SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 49
Downloaden Sie, um offline zu lesen
SMK SRI RAHMAT
KELAS PENDIDIKAN KHAS
MATA PELAJARAN
             VOKASIONAL
                  PERTANIAN


            BAHAGIAN 1

            PENANAMAN
             SAYURAN

intisari
1.0   PENANAMAN SAYURAN
      1.1 Jenis sayuran
      1.2 Pemilihan tapak
      1.3 Penyediaan tapak
      1.4 Pembinaan batas
      1.5 Pemilihan benih
      1.6 Kaedah menanam sayuran
          1.6.1 Menyemai benih besar
          1.6.2 Menyemai benih kecil
          1.6.3 Semaian terus
          1.6.4 Mengubah/memindah semaian
          1.6.5 Mengekalkan kesegaran
          1.6.6 Perlindungan semaian
          1.6.7 Sungkupan
1.6.8    Penjarangan
          1.6.9    Memancang
          1.6.10   Kawalan Penyakit dan Serangga
                   1.6.10.1 Jenis racun
                   1.6.10.2 Teknik Meracun
          1.6.11   Membaja
                   1.6.11.1 Jenis baja
                   1.6.11.2 Teknik membaja




1.1       JENIS SAYURAN
Sayuran daun                        Sayuran kekacang

  Sawi                              Kacang panjang

 Kailan                             Kacang botor

 Bayam                              Kacang buncis

 Kangkung                           Kacang sepat


Sayuran berubi / akar               Sayuran Berbuah

Bendi                               Petola

Keledek                             Bendi

Ubi kayu                            Cili

Sengkuang                           Peria

Lobak putih                         Timun

Lobak merah                         Tomato
Latihan 1

1.       Tandakan ( / ) jika ia sayuran daun

     •   Kubis          _____________        petola
              ______________
     •   Timun     _____________         kangkung
              ______________
     •   Bayam _____________             buah               naga
         ______________
     •   Peria          _____________        kalian
              ______________

2.       Gariskan sayuran buah

     •   Cili                            bendi
     •   Peria                               keledek
     •   Ubi kayu                        kacang tanah
     •   Kacang buncis                       kacang sepat

3.       BULATKAN sayuran berubi

     •   Keledek                         labu
     •   Labu air                        kentang
     •   Keladi                          rozel
     •   Lobak merah                     sengkuang

4. Sayuran              ______________   memerlukan    junjung
untuk menjalar.

A.       daun                                B.   berbuah

C.       kekacang                            D.   berubi


                            BATAS
1.2 Pemilihan Tapak Batas

          o   Tanah sebaik-baiknya rata
          o   Kawasan yang lapang
          o   Dekat jalan raya
          o   Dekat bekalan air
          o   Dekat dengan rumah
          o   Saliran yang baik

      1.3 Penyediaan Batas

          o   Buangkan batu-batan, akar, kayu, rumput
          o   Gali tanah untuk dibuat batas sedalam 25
              hingga 30 sm bagi gemburkan tanah dan
              membunuh akar rumpai
          o   Gemburkan tanah dengan penggembur
          o   Buat parit saliran
          o   Tebang pokok besar disekeliling bagi
              memudahkan pencahayaan
          o   Bina batas dengan ukuran yang sama

      1.4 Pembinaan batas

          o   Terdapat 2 jenis batas iaitu :
                 Batas tunggal
                      Tinggi – 20-25sm, Lebar 30-45sm,
                 Batas rata
                      Tinggi 15-25sm, Lebar – 0.75-1.2m
                        dan Panjang – 5-9 meter
          o   Jarak di antara batas ialah 30-60 sm
          o   Batas berguna bagi mengelak air bertakung
              dan memudahkan menjaga tanaman



1.5     Pemilihan Benih dan Penyimpanan Benih

          o   Cukup matang/tua
          o   Besar dan berisi penuh
o   Bebas dari haiwan perosak atau
               penyakit seperti kulat
           o   Simpan benih di bekas kedap udara
           o   Labelkan bekas simpan benih

1.6       Kaedah menanam sayuran

          Terdapat 3 cara menanam sayuran:

           o   Penanaman 4 segi
           o   Penanaman 3 segi
           o   Penanaman silang/ kuinkuk

1.6.1     Menyemai benih besar

           o   Semaian terusMenyemai benih kecil

           o   Semaian terus ( seperti langkah di
               atas)

1.6.2      Semaian terus

                 Langkah –langkah semaian:
                     Rendamkan biji benih sehari
                      bagi memudahkan
                      percambahan
                     Tanam 2 / 3 biji benih dalam 1
                      lubang
                     Selepas bercambah ,buang
                      semaian yang kurang sihat,
                      tinggalkan 1 benih yang sihat
                      saja.
      •   Terdapat 2 kaedah semai tabur:
            o 1. Kaedah Jalur
                 Bina jalur
                 Tabur benih dan timbus tanah
  Selepas bercambah buat
                    penjarangan dalam jarak tertentu
            o   2. Semai Tabur
                   Tabur benih
                   Timbuskan dengan tanah nipis
                   Siram
                   Selepas bercambah, buat
                    penjarangan dalam jarak tetentu

1.6.3       Semaian di Tapak Semaian

•   Terdapat 3 cara penyemaian bukan terus
    iaitu :

        •   1. Mengguna Polibeg
              o Sesuai untuk cili, tomato dan terung

              o Pindahkan ke tanah setelah matang

        •   2. Kotak Percambahan
              o Menggunakan kotak kayu yang

                berlubang
              o Tanah mengandungi 2 bahagian

                tanah peroi, 1 bahagian baja organic
                , 1 bahagian pasir
              o Tabur benih dan tutup dgn tanah

                halus
              o Pindahkan ke tanah selepas

                percambahan
        •   3. Batas semaian
              o Bubuh baja asas dan baja fosforus

                ke tanah sebelum semaian
              o Semai kaedah jalur / tabor

              o Siram dan ubah benih selepas

                bercambah

1.6.4       Mengubah/memindah semaian
•   Semai di tapak semaian
              •   Guna sudip dan pastikan akar
                  benih tidak rosak
              •   Ubah/pindah setelah cukup matang
              •   Tanam ikut jarak yang sesuai

1.6.5   Mengekalkan kesegaran

        Penyegaran tumbuhan boleh dilakukan
        menggunakan 2 cara iaitu:

         •   1. bekalan air berterusan sama ada
             melalui siraman tangan atau penyebar
             air
         •   2. perlindungan- menggunakan
             pelindung jaring plastic hitam/hijau
             telus air atau sungkupan daun kelapa

1.6.6   Perlindungan semaian

         Tujuannya ialah bagi mengelakkan
         panacaran matahari terlalu terik dan
         timpaan hujan lebat yang boleh
         menghanyutkan dan merosakkan anak
         benih.

         Kaedah sungkupan merupakan kaedah
         tradisi yang masih digunakan iaitu
         menggunakan daun kelapa atau rumput
         menutup permukaan tanah yang telah
         disemai benih

         Kaedah moden adalah menggunakan
         jarring hijau,hitam atau plastic telus
         cahaya
1.6.7    Penjarangan

         •   Pembuangan anak benih yang tumbuh
             terlalu rapat dan memindahkan
             kepada jarak tertentu.
         •   Mengurangkan anak benih berebut
             baja, cahaya air, dan zat makanan

1.6.8    Memancang

        Memancang ialah proses membuat
        sokongan kepada pokok terutama pokok
        menjalar atau tumbuhan memanjat.

        Terdapat 3 jenis pancangan iaitu :

         •   1. Pancang 3 segi
         •   2. Pancang jenis jarring
         •   3. Pancang jenis pagar

1.6.9   Kawalan Penyakit dan Serangga

         Haiwan perosak dan serangga akan
         membawa pengakit, merosakkan daun
         dan memakan anak benih.

        Haiwan perosak

         •   Kutu daun, ulat bulu,
             teritip,belalang,kumbang, pianggang
             (mengkerintingkan daun), bari-bari
             ( warna kuning yang menbuk dan
             memakan daun), nematola,siput dan
             koya( debu putih)

         Jenis racun
•   Racun serangga
           •   Racun rumput

           Penyakit Sayuran

           •   Melecur - akibat kulat
           •   Reput akar – akibat kulat dan bacteria
           •   Bintik daun – akibat kulat
           •   Kulapuk – akibat kulat
           •   Karat batang- akibat kulat
           •   Pokok terbantut- akibat virus

1.6.9.1    Langkah Mengawal

           •   Sembur racun serangga
           •   Buang siput/ulat bulu
           •   Tabur umpan racun bagi mengawal
               siput atau tikus
           •   Tanaman giliran
           •   Menjaga kebun dengan bersih

1.6.10    Tanaman giliran

•   Pusingan Giliran:

           •   I – Tanaman Kekacang
           •   II- Sayuran daun
           •   III- Tanaman berubi
           •   IV- Sayuran berbuah

          Tujuan tanaman digilirkan ialah supaya
          dapat mengawal makluk perosak, men
          yerap zat makanan dengan sekata dan
          menambah nitrogen dalam tanah terutama
          jika menanam tanaman kekacang.
1.6.11   Membaja

         1.6.11.1 Tujuan Membaja

          •   Membekalkan zat makanan
          •   Membaiki struktur tanah

         1.6.11.2 Zat makanan pokok (N.P.K)

          •   N – Nitrogen ( tumbesaran)
          •   P – Phosforus (akar)
          •   K – Kalium ( bunga dan buah)

         1.6.11.3 Jenis Baja

          Terdapat 2 jenis baja iaitu     baja organan
          dan baja organan

          Baja organan

              •   Sumber asli dari najis haiwand an
                  pokok reput seperti tahi ayam, tahi
                  lembu, rtahi kambing, kompos dan
                  tanah bakar

          Baja kimia

              Terdapat 2 jenis baja kimia iaitu baja
              tunggal dan baja campuran sebatian

              •   Baja tunggal
                    o Baja Nitrogen ( urea 46%,

                      ammonium sulfat 20 % dan
                      ammonium nitrate 33%
                    o Baja Phosforus ( CIRP-Baja asli

                      pra Natal, Fosfat Super)
o Baja Kalium ( Kalium klorida 50%
                     dan Kalium sulfat 50%)
             •   Baja Campuran/sebatian
                   o Mengandungi N.P.K

                     ( nitrogen,phosphorus dan
                     kalium)
                   o Nisbah :  N -15%, P – 15% , K – 17
                     % dan Magnesium – 2%

        Teknik Membaja

         •   Pembajaan asas – dicampur dengan
             tanah
               o Membaja sebelum menanam

