SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 9
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Pengenalan
Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan,
kaedah, dan teknik. Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang
untuk menentukan tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa,
strategi bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus dan menumpukan pada pencapaian
atau hasil pembelajaran.
Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa,
pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Pendekatan yang terdapat di dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialahPendekatan Induktif, Pendekatan
Deduktif, Pendekatan Eklektik danPendekatan Komunikatif.
Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi
melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah
merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan
yang harus diikuti dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.
Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran guru adalah Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan,
Kaedah Terus, Kaedah Ajuk Hafaz, Kaedah Linguistik, Kaedah Kod – Kognitif,
Kaedah Bahasa Komuniti dan Kaedah Oral – Aural.
Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku
di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik
yang dicadangkan adalahTeknik Drama,Teknik Permainan Bahasa,Teknik
Perbincangan, Teknik Bercerita danTeknik Latih Tubi.
Strategi, kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu.
Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu boleh
diklasifikasikan dalam tiga jenis, iaitu strategi berpusatkan murid, berpusatkan guru
dan strategi berpusatkan bahan.Strategi yang digunakan dalam rancangan
pengajaran harian yang dibuat ialah strategi berpusatkan murid. Dalam
pembelajaran berpusatkan murid menekankan tanggungjawab murid sepenuhnya
untuk menentukan hala tuju dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran ini murid telah banyak memainkan peranan
yang sangat penting. Berdasarkan strategi yang digunakan ini terjadi komunikasi
dua hala di antara murid dan guru, dimana guru sentiasa menyoal dan membimbing
murid.Murid juga sangat memberi respon yang baik terhadap setiap soalan, arahan
dan pandangan guru sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Berdasarkan
strategi ini juga kepimpinan guru adalah secara demokratik. Guru mengadakan
perbincangan dengan murid dan menggalakkan murid memberikan pendapat
masing-masing sama ada secara kumpulan atau individu.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran strategi ini mengutamakan
pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran murid untuk mengembangkan
potensi secara menyeluruh dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Pemilihan strategi ini telah memberi peluang
kepada muriduntuk berinteraksi secara positif kerana mereka dapat bekerjasama,
tolong menolong dan bertolak ansur semasa menjalankan aktiviti.Pemilihan strategi
ini telah menjadikan penyampaian guru adalah untuk pembelajaran bermakna,
memahami dan membuat kesimpulan.Ujian formatif juga boleh diadakan bagi
mengatasi kelemahan murid dimana dalam rancangan pengajaran harian yang telah
dirancang ini terdapat ujian formatif di akhir pengajaran dan pembelajaran.
Dalam rancangan pengajaran harian yang telah saya rancang dan jalankan di
dalam kelas adalah menggunakan strategi berpusatkan murid.Ia memang jelas
dimana semasa pelaksanaannya berlaku komunikasi dua hala antara guru dan
murid. Setiap soalan yang diutarakan kepada murid mendapat respon yang baik
daripada murid.Komunikasi dua hala ini menjadikan aktiviti pembelajaran dan
pengajaran lebih berkesan dan bermakna. Guru dapat menggalakkan keyakinan diri
murid untuk cuba menjawab setiap soalan yang diutarakan dan dapat meningkatkan
kemahiran murid dalam berkomunikasi. Setiap langkah pengajaran yang dijalankan
mengandungi komunikasi dua hala.Melalui strategi yang dijalankan ini saya dapat
mengesan kekuatan dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran yang diajar.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 ), kaedah bermaksud cara atau
aturan membuat sesuatu atau hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah itu terdiri
daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai
sesuatu matlamat.Ini bermakna, guru menggunakan sesuatu kaedah secara tidak
langsung di dalam bilik darjah.Oleh itu, apa-apa sahaja cara yang dilakukan guru
adalah untuk memberikan kefahaman kepada murid untuk mencapai sesuatu
objektif pengajaran, maka itu disebut kaedah.
Hasan Langgulung ( 1981 ) mengatakan bahawa kaedah ialah satu aktiviti
pengajaran yang mempunyai langkah-langkah yang tersusun. Dalam tiap-tiap
langkah pula terdapat kemahiran dan latihan yang terancang.Baginya, kaedah
pengajaran bukanlah aspek utama dalam pengajaran, tetapi merupakan wasilah
atau satu jalan untuk mencapai sesuatu objektif. Jadi, apa-apa sahaja cara tindakan
