SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 15
UNIT 2
ISU-ISU KONTEMPORARI PENDIDIKAN MATEMATIK
SEKOLAH RENDAH
UJIAN PRA-PELAJARAN
Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda
mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda
menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran
ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran
berikutnya.
Sangat Tidak
Setuju
Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju
1 2 3 4 5
Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5
1 Saya telah dapat mengenal pasti isu-isu pendidikan
matematik sekolah rendah
2 Saya telah dapat menganalisis isu-isu pendidikan
matematik sekolah rendah.
I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 16
ISU-ISU KONTEMPORARI PENDIDIKAN MATEMATIK
SEKOLAH RENDAH
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat:
i. mengenal pasti isu-isu pendidikan matematik sekolah rendah; dan
ii. menganalisis isu-isu pendidikan matematik sekolah rendah.
2.1 PENDAHULUAN
entu anda sering mengikuti isu-isu kontemporari dalam pendidikan ini? Adakah
anda sedia arif dengan maksud isu ini? Dalam literatur pendidikan, istilah “isu”
mempunyai beberapa makna, antaranya:
 sesuatu yang memerlukan penyelesaian;
 perkara yang dipertikaikan oleh pihak yang mempunyai pendapat berbeza;
 masalah, persoalan, atau kepincangan yang telah dikenal pasti dan memerlukan
tindakan;
 keadaan, perkara, topik atau masalah yang memerlukan penyelesaian;
 perkara pokok yang dipersoalkan dan memerlukan resolusi; dan
 masalah yang berpunca daripada perbezaan pendapat yang berasaskan sistem
nilai berbeza yang menghasilkan cara berbeza untuk melakukan perkara
tertentu.
Secara realiti, isu pendidikan melibatkan keperluan, keprihatinan atau
kebimbangan manusia semasa menguruskan perubahan yang berlaku dalam
kehidupan mereka. Apabila situasi pendidikan berubah, maka isu pendidikan juga
mungkin turut berubah.
Mengikut Nik Aziz Nik Pa (2008), isu pendidikan merupakan idea, perkara, atau
topik pendidikan yang timbul daripada peristiwa, perkembangan, atau proses tertentu
dan terdapat pendapat yang berbeza tentang idea, perkara, atau topik tersebut.
Menurutnya lagi, sesuatu isu wujud apabila kumpulan orang yang mengalami kesan
dasar atau polisi pendidikan yang tertentu mempunyai nilai pertimbangan yang berbeza
tentang apa yang sepatutnya berlaku.
Cuba fikirkan situasi pendidikan yang berubah sepanjang pelaksanaan KBSR.
Apakah isu-isu pendidikan yang timbul daripada perubahan situasi pendidikan tersebut?
Senarikan isu-isu pendidikan yang timbul sepanjang pelaksanaan kurikulum KBSR dan
apakah tindakan yang telah diambil? Bincangkan dalam sesi tutorial.
T
I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 17
2.2 JENIS ISU
ekarang kita akan membincangkan tentang jenis-jenis isu ini. Dalam bidang
pendidikan, isu pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
 Isu Kontemporari
 Isu Sedang Muncul
 Isu futuristik
Sekarang kita lihat maksud setiap jenis isu-isu pendidikan tersebut.
 Isu Kontemporari
Isu kontemporari ini dirujuk sebagai isu semasa atau isu masa kini. Isu ini
selalunya mendapat perhatian dan minat yang tinggi dalam kalangan
masyarakat. Tindakan perlu diambil dengan segara untuk menangani isu
tersebut. Contoh isu ini adalah seperti isu pengajaran pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris.
 Isu Sedang Muncul
Isu sedang muncul pula dirujukkan sebagai isu yang baru muncul atau
berkembang. Isu ini selalunya kurang diketahui umum dan juga kepentingan isu
tersebut sedang mengalami peningkatan dalam menarik perhatian masyarakat.
Isi ini cenderung dikesan hanya setelah pengamatan teliti atau penyelidikan
dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berminat tentang perkembangan pendidikan
ini. Keupayaan mengesan dan melaksanakan langkah mengatasinya daripada
awal akan membantu menanganinya dengan berkesan. Kegagalan
menanganinya mungkin akan memberi kesan atau akibat yang serious.
Antaranya adalah seperti isu keberkesanan pendidikan sekolah ke arah 4M
(menulis, membaca, mengira dan menaakul).
 Isu Futuristik
Isu ini merujuk kepada isu yang masih belum jelas tetapi mempunyai potensi
untuk berkembang menjadi isu yang melibatkan banyak pihak pada masa akan
datang. Kajian yang berbentuk futuristik amat perlu bagi mengesan isu-isu yang
mungkin akan berlaku ini. Isu-isu futuristik ini kurang diberi perhatian oleh
masyarakat umu, tetapi biasanya diberi perhatian oleh pihak berkuasa seperti
pihak kementerian yang bertanggungjawab dan juga penyelidik atau pakar
pendidikan di institut pengajian tinggi. Di Malaysia, antara isu futuristik yang
mungkin timbul adalah seperti isu merealisasikan pendidikan sekolah sebagai
institusi tidak formal.
Antara tiga isu pendidikan ini, isu kontemporari merupakan isu yang mendapat
perhatian untuk ditangani segera isu tersebut. Isu sedang muncul dan isu futuristik
kurang menjadi fokus untuk penyelesaian. Walau bagaimanapun, untuk menghadapi
masa hadapan dengan jayanya, kedua-dua isu tersebut perlu difikirkan dan mengenal
S
I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 18
pasti peluang dan ancaman yang akan memberi impak kepada pembangunan
pendidikan nanti.
Dalam konteks ini, kita perlu membentuk visi yang jelas tentang keadaan
futuristik pendidikan matematik Negara yang diharapkan. Visi ini membabitkan
gambaran mental, tanggapan atau pandangan jauh dan mendalam tentang
pembangunan atau keadaan masa depan yang hendak dicapai. Tanpa visi yang jelas
dalam pendidikan matematik, kita tidak dapat bersaing dan mudah dihanyutkan oleh
isu-isu yang timbul tanpa terdapat perancangan awal.
Senaraikan isu kontemporari, isu sedang muncul dan isu futuristik dalam
pendidikan matematik dan bincangkan satu daripada isu tersebut.
2.3 ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK
ahukah anda bahawa Isu-isu di Malaysia dalam pendidikan matematik boleh
dikategorikan kepada beberapa komponen, antaranya adalah isu tentang
pengajaran pembelajaran, penilaian, ict dan penyelidikan.
• Isu dalam pendidikan matematik boleh membabitkan satu atau lebih komponen;
• Dalam sebarang bidang pengajian termasuk pendidikan matematik,
pengetahuan manusia tidak berbentuk lengkap dan terdapat pelbagai isu yang
perlu ditangani;
• Perhatian diberikan kepada kekurangan dalam pengetahuan dan masalah yang
belum diselesaikan dengan mengemukakan persoalan yang relevan dan
kemudiannya berusaha mencari jawapan melalui penyelidikan yang sistematik.
2.3.1 Isu Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI)
Dasar PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar Kerajaan Malaysia hasil
daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Ekoran daripada
keputusan Jemaah Menteri Dasar Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik
Dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada sesi persekolahan tahun 2003 secara
berperingkat iaitu bermula dengan Tahun Satu di sekolah rendah, Tingkatan Satu dan
Tingkatan Enam Rendah di sekolah menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada
tahun 2007 untuk sekolah menengah dan sekolah rendah pada tahun 2008.