                    5 kg baja organan/0.3 kg baja
                     sebatian
                    Baja fosforus CIRP 50 gram
                    Kapur 0.5 kg
         •   Pembajaan permukaan
               o Tabur sekeliling pokok

               o Tabur setiap 2 minggu

               o Elak baja terkena pokok

               o Boleh juga mencampur dengan air

                 nisbah 5 air 1 baja dan sembur

        Pemungutan Sayuran
Sayuran      Cara Tanam   Jarak       Jarak     Mula Kutip
                          tanam       Tanam     hasil
                                                (minggu)
                           Antara     Antara
                           tumbuhan   barisan
Peria        Semaian terus 45 cm      60 cm     10 -12
                                                minggu
             Perlu
             junjungan
Petola       Semaian terus 45 cm      60cm      8-10
                                                minggu
Perlu
         junjungan
Sawi     Semai dan       25 cm   30cm    4-6 minggu
         pindah ke
         batas
Terung   Semai di        45 cm   60 cm   10-12
         polibeg                         minggu

         Dan ubah ke
         batas
Timun    Semain terus    45 cm   60 cm   6-8 minggu
         ke batas

         Perlu
         junjuungan
Tomato   Semai terus     45 cm   50 cm   12-14
         ke batas atau                   minggu
         polibeg




 MAKLUMA
    T
TANAMAN


PENANAMAN BENDI

1. Nama Tempatan: Bendi, Okra (Hibiscus esculentus)




2.   Pendahuluan:

 Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah
 sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah
 ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah
 dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai
 gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai
 cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya
 juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan
 garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat
 untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua
 dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan
 minuman harian menggantikan kopi

3.   Tanah:
Bendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti
 gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah
 lembah sungai yang bersaliran baik

  A. Menyedia Kawasan
     Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm. Buat
     pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum
     menanam. Sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah,
     baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga
     5 tan sehektar

     B. Menanam

Tanam biji benih sedalam 2.5sm di batas. Pastikan dibubuh 2
biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 sm
antara pokok. Selepas 2 minggu, cabut satu pokok yang
kurang subur. Sebanyak 11 gm biji benih diperlukan untuk
satu batas yang berukuran 1.2 m lebar dan 30 m panjang
(Rajah 1).




C. Membaja


Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling
pokok setiap 2 minggu. Untuk sehektar memerlukan 1 tan
baja.

D. Menyiram
Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting
di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan
buah

E. Merumput

Cabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut
arahan pada label racun herba tersebut.

F. Sungkupan

Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering
atau kepingan plastik hitam bagi mengawal rumpai dan
untuk mengekalkan kelembapan.

G. MeSetelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu
dipangkas setinggi 40 sm hingga 60 sm dari paras tanah
untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima
tunas baru dibiarkan membesar selepas pemangkasan.
Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaanmangkas

4. Kawalan Musuh Dan Penyakit:

Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak
seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan
buah-buah bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah.
Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga seperti
Diazinon.

Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang
terdapat pada daun-daun tua di mana daun-daun ini
kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga. Penyakit
ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Benomyl.
Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label.

5. Penuaian:

Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 sm dari
pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan
keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah.
Penuaian mula dilakukan ketika:
i. 50 - 55 hari selepas menanam.
ii. 5 - 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku
pendebugaan.
iii.Buah berukuran 10 - 12 sm panjang, iaitu buah-buahan
masih lembut, hujungnya rapuh, senang dipatahkan dan
belum berpulur.

Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar
pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai
supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-
bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah
yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan
berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil dianggarkan
10,000 - 15,000 kg sehektar.


6. Pengendalian Lepas Tuai
Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan di tempat teduh
dan dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang
telah dialas dengan kertas atau plastik cerah yang
berlubang. Ia hanya boleh disimpan selama 2 - 3 hari sahaja
tanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu dipercikkan
supaya pengudaraan menjadi lembab. Buah-buah yang
dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 - 8
hari dalam keadaan suhu 24 darjah Celcius - 26 darjah
Celcius dan kelembapan bandingan 70 - 75 %.

|
PENANAMAN KACANG PANJANG

1. Nama Tempatan: Kacang Panjang (Vigna sinensis)
2. Penanaman:

  •   Penyediaan Tanah:

      Di Ladang


Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 sm ke 22 sm ( 6 ke
9 inci) supaya pertumbuhan akar baik. Sediakan batas
berukuran 1.2 m (4 kaki) lebar, 25 sm (10 inci) tinggi dan
panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas
ialah 60 sm (2 kaki). Gaulkan 50 kg tahi ayam reput ke
dalam tanah bagi kawasan 100 meter persegi.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain


Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1
bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu
dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 sm dari
permukaan permukaan pasu.

  •   Menanam:

Di Ladang
Tanam 2 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak
60 sm (2 kaki) antara barisan dan 45 sm (18 inci) antara
pokok.

Setelah benih bercambah dan membesar, tinggalkan 1
pokok selubang sahaja. Sebanyak 70 g biji benih diperlukan
untuk kawasan seluas 100 meter persegi (1000 kaki
persegi).

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain


Tanam 2 biji benih sedalam 2.5 sm ( 1 inci ). Selepas 2
minggu ditanam, tinggalkan 1 pokok sahaja dalam satu
pasu.

  •   Menyedia Junjung:

Di Ladang

Sokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu dengan
menggunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki).
Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan
ikat di bahagian atas. Lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap
sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak pokok meliliti kayu
sokongan.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Pastikan
anak pokok meliliti kayu sokongan.
3. Penjagaan:

  •   Menyiram air:

Siram tanaman di ladang atau dalam pasu pada waktu pagi
dan petang setiap hari kecuali hari hujan


  •   Membaja:

  Di Ladang

Gunakan baja kimia NPK Blue Special (12:12:17:2) sebanyak
7 kg bagi setiap 100 m (1000 kaki) persegi. Baja ini dibahagi
kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 7
selepas menanam.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Tabur 1 sudu teh (5 g) baja NPK Blue Special (12:12:17:2)
sepasu setiap minggu.




  •   Merumput:
Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk
mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai.

 4. Kawalan Penyakit Dan Serangga:


Untuk kawalan ulat pengorek buah, sembur jika perlu
dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1% b.a.
Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb,
0.1% b.a.



5. Memungut Hasil:


Di Ladang

Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas
menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari
sekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak
100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan harga
purata antara Rm4.00 - RM6.00/kg.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Anggaran hasil ialah 0.5 kg/pokok.
PENANAMAN KACANG BOTOR

1. Nama Tempatan: Kacang Botor, kacang kelisa
(Psophocarpus tetragonolobus D.C. )




2. Pendahuluan:


Kacang botor atau kacang kelisa adalah sejenis sayuran
berbuah yang sangat kaya dengan protin dan lemak serta
vitamin A & B. Ia dipercayai berasal dari Papua New Guinea
dan Asia Tenggara.

Pokok kacang botor tumbuh melilit dan memerlukan
pancang/kayu junjung untuk memanjat. Ia selalu ditanam
sebagai tanaman jangka pendek di kebun sayur atau di tepi-
tepi pagar rumah.

Buah polong berukuran 15 - 20 sm panjang dan mempunyai
4 sayap yang bergerigis. Biasanya buah digunakan dalam
masakan dan juga dimakan mentah sebagai ulam.
3. Tanah:

Kacang botor boleh ditanam di berbagai jenis tanah iaitu
daripada ringan berpasir hingga kepada tanah lempong
serta tanah gambut. Elakkan dari menanam di kawasan yang
bertakung air. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya
dan pH5.5-6.0 adalah paling sesuai.



4. Penanaman:

A. Menyedia Kawasan

Bajak dan gemburkan tanah sedalam 20 - 30 sm untuk
memudahkan akar tumbuh dengan baik. Sediakan batas
berukuran 1.3 m lebar, 30 sm tinggi dan panjangnya 7.5 m
atau mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 30
sm.

B. Menanam

Kacang botor dibiakkan dengan biji benih. Biji benihnya
boleh diambil dari buah-buah yang telah cukup tua yang
berwarna perang kehitaman. Gaul biji benih dengan racun
kulat, contohnya thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji
benih sebelum menanam.

Biji benih boleh ditanam dengan jarak 50 sm antara pokok
dan 1 m antara barisan ataupun 60 sm x 60 sm. Tiap-tiap
batas mengandungi 2 barisan pokok. Tanam terus biji benih
ke batas sebanyak 2 biji selubang, lebih kurang 2.5 sm
dalam. Biji benih akan bercambah dalam masa 14 hari.
Cabut dan tinggalkan hanya 1 anak benih yang sihat pada
setiap lubang. Untuk kawasan seluas 0.4 ha, lebih kurang 7
kg biji benih diperlukan.
C. Menyedia Junjung

Untuk mendapatkan hasil yang baik, kacang botor perlu
diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman dengan
menggunakan kayu pancang berukuran 2.0 m - 2.5 m
panjang. Condongkan kayu-kayu sokongan yang
bertentangan supaya bersilang dan ikat di bahagian atas
tempat bertemu untuk mendapatkan sokongan yang kuat.
Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap tempat
persilangan. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu
sokongan. Cara ini sesuai untuk kawasan penanaman yang
kecil. (Rajah 1)

Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem
trellis. Pacakkan sebatang kayu/tiang-tiang beruti yang
berukuran lebih kurang 2.5 m panjang dan bergaris pusat 8 -
10 sm di bahagian tengah kedua-dua hujung tiap-tiap batas.
Pacakkan pula tiang kayu berukuran 0.6 m panjang dan 5 - 6
sm garis pusat di hujung penjuru tiap-tiap batas (Rajah 2).
Sambungkan tiang-tiang kayu yang bertentangan antara
kedua hujung batas dengan dawai kasar. Gunakan tali rafia
untuk membantu anak pokok memanjat junjung.
PENANAMAN CILI




PENANAMAN

Penyediaan Tanah

1. Di Ladang

  •   Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.
  •   Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm
      tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
  •   Jarak antara batas - 45 cm.
•   Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter
      persegi kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

  •   Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian
      tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1
      bahagian pasir.

Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari
permukaan pasu.




  •


Menyedia Anak Benih

1. Di ladang

  •   Sediakan kotak semaian 45 cm x 22 cm x 10 cm.
  •   Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3
      bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1
      bahagian pasir.
  •   Semai 5 g biji benih ke dalam kotak semaian secara
      barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.
  •   Jarak tanaman - 5 cm x 2 cm
  •   Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari
  •   Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan
      hujan yang berlebihan.
  •   Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas
      disemai.
  •   Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih
      kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk
      mengeraskannya.

