerana akad perakahwinan.Sebagaimana sabda Baginda riwayat Bukhari,Muslim dan Abu daud yang bermaksud;
“Carilah maskahwin walaupun berupa bentuk cincin besi”-(riwayat Al-Bukhari,Muslim dan Abu Daud)
Suami wajib membayar mahar kepada isterinya sebanyak yang disebutkan dalam akad perkahwinan jika ia mahar musamma.Seandainya pula tidak disebut dalam akad perkahwinan ia wajib dibayar mengikut mahar mithil.Antara konsep Islam mewajibkan suami membayar maskahwin kepada isterinya sebagai penghargaan kepada isteri dan memenuhi tanggungjawab ketetapan daripada Aallah SWT.Sebagaimana firaman Allah yang bermaksud:
“Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat lagi baik kesudahannya”-(Surah An-Nisa’)
Sekiranya berlaku penceraian diantara pasangan suami isteri sebelum berlakunya persetubuhan,suami wajib membayar maskahwin separuh kepada isterinya.Manakala perceraian yang berlaku selepas diadakan persetubuhan suami mestilah membayar semua maskahwin.Seterusnya lagi,jika suami atau isteri meninggal dunia selepas akad perkahwinan walaupun tidak sempat melakukan persetubuhan maka maskahwin wajib dibayar semuanya.
Justeru itu apa sahaja boleh dijadikan maskahwin,asalkan berfaedah dan bernilai,antara syarat benda yang dijadikan maskahwin ialah pertama, mestilah dari benda yang suci atau benda yang dapat disucikan. Di mana tidak sah maskahwin daripada benda suci yang tidak dapat disucikan,seperti madu lebah yang terkena najis. Kedua, ada faedah atau pekerjaan berfaedah,seperti mengajar ilmu agama atau al-Quran. Ketiga, ia adalah milik suami. Keempat, mampu diserahkan kepada isteri bila-bila masa sahaja. Yang terakhir, diketahui sifat dan jumlahnya.
Kemudian perlulah ada peminangan, Meminang ialah lamaran seorang lelaki terhadap seorang perempuan untuk dijadikan isterinya.Dalam erti kata lain,meminang ialah suatu proses untuk menyatakan keinginan daripada seorang lelaki kepada seorang wanita yang boleh dikahwini dengan tujuan untuk mengahwininya serta suatu ikatan atau perjanjian untuk dilangsungkan perkahwinan. Walaupun peminangan itu tidak wajib atau bukannya suatu akad perkahwinan yang sah,namun perkara tersebut perlu diambil berat untuk menjaga hubungan harmoni antara pasangan,keluarga dan hubungan kedua-dua belah pihak.Dalam menyatakan peminangan terhadap wanita yang boleh dikahwini dapat dilakukan dalam beberapa bentuk,iaitu peminangan boleh dilakukan secara terus-terang atau melalui sindiran dan kiasan terhadap mana-mana wanita yang masih dara. Pinangan yang dibuat terhadap janda yang masih dalam ‘iddah boleh dilakukan dengan cara sindiran sahaja.Sesiapa yang menyatakan pinangan terhadap janda yang belum habis ‘iddah secara terus-terang atau dengan membuat temujanji bersama adalah haram hukumnya.Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:”Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan(secara sindiran),untuk meminang perempuan(yang kematian suami dan masih dalam ‘iddah),atau tentang kamu menyimpan dalam hati(keinginan berkahwin dengan mereka).Allah SWT mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut(atau mengingati) mereka,(yang demikian itu tidaklah salah),akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit,selain menyebutkan kata-kata(secara sindiran) yang sopan.dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendaklah melakukan) ‘aqad nikah sebelum habis ‘iddah yang ditetapkan itu.Dan ketahuilah,sesungguhnya Allah SWT mengetahui apa yang ada di dalam hati kamu,maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaaNya,dan ketahuilah,sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun,Lagi Maha Penyabar”-(Surah Al-Baqarah 2:235)
Biarpun peminangan juga merupakan salah satu daripada syariat Islam, namun Rasulullah SAW melarang keras perbuatan melakukan peminangan terhadap wanita yang telah dipinang oleh orang lain dan hukumnya adalah haram peminangan tersebut sekiranya pinangan itu telah diterima oleh perempuan.Sebagaimana Hadis Baginda yang bermaksud: “Dilarang seorang lelaki meminang di atas pinangan saudaranya,sehinggalah ia berkahwin dengan perempuan lain atau menunggalkan perempuan yang dipinangnya”
Sabda Baginda dalam Hadis yang lain yang bermaksud: “Janganlah lelaki meminang atas pinangan lelaki lain melainkan meminang sebelumnya sudi melepaskannya atau peminang itu memberi izin kepadanya”- (riwayat Bukhari dan Nasa’i)
Sewaktu berlangsung proses pertunangan dan selepas selesai peminangan,harus bagi lelaki atau perempuan membawa atau memberi sesuati hadia atau bertukar hadiah antara mereka sebagai tanda ikatan perjanjian.Namun begitu lelaki dan wanita ditegah dan haram mengadakan pergaulan bebas bersama tunangnya,kerana mereka belum dikira sebagai suami isteri yang sah.Segala hubungan antara mereka mestilah mengikut syara’ dan mesti dianggap seperti bukan muhrim.
Konsep peminangan tersebut dapat membawa ke arah proses janji perkahwinan secara rasmi dan sopan.Walaupun begitu, pertunangan yang diadakan tersebut dapat diputuskan serta dapat dibatalkan bila-bila masa sahaja jika antara dua pihak rasa tidak puas hati atau ada sebab-sebab tertentu yang menghalang pasangan tersebut untuk dikahwinkan.Namun begitu,mereka mestilah menbubarkannya dengan cara yang sopan dan diantara kedua belah pihak mestilah menerima hakikat tersebut dengan hati yang terbuka.
Selain dari itu, memilih bakal suami bagi perempuan, perempuan juga digalakkan memilih bakal suami yang baik dan mulia.Yang mana Nabi SAW menggalakkan wanita supaya memilih lelaki yang mempunyai ciri-ciri berikut beragama, mempunyai rupa paras, harta, dan keturunan mulia. Tetapi lebih tepat adalah pilihlah agamanya.
2.4 Tujuan Pemilihan Calon Isteri atau Suami