dan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang guru untuk memberikan kefahaman
kepada seseorang murid, maka itu ialah kaedah walaupun tidak mempunyai nama-
nama khas.
Kaedah yang telah saya gunakan di dalan rancangan pengajaran harian yang
telah dilaksanakan ialah kaedah natural.Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa
dalam situasi komunikatif.Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis
gramatikal, latih tubi gramatikal atau teori tatabahasa tertentu.Kaedah ini melihat
bahasa itu sebagai alat yang digunakan untuk menghubungkan makna dengan
mesej. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang telah dijalankan jelas
menggunakan kaedah ini kerana dalam setiap sesi soal jawab bersama murid, murid
bebas untuk menggunakan ayat yang mereka bina sendiri tanpa perlu mematuhi
teori bahasa tertentu. Guru boleh menerima apa sahaja pendapat atau jawaban dari
murid. Guru hanya perlu memperbetulkan dan membimbing murid
sekiranya perlu apabila ayat yang diucapkan mengandungi kesalahan tatabahasa
yang sangat ketara.
Kaedah kedua yang saya gunakan dalam pengajaran ini adalah kaedah
bahasa komuniti.Dalam kaedah bahasa komuniti, murid-murid akan menjadi ahli
dalam komuniti. Mereka akan melalui proses interaksi dengan rakan-rakan dalam
komuniti tersebut. Matlamatnya adalah untuk memastikan murid-murid belajar cara-
cara berkomunikasi menggunakan bahasa yang ingin dipelajari mengikut gaya
sendiri. Dalam rancangan pengajaran yang dibuat murid terlibat dalam sesi
perbincangan pada langkah pengajaran yang keempat.Murid telah dibahagikan
kepada sepuluh kumpulan untuk menghasilkan buku cerita. Dalam proses
perbincangan murid berinteraksi menggunakan bahasa komunikasi mengikut gaya
sendiri bersesuaian dengan komuniti tersebut.
Kamus Dewan mendefinisikan pendekatan sebagai kaedah, cara atau
langkah-langkah yang digunakan bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas
untuk mengatasi masalah dan sebagainya. Dalam konteks bahasa, konsep
pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Manakala dalam konteks
pendiddikan, pendekatan merujuk kepada bagaimana cara sesuatu matapelajaran
diajarkan untuk mencapai objektif. Pendekatan pengajaran boleh digolongkan
kepada beberapa aspek iaitu, mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta
disampaikan, keaktifan murid dan pengajaran bahasa. Dalam pengajaran bahasa,
pendekatan diertikan sebagai satu kumpulan andaian yang berhubungan, yang
memperkatakan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat
pembelajaran bahasa.Justeru itu, terjelmalah pendekatan induktif, deduktif, eklektik
dan komunikatif dalam pengajaran bahasa.
Pendekatan yang dipilih dalam rancangan pengajaran yang telah saya buat
ialah pendekatan induktif. Pendekatan ini memerlukan proses penaakulan yang
tinggi. Dalam konteks ini , iaitu pembelajaran dan pengajaran bahasa guru-guru
akan mengumpul contoh-contoh daripada teks, kemudian menerangkan dan
menunjukkan bagaimana guru berfungsi dan membantu murid untuk membuat satu
kesimpulan yang sesuai berdasarkan contoh-contoh yang diberikan. Dalam
pengajaran bahasa pendekatan ini lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal,
iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa
yang dipelajari kemudian membuat kesimpulan mengenainya.
Dalam langkah pengajaran yang keempat ini saya telah menggunakan bahan
seperti gambar-gambar dan juga kad perkataan untuk membantu murid-murid
membuat satu kesimpulan diakhir pembelajaran. Melalui gambar-gambar yang
ditunjukkan murid diberi peluang untuk mentafsirkan apa yang dilihat dan cuba
mengujarkan cerita berdasarkan gambar. Manakala kad-kad perkataan yang
digunakan telah membantu murid untuk membina ayat yang betul. Gabungan
penggunaan kedua-dua bahan bantu belajar ini menggalakkan murid untuk
membuat satu kesimpulan berkaitan tajuk yang diajar di akhir pembelajaran.
Teknik merupakan satu set himpunan kelakuan atau caradalam kaedah.
Contohnya, jika kaedah yang hendak disampaikan oleh guru ialah kaedah
penerangan, maka teknik yang boleh digunakan oleh guru bagi menyampaikan
penerangan tersebut ialah melalui teknik bercerita, syarahan, taklimat dan
sebagainya.Sebarang bentuk perlakuan yang mengandungi kemahiran dan
melibatkan aspek keterampilan, disebut sebagai teknik mengajar. Justeru
kebanyakan guru menganggap teknik itu sama dengan kaedah yang pernah disebut
juga sebagai kaedah kecil mengajar. Hal ini disebabkan semasa melaksanakan
sesuatu kaedah, guru akan menggunakan teknik yang pelbagai. Ada teknik yang
berkesan dan ada juga yang kurang atau tidak berkesan.Keberkesanan teknik
pengajaran dan pembelajaran ini sebahagian besarnya bergantung kepada
pengalaman, ketokohan, kewibawaan, kebijaksanaan dan keterampilan serta
keperibadian seseorang guru.
Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa teknik merupakan pelaksanaan
kaedah dalam bilik darjah. Teknik juga digunakan untuk mencapai satu-satu objektif
dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, teknik merupakan ‘strategi’
atau muslihat yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah apabila berhadapan
dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan akibat daripada penerapan atau
teori. Setiap teknik yang digunakan harus seirama atau selaras dengan
kaedah.Ringkasnya teknik bermaksud amalan strategi yang diguna pakai oleh guru
dalam bilik darjah.
Teknik yang telah saya pilih di dalam rancangan pengajaran ini ialah teknik
bercerita.Teknik ini sesuai untuk digunakan bagi membina kecekapan berbahasa
kerana cerita merupakan sessuatu yang dapat menarik minat dan perhatian
murid.Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan menerusi teknik ini. Teknik ini telah digunakan sejak dari awal proses
pembelajaran dan pengajaran iaitu bermula di set induksi. Dalam sesi pembeljaran
ini murid dikehendaki untuk menceritakan apa yang mereka lihat berkaitan dengan
gambar yang ditunjukkan. Murid akan bercerita berdasarkan gambar yang dilihat
mengikut tafsiran mereka sendiri.
Teknik bercerita ini dipanjangkan lagi pada langkah pengajaran yang pertama
dan juga pada langkah yang keempat. Murid ditunjukkan dengan gambar-gambar
yang lain yang berfokus kepada pengajaran yang hendak disampaikan. Murid akan
menjadi lebih kreatif lagi untuk mengujarkan cerita yang berkaitan dengan gambar
yang ditunjukkan. Pada langkah yang keempat murid akan membacakan buku cerita
yang telah siap dihasilkan melalui proses perbincangan dalam kumpulan.
Kesimpulannya, kesemua istilah yang dibincangkan di atas iaitu strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik membawa pengertian yang berbeza tetapi
terangkum dalam satu pengertian yangbesar. Kesemua elemen-elemen di atas
mempunyai matlamat yang sama , iaitu menjadikan proses pembelajaran dan
pengajaran berjalan dengan lancar, berkesan dan menarik serta mencapai objektif.
Sebagai penyampai ilmu pengetahuan, guru harus bijak mengintegrasikan elemen-
elemen seperti di atas dan dipilih mengikut kesesuaian dengan kemahiran-
kemahiran lain khususnya kemahiran Abad ke-21 supaya proses pembelajaran dan
pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menyeronokkan murid-murid.
Refleksi
Dalam setiap rancangan pengajaran harian yang dirancang mestilah
mengandungi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik. Dalam sesuatu proses
pembelajaran dan pengajaran juga, langkah pemilihan strategi, pendekatan, kaedah
dan teknik perlu dijadikan keutamaan kea rah penentuan sasaran sesuatu objektif
pembelajaran. Oleh itu, saya sebagai seorang guru, persediaan rapi adalah wajar
untuk berdepan dengan murid-murid ke arah penyerapan strategi melatih mereka
bekerjasama, berinteraksi dan berfikir dalam suasana pembelajaran yang kondusif.
Saya sebagai guru sains sepenuhnya telah diberi peluang untuk mengajar
Bahasa Melayu merupakan satu pengalaman baru yang tidak harus dilepaskan.
Semasa menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu ini
terdapat beberapa kekuatan yang diperoleh.
Pertama sekali, kekuatan yang ada ialah murid-murid yang diajar semuanya
adalah murid berbangsa Melayu. Kelebihan ini telah memudahkan proses
pembelajaran dan pengajaran kerana murid-murid adalah penutur jati Bahasa
Melayu. Mereka telah biasa membina ayat berdasarkan pola ayat yang betul dan
menggunakan intonasi yang betul.Kedua, bilangan murid mengikut jantina adalah
seimbang telah memudahkan perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran
kerana murid mudah untuk diuruskan dan mendengar arahan. Ketiga, keadaan kelas
yang kondusif juga telah membantu melancarkan perjalanan proses pembelajaran
dan pengajaran.Keempat, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang
dipilih bersesuaian dengan kemahiran yang hendak disampaikan kepada murid.
Tidak dapat dinafikan bahawa setiap proses pembelajaran dan pengajaran
juga mempunyai kelemahan. Antara kelemahan yang dapat saya jelaskan di sini
ialah cara penyampaian saya sendiri kerana kadang-kadang sukar untuk
menggunakan pola ayat dan istilah dengan betul dalam pengajaran Bahasa
Melayu.Ia berbeza dengan cara penyampaian dalam subjek Sains kerana banyak
melibatkan fakta. Kelemahan yang kedua, terdapat juga murid yang pasif tidak mahu
mencuba untuk menjawab soalan yang diajukan secara lisan.Ada juga murid yang
tidak aktif untuk berinteraksi dan berkomunikasi bersama rakan di dalam aktiviti
berkumpulan.
Dapatan yang saya peroleh selepas menjalankan sendiri proses
pembelajaran dan pengajaran dalam subjek Bahasa melayu ialah pemilihan strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik mestilah bersesuaian dengan kemahiran yang
hendak diajar dan mengikut tahap penguasaan murid. Saya sebagai guru subjek
Sains juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk menguasai kemahiran berbahasa
Melayu dengan betul dari segi penggunaan pola ayat dan juga istilah
Bmm 3117 penulisan