Menanam

1. Di Ladang
•   Anak benih berumur 6 minggu boleh diubah ke batas.
  •   Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya
      anak benih senang digali. Kemudian gali anak benih
      dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.
  •   Jarak tanaman - 90 cm antara pokok x 150 cm antara
      baris

2. Dalam Pasu atau bekas lain

  •   Semai terus 3 - 4 biji benij ke dalam pasu sedalam 2
      hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2
      minggu selepas menanam.



PENJAGAAN

Sungkupan

1. Diladang

  •   Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa
      sebagai sungkupan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

  •   Gunakan rumput-rumput kering.

Merumput

  •   Bersihkan batas dariapda rumpai dengan menggunakan
      tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu
      cabut rumpau untuk mengawalnya.



KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAK

Penyakit          Kawalan
Bintik daun       Sembur racun kulat Benomyl
Antraknos buah    Sembur racun kulat seperti mancozeb
Kutu daun      Sembur racun serangga seoertu chlorphyrifos
               atau Imidachloprid
Hamama merah Sembur racun seperti dicofol atau malathion
Kerekot daun   (a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun. Oleh
dan mozek daun itu kawal kutu daun adalah penting.
               (b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit.
Layu bakteria  Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang
               dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan
               saliran yang elok.




MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang

  •   Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.
  •   Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.
  •   Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 100 -
      200 kg.

2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain

  •   Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam.
      Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.
PENANAMAN PETOLA SEGI (Luffa acutangula)

PENANAMAN

Penyediaan Tanah

  •   Bajak dan gembur tanah sedalam 20 - 30 cm untuk
      memudahkan pertumbuhan akar.
  •   Lakukan pengemburan dengan cangkul atau traktor.
  •   Kumpul dan bakar rumput-rumput kering/ sampah
      sarap sebelum menyediakan batas.

PENJAGAAN

Membaja
•   Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2
     tan / 0.4 ha) digunakan sebagai baja asas.
 •   Baja sebatian seperto NPK - 12:12:17:2 juga diperlukan.
 •   Program pembajaan

  Masa Pembajaan        Kadar Baja     Cara Membaja
                        (kg/0.4 ha)
3 minggu lepas tanam        100     Tabur di keliling pokok
5 minggu lepas tanam        200      Tabur antara pokok
7 minggu lepas tanam        200      Tabur antara pokok

Menyiram

 •   Siram dua kali sehari apabila cuaca terlampau panas.

Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok

 •   Biar hanya dua dahan utama membesar hingga
     mengeluarkan buah.
 •   Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada
     dahan utama hendaklah dibuang. Ini bertujuan untuk
     menggalakkan pengeluaran bunga yang banyak dan
     pembentukan buah yang lebih besar.
 •   Pokok-pokok juga elok digalakkan memanjat dan
     menjalar di atas para.
 •   Buah muda terselit di celah daun perlu dibetulkan
     supaya tergantung dan pembesarannya tidak
     terganggu.

Membalut buah

 •   Boleh dibuat apabila pokok mula berbuah.
 •   Buah-buah yang sedang membesar boleh dibalut
     dengan beg-beg kertas untuk mengelakkan serangan
     lalat buah.

MEMUNGUT HASIL

 •   Petola boleh dipetik apabila berumur lebih kurang 45
     hari. Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali. Petik
buah setiap hari iaitu waktu pagi dengan menggunakan
    pisau yang tajam. Petik buah yang masih lembut dan
    belum bersabut.

Tempoh umur pokok petola - 105 - 110 hari.




PENANAMAN TERUNG
PENYEDIAAN TANAH

1. Di Ladang

  •   Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.
  •   Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm
      tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
  •   Jarak antara batas - 45 cm.
  •   Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 50 meter
      persegi kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

  •   Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian
      tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1
      bahagian pasir.
  •   Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari
      permukaan pasu.

MENYEDIA ANAK BENIH

  •   Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22
      cm lebar dan 10 cm tinggi.
•   Isikan kotak semaian dengan tanah campurah 3
      bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1
      bahagian pasir.
  •   Semai 3 biji benih ke dalam kotak semaian secara
      barisan dan tutup benih ke dalam kotak semaian secara
      barisan dan tutup benih dengan lapirsan nipis tanah.
  •   Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm dan 2 cm
      antara biji benih.
  •   Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan
      halus dua kali sehari.
  •   Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya
      matahari dan air hujan yang berlebihan.
  •   Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas
      disemai.
  •   Sebelum diubah ke ladang, dedah anak benih kepada
      cahaya matahari yang penuh selama 3 hingga 4 hari
      untuk mengeraskannya.

MENANAM

1. Di Ladang

  •   Anak benih berumur 3 - 4 minggu boleh diubah terus ke
      batas.
  •   Basahkan kotak semaian sebelum mencabut supaya
      anak benih senang digali.
  •   Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam
      terus ke batas.
  •   Jarak tanaman ialah 90 cm x 60 cm

2. Dalam Pasu atau bekas lain

  •   Tanam terus 3 - 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 -
      5 cm.
  •   Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas
      menanam.

PENJAGAAN

Menyiram
Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari
kecuali hujan.

Membaja

1. Di Ladang

  •   Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling
      pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 g sepokok
      setiap dua minggu.

2. Dalam Pasu dan bekas lain

  •   Tabur 1 sudu teh atau 5 g baja NPK Blue Special
      (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

Sungkupan

1. Di Ladang

Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai
sungkupan.

2. Dalam Pasu dan bekas lain

Gunakan rumput-rumput kering.

Merumput

Bersihkan batas-batas daripada rumpai dengan tangan,
cangkul atau tajak. Cabut rumpai yang tumbuh dalam pasu.

Menyedia Sokongan

1. Di Ladang

  •   Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1½ meter
      dipacak berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan
      pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak
      terkena permukaan tanah.

2. Dalam Pasu dan bekas lain
•   Cara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan
      sokongan di ladang tetapi kayu yang digunakan
      berukuran 1.2 m panjang.

KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT

  •   Sembur racun seranggan carbaryl (Sevin) pada kadar 1
      sudu besar (10 g) dengan segelen air untuk mengawal
      ulat lipat daun, kumbang daun dan pengorek buah.
  •   Gunakan racun kulat maneb (seperti Megamaneb pada
      kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air) untuk
      mengawal penyakit reput buah dan racun kulat
      benomyl seperti Benlate pada kadar 1 sudu teh atau 3
      g segelen air untuk mengawal bintik daun.

MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang

  •   Terung boleh dipetik 6 minggu selepas diubah ke
      ladang.
  •   Punggutan hasil dibuat setiap 4 hari.
  •   Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 75 -
      125 kg dengan harga purata 60 sen sekilo, pendapatan
      kasar adalah RM45 hingga RM75.

2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain

  •   Mulalah memetik buah 10 minggu selepas ditanam.
      Anggaran hasil ialah 1 kg sepokok.
PENANAMAN TIMUN

PENANAMAN

Penyediaan Tanah

1. Di Ladang

  •   Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm.
  •   Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 25 cm tinggi.
      Panjang batas mengikut keadaan kawasan.
  •   Jarak antara batas - 30cm.
  •   Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 100
      meter persegi kawasan.

2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain

  •   Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian
      tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1
      bahagian pasir.
  •   Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari
      permukaan pasu.

Menanam

1. Di ladang

  •   Semai terus 2 biji benih selubang se dalam 2.5 cm.
•   Jarak tanaman - 60 cm x 60 cm
  •   15 g biji benih bagi kawasan seluas 100 meter persegi
  •   Penjarangan dilakukan 10 hari selepas menanam,
      tinggalkan sepokok selubang.

2. Dalam Pasu dan bekas-bekas lain

  •   Semai terus 2 biji benih dalam pasu sedalam 2.5 cm.
  •   Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas
      menanam.



PENJAGAAN

Sungkupan

1. Di Ladang

  •   Rumput kering, jerami padi atau lalang boleh diletakkan
      di atasnya sebagai sungkupan.

2. Dalam Pasu atau bekas lain

  •   Gunakan rumput kering sebagai sungkupan.

Menyedia Junjung

1. Di Ladang

  •   Kayu junjung dibuat daripada kayu hutan atau buluh
      berukuran 2 m pancang dipacak berhampiran dengan
      anak benih dan dicondongkan supaya bertentangan
      dan bertemu di atas.
  •   Sebatang kayu diletakkan melintang dan diikat untuk
      mendapatkan sokongan yang kuat.

Menyiram

Siram dua kali sehari kecuali pada hari hujan.
Membaja

1. Di Ladang

  •   Gunakan baja NPK Blue Special 12:12:17:2 sebanyak 10
      kg bagi kawasan seluas 100 m persegi
  •   Baja dibahagikan kepada 3 kali pembajaan iaitu pada
      minggu ke-2, 4 dan 6 selepas menanam.

2. Dalam Pasu dan Bekas lain

  •   Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special
      sepasu setiap minggu.

Merumput

  •   Kawal rumput sepanjang masa.



KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT

Penyakit / Perosak Kawalan
Kumbang daun       Sembur racun kulat Carbaryl dengan
                   kadar 0.1% bahan aktif (b.a)
Kutu daun          Sembur racun serangga seperti malathion
                   dengan kadar 0.1% bahan aktif
Kulapuk berdebu/   Semburan benomyl dengan kadar 0.025%
Kulapok downy      b.a.



MEMUNGUT HASIL

1. Di Ladang

  •   Timun boleh dipetik 7-8 minggu selepas diubah ke
      ladang.
  •   Buah dipetik apabila buah mencapai panjang lebih
      kurang 15 hingga 20 cm.
  •   Kutipan hasil dibuat 2 hari sekali selama satu bulan.
•   Hasil dianggar 200 kg hingga 300 kg bagi 100 meter
    persegi kawasan.
•   Pendapatan kasar RM200 - RM300 dengan harga purata
    RM1.00/kg.
| Atas |

Sumber: Panduan Menanam Timun, Jabatan Pertanian
Semenanjung Malaysia
TERUNG (Solanum melongena) - varieti baru
ARC-BJ-105 merupakan varieti yang telah diuji sepenuhnya resistan
dengan layu bakteria (Pseudomonas solanacearum). Lebih daripada 10
pusingan tanaman, varieti ini mengeluarkan hasil tinggi dan saiz buah yang
berkualiti untuk dimakan. Terung ARC-BJ-105 merupakan varieti yang
dicadangkan untuk penanaman.