Dalam Islam, hukum melihat bakal suami atau isteri adalah sunat bagi sesiapa yang berhasrat dan memilihnya dengan tujuan untuk berkahwin.Antara tujuannya ialah supaya rumahtangga yang bakal dibina akan terbentuk secara harmoni dan saling berpuas hati. Lahir perasaan saling kasih mengasihi dan reda meredai antara satu sama lain dan supaya dapat mencari pasangan yang mulia serta dapat melahirkan zuriat dari keluarga yang berketurunan mulia.
Sebelum seseorang itu melangkah ke alam perkahwinan,Islam telah menggariskan adab tertentu supaya keluarga yang bakal dibina nanti akan sempurna serta saling berpuas hati antara pasangan dan mendapat berkat serta rahmat Allah SWT.Seterusnya zuriat yang lahir juga akan berkembang dengan jalan yang baik dan suci.
2.5 Memilih Jodoh
Islam mengharuskan lelaki dan wanita mencari dan meneliti bakal isterinya dan bakal suami masing-masing.Walaupun begitu,ia mestilah melalui syarat tertentu yang diharuskan oleh syara’.Contohnya lelaki hanya diharuskan melihat bahagian tapak tangan dan muka perempuan dan perempuan pula diharuskan melihat bakal suaminya pada bahagian selain antara pusat dengan lutut sahaja. Dalam proses perkahwinan,Islam juga menitikberatkan soal persamaan taraf,iaitu kufu dan pasangan yang sesuai,mencakupi keagamaan,keturunan,pendidikan,harta,kecantikan dan lainnya.
2.6 Memilih Bakal Isteri
Adalah sunat hukumnya bagi lelaki yang ingin membuat pinangan supaya melihat terlebih dahulu bakal wanita yang akan dipinangnya itu.Begitu juga perempuan yang dipinang sunat juga melihat terlebih dahulu kepada lelaki yang meminangnya. Namun begitu,konsep perkahwinan sebenarnya lebih memberi penekanan kepada lelaki.Kerana menurut praktikal dan teorinya pun memanglah lelaki yang mencari bakal isteri dan menghantar peminangan serta melamar wanita untuk dijadikan isteri.Justeru itu,lelaki mestilah memilih calon isterinya dengan cara beradab dan sopan,iaitu dengan melalui proses peminangan terlebih dahulu. Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isterinya yang sesuai bagi mereka,disamping itu wanita juga bebas samada untuk menerima lamaran lelaki atau menolaknya berdasarkan alasan yang diharuskan oleh syara’,bukan tindakan nafsu dan perasaan. Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat,seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan syara’ dan saranan Nabi khasnya.Dimana bakal suami digalakkan supaya mengutamakan perempuan yang solehah(beragama) serta dapat melahirkan zuriat disamping memiliki ciri-ciri keistimewaan yang lain.Sebagaimana hadis yang  diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam maksud hadis di atas, Nabi menggalakkan umatnya supaya mengutamakan pemilihan bakal isteri atas dasar agama,kerana dengan agama seseorang itu akan selamat dan bahagia dalam erti kata yang sebenarnya

