SlideShare ist ein Scribd-Unternehmen logo
1 von 136
Downloaden Sie, um offline zu lesen
Tanah Menyara Hidup
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan
          Kelapa Sawit di Sarawak




          Marcus Colchester, Wee Aik Pang,
         Wong Meng Chuo dan Thomas Jalong
Tanah Menyara Hidup: Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di
 Sarawak oleh Marcus Colchester, Wee Aik Pang, Wong Meng Chuo dan Thomas Jalong. Edisi
 Bahasa Malaysia ini diterbitkan pertama kali pada tahun 2008 oleh Forest Peoples Programme
                                dan Perkumpulan Sawit Watch.

  Buku ini merupakan terbitan keempat dari siri penerbitan oleh Forest Peoples Programme dan
  Perkumpulan Sawit Watch. Siri ini diterbitkan dengan tujuan mengkaji kesan sosial dan alam
 sekitar akibat pengembangan perladangan kelapa sawit. Dua buku yang diterbitkan pada tahun
   2006 berjudul, Tanah yang Dijanjikan: Minyak Sawit dan Pembebasan Tanah di Indonesia–
  Implikasi terhadap Masyarakat Lokal dan Masyarakat Adat oleh Marcus Colchester, Norman
  Jiwan, Andiko, Martua Sirait, Asep Yunan Firdaus, A. Surambo dan Herbert Pane, oleh Forest
 Peoples Programme, Perkumpulan Sawit Watch, HuMA dan ICRAF; dan Hantu Di Tanah Kami
    Sendiri: Petani Kelapa Sawit Indonesia dan Pertemuan tentang Minyak Sawit Berlanjutan
 (RSPO) oleh Marcus Colchester dan Norman Jiwan diterbitkan oleh Forest Peoples Programme
    dan Perkumpulan Sawit Watch. Buku ketiga dalam siri ini adalah The Nagari Community,
   Business and the State oleh Dr. Afrizal diterbitkan pertama kali pada tahun 2007 oleh Forest
             Peoples Programme, Perkumpulan Sawit Watch dan Universitas Andalas.

                             Hak Cipta Terpelihara@ FPP dan SW

 Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian dalam buku ini dibenarkan mengeluar ulang oleh
 majalah mahupun suratkhabar, dengan terlebih dahulu diperakui para penulis serta penerbitnya
               iaitu Forest Peoples Programme dan Perkumpulan Sawit Watch.

       Forest Peoples Programme (FPP)                  Perkumpulan Sawit Watch (SW)
        1c Fosseway Business Centre                        Jl. Sempur Kaler No. 28
      Stratford Road, Moreton-in-Marsh                    16129 – Bogor, West Java
             GL56 9NQ, England                                     Indonesia
              Tel: 01608 652893                              Tel: +62-251-352171
            Faks: + 44 1608 652878                          Faks: +62-251-352047
        E-mel: info@forestpeoples.org                   E-mel: info@sawitwatch.or.id
      Laman web: www.forestpeoples.org                Laman web: www.sawitwatch.or.id

  Buku ini juga diterbitkan dalam Bahasa Inggeris, berjudul “Land is Life. Land Rights and Oil
                             Palm Development in Sarawak” (2007).

                Terjemahan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Carol Yong Ooi Lin.

   Dalam menterjemahkan buku ini, unsur budaya tempatan/penutur telah diberi perhatian khusus
   terutama kata atau istilah yang biasa diguna untuk mendapat takrif kata yang seboleh-bolehnya
  tepat dan padat. Walau bagaimanapun, ciri-ciri perbezaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
tidak dapat dielakkan, sekalipun maklumat yang terkandung dalam teks asal telah disemak dengan
                                       teliti buat beberapa kali.

                                     ISBN: number needed

            Foto muka kulit: Masyarakat Sungai Bawan memprotes terhadap SLDB.
                                 Kredit: Wong Meng Chuo
Tanah Menyara Hidup


 Hak-Hak Tanah dan Pengembangan
Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




        Marcus Colchester, Wee Aik Pang,
       Wong Meng Chuo dan Thomas Jalong
Sudah berpuluh-puluh tahun masyarakat kami tinggal
di kawasan ini dan bercucuk tanam, macam-macam
tanaman di tanah itu termasuk padi, pokok buah-
buahan dan tanaman kelapa sawit secara kecil-kecilan.
Tapi sekarang, kami diberitahu bahawa kami tiada hak
lagi mengelolah tanah ini lagi malah diarah supaya
berhenti mengguna dan mengusaha tanah sendiri.
Jika kerajaan mau ambil tanah kami untuk diberi
kepada kompeni luar, mengapa kami tak diberitahu
atau diumumkan terlebih dulu dan bayar pampasan
yang sepatutnya? Tanah ini macam harta pusaka kami,
sekarang dirampas di belakang kami dan diberi kepada
pihak lain. Ini sudah macam mencuri, merampas hak
orang tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Kerajaan
dan pemimpin-pemimpin kita patut melindung hak-
hak tanah kami, bukan beri kepada orang lain tanpa
beritahu atau runding dengan kami dulu. Hanya untuk
kepentingan beberapa orang saja dan beribu-ribu
orang menjadi korban, miskin dan lapar hilang tempat
mencari nafkah sehari-hari. Kami sudah upah seorang
peguam untuk mewakili kami dan memohon supaya
arahan ini dibatalkan.


    Tuai Rumah Masyarakat Iban, Jupiter Anak Segaran,
         Rumah Jupiter, Sungai Gelesa, Lembong, Suai,
                                             Sarawak
Kandungan:

1.   Ringkasan Eksekutif ....................................................................... 1
2.   Tanah, Penduduk dan Kekuasaan di Sarawak................................. 5
3.   Sistem Pemilikan Tanah dan Undang-Undang ............................ 10
4.   Sektor Pengeluaran Minyak Sawit di Malaysia ............................ 25
5.   Dasar Kerajaan Sarawak bagi Pembangunan Ladang Kelapa
     Sawit ............................................................................................. 30
6.   Kes-kes Mahkamah Menyangkut Perladangan Kelapa Sawit ...... 41
7.   Portret Kehidupan Masyarakat Adat Disikat Kelapa Sawit .......... 47
8.   Negeri Sarawak dan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit
     Berlanjutan .................................................................................... 91
9.   Menuju Ke Arah Depan .............................................................. 106

Rujukan ........................................................................................... 110
Lampiran 1 : Prinsip-Prinsip dan Kriteria Minyak Sawit
   Berlanjutan (RSPO) .................................................................... 114
Lampiran 2 : Metod Kajian ............................................................... 121
Penghargaan:

Kajian ini telah dikoordinasi oleh Forest Peoples Programme yang
bekerjasama-sepakat dengan Perkumpulan Sawit Watch dan rakan-rakan
seperjuangan di Sarawak. Dananya dari Oxfam (UK) dan Global Green
Grants. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat adat
tempatan atas kesediaan mereka memberi sokongan terhadap kajian
ini. Mereka memanfaatkan kesempatan ini untuk meluahkan kisah
kehidupan dan perjuangan untuk hak-hak mereka. Moga-moga kami boleh
menyampaikan pandangan mereka secara tepat. Terima kasih khusus kami
kepada Harrison Ngau, Baru Bian, See Chee How, Dominique dan Paul
Rajah, serta Nicholas Mujah yang membantu kami dalam pengumpulan
maklumat. Buku ini mula-mula diterbitkan dalam Bahasa Inggeris pada
tahun 2007 dan kami ingin memberi penghargaan kepada Rebecca Whitby,
Louise Henson dan Julia Overton di England yang telah menyemak
manuskripnya. Kami juga ingin memberi penghargaan kepada Komeok
yang telah membaca pruf draf Bahasa Malaysia supaya buku ini dapat
dimurnikan lagi. Juga kepada Carol Yong kerana telah menterjehmahkan
buku ini ke dalam Bahasa Malaysia dengan secara teliti dan terperinci.
Yang terakhir, segala pandangan dan tafsiran yang dinyatakan dalam
terbitan ini adalah tanggungjawab para penulis.
Saya amat khuatir tentang pembangunan ini sebab ia
menjejaskan cara hidup masyarakat saya. Saya tidak
setuju dengan pembangunan macam ini dan cara ianya
dilaksanakan. Kalau pembangunan perladangan masuk
kawasan ini, sudah tentu ada kerosakan dan kehilangan
sumber-sumber atas tanah yang menyara hidup kami.
Kompeni ini harus mengiktiraf kewujudan kami di sini.
Dari zaman nenek moyang hingga sekarang, kami semua
dilahirkan dan dibesarkan di sini. Kami mahu terus hidup
di tanah ini dan hutan sekelilinginya.


                  Alung Ju, suku Penan, Ketua Kampung
                  Long Singu, Peliran, Daerah Belaga,
                  Bahagian Kapit, Sarawak
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




                  1. Ringkasan Eksekutif


Sarawak yang terletak di Pulau Borneo merupakan negeri terbesar di
Malaysia. Perladangan kelapa sawit di Sarawak semakin pesat hari ini dan
menimbulkan konflik dengan orang-orang asal. Menurut Perlembagaan
Persekutuan, tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, dan di
Sarawak ini boleh menghasilkan golongan elit politik yang berkuasa semata-
mata kerana mempergunakan sumber-sumber alam untuk kepentingan atau
keuntungan diri sendiri dan turut menguasai bidang ekonomi, terutamanya
dalam tempoh 30 tahun yang lalu.

Orang-orang asal Sarawak termasuklah orang Dayak dan orang asal
lain yang lazimnya tinggal di kawasan hutan pedalaman dan perbukitan.
Walaupun mereka adalah golongan terbesar di Sarawak, namum begitu,
laluan terhadap kuasa politik mereka terhad. Mengikut hukum adat,
sebahagian besar pedalaman Broneo adalah di bawah kawalan dan jagaan
orang-orang asal dengan peraturan-peraturan rumit yang menentukan siapa
dan bagaimana tanah diperturunkan, dikerjakan dan dipindah milik.

Malaysia dikatakan mempunyai satu sistem undang-undang yang majmuk
iaitu menerima pakai berbagai badan undang-undang yang nyata berjalan
serentak dan adat resam diiktirafkan oleh Perlembagaan. Begitu juga
kekuasaan dan Mahkamah Adat diiktirafkan di Sarawak. Sampai hari
ini mereka mempunyai bidang kuasa mentadbir hal-ehwal masyarakat
tempatan dan memutuskan pengadilan. Maka adat resam sesuatu yang
benar-benar hidup dan sumber hak-hak di Sarawak, dari segi undang-
undang dan amalannya.

Walau bagaimanapun, sejak zaman penjajahan sehingga kini, Kerajaan
Negeri Sarawak melalui pelbagai undang-undang dan peraturan-peraturan
telah cuba membatas kewujudan hak-hak tanah adat orang asal (NCR).


                                      1
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




Sebagai contoh, membeku tempoh lanjutan dengan tiada permit dan memberi
tafsiran bahawa orang-orang asal tidak ada jaminan hak gunapakai yang
kukuh atas tanah kerajaan. Selalu juga kerajaan mengaku kawasan seluas
1.5 hingga 2.8 juta hektar telah dikhaskan sebagai tanah NCR, tetapi tidak
sebutkan di manakah sebenar kedudukan tanah-tanah ini. Maka kebanyakan
masyarakat asal tidak pasti kalau tanah-tanah mereka, atau mana-mana
bahagiannya, sudah diiktiraf sebagai NCR dalam batasan tafsiran hak-hak
yang kerajaan terangkan.

Kalau pembangunan berasaskan sumber-sumber alam menjadi teras utama
dasar ekonomi Kerajaan, nyata pertikaian ke atas tanah berlaku. Terdapat
beberapa kes-kes di Mahkamah Tinggi di Sarawak khususnya dan Malaysia
amnya di mana para hakimnya telah memutuskan bahawa tuntutan hak-
hak tanah oleh orang-orang asal menurut Perlembagaan Persekutuan dan
undang-undang adat. Termaklum dari kes-kes ini tafsiran ‘NCR’ oleh
Kerajaan Sarawak adalah silap. Sebenarnya penghuraian mahkamah
sejajar dengan undang-undang antarabangsa tentang hak asasi manusia
yang menyatakan orang-orang asal mempunyai hak ke atas tanah mereka
mengikut adat resam dan bukan geran yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Sektor penanaman kelapa sawit di Malaysia makin berkembang dengan
anggaran jumlah ekspot melebihi RM35 bilion pada tahun 2007, didorong
pula dengan permintaan dunia untuk ‘bahan bakar bio’ (bio-fuels). Jelaslah
Sarawak menjadi sasaran untuk perluasan perladangan kelapa sawit yang
dirancangkan kerana masalah kekurangan tanah di Semenanjung. Sejak 30
tahun yang lalu, Sarawak telah merintis tanaman kelapa sawit tetapi skim-
skim yang dikendalikan oleh kerajaan kurang berjaya. Kerajaan Sarawak
hari ini menggalakkan penyertaan pihak swasta dalam penanaman kelapa
sawit termasuk di atas Tanah Adat Orang Asal (Native Customary Lands)
agar mencapai matlamat melipat-gandakan kawasan penanaman kelapa
sawit hingga satu juta hektar dalam masa tiga tahun akan datang. Penanaman
juga di atas tanah adat dalam kadar 60,000-100,000 hektar setahun.



                                         2
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




Dalam pembangunan Konsep Baru, pemilik-pemilik tanah adat perlu
menyerahkan tanah mereka kepada pihak berkuasa selama 60 tahun untuk
dibangunkan secara usahasama dengan syarikat-syarikat swasta, dengan
pihak berkuasa sebagai pemegang amanah bagi pihak pemilik-pemilik
tanah adat. Sebenarnya adalah tidak jelas bagaimana pemilik-pemilik tanah
adat mendapat faedah-faedah dari skim-skim ini dan bagaimana mereka
dapat menuntut semula tanah selepas tempoh pajak tamat.

Hal-hal lain ialah pertentangan tafsiran mengenai keluasan tanah NCR dan
pampasan, proses sebagaimana patut dan faedah-faedah yang dijanjikan.
Tidak hairanlah kalau hari ini terdapat lebih dari 100 kes-kes membabitkan
pertikaian tanah difailkan di Mahkamah Negeri Sarawak oleh pendakwa
orang-orang asal. Kajian ini telah mengenalpasti kira-kira 40 kes berkaitan
dengan kelapa sawit.

Keterangan terperinci diperolehi daripada 12 masyarakat-masyarakat asal
yang terjejas akibat perladangan kelapa sawit dan masalah-masalah utama
yang dikemukakan termasuklah:
	Konflik-konflik dan pertikaian-pertikaian atas tanah
	Gagal menghormati hak mereka ke atas tanah adat
	Tiadanya ketelusan dalam makluman dan perundingan
	Melanggar prinsip mendapat persetujuan yang bebas, terdahulu dan
   berpengetahuan (Free, prior and informed consent/FPIC)
	Menafikan hak penentuan perwakilian diri dalam memilih wakil
   sendiri
	Bayaran pampasan tidak mencukupi atau tidak dibayar
	Kurang ketelusan dan penyertaan dalam Penilaian Kesan Ke Atas Alam
   Sekitar, atau EIA (Environmental Impact Assessment)
	Kekurangan mekanisme-mekanisme untuk menangani rungutan-
   rungutan




                                      3
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




Usaha kerajaan untuk mempromosi sektor kelapa sawit di Sarawak memang
tidak sejajar dengan prinsip-prinsip dan kriteria Meja Bulat mengenai
Minyak Sawit Berlanjutan (Roundtable on Sustainable Palm Oil, atau
RSPO, sebuah inisiatif yang didorong oleh industri kelapa sawit), malahan
didapati beberapa syarikat yang juga anggota RSPO sedang beroperasi di
Sarawak.

Pematuhan kepada piawaian RSPO tidak mungkin tanpa pembaharuan
dalam undang-undang dan tatacara-tatacaranya di Sarawak. Sistem
yang wujud sekarang telah mengabaikan kepentingan para masyarakat
dan mungkin tidak menggalakkan pelaburan dalam sektor yang berisiko
dan berkonflik ini. Oleh itu, laporan ini mengesyorkan supaya kerajaan
dan syarikat-syarikat menyemak semula dan membaiki undang-undang
dan tatacara-tatacara mereka supaya seimbang dengan undang-undang
antarabangsa dan amalan terbaik dalam industri ini.




                                         4
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




         2. Tanah, Penduduk dan Kekuasaan di
                       Sarawak

Malaysia terdiri dari 13 negeri-negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, dan
tiga wilayah persekutuan. Menurut Perlembagaan Persekutuan, pemisahan
antara bidang kuasa perundangan dan pemerintahan adalah jelas.
Umpamanya, isu-isu tentang keselamatan negara, dasar luar negeri dan
perdagangan adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Manakala dasar-
dasar dan undang-undang berkaitan dengan tanah dan hutan tertakluk
kepada negeri masing-masing. Supaya peka terhadap perasaan rakyat
Sarawak dan Sabah menyertai pembentukan Malaysia pada tahun 1963,
kedua-dua negeri ini telah diberi hak mengawal kemasukan orang-orang
dari Semenanjung melalui kawalan atas imigresen. Secara bertulis, Sarawak
dan Sabah masih berhak mengawal kemasukan warga Semenanjung ke
negeri masing-masing.

Sejak kemerdekaan sehingga ke hari ini, sistem politik Malaysia dikuasai
oleh Barisan Nasional dengan kuasa terpusat di tangan Perdana Menteri.1
Jadi Kerajaan Persekutuan secara langsung dan tidak langsung mampu
menegakan kuasa ke atas negeri-negeri. Umumnya Perdana Menteri yang
menyetujui atau tidak perlantikan seseorang menjadi ketua menteri bagi
negeri-negeri di Semenanjung, dan sejak kebelakangan ini bagi Sabah
juga. Jelas sekali adanya pengaruh barisan pemimpin persekutuan ke
atas kerajaan-kerajaan negeri. Tambahan lagi, Kerajaan Persekutuan
menguatkan kawalan atas negeri-negeri melalui peruntukkan belanjawan
tahunan dan garispanduan menggubal dasar-dasar, yang sepatutnya di
bawah kerajaan-kerajaan negeri.

1
    Pilihanraya umum 8 Mac 2008 lalu telah menyaksikan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga
    di parlimen buat kali keduaya sejak 50 tahun. BN juga telah hilang lima negeri-negeri iaitu Kelantan, Pulau
    Pinang, Kedah, Selangor dan Perak kepada Pakatan Rakyat, iaitu gabungan tiga parti pembangkang terdiri
    dari Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) ) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS).
    Boleh dirujuk di laman web Malaysiakini http://www.malaysiakini.com dan banyak laman blog lainnya.



                                                      5
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




                                       Peta Malaysia

Suatu ketika dahulu, keseluruhan Semenanjung Malaysia dan Pulau
Borneo didiami oleh orang-orang asal yang mempunyai bahasa, adat resam,
budaya dan identiti yang unik. Adat atau sistem tadbiran tradisional sudah
wujud sebelum kedatangan mana-mana kuasa asing, yang mengiktiraf dan
menjamin hak-hak masyarakat orang-orang asal ke atas tanah dan cara
penggunaannya.

Berkurun dijajah oleh kuasa-kuasa asing kemudiannya kerajaan masyarakat
majoritas dengan undang-undang berkanun telah mengundurkan undang-
undang tradisional. Ketika pembangunan negara masih perlahan dan lebih
tertumpu di pusat-pusat bandar, terwujud percanggahan antara undang-
undang berlainan tetapi akibatnya tidak begitu ketara. Tetapi ketika kegiatan
pembalakan yang mencerobohi kawasan tanah adat orang-orang asal
berleluasa, turut diperkuatkan kuasa kerajaan negeri. Hari ini, perluasan
penempatan, pembinaan infrastruktur, projek-projek empangan, skim-
2
    Sumber: Laman web Kerajaan Negeri Sarawak http://www.sarawak.gov.my/content/view/5/10/.


                                                 6
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




skim pertanian komersial dan sebagainya semakin mencerobohi kawasan-
kawasan tanah adat. Hutan rimba ditebang kemudian hutan sekunder
diganti dengan tanaman ladang seperti getah, kelapa sawit dan pokok kayu
komersial. Lama-kelamaan kedua-dua sistem undang-undang berkanun
dan adat bercanggah dengan akibatnya semakin ketara dan kasar.

Dari segi ukuran, Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia. Luas tanah
Sarawak adalah 124,449.51km persegi, jadi hampir sama saiz Semenanjung
Malaysia sekitar 131,573km persegi. Sarawak dibahagikan kepada 11
buah bahagian pentadabiran, dengan Kuching sebagai ibu negeri dan
pusat pemerintahan Negeri Sarawak. Bahagian-bahagian lain termasuk
Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu,
Mukah dan Betong.

Tanah-tanih Sarawak boleh dikatakan kurang subur dan tak sesuai
untuk kegiatan pertanian. Hampir 70 peratus negeri ini dikelaskan
sebagai ‘berbukit-bukau’. Cuma sekitar 3.5 juta hektar dari keseluruhan
kawasan Sarawak yang secocok untuk pertanian. Namun, Sarawak telah
mengutamakan dan mengembangkan perladangan kelapa sawit sejak
awalan tahun 1990an,3 yakni isu yang menjadi tumpuan kajian ini.

            Jadual 1: Penduduk Sarawak Mengikut Suku Kaum
    Suku kaum                                        % penduduk
    Melayu                                                  23.0
    Iban                                                    30.1
    Bidayuh                                                  8.3
    Melanau                                                  5.6
    Orang-orang asal lain (misalnya Orang Ulu)               5.9
    Cina                                                    26.7
    Lain-lain                                                0.4
                                                                   Sumber: Jomo et.al. 2004:8

3
     Jomo et.al. 2004:149-150.



                                             7
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




Jumlah penduduk Sarawak pada tahun 2005 adalah 2.31 juta orang.4
Penduduknya terdiri daripada berbilang kaum terutama orang-orang asal
yang bertaburan di keseluruhan Pulau Borneo. Masyarakat asal telah wujud
sejak turun-temurun, masing-masing dengan adat resam, amalan tradisi,
budaya, bahasa dan identiti tersendiri. Malangnya kuasa penjajah British
dan Belanda muncul dan telah membahagi-bahagikan Pulau Borneo.

Secara rasmi dikatakan terdapat kira-kira 40 kelompok suku di Sarawak.
Istilah umum Dayak digunakan untuk merujuk kepada suku kaum orang-
orang asal Sarawak yang menurut tafsiran ini adalah masyarakat asal
Sarawak. Kebanyakan mereka tinggal di luar bandar walaupun bilangan
mereka sebagai penghuni bandar semakin meningkat.

                        Penduduk Sarawak mengikut suku kaum (%)




                                                                         Melayu
                                                                         uuay
                                                                         Iban
                                                                         Bidayuh
                                                                         Melanau
                                                                         Orang-orang
                                                                         asal lain
                                                                          Cina
                                                                         Lain-lain




                                                                  Sumber: Jomo et al. 2004:8


Sungguhpun Sarawak tidak pernah mengalami rusuhan perkauman
seperti yang telah berlaku di Semenanjung Malaysia pada tahun 1969,
namun saingan kekuasaan di Sarawak, bak di Semenanjung, mengikut
kaum dan terpengaruhi oleh gaya politik Parlimen Persekutuan.5 Usaha-
4
    Perangkaan Tahunan, 2005, Jabatan Perangkaan, Malaysia.
5
    Leigh 1974; Searle 1983; Wong 1983; Colchester 1992.


                                                 8
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




usaha awal oleh orang Dayak untuk menegaskan suasana yang bebas dari
kawalan pihak berkuasa persekutuan tidak diterima. Malahan Stephen
Kalong Ningkan, satu-satunya Ketua Menteri Sarawak berbangsa Dayak
telah dipecatkan daripada jawatannya pada tahun 1966 melalui pindaan
retrospektif (tinjauan kebelakang) perlembagaan untuk pemecatannya.

Semenjak itu, politik Sarawak dikuasai oleh golongan elit Melanau Muslim
yang kecenderungan mengagih keuntungan yang bersangkutan dengan
tanah, konsesi hutan, kontrak projek-projek pembangunan dan skim-skim
infrastruktur sesama orang-orang yang berkerabat dengan mereka. Mereka
juga ada kemampuan untuk menawan dengan apa jua caranya ahli-ahli
politik yang menentang Barisan Nasional. Kekuasaan mereka tidak
diancam oleh pihak berkuasa persekutuan selagi mereka terus menyokong
Barisan Nasional yang diketuai UMNO yang telah memerintah sejak
merdeka hingga sekarang. Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud juga
telah memegang jawatan secara berterusan melebihi 25 tahun walaupun
sesekali beliau pernah menerima bantahan dan cabaran.6

Akibatnya golongan Dayak, yang merupakan suku kaum terbesar dan
tertumpu di kawasan-kawasan luar bandar, tidak berdaya menguasai
politik kebangsaan maupun membuat keputusan perihal tanah. Kewujudan
parti politik Dayak yang bersemangat Dayak diserapkan dalam Barisan
Nasional dan tidak lagi secara bebas memperjuangkan hak-hak tanah
orang asal Dayak.




6
    Yu 1987.



                                      9
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




      3. Sistem Pemilikan Tanah dan Undang-
                      Undang


Telah dikatakan bahawa masyarakat adat Dayak merupakan majoritas dari
jumlah penduduk Sarawak. Kebanyakan mereka masih tinggal di kawasan-
kawasan pedalaman dengan cara penggunaan wilayah dan hak tanah yang
menjangkau ratusan tahun usianya. Sistem pentadbiran tradisi menurut
adat dengan kepercayaan, petua sosial, undang-undang adat dan amalan-
amalan tradisi. Pengekalan adat dari generasi ke generasi yang lain secara
lisan pada masa yang sama peraturannya fleksibel yakni boleh diubah atau
disesuaikan mengikut keadaan baru. Adat memberi hak kepada fahaman
orang Dayak mengenai pemilikan dan kawalan ke atas tanah adat seperti
terhadap sistem pembahagian, pewarisan dan pemindahmilikan tanah
antara anggota-anggota masyarakat, juga terhadap cara mewujudkan hak
dan siapa yang layak atau tidak layak menerimanya.