Terung merupakan salah satu sayuran buah yang digemari oleh penduduk
Malaysia. Buahnya boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanggang.
Banyak varieti terung terdapat di pasaran. Ada yang berbentuk panjang
berwarna ungu, panjang berwarna putih, berbentuk bulat berwarna ungu
gelap dan bulat berwarna putih. Biasanya, buah yang pankang mempunyai
biji benih yang sedikit berbanding dengan yang berbentuk bulat.

Layu bakteria merupakan penyakit serius dan sebagai penghalang utama
dalam penanaman terung. Varieti berhasil baik yang resistan kepada
penyakit ini merupakan perkara utama bagi penanam sayur ini. Bagi
membantu petani, Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan Pertanian
Semongok telah menjalankan projek untuk memilih, menulen, menguji dan
mencadangkan varieti yang sesuai ditanam di bawah kondisi tempatan.
Variety ARC-BJ-105 merupakan hasil daripada kajian ini.

Terung Varieti ARC-BJ-105




>> ARC-BJ-105 yang menarik


Ciri-ciri utama varieti ini adalah seperti berikut:

Ciri-ciri tanaman:

Ketinggian            133 cm
PENANAMAN KACANG BUNCIS
1. Nama Tempatan: Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris )




                                   2. Pendahuluan:
 Kacang buncis merupakan sejenis sayuran kekacang yang
 berbuah dan sangat kaya dengan kandungan protin. Ia
 dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

  Pokok kacang buncis bertabiat tumbuh melilit, mempunyai akar
  tunjang dan sisi yang panjang dan memerlukan pancang untuk
  memanjat.                                                       3.
Jenis:
   Terdapat 2 jenis yang ditanam iaitu jenis rimbun dan memanjat.
   Jenis yang biasa ditanam di negara ini ialah jenis memanjat di
   mana terdapat 2 varieti yang dipilih oleh MARDI iaitu:
a. MBK 1 - Berbiji hitam, berbatang keperangan dan berbunga
   ungu. Jenis ini biasa ditanam dan disyorkan oleh MARDI.
b. MBK 2 - Berbiji kemerahan, berbatang kehijauan dan berbunga
   putih. Jenis ini ditanam terutama di kawasan Utara dan Melaka. 4.
Tanah:
  Kacang buncis boleh ditanam pada berbagai jenis tanah
  daripada pasir peroi hingga kepada tanah liat. Tanah yang
  gembur, subur, baik salirannya dan pH 5.5 - 6.8 adalah paling
  sesuai untuk penanamannya.                                      3.
Penanaman:
A.       Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm
Menyedia untuk pertumbuhan akar yang baik. Sediakan batas
Kawasan berukuran 1.2 m lebar, 0.3 m tinggi dan panjangnya
         mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah
         0.6 m.

B.      Tanam 4 biji benih selubang dalam 2 barisan dengan
Menanam jarak 0.6 m antara baris dan 0.5 m antara pokok.
        Setelah anah benih bercambah dan membesar,
        tinggalkan 2 pokok selubang sahaja. Sebanyak 9.5 kg
        biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 0.4 ha.

C.       Untuk mendapatkan hasil yang tinggi, kacang buncis
Menyedia perlu diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman yang
Junjung berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu
         pancang berukuran 1.8 m - 2.4 m. Condongkan kayu-
         kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di
         bahagian atas. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada
         tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak
         tanaman melilit kayu sokongan.

          Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan
          sistem trellis. Sambung 2 tiang beruti atau batang
          kayu yang berhampiran dengan dawai kasar untuk
          dijadikan junjung. Kemudian gunakan dawai
          sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara
          memanjang dan melintang. Gunakan tali rafia untuk
          membantu anak pokok memanjat junjung.
Rajah
menunjukk
 an rupa
 bentuk
 junjung
  untuk
  pokok
 kacang
 buncis




             4.
Penjagaan:
A.       Siram tanaman pagi dan petang setiap hari kecuali
 Menyiram hari hujan.

 B.         Gunakan baja asas, baja tahi ayam, sebanyak 7 tan
 Membaja    untuk 0.4 ha. Tabur baja dalam satu parit di tengah
            batas atau tabur rata-rata di atas batas dan gaulkan
            dengan tanah.

             Selain daripada itu, baja kimia NPK 15:15:15 juga
             boleh digunakan sebanyak 400 kg/0.4 ha. Baja ini
             dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu
             ke-2, 4 dan 6 selepas menanam.
 C.          Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa
 Merumput untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan
             rumpai.                                              5.
Memungut Hasil:
  Hasil boleh mula dikutip 7 minggu selepas menanam. Kutip
  kacang sebelum matang iaitu sebelum biji terbunjul. Kutip 2 - 3
  hari sekali dalam masa 3 minggu. Hasil purata dianggarkan
  4,235 kg bagi 0.4 ha.
Buku pertanian pendidikan khas
Buku pertanian pendidikan khas

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

RPH Pecahan Tahun 1
RPH Pecahan Tahun 1RPH Pecahan Tahun 1
RPH Pecahan Tahun 1Fa Qistina
 
Jadual Penentu Ujian dan Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual Penentu Ujian dan Jadual Spesifikasi UjianJadual Penentu Ujian dan Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual Penentu Ujian dan Jadual Spesifikasi UjianHazwani Hashim
 
Ayat tunggal & ayat majmuk thn3
Ayat tunggal & ayat majmuk thn3Ayat tunggal & ayat majmuk thn3
Ayat tunggal & ayat majmuk thn3Nuradibah Kapli
 
Latihan simpulan bahasa bergambar
Latihan simpulan bahasa bergambarLatihan simpulan bahasa bergambar
Latihan simpulan bahasa bergambarNor Haduri
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxssuser3fe836
 
Pendekatan bertema
Pendekatan bertemaPendekatan bertema
Pendekatan bertemaHumyra Amer
 
Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petang
Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petangDokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petang
Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petangSuRia ImNida
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUcikgusuepkhas
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Pensil Dan Pemadam
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaWany Hardy
 
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1Azima Rahim
 
Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Shika Nara
 

Was ist angesagt? (20)

RPH Pecahan Tahun 1
RPH Pecahan Tahun 1RPH Pecahan Tahun 1
RPH Pecahan Tahun 1
 
Jadual Penentu Ujian dan Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual Penentu Ujian dan Jadual Spesifikasi UjianJadual Penentu Ujian dan Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual Penentu Ujian dan Jadual Spesifikasi Ujian
 
Ayat tunggal & ayat majmuk thn3
Ayat tunggal & ayat majmuk thn3Ayat tunggal & ayat majmuk thn3
Ayat tunggal & ayat majmuk thn3
 
Latihan simpulan bahasa bergambar
Latihan simpulan bahasa bergambarLatihan simpulan bahasa bergambar
Latihan simpulan bahasa bergambar
 
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptxINTERVENSI PBD 1 2022.pptx
INTERVENSI PBD 1 2022.pptx
 
Pendekatan bertema
Pendekatan bertemaPendekatan bertema
Pendekatan bertema
 
Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petang
Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petangDokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petang
Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petang
 
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKUCONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
Pentaksiran prasekolah (penerangan)
Pentaksiran prasekolah (penerangan)Pentaksiran prasekolah (penerangan)
Pentaksiran prasekolah (penerangan)
 
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
Contoh laporan-kajian-tindakan (1)
 
Topik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertemaTopik 9 pendekatan bertema
Topik 9 pendekatan bertema
 
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
rancangan pengajaran harian poligon tingkatan 1
 
Rph preposition
Rph prepositionRph preposition
Rph preposition
 
Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2Soalan bm tahun 5 kertas 2
Soalan bm tahun 5 kertas 2
 
Ayat Majmuk Tahun 2
Ayat Majmuk Tahun 2Ayat Majmuk Tahun 2
Ayat Majmuk Tahun 2
 
Rph sn thn 1
Rph sn thn 1Rph sn thn 1
Rph sn thn 1
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
 
Rph matematik-pendidikan-khas
Rph matematik-pendidikan-khasRph matematik-pendidikan-khas
Rph matematik-pendidikan-khas
 
Latihan asas tanaman
Latihan asas tanamanLatihan asas tanaman
Latihan asas tanaman
 

Andere mochten auch

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU PENDIDIKAN KHAS abdul murad abd hamid
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU PENDIDIKAN KHAS abdul murad abd hamidRANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU PENDIDIKAN KHAS abdul murad abd hamid
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU PENDIDIKAN KHAS abdul murad abd hamidamuradhamid edidik edu my
 
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
Rph    asas multimedia kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamidRph    asas multimedia kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamid
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamidamuradhamid edidik edu my
 
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas abdul murad abd hamid
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas  abdul murad abd hamidRph asas multimedia kssm pendidikan khas  abdul murad abd hamid
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas abdul murad abd hamidamuradhamid edidik edu my
 
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
Rph    asas multimedia kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamidRph    asas multimedia kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamid
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamidamuradhamid edidik edu my
 
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4muhammad
 

Andere mochten auch (8)

Asas fotografi abdul murad abd hamid
Asas fotografi abdul murad abd hamidAsas fotografi abdul murad abd hamid
Asas fotografi abdul murad abd hamid
 
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU PENDIDIKAN KHAS abdul murad abd hamid
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU PENDIDIKAN KHAS abdul murad abd hamidRANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU PENDIDIKAN KHAS abdul murad abd hamid
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU PENDIDIKAN KHAS abdul murad abd hamid
 
Kajian tindakan abdul murad abd hamid
Kajian tindakan abdul murad abd hamidKajian tindakan abdul murad abd hamid
Kajian tindakan abdul murad abd hamid
 
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
Rph    asas multimedia kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamidRph    asas multimedia kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamid
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
 
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas abdul murad abd hamid
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas  abdul murad abd hamidRph asas multimedia kssm pendidikan khas  abdul murad abd hamid
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas abdul murad abd hamid
 
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
Rph    asas multimedia kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamidRph    asas multimedia kssm pendidikan khas -     abdul murad abd hamid
Rph asas multimedia kssm pendidikan khas - abdul murad abd hamid
 
Pengurusan diri kssm pk johor amuradhamid
Pengurusan diri kssm pk johor amuradhamidPengurusan diri kssm pk johor amuradhamid
Pengurusan diri kssm pk johor amuradhamid
 
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4
Modul p&p pendidikan kesihatan thn 4
 

Ähnlich wie Buku pertanian pendidikan khas

Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...Juradi Durjari
 
KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman Sayuran
KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman SayuranKHB TING 1 - Bab 8 Tanaman Sayuran
KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman SayuranZasni @ Zaxx
 
Kacang Buncis Panduan Menanam
Kacang Buncis Panduan MenanamKacang Buncis Panduan Menanam
Kacang Buncis Panduan MenanamJuradi Durjari
 
T1 tanaman sayuran
T1 tanaman sayuranT1 tanaman sayuran
T1 tanaman sayuranmnorzainiz
 
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawahPenyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawahTatang Kostaman
 
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)MNapi
 
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseks
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseksModul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseks
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseksNurul Eiqa
 
Bunga semusim
Bunga semusimBunga semusim
Bunga semusimokbeb
 
Pembiakan Tanaman Hiasan
Pembiakan Tanaman HiasanPembiakan Tanaman Hiasan
Pembiakan Tanaman Hiasancasia biflora
 
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =DTanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =DLeonardo Leo
 
Pembiakan pokok hias
Pembiakan pokok hiasPembiakan pokok hias
Pembiakan pokok hiasTan C.EAN
 
Cili Api Panduan Menanam
Cili Api Panduan MenanamCili Api Panduan Menanam
Cili Api Panduan MenanamJuradi Durjari
 

Ähnlich wie Buku pertanian pendidikan khas (20)

Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...
Buku Pertanian Pendidikan Khas Tulisan Abdul Murad Abd Hamid Smk Sri Rahmat J...
 
KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman Sayuran
KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman SayuranKHB TING 1 - Bab 8 Tanaman Sayuran
KHB TING 1 - Bab 8 Tanaman Sayuran
 
Kacang Buncis Panduan Menanam
Kacang Buncis Panduan MenanamKacang Buncis Panduan Menanam
Kacang Buncis Panduan Menanam
 
Asinmen 3101 tumbuhan
Asinmen 3101 tumbuhanAsinmen 3101 tumbuhan
Asinmen 3101 tumbuhan
 
T1 tanaman sayuran
T1 tanaman sayuranT1 tanaman sayuran
T1 tanaman sayuran
 
Tanaman hiasan
Tanaman hiasan Tanaman hiasan
Tanaman hiasan
 
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawahPenyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
Penyiapan bibit dan cara tanam padi sawah
 
Pemilihan biji benih
Pemilihan biji benihPemilihan biji benih
Pemilihan biji benih
 
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
Kem hidup th 4 ( tanaman hiasan)
 
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseks
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseksModul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseks
Modul 3 & 4 pembiakan tanaman seks dan aseks
 
Bunga semusim
Bunga semusimBunga semusim
Bunga semusim
 
Pembiakan tanaman-hiasan
Pembiakan tanaman-hiasanPembiakan tanaman-hiasan
Pembiakan tanaman-hiasan
 
Pembiakan Tanaman Hiasan
Pembiakan Tanaman HiasanPembiakan Tanaman Hiasan
Pembiakan Tanaman Hiasan
 
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =DTanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
Tanaman hiasan (Tingkatan 1) =D
 
1.pembiakan secara keratan batang
1.pembiakan secara keratan batang1.pembiakan secara keratan batang
1.pembiakan secara keratan batang
 
Pembiakan pokok hias
Pembiakan pokok hiasPembiakan pokok hias
Pembiakan pokok hias
 
Cili Api Panduan Menanam
Cili Api Panduan MenanamCili Api Panduan Menanam
Cili Api Panduan Menanam
 
Panduan Menanam Bayam
Panduan Menanam BayamPanduan Menanam Bayam
Panduan Menanam Bayam
 
Genetik
GenetikGenetik
Genetik
 
Rumput Turf
Rumput TurfRumput Turf
Rumput Turf
 

Mehr von amuradhamid edidik edu my

Latihan Asas Tanaman - Menyedia Benih Semaian
Latihan Asas Tanaman - Menyedia Benih SemaianLatihan Asas Tanaman - Menyedia Benih Semaian
Latihan Asas Tanaman - Menyedia Benih Semaianamuradhamid edidik edu my
 
ANALISIS TUGASAN ASAS TANAMAN PENDIDIKAN KHAS
ANALISIS TUGASAN ASAS TANAMAN PENDIDIKAN KHASANALISIS TUGASAN ASAS TANAMAN PENDIDIKAN KHAS
ANALISIS TUGASAN ASAS TANAMAN PENDIDIKAN KHASamuradhamid edidik edu my
 
Panduan syarat mohon vto PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
Panduan syarat mohon vto PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIAPanduan syarat mohon vto PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
Panduan syarat mohon vto PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIAamuradhamid edidik edu my
 
Soalan pengurusan diri kefungsian sederhana ptghn tahun 2017 murad
Soalan pengurusan diri kefungsian sederhana ptghn tahun 2017 muradSoalan pengurusan diri kefungsian sederhana ptghn tahun 2017 murad
Soalan pengurusan diri kefungsian sederhana ptghn tahun 2017 muradamuradhamid edidik edu my
 
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah t1 abdul murad abd hamid
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah t1 abdul murad abd hamidSoalan pengurusan diri kefungsian rendah t1 abdul murad abd hamid
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah t1 abdul murad abd hamidamuradhamid edidik edu my
 
SKM - JURU KECANTIKAN - M01 Pertolongan cemas
SKM - JURU KECANTIKAN  - M01 Pertolongan cemasSKM - JURU KECANTIKAN  - M01 Pertolongan cemas
SKM - JURU KECANTIKAN - M01 Pertolongan cemasamuradhamid edidik edu my
 
Kiraan kos roti telur pengurusan diri pendidikan khas
Kiraan kos roti telur pengurusan diri pendidikan khasKiraan kos roti telur pengurusan diri pendidikan khas
Kiraan kos roti telur pengurusan diri pendidikan khasamuradhamid edidik edu my
 
KIRAAN KOS Artikel mudah beg mini kemahiran hidup pengurusan diri
KIRAAN KOS Artikel mudah beg mini kemahiran hidup pengurusan diriKIRAAN KOS Artikel mudah beg mini kemahiran hidup pengurusan diri
KIRAAN KOS Artikel mudah beg mini kemahiran hidup pengurusan diriamuradhamid edidik edu my
 

Mehr von amuradhamid edidik edu my (20)

Selawat,tasbih,doa dan zikir pilihan
Selawat,tasbih,doa dan zikir pilihanSelawat,tasbih,doa dan zikir pilihan
Selawat,tasbih,doa dan zikir pilihan
 
Rpt kssmpk multimedia visual ting 2 2018
Rpt kssmpk multimedia visual ting 2 2018Rpt kssmpk multimedia visual ting 2 2018
Rpt kssmpk multimedia visual ting 2 2018
 
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEMContoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
Contoh penulisan sasaran keberhasilan HEM
 
Latihan Asas Tanaman - Menyedia Benih Semaian
Latihan Asas Tanaman - Menyedia Benih SemaianLatihan Asas Tanaman - Menyedia Benih Semaian
Latihan Asas Tanaman - Menyedia Benih Semaian
 
Analisis tugasan tanaman hiasan puding
Analisis tugasan tanaman hiasan pudingAnalisis tugasan tanaman hiasan puding
Analisis tugasan tanaman hiasan puding
 
Analisis tugasan jualan jagung asas masakan
Analisis tugasan jualan jagung asas masakanAnalisis tugasan jualan jagung asas masakan
Analisis tugasan jualan jagung asas masakan
 
ANALISIS TUGASAN ASAS TANAMAN PENDIDIKAN KHAS
ANALISIS TUGASAN ASAS TANAMAN PENDIDIKAN KHASANALISIS TUGASAN ASAS TANAMAN PENDIDIKAN KHAS
ANALISIS TUGASAN ASAS TANAMAN PENDIDIKAN KHAS
 
Pendidikan khas
Pendidikan khasPendidikan khas
Pendidikan khas
 
Panduan syarat mohon vto PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
Panduan syarat mohon vto PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIAPanduan syarat mohon vto PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
Panduan syarat mohon vto PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
 
Soalan pengurusan diri kefungsian sederhana ptghn tahun 2017 murad
Soalan pengurusan diri kefungsian sederhana ptghn tahun 2017 muradSoalan pengurusan diri kefungsian sederhana ptghn tahun 2017 murad
Soalan pengurusan diri kefungsian sederhana ptghn tahun 2017 murad
 
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah t1 abdul murad abd hamid
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah t1 abdul murad abd hamidSoalan pengurusan diri kefungsian rendah t1 abdul murad abd hamid
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah t1 abdul murad abd hamid
 
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah 2
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah 2 Soalan pengurusan diri kefungsian rendah 2
Soalan pengurusan diri kefungsian rendah 2
 
Pk01 3 format laporan
Pk01 3 format laporanPk01 3 format laporan
Pk01 3 format laporan
 
SKM - JURU KECANTIKAN - M01 Pertolongan cemas
SKM - JURU KECANTIKAN  - M01 Pertolongan cemasSKM - JURU KECANTIKAN  - M01 Pertolongan cemas
SKM - JURU KECANTIKAN - M01 Pertolongan cemas
 
Kulinari skm kolej vokasional kangar
Kulinari skm kolej vokasional kangar Kulinari skm kolej vokasional kangar
Kulinari skm kolej vokasional kangar
 
Ihtilam
IhtilamIhtilam
Ihtilam
 
KSSM PENDIDIKAN KHAS
KSSM PENDIDIKAN KHAS KSSM PENDIDIKAN KHAS
KSSM PENDIDIKAN KHAS
 
IHTILAM - Mimpi basah
IHTILAM - Mimpi basahIHTILAM - Mimpi basah
IHTILAM - Mimpi basah
 
Kiraan kos roti telur pengurusan diri pendidikan khas
Kiraan kos roti telur pengurusan diri pendidikan khasKiraan kos roti telur pengurusan diri pendidikan khas
Kiraan kos roti telur pengurusan diri pendidikan khas
 
KIRAAN KOS Artikel mudah beg mini kemahiran hidup pengurusan diri
KIRAAN KOS Artikel mudah beg mini kemahiran hidup pengurusan diriKIRAAN KOS Artikel mudah beg mini kemahiran hidup pengurusan diri
KIRAAN KOS Artikel mudah beg mini kemahiran hidup pengurusan diri
 

Kürzlich hochgeladen

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025DANNYDALEJULIUSMoe
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 

Kürzlich hochgeladen (12)