Isu yang ditimbulkan adalah hasil daripada laporan TIMSS 2007 di mana
pencapaian dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mulai merosot disebabkan oleh
penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran pembelajaran dua mata pelajaran
tersebut. Kedudukan Negara dalam mata pelajaran Matematik menurun daripada
T
I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 19
kedudukan ke 10 (top ten) pada tahun 2003 kepada kedudukan ke 20 daripada 79 buah
Negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS. Kedudukan mata pelajaran
Sains dilihat menurun daripada kedudukan ke 20 kepada kedudukan ke 26. Malahan
dalam kajian PISA kedudukan pencapaian Matematik Negara berada pada kedudukan
57 daripada 68 buah Negara.
Isu pencapaian yang buruk ini juga dibuktikan oleh beberapa kajian yang
dijalankan. Antaranya kajian-kajian yang memberi impak adalah seperti berikut:
a) Cheong Yuen Keons (2010), Kajian Impak PPSMI Ke Atas SJK Cina. Antara
dapatnya adalah murid-murid hilang minat untuk belajar Matematik dan Sains,
kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris menyebabkan murid-murid sekolah
Cina tidak mendapat keputusan yang baik seperti yang dicapai oleh mereka
belajar Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda.
b) Kajian „Tahap Kompetensi Guru Dalam PPSMI serta Implikasinya Terhadap
Pembangunan Modal Insan Murid oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional
(PEMBINA) 2009, mendapati PPSMI telah membantut tahap kecerdasan murid
serta merugikan generasi akan datang. Malahan dapatan kajian juga
menunjukkan peningkatan minimum penguasaan Bahasa Inggeris (4%) dan
mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik di peringkat
sekolah rendah.
c) Kajian Nor Hashimah (2004) turut memberi kesan yang negatif di mana 75 %
pelajar bersetuju PPSMI mendatangkan masalah pemahaman dan 96% guru
pula setuju pelajar semakin kurang minta mempelajari Sains dan Matematik.
Bagi mengatasi isu PPSMI ini ditangani dengan berkesan, KPM turut memperkenalkan
Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Dasar MBMMBI ini adalah dasar KMP untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia
sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta
memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan
fasih dan betul.
Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai
than 2010. Dalam proses peralihan ini, pengajaran pembelajaran sains dan matematik
boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan
dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di SRJK Cina, bahasa
Inggeris dan/atau bahasa Tamil di SRJK Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid
menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Dengan pendekatan
berperingkat-peringkat (soft landing) ini pengajaran pembelajaran matematik dan sains
di sekolah rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada tahun
2016. Manakala di sekolah menengah penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi
kedua-dua mata pelajaran tersebut adalah pada tahun 2021.
I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 20
Keputusan Jemaah Menteri untuk melaksanakan pengajaran pembelajaran
matematik dan sains dalam Bahasa Malaysia secara berperingkat-peringkat. Apakah
kesan tindakan pelaksanaan secara berperingkat-peringkat dilaksanakan? Bincangkan
dalam kelas tutorial.
2.3.2 Isu Penilaian Berasakan Sekolah (PBS)
Isu yang timbul tentang PBS adalah „Adakah guru dapat menghasilkan pentaksiran
yang dapat membina pengetahuan murid, menjana pemikiran matematik, dan
membantu dalam penyelesaian masalah?` Instrumen pentaksiran juga turut dilihat tidak
mengikut kecenderungan atau kebolehan murid. Persoalannya, adakah PBS adil
kepada murid yang berasal daripada pelbagai latar belakang budaya, etnik, tahap
penguasaan bahasa dan status sosioekonomi? Sejauh manakah tahap profesionalisme
dan kompetensi guru dalam menjalankan PBS?
Bagi memahami persoalan-persoalan yang ditimbulkan di atas, adalah lebih
bermakna jika kita melihat konsep PBS ini. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran
yang bersifat holistic iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), dan
psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS ini mentaksirkan bidang akademik
dan juga bidang bukan akademik.
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara
terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan, KPM. PBS
dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata
pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran pembelajaran. Komponen PBS
terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani,
Sukan, dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik. PBS dilaksanakan mulai Tahun
1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada tahun 2016, mulai Tingkatan 1 pada
tahun 2012 dan PMR 100% PBS pada tahun 2014.
PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat
meningkatkan integrity dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan
orang yang paling sesuai untuk mentaksirkan muridnya kerana mereka:
 Boleh memantau perkembangan murid secara berterusan;
 Boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan
pembelajaran murid;
 Lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan
murid; dan
 Mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.
I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 21
Dalam usaha penambahbaikan sistem pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran
Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi.
Apakah yang dimaksudkan dengan Standard Prestasi?
Standard Prestasi adalah satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau
penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu
tempoh pembelajaran berdasarkan suatu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal
pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan
dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk dengan kepada standard yang
ditetapkan. Bagi penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS ini, beberapa tindakan
kawalan dilaksanakan, iaitu melalui:
 Pementoran – proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk
melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang
ditetapkan. Pementoran boleh dilakukan oleh mentor dalaman yang terdiri
daripada Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru Cemerlang, Guru Besar atau guru
yang dilantik sementara mentor luaran terdiri daripada Pegawai Lembaga
Peperiksaan, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan pegawai Pejabat Pelajaran
Daerah atau mana-mana pegawai yang dilantik khusus.
 Penyelarasan – proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard
Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan. Penyelaras
dalaman terdiri daripada Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru Cemerlang, Guru
Besar atau guru yang dilantik sementara mentor luaran terdiri daripada Pegawai
Lembaga Peperiksaan, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan pegawai Pejabat
Pelajaran Daerah atau mana-mana pegawai yang dilantik khusus.
