SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 16
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
TAJUK 12
Muzik Ensembel Lain – Muzik dan Orkestra Klasik
India
Sinopsis
Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Muzik dan Orkestra Klasik
India.
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan ciri-ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi, harmoni,
irama, tekstur, bentuk, dinamik dan warna ton. (1.2)
2. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang
digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5)
3. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan. (3.2)
4. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk mengaitkan teori dan
pengalaman. (6.3)
Kerangka Tajuk Ini
62
Muzik dan Orkestra
Klasik India
Muzik dan Orkestra
Klasik India
Melodi, Irama dan Bentuk
Melodi, Irama dan Bentuk
Alat-alat Muzik
Alat-alat Muzik
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
12.1 Pengenalan
Seni muzik mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan, agama,
sosial dan kesenian penduduk di negara India, mahupun penduduk berketurunan
India di Malaysia. Pelbagai tradisi muzik rakyat dan muzik popular telah dibawa
ke Malaysia oleh penghijar India sejak beberapa abad yang lalu. Tradisi muzik
klasik yang dibawa ke Malaysia masih dipelihara dan dipersembahkan di istitusi-
institusi swasta di sini yang menaungi pengajaran muzik instrumental dan vokal
klasik India. Antaranya seperti Temple of Fine Arts yang terdapat di Malaysia dan
Singapura. Sehingga kini ia masih dipersempahkan di konsert-konsert muzik,
tarian dan drama India, khususnya di kawasan bandar di Malaysia. walaupun
muzik klasik India telah wujud dan dipersembahkan di Malaysia selama
beberapa abad, tradisi muzik ini masih mengekalkan ciri-ciri muzik India yang
tidak tercemar dengan tradisi muzik lain.
Muzik rakyat wujud di India pada zaman perabadan Lembah Indus pada
kira-kira tahun 2000 sebelum Masihi. Ia bermula dengan canta-canta yang
dikenali sebagai Rig Veda dan dipersembahkan di kuil-kuil Hindu. Muzik vokal
Vedik ini termasuklah canta dan lagu suci. Canta-canta dan lagu suci ini
melibatkan masyarakat dari tiga kasta tertinggi dalam agama Hindu manakala
kasta Hindu keempat, iaitu kasta sudra mempelajari mitologi Hindu dan agama
63
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
melalui mitos Ramayana dan Mahabharata serta cerita-cerita Purana. cerita dan
mitos ini dinyanyikan oleh penyair (bard) yang berjalan dari kampung ke
kampung atau dipersembahkan di pentas.
Akibat tradisi cerita dan mitos yang dipentaskan, sebuah manual bagi seni
persembahan ditulis antara abad kedua sebelum Masihi dan abad kelima Masihi.
Naskah berjodol Natyasastra ini dikarang oleh Bharata dan ia umpama sebuah
manual bagi mementaskan cerita yang melibatkan muzik, tarian dan drama.
Hampir semua konsep dan istilah muzik klasik India diterangkan dalam naskah
ini termasuk konsep pic, sruti, jeda, skel, mod, melodi, raga, irama, tala dan lain-
lain.
Secara asasnya, muzik tradisi India boleh dibahagikan kepada dua iaitu,
muzik Hindustani yang berkembang di istana-istana Mogol di utara India pada
zaman dahulu; dan muzik Karnatak di bahagian selatan India yang masih
mengekalkan pengaruh Hindunya. walaupun kedua-dua gaya muzik ini berasal
daripada prinsip-prinsip teori yang sama, tetapi kedua-duanya memaparkan
bentuk, raga, tala dan alat muzik yang berbeza.
12.2 Alat-alat Muzik
12.2.1 Muzik Karnatak
• Melodi utama biasanya dihasilkan oleh suara penyanyi dalam
karya tertentu. Namun ia boleh digantikan dengan alat muzik lain
seperti vina, venu, nagasvaram, violin atau gottuvadyam.
• Melodi kedua biasanya dihasilkan oleh alat violin (kecuali apabila
nagasvaram menghasilkan melodi utama).
• Rentak dihasilkan oleh alat-alat daripada dua kategori iaitu
mridangam atau tavil daripada keluarga membranofon; dan alat
daripada keluarga idiofon seperti kanjira, ghatam dan morsing.
• Harmoni secara dron dihasilkan oleh alat tambura, ottu atau kotak
sruti.
64
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
12.2.2 Muzik Hindustani
• Melodi utama biasanya dihasilkan oleh suara penyanyi, sitar,
surbahar, sarangi, bamsri, shahnai, violin dan kadangkala alat
sarod.
• Melodi kedua dihasilkan oleh alat sarangi, harmonium atau
surmandal digunakan.
• Rentak dihasilkan oleh alat-alat genderang daripada keluarga
membranofon iaitu tabla/baya.
• Harmoni secara dron dihasilkan oleh alat tambura, sur peti atau
sur.
65
Pemain vina (kiri) dan nagasvaram (kanan) dengan alat muzik masing-masing
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
66
Pemain mridangam (kiri), alat muzik tavil (tengah) dan kanjira
Pemain tambura dan alat sur peti
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi
Kordofon
Vina
• Lut yang dipetik