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Kumpulan 5 strategi pembelajaran
Kumpulan 5 strategi pembelajaranKumpulan 5 strategi pembelajaran
Kumpulan 5 strategi pembelajaranpikaosman
 
Strategi & Pendekatan P&P
Strategi & Pendekatan P&PStrategi & Pendekatan P&P
Strategi & Pendekatan P&PDr22s
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuYusri Sairi
 
Bab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikBab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikHazwani Idrus
 
BME 3102 Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah (Kump. Syafiq
BME 3102 Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah (Kump. SyafiqBME 3102 Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah (Kump. Syafiq
BME 3102 Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah (Kump. Syafiqartventure ipkt
 
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Nur Piny
 
70473486 modul-bmm-3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah
70473486 modul-bmm-3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah70473486 modul-bmm-3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah
70473486 modul-bmm-3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendahshare with me
 
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi PengjaranModul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaranfikratulhaq
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Kerja kursus teknik simulasi
Kerja kursus teknik simulasiKerja kursus teknik simulasi
Kerja kursus teknik simulasiMimiey Khairiey
 
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikPermata_An-Nur
 
Strategi Dan Teknik P&P
Strategi Dan Teknik P&PStrategi Dan Teknik P&P
Strategi Dan Teknik P&PNiena Majid
 
Stategi belajar mengajar]
Stategi belajar mengajar]Stategi belajar mengajar]
Stategi belajar mengajar]Derye Prayoga
 
Kepentingan strategi pj
Kepentingan strategi pj Kepentingan strategi pj
Kepentingan strategi pj fitri norlida
 

Was ist angesagt? (18)

Kumpulan 5 strategi pembelajaran
Kumpulan 5 strategi pembelajaranKumpulan 5 strategi pembelajaran
Kumpulan 5 strategi pembelajaran
 
Strategi & Pendekatan P&P
Strategi & Pendekatan P&PStrategi & Pendekatan P&P
Strategi & Pendekatan P&P
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
 
Bab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikBab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknik
 
Ciri ciri guru_sejarah
Ciri ciri guru_sejarahCiri ciri guru_sejarah
Ciri ciri guru_sejarah
 
BME 3102 Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah (Kump. Syafiq
BME 3102 Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah (Kump. SyafiqBME 3102 Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah (Kump. Syafiq
BME 3102 Konsep Strategi, Pendekatan, Kaedah (Kump. Syafiq
 
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
Teknik pengajaran dan pembelajaran 1
 
70473486 modul-bmm-3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah
70473486 modul-bmm-3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah70473486 modul-bmm-3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah
70473486 modul-bmm-3117-kaedah-pengajaran-bahasa-melayu-sekolah-rendah
 
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi PengjaranModul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Kerja kursus teknik simulasi
Kerja kursus teknik simulasiKerja kursus teknik simulasi
Kerja kursus teknik simulasi
 
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknikBmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
Bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik
 
Strategi Dan Teknik P&P
Strategi Dan Teknik P&PStrategi Dan Teknik P&P
Strategi Dan Teknik P&P
 
Stategi belajar mengajar]
Stategi belajar mengajar]Stategi belajar mengajar]
Stategi belajar mengajar]
 
Kepentingan strategi pj
Kepentingan strategi pj Kepentingan strategi pj
Kepentingan strategi pj
 
kaedah mengajar.
kaedah mengajar.kaedah mengajar.
kaedah mengajar.
 
Kaedah
KaedahKaedah
Kaedah
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 

Andere mochten auch

Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 1
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 1Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 1
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 1Mohamed Naim Daipi
 
Aktiviti langkah 3
Aktiviti langkah 3Aktiviti langkah 3
Aktiviti langkah 3Shella Gan
 
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 2
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 2Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 2
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 2Mohamed Naim Daipi
 
Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaranmarziana80
 
Rancangan pengajaran harian (autosaved)
Rancangan pengajaran harian (autosaved)Rancangan pengajaran harian (autosaved)
Rancangan pengajaran harian (autosaved)Nur Hasanuddin
 
Siri Permainan Bahasa : Menangga Kata
Siri Permainan Bahasa : Menangga KataSiri Permainan Bahasa : Menangga Kata
Siri Permainan Bahasa : Menangga KataMohamed Naim Daipi
 
Siri Permainan Bahasa 3 - Delapan Kekata
Siri Permainan Bahasa 3 - Delapan KekataSiri Permainan Bahasa 3 - Delapan Kekata
Siri Permainan Bahasa 3 - Delapan KekataMohamed Naim Daipi
 
Cth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCoordy Nation
 
Siri Permainan Bahasa 1 - Jejak Kata
Siri Permainan Bahasa 1 - Jejak KataSiri Permainan Bahasa 1 - Jejak Kata
Siri Permainan Bahasa 1 - Jejak KataMohamed Naim Daipi
 
Siri Permainan Bahasa Awal Akhir
Siri Permainan Bahasa   Awal AkhirSiri Permainan Bahasa   Awal Akhir
Siri Permainan Bahasa Awal AkhirMohamed Naim Daipi
 
Siri Permainan Bahasa 4 - Ganda Huruf
Siri Permainan Bahasa 4 - Ganda HurufSiri Permainan Bahasa 4 - Ganda Huruf
Siri Permainan Bahasa 4 - Ganda HurufMohamed Naim Daipi
 
Contoh penulisan refleksi
Contoh penulisan refleksiContoh penulisan refleksi
Contoh penulisan refleksiwanita25
 
Panduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursusPanduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursusNaniey Mahmud
 
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBTRancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBTSherly Jewinly
 
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANArra Asri
 

Andere mochten auch (20)

Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 1
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 1Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 1
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 1
 
Aktiviti langkah 3
Aktiviti langkah 3Aktiviti langkah 3
Aktiviti langkah 3
 
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 2
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 2Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 2
Siri Permainan Bahasa : Bentuk Kata 2
 
Refleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro PengajaranRefleksi Mikro Pengajaran
Refleksi Mikro Pengajaran
 
Rancangan pengajaran harian (autosaved)
Rancangan pengajaran harian (autosaved)Rancangan pengajaran harian (autosaved)
Rancangan pengajaran harian (autosaved)
 