 Pemantauan – proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan
pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan
agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Pemantauan dalam terdiri
daripada guru yang dilantik oleh JK PBS peringkat sekolah dan Pemantau
Luaran terdiri daripada pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.
 Pengesanan – proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrument
pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.
Pada pandangan anda, adakah PBS ini merupakan pentaksiran yang baik
untuk dilaksanakan di Negara kita?
2.3.3 Isu Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Matematik
Menurut Kilpatrick (1998), isu kritikal tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan
matematik perlu ditangani dengan bijaksana dan berhemah. Contohnya, pelajar yang
I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 22
menggunakan kalkulator dalam pembelajaran matematik mungkin tidak membentuk
beberapa miskonsepsi yang lama tentang matematik yang lazimnya berlaku apabila
mereka menyelesaikan masalah menggunakan kertas dan pensel. Pelajar tersebut
besar kemungkinan membentuk miskonsepsi yang baru tanpa dapat dikesan oleh guru.
Penggunaan kalkulator, komputer, perisian pendidikan (CAL dan CAI), laman
web dalam internet dan pakej pembelajaran sedia ada dalam pasaran dapat
meningkatkan dan mempelbagaikan pedagogi dalam pengajaran pembelajaran
matematik. Walau bagaimanapun, penggunaan alatan teknologi tersebut memerlukan
pengetahuan untuk mengakses alatan teknologi sebagai prasyarat kepada pelajar.
Guru tidak boleh mengharapkan pelajar-pelajar mengakses alatan teknologi tersebut
dengan mudah jika kemudahan prasarana tidak disediakan di sekolah. Penekanan
penggunaan alatan teknologi dalam kurikulum perlu dilihat semula oleh Bahagian
Pembangunan Kurikulum, KPM supaya keperluan penyediaan komputer, kalkulator,
kalkulator grafik dan perisian-perisian berkaitan dengan pembelajaran matematik
dibekalkan di semua sekolah.
Isu penggunaan ICT dalam pengajaran matematik telah dibangkitkan tentang
pengetahuan guru di mana kurangnya celik ICT dalam kalangan guru dan kurang
pendedahan ICT secara berterusan kepada guru kerana tiada silibus yang khusus
(Mohd Zaaba & Zurida, 2002). Guru juga kurang peka dan kreatif untuk menggunakan
ICT sebagai alternatif sebagai alat bantu mengajar (ABM). Kekurangan kemudahan ICT
di sekolah dan kerosakan alat merupakan alasan kukuh guru kurang menggunakan
ICT dalam pengajaran matematik. Kebolehan guru untuk mengintegrasikan teknologi
dalam pengajaran pembelajaran di bilik darjah secara kreatif dan produktif akan
menjadi mangkin bagi pembentukan persekitaran yang kaya bagi pembelajaran
matematik. NCTM (2000), menegaskan bahawa penggunaan alatan teknologi secara
berkesan dalam bilik darjah matematik banyak bergantung pada guru. Guru perlu
bersedia untuk berfungsi sebagai pembuat keputusan yang berpengetahuan dalam
menentukan bila dan bagaimana pelajar-pelajarnya dapat menggunakan teknologi
terkini dengan berkesan.
Secara khususnya, isu ICT dalam pengajaran pembelajaran matematik
merupakan isu peralatan, isu matlamat (kurikulum) dan isu penggunaan alatan
teknologi di bilik darjah. Ketiga-tiga isu ini jika dapat ditangani alatan teknologi
berpotensi untuk membantu pelajar mempelajari matematik dengan lebih baik.
Adakah penggunaan ICT dalam pengajaran pembelajaran matematik dapat
membantu dan meningkatkan pencapaian pelajar?
2.3.4 Isu Penyelidikan Pendidikan Matematik
Penyelidikan dalam pendidikan matematik adalah suatu bentuk inkuari berdisiplin yang
dijalankan tentang fenomena tertentu dalam pendidikan matematik bertujuan
mengembangkan atau menjana pengetahuan dalam bidang pendidikan matematik.
I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 23
Sebahagian besar penyelidikan dalam bidang pendidikan matematik dijalankan oleh
pelajar pasca siswazah bagi memenuhi keperluan ijazah sarjana dan doktor falsafah.
Fakulti pendidikan tidak dapat menentukan hala tuju dan isu-isu kritis yang seharusnya
dikaji oleh pelajar pasca siswazah di mana pelajar bebas memilih sebarang isu yang
menjadi pilihan mereka. Bagi mengatasi masalah ini fakulti pendidikan dan institusi
pendidikan guru perlu bertindak secara kreatif dan proaktif dalam mengkoordinasi
aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh pelajar dan pensyarah dan mensintesiskan
hasil dapatan kajian yang dijalankan untuk meningkatkan keberkesanan dan
keberhasilan penyelidikan dalam bidang pendidikan matematik. Sebahagian besar
kajian dalam pendidikan matematik didapati gagal memberi perhatian sewajarnya
kepada pengetahuan terkini tentang aliran dan amalan dalam penyelidikan pendidikan
matematik di peringkat antarabangsa.
Kesimpulannya, sebahagian penyelidikan dalam pendidikan matematik adalah
bersifat individualistik, terasing, kurang koheren, dan kurang kualiti kumulatif. Tajuk-
tajuk yang dikaji hanya berkisar kepada aspek kemahiran, persepsi, dan perbandingan
mudah. Penyelidikan pendidikan matematik sering dicengkam oleh amalan dikotomi
atau pembahagian dan polarisasi antara perspektif berbeza. Contohnya, kaedah
pengajaran guru lawan pencapaian pelajar; dan penyelidikan kuantitatif lawan
penyelidikan kualitatif. Penyelidikan pendidikan matematik perlu dilihat sebagai kegiatan
manusia yang kompleks. Penyelidikan tentang fenomena yang kompleks memerlukan
teori dan kerangka teori yang kukuh, bersepadu, dan bebas daripada cengkaman
dikotomi dan polarisasi. Contohnya, penyelidikan ditumpukan kepada aspek peribadi,
sosial, dan kedinamikan budaya secara serentak dan bersepadu semasa mengkaji cara
pelajar belajar matematik.
Adakah budaya penyelidikan berlaku dalam kalangan guru matematik?
2.4 KESIMPULAN
Secara umum, isu-isu tentang pendidikan matematik boleh digolongkan kepada tiga
jenis ialah isu-isi kontemporari, sedang muncul dan futuristik. Bagaimanapun dua isu-
isu sedang muncul dan isu futuristik bukan menjadi penekanan dalam kursus ini. Isu
kontemporari diberi penekanan dalam kursus ini. Isu kontemporari dalam pendidikan
matematik agak luas, daripada pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah, hinggalah
kepada isu-isu bahasa dan ICT. Oleh itu para guru matematik perlulah peka dengan
isu-isu ini dan pengetahuan yang ada perlulah sentiasa ditingkatkan demi menjadikan
pengajaran matematik menjadi lebih berkesan.
2.5 SOALAN PERBINCANGAN
1. Sepanjang pelaksanaan KBSR, bincangkan isu-isu pendidikan matematik
sekolah rendah yang timbul berkaitan dengan:
i) Pembelajaran
I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 24
ii) Pengajaran
iii) Penilaian
iv) Penyelidikan.
2. Apakah yang hendak dicapai dalam pendidikan matematik pada abad ke 21 ini?
Bincangkan dalam sesi tutorial.
UJIAN PASCA-PELAJARAN
Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda
mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut:
Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5
1 Saya telah dapat mengenal pasti isu-isu pendidikan
matematik sekolah rendah
2 Saya telah dapat menganalisis isu-isu pendidikan
matematik sekolah rendah.