Untuk tujuan tersebut, Islam menekankan pemilihan calon isteri yang beragama.Dimana seseorang lelaki yang memilih bakal iateri yang solehah dan baik akan mendapat jaminan kebahagiaan sebenar rumahtangganya.Sebagaimana sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Muslim dan Nasa’i yang bermaksud:
“Sesungguhnya dunia ini adalah suatu tempat keseronokan dan sebaik-baik keseronokan itu ialah wanita yang solehah”-(riwayat Muslim dan Nasa’i)
Namun begitu Islam sekali-kali tidak menolak dan tidak mengenepikan faktor sampingan lain seperti kecantikan,harta,keturunan dan sebagainya.Namun asas utama yang dikehendaki oleh Islam ialah agama dan pegangan aqidah seseorang bakal isteri.Sebagai contohnya,sekiranya seseorang wanita itu tidak mempunyai pegangan aqidah dan agama yang kukuh,mereka akan mudah terdorong kepada maksiat dan mengabaikan tanggungjawabnya.
Begitu juga dengan kecantikan semata-mata boleh boleh membawa kepada kemusnahan rumahtangga dan lagi pun kecantikan itu tidak akan berkekalan.Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama dalah lebih baik”-(riwayat Ibnu Majah). Dalam konteks lain,Nabi Muhammad SAW juga menggalakkan umatnya supaya mengahwini dan memilih wanita yang memiliki sifat lemah-lembut,penyayang dan dapat melahirkan anak,sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:
“Kahwinilah wanita yang bersifat penyayang dan boleh melahirkan anak,sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai”-(riwayat An-Nasa’i)
3.0 PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA DALAM ISLAM
“HUKUM FARAID”
Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dan lain-lain), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dan lain-lain) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah Tanah, Bangunan (rumah),  Barang kemas (emas, perak dan lain-lain), Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak), Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dan lain-lain.
3.1 Hukum Berkenaan Faraid
Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah. Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana ALLAH sebagai pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam diri manusia itu.
Di dalam surah An-Nisa’ ayat 11-13 telah menerangkan tentang kaedah pembahagian Faraid dengan jelas, manakala dalam surah yang sama ayat yang ke-14 Allah telah mengecam manusia yang beriman sekiranya ingkar dengan perintah ALLAH ini.
Maksud surah An-Nisa’ (ayat 14):
“Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentutan-ketentua n-Nya, nescaya ALLAH akan memasukkannya kedalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya; dan baginya seksa yang menghinakan” .
Ini jelas menunjukkan bahawa sekiranya umat Islam itu ingkar dengan ketentuan ALLAH, maka ALLAH akan melemparkannya ke dalam api neraka selama-lamanya. Ini menunjukkan bahawa suatu ancaman yang amat berat bagi mereka yang mengabaikan pelaksanaan hukum Faraid dalam pembahagian harta pusaka.
3.2 Kesan Jika Tidak Melaksanakan Faraid “peringatan”
Sekiranya umat islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem faraid ini dikhuatiri akan berlakunya
1. Memakan Harta Anak Yatim.
2. Memakan Harta saudara-Mara.
3. Memakan Harta Baitulmal.
3.3 Tuntutan Belajar Ilmu Faraid Dalil
Sabda Rasullulah SAW:
Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada Manusia, kerana ia adalah separuh dari ilmu dan akan dilupakan. ia juga adalah ilmu yang pertama yang akan di cabut dari umatku.
- Hadis riwayat ibnu majah daripada Abu Hurairah.
Sabda Rasullulah SAW:
Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada orang lain, Sesungguhanya aku akan mati dan ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau bilau. sehingga ada dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah mereka.
- Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu
Maksud
Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang  sahaja, maka dia memperolehi separuh harta. Dan  untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam daripada harta yang ditinggalkan jika orang yang  meninggal  itu mempunyai anak dan dia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai  beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak  mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat (banyak) manafaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
- Surah An-Nisa :11.
3.4 Sebab-sebab Pusaka
Selain daripada rukun, sistem pusaka dalam Islam melihat juga kepada beberapa sebab yang menjadikan seseorang itu berhak menerima harta pusaka keluarganya yang telah meninggal dahulu itu. Dengan sebab-sebab inilah seseorang waris itu boleh mendapat pusaka iaitu Pernikahan, Kerabat, dan Wala’ (pembebasan hamba).
Ayat An-Nisaa’:12 ini adalah sebagai dalil menunjukkan salah satu sebab perwarisan ialah melalui perkahwinan. Maknanya:“Dan bagimu (suami-isteri) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tingalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik lelaki mahupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara lelaki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris). (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari’at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.”
3.5 KADAR PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MENURUT HUKUM   FARAID
Kadar Syarat Bagi Setiap Ahli Waris