Siri Permainan Bahasa : Menangga Kata
Siri Permainan Bahasa : Menangga KataSiri Permainan Bahasa : Menangga Kata
Siri Permainan Bahasa : Menangga Kata
 
Siri Permainan Bahasa 3 - Delapan Kekata
Siri Permainan Bahasa 3 - Delapan KekataSiri Permainan Bahasa 3 - Delapan Kekata
Siri Permainan Bahasa 3 - Delapan Kekata
 
Cth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabilaCth penulisan jurnal salsabila
Cth penulisan jurnal salsabila
 
Siri Permainan Bahasa 1 - Jejak Kata
Siri Permainan Bahasa 1 - Jejak KataSiri Permainan Bahasa 1 - Jejak Kata
Siri Permainan Bahasa 1 - Jejak Kata
 
Siri Permainan Bahasa Awal Akhir
Siri Permainan Bahasa   Awal AkhirSiri Permainan Bahasa   Awal Akhir
Siri Permainan Bahasa Awal Akhir
 
SILANG SINONIM
SILANG SINONIMSILANG SINONIM
SILANG SINONIM
 
Siri Permainan Bahasa 4 - Ganda Huruf
Siri Permainan Bahasa 4 - Ganda HurufSiri Permainan Bahasa 4 - Ganda Huruf
Siri Permainan Bahasa 4 - Ganda Huruf
 
Contoh penulisan refleksi
Contoh penulisan refleksiContoh penulisan refleksi
Contoh penulisan refleksi
 
Refleksi kendiri
Refleksi kendiriRefleksi kendiri
Refleksi kendiri
 
Contoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPGContoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPG
 
Perancangan tahunan pbsm
Perancangan tahunan pbsmPerancangan tahunan pbsm
Perancangan tahunan pbsm
 
Jurnal refleksi praktikal
Jurnal refleksi praktikalJurnal refleksi praktikal
Jurnal refleksi praktikal
 
Panduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursusPanduan penulisan refleksi kerja kursus
Panduan penulisan refleksi kerja kursus
 
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBTRancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT
 
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
 

Ähnlich wie Bmm 3117 penulisan

Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...T. Astari
 
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematikatugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematikadea nindria imansari
 
Kegiatan pembelajaran (7)
Kegiatan pembelajaran (7)Kegiatan pembelajaran (7)
Kegiatan pembelajaran (7)Fadhli Khan
 
Pemilihan media dr int
Pemilihan media dr intPemilihan media dr int
Pemilihan media dr intmardyansofian
 
Kuliah 2 p, k, t, s
Kuliah 2   p, k, t, sKuliah 2   p, k, t, s
Kuliah 2 p, k, t, smos az
 
Kegiatan pembelajaran
Kegiatan pembelajaranKegiatan pembelajaran
Kegiatan pembelajaranFKIP UHO
 
Kegiatan pembelajaran
Kegiatan pembelajaranKegiatan pembelajaran
Kegiatan pembelajaranFKIP UHO
 
Strategi pembelajaran
Strategi pembelajaranStrategi pembelajaran
Strategi pembelajaranNana Citra
 
Soal 2 sbm 2007-2010
Soal 2 sbm 2007-2010Soal 2 sbm 2007-2010
Soal 2 sbm 2007-2010FKIP UNHALU
 
15205061 (klp 3)
15205061 (klp 3)15205061 (klp 3)
15205061 (klp 3)mamogi
 
55632188 isi-isi-sivik-good
55632188 isi-isi-sivik-good55632188 isi-isi-sivik-good
55632188 isi-isi-sivik-goodRulz Zaman
 
PPT ZEIN_Presentation1 (2).pptx
PPT ZEIN_Presentation1 (2).pptxPPT ZEIN_Presentation1 (2).pptx
PPT ZEIN_Presentation1 (2).pptxMuhamadhendro
 

Ähnlich wie Bmm 3117 penulisan (20)

Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
 
Nota
NotaNota
Nota
 
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematikatugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
tugas akhir mata kuliah standar belajar matematika
 
Laporan 1
Laporan 1Laporan 1
Laporan 1
 
Kegiatan pembelajaran (7)
Kegiatan pembelajaran (7)Kegiatan pembelajaran (7)
Kegiatan pembelajaran (7)
 
Pemilihan media dr int
Pemilihan media dr intPemilihan media dr int
Pemilihan media dr int
 
Pertemuan ke 15
Pertemuan ke 15Pertemuan ke 15
Pertemuan ke 15
 
Pedagogi
PedagogiPedagogi
Pedagogi
 
Kuliah 2 p, k, t, s
Kuliah 2   p, k, t, sKuliah 2   p, k, t, s
Kuliah 2 p, k, t, s
 
Kegiatan pembelajaran
Kegiatan pembelajaranKegiatan pembelajaran
Kegiatan pembelajaran
 
Kegiatan pembelajaran
Kegiatan pembelajaranKegiatan pembelajaran
Kegiatan pembelajaran
 
Strategi pembelajaran
Strategi pembelajaranStrategi pembelajaran
Strategi pembelajaran
 
Ilmu pendidikan
Ilmu pendidikanIlmu pendidikan
Ilmu pendidikan
 
Soal 2 sbm 2007-2010
Soal 2 sbm 2007-2010Soal 2 sbm 2007-2010
Soal 2 sbm 2007-2010
 