More Related Content

What's hot

Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahFarah Waheeda
 
7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesionalkrys73
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuitikrys73
 
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)krys73
 
Pedagogi 21st century
Pedagogi 21st centuryPedagogi 21st century
Pedagogi 21st centurysmkchemomoi
 
6. Gaya Pembelajaran
6. Gaya Pembelajaran6. Gaya Pembelajaran
6. Gaya Pembelajarankrys73
 
Proposal penelitian
Proposal penelitianProposal penelitian
Proposal penelitiandedy solin
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAdam Amsyar
 
Lusi kurnia (06081181419023) tugas penelitian pendidikan
Lusi kurnia (06081181419023) tugas penelitian pendidikan Lusi kurnia (06081181419023) tugas penelitian pendidikan
Lusi kurnia (06081181419023) tugas penelitian pendidikan Lusi Kurnia
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakanNur Azyan
 
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)must2ra86
 
Masalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sainsMasalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sainsZalizan- Ismail
 
Perubahan Mindset Kurikulum 2013
Perubahan Mindset Kurikulum 2013Perubahan Mindset Kurikulum 2013
Perubahan Mindset Kurikulum 2013Suedi Ahmad
 
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)Wak Sekawi
 

What's hot (17)

Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilakukan dalam Bilik Darjah
 
7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti
 
Kritik artikel
Kritik artikelKritik artikel
Kritik artikel
 
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
 
Pedagogi 21st century
Pedagogi 21st centuryPedagogi 21st century
Pedagogi 21st century
 
6. Gaya Pembelajaran
6. Gaya Pembelajaran6. Gaya Pembelajaran
6. Gaya Pembelajaran
 
Proposal penelitian
Proposal penelitianProposal penelitian
Proposal penelitian
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libre
 
Lusi kurnia (06081181419023) tugas penelitian pendidikan
Lusi kurnia (06081181419023) tugas penelitian pendidikan Lusi kurnia (06081181419023) tugas penelitian pendidikan
Lusi kurnia (06081181419023) tugas penelitian pendidikan
 
Refleksi trends n issue full
Refleksi trends n issue fullRefleksi trends n issue full
Refleksi trends n issue full
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
 
Masalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sainsMasalah pembelajaran sains
Masalah pembelajaran sains
 
Perubahan Mindset Kurikulum 2013
Perubahan Mindset Kurikulum 2013Perubahan Mindset Kurikulum 2013
Perubahan Mindset Kurikulum 2013
 
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
 
Jurnal 2
Jurnal 2Jurnal 2
Jurnal 2
 

Viewers also liked

02 isu-isu kontemporari
02 isu-isu kontemporari02 isu-isu kontemporari
02 isu-isu kontemporarivia_86
 
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRPembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRأمير الشفيق
 
Bab 10 Pembentukan & pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolah
Bab 10 Pembentukan & pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolahBab 10 Pembentukan & pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolah
Bab 10 Pembentukan & pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolahVince Here
 
Peta minda kbsr dan kbsm
Peta minda kbsr dan kbsmPeta minda kbsr dan kbsm
Peta minda kbsr dan kbsmBernice T
 
06 isu semasa & masa depan
06 isu semasa & masa depan06 isu semasa & masa depan
06 isu semasa & masa depanAdzmir Nasir
 
Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematik
Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematikIsu isu kontemporari dalam pendidikan matematik
Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematikMohd Norrazli Md Rasdi
 
T4 bab 4(30 31) rekabentuk berbantu komputer
T4 bab 4(30 31) rekabentuk berbantu komputerT4 bab 4(30 31) rekabentuk berbantu komputer
T4 bab 4(30 31) rekabentuk berbantu komputerHome
 
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARIAA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARIAs Nuurien Najma
 
Isu keluarga
Isu keluargaIsu keluarga
Isu keluargaiezaku
 
Isu-isu Kekeluargaan - Poligami
Isu-isu Kekeluargaan - PoligamiIsu-isu Kekeluargaan - Poligami
Isu-isu Kekeluargaan - PoligamiFadhil Ismail
 
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depanBab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depanRaja Rosenani
 
isu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumatisu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumatJus Oren
 
Nota AutoCAD 3D
Nota AutoCAD 3DNota AutoCAD 3D
Nota AutoCAD 3DMISDEC
 

Viewers also liked (20)

02 isu-isu kontemporari
02 isu-isu kontemporari02 isu-isu kontemporari
02 isu-isu kontemporari
 
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSRPembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
Pembentukan dan Pelaksanaan KBSR dan KSSR
 
Bab 10 Pembentukan & pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolah
Bab 10 Pembentukan & pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolahBab 10 Pembentukan & pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolah
Bab 10 Pembentukan & pelaksanaan kurikulum bersepadu sekolah
 
Peta minda kbsr dan kbsm
Peta minda kbsr dan kbsmPeta minda kbsr dan kbsm
Peta minda kbsr dan kbsm
 
06 isu semasa & masa depan
06 isu semasa & masa depan06 isu semasa & masa depan
06 isu semasa & masa depan
 
Presentation pbs
Presentation pbsPresentation pbs
Presentation pbs
 
Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematik
Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematikIsu isu kontemporari dalam pendidikan matematik
Isu isu kontemporari dalam pendidikan matematik
 
T4 bab 4(30 31) rekabentuk berbantu komputer
T4 bab 4(30 31) rekabentuk berbantu komputerT4 bab 4(30 31) rekabentuk berbantu komputer
T4 bab 4(30 31) rekabentuk berbantu komputer
 
Pengurusan islam
Pengurusan islamPengurusan islam
Pengurusan islam
 
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARIAA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
AA301 –ISU SEMASA DAN KONTEMPORARI
 
Isu keluarga
Isu keluargaIsu keluarga
Isu keluarga
 
Isu-isu Kekeluargaan - Poligami
Isu-isu Kekeluargaan - PoligamiIsu-isu Kekeluargaan - Poligami
Isu-isu Kekeluargaan - Poligami
 
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depanBab 6 Isu isu semasa dan masa depan
Bab 6 Isu isu semasa dan masa depan
 
isu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumatisu semasa teknologi maklumat
isu semasa teknologi maklumat
 
Penyalahgunaan dadah
Penyalahgunaan dadahPenyalahgunaan dadah
Penyalahgunaan dadah
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Kurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSRKurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSR
 
NOTA CTU151 UiTM
NOTA CTU151 UiTMNOTA CTU151 UiTM
NOTA CTU151 UiTM
 
Unit 1
Unit 1Unit 1
Unit 1
 
Nota AutoCAD 3D
Nota AutoCAD 3DNota AutoCAD 3D
Nota AutoCAD 3D
 

Similar to Unit 2 isu2 kontemporari

Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)novanisa febrina
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)novanisa febrina
 