Sungguhpun butir-butir pemilikan tanah berbeza di antara suku kaum,
wujud juga unsur-unsur persamaan. Umpamanya, sesebuah masyarakat
adat dikatakan memiliki satu wilayah atau ‘menoa’ dalam sebutan Iban.
Sempadan wilayah lazim dikaitkan dengan sebatang sungai dari hilir ke
hulunya, dirunding bersama dan dipersetujui dalam mesyuarat maka rata-
rata masyarakat adat mengetahui sempadan wilayah antara satu kelompok
masyarakat dengan yang lain. Tanah wilayah ini tidak boleh dijadikan milik
orang seorang tetapi pemilikan hak secara bersama, merangkumi kawasan
hutan, sungai, anak sungai, tanah ladang dan sumber-sumber yang terdapat
di dalamnya. Jadi, tanah wilayah bukan alam fizikal sahaja. Yang lebih
penting berkait dengan tanah adalah pengalaman hidup di zaman silam
hingga masakini disulami dengan pelbagai metos, cerita dongeng, sejarah
kampung dan peristiwa-peristiwa. Maka tanah berkait rapat dengan
kehidupan masyarakat adat, menjadikan mereka sebagai sebahagian



                                         10
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




daripada alam. Dan daripada kaitan erat kehidupan masyarakat adat
dengan tanah lahirlah pemikiran tanah hakmilik masyarakat adat. Mana-
mana bahagian wilayah yang mewujudkan perselisihan atau memerlukan
penentuan sempadan yang lebih jelas ada tanda batu kasar atau kesan pada
pohon kayu. Umumnya, sempadan pembahagian dan penggunaan tanah
diketahui dan tidak sembarang dituntut, disebabkan persetujuan sepakat
terlebih dahulu.

Dalam lingkungan wilayah masyarakat, para individu dan keluarga dengan
persetujuan sebulat suara kampung boleh perolehi hak peribadi dengan
membuka hutan atau meneroka tanah berladang. Tanah itu kemudiannya
boleh dianggap sebagai kepunyaan individu atau keluarga untuk mereka
bercucuk tanam dan mencari pendapatan. Tanah ladang yang subur
terutama di kawasan rendah lebih kurang berkekalan tetapi ladang di
kawasan tinggi harus dibuat bergilir-gilir supaya daya hasilnya kekal. Hak
peribadi masih sah walaupun kebun dibiarkan untuk permukaan dihutankan
kembali dan zat bagi tanah membiak sebelum membuka semula hutan
untuk bercucuk tanam giliran baru. Kawasan terbiar untuk dihutankan
kembali diistilahkan sebagai ‘temuda’ dalam bahasa Iban dan adalah suatu
kaedah pertanian amat penting. Ianya juga suatu sistem penggunaan tanah
yang bijak dan cocok terutama di pedalaman Borneo kerana tanahnya
tidak subur untuk bercucuk tanam. Di samping itu, peraturan-peraturan
yang agak rumit menentukan siapa ada hak-hak pertama untuk meluaskan
kawasan ladangnya dan menuju arah mana. Lazimnya, sipemilik diberi
hak-hak pertama untuk meluaskan ladang berhala ke kawasan bukit dari
sungai, tapi tidak termasuk kawasan hulu sungai di sepanjang tebing
sungai. Sebabnya sungai sebagai jalan air yang utama adalah untuk
kepentingan bersama dan bukan penguasaan oleh sekumpulan orang atau
perkampungan sahaja. Sesetengah orang yang ladang terlalu jauh dari
rumahnya boleh mengharapkan tanaman mereka dijaga oleh orang lain
yang usahakan ladang dan tinggal di pondok ladang untuk tempoh yang
lama. Bahkan rumah kecil yang agak tahan, atau ‘dampa’ dalam bahasa



                                      11
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




Iban, didirikan di ladang yang jauh-jauh oleh mereka yang tinggal lama di
sana untuk berladang, jadi tempat tidur lebih selesa.

Tanah milikan individu atau keluarga boleh diturunkan kepada waris yang
jelas terputus dalam adat tetapi sistem warisan berbeza bagi berlainan orang.
Hak terhadap tanah itu terjamin selagi keluarga atau ahli-ahlinya masih
mengerjakan tanah itu atau masih duduk berdekatan jika tidak bersama
masyarakat mereka. Bagi mengekalkan hak terhadap tanah, diwajibkan di
bawah hukum adat bahawa pemilik-pemiliknya mengekalkan hubungan
persaudaraan dengan masyarakat, misalnya, dengan bermalaman di rumah
panjang untuk jumlah hari-hari tertentu dalam setahun. Sekiranya sesebuah
keluarga dianggap sudah meninggalkan tanahnya, tanah tersebut berbalik
kepada milikan bersama untuk pembahagian semula kepada keluarga baru
atau anggota-anggota masyarakat yang lain. Prinsip seperti ini sangat
penting, dan pada pokoknya, masyarakat yang menentukan hak atas tanah
adat, sekalipun hak individu atau keluarga boleh diperolehi melalui warisan,
pembukaan, penempatan dan penggunaan tanah tertentu. Peraturan-
peraturan adat menentukan cara bagaimana tanah milikan peribadi atau
keluarga boleh pindah milik di antara orang-orang tertentu dan ciri-ciri
peraturannya pula berbeza. Kecuali pajakan dan pindah milik sementara
dibenarkan, umumnya tanah adat tidak boleh dijual kepada orang luar.7

Sistem hak-hak adat nampaknya telah mengalami perubahan dalam
tempoh 60 tahun yang lalu. Apabila jumlah penduduk bertambah dan
pengaruh-pengaruh pasaran semakin kuat, sempadan-sempadan kampung
juga memecah bahagi oleh kerana rumah panjang baru berpisah dari
masyarakat-masyarakat induk. Sementara itu juga terdapat wilayah-wilayah
yang pada suatu ketika dahulu merangkumi beberapa buah rumah-rumah
panjang hari ini jelaslah seperti penempatan masing-masing. Oleh kerana
penglibatan dalam ekonomi tunai semakin pesat, ladang-ladang milikan
individu dan keluarga juga dibuat ladang getah, koko, lada dan beberapa
tanaman lain untuk pasaran dan bukan penggunaan segera. Di sesetengah
7
    Richards 1961; Sandin 1980; Hong 1987; Colchester 1992.


                                                12
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




tempat, tanah ‘menoa’ yang tidak dijamin dengan hak milikan persendirian
hampir-hampir pupus, apatah lagi hampir keseluruhan wilayah masyarakat
adat telah dibahagikan kepada bahagian-bahagian kecil menjadi kawasan-
kawasan dengan hak sendiri. Jualbeli tanah mula beroperasi di beberapa
kawasan. Walaupun ada pandangan yang mengatakan perubahan-perubahan
ini menandakan adat sudah tidak berfungsi lagi, tidak salah dari pandangan
lain mengatakan adat berdaya hidup dan membuat penyesuaian.

Adat Resam, Tanah dan Pentadbiran

Secara keseluruhannya, Malaysia mempunyai suatu sistem undang-undang
yang majmuk. Maknanya, beberapa badan undang-undang diiktiraf
sebagai sah di negara ini. Adat resam juga diiktiraf di bawah Perlembagaan
Persekutuan. Pemimpin-pemimpin tradisional seperti ketua kampung,
penghulu dan pemancha juga diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
Malahan mereka diberi elaun kecil kerana menjalankan tugas-tugas
menyokong kedaulatan undang-undang, dalam bidang kuasa pentadbiran
dan adat. Nyata di Sarawak, seperti juga di Sabah, sebahagian besar urusan
harian di bawah bidang kuasa adat. Mahkamah Adat yang secara rasmi
diiktiraf juga mempunyai bidang kuasa menyelesaikan pertikaian, dan hari
ini masih diguna-pakai dalam pentadbiran hal-ehwal tempatan termasuk
pertikaian tanah di dalam dan antara kampung-kampung dan juga kadang-
kala dengan pihak luar.8 Dengan demikian adat resam masih berjiwa dan
merupakan sumber hak-hak yang cergas di Sarawak, baik dari segi amalan-
amalan maupun undang-undang.

Bagaimanapun, dalam pentadbiran tanah, sejak dari zaman penjajah nyata
terdapat percanggahan dalam hal ini. Dari satu segi, pihak berkuasa negeri
menghormati adat resam, menyokong sistem hak adat dan melindungi tanah
adat dari eksploitasi orang luar. Dari segi lain, pihak berkuasa negeri cuba
membatas hak-hak adat dengan beberapa cara. Pertama ialah menghalang
8
    Phelan 2003.



                                         13
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




amalan pertanian berpindah-randah yang dianggap membazirkan tanah,
merosakkan alam sekitar dan melembabkan pembangunan ekonomi.
Kedua ialah memujuk orang-orang Dayak supaya tinggal tetap di suatu
perkampungan, menanam tanaman kekal yang boleh dipasarkan dan
berhenti cara hidup suka berpindah-randah. Ketiga ialah pihak berkuasa
negeri mengambil kawasan-kawasan ‘kosong’ atau ‘terbiar’ yang bersabit
hak-hak adat, untuk diisytiharkan sebagai ‘tanah kerajaan’ (tanah awam
tanpa pemilik peribadi atau masyarakat). Keempat ialah mewartakan
sesetengah kawasan terutamanya hutan tanah tinggi sebagai Hutan
Rezab dan Kawasan Terlindung dan tatacara-tatacaranya dibuat dan
dikuatkuasakan secara unilateral, atau oleh sepihak sahaja, kemudian
daripada itu membatasi atau menghapuskan hak-hak adat atas kawasan-
kawasan tersebut. Yang terakhir, berkait dengan isu yang dibincang secara
terperinci dalam laporan ini, pihak berkuasa negeri, melalui berbagai-bagai
cara, mengambil tanah yang luas untuk dijadikan ladang-ladang. Kesemua
strategi-strategi dengan matlamat membatasi hak-hak tanah orang-orang
asal telah menimbulkan bantahan dan konflik.9

Bagi melindungi dan mengawal hal-hal berkaitan dengan tanah, dan
menggalakkan peralihan ke satu sistem kegunaan tanah yang lebih
‘moden’, kerajaan penjajah telah mewujudkan sistem pengkelasan tanah
mengikut kategori tertentu.10 Tanah terutamanya di kawasan pantai
diwujudkan sebagai Tanah Zon Campuran (Mixed Zone Lands) yang
boleh dijualbeli secara bebas dan surat hakmilik tanah individu melalui
satu sistem pendaftaran tanah yang dinamakan Sistem Torrens dan juga
kajian kadastra ke atas tanah. Sesiapa jua yang tinggal di Sarawak tidak
kira orang asal atau bukan orang asal boleh memiliki tanah jenis ini. Tanah
di kawasan Orang Asal (Native Area Lands), juga tanah terutamanya di
kawasan pantai, khas untuk orang asal dan digalakkan pemilikan tanah
melalui geran individu. Jualbeli tanah ini terhad, ertinya orang bukan asal
tidak dibenarkan memiliki tanah di kawasan-kawasan ini bagi memastikan
9
     Untuk bacaan lanjutan lihat Hong 1987; Colchester 1992.
10
     Ordinan (Pengkelasan) Tanah 1948.



                                                   14
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




orang-orang asal tidak dipergunakan atau ditipu oleh pembeli-pembeli
tanah yang serba tahu tentang pasaran. Kerajaan juga boleh mewartakan
sesuatu kawasan sebagai Kawasan Rezab Masyarakat Adat (Native
Communal Reserves) dan dikawal oleh undang-undang adat. Tanah Adat
Orang Asal (Native Customary Lands) merangkumi kawasan-kawasan
di mana sistem pemilikan tanah mengikut adat tetapi cenderung kepada
tafsiran hak adat asal (NCR) yang terbatas, seperti diterangkan di bawah.
Satu kategori lain ialah Tanah di Kawasan Pedalaman (Interior Area
Lands) tetapi hak-hak dan kegunaan di bawah kategori ini kurang jelas.
Kategori terakhir ialah Tanah Rezab (Reserved Lands) merangkumi semua
tanah-tanah digazetkan untuk kegunaan tertentu seperti hutan simpan,
kawasan terlindung dan sebagainya. Sistem pengkelasan tanah penjajah ini
dikekalkan oleh kerajaan yang dibentuk selepas kemerdekaan dan dipakai
sehingga ke hari ini.

Kes-kes yang dibincangkan di Bab 5 dan Bab 6 berikutnya berkaitan
dengan kawasan-kawasan dipertikaikan seperti dimasukkan dalam
kategori-kategori tanah tersebut di atas. Contohnya, orang-orang asal
menganggap kawasan-kawasan mereka sebagai Tanah Adat manakala
kerajaan mengatakan ianya Tanah di Kawasan Pedalaman dan secara
mungkir dianggap tanah kerajaan. Contoh lainnya ialah kerajaan mungkin
menerima sesetengah kawasan termasuk dalam kategori Tanah Adat tetapi
pada masa yang sama membangunkan kawasan-kawasan itu menjadi
perladangan melalui ‘Penyatuan dan Pemulihan Tanah’ dengan matlamat
jangka panjang mentakrifkan tanah tersebut sebagai Tanah di Kawasan
Orang Asal di bawah geran peribadi.

Hak-hak Adat dan Kanun Tanah Sarawak

Raja Brooke memerintah Sarawak kira-kira seratus tahun (1840-1946).
Apabila berkuasa, undang-undang diperkenalkan tetapi tentang hak-hak
tanah tidak dengan jelas. Pada waktu itu Raja Brooke mengisytiharkan hak


                                      15
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




milik ke atas wilayah mereka, yang mula menguasai di beberapa bahagian
sekitar Kuching dan lama kelamaan menguasai seluruh Sarawak. Mereka
juga ada niat melindungi hak-hak orang asal. Sedapat-dapatnya Pegawai-
Pegawai Daerah membenarkan pihak berkuasa masyarakat adat dan
Mahkamah Adat menyelesaikan pertikaian tanah, dan hanya campurtangan
apabila bantuan mereka diperlukan untuk menyelesaikan masalah-
masalah yang lebih rumit. Apabila memutuskan perbicaraan di Mahkamah
Adat, Pegawai-Pegawai Daerah ini merujuk kepada adat. Mereka mula
menyimpan rekod-rekod tentang sempadan masyarakat adat di daerah
masing-masing yang kemudian dijilid dan disimpan dalam pejabat daerah,
dinamakan Boundary Book (Daftar Sempadan). Urusetia Pusat memberi
arahan bagaimana menentukan sempadan-sempadan kesemua kampung,
merangkumi juga kawasan-kawasan berladang dan kawasan-kawasan
hutan asli untuk perluasan dan keperluan rezeki.11 Walaupun sesetengah
Boundary Book terhapus dalam Perang Dunia Kedua, namun ianya
berguna sehingga tahun 1950an dan khususnya di kawasan Baram masih
dilengkapkan dan dirujukkan dalam penyelesaian pertikaian sehingga
tahun 1970an. Buku-buku ini juga dipamerkan sebagai bukti dalam kes-
kes mahkamah baru-baru ini.

Sarawak diserahkan kepada pihak British selepas tamatnya Perang Dunia
Kedua. Dalam Instrument of Cession, atau Suratcara Penyerahan, terdapat
satu fasal penting ‘savings clause’ memaklumkan pengalihan kuasa
daripada Raja Brooke termasuk majlis dewan, pihak berkuasa negeri dan
pemerintahan Sarawak kepada Mahkota British ‘tetapi tertakluk kepada
hak-hak individu dan hak adat orang asal yang wujud’. Sungguhpun
begitu, apabila pentadbiran pihak Inggeris berkuasa (1946-1963), pelbagai
undang-undang diwujudkan demi untuk mengetatkan tafsiran hak-hak
adat.12 Undang-undang ini disatukan sebagai Kanun Tanah 1958 dan hari
ini merupakan undang-undang tanah yang utama di Sarawak termasuk
pindaan-pindaannya dari semasa ke semasa.
11
     Sekretariat Raja Brooke telah mengeluarkan sepucuk surat yang dinamakan Circular No 12/1939 mengenai
     hal ini dan perbincangan lanjutan boleh didapati dalam Colchester 1992:70-71.
12
     Porter 1968.


                                                   16
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




Antara aspek-aspek yang termaktub dalam Kanun Tanah Negeri Sarawak
termasuklah bagaimana Rezab Orang-Orang Asal mengikut undang-
undang adat septatunya diwujudkan. Dikatakan rezab-rezab ini diwujudkan
atas tanah kerajaan tetapi sebenarnya tidak terlaksana. Kanun Tanah juga
mengiktiraf hak NCR. Seperti di bawah Seksyen 5(2), hak NCR diwujudkan
secara sah dengan cara-cara berikut:

-     menerokai hutan dara dan menduduki tanah yang sudah dibuka;
-     menanam pokok buah-buahan di atas tanah berkenaan;
-     menduduki tanah yang dikerjakan itu;
-     menggunakan tanah sebagai tapak perkuburan atau sembahyang;
-     menggunakan tanah sebagai hak laluan perjalanan; dan
-     mana-mana cara lain yang sah.

Asas andaian-andaian yang menyokong undang-undang penjajah ini dapat
dipersoalkan. Pertamanya, undang-undang ini sengaja tidak menyebut atau
mengecualikan kawasan wilayah yang lebih luas, yang melampaui had
tanah ladang dan sebagainya, dimiliki menurut hukum adat dan diiktiraf
dalam Boundary Book dan keputusan Mahkamah Adat. Tambahan lagi, di
bawah Kanun Tanah 1958 dan akta sebelumnya iaitu Ordinan Pengkelasan
Tanah 1948, andaiannya bahawa kerajaan penjajah ada hak pemilik atas
tanah itu. Jadi, walaupun kerajaan membenarkan hak NCR diwujudkan
atas Tanah di Kawasan Pedalaman, mereka menganggap hak ini sebagai
hak gunapakai berlesen atas tanah kerajaan sahaja.

Selepas kemerdekaan, kerajaan negeri Sarawak membuat pindaan-pindaan
dalam undang-undang tanah yang selanjutnya menyekat hak-hak adat.
Misalnya, melalui pindaan 1994 Menteri yang bertanggungjawab atas
hal-ehwal tanah mempunyai bidang kuasa menghapuskan hak NCR atas
tanah.13 Selepas pindaan 1996, beban membukti menjadi tanggungjawab
13
     Sebenarnya peruntukan ini terkandung dalam undang-undang dan sememangnya pihak berkuasa negeri
     mengiktiraf hak adat orang asal di mana hak ini belum dihapuskan sehingga saat berlakunya pindaan-
     pindaan menafikan hak-hak sedemikian (lihat perbincangan berikutnya).



                                                  17
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




pendakwa orang asal atas andaian bahawa tanah adalah milikan kerajaan.
Pada tahun 2000, Kanun Tanah (Pindaan) membuang kata-kata ‘mana-
mana cara lain yang sah’ pada Artikel 5.14 Undang-undang lain diwujudkan
untuk mengetatkan tuntutan-tuntutan terhadap tanah adat. Contohnya
pada tahun 1987, adalah menjadi kesalahan membuat benteng di jalanraya
syarikat pembalakan dan perladangan, walaupun jalanraya-jalanraya
tersebut menceroboi kawasan-kawasan yang dituntut oleh orang-orang asal
sebagai tanah adat. Juga, pada 1997, ekoran dari keputusan kes mahkamah
yang nyata berpihak kepada sebuah masyarakat adat dan tuntutan NCR
mereka, Kerajaan Sarawak dengan segera telah meluluskan suatu undang-
undang mengharamkan masyarakat-masyarakat adat membuat pemetaan
tanah-tanah adat untuk kegunaan dalam mahkamah.

Kerajaan pihak penjajah atau kerajaan Sarawak selepas kemerdekaan telah
mengetatkan dan menghadkan NCR secara beransur-ansur. Niat mereka
jelas. Contoh yang baik ialah Kanun Tanah 1958 dengan peruntukan yang
memperkatakan bahawa kesemua lanjutan tempoh hak NCR tanpa permit
telah dibekukan selepas 1 Januari 1958.15 Kemudian kerajaan mengarahkan
pegawai-pegawai daerah supaya berhenti mengeluarkan permit-permit
tersebut. Pandangan kerajaan ialah masyarakat adat kehilangan hak NCR
atas tanah-tanah ladang yang diwujudkan selepas 1 Januari 1958 melainkan
dengan bukti permit telah diberikan secara sah selepas tarikh ini.

Kesimpulannya, undang-undang perihal tanah dan hak NCR diketatkan
secara berperingkat-peringkat melalui definisi NCR dan peraturan-
peraturan mewujudkannya yang terbatas. Ini termasuk memudahkan
penghapusan hak NCR, memberi hak mutlak kepada kerajaan menentukan
kadar pampasan, membatasi kebebasan bergerak orang-orang asal dan
meningkatkan denda sekiranya gagal mematuhi undang-undang pihak
berkuasa negeri.16
14
     Tetapi Mahkamah telah memutuskan bahawa pemakaian undang-undang secara tinjauan kebelakang tidak
     boleh digunakan.
15
      Sebenarnya sekatan-sekatan ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 1955 di bawah Ordinan (Pengkelasan)
     Tanah 1955 (Dengan Pindaan).
16
      IDEAL 1999.

                                                   18
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




Kerajaan Sarawak, dalam beberapa dokumen-dokumen dan kenyataan-
kenyataan rasmi, pernah mengaku bahawa kawasan seluas 1.5 juta hingga
2.8 juta hektar dari keseluruhan Sarawak cenderung kepada hak-hak NCR.
Tetapi kedudukan dan keluasan sebenar kawasan-kawasan yang dikatakan
oleh kerajaan cenderung kepada NCR belum pernah dimaklumkan untuk
pengetahuan umum. Jadi kebanyakan masyarakat-masyarakat adat
tidak pasti kalau-kalau kawasan yang mereka anggap hakmilik mereka
mengikut undang-undang adat diberi pengiktirafan oleh kerajaan sebagai
kawasan NCR. Kekaburan inilah yang menyebabkan ramai orang-orang
asal menganggap tanah-tanah adat mereka sebagai ‘Hak Adat Asal’ (NCR)
atau ‘Tanah-Tanah dengan Hak Adat Asal’, sungguhpun istilah-istilah
ini mengikut Kanun Tanah Negeri Sarawak sebenarnya lebih terbatas
maknanya.

Kes-kes Menyangkut Hak Tanah di Mahkamah

Perbezaan tanggapan tentang hak-hak adat di antara orang-orang asal dan
‘hak adat orang asal’ mengikut tafsiran kerajaan di bawah Kanun Tanah
telah menimbulkan banyak kes-kes pertikaian tanah. Banyak daripada
kes-kes ini telah dibawa ke mahkamah. Bab-bab 5 dan 6 akan mengkaji
beberapa kes bersangkut-paut dengan pengembangan perladangan kelapa
sawit. Kita lihat sekarang secara ringkas beberapa rumusan utama dan
hasil penenuan mahkamah tentang tanah amnya.

Ketika mengadili kes-kes pertikaian tanah baik di Sarawak atau di
Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur, keputusan hakim-hakim bukan
sahaja menimbangkan Kanun Tanah dan undang-undang tanah lain di
Sarawak, bahkan juga Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang
negara dan negeri yang lain. Mengikut Akta Tafsiran Undang-Undang 1957
dan 1958, ‘Undang-Undang’ di Malaysia ‘termasuklah undang-undang
bertulis, undang-undang umum yang lazim digunakan di Persekutuan dan


                                     19
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




mana-mana bahagiannya, dan apa-apa adat resam atau amalannya menurut
undang-undang di Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.’ Begitu juga
di Sarawak, selepas penyerahannya kepada pihak Inggeris pada tahun 1946,
pihak berkuasa Sarawak turut meluluskan Application of Law Ordinance
1949 di mana undang-undang umum Inggeris diterima pakai di Sarawak
‘tertakluk kepada syarat ianya bersesuaian dengan keadaan tempatan
dan adat resam orang-orang asal.’17 Ini bermakna mahkamah-mahkamah
di Sarawak dan keseluruhan Malaysia boleh menimbang penemuan
mahkamah-mahkamah lain yang merujuk kepada undang-undang umum
Inggeris dan mengubahsuaikan kepada kenyataan dan undang-undang
adat di Sarawak. Maka ini menunjukkan mereka menerima pakai badan-
badan perundangan tentang hak-hak orang asal yang sempurna maju dari
Nigeria, New Zealand, Australia, Kanada dan Afrika Selatan, serta juga
penghakiman yang telah diputuskan di Majlis Privi di England.

Mahkamah-mahkamah di Sarawak dan Malaysia telahpun membuat
keputusan dengan merujuk pada contoh undang-undang duluan,
pemahaman para hakim sendiri tentang undang-undang adat, pendakwaan
orang-orang asal sendiri dan sokongan peguam-peguam yang membuat
rayuan bagi pihak orang-orang asal. Umpamanya kes mahkamah berkaitan
dengan tanah NCR di Sarawak, Nor Ak Nyawai  Ors v Borneo Pulp
Plantation Sdn Bhd  Ors [2001] 2 CLJ 769, Hakim perbicaraan telah
merujuk pada kes Mabo v State of Queensland (1992) 66 ALJR 408. Bagi
kes Adong bin Kuwau  51 Ors v The Government of Johore [1997] 1
MLJ 418 di Semenanjung, juga turut merujuk pada kes Mabo. Yang Arif
Tuan Hakim berkata:

        This journey through history is necessary because, and it is
        common ground - arising from the decision in Mabo v State of
        Queensland (1992) 66 ALJR 408 which was followed in Adong
        bin Kuwau  51 Ors v The Government of Johore [1997] 1 MLJ
        418 and which decision was affirmed by the Court of Appeal
17
     Dibincangkan dalam Bulan 2006:47.


                                         20
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




    ([1998] 2 MLJ 158) - the common law respects the pre-existing
    rights under native law or custom though such rights may be
    taken away by clear and unambiguous words in a legislation. I
    am of the view that is true also of the position in Sarawak.

    [Perjalanan melalui sejarah ini berguna kerana, dan ini titik
    persamaannya – berbangkit dari keputusan dalam kes Mabo v State
    of Queensland (1992) 66 ALJR 408 kemudiannya kes Adong bin
    Kuwau  51 Ors v The Government of Johore [1997] 1 MLJ 418 di
    mana keputusannya disahkan dalam Mahkamah Rayuan ([1998] 2
    MLJ 158) – undang-undang umum menghormati hak-hak sudah
    diwujudkan terdahulu di bawah undang-undang adat atau adat
    resam walaupun hak-hak tersebut boleh dibatalkan dengan mudah
    oleh perkataan-perkataan yang jelas dan tepat dalam perundangan.
    Pada pandangan saya, adalah benar bahawa pendirian Sarawak sama
    seperti ini juga.]