• 7 tali logam, berfret
• Alat tipikal dalam muzik
Karnatak
Gottuvadyam
• Lut yang dipetik
• 7 tali logam, tanpa fret
• Alat tipikal dalam muzik
Karnatak
Violin
• Alat muzik barat
• Dimainkan menegak
Sitar
• Tujuh tali logam
• Beberapa tali tambahan
yang bergetar
• Mempunyai fret
• Dua tali menghasilkan
melodi, tali lain
membunyikan dron
• Alat tradisi Hindustani
Sarod
• Empat hingga lima tali
logam
• Beberapa tali tambahan
yang bergetar
• Tidak mempunyai fret
• Alat tradisi Hindustani
67
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi
Kordofon
Sarangi
• Alat lut yang digesek
• Mempunyai tiga hingga
empat tali serta
beberapa tali tambahan
• Alat tradisi Hindustani
Tambura
• Alat lut yang dipetik
• Berperanan
membunyikan dron
• Digunakan dalam muzik
Karnatak dan Hindustani
Surmandal
• Alat ziter yang
digunakan oleh penyanyi
Hindustani
• Berbentuk papan
manakala tali-tali dipetik
dengan jari
68
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi
Erofon
Bamsri, Venu
• Alat flut yang
menghasilkan melodi
utama dalam lagu
Karnatak dan Hindustani
• Bamsri – alat flut
Hindustani, mempunyai
tiub yang agak panjang
• Venu – alat flut Karnatak
dengan tiub yang lebih
pendek
Nagasvaram
• Dikenali Shehnai di
Utara India
• Alat paip berlidah, 72
sentimeter panjang,
berbentuk kon, dua
lapisan pelidah
• Juga dimainkan bagi
mengiringi perarakan di
kuil-kuil Hindu
Ottu
• Membunyikan dron bagi
mengiringi Nagasvaram
• Ditiup secara teknik
’circulate breathing’
supaya pic dron tidak
berhenti sehingga tamat
lagu
Shehnai
• Panjang 40 sentimeter
berbentuk kon
• Mempunyai 7 lubang jari
• Juga ditiup secara teknik
’circulate breathing’
• Terdapat dalam muzik
Hindustani
69
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi
Erofon
Sur peti
• Sejenis harmonium
dengan belos yang
dipam dengan tangan
• Menghasilkan dron
serentak dengan
shehnai
Harmonium
• Alat erofon dengan rid-
rid bergetar secara
bebas
• Organ daripada muzik
Barat
• Digunakan dalam
ensembel muzik
Hindustani
70
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi
Membranofon
Mridangam
• Sejenis dram dalam
muzik Karnatak
• Berbentuk tong panjang
2 muka kulit
• Muka kulit diperbuat
daripada lapisan kulit
lembu, kambing dan
lapisan pes gandum
• Ditiunkan mengikut
register tertentu
Tavil
• Sejenis dram dalam
muzik Karnatak
• Berbentuk tong panjang
2 muka kulit
• Muka kulit tidak ditiun
• Satu muka kulit dipukul
dengan tangan
manakala satu lagi
dipukul dengan pemukul
kayu
Tabla/Baya
• Sepasang dram kecil
satu muka kulit
• Tabla berbaluh kayu
dimainkan dengan
tangan kanan
• Baya berbaluh logam,
ditiun satu oktaf lebih
rendah daripada tabla,
dimainkan dengan
tangan kiri
• Alat genderang utama di
utara India (Hindustani)
Naghara
• Sepasang dram
berbentuk kendi
• Satu muka kulit, dipukul
dengan pemukul kayu
• Mengiringi muzik
shehnai dalam tradisi
muzik Hindustani
71
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi
Idiofon
Kanjira
• Tamborin yang
mempunyai piring logam
kecil dan dipukul dengan
tangan
• Menghasilkan rentak
• Alat tambahan dalam
ensembel Karnatak
Ghatam
• Periuk tanah liat yang
dipukul dengan
pergelangan tangan, jari
dan kuku jari
• Menghasilkan rentak
pelbagai timbre
• Alat tambahan dalam
ensembel Karnatak
72
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
12.3 Muzik Klasik India
Ahli muzikologi India telah menulis bahawa muzik klasik India bertumpu
kepada melodi dan irama. Harmoni fungsian (functional harmony) dan nada
(key) tidak diberi perhatian. Karya-karya klasik diimprovisasikan dan konsep
raga/rag dan tala/tal merupakan asas bagi improvisasi itu.
12.4 Melodi
Melodi dalam muzik India berasaskan rag (tradisi Hindustani) atau raga
(tradisi Karnatak). Rag/raga berasaskan skel heptatonik dan mempunyai
beberapa ciri yang penting. Rag/raga terdiri daripada beberapa pic yang berturut-
turut seakan-akan skel dengan corak menaik yang tertentu dan corak menurun
tertentu yang biasanya berbeza daripada corak menaik tadi (lihat contoh a).
konsep vadi dan samvadi dalam rag/raga merujuk kepada pic yang terpenting
(vadi) dan pic berlainan yang kedua pentingnya (samvadi), dan semua rag
mempunyai nama tertentu. Contoh di bawah adalah 2 buah rag Hindustani.
Rag Bimpalasi (waktu petang)
Rag Sindhi-Bhairavi (waktu pagi)
Daripada The sounds of India, Ravi Shankar, sitar (An Introduction to Indian
Music). Album CBS CS 9296.
73
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Setiap rag/raga mengutamakan motif melodik tertentu dan bunga atau
perhiasan melodik (gamaka) tertentu yang dimainkan pada pic tertentu (lihat rag
Sindhi-Bhairavi, corak menaik dalam contoh 2). Akan tetapi, dalam pic sa dan pa
daripada ibu skel rag/raga tertentu tidak pernah dibungakan. Setiap rag/raga
juga mempunyai ’rasa’ atau sentimen serta bhava atau emosi tertentu.