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis pemecahan masalah di tingkat seko...
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis pemecahan masalah di tingkat seko...Pengembangan bahan ajar matematika berbasis pemecahan masalah di tingkat seko...
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis pemecahan masalah di tingkat seko...AmalinaAzizah
 
STUDI PERBANDINGAN RATA-RATA HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA SISWA SMA KELAS X ...
STUDI PERBANDINGAN RATA-RATA HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA SISWA SMA KELAS X ...STUDI PERBANDINGAN RATA-RATA HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA SISWA SMA KELAS X ...
STUDI PERBANDINGAN RATA-RATA HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA SISWA SMA KELAS X ...Arvina Frida Karela
 
PENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAHPENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAHdewiatiqah
 
s_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdfs_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdfMyData19
 
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanAssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanfiznina86
 
20_ sumber Makalah Pembelajaran Terpadu Guru SD MI.pdf
20_ sumber Makalah Pembelajaran Terpadu Guru SD MI.pdf20_ sumber Makalah Pembelajaran Terpadu Guru SD MI.pdf
20_ sumber Makalah Pembelajaran Terpadu Guru SD MI.pdfMuslihAhmad3
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaSuhairul Hablee
 
Isu 4 akses dan ekuiti
Isu 4  akses dan ekuitiIsu 4  akses dan ekuiti
Isu 4 akses dan ekuitiyunging84
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanMuss Miey
 
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis contextual teaching and learning
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis contextual teaching and learningPengembangan bahan ajar matematika berbasis contextual teaching and learning
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis contextual teaching and learningAmalinaAzizah
 
permasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikropermasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikromuhammadsucahyo
 
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikroTugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikromuhammadsucahyo
 

Similar to Unit 2 isu2 kontemporari (20)

Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
 
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis pemecahan masalah di tingkat seko...
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis pemecahan masalah di tingkat seko...Pengembangan bahan ajar matematika berbasis pemecahan masalah di tingkat seko...
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis pemecahan masalah di tingkat seko...
 
STUDI PERBANDINGAN RATA-RATA HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA SISWA SMA KELAS X ...
STUDI PERBANDINGAN RATA-RATA HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA SISWA SMA KELAS X ...STUDI PERBANDINGAN RATA-RATA HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA SISWA SMA KELAS X ...
STUDI PERBANDINGAN RATA-RATA HASIL BELAJAR MATEMATIKA PADA SISWA SMA KELAS X ...
 
PENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAHPENULISAN ILMIAH
PENULISAN ILMIAH
 
s_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdfs_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdf
 
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanAssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
 
20_ sumber Makalah Pembelajaran Terpadu Guru SD MI.pdf
20_ sumber Makalah Pembelajaran Terpadu Guru SD MI.pdf20_ sumber Makalah Pembelajaran Terpadu Guru SD MI.pdf
20_ sumber Makalah Pembelajaran Terpadu Guru SD MI.pdf
 
4. akses ekuiti
4. akses ekuiti4. akses ekuiti
4. akses ekuiti
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
 
Isu 4 akses dan ekuiti
Isu 4  akses dan ekuitiIsu 4  akses dan ekuiti
Isu 4 akses dan ekuiti
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
 
Math anxiety 3
Math anxiety 3Math anxiety 3
Math anxiety 3
 
4. akses dan ekuiti
4. akses dan ekuiti4. akses dan ekuiti
4. akses dan ekuiti
 
Akses dan ekuiti
Akses dan ekuitiAkses dan ekuiti
Akses dan ekuiti
 
Skripsi New
Skripsi NewSkripsi New
Skripsi New
 
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis contextual teaching and learning
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis contextual teaching and learningPengembangan bahan ajar matematika berbasis contextual teaching and learning
Pengembangan bahan ajar matematika berbasis contextual teaching and learning
 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
 
permasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikropermasalahan makro dan permasalahan mikro
permasalahan makro dan permasalahan mikro
 
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikroTugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
Tugas baru permasalahan makro dan permasalahan mikro
 

More from Aminah Rahmat

Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51Aminah Rahmat
 
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp013kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01Aminah Rahmat
 
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01Aminah Rahmat
 
Modul pembelajaran sains bm thn 4
Modul pembelajaran sains bm thn 4Modul pembelajaran sains bm thn 4
Modul pembelajaran sains bm thn 4Aminah Rahmat
 
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjjAminah Rahmat
 
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 220130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2Aminah Rahmat
 
20130911130900 unit 5 atom dan struktur elektron 1
20130911130900 unit 5 atom dan struktur  elektron 120130911130900 unit 5 atom dan struktur  elektron 1
20130911130900 unit 5 atom dan struktur elektron 1Aminah Rahmat
 
20130911130933 unit 4 ikatan berganda
20130911130933 unit 4 ikatan berganda20130911130933 unit 4 ikatan berganda
20130911130933 unit 4 ikatan bergandaAminah Rahmat
 
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
20130911130900 unit 3 ikatan tunggalAminah Rahmat
 
20130911130932 unit 2 stereokimia
20130911130932 unit 2 stereokimia20130911130932 unit 2 stereokimia
20130911130932 unit 2 stereokimiaAminah Rahmat
 
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organikAminah Rahmat
 
20130911130925 cover modul skr3033
20130911130925 cover  modul skr303320130911130925 cover  modul skr3033
20130911130925 cover modul skr3033Aminah Rahmat
 
20130301220342 unit 10
20130301220342 unit 1020130301220342 unit 10
20130301220342 unit 10Aminah Rahmat
 
Krm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahKrm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahAminah Rahmat
 

More from Aminah Rahmat (20)

Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51Perdagangan tingkatan-4-bab-51
Perdagangan tingkatan-4-bab-51
 
Laju2
Laju2Laju2
Laju2
 
Laju1
Laju1Laju1
Laju1
 
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp013kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
3kitarnitrogenkepentingannya 130228081241-phpapp01
 
Gigi haiwan
Gigi haiwanGigi haiwan
Gigi haiwan
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
Modulpenulisansk 130709221103-phpapp01
 
Modul pembelajaran sains bm thn 4
Modul pembelajaran sains bm thn 4Modul pembelajaran sains bm thn 4
Modul pembelajaran sains bm thn 4
 
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
20140218090208 modul smu3063 stat asas pjj
 
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 220130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
20130911130927 unit 6 atom dan struktur elektron 2
 
20130911130900 unit 5 atom dan struktur elektron 1
20130911130900 unit 5 atom dan struktur  elektron 120130911130900 unit 5 atom dan struktur  elektron 1
20130911130900 unit 5 atom dan struktur elektron 1
 
20130911130933 unit 4 ikatan berganda
20130911130933 unit 4 ikatan berganda20130911130933 unit 4 ikatan berganda
20130911130933 unit 4 ikatan berganda
 
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
20130911130900 unit 3 ikatan tunggal
 
20130911130932 unit 2 stereokimia
20130911130932 unit 2 stereokimia20130911130932 unit 2 stereokimia
20130911130932 unit 2 stereokimia
 