Di dalam kes Adong bin Kuwau  51 Ors v The Government of Johore
[1997], Yang Arif Tuan Hakim, setelah merujuk kepada pelbagai kes
dalam bidang kuasa perundangan lain yang menyokong hak-hak adat,
merumuskan bahawa hak-hak ke atas tanah nenek moyang ‘Orang Asli’
memang dilindungi oleh undang-undang umum. Pada halaman 430
penghakimannya, Yang Arif berkata:

    My view is that, and I get support from the decision of Calder’s
    Case and Mabo’s Case, the aboriginal peoples’ rights over the
    land include the right to move freely about their land, without
    any form of disturbance or interference and also to live from the
    produce of the land itself, but not to the land itself in the modern
    sense that the aborigines can convey, lease out, rent out the land
    or any produce therein since they have been in continuous
    and unbroken occupation and/or enjoyment of the rights of



                                     21
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




      the land from time immemorial. I believe this is a common
      law right which the natives have and which the Canadian and
      Australian Courts have described as native titles and particularly
      the judgment of Judson J in the Calder’s Case at page 156 where
      His Lordship said the rights and which rights include ‘... the
      right to live on their land as their forefathers had lived and that
      right has not been lawfully extinguished......’ I would agree with
      this ratio and rule that in Malaysia the aborigines common law
      rights include, inter alia, the right to live on their land as their
      forefathers had lived and this would mean that even the future
      generations of the aboriginal people would be entitled to this
      right of their forefathers.

      [Pada pandangan saya, dan disokong oleh keputusan-keputusan kes
      Calder dan kes Mabo, hak-hak orang asli ke atas tanah termasuklah
      hak untuk bebas bergerak atas tanah berkenaan tanpa sebarang
      gangguan atau campurtangan dan juga perolehi sumber sarahidup
      dari hasil-hasil tanah, tetapi tidak dari tanah itu sendiri dalam ertikata
      moden di mana orang asli boleh memindahkan hak, memajak atau
      menyewa tanah atau hasil-hasil darinya oleh kerana mereka telah
      berterusan dan tak putus menduduki dan/atau menikmati hak-
      hak ke atas tanah semenjak zaman silam. Saya percayai bahawa
      ini ialah hak undang-undang umum yang orang asli terdapat dan
      yang Mahkamah-Mahkamah Kanada dan Australia memaklumkan
      sebagai hakmilik asli terutamanya penghakiman Judson J di dalam
      kes Calder di halaman 156 di mana Yang Arif Tuan Hakim berkata
      hak-hak dan jenis hak-hak termasuklah ‘... hak untuk menetap atas
      tanah mereka sebagaimana nenek moyang mereka menetap dan
      hak tersebut dari segi undang-undang tidak pernah dimansuhkan ...’
      Saya memang bersetuju dengan perhitungan dan peraturan ini
      dan bahawasanya di Malaysia hak-hak hukum adat orang-orang
      asal termasuk, antaranya, hak untuk menetap atas tanah mereka
      sebagaimana nenek moyang mereka menetap memberikan

                                         22
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak



        maksud bahawa generasi-generasi orang-orang asal masa depan
        juga berhak untuk memperolehi hak yang sama seperti nenek
        moyang mereka.]

Berkenaan dengan kes Kerajaan Negeri Selangor  Ors v Sagong Tasi 
Ors [2005] 4 CLJ 169, Yang Arif Presiden Makhamah Rayuan Malaysia
juga merujuk kepada Kes Adong dan Yang Arif berkata: ‘Sudah terlambat
bagi pihak yang didakwa untuk melawan dan mengatakan undang-undang
umum kita tidak memberi pengiktirafan kepada hakmilik adat orang asli’.

Penemuan-penemuan ini tidak menyenangkan Kerajaan Negeri Sarawak.
Malahan Ketua Peguam Negeri, selaku peguambela bagi pihak Kerajaan
Negeri yang didakwa dalam banyak kes-kes, masih guna-pakai tafsiran Hak
Adat Orang-Orang Asal mengikut kerajaan penjajah kemudian kerajaan
Sarawak yang terbatas ertinya. Beliau perdebatkan bahawa undang-
undang bertulis diutamakan dari fahaman-fahaman undang-undang umum.
Selain itu, pemerintah penjajah dan pihak berkuasa negeri sekarang,
melalui peruntukan tanah untuk tujuan-tujuan lain secara berkesan telah
menghapuskan hak-hak-adat, melainkan yang ditetapkan sebagai sah di
bawah undang-undang negeri.18
Pihak mahkamah, bagaimanapun, terus memberi penghakiman sendiri.
Misalnya penghakiman terbaru berkaitan kes Madeli Salleh v Penguasat
of Lands  Surveys  Anor [2005] 3 CLJ 697 di Mahkamah Persekutuan
pada bulan Oktober 2007 mengesahkan semula bahawa prinsip undang-
undang umum berkuatkuasa di Sarawak. Ini bertentangan dengan hujah-
hujah Ketua Peguam Negeri Sarawak. Mahkamah peringkat tertinggi di
Malaysia juga mengesahkan bahawa di Sarawak, hak ke atas tanah kekal
bagi masyarakat-masyarakat adat, sekalipun tanah itu telah direzab atau
digazet di bawah arahan kerajaan untuk tujuan lain. Dari kes ini, didapati
18
       Taklimat Peguam Besar Negeri Sarawak menerangkan kedudukan undang-undang diterima oleh
     Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) (Ketua Peguan Negeri 2007) dan laporan ini
     terkandung dalam laman web: http://www.rengah.c2o.org/assets/pdf/de0157a.pdf. Kedudukan Undang-
     Undang Peguam Besar Negeri Sarawak telah ditolak oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
     Sarawak melalui suatu Kertas Kerja, dan teks penuhnya boleh didapati di :http://www.rengah.c2o.org/
     assets/pdf/de0162a.pdf.


                                                   23
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




kerajaan tidak secara jelas menghapuskan hak-hak pemilik sebelumnya
dan tidak membayar pampasan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Maka itu, Hak Adat Orang Asal (NCR) atas tanah tetap sah.

Perkembangan Perladangan dan Undang-Undang

Implikasi penghakiman ini dan yang lain bagi pengusaha-pengusaha tanah
di Sarawak adalah bermacam-macam. Hal pertama, jelas bahawa hak-
hak adat orang-orang asal adalah bebas dari sebarang tindakan atau geran
diberi oleh pihak berkuasa negeri. Mereka menikmati hak ini terdahulu
sebelum kewujudan Negeri Sarawak dan hak-hak ini terus wujud hingga
sekarang. Keduanya, hak-hak ini kekal melainkan dan sehingga diserahkan
atau dibatalkan dengan persetujuan tentang proses perundangan dan
bayaran pampasan. Ketiganya, tanpa proses yang sepatutnya, kedua-dua
pelabur dan syarikat yang berniat membangunkan tanah-tanah, misalnya
untuk projek perladangan di Sarawak, tidak boleh menyangkal hal bahawa
kawasan itu cenderung kepada hak adat orang asal. Biarpun ada lesen,
suratpajak atau permit daripada kerajaan Sarawak untuk membuka projek
perladangan, dari segi undang-undang ini tidak memberi jaminan bahawa
tanah itu tidak terbabit dengan tuntutan-tuntuan lain.

Penghakiman-penghakiman ini mencerminkan bahawa Sarawak menuju ke
arah yang sama dalam tafsiran tentang hak-hak orang-orang asal menurut
Undang-Undang Antarabangsa. Sebagaimana dalam perbincangan Bab 8,
peraturan-peraturan dalam undang-undang turut diterima oleh Roundtable
on Sustainable Palm Oil (RSPO), atau Meja Bulat mengenai Minyak Sawit
Berlanjutan yang mengalakkan amalan terbaik dalam industri ini mengikut
peraturan-peraturan dan standard-standard antarabangsa. Syarikat-syarikat
perladangan harus berurusan dengan orang-orang asal secara adil saksama
dan menghormati hak-hak mereka. Kegagalan berbuat demikian membawa
risiko kepada operasi dan pelaburan mereka.



                                         24
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




          4. Sektor Pengeluaran Minyak Sawit di
                        Malaysia

Pembangunan perladangan secara besar-besaran bermula di Semenanjung
Malaysia (dulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Tanah Melayu)
pada hujung abad ke-19. Menjelang tahun 1925 hampir satu juta hektar
kawasan hutan dibersihkan dan ditanami dengan pokok getah.19 Kemudian
penanaman kelapa sawit diperkenalkan, terutama selepas kemerdekaan
di mana pengembangan perladangan secara besar-besaran menjadi teras
pembangunan negara. Sejak itu, perladangan kelapa sawit meliputi hampir
keseluruhan keluasan Semenanjung.

Sehingga tahun 2006, nilai ekspot dari industri minyak sawit di Malaysia
mencapai rekod tertinggi dengan RM31,8 bilion,20 manakala pengeluaran
minyak kelapa sawit mentah meningkat sebanyak 6.1% atau 15.9 juta tan.
Industri ini telah menetapkan sasaran hasil pengeluaran sebanyak 16.5 juta
tan bagi tahun 2007. Jumlah kawasan yang kini ditanami dengan kepala
sawit sebanyak 4.2 juta hektar (berbanding dengan 2 juta hektar pada
2000), di mana 2.3 juta hektar di Semenanjung Malaysia, 1.24 juta hektar
di Sabah dan 600,000 hektar di Sarawak.21

Perkembangan perladangan di Sabah dan Sarawak tidak secepat di
Semenanjung. Namun begitu, kekurangan tanah di Semenanjung telah
mengalihkan perhatian ke kedua-dua negeri ini untuk memajukan industri
perladangan dan pelaburan dalam tanaman kelapa sawit. Pada tahun 2006,
kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak mencatat kadar pengembangan
perladangan sebanyak 4.5% berbanding dengan 1.6% di Semenanjung
19
      Jomo et al. 2004:26.
20
     2006 ekspot minyak sawit mencatat rekod tertinggi sebanyak RM31.8 bn, The New Straits Times – Business
     Times, 11th January 2007, boleh dirujuk di laman web: http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/
     Thursday/Frontpage/BT338868.txt/Article/
21
     ‘Kempen menentang sikap negatif terhadap minyak sawit’25 Julai 2007, The Star Online disemak pada 25 Julai
     2007 http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/6/25/nation/20070625184355sec=nation.



                                                      25
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




Malaysia. Hari ini keluasan kawasan perladangan di kedua-dua negeri
ini seluas 1.83 juta hektar atau 44% dari jumlah keluasan bagi seluruh
Malaysia ditanam dengan tanaman kelapa sawit.

Dari segi pengeluaran minyak sawit mentah, Sabah dan Sarawak
menghasilkan kira-kira 6.91 juta tan, atau 43% daripada jumlah keseluruhan
15.9 juta tan yang dikeluarkan oleh Malaysia pada tahun 2006.22 Kira-
kira 12.6% daripada jumlah keseluruhan 33.01 juta hektar kawasan tanah
di Malaysia ditanami dengan tanaman kelapa sawit. Daripada jumlah
keluasan lebih kurang 600,000 hektar yang ditanam dengan kelapa sawit
sekarang, Sarawak berhasrat mencapai sasaran sebanyak 1 juta hektar
pada tahun 2010 dengan sasaran sebanyak 400,000 hektar terdiri daripada
tanah adat orang asal.23 Tanaman kelapa sawit dijangka meliputi hampir
2/3 daripada jumlah keluasan 6 juta hektar yang telah diperuntukkkan
untuk pengembangan pertanian antara tahun 2000 dan 2010 di bawah
Rancangan Pertanian Kebangsaan yang ketiga. Keluasan kawasan tanaman
kelapa sawit didorong lagi oleh dasar-dasar negara dan antarabangsa untuk
memajukan kelapa sawit sebagai ‘bahan bakar bio’. Dasar Biofuel Negara
secara rasmi telah menetapkan sasaran dalam lima sektor terpengaruh
untuk penggunaan bahan bakar iaitu pengangkutan, industri, teknologi,
ekspot dan untuk mencapai alam sekitar yang dikatakan lebih murni.
Pencampuran 5% minyak sawit yang diproses dengan setiap disel negara
dijangka dapat mewujudkan pasaran tempatan baru untuk 500,000 tan
minyak sawit setahun. Jumlah ini kira-kira 40%-50% daripada keseluruhan
stok minyak sawit semasa di negara ini.24




22
     ‘Sabah dan Sarawak bersiap sedia untuk pembangunan’ 3 Julai 2007, The Star Online, disemak pada 3 Julai
     2007 http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/7/3/business/18178105sec=business.
23
       Kementerian Kemajuan Tanah Negeri Sarawak. Laman web: http://www.mlds.sarawak.gov.my/
     background/b_1.htm
24
      Kementerian Perindustrian Perladangan dan Komoditi, 21 Mac 2006, lihat www.palmoil.com.



                                                    26
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




      Rajah 1: Trend Ekspot Minyak Sawit Malaysia (001–007)5

Sasaran yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah bagi kandungan bio diesel
bercampur dengan bahan bakar adalah 5.75% bio diesel pada 2010 dan
10% menjelang tahun 2020.26 Ini dijangka melonjak ekspot minyak sawit
dari Malaysia, di samping dari negara-negara pengeluar besar lain dan para
pelanggan lama Kesatuan Eropah.27
25
     ‘Ekspot minyak sawit tahun ini dijangka melebihi sasaran RM35 bilion’, 27 Julai 2007, New Straits Times
     – Business Times Online, disemak pada 27 Julai 2007
     http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Friday/Nation/35b.xml/Article/.
26
      ‘Sweden: Kesatuan Eropah harus menghapuskan cukai impot bahan bakar bio’, 16 Julai 2007, The New
     Straits Times – Business Times Online, disemak pada 16 Julai 2007 http://www.btimes.com.my/Current_
     News/BT/Monday/Nation/rup14a.xml/Article/.
27
      Misalnya, Kerajaan Brazil bersetuju dengan penggunaan 2 peratus kandungan bio diesel (B2) dalam
     kesemua diesel pada 2008. Isu ini dilapurkan dalam New Straits Times – Business Times Online, ‘Brazil
     menambah pembelian minyak sawit dari Malaysia’, 10 April 2007, disemak pada 10 April 2007 http://
     www.btimes.com.my/Current_News/BT/Tuesday/Frontpage/BT617039.txt/Article/.

                                                    27
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




Negara China merupakan pembeli utama barang buatan minyak sawit dari
Malaysia pada tahun 2006, dengan jumlah belian sebanyak 3.58 juta tan
bagi tahun tersebut. Negara Belanda menduduki tempat kedua dengan
jumlah belian 1.67 juta tan, diikuti oleh Pakistan dengan 957,352 tan dan
Amerika dengan 683,650 tan. Dalam tahun 2005, permintaan dari Amerika
Syarikat meningkat sebanyak 65% selepas Kerajaan Amerika Syarikat
mewajibkan penandaan kandungan translemak atas pemakanan bungkusan
pada 1 January 2006.28
Pada 2007, Lembaga Minyak Sawit Malaysia dicatat mengatakan bahawa
10 negara pembeli terbesar minyak sawit dari Malaysia dalam tempoh
enam bulan pertama tahun pada tahun 2007 adalah China (1.6 juta tan
dengan peningkatan sebanyak 14% bagi jangka masa sama tahun lepas),
Belanda, Pakistan (peningkatan sebanyak 23%), Amerika Syarikat, Jepun,
India (11% lebih), Singapura, Emiriah Arab Bersatu, Afrika Selatan dan
Korea Selatan.29

Secara keseluruhan Kesatuan Eropah membeli 875,952 tan minyak
sawit dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2007, tetapi menunjukkan
penurunan sebanyak 17% dalam jangkamasa yang sama tahun lepas.30 Pada
keseluruhannya, Kesatuan Eropah adalah pasaran penting bagi minyak
sawit dan hasil-hasil lain dari Malaysia, menyumbang sebanyak 17.9%,
atau 2.58 juta tan pada tahun 2007.31

28
      ‘2006 Ekspot minyak sawit mencatatkan rekod paling tinggi iaitu sebanyak RM31.8 bilion’ 11 Januari
     2007, The New Straits Times – Business Times Online, disemak pada 11 Januari 2007 http://www.btimes.
     com.my/Current_News/BT/Thursday/Frontpage/BT338868.txt/Article/.
29
      ‘Ekspot minyak sawit tahun ini dijangka melebihi sasaran RM35 bilion’, 27 Julai 2007, New Straits Times
     – Business Times Online, disemak pada 27 Julai 2007
      http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Friday/Nation/35b.xml/Article/.
30
      ‘Pengusaha minyak sawit Malaysia melawan melalui siaran radio dan televisyen’, 23 jun 2007, New
     Straits Times Online, disemak pada 23 Jun 2007 http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/
     National/20070623095518/Article/index_htm
31
      ‘Malaysia menenangkan kebimbangan Kesatuan Eropan tentang penanaman kelapa sawit’, 4 Jun 2007,
     New Straits Times - Business Times Online, disemak pada 4 Jun 2007 http://www.btimes.com.my/
     Current_News/BT/Monday/Nation/BT625654.txt/Article/.




                                                    28
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




Dengan isu-isu alam sekitar seperti fenomena pemanasan dunia sudah
diterima umum oleh seluruh dunia hari ini, industri-industri dunia juga
turut menyebarkkan ‘jawapan-jawapan’ bagi masalah tersebut. Satu
penyelesaiannya ialah industri bahan bakar, dan minyak sawit telah
dimajukan sebagai ‘jawapan’ terpenting disebabkan kedudukannya dalam
pasaran minyak dunia. Negara-negara industri kini bergogop-gapah
menentukan sasaran masing-masing bagi mengurangkan bahan bakar fosil,
dan sedapat-dapatnya, menggantikan dengan ‘bahan bakar bio’. Memang
permintaan untuk minyak sawit akan melambung juga.

Jadi minat dipertingkatkan untuk memajukan ladang-ladang kelapa
sawit di Sarawak. Tetapi pelbagai soal berbangkit. Misalnya, bagaimana
perkembangan ini secocok dengan dasar-dasar pembangunan di Sarawak?
Di mana sebenarnya tanah untuk pengembangan ladang-ladang kelapa
sawit ini? Bagaimana undang-undang mengawal pengambilalihan tanah-
tanah tersebut? Siapa yang sebenarnya memiliki tanah-tanah tersebut
dan apakah jaminan-jaminannya untuk melindungi hak-hak masyarakat
tempatan? Apakah pengalaman-pengalaman masyarakat-masyarakat yang
terjejas akibat pengembangan perladangan kelapa sawit di Sarawak?
Jawapan-jawapannya akan dikaji dalam bab-bab selepas ini.




                                     29
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




           5. Dasar Kerajaan Sarawak bagi
         Pembangunan Ladang Kelapa Sawit

Semenjak kemerdekaan pada tahun 1963, Kerajaan Sarawak yang
berturut-turut telah menyokong skim-skim perladangan dengan tujuan
memajukan ‘pembangunan’ dan penggunaan tanah secara produktif. Skim-
skim perladangan yang awal ditanami dengan tanaman getah dan koko.
Skim perintis kelapa sawit yang pertama dibuka pada tahun 1966. Jenis
tanaman dan teknik-tekniknya mungkin berbeza tetapi matlamat dasar
pihak kerajaan masih sama, iaitu berikhtiar untuk mengambil tanah dan
menyediakan modal untuk kegiatan perladangan. Pada peringkat awal,
skim-skim dibuka dan dikendalikan oleh pihak berkuasa negeri atas tanah
yang dianggap tanah kerajaan lagi terbiar selama ini. Kemudian kerajaan
mengorak langkah mengambil tanah hak adat orang asal untuk pembangunan
perladangan. Dalam usaha mempercepatkan pembangunan perladangan,
kerajaan menggalakkan penyertaan sektor swasta membangunkan tanah
tanpa mengambil kira sama ada tanah itu mempunyai hak terdahulu atau
tidak. Usaha yang terkini adalah usahasama di antara pihak swasta, orang-
orang asal dan pihak kerajaan, dengan kerajaan sebagai Pemegang Amanah
tanah adat untuk dibangunkan secara besar-besaran oleh pihak swasta.
Banyak masalah telah berbangkit dari konsep pembangunan tanah ini.

Skim-skim yang pertama

Skim penempatan tanah di Sarawak antara 1964 dan 1974 mengikut
pendekatan pembangunan bersepadu seperti yang dijalankan di
Semenanjung Malaysia oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
(FELDA) dalam tahun 1950an. Skim-skim awal di Sarawak diusahakan
oleh Jabatan Pertanian Negeri Sarawak dan kemudian antara 1968 hingga
1972 oleh Perbadanan Pembangunan Kewangan Sarawak. Dari 1972 hingga
1980 usaha pembangunan tanah diambilalih oleh Lembaga Pembangunan


                                         30
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




Tanah Sarawak (SLDB), satu badan berkanun negeri. Pada tahun 1997
SLDB diswastakan atas nama Sarawak Plantation Sdn Bhd dan pada tahun
2000 telah bertukar nama kepada Plantation Berhad.

Mengikut Ramy Bulan, seorang pensyarah universiti tempatan dalam bidang
undang-undang, skim-skim pertama ini melibatkan pembukaan tanah baru
dan pemindahan masyarakat-masyarakat asal ke skim-skim penempatan
yang telah diperuntukkan khas untuk penanaman tanaman jualan, termasuk
kelapa sawit. Idea di sebalik pembangunan pertanian seperti ini ialah untuk
membangunkan tanah yang terbiar. Tetapi nampaknya peserta-peserta
skim dipindahkan ke kawasan-kawasan di mana sebenarnya dimiliki oleh
masyarakat-masyarakat adat lain. Jadi ini timbul masalah antara peserta
skim dan pemilik-pemilik tanah terbabit. Di samping itu, peserta-peserta
skim dikehendaki menanggung sendiri bayaran untuk tanah, persediaan
tanah, penanaman dan kos permulaan jagaan tanaman. Ini bermakna
mereka dibebani hutang yang harus dibayar dengan pendapatan dari hasil
tanaman. Tetapi hasil pertanian bergantung kepada harga yang turun naik
di pasaran dunia dan ianya semakin menurun. Ini menjejaskan pendapatan
mereka dan tak berdaya membayar balik hutang. Tambahan pula, masalah
kekurangan tenaga pekerja dan kepakaran untuk menjayakan skim-skim
tersebut mengakibatkan kebanyakan skim-skim terbengkalai disebabkan
pengurusan yang lemah.32 Memang skim-skim terawal seperti skim
penempatan Skrang didorong oleh faktor keselamatan negara. Justeru
itu orang asal Dayak Iban yang berada di kawasan-kawasan sempadan
kerusuhan terpaksa berpindah ke penempatan berkawal.33 Seperti kata
Jitab dan Ritchie, ‘skim-skim tersebut ditakdir menemui kegagalan dari
awal-awal lagi’.34

32
     Bulan 2006, merujuk kepada King 1988:280 dan Ngidang 2001.
33
       Rusuhan kecil-kecilan di kawasan-kawasan sempadan disebabkan oleh beberapa faktor, tetmasuk
     Presiden Sukarno dengan dasar konfrontasinya dengan Malaysia; gerila komunis; dan pejuang nasionalis
     di Sarawak. Orang-orang Dayak, dengan sejarah berperang untuk peluasan kuasa yang lama, dianggap
     mengugat kestabilan kerajaan yang baru wujud selepas kemerdekaan dan perlu dipindahkan (Colchester
     1992:54-57).
34
      Jitab dan Richie 1991:58.



                                                   31
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak



Konsep penyatuan tanah hak adat

Kerajaan Sarawak telah menyedari kelemahan mereka dan menerima
hakikat bahawa sistem adat tentang pemilikan tanah perlu diberi perhatian.
Maka, pada tahun 1976 ia mewujudkan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan
Tanah Sarawak, atau singkatannya SALCRA (Sarawak Land Consolidation
and Rehabilitation Authority), untuk mengurus secara langsung penanaman
tanaman ladang atas tanah masyarakat sasaran. Maknanya, SALCRA
mewakili pihak kerajaan dalam usahasama dengan masyarakat-masyarakat
asal untuk membangunkan tanah mereka. Hakmilikan tanah kononnya
masih dipegang oleh keluarga-keluarga yang menyertai usahasama. Untuk
melayakkan diri, para peserta harus ada tanah yang sesuai di tapak kawasan
untuk skim yang dicadangkan, dan sebagai pemilik tanah tersebut mereka
harus setuju secara bulat-bulat dengan skim itu. Sebaliknya, syarat begini
tidak diwajibkan dalam skim penempatan SALCRA lain umpamanya
untuk masyarakat Iban yang terpaksa dipindahkan akibat terjejas oleh
projek hidro-eletrik Batang Ai dengan dana Bank Pembangunan Asia
(Asian Development Bank, ADB).35

Fungsi SACLRA termasuk aktiviti penyatuan dan pemulihan tanah,
menyediakan tenaga pengajar dan kemudahan-kemudahan latihan
berkaitan dengan pertanian dan pengurusan tanah. SALCRA juga terlibat
dalam membuka dan menjaga ladang-ladang baru, di samping mengurus,
mengutip, memproses dan memasarkan hasil-hasil dari ladang-ladang
tersebut. Andaiannya ialah apabila peserta-peserta skim sudah cukup
kemahiran dalam mengurus tanah sendiri, ladang tersebut akan dibahagi-
bahagikan dan setiap keluarga sertaan diberi sekeping tanah sendiri dengan
geran tanah sekali. Akan tetapi proses membina kemahiran para peserta
dan membahagi-bahagikan tanah tidak terlaksana. Jadi kebanyakkan skim-
skim terus bergantung kepada dana kerajaan dan pengurusan SALCRA.
Pertikaian tanah pula menjadi masalah berterusan di kawasan-kawasan di
bawah SALCRA.36
35
     Colchester 1992: 59-62.
36
     Jitab dan Ritchie 1991; Bulan 2006.
                                           32
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak



Penyertaan pihak swasta

Agensi-agensi kerajaan seperti SLDB dan SALCRA selama ini menghadapi
berbagai masalah, jadi pada tahun 198l, kerajaan Sarawak telah mendirikan
Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah, atau PELITA (Land Custody
and Development Authority, LCDA) untuk mempercepatkan projek-projek
pembangunan melalui penyertaan pihak swasta. Penubuhan PELITA adalah
idea Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. PELITA diberikan mandat
untuk mengambil tanah untuk pembangunan ladang-ladang persendirian,
tanpa mengira ianya di bawah kawalan kerajaan negeri ataupun hak adat.
Agensi ini juga bertindak sebagai perantaraan antara pihak pemilik-pemilik
tanah dan syarikat swasta, di mana pihak swasta berpeluang mengikuti
rancangan pembangunan tanah melalui peruntukan saham untuk syarikat-
syarikat tertentu.37 Seperti SLDB sebelumnya, PELITA juga menghadapi
masalah berkaitan dengan kawasan tanah berhak adat dengan akibatnya
memakan masa yang lama untuk mengambil dan membuka ladang-ladang
kelapa sawit baru. Pada tahun 1991, jumlah keluasan sebanyak 2.8 juta
hektar dikategorikan sebagai ‘suited’ (sesuai) atau ‘marginally suited’
(kira-kira sesuai) untuk pembangunan pertanian. Daripada jumlah keluasan
ini, sebanyak 300,000 hektar adalah tanah kerajaan yang kosong dan 2.5
juta hektar melibatkan hak NCR.38 Pada tahun 2006, kawasan-kawasan
tersebut disemak semula. Selanjutnya Menteri Kemajuan Tanah Negeri
Sarawak mendakwa bahawa jumlah keluasan sebanyak 3.9 juta hektar
tanah telah dikenalpasti sebagai sesuai untuk dimajukan dengan tanaman
kelapa sawit. Daripada jumlah tersebut, cuma 1.5 juta hektar sahaja yang
cenderung kepada hak NCR.39

Skim perladangan pada peringkat awal di Sarawak mengikut modal
pembangunan tanah yang digunakan oleh FELDA di Semenanjung
Malaysia. Pendekatan ini memang tidak sesuai dengan keadaan di Sarawak.
37
     Jitab dan Ritchie 1991; Bulan 2006.
38
     Jitab dan Ritchie 1991:66.
39
     Kementerian Kemajuan Tanah Negeri Sarawak, tidak bertarikh.