kemungkinan ada sembilan sentimen dan emosi seperti sentimen dan bhava
lucu/ketawa, radang/marah, berani/kuasa, dahsyat/takut, tenang/diam dan lain-
lain lagi. Setiap rag/raga juga dihubung kait dengan jantina dan waktu hari dan
malam seperti yang ditentukan dalam contoh 2 di atas.
12.5 Irama
Tal (muzik Hindustani) atau tala (muzik Karnatak) merujuk kepada ’ukuran
masa’ dan irama dalam muzik klasik India. Tal/tala merupakan pusingan dalam
masa yang mengandungi bilangan bit tertentu. Sebuah tal/tala tertentu diulangi
pada keseluruhan lagu dan merupakan asas untuk menyusun masa dalam lagu
itu. Beberapa konsep yang berhubung kait dengan tal/tala termasuklah: akshara,
iaitu unit masa yang terkecil seperti bit dalam muzik atau sukukata dalam puisi;
anga yang merupakan bahagian tertentu dalam tala daaripada 1 hingga 9 bit
panjang; dan matra, iaitu satu unit metrik dalam tala yang biasanya terdiri
daripada 4 akshara.
Dalam tradisi muzik Karnatak jangka masa tala tertentu dan peraturan bit-
bit dengan tekanan yang kuat dan lemah disusun dan menyebabkan sistem
klasifikasi tala sangat kompleks. Kumpulan tala utama dikenali sebagai suladi
tala yang mengandungi 35 buah tala sepenuhnya. Peraturan tekanan yang kuat
dan lemah dalam setiap tala menonjolkan jenis irama yang aditif. Sebuah tala
yang paling digemari dalam muzik Karnatak dinamakan Aditala yang mempunyai
8 bit. Dalam Aditala 8 bit dibahagi kepada tiga anga, iaitu anga 4-bit dengan
tekanan yang kuat pada bit pertama, anga 2-bit dan anga 2-bit lagi dengan
tekanan yang kuat pada bit pertama setiap anga itu. Aditala ini ditunjukkan dalam
contoh 3a.
74
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Walaupun kumpulan suladi tala mengandungi tala yang panjang hingga
29 bit, ada juga beberapa tala yang tertua yang terdiri daripada 64 atau 72 bit
dalam sebuah pusingan masa. Tala yang panjang ini jarang dimainkan masa kini
dalam muzik Karnatak.
Contoh 3. Tal/tala dalam muzik klasik India.
a) Aditala (muzik Karnatak)
b) Tintal (muzik Hindustani)
Tempo dalam muzik adalah perlahan (vilambita), sederhana (madhya)
yang lajunya berganda dua tempo perlahan, dan cepat (druta) yang lajunya
berganda dua tempo sederhana.
12.6 Bentuk (Form)
Pada umumnya bentuk (atau form) lagu Karnatak dan Hindustani terdiri
daripada dua bahagian utama:
(i) bahagian alapana (tradisi Karnatak) atau alap (tradisi Hindustani)
merupakan bahagian pertama. Muzik dalam bahagian alapana/alap tidak
menggunakan irama yang bermeter dan biasanya alat dram tidak dimainkan.
Dalam bahagian ini rag/raga tertentu dalam lagu diperkenalkan secara
improvisasi. Pemain mendedahkan rag/raga tertentu secara perlahan dengan
memainkan semua pic dan motif melodik satu demi satu. Pada masa ini irama
75
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
bersifat bebas, iaitu irama tidak bermeter dan tal/tala tidak ada. Bahagian
alapana/alap ini biasanya berkembang secara berperingkat-peringkat menuju ke
bahagian pendek yang dipanggil tanam (tradisi Karnatak) atau jor (tradisi
Hindustani). Dalam bahagian pendek ini pemain mula memainkan bit yang
berturut-turut dalam muzik, tetapi tal/tala masih tidak ada juga. Pada penghujung
alapana/alap kadangkala pemain berhenti sebentar untuk mentiunkan semula
alat muzik.
(ii) bahagian kedua dalam lagu Karnatak dan Hindustani terdiri daripada
komposisi tertentu. Dalam bahagian ini rag/raga dan tal/tala ada dan biasanya
alat dram dimasukkan ke dalam persembahan pada masa ini. Ada pelbagai
bentuk atau form yang boleh digunakan sebagai kritana atau kriti, varnam dan
tillana digemari, manakala bentuk yang sangat panjang, iaitu ragam-tanam-
pallavi kerap kali dimainkan sebagai salah sebuah komposisi utama dalam
program tertentu. Dalam tradisi Hindustani bentuk thumri, khyal dan gat sering
didengar, manakala bentuk vokal dhrupad jarang dipersembahkan pada masa
kini.
Walau bagaimanapun terdapat pemuzik dari Malaysia yang berketurunan
India yang mempersembahkan konsert muzik klasik. Pada masa ini ada juga
pemuzik dan penari yang diundang dari negara India untuk mempersembahkan
muzik dan tarian klasik. Kadang-kala artis-artis India ini mengajar kesenian
mereka kepada pelbagai persatuan swasta kesenian India yang terdapat di
Malaysia dan juga Singapura. Walaupun pelbagai jenis muzik India seperti muzik
klasik, popular, dan muzik filem dipersembahkan di Malaysia khususnya di
kawasan bandar, tradisi muzik ini masih mengekalkan ciri-ciri muzik India yang
tidak dicemari dengan ciri-ciri muzik tempatan.
76
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Bincangkan dalam kumpulan secara OLL
Simpankan hasil perbincangan dalam folio anda.
RUJUKAN
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik,
Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1,
Pulau Pinang: The Asian Centre.
77