Kaedah untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu menelitu siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud. Kemudian dicari siapakah yang Mahjud. Barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.
Bahagian DiperolehiSuami Kepada Simati½Tidak mempunyai anak ATAUTidak mempunyai cucu dari anak lelaki¼Mempunyai anak ATAUMempunyai cucu dari anak lelaki
Bahagian DiperolehiIsteri Kepada Simati¼Tiada anak ATAUTiada cucu dari anak lelaki1/8Mempunyai anak ATAUMempunyai cucu dari anak lelaki
Bahagian DiperolehiAnak Perempuan Simati½Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki2/32 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelakiASABAH BI-GHAIRIHMempunyai anak lelaki – mendapat separuh dari bahagian anak lelaki
Bahagian DiperolehiCucu Perempuan Anak Lelaki Simati½Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak2/3Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak1/6Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama denganseorang anak perempuanASABAH BI-GHAIRIHMempunyai cucu lelaki – mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki.TerhalangAdanya anak lelaki ATAU 2 anak perempuan atau lebih
Bahagian DiperolehiBapa Simati1/6Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki1/6 dan ASABAHMempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan dari anak lelakiASABAHTiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
Bahagian DiperolehiIbu Kepada simati1/6Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa1/3Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa1/3 dari bakiMempunyai bapa serta suami ATAU isteri
Bahagian DiperolehiDatuk Kepada simatiSama seperti bapaHanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa
Bahagian DiperolehiSaudara Perempuan Seibu Sebapa Kepada Simati½Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang menjadikannya Asabah2/3Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya AsabahASABAHMempunyai saudara lelaki kandung ATAU datukTerhalangAdanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki
Bahagian DiperolehiSaudara Perempuan Sebapa½Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah2/3Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah1/6Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapaASABAHDisebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datukTerhalang1.Bapa2.Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung3.Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyaianak perempuan dan cucu perempuan4. Saudara lelaki kandung
Bahagian DiperolehiSaudara Seibu (Lelaki / Perempuan)1/6Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki1/3Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelakiTerhalangAdanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki
Kesimpulan
Kesimpulannya, manusia akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu. Tajuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam peigaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan. Kerana itu, perkahwinan disyariatkan. Dalam perkahwinan, ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. Sebahknya jika peraturan-peraturan itu tidak dipatuhi, sama ada kerana kejahilan atau sengaja mengingkarinya, pasangan itu sentiasa dilanda arus yang menjadikan suasana hidup mereka tidak tenteram. Peraturan yang ditetapkan itu, menentukan pembentukan keluarga di dalam satu institusi masyarakat yang dinamakan rumahtangga. Rumahtangga adalah tahap pertama pembentukan masyarakat. Sebagaimana masyarakat yang besar memerlukan penyusunan yang rapi, begitulah juga masyarakat lumahtangga memerlukan penyusunan. Pembentukan rumahtangga secara bersekedudukan bebas tanpa perkahwinan dan perlindungan undang-undang melambangkan suatu pembentukan rumahtangga yang tidak tersusun. Ia akan berkembang menjadi belukar dan hutan belantara yang hidup di dalamnya binatang-binatang buas. Hak-hak suami isteri tidak dapat dibela dan diberi keadilan di dalam kehidupan seumpama ini.
Sebaliknya, rumahtangga yang dibentuk meneiusi perkahwinan yang tertakluk kepada peraturan-peraturan tertentu yang lengkap dan sempurna, akan menjadi seperti pohon-pohon yang ditanam secara tersusun. jika pohon-pohon ini terus dipelihara, ia kekal menjadi taman indah yang menyegarkan kehidupan. Demikianlah halnya sebuah rumahtangga yang diikat dengan perkahwinan akan menjadi tempat yang paling indah dalam kehidupan dan kebisingan anak-anak meniadi seperti siulan burung-burung di taman yang indah. Mendirikan rumahtangga dalam Islam bukan ulusan individu seperti yang difahami dalam kehidupan bangsa lain terutama bangsa Barat. Rumahtangga dalam Islam merupakan bahagian penting masyarakat dan masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam pembentukan
RUJUKAN
Konsep Perkahwinan Dalam Islam Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my http://www.hanan.com.my/
Hikmah perkahwinan by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL
http://www.sabah.edu.my/cwm010/perkahwinan.htm
http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan
http://jalanakhirat.wordpress.com/2010/03/08/perkahwinan-menurut-islam/
http://www.yousaytoo.com/pembahagian-harta-pusaka-islam-faraid/82701
http://ncr.jais.gov.my/perkahwinan
http://galleriperkahwinan.cjb.net/
http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/

Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam
Perkahwinan didalam islam

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHFarra Shahirra

ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINnoor izati

Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliamira nurfahmida

Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370

Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiathirahsb

SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMAina Zambry

Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Adilah Said

Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabNur Paşa

Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahCamar Puteh

Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatNoor Aziah Mamat

Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inZafirah Abdullah

Was ist angesagt? (20)

Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH

ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN

Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali

Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.

Am & khas
Am & khasAm & khas
Am & khas

Thabat wal murunah
Thabat wal murunahThabat wal murunah
Thabat wal murunah

Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati

Imam as syafie
Imam as syafie Imam as syafie
Imam as syafie

Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian HudaibiyahPerjanjian Hudaibiyah
Perjanjian Hudaibiyah

SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAMSEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM
SEJARAH ZAMAN PERUNDANGAN ISLAM

Asbabun nuzul
Asbabun nuzulAsbabun nuzul
Asbabun nuzul

Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh

Definisi ilmu kalam
Definisi ilmu kalamDefinisi ilmu kalam
Definisi ilmu kalam

Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintaha...

USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKHUSULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH

Contoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa ArabContoh PBS STPM Bahasa Arab
Contoh PBS STPM Bahasa Arab

Tentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullahTentangan terhadap rasulullah
Tentangan terhadap rasulullah

Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat

Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'inSejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tabi'in

ASAS AKIDAH
ASAS AKIDAHASAS AKIDAH
ASAS AKIDAH

Andere mochten auch

Perkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islamPerkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islamNoor Maisharah

Perkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islamPerkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islamKhairul Anwar

Bab 2 hubungan etnik pluraliti & pluralistik
Bab 2 hubungan etnik   pluraliti & pluralistikBab 2 hubungan etnik   pluraliti & pluralistik
Bab 2 hubungan etnik pluraliti & pluralistikFAROUQ

Hak dan Kewajiban Suami Istri
Hak dan Kewajiban Suami IstriHak dan Kewajiban Suami Istri
Hak dan Kewajiban Suami IstriAbdul Azis

Munakahat Dalam Islam (Slide)
Munakahat Dalam Islam (Slide)Munakahat Dalam Islam (Slide)
Munakahat Dalam Islam (Slide)uliecha

Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )
Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )
Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )Dian Anisa Putri

Andere mochten auch (6)

Perkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islamPerkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islam

Perkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islamPerkahwinan dalam islam
Perkahwinan dalam islam

Bab 2 hubungan etnik pluraliti & pluralistik
Bab 2 hubungan etnik   pluraliti & pluralistikBab 2 hubungan etnik   pluraliti & pluralistik
Bab 2 hubungan etnik pluraliti & pluralistik

Hak dan Kewajiban Suami Istri
Hak dan Kewajiban Suami IstriHak dan Kewajiban Suami Istri
Hak dan Kewajiban Suami Istri

Munakahat Dalam Islam (Slide)
Munakahat Dalam Islam (Slide)Munakahat Dalam Islam (Slide)
Munakahat Dalam Islam (Slide)

Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )
Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )
Bab 5 Munakahat ( Pernikahan )

Ähnlich wie Perkahwinan didalam islam

Tujuan dan hikmah pernikahan 2
Tujuan dan hikmah pernikahan  2Tujuan dan hikmah pernikahan  2
Tujuan dan hikmah pernikahan 2Arya D Ningrat

rumah tangga sakinah.pptx
rumah tangga sakinah.pptxrumah tangga sakinah.pptx
rumah tangga sakinah.pptxDaifanFadilah

Kelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptx
Kelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptxKelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptx
Kelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptxShalsaNurliza

Ari sutono (penugasan makalah aik 1)
Ari sutono (penugasan makalah aik 1)Ari sutono (penugasan makalah aik 1)
Ari sutono (penugasan makalah aik 1)UNIMUS

Munakahat kelompok 7
Munakahat   kelompok 7Munakahat   kelompok 7
Munakahat kelompok 7Mai Hasibuan

5. Dasar-Dasar Pernikahan Dalam Islam.pptx
5. Dasar-Dasar Pernikahan Dalam Islam.pptx5. Dasar-Dasar Pernikahan Dalam Islam.pptx
5. Dasar-Dasar Pernikahan Dalam Islam.pptxTataListiyawati19

Hukum pernikahan
Hukum pernikahanHukum pernikahan
Hukum pernikahanalaulawy

Presentasi Fiqh Poligami
Presentasi Fiqh PoligamiPresentasi Fiqh Poligami
Presentasi Fiqh PoligamiMarhamah Saleh

Ketentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluargaKetentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluargaYulia Fauzi

makalah pernikahan.docx
makalah pernikahan.docxmakalah pernikahan.docx
makalah pernikahan.docxrusmanwarsit0

Ähnlich wie Perkahwinan didalam islam (20)

Modul 7 kb 2
Modul 7 kb 2Modul 7 kb 2
Modul 7 kb 2

Agama islam
Agama islamAgama islam
Agama islam

Tujuan dan hikmah pernikahan 2
Tujuan dan hikmah pernikahan  2Tujuan dan hikmah pernikahan  2
Tujuan dan hikmah pernikahan 2

rumah tangga sakinah.pptx
rumah tangga sakinah.pptxrumah tangga sakinah.pptx
rumah tangga sakinah.pptx

Kelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptx
Kelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptxKelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptx
Kelompok 1 Munakahat Pernikahan.pptx

Perkahwinan islam
Perkahwinan islamPerkahwinan islam
Perkahwinan islam

Fiqih III
Fiqih IIIFiqih III
Fiqih III

Ari sutono (penugasan makalah aik 1)
Ari sutono (penugasan makalah aik 1)Ari sutono (penugasan makalah aik 1)
Ari sutono (penugasan makalah aik 1)

Makalah munakahat
Makalah munakahatMakalah munakahat
Makalah munakahat

Munakahat kelompok 7
Munakahat   kelompok 7Munakahat   kelompok 7
Munakahat kelompok 7

Fiqh munakahat
Fiqh munakahatFiqh munakahat
Fiqh munakahat

5. Dasar-Dasar Pernikahan Dalam Islam.pptx
5. Dasar-Dasar Pernikahan Dalam Islam.pptx5. Dasar-Dasar Pernikahan Dalam Islam.pptx
5. Dasar-Dasar Pernikahan Dalam Islam.pptx

7. fiqh munakahat
7. fiqh munakahat7. fiqh munakahat
7. fiqh munakahat

Hukum pernikahan
Hukum pernikahanHukum pernikahan
Hukum pernikahan

Makalah pernikahan
Makalah pernikahanMakalah pernikahan
Makalah pernikahan

Agama
AgamaAgama
Agama

Presentasi Fiqh Poligami
Presentasi Fiqh PoligamiPresentasi Fiqh Poligami
Presentasi Fiqh Poligami

Ketentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluargaKetentuan islam tentang hukum keluarga
Ketentuan islam tentang hukum keluarga

Nikah khitbah
Nikah khitbahNikah khitbah
Nikah khitbah

makalah pernikahan.docx
makalah pernikahan.docxmakalah pernikahan.docx
makalah pernikahan.docx

Mehr von Arra Asri

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANArra Asri

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTArra Asri

Cara melakukan solat lima waktu
Cara melakukan solat lima waktuCara melakukan solat lima waktu
Cara melakukan solat lima waktuArra Asri

Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakArra Asri

Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakArra Asri

Erik erikson
Erik eriksonErik erikson
Erik eriksonArra Asri

Teori cell assembly donald o.hebb
Teori cell  assembly donald o.hebbTeori cell  assembly donald o.hebb
Teori cell assembly donald o.hebbArra Asri

Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri

Sejarah kaunseling
Sejarah kaunselingSejarah kaunseling
Sejarah kaunselingArra Asri

Penderaan seksual
Penderaan seksualPenderaan seksual
Penderaan seksualArra Asri

Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri

Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorArra Asri

Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikroArra Asri

Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorArra Asri

Sistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdekaSistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdekaArra Asri

Anak jalanan
Anak jalananAnak jalanan
Anak jalananArra Asri

Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakArra Asri

Mehr von Arra Asri (17)

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOTRANCANGAN PENGAJARAN SLOT
RANCANGAN PENGAJARAN SLOT

Cara melakukan solat lima waktu
Cara melakukan solat lima waktuCara melakukan solat lima waktu
Cara melakukan solat lima waktu

Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanak

Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanak

Erik erikson
Erik eriksonErik erikson
Erik erikson

Teori cell assembly donald o.hebb
Teori cell  assembly donald o.hebbTeori cell  assembly donald o.hebb
Teori cell assembly donald o.hebb

Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa

Sejarah kaunseling
Sejarah kaunselingSejarah kaunseling
Sejarah kaunseling

Penderaan seksual
Penderaan seksualPenderaan seksual
Penderaan seksual

Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi

Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor

Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro

Pergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor
Pergerakan lokomotor

Sistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdekaSistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdeka

Anak jalanan
Anak jalananAnak jalanan
Anak jalanan

Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanak

Perkahwinan didalam islam