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
20130911130900 unit 1 ikatan dalam kimia organik
 
20130911130925 cover modul skr3033
20130911130925 cover  modul skr303320130911130925 cover  modul skr3033
20130911130925 cover modul skr3033
 
20130301220342 unit 10
20130301220342 unit 1020130301220342 unit 10
20130301220342 unit 10
 
Krm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendahKrm 3073 matematik sekolah rendah
Krm 3073 matematik sekolah rendah
 
Rph minggu 2
Rph minggu 2Rph minggu 2
Rph minggu 2
 
Unit 12 rujukan (a)
Unit 12 rujukan (a)Unit 12 rujukan (a)
Unit 12 rujukan (a)
 

Unit 2 isu2 kontemporari

  • 1. I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 15 UNIT 2 ISU-ISU KONTEMPORARI PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH UJIAN PRA-PELAJARAN Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut. Sekiranya anda menguasai penilaian pada tahap 5, bermaksud anda sudah menguasai unit pelajaran ini sepenuhnya. Oleh itu bolehlah anda terus mempelajari topik / Unit Pelajaran berikutnya. Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju/Agree Sangat Setuju 1 2 3 4 5 Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5 1 Saya telah dapat mengenal pasti isu-isu pendidikan matematik sekolah rendah 2 Saya telah dapat menganalisis isu-isu pendidikan matematik sekolah rendah.
  • 2. I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 16 ISU-ISU KONTEMPORARI PENDIDIKAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir pelajaran, diharapkan pelajar dapat: i. mengenal pasti isu-isu pendidikan matematik sekolah rendah; dan ii. menganalisis isu-isu pendidikan matematik sekolah rendah. 2.1 PENDAHULUAN entu anda sering mengikuti isu-isu kontemporari dalam pendidikan ini? Adakah anda sedia arif dengan maksud isu ini? Dalam literatur pendidikan, istilah “isu” mempunyai beberapa makna, antaranya:  sesuatu yang memerlukan penyelesaian;  perkara yang dipertikaikan oleh pihak yang mempunyai pendapat berbeza;  masalah, persoalan, atau kepincangan yang telah dikenal pasti dan memerlukan tindakan;  keadaan, perkara, topik atau masalah yang memerlukan penyelesaian;  perkara pokok yang dipersoalkan dan memerlukan resolusi; dan  masalah yang berpunca daripada perbezaan pendapat yang berasaskan sistem nilai berbeza yang menghasilkan cara berbeza untuk melakukan perkara tertentu. Secara realiti, isu pendidikan melibatkan keperluan, keprihatinan atau kebimbangan manusia semasa menguruskan perubahan yang berlaku dalam kehidupan mereka. Apabila situasi pendidikan berubah, maka isu pendidikan juga mungkin turut berubah. Mengikut Nik Aziz Nik Pa (2008), isu pendidikan merupakan idea, perkara, atau topik pendidikan yang timbul daripada peristiwa, perkembangan, atau proses tertentu dan terdapat pendapat yang berbeza tentang idea, perkara, atau topik tersebut. Menurutnya lagi, sesuatu isu wujud apabila kumpulan orang yang mengalami kesan dasar atau polisi pendidikan yang tertentu mempunyai nilai pertimbangan yang berbeza tentang apa yang sepatutnya berlaku. Cuba fikirkan situasi pendidikan yang berubah sepanjang pelaksanaan KBSR. Apakah isu-isu pendidikan yang timbul daripada perubahan situasi pendidikan tersebut? Senarikan isu-isu pendidikan yang timbul sepanjang pelaksanaan kurikulum KBSR dan apakah tindakan yang telah diambil? Bincangkan dalam sesi tutorial. T
  • 3. I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 17 2.2 JENIS ISU ekarang kita akan membincangkan tentang jenis-jenis isu ini. Dalam bidang pendidikan, isu pendidikan boleh dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:  Isu Kontemporari  Isu Sedang Muncul  Isu futuristik Sekarang kita lihat maksud setiap jenis isu-isu pendidikan tersebut.  Isu Kontemporari Isu kontemporari ini dirujuk sebagai isu semasa atau isu masa kini. Isu ini selalunya mendapat perhatian dan minat yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Tindakan perlu diambil dengan segara untuk menangani isu tersebut. Contoh isu ini adalah seperti isu pengajaran pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.  Isu Sedang Muncul Isu sedang muncul pula dirujukkan sebagai isu yang baru muncul atau berkembang. Isu ini selalunya kurang diketahui umum dan juga kepentingan isu tersebut sedang mengalami peningkatan dalam menarik perhatian masyarakat. Isi ini cenderung dikesan hanya setelah pengamatan teliti atau penyelidikan dilaksanakan oleh pihak-pihak yang berminat tentang perkembangan pendidikan ini. Keupayaan mengesan dan melaksanakan langkah mengatasinya daripada awal akan membantu menanganinya dengan berkesan. Kegagalan menanganinya mungkin akan memberi kesan atau akibat yang serious. Antaranya adalah seperti isu keberkesanan pendidikan sekolah ke arah 4M (menulis, membaca, mengira dan menaakul).  Isu Futuristik Isu ini merujuk kepada isu yang masih belum jelas tetapi mempunyai potensi untuk berkembang menjadi isu yang melibatkan banyak pihak pada masa akan datang. Kajian yang berbentuk futuristik amat perlu bagi mengesan isu-isu yang mungkin akan berlaku ini. Isu-isu futuristik ini kurang diberi perhatian oleh masyarakat umu, tetapi biasanya diberi perhatian oleh pihak berkuasa seperti pihak kementerian yang bertanggungjawab dan juga penyelidik atau pakar pendidikan di institut pengajian tinggi. Di Malaysia, antara isu futuristik yang mungkin timbul adalah seperti isu merealisasikan pendidikan sekolah sebagai institusi tidak formal. Antara tiga isu pendidikan ini, isu kontemporari merupakan isu yang mendapat perhatian untuk ditangani segera isu tersebut. Isu sedang muncul dan isu futuristik kurang menjadi fokus untuk penyelesaian. Walau bagaimanapun, untuk menghadapi masa hadapan dengan jayanya, kedua-dua isu tersebut perlu difikirkan dan mengenal S
  • 4. I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 18 pasti peluang dan ancaman yang akan memberi impak kepada pembangunan pendidikan nanti. Dalam konteks ini, kita perlu membentuk visi yang jelas tentang keadaan futuristik pendidikan matematik Negara yang diharapkan. Visi ini membabitkan gambaran mental, tanggapan atau pandangan jauh dan mendalam tentang pembangunan atau keadaan masa depan yang hendak dicapai. Tanpa visi yang jelas dalam pendidikan matematik, kita tidak dapat bersaing dan mudah dihanyutkan oleh isu-isu yang timbul tanpa terdapat perancangan awal. Senaraikan isu kontemporari, isu sedang muncul dan isu futuristik dalam pendidikan matematik dan bincangkan satu daripada isu tersebut. 2.3 ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK ahukah anda bahawa Isu-isu di Malaysia dalam pendidikan matematik boleh dikategorikan kepada beberapa komponen, antaranya adalah isu tentang pengajaran pembelajaran, penilaian, ict dan penyelidikan. • Isu dalam pendidikan matematik boleh membabitkan satu atau lebih komponen; • Dalam sebarang bidang pengajian termasuk pendidikan matematik, pengetahuan manusia tidak berbentuk lengkap dan terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani; • Perhatian diberikan kepada kekurangan dalam pengetahuan dan masalah yang belum diselesaikan dengan mengemukakan persoalan yang relevan dan kemudiannya berusaha mencari jawapan melalui penyelidikan yang sistematik. 