Weitere ähnliche Inhalte

Was ist angesagt?

Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Amran Aris
 
DONDANG SAYANG
DONDANG SAYANGDONDANG SAYANG
DONDANG SAYANGAmran Aris
 
S6 modul unit 5 muzik malaysia
S6  modul unit 5 muzik malaysiaS6  modul unit 5 muzik malaysia
S6 modul unit 5 muzik malaysiaJasmine Looi
 
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Kuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 GamelanKuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 GamelanAmran Aris
 
Falsafah kodaly, orff & dalcroze
Falsafah kodaly, orff & dalcrozeFalsafah kodaly, orff & dalcroze
Falsafah kodaly, orff & dalcrozeAlice Chan
 
Ciri ciri muzik z. renaissance
Ciri ciri muzik z. renaissanceCiri ciri muzik z. renaissance
Ciri ciri muzik z. renaissanceAlva Samjun
 
Nyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyianNyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyianhaziqkamu
 
Minggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi MuzikMinggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi MuzikAmran Aris
 
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat MelayuSeni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat MelayuLim Yi Heng
 
Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak
Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar SarawakMuzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak
Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar SarawakWan Mazni W.A.H
 
Caklempong power point
Caklempong power pointCaklempong power point
Caklempong power pointGladysWN
 
Muzik Malaysia - DIkir Barat
Muzik Malaysia - DIkir BaratMuzik Malaysia - DIkir Barat
Muzik Malaysia - DIkir BaratStacey Rakey
 
Dondang sayang
Dondang sayangDondang sayang
Dondang sayangAmran Aris
 

Was ist angesagt? (20)

Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
 
DONDANG SAYANG
DONDANG SAYANGDONDANG SAYANG
DONDANG SAYANG
 
S6 modul unit 5 muzik malaysia
S6  modul unit 5 muzik malaysiaS6  modul unit 5 muzik malaysia
S6 modul unit 5 muzik malaysia
 
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
Membandingbeza prinsip Kaedah Kodaly, Pendekatan Orff dan Dalcroze dalam pend...
 
MAK YONG
MAK YONGMAK YONG
MAK YONG
 
Kuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 GamelanKuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 Gamelan
 
Falsafah kodaly, orff & dalcroze
Falsafah kodaly, orff & dalcrozeFalsafah kodaly, orff & dalcroze
Falsafah kodaly, orff & dalcroze
 
Ciri ciri muzik z. renaissance
Ciri ciri muzik z. renaissanceCiri ciri muzik z. renaissance
Ciri ciri muzik z. renaissance
 
Dikir Barat
Dikir BaratDikir Barat
Dikir Barat
 
Nyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyianNyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyian
 
Minggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi MuzikMinggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi Muzik
 
Teknik Bermain Rekoder
Teknik Bermain RekoderTeknik Bermain Rekoder
Teknik Bermain Rekoder
 
WAYANG KULIT
WAYANG KULITWAYANG KULIT
WAYANG KULIT
 
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat MelayuSeni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
 
Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak
Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar SarawakMuzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak
Muzik KBSM Ting.2_Gong Besar Sarawak
 
Caklempong power point
Caklempong power pointCaklempong power point
Caklempong power point
 
Muzik Malaysia - DIkir Barat
Muzik Malaysia - DIkir BaratMuzik Malaysia - DIkir Barat
Muzik Malaysia - DIkir Barat
 
Kaedah kodaly
Kaedah kodalyKaedah kodaly
Kaedah kodaly
 
DIKIR BARAT
DIKIR BARATDIKIR BARAT
DIKIR BARAT
 
Dondang sayang
Dondang sayangDondang sayang
Dondang sayang
 

Andere mochten auch

Andere mochten auch (20)

Amjad khan original resume
Amjad khan original resumeAmjad khan original resume
Amjad khan original resume
 
My presentation
My presentationMy presentation
My presentation
 
THE FUTURE OF SENSOR NETWORKS
THE FUTURE OF SENSOR NETWORKSTHE FUTURE OF SENSOR NETWORKS
THE FUTURE OF SENSOR NETWORKS
 
Profitmaxi
ProfitmaxiProfitmaxi
Profitmaxi
 
Tukuh Reti
Tukuh RetiTukuh Reti
Tukuh Reti
 
IsaacCV-2
IsaacCV-2IsaacCV-2
IsaacCV-2
 
Taller nu 4
Taller nu 4Taller nu 4
Taller nu 4
 
Presentación de la nube internet
Presentación de la nube internetPresentación de la nube internet
Presentación de la nube internet
 
RiccardBelletti_Portfolio
RiccardBelletti_PortfolioRiccardBelletti_Portfolio
RiccardBelletti_Portfolio
 
Manual pbs ekonomi 2016
Manual pbs ekonomi  2016Manual pbs ekonomi  2016
Manual pbs ekonomi 2016
 
"Πάμε θέατρο;", Project Α' Λυκείου
"Πάμε θέατρο;", Project Α' Λυκείου"Πάμε θέατρο;", Project Α' Λυκείου
"Πάμε θέατρο;", Project Α' Λυκείου
 
Plantilla formar palabras
Plantilla formar palabrasPlantilla formar palabras
Plantilla formar palabras
 
TARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAUTARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAU
 
Nuestro libro de letras
Nuestro libro de letrasNuestro libro de letras
Nuestro libro de letras
 
Teater Bangsawan
Teater Bangsawan  Teater Bangsawan
Teater Bangsawan
 
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-editedManual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
Manual kerja kursus Geografi 942 4 2016-edited
 
2.5 keagresifan dalam sukan
2.5 keagresifan dalam sukan 2.5 keagresifan dalam sukan
2.5 keagresifan dalam sukan
 