                                                  33
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




Tujuan skim-skim FELDA di Semenanjung adalah untuk menempatkan
keluarga yang tiada tanah ke kawasan-kawasan kerajaan yang hutannya
diterokai untuk membuka ladang getah dan kelapa sawit. Sebaliknya di
Sarawak, kebanyakan tanah bukan tanah kosong tak dibebani dengan
hak. Kebanyakan masyarakat tempatan Sarawak memiliki tanah, masih
mengamalkan cara hidup dengan berbagai kaedah dan pilihan ekonomi,
serta mempunyai pengalaman biarpun terhad, dan berkecimpung dalam
pasaran. Tambahan lagi, ladang-ladang kelapa sawit bergantung kepada
tenaga pekerja yang murah supaya menguntungkan apabila bersaing di
pasaran dunia. Tetapi masyarakat-masyarakat tempatan di Sarawak tidak
rela bekerja di ladang-ladang dengan gaji yang rendah terutama apabila
terdapat kerja di kem pembalakan dengan gaji yang lebih lumayan.40 Maka
itu, kebanyakan ladang-ladang kelapa sawit swasta bergantung kepada
tenaga pekerja asing yang murah. Selain itu, wujud masalah kekurangan
tanah kerajaan dan masalah dengan tanah-tanah berhak adat. Jadi
kerajaan perlu mencari jalan untuk mendapatkan tanah-tanah adat untuk
pembangunan perladangan.

Konsep baru pembangunan tanah

Pada tahun 1994, Ketua Menteri Sarawak memajukan konsep baru
pembangunan tanah bagi melaksanakan pembangunan perladangan
melalui ‘penyatuan para pemilik orang asal, dengan tanah-tanah mereka,
bersama dengan pihak swasta, dengan modal dan kepakaran swasta’.
Pendekatan baru ini mempunyai dua matlamat. Pertamanya, dengan
menyeru pihak swasta melabur dalam konsep perladangan maka kerajaan
tidak menanggung risikonya. Keduanya, dengan menghasilkan tatacara
baru untuk mengambil tanah-tanah hak adat untuk dijadikan ladang secara
komersial dengan keluasan 5,000 hektar ke atas, ini adalah menarik kepada
pengusaha-pengusaha swasta.

40
     Jitab dan Ritchie 1991:57-59.



                                         34
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




Dalam konsep baru ini, syarikat memegang 60% ekuiti, pemilik tanah
30% dan Kerajaan 10%. Oleh kerana pihak kerajaan bertindak sebagai
agen yang bertanggungjawab untuk kedua-dua belah pihak, ia melantik
agensinya seperti PELITA sebagai Pemegang Amanah bagi 30% ekuiti
para pemilik tanah.41 Tanah mereka diberikan kepada Syarikat Usahasama
(JVC) untuk satu tempoh selama 60 tahun, atau dua musim penanaman
untuk pembangunan ladang kelapa sawit.42

Mengapa pihak kerajaan bertindak sebagai Pemegang Amanah bagi tanah
masyarakat? Mengikut Kementerian Kemajuan Tanah yang ditugaskan
untuk melaksanakan pembangunan Konsep Baru, tatacara untuk
membangunkan tanah adat ini adalah cara yang terbaik lagi berkesan untuk
‘memberi hak mutlak kepada syarikat pelabur mewujudkan ladang secara
besar-besaran TANPA sebarang campurtangan daripada para pemilik
tanah untuk satu tempoh selama 60 tahun’.43 Selama tempoh 60 tahun,
kepentingan para pemilik tanah dalam ladang ‘dijaga’ oleh agensi-agensi
kerajaan yang bertindak sebagai Pemegang Amanah orang-orang asal.

Para petani yang menyertai skim-skim tidak ada hak suara dalam
pengurusannya, tapi bagi penggunaan tanah yang terlibat, mereka berharap
dibayar RM1,200 bagi setiap hektar tanah yang diserahkan kepada
Kerajaan. Namun begitu, daripada jumlah ini, 60% digunakan untuk
membeli saham dalam Syarikat Usahasama dan 30% lagi dipegang oleh
wakil kerajaan melalui pelaburan dalam Saham Amanah. Jadi, sebenarnya
cuma 10%, atau RM120 (kira-kira US$33) dibayar secara tunai kepada
pemilik tanah. Tidak ada bayaran pampasan untuk tanaman, pokok buah-
41
     Dirujukkan dalam laman web Kementerian Kemajuan Tanah Negeri Sarawak: ‘Bagi
     memudahkan usahasama ini dan bagi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak,
     Pemilik Tanah dan Pelabur - maka Kerajaan Negeri akan melantik agensinya seperti
     LCDA atau SLDB sebagai Pemegang Amanah bagi menggariskan kepentingan para
     pemilik Tanah’. Kementerian Kemajuan Tanah Negeri Sarawak, tidak bertarikh.
42
     Majid Cooke 2002, 2006; Bulan 2006; Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh.
43
      Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh, dalam rujukan laman web fail pdf berjudul, ‘Isu-isu dan
     Tindakbalas’ muka 1, penekanan dalam teks asal.



                                                   35
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




buahan atau pembaikan tanah, tapi pemilik tanah yang menyertai skim
berharap mendapat pulangan dividen tahunan bagi pemegang saham,
setaraf dengan jumlah tanah yang diserahkan kepada skim. Sebenarnya,
jika keseluruhan nilai tanah yang diserahkan kepada skim adalah lebih
rendah daripada nilai 30% ekuiti masyarakat dalam Syarikat Usahasama,
kos pengendalian ditolak daripada dividen pemilik tanah.44

Kementerian Kemajuan Tanah yang diketuai oleh seorang Dayak
bernama James Masing adalah bertanggungjawab untuk berurusan
dengan masyarakat tempatan bagi melaksanakan projek-projek. Melalui
Kementerian ini, Kerajaan berhasrat mewujudkan Bank Tanah dengan
sasaran seluas 1 juta hektar di seluruh Sarawak merangkumi juga 400,000
hektar tanah hak adat orang asal dan dijangka sejumlah 60,000 hektar ini
akan diperolehi setahun.45 Objektif Kementerian ini adalah:

           Untuk membangunkan tanah NCR yang terbiar dan tidak
           diusahakan sepenuhnya untuk dijadikan ladang kelapa sawit
           secara komersil yang akan menghasilkan peluang pekerjaan
           di kawasan luar bandar dan memastikan sumber pendapatan
           yang stabil di kawasan luar bandar. Dengan demikian,
           pembangunan tanah, khususnya pembangunan tanah NCR,
           harus meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dan
           membasmi kemiskinan, mengurangkan penghijrahan dari luar
           bandar ke bandar dan menyumbang ke arah pembangunan
           yang lebih seimbang antara kawasan-kawasan luar bandar dan
           bandar.46
44
      Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh, dalam rujukan laman web fail pdf berjudul, ‘Isu-isu dan
     Tindakbalas’ muka 3-4. Adalah tidak jelas bagaimana nila tanah dihitung, memandangkan kebanyakan
     kawasan-kawasan NCR tidak terlibat dengan pasaran jualbeli tanah.
45
     Baru-baru ini dilaporkan bahawa untuk mencapai sasaran 1 juta hektar menjelang
     tahun 2010, kerajaan negeri menunjukkan komitmen terhadap penanaman kelapa
     sawit sekurang-kurangnya 100,000 hektar setahun, Borneo Post, Ogos 8, 2007,
     muka.8.
46
     Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh.



                                                    36
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




Oleh kerana harga minyak sawit mentah telah melampung di pasaran
antarabangsa, terdorong ke depan oleh spekulasi tentang bahan bakar bio
dalam beberapa bulan terakhir ini, Konsep Baru berjaya menarik pelaburan
pihak swasta dalam sektor perladangan kelapa sawit di Sarawak. Ini
dilihat pada tahun 1991 hampir kesemua ladang menanam kelapa sawit
diusahakan atau diuruskan oleh agensi-agensi kerajaan, tapi menjelang
tahun 2002, hanya 17% ladang komersial adalah milik kerajaan dan
selebihnya oleh syarikat swasta.47 Pada penghujung tahun 2005, mengikut
Kementerian Kemajuan Tanah Negeri Sarawak, sebanyak 31 projek-projek
pembangunan tanah dalam pelbagai peringkat telah berjaya dilaksanakan
atas tanah hak adat asal di bawah pembangunan Konsep Baru merangkumi
248,337 hektar. Daripada jumlah ini, sebanyak 543,339 hektar ditanam
dengan tanaman kelapa sawit. Sebanyak 65 projek-projek baru di bawah
Konsep Baru sedang dirancangkan.48

Di bawah Konsep Baru, perundingan secara langsung antara pihak pemilik
tanah dan pihak pelabur tidak dibenarkan. Ini kononnya untuk mengelak
sebarang kekeliruan terhadap tanah dan pemimpin-pemimpin tak mewakili
masyarakat membuat perjanjian dengan pelabur. Jadi, agensi-agensi
kerajaan yang dilantik sahaja yang berhak mengambil tanah dari pemilik
tanah untuk diberi kepada syarikat-syarikat. Syarikat-syarikat yang berminat
dengan pembangunan perladangan harus mengemukakan permohonan
dengan sesalinan pelan terperinci mengenai cadangan pelaburan dan
pembangunan tanah kepada Kementerian. Selanjutnya Jabatan Tanah
dan Survei membuat survei atas kawasan tanah yang dimaksudkan untuk
menentukan keluasan kawasan NCR. Kemudian Jabatan Tanah dan
Survei membuat peta menandakan sempadan di luar kawasan NCR dan
menyimpan rekod nama semua pemilik tanah dan keluasan tanah mereka
yang termasuk dalam blok ladang. Peruntukan hak tanah dalam satu-
satu blok kawasan diurus oleh Jawatankuasa Pembangunan Daerah yang
terdiri daripada penghulu dan ketua kampung sebagai mewakili kampung-
kampung yang menyertai skim. Sebarang pertikaian tanah yang timbul
antara anggota-anggota masyarakat diselesaikan dalam Mahkamah Adat.
47
     Majid Cooke 2002.
48
     Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh.
                                                    37
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




Buat masa ini, skim masih mentah untuk menilai kesannya selepas habis
tempoh pajak 60 tahun itu. Mengikut surat-surat rasmi, dimaklumkan
bahawa sepanjang tempoh pajak, kesemua tanah yang diserahkan kepada
skim diberi satu geran dan disimpan oleh syarikat swasta sebagai pemegang
saham majoriti. Tanah berkenaan hanya digunakan untuk tujuan pertanian
perladangan. Sekiranya syarikat swasta mahu memindah milik kepada
pihak lain, ianya mesti terlebih dahulu mendapat izin yang nyata daripada
Menteri Kemajuan Tanah. Saham yang dipegang oleh anggota masyarakat
(termasuk hak tanah yang akan dikembalikan kelak) hanya boleh dipindah
milik kepada sanak saudara terdekat. Sungguhpun demikian, selepas
habis tempoh pajak, pemilik tanah boleh melanjutkan tempoh pajak
dengan syarikat yang sama atau yang lain, ataupun mengambil balik tanah
itu menjadi milikan masyarakat. Tanah tersebut juga boleh dibahagi-
bahagikan antara pemilik-pemilik asalnya dan masing-masing diberi geran
persendirian.49

Beberapa kajian akademik tentang pelaksanaan Konsep Baru jelas
menunjukkan kelemahan-kelemahan dalam skim. Kajian Majid Cooke
yang diterbitkan pada 2002 jelas menunjukkan perbezaan tindakbalas
masyarakat di satu kawasan dari yang lain. Misalnya, masyarakat di hilir
sungai yang pernah menerima faedah projek pembangunan kerajaan
seperti kemudahan jalanraya dan perkhidmatan lain lebih mempercayai
peranan kerajaan dan mengalu-alukan konsep ini. Sebaliknya masyarakat
di hulu sungai yang banyak merasai kesengsaraan akibat pembalakan yang
mencerobohi tanah hak adat mereka lebih curiga tentang niat kerajaan dan
faedah-faedah yang dijanjikan kepada mereka, dan cenderung menolak
skim.

Mengikut kajian ini, kebanyakan masyarakat Dayak menghalang
pengambilan tanah mereka untuk projek-projek Konsep Baru dengan
sendiri menanam kelapa sawit atau tanaman lain di sepanjang sempadan-
49
     Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh.




                                                    38
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




sempadan tanah adat mereka. Dengan berbuat demikian, mereka telah
menegakkan hak ke atas tanah mereka dan membuktikan tanah mereka
sedia wujud berhasil. Orang Dayak yang ditemuramah untuk kajian
ini rasa ragu-ragu tentang kejujuran kerajaan tidak memihak sesiapa
sekalipun agensi-agensinya bertindak sebagai Pemegang Amanah untuk
pihak masyarakat. Mereka rasa bimbang tentang kesan dari pasaran turun
naik. Mereka juga tidak jelas tentang cara bagaimana tanah mereka tetap
dikembalikan selepas habis tempoh pajak 60 tahun itu dan berkaitan
dengan hal ini, apakah hak mereka dari segi undang-undang.50

Dalam kajian yang lain, Majid Cooke mentafsir Konsep Baru sebagai
suatu skim untuk pihak kerajaan memperluaskan kuasa atas masyarakat
Dayak yang diandaikan ‘mundur’. Beliau seterusnya menegaskan bahawa
konsep ini adalah satu ‘kesilapan asas, berbangkit dari tafsiran yang
salah tentang tanah kosong sebagai tanah ‘terbiar’ atau ‘tandus’.51 Orang-
orang asal telah menyuarakan rasa bimbang mereka tentang skim-skim
dalam bicara dengan SUHAKAM atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia, pada tahun 2004 dan 2005. Merumuskan dari laporan akhbar,
Majid Cooke menyatakan dalam bicara tersebut, orang-orang Dayak telah
membangkitkan soal-soal tentang Konsep Baru. Aduan-aduan mereka
termasuklah pencerobohan tanah yang kerap terjadi, perlaksanaan survei
atas tanah mereka secara tidak kemas dan dengan perkakas yang rosak
terutama selepas pindaan atas Kanun Tanah 2000, dan pengenaan had-had
terhadap hak jual beli tanah mereka secara tak adil.52

Mengikut kajian yang lain, kebanyakan pegawai-pegawai yang
melaksanakan skim-skim sendiri tidak betul-betul faham apakah kesan
Konsep Baru dari segi undang-undang dan ekonomi.53 Mengikut Majid
Cooke, apabila orang-orang Dayak mendesak penjelasan tentang kesan-
kesan kepada mereka dari projek-projek yang kerajaan memberi galakan
50
     Majid Cooke 2002.
51
     Majid Cooke 2006:27.
52
     Majid Cooke 2006:30.
53
     Majid Cooke 2002, merujuk kepada Ngidang 2002.



                                                39
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




untuk melibatkan diri, mereka telah dituduh sebagai ‘anti-pembangunan’.
Selepas itu, mereka tidak lagi dijemput untuk mengikuti mesyuarat umum
dan tidak terlibat dalam membuat keputusan selanjutnya. Dalam sesetengah
kes, skim-skim terus berjalan atas tanah mereka tanpa persetujuan mereka
dan secara langsung timbullah pertikaian terutama apabila jentolak dibawa
masuk menghadapi pemilik-pemilik tanah yang menetang projek-projek
tersebut.54

Mengikut ulasan oleh Bulan, kebanyakan orang yang menyertai projek
perintis Konsep Baru di daerah-daerah Baram dan Kanowit berbuat
demikian ‘tanpa fahaman yang mendalam tentang konsep-konsep asing
seperti pemegang amanah, syarikat usahasama, atau pegangan saham-
saham dalam syarikat’. Mengikut Bulan lagi, agensi-agensi kerajaan
bertindak sebagai pemegang amanah dan apabila pertelingkahan
berkepentingan berlaku, peranan mereka dipersoalkan kerana pada satu
pihak mereka memajukan kepentingan sektor swasta dan pada pihak yang
lain mereka menjaga kepentingan pemilik tanah orang asal. Tambahan
lagi, mengikut undang-undang umum Inggeris, pemegang amanah tidak
dibenarkan mempunyai kepentingan kewangan dalam aset-aset yang
mereka mengurus bagi pihak jagaan mereka.55 Sebaliknya, di bawah
Konsep Baru, kerajaan negeri memilik 10% saham, kakitangan agensi
kerajaan dibayar untuk mengurus skim-skim dan 30% hasil kewangan
yang diperolehi daripada penggunaan tanah berkenaan digunakan untuk
pelaburan dalam Saham Amanah kerajaan. Dalam rumusannya, Bulan
berkata perlindungan bagi hak-hak adat perlu diwujudkan untuk mengelak
sebarang konflik. Contohnya, hak-hak pemilik tanah atas tanah mereka
terdahulu diiktiraf dengan jelas melalui pemberian geran sebelum mereka
memutuskan untuk melibatkan diri atau tidak dalam syarikat usahasama,
dan bukan dijanjikan selepas habis tempoh pajak.56

54
     Majid Cooke 2002: 40-41.
55
     Bulan 2006:53-54.
56
     Bulan 2006:45, 61.



                                         40
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




             6. Kes-kes Mahkamah Menyangkut
                 Perladangan Kelapa Sawit

Konflik tanah berhubungan dengan hak adat orang-orang asal dan skim-
skim pembangunan secara paksa adalah suatu masalah yang berlarutan di
Sarawak.57 Menurut laporan akhbar, sehingga kini, lebih kurang 150 kes
berhubungan dengan konflik tanah telah dibawa ke mahkamah. Daripada
jumlah kes-kes tersebut, kajian ini telah mengenal pasti sekitar 100 kes
terdiri daripada pendakwa orang-orang asal di mana 40 kes melibatkan
dakwaan terhadap pengusaha perladangan kelapa sawit. (Peta di bawah
menunjukkan lokasi bagi satu pertiga daripada jumlah kes-kes tersebut).




     Kes Mahkamah Menyangkut Tanah NCR di Sarawak/Malaysia
57
     Hong 1987; Colchester 1992.



                                             41
Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak




Kes-kes yang dikenalpasti untuk kajian ini tersenarai dalam Jadual 1
di bawah. Semua kes-kes ini dari awal telah difailkan di mahkamah di
Bahagian Kuching, Bintulu, Miri dan Sibu. Kes-kes bersangkut paut
dengan pelbagai kesalahan termasuklah tidak ada pengiktirafan hak adat
asal, tidak ada perundingan, tidak ada persetujuan yang berpengetahuan
dan terdahulu, pencerobohan tanah NCR, dan membuat perjanjian dengan
ketua-ketua kampung tanpa berunding dengan masyarakat. Terdapat
banyak kes-kes yang menunggu perbicaraan. Ada kes yang tergantung
untuk hampir 10 tahun, ada yang sedang berjalan. Beberapa kes telah
dibicarakan dan beberapa kes menunggu untuk mendengar rayuan. Satu
kes telah dibawa ke Mahkamah Atasan di Kuala Lumpur untuk rayuan
semula.

Ternyata dari kes-kes ini pertelingkahan timbul oleh kerana kerajaan tidak
memberi pengiktirafan jelas tentang had terhadap hak adat atas tanah dan
tidak berunding dengan masyarakat sebelum keputusan melabur dibuat.
Dalam kebanyakan kes, para peguam yang mewakili masyarakat telah
mendakwa Jabatan Tanah dan Survei bersama-sama Kerajaan Negeri
Sarawak atas kegagalan mengiktiraf kawasan-kawasan di bawah hak adat
dan seterusnya diberimilik kepada syarikat-syarikat tanpa persetujuan
masyarakat. Seperti tersebut di atas, hal ini berlaku oleh kerana terbatasnya
pengikitirafan hak-hak adat oleh Kerajaan Negeri Sarawak.




                                         42
Jadual 1: Kes-kes perladangan kelapa sawit di Mahkamah Sarawak



       Tarikh               Masyarakat               Suku           Pihak-pihak yang didakwa                   Status kes
        difail                                       kaum
     26/07/2001   Selezu, Setulai dan Sepadok      Iban      Ladang Sawit Bintulu Sdn Bhd, Lembaga       Sedang dibicarakan
                                                             Tabung Haji, Semai Mekar Sdn Bhd, Jabatan
                                                             Tanah dan Survei, Kerajaan Negeri Sarawak
     22/12/2006   Kampung Remun                    Iban      DD Pelita Gedong Plantations Sdn Bhd        Kes sedang
                                                                                                         berlangsung. Perintah
                                                                                                         memihak (Ex-parte
                                                                                                         injunction) dimohon
                                                                                                         oleh pihak tertuduh
                                                                                                         tetapi ditolak dengan
                                                                                                         bayaran kos ditanggung




43
                                                                                                         oleh mereka
     15/10/2004   Long Banyok                      Kenyah    Baram Trading Sdn Bhd                       Menunggu perbicaraan
     31/10/2003   Kendaie, Pasir Hilir dan Pasir   Bidayuh   Syarikat Ladang Dafa Sdn Bhd,               Menunggu perbicaraan
                  Hilir Tengah                               Kerajaan Negeri Sarawak
     28/04/1999   Bunau, Sekabang                  Iban      Kanowit Oil Palm Plantation Sdn Bhd,        Kes ditarik balik
                                                             Kerajaan Negeri Sarawak
     7/04/2003    Sungai Pesu, Tubau               Kayan     Tamex Timber Sdn Bhd, Penguasa Jabatan      Menunggu perbicaraan
                                                             Tanah dan Survei, Kerajaan Negeri Sarawak
     25/02/2004   Long Semutut, Belaga             Kenyah    Shin Yang Forestry Sdn Bhd, Ekran           Menunggu perbicaraan
                                                             Plantations Sdn Bhd, Belukuk Lusat,
                                                             Penguasa Jabatan Tanah dan Survei,
                                                             Kerajaan Negeri Sarawak
26/01/1999   Sungai Sekabai, Sungai Tajem   Iban      Borneo Pulp Plantations Sdn Bhd,            Bicara pertama dengan
                  dan Sungai Ipuh                          Borneo Pulp and Paper Sdn Bhd, Penguasa     keputusan memihak
                                                           Jabatan Tanah dan Survei                    pendakwa, kes rayuan
                                                                                                       dengan keputusan
                                                                                                       memihak defendan,
                                                                                                       kini menunggu untuk
                                                                                                       mendengar dan
                                                                                                       menentukan rayuan
                                                                                                       di bawah Mahkamah
                                                                                                       Persekutuan
     24/11/1998   Kampong Lebor                  Iban      LCDA, Nirwana Muhibbah Sdn Bhd,             Menunggu perbicaraan
                                                           Kerajaan Negeri Sarawak
     28/10/2004   Sungai Bong                    Iban      RH Plantation Sdn Bhd, Marabang Lumber      Menunggu perbicaraan
                                                           Sdn Bhd, Pelita Melor Sdn Bhd, Penguasa
                                                           Jabatan Tanah dan Survei
     28/06/2004   Long Jegan, Long Teran, Long   Berawan   Rinwood Pelita Plantation Sdn Bhd,          Menunggu perbicaraan




44
                  Tabing dan Long Takong                   Penguasa Jabatan Tanah dan Survei
     24/02/1998   Long Lapok                     Kayan     Rinwood Pelita Plantation Sdn Bhd           Menunggu perbicaraan
     6/09/2005    Kampong Tubih                  Bidayuh   Jangkar Plantation Sdn Bhd, Penguasa        Menunggu perbicaraan
                                                           Jabatan Tanah dan Survei, Kerajaan Negeri
                                                           Sarawak
     5/12/1998    Sungai Lamaus                  Iban      Penguasa Jabatan Tanah dan Survei,          Menunggu perbicaraan
                                                           Kerajaan Negeri Sarawak, BHB Sdn Bhd
     15/10/2004   Rumah Galin, Rumah Tumpa       Iban      Ladang Selezu Sdn Bhd, BBC Estate V Sdn     Menunggu perbicaraan
                  dan Rumah Madel                          Bhd, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei
     16/04/1999   Rumah Sidu, Sungai Entulang    Iban      Sarawak Oil Palms Berhad                    Menunggu perbicaraan
     12/07/2003   Rumah Lampoh dan Rumah         Iban      Pelita Diwangsa Bhd, Sri Minah Enterprise   Menunggu perbicaraan
                  Kasau                                    Sdn Bhd, Penguasa Jabatan Tanah dan
                                                           Survei, Kerajaan Negeri Sarawak
     3/02/2005    Rumah Lampoh dan Rumah         Iban      Penguasa Jabatan Tanah dan Survei,          Tertakluk pada ulasan
                  Kasau                                    Kerajaan Negeri Sarawak                     penghakiman
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version
Land Is Lifebm Version