2.3.1 Isu Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Dasar PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar Kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Ekoran daripada keputusan Jemaah Menteri Dasar Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada sesi persekolahan tahun 2003 secara berperingkat iaitu bermula dengan Tahun Satu di sekolah rendah, Tingkatan Satu dan Tingkatan Enam Rendah di sekolah menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk sekolah menengah dan sekolah rendah pada tahun 2008. Isu yang ditimbulkan adalah hasil daripada laporan TIMSS 2007 di mana pencapaian dalam mata pelajaran Sains dan Matematik mulai merosot disebabkan oleh penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran pembelajaran dua mata pelajaran tersebut. Kedudukan Negara dalam mata pelajaran Matematik menurun daripada T
  • 5. I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 19 kedudukan ke 10 (top ten) pada tahun 2003 kepada kedudukan ke 20 daripada 79 buah Negara yang mengambil bahagian dalam kajian TIMSS. Kedudukan mata pelajaran Sains dilihat menurun daripada kedudukan ke 20 kepada kedudukan ke 26. Malahan dalam kajian PISA kedudukan pencapaian Matematik Negara berada pada kedudukan 57 daripada 68 buah Negara. Isu pencapaian yang buruk ini juga dibuktikan oleh beberapa kajian yang dijalankan. Antaranya kajian-kajian yang memberi impak adalah seperti berikut: a) Cheong Yuen Keons (2010), Kajian Impak PPSMI Ke Atas SJK Cina. Antara dapatnya adalah murid-murid hilang minat untuk belajar Matematik dan Sains, kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris menyebabkan murid-murid sekolah Cina tidak mendapat keputusan yang baik seperti yang dicapai oleh mereka belajar Matematik dan Sains dalam bahasa ibunda. b) Kajian „Tahap Kompetensi Guru Dalam PPSMI serta Implikasinya Terhadap Pembangunan Modal Insan Murid oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) 2009, mendapati PPSMI telah membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang. Malahan dapatan kajian juga menunjukkan peningkatan minimum penguasaan Bahasa Inggeris (4%) dan mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik di peringkat sekolah rendah. c) Kajian Nor Hashimah (2004) turut memberi kesan yang negatif di mana 75 % pelajar bersetuju PPSMI mendatangkan masalah pemahaman dan 96% guru pula setuju pelajar semakin kurang minta mempelajari Sains dan Matematik. Bagi mengatasi isu PPSMI ini ditangani dengan berkesan, KPM turut memperkenalkan Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Dasar MBMMBI ini adalah dasar KMP untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul. Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai than 2010. Dalam proses peralihan ini, pengajaran pembelajaran sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di SRJK Cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di SRJK Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Dengan pendekatan berperingkat-peringkat (soft landing) ini pengajaran pembelajaran matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bahasa Malaysia pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut adalah pada tahun 2021.
  • 6. I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 20 Keputusan Jemaah Menteri untuk melaksanakan pengajaran pembelajaran matematik dan sains dalam Bahasa Malaysia secara berperingkat-peringkat. Apakah kesan tindakan pelaksanaan secara berperingkat-peringkat dilaksanakan? Bincangkan dalam kelas tutorial. 2.3.2 Isu Penilaian Berasakan Sekolah (PBS) Isu yang timbul tentang PBS adalah „Adakah guru dapat menghasilkan pentaksiran yang dapat membina pengetahuan murid, menjana pemikiran matematik, dan membantu dalam penyelesaian masalah?` Instrumen pentaksiran juga turut dilihat tidak mengikut kecenderungan atau kebolehan murid. Persoalannya, adakah PBS adil kepada murid yang berasal daripada pelbagai latar belakang budaya, etnik, tahap penguasaan bahasa dan status sosioekonomi? Sejauh manakah tahap profesionalisme dan kompetensi guru dalam menjalankan PBS? Bagi memahami persoalan-persoalan yang ditimbulkan di atas, adalah lebih bermakna jika kita melihat konsep PBS ini. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistic iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS ini mentaksirkan bidang akademik dan juga bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan, KPM. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik. PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada tahun 2016, mulai Tingkatan 1 pada tahun 2012 dan PMR 100% PBS pada tahun 2014. PBS memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integrity dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksirkan muridnya kerana mereka:  Boleh memantau perkembangan murid secara berterusan;  Boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid;  Lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid; dan  Mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.
  • 7. I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 21 Dalam usaha penambahbaikan sistem pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi. Apakah yang dimaksudkan dengan Standard Prestasi? Standard Prestasi adalah satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan suatu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk dengan kepada standard yang ditetapkan. Bagi penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS ini, beberapa tindakan kawalan dilaksanakan, iaitu melalui:  Pementoran – proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan. Pementoran boleh dilakukan oleh mentor dalaman yang terdiri daripada Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru Cemerlang, Guru Besar atau guru yang dilantik sementara mentor luaran terdiri daripada Pegawai Lembaga Peperiksaan, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah atau mana-mana pegawai yang dilantik khusus.  Penyelarasan – proses penyeragaman skor dengan merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan. Penyelaras dalaman terdiri daripada Ketua Panitia, Jurulatih Utama, Guru Cemerlang, Guru Besar atau guru yang dilantik sementara mentor luaran terdiri daripada Pegawai Lembaga Peperiksaan, pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan pegawai Pejabat Pelajaran Daerah atau mana-mana pegawai yang dilantik khusus.  Pemantauan – proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Pemantauan dalam terdiri daripada guru yang dilantik oleh JK PBS peringkat sekolah dan Pemantau Luaran terdiri daripada pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.  Pengesanan – proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrument pentaksiran dalam pelaksanaan PBS. Pada pandangan anda, adakah PBS ini merupakan pentaksiran yang baik untuk dilaksanakan di Negara kita? 2.3.3 Isu Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Matematik Menurut Kilpatrick (1998), isu kritikal tentang penggunaan teknologi dalam pendidikan matematik perlu ditangani dengan bijaksana dan berhemah. Contohnya, pelajar yang