Proyecto edad media
Proyecto edad mediaProyecto edad media
Proyecto edad media
 
Portfólio Planejamento Camila Pozza
Portfólio Planejamento Camila PozzaPortfólio Planejamento Camila Pozza
Portfólio Planejamento Camila Pozza
 
Vocabulario palabras secretas
Vocabulario palabras secretasVocabulario palabras secretas
Vocabulario palabras secretas
 

Ähnlich wie Orkestra Klasik India

Muzik KBSM Ting.5_Muzik Karnatak
Muzik KBSM Ting.5_Muzik Karnatak Muzik KBSM Ting.5_Muzik Karnatak
Muzik KBSM Ting.5_Muzik Karnatak Wan Mazni W.A.H
 
Orkestra Cina Moden
Orkestra Cina ModenOrkestra Cina Moden
Orkestra Cina ModenAmran Aris
 
Alat muzik tradisional
Alat muzik tradisionalAlat muzik tradisional
Alat muzik tradisional@f!Q@H @F!N@
 
2 seni tari dan muzik
2   seni tari dan muzik2   seni tari dan muzik
2 seni tari dan muzikBazlina Ali
 
Seni nyanyian dondang sayang di melaka
Seni nyanyian dondang sayang di melakaSeni nyanyian dondang sayang di melaka
Seni nyanyian dondang sayang di melakaSyarifah Sakinah
 

Ähnlich wie Orkestra Klasik India (9)

TARIAN NGAJAT
TARIAN NGAJATTARIAN NGAJAT
TARIAN NGAJAT
 
Muzik KBSM Ting.5_Muzik Karnatak
Muzik KBSM Ting.5_Muzik Karnatak Muzik KBSM Ting.5_Muzik Karnatak
Muzik KBSM Ting.5_Muzik Karnatak
 
Ilayaraja
Ilayaraja Ilayaraja
Ilayaraja
 
Orkestra Cina Moden
Orkestra Cina ModenOrkestra Cina Moden
Orkestra Cina Moden
 
Alat muzik tradisional
Alat muzik tradisionalAlat muzik tradisional
Alat muzik tradisional
 
Btk kesenian
Btk kesenianBtk kesenian
Btk kesenian
 
MENORA
MENORAMENORA
MENORA
 
2 seni tari dan muzik
2   seni tari dan muzik2   seni tari dan muzik
2 seni tari dan muzik
 
Seni nyanyian dondang sayang di melaka
Seni nyanyian dondang sayang di melakaSeni nyanyian dondang sayang di melaka
Seni nyanyian dondang sayang di melaka
 

Mehr von Amran Aris

Modul keyboard kuim
Modul keyboard kuim Modul keyboard kuim
Modul keyboard kuim Amran Aris
 
MODUL DIDIK HIBUR
MODUL DIDIK HIBURMODUL DIDIK HIBUR
MODUL DIDIK HIBURAmran Aris
 
Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Amran Aris
 
Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Amran Aris
 
Kemahiran Asas kibod
Kemahiran Asas kibodKemahiran Asas kibod
Kemahiran Asas kibodAmran Aris
 
Kemahiran kibod
Kemahiran kibodKemahiran kibod
Kemahiran kibodAmran Aris
 
KULIAH 2, PRM3043
KULIAH 2, PRM3043KULIAH 2, PRM3043
KULIAH 2, PRM3043Amran Aris
 
KULIAH 1, PRM3043
KULIAH 1, PRM3043KULIAH 1, PRM3043
KULIAH 1, PRM3043Amran Aris
 
Warisan mak yong
Warisan mak yongWarisan mak yong
Warisan mak yongAmran Aris
 
Cara mendaftar aplikasi schoology
Cara mendaftar aplikasi schoologyCara mendaftar aplikasi schoology
Cara mendaftar aplikasi schoologyAmran Aris
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 

Mehr von Amran Aris (16)

Modul keyboard kuim
Modul keyboard kuim Modul keyboard kuim
Modul keyboard kuim
 
MODUL DIDIK HIBUR
MODUL DIDIK HIBURMODUL DIDIK HIBUR
MODUL DIDIK HIBUR
 
Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1
 
Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1
 
Kemahiran Asas kibod
Kemahiran Asas kibodKemahiran Asas kibod
Kemahiran Asas kibod
 
Kemahiran kibod
Kemahiran kibodKemahiran kibod
Kemahiran kibod
 
KULIAH 2, PRM3043
KULIAH 2, PRM3043KULIAH 2, PRM3043
KULIAH 2, PRM3043
 
KULIAH 1, PRM3043
KULIAH 1, PRM3043KULIAH 1, PRM3043
KULIAH 1, PRM3043
 
Tarian Ngajat
Tarian NgajatTarian Ngajat
Tarian Ngajat
 
Mak yong riau
Mak yong riauMak yong riau
Mak yong riau
 
Warisan mak yong
Warisan mak yongWarisan mak yong
Warisan mak yong
 
MAKYONG
MAKYONGMAKYONG
MAKYONG
 
WAYANG KULIT
WAYANG KULITWAYANG KULIT
WAYANG KULIT
 
Cara mendaftar aplikasi schoology
Cara mendaftar aplikasi schoologyCara mendaftar aplikasi schoology
Cara mendaftar aplikasi schoology
 
GAMELAN
GAMELANGAMELAN
GAMELAN
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 