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 

Buku pertanian pendidikan khas

  • 1. SMK SRI RAHMAT KELAS PENDIDIKAN KHAS
  • 2. MATA PELAJARAN VOKASIONAL PERTANIAN BAHAGIAN 1 PENANAMAN SAYURAN intisari 1.0 PENANAMAN SAYURAN 1.1 Jenis sayuran 1.2 Pemilihan tapak 1.3 Penyediaan tapak 1.4 Pembinaan batas 1.5 Pemilihan benih 1.6 Kaedah menanam sayuran 1.6.1 Menyemai benih besar 1.6.2 Menyemai benih kecil 1.6.3 Semaian terus 1.6.4 Mengubah/memindah semaian 1.6.5 Mengekalkan kesegaran 1.6.6 Perlindungan semaian 1.6.7 Sungkupan
  • 3. 1.6.8 Penjarangan 1.6.9 Memancang 1.6.10 Kawalan Penyakit dan Serangga 1.6.10.1 Jenis racun 1.6.10.2 Teknik Meracun 1.6.11 Membaja 1.6.11.1 Jenis baja 1.6.11.2 Teknik membaja 1.1 JENIS SAYURAN Sayuran daun Sayuran kekacang Sawi Kacang panjang Kailan Kacang botor Bayam Kacang buncis Kangkung Kacang sepat Sayuran berubi / akar Sayuran Berbuah Bendi Petola Keledek Bendi Ubi kayu Cili Sengkuang Peria Lobak putih Timun Lobak merah Tomato
  • 4. Latihan 1 1. Tandakan ( / ) jika ia sayuran daun • Kubis _____________ petola ______________ • Timun _____________ kangkung ______________ • Bayam _____________ buah naga ______________ • Peria _____________ kalian ______________ 2. Gariskan sayuran buah • Cili bendi • Peria keledek • Ubi kayu kacang tanah • Kacang buncis kacang sepat 3. BULATKAN sayuran berubi • Keledek labu • Labu air kentang • Keladi rozel • Lobak merah sengkuang 4. Sayuran ______________ memerlukan junjung untuk menjalar. A. daun B. berbuah C. kekacang D. berubi BATAS
  • 5. 1.2 Pemilihan Tapak Batas o Tanah sebaik-baiknya rata o Kawasan yang lapang o Dekat jalan raya o Dekat bekalan air o Dekat dengan rumah o Saliran yang baik 1.3 Penyediaan Batas o Buangkan batu-batan, akar, kayu, rumput o Gali tanah untuk dibuat batas sedalam 25 hingga 30 sm bagi gemburkan tanah dan membunuh akar rumpai o Gemburkan tanah dengan penggembur o Buat parit saliran o Tebang pokok besar disekeliling bagi memudahkan pencahayaan o Bina batas dengan ukuran yang sama 1.4 Pembinaan batas o Terdapat 2 jenis batas iaitu :  Batas tunggal  Tinggi – 20-25sm, Lebar 30-45sm,  Batas rata  Tinggi 15-25sm, Lebar – 0.75-1.2m dan Panjang – 5-9 meter o Jarak di antara batas ialah 30-60 sm o Batas berguna bagi mengelak air bertakung dan memudahkan menjaga tanaman 1.5 Pemilihan Benih dan Penyimpanan Benih o Cukup matang/tua o Besar dan berisi penuh
  • 6. o Bebas dari haiwan perosak atau penyakit seperti kulat o Simpan benih di bekas kedap udara o Labelkan bekas simpan benih 1.6 Kaedah menanam sayuran Terdapat 3 cara menanam sayuran: o Penanaman 4 segi o Penanaman 3 segi o Penanaman silang/ kuinkuk 1.6.1 Menyemai benih besar o Semaian terusMenyemai benih kecil o Semaian terus ( seperti langkah di atas) 1.6.2 Semaian terus  Langkah –langkah semaian:  Rendamkan biji benih sehari bagi memudahkan percambahan  Tanam 2 / 3 biji benih dalam 1 lubang  Selepas bercambah ,buang semaian yang kurang sihat, tinggalkan 1 benih yang sihat saja. • Terdapat 2 kaedah semai tabur: o 1. Kaedah Jalur  Bina jalur  Tabur benih dan timbus tanah
  • 7.  Selepas bercambah buat penjarangan dalam jarak tertentu o 2. Semai Tabur  Tabur benih  Timbuskan dengan tanah nipis  Siram  Selepas bercambah, buat penjarangan dalam jarak tetentu 1.6.3 Semaian di Tapak Semaian • Terdapat 3 cara penyemaian bukan terus iaitu : • 1. Mengguna Polibeg o Sesuai untuk cili, tomato dan terung o Pindahkan ke tanah setelah matang • 2. Kotak Percambahan o Menggunakan kotak kayu yang berlubang o Tanah mengandungi 2 bahagian tanah peroi, 1 bahagian baja organic , 1 bahagian pasir o Tabur benih dan tutup dgn tanah halus o Pindahkan ke tanah selepas percambahan • 3. Batas semaian o Bubuh baja asas dan baja fosforus ke tanah sebelum semaian o Semai kaedah jalur / tabor o Siram dan ubah benih selepas bercambah 1.6.4 Mengubah/memindah semaian
  • 8. Semai di tapak semaian • Guna sudip dan pastikan akar benih tidak rosak • Ubah/pindah setelah cukup matang • Tanam ikut jarak yang sesuai 1.6.5 Mengekalkan kesegaran Penyegaran tumbuhan boleh dilakukan menggunakan 2 cara iaitu: • 1. bekalan air berterusan sama ada melalui siraman tangan atau penyebar air • 2. perlindungan- menggunakan pelindung jaring plastic hitam/hijau telus air atau sungkupan daun kelapa 1.6.6 Perlindungan semaian Tujuannya ialah bagi mengelakkan panacaran matahari terlalu terik dan timpaan hujan lebat yang boleh menghanyutkan dan merosakkan anak benih. Kaedah sungkupan merupakan kaedah tradisi yang masih digunakan iaitu menggunakan daun kelapa atau rumput menutup permukaan tanah yang telah disemai benih Kaedah moden adalah menggunakan jarring hijau,hitam atau plastic telus cahaya
  • 9. 1.6.7 Penjarangan • Pembuangan anak benih yang tumbuh terlalu rapat dan memindahkan kepada jarak tertentu. • Mengurangkan anak benih berebut baja, cahaya air, dan zat makanan 1.6.8 Memancang Memancang ialah proses membuat sokongan kepada pokok terutama pokok menjalar atau tumbuhan memanjat. Terdapat 3 jenis pancangan iaitu : • 1. Pancang 3 segi • 2. Pancang jenis jarring • 3. Pancang jenis pagar 1.6.9 Kawalan Penyakit dan Serangga Haiwan perosak dan serangga akan membawa pengakit, merosakkan daun dan memakan anak benih. Haiwan perosak • Kutu daun, ulat bulu, teritip,belalang,kumbang, pianggang (mengkerintingkan daun), bari-bari ( warna kuning yang menbuk dan memakan daun), nematola,siput dan koya( debu putih) Jenis racun
  • 10. Racun serangga • Racun rumput Penyakit Sayuran • Melecur - akibat kulat • Reput akar – akibat kulat dan bacteria • Bintik daun – akibat kulat • Kulapuk – akibat kulat • Karat batang- akibat kulat • Pokok terbantut- akibat virus 1.6.9.1 Langkah Mengawal • Sembur racun serangga • Buang siput/ulat bulu • Tabur umpan racun bagi mengawal siput atau tikus • Tanaman giliran • Menjaga kebun dengan bersih 1.6.10 Tanaman giliran • Pusingan Giliran: • I – Tanaman Kekacang • II- Sayuran daun • III- Tanaman berubi • IV- Sayuran berbuah Tujuan tanaman digilirkan ialah supaya dapat mengawal makluk perosak, men yerap zat makanan dengan sekata dan menambah nitrogen dalam tanah terutama jika menanam tanaman kekacang.
  • 11. 1.6.11 Membaja 1.6.11.1 Tujuan Membaja • Membekalkan zat makanan • Membaiki struktur tanah 1.6.11.2 Zat makanan pokok (N.P.K) • N – Nitrogen ( tumbesaran) • P – Phosforus (akar) • K – Kalium ( bunga dan buah) 1.6.11.3 Jenis Baja Terdapat 2 jenis baja iaitu baja organan dan baja organan Baja organan • Sumber asli dari najis haiwand an pokok reput seperti tahi ayam, tahi lembu, rtahi kambing, kompos dan tanah bakar Baja kimia Terdapat 2 jenis baja kimia iaitu baja tunggal dan baja campuran sebatian • Baja tunggal o Baja Nitrogen ( urea 46%, ammonium sulfat 20 % dan ammonium nitrate 33% o Baja Phosforus ( CIRP-Baja asli pra Natal, Fosfat Super)
  • 12. o Baja Kalium ( Kalium klorida 50% dan Kalium sulfat 50%) • Baja Campuran/sebatian o Mengandungi N.P.K ( nitrogen,phosphorus dan kalium) o Nisbah : N -15%, P – 15% , K – 17 % dan Magnesium – 2% Teknik Membaja • Pembajaan asas – dicampur dengan tanah o Membaja sebelum menanam  5 kg baja organan/0.3 kg baja sebatian  Baja fosforus CIRP 50 gram  Kapur 0.5 kg • Pembajaan permukaan o Tabur sekeliling pokok o Tabur setiap 2 minggu o Elak baja terkena pokok o Boleh juga mencampur dengan air nisbah 5 air 1 baja dan sembur Pemungutan Sayuran Sayuran Cara Tanam Jarak Jarak Mula Kutip tanam Tanam hasil (minggu) Antara Antara tumbuhan barisan Peria Semaian terus 45 cm 60 cm 10 -12 minggu Perlu junjungan Petola Semaian terus 45 cm 60cm 8-10 minggu
  • 13. Perlu junjungan Sawi Semai dan 25 cm 30cm 4-6 minggu pindah ke batas Terung Semai di 45 cm 60 cm 10-12 polibeg minggu Dan ubah ke batas Timun Semain terus 45 cm 60 cm 6-8 minggu ke batas Perlu junjuungan Tomato Semai terus 45 cm 50 cm 12-14 ke batas atau minggu polibeg MAKLUMA T
  • 14. TANAMAN PENANAMAN BENDI 1. Nama Tempatan: Bendi, Okra (Hibiscus esculentus) 2. Pendahuluan: Bendi yang dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir. Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak. Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng. Buahnya juga diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam. Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato. Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi 3. Tanah:
  • 15. Bendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik A. Menyedia Kawasan Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm. Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam. Sediakan batas. Gaulkan ke dalam tanah, baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar B. Menanam Tanam biji benih sedalam 2.5sm di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 sm antara pokok. Selepas 2 minggu, cabut satu pokok yang kurang subur. Sebanyak 11 gm biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2 m lebar dan 30 m panjang (Rajah 1). C. Membaja Tabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu. Untuk sehektar memerlukan 1 tan baja. D. Menyiram
  • 16. Siram sekali sehari pada waktu petang. Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah E. Merumput Cabut rumpai jika perlu atau gunakan racun herba. Ikut arahan pada label racun herba tersebut. F. Sungkupan Buat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering atau kepingan plastik hitam bagi mengawal rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan. G. MeSetelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu dipangkas setinggi 40 sm hingga 60 sm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua. Empat hingga lima tunas baru dibiarkan membesar selepas pemangkasan. Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaanmangkas 4. Kawalan Musuh Dan Penyakit: Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buah bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah. Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga seperti Diazinon. Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada daun-daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Benomyl. Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label. 5. Penuaian: Buah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 sm dari pangkal buah. Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah. Penuaian mula dilakukan ketika:
  • 17. i. 50 - 55 hari selepas menanam. ii. 5 - 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebugaan. iii.Buah berukuran 10 - 12 sm panjang, iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya rapuh, senang dipatahkan dan belum berpulur. Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga- bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan. Hasil dikutip setiap 2 hari sekali dan berterusan sehingga 8 minggu. Jumlah hasil dianggarkan 10,000 - 15,000 kg sehektar. 6. Pengendalian Lepas Tuai Buah-buah yang telah dituai dikumpulkan di tempat teduh dan dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang telah dialas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang. Ia hanya boleh disimpan selama 2 - 3 hari sahaja tanpa dibungkus dengan plastik. Sedikit air perlu dipercikkan supaya pengudaraan menjadi lembab. Buah-buah yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 - 8 hari dalam keadaan suhu 24 darjah Celcius - 26 darjah Celcius dan kelembapan bandingan 70 - 75 %. |
  • 18. PENANAMAN KACANG PANJANG 1. Nama Tempatan: Kacang Panjang (Vigna sinensis)
  • 19. 2. Penanaman: • Penyediaan Tanah: Di Ladang Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 sm ke 22 sm ( 6 ke 9 inci) supaya pertumbuhan akar baik. Sediakan batas berukuran 1.2 m (4 kaki) lebar, 25 sm (10 inci) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 60 sm (2 kaki). Gaulkan 50 kg tahi ayam reput ke dalam tanah bagi kawasan 100 meter persegi. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 sm dari permukaan permukaan pasu. • Menanam: Di Ladang
  • 20. Tanam 2 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak 60 sm (2 kaki) antara barisan dan 45 sm (18 inci) antara pokok. Setelah benih bercambah dan membesar, tinggalkan 1 pokok selubang sahaja. Sebanyak 70 g biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 100 meter persegi (1000 kaki persegi). Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Tanam 2 biji benih sedalam 2.5 sm ( 1 inci ). Selepas 2 minggu ditanam, tinggalkan 1 pokok sahaja dalam satu pasu. • Menyedia Junjung: Di Ladang Sokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak pokok meliliti kayu sokongan. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Pastikan anak pokok meliliti kayu sokongan.
  • 21. 3. Penjagaan: • Menyiram air: Siram tanaman di ladang atau dalam pasu pada waktu pagi dan petang setiap hari kecuali hari hujan • Membaja: Di Ladang Gunakan baja kimia NPK Blue Special (12:12:17:2) sebanyak 7 kg bagi setiap 100 m (1000 kaki) persegi. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 7 selepas menanam. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Tabur 1 sudu teh (5 g) baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu. • Merumput:
  • 22. Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai. 4. Kawalan Penyakit Dan Serangga: Untuk kawalan ulat pengorek buah, sembur jika perlu dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1% b.a. Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1% b.a. 5. Memungut Hasil: Di Ladang Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan harga purata antara Rm4.00 - RM6.00/kg. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain Anggaran hasil ialah 0.5 kg/pokok.
  • 23. PENANAMAN KACANG BOTOR 1. Nama Tempatan: Kacang Botor, kacang kelisa (Psophocarpus tetragonolobus D.C. ) 2. Pendahuluan: Kacang botor atau kacang kelisa adalah sejenis sayuran berbuah yang sangat kaya dengan protin dan lemak serta vitamin A & B. Ia dipercayai berasal dari Papua New Guinea dan Asia Tenggara. Pokok kacang botor tumbuh melilit dan memerlukan pancang/kayu junjung untuk memanjat. Ia selalu ditanam sebagai tanaman jangka pendek di kebun sayur atau di tepi- tepi pagar rumah. Buah polong berukuran 15 - 20 sm panjang dan mempunyai 4 sayap yang bergerigis. Biasanya buah digunakan dalam masakan dan juga dimakan mentah sebagai ulam.
  • 24. 3. Tanah: Kacang botor boleh ditanam di berbagai jenis tanah iaitu daripada ringan berpasir hingga kepada tanah lempong serta tanah gambut. Elakkan dari menanam di kawasan yang bertakung air. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan pH5.5-6.0 adalah paling sesuai. 4. Penanaman: A. Menyedia Kawasan Bajak dan gemburkan tanah sedalam 20 - 30 sm untuk memudahkan akar tumbuh dengan baik. Sediakan batas berukuran 1.3 m lebar, 30 sm tinggi dan panjangnya 7.5 m atau mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 30 sm. B. Menanam Kacang botor dibiakkan dengan biji benih. Biji benihnya boleh diambil dari buah-buah yang telah cukup tua yang berwarna perang kehitaman. Gaul biji benih dengan racun kulat, contohnya thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih sebelum menanam. Biji benih boleh ditanam dengan jarak 50 sm antara pokok dan 1 m antara barisan ataupun 60 sm x 60 sm. Tiap-tiap batas mengandungi 2 barisan pokok. Tanam terus biji benih ke batas sebanyak 2 biji selubang, lebih kurang 2.5 sm dalam. Biji benih akan bercambah dalam masa 14 hari. Cabut dan tinggalkan hanya 1 anak benih yang sihat pada setiap lubang. Untuk kawasan seluas 0.4 ha, lebih kurang 7 kg biji benih diperlukan.
  • 25. C. Menyedia Junjung Untuk mendapatkan hasil yang baik, kacang botor perlu diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman dengan menggunakan kayu pancang berukuran 2.0 m - 2.5 m panjang. Condongkan kayu-kayu sokongan yang bertentangan supaya bersilang dan ikat di bahagian atas tempat bertemu untuk mendapatkan sokongan yang kuat. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap tempat persilangan. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan. Cara ini sesuai untuk kawasan penanaman yang kecil. (Rajah 1) Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis. Pacakkan sebatang kayu/tiang-tiang beruti yang berukuran lebih kurang 2.5 m panjang dan bergaris pusat 8 - 10 sm di bahagian tengah kedua-dua hujung tiap-tiap batas. Pacakkan pula tiang kayu berukuran 0.6 m panjang dan 5 - 6 sm garis pusat di hujung penjuru tiap-tiap batas (Rajah 2). Sambungkan tiang-tiang kayu yang bertentangan antara kedua hujung batas dengan dawai kasar. Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.
  • 26. PENANAMAN CILI PENANAMAN Penyediaan Tanah 1. Di Ladang • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. • Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. • Jarak antara batas - 45 cm.
  • 27. Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi kawasan. 2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain • Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu. • Menyedia Anak Benih 1. Di ladang • Sediakan kotak semaian 45 cm x 22 cm x 10 cm. • Isikan kotak semaian dengan tanah campuran 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. • Semai 5 g biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. • Jarak tanaman - 5 cm x 2 cm • Siram dengan penyiram semburan halus dua kali sehari • Kotak semaian mesti dilindungi daripada matahari dan hujan yang berlebihan. • Ubah anak benih ke ladang 3 - 4 minggu selepas disemai. • Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya. Menanam 1. Di Ladang
  • 28. Anak benih berumur 6 minggu boleh diubah ke batas. • Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. • Jarak tanaman - 90 cm antara pokok x 150 cm antara baris 2. Dalam Pasu atau bekas lain • Semai terus 3 - 4 biji benij ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas menanam. PENJAGAAN Sungkupan 1. Diladang • Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. 2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain • Gunakan rumput-rumput kering. Merumput • Bersihkan batas dariapda rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpau untuk mengawalnya. KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAK Penyakit Kawalan Bintik daun Sembur racun kulat Benomyl Antraknos buah Sembur racun kulat seperti mancozeb
  • 29. Kutu daun Sembur racun serangga seoertu chlorphyrifos atau Imidachloprid Hamama merah Sembur racun seperti dicofol atau malathion Kerekot daun (a) Penyakit ini disebar oleh kutu daun. Oleh dan mozek daun itu kawal kutu daun adalah penting. (b) Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. Layu bakteria Tiada kawalan kimia yang berkesan. Buang dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran yang elok. MEMUNGUT HASIL 1. Di Ladang • Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. • Punggutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. • Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 100 - 200 kg. 2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain • Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.
  • 30. PENANAMAN PETOLA SEGI (Luffa acutangula) PENANAMAN Penyediaan Tanah • Bajak dan gembur tanah sedalam 20 - 30 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar. • Lakukan pengemburan dengan cangkul atau traktor. • Kumpul dan bakar rumput-rumput kering/ sampah sarap sebelum menyediakan batas. PENJAGAAN Membaja
  • 31. Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2 tan / 0.4 ha) digunakan sebagai baja asas. • Baja sebatian seperto NPK - 12:12:17:2 juga diperlukan. • Program pembajaan Masa Pembajaan Kadar Baja Cara Membaja (kg/0.4 ha) 3 minggu lepas tanam 100 Tabur di keliling pokok 5 minggu lepas tanam 200 Tabur antara pokok 7 minggu lepas tanam 200 Tabur antara pokok Menyiram • Siram dua kali sehari apabila cuaca terlampau panas. Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok • Biar hanya dua dahan utama membesar hingga mengeluarkan buah. • Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada dahan utama hendaklah dibuang. Ini bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang banyak dan pembentukan buah yang lebih besar. • Pokok-pokok juga elok digalakkan memanjat dan menjalar di atas para. • Buah muda terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya tergantung dan pembesarannya tidak terganggu. Membalut buah • Boleh dibuat apabila pokok mula berbuah. • Buah-buah yang sedang membesar boleh dibalut dengan beg-beg kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah. MEMUNGUT HASIL • Petola boleh dipetik apabila berumur lebih kurang 45 hari. Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali. Petik
  • 32. buah setiap hari iaitu waktu pagi dengan menggunakan pisau yang tajam. Petik buah yang masih lembut dan belum bersabut. Tempoh umur pokok petola - 105 - 110 hari. PENANAMAN TERUNG