Weitere ähnliche Inhalte

Ähnlich wie Land Is Lifebm Version

Profile Ringkas Kg Malaysia Raya Untuk Pelawat
Profile   Ringkas   Kg  Malaysia  Raya Untuk  PelawatProfile   Ringkas   Kg  Malaysia  Raya Untuk  Pelawat
Profile Ringkas Kg Malaysia Raya Untuk PelawatKg Raya
 
Tugasan 1 perancangan bandar mapan
Tugasan 1 perancangan bandar mapanTugasan 1 perancangan bandar mapan
Tugasan 1 perancangan bandar mapannabilah huda
 
Bab 3 Tamadun Melayu (2)
Bab 3  Tamadun Melayu (2)Bab 3  Tamadun Melayu (2)
Bab 3 Tamadun Melayu (2)wanarizwan
 
Folio syafiq
Folio syafiqFolio syafiq
Folio syafiqluvlylady
 
Buku teks sejarah tingkatan 2
Buku teks sejarah tingkatan 2Buku teks sejarah tingkatan 2
Buku teks sejarah tingkatan 2kannyyien
 
Tugasan 4: Amalan terbaik dalam pembangunan bandar mapan
Tugasan 4: Amalan terbaik dalam pembangunan bandar mapanTugasan 4: Amalan terbaik dalam pembangunan bandar mapan
Tugasan 4: Amalan terbaik dalam pembangunan bandar mapanNURNADHIRAH28
 
Geografi Bab 12-Petempatan
Geografi Bab 12-PetempatanGeografi Bab 12-Petempatan
Geografi Bab 12-PetempatanNabihahAdam22
 

Ähnlich wie Land Is Lifebm Version (14)

Profile Ringkas Kg Malaysia Raya Untuk Pelawat
Profile   Ringkas   Kg  Malaysia  Raya Untuk  PelawatProfile   Ringkas   Kg  Malaysia  Raya Untuk  Pelawat
Profile Ringkas Kg Malaysia Raya Untuk Pelawat
 
Pm
PmPm
Pm
 
hubungan etnik
hubungan etnikhubungan etnik
hubungan etnik
 
Tugasan 1 perancangan bandar mapan
Tugasan 1 perancangan bandar mapanTugasan 1 perancangan bandar mapan
Tugasan 1 perancangan bandar mapan
 
Bab 3 Tamadun Melayu (2)
Bab 3  Tamadun Melayu (2)Bab 3  Tamadun Melayu (2)
Bab 3 Tamadun Melayu (2)
 
Folio syafiq
Folio syafiqFolio syafiq
Folio syafiq
 
Buku teks sejarah tingkatan 2
Buku teks sejarah tingkatan 2Buku teks sejarah tingkatan 2
Buku teks sejarah tingkatan 2
 
Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
Buku Teks Sejarah Tingkatan 2Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
Buku Teks Sejarah Tingkatan 2
 
Kesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasaKesalahan tatabahasa
Kesalahan tatabahasa
 
Tugasan 4: Amalan terbaik dalam pembangunan bandar mapan
Tugasan 4: Amalan terbaik dalam pembangunan bandar mapanTugasan 4: Amalan terbaik dalam pembangunan bandar mapan
Tugasan 4: Amalan terbaik dalam pembangunan bandar mapan
 
PBS Sejarah STPM
PBS Sejarah STPMPBS Sejarah STPM
PBS Sejarah STPM
 
Bandar mapan 4
Bandar mapan 4Bandar mapan 4
Bandar mapan 4
 
Geografi Bab 12-Petempatan
Geografi Bab 12-PetempatanGeografi Bab 12-Petempatan
Geografi Bab 12-Petempatan
 
Projek akhir lmcp 1552
Projek akhir lmcp 1552Projek akhir lmcp 1552
Projek akhir lmcp 1552
 

Mehr von Sarawak Headhunter

Mehr von Sarawak Headhunter (8)

Sarawak Energy Confidential (PPT)
Sarawak Energy Confidential (PPT)Sarawak Energy Confidential (PPT)
Sarawak Energy Confidential (PPT)
 
The Untouchables
The UntouchablesThe Untouchables
The Untouchables
 
Bakun
BakunBakun
Bakun
 
Forest Governance In Malaysia
Forest Governance In MalaysiaForest Governance In Malaysia
Forest Governance In Malaysia
 
Sarawak Land Is Life Nov07 Eng
Sarawak Land Is Life Nov07 EngSarawak Land Is Life Nov07 Eng
Sarawak Land Is Life Nov07 Eng
 
Rampaging The Rainforests (PDF)
Rampaging The Rainforests (PDF)Rampaging The Rainforests (PDF)
Rampaging The Rainforests (PDF)
 
Not Development But Theft (PPT)
Not Development But Theft (PPT)Not Development But Theft (PPT)
Not Development But Theft (PPT)
 
Not Development But Theft (PDF)
Not Development But Theft (PDF)Not Development But Theft (PDF)
Not Development But Theft (PDF)
 