  • 8. I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 22 menggunakan kalkulator dalam pembelajaran matematik mungkin tidak membentuk beberapa miskonsepsi yang lama tentang matematik yang lazimnya berlaku apabila mereka menyelesaikan masalah menggunakan kertas dan pensel. Pelajar tersebut besar kemungkinan membentuk miskonsepsi yang baru tanpa dapat dikesan oleh guru. Penggunaan kalkulator, komputer, perisian pendidikan (CAL dan CAI), laman web dalam internet dan pakej pembelajaran sedia ada dalam pasaran dapat meningkatkan dan mempelbagaikan pedagogi dalam pengajaran pembelajaran matematik. Walau bagaimanapun, penggunaan alatan teknologi tersebut memerlukan pengetahuan untuk mengakses alatan teknologi sebagai prasyarat kepada pelajar. Guru tidak boleh mengharapkan pelajar-pelajar mengakses alatan teknologi tersebut dengan mudah jika kemudahan prasarana tidak disediakan di sekolah. Penekanan penggunaan alatan teknologi dalam kurikulum perlu dilihat semula oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM supaya keperluan penyediaan komputer, kalkulator, kalkulator grafik dan perisian-perisian berkaitan dengan pembelajaran matematik dibekalkan di semua sekolah. Isu penggunaan ICT dalam pengajaran matematik telah dibangkitkan tentang pengetahuan guru di mana kurangnya celik ICT dalam kalangan guru dan kurang pendedahan ICT secara berterusan kepada guru kerana tiada silibus yang khusus (Mohd Zaaba & Zurida, 2002). Guru juga kurang peka dan kreatif untuk menggunakan ICT sebagai alternatif sebagai alat bantu mengajar (ABM). Kekurangan kemudahan ICT di sekolah dan kerosakan alat merupakan alasan kukuh guru kurang menggunakan ICT dalam pengajaran matematik. Kebolehan guru untuk mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran pembelajaran di bilik darjah secara kreatif dan produktif akan menjadi mangkin bagi pembentukan persekitaran yang kaya bagi pembelajaran matematik. NCTM (2000), menegaskan bahawa penggunaan alatan teknologi secara berkesan dalam bilik darjah matematik banyak bergantung pada guru. Guru perlu bersedia untuk berfungsi sebagai pembuat keputusan yang berpengetahuan dalam menentukan bila dan bagaimana pelajar-pelajarnya dapat menggunakan teknologi terkini dengan berkesan. Secara khususnya, isu ICT dalam pengajaran pembelajaran matematik merupakan isu peralatan, isu matlamat (kurikulum) dan isu penggunaan alatan teknologi di bilik darjah. Ketiga-tiga isu ini jika dapat ditangani alatan teknologi berpotensi untuk membantu pelajar mempelajari matematik dengan lebih baik. Adakah penggunaan ICT dalam pengajaran pembelajaran matematik dapat membantu dan meningkatkan pencapaian pelajar? 2.3.4 Isu Penyelidikan Pendidikan Matematik Penyelidikan dalam pendidikan matematik adalah suatu bentuk inkuari berdisiplin yang dijalankan tentang fenomena tertentu dalam pendidikan matematik bertujuan mengembangkan atau menjana pengetahuan dalam bidang pendidikan matematik.
  • 9. I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 23 Sebahagian besar penyelidikan dalam bidang pendidikan matematik dijalankan oleh pelajar pasca siswazah bagi memenuhi keperluan ijazah sarjana dan doktor falsafah. Fakulti pendidikan tidak dapat menentukan hala tuju dan isu-isu kritis yang seharusnya dikaji oleh pelajar pasca siswazah di mana pelajar bebas memilih sebarang isu yang menjadi pilihan mereka. Bagi mengatasi masalah ini fakulti pendidikan dan institusi pendidikan guru perlu bertindak secara kreatif dan proaktif dalam mengkoordinasi aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh pelajar dan pensyarah dan mensintesiskan hasil dapatan kajian yang dijalankan untuk meningkatkan keberkesanan dan keberhasilan penyelidikan dalam bidang pendidikan matematik. Sebahagian besar kajian dalam pendidikan matematik didapati gagal memberi perhatian sewajarnya kepada pengetahuan terkini tentang aliran dan amalan dalam penyelidikan pendidikan matematik di peringkat antarabangsa. Kesimpulannya, sebahagian penyelidikan dalam pendidikan matematik adalah bersifat individualistik, terasing, kurang koheren, dan kurang kualiti kumulatif. Tajuk- tajuk yang dikaji hanya berkisar kepada aspek kemahiran, persepsi, dan perbandingan mudah. Penyelidikan pendidikan matematik sering dicengkam oleh amalan dikotomi atau pembahagian dan polarisasi antara perspektif berbeza. Contohnya, kaedah pengajaran guru lawan pencapaian pelajar; dan penyelidikan kuantitatif lawan penyelidikan kualitatif. Penyelidikan pendidikan matematik perlu dilihat sebagai kegiatan manusia yang kompleks. Penyelidikan tentang fenomena yang kompleks memerlukan teori dan kerangka teori yang kukuh, bersepadu, dan bebas daripada cengkaman dikotomi dan polarisasi. Contohnya, penyelidikan ditumpukan kepada aspek peribadi, sosial, dan kedinamikan budaya secara serentak dan bersepadu semasa mengkaji cara pelajar belajar matematik. Adakah budaya penyelidikan berlaku dalam kalangan guru matematik? 2.4 KESIMPULAN Secara umum, isu-isu tentang pendidikan matematik boleh digolongkan kepada tiga jenis ialah isu-isi kontemporari, sedang muncul dan futuristik. Bagaimanapun dua isu- isu sedang muncul dan isu futuristik bukan menjadi penekanan dalam kursus ini. Isu kontemporari diberi penekanan dalam kursus ini. Isu kontemporari dalam pendidikan matematik agak luas, daripada pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah, hinggalah kepada isu-isu bahasa dan ICT. Oleh itu para guru matematik perlulah peka dengan isu-isu ini dan pengetahuan yang ada perlulah sentiasa ditingkatkan demi menjadikan pengajaran matematik menjadi lebih berkesan. 2.5 SOALAN PERBINCANGAN 1. Sepanjang pelaksanaan KBSR, bincangkan isu-isu pendidikan matematik sekolah rendah yang timbul berkaitan dengan: i) Pembelajaran
  • 10. I s u - I s u K o n t e m p o r a r i | 24 ii) Pengajaran iii) Penilaian iv) Penyelidikan. 2. Apakah yang hendak dicapai dalam pendidikan matematik pada abad ke 21 ini? Bincangkan dalam sesi tutorial. UJIAN PASCA-PELAJARAN Nota: Anda boleh menguji dan menilai tahap kebolehan atau penguasaan anda mempelajari unit pelajaran ini dengan menjawab persoalan berikut: Item Penyataan /Statement 1 2 3 4 5 1 Saya telah dapat mengenal pasti isu-isu pendidikan matematik sekolah rendah 2 Saya telah dapat menganalisis isu-isu pendidikan matematik sekolah rendah.