Orkestra Klasik India

  • 1. MZU3117 MUZIK MALAYSIA TAJUK 12 Muzik Ensembel Lain – Muzik dan Orkestra Klasik India Sinopsis Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Muzik dan Orkestra Klasik India. Hasil Pembelajaran 1. Menghuraikan ciri-ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi, harmoni, irama, tekstur, bentuk, dinamik dan warna ton. (1.2) 2. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5) 3. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan. (3.2) 4. Mensintesis maklumat daripada pelbagai sumber untuk mengaitkan teori dan pengalaman. (6.3) Kerangka Tajuk Ini 62 Muzik dan Orkestra Klasik India Muzik dan Orkestra Klasik India Melodi, Irama dan Bentuk Melodi, Irama dan Bentuk Alat-alat Muzik Alat-alat Muzik
  • 2. MZU3117 MUZIK MALAYSIA 12.1 Pengenalan Seni muzik mempunyai peranan yang penting dalam kehidupan, agama, sosial dan kesenian penduduk di negara India, mahupun penduduk berketurunan India di Malaysia. Pelbagai tradisi muzik rakyat dan muzik popular telah dibawa ke Malaysia oleh penghijar India sejak beberapa abad yang lalu. Tradisi muzik klasik yang dibawa ke Malaysia masih dipelihara dan dipersembahkan di istitusi- institusi swasta di sini yang menaungi pengajaran muzik instrumental dan vokal klasik India. Antaranya seperti Temple of Fine Arts yang terdapat di Malaysia dan Singapura. Sehingga kini ia masih dipersempahkan di konsert-konsert muzik, tarian dan drama India, khususnya di kawasan bandar di Malaysia. walaupun muzik klasik India telah wujud dan dipersembahkan di Malaysia selama beberapa abad, tradisi muzik ini masih mengekalkan ciri-ciri muzik India yang tidak tercemar dengan tradisi muzik lain. Muzik rakyat wujud di India pada zaman perabadan Lembah Indus pada kira-kira tahun 2000 sebelum Masihi. Ia bermula dengan canta-canta yang dikenali sebagai Rig Veda dan dipersembahkan di kuil-kuil Hindu. Muzik vokal Vedik ini termasuklah canta dan lagu suci. Canta-canta dan lagu suci ini melibatkan masyarakat dari tiga kasta tertinggi dalam agama Hindu manakala kasta Hindu keempat, iaitu kasta sudra mempelajari mitologi Hindu dan agama 63
  • 3. MZU3117 MUZIK MALAYSIA melalui mitos Ramayana dan Mahabharata serta cerita-cerita Purana. cerita dan mitos ini dinyanyikan oleh penyair (bard) yang berjalan dari kampung ke kampung atau dipersembahkan di pentas. Akibat tradisi cerita dan mitos yang dipentaskan, sebuah manual bagi seni persembahan ditulis antara abad kedua sebelum Masihi dan abad kelima Masihi. Naskah berjodol Natyasastra ini dikarang oleh Bharata dan ia umpama sebuah manual bagi mementaskan cerita yang melibatkan muzik, tarian dan drama. Hampir semua konsep dan istilah muzik klasik India diterangkan dalam naskah ini termasuk konsep pic, sruti, jeda, skel, mod, melodi, raga, irama, tala dan lain- lain. Secara asasnya, muzik tradisi India boleh dibahagikan kepada dua iaitu, muzik Hindustani yang berkembang di istana-istana Mogol di utara India pada zaman dahulu; dan muzik Karnatak di bahagian selatan India yang masih mengekalkan pengaruh Hindunya. walaupun kedua-dua gaya muzik ini berasal daripada prinsip-prinsip teori yang sama, tetapi kedua-duanya memaparkan bentuk, raga, tala dan alat muzik yang berbeza. 12.2 Alat-alat Muzik 12.2.1 Muzik Karnatak • Melodi utama biasanya dihasilkan oleh suara penyanyi dalam karya tertentu. Namun ia boleh digantikan dengan alat muzik lain seperti vina, venu, nagasvaram, violin atau gottuvadyam. • Melodi kedua biasanya dihasilkan oleh alat violin (kecuali apabila nagasvaram menghasilkan melodi utama). • Rentak dihasilkan oleh alat-alat daripada dua kategori iaitu mridangam atau tavil daripada keluarga membranofon; dan alat daripada keluarga idiofon seperti kanjira, ghatam dan morsing. • Harmoni secara dron dihasilkan oleh alat tambura, ottu atau kotak sruti. 64
  • 4. MZU3117 MUZIK MALAYSIA 12.2.2 Muzik Hindustani • Melodi utama biasanya dihasilkan oleh suara penyanyi, sitar, surbahar, sarangi, bamsri, shahnai, violin dan kadangkala alat sarod. • Melodi kedua dihasilkan oleh alat sarangi, harmonium atau surmandal digunakan. • Rentak dihasilkan oleh alat-alat genderang daripada keluarga membranofon iaitu tabla/baya. • Harmoni secara dron dihasilkan oleh alat tambura, sur peti atau sur. 65 Pemain vina (kiri) dan nagasvaram (kanan) dengan alat muzik masing-masing
  • 5. MZU3117 MUZIK MALAYSIA 66 Pemain mridangam (kiri), alat muzik tavil (tengah) dan kanjira Pemain tambura dan alat sur peti