Land Is Lifebm Version

  • 1. Tanah Menyara Hidup Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Marcus Colchester, Wee Aik Pang, Wong Meng Chuo dan Thomas Jalong
  • 2. Tanah Menyara Hidup: Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak oleh Marcus Colchester, Wee Aik Pang, Wong Meng Chuo dan Thomas Jalong. Edisi Bahasa Malaysia ini diterbitkan pertama kali pada tahun 2008 oleh Forest Peoples Programme dan Perkumpulan Sawit Watch. Buku ini merupakan terbitan keempat dari siri penerbitan oleh Forest Peoples Programme dan Perkumpulan Sawit Watch. Siri ini diterbitkan dengan tujuan mengkaji kesan sosial dan alam sekitar akibat pengembangan perladangan kelapa sawit. Dua buku yang diterbitkan pada tahun 2006 berjudul, Tanah yang Dijanjikan: Minyak Sawit dan Pembebasan Tanah di Indonesia– Implikasi terhadap Masyarakat Lokal dan Masyarakat Adat oleh Marcus Colchester, Norman Jiwan, Andiko, Martua Sirait, Asep Yunan Firdaus, A. Surambo dan Herbert Pane, oleh Forest Peoples Programme, Perkumpulan Sawit Watch, HuMA dan ICRAF; dan Hantu Di Tanah Kami Sendiri: Petani Kelapa Sawit Indonesia dan Pertemuan tentang Minyak Sawit Berlanjutan (RSPO) oleh Marcus Colchester dan Norman Jiwan diterbitkan oleh Forest Peoples Programme dan Perkumpulan Sawit Watch. Buku ketiga dalam siri ini adalah The Nagari Community, Business and the State oleh Dr. Afrizal diterbitkan pertama kali pada tahun 2007 oleh Forest Peoples Programme, Perkumpulan Sawit Watch dan Universitas Andalas. Hak Cipta Terpelihara@ FPP dan SW Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian dalam buku ini dibenarkan mengeluar ulang oleh majalah mahupun suratkhabar, dengan terlebih dahulu diperakui para penulis serta penerbitnya iaitu Forest Peoples Programme dan Perkumpulan Sawit Watch. Forest Peoples Programme (FPP) Perkumpulan Sawit Watch (SW) 1c Fosseway Business Centre Jl. Sempur Kaler No. 28 Stratford Road, Moreton-in-Marsh 16129 – Bogor, West Java GL56 9NQ, England Indonesia Tel: 01608 652893 Tel: +62-251-352171 Faks: + 44 1608 652878 Faks: +62-251-352047 E-mel: info@forestpeoples.org E-mel: info@sawitwatch.or.id Laman web: www.forestpeoples.org Laman web: www.sawitwatch.or.id Buku ini juga diterbitkan dalam Bahasa Inggeris, berjudul “Land is Life. Land Rights and Oil Palm Development in Sarawak” (2007). Terjemahan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Carol Yong Ooi Lin. Dalam menterjemahkan buku ini, unsur budaya tempatan/penutur telah diberi perhatian khusus terutama kata atau istilah yang biasa diguna untuk mendapat takrif kata yang seboleh-bolehnya tepat dan padat. Walau bagaimanapun, ciri-ciri perbezaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia tidak dapat dielakkan, sekalipun maklumat yang terkandung dalam teks asal telah disemak dengan teliti buat beberapa kali. ISBN: number needed Foto muka kulit: Masyarakat Sungai Bawan memprotes terhadap SLDB. Kredit: Wong Meng Chuo
  • 3. Tanah Menyara Hidup Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Marcus Colchester, Wee Aik Pang, Wong Meng Chuo dan Thomas Jalong
  • 4. Sudah berpuluh-puluh tahun masyarakat kami tinggal di kawasan ini dan bercucuk tanam, macam-macam tanaman di tanah itu termasuk padi, pokok buah- buahan dan tanaman kelapa sawit secara kecil-kecilan. Tapi sekarang, kami diberitahu bahawa kami tiada hak lagi mengelolah tanah ini lagi malah diarah supaya berhenti mengguna dan mengusaha tanah sendiri. Jika kerajaan mau ambil tanah kami untuk diberi kepada kompeni luar, mengapa kami tak diberitahu atau diumumkan terlebih dulu dan bayar pampasan yang sepatutnya? Tanah ini macam harta pusaka kami, sekarang dirampas di belakang kami dan diberi kepada pihak lain. Ini sudah macam mencuri, merampas hak orang tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Kerajaan dan pemimpin-pemimpin kita patut melindung hak- hak tanah kami, bukan beri kepada orang lain tanpa beritahu atau runding dengan kami dulu. Hanya untuk kepentingan beberapa orang saja dan beribu-ribu orang menjadi korban, miskin dan lapar hilang tempat mencari nafkah sehari-hari. Kami sudah upah seorang peguam untuk mewakili kami dan memohon supaya arahan ini dibatalkan. Tuai Rumah Masyarakat Iban, Jupiter Anak Segaran, Rumah Jupiter, Sungai Gelesa, Lembong, Suai, Sarawak
  • 5. Kandungan: 1. Ringkasan Eksekutif ....................................................................... 1 2. Tanah, Penduduk dan Kekuasaan di Sarawak................................. 5 3. Sistem Pemilikan Tanah dan Undang-Undang ............................ 10 4. Sektor Pengeluaran Minyak Sawit di Malaysia ............................ 25 5. Dasar Kerajaan Sarawak bagi Pembangunan Ladang Kelapa Sawit ............................................................................................. 30 6. Kes-kes Mahkamah Menyangkut Perladangan Kelapa Sawit ...... 41 7. Portret Kehidupan Masyarakat Adat Disikat Kelapa Sawit .......... 47 8. Negeri Sarawak dan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Berlanjutan .................................................................................... 91 9. Menuju Ke Arah Depan .............................................................. 106 Rujukan ........................................................................................... 110 Lampiran 1 : Prinsip-Prinsip dan Kriteria Minyak Sawit Berlanjutan (RSPO) .................................................................... 114 Lampiran 2 : Metod Kajian ............................................................... 121
  • 6. Penghargaan: Kajian ini telah dikoordinasi oleh Forest Peoples Programme yang bekerjasama-sepakat dengan Perkumpulan Sawit Watch dan rakan-rakan seperjuangan di Sarawak. Dananya dari Oxfam (UK) dan Global Green Grants. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada masyarakat adat tempatan atas kesediaan mereka memberi sokongan terhadap kajian ini. Mereka memanfaatkan kesempatan ini untuk meluahkan kisah kehidupan dan perjuangan untuk hak-hak mereka. Moga-moga kami boleh menyampaikan pandangan mereka secara tepat. Terima kasih khusus kami kepada Harrison Ngau, Baru Bian, See Chee How, Dominique dan Paul Rajah, serta Nicholas Mujah yang membantu kami dalam pengumpulan maklumat. Buku ini mula-mula diterbitkan dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2007 dan kami ingin memberi penghargaan kepada Rebecca Whitby, Louise Henson dan Julia Overton di England yang telah menyemak manuskripnya. Kami juga ingin memberi penghargaan kepada Komeok yang telah membaca pruf draf Bahasa Malaysia supaya buku ini dapat dimurnikan lagi. Juga kepada Carol Yong kerana telah menterjehmahkan buku ini ke dalam Bahasa Malaysia dengan secara teliti dan terperinci. Yang terakhir, segala pandangan dan tafsiran yang dinyatakan dalam terbitan ini adalah tanggungjawab para penulis.
  • 7. Saya amat khuatir tentang pembangunan ini sebab ia menjejaskan cara hidup masyarakat saya. Saya tidak setuju dengan pembangunan macam ini dan cara ianya dilaksanakan. Kalau pembangunan perladangan masuk kawasan ini, sudah tentu ada kerosakan dan kehilangan sumber-sumber atas tanah yang menyara hidup kami. Kompeni ini harus mengiktiraf kewujudan kami di sini. Dari zaman nenek moyang hingga sekarang, kami semua dilahirkan dan dibesarkan di sini. Kami mahu terus hidup di tanah ini dan hutan sekelilinginya. Alung Ju, suku Penan, Ketua Kampung Long Singu, Peliran, Daerah Belaga, Bahagian Kapit, Sarawak
  • 8.
  • 9. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak 1. Ringkasan Eksekutif Sarawak yang terletak di Pulau Borneo merupakan negeri terbesar di Malaysia. Perladangan kelapa sawit di Sarawak semakin pesat hari ini dan menimbulkan konflik dengan orang-orang asal. Menurut Perlembagaan Persekutuan, tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, dan di Sarawak ini boleh menghasilkan golongan elit politik yang berkuasa semata- mata kerana mempergunakan sumber-sumber alam untuk kepentingan atau keuntungan diri sendiri dan turut menguasai bidang ekonomi, terutamanya dalam tempoh 30 tahun yang lalu. Orang-orang asal Sarawak termasuklah orang Dayak dan orang asal lain yang lazimnya tinggal di kawasan hutan pedalaman dan perbukitan. Walaupun mereka adalah golongan terbesar di Sarawak, namum begitu, laluan terhadap kuasa politik mereka terhad. Mengikut hukum adat, sebahagian besar pedalaman Broneo adalah di bawah kawalan dan jagaan orang-orang asal dengan peraturan-peraturan rumit yang menentukan siapa dan bagaimana tanah diperturunkan, dikerjakan dan dipindah milik. Malaysia dikatakan mempunyai satu sistem undang-undang yang majmuk iaitu menerima pakai berbagai badan undang-undang yang nyata berjalan serentak dan adat resam diiktirafkan oleh Perlembagaan. Begitu juga kekuasaan dan Mahkamah Adat diiktirafkan di Sarawak. Sampai hari ini mereka mempunyai bidang kuasa mentadbir hal-ehwal masyarakat tempatan dan memutuskan pengadilan. Maka adat resam sesuatu yang benar-benar hidup dan sumber hak-hak di Sarawak, dari segi undang- undang dan amalannya. Walau bagaimanapun, sejak zaman penjajahan sehingga kini, Kerajaan Negeri Sarawak melalui pelbagai undang-undang dan peraturan-peraturan telah cuba membatas kewujudan hak-hak tanah adat orang asal (NCR). 1
  • 10. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Sebagai contoh, membeku tempoh lanjutan dengan tiada permit dan memberi tafsiran bahawa orang-orang asal tidak ada jaminan hak gunapakai yang kukuh atas tanah kerajaan. Selalu juga kerajaan mengaku kawasan seluas 1.5 hingga 2.8 juta hektar telah dikhaskan sebagai tanah NCR, tetapi tidak sebutkan di manakah sebenar kedudukan tanah-tanah ini. Maka kebanyakan masyarakat asal tidak pasti kalau tanah-tanah mereka, atau mana-mana bahagiannya, sudah diiktiraf sebagai NCR dalam batasan tafsiran hak-hak yang kerajaan terangkan. Kalau pembangunan berasaskan sumber-sumber alam menjadi teras utama dasar ekonomi Kerajaan, nyata pertikaian ke atas tanah berlaku. Terdapat beberapa kes-kes di Mahkamah Tinggi di Sarawak khususnya dan Malaysia amnya di mana para hakimnya telah memutuskan bahawa tuntutan hak- hak tanah oleh orang-orang asal menurut Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang adat. Termaklum dari kes-kes ini tafsiran ‘NCR’ oleh Kerajaan Sarawak adalah silap. Sebenarnya penghuraian mahkamah sejajar dengan undang-undang antarabangsa tentang hak asasi manusia yang menyatakan orang-orang asal mempunyai hak ke atas tanah mereka mengikut adat resam dan bukan geran yang dikeluarkan oleh kerajaan. Sektor penanaman kelapa sawit di Malaysia makin berkembang dengan anggaran jumlah ekspot melebihi RM35 bilion pada tahun 2007, didorong pula dengan permintaan dunia untuk ‘bahan bakar bio’ (bio-fuels). Jelaslah Sarawak menjadi sasaran untuk perluasan perladangan kelapa sawit yang dirancangkan kerana masalah kekurangan tanah di Semenanjung. Sejak 30 tahun yang lalu, Sarawak telah merintis tanaman kelapa sawit tetapi skim- skim yang dikendalikan oleh kerajaan kurang berjaya. Kerajaan Sarawak hari ini menggalakkan penyertaan pihak swasta dalam penanaman kelapa sawit termasuk di atas Tanah Adat Orang Asal (Native Customary Lands) agar mencapai matlamat melipat-gandakan kawasan penanaman kelapa sawit hingga satu juta hektar dalam masa tiga tahun akan datang. Penanaman juga di atas tanah adat dalam kadar 60,000-100,000 hektar setahun. 2
  • 11. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Dalam pembangunan Konsep Baru, pemilik-pemilik tanah adat perlu menyerahkan tanah mereka kepada pihak berkuasa selama 60 tahun untuk dibangunkan secara usahasama dengan syarikat-syarikat swasta, dengan pihak berkuasa sebagai pemegang amanah bagi pihak pemilik-pemilik tanah adat. Sebenarnya adalah tidak jelas bagaimana pemilik-pemilik tanah adat mendapat faedah-faedah dari skim-skim ini dan bagaimana mereka dapat menuntut semula tanah selepas tempoh pajak tamat. Hal-hal lain ialah pertentangan tafsiran mengenai keluasan tanah NCR dan pampasan, proses sebagaimana patut dan faedah-faedah yang dijanjikan. Tidak hairanlah kalau hari ini terdapat lebih dari 100 kes-kes membabitkan pertikaian tanah difailkan di Mahkamah Negeri Sarawak oleh pendakwa orang-orang asal. Kajian ini telah mengenalpasti kira-kira 40 kes berkaitan dengan kelapa sawit. Keterangan terperinci diperolehi daripada 12 masyarakat-masyarakat asal yang terjejas akibat perladangan kelapa sawit dan masalah-masalah utama yang dikemukakan termasuklah:  Konflik-konflik dan pertikaian-pertikaian atas tanah  Gagal menghormati hak mereka ke atas tanah adat  Tiadanya ketelusan dalam makluman dan perundingan  Melanggar prinsip mendapat persetujuan yang bebas, terdahulu dan berpengetahuan (Free, prior and informed consent/FPIC)  Menafikan hak penentuan perwakilian diri dalam memilih wakil sendiri  Bayaran pampasan tidak mencukupi atau tidak dibayar  Kurang ketelusan dan penyertaan dalam Penilaian Kesan Ke Atas Alam Sekitar, atau EIA (Environmental Impact Assessment)  Kekurangan mekanisme-mekanisme untuk menangani rungutan- rungutan 3
  • 12. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Usaha kerajaan untuk mempromosi sektor kelapa sawit di Sarawak memang tidak sejajar dengan prinsip-prinsip dan kriteria Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Berlanjutan (Roundtable on Sustainable Palm Oil, atau RSPO, sebuah inisiatif yang didorong oleh industri kelapa sawit), malahan didapati beberapa syarikat yang juga anggota RSPO sedang beroperasi di Sarawak. Pematuhan kepada piawaian RSPO tidak mungkin tanpa pembaharuan dalam undang-undang dan tatacara-tatacaranya di Sarawak. Sistem yang wujud sekarang telah mengabaikan kepentingan para masyarakat dan mungkin tidak menggalakkan pelaburan dalam sektor yang berisiko dan berkonflik ini. Oleh itu, laporan ini mengesyorkan supaya kerajaan dan syarikat-syarikat menyemak semula dan membaiki undang-undang dan tatacara-tatacara mereka supaya seimbang dengan undang-undang antarabangsa dan amalan terbaik dalam industri ini. 4
  • 13. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak 2. Tanah, Penduduk dan Kekuasaan di Sarawak Malaysia terdiri dari 13 negeri-negeri, termasuk Sabah dan Sarawak, dan tiga wilayah persekutuan. Menurut Perlembagaan Persekutuan, pemisahan antara bidang kuasa perundangan dan pemerintahan adalah jelas. Umpamanya, isu-isu tentang keselamatan negara, dasar luar negeri dan perdagangan adalah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Manakala dasar- dasar dan undang-undang berkaitan dengan tanah dan hutan tertakluk kepada negeri masing-masing. Supaya peka terhadap perasaan rakyat Sarawak dan Sabah menyertai pembentukan Malaysia pada tahun 1963, kedua-dua negeri ini telah diberi hak mengawal kemasukan orang-orang dari Semenanjung melalui kawalan atas imigresen. Secara bertulis, Sarawak dan Sabah masih berhak mengawal kemasukan warga Semenanjung ke negeri masing-masing. Sejak kemerdekaan sehingga ke hari ini, sistem politik Malaysia dikuasai oleh Barisan Nasional dengan kuasa terpusat di tangan Perdana Menteri.1 Jadi Kerajaan Persekutuan secara langsung dan tidak langsung mampu menegakan kuasa ke atas negeri-negeri. Umumnya Perdana Menteri yang menyetujui atau tidak perlantikan seseorang menjadi ketua menteri bagi negeri-negeri di Semenanjung, dan sejak kebelakangan ini bagi Sabah juga. Jelas sekali adanya pengaruh barisan pemimpin persekutuan ke atas kerajaan-kerajaan negeri. Tambahan lagi, Kerajaan Persekutuan menguatkan kawalan atas negeri-negeri melalui peruntukkan belanjawan tahunan dan garispanduan menggubal dasar-dasar, yang sepatutnya di bawah kerajaan-kerajaan negeri. 1 Pilihanraya umum 8 Mac 2008 lalu telah menyaksikan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti dua pertiga di parlimen buat kali keduaya sejak 50 tahun. BN juga telah hilang lima negeri-negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak kepada Pakatan Rakyat, iaitu gabungan tiga parti pembangkang terdiri dari Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR) ) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS). Boleh dirujuk di laman web Malaysiakini http://www.malaysiakini.com dan banyak laman blog lainnya. 5
  • 14. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Peta Malaysia Suatu ketika dahulu, keseluruhan Semenanjung Malaysia dan Pulau Borneo didiami oleh orang-orang asal yang mempunyai bahasa, adat resam, budaya dan identiti yang unik. Adat atau sistem tadbiran tradisional sudah wujud sebelum kedatangan mana-mana kuasa asing, yang mengiktiraf dan menjamin hak-hak masyarakat orang-orang asal ke atas tanah dan cara penggunaannya. Berkurun dijajah oleh kuasa-kuasa asing kemudiannya kerajaan masyarakat majoritas dengan undang-undang berkanun telah mengundurkan undang- undang tradisional. Ketika pembangunan negara masih perlahan dan lebih tertumpu di pusat-pusat bandar, terwujud percanggahan antara undang- undang berlainan tetapi akibatnya tidak begitu ketara. Tetapi ketika kegiatan pembalakan yang mencerobohi kawasan tanah adat orang-orang asal berleluasa, turut diperkuatkan kuasa kerajaan negeri. Hari ini, perluasan penempatan, pembinaan infrastruktur, projek-projek empangan, skim- 2 Sumber: Laman web Kerajaan Negeri Sarawak http://www.sarawak.gov.my/content/view/5/10/. 6
  • 15. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak skim pertanian komersial dan sebagainya semakin mencerobohi kawasan- kawasan tanah adat. Hutan rimba ditebang kemudian hutan sekunder diganti dengan tanaman ladang seperti getah, kelapa sawit dan pokok kayu komersial. Lama-kelamaan kedua-dua sistem undang-undang berkanun dan adat bercanggah dengan akibatnya semakin ketara dan kasar. Dari segi ukuran, Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia. Luas tanah Sarawak adalah 124,449.51km persegi, jadi hampir sama saiz Semenanjung Malaysia sekitar 131,573km persegi. Sarawak dibahagikan kepada 11 buah bahagian pentadabiran, dengan Kuching sebagai ibu negeri dan pusat pemerintahan Negeri Sarawak. Bahagian-bahagian lain termasuk Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong. Tanah-tanih Sarawak boleh dikatakan kurang subur dan tak sesuai untuk kegiatan pertanian. Hampir 70 peratus negeri ini dikelaskan sebagai ‘berbukit-bukau’. Cuma sekitar 3.5 juta hektar dari keseluruhan kawasan Sarawak yang secocok untuk pertanian. Namun, Sarawak telah mengutamakan dan mengembangkan perladangan kelapa sawit sejak awalan tahun 1990an,3 yakni isu yang menjadi tumpuan kajian ini. Jadual 1: Penduduk Sarawak Mengikut Suku Kaum Suku kaum % penduduk Melayu 23.0 Iban 30.1 Bidayuh 8.3 Melanau 5.6 Orang-orang asal lain (misalnya Orang Ulu) 5.9 Cina 26.7 Lain-lain 0.4 Sumber: Jomo et.al. 2004:8 3 Jomo et.al. 2004:149-150. 7
  • 16. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Jumlah penduduk Sarawak pada tahun 2005 adalah 2.31 juta orang.4 Penduduknya terdiri daripada berbilang kaum terutama orang-orang asal yang bertaburan di keseluruhan Pulau Borneo. Masyarakat asal telah wujud sejak turun-temurun, masing-masing dengan adat resam, amalan tradisi, budaya, bahasa dan identiti tersendiri. Malangnya kuasa penjajah British dan Belanda muncul dan telah membahagi-bahagikan Pulau Borneo. Secara rasmi dikatakan terdapat kira-kira 40 kelompok suku di Sarawak. Istilah umum Dayak digunakan untuk merujuk kepada suku kaum orang- orang asal Sarawak yang menurut tafsiran ini adalah masyarakat asal Sarawak. Kebanyakan mereka tinggal di luar bandar walaupun bilangan mereka sebagai penghuni bandar semakin meningkat. Penduduk Sarawak mengikut suku kaum (%) Melayu uuay Iban Bidayuh Melanau Orang-orang asal lain Cina Lain-lain Sumber: Jomo et al. 2004:8 Sungguhpun Sarawak tidak pernah mengalami rusuhan perkauman seperti yang telah berlaku di Semenanjung Malaysia pada tahun 1969, namun saingan kekuasaan di Sarawak, bak di Semenanjung, mengikut kaum dan terpengaruhi oleh gaya politik Parlimen Persekutuan.5 Usaha- 4 Perangkaan Tahunan, 2005, Jabatan Perangkaan, Malaysia. 5 Leigh 1974; Searle 1983; Wong 1983; Colchester 1992. 8
  • 17. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak usaha awal oleh orang Dayak untuk menegaskan suasana yang bebas dari kawalan pihak berkuasa persekutuan tidak diterima. Malahan Stephen Kalong Ningkan, satu-satunya Ketua Menteri Sarawak berbangsa Dayak telah dipecatkan daripada jawatannya pada tahun 1966 melalui pindaan retrospektif (tinjauan kebelakang) perlembagaan untuk pemecatannya. Semenjak itu, politik Sarawak dikuasai oleh golongan elit Melanau Muslim yang kecenderungan mengagih keuntungan yang bersangkutan dengan tanah, konsesi hutan, kontrak projek-projek pembangunan dan skim-skim infrastruktur sesama orang-orang yang berkerabat dengan mereka. Mereka juga ada kemampuan untuk menawan dengan apa jua caranya ahli-ahli politik yang menentang Barisan Nasional. Kekuasaan mereka tidak diancam oleh pihak berkuasa persekutuan selagi mereka terus menyokong Barisan Nasional yang diketuai UMNO yang telah memerintah sejak merdeka hingga sekarang. Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud juga telah memegang jawatan secara berterusan melebihi 25 tahun walaupun sesekali beliau pernah menerima bantahan dan cabaran.6 Akibatnya golongan Dayak, yang merupakan suku kaum terbesar dan tertumpu di kawasan-kawasan luar bandar, tidak berdaya menguasai politik kebangsaan maupun membuat keputusan perihal tanah. Kewujudan parti politik Dayak yang bersemangat Dayak diserapkan dalam Barisan Nasional dan tidak lagi secara bebas memperjuangkan hak-hak tanah orang asal Dayak. 6 Yu 1987. 9
  • 18. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak 3. Sistem Pemilikan Tanah dan Undang- Undang Telah dikatakan bahawa masyarakat adat Dayak merupakan majoritas dari jumlah penduduk Sarawak. Kebanyakan mereka masih tinggal di kawasan- kawasan pedalaman dengan cara penggunaan wilayah dan hak tanah yang menjangkau ratusan tahun usianya. Sistem pentadbiran tradisi menurut adat dengan kepercayaan, petua sosial, undang-undang adat dan amalan- amalan tradisi. Pengekalan adat dari generasi ke generasi yang lain secara lisan pada masa yang sama peraturannya fleksibel yakni boleh diubah atau disesuaikan mengikut keadaan baru. Adat memberi hak kepada fahaman orang Dayak mengenai pemilikan dan kawalan ke atas tanah adat seperti terhadap sistem pembahagian, pewarisan dan pemindahmilikan tanah antara anggota-anggota masyarakat, juga terhadap cara mewujudkan hak dan siapa yang layak atau tidak layak menerimanya. Sungguhpun butir-butir pemilikan tanah berbeza di antara suku kaum, wujud juga unsur-unsur persamaan. Umpamanya, sesebuah masyarakat adat dikatakan memiliki satu wilayah atau ‘menoa’ dalam sebutan Iban. Sempadan wilayah lazim dikaitkan dengan sebatang sungai dari hilir ke hulunya, dirunding bersama dan dipersetujui dalam mesyuarat maka rata- rata masyarakat adat mengetahui sempadan wilayah antara satu kelompok masyarakat dengan yang lain. Tanah wilayah ini tidak boleh dijadikan milik orang seorang tetapi pemilikan hak secara bersama, merangkumi kawasan hutan, sungai, anak sungai, tanah ladang dan sumber-sumber yang terdapat di dalamnya. Jadi, tanah wilayah bukan alam fizikal sahaja. Yang lebih penting berkait dengan tanah adalah pengalaman hidup di zaman silam hingga masakini disulami dengan pelbagai metos, cerita dongeng, sejarah kampung dan peristiwa-peristiwa. Maka tanah berkait rapat dengan kehidupan masyarakat adat, menjadikan mereka sebagai sebahagian 10
  • 19. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak daripada alam. Dan daripada kaitan erat kehidupan masyarakat adat dengan tanah lahirlah pemikiran tanah hakmilik masyarakat adat. Mana- mana bahagian wilayah yang mewujudkan perselisihan atau memerlukan penentuan sempadan yang lebih jelas ada tanda batu kasar atau kesan pada pohon kayu. Umumnya, sempadan pembahagian dan penggunaan tanah diketahui dan tidak sembarang dituntut, disebabkan persetujuan sepakat terlebih dahulu. Dalam lingkungan wilayah masyarakat, para individu dan keluarga dengan persetujuan sebulat suara kampung boleh perolehi hak peribadi dengan membuka hutan atau meneroka tanah berladang. Tanah itu kemudiannya boleh dianggap sebagai kepunyaan individu atau keluarga untuk mereka bercucuk tanam dan mencari pendapatan. Tanah ladang yang subur terutama di kawasan rendah lebih kurang berkekalan tetapi ladang di kawasan tinggi harus dibuat bergilir-gilir supaya daya hasilnya kekal. Hak peribadi masih sah walaupun kebun dibiarkan untuk permukaan dihutankan kembali dan zat bagi tanah membiak sebelum membuka semula hutan untuk bercucuk tanam giliran baru. Kawasan terbiar untuk dihutankan kembali diistilahkan sebagai ‘temuda’ dalam bahasa Iban dan adalah suatu kaedah pertanian amat penting. Ianya juga suatu sistem penggunaan tanah yang bijak dan cocok terutama di pedalaman Borneo kerana tanahnya tidak subur untuk bercucuk tanam. Di samping itu, peraturan-peraturan yang agak rumit menentukan siapa ada hak-hak pertama untuk meluaskan kawasan ladangnya dan menuju arah mana. Lazimnya, sipemilik diberi hak-hak pertama untuk meluaskan ladang berhala ke kawasan bukit dari sungai, tapi tidak termasuk kawasan hulu sungai di sepanjang tebing sungai. Sebabnya sungai sebagai jalan air yang utama adalah untuk kepentingan bersama dan bukan penguasaan oleh sekumpulan orang atau perkampungan sahaja. Sesetengah orang yang ladang terlalu jauh dari rumahnya boleh mengharapkan tanaman mereka dijaga oleh orang lain yang usahakan ladang dan tinggal di pondok ladang untuk tempoh yang lama. Bahkan rumah kecil yang agak tahan, atau ‘dampa’ dalam bahasa 11
  • 20. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Iban, didirikan di ladang yang jauh-jauh oleh mereka yang tinggal lama di sana untuk berladang, jadi tempat tidur lebih selesa. Tanah milikan individu atau keluarga boleh diturunkan kepada waris yang jelas terputus dalam adat tetapi sistem warisan berbeza bagi berlainan orang. Hak terhadap tanah itu terjamin selagi keluarga atau ahli-ahlinya masih mengerjakan tanah itu atau masih duduk berdekatan jika tidak bersama masyarakat mereka. Bagi mengekalkan hak terhadap tanah, diwajibkan di bawah hukum adat bahawa pemilik-pemiliknya mengekalkan hubungan persaudaraan dengan masyarakat, misalnya, dengan bermalaman di rumah panjang untuk jumlah hari-hari tertentu dalam setahun. Sekiranya sesebuah keluarga dianggap sudah meninggalkan tanahnya, tanah tersebut berbalik kepada milikan bersama untuk pembahagian semula kepada keluarga baru atau anggota-anggota masyarakat yang lain. Prinsip seperti ini sangat penting, dan pada pokoknya, masyarakat yang menentukan hak atas tanah adat, sekalipun hak individu atau keluarga boleh diperolehi melalui warisan, pembukaan, penempatan dan penggunaan tanah tertentu. Peraturan- peraturan adat menentukan cara bagaimana tanah milikan peribadi atau keluarga boleh pindah milik di antara orang-orang tertentu dan ciri-ciri peraturannya pula berbeza. Kecuali pajakan dan pindah milik sementara dibenarkan, umumnya tanah adat tidak boleh dijual kepada orang luar.7 Sistem hak-hak adat nampaknya telah mengalami perubahan dalam tempoh 60 tahun yang lalu. Apabila jumlah penduduk bertambah dan pengaruh-pengaruh pasaran semakin kuat, sempadan-sempadan kampung juga memecah bahagi oleh kerana rumah panjang baru berpisah dari masyarakat-masyarakat induk. Sementara itu juga terdapat wilayah-wilayah yang pada suatu ketika dahulu merangkumi beberapa buah rumah-rumah panjang hari ini jelaslah seperti penempatan masing-masing. Oleh kerana penglibatan dalam ekonomi tunai semakin pesat, ladang-ladang milikan individu dan keluarga juga dibuat ladang getah, koko, lada dan beberapa tanaman lain untuk pasaran dan bukan penggunaan segera. Di sesetengah 7 Richards 1961; Sandin 1980; Hong 1987; Colchester 1992. 12
  • 21. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak tempat, tanah ‘menoa’ yang tidak dijamin dengan hak milikan persendirian hampir-hampir pupus, apatah lagi hampir keseluruhan wilayah masyarakat adat telah dibahagikan kepada bahagian-bahagian kecil menjadi kawasan- kawasan dengan hak sendiri. Jualbeli tanah mula beroperasi di beberapa kawasan. Walaupun ada pandangan yang mengatakan perubahan-perubahan ini menandakan adat sudah tidak berfungsi lagi, tidak salah dari pandangan lain mengatakan adat berdaya hidup dan membuat penyesuaian. Adat Resam, Tanah dan Pentadbiran Secara keseluruhannya, Malaysia mempunyai suatu sistem undang-undang yang majmuk. Maknanya, beberapa badan undang-undang diiktiraf sebagai sah di negara ini. Adat resam juga diiktiraf di bawah Perlembagaan Persekutuan. Pemimpin-pemimpin tradisional seperti ketua kampung, penghulu dan pemancha juga diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Malahan mereka diberi elaun kecil kerana menjalankan tugas-tugas menyokong kedaulatan undang-undang, dalam bidang kuasa pentadbiran dan adat. Nyata di Sarawak, seperti juga di Sabah, sebahagian besar urusan harian di bawah bidang kuasa adat. Mahkamah Adat yang secara rasmi diiktiraf juga mempunyai bidang kuasa menyelesaikan pertikaian, dan hari ini masih diguna-pakai dalam pentadbiran hal-ehwal tempatan termasuk pertikaian tanah di dalam dan antara kampung-kampung dan juga kadang- kala dengan pihak luar.8 Dengan demikian adat resam masih berjiwa dan merupakan sumber hak-hak yang cergas di Sarawak, baik dari segi amalan- amalan maupun undang-undang. Bagaimanapun, dalam pentadbiran tanah, sejak dari zaman penjajah nyata terdapat percanggahan dalam hal ini. Dari satu segi, pihak berkuasa negeri menghormati adat resam, menyokong sistem hak adat dan melindungi tanah adat dari eksploitasi orang luar. Dari segi lain, pihak berkuasa negeri cuba membatas hak-hak adat dengan beberapa cara. Pertama ialah menghalang 8 Phelan 2003. 13