15205061 (klp 3)
15205061 (klp 3)15205061 (klp 3)
15205061 (klp 3)
 
55632188 isi-isi-sivik-good
55632188 isi-isi-sivik-good55632188 isi-isi-sivik-good
55632188 isi-isi-sivik-good
 
PPT ZEIN_Presentation1 (2).pptx
PPT ZEIN_Presentation1 (2).pptxPPT ZEIN_Presentation1 (2).pptx
PPT ZEIN_Presentation1 (2).pptx
 
Makalah pendekatan sbm
Makalah pendekatan sbmMakalah pendekatan sbm
Makalah pendekatan sbm
 
Powerpoint strategi pembelajaran
Powerpoint strategi pembelajaranPowerpoint strategi pembelajaran
Powerpoint strategi pembelajaran
 
Kegiatan Pembelajaran
Kegiatan PembelajaranKegiatan Pembelajaran
Kegiatan Pembelajaran
 

Mehr von Arbaanis Shamsuddin (10)

Bahan bantu belajar
Bahan bantu belajarBahan bantu belajar
Bahan bantu belajar
 
Buku skrap pk
Buku skrap pkBuku skrap pk
Buku skrap pk
 
Cover buku skrap kt
Cover buku skrap ktCover buku skrap kt
Cover buku skrap kt
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Konsep strategi-pendekatan-kaedah-kump-syafiq-1221097991689756-9
Konsep strategi-pendekatan-kaedah-kump-syafiq-1221097991689756-9Konsep strategi-pendekatan-kaedah-kump-syafiq-1221097991689756-9
Konsep strategi-pendekatan-kaedah-kump-syafiq-1221097991689756-9
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Bmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisanBmm 3117 penulisan
Bmm 3117 penulisan
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 