  • 6. MZU3117 MUZIK MALAYSIA Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi Kordofon Vina • Lut yang dipetik • 7 tali logam, berfret • Alat tipikal dalam muzik Karnatak Gottuvadyam • Lut yang dipetik • 7 tali logam, tanpa fret • Alat tipikal dalam muzik Karnatak Violin • Alat muzik barat • Dimainkan menegak Sitar • Tujuh tali logam • Beberapa tali tambahan yang bergetar • Mempunyai fret • Dua tali menghasilkan melodi, tali lain membunyikan dron • Alat tradisi Hindustani Sarod • Empat hingga lima tali logam • Beberapa tali tambahan yang bergetar • Tidak mempunyai fret • Alat tradisi Hindustani 67
  • 7. MZU3117 MUZIK MALAYSIA Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi Kordofon Sarangi • Alat lut yang digesek • Mempunyai tiga hingga empat tali serta beberapa tali tambahan • Alat tradisi Hindustani Tambura • Alat lut yang dipetik • Berperanan membunyikan dron • Digunakan dalam muzik Karnatak dan Hindustani Surmandal • Alat ziter yang digunakan oleh penyanyi Hindustani • Berbentuk papan manakala tali-tali dipetik dengan jari 68
  • 8. MZU3117 MUZIK MALAYSIA Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi Erofon Bamsri, Venu • Alat flut yang menghasilkan melodi utama dalam lagu Karnatak dan Hindustani • Bamsri – alat flut Hindustani, mempunyai tiub yang agak panjang • Venu – alat flut Karnatak dengan tiub yang lebih pendek Nagasvaram • Dikenali Shehnai di Utara India • Alat paip berlidah, 72 sentimeter panjang, berbentuk kon, dua lapisan pelidah • Juga dimainkan bagi mengiringi perarakan di kuil-kuil Hindu Ottu • Membunyikan dron bagi mengiringi Nagasvaram • Ditiup secara teknik ’circulate breathing’ supaya pic dron tidak berhenti sehingga tamat lagu Shehnai • Panjang 40 sentimeter berbentuk kon • Mempunyai 7 lubang jari • Juga ditiup secara teknik ’circulate breathing’ • Terdapat dalam muzik Hindustani 69
  • 9. MZU3117 MUZIK MALAYSIA Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi Erofon Sur peti • Sejenis harmonium dengan belos yang dipam dengan tangan • Menghasilkan dron serentak dengan shehnai Harmonium • Alat erofon dengan rid- rid bergetar secara bebas • Organ daripada muzik Barat • Digunakan dalam ensembel muzik Hindustani 70
  • 10. MZU3117 MUZIK MALAYSIA Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi Membranofon Mridangam • Sejenis dram dalam muzik Karnatak • Berbentuk tong panjang 2 muka kulit • Muka kulit diperbuat daripada lapisan kulit lembu, kambing dan lapisan pes gandum • Ditiunkan mengikut register tertentu Tavil • Sejenis dram dalam muzik Karnatak • Berbentuk tong panjang 2 muka kulit • Muka kulit tidak ditiun • Satu muka kulit dipukul dengan tangan manakala satu lagi dipukul dengan pemukul kayu Tabla/Baya • Sepasang dram kecil satu muka kulit • Tabla berbaluh kayu dimainkan dengan tangan kanan • Baya berbaluh logam, ditiun satu oktaf lebih rendah daripada tabla, dimainkan dengan tangan kiri • Alat genderang utama di utara India (Hindustani) Naghara • Sepasang dram berbentuk kendi • Satu muka kulit, dipukul dengan pemukul kayu • Mengiringi muzik shehnai dalam tradisi muzik Hindustani 71
  • 11. MZU3117 MUZIK MALAYSIA Keluarga Nama alat Gambar Diskripsi Idiofon Kanjira • Tamborin yang mempunyai piring logam kecil dan dipukul dengan tangan • Menghasilkan rentak • Alat tambahan dalam ensembel Karnatak Ghatam • Periuk tanah liat yang dipukul dengan pergelangan tangan, jari dan kuku jari • Menghasilkan rentak pelbagai timbre • Alat tambahan dalam ensembel Karnatak 72
  • 12. MZU3117 MUZIK MALAYSIA 12.3 Muzik Klasik India Ahli muzikologi India telah menulis bahawa muzik klasik India bertumpu kepada melodi dan irama. Harmoni fungsian (functional harmony) dan nada (key) tidak diberi perhatian. Karya-karya klasik diimprovisasikan dan konsep raga/rag dan tala/tal merupakan asas bagi improvisasi itu. 12.4 Melodi Melodi dalam muzik India berasaskan rag (tradisi Hindustani) atau raga (tradisi Karnatak). Rag/raga berasaskan skel heptatonik dan mempunyai beberapa ciri yang penting. Rag/raga terdiri daripada beberapa pic yang berturut- turut seakan-akan skel dengan corak menaik yang tertentu dan corak menurun tertentu yang biasanya berbeza daripada corak menaik tadi (lihat contoh a). konsep vadi dan samvadi dalam rag/raga merujuk kepada pic yang terpenting (vadi) dan pic berlainan yang kedua pentingnya (samvadi), dan semua rag mempunyai nama tertentu. Contoh di bawah adalah 2 buah rag Hindustani. Rag Bimpalasi (waktu petang) Rag Sindhi-Bhairavi (waktu pagi) Daripada The sounds of India, Ravi Shankar, sitar (An Introduction to Indian Music). Album CBS CS 9296. 73