  • 22. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak amalan pertanian berpindah-randah yang dianggap membazirkan tanah, merosakkan alam sekitar dan melembabkan pembangunan ekonomi. Kedua ialah memujuk orang-orang Dayak supaya tinggal tetap di suatu perkampungan, menanam tanaman kekal yang boleh dipasarkan dan berhenti cara hidup suka berpindah-randah. Ketiga ialah pihak berkuasa negeri mengambil kawasan-kawasan ‘kosong’ atau ‘terbiar’ yang bersabit hak-hak adat, untuk diisytiharkan sebagai ‘tanah kerajaan’ (tanah awam tanpa pemilik peribadi atau masyarakat). Keempat ialah mewartakan sesetengah kawasan terutamanya hutan tanah tinggi sebagai Hutan Rezab dan Kawasan Terlindung dan tatacara-tatacaranya dibuat dan dikuatkuasakan secara unilateral, atau oleh sepihak sahaja, kemudian daripada itu membatasi atau menghapuskan hak-hak adat atas kawasan- kawasan tersebut. Yang terakhir, berkait dengan isu yang dibincang secara terperinci dalam laporan ini, pihak berkuasa negeri, melalui berbagai-bagai cara, mengambil tanah yang luas untuk dijadikan ladang-ladang. Kesemua strategi-strategi dengan matlamat membatasi hak-hak tanah orang-orang asal telah menimbulkan bantahan dan konflik.9 Bagi melindungi dan mengawal hal-hal berkaitan dengan tanah, dan menggalakkan peralihan ke satu sistem kegunaan tanah yang lebih ‘moden’, kerajaan penjajah telah mewujudkan sistem pengkelasan tanah mengikut kategori tertentu.10 Tanah terutamanya di kawasan pantai diwujudkan sebagai Tanah Zon Campuran (Mixed Zone Lands) yang boleh dijualbeli secara bebas dan surat hakmilik tanah individu melalui satu sistem pendaftaran tanah yang dinamakan Sistem Torrens dan juga kajian kadastra ke atas tanah. Sesiapa jua yang tinggal di Sarawak tidak kira orang asal atau bukan orang asal boleh memiliki tanah jenis ini. Tanah di kawasan Orang Asal (Native Area Lands), juga tanah terutamanya di kawasan pantai, khas untuk orang asal dan digalakkan pemilikan tanah melalui geran individu. Jualbeli tanah ini terhad, ertinya orang bukan asal tidak dibenarkan memiliki tanah di kawasan-kawasan ini bagi memastikan 9 Untuk bacaan lanjutan lihat Hong 1987; Colchester 1992. 10 Ordinan (Pengkelasan) Tanah 1948. 14
  • 23. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak orang-orang asal tidak dipergunakan atau ditipu oleh pembeli-pembeli tanah yang serba tahu tentang pasaran. Kerajaan juga boleh mewartakan sesuatu kawasan sebagai Kawasan Rezab Masyarakat Adat (Native Communal Reserves) dan dikawal oleh undang-undang adat. Tanah Adat Orang Asal (Native Customary Lands) merangkumi kawasan-kawasan di mana sistem pemilikan tanah mengikut adat tetapi cenderung kepada tafsiran hak adat asal (NCR) yang terbatas, seperti diterangkan di bawah. Satu kategori lain ialah Tanah di Kawasan Pedalaman (Interior Area Lands) tetapi hak-hak dan kegunaan di bawah kategori ini kurang jelas. Kategori terakhir ialah Tanah Rezab (Reserved Lands) merangkumi semua tanah-tanah digazetkan untuk kegunaan tertentu seperti hutan simpan, kawasan terlindung dan sebagainya. Sistem pengkelasan tanah penjajah ini dikekalkan oleh kerajaan yang dibentuk selepas kemerdekaan dan dipakai sehingga ke hari ini. Kes-kes yang dibincangkan di Bab 5 dan Bab 6 berikutnya berkaitan dengan kawasan-kawasan dipertikaikan seperti dimasukkan dalam kategori-kategori tanah tersebut di atas. Contohnya, orang-orang asal menganggap kawasan-kawasan mereka sebagai Tanah Adat manakala kerajaan mengatakan ianya Tanah di Kawasan Pedalaman dan secara mungkir dianggap tanah kerajaan. Contoh lainnya ialah kerajaan mungkin menerima sesetengah kawasan termasuk dalam kategori Tanah Adat tetapi pada masa yang sama membangunkan kawasan-kawasan itu menjadi perladangan melalui ‘Penyatuan dan Pemulihan Tanah’ dengan matlamat jangka panjang mentakrifkan tanah tersebut sebagai Tanah di Kawasan Orang Asal di bawah geran peribadi. Hak-hak Adat dan Kanun Tanah Sarawak Raja Brooke memerintah Sarawak kira-kira seratus tahun (1840-1946). Apabila berkuasa, undang-undang diperkenalkan tetapi tentang hak-hak tanah tidak dengan jelas. Pada waktu itu Raja Brooke mengisytiharkan hak 15
  • 24. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak milik ke atas wilayah mereka, yang mula menguasai di beberapa bahagian sekitar Kuching dan lama kelamaan menguasai seluruh Sarawak. Mereka juga ada niat melindungi hak-hak orang asal. Sedapat-dapatnya Pegawai- Pegawai Daerah membenarkan pihak berkuasa masyarakat adat dan Mahkamah Adat menyelesaikan pertikaian tanah, dan hanya campurtangan apabila bantuan mereka diperlukan untuk menyelesaikan masalah- masalah yang lebih rumit. Apabila memutuskan perbicaraan di Mahkamah Adat, Pegawai-Pegawai Daerah ini merujuk kepada adat. Mereka mula menyimpan rekod-rekod tentang sempadan masyarakat adat di daerah masing-masing yang kemudian dijilid dan disimpan dalam pejabat daerah, dinamakan Boundary Book (Daftar Sempadan). Urusetia Pusat memberi arahan bagaimana menentukan sempadan-sempadan kesemua kampung, merangkumi juga kawasan-kawasan berladang dan kawasan-kawasan hutan asli untuk perluasan dan keperluan rezeki.11 Walaupun sesetengah Boundary Book terhapus dalam Perang Dunia Kedua, namun ianya berguna sehingga tahun 1950an dan khususnya di kawasan Baram masih dilengkapkan dan dirujukkan dalam penyelesaian pertikaian sehingga tahun 1970an. Buku-buku ini juga dipamerkan sebagai bukti dalam kes- kes mahkamah baru-baru ini. Sarawak diserahkan kepada pihak British selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Dalam Instrument of Cession, atau Suratcara Penyerahan, terdapat satu fasal penting ‘savings clause’ memaklumkan pengalihan kuasa daripada Raja Brooke termasuk majlis dewan, pihak berkuasa negeri dan pemerintahan Sarawak kepada Mahkota British ‘tetapi tertakluk kepada hak-hak individu dan hak adat orang asal yang wujud’. Sungguhpun begitu, apabila pentadbiran pihak Inggeris berkuasa (1946-1963), pelbagai undang-undang diwujudkan demi untuk mengetatkan tafsiran hak-hak adat.12 Undang-undang ini disatukan sebagai Kanun Tanah 1958 dan hari ini merupakan undang-undang tanah yang utama di Sarawak termasuk pindaan-pindaannya dari semasa ke semasa. 11 Sekretariat Raja Brooke telah mengeluarkan sepucuk surat yang dinamakan Circular No 12/1939 mengenai hal ini dan perbincangan lanjutan boleh didapati dalam Colchester 1992:70-71. 12 Porter 1968. 16
  • 25. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Antara aspek-aspek yang termaktub dalam Kanun Tanah Negeri Sarawak termasuklah bagaimana Rezab Orang-Orang Asal mengikut undang- undang adat septatunya diwujudkan. Dikatakan rezab-rezab ini diwujudkan atas tanah kerajaan tetapi sebenarnya tidak terlaksana. Kanun Tanah juga mengiktiraf hak NCR. Seperti di bawah Seksyen 5(2), hak NCR diwujudkan secara sah dengan cara-cara berikut: - menerokai hutan dara dan menduduki tanah yang sudah dibuka; - menanam pokok buah-buahan di atas tanah berkenaan; - menduduki tanah yang dikerjakan itu; - menggunakan tanah sebagai tapak perkuburan atau sembahyang; - menggunakan tanah sebagai hak laluan perjalanan; dan - mana-mana cara lain yang sah. Asas andaian-andaian yang menyokong undang-undang penjajah ini dapat dipersoalkan. Pertamanya, undang-undang ini sengaja tidak menyebut atau mengecualikan kawasan wilayah yang lebih luas, yang melampaui had tanah ladang dan sebagainya, dimiliki menurut hukum adat dan diiktiraf dalam Boundary Book dan keputusan Mahkamah Adat. Tambahan lagi, di bawah Kanun Tanah 1958 dan akta sebelumnya iaitu Ordinan Pengkelasan Tanah 1948, andaiannya bahawa kerajaan penjajah ada hak pemilik atas tanah itu. Jadi, walaupun kerajaan membenarkan hak NCR diwujudkan atas Tanah di Kawasan Pedalaman, mereka menganggap hak ini sebagai hak gunapakai berlesen atas tanah kerajaan sahaja. Selepas kemerdekaan, kerajaan negeri Sarawak membuat pindaan-pindaan dalam undang-undang tanah yang selanjutnya menyekat hak-hak adat. Misalnya, melalui pindaan 1994 Menteri yang bertanggungjawab atas hal-ehwal tanah mempunyai bidang kuasa menghapuskan hak NCR atas tanah.13 Selepas pindaan 1996, beban membukti menjadi tanggungjawab 13 Sebenarnya peruntukan ini terkandung dalam undang-undang dan sememangnya pihak berkuasa negeri mengiktiraf hak adat orang asal di mana hak ini belum dihapuskan sehingga saat berlakunya pindaan- pindaan menafikan hak-hak sedemikian (lihat perbincangan berikutnya). 17
  • 26. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak pendakwa orang asal atas andaian bahawa tanah adalah milikan kerajaan. Pada tahun 2000, Kanun Tanah (Pindaan) membuang kata-kata ‘mana- mana cara lain yang sah’ pada Artikel 5.14 Undang-undang lain diwujudkan untuk mengetatkan tuntutan-tuntutan terhadap tanah adat. Contohnya pada tahun 1987, adalah menjadi kesalahan membuat benteng di jalanraya syarikat pembalakan dan perladangan, walaupun jalanraya-jalanraya tersebut menceroboi kawasan-kawasan yang dituntut oleh orang-orang asal sebagai tanah adat. Juga, pada 1997, ekoran dari keputusan kes mahkamah yang nyata berpihak kepada sebuah masyarakat adat dan tuntutan NCR mereka, Kerajaan Sarawak dengan segera telah meluluskan suatu undang- undang mengharamkan masyarakat-masyarakat adat membuat pemetaan tanah-tanah adat untuk kegunaan dalam mahkamah. Kerajaan pihak penjajah atau kerajaan Sarawak selepas kemerdekaan telah mengetatkan dan menghadkan NCR secara beransur-ansur. Niat mereka jelas. Contoh yang baik ialah Kanun Tanah 1958 dengan peruntukan yang memperkatakan bahawa kesemua lanjutan tempoh hak NCR tanpa permit telah dibekukan selepas 1 Januari 1958.15 Kemudian kerajaan mengarahkan pegawai-pegawai daerah supaya berhenti mengeluarkan permit-permit tersebut. Pandangan kerajaan ialah masyarakat adat kehilangan hak NCR atas tanah-tanah ladang yang diwujudkan selepas 1 Januari 1958 melainkan dengan bukti permit telah diberikan secara sah selepas tarikh ini. Kesimpulannya, undang-undang perihal tanah dan hak NCR diketatkan secara berperingkat-peringkat melalui definisi NCR dan peraturan- peraturan mewujudkannya yang terbatas. Ini termasuk memudahkan penghapusan hak NCR, memberi hak mutlak kepada kerajaan menentukan kadar pampasan, membatasi kebebasan bergerak orang-orang asal dan meningkatkan denda sekiranya gagal mematuhi undang-undang pihak berkuasa negeri.16 14 Tetapi Mahkamah telah memutuskan bahawa pemakaian undang-undang secara tinjauan kebelakang tidak boleh digunakan. 15 Sebenarnya sekatan-sekatan ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 1955 di bawah Ordinan (Pengkelasan) Tanah 1955 (Dengan Pindaan). 16 IDEAL 1999. 18
  • 27. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Kerajaan Sarawak, dalam beberapa dokumen-dokumen dan kenyataan- kenyataan rasmi, pernah mengaku bahawa kawasan seluas 1.5 juta hingga 2.8 juta hektar dari keseluruhan Sarawak cenderung kepada hak-hak NCR. Tetapi kedudukan dan keluasan sebenar kawasan-kawasan yang dikatakan oleh kerajaan cenderung kepada NCR belum pernah dimaklumkan untuk pengetahuan umum. Jadi kebanyakan masyarakat-masyarakat adat tidak pasti kalau-kalau kawasan yang mereka anggap hakmilik mereka mengikut undang-undang adat diberi pengiktirafan oleh kerajaan sebagai kawasan NCR. Kekaburan inilah yang menyebabkan ramai orang-orang asal menganggap tanah-tanah adat mereka sebagai ‘Hak Adat Asal’ (NCR) atau ‘Tanah-Tanah dengan Hak Adat Asal’, sungguhpun istilah-istilah ini mengikut Kanun Tanah Negeri Sarawak sebenarnya lebih terbatas maknanya. Kes-kes Menyangkut Hak Tanah di Mahkamah Perbezaan tanggapan tentang hak-hak adat di antara orang-orang asal dan ‘hak adat orang asal’ mengikut tafsiran kerajaan di bawah Kanun Tanah telah menimbulkan banyak kes-kes pertikaian tanah. Banyak daripada kes-kes ini telah dibawa ke mahkamah. Bab-bab 5 dan 6 akan mengkaji beberapa kes bersangkut-paut dengan pengembangan perladangan kelapa sawit. Kita lihat sekarang secara ringkas beberapa rumusan utama dan hasil penenuan mahkamah tentang tanah amnya. Ketika mengadili kes-kes pertikaian tanah baik di Sarawak atau di Mahkamah Persekutuan di Kuala Lumpur, keputusan hakim-hakim bukan sahaja menimbangkan Kanun Tanah dan undang-undang tanah lain di Sarawak, bahkan juga Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara dan negeri yang lain. Mengikut Akta Tafsiran Undang-Undang 1957 dan 1958, ‘Undang-Undang’ di Malaysia ‘termasuklah undang-undang bertulis, undang-undang umum yang lazim digunakan di Persekutuan dan 19
  • 28. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak mana-mana bahagiannya, dan apa-apa adat resam atau amalannya menurut undang-undang di Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.’ Begitu juga di Sarawak, selepas penyerahannya kepada pihak Inggeris pada tahun 1946, pihak berkuasa Sarawak turut meluluskan Application of Law Ordinance 1949 di mana undang-undang umum Inggeris diterima pakai di Sarawak ‘tertakluk kepada syarat ianya bersesuaian dengan keadaan tempatan dan adat resam orang-orang asal.’17 Ini bermakna mahkamah-mahkamah di Sarawak dan keseluruhan Malaysia boleh menimbang penemuan mahkamah-mahkamah lain yang merujuk kepada undang-undang umum Inggeris dan mengubahsuaikan kepada kenyataan dan undang-undang adat di Sarawak. Maka ini menunjukkan mereka menerima pakai badan- badan perundangan tentang hak-hak orang asal yang sempurna maju dari Nigeria, New Zealand, Australia, Kanada dan Afrika Selatan, serta juga penghakiman yang telah diputuskan di Majlis Privi di England. Mahkamah-mahkamah di Sarawak dan Malaysia telahpun membuat keputusan dengan merujuk pada contoh undang-undang duluan, pemahaman para hakim sendiri tentang undang-undang adat, pendakwaan orang-orang asal sendiri dan sokongan peguam-peguam yang membuat rayuan bagi pihak orang-orang asal. Umpamanya kes mahkamah berkaitan dengan tanah NCR di Sarawak, Nor Ak Nyawai Ors v Borneo Pulp Plantation Sdn Bhd Ors [2001] 2 CLJ 769, Hakim perbicaraan telah merujuk pada kes Mabo v State of Queensland (1992) 66 ALJR 408. Bagi kes Adong bin Kuwau 51 Ors v The Government of Johore [1997] 1 MLJ 418 di Semenanjung, juga turut merujuk pada kes Mabo. Yang Arif Tuan Hakim berkata: This journey through history is necessary because, and it is common ground - arising from the decision in Mabo v State of Queensland (1992) 66 ALJR 408 which was followed in Adong bin Kuwau 51 Ors v The Government of Johore [1997] 1 MLJ 418 and which decision was affirmed by the Court of Appeal 17 Dibincangkan dalam Bulan 2006:47. 20
  • 29. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak ([1998] 2 MLJ 158) - the common law respects the pre-existing rights under native law or custom though such rights may be taken away by clear and unambiguous words in a legislation. I am of the view that is true also of the position in Sarawak. [Perjalanan melalui sejarah ini berguna kerana, dan ini titik persamaannya – berbangkit dari keputusan dalam kes Mabo v State of Queensland (1992) 66 ALJR 408 kemudiannya kes Adong bin Kuwau 51 Ors v The Government of Johore [1997] 1 MLJ 418 di mana keputusannya disahkan dalam Mahkamah Rayuan ([1998] 2 MLJ 158) – undang-undang umum menghormati hak-hak sudah diwujudkan terdahulu di bawah undang-undang adat atau adat resam walaupun hak-hak tersebut boleh dibatalkan dengan mudah oleh perkataan-perkataan yang jelas dan tepat dalam perundangan. Pada pandangan saya, adalah benar bahawa pendirian Sarawak sama seperti ini juga.] Di dalam kes Adong bin Kuwau 51 Ors v The Government of Johore [1997], Yang Arif Tuan Hakim, setelah merujuk kepada pelbagai kes dalam bidang kuasa perundangan lain yang menyokong hak-hak adat, merumuskan bahawa hak-hak ke atas tanah nenek moyang ‘Orang Asli’ memang dilindungi oleh undang-undang umum. Pada halaman 430 penghakimannya, Yang Arif berkata: My view is that, and I get support from the decision of Calder’s Case and Mabo’s Case, the aboriginal peoples’ rights over the land include the right to move freely about their land, without any form of disturbance or interference and also to live from the produce of the land itself, but not to the land itself in the modern sense that the aborigines can convey, lease out, rent out the land or any produce therein since they have been in continuous and unbroken occupation and/or enjoyment of the rights of 21
  • 30. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak the land from time immemorial. I believe this is a common law right which the natives have and which the Canadian and Australian Courts have described as native titles and particularly the judgment of Judson J in the Calder’s Case at page 156 where His Lordship said the rights and which rights include ‘... the right to live on their land as their forefathers had lived and that right has not been lawfully extinguished......’ I would agree with this ratio and rule that in Malaysia the aborigines common law rights include, inter alia, the right to live on their land as their forefathers had lived and this would mean that even the future generations of the aboriginal people would be entitled to this right of their forefathers. [Pada pandangan saya, dan disokong oleh keputusan-keputusan kes Calder dan kes Mabo, hak-hak orang asli ke atas tanah termasuklah hak untuk bebas bergerak atas tanah berkenaan tanpa sebarang gangguan atau campurtangan dan juga perolehi sumber sarahidup dari hasil-hasil tanah, tetapi tidak dari tanah itu sendiri dalam ertikata moden di mana orang asli boleh memindahkan hak, memajak atau menyewa tanah atau hasil-hasil darinya oleh kerana mereka telah berterusan dan tak putus menduduki dan/atau menikmati hak- hak ke atas tanah semenjak zaman silam. Saya percayai bahawa ini ialah hak undang-undang umum yang orang asli terdapat dan yang Mahkamah-Mahkamah Kanada dan Australia memaklumkan sebagai hakmilik asli terutamanya penghakiman Judson J di dalam kes Calder di halaman 156 di mana Yang Arif Tuan Hakim berkata hak-hak dan jenis hak-hak termasuklah ‘... hak untuk menetap atas tanah mereka sebagaimana nenek moyang mereka menetap dan hak tersebut dari segi undang-undang tidak pernah dimansuhkan ...’ Saya memang bersetuju dengan perhitungan dan peraturan ini dan bahawasanya di Malaysia hak-hak hukum adat orang-orang asal termasuk, antaranya, hak untuk menetap atas tanah mereka sebagaimana nenek moyang mereka menetap memberikan 22
  • 31. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak maksud bahawa generasi-generasi orang-orang asal masa depan juga berhak untuk memperolehi hak yang sama seperti nenek moyang mereka.] Berkenaan dengan kes Kerajaan Negeri Selangor Ors v Sagong Tasi Ors [2005] 4 CLJ 169, Yang Arif Presiden Makhamah Rayuan Malaysia juga merujuk kepada Kes Adong dan Yang Arif berkata: ‘Sudah terlambat bagi pihak yang didakwa untuk melawan dan mengatakan undang-undang umum kita tidak memberi pengiktirafan kepada hakmilik adat orang asli’. Penemuan-penemuan ini tidak menyenangkan Kerajaan Negeri Sarawak. Malahan Ketua Peguam Negeri, selaku peguambela bagi pihak Kerajaan Negeri yang didakwa dalam banyak kes-kes, masih guna-pakai tafsiran Hak Adat Orang-Orang Asal mengikut kerajaan penjajah kemudian kerajaan Sarawak yang terbatas ertinya. Beliau perdebatkan bahawa undang- undang bertulis diutamakan dari fahaman-fahaman undang-undang umum. Selain itu, pemerintah penjajah dan pihak berkuasa negeri sekarang, melalui peruntukan tanah untuk tujuan-tujuan lain secara berkesan telah menghapuskan hak-hak-adat, melainkan yang ditetapkan sebagai sah di bawah undang-undang negeri.18 Pihak mahkamah, bagaimanapun, terus memberi penghakiman sendiri. Misalnya penghakiman terbaru berkaitan kes Madeli Salleh v Penguasat of Lands Surveys Anor [2005] 3 CLJ 697 di Mahkamah Persekutuan pada bulan Oktober 2007 mengesahkan semula bahawa prinsip undang- undang umum berkuatkuasa di Sarawak. Ini bertentangan dengan hujah- hujah Ketua Peguam Negeri Sarawak. Mahkamah peringkat tertinggi di Malaysia juga mengesahkan bahawa di Sarawak, hak ke atas tanah kekal bagi masyarakat-masyarakat adat, sekalipun tanah itu telah direzab atau digazet di bawah arahan kerajaan untuk tujuan lain. Dari kes ini, didapati 18 Taklimat Peguam Besar Negeri Sarawak menerangkan kedudukan undang-undang diterima oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) (Ketua Peguan Negeri 2007) dan laporan ini terkandung dalam laman web: http://www.rengah.c2o.org/assets/pdf/de0157a.pdf. Kedudukan Undang- Undang Peguam Besar Negeri Sarawak telah ditolak oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Sarawak melalui suatu Kertas Kerja, dan teks penuhnya boleh didapati di :http://www.rengah.c2o.org/ assets/pdf/de0162a.pdf. 23
  • 32. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak kerajaan tidak secara jelas menghapuskan hak-hak pemilik sebelumnya dan tidak membayar pampasan yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Maka itu, Hak Adat Orang Asal (NCR) atas tanah tetap sah. Perkembangan Perladangan dan Undang-Undang Implikasi penghakiman ini dan yang lain bagi pengusaha-pengusaha tanah di Sarawak adalah bermacam-macam. Hal pertama, jelas bahawa hak- hak adat orang-orang asal adalah bebas dari sebarang tindakan atau geran diberi oleh pihak berkuasa negeri. Mereka menikmati hak ini terdahulu sebelum kewujudan Negeri Sarawak dan hak-hak ini terus wujud hingga sekarang. Keduanya, hak-hak ini kekal melainkan dan sehingga diserahkan atau dibatalkan dengan persetujuan tentang proses perundangan dan bayaran pampasan. Ketiganya, tanpa proses yang sepatutnya, kedua-dua pelabur dan syarikat yang berniat membangunkan tanah-tanah, misalnya untuk projek perladangan di Sarawak, tidak boleh menyangkal hal bahawa kawasan itu cenderung kepada hak adat orang asal. Biarpun ada lesen, suratpajak atau permit daripada kerajaan Sarawak untuk membuka projek perladangan, dari segi undang-undang ini tidak memberi jaminan bahawa tanah itu tidak terbabit dengan tuntutan-tuntuan lain. Penghakiman-penghakiman ini mencerminkan bahawa Sarawak menuju ke arah yang sama dalam tafsiran tentang hak-hak orang-orang asal menurut Undang-Undang Antarabangsa. Sebagaimana dalam perbincangan Bab 8, peraturan-peraturan dalam undang-undang turut diterima oleh Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO), atau Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Berlanjutan yang mengalakkan amalan terbaik dalam industri ini mengikut peraturan-peraturan dan standard-standard antarabangsa. Syarikat-syarikat perladangan harus berurusan dengan orang-orang asal secara adil saksama dan menghormati hak-hak mereka. Kegagalan berbuat demikian membawa risiko kepada operasi dan pelaburan mereka. 24
  • 33. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak 4. Sektor Pengeluaran Minyak Sawit di Malaysia Pembangunan perladangan secara besar-besaran bermula di Semenanjung Malaysia (dulunya dikenali sebagai Negeri-Negeri Tanah Melayu) pada hujung abad ke-19. Menjelang tahun 1925 hampir satu juta hektar kawasan hutan dibersihkan dan ditanami dengan pokok getah.19 Kemudian penanaman kelapa sawit diperkenalkan, terutama selepas kemerdekaan di mana pengembangan perladangan secara besar-besaran menjadi teras pembangunan negara. Sejak itu, perladangan kelapa sawit meliputi hampir keseluruhan keluasan Semenanjung. Sehingga tahun 2006, nilai ekspot dari industri minyak sawit di Malaysia mencapai rekod tertinggi dengan RM31,8 bilion,20 manakala pengeluaran minyak kelapa sawit mentah meningkat sebanyak 6.1% atau 15.9 juta tan. Industri ini telah menetapkan sasaran hasil pengeluaran sebanyak 16.5 juta tan bagi tahun 2007. Jumlah kawasan yang kini ditanami dengan kepala sawit sebanyak 4.2 juta hektar (berbanding dengan 2 juta hektar pada 2000), di mana 2.3 juta hektar di Semenanjung Malaysia, 1.24 juta hektar di Sabah dan 600,000 hektar di Sarawak.21 Perkembangan perladangan di Sabah dan Sarawak tidak secepat di Semenanjung. Namun begitu, kekurangan tanah di Semenanjung telah mengalihkan perhatian ke kedua-dua negeri ini untuk memajukan industri perladangan dan pelaburan dalam tanaman kelapa sawit. Pada tahun 2006, kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak mencatat kadar pengembangan perladangan sebanyak 4.5% berbanding dengan 1.6% di Semenanjung 19 Jomo et al. 2004:26. 20 2006 ekspot minyak sawit mencatat rekod tertinggi sebanyak RM31.8 bn, The New Straits Times – Business Times, 11th January 2007, boleh dirujuk di laman web: http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/ Thursday/Frontpage/BT338868.txt/Article/ 21 ‘Kempen menentang sikap negatif terhadap minyak sawit’25 Julai 2007, The Star Online disemak pada 25 Julai 2007 http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/6/25/nation/20070625184355sec=nation. 25
  • 34. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Malaysia. Hari ini keluasan kawasan perladangan di kedua-dua negeri ini seluas 1.83 juta hektar atau 44% dari jumlah keluasan bagi seluruh Malaysia ditanam dengan tanaman kelapa sawit. Dari segi pengeluaran minyak sawit mentah, Sabah dan Sarawak menghasilkan kira-kira 6.91 juta tan, atau 43% daripada jumlah keseluruhan 15.9 juta tan yang dikeluarkan oleh Malaysia pada tahun 2006.22 Kira- kira 12.6% daripada jumlah keseluruhan 33.01 juta hektar kawasan tanah di Malaysia ditanami dengan tanaman kelapa sawit. Daripada jumlah keluasan lebih kurang 600,000 hektar yang ditanam dengan kelapa sawit sekarang, Sarawak berhasrat mencapai sasaran sebanyak 1 juta hektar pada tahun 2010 dengan sasaran sebanyak 400,000 hektar terdiri daripada tanah adat orang asal.23 Tanaman kelapa sawit dijangka meliputi hampir 2/3 daripada jumlah keluasan 6 juta hektar yang telah diperuntukkkan untuk pengembangan pertanian antara tahun 2000 dan 2010 di bawah Rancangan Pertanian Kebangsaan yang ketiga. Keluasan kawasan tanaman kelapa sawit didorong lagi oleh dasar-dasar negara dan antarabangsa untuk memajukan kelapa sawit sebagai ‘bahan bakar bio’. Dasar Biofuel Negara secara rasmi telah menetapkan sasaran dalam lima sektor terpengaruh untuk penggunaan bahan bakar iaitu pengangkutan, industri, teknologi, ekspot dan untuk mencapai alam sekitar yang dikatakan lebih murni. Pencampuran 5% minyak sawit yang diproses dengan setiap disel negara dijangka dapat mewujudkan pasaran tempatan baru untuk 500,000 tan minyak sawit setahun. Jumlah ini kira-kira 40%-50% daripada keseluruhan stok minyak sawit semasa di negara ini.24 22 ‘Sabah dan Sarawak bersiap sedia untuk pembangunan’ 3 Julai 2007, The Star Online, disemak pada 3 Julai 2007 http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/7/3/business/18178105sec=business. 23 Kementerian Kemajuan Tanah Negeri Sarawak. Laman web: http://www.mlds.sarawak.gov.my/ background/b_1.htm 24 Kementerian Perindustrian Perladangan dan Komoditi, 21 Mac 2006, lihat www.palmoil.com. 26
  • 35. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Rajah 1: Trend Ekspot Minyak Sawit Malaysia (001–007)5 Sasaran yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah bagi kandungan bio diesel bercampur dengan bahan bakar adalah 5.75% bio diesel pada 2010 dan 10% menjelang tahun 2020.26 Ini dijangka melonjak ekspot minyak sawit dari Malaysia, di samping dari negara-negara pengeluar besar lain dan para pelanggan lama Kesatuan Eropah.27 25 ‘Ekspot minyak sawit tahun ini dijangka melebihi sasaran RM35 bilion’, 27 Julai 2007, New Straits Times – Business Times Online, disemak pada 27 Julai 2007 http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Friday/Nation/35b.xml/Article/. 26 ‘Sweden: Kesatuan Eropah harus menghapuskan cukai impot bahan bakar bio’, 16 Julai 2007, The New Straits Times – Business Times Online, disemak pada 16 Julai 2007 http://www.btimes.com.my/Current_ News/BT/Monday/Nation/rup14a.xml/Article/. 27 Misalnya, Kerajaan Brazil bersetuju dengan penggunaan 2 peratus kandungan bio diesel (B2) dalam kesemua diesel pada 2008. Isu ini dilapurkan dalam New Straits Times – Business Times Online, ‘Brazil menambah pembelian minyak sawit dari Malaysia’, 10 April 2007, disemak pada 10 April 2007 http:// www.btimes.com.my/Current_News/BT/Tuesday/Frontpage/BT617039.txt/Article/. 27
  • 36. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Negara China merupakan pembeli utama barang buatan minyak sawit dari Malaysia pada tahun 2006, dengan jumlah belian sebanyak 3.58 juta tan bagi tahun tersebut. Negara Belanda menduduki tempat kedua dengan jumlah belian 1.67 juta tan, diikuti oleh Pakistan dengan 957,352 tan dan Amerika dengan 683,650 tan. Dalam tahun 2005, permintaan dari Amerika Syarikat meningkat sebanyak 65% selepas Kerajaan Amerika Syarikat mewajibkan penandaan kandungan translemak atas pemakanan bungkusan pada 1 January 2006.28 Pada 2007, Lembaga Minyak Sawit Malaysia dicatat mengatakan bahawa 10 negara pembeli terbesar minyak sawit dari Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama tahun pada tahun 2007 adalah China (1.6 juta tan dengan peningkatan sebanyak 14% bagi jangka masa sama tahun lepas), Belanda, Pakistan (peningkatan sebanyak 23%), Amerika Syarikat, Jepun, India (11% lebih), Singapura, Emiriah Arab Bersatu, Afrika Selatan dan Korea Selatan.29 Secara keseluruhan Kesatuan Eropah membeli 875,952 tan minyak sawit dalam tempoh lima bulan pertama tahun 2007, tetapi menunjukkan penurunan sebanyak 17% dalam jangkamasa yang sama tahun lepas.30 Pada keseluruhannya, Kesatuan Eropah adalah pasaran penting bagi minyak sawit dan hasil-hasil lain dari Malaysia, menyumbang sebanyak 17.9%, atau 2.58 juta tan pada tahun 2007.31 28 ‘2006 Ekspot minyak sawit mencatatkan rekod paling tinggi iaitu sebanyak RM31.8 bilion’ 11 Januari 2007, The New Straits Times – Business Times Online, disemak pada 11 Januari 2007 http://www.btimes. com.my/Current_News/BT/Thursday/Frontpage/BT338868.txt/Article/. 29 ‘Ekspot minyak sawit tahun ini dijangka melebihi sasaran RM35 bilion’, 27 Julai 2007, New Straits Times – Business Times Online, disemak pada 27 Julai 2007 http://www.btimes.com.my/Current_News/BT/Friday/Nation/35b.xml/Article/. 30 ‘Pengusaha minyak sawit Malaysia melawan melalui siaran radio dan televisyen’, 23 jun 2007, New Straits Times Online, disemak pada 23 Jun 2007 http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/ National/20070623095518/Article/index_htm 31 ‘Malaysia menenangkan kebimbangan Kesatuan Eropan tentang penanaman kelapa sawit’, 4 Jun 2007, New Straits Times - Business Times Online, disemak pada 4 Jun 2007 http://www.btimes.com.my/ Current_News/BT/Monday/Nation/BT625654.txt/Article/. 28
  • 37. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Dengan isu-isu alam sekitar seperti fenomena pemanasan dunia sudah diterima umum oleh seluruh dunia hari ini, industri-industri dunia juga turut menyebarkkan ‘jawapan-jawapan’ bagi masalah tersebut. Satu penyelesaiannya ialah industri bahan bakar, dan minyak sawit telah dimajukan sebagai ‘jawapan’ terpenting disebabkan kedudukannya dalam pasaran minyak dunia. Negara-negara industri kini bergogop-gapah menentukan sasaran masing-masing bagi mengurangkan bahan bakar fosil, dan sedapat-dapatnya, menggantikan dengan ‘bahan bakar bio’. Memang permintaan untuk minyak sawit akan melambung juga. Jadi minat dipertingkatkan untuk memajukan ladang-ladang kelapa sawit di Sarawak. Tetapi pelbagai soal berbangkit. Misalnya, bagaimana perkembangan ini secocok dengan dasar-dasar pembangunan di Sarawak? Di mana sebenarnya tanah untuk pengembangan ladang-ladang kelapa sawit ini? Bagaimana undang-undang mengawal pengambilalihan tanah- tanah tersebut? Siapa yang sebenarnya memiliki tanah-tanah tersebut dan apakah jaminan-jaminannya untuk melindungi hak-hak masyarakat tempatan? Apakah pengalaman-pengalaman masyarakat-masyarakat yang terjejas akibat pengembangan perladangan kelapa sawit di Sarawak? Jawapan-jawapannya akan dikaji dalam bab-bab selepas ini. 29
  • 38. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak 5. Dasar Kerajaan Sarawak bagi Pembangunan Ladang Kelapa Sawit Semenjak kemerdekaan pada tahun 1963, Kerajaan Sarawak yang berturut-turut telah menyokong skim-skim perladangan dengan tujuan memajukan ‘pembangunan’ dan penggunaan tanah secara produktif. Skim- skim perladangan yang awal ditanami dengan tanaman getah dan koko. Skim perintis kelapa sawit yang pertama dibuka pada tahun 1966. Jenis tanaman dan teknik-tekniknya mungkin berbeza tetapi matlamat dasar pihak kerajaan masih sama, iaitu berikhtiar untuk mengambil tanah dan menyediakan modal untuk kegiatan perladangan. Pada peringkat awal, skim-skim dibuka dan dikendalikan oleh pihak berkuasa negeri atas tanah yang dianggap tanah kerajaan lagi terbiar selama ini. Kemudian kerajaan mengorak langkah mengambil tanah hak adat orang asal untuk pembangunan perladangan. Dalam usaha mempercepatkan pembangunan perladangan, kerajaan menggalakkan penyertaan sektor swasta membangunkan tanah tanpa mengambil kira sama ada tanah itu mempunyai hak terdahulu atau tidak. Usaha yang terkini adalah usahasama di antara pihak swasta, orang- orang asal dan pihak kerajaan, dengan kerajaan sebagai Pemegang Amanah tanah adat untuk dibangunkan secara besar-besaran oleh pihak swasta. Banyak masalah telah berbangkit dari konsep pembangunan tanah ini. Skim-skim yang pertama Skim penempatan tanah di Sarawak antara 1964 dan 1974 mengikut pendekatan pembangunan bersepadu seperti yang dijalankan di Semenanjung Malaysia oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dalam tahun 1950an. Skim-skim awal di Sarawak diusahakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Sarawak dan kemudian antara 1968 hingga 1972 oleh Perbadanan Pembangunan Kewangan Sarawak. Dari 1972 hingga 1980 usaha pembangunan tanah diambilalih oleh Lembaga Pembangunan 30
  • 39. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Tanah Sarawak (SLDB), satu badan berkanun negeri. Pada tahun 1997 SLDB diswastakan atas nama Sarawak Plantation Sdn Bhd dan pada tahun 2000 telah bertukar nama kepada Plantation Berhad. Mengikut Ramy Bulan, seorang pensyarah universiti tempatan dalam bidang undang-undang, skim-skim pertama ini melibatkan pembukaan tanah baru dan pemindahan masyarakat-masyarakat asal ke skim-skim penempatan yang telah diperuntukkan khas untuk penanaman tanaman jualan, termasuk kelapa sawit. Idea di sebalik pembangunan pertanian seperti ini ialah untuk membangunkan tanah yang terbiar. Tetapi nampaknya peserta-peserta skim dipindahkan ke kawasan-kawasan di mana sebenarnya dimiliki oleh masyarakat-masyarakat adat lain. Jadi ini timbul masalah antara peserta skim dan pemilik-pemilik tanah terbabit. Di samping itu, peserta-peserta skim dikehendaki menanggung sendiri bayaran untuk tanah, persediaan tanah, penanaman dan kos permulaan jagaan tanaman. Ini bermakna mereka dibebani hutang yang harus dibayar dengan pendapatan dari hasil tanaman. Tetapi hasil pertanian bergantung kepada harga yang turun naik di pasaran dunia dan ianya semakin menurun. Ini menjejaskan pendapatan mereka dan tak berdaya membayar balik hutang. Tambahan pula, masalah kekurangan tenaga pekerja dan kepakaran untuk menjayakan skim-skim tersebut mengakibatkan kebanyakan skim-skim terbengkalai disebabkan pengurusan yang lemah.32 Memang skim-skim terawal seperti skim penempatan Skrang didorong oleh faktor keselamatan negara. Justeru itu orang asal Dayak Iban yang berada di kawasan-kawasan sempadan kerusuhan terpaksa berpindah ke penempatan berkawal.33 Seperti kata Jitab dan Ritchie, ‘skim-skim tersebut ditakdir menemui kegagalan dari awal-awal lagi’.34 32 Bulan 2006, merujuk kepada King 1988:280 dan Ngidang 2001. 33 Rusuhan kecil-kecilan di kawasan-kawasan sempadan disebabkan oleh beberapa faktor, tetmasuk Presiden Sukarno dengan dasar konfrontasinya dengan Malaysia; gerila komunis; dan pejuang nasionalis di Sarawak. Orang-orang Dayak, dengan sejarah berperang untuk peluasan kuasa yang lama, dianggap mengugat kestabilan kerajaan yang baru wujud selepas kemerdekaan dan perlu dipindahkan (Colchester 1992:54-57). 34 Jitab dan Richie 1991:58. 31
  • 40. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Konsep penyatuan tanah hak adat Kerajaan Sarawak telah menyedari kelemahan mereka dan menerima hakikat bahawa sistem adat tentang pemilikan tanah perlu diberi perhatian. Maka, pada tahun 1976 ia mewujudkan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak, atau singkatannya SALCRA (Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority), untuk mengurus secara langsung penanaman tanaman ladang atas tanah masyarakat sasaran. Maknanya, SALCRA mewakili pihak kerajaan dalam usahasama dengan masyarakat-masyarakat asal untuk membangunkan tanah mereka. Hakmilikan tanah kononnya masih dipegang oleh keluarga-keluarga yang menyertai usahasama. Untuk melayakkan diri, para peserta harus ada tanah yang sesuai di tapak kawasan untuk skim yang dicadangkan, dan sebagai pemilik tanah tersebut mereka harus setuju secara bulat-bulat dengan skim itu. Sebaliknya, syarat begini tidak diwajibkan dalam skim penempatan SALCRA lain umpamanya untuk masyarakat Iban yang terpaksa dipindahkan akibat terjejas oleh projek hidro-eletrik Batang Ai dengan dana Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank, ADB).35 Fungsi SACLRA termasuk aktiviti penyatuan dan pemulihan tanah, menyediakan tenaga pengajar dan kemudahan-kemudahan latihan berkaitan dengan pertanian dan pengurusan tanah. SALCRA juga terlibat dalam membuka dan menjaga ladang-ladang baru, di samping mengurus, mengutip, memproses dan memasarkan hasil-hasil dari ladang-ladang tersebut. Andaiannya ialah apabila peserta-peserta skim sudah cukup kemahiran dalam mengurus tanah sendiri, ladang tersebut akan dibahagi- bahagikan dan setiap keluarga sertaan diberi sekeping tanah sendiri dengan geran tanah sekali. Akan tetapi proses membina kemahiran para peserta dan membahagi-bahagikan tanah tidak terlaksana. Jadi kebanyakkan skim- skim terus bergantung kepada dana kerajaan dan pengurusan SALCRA. Pertikaian tanah pula menjadi masalah berterusan di kawasan-kawasan di bawah SALCRA.36 35 Colchester 1992: 59-62. 36 Jitab dan Ritchie 1991; Bulan 2006. 32
  • 41. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Penyertaan pihak swasta Agensi-agensi kerajaan seperti SLDB dan SALCRA selama ini menghadapi berbagai masalah, jadi pada tahun 198l, kerajaan Sarawak telah mendirikan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah, atau PELITA (Land Custody and Development Authority, LCDA) untuk mempercepatkan projek-projek pembangunan melalui penyertaan pihak swasta. Penubuhan PELITA adalah idea Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. PELITA diberikan mandat untuk mengambil tanah untuk pembangunan ladang-ladang persendirian, tanpa mengira ianya di bawah kawalan kerajaan negeri ataupun hak adat. Agensi ini juga bertindak sebagai perantaraan antara pihak pemilik-pemilik tanah dan syarikat swasta, di mana pihak swasta berpeluang mengikuti rancangan pembangunan tanah melalui peruntukan saham untuk syarikat- syarikat tertentu.37 Seperti SLDB sebelumnya, PELITA juga menghadapi masalah berkaitan dengan kawasan tanah berhak adat dengan akibatnya memakan masa yang lama untuk mengambil dan membuka ladang-ladang kelapa sawit baru. Pada tahun 1991, jumlah keluasan sebanyak 2.8 juta hektar dikategorikan sebagai ‘suited’ (sesuai) atau ‘marginally suited’ (kira-kira sesuai) untuk pembangunan pertanian. Daripada jumlah keluasan ini, sebanyak 300,000 hektar adalah tanah kerajaan yang kosong dan 2.5 juta hektar melibatkan hak NCR.38 Pada tahun 2006, kawasan-kawasan tersebut disemak semula. Selanjutnya Menteri Kemajuan Tanah Negeri Sarawak mendakwa bahawa jumlah keluasan sebanyak 3.9 juta hektar tanah telah dikenalpasti sebagai sesuai untuk dimajukan dengan tanaman kelapa sawit. Daripada jumlah tersebut, cuma 1.5 juta hektar sahaja yang cenderung kepada hak NCR.39 Skim perladangan pada peringkat awal di Sarawak mengikut modal pembangunan tanah yang digunakan oleh FELDA di Semenanjung Malaysia. Pendekatan ini memang tidak sesuai dengan keadaan di Sarawak. 37 Jitab dan Ritchie 1991; Bulan 2006. 38 Jitab dan Ritchie 1991:66. 39 Kementerian Kemajuan Tanah Negeri Sarawak, tidak bertarikh. 33
  • 42. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Tujuan skim-skim FELDA di Semenanjung adalah untuk menempatkan keluarga yang tiada tanah ke kawasan-kawasan kerajaan yang hutannya diterokai untuk membuka ladang getah dan kelapa sawit. Sebaliknya di Sarawak, kebanyakan tanah bukan tanah kosong tak dibebani dengan hak. Kebanyakan masyarakat tempatan Sarawak memiliki tanah, masih mengamalkan cara hidup dengan berbagai kaedah dan pilihan ekonomi, serta mempunyai pengalaman biarpun terhad, dan berkecimpung dalam pasaran. Tambahan lagi, ladang-ladang kelapa sawit bergantung kepada tenaga pekerja yang murah supaya menguntungkan apabila bersaing di pasaran dunia. Tetapi masyarakat-masyarakat tempatan di Sarawak tidak rela bekerja di ladang-ladang dengan gaji yang rendah terutama apabila terdapat kerja di kem pembalakan dengan gaji yang lebih lumayan.40 Maka itu, kebanyakan ladang-ladang kelapa sawit swasta bergantung kepada tenaga pekerja asing yang murah. Selain itu, wujud masalah kekurangan tanah kerajaan dan masalah dengan tanah-tanah berhak adat. Jadi kerajaan perlu mencari jalan untuk mendapatkan tanah-tanah adat untuk pembangunan perladangan. Konsep baru pembangunan tanah Pada tahun 1994, Ketua Menteri Sarawak memajukan konsep baru pembangunan tanah bagi melaksanakan pembangunan perladangan melalui ‘penyatuan para pemilik orang asal, dengan tanah-tanah mereka, bersama dengan pihak swasta, dengan modal dan kepakaran swasta’. Pendekatan baru ini mempunyai dua matlamat. Pertamanya, dengan menyeru pihak swasta melabur dalam konsep perladangan maka kerajaan tidak menanggung risikonya. Keduanya, dengan menghasilkan tatacara baru untuk mengambil tanah-tanah hak adat untuk dijadikan ladang secara komersial dengan keluasan 5,000 hektar ke atas, ini adalah menarik kepada pengusaha-pengusaha swasta. 40 Jitab dan Ritchie 1991:57-59. 34
  • 43. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Dalam konsep baru ini, syarikat memegang 60% ekuiti, pemilik tanah 30% dan Kerajaan 10%. Oleh kerana pihak kerajaan bertindak sebagai agen yang bertanggungjawab untuk kedua-dua belah pihak, ia melantik agensinya seperti PELITA sebagai Pemegang Amanah bagi 30% ekuiti para pemilik tanah.41 Tanah mereka diberikan kepada Syarikat Usahasama (JVC) untuk satu tempoh selama 60 tahun, atau dua musim penanaman untuk pembangunan ladang kelapa sawit.42 Mengapa pihak kerajaan bertindak sebagai Pemegang Amanah bagi tanah masyarakat? Mengikut Kementerian Kemajuan Tanah yang ditugaskan untuk melaksanakan pembangunan Konsep Baru, tatacara untuk membangunkan tanah adat ini adalah cara yang terbaik lagi berkesan untuk ‘memberi hak mutlak kepada syarikat pelabur mewujudkan ladang secara besar-besaran TANPA sebarang campurtangan daripada para pemilik tanah untuk satu tempoh selama 60 tahun’.43 Selama tempoh 60 tahun, kepentingan para pemilik tanah dalam ladang ‘dijaga’ oleh agensi-agensi kerajaan yang bertindak sebagai Pemegang Amanah orang-orang asal. Para petani yang menyertai skim-skim tidak ada hak suara dalam pengurusannya, tapi bagi penggunaan tanah yang terlibat, mereka berharap dibayar RM1,200 bagi setiap hektar tanah yang diserahkan kepada Kerajaan. Namun begitu, daripada jumlah ini, 60% digunakan untuk membeli saham dalam Syarikat Usahasama dan 30% lagi dipegang oleh wakil kerajaan melalui pelaburan dalam Saham Amanah. Jadi, sebenarnya cuma 10%, atau RM120 (kira-kira US$33) dibayar secara tunai kepada pemilik tanah. Tidak ada bayaran pampasan untuk tanaman, pokok buah- 41 Dirujukkan dalam laman web Kementerian Kemajuan Tanah Negeri Sarawak: ‘Bagi memudahkan usahasama ini dan bagi menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak, Pemilik Tanah dan Pelabur - maka Kerajaan Negeri akan melantik agensinya seperti LCDA atau SLDB sebagai Pemegang Amanah bagi menggariskan kepentingan para pemilik Tanah’. Kementerian Kemajuan Tanah Negeri Sarawak, tidak bertarikh. 42 Majid Cooke 2002, 2006; Bulan 2006; Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh. 43 Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh, dalam rujukan laman web fail pdf berjudul, ‘Isu-isu dan Tindakbalas’ muka 1, penekanan dalam teks asal. 35
  • 44. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak buahan atau pembaikan tanah, tapi pemilik tanah yang menyertai skim berharap mendapat pulangan dividen tahunan bagi pemegang saham, setaraf dengan jumlah tanah yang diserahkan kepada skim. Sebenarnya, jika keseluruhan nilai tanah yang diserahkan kepada skim adalah lebih rendah daripada nilai 30% ekuiti masyarakat dalam Syarikat Usahasama, kos pengendalian ditolak daripada dividen pemilik tanah.44 Kementerian Kemajuan Tanah yang diketuai oleh seorang Dayak bernama James Masing adalah bertanggungjawab untuk berurusan dengan masyarakat tempatan bagi melaksanakan projek-projek. Melalui Kementerian ini, Kerajaan berhasrat mewujudkan Bank Tanah dengan sasaran seluas 1 juta hektar di seluruh Sarawak merangkumi juga 400,000 hektar tanah hak adat orang asal dan dijangka sejumlah 60,000 hektar ini akan diperolehi setahun.45 Objektif Kementerian ini adalah: Untuk membangunkan tanah NCR yang terbiar dan tidak diusahakan sepenuhnya untuk dijadikan ladang kelapa sawit secara komersil yang akan menghasilkan peluang pekerjaan di kawasan luar bandar dan memastikan sumber pendapatan yang stabil di kawasan luar bandar. Dengan demikian, pembangunan tanah, khususnya pembangunan tanah NCR, harus meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar dan membasmi kemiskinan, mengurangkan penghijrahan dari luar bandar ke bandar dan menyumbang ke arah pembangunan yang lebih seimbang antara kawasan-kawasan luar bandar dan bandar.46 44 Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh, dalam rujukan laman web fail pdf berjudul, ‘Isu-isu dan Tindakbalas’ muka 3-4. Adalah tidak jelas bagaimana nila tanah dihitung, memandangkan kebanyakan kawasan-kawasan NCR tidak terlibat dengan pasaran jualbeli tanah. 45 Baru-baru ini dilaporkan bahawa untuk mencapai sasaran 1 juta hektar menjelang tahun 2010, kerajaan negeri menunjukkan komitmen terhadap penanaman kelapa sawit sekurang-kurangnya 100,000 hektar setahun, Borneo Post, Ogos 8, 2007, muka.8. 46 Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh. 36
  • 45. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Oleh kerana harga minyak sawit mentah telah melampung di pasaran antarabangsa, terdorong ke depan oleh spekulasi tentang bahan bakar bio dalam beberapa bulan terakhir ini, Konsep Baru berjaya menarik pelaburan pihak swasta dalam sektor perladangan kelapa sawit di Sarawak. Ini dilihat pada tahun 1991 hampir kesemua ladang menanam kelapa sawit diusahakan atau diuruskan oleh agensi-agensi kerajaan, tapi menjelang tahun 2002, hanya 17% ladang komersial adalah milik kerajaan dan selebihnya oleh syarikat swasta.47 Pada penghujung tahun 2005, mengikut Kementerian Kemajuan Tanah Negeri Sarawak, sebanyak 31 projek-projek pembangunan tanah dalam pelbagai peringkat telah berjaya dilaksanakan atas tanah hak adat asal di bawah pembangunan Konsep Baru merangkumi 248,337 hektar. Daripada jumlah ini, sebanyak 543,339 hektar ditanam dengan tanaman kelapa sawit. Sebanyak 65 projek-projek baru di bawah Konsep Baru sedang dirancangkan.48 Di bawah Konsep Baru, perundingan secara langsung antara pihak pemilik tanah dan pihak pelabur tidak dibenarkan. Ini kononnya untuk mengelak sebarang kekeliruan terhadap tanah dan pemimpin-pemimpin tak mewakili masyarakat membuat perjanjian dengan pelabur. Jadi, agensi-agensi kerajaan yang dilantik sahaja yang berhak mengambil tanah dari pemilik tanah untuk diberi kepada syarikat-syarikat. Syarikat-syarikat yang berminat dengan pembangunan perladangan harus mengemukakan permohonan dengan sesalinan pelan terperinci mengenai cadangan pelaburan dan pembangunan tanah kepada Kementerian. Selanjutnya Jabatan Tanah dan Survei membuat survei atas kawasan tanah yang dimaksudkan untuk menentukan keluasan kawasan NCR. Kemudian Jabatan Tanah dan Survei membuat peta menandakan sempadan di luar kawasan NCR dan menyimpan rekod nama semua pemilik tanah dan keluasan tanah mereka yang termasuk dalam blok ladang. Peruntukan hak tanah dalam satu- satu blok kawasan diurus oleh Jawatankuasa Pembangunan Daerah yang terdiri daripada penghulu dan ketua kampung sebagai mewakili kampung- kampung yang menyertai skim. Sebarang pertikaian tanah yang timbul antara anggota-anggota masyarakat diselesaikan dalam Mahkamah Adat. 47 Majid Cooke 2002. 48 Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh. 37
  • 46. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Buat masa ini, skim masih mentah untuk menilai kesannya selepas habis tempoh pajak 60 tahun itu. Mengikut surat-surat rasmi, dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh pajak, kesemua tanah yang diserahkan kepada skim diberi satu geran dan disimpan oleh syarikat swasta sebagai pemegang saham majoriti. Tanah berkenaan hanya digunakan untuk tujuan pertanian perladangan. Sekiranya syarikat swasta mahu memindah milik kepada pihak lain, ianya mesti terlebih dahulu mendapat izin yang nyata daripada Menteri Kemajuan Tanah. Saham yang dipegang oleh anggota masyarakat (termasuk hak tanah yang akan dikembalikan kelak) hanya boleh dipindah milik kepada sanak saudara terdekat. Sungguhpun demikian, selepas habis tempoh pajak, pemilik tanah boleh melanjutkan tempoh pajak dengan syarikat yang sama atau yang lain, ataupun mengambil balik tanah itu menjadi milikan masyarakat. Tanah tersebut juga boleh dibahagi- bahagikan antara pemilik-pemilik asalnya dan masing-masing diberi geran persendirian.49 Beberapa kajian akademik tentang pelaksanaan Konsep Baru jelas menunjukkan kelemahan-kelemahan dalam skim. Kajian Majid Cooke yang diterbitkan pada 2002 jelas menunjukkan perbezaan tindakbalas masyarakat di satu kawasan dari yang lain. Misalnya, masyarakat di hilir sungai yang pernah menerima faedah projek pembangunan kerajaan seperti kemudahan jalanraya dan perkhidmatan lain lebih mempercayai peranan kerajaan dan mengalu-alukan konsep ini. Sebaliknya masyarakat di hulu sungai yang banyak merasai kesengsaraan akibat pembalakan yang mencerobohi tanah hak adat mereka lebih curiga tentang niat kerajaan dan faedah-faedah yang dijanjikan kepada mereka, dan cenderung menolak skim. Mengikut kajian ini, kebanyakan masyarakat Dayak menghalang pengambilan tanah mereka untuk projek-projek Konsep Baru dengan sendiri menanam kelapa sawit atau tanaman lain di sepanjang sempadan- 49 Kementerian Kemajuan Tanah, tidak bertarikh. 38
  • 47. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak sempadan tanah adat mereka. Dengan berbuat demikian, mereka telah menegakkan hak ke atas tanah mereka dan membuktikan tanah mereka sedia wujud berhasil. Orang Dayak yang ditemuramah untuk kajian ini rasa ragu-ragu tentang kejujuran kerajaan tidak memihak sesiapa sekalipun agensi-agensinya bertindak sebagai Pemegang Amanah untuk pihak masyarakat. Mereka rasa bimbang tentang kesan dari pasaran turun naik. Mereka juga tidak jelas tentang cara bagaimana tanah mereka tetap dikembalikan selepas habis tempoh pajak 60 tahun itu dan berkaitan dengan hal ini, apakah hak mereka dari segi undang-undang.50 Dalam kajian yang lain, Majid Cooke mentafsir Konsep Baru sebagai suatu skim untuk pihak kerajaan memperluaskan kuasa atas masyarakat Dayak yang diandaikan ‘mundur’. Beliau seterusnya menegaskan bahawa konsep ini adalah satu ‘kesilapan asas, berbangkit dari tafsiran yang salah tentang tanah kosong sebagai tanah ‘terbiar’ atau ‘tandus’.51 Orang- orang asal telah menyuarakan rasa bimbang mereka tentang skim-skim dalam bicara dengan SUHAKAM atau Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, pada tahun 2004 dan 2005. Merumuskan dari laporan akhbar, Majid Cooke menyatakan dalam bicara tersebut, orang-orang Dayak telah membangkitkan soal-soal tentang Konsep Baru. Aduan-aduan mereka termasuklah pencerobohan tanah yang kerap terjadi, perlaksanaan survei atas tanah mereka secara tidak kemas dan dengan perkakas yang rosak terutama selepas pindaan atas Kanun Tanah 2000, dan pengenaan had-had terhadap hak jual beli tanah mereka secara tak adil.52 Mengikut kajian yang lain, kebanyakan pegawai-pegawai yang melaksanakan skim-skim sendiri tidak betul-betul faham apakah kesan Konsep Baru dari segi undang-undang dan ekonomi.53 Mengikut Majid Cooke, apabila orang-orang Dayak mendesak penjelasan tentang kesan- kesan kepada mereka dari projek-projek yang kerajaan memberi galakan 50 Majid Cooke 2002. 51 Majid Cooke 2006:27. 52 Majid Cooke 2006:30. 53 Majid Cooke 2002, merujuk kepada Ngidang 2002. 39
  • 48. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak untuk melibatkan diri, mereka telah dituduh sebagai ‘anti-pembangunan’. Selepas itu, mereka tidak lagi dijemput untuk mengikuti mesyuarat umum dan tidak terlibat dalam membuat keputusan selanjutnya. Dalam sesetengah kes, skim-skim terus berjalan atas tanah mereka tanpa persetujuan mereka dan secara langsung timbullah pertikaian terutama apabila jentolak dibawa masuk menghadapi pemilik-pemilik tanah yang menetang projek-projek tersebut.54 Mengikut ulasan oleh Bulan, kebanyakan orang yang menyertai projek perintis Konsep Baru di daerah-daerah Baram dan Kanowit berbuat demikian ‘tanpa fahaman yang mendalam tentang konsep-konsep asing seperti pemegang amanah, syarikat usahasama, atau pegangan saham- saham dalam syarikat’. Mengikut Bulan lagi, agensi-agensi kerajaan bertindak sebagai pemegang amanah dan apabila pertelingkahan berkepentingan berlaku, peranan mereka dipersoalkan kerana pada satu pihak mereka memajukan kepentingan sektor swasta dan pada pihak yang lain mereka menjaga kepentingan pemilik tanah orang asal. Tambahan lagi, mengikut undang-undang umum Inggeris, pemegang amanah tidak dibenarkan mempunyai kepentingan kewangan dalam aset-aset yang mereka mengurus bagi pihak jagaan mereka.55 Sebaliknya, di bawah Konsep Baru, kerajaan negeri memilik 10% saham, kakitangan agensi kerajaan dibayar untuk mengurus skim-skim dan 30% hasil kewangan yang diperolehi daripada penggunaan tanah berkenaan digunakan untuk pelaburan dalam Saham Amanah kerajaan. Dalam rumusannya, Bulan berkata perlindungan bagi hak-hak adat perlu diwujudkan untuk mengelak sebarang konflik. Contohnya, hak-hak pemilik tanah atas tanah mereka terdahulu diiktiraf dengan jelas melalui pemberian geran sebelum mereka memutuskan untuk melibatkan diri atau tidak dalam syarikat usahasama, dan bukan dijanjikan selepas habis tempoh pajak.56 54 Majid Cooke 2002: 40-41. 55 Bulan 2006:53-54. 56 Bulan 2006:45, 61. 40
  • 49. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak 6. Kes-kes Mahkamah Menyangkut Perladangan Kelapa Sawit Konflik tanah berhubungan dengan hak adat orang-orang asal dan skim- skim pembangunan secara paksa adalah suatu masalah yang berlarutan di Sarawak.57 Menurut laporan akhbar, sehingga kini, lebih kurang 150 kes berhubungan dengan konflik tanah telah dibawa ke mahkamah. Daripada jumlah kes-kes tersebut, kajian ini telah mengenal pasti sekitar 100 kes terdiri daripada pendakwa orang-orang asal di mana 40 kes melibatkan dakwaan terhadap pengusaha perladangan kelapa sawit. (Peta di bawah menunjukkan lokasi bagi satu pertiga daripada jumlah kes-kes tersebut). Kes Mahkamah Menyangkut Tanah NCR di Sarawak/Malaysia 57 Hong 1987; Colchester 1992. 41
  • 50. Hak-Hak Tanah dan Pengembangan Perladangan Kelapa Sawit di Sarawak Kes-kes yang dikenalpasti untuk kajian ini tersenarai dalam Jadual 1 di bawah. Semua kes-kes ini dari awal telah difailkan di mahkamah di Bahagian Kuching, Bintulu, Miri dan Sibu. Kes-kes bersangkut paut dengan pelbagai kesalahan termasuklah tidak ada pengiktirafan hak adat asal, tidak ada perundingan, tidak ada persetujuan yang berpengetahuan dan terdahulu, pencerobohan tanah NCR, dan membuat perjanjian dengan ketua-ketua kampung tanpa berunding dengan masyarakat. Terdapat banyak kes-kes yang menunggu perbicaraan. Ada kes yang tergantung untuk hampir 10 tahun, ada yang sedang berjalan. Beberapa kes telah dibicarakan dan beberapa kes menunggu untuk mendengar rayuan. Satu kes telah dibawa ke Mahkamah Atasan di Kuala Lumpur untuk rayuan semula. Ternyata dari kes-kes ini pertelingkahan timbul oleh kerana kerajaan tidak memberi pengiktirafan jelas tentang had terhadap hak adat atas tanah dan tidak berunding dengan masyarakat sebelum keputusan melabur dibuat. Dalam kebanyakan kes, para peguam yang mewakili masyarakat telah mendakwa Jabatan Tanah dan Survei bersama-sama Kerajaan Negeri Sarawak atas kegagalan mengiktiraf kawasan-kawasan di bawah hak adat dan seterusnya diberimilik kepada syarikat-syarikat tanpa persetujuan masyarakat. Seperti tersebut di atas, hal ini berlaku oleh kerana terbatasnya pengikitirafan hak-hak adat oleh Kerajaan Negeri Sarawak. 42
  • 51. Jadual 1: Kes-kes perladangan kelapa sawit di Mahkamah Sarawak Tarikh Masyarakat Suku Pihak-pihak yang didakwa Status kes difail kaum 26/07/2001 Selezu, Setulai dan Sepadok Iban Ladang Sawit Bintulu Sdn Bhd, Lembaga Sedang dibicarakan Tabung Haji, Semai Mekar Sdn Bhd, Jabatan Tanah dan Survei, Kerajaan Negeri Sarawak 22/12/2006 Kampung Remun Iban DD Pelita Gedong Plantations Sdn Bhd Kes sedang berlangsung. Perintah memihak (Ex-parte injunction) dimohon oleh pihak tertuduh tetapi ditolak dengan bayaran kos ditanggung 43 oleh mereka 15/10/2004 Long Banyok Kenyah Baram Trading Sdn Bhd Menunggu perbicaraan 31/10/2003 Kendaie, Pasir Hilir dan Pasir Bidayuh Syarikat Ladang Dafa Sdn Bhd, Menunggu perbicaraan Hilir Tengah Kerajaan Negeri Sarawak 28/04/1999 Bunau, Sekabang Iban Kanowit Oil Palm Plantation Sdn Bhd, Kes ditarik balik Kerajaan Negeri Sarawak 7/04/2003 Sungai Pesu, Tubau Kayan Tamex Timber Sdn Bhd, Penguasa Jabatan Menunggu perbicaraan Tanah dan Survei, Kerajaan Negeri Sarawak 25/02/2004 Long Semutut, Belaga Kenyah Shin Yang Forestry Sdn Bhd, Ekran Menunggu perbicaraan Plantations Sdn Bhd, Belukuk Lusat, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei, Kerajaan Negeri Sarawak
  • 52. 26/01/1999 Sungai Sekabai, Sungai Tajem Iban Borneo Pulp Plantations Sdn Bhd, Bicara pertama dengan dan Sungai Ipuh Borneo Pulp and Paper Sdn Bhd, Penguasa keputusan memihak Jabatan Tanah dan Survei pendakwa, kes rayuan dengan keputusan memihak defendan, kini menunggu untuk mendengar dan menentukan rayuan di bawah Mahkamah Persekutuan 24/11/1998 Kampong Lebor Iban LCDA, Nirwana Muhibbah Sdn Bhd, Menunggu perbicaraan Kerajaan Negeri Sarawak 28/10/2004 Sungai Bong Iban RH Plantation Sdn Bhd, Marabang Lumber Menunggu perbicaraan Sdn Bhd, Pelita Melor Sdn Bhd, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei 28/06/2004 Long Jegan, Long Teran, Long Berawan Rinwood Pelita Plantation Sdn Bhd, Menunggu perbicaraan 44 Tabing dan Long Takong Penguasa Jabatan Tanah dan Survei 24/02/1998 Long Lapok Kayan Rinwood Pelita Plantation Sdn Bhd Menunggu perbicaraan 6/09/2005 Kampong Tubih Bidayuh Jangkar Plantation Sdn Bhd, Penguasa Menunggu perbicaraan Jabatan Tanah dan Survei, Kerajaan Negeri Sarawak 5/12/1998 Sungai Lamaus Iban Penguasa Jabatan Tanah dan Survei, Menunggu perbicaraan Kerajaan Negeri Sarawak, BHB Sdn Bhd 15/10/2004 Rumah Galin, Rumah Tumpa Iban Ladang Selezu Sdn Bhd, BBC Estate V Sdn Menunggu perbicaraan dan Rumah Madel Bhd, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei 16/04/1999 Rumah Sidu, Sungai Entulang Iban Sarawak Oil Palms Berhad Menunggu perbicaraan 12/07/2003 Rumah Lampoh dan Rumah Iban Pelita Diwangsa Bhd, Sri Minah Enterprise Menunggu perbicaraan Kasau Sdn Bhd, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei, Kerajaan Negeri Sarawak 3/02/2005 Rumah Lampoh dan Rumah Iban Penguasa Jabatan Tanah dan Survei, Tertakluk pada ulasan Kasau Kerajaan Negeri Sarawak penghakiman