Bmm 3117 penulisan

  • 1. Pengenalan Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik. Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus dan menumpukan pada pencapaian atau hasil pembelajaran. Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Pendekatan yang terdapat di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialahPendekatan Induktif, Pendekatan Deduktif, Pendekatan Eklektik danPendekatan Komunikatif. Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sistematik bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah Terus, Kaedah Ajuk Hafaz, Kaedah Linguistik, Kaedah Kod – Kognitif, Kaedah Bahasa Komuniti dan Kaedah Oral – Aural. Teknik merupakan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah yang digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Antara teknik yang dicadangkan adalahTeknik Drama,Teknik Permainan Bahasa,Teknik Perbincangan, Teknik Bercerita danTeknik Latih Tubi. Strategi, kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Strategi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu boleh diklasifikasikan dalam tiga jenis, iaitu strategi berpusatkan murid, berpusatkan guru dan strategi berpusatkan bahan.Strategi yang digunakan dalam rancangan pengajaran harian yang dibuat ialah strategi berpusatkan murid. Dalam pembelajaran berpusatkan murid menekankan tanggungjawab murid sepenuhnya
  • 2. untuk menentukan hala tuju dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini murid telah banyak memainkan peranan yang sangat penting. Berdasarkan strategi yang digunakan ini terjadi komunikasi dua hala di antara murid dan guru, dimana guru sentiasa menyoal dan membimbing murid.Murid juga sangat memberi respon yang baik terhadap setiap soalan, arahan dan pandangan guru sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Berdasarkan strategi ini juga kepimpinan guru adalah secara demokratik. Guru mengadakan perbincangan dengan murid dan menggalakkan murid memberikan pendapat masing-masing sama ada secara kumpulan atau individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran strategi ini mengutamakan pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran murid untuk mengembangkan potensi secara menyeluruh dan holistik dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Pemilihan strategi ini telah memberi peluang kepada muriduntuk berinteraksi secara positif kerana mereka dapat bekerjasama, tolong menolong dan bertolak ansur semasa menjalankan aktiviti.Pemilihan strategi ini telah menjadikan penyampaian guru adalah untuk pembelajaran bermakna, memahami dan membuat kesimpulan.Ujian formatif juga boleh diadakan bagi mengatasi kelemahan murid dimana dalam rancangan pengajaran harian yang telah dirancang ini terdapat ujian formatif di akhir pengajaran dan pembelajaran. Dalam rancangan pengajaran harian yang telah saya rancang dan jalankan di dalam kelas adalah menggunakan strategi berpusatkan murid.Ia memang jelas dimana semasa pelaksanaannya berlaku komunikasi dua hala antara guru dan murid. Setiap soalan yang diutarakan kepada murid mendapat respon yang baik daripada murid.Komunikasi dua hala ini menjadikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran lebih berkesan dan bermakna. Guru dapat menggalakkan keyakinan diri murid untuk cuba menjawab setiap soalan yang diutarakan dan dapat meningkatkan kemahiran murid dalam berkomunikasi. Setiap langkah pengajaran yang dijalankan mengandungi komunikasi dua hala.Melalui strategi yang dijalankan ini saya dapat mengesan kekuatan dan kelemahan murid dalam menguasai kemahiran yang diajar. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2005 ), kaedah bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu atau hukum atau prinsip. Sesuatu kaedah itu terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.Ini bermakna, guru menggunakan sesuatu kaedah secara tidak
  • 3. langsung di dalam bilik darjah.Oleh itu, apa-apa sahaja cara yang dilakukan guru adalah untuk memberikan kefahaman kepada murid untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran, maka itu disebut kaedah. Hasan Langgulung ( 1981 ) mengatakan bahawa kaedah ialah satu aktiviti pengajaran yang mempunyai langkah-langkah yang tersusun. Dalam tiap-tiap langkah pula terdapat kemahiran dan latihan yang terancang.Baginya, kaedah pengajaran bukanlah aspek utama dalam pengajaran, tetapi merupakan wasilah atau satu jalan untuk mencapai sesuatu objektif. Jadi, apa-apa sahaja cara tindakan dan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang guru untuk memberikan kefahaman kepada seseorang murid, maka itu ialah kaedah walaupun tidak mempunyai nama- nama khas. Kaedah yang telah saya gunakan di dalan rancangan pengajaran harian yang telah dilaksanakan ialah kaedah natural.Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif.Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau teori tatabahasa tertentu.Kaedah ini melihat bahasa itu sebagai alat yang digunakan untuk menghubungkan makna dengan mesej. Dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang telah dijalankan jelas menggunakan kaedah ini kerana dalam setiap sesi soal jawab bersama murid, murid bebas untuk menggunakan ayat yang mereka bina sendiri tanpa perlu mematuhi teori bahasa tertentu. Guru boleh menerima apa sahaja pendapat atau jawaban dari murid. Guru hanya perlu memperbetulkan dan membimbing murid sekiranya perlu apabila ayat yang diucapkan mengandungi kesalahan tatabahasa yang sangat ketara. Kaedah kedua yang saya gunakan dalam pengajaran ini adalah kaedah bahasa komuniti.Dalam kaedah bahasa komuniti, murid-murid akan menjadi ahli dalam komuniti. Mereka akan melalui proses interaksi dengan rakan-rakan dalam komuniti tersebut. Matlamatnya adalah untuk memastikan murid-murid belajar cara- cara berkomunikasi menggunakan bahasa yang ingin dipelajari mengikut gaya sendiri. Dalam rancangan pengajaran yang dibuat murid terlibat dalam sesi perbincangan pada langkah pengajaran yang keempat.Murid telah dibahagikan kepada sepuluh kumpulan untuk menghasilkan buku cerita. Dalam proses perbincangan murid berinteraksi menggunakan bahasa komunikasi mengikut gaya sendiri bersesuaian dengan komuniti tersebut.
  • 4. Kamus Dewan mendefinisikan pendekatan sebagai kaedah, cara atau langkah-langkah yang digunakan bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas untuk mengatasi masalah dan sebagainya. Dalam konteks bahasa, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Manakala dalam konteks pendiddikan, pendekatan merujuk kepada bagaimana cara sesuatu matapelajaran diajarkan untuk mencapai objektif. Pendekatan pengajaran boleh digolongkan kepada beberapa aspek iaitu, mengikut cara pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keaktifan murid dan pengajaran bahasa. Dalam pengajaran bahasa, pendekatan diertikan sebagai satu kumpulan andaian yang berhubungan, yang memperkatakan tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.Justeru itu, terjelmalah pendekatan induktif, deduktif, eklektik dan komunikatif dalam pengajaran bahasa. Pendekatan yang dipilih dalam rancangan pengajaran yang telah saya buat ialah pendekatan induktif. Pendekatan ini memerlukan proses penaakulan yang tinggi. Dalam konteks ini , iaitu pembelajaran dan pengajaran bahasa guru-guru akan mengumpul contoh-contoh daripada teks, kemudian menerangkan dan menunjukkan bagaimana guru berfungsi dan membantu murid untuk membuat satu kesimpulan yang sesuai berdasarkan contoh-contoh yang diberikan. Dalam pengajaran bahasa pendekatan ini lebih dikenali sebagai pendekatan gramatikal, iaitu mendahulukan contoh-contoh struktur penggunaan unsur-unsur tatabahasa yang dipelajari kemudian membuat kesimpulan mengenainya. Dalam langkah pengajaran yang keempat ini saya telah menggunakan bahan seperti gambar-gambar dan juga kad perkataan untuk membantu murid-murid membuat satu kesimpulan diakhir pembelajaran. Melalui gambar-gambar yang ditunjukkan murid diberi peluang untuk mentafsirkan apa yang dilihat dan cuba mengujarkan cerita berdasarkan gambar. Manakala kad-kad perkataan yang digunakan telah membantu murid untuk membina ayat yang betul. Gabungan penggunaan kedua-dua bahan bantu belajar ini menggalakkan murid untuk membuat satu kesimpulan berkaitan tajuk yang diajar di akhir pembelajaran. Teknik merupakan satu set himpunan kelakuan atau caradalam kaedah. Contohnya, jika kaedah yang hendak disampaikan oleh guru ialah kaedah penerangan, maka teknik yang boleh digunakan oleh guru bagi menyampaikan penerangan tersebut ialah melalui teknik bercerita, syarahan, taklimat dan sebagainya.Sebarang bentuk perlakuan yang mengandungi kemahiran dan
  • 5. melibatkan aspek keterampilan, disebut sebagai teknik mengajar. Justeru kebanyakan guru menganggap teknik itu sama dengan kaedah yang pernah disebut juga sebagai kaedah kecil mengajar. Hal ini disebabkan semasa melaksanakan sesuatu kaedah, guru akan menggunakan teknik yang pelbagai. Ada teknik yang berkesan dan ada juga yang kurang atau tidak berkesan.Keberkesanan teknik pengajaran dan pembelajaran ini sebahagian besarnya bergantung kepada pengalaman, ketokohan, kewibawaan, kebijaksanaan dan keterampilan serta keperibadian seseorang guru. Ada pendapat lain yang mengatakan bahawa teknik merupakan pelaksanaan kaedah dalam bilik darjah. Teknik juga digunakan untuk mencapai satu-satu objektif dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, teknik merupakan ‘strategi’ atau muslihat yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah apabila berhadapan dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan akibat daripada penerapan atau teori. Setiap teknik yang digunakan harus seirama atau selaras dengan kaedah.Ringkasnya teknik bermaksud amalan strategi yang diguna pakai oleh guru dalam bilik darjah. Teknik yang telah saya pilih di dalam rancangan pengajaran ini ialah teknik bercerita.Teknik ini sesuai untuk digunakan bagi membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sessuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid.Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan menerusi teknik ini. Teknik ini telah digunakan sejak dari awal proses pembelajaran dan pengajaran iaitu bermula di set induksi. Dalam sesi pembeljaran ini murid dikehendaki untuk menceritakan apa yang mereka lihat berkaitan dengan gambar yang ditunjukkan. Murid akan bercerita berdasarkan gambar yang dilihat mengikut tafsiran mereka sendiri. Teknik bercerita ini dipanjangkan lagi pada langkah pengajaran yang pertama dan juga pada langkah yang keempat. Murid ditunjukkan dengan gambar-gambar yang lain yang berfokus kepada pengajaran yang hendak disampaikan. Murid akan menjadi lebih kreatif lagi untuk mengujarkan cerita yang berkaitan dengan gambar yang ditunjukkan. Pada langkah yang keempat murid akan membacakan buku cerita yang telah siap dihasilkan melalui proses perbincangan dalam kumpulan. Kesimpulannya, kesemua istilah yang dibincangkan di atas iaitu strategi, pendekatan, kaedah dan teknik membawa pengertian yang berbeza tetapi terangkum dalam satu pengertian yangbesar. Kesemua elemen-elemen di atas
  • 6. mempunyai matlamat yang sama , iaitu menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar, berkesan dan menarik serta mencapai objektif. Sebagai penyampai ilmu pengetahuan, guru harus bijak mengintegrasikan elemen- elemen seperti di atas dan dipilih mengikut kesesuaian dengan kemahiran- kemahiran lain khususnya kemahiran Abad ke-21 supaya proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menyeronokkan murid-murid.
  • 7. Refleksi Dalam setiap rancangan pengajaran harian yang dirancang mestilah mengandungi strategi, pendekatan, kaedah dan teknik. Dalam sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran juga, langkah pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik perlu dijadikan keutamaan kea rah penentuan sasaran sesuatu objektif pembelajaran. Oleh itu, saya sebagai seorang guru, persediaan rapi adalah wajar untuk berdepan dengan murid-murid ke arah penyerapan strategi melatih mereka bekerjasama, berinteraksi dan berfikir dalam suasana pembelajaran yang kondusif. Saya sebagai guru sains sepenuhnya telah diberi peluang untuk mengajar Bahasa Melayu merupakan satu pengalaman baru yang tidak harus dilepaskan. Semasa menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu ini terdapat beberapa kekuatan yang diperoleh. Pertama sekali, kekuatan yang ada ialah murid-murid yang diajar semuanya adalah murid berbangsa Melayu. Kelebihan ini telah memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran kerana murid-murid adalah penutur jati Bahasa Melayu. Mereka telah biasa membina ayat berdasarkan pola ayat yang betul dan menggunakan intonasi yang betul.Kedua, bilangan murid mengikut jantina adalah seimbang telah memudahkan perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran kerana murid mudah untuk diuruskan dan mendengar arahan. Ketiga, keadaan kelas yang kondusif juga telah membantu melancarkan perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran.Keempat, strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang dipilih bersesuaian dengan kemahiran yang hendak disampaikan kepada murid. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap proses pembelajaran dan pengajaran juga mempunyai kelemahan. Antara kelemahan yang dapat saya jelaskan di sini ialah cara penyampaian saya sendiri kerana kadang-kadang sukar untuk menggunakan pola ayat dan istilah dengan betul dalam pengajaran Bahasa Melayu.Ia berbeza dengan cara penyampaian dalam subjek Sains kerana banyak melibatkan fakta. Kelemahan yang kedua, terdapat juga murid yang pasif tidak mahu mencuba untuk menjawab soalan yang diajukan secara lisan.Ada juga murid yang tidak aktif untuk berinteraksi dan berkomunikasi bersama rakan di dalam aktiviti berkumpulan.
  • 8. Dapatan yang saya peroleh selepas menjalankan sendiri proses pembelajaran dan pengajaran dalam subjek Bahasa melayu ialah pemilihan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik mestilah bersesuaian dengan kemahiran yang hendak diajar dan mengikut tahap penguasaan murid. Saya sebagai guru subjek Sains juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk menguasai kemahiran berbahasa Melayu dengan betul dari segi penggunaan pola ayat dan juga istilah