  • 13. MZU3117 MUZIK MALAYSIA Setiap rag/raga mengutamakan motif melodik tertentu dan bunga atau perhiasan melodik (gamaka) tertentu yang dimainkan pada pic tertentu (lihat rag Sindhi-Bhairavi, corak menaik dalam contoh 2). Akan tetapi, dalam pic sa dan pa daripada ibu skel rag/raga tertentu tidak pernah dibungakan. Setiap rag/raga juga mempunyai ’rasa’ atau sentimen serta bhava atau emosi tertentu. kemungkinan ada sembilan sentimen dan emosi seperti sentimen dan bhava lucu/ketawa, radang/marah, berani/kuasa, dahsyat/takut, tenang/diam dan lain- lain lagi. Setiap rag/raga juga dihubung kait dengan jantina dan waktu hari dan malam seperti yang ditentukan dalam contoh 2 di atas. 12.5 Irama Tal (muzik Hindustani) atau tala (muzik Karnatak) merujuk kepada ’ukuran masa’ dan irama dalam muzik klasik India. Tal/tala merupakan pusingan dalam masa yang mengandungi bilangan bit tertentu. Sebuah tal/tala tertentu diulangi pada keseluruhan lagu dan merupakan asas untuk menyusun masa dalam lagu itu. Beberapa konsep yang berhubung kait dengan tal/tala termasuklah: akshara, iaitu unit masa yang terkecil seperti bit dalam muzik atau sukukata dalam puisi; anga yang merupakan bahagian tertentu dalam tala daaripada 1 hingga 9 bit panjang; dan matra, iaitu satu unit metrik dalam tala yang biasanya terdiri daripada 4 akshara. Dalam tradisi muzik Karnatak jangka masa tala tertentu dan peraturan bit- bit dengan tekanan yang kuat dan lemah disusun dan menyebabkan sistem klasifikasi tala sangat kompleks. Kumpulan tala utama dikenali sebagai suladi tala yang mengandungi 35 buah tala sepenuhnya. Peraturan tekanan yang kuat dan lemah dalam setiap tala menonjolkan jenis irama yang aditif. Sebuah tala yang paling digemari dalam muzik Karnatak dinamakan Aditala yang mempunyai 8 bit. Dalam Aditala 8 bit dibahagi kepada tiga anga, iaitu anga 4-bit dengan tekanan yang kuat pada bit pertama, anga 2-bit dan anga 2-bit lagi dengan tekanan yang kuat pada bit pertama setiap anga itu. Aditala ini ditunjukkan dalam contoh 3a. 74
  • 14. MZU3117 MUZIK MALAYSIA Walaupun kumpulan suladi tala mengandungi tala yang panjang hingga 29 bit, ada juga beberapa tala yang tertua yang terdiri daripada 64 atau 72 bit dalam sebuah pusingan masa. Tala yang panjang ini jarang dimainkan masa kini dalam muzik Karnatak. Contoh 3. Tal/tala dalam muzik klasik India. a) Aditala (muzik Karnatak) b) Tintal (muzik Hindustani) Tempo dalam muzik adalah perlahan (vilambita), sederhana (madhya) yang lajunya berganda dua tempo perlahan, dan cepat (druta) yang lajunya berganda dua tempo sederhana. 12.6 Bentuk (Form) Pada umumnya bentuk (atau form) lagu Karnatak dan Hindustani terdiri daripada dua bahagian utama: (i) bahagian alapana (tradisi Karnatak) atau alap (tradisi Hindustani) merupakan bahagian pertama. Muzik dalam bahagian alapana/alap tidak menggunakan irama yang bermeter dan biasanya alat dram tidak dimainkan. Dalam bahagian ini rag/raga tertentu dalam lagu diperkenalkan secara improvisasi. Pemain mendedahkan rag/raga tertentu secara perlahan dengan memainkan semua pic dan motif melodik satu demi satu. Pada masa ini irama 75
  • 15. MZU3117 MUZIK MALAYSIA bersifat bebas, iaitu irama tidak bermeter dan tal/tala tidak ada. Bahagian alapana/alap ini biasanya berkembang secara berperingkat-peringkat menuju ke bahagian pendek yang dipanggil tanam (tradisi Karnatak) atau jor (tradisi Hindustani). Dalam bahagian pendek ini pemain mula memainkan bit yang berturut-turut dalam muzik, tetapi tal/tala masih tidak ada juga. Pada penghujung alapana/alap kadangkala pemain berhenti sebentar untuk mentiunkan semula alat muzik. (ii) bahagian kedua dalam lagu Karnatak dan Hindustani terdiri daripada komposisi tertentu. Dalam bahagian ini rag/raga dan tal/tala ada dan biasanya alat dram dimasukkan ke dalam persembahan pada masa ini. Ada pelbagai bentuk atau form yang boleh digunakan sebagai kritana atau kriti, varnam dan tillana digemari, manakala bentuk yang sangat panjang, iaitu ragam-tanam- pallavi kerap kali dimainkan sebagai salah sebuah komposisi utama dalam program tertentu. Dalam tradisi Hindustani bentuk thumri, khyal dan gat sering didengar, manakala bentuk vokal dhrupad jarang dipersembahkan pada masa kini. Walau bagaimanapun terdapat pemuzik dari Malaysia yang berketurunan India yang mempersembahkan konsert muzik klasik. Pada masa ini ada juga pemuzik dan penari yang diundang dari negara India untuk mempersembahkan muzik dan tarian klasik. Kadang-kala artis-artis India ini mengajar kesenian mereka kepada pelbagai persatuan swasta kesenian India yang terdapat di Malaysia dan juga Singapura. Walaupun pelbagai jenis muzik India seperti muzik klasik, popular, dan muzik filem dipersembahkan di Malaysia khususnya di kawasan bandar, tradisi muzik ini masih mengekalkan ciri-ciri muzik India yang tidak dicemari dengan ciri-ciri muzik tempatan. 76
  • 16. MZU3117 MUZIK MALAYSIA Bincangkan dalam kumpulan secara OLL Simpankan hasil perbincangan dalam folio anda. RUJUKAN Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre. Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1, Pulau Pinang: The Asian Centre. 77