  • 33. PENYEDIAAN TANAH 1. Di Ladang • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. • Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 22 - 30 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. • Jarak antara batas - 45 cm. • Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi kawasan. 2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain • Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. • Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu. MENYEDIA ANAK BENIH • Sediakan kotak semaian berukuran 45 cm panjang, 22 cm lebar dan 10 cm tinggi.
  • 34. Isikan kotak semaian dengan tanah campurah 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. • Semai 3 biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapirsan nipis tanah. • Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm dan 2 cm antara biji benih. • Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. • Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. • Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai. • Sebelum diubah ke ladang, dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya. MENANAM 1. Di Ladang • Anak benih berumur 3 - 4 minggu boleh diubah terus ke batas. • Basahkan kotak semaian sebelum mencabut supaya anak benih senang digali. • Gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas. • Jarak tanaman ialah 90 cm x 60 cm 2. Dalam Pasu atau bekas lain • Tanam terus 3 - 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 - 5 cm. • Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam. PENJAGAAN Menyiram
  • 35. Siram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hujan. Membaja 1. Di Ladang • Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 g sepokok setiap dua minggu. 2. Dalam Pasu dan bekas lain • Tabur 1 sudu teh atau 5 g baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu. Sungkupan 1. Di Ladang Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. 2. Dalam Pasu dan bekas lain Gunakan rumput-rumput kering. Merumput Bersihkan batas-batas daripada rumpai dengan tangan, cangkul atau tajak. Cabut rumpai yang tumbuh dalam pasu. Menyedia Sokongan 1. Di Ladang • Satu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1½ meter dipacak berdekatan tiap-tiap pokok. Dahan-dahan pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah. 2. Dalam Pasu dan bekas lain
  • 36. Cara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan sokongan di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1.2 m panjang. KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT • Sembur racun seranggan carbaryl (Sevin) pada kadar 1 sudu besar (10 g) dengan segelen air untuk mengawal ulat lipat daun, kumbang daun dan pengorek buah. • Gunakan racun kulat maneb (seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 g segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomyl seperti Benlate pada kadar 1 sudu teh atau 3 g segelen air untuk mengawal bintik daun. MEMUNGUT HASIL 1. Di Ladang • Terung boleh dipetik 6 minggu selepas diubah ke ladang. • Punggutan hasil dibuat setiap 4 hari. • Anggaran hasil dari kawasan 50 m persegi ialah 75 - 125 kg dengan harga purata 60 sen sekilo, pendapatan kasar adalah RM45 hingga RM75. 2. Dalam Pasu atau Bekas-bekas lain • Mulalah memetik buah 10 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 1 kg sepokok.
  • 37. PENANAMAN TIMUN PENANAMAN Penyediaan Tanah 1. Di Ladang • Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm. • Sediakan batas berukuran 1.2 lebar dan 25 cm tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. • Jarak antara batas - 30cm. • Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 50 kg bagi 100 meter persegi kawasan. 2. Dalam Pasu dan Bekas-bekas lain • Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. • Isikan pasu dengan tanah campuran sehingga 5 cm dari permukaan pasu. Menanam 1. Di ladang • Semai terus 2 biji benih selubang se dalam 2.5 cm.
  • 38. Jarak tanaman - 60 cm x 60 cm • 15 g biji benih bagi kawasan seluas 100 meter persegi • Penjarangan dilakukan 10 hari selepas menanam, tinggalkan sepokok selubang. 2. Dalam Pasu dan bekas-bekas lain • Semai terus 2 biji benih dalam pasu sedalam 2.5 cm. • Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam. PENJAGAAN Sungkupan 1. Di Ladang • Rumput kering, jerami padi atau lalang boleh diletakkan di atasnya sebagai sungkupan. 2. Dalam Pasu atau bekas lain • Gunakan rumput kering sebagai sungkupan. Menyedia Junjung 1. Di Ladang • Kayu junjung dibuat daripada kayu hutan atau buluh berukuran 2 m pancang dipacak berhampiran dengan anak benih dan dicondongkan supaya bertentangan dan bertemu di atas. • Sebatang kayu diletakkan melintang dan diikat untuk mendapatkan sokongan yang kuat. Menyiram Siram dua kali sehari kecuali pada hari hujan.
  • 39. Membaja 1. Di Ladang • Gunakan baja NPK Blue Special 12:12:17:2 sebanyak 10 kg bagi kawasan seluas 100 m persegi • Baja dibahagikan kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 6 selepas menanam. 2. Dalam Pasu dan Bekas lain • Tabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special sepasu setiap minggu. Merumput • Kawal rumput sepanjang masa. KAWALAN SERANGGAN DAN PENYAKIT Penyakit / Perosak Kawalan Kumbang daun Sembur racun kulat Carbaryl dengan kadar 0.1% bahan aktif (b.a) Kutu daun Sembur racun serangga seperti malathion dengan kadar 0.1% bahan aktif Kulapuk berdebu/ Semburan benomyl dengan kadar 0.025% Kulapok downy b.a. MEMUNGUT HASIL 1. Di Ladang • Timun boleh dipetik 7-8 minggu selepas diubah ke ladang. • Buah dipetik apabila buah mencapai panjang lebih kurang 15 hingga 20 cm. • Kutipan hasil dibuat 2 hari sekali selama satu bulan.
  • 40. Hasil dianggar 200 kg hingga 300 kg bagi 100 meter persegi kawasan. • Pendapatan kasar RM200 - RM300 dengan harga purata RM1.00/kg.
  • 41. | Atas | Sumber: Panduan Menanam Timun, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia
  • 42. TERUNG (Solanum melongena) - varieti baru
  • 43. ARC-BJ-105 merupakan varieti yang telah diuji sepenuhnya resistan dengan layu bakteria (Pseudomonas solanacearum). Lebih daripada 10 pusingan tanaman, varieti ini mengeluarkan hasil tinggi dan saiz buah yang berkualiti untuk dimakan. Terung ARC-BJ-105 merupakan varieti yang dicadangkan untuk penanaman. Terung merupakan salah satu sayuran buah yang digemari oleh penduduk Malaysia. Buahnya boleh dikukus, direbus, digoreng atau dipanggang. Banyak varieti terung terdapat di pasaran. Ada yang berbentuk panjang berwarna ungu, panjang berwarna putih, berbentuk bulat berwarna ungu gelap dan bulat berwarna putih. Biasanya, buah yang pankang mempunyai biji benih yang sedikit berbanding dengan yang berbentuk bulat. Layu bakteria merupakan penyakit serius dan sebagai penghalang utama dalam penanaman terung. Varieti berhasil baik yang resistan kepada penyakit ini merupakan perkara utama bagi penanam sayur ini. Bagi membantu petani, Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan Pertanian Semongok telah menjalankan projek untuk memilih, menulen, menguji dan mencadangkan varieti yang sesuai ditanam di bawah kondisi tempatan. Variety ARC-BJ-105 merupakan hasil daripada kajian ini. Terung Varieti ARC-BJ-105 >> ARC-BJ-105 yang menarik Ciri-ciri utama varieti ini adalah seperti berikut: Ciri-ciri tanaman: Ketinggian 133 cm
  • 44. PENANAMAN KACANG BUNCIS 1. Nama Tempatan: Kacang Buncis (Phaseolus vulgaris ) 2. Pendahuluan: Kacang buncis merupakan sejenis sayuran kekacang yang berbuah dan sangat kaya dengan kandungan protin. Ia dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Pokok kacang buncis bertabiat tumbuh melilit, mempunyai akar tunjang dan sisi yang panjang dan memerlukan pancang untuk memanjat. 3. Jenis: Terdapat 2 jenis yang ditanam iaitu jenis rimbun dan memanjat. Jenis yang biasa ditanam di negara ini ialah jenis memanjat di mana terdapat 2 varieti yang dipilih oleh MARDI iaitu: a. MBK 1 - Berbiji hitam, berbatang keperangan dan berbunga ungu. Jenis ini biasa ditanam dan disyorkan oleh MARDI. b. MBK 2 - Berbiji kemerahan, berbatang kehijauan dan berbunga putih. Jenis ini ditanam terutama di kawasan Utara dan Melaka. 4. Tanah: Kacang buncis boleh ditanam pada berbagai jenis tanah daripada pasir peroi hingga kepada tanah liat. Tanah yang gembur, subur, baik salirannya dan pH 5.5 - 6.8 adalah paling sesuai untuk penanamannya. 3. Penanaman:
  • 45. A. Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 - 22 sm Menyedia untuk pertumbuhan akar yang baik. Sediakan batas Kawasan berukuran 1.2 m lebar, 0.3 m tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 0.6 m. B. Tanam 4 biji benih selubang dalam 2 barisan dengan Menanam jarak 0.6 m antara baris dan 0.5 m antara pokok. Setelah anah benih bercambah dan membesar, tinggalkan 2 pokok selubang sahaja. Sebanyak 9.5 kg biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 0.4 ha. C. Untuk mendapatkan hasil yang tinggi, kacang buncis Menyedia perlu diberi junjung. Sokong anak-anak tanaman yang Junjung berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 1.8 m - 2.4 m. Condongkan kayu- kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Kemudian lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak tanaman melilit kayu sokongan. Satu cara lagi untuk menyokong pokok ialah dengan sistem trellis. Sambung 2 tiang beruti atau batang kayu yang berhampiran dengan dawai kasar untuk dijadikan junjung. Kemudian gunakan dawai sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara memanjang dan melintang. Gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.
  • 46. Rajah menunjukk an rupa bentuk junjung untuk pokok kacang buncis 4. Penjagaan:
  • 47. A. Siram tanaman pagi dan petang setiap hari kecuali Menyiram hari hujan. B. Gunakan baja asas, baja tahi ayam, sebanyak 7 tan Membaja untuk 0.4 ha. Tabur baja dalam satu parit di tengah batas atau tabur rata-rata di atas batas dan gaulkan dengan tanah. Selain daripada itu, baja kimia NPK 15:15:15 juga boleh digunakan sebanyak 400 kg/0.4 ha. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke-2, 4 dan 6 selepas menanam. C. Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa Merumput untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai. 5. Memungut Hasil: Hasil boleh mula dikutip 7 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum matang iaitu sebelum biji terbunjul. Kutip 2 - 3 hari sekali dalam masa 3 minggu. Hasil purata dianggarkan 4,235 kg bagi 0